Jumaat, 4 Ogos 2017

Kecuaian Jenayah 1MDB

Oleh A Kadir Jasin
Pada ketika tersebar satu dunia berita 1MDB terlewat bayar ansuran hutang AS$602.73 juta (kira-kira RM2.56 bilion) kepada International Petroleum Investment Co (IPIC) Isnin lalu, tiba-tiba Bank Negara keluarkan bon 20 tahun sebanyak RM2.5 bilion.
Hutang tertangguh 1MDB RM2.56 bilion. Bon Bank Negara RM2.5 bilion. Kebetulan atau memang dirancang? 
Tempoh tutup bon Bank Negara 4 Ogos. Tempoh akhir 1MDB kena bayar adalah lima hari kerja bermula 1 Ogos ( lebih kurang pada 6 Ogos). Kalau tak bayar juga, denda dan tindakan lain akan dikenakan.
1MDB kata duit untuk bayar hutang IPIC adalah daripada program rasionalisasi tapi terlewat sikit sebab peraturan dan kelulusan. Tak ramai orang percaya alasan rasionalisasi atau apa-apa pun hikayat daripada 1MDB.
Kemudian Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, kata kelewatan itu adalah perkara teknikal dan masalah 1MDB tak jejaskan ekonomi.
Adakah teknikal yang Najib maksudkan itu Bank Negara memerlukan masa untuk jual RM2.5 bilion bon dan serah duit itu kepada Kementerian Kewangan supaya Kementerian Kewangan boleh bagi kepada 1MDB untuk bayar kepada IPIC?
Bon Syariah Bank Negara: Kebetulan atau untuk 1MDB
OKlah. Bank Negara jual bon perkara biasa. KWSP, KWAP, PNB dan bank-bank beli bon pun perkara biasa. Pendapatan bon bagus dan terjamin pun perkara biasa.
Tapi kalau bon RM2.5 bilion itu adalah untuk bayar hutang 1MDB, ia bukan perkara biasa malah boleh dianggap kecuaian jenayah (criminal negligence) dalam pengurusan kewangan negara.

JIKA ADA RAKAMAN, DEDAHKANLAH DAN NAJIB TENTU INGIN TAHU SAMA BUTIR PERBUALAN PENUH TUN M DENGAN ZAHID HAMIDI

Mempertahankan dirinya berhubung dakwaan Tun Mahathir Mohamad bahawa beliau cuba meminta simpati atau sokongan untuk menjatuhkan Najib Razak dalam pertemuan dengan bekas Perdana Menteri itu, Ahmad Zahid Hamidi berkata, rakaman pertemuan itu ada dalam simpanannya.

Sebaliknya, kata Timbalan Perdana Menteri, usaha mahu menjatuhkan Najib itu dirancang oleh Tun Mahathir dalam pertemuan antara mereka.

Tun Mahathir, tegasnya, telah menyatakan mengenai perancangan untuk mengadakan undi tidak percaya di Parlimen terhadap Najib yang akan dilakukan melalui kerjasama antara pemimpin pembangkang dengan  beberapa pemimpin UMNO.

Usaha kedua yang dirancang oleh Tun Mahathir, jelas Zahid Hamidi lagi ialah dengan cara menghantar memorandum kepada Raja-Raja Melayu untuk menggesa agar Yang Dipertuan Agong memecat Najib sebagai Perdana Menteri.

"Jangan bohong, rakaman itu masih dalam simpanan saya," ujar Zahid Hamidi sambil menambah, pertemuannya dengan Tun Mahathir pada 2015 itu diadakan selepas 10 hari beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dilakukan dengan keizinan Najib.

Benarkah Zahid ada rakamannya?

Adakah rakaman itu dalam bentuk audio atau video?

Adakah rakaman dilakukan secara sembunyi atau disedari oleh Tun Mahathir?

Jika dirakam secara sedar, logikkah Zahid Hamidi yang datang ke rumah Tun Mahathir membawa alat rakaman bersamanya dan sudah tentu juga perlu meminta izin untuk meletakkan alat rakaman di atas meja?

‘Budak-budak berhingus Umno sedang mengutip bola’

Kesilapan moral Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menimbulkan soal keturunan dalam kepimpinan Umno hingga menjadi bahan lucu dalam Parlimen tidak penting.
Namun yang penting sekarang, tindakan itu memarakkan "fitnah" Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menutup blunder Zahid.
"Fitnah" itu telah menimbulkan prasangka buruk antara kepimpinan dan ahli akar umbi yang boleh memecah-belahkan perpaduan Umno yang seberapa daya cuba dibendung oeh presidennya Datuk Seri Najib Razak.
Semua jentera porpaganda Umno sekarang dikerahkan untuk menyemarakkan dakwaan Mahathir mengatakan Ahamda Zahid meminta pertolongannya untuk menggantikan Najib sebagai perdana menteri tidak lama selepas Najib melantiknya menjadi timbalan sebagai fitnah.
Apakah ini benar-benar fitnah?
Cuba diperhatikan dalam persengketaan Umno dengan Mahathir, Ahmad Zahid. Mahathir nampak seperti ada satu macam persafahaman antara mereka dengan dirinya tidak pernah menyerang Ahmad Zahid dan Ahmad Zahid pula berhati-hati dalam menyerang Mahathir.
Bagaimanapun Ahmad Zahid barangkali menyedari bahawa sikapnya ini disedari tidak menunjukkan kesetiaan yang cukup dan tidak membantunya ke arah No 1 dan beliau memerlukan tindakan lebih berani dan agresif untuk menyerang Mahathir.
Seperti kebiasaannya dalam beberapa kes, beliau gone overboard dan kali ini terperangkap dengan keterlanjurannya sendiri.
Mahathir kehilangan satu-satunya orang harapan dalam Umno dan Ahmad Zahid kehilangan kredebiliti di dalam dan di luar parti.
Malangnya media yang lantang ke hadapan untuk memulihkan imejnya juga tidak lagi berkredibliti, tidak dibaca dan tidak ditonton oleh ramai orang.
Kesilapan besar bukan fakta kad pengenalan (IC) Mahathir atau Mahathir pecah rahsia Ahamd Zahid minta pertolongannya untuk jadi PM.
Namun Ahmad Zahid telah memberikan senjata kepada Mahathir dalam keadaan beliau memerlukannya dan lebih buruk lagi mereka yang tampil ke hadapan untuk menjalankan gerakan pembersihan fitnah dengan mendakwa Mahathir berbohong terdiri dari hingus politik Umno.
Budak-budak ini tidak tahu sejarah Umno. Mahathir membunuh musuh politiknya Tun Musa Hitam yang mahu merebut jawatannnya dengan mendedahkan surat Musa mahu Tengku Razaleigh Hamzah disingkirkan dari parti dan marahkan Mahathir kerana melantiknya semula sebagai menteri.
Sampai sekarang Musa dan Tengku Razaleigh dalam keadaan mata berpandangan, hati berdendaman.
Mahathir tidak ada kerugian apa-apapun bila dihina sebagai keturunan keling. Ahmad Zahid telah memberikan bola changgung (istilah sepak takraw) kepada bekas perdana menteri itu tepat pada masanya. Jadi, dia tendanglah. Budak-budak berhingus Umno sedang mengutip bola.

TAN SRI ZAINUDDIN MAIDIN

Raus angkat sumpah sebagai ketua hakim malam ini ..


Raus angkat sumpah sebagai ketua hakim malam ini
Raus dilantik Pejabat Perdana Menteri sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan pada 7 Julai lalu. 
RAUS Sharif dijangka akan mengangkat sumpah malam ini sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan dan kekal sebagai Ketua Hakim, menurut laporan.
Majlis angkat sumpah akan diadakan malam ini jam 10 malam di Istana Negara, menurut kenyataan media yang disiarkan beberapa media lain.
Raus mencapai tempoh bersara semalam, selepas dia mencapai umur 66 tahun dan enam bulan, yang merupakan had umur sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan dan tempoh lanjutannya adalah tiga tahun bermula hari ini.
Majlis angkat sumpahnya malam ini dibuat sehari selepas Majlis Peguam memutuskan untuk mengadakan mesyuarat tergempar untuk menyatakan usul tidak percaya berhubung lanjutan tempoh perkhidmatan Raus dan Presiden Mahkamah Rayuan Zulkefli Ahmad Makinuddin. Majlis Peguam juga mahu mengambil tindakan undang-undang di mahkamah.
Raus dan Zulkefli dilantik Pejabat Perdana Menteri sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan pada 7 Julai, yang melanjutkan perkhidmatan masing-masing tiga dan dua tahun. Zulkefli sepatutnya bersara pada 27 September.
Pelantikan itu menimbulkan kontroversi dan bantahan daripada gabungan pengamal undang-undang kerana tidak berperlembagaan. Pemimpin pembangkang juga menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk campur tangan bagi menghalang pelantikan Raus dan Zulkefli.

Dr M hasut pembangkang tipu hapuskan GST, sembang Najib

Perdana menteri berkata Dr Mahathir sanggup menghasut pemimpin pembangkang menipu rakyat kerana taksub menjatuhkan kerajaan.
najib-gst
PETALING JAYA: Perdana menteri menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai dalang disebalik tuntutan pembangkang menghapuskan GST.
Datuk Seri Najib Razak berkata bekas perdana menteri itu terlalu taksub untuk menjatuhkan kerajaan, pengerusi PPBM itu memaksa pembangkang lain berjanji menghapuskan GST, walaupun sedar tanpa sumber pendapatan menggantikan hasil minyak, “ekonomi akan lumpuh dan rakyat akan menderita”.
“Baru-baru ini timbul lagi tuduhan tentang kewajaran pengenalan GST, di mana pembangkang mengatakan GST dikenakan kerana 1MDB.
“Tuduhan songsang ini satu lagi percubaan meraih sokongan meskipun pembangkang memahami tujuan sebenar GST diperkenalkan dan meskipun mereka pernah berkali-kali menyatakan akan turut mengekalkan GST,” kata Najib di blognya hari ini.
Najib menjelaskan GST diperkenalkan bagi mengurangkan kebergantungan negara kepada hasil minyak, yang berkurangan sehingga lebih RM40 bilion apabila harga minyak dunia menjunam sejak 2014.
Katanya, operasi perkhidmatan awam dan asas selama ini banyak ditampung hasil daripada industri minyak yang kini tidak stabil.
“GST diperlukan untuk memastikan perkhidmatan dan kemudahan asas dapat diteruskan. Sehingga hari ini, kualiti hidup rakyat masih terjaya kerana dibiayai GST,” kata Najib, yang mengingatkan kesan RM40 bilion itu boleh menyebabkan banyak perkhidmatan terpaksa dihentikan.
“Hakikatnya tidak ada cukai yang popular tidak kiralah sebanyak mana pembangunan dan kemudahan yang wujud hasil cukai tersebut.”
Najib berkata bahaya kebergantungan kepada hasil minyak turut disedari negara pengeluar minyak lain.
“Malah, Arab Saudi, negara pengeluar minyak tertinggi turut memperkenalkan GST seperti negara-negara lain di seluruh dunia,” katanya.

Tidak disukai Dr M, saya pernah dilamar sertai PAS, kata Zahid

Timbalan perdana menteri mendakwa PAS melamarnya selepas beliau ditahan dibawah ISA 1998 kerana menyokong kegiatan reformasi Anwar Ibrahim.
zahid-hamidi_mahathir_new_600PETALING JAYA: Datuk Seri Zahid Hamidi mengakui Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menyukainya dan mendedahkan beliau pernah dilamar pemimpin PAS untuk melompat parti.
Beliau mendakwa PAS melamarnya selepas beliau ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1998 kerana menyokong kegiatan reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya didekati pemimpin PAS minta saya tinggalkan Umno dan tawarkan diri kepada PAS. Rakan-rakan dari PAS katakan cukuplah waktu saya bersama Umno,” katanya dalam ucapan semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Jerlun, Kedah hari ini.
Berkongsi pengalamannya, Zahid memberitahu presiden Umno ketika itu, Dr Mahathir, tidak menyukainya dan mencari jalan untuk menyingkir beliau dari jawatan ketua pemuda parti.
“Pada 1998, saya ditangkap bawah ISA. Saya diminta menulis surat perletakan jawatan. Kemudian, ada satu lagi surat yang diminta untuk saya tulis, iaitu tidak dipaksa meletakkan jawatan setelah saya berada dalam tekanan. Saya letakkan jawatan ketika saya dalam tahanan.”
Zahid ditangkap polis di Kota Kinabalu, Sabah, pada 21 September 1998, pada hari yang sama Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangkap di kediamannya di Bukit Damansara. Beliau ditahan mengikut Seksyen 73(1)(a) ISA kerana mendatangkan kemudaratan kepada keselamatan negara, dan dibebaskan 10 hari kemudian.
Menurut Zahid, beliau berkata kepimpinan PAS ketika itu sedia membuka pintu kepadanya. PAS di bawah Presiden Datuk Fadzil Muhammad Noor antara penyumbang utama kepada gerakan reformasi di era Dr Mahathir Mohamad.
Zahid, yang menceburi politik pada 1986 sebagai setiausaha politik kepada Datuk Seri Najib Razak dari 1986 hingga 1995, berkata meninggalkan Umno tidak mudah baginya, mendorongnya untuk ke Mekah dan Madinah, Arab Saudi.
“Saya rujuk kepada Allah, saya terus solat istikharah. Lima malam saya solat istikharah di Madinah, 5 malam lagi di Masjidil Haram. Namun setelah pulang ke tanah air, iblis meniupkan rasa was-was dalam diri saya agar terus meninggalkan Umno.”
Orang seperti saya ramai dalam PAS
Bagi menghilangkan rasa was-was itu, Zahid mendapatkan pandangan dari guru agamanya, Datuk Dr Haron Din, yang pada ketika itu ketua penerangan PAS.
“Umno tekan saya, terutamanya dari presiden pada waktu itu. Saya rujuk Haron Din, saya beritahu Haron Din hati saya bersama Umno tetapi rakan-rakan ajak masuk PAS. Adakah istikharah saya ini salah?

Siapa calon MB Johor Pakatan Harapan?



Timbalan Presiden Parti Amanah  Negara (AMANAH), Salahuddin Ayub menafikan Pakatan Harapan cuma mencalonkan Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan sebagai Menteri Besar Johor jika pembangkang berjaya merampas pemerintahan negeri itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)
Beliau yang juga Naib Presiden Pakatan Harapan memaklumkan bukan hanya Aminolhuda dicalonkan, sebaliknya beliau dan beberapa pemimpin pembangkang lain termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin turut dicalonkan menjadi Menteri Besar Johor.
“Adapun isu berkaitan calon Menteri Besar (Johor), hal ini sekiranya berbangkit dan menjadi satu keperluan, ia akan diputuskan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Harapan.
“Mana-mana pihak boleh sahaja membuat spekulasi. Namun kami tegaskan, keutamaan Pakatan Harapan adalah memenangi Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14),” katanya dalam satu kenyataan media dipetik hari ini.
Sebelum ini terdapat desas-desus DAP mahu pemimpin AMANAH sama ada Salahuddin atau Aminolhuda menjadi Menteri Besar Johor jika Pakatan Harapan berjaya menumbangkan parti Melayu Umnodi negeri tersebut.
AMANAH ditubuhkan oleh beberapa bekas pemimpin Pas yang gagal mempertahankan jawatan masing-masing dalam pemilihan Pas beberapa tahun lalu kerana dilihat terlalu tunduk kepada kehendak DAP.
Sejak itu, AMANAH yang dianggap sebagai parti serpihan Pas dilabelkan sebagai khadam DAP oleh penyokong Pas kerana parti berkenaan sering mempertahankan DAP termasuk dalam isu-isu yang dilihat bercanggah dengan kepentingan agama Islam.
Muhyiddin semasa masih dalam Umno pula pernah menjadi Menteri Besar Johor dari tahun 1986 hingga 1995, namun beliau terpalit dalam pelbagai kontroversi sepanjang memegang jawatan berkenaan.

SPRM Perlu Siasat Aset Zahid Hamidi

‘Rumah SPNB nyaris ragut nyawa kami’

Badan Peguam boikot Ketua Hakim Negara

'Kalau Tun M anak jantan, ayuh bertanding di Pekan' sembang Pemuda UMNO

Pulau Pinang lafaz Ikrar Bebas Rasuah depan SPRM

Perkenal GST bukan kerana masalah 1MDB, sembang Najib

Zahid dedah ada rakaman pertemuan dengan Mahathir

Bagaimana skandal 1MDB menjejaskan kehidupan rakyat marhaen

1Malaysia Development Bhd (1MDB) ditubuhkan selepas Najib Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada tahun 2009. Kononnya matlamat syarikat ini adalah untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara dengan menarik pelaburan asing ke Malaysia, terutamanya daripada negara Timur Tengah.
Malangnya, selepas mengumpul hutang mencecah RM50 bilion pada 2015 – bukan sahaja satu sen pelaburan asing tidak dapat ditarik, sekurang-kurangnya RM20 bilion telah diselewengkan oleh Najib Razak dan konco-konconya.

Wang dirompak

Berpuluh-puluh bilion ringgit telah dicuri masuk ke dalam syarikat Jho Low dan Riza Aziz, anak kepada Rosmah Mansor. Wang berbilion-bilion digunakan untuk berjudi di Las Vegas, berparti dengan arak tanpa had, membeli kapal layar mewah antara termahal di dunia, lukisan-lukisan yang tidak masuk akal harganya, barang-barang kemas, banglo dan kondo mewah di Amerika Syarikat dan Eropah.
Penglibatan Najib adalah terbukti dengan sejumlah AS$732 juta (RM3.1 bilion) yang disalur ke dalam akaun peribadi beliau di Ambank Malaysia antara 2011 ke 2014.
Sehingga hari ini, Najib masih menghebohkan perbelanjaan RM57 juta untuk menaja 5,711 jemaah haji selama 5 tahun. Tetapi beliau gagal memaklumkan bahawa wang berpunca 1MDB juga digunakan untuk membeli seutas rantai/cincin berlian merah jambu 22-karat bernilai US$27.3 juta (RM117 juta) bagi isterinya, Rosmah Mansor!
Skandal 1MDB telah mencetuskan siasatan pengubahan wang haram di seluruh dunia. Tindakan mahkamah telahpun diambil di Amerika Syarikat dan Singapura. BSI Bank dan Falcon Bank di Switzerland telah ditutup kerana menjadi pemudahcara pengubahan wang haram yang berpunca dari 1MDB.
Kini wang Tabung Haji, anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Kementerian Kewangan telah digunakan untuk membeli hartanah 1MDB dengan harga yang terlampau mahal untuk menyelamatkan syarikat 1MDB. Namun begitu, hutang berkaitan 1MDB yang tertunggak masih melebihi RM40 bilion.
GST dikenakan, subsidi dipotong
Antara kesan-kesan skandal 1MDB termasuklah pelaksanaan cukai GST dan pemotongan subsidi barang-barang asas seperti gula dan minyak masak. Peruntukan perkhidmatan awam kerajaan seperti hospital, sekolah dan universiti sama sekali dicantas.
Kehilangan keyakinan pelabur-pelabur tempatan dan asing ternyata dengan penurunan nilai Ringgit secara mendadak. Semasa Pilihanraya Umum ke-13, kadar pertukaran adalah AS$1 dengan RM3.05. Selepas skandal 1MDB menggegar seluruh dunia, kini nilai ringgit menguncup sehingga RM4.30 setiap AS$1, penurunan sebanyak 41% dalam jangkamasa 4 tahun sahaja.
Akibat dasar-dasar percukaian dan pemotongan subsidi kerajaan BN, tambah lagi nilai Ringgit yang merudum dengan dahsyat, kadar inflasi negara hari ini adalah yang paling tinggi sejak krisis kewangan Asia 1998. Harga barang-barang keperluan asas semuanya melonjak tinggi belaka, mutu kehidupan rakyat jelata nyata semakian terjejas.
Walaupun bukti-bukti yang tidak dinafikan oleh Najib Razak dan isterinya telah dikemukakan, akan tetapi pimpinan UMNO-Barisan Nasional masih tetap menyokong pemerintahan beliau demi kepentingan diri mereka sendiri.
Yang mempersoal dipecat

Kerajaan mungkin terpaksa ‘selamatkan’ 1MDB langsai hutang – Tony Pua

KUALA LUMPUR, 3 OGOS: Kerajaan Malaysia berkemungkinan terpaksa menyelamatkan (bailout) 1MDB berikutan kegagalan firma pelaburan milik negara itu melangsaikan hutangnya mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, ini kerana tidak ada satu pun bank tempatan mahupun antarabangsa yang menurutnya mahu menguruskan satu-satunya aset dana pelaburan dalam bentuk ‘unit’ yang dimiliki syarikat berkenaan.
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) sebelum ini mendedahkan bahawa dana pelaburan dalam bentuk ‘unit’ itu adalah palsu.
“Ia (dana pelaburan dalam bentuk ‘unit’) direka bagi menutup penyelewengan lebih US$1 bilion daripada dana 1MDB ke Good Star Limited yang sepatutnya digunakan untuk melabur ke dalam syarikat Petrosaudi International Limited,” kata Tony dalam kenyataan.
Malah, katanya, BSI Singapura yang sebelum ini menjadi pemegang amanah (custodian bank) bagi ‘unit’ tersebut telah dikenakan tindakan pembatalan lesen oleh kerajaan Singapura dan diarahkan supaya menutup operasinya.
“Mana-mana bank, sama ada di Malaysia mahupun antarabangsa tidak akan mahu mengendalikan penjualan dana pelaburan palsu dalam bentuk unit milik 1MDB itu.
“Kerana mana-mana pihak yang didapati menguruskan dana berkenaan mempunyai risiko dikenakan tindakan atas kesalahan pengubahan wang haram,” katanya.
1MDB yang kini sarat hutang, pada dua hari lepas, dilaporkan gagal membuat sebarang pembayaran kepada firma Abud Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC) sejumlah RM2.58 bilion seperti yang dipersetujui dalam perjanjian penyelesaiaan.
Ia adalah jadual pembayaran pertama dari 1MDB kepada IPIC, manakala urus niaga kedua dengan jumlah yang sama perlu dibayar pada 31 Disember tahun ini menjadikan keseluruhan hutang yang perlu dibayar adalah RM5.16 bilion.
Dana pelaburan dalam bentuk unit yang kononnya dimiliki 1MDB itu menjadi perhatian berikutan dilihat sebagai salah satu cara yang boleh membantu syarikat terbabit membayar kembali hutangnya kepada IPIC.

Gagal letak jawatan: Imej PKR di Kelantan tercalar


KOTA BHARU – Kegagalan menyelesaikan secara muktamad isu peletakan jawatan 56 lantikan politik PKR di Kelantan pada tarikh ditetapkan menyebabkan imej pucuk pimpinan PKR Kelantan dan PKR Pusat di mata masyarakat jatuh merudum.
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, ia memperlihatkan PKR Kelantan keras kepala, serta tidak berdisiplin, selain PKR Pusat tidak tegas dan hilang kawalan.
“Ramai yang tahu mengenai arahan asal Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, supaya 56 lantikan politik ini meletakkan jawatan serta-merta, tetapi tarikh ini diubah kepada 31 Julai atas sebab yang beliau sifatkan teknikal.
 Dr Kamarul Zaman Yusoff "Sudah tular dalam media sosial rakaman ucapan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Dr Mohd Hafidz Rizal Amran, pada 27 Jun lalu berkata “Presiden menetapkan bahawa 31 Julai ini macam mana pun semua letak jawatan”.
“Begitu pun, tarikh ini berlalu tanpa sebarang peletakan jawatan, di mana Pengarah Komunikasi PKR Kelantan, Mohd Sukirman Mustafa, sekadar memaklumkan bahawa mereka sedang menunggu arahan rasmi baru dari PKR Pusat.
"Tidak dinafikan imej PKR tercalar dalam isu ini, malah ramai yang menyindir bahawa mereka lebih mementingkan imbuhan yang datang bersama jawatan berbanding prinsip perjuangan dan kebersamaan dalam Pakatan Harapan,” katanya.
Kamarul Zaman diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, bahawa pihaknya belum menerima apa-apa surat letak jawatan dari 56 lantikan politik PKR tetapi bersikap terbuka kepada mereka.
Ujar penganalisis politik itu lagi, isu ini menyerlahkan sikap terburu-buru pemimpin PKR Pusat di dalam membuat keputusan mengenai politik tempatan sedangkan 56 lantikan politik ini seharusnya dirujuk terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat.
“Bila keputusan dibuat maka ia seharusnya dilaksanakan tanpa sebarang dolak-dalik, barulah masyarakat dan ahli parti akan hormat kepada PKR Pusat, tetapi bila PKR Pusat sendiri tidak tegas maka pandangan umum ialah PKR Pusat sangat lemah.
“Jika betul PKR Pusat orang perjuangan, mereka mesti melaksanakan keputusan itu tanpa bimbang kehilangan sebahagian daripada 56 lantikan politik ini selaras kata-kata Ketua Umum PKR, usah bicara pasal perjuangan jika takut kepada risiko.

1MDB terus bermasalah kerana tak dibahas di Parlimen, kata PAS


1MDB terus bermasalah kerana tak dibahas di Parlimen, kata PAS
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata salah satu punca 1MDB terus bermasalah kerana tidak dibenarkan untuk dibahas di Parlimen.
PAS hari ini mengkritik kegagalan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membayar IPIC sejumlah AS$603 juta pada tempoh ditetapkan sebagai satu perkara yang memalukan.
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata salah satu punca syarikat itu terus bermasalah kerana tidak dibenarkan untuk dibahas di Parlimen.
"PAS tetap dengan pendirian menuntut kerajaan akur dengan keputusan Majlis Raja-Raja pada 2015 yang menggesa siasatan terhadap 1MDB diselesaikan secepat mungkin dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai isu 1MDB pada kadar segera," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, seperti bayaran hutang kad kredit, seseorang harus tahu menguruskan kewangannya agar dapat membayar pada waktu yang ditetapkan supaya tidak dikenakan bayaran denda yang lebih mudarat.
"Mengapa 1MDB tidak umum terlebih awal ia memerlukan masa, dan membiarkan IPIC yang melakukan pengumuman terlebih dulu?
"Pertama, 1MDB sudah pun mengetahui pembayaran perlu dilakukan ada 31 Julai sejak 24 April lalu setelah penyelesaian ini diumumkan di Bursa Saham London.
"Apakah tiga bulan ini tidak mencukupi untuk menyelesaikan semua masalah teknikal atau ada perkara lebih besar yang sedang disembunyikan?" soalnya.

Kerajaan PAS Kelantan tidak lagi tuntut royalti petroleum



Pertubuhan R (Royalti) Malaysia menyifatkan kesunguhan Pakatan Harapan lebih menyerlah dalam tuntutan royalti sebanyak lima peratus daripada hasil pengeluaran petroleum yang dijalankan oleh Petronas.
Pengasasnya, Syam Ghaz berkata, hal tersebut berbeza dengan kerajaan negeri Kelantan pada masa ini yang tidak lagi memperjuangkan hak tersebut seperti pada era pentadbiran Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.
"Pakatan Harapan (tanpa Pas) sudah isytihar, jika dapat memerintah Malaysia, royalti lima peratus akan diberikan kepada Kerajaan Kelantan setiap tahun.
"Saya yakin dengan keupayaan Datuk Husam Musa yang pernah terbukti bersama-sama arwah Tok Guru Nik Aziz perjuangkan isu royalti sebelum ini, berbanding dengan Exco-exco Pas yang ada sekarang," ujarnya.
Beliau berkata, bekas Menteri Besar Kelantan berkenaan amat ketara mempunyai gerak kerja yang berterusan dalam menuntut royalti tersebut.
"Beliau sendiri hari-hari bercakap pasal royalti, ceramah, munajat, solat hajat, kenyataan media dan lain-lain. Hingga setiap minggu dari 2009 hingga 2013 ada kenyataan berkaitan royalti Kelantan di media.
"Berbanding dengan kerajaan sekarang waktu Datuk Ahmad Yaakob dan Exco-exco adakah kita boleh tengok mereka buat kerja seperti arwah Tok Guru Nik Aziz dulu? Jawapannya, tidak," tegasnya dalam satu kenyataan.
Mengulas jumlah hutang kerajaan negeri Kelantan yang tinggi mencecah RM1.428 bilion, beliau berkata, kerajaan negeri seolah-olah menganggap tuntutan royalti tidak lagi penting.
"Seperti tidak nampak langsung kepentingan royalti untuk sumber pendapatan utama di Kelantan pada masa depan, hingga seperti terpaksa berlutut untuk berhutang dan buntu mencari sumber pendapatan lain," bidasnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru pengundi memberi sokongan kepada Pakatan Harapan pada pilihan raya akan datang bagi mencapai matlamat tuntutan tersebut.
"Ayuh kita menangkan PH (Pakatan Harapan) dan berjuang isu #Royalti dalam konteks Pakatan Harapan, yang lebih ke depan dan telus dalam isu ini," tambahnya lagi.

Umno: Muhyiddin hanya pandai kritik, tidak jiwai isu Felda

Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi berkata Muhyiddin tidak mendalami dan menjiwai isu Felda semasa menjadi timbalan perdana menteri.
Puad-Zarkashi-muhyidenPETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Puad Zarkashi mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya pandai mengkritik usaha Datuk Seri Najib Razak terhadap Felda, sedangkan beliau sendiri tidak berminat dengan isu itu.
Puad berkata Muhyiddin semasa menjadi timbalan perdana menteri tidak mendalami dan menjiwai isu Felda.
“Sebab itu itu dalam catatan tersebut, Muhyiddin banyak menggunakan perkataan ‘berkemungkinan’. Dia terlalu banyak membuat andaian bukan fakta. Itu mendedahkan dalam kerajaan dan berjawatan TPM dia tidak berminat dengan Felda.
“Samalah juga semasa dia menjadi menteri pendidikan. Dia tidak pernah masuk melawat sekolah pedalaman. Dia hanya pernah sekali singgah di Sekolah Kebangsaaan Ulu Lubai itu pun menggunakan helikopter. Justeru dia tidak menguasai isu sekolah pedalaman,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Puad merupakan timbalan kepada Muhyiddin ketika beliau memegang portfolio pendidikan dari April 2009 hingga Ogos 2013.
“Dia terkejut bila saya tunjukkan gambar saya berjalan kaki 8 jam meredah hutan dan gunung untuk melawat Sekolah Kebangsaan Saliliran di Nabawan Sabah,” tambah Puad.
“Sebab itu Muhyiddin tidak mengetahui sama sekali dasar KPM iaitu semua genset bekalan elektrik di sekolah pedalaman mesti dimatikan sebelum jam 9.00 malam untuk tujuan penjimatan. Sebab itu murid yang tinggal di asrama desa tidak boleh mengulang kaji pelajaran atau mengikuti kelas tuisyen kerana bekalan elektrik sudah dimatikan.
“Dia hanya tahu setelah saya memaklumkan perkara ini kepada beliau sebelum dasar itu diubah.”
Sebelum ini, Muhyiddin dalam catatan di Facebook mempersoalkan 6 insentif yang diumumkan Najib pada 23 Julai lalu untuk peneroka dan berkata Felda memerlukan pelan pemulihan secara menyeluruh.
“Pemberian insentif yang bersifat ‘one-off’ sebelum menjelang pilihan raya umum bukanlah penyelesaian yang sebenar. Insentif yang diterima boleh meringankan beban mereka buat sementara waktu,” kata presiden PPBM itu.
Bagi Puad, Muhyiddin sebenarnya tidak senang dengan insentif tersebut.
“Persoalannya apakah Felda memerlukan pelan pemulihan?” soal Puad, “Ternyata Muhyiddin semasa menjadi TPM tidak begitu berminat dengan Felda.”

GAJI RENDAH, POLIS TERPAKSA CARI ‘DUIT LEBIH,’ KATA PPIM


KUALA LUMPUR – Gaji anggota polis yang masih rendah menjadi punca berlakunya salah guna kuasa, kata Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Ketua aktivisnya berkata jika kerajaan masih gagal mengatasi masalah itu maka salah laku di kalangan anggota polis akan terus berlaku.
“Gaji rendah menyebabkan mereka terdesak untuk menipu atau mencari duit [sampingan] kadang-kadang.
“Jika gaji mereka RM2,000, duduk di Kuala Lumpur dengan RM4,000 pun sudah berada di bawah paras kemiskinan.
“Saya sudah suarakan kepada perdana menteri, ketua setiausaha negara dan ketua polis negara. Kita menipu diri sendiri,” kata Datuk Nadzim Johan kepada ProjekMMO.
Beliau sebelum ini mendakwa tindakan agresif PPIM dapat mengelak penjawat awam mengancam kedaulatan negara.
Katanya, penjawat awam yang terlibat dengan pelbagai masalah kewangan berpotensi menjadi dalang kegiatan jenayah dalam negara.
Nadzim berkata jika kerajaan serius menangani isu moral di kalangan anggota polis maka masalah utama perlu diselesaikan.
“Bila kita memberikan hak itu kepada mereka, barulah kita boleh melakukan penguatkuasaan. Jika mereka melakukan kesalahan, kita tangkap.
“Kita perlu betulkan isu asas. Mengapa negara lain boleh buat?
“Kerajaan kata tidak cukup duit. Tetapi duit yang kita hilang di pasaran gelap, itu lebih banyak. Jauh daripada apa yang kita nampak,” katanya.
Mengulas mengenai sumber kewangan PPIM bagi membantu mangsa terlibat, Nadzim berkata sumbangan kerajaan tidak mencukupi.

Jabatan Statistik: Harga barang, kadar inflasi di bandar, kampung sama

Ketua pengarah Jabatan Statistik berkata, urbanisasi di kampung kini mencapai 75% dan kesan kenaikan harga barang di kampung dan bandar adalah sama dengan kadar inflasi mengecil kepada purata 4.2% bagi suku pertama tahun ini.
Mohd-Uzir-Mahidi_harga-barang_600
PETALING JAYA: Urbanisasi di kawasan kampung menyebabkan harga barang di bandar dan kampung tidak jauh berbeza, kata ketua pengarah Jabatan Statistik.
Dr Mohd Uzir Mahidin dipetik Sin Chew Daily berkata, urbanisasi di kampung kini mencapai 75% dan kesan kenaikan harga barang di kampung dan bandar adalah sama dengan kadar inflasi mengecil kepada purata 4.2% bagi suku pertama tahun ini.
Katanya, keadaan itu berpunca daripada rangkaian teknologi maklumat (IT) yang lengkap dan hubungan lebih baik antara kawasan bandar serta kampung.
Beliau berkata, kenaikan kadar inflasi pada Januari hingga Mac tahun ini mengecil kepada 0.1% berbanding purata perbezaan sebanyak 0.4% hingga 0.5% sepanjang 3 tahun lalu.
Malah, katanya, kadar inflasi di bandar dan kampung bagi Mac ialah 5% menyebabkan harga barang di kedua-dua kawasan itu tidak banyak perbezaan.
“Harga teh tarik di Putrajaya dan kampung juga sama,” katanya kepada akhbar itu semalam.
Uzir berkata, makanan dan minuman tidak beralkohol adalah punca kadar inflasi di bandar meningkat dengan cepat pada suku pertama tahun ini yang terdiri daripada 4.2%, manakala pengangkutan 16% dan perkhidmatan riadah serta budaya 3.2%.
Bagi kawasan kampung pula, katanya, kenaikan paling ketara ialah makanan dan minuman tidak beralkohol sebanyak 3.7%, pengangkutan 17% dan perkhidmatan riadah serta budaya 2.7%.
Beliau berkata, dahulu, penduduk kampung menjalankan perniagaan berasaskan perkhidmatan, tetapi sekarang semua orang mahu mencari lebih banyak wang untuk membuat perkara yang dikehendaki mereka, khasnya melancong.
Katanya, selain sewa rumah dan pengangkutan, harga perkhidmatan dan barang di kawasan kampung serta bandar hampir sama, khasnya produk IT dan perkhidmatan.
“Perbelanjaan terbesar penduduk bandar ialah pengangkutan dan tempat tinggal, manakala bagi orang kampung pula ialah barang keperluan.”
Uzir berkata, kadar inflasi untuk suku pertama tahun ini meningkat 5.1% berbanding tempoh sama tahun lalu dan ia tiada kaitan dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), sebaliknya ia berpunca daripada perbezaan besar harga minyak pada Mac tahun ini dan Mac 2016.
“Harga minyak pada Mac 2016 ialah RM1.60, tetapi ia meningkat kepada RM2.29 pada Mac tahun ini, jadi perbezaannya besar.”
Katanya, kadar inflasi untuk 5 bulan pertama tahun ini ialah Januari 3.2%, Februari 4.5%, Mac 5.1%, April 4.4% dan Mei 3.9%. Kadar inflasi menurun disebabkan kesan harga minyak berkurangan.

Azmin kepada KPN: Saya akan saman kamu

Peguam Latheefa Koya mewakili menteri besar Selangor berkata beliau sudah mengarahkan peguam mengambil tindakan seterusnya selepas KPN enggan patuh notis tuntutan menangkap Jho Low.
azmin-ali_khalid-abu-bakar_600
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali akan menyaman Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kerana enggan mengambil tindakan terhadap Low Taek Jho atau Jho Low atas dakwaan salahlaku berkaitan 1MDB.
Peguam Azmin, Latheefa Koya berkata mereka sudah memberikan peluang kepada Khalid untuk menjalankan tugasnya sebagai pegawai polis.
“Tetapi kerana dia tidak peduli, MB telah mengarahkan kami untuk mengambil tindakan seterusnya,” katanya, dan menambah pihaknya akan memaklumkan pemberita bila Azmin akan memfailkan saman itu.
Pada Selasa, Azmin melalui peguamnya menghantar notis undang-undang kepada Khalid menuntut pegawai tertinggi polis itu menjalankan tugas dan mengeluarkan waran tangkap terhadap Jho Low. Azmin mendakwa ahli perniagaan Pulau Pinang itu sudah melakukan salahlaku mengikut pelbagai undang-undang jenayah.
Beliau berkata sekiranya KPN tidak mengambil sebarang tindakan sehingga 15 Ogos ini, beliau akan menyaman polis bagi memaksa mereka mengambil langkah-langkah yang perlu termasuk mendapatkan bantuan Interpol untuk menangkap Jho Low.
Khalid memberitahu pemberita semalam yang beliau tidak akan patuh notis tuntutan Azmin.
“Ambillah tindakan mahkamah. Saya tunggulah,” katanya.
Khalid menjelaskan ini kerana siasatan terhadap dana pelaburan milik kerajaan itu dan individu yang dikaitkan dengannya masih lagi berjalan.

Umno cabar Mahahir lawan Najib di Pekan

Pemuda Umno Pekan mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding pilihan raya di kawasan parlimen itu yang juga kerusi tradisi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Kalau betul pengalaman Tun Mahathir memerintah sebagai PM selama 22 tahun, kalau betul Tun Mahathir anak jantan, ayuh bertanding di Pekan,” kata ketuanya Datuk Shahruddin Ahmad di KiniTV.
Dalam sidang media di Ampang hari ini, Shahruddin juga “mengundang” Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk “belajar” dengan mereka di kawasan itu.
Beliau juga menyeru semua kepimpinan Pemuda bahagian meneruskan wala (kesetiaan) kepada kepimpinan parti demi agama, bangsa dan tanah air.
Najib dalam pilihan raya umum lalu menang besar dengan majoriti 35,613 undi dengan menewaskan calon PKR Mohd Fariz Abd Talib @ Musa.

Parlimen itu mempunyai 80,260 pengundi dengan majoriti (88 peratus) berbangsa Melayu.
Mahathir di umur 92 tahun setakat ini belum menunjukkan sebarang minat yang jelas untuk kembali bertanding dalam pilihan raya umum, setelah melepaskan jawatan perdana menteri beberapa tahun lalu.

2 faktor BN mungkin tewas PRU14

Global Risk Insights berkata, faktor Dr Mahathir dan skandal 1MDB mungkin punca pembangkang boleh memerintah negara ini pada PRU14.
mahathir-1mdbKUALA LUMPUR: Faktor Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai pembangkang dan skandal 1MDB mungkin menjadi punca Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Penilaian itu dibuat Global Risk Insights, sebuah penerbitan antarabangsa mengenai berita dan analisis risiko politik, yang diasaskan di London School of Economics.
Laporan itu menyimpulkan PRU14 penting kerana Dr Mahathir kembali aktif dalam politik dan skandal 1MDB yang terus membelenggu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mungkin menjadi punca kemenangan bersejarah buat pembangkang.
Menurutnya, walaupun BN tidak pernah kalah dalam PRU dan semua perdana menteri Malaysia datang daripada Umno, kini tidak pasti jika parti itu dapat terus memerintah negara.
Undi popular yang diperolehi BN merosot secara perlahan-lahan sejak beberapa PRU lalu.
Pada 2004, BN memenangi 63.8% undi sebelum ia merosot kepada 51.4% pada 2008 dan 47.4% undi popular pada 2013.
Bagaimanapun, ia kekal menguasai Parlimen, sebahagian besarnya disebabkan cara persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Laporan itu menyatakan penting untuk Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003, keluar daripada persaraan pada usia 92 tahun untuk menyertai Pakatan Harapan bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah dipenjarakannya, bagi menundukkan parti yang pernah dipimpinnya.
Dr Mahathir dianggap tokoh yang mampu menyatukan Pakatan Harapan berpecah belah dan kepimpinannya mampu membantu gabungan pembangkang memenangi kerusi di kawasan luar bandar yang sukar ditembusi pembangkang sebelum ini.
Satu lagi faktor ialah kaitan Najib dengan skandal 1MDB. Penyiasat Amerika Syarikat mengaitkan wang yang didakwa diseleweng daripada 1MDB ke akaun rakan dan sekutunya.
Bagaimanapun, Najib secara konsisten menafikan sebarang salah laku dan pembabitannya dalam penyelewengan dana 1MDB.

SPRM sedia panggil Dr M mengenai dakwaan RM230 juta milik Zahid

Ia susulan dakwaan bekas ketua pemuda Umno itu pernah memberitahu Dr Mahathir mengenai harta yang dimilikinya.
mahathir-sprmPUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enggan memberi sebarang komen berhubung dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempunyai RM230 juta dalam akaun banknya pada 1996.
Sebaliknya, Timbalan Pesuruhjaya Bahagian Pengurusan dan Profesional SPRM, Datuk Seri Jamidan Abdullah, berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dakwaan Dr Mahathir tidak lama lagi.
Katanya setakat ini tidak ada sebarang arahan untuk SPRM membuka kertas siasatan berhubung perkara itu.
“Kita akan keluarkan kenyataan nanti,” katanya sambil menyatakan kesediaan memanggil Dr Mahathir memberi keterangan lanjut.
Jamidan sebelum itu hadir pada Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di sini.
Selasa lepas, Dr Mahathir membangkitkan pengisytiharan harta yang dibuat Zahid ketika dilantik sebagai ketua Pemuda Umno, termasuk memiliki RM230 juta dalam akaun banknya.
Bagaimanapun, Mahathir mengakui tiada bukti hitam putih berhubung dakwaannya.
“Pada masa itu, dia (Zahid) beri laporan mulut kepada saya, saya tidak ambil berat perkara itu.
“Dia bagi penerangan kononnya hasil perniagaan, walaupun saya ragu-ragu, saya tidak ada bukti ketika itu.
“Sekarang ini patut dia jawab dari mana dia dapat wang sebegitu banyak,” kata bekas perdana menteri itu.

SPRM enggan ulas dakwaan RM230 juta dalam akaun Zahid

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enggan mengulas dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pernah mempunyai RM230 juta dalam akaun banknya.
“Tiada komen,” kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Mohamad Jamidan Abdullah.
Ditanya sama ada SPRM akan memanggil Mahathir, bekas perdana menteri keempat, Jamidan berkata:
"Kemudian, kemudian. Kita mungkin komen kemudian. Tiada masalah,” katanya.
Mahathir pada 2 Ogos mendakwa Zahid pada 1996 mengisytiharkan padanya memiliki sembilan angka dalam akaun bank dan memberi jawapan “kurang jelas” ketika ditanya sumbernya.
Mahathir membuat serangan itu selepas Zahid membangkitkan isu keturunan India Mahathir dengan mendakwa nama asal Pengerusi Pakatan Harapan itu adalah “Mahathir a/l Iskandar Kutty”.

'DAP beritahu PAN masuk kubur tuailah hasilnya' sembang Nik Abduh



Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menggelarkan Amanah sebagai gembala yang membaja 'zikir ciptaan DAP' berhubung sokongan Pas terhadap Umno.
Dilihat berang dengan tanggapan umum bahawa kerajaan negeri Kelantan di bawah Pas pada masa ini lemah, Ahli Parlimen Pasir Mas berkenaan mempersoal adakah dakwaan yang diajar DAP itu akan diteruskan sehingga ke kubur.
Nik Abduh Nik Abdul Aziz"Mereka kata, kerajaan Kelantan lemah. Saya tanya, mana lemah dengan BN? Mereka jawab, jangan banding dengan BN. Bandingkan dengan Penang.
"Mereka kata, Pas dah sokong Umno. Saya tanya, nak ratib zikir DAP ajar gitu sampai ke kuburkah?
"Pas sokong Umno adalah zikir ciptaan DAP yang dibaja gembala oleh PAN. DAP bagitahu PAN, masuk kubur nanti, kamu tuailah hasilnya," ujar Nik Abduh lagi.
PAN adalah singkatan yang sering digunakan pemimpin Umno dan Pas bagi merujuk kepada Parti Amanah Negara (Amanah).
Kenyataannya yang dipetik dari Facebook beliau itu, bagaimanapun hari ini menyaksikan lebih banyak kecaman pengguna Facebook berbanding reaksi menyokong dakwaannya.

ISYARAT AWAL KEJATUHAN BN?

Sepuluh hari lalu, Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli memohon sumbangan orangramai untuk membayar ganti rugi dan kos lain berjumlah RM300 ribu berhubung saman fitnah berkaitan NFC terhadap dirinya.

Dalam kes berkenaan, Rafizi telah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi dan sedang dalam proses rayuan ke Mahkamah Rayuan yang ditetapkan pada Oktober depan.

Meskipun dalam proses rayuan, beliau tetap dikehendaki membayar denda itu terlebih dahulu dan kegagalan berbuat demikian memungkinkan tindakan muflis diambil terhadapnya.

Mengakui tidak selesa memohon sumbangan orangramai, tetapi Rafizi tiada pilihan lain kerana wang simpanannya sudah habis dibelanjakan untuk menubuhkan Invoke dan menggerakkan programnya jelajah ke seluruh negara dengan harapan rakyat mempunyai peluang yang lebih baik untuk mendapatkan kerajaan baru selepas pilihanraya akan datang.

Lantaran itu, beliau yang mungkin tidak bertanding lagi dalam PRU 14 berikutan sekatan undang-undang kerana turut dijatuhi hukuman dalam kes lain, tetapi kekal gigih membantu Pakatan Harapan, telah memuat-naik rayuan memohon sumbangan tersebut di laman Facebook miliknya.

Setelah sepuluh hari, sungguh mengejutkan, sumbangan orangramai yang diterimanya melebihi jangkaan iaitu lebih RM1.5 juta, berbanding cuma RM300 ribu yang diperlukannya. Turut memberi sumbangan kepadanya ialah beberapa Ahli Parlimen Pas.

Sokongan dan simpati orangramai dengan sedia memberi sumbangan itu bukan saja tanda mereka mengiktiraf serta menghargai peranan Rafizi mendedahkan beberapa penyelewengan selama ini, bahkan merupakan isyarat nyata bahawa rakyat tidak sabar-sabar lagi untuk mendapatkan kerajaan baru bagi mengggantikan kerajaan lama yang penuh masalah dan nanah ini.

Dr Dzulkefly: Satu demi satu berita ‘malang’, Najib rimas cari tarikh PRU14

Pemimpin Amanah itu bertanya sama ada lebih baik perdana menteri memberi laluan kepada penggantinya, tetapi siapa?
Dr-Dzulkefly-Ahmad-voter
Projek Bandar Malaysia yang terbengkalai, kegagalan IMDB membayar balik hutang dan skandal pembelian Scorpene yang kembali hangat adalah cukup untuk menyulitkan Datuk Seri Najib Razak menetapkan tarikh pilihan raya umum ke-14, kata Dr Dzulkefly Ahmad.
Pengarah strategi Amanah itu berkata beberapa perkembangan terkini bukan sahaja membuatkan perdana menteri “rimas” tetapi juga “kaget”.
“Kalau pun Najib telah mencongak-congak tarikh membubar Parlimen, kini semuanya menjadi pudar dan Najib kembali tercari-cari. Situasi ini amat siksa dan menyiksakan.
“Apakah lebih baik Najib berundur sahaja bagi menyelamatkan partinya atau Umno undurkan Najib?” kata Dzulkefly, yang bagaimanapun mempersoalkan sama ada wujud calon yang boleh menggantikan Najib.
Dzulkefly merujuk beberapa siri laporan yang dilihat memberi kesan kepada Najib, termasuk langkah pihak berkuasa Perancis memulakan prosedur mendakwa bekas penasihatnya Abdul Razak Baginda atas tuduhan rasuah dalam pembelian 2 kapal selam Scorpene ketika Najib menjadi menteri pertahanan pada 2002.
Isnin lalu, 1MDB mengakui ia gagal membuat ansuran pertama hutang AS$1.2 bilion kepada syarikat IPIC milik Abu Dhabi, sebaliknya memohon tempoh akhir dilanjutkan 5 hari.
Dzulkefly turut merujuk projek Bandar Malaysia yang ditimpa masalah selepas syarikat Dalian Wanda dari China disekat kerajaan China daripada meneruskan hasratnya mengambil alih pembinaan projek mega itu.
Dalian Wanda dialu-alukan Najib sebagai pengganti konsortium IWH-CREC yang dibatalkan kontraknya oleh kerajaan.
Menurut Dzulkefly, masalah yang melanda Bandar Malaysia adalah disebabkan “kegopohan Najib” yang “tergesa-gesa” menamatkan kontrak IWH-CREC.
Katanya, ia ditambah dengan rancangan presiden China melawat Malaysia yang tidak menjadi.
“Nasib malang menimpa PM Najib bagai tiada penghujung,” kata Dzulkefly.

Penjelasan metodologi kajiselidik INVOKE, kadar jawab


Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani dari Universiti Utara Malaysia telah memberi kritikan kajiselidik Pusat Inisiatif Dasar INVOKE (I-CPI) yang terkini seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini pada 26 Julai 2017. Kami ingin mengutarakan kebimbangannya tentang kadar tindak balas dan perwakilan kaji selidik kami.

Dr Mohd Azizuddin menyatakan bahawa sebab utama pencarian kaji selidik tidak mencerminkan paras sokongan sebenar untuk BN, PH dan PAS adalah kerana kebanyakan daripada responden yang dihubungi tidak menjawab soalan kaji selidik.

Walaubagaimanapun, tindak balas yang rendah tidak semestinya bermakna kaji selidik yang dijalankan tidak tepat.

I-CPI ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi kepayahan untuk membuat kaji selidik supaya masyarakat umum dapat memahami mengapa kami mengambil keputusan untuk menerbitkan tiga maklumat yang tidak didedahkan oleh kaji selidik lain yang telah dijalankan setakat ini.

Bagi setiap pencarian kaji selidik yang dibuka kepada masyarakat umum , I-CPI menerbitkan jumlah pengundi yang ditemuduga, jumlah pengundi yang menjawab dan jumlah pengundi yang menjawab semua soalan.
Bagi kaji selidik terkini yang telah dipertikaikan oleh Dr Mohd Azizuddin, sistem kaji selidik berkomputer kami telah menghubungi 2.5 juta pengundi secara rawak, di mana 160,761 pengundi telah pun menjawab panggilan.
Daripada itu, akhirnya, 17,107 pengundi telah melengkapkan kaji selidik tersebut dan tindak balas mereka membentuk data untuk pencarian yang telah dikongsikan dengan masyarakat umum.
Ini memberikan kadar tindak balas (jumlah orang yang menjawab panggilan telefon, sebaliknya daripada panggilan tersebut dihantar ke peti simpanan atau langsung tidak dijawab) sebanyak 6.54 peratus dan completion rate (jumlah orang yang menjawab panggilan dan seterusnya menjawab semua soalan) daripada 10.64 peratus.

Kami menerbitkan maklumat penduduk (jumlah pengundi dihubungi, jumlah pengundi yang menjawab dan jumlah pengundi yang menjawab soalan) supaya masyarakat umum dapat menjadikan pencarian kami sebagai penanda aras berbanding kaji selidik yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa dengan membandingkan kadar tindak balas.
Kami berharap kaji selidik yang lain juga meniru amalan ini pada masa depan bagi memupuk dan membolehkan perbandingan dan kebolehpercayaan.

Sehubungan itu, kaji selidik yang memetik pencarian daripada 1,500 pengundi, pollster perlu membuat panggilan secara rawak biasanya antara 100,000 hingga 150,000 pengundi dengan mengambil kira purata kadar tindak balas dan 'completion rate' ('completion rate' biasanya lebih rendah apabila soalan berkaitan keutamaan mengundi).
Jika kaji selidik itu menuntut bahawa 1,500 pengundi berjaya ditemu duga yang memberi tindak balas yang penuh daripada 5,000 pengundi yang dihubungi, completion rate and kadar tindak balas yang tersangat tinggi tentu menyebabkan ketidakseragaman kerana kadar tindak balas kaji selidik boleh dijadikan bandingan dengan penanda aras pada peringkat antarabangsa.

Kami boleh mengesahkan bahawa kadar tindak balas yang diterima untuk kaji selidik ini adalah konsisten dengan kaji selidik yang sebelumnya dan kajian yang di lakukan di serata dunia.
Sebagai contoh, menurut “Assessing the Representativeness of Public Opinion Surveys” daripada Pew Research Center, 9 peratus kadar tindak balas adalah kebiasaan bagi Amerika Syarikat. Di United Kingdom, kadar tersebut adalah 6.66 peratus seperti yang dicadangkan oleh Martin Boon dari ICM International kepada BBC News.
Kaji selidik yang terkini, adalah 6.54 peratus dan di dalam liputan kadar tindak balas di serata dunia (seseorang pasti jangka kadar tindak balas yang amat rendah antara pengundi Malaysia berbanding pengundi Amerika Syarikat dan pengundi British). Untuk pembacaan lanjut, sila rujuk kepada Pew Research Center.

Kadar tindak balas yang dianggap dan dipertikaikan rendah, seperti yang diungkit oleh Dr Mohd Azizuddin, mungkin membawa kepada beberapa kebimbangan mengenai ketepatan dan rangkuman pencarian kaji selidik yang dilakukan.

Salah satu kebimbangan biasa yang sering dibawa oleh ahli masyarakat ialah persepsi bahawa kadar tindak balas yang rendah membawa kepada saiz sampel yang kecil. Kekeliruan dan salah faham mengenai saiz sampel yang boleh mewakili sentimen pengundian nasional dengan tepat memang selalu wujud.
Kami sering mendapat maklum balas bahawa pencarian kaji selidik daripada 17,000 pengundi tidak berguna, kerana saiz sampel hanya 0.05 peratus daripada penduduk Malaysia dan boleh diabaikan. Oleh demikian, kaji selidik tidak boleh dijadikan perwakilan sentimen ini.

Saiz sampel akhir kami bagi kaji selidik yang dirujuk oleh Dr Mohd Azizuddin ialah 17,107 responden. Ini mewujudkan 'margin of error' daripada persampelan rawak sebanyak +/- 2 peratus. Mengikut piawai, saiz sampel 17,107 responden sebenarnya sangat besar dan sering dilihat sebagai tidak perlu.
Secara teori, jika sampel dipilih secara rawak berkemungkinan dengan sedikit ‘bias’, saiz sampel sebanyak 1,000 boleh mewakil sebagai saiz sampel 100,000. Pemilihan di Amerika Syarikat dan Eropah biasanya mempunyai saiz sampel antara 1,000 hingga 2,000 responden dan diterima di peringkat antarabangsa.

Kebimbangan lain yang dipersoalkan oleh Dr Mohd Azizuddin berkemungkinan (berdasarkan kadar tindak balas keseluruhan kami) adalah kadar tindak balas yang lebih rendah untuk spesifik demografi tertentu mungkin lebih rendah, ini tidak termasuk spesifik demografi tertentu daripada kaji selidik.
Daripada kaji selidik yang dijalankan tanpa henti selama 6 bulan, kami dapat mengesan tingkah laku kumpulan demografi tertentu (contohnya, wanita bukan Bumiputera berumur 50 tahun ke atas dari Pantai Timur Semenanjung) semasa menjawab panggilan daripada kami.
Sesetengah kumpulan lebih cenderung untuk menjawab kaji selidik, ada yang sebaliknya. Sistem ‘proprietary’ kaji selidik berkomputer kami direka untuk membuat panggilan secara automatik secara lebih atau kurang bilangan daripada setiap kumpulan untuk mengimbangi kadar tindak balas yang berbeza. Ini memastikan bahawa pecahan jawapan pada akhir proses adalah demografi yang diwakili oleh pengundi Malaysia.

Walaubagaimanapun, pandangan utama Dr Mohd Azizuddin (agak berbeza daripada demografi - umur, etnik & jantina) adalah kepercayaannya bahawa kecenderungan politik responden kami adalah berat sebelah kerana soalan yang dikemukakan berkaitan dasar BN.
Kami turut mengemukakan beberapa isu seperti 1MDB & GST kepada responden, kami bertanya sama ada mereka bersetuju atau tidak bersetuju. Dr Mohd Azizuddin berhujah bahawa kerana semua kenyataan itu sangat tidak menguntungkan Barisan Nasional, berkemungkinan besar ramai penyokong BN menamatkan panggilan sebelum kaji selidik berakhir.

Saman NFC: Derma melimpah diterima Rafizi tanda komitmen rakyat menentang rasuah


Rafizi Ramli
Ia bermula dengan ceria duka ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli yang terpaksa membuat rayuan umum bagi membantunya mengumpul dana awam untuk melunaskan arahan mahkamah agar membayar National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) sejumlah RM300,000 akibat satu kenyataannya yang didakwa berunsur fitnah.
Namun selepas 11 hari rayuan itu dibuat, akaun Invoke yang dijadikan platform pengumpulan dana berjaya mengumpul hampir RM2.5 juta sumbangan rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan kaum.
Rafizi pada mulanya keberatan membuat rayuan itu kerana telah lebih setahun orang awam berterusan menderma untuk membiayai operasi Invoke yang diasaskan olehnya.
Dia mengakui menggunakan derma orang ramai sebelum ini bagi melaksanakan projek-projek Invoke, namun bukan untuk melunaskan apa yang perlu beliau bayar.
Oleh itu, Rafizi yang juga naib presiden PKR memutuskan untuk menggunakan lebihan wang tersebut bagi manfaat majoriti penyumbang yang rata-ratanya mempunyai komitmen tinggi bagi membanteras rasuah dan menyaksikan perubahan kerajaan.
"Oleh itu saya memutuskan derma yang terkumpl perlulah melalui Invoke dan bukannya akaun peribadi saya untuk ianya diaudit dan setiap sen dikira," katanya.

Menurut Rafizi, dalam tempoh 10 hari lalu, sejumlah 7,435 rakyat Malaysia telah menyumbang dengan jumlah RM1,585,014.49. Jumlah yang diterima ini adalah lima kali daripada yang diperlukan untuk membayar NFC.
"Daripada 5,135 orang penyumbang, 1,575 merupakan orang Melayu, 2,903 Cina, 348 ialah orang India, 40 bumiputera Sabah dan 91 ialah bumiputera Sarawak.
"Lebih kurang 2,300 orang penyumbang tidak diketahui memasukkan wang ke mesin deposit tunai yang kami tidak dapat kenal pasti mereka," tambah beliau.
Sumbangan turut diterima daripada ahli parlimen Pas yang ditemuinya di Dewan Rakyat walaupun parti itu telah memutuskan kerjasama politik dengan PKR.
"Ketika ceramah di Temerloh minggu lepas, seorang wanita tua memberikan wang RM20 yang dikepilkan bersama nota mengucapkan sokongan," tambahnya.
Kira-kira 84% daripada sumbangan itu berjumlah antara RM10 hingga RM200.
Bagi Rafizi, dalam tempoh seminggu lalu, beliau telah menyaksikan rakyat Malaysia daripada pelbagai bangsa, agama, tahap ekonomi dan sosial bersatu untuk satu tujuan; menghantar isyarat bahawa mereka akan menyokong sesiapa sahaja yang sanggup berdiri menentang rasuah.

PRU14: Calon PH berprofil tinggi tanding di Johor


PRU14: Calon berprofil tinggi tanding di Johor
Salahuddin (dua, kiri) dan Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan (tiga, kanan) bercakap kepada pemberita pada sidang media, hari ini.
JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan akan meletakkan calon berprofil tinggi di beberapa kerusi panas di negeri ini bagi memenangi PRU14.
Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, Pakatan Harapan akan memberi lebih banyak ruang kepada tokoh-tokoh utama sebagai strategi mereka menumpaskan BN di Johor dan mengambil-alih pemerintahan kerajaan negeri.
"Parti dalam Pakatan Harapan seperi Parti Pribumi Bersatu Malaysia  (Bersatu) akan menempatkan tokoh-tokoh besar mereka seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, begitu juga dengan DAP seperti dalam PRU13 lalu yang memilih banyak calon berprofil mereka di saat akhir.
"Ini merupakan strategi kita untuk memenangi PRU14 dan membuktikan kepada rakyat bahawa kita sememangnya serius" katanya kepada pemberita pada sidang media, di sini hari ini.

Faktor Dr Mahathir

MENGAPA sejak lebih 40 tahun lalu, sukar bagi pembangkang untuk menewaskan Barisan Nasional (BN)? Apakah kesaktian BN, jika ada, yang menyebabkan ia kekal sebagai kerajaan Malaysia hingga ke hari ini? Dan apa pula senjata ampuh untuk menentangnya?
Dengan meletak ke tepi seketika isu demokrasi Malaysia yang pincang dan kemerosotan hak asasi, undang-undang yang menyebelahi kerajaan memerintah, kawalan media, serta program berasaskan satu kaum dan agama, tulisan ini akan hanya menumpukan kepada faktor politik semata-mata tanpa mengambil kira tekanan dan penindasan yang dihadapi pembangkang.
Pilihan Raya Umum (PRU) 1990 merupakan platform pertama pembangkang pelbagai aliran bersatu untuk membentuk gabungan menentang BN. Namun, ia gagal apabila pengundi memilih untuk kekal bersama BN pimpinan Dr Mahathir.
Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno serta ditangkap pada 1998 dan kemudiannya dipenjarakan. Ia mencetuskan gelombang kebangkitan orang Melayu. Bagi kebanyakan mereka, Anwar adalah idola pengganti Dr Mahathir.
Namun, pada PRU1999, percubaan untuk menjatuhkan Mahathir dan BN sekali lagi gagal. Walaupun banyak undi Melayu berubah kepada pembangkang, undi kaum lain, khususnya Cina, kekal bersama BN.
PRU2008 pula diadakan dalam keadaan tiada sebarang gabungan antara pembangkang. Keputusannya mengejutkan apabila Abdullah Ahmad Badawi yang memegang teraju kepimpinan negara sejak persaraan Dr Mahathir pada 2003 kehilangan majoriti dua pertiga Parlimen serta kalah di lima negeri.
Pada PRU2013, BN di bawah pentadbiran Najib Razak mengekalkan kemenangan tetapi tanpa banyak perubahan. Malah undi popular Pakatan Rakyat meningkat menjadi 53% tetapi persempadanan kawasan pilihanraya membolehkan BN menguasai lebih banyak kerusi. BN tetap kekal sebagai kerajaan.
Mengapa begitu?
Dalam hal ini, ia melibatkan faktor Dr Mahathir. Sejak 1990 pembangkang gagal membuat sebarang impak kerana aura Dr Mahathir sebagai ketua kerajaan yang dilihat majoriti pengundi sebagai pemimpin yang layak memimpin mereka. Maksud “aura” di sini merupakan kecekapan beliau menggunakan muslihat politik, strategi dan taktik yang bercampur bersih dan kotor, serta penggunaan aparatus negara.
Contohnya pada PRU1990, walaupun Tengku Razaleigh Hamzah memimpin Semangat 46 bersama separuh bekas pemimpin kanan Umno, beliau gagal kerana mereka adalah “pembangkang”, dan bukannya “kerajaan”.
Maksudnya pengundi Melayu khususnya mahu parti Umno yang menjadi kerajaan kerana diajar sejak Merdeka bahawa “hanya kerajaan dapat menjamin masa depan rakyat”. Pembangkang pula dilihat sebagai pihak yang “jahat dan tidak bertanggungjawab”.
Sejak PRU1990 (malah sebenarnya lebih awal, sejak PRU1982), Mahathir sebagai perdana menteri berjaya memomokkan pembangkang sebagai kumpulan yang mahu memecahbelahkan perpaduan Melayu serta boleh menjejaskan hidup serta masa depan orang Melayu. Mudah sahaja alasan ini diterima kerana Dr Mahathir dan Umno menjadi teraju kepimpinan BN.
Oleh itu sukar pembangkang menang kerana mereka tetap dilihat sebagai “pembangkang” oleh majoriti orang Melayu, dan bukan sebagai “kerajaan yang menanti”.
Kini menjelang PRU14, Najib cuba meneruskan skrip lama Dr Mahathir untuk menakutkan orang Melayu agar terus bersama Umno dan BN. Namun, keadaan sudah berubah.
Perbezaan paling ketara hari ini ialah yang menjadi kepala pembangkang adalah Dr Mahathir sendiri, seorang pemimpin yang masih dikagumi orang Melayu. Kini beliau menerajui sebuah parti Melayu yang mahu menggantikan Umno, iaitu Bersatu. Ia bergabung dengan Pakatan Harapan untuk menubuhkan kerajaan baru.

Agamawan korup di sebalik pengharaman buku, kata novelis Malaysia

Penulis kontroversi Faisal Tehrani melihat agamawan korup penghalang kebebasan bersuara, dan melemahkan kemampuan menjawab kritikan.
Faisal-Tehrani2
Akademik dan karyawan Faisal Tehrani berucap di Festival Sastera Asean di Jakarta, malam tadi.
JAKARTA: Pengharaman buku oleh pihak berkuasa Malaysia boleh dikaitkan dengan agamawan korup dan kemunculan ekstemisme di seluruh dunia yang mengancam kebebasan individu, kata novelis dan ahli akademik Dr Faizal Musa.
“Ia satu lagi bentuk keganasan,” kata Faizal atau lebih dikenali dalam dunia kesusasteraan tempatan sebagai Faisal Tehrani.
“Saya pula seorang lagi mangsa dalam perang itu,” katanya semasa menyampaikan ucaptama di Festival Sastera Asean di Jakarta, Indonesia malam tadi.
Acara 4 hari itu menghimpunkan penyajak, penulis lakon, sarjana dan artis di rantau ini.
Faisal mula menulis pada umur 16, dan novelnya “1515” merangkul Anugerah Buku Negara pada 2005. Buku itu dijadikan teks bacaan program pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman.
Meskipun seseorang penulis mungkin lebih popular apabila bukunya diharamkan, Faisal bagaimanapun tidak merasakan begitu.
“Hidup rasa sunyi apabila diharamkan. Orang tidak lagi mahu mengundang kamu ke acara deklamasi sajak. Buku-buku kamu yang terpenting tiba-tiba tiada lagi di kedai buku,” kata penulis berusia 43 tahun itu, yang setakat ini sudah menulis lebih 30 novel dan penulisan akademik, 6 daripadanya diharamkan kerajaan Malaysia.
Antaranya “Sebongkah Batu di Kuala Berang”, “Karbala” dan “Ingin Jadi Nasrallah”, yang menurut Kementerian Dalam Negeri dipengaruhi dianggap “sesat” atas konsep Syiah, aliran yang ditolak pihak berkuasa Islam di Malaysia.
Malahan buku yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2012 juga diharamkan 2 tahun kemudian atas alasan “mengancam ketenteraman awam”.
Alasan yang sama diberikan apabila Kementerian Dalam Negeri baru-baru ini mengharamkan “Breaking the Silence: Voices of Moderation – Islam in a Constitutional Democracy”, himpunan esei mengenai peranan Islam yang diterbitkan G25, kumpulan bekas penjawat awam Melayu yang menggesa ke arah kesederhanaan agama.
Syiah
Namun tidak semua karya Faisal mencabar “Islam jabatan” yang ditentangnya secara terang-terangan, seperti novel “Bagaimana Anyss Naik Ke Langit”, yang menceritakan penderitaan kaum orang asal Penan di Sarawak.
“Walaupun tidak diharamkan, kedai buku enggan menjualnya. Pengharaman komersial itu membuktikan ketakutan merayap dengan berkesan sekali,” katanya.
Antara aduan pengkritik karyanya ialah ia condong ke arah kepercayaan Syiah, yang juga sebab di sebalik gelaran “Tehrani”, merujuk kepada ibu negara Iran, yang majoritinya umat Islam Syiah.
Faisal tidak menafikan karyanya “sarat dengan kandungan Syiah”, namun ia untuk menonjolkan sokongan kepada kebebasan beragama dan penentangan terhadap “Islam jabatan” di Malaysia.
“Saya bantah idea melaksanakan undang-undang syariah. Saya bantah Wahabisasi Malaysia,” katanya, merujuk kepada tafsiran Islam ultra-konservatif yang tersebar luas di Arab Saudi.
Faisal berkata pandangannya menyebabkan dirinya dimusuhi dalam kalangan kumpulan Islam tempatan.
“Daripada seorang penulis sastera Melayu terkenal, saya kini penulis paling terpinggir.
“Apa sebenarnya yang berlaku? Kerana percaya saya seorang pengikut ajaran Syiah, masyarakat Syiah yang tertindas di negara saya memohon bantuan saya.”
Agamawan korup

Siapa burukkan keadaan Melayu, saya atau Najib, soal Dr Mahathir


Siapa burukkan keadaan Melayu, saya atau Najib, soal Dr Mahathir
Umno sudah rosak teruk, daripada pemimpin sehinggalah ke ahli akar umbi, kata Dr Mahathir Mohamad. 
SERANGAN terhadap Dr Mahathir Mohamad kini datang dari pelbagai arah: termasuklah dari Putrajaya yang menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyelongkar skandal perdagangan matawang Bank Negara Malaysia (BNM) semasa beliau masih menjadi perdana menteri.
Beliau juga diserang kerana menyekat kebebasan badan kehakiman dan media, manakala minggu lalu Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi pula mengungkit susur galur keturunannya berdarah India.
Bagaimanapun, dari satu sisi lain terdengar orkestra tanda tanya yang mempersoalkan apakah Dr Mahathir, yang sekarang mengetuai barisan pembangkang yang bergabung dalam Pakatan Harapan, sudah cukup berjasa, setidak-tidaknya, kepada orang Melayu.
Menjawab hal ini, bekas perdana menteri itu berkata persoalan itu pada akhirnya menjurus kepada bagaimana rakyat menanggapi sumbangan baktinya.
“Apakah saya memburukkan (keadaan) orang Melayu? Saya tolong orang Melayu.
“Yang memburukkan orang Melayu ialah Najib. Tiba-tiba orang Melayu yang dikenali dari Malaysia yang membangun dengan pesat sekarang ini dikenali (di)seluruh dunia sebagai negara yang dipimpin pemimpin yang ada kontroversi.
“Siapa yang buat buruk bagi orang Melayu, saya atau dia?” katanya, merujuk kepada Perdana Menteri Najib Razak.
Ditanya tentang kedudukan orang Melayu sekarang, Dr Mahathir cepat membalas, “lebih buruk”.
“Jadi lebih buruk kerana dapat pemimpin keturunan Bugis tetapi mengaku dia Melayu.
“Orang ini mengaku dia kena guna duit, cash is king.
“Yang jadi buruk kepada orang Melayu pasal ada pemimpin macam inilah,” katanya.
Dr Mahathir meletakkan jawatan perdana menteri pada 31 Oktober 2003.
Biarpun mengaku gagal mengubah sikap dan nilai orang Melayu, Dr Mahathir mengimbau kejayaan pentadbirannya meningkatkan jumlah profesional seperti doktor, jurutera, pengurus dan usahawan dalam kalangan orang Melayu.
Dr Mahathir membuat kejutan pada perhimpunan agung Umno 15 tahun lalu apabila melahirkan rasa kecewa dan memohon maaf atas kegagalannya mengubah sifat dan budaya orang Melayu.
“Saya telah cuba sedaya upaya… Saya pohon maaf kerana kegagalan saya,” katanya dalam ucapan membuka Perhimpunan Agung Umno pada 20 Jun 2002.
Dua hari kemudian, pada hujung ucapan penggulungannya menutup perhimpunan, Dr Mahathir mengumumkan peletakkan jawatannya.
Episod itu tergambar begitu ironi kerana Dr Mahathir, tokoh utama yang melaksanakan dasar istimewa kepada orang Melayu dalam perniagaan dan pendidikan, secara terbuka mengaku masih ada yang gagal dicapai biarpun dasar perlindungan berasaskan kaum itu ada.
Ironi itu juga ternampak hari ini apabila Dr Mahathir sekarang menerajui pakatan pembangkang, yang pemimpinnya pada suatu masa pernah beliau perlekehkan dan dipenjara di bawah pentadbirannya.

Jika Pakatan menang PRU14, Dr Mahathir janji kukuhkan badan kehakiman


Jika Pakatan menang PRU14, Dr Mahathir janji kukuhkan badan kehakiman
Malaysia dalam keadaan huru-hara kerana skandal 1MDB serta tindakan Najib Razak memecat peguam negara dan menyekat siasatan terhadapnya, kata Dr Mahathir Mohamad. 
BETAPA masa sudah jauh berubah.
Dr Mahathir Mohamad, tokoh yang dituduh menyekat kuasa yang ada pada mahkamah semasa menjadi perdana menteri, kini berjanji mahu menegakkan semula “keluhuran undang-undang” jika Pakatan Harapan (PH) menang PRU14.
Ini termasuk pelan mengembalikan kebebasan badan kehakiman dan menjalankan perubahan yang akan membawa kepada mekanisma semak dan imbang yang lebih wajar dalam tiga cabang kerajaan.
“Ya, kita mempunyai idea bagaimana untuk memperbaiki semak dan imbang. Contohnya, terdapat pengasingan kuasa di antara legislatif dan eksekutif, legislatif dan kehakiman,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Dr Mahathir menggambarkan negara ini dalam keadaan huru-hara, yang jelas kelihatan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta tindakan Perdana Menteri Najib Razak memecat peguam negara dan menyekat siasatan terhadapnya.
“Hari ini tidak ada. Malah hakim yang tidak boleh dilantik disebabkan melanggar Perlembagaan (Persekutuan) dia (Najib) lantik. Saya tak pernah buat perkara seperti ini,” kata Dr Mahathir, merujuk kepada lanjutan tempoh pelantikan Ketua Hakim Negara Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Zukelfi Ahmad Makinudin.
Beberapa jam selepas wawancara selesai, Dr Mahathir dan pemimpin PH menyerahkan petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong mencabar keputusan Najib melanjutkan tempoh jawatan dua hakim itu.
Janji Dr Mahathir ini akan jadi magnet kritikan memandangkan tuduhan terhadapnya selama ini sebagai orang yang bertanggungjawab menyekat kebebasan badan kehakiman.
Pada 1988, ketua hakim negara ketika itu Salleh Abas dipecat manakala lima hakim Mahkamah Agung digantung, kemudiannya dua daripada mereka dipecat tribunal, sehingga membawa kepada krisis kehakiman.
Pada tahun yang sama, Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi menghapuskan “kuasa kehakiman” daripada Artikel 121(1), sekaligus melemahkan mahkamah.

HANIPA MAIDIN (HARAPAN)-BAHAS RUU BANTUAN GUAMAN

DR ZULKIFLI AHMAD: "Mampukah PH Hapuskan GST dalam masa 100 harii?"