Khamis, 3 Ogos 2017

Lain Disoal, Lain Jawabnya...

Rakyat nak tahu angka kosnya.. BUKANNYA PASAL AKTA..!! BUKANNYA AUTA..!!

Kenapa takut sgt abam Azalina nak dedahkan segala kos perbelanjaan percutian mewah Najib bersama Rosmah + anak-anak + menantu + ahli rombongan yg lain ??!

KENAPA kerajaan BN nak lindungi segala keborosan percutian mewah Najib bersama kuncu-kuncunya ??!

Berani Kerana Salah, Takut Kerana Salah !!!

Dedak Is King....Cash Is King.....

Di akui oleh DrMAZA.com sendiri, orang melayu yang berada di hulu-hulu atau ceruk-ceruk kampung saja yang memilih UMNO kerana maklumat (media massa) & surat khabar pro KERAjaan yg berat sebelah serta hanya berpihak kepada BN semata2.. manakala majoriti Melayu bandar memilih kepada pembangkang.

PERSOALAN:
Kenapa media massa, TV, radio & seumpamanya hanya 'dikongkong' oleh KERAjaan ??? Adakah KERAjaan BN itu milik sesebuah parti atau rakyat ???

Peguam NEGARA.. ? Gabenor Bank NEGARA..?

Tindakan mereka ini menggambarkan telah membersihkan Najib daripada tidak bersalah serentak di atas perlantikan jawatan baru mereka..

Peguam NEGARA.. ? Gabenor Bank NEGARA..?

Baik tukar jer kpd Peguam Umno mahupun Gabenor Bank Umno..

Inilah realiti skrg di bawah era pemerintahan Kleptokrasi Najib.

Satu persatu kesialan dan malapetaka bencana negara & rakyat terima.

MASIH INGAT..
Selepas saja Gabenor Bank Negara M'sia (BNM) dilantik atas nasihat Najib Razak.. BNM segera tamatkan siasatan terhadap #1MDB.

Manakala Peguam Negara baru dilantik atas nasihat Najib Razak juga.. Najib Razak telah 'dibersihkan' tidak bersalah dlm skandal derma RM2.6 bilion 1MDB.

NAMPAK TAK !!

PELIK TAPI BENAR..

TIBALAH MASANYA TV3suku memainkan propagandanya utk memburuk-burukkan kerajaan pembangkang.

Adakah Rahman Dahlan sangat terdesak dan amat cemburu dengan kejayaan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai satu-satunya negeri di Malaysia yang mempunyai bayaran tunggakan hutang sifar... berbanding k'jaan di negeri-negeri BN dan Kerajaan Persekutuan ?

PELIK TAPI BENAR..
Kerajaan pembangkang (Pulau Pinang) yang punyai bayaran tunggakan hutang sifar DIA MELALAK MEROYAN, tetapi kerajaan negeri BN-Kedah yg catat HUTANG TERKUMPUL NEGERI PALING TINGGI DAN HUTANG TERTUNGGAK N0.2 TERTINGGI dlm M'sia terhadap Kerajaan Persekutuan.. KENAPA BUAT-BUAT BODOH MEMBISU !!!

Patutler liat dan susah sangat nak tangkap si penyangak JhoLow..

Baru tahu... rupa-rupanya.......

“Saya tidak mahu jawab desakannya. Jadi, ambillah tindakan mahkamah, saya tunggu, tak gaduh," kata Ketua Polis Negara (KPN) Khalid Abu Bakar -(3/8/2017)

Selagi Umno-BN menguasai pemerintahan negara selagi itulah penyangak2 berlesen, segala mak bapak jerung bebas begitu saja..

Naikkan harga petrol, keluarkan bon baru tanda kantung negara tenat



Tindakan kerajaan menaikkan harga petrol dan pengeluaran bon baru sebanyak RM2.5 bilion sejak 1 Ogos lalu menggambarkan kedudukan kewangan negara berada pada tahap parah.
Faiz FadzilTimbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil berkata, hal tersebut juga terbukti dengan kegagalan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjelaskan bayaran berjumlah RM2.58 bilion kepada firma Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC).
Menurutnya, pengeluaran bon baru seperti disiarkan Bank Negara dengan tendernya hanya dibuka untuk tempoh empat hari menunjukkan tindakan desperado kerajaan mencari wang bagi membayar hutang dan perbelanjaan negara.
"Entah ke mana hilangnya kutipan GST sebanyak RM3.5 bilion sebulan dihabiskan sehinggakan kerajaan terpaksa berhutang lagi.
"Lebih membimbangkan jika institusi dana awam seperti KWSP, PNB atau Tabung Haji digunakan untuk membeli bon terbaru ini dan digunakan bagi membayar obligasi 1MDB kepada IPIC tersebut.
"Peristiwa-peristiwa yang berlaku ini benar-benar membuktikan kantung negara dalam keadaan tenat," tegasnya dalam satu kenyataan.
Faiz berpendapat trend pentadbiran kleptokrat Datuk Seri Najib Razak jika dibiarkan boleh mengancam kemerdekaan yang dikecapi.
Jelasnya, hal tersebut boleh menyebabkan negara terjebak menjadi 'failed state' jika setiap hari kerajaan hanya tahu mengorek lubang hutang baru untuk menutup lubang hutang lama dengan menggunakan wang rakyat.
"Tirai bulan kemerdekaan tahun ini dibuka dengan peristiwa-peristiwa yang membimbangkan negara dan rakyat, bukan kerana kemerdekaan yang dikecapi 60 tahun dirobek, tetapi kemerdekaan yang dikecapi gagal dimanfaatkan oleh pemerintah untuk meletakkan negara setaraf negara maju berpendapatan tinggi," katanya.
Mengulas kegagalan 1MDB menjelaskan hutang pada 31 Julai lalu iaitu tarikh yang dipersetujui di Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London, beliau menganggap itu amat memalukan negara dan akan menyebabkan nilai ringgit terus merosot kerana negara dilihat tidak mempunyai kedudukan kewangan yang stabil.

Halang pihak pengurusan 1MDB daripada meninggalkan negara

KUALA LUMPUR, 3 OGOS:  Kerajaan perlu menyenaraihitam semua individu yang bertanggungjawab menyebabkan kerajaan gagal membayar hutang sebanyak RM2.58 bilion kepada International Petroleum Investment Co (IPIC) kata Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.
“Jika (peminjam) PTPTN, lepasan graduan tak mampu bayar balik, apa yang kerajaan Malaysia buat ialah senarai hitamkan mereka, halang mereka dari ke luar negara.
“Saya rasa, kalau (kerajaan) tak ada alasan yang baik mengapa 1MDB dan Kementerian Kewangan tidak dapat bayar hutang ini, mereka yang terlibat perlu disenarai hitamkan dari ke luar negara sehingga isu ini diselesaikan,” katanya kepada media.
Sehingga bulan Mac tahun ini, PTPTN mencatatkan seramai 663,000 gagal membayar langsung hutang mereka dengan jumlah wang terkumpul RM4.7 bilion.
Jumlah hutang yang gagal dibayar kerajaan kepada IPIC pula sebanyak RM2.58 bilion bersamaan 53.7 peratus dari jumlah hutang PTPTN yang tidak dibayar.
“Jadi, dalam kes ini kerajaan Malaysia tak mampu bayar hutang. Soalan saya adakah Menteri Kewangan dan ahli lembaga pengarah 1MDB, bukankah mereka yang patut disenarai hitamkan?
“PTPTN you blacklist, kes (hutang) ini tak blacklist,” katanya lagi.
Terlebih dahulu, Lip Eng menggesa supaya Parlimen membahaskan kegagalan kerajaan membayar balik hutang tersebut.
“Saya minta bahaskan bagaimana Kerajaan Malaysia mendapat dana wang untuk bayar balik wang kepada IPIC.
“Tujuan pembahasan ini supaya tidak menjatuhkan lagi imej negara di mata dunia,” tegasnya.
Semalam, media melaporkan kerajaan gagal membayar sejumlah AS$602.75 juta (RM2.58 bilion) hutang kepada IPIC dalam jangka masa yang ditetapkan.
Jumlah bayaran tersebut adalah separuh daripada jumlah keseluruhan hutang kerajaan kepada IPIC iaitu AS$1.2 bilion – yang terkumpul akibat daripada skandal membabitkan firma pelaburan negara, 1MDB – setelah penyelesaian dicapai kedua-dua belah pihak pada 24 April lepas.

Armada berjaya itu ialah Pakatan Harapan

Salah satu kegembiraan hasil terbentuknya Pakatan Harapan (HARAPAN) ialah teguhnya persaudaraan esprit de corps atau semangat komrad yang dikongsi bersama di kalangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), PKR, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP.
Mohammad Sabu misalnya, semasa dalam tahanan Operasi Lalang 1988 pernah berkongsi sel dengan Lim Guan Eng.
Apabila mereka bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu perdana menteri dan menteri dalam negeri - tokoh yang bertanggungjawab menandatangani arahan menangkap mereka di bawah seliaan Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar - Mohamad dan Lim disambut baik dengan senyuman dan gelak ketawa.
Tempoh dalam penjara - walaupun mencabar - telah mendidik mereka menjadi lebih humanis. Sebaliknya, Dr Mahathir sedar andai kata beliau berusaha mengenali mereka berdua - juga Datuk Seri Anwar Ibrahim - terlebih dahulu mungkin ketiga-tiganya tidak akan dihumban ke dalam penjara.
Tak nampak angkuh
Empati Dr Mahathir adalah satu lagi sebab untuk berlapang dada. Beliau tidak menyuruh anaknya terus bermusuh, sebaliknya menganjurkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin melucutkan topi darjat masing-masing dan berbaik-baik dengan mereka.
Lim Kit Siang juga tidak menuntut kemaafan mahu pun pampasan.
Meskipun terpaksa menempuh kesusahan sepanjang bergelar tahanan politik, Kit Siang mengekalkan jati diri dan kehormatan beliau dengan menggalakkan anak buahnya seperti Liew Ching Tong dan Tony Pua untuk terus menghormati orang lama seperti Dr Mahathir dan Muhyiddin.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah Anwar wajar diberikan tabik hormat.
Biarpun terpaksa menanggung keperitan berpisah dengan suami dan bapa, mereka menjadikan itu suatu peluang untuk “Selamatkan Malaysia.”
Ia sebuah langkah yang wajar dipuji dan diberi perhatian.
Jika anda lihat cara pemakaian ahli-ahli politik ini, tiada bermewah-mewahan, daripada penggayaan jam Casio plastik ke kemeja-T putih, baju kebaya dan tudung.
Tidak ada seorang pun anggota HARAPAN pernah terlibat dalam apa-apa skandal rasuah. Tiada. Sebaliknya, enam buah negara di peringkat antarabangsa telah mengambil langkah undang-undang untuk memenjara pengurus bank yang terlibat dalam 1MDB, yang tentunya kini dikenali sebagai “Sapu Malaysia.”
Lebih daripada itu, kepentingan Islam tidak pernah disaring oleh DAP, malah tesis Ching Tong dari Universiti Kebangsaan Australia berkisar tentang ahli progresif PAS yang kini menubuhkan AMANAH.
Mampu islahkan Malaysia
Datuk Raja Bahrin dahulunya orang PAS daripada kerabat dirajanya yang tersendiri, tetapi tiada langsung unsur keangkuhan.

Pengangguran belia membimbangkan, kerajaan perlu bertanggungjawab

SAYA memandang serius isu pengangguran belia yang semakin meruncing di Malaysia sejak 5 tahun yang lepas. Perkara ini, yang dipelopori pelbagai faktor, memerlukan penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang dalam kadar yang segera.
Terbaru, pembekuan pengambilan pekerja dalam sektor awam seolah-olah memberi petanda bahawa kerajaan kurang prihatin terhadap isu kelangsungan hidup golongan belia dan rakyat secara umumnya.
Statistik yang dikemukakan Jabatan Perangkaan Negara memberi gambaran tidak sihat tentang situasi pekerjaan di negara ini. Pada tahun 2016, 4.2% graduan tertiari (merangkumi universiti, politeknik, kolej komuniti, institut latihan dan sebagainya) didapati menganggur, manakala 2.6% daripada golongan yang tiada pendidikan rasmi tidak mempunyai pekerjaan. Jurang yang wujud antara 2 kelompok ini amat menghairankan, dan menimbulkan syak tentang peranan dan keberkesanan pihak kerajaan dalam menyediakan peluang pekerjaan yang berdaya saing di Malaysia.
Memang benar, ada perbezaan daripada segi penambilan pekerja lulusan SPM dan graduan, terutamanya daripada segi tahap kecekapan, kompetensi, kualiti dan permintaan pasaran.
Akan tetapi, ia tidak bermakna kebajikan graduan dan golongan belia dalam membina kerjaya boleh dipermainkan berdasarkan keadaan semasa.
Seringkali kita lihat, kerajaan Malaysia mengambil sesuatu tindakan drastik hanya apabila perkembangan terkini berubah ke arah yang lebih negatif. Begitu juga dalam isu pengangguran belia, apabila kerajaan mengambil langkah untuk mewujudkan beberapa program bantuan belia selepas ramai graduan melaporkan kegagalan dalam mencari pekerjaan yang sesuai dengan skil yang dimiliki.
Pelaksanaan berlompong Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) adalah salah satu punca utama peningkatan kadar pengangguran belia di Malaysia. Program yang diwujudkan bagi memberi pendedahan kepada graduan itu disalah guna para majikan, yang menjadikan pengambilan pelatih SL1M sebagai alternatif mudah kepada pekerja tetap – lalu pelatih tersebut dipergunakan sebagai pekerja kontrak yang boleh dilupuskan sejurus tamat tempoh bekerja.
Kerajaan juga dilihat gagal dalam mengenalpasti pasaran kerja yang selari dengan “trend” masa depan. Ia menyebabkan kewujudan golongan graduan yang tidak memenuhi permintaan pasaran kerana mereka tidak dilengkapkan dengan skil dan ilmu yang sepatutnya di peringkat tertiari – dan berkemungkinan menjadi liabiliti pada majikan yang mengambil mereka sebagai pekerja. Isu ini kerap berlaku dalam sektor berteraskan sains, teknologi, vokasional dan teknikal, kerana kelewatan sistem pendidikan negara dalam mengadaptasi keperluan industri dengan bentuk pembelajaran di institusi tertiari.
Kerajaan harus mengambil langkah proaktif bagi mengatasi masalah pengangguran belia yang berlaku dalam generasi kini, dengan menawarkan solusi yang pantas dan tuntas. Perlu diingat, golongan belia (yang rata-ratanya berusia antara 25-29 tahun) yang memerlukan pekerjaan ini menghadapi tekanan dan persaingan daripada graduan baru yang lebih bersedia untuk memenuhi keperluan pasaran berdasarkan pengalaman “senior” mereka.

KWSP tiada rancangan melabur dalam Bandar Malaysia kata CEO...

CEO Shahril Ridza Ridzuan juga berkata tiada pihak yang menghubungi mereka mengenai perkara itu setakat ini.
Shahril-Ridza-epf1Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) belum memutuskan sama ada akan membuat pelaburan dalam projek Bandar Malaysia, kata Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan.
“Belum ada yang menghubungi kami setakat ini, dan kami belum ada rancangan untuk projek berkenaan setakat ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan penutup pada Persidangan Jaminan Sosial 2017 di sini hari ini.
Shahril ditanya sama ada dana persaraan itu terbuka untuk sebarang usaha sama dalam projek pembangunan mega berkenaan.
Sementara itu Shahril berkata KWSP akan terus melabur dalam projek infrastruktur tempatan memandangkan ia termasuk dalam segmen pelaburan terasnya.
“Kami sentiasa menjadi penyokong terbesar perbelanjaan kerajaan dalam projek infrastruktur,” katanya dan menambah, dana persaraan itu merupakan peneraju terbesar tunggal bagi projek infrastruktur seperti loji janakuasa, lebuh raya dan Mass Rapid Transit.

Skandal FIC: 2 individu disyaki urus dokumentasi jual beli hotel di London ditahan

Mereka disyaki terlibat menguruskan proses dokumentasi perjanjian jual beli antara pemilik asal dan syarikat ketiga sebelum ia dijual kepada FIC.
FIC-FeldaSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan 2 individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pembelian sebuah hotel mewah di Kensington, London oleh Felda Investment Corporation (FIC).
Mereka disyaki terlibat menguruskan proses dokumentasi perjanjian jual beli antara pemilik asal dan syarikat ketiga sebelum ia dijual kepada FIC.
Suspek pertama seorang peguam berusia 44 tahun yang beroperasi di Kuala Lumpur manakala suspek kedua seorang pembantu perundangan berusia 29 tahun di firma undang-undang itu.
Mereka ditahan sekitar jam 4.00 petang di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
Sumber berkata peguam tersebut juga mempunyai kaitan dengan pemilik syarikat yang membuat urusan jual beli hotel dengan FIC.
Manakala suspek kedua pula dipercayai turut memainkan peranan penting terlibat dalam menandatangani perjanjian jual beli itu.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.
Beliau tidak menolak kemungkinan akan ada lebih ramai lagi individu yang akan ditahan selepas ini.
Kedua-dua suspek akan direman di mahkamah Putrajaya esok untuk membantu siasatan.

1MDB tidak mampu bayar IPIC kerana tidak dapat mengewangkan unit

Mana-mana bank yang memudahkan penjualan unit dana pelaburan 1MDB akan melakukan kesalahan memudahkan pengubahan wang, kata Tony Pua.
Tony-Pua_1mdb_ipic_600
PETALING JAYA: Tony Pua berkata beliau tahu mengapa 1MDB tidak dapat membuat bayaran AS$603 juta (RM2.6 bilion) kepada International Petroleum Investment Co (IPIC), yang sepatutnya dilakukan pada 31 Julai lepas.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu 1MDB sebelum ini berkata “hutang itu akan dilangsaikan oleh 1MDB, terutamanya menerusi pengewangan unit dana pelaburan milik 1MDB”.
“Jadi, mereka tidak ada dana kerana ‘tiada bank di dunia ini yang sanggup memproses penjualan unit dana pelaburan milik 1MDB’.
“Ini kerana Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mengumumkan unit-unit itu melibatkan penipuan. Ia dicipta untuk menutup lebih AS$1 bilion yang digelapkan dari 1MDB ke Good Star Limited apabila niatnya ialah melaburkan dana itu di PetroSaudi International Limited.
“Mahkamah Singapura juga mengesahkan penganalisis kewangan dari NRA Capital di Singapura diberi rasuah untuk menghasilkan laporan penilaian palsu mengenai unit-unit pelaburan itu,” kata Tony.
Beliau menambah oleh sebab tindakan di luar negara, mana-mana bank, sama ada Malaysia atau antarabangsa, yang memudahkan transaksi melibatkan penjualan unit pelaburan 1MDB yang melibatkan penipuan itu akan melakukan kesalahan memudahkan pengubahan wang.
Kenyataan 1MDB pada 31 Julai mengakui ia tidak boleh membuat pembayaran kepada IPIC kerana belum menerima dana.
“Oleh kerana keperluan untuk mendapatkan kelulusan pengawalseliaan tambahan, penerimaan dana tersebut ditangguhkan hingga Ogos 2017.
“Memandangkan dana ini akan digunakan untuk membayar IPIC, 1MDB menulis kepada IPIC untuk memaklumkan kepada mereka tentang komitmen kami untuk memenuhi obligasi, yang asalnya pada 31 Julai 2017 pada Ogos 2017,” kata 1MDB.

Mengapa enam pegawai kedutaan Malaysia hadir pengurusan saman Sarawak Report oleh PAS?



Hadrizammi menutup muka ketika cuba dirakam Sarawak Report.Kehadiran enam pegawai kanan Kedutaan Malaysia di London dalam pengurusan kes saman presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Sarawak Report di Mahkamah Tinggi London, 2 Ogos lalu menarik perhatian laman berita portal internet itu.
Dalam berita bertajuk "So Who Is Supporting 'Opposition' Pas Leader, Hadi Awang, In His Suit Againts SR?" (Siapakah yang membantu pemimpin 'pembangkang' Pas, Hadi Awang, dalam samannya terhadap Sarawak Report?), laman portal berita itu menyatakan rasa terkejut dengan kehadiran paling kurang enam pegawai kanan Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia dalam pengurusan kes saman Abdul Hadi terhadap Sarawak Report di Mahkamah Tinggi.
Antara yang dikesan hadir ialah konsular politik pesuruhjaya tinggi Malaysia ke UK Mohd Hadrizammi Mustafa; pegawai media kedutaan Malaysia di UK Wan Rosli Wan Osman dan timbalan ketua setiausaha hubungan dua hala Jesse Quiban.
Dua pegawai pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang hadir di mahkamah tinggi London.Mereka juga dilihat tekun mencatat sesuatu ketika prosiding berjalan.
"Jadi, apakah kepentingan kerajaan Malaysia dalam saman fitnah 'ahli politik pembangkang' terhadap seorang wartawan dan mengapa mereka menghabiskan banyak masa untuk menghantar kakitangan mereka," soal Sarawak Report.
Sarawak Report juga merakam foto tiga daripada kakitangan kedutaan terbabit yang dilihat mengenali rapat pasukan peguam plaintif dan diberi penerangan lengkap berhubung sesi pengurusan kes itu.
Bagaimanapun wakil kedutaan Malaysia itu dilapor tidak gembira dirakam foto mereka dengan Hadrizammi cuba melindungi wajahnya daripada dirakam.
Sarawak Report turut melaporkan kos yang ditanggung presiden Pas untuk membayar khidmat peguam Carter Ruck yang berjumlah RM3000 (£500) sejam.
Malah Sarawak Report menganggarkan kos yang dibelanjakan presiden Pas bagi urusan mahkamah setakat ini adalah RM600,000 (£100,000).
Bagaimanapun peguam Abdul Hadi, Carter Ruck enggan menjawab soalan Sarawak Report berhubung jumlah perbelanjaan mahkamah yang ditanggung ahli parlimen Marang itu setakat ini.
Ketika para pemimpin Pas mengakui tidak mempunyai dana malahan tidak mampu membayar bil elektrik ibu pejabat parti itu, Sarawak Report mempersoalkan pihak yang membantu membiayai tindakan undang-undang itu memandangkan kempen pungutan derma di kalangan ahli parti yang dilancarkan pada Mac lalu hanya berjaya mengutip £13,000 (RM78,000).

Majlis Peguam boikot acara Ketua Hakim Negara

Majlis Peguam Malaysia membuat keputusan untuk memboikot acara sosial yang disertai oleh Ketua Hakim Negara Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Zulkefli Ahmad Makinudin.
Anggota Majlis Peguam digalakkan untuk menolak undangan acara sosial dari mereka.
Resolusi tersebut merupakan sebahagian daripada usul yang dicadangkan Majlis dan dipersetujui oleh "majoriti besar" dalam mesyuarat agung tergempar (EGM) di Kuala Lumpur hari ini.
"Kami akan terus terlibat dengan kehakiman dalam kesemua hal-hal rasmi," jelas Presiden Majlis Peguam George Varughese dalam sidang akhbar selepas EGM.
Mesyuarat tergempar diadakan susulan perlantikan Md Raus dan Zulkefli sebagai hakim tambahan yang disifatkan badan peguam itu sebagai "secara terang-terangan melanggar perlembagaan."

SELEPAS AMERIKA SYARIKAT, ADAKAH PERANCIS JUGA BERKONSPIRASI MAHU JATUHKAN NAJIB?

Ketika Amerika Syarikat melalui Jabatan Kehakimannya atau DOJ memulakan saman sivil untuk merampas aset-aset kepunyaan Jho Low dan Riza Aziz yang dikaitkan dengan dana 1MDB yang diselewengkan, antara hujah pembelaan golongan macai dan pencacai  ialah ia merupakan satu konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Najib Razak.

Mereka cuba memperbodohkan orangramai dengan mempersoalkan bagaimana saman itu boleh dilakukan sedangkan 1MDB tidak pernah melaporkan kehilangan wangnya dan DOJ pula tidak pernah meminta sebarang bantuan Peguam Negara Malaysia untuk tindakan tersebut.

Tidak cukup dengan itu, didendangnya juga kononnya DOJ turut dibayar jutaan ringgit oleh Tun Mahathir Mohamad dan Dr. Puad Zarkashi yang mengetuai JASA, walaupun bergelar Dr, tetapi seperti hilang kecerdikan dengan mengatakan saman itu sendiri mungkin dikarang oleh seseorang daripada negara kita.

Pokoknya, dalam zaman "cash is king" ini, mereka lebih percaya segala usaha pihak luar yang dilihat mencemar negara  dan melibatkan kaum kerabat Seri Perdana adalah percubaan untuk menjatuhkan Najib semata-mata.

Najib, yang terbukti mempunyai beribu-ribu juta ringgit dalam akaun peribadinya, tetaplah di hati mereka seorang pemimpin yang suci bersih dan tidak berdosa apa-apa.
Kini, selain Amerika Syarikat, menyusul pula Perancis memulakan tindakan pendakwaan terhadap Abdul Razak Baginda, seorang yang pernah menjadi sekutu rapat Najib berkaitan pembelian kapal selam Scorpene pada 2002 dahulu.

Peguam hak asasi manusia Perancis, William Bourdon telah mengesahkan bahawa Abdul Razak Baginda telah didakwa (indicted) di Paris pada 18 Julai lalu atas dakwaan sogokan berhubung penjualan kapal selam kepada Malaysia.
Bourdon, peguam yang mengendalikan kes Scorpene di Paris, berkata laporan berita mengenai pendakwaan itu sebagai tidak mengelirukan dan menambah, "Abdul Razak harus memberi respon terhadap pendakwaan setebal 11 mukasurat itu."

CAKAP ZAHID JENAKA TAMBAHAN NUJUM PAK BELALANG, LUNCAI


Belum pernah Malaysia ini memiliki seorang perdana menteri daripada kalangan Melayu tulen sehinggalah tokoh masyarakat Orang Asli dilantik ke situ, kata seorang wartawan veteran.
Menurut Subky Latif sejak zaman merdeka hingga kini semua perdana menteri negara ini mempunyai darah campuran luar.
Perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra, tidak dianggap Melayu sejati kerana datang dari keturunan bangsawan, manakala ibunya mempunyai darah Siam.
Tun Razak Hussein pula kata Subky mempunyai asal-usul masyarakat Bugis di Indonesia.
“Bugis itu ada yang pelayar, dan ada juga yang lanun,” katanya.
Mengenai perdana menteri ketiga, Subky yang pernah menjadi anggota Jawatankuasa Pusat PAS itu menjelaskan, Tun Hussein Onn sekali lagi menyambung legasi keluarga bangsawan untuk menduduki jawatan berkenaan.
Katanya, Hussein adalah anak kepada Datuk Onn Jaafar dan datuk nenek tokoh itu berasal dari Turki – walaupun tiada sesiapa membuat kajian dari kategori mana.
“Turki dulu adalah empayar Islam yang besar. Tenteranya berada di segala ceruk rantau.

“Maka antaranya tersangkut dengan bangsawan. Dan Turki juga dulu ada orang gipsi iaitu orang yang berpindah-randah, tidak diketahui susur galur keturunannya,” kata Subky (gambar) lagi melalui tulisan disiarkan Harakahdaily.
Tulisan bekas wartawan Utusan Melayu itu disiapkan sebagai mengulas isu Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang mengaitkan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan keturunan Kutty India.
Timbalan perdana menteri terbabit mendedahkan maklumat peribadi bekas bosnya semasa merasmikan penutup mesyuarat Umno Kelana Jaya pada 30 Julai lalu.
Kata Subky, Dr Mahathir adalah daripada keluarga Kutty dan ia kedengaran seperti masyarakat keturunan Yaman yang berdagang dan berdakwah ke India sejak sebelum kedatangan Inggeris.
Katanya, orang Yaman yang menetap di India itu menguasai bahasa Inggeris.
“Maka datuknya Iskandar Kutty dikirim Inggeris untuk mengajar bahasa Inggeris kepada anak-anak raja Melayu.
“Iskandar kahwin dengan orang Johor – mungkin (orang) Jawa kerana di Johor ramai Jawa.
“Anaknya Mohamad jadi pengetua Sekolah Sultan Abdul Hamid di Alor Setar,” katanya lagi.
Apa lagi Kutty
Mahathir anak Mohamad itu, kata Subky, adalah generasi ketiga keluarga Kutty, dan ciri Melayu mengatasi Indianya.
“Mungkin cakap Karala pun dia tidak tahu,” katanya.
Penggantik Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi pula dipercayai ada keturunan Arab daripada datuknya, Syeikh Abdullah Fahim.

“Ayah Abdullah, Ahmad Badawi lahir di Mekah. Ibu Abdullah pula ada suku sakat keturunan Yunan di Bayan Lepas. Maka perdana menteri itu pun bukan Melayu tulen,” katanya.

PENJELASAN KEGAGALAN 1MDB BAYAR IPIC ADA MAKSUD TERSIRAT


DAP hari ini mengecam penjelasan Putrajaya kerana kegagalan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membayar syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) berjumlah AS$600 juta (RM2.6 bilion).
Perdana Menteri Najib Razak semalam mengatakan pembayaran itu ditangguhkan atas masalah “teknikal”.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata tiada siapa, selepas mendengar penjelasannya, memahami kesukaran dialami dalam memproses transaksi urus niaga untuk membayar IPIC.
“Alasan kesukaran dan kerahsiaannya adalah mudah. Tiada bank di dunia hari ini yang sanggup memproses penjualan unit dana pelaburan milik 1MDB,” kata Pua.
“Ini kerana Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) menyatakan ‘unit’ ini adalah penipuan. Ia diwujudkan untuk menutup lebih AS$1 bilion yang disalahgunakan 1MDB kepada Good Star Limited sedangkan tujuan asalnya melabur dengan Petrosaudi International Limited,” kata Pua.
Dalam keputusan timbang tara tertutup di London, 1MDB bersetuju membayar AS$1.2 bilion kepada IPIC secara dua tahap pada akhir tahun, ia menyatakan kewajiban ini akan dipenuhi “secara utamanya melalui pengewangan unit dana pelaburan milik 1MDB”.
“Mana-mana bank, di Malaysia atau antarabangsa, yang mengendalikan urus niaga melibatkan penjualan unit pelaburan penipuan 1MDB ini kepada sesiapa atau mana-mana pihak, akan didapati bersalah kerana membantu pengubahan wang haram,” kata Pua dalam satu kenyataan media hari ini.
Pua berkata lesen Bank BSI dibatalkan oleh pihak berkuasa Singapura kerana ia “bank penjaga” bagi unit pelaburan 1MDB.
Pentadbir kewangan Switzerland, Finma, juga menggesa bank swasta Switzerland berusia 132 tahun itu membubarkan cawangan Singapura, katanya.
“Tiada bank yang berwibawa sanggup menerima nasib yang sama seperti Bank BSI atau bank lain yang dikenakan denda dan hukuman kesan keterlibatan dengan 1MDB,” kata Pua.
Beliau berkata, satu-satunya cara bagi 1MDB membayar balik IPIC adalah melalui dana kerajaan.
“Bagaimanapun, jika itu terjadi, ia akan menjadi pengakuan secara langsung oleh kerajaaan yang 1MDB satu penipuan dan berbilion ringgit hilang dan dicuri daripada syarikat.
“Kami menyeru Najib Razak menjelaskan sendiri dan memberitahu kebenaran sepenuhnya kepada berjuta-juta rakyat Malaysia yang sangat bimbang dengan skandal 1MDB bernilai RM50 bilion.
“Sekiranya tiada ‘apa-apa untuk disembunyikan’ dan apa yang kami nyatakan di atas tidak berasas seperti dikatakan para pemimpin BN, maka datang ke Parlimen, jawab soalan dan berbahas secara terbuka.”

DR MAHATHIR: ‘1MDB TAK BAYAR BERMAKNA KERAJAAN GAGAL’


1. Tiba-tiba 1MDB mengaku tidak dapat bayar hutang sebanyak USD600 million / RM2,580 billion kepada IPIC, sebuah dana pelaburan milik Abu Dhabi yang telah jamin hutang oleh 1MDB.
2. Oleh kerana 1MDB sudah diambil alih oleh Kerajaan, maka Kerajaanlah yang gagal bayar hutang.
3. Kenapa tidak?
4. Tak ada duitkah kita?

5. Bila kita hutang kita perlu ada rancangan untuk bayar. Duit yang dihutang bukan untuk belanja hangus. Tentu ada rancangan untuk melabur, untuk dapat keuntungan yang boleh diguna untuk bayar hutang dalam satu jangka masa tertentu.
6. Jika diguna untuk membeli apa-apa, apa yang dibeli akan menjadi aset pegangan peminjam. Aset boleh dijual dan hasil boleh diguna untuk bayar hutang. Taklah semua. Hutang yang perlu dibayar pada Julai 31 hanya separuh sahaja. Lagi separuh boleh dibayar pada bulan Disember.
7. Jikalau harga jualan merugikan pun, sebahagian dari pelaburan atau harta boleh dijual cukup untuk bayar hanya separuh dari hutang.
8. Tetapi Kerajaan tidak dapat bayar. Mana pergi duit yang dihutang. Jika tidak rugi kerana pelaburan atau tidak beli harta yang boleh dijual, dimanakah duit yang dipinjam berada.
9. Sekarang Bank Negara mengeluar bon untuk sebanyak RM2.5 billion. Jika perolehan dari bon mencukupi untuk bayar hutang, soal ke mana pergi wang yang dipinjam masih tidak terjawab. Pinjaman melalui bon perlu dibayar.

KALAU DAH TAHU TUN MAHATHIR MUSUH NO 1 NAJIB, BUAT APA ZAHID HAMIDI PERGI MENEMUINYA?


Sebagai rakan rapat dan sahabat baik kepada Najib Razak, apatah lagi baru saja dilantik memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, tindakan Ahmad Zahid Hamidi menemui Tun Mahathir Mohamad secara senyap-senyap boleh dikira suatu “dosa besar” dalam hukum politik duniawi.
Ini kerana pada ketika kejadian, Tun Mahathir adalah musuh politik nombor 1 kepada Najib dan sedang berusaha untuk menyingkirkan beliau daripada kerusi empuk Perdana Menteri.
Tiada keperluan sama-sekali untuk Zahid Hamidi menemui Tun Mahathir, apatah lagi jika benar seperti dakwaan bekas Perdana Menteri itu bahawa Timbalan Perdana Menteri datang bertujuan meminta sokongan untuk mengambil alih tempat Najib.
Bertemu dan berbual-bual saja pun sudah boleh dianggap “berdosa besar” dalam hukum politik duniawi, manakala melontarkan idea dan meminta sokongan Tun Mahathir untuk menggantikan Najib, bererti Zahid Hamidi telah melakukan “dua dosa besar” kepada Perdana Menteri.
Mujur Tun Mahathir menolak permintaan Zahid Hamidi itu. Apa jadi andainya Tun Mahathir bersetuju menyokong Zahid Hamidi ketika itu?
Apakah hari ini Najib sudah tersingkir dan Zahid Hamidi adalah Perdana Menteri kita?
Tindakan Zahid Hamidi menemui Tun Mahathir itu tidak jauh bezanya dengan perbuatan artis Aliff Aziz yang didapati berkaraoke secara sembunyi bersama perempuan lain, meskipun isterinya baru 20 hari melahirkan anak dan “menghadiahkan zuriat” kepadanya.
Zahid Hamidi menemui Tun Mahathir setelah sebulan dapat jawatan dan Aliff bersama wanita lain setelah 20 hari isterinya melahirkan anak – kedua-duanya adalah perbuatan yang dianggap curang dan tiada kesetiaan.
Sebagaimana isteri Aliff Aziz terluka, sudah barang tentu Najib juga terhiris hati dengan perbuatan Zahid Hamidi itu.
Cuma, walaupun Aliff Aziz sudah meminta maaf kepada isterinya dan ia dimaafkan, tiada diketahui sama ada Zahid Hamidi ada meminta maaf atau Najib sudah memaafkannya.
Sebab itu, Zahid Hamidi tidak harus terus berdiam diri dan membuatkan orang berteka-teki mengenai pertemuannya dengan Tun Mahathir itu.
Ramai ahli UMNO dan penyokong Najib  mungkin terluka, biarpun ada seorang dua pemimpin UMNO yang “sekadar di pinggiran” mengatakan pendedahan Tun Mahathir mengenai pertemuannya dengan Zahid Hamidi tidak lebih bertujuan melaga-lagakan antara “nombor satu” dengan “nombor dua”.
Namun demikian, kata mereka, kesetiaan Zahid Hamidi kepada Najib tidak perlu diragui kerana kedua-duanya dikatakan saling mengenali antara satu sama lain sudah begitu lama.
Lagi pula, tambah mereka lagi, tidak mungkin bekas Setiausaha Politik tergamak menikam “bekas bossnya” sendiri.
Namun demikian, selain mereka harus menyedari bahawa sejarah orang nombor dua mahu menyingkirkan orang nombor satu bukanlah asing dalam sejarah UMNO, sejarah politik Zahid Hamidi juga tidak harus ditutup begitu saja.
Walaupun diketahui umum sejarah politik Zahid Hamidi dalam UMNO bermula dengan menjadi Setiausaha Politik Najib, tetapi bukanlah rahsia juga bahawa “tauke besarnya” ialah Anwar Ibrahim.
Beliau lebih dikenali sebagai “orang Anwar Ibrahim” dan sebaik berhenti sebagai Setiausaha Politik Najib, Anwar yang ketika itu menjadi Menteri Kewangan telah melantik Zahid Hamidi sebagai Pengerusi Bank Simpanan Nasional dan memberi laluan kepadanya mengambil alih beberapa syarikat senaraian awam, lalu bergelar tokoh korporat yang bergemerlapan dalam sekelip mata.
Diperbualkan tentang Zahid Hamidi ketika itu ialah “Najib memberinya kedudukan, tetapi Anwar memberinya peluang.”
Kedudukan dan perubahan status itulah juga yang banyak menyumbang kepada kejayaan Zahid Hamidi memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO pada 1996, meskipun berlawan dengan tokoh-tokoh lebih besar iaitu Rahim Tamby Chik, Isa Samad dan Annuar Musa.

Saman NFC 300K: MP PAS antara penyumbang derma RM1.5 juta pada Rafizi

Sepuluh hari yang lalu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memohon sumbangan orang ramai untuk membantu beliau menyelesaikan bayaran ganti rugi sebanyak RM300,000 dan kos lain berkaitan saman fitnah National Feedlot Corporation (NFC) terhadapnya.
Petang ini, anggota parlimen Pandan itu mengumumkan beliau telah mengutip sejumlah RM1,585,014.49, iaitu lima kali ganda daripada jumlah yang sepatutnya dibayar.
Sumbangan itu katanya diterima daripada pelbagai pihak.
"Daripada 5,135 orang penyumbang, 1,575 merupakan orang Melayu, 2,903 Cina, 348 ialah orang India, 40 bumiputera Sabah dan 91 ialah bumiputera Sarawak.
"Lebih kurang 2,300 orang penyumbang tidak diketahui memasukkan wang ke mesin deposit tunai yang kami tidak dapat kenal pasti mereka," tambah beliau.
Rafizi berkata terdapat juga anggota parlimen PAS yang menyampaikan sumbangan ketika di Dewan Rakyat walaupun hubungan renggang antara PKR dan PAS.
"Ketika ceramah di Temerloh minggu lepas, seorang wanita tua memberikan wang RM20 yang dikepilkan bersama nota mengucapkan sokongan," tambahnya dalam satu kenyataan.


Skandal 1MDB: IGP tak kisah tindakan undang-undang oleh Azmin

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tiada masalah sekiranya Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau.
Ini selepas Azmin menghantar surat tuntutan kepada Khalid bagi mencari dan mengekstradisi ahli perniagaan Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low atas kesalahan di bawah kanun keseksaan berkaitan dakwaan skandal 1MDB.
"Kes siasatan 1MDB ini masih lagi berjalan jadi saya tidak mahu respons terhadap tuntutan itu.
"Jadi, ambillah tindakan mahkamah. Saya tunggulah," kata Khalid dalam satu sidang akhbar di Kolej Polis Diraja Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.
Peguam Latheefa Koya semalam berkata IGP mempunyai 14 hari untuk menjawab tuntutan itu dan sekiranya gagal Azmin akan memfailkan tindakan selanjutnya di mahkamah.
Latheefa juga berkata tuntutan itu dibuat kerana adalah dipercayai tidak ada langkah yang diambil untuk membawa pulang Jo Low ke Malaysia.
Mengikut surat tuntutan itu, Low disyaki terlibat dalam jenayah pecah amanah di bawah Seksyen 406 atau Seksyen 409 Kanun Keseksaan, serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.
Low yang tidak diketahui keberadaannya dikaitkan dengan skandal 1MDB yang menyaksikan berbilion ringgit dana itu dilesapkan. Dia bagaimanapun menafikan dakwaan itu.
Sementara itu, Khalid enggan menjawab apabila ditanya sama ada kertas siasatan telah dibuka berdasarkan laporan polis yang dibuat terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana mendedahkan data perbiadi bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Saya dah jawab satu tadi (soaan) yag luar daripada Sea Games, yang ni kita fokus pada Sea Games. Saya tak mahulah layan soalan-soalan lain," katanya jelas tidak selesa dengan soalan berkenaan.
Bekas ketua bahagian Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan adalah antara mereka yang membuat laporan polis terhadap Zahid kerana "menyalahgunakan" data peribadi Mahathir.
Ini selepas timbalan perdana menteri itu mendakwa beliau menerima satu salinan kad pengenalan Mahathir oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menyatakan namanya sebagai "Mahathir a/l Iskandar Kutty".

Ahli parlimen pembangkang serah memo gesa Bank Negara siasat 1MDB



Ahli-ahli parlimen pembangkang diketuai Datuk Seri Wan Azizah Ismail tengahari tadi menyerahkan memorandum kepada Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) menggesa siasatan dijalankan terhadap syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bagi menunjukkan kesungguhan mereka terhadap isu ini, kumpulan anggota parlimen itu berjalan kaki sejauh hampir 2.5 km daripada Parlimen ke Bank Negara untuk menyerahkan memorandum menggesa Gabenor Datuk Muhammad Ibrahim memulakan siasatan terhadap 1MDB.
Dr Wan Azizah bercakap kepada pemberita setelah mengetuai sepuluh wakil ahli parlimen pembangkang menyerahkan memorandum kepada BNM.Selain Dr Wan Azizah yang juga ahli parlimen Permatang Pauh, turut berarak ahli parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, ahli parlimen Bagan Lim Guan Eng, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad, ahli parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin, ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dan ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh.
Kumpulan 30 ahli parlimen itu juga turut mengarak sepanduk bertulis "Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi".
Setibanya di pintu pagar utama BNM, sepuluh wakil mereka dibenarkan memasuki premis BNM untuk menyerahkan memorandum.
Dalam satu kenyataan media bersama Dr Wan Azizah (PKR), Kit Siang (DAP), Datuk Dr Mujahid Yusof (Amanah), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman (PPBM), Ignatius Dorell Leiking (Warisan) dan Mahfuz (Pas), mereka membangkitkan maklumat dari dokumen saman Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat berkenaan aliran wang yang dipercayai diseleweng dari dana 1MDB melalui pengubahan wang haram yang mengguna pakai institusi perbankan di negara ini.
Aliran wang haram itu, ujar mereka termasuk:
1. USD732.3 juta yang didakwa disalurkan ke dalam satu akaun AmBank yang dimiliki Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak di antara Februari 2011 hingga Jun 2014; dan
2. USD620 juta yang didakwa dihantar ke luar negara pada 26 Ogos 2013 daripada akaun AmBank yang sama ke akaun syarikat Tanore Finance Corporation di BSI Bank, Singapura.
Maklumat ini, ujar mereka telah diketahui umum selepas pengumuman denda kompaun yang dikenakan BNM terhadap 1MDB.
"Kami juga meminta BNM untuk menyiasat kesahihan pelaburan 'unit' yang pada seketika waktu bernilai USD2.318 bilion yang sebelum ini disimpan di dalam akaun Bank BSI, Singapura sebagai bank pemegang amanah (custodian bank).
"Kami percaya bahawa kegagalan 1MDB untuk menebus pelaburan 'unit' tersebut untuk membayar hutang kepada syarikat kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Corporation (IPIC), telah menjejaskan integriti sistem kewangan Malaysia," kenyataan media itu dipetik.
Sehubungan itu, mereka menggesa BNM menyiasat butiran aduan tersebut secara proaktif dan telus serta bersedia memberikan sebarang kerjasama jika perlu demi rakyat Malaysia dan integriti sistem kewangan negara.

Skandal Scorpene: Peguam Perancis sahkan Razak didakwa


Peguam Perancis sahkan Razak didakwa, kata persatuan sivil Malaysia
Peguam Perancis William Bourdon mengesahkan bekas penasihat perdana menteri, Abdul Razak Baginda didakwa atas tuduhan rasuah di Perancis pada 18 Julai. 
KUMPULAN persatuan sivil mendesak Malaysia bekerjasama dengan mahkamah Perancis dalam siasatan mereka terhadap Abdul Razak Baginda yang didakwa dengan pertuduhan jenayah berhubung urus niaga penjualan kapal selam Scorpene.
Dalam kenyataan bersama Suaram dan Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4), mereka berkata peguam Perancis William Bourdon mengesahkan Razak didakwa atas tuduhan “bersubahat dengan aktif dan pasif dalam rasuah” dan “penyelewengan harta korporat”.
Bourdon mengesahkannya kepada pengarah eksekutif Suaram dan C4, Sevan Doraisamy dan Cynthia Gabriel semalam, yang Razak didakwa pada 18 Julai.
Sevan berkata Bourdon memberitahu mereka yang hakim menyiasat ada kuasa untuk mendakwa tuduhan jenayah terhadap suspek yang didapati bersalah melanggar undang-undang Perancis.
Bourdon berkata kes itu juga tertakluk di bawah konvensyen anti rasuah OECD.
Peguam mereka berkata tidak sepatutnya wujud sebarang keraguan terhadap pendakwaan itu kerana Perancis mempunyai sistem mahkamah dua peringkat dan semua orang yang didakwa akan dibawa ke mahkamah lebih tinggi apabila inkuiri disiapkan.
Bourdon turut memberitahu Suaram dan C4 yang hakim menyiasat Roger LeLoire menulis 11 halaman penghakiman berasingan untuk pendakwaan Razak dan rasional tuduhan jenayah dikenakan terhadapnya.
Sevan berkata mereka mengalu-alukan perkembangan terbaru itu dalam inkuiri Scorpene yang diadakan di Tribunal deGrande Instance, di Paris.
“Kami ucap tahniah kepada hakim kerana kesungguhannya dalam mengendalikan kes itu dan membawa perkembangan baru kepada inkuiri itu, sejak lima tahun penyiasatan bermula,” katanya.
Sevan berkata pendakwaan terhadap Razak mengesahkan kebimbangan mereka yang rasuah besar berlaku dan jutaan duit pembayar cukai rakyat Malaysia diselewengkan menerusi pemerolehan urus niaga itu pada 2002.
Perancis mendakwa Razak atas tuduhan rasuah pada 2002 membabitkan penjualan kapal selam kepada Malaysia.
AFP melaporkan Razak didakwa di Perancis pada 18 Julai.
Perancis memulakan siasatan pada 2010 susulan aduan daripada Suaram sebagai kumpulan hak asasi Malaysia.

Adakah kerajaan akan guna dana KWSP bantu 1MDB, soal Amanah

Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tiada orang tahu kesan sebenar kegagalan 1MDB membayar hutang IPIC kepada Malaysia dan ringgit.
dzul-kwsp
KUALA LUMPUR: Amanah ingin tahu jika kerajaan akan menggunakan dana Petronas atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membayar hutang 1MDB kepada syarikat kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Corporation (IPIC).
Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, 1MDB dan Kementerian Kewangan mungkin tidak mampu mencari wang yang diperlukan dalam tempoh 5 hari tambahan seperti diberikan IPIC untuk membayar hutang itu.
IPIC berkata, ia tidak menerima bayaran AS$602.72 juta dan AS$26.02 juta daripada 1MDB selewat-lewatnya 31 Julai lalu.
Selasa lalu, 1MDB berkata, ia memaklumkan secara bertulis kepada IPIC mengenai pembayaran yang dijadualkan pada 31 Julai 2017, akan dibuat pada bulan ini kerana masih menunggu dana sewajarnya.
Dzulkefly berkata, kerajaan seolah-olah panik dan semua “program rasionalisasi” 1MDB nampaknya tidak mampu mengelakkan kegagalan membuat pembayaran.
“Kini, seluruh dunia tahu 1MDB tidak boleh membayar dan diberi lanjutan sehingga 5 Ogos. Saya rasa 1MDB, malah Kementerian Kewangan akan tetap gagal membayar hutang itu.
“Tiada orang tahu kesan sebenar kegagalan membuat bayaran itu kepada Malaysia dan ringgit? Adakah (Datuk Seri) Najib Razak kini dengan jelas akan menggunakan dana Petronas atau simpanan KWSP?”
Beliau berkata “selepas berita buruk Dalian Wanda tidak boleh menjadi pemaju induk Bandar Malaysia, kegagalan ini sudah tentu akan memburukkan lagi keadaan”.
Katanya, ia diburukkan lagi dengan prosiding di mahkamah Perancis mengenai tuduhan rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene oleh Malaysia dan penganalisis politik yang rapat dengan Najib, Abdul Razak Baginda didakwa bersubahat “secara aktif dan pasif dalam rasuah” dan “penggelapan aset korporat”, berhubung kes itu.

PH mampu hapus GST dengan cukai jualan, kurangkan faedah hutang kerajaan


Hasrat Pakatan Harapan untuk menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sekiranya berjaya mengambil alih Putrajaya boleh dilaksanakan dengan kembali kepada regim cukai lama (SST) dan meningkatkan keyakinan pelabur terhadap negara.
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menjelaskan, kehilangan hasil GST juga boleh ditampung dengan mengurangkan bayaran faedah hutang kerajaan yang kini berjumlah RM680 bilion.
"Sebelum GST dilaksanakan kutipan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) adalah  RM22 bilion. Ini bermakna kita hanya perlukan tambahan RM18 bilion (untuk menampung kehilangan hasil GST).
"Jika kita mansuhkan GST dan kembali kepada cukai jualan dan perkhidmatan yang hanya mengutip cukai di kilang dan perkhidmatan tertentu, ia tidak akan membebankan rakyat, yang mana rakyat tidak rasa (beban kos)," ujarnya dalam paparan video oleh Media Oren.
Menurut Ahli Parlimen Pandan itu lagi, tambahan hasil RM18 bilion itu boleh diperolehi melalui pengurangan perbelanjaan yang tidak perlu dan pembaziran yang diamalkan kerajaan BN selama ini.
"Apa yang kita nak tutup boleh datang daripada dua tiga benda yang mudah. Pertamanya semua tahu tentang pembaziran jika kita tidak berjaya mencapai penjimatan 20% dalam tahun pertama Pakatan Harapan mansuhkan GST mungkin berjaya 10% contohnya, itu pun sudah dapat menjimatkan RM12 bilion.
"Jadi kita tinggal RM6 bilion lagi daripada RM18 bilion yang kita kena cari. Itu boleh dicari dengan mudah dengan mengurangkan bayaran faedah hutang," ujarnya.
Menurut Rafizi, kadar faedah yang dikenakan terhadap hutang negara adalah tinggi iaitu 4% ekoran krisis keyakinan pelabur terhadap negara antaranya akibat skandal  1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Skandal 1MDB: MP HARAPAN berarak ke Bank Negara

Lebih 30 ahli Parlimen Pakatan Harapan hari ini berarak dari pintu Parlimen menuju ke Bank Negara untuk menggesa Gabenor Datuk Muhammad Ibrahim memulakan siasatan terhadap kemelut 1MDB.
Mengetuai kumpulan tersebut ialah Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang; Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Sambil memegang keratan "berlian merah jambu" dan sepanduk merah besar yang berbunyi "Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi", mereka berjalan selama 30 minit melalui jalan sejauh 2.6km.
Sepuluh wakil dibenarkan memasuki Bank Negara untuk menyerahkan memorandum.

Dr M: Najib rasa Melayu bodoh

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa sikap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan beliau menganggap orang Melayu bodoh.

“Pendapat Najib ialah orang Melayu bodoh. Bagi duit secara langsung kepada orang Melayu, mereka tidak akan soal lagi di mana pergi AS$600 juta.

“Yang hilang duit Kerajaan. Wang tunai yang diberi secara langsung lebih mudah dirasai dari duit berbilion yang hilang oleh Kerajaan,” katanya.
Bekas perdana menteri 22 tahun itu berkata demikian ketika mengulas laporan berkaitan kegagalan 1MDB membuat sebarang bayaran RM2.58 bilion kepada firma Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC).
Jumlah itu telah dipersetujui dalam perjanjian penyelesaian.
Najib bagaimanapun berkata 1MDB mampu membayar dan perkara itu cuma “soal teknikal sahaja bukan soal tidak dapat bayar balik.”

Menulis di blog hari ini, Mahathir bagaimanapun menegaskan “orang Melayu bukan bodoh seperti disangka oleh Najib”.

“Mereka sudah sedar duit yang hilang itu adalah duit mereka. Hutang juga akan dibayar oleh mereka dan anak cucu mereka.
“Hutang yang tidak dibayar oleh Najib akan dipikul oleh rakyat termasuk orang Melayu. Maka akan dinaikkan cukai GST dan lain-lain,” katanya.
Mahathir juga mengingatkan bahawa kegagalan membayar hutang boleh menyebabkan negara muflis.
“Tabung Kerajaan akan merosot. Bukan sahaja dana untuk pembangunan akan kurang dana untuk operasi juga akan terhakis. Akan merosot berterusanlah ekonomi negara,” katanya.

Siapa 3 dalang berpangkat 'jerung', soal MP DAP pada Zahid

Kit Siang tegur wartawan, "siasat dulu sebelum tanya"

'Apa tindakan 1MDB? Habuk pun tak ada'

MP persoal pengiraan skim SIP, tawar alternatif

Kerana Mahathir, dua MP bertelagah

'Walau jika PM mahu tender langsung, ia masih disemak JK MOF' - Irwan Serigar

Jho Low: Ambil la tindakan mahkamah, saya tunggu - IGP

Mahfuz tanya Najib lagi, bercuti dengan siapa?

Rafizi sekolahkan menteri - menteri BN dalam parlimen

'Bagan Serai, jangan layan Pandan cakap merapu' - MP Umno Setiu

Aksi MP bawa 'Pink Diamond' ke Bank Negara

2km berjalan, HARAPAN gesa Bank Negara siasat semula 1MDB

MP DAP kena 'halau' lagi

"Yang mana 'kutty' tak 'kutty' semua sekali ikut" - Aziz

Apa beza Zahid dahulu dengan Zahid sekarang ??!


Hee Loy Sian saman Pandikar kerana enggan benar soalan 1MDB

AHLI Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian memfailkan saman terhadap speaker Dewan Rakyat kerana menolak soalannya berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Dewan Rakyat secara salah.
Hee berkata, ia susulan tindakan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak dua soalan yang dikemukakannya mengenai 1MDB.
“Soalan yang saya ajukan adalah jika kerajaan secara rasmi menafikan saman yang dibuat Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) mengenai penyalahgunaan dana daripada 1MDB.
“Soalan kedua ditujukan kepada menteri dalam negeri mengenai bila kali terakhir Low Taek Jho (Jho Lo) berada di Malaysia dan sama ada beliau mempunyai dua kewarganegaraan.
“Tetapi, semua soalan ditolak. Kami mempunyai hak untuk bertanya dan speaker perlu menjawabnya,” kata beliau selepas memfailkan samannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, lapor The Malaysian Insight.
Hee berkata beliau mahu mahkamah memanggil speaker untuk menjawab semua soalan yang diajukan mengenai 1MDB oleh ahli-ahli Parlimen.
Peguam dan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran berkata tindakan speaker menolak soalan itu menghalang Hee daripada menjalankan tugas sebagai ahli Parlimen.
“Untuk memastikan haknya ditegakkan, beliau mengambil tindakan saman terhadap speaker.
“Tindakan saman pemula Hee ini mempersoalkan adakah tindakan speaker menolak soalan itu mengikut Perlembagaan.
“Speaker tidak boleh bertindak sesuka hati dan beliau terikat dengan Perlembagaan. Apabila beliau menolak soalan, ia melanggar Perlembagaan,” katanya
Usaha Pakatan Harapan untuk mendapatkan lebih banyak jawapan daripada Putrajaya mengenai 1MDB di Dewan Rakyat terhalang apabila Pandikar enggan menerima lebih daripada 30 soalan mengenai topik itu.
Pandikar memberi alasan kes itu dihalang daripada dibincangkan umum kerana saman sivil yang difailkan DoJ sedang berlangsung.

KEADILAN gesa SPRM siasat pembelian Scorpene

Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menyiasat bekas rakan baik Datuk Seri Najib Abdul Razak yang dikaitkan dengan skandal pembelian kapal selam Scorpene.
Gesaan itu dibuat selepas Abdul Razak Baginda dilaporkan akan didakwa di mahkamah Perancis berkenaan kes itu – satu dakwaan yang dinafikan Abdul Razak.
“SPRM perlu melakukan siasatan ke atas Abdul Razak Baginda serta mana-mana individu lain yang berkait dengan isu pembelian dua kapal selam tersebut, termasuk Datuk Seri Najib Razak yang merupakan Menteri Pertahanan pada ketika pembelian tersebut dibuat.
“Dan jika didapati sebarang elemen rasuah, mereka yang terlibat perlu dihadapkan ke mahkamah,” katanya dalam kenyataan.
Semalam Razak Baginda yang merupakan penasihat kepada Najib sewaktu beliau menjadi Menteri Pertahanan dilaporkan didakwa di Perancis berhubung kes penjualan kapal selam kepada Malaysia pada 2002.
Najib selaku menteri menyelia perjanjian pembelian dua buah kapal selam Scorpene dan sebuah kapal selam jenis Agosta bernilai €1 billion (RM5 bilion) daripada unit limbungan kapal DCN Perancis.
Urusniaga pada 2010 itu disiasat susulan aduan yang dikemukakan pertubuhan hak asasi Malaysia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

SPRM cari 12 individu bantu siasatan skandal perlindungan polis Melaka

SPRM cari 12 individu bantu siasatan skandal perlindungan polis Melaka
SIASATAN skandal perlindungan melibatkan anggota polis Melaka dan kongsi gelap berdepan dengan halangan selepas beberapa saksi utama menghilangkan diri.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad berkata saksi itu sama ada sedang bersembunyi atau sudah meninggalkan negara ini.
“Siasatan masih dijalangkan tetapi beberapa saksi tidak dapat dikesan kerana sudah melarikan diri atau tidak lagi berada dalam negara,” katanya.
Susulan itu, SPRM mengeluarkan gambar dan maklumat 12 individu yang dipercayai boleh membantu siasatan dalam kes yang menyebabkan penahanan 13 anggota polis Melaka Mei lepas.
Mereka ialah Tee Kian Yee, Ng Kok Yuan, Lim Chin Wah, Ng Kim Boon, Goh Tse Yuan, Tan Kai Boon, Chua Kiew Chai, Khor Chee How, Tan Seng Hwee, Sah Kok Onn, Teoh Song Peng dan Tan Wee Kok. Kesemua mereka mempunyai alamat terakhir sama ada di Melaka, Selangor atau Johor.
Orang awam yang mempunyai maklumat tentang 12 individu yang dihendaki SPRM ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat SPRM Saiful Amir Hamzah di talian 03-88867592 atau 014-2244003.

SPRM sedia hantar pegawai ke Perancis untuk semak status kes Scorpene


SPRM sedia hantar pegawai ke Perancis untuk semak status kes Scorpene
SPRM sedang menyemak status kes itu dengan Kedutaan Perancis dan bersedia menghantar pasukan ke Perancis sekiranya benar dakwaan Razak Baginda sudah didakwa di sana. 
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menghantar penyiasatnya ke Perancis untuk menyemak status siasatan urus niaga penjualan kapal selam kepada Malaysia pada 2002 sekiranya terbukti Abdul Razak Baginda, bekas penasihat kepada Perdana Menteri Najib Razak sudah didakwa kerana rasuah, kata Ketua Pesuruhjaya Dzulkifli Ahmad.
“Saya sudah mengarahkan pegawai saya untuk mendapatkan status sebenar kes ini; sama ada tahap soal siasat atau pertuduhan,” kata Dzulkifli dalam sebuah rancangan yang disiarkan di TV3, malam tadi.
“Kita perlu faham perbezaan (dalam sistem perundangan). Di sini, kita guna ‘common law’, di Perancis mereka guna undang-undang sivil. Dalam kes ini, ia berdasarkan sebuah laporan.”
Dzulkifli berkata sekiranya Razak sudah didakwa, dia akan ditahan dan dihadapkan ke mahkamah sebelum dibebaskan dengan jaminan mahkamah.
“Tetapi saya baca yang Razak menafikan dia didakwa. Jadi saya buat keputusan yang SPRM perlu mengesahkan maklumat ini. Saya sudah mengarahkan pegawai saya untuk berhubung dengan kedutaan Perancis di sini bagi mendapatkan maklumat yang tepat (atau tindakan yang diambil pihak berkuasa Perancis),” katanya.
Dia menambah yang SPRM bersedia untuk menghantar sebuah pasukan ke Perancis sekiranya benar Razak sudah didakwa.
“Saya akan hantar orang saya ke sana untuk memeriksa status (siasatan) dan situasi sebenar kes itu sekiranya benar (Razak didakwa),” katanya.
Razak didakwa di Perancis pada 18 Julai dengan tuduhan “bersubahat dalam korupsi” dan “salah tadbir aset korporat”, menurut sumber perundangan Perancis seperti dilaporkan AFP.
Empat eksekutif industri pertahanan Perancis juga berdepan dengan dakwaan sama sejak siasatan ke atas penjualan kapal selam itu dilakukan susulan aduan daripada kumpulan hak asasi manusia berpangkalan di Malaysia, Suaram.

Kerajaan perlu perkenal pendaftaran pengundi automatik, kata Pengarah ASLI


Kerajaan perlu memperkenalkan pendaftaran pengundi secara automatik untuk rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas tanpa perlu mereka melalui kerumitan bagi mendaftar sebagai pengundi.
Tan Sri Ramon Navaratnam Pengarah Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) Tan Sri Ramon Navaratnam berkata ramai rakyat Malaysia berpendapat bahawa adalah menjadi kerumitan untuk mendaftar mengundi kerana tidak banyak pejabat pendaftaran yang ada untuk memudahkan pendaftaran pengundi .
"Para pegawai pendaftaran tidak mesra kepada orang ramai seperti sepatutnya. Perkhidmatan mesra pelanggan dan berkualiti masih kekurangan," kata beliau dalam satu kenyataan semalam.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin menggesa lebih 3.7 juta rakyat Malaysia yang belum mendaftar sebagai pengundi supaya segera berbuat demikian kerana masa depan negara terletak di tangan mereka.
Navaratnam juga menggesa lebih banyak dana diperuntukkan untuk Suruhanjaya Pilihanraya bagi menjalankan tugasnya mendaftar lebih ramai pengundi dan mengurangkan jumlah pengundi tidak berdaftar seramai 3.7 juta.

Dalam pada itu, beliau mencadangkan supaya mengundi diwajibkan kerana mengundi adalah tanggungjawab setiap warga Malaysia.
"Cadangan-cadangan untuk perubahan pilihan raya pasti akan meningkatkan standard proses pilihan raya dan kecekapannya. Perubahan-perubahan inui juga akan meningkatkan jumlah pengundi yang keluar mengundi pada pilihan raya umum ke-14 ke peratusan yang lebih tinggi daripada pilihan raya umum yang lepas,kata beliau.

SKANDAL 1MDB: JIKA BAYARAN KALI PERTAMA PUN BERMASALAH, BAGAIMANA DENGAN BAYARAN KALI KEDUA NANTI?

IPIC  akhirnya setuju memberi tempoh selama lima hari kepada 1MDB untuk membuat pembayaran sebanyak AS$603 juta atau RM2.6 bilion setelah kegagalan menepati janji pembayaran yang sepatutnya dibuat pada 31 Julai lalu.

1MDB dalam jawapannya mengenai kegagalan menunaikan janji itu menjelaskan ia adalah kerana masih menunggu dana daripada pelan rasionalisasi yang sepatutnya diterima pada bulan lalu.

Najib Razak pula mengatakan kegagalan itu hanya kerana masalah teknikal dan bukan disebabkan 1MDB tidak mempunyai wang.
IPIC, di sebalik memberi tempoh lima hari, turut menyatakan bahawa sekiranya janji itu gagal ditunaikan sekali lagi, 1MDB akan tertakluk kepada obligasi tambahan yang tidak dinyatakan.

Apakah obligasi tambahan itu? 

Denda? Faedah tambahan? Atau apa?

Apa pun alasan atau hujah yang cuba digunakan oleh 1MDB atau Najib  -  kegagalan menunaikan janji bayaran sebagaimana yang sudah dipersetujui bukan saja menunjukkan kelemahan, bahkan juga sebenarnya amat memalukan.

Ini kerana persetujuan mengenainya sudah dibuat sejak awal Mei yang lalu iaitu kira-kira tiga bulan lamanya.

Kenapa 1MDB tiada perancangan yang teliti tentang kewangannya dan seolah-olah hanya berharap kepada sumber yang terhad untuk membayar hutang dan menunaikan janji?

Jika dalam tempoh tiga bulan yang sudah berlalu, 1MDB gagal menunaikan janjinya, apakah jaminan ia betul-betul dapat dilaksanakan dalam tempoh lima hari tambahan yang diberikan oleh 1PIC itu?

Bagaimana jika selepas lima hari nanti, bayaran gagal dibuat lagi?

Ketua SPRM tak faham dakwaan ia hanya sasar 'ikan bilis'

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad tidak faham dengan dakwaan yang suruhanjaya hanya mensasarkan 'ikan bilis' tetapi tidak ikan 'jerung dan paus'.
"Saya nak nyatakan di sini, kadang-kadang saya tak faham apa yang mereka katakan ikan bilis, jerung dan paus.
"Kalau tindakan diambil SPRM melibatkan Tan Sri, Datuk Seri, kalau bukan paus, jerung, saya tak tahu ikan paus, jerung ini apa...," katanya dalam program Soal Jawab di TV3 malam tadi.
Dzulkifli berkata rekod prestasi SPRM telah membuktikan bahawa ia bertindak terhadap semua orang.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa tindakan itu perlu berdasarkan bukti yang mencukupi.
Tegasnya, tugas SPRM adalah untuk menyiasat dan beliau mengarahkan pegawainya apabila membuka kertas siasatan, mereka mesti menyelesaikannya.
"Kemudian mengangkat siasatan itu kepada Jabatan Peguam Negara AGC). AGC lah buat keputusan bukti cukup atau tidak untuk membuat pertuduhan," katanya.
Dzulkifli juga ditanya sama ada SPRM perlu diberikan kuasa pendakwaan.
Menurutnya. pemisahan kuasa penyiasatan dan kuasa pendakwaan adalah demi kepentingan mekanisme 'semak dan imbang'.
"Sistem yang ada sekarang ini cukup baik dan diterima pakai majoriti negara," katanya.
Bagaimanapun, beliau melahirkan harapan agar semua pihak menyokong untuk menjadikan SPRM sebagai benar-benar sebuah suruhanjaya.

Diserang bertubi-tubi, Dr Mahathir jawab ‘saya tak peduli’


Diserang bertubi-tubi, Dr Mahathir jawab ‘saya tak peduli’
Dr Mahathir merasakan media arus perdana sudah tidak diterima rakyat dan serangan menggunakan saluran itu membuatkan rakyat marah.
SEJAK kebelakangan ini, Perdana Menteri Najib Razak dan jentera Umno menghabiskan banyak masa untuk memusnahkan dan memadamkan legasi seorang tokoh.
Akan tetapi tokoh itu sedikit pun tidak hairan malahan terus menjadi tajuk utama berita, baik yang positif mahupun negatif.
Beliau sudah menjangka media arus perdana akan memburuk-burukkannya. Kenyataan Ahmad Zahid Hamidi mengenai keturunannya bagi beliau berpunca daripada “dendam peribadi.”
Apakah Dr Mahathir Mohamad peduli dengan apa yang bekas anak buahnya dan pemimpin Umno katakan tentang beliau?
“Saya tak peduli. Memang ada orang yang benci saya, dia terus benci. Tapi majoriti saya ingat tak (benci),” kata Dr Mahathir dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insight di Putrajaya semalam.
Jika serangan Najib dan sekutunya bertujuan untuk melemahkan semangat dan menutup mulut lelaki berusia 92 tahun itu, mereka mungkin gagal.
Dr Mahathir cukup bersemangat sepanjang wawancara berjalan dan mengakui sokongan orang ramai “melegakan hatinya.”
“Saya pi mana-mana macam di restoran, di Pavilion (Kuala Lumpur), orang datang bersalam. Melayu, Cina, India (datang) bersalam. Dia kata terima kasih. Saya tanya pasal apa terima kasih? Dia kata kerana apa yang (Tun) sudah buat untuk negara ini.
“Orang ini semua, saya tak suruh, saya tak bayar duit. Najib kena bayar duit baru orang datang. Saya tak bayar duit. Orang datang kerana mereka hargai. Itu saja melegakan hati saya. Orang nak kata yang lain tu, dia katalah,” katanya.
Dr Mahathir menyedari serangan terhadapnya meningkat terutamanya selepas dilantik sebagai pengerusi Pakatan Harapan (PH) pada 14 Julai lalu.
Sesetengah serangan terhadapnya menggambarkan seolah-olah Dr Mahathir langsung tidak berjasa kepada Malaysia.
“Dia boleh kata (saya tak buat apa-apa untuk negara). Itulah yang saya kata, bukan saya buat (kemudahan pengangkutan awam) tapi pekerja yang buat. Kalau orang kata saya tak buat apa, boleh katalah,” katanya sinis.
“Dia (media) di bawah kawalan Najib. Saya biasa… masa Pak Lah (Abdullah Badawi) dulu pun, Utusan hentam saya. Tapi tak teruk macam hari ni.
“Lepas tu Pak Lah jatuh naik Najib, mereka (Utusan) merasa bebas dan minta maaf kat saya.
“Dia kata kami bukan nak kata macam tu, kami dipaksa. Sekarang ini dipaksa sekali lagi. Lagi teruk daripada itu.”
Selepas “berpisah” dengan Umno, stesen penyiaran berkait kerajaan dan akhbar arus perdana menyerang skandal kewangan yang dikatakan berlaku semasa 22 tahun pemerintahnya.
“Tetapi kenyataannya, orang tak baca dah suratkhabar New StraitsTimes, Utusan Malaysia. TV3 orang maki, tutup terus… dia pergi ke saluran lain.
“Saya tak fikir majoriti rakyat terima. Dia marah lagi ada, yang marah bila Najib kata kononnya saya tak buat apa-apa. Dia (Najib) duduk dalam rumah yang saya buat. Dia kerja dalam pejabat yang saya buat.”

Dr Mahathir salahkan bekas gabenor dan penolongnya atas kerugian Bank Negara


Dr Mahathir salahkan bekas gabenor dan penolongnya atas kerugian Bank Negara
Bank Negara tidak menjangkakan Perjanjian Maastricht yang ditandatangani pada 7 Februari 1992, yang membawa kepada pengenalan matawang tunggal Euro seterusnya menyebabkan kejatuhan matawang pound Britain, kata Dr Mahathir. 
BEKAS Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menafikan sebarang salah laku dalam skandal Bank Negara Malaysia yang ditimbulkan semula baru-baru ini. Beliau sebaliknya menyalahkan kerugian berbilion-bilion ringgit itu kepada bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Jaafar Hussein dan bekas penolongnya Nor Mohamed Yakcop.
Dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insight, Dr Mahathir juga menegaskan beliau hanya tahu lebih sedikit berbanding apa yang dilaporkan kepada Parlimen pada ketika itu mengenai kerugian tersebut, yang dikatakan berlaku antara 1987 dan 1992.
Dr Mahathir merupakan perdana menteri Malaysia sejak 1981 sehingga 2003.
Bekas Penolong Gabenor Murad Khalid mengungkit semula skandal tukaran matawang itu pada Januari lalu apabila mendedahkan bank pusat itu kerugian sehingga AS$10 bilion dalam perdagangan matawang sekitar 1992, melebihi angka kerugian RM9 bilion yang didedahkan bank pusat pada waktu itu.
Atas cadangan pasukan petugas khas yang ditubuhkan disebabkan pendedahan Murad itu, Jabatan Perdana Menteri pada 21 Jun mengumumkan pembentukan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kerugian tersebut.
Menurut Dr Mahathir, selepas mengetahui mengenai kerugian itu, kerajaan menghentikan operasi unit perdagangan matawang BNM yang ketika itu dilaporkan memperdagangkan antara lima hingga 10 kali ganda lebih tinggi berbanding kadar biasa di bank pusat.
Dr Mahathir juga memaklumkan bahawa BNM tidak menjangkakan Perjanjian Maastricht ditandatangani pada 7 Februari 1992, yang membawa kepada pengenalan matawang tunggal Euro seterusnya menyebabkan kejatuhan matawang pound Britain.
Jaafar yang menjadi gabenor BNM sejak 1985, meletakkan jawatan pada 1 April 1994 dan meninggal dunia empat tahun kemudian.
Nor Mohamed kemudiannya menjawat jawatan menteri kewangan kedua dalam pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi dan seterusnya dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancang Ekonomi) dalam kabinet Perdana Menteri Najib Razak sehingga 2013.
Beliau memberi keterangannya kepada pasukan petugas khas pada Mei.
Pemimpin pembangkang mendakwa penubuhan suruhanjaya siasatan itu bertujuan mengalihkan perhatian umum kepada proses perundangan ketiga yang dimulakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, yang diumumkan seminggu sebelumnya, bagi mendapatkan semula harta bernilai AS$540 juta yang dipercayai dibeli menggunakan wang yang diseleweng daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Berikut adalah petikan wawancara Dr Mahathir dengan The Malaysia Insight:
Soalan: Tentang kerugian mata wang, apa sebenarnya yang jadi?
Dr M: Bank Negara bertanggungjawab atas rizab negara dan rizab negara perlu diuruskan. Bank Negara memutuskan bahawa sebahagian daripada pengurusan itu ialah dengan meniagakan matawang untuk mengekalkan nilai rizab yang kita pegang.

‘PM TAK MENJAWAB SOALAN SAYA’ – AZIZAH


KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menjawab soalan dikemukakannya sewaktu sesi Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan di Parlimen, hari ini.
Menurutnya, melalui soalan tambahan, beliau meminta supaya PM yang juga merupakan Menteri Kewangan mengenai topik yang sedang dibincangkan.
“Saya bertanya pada PM mengenai unjuran kekurangan rumah mampu milik yang dianggarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) akan mencecah 1 juta rumah pada 2020 dan juga tindakan kerajaan menangani pengangguran yang makin meningkat angkanya.
“Walaupun soalan-soalan yang saya bangkitkan berkaitan ekonomi negara namun beliau (Najib) tidak menjawab soalan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Soalan tambahan dikemukakan Wan Azizah berkenaan dengan soalan kebarangkalian Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 setelah mengambil kira unjuran BNM bahawa ekonomi negara akan kembali kukuh pada tahun ini oleh Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah.
Katanya, beliau menekankan supaya Najib lebih peka dengan keadaan rakyat kini.
“Kemajuan ekonomi negara tidak hanya diukur daripada angka pertumbuhan semata-mata namun ia mesti dirasai oleh rakyat.
“Tiada gunanya ada angka pertumbuhan yang baik namun rakyat menderita di bawah,” katanya.

Skandal 1MDB: Bon BNM RM2.5b untuk lunaskan hutang IPIC

Bank Negara Malaysia (BNM)  yang  meluluskan pengeluaran bon berjumlah RM 2.5 billion. Adakah ini berlaku secara kebetulan dengan janji  1Malaysia Development Berhad (1MDB) bahawa bayaran kepada IPIC akan dibuat pada bulan Ogos ?  soal Naib Presiden AMANAH Datuk Husam Musa.
Menurutnya, tarikh pembukaan bon oleh BNM ini ialah pada 1 Ogos dan tarikh pengeluaran adalah 4 Ogos.
"Sehari sebelum lima hari masa sambungan diizinkan oleh Mahkamah Arbitrasi London untuk 1MDB melunaskan bayaran sejumlah RM 2.585 billion untuk pusingan pertama," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Kod tender bagi bon itu katanya, adalah 201700001701 dan maklumat mengenainya boleh dibaca di laman BNM.
"Berbahagialah penyangak 1MDB," sindirnya.
Bagi beliau, rakyat Malaysia yang dukacita dengan kerugian sebesar ini, mereka tidak dapat berbuat apa-apa sekalipun mengeluarkan air mata darah.
"GII Murabahah ini akan matang 20 tahun lagi iaitu 4 Ogos 2037.
"Umur Datuk Seri Najib di masa itu adalah 84 tahun, jika masih hidup untuk sama membayar bon ini bagi tujuan pembayaran dua kali dosa 1MDB," katanya.
Husam  mengulas mengenai  kenyataan 1MDB pada  Selasa, yang  mengumumkan pihak syarikat akan mula membuat bayaran kepada  anak syarikat Abu Dhabi,International Petroleum Investment Co (IPIC) bermula Ogos ini.
Kelewatan bayaran kepada IPIC berpunca daripada dana yang sepatutnya diterima oleh 1MDB pada Julai belum diterima masuk lagi.
Beberapa syarat tambahan diperlukan bagi meluluskan proses kemasukan dana tersebut dan 1MDB telah menulis kepada IPIC berhubung kelewatan tersebut dan menjelaskan bahawa bayaran hutang kepada IPIC akan dibuat bermula Ogos ini.
Ini susulan pada 31 Julai lalu, 1MDB telah melepasi tempoh akhir bayaran kepada IPIC. Jumlah yang perlu dibayar oleh 1MDB kepada IPIC sejumlah RM2.58bilion.