Rabu, 2 Ogos 2017

Kegagalan 1MDB bayar hutang dedah perancangan kewangan yang teruk, kata pakar ekonomi

KEGAGALAN 1Malaysian Development Berhad (1MDB) membayar hutang tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, yang menunjukkan kerajaan perlu menyediakan perancangan kewangan yang lebih berhemah, kata pakar ekonomi.
Bekas timbalan ketua setiausaha perbendaharaan Ramon Navaratnam berkata 1MDB melepasi tarikh akhirnya untuk membayar hutang AS$600 juta (RM2.6 bilion) kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) adalah pertama kali bagi badan kerajaan yang gagal mengikut jadual pembayaran.
“Saya terkejut. Ini bukan cara kita. Kita sentiasa menepati tarikh pembayaran hutang,” kata Ramon yang pernah berkhidmat selama 27 tahun dalam perbendaharaan Malaysia.
Ramon berkata, dia tidak ingat bila negara pernah meminta penangguhan atau rundingan untuk bayaran yang lebih rendah dan tidak melanggar tarikh akhir untuk membayar hutang.
“Kita sentiasa sentiasa berhemah dari segi kewangan dan tepat. Ini pastinya bukan cara kita.
"Amat menyedihkan untuk berada dalam situasi ini. Perbelanjaan dana awam yang berhemah dan tadbir urus yang baik adalah penting, jika tidak masalah seperti ini akan timbul dan berulang,” katanya yang juga bekas pengerusi Transparency International Malaysia dan ketua Pusat Pengajian Dasar Awam Institut Strategi & Kepimpinan Asia.
Pemilik IPIC, Mubadala dalam satu kenyataan hari ini memberi tempoh lima hari kepada 1MDB untuk membayar tunggakan bayaran semalam, dan sekiranya gagal syarikat itu akan “berdepan tindakan lanjut”.
Awal hari ini, Perdana Menteri Najib Razak menyatakan kegagalan 1MDB membuat pembayaran adalah kerana “masalah teknikal” dan bukan kerana 1MDB tiada wang.
Semalam, 1MDB memaklumkan IPIC pembayaran yang sepatutnya dibuat pada 31 Julai akan dibayar bulan ini kerana menunggu dana yang sepatutnya diterima bulan lalu. Pembayaran kepada IPIC itu dibuat menggunakan pelan rasionalisasi 1MDB.
Ramon berkata tidak mungkin kerajaan akan meminta penangguhan atau terlepas lagi untuk buat bayaran, kerana ia menunjukkan kerajaan berdepan masalah kewangan.
“Secara teknikalnya ia boleh diterima, tapi tidak diingini. Bermakna tidak ukur baju di badan sendiri,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Pakar ekonomi Yeah Kim Leng berkata, pembayaran hutang sepatutnya diselesaikan secepat mungkin, jika tidak reputasi negara terjejas.
“Sekiranya ia tidak diselesaikan, ia akan meninggalkan kesan dalam sejarah pembayaran hutang kita,” katanya.
Malah katanya, jika bayaran seterusnya masih gagal dibuat 1MDB, penarafan kredit negara akan menurun, kata Yeah.
“Kesannya terhadap negara agak teruk. Tambahan pula 1MDB rapat dengan kerajaan yang menyediakan sokongan kepadanya, maka reputasi kerajaan juga dipertaruhkan,” katanya yang merupakan profesor ekonomi di Universiti Sunway.
Yeah berkata, satu kemungkinan daripada situasi ini adalah kerajaan persekutuan akan membayar hutang 1MDB terlebih dahulu sekiranya syarikat pelaburan itu gagal mendapatkan wang dalam tempoh yang diberikan.
“Ia mungkin membuatkan kerajaan membayarnya terlebih dahulu, dan menjadikan ia hutang negara,” katanya.

Bantuan warga emas tiris tidak boleh dikompromi



Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga Dr Rodziah Ismail mempersoalkan perbelanjaan besar diperuntukan dengan memberi pinjaman kepada penyelia dan badan bukan kerajaan (NGO) yang menguruskan Pusat Perkhidmatan Warga Emas (PAWE).
Beliau berkata, daripada Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1, mendapati bantuan geran RM95,200 untuk program PAWE telah disalahgunakan bagi tujuan peribadi dan aktiviti persatuan.
"Bantuan geran diperuntukkan sebanyak RM95,200 telah disalahgunakan dengan memberi pinjaman kepada penyelia dan badan bukan kerajaan (NGO) yang menguruskan pusat berkenaan.Bagaimana perbelanjaan sebegitu besar nilainya?
"Malah terdapat lebihan belanja berjumlah RM46,733 di mana perbelanjaan tersebut tidak mempunyai sebarang permohonan dibuat," ujarnya dalam kenyataan.
Justeru ujarnya lagi selepas teguran audit dilakukan, beliau berharap perkara seumpama ini tidak akan berlaku dan segala kelemahan dapat diperbaiki segera.
"In supaya pengurusannya lebih cekap, akauntabel dan telus dalam melaksanakan urus tadbir dan memikul amanah rakyat.
"Walaupun nilai atau jumlah yang ditegur oleh pihak audit tidak mencecah jutaan ringgit, namun segala ketirisan yang berlaku tidak boleh dikompromi langsung.
"Wang peruntukan sepatutnya dapat dibelanjakan bagi tujuan yang betul terhadap program bantuan dan perkhidmatan warga emas menerusi lebih 10 PAWE di seluruh negara.
"Warga emas yang terabai perlu diberikan sokongan dan bantuan kerana mereka juga mempunyai hak untuk menikmati kualiti hidup yang baik dalam masyarakat.
"Walaupun, terdapat pelbagai pihak yang memberikan perkhidmatan sokongan kepada golongan ini tetapi jangan sesekali menganiaya warga emas yang perlukan diberikan sokongan dan bantuan kerana mereka juga mempunyai hak untuk menikmati kualiti hidup yang baik dalam masyarakat.
"Penetapan norma-norma dan amalan untuk rumah warga emas dan rumah penjagaan perlu diberi keutamaan untuk memastikan keadaan ianya mencapai standard," ujarnya.

Saya tidak boleh buat keputusan lagi, sindir speaker


 Saya tidak boleh buat keputusan lagi, sindir speaker
Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia berkata beliau tidak mahu diheret ke mahkamah. 
SPEAKER Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia menyindir ahli Parlimen pembangkang yang mahu menyamannya kerana bertindak menolak soalan berkaitan dengan syarikat 1Malaysia Development (1MDB).
Beliau berkata tidak lagi mempunyai kuasa untuk memutuskan perkara dalam sidang Dewan Rakyat kerana jika berbuat demikian ia akan menyebabkan dirinya diheret ke mahkamah.
Sindiran itu diluahkan Pandikar apabila beliau menegur pertelingkahan antara Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Hamzah Zainuddin dan ahli Parlimen Pembangkang ketika pembentangan Rang Undang-Undang Kawalan Harga dan Antipencatutan.
"Jangan buat begitu, tadi sebelum masuk saya cakap secara sinis saya tidak boleh buat keputusan kerana (bila saya buat begitu) akan diheret ke mahkamah.
"Jadi tidak perlu saya buat keputusan sama ada ia 'sub judice' atau tak, saya sudah tidak  boleh buat keputusan. Semua Yang Berhormat ini uar-uarkan Parlimen kita ini standardnya 'world class'," katanya di Parlimen hari ini.
Beliau merujuk kepada tindakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian yang memfailkan saman di mahkamah hari ini.
Hee berkata, tindakannya itu kerana mahu mahkamah memanggil speaker untuk menjawab semua soalan yang diajukan mengenai 1MDB.
Terdahulu, semasa menyambung sidang Dewan Rakyat selepas rehat tengah hari beliau turut mengulas perkara sama dengan menyatakan tindakan menyamannya menunjukkan peruntukan Fasal 63(1) Perlembagaan Persekutuan tidak lagi bermakna.

PKR K'tan tak letak jawatan sebab tunggu arahan rasmi

PKR Kelantan masih menunggu arahan rasmi daripada parti untuk melepaskan jawatan lantikan politik di negeri itu, kata pemimpinnya.
Pengarah komunikasi PKR negeri itu Mohd Sukirman Mustapa berkata pihaknya akan akur kepada apa saja arahan pimpinan pusat.
Bagaimanapun, Sinar Online melaporkan Mohd Sukirman memberi penjelasan keputusan muktamad akan diumumkan pihak majlis pimpinan negeri,
“Ia berikutan ada arahan yang belum dikeluarkan secara rasmi.
"Apa-apa arahan yang akan diumumkan pihak Majlis Pimpinan Negeri, akan kami akur dan bertindak segera," katanya.
Pada 16 Mei lalu Biro Politik PKR mengarahkan semua anggota parti yang mendapat lantikan ke jawatan kerajaan Kelantan supaya meletakkan jawatan.
Arahan itu menyebut, peletakan jawatan itu berkuat kuasa serta-merta.
Membacakan kenyataan itu Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata arahan berkenaan telah disampaikan kepada pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan.
"PKR juga telah membuat keputusan bahawa semua lantikan politik PKR di dalam kerajaan negeri Kelantan diminta melepaskan jawatan tersebut berkuat kuasa serta-merta.
Prinsip lebih utama
Pendirian itu dibuat ekoran keputusan PAS memutuskan kerjasama politik mereka dengan PKR.
Peguam serta bekas senator, Saiful Izham Ramli, menyarankan isu polemik kerjasama politik itu tidak harus dihadkan kepada kedudukan PAS dan PKR di Selangor, sebaliknya turut mengambil kira keadaan di Kelantan.
Tidak seperti di Selangor yang diketuai PKR, Kelantan pula dikuasai PAS.
Kata Saiful Izham parti itu perlu mengarahkan semua anggotanya yang mendapat lantikan politik daripada Kota Darulnaim supaya meletakkan jawatan masing-masing.
"Dengan itu, barulah rakyat melihat bahawa PKR meletakkan kepentingan rakyat dan prinsip lebih utama berbanding keperluan peribadi," katanya.
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob (gambar, tengah) pula menyatakan belum ada mana-mana anggota PKR meletakkan jawatan dan keadaan berjalan seperti biasa.
Ketika menghadiri majlis berbuka puasa dengan anak-anak Kelantan di Shah Alam pada 3 Jun lalu, Ahmad menganggap apa yang berlaku itu sebagai "satu persefahaman yang di luar daripada apa yang difikirkan”.

‘Tuduhan pertemuan sulit Zahid-Dr M untuk laga pemimpin Umno’ sembang Bung

Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin berkata, tuduhan serius itu ialah permainan politik Dr Mahathir Mohamad.
Bung-Moktar_mahathir_zahid-hamidi_600
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Bung Moktar Radin menyifatkan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menemui beliau untuk mendapatkan sokongannya bagi mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Datuk Seri Najib Razak sekadar permainan politik pengerusi Pakatan Harapan itu.
Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, tuduhan serius Dr Mahathir itu bertujuan melihat pemimpin Umno bertelagah sesama sendiri.
“Saya rasa ia adalah tuduhan serius dan percaya hanya permainan politik Dr Mahathir. Saya tidak nampak timbalan perdana menteri melakukan apa-apa untuk menjatuhkan perdana menteri.
“Apa yang saya tahu, ini adalah propaganda politiknya untuk memecah belahkan sesama pemimpin. Mereka (pembangkang) cuba lagakan sesama pemimpin,” katanya kepada wartawan di luar Dewan Rakyat hari ini.
Isnin lalu, Dr Mahathir mendakwa Zahid pernah menemuinya selepas dilantik sebagai timbalan perdana menteri, susulan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2015, dalam usaha mendapatkan sokongannya untuk mengambil alih jawatan perdana menteri.
Malah, pengerusi PPBM itu mendakwa Zahid memiliki RM230 juta dalam akaun banknya pada 1996 ketika beliau dilantik sebagai ketua Pemuda Umno, bagaimanapun Dr Mahathir hari ini mengakui tiada bukti hitam putih.
Dr Mahathir menyerang Zahid selepas pemangku timbalan presiden Umno itu mengungkit sejarah “keturunan India” beliau dan mengumumkan butiran kad pengenalan “Mahathir a/l Iskandar Kutty”.
Mengulas lanjut, Bung berkata, isu seperti 1MDB serta cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sering digunakan pembangkang untuk menjatuhkan pemimpin kerajaan.
“Tetapi, rakyat tahu tuduhan itu tidak benar. Saya yakin 100% tuduhan mereka hanyalah strategi politik Dr Mahathir,” katanya.

Nur Jazlan: Saya tidak sahkan nama ‘Mahathir a/l Iskandar Kutty’

Timbalan menteri dalam negeri itu kemudiannya berkongsi dengan FMT sebuah artikel lama yang menyatakan nama Dr Mahathir sebagai 'Mahathir b Mohd Iskandar'.
Nur-Jazlan_mahathir_600new
PETALING JAYA: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed menafikan beliau mengesahkan nama sebenar Tun Dr Mahathir Mohamad ialah “Mahathir a/l Iskandar Kutty”.
“Saya tidak pernah sebut nama itu. Saya hanya kata anda boleh rujuk rekod universiti beliau atau mana-mana rekod sebelum merdeka untuk mengesahkan bagaimana beliau mendaftarkan namanya sebelum ini,” katanya dalam mesej teks kepada FMT hari ini.
Beliau kemudiannya berkongsi dengan FMT sebuah artikel The Straits Times bertarikh 21 Jun 1953 yang menyatakan nama pengerusi Pakatan Harapan itu ialah “Mahathir b Mohd Iskandar”.
Artikel bertajuk “34 New Doctors” menyenaraikan nama mereka yang mendapat kelulusan sementara
dalam kertas berkaitan perubatan oleh Universiti Malaya untuk sesi 1952 dan 1953. Nama Dr Mahathir ada di dalam senarai itu.
“Apa yang saya katakan ialah rekod-rekod itu sudah lama sebelum merdeka atau selepas merdeka. Ia bukannya luar biasa untuk rekod itu tidak konsisten sepanjang tempoh itu.
“Pengumuman itu adalah rekod awam pada 1952. Itu bermakna nama IC (kad pengenalan) beliau boleh diubah kemudian.
“Nama beliau direkodkan secara berbeza sepanjang masa ini. Kita semua mengenalinya sebagai Mahathir Mohamad, tetapi pada 1952 ia direkodkan dengan nama Iskandar.”
Nur Jazlan menjelaskan laporan hari ini yang menyatakan beliau mengesahkan nama penuh bekas perdana menteri iaitu “Mahathir a/l Iskandar Kutty” yang didedahkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah benar.
Beliau dilaporkan berkata, ada banyak sumber yang boleh digunakan untuk mengesahkan nama itu, contohnya pendaftaran universiti Dr Mahathir.
“Saya tidak pernah mengesahkan nama itu. Saya hanya kata ia berubah selepas bertahun-tahun,” kata ahli Parlimen Pulai itu.
Zahid yang juga menteri dalam negeri dikritik selepas ucapannya Ahad lalu di hadapan perwakilan Umno Bahagian Kelana Jaya yang mendakwa nama pada kad pengenalan Dr Mahathir ialah “a/l Iskandar Kutty”, bukannya “Mohamad”.

Bekas menteri ‘tak ingat’ Kabinet bincang pembelian Scorpene

Tiga daripada 5 bekas menteri yang dihubungi FMT menyatakan mereka tidak ingat pembelian 2 kapal selam Scorpene pada 15 tahun lalu, pernah dibincangkan dalam Kabinet pimpinan Dr Mahathir Mohamad.
kabinet_kapal-selam_600_new
PETALING JAYA: Kebanyakan bekas menteri di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad “tidak ingat” pembelian 2 kapal selam Scorpene dari Perancis pernah dibincangkan Kabinet diketuai perdana menteri selama 22 tahun itu.
Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, beliau tidak ingat pembelian kapal selam pada 2002 kerana isu itu terlalu lama.
“Saya tak tahu. Mungkin tidak. Jika Dr Mahathir cakap macam itu, dia adalah pengerusi ketika itu,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir hari ini yang beliau hanya tahu Kementerian Pertahanan membeli 2 kapal selam Scorpene dari Perancis 15 tahun lalu, selepas meletak jawatan.
Dalam wawancara bersama portal The Malaysian Insight, pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, perkara berkenaan tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet.
“Saya tidak pernah mahu membeli kapal selam kerana kita tidak boleh menggunakannya. Kita tidak bolej menggunakan kapal selam di Selat Melaka.
“Dan kita tidak ada wang (ketika itu). Kosnya tinggi.
“Tiba-tiba, selepas saya meletak jawatan, saya dapat tahu menteri pertahanan menempah 2 kapal selam,” kata Dr Mahathir yang bersara dari kerajaan pada 2003.
Bekas menteri perumahan dan kerajaan tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting juga tidak ingat Kabinet pernah membincangkan pembelian kapal selam Scorpene.
“Saya tak rasa saya mahu komen tentang perkara yang saya tak ingat.”
Bekas menteri luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, beliau tidak ingat langsung mengenai pembelian kapal selam Scorpene pernah dibincangkan Kabinet.
“Saya tak ingat langsung ada perkara itu dibincangkan atau tidak. Kerana biasanya sebelum mana-mana pembelian, mana-mana tender…tidak dibincangkan dalam Kabinet.
“Selalunya keputusan dari lembaga tender…Kementerian Kewangan,” katanya.
Bekas menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan, Tan Sri Rais Yatim berkata, sebarang perkara yang dibincangkan dalam Kabinet akan direkodkan.

SKANDAL 1MDB: APA LAGI ALASAN NAJIB SELEPAS INI..!!!

PELBAGAI ALASAN di beri oleh Najib.. "bukannya kerajaan tak mampu bayar. Kesalahan teknikal saja.."

HAR HAR HAR... Tak ubah seperti alasan daripada SPR mahupun JPN jika kantoi kononnya kesilapan teknikal dlm isu2 daftar pemilih SPR..

Jika tiada wang dan tidak mampu membayar hutang, bagaimana 1MDB boleh menghantar ribuan jemaah haji ke Mekah setiap tahun sesebelum ini?

Bukankah juga Najib Razak selalu mengatakan #1MDB berada di landasan pemulihan yang betul di bawah program rasionalisasi, ada banyak wang serta ada aset dalam perniagaan..

KE MANA SEMUA ITU PERGI atau hanya propaganda auta nak perbodohkan rakyat !!!

SKANDAL 1MDB: DARI MANA PULA SUMBER DANA NAK BAYAR DENDA ITU ??!

TAHUKAH ANDA.. #1MDB dan Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) telah diberi tempoh lima hari utk langsaikan denda RM2.58 BILION kerana gagal bayar denda pada akhir 31 Julai yg lalu.

Jika diperhatikan 'bond tender' yg dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) ini isi kandungannya spt tarikh, jumlah dana (bond) dan si penerimannya seakan ada kaitannya sama dgn bayaran denda kepada IPIC itu..

Adakah ini satu kebetulan ATAU SEBALIKNYA ??!

Harap pihak BNM mahupun kerajaan terutamanya Najib dapat beri penjelasan.

Jika ia bukan utk tujuan pembayaran denda kpd IPIC, DARI MANA PULA SUMBER DANA NAK BAYAR DENDA ITU ??!

SKANDAL 1MDB: SIAPA MENTERI KEWANGAN !!!

KENAPA 1MDB masukkan RM16 bilion ke dalam Aabar Investments PJS Ltd yg jelas bukan dimiliki IPIC ??!!

Adakah ini satu tipu helah utk nak selewengkan dana #1MDB tanpa dikesan oleh k'jaan M'sia ??!

DAH HAMPIR SETAHUN ia didedahkan tapi.. SAMPAI SEKARANG 1MDB dan Najib terus membisu tanpa sebarang jawapan & penjelasan.

TAHKUAH ANDA..

Transaksi sebelum ini berbilion bayar kpd 'Aabar palsu', bukan sekali tapi beberapa kali transaksi besar. Nak bayar dalam angka berbilion ini HANYA BOLEH DIBUAT OLEH Pengarah sykt & Menteri Kewangan saja kerana sykt 1MDB di bawah Kementerian Kewangan.

Skandal Felda: Dr M yakin pemimpin PPBM tak terbabit kes hotel Felda di Sarawak

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.
mahathir-sprm
KUALA LUMPUR: PPBM akan memberi pembelaan secukupnya kepada seorang pemimpin tertingginya yang ditahan bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes pembelian sebuah hotel di Sarawak, pada 2014.
Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, PPBM yakin ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.
“Kita akan ambil tindakan untuk jaga kepentingan dia kerana kita tidak percaya dia terlibat.
“Dia bersama dengan (Tan Sri) Isa (Samad) sekian lama, tapi dia berhenti sebab tidak puas hati,” katanya selepas menyerahkan memorandum meminta Yang di-Pertuan Agong menggunakan kuasa di bawah Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan untuk merujuk kesahihan pelantikan Tan Sri Raus Sharif sebagai ketua hakim negara kepada Mahkamah Persekutuan.
Semalam, seorang bekas pegawai Isa direman 5 hari bagi membantu siasatan kes pembelian sebuah hotel di Sarawak pada 2014.
Penahanan itu menjadikan 4 individu setakat ini disiasat dalam kes pembelian Merdeka Palace Hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC).
Isa meletak jawatan sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings (FGV) pada 19 Jun lalu, selepas kontroversi membabitkan syarikat itu.
Pada 14 Julai lalu, SPRM membuka kertas siasatan berhubung pembelian hotel itu yang disyaki diperolehi dengan harga lebih tinggi berbanding harga asal.
Dr M yakin pemimpin tertinggi PPBM tidak terlibat

Skandal Felda: SPRM bawa keluar 2 beg dokumen dari pejabat FIC

Pasukan SPRM berada selama 8 jam di premis FIC dalam siasatan berkait pembelian hotel di UK dan Sarawak.
macc-3
KUALA LUMPUR: Selepas hampir 8 jam, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melangkah keluar pejabat Felda Investment Corporation (FIC) bersama 2 beg dokumen berkait pembelian sebuah hotel 4 bintang di United Kingdom dan di Kuching, Sarawak.
Pasukan penyiasat SPRM itu beredar dari premis FIC di Menara Felda, Platinum Park kira-kira jam 5.10 petang selepas tiba kira-kira jam 10.00 pagi tadi.
SPRM enggan mengulas berhuhung rampasan 2 beg dokumen FIC hari ini.
macc-2
Pagi tadi, 4 pegawai SPRM menyerbu Menara Felda dalam siasatan melibatkan pembelian hotel di Kuching, Sarawak dan Kensington, London yang dikatakan melebihi harga pasaran.
Ia dibuat susulan penangkapan seorang bekas pegawai khas kepada bekas pengurusan tertinggi Felda dan bekas pegawai pengurusan kanan Felda, berhubung pembelian kedua-dua hotel tersebut semalam.
Semalam, bekas ketua pegawai eksekutif FIC ditahan reman 4 hari bagi membantu siasatan berhubung kes pembelian hotel di London

MAHFUZ OMAR: PENDEDAHAN EKSKLUSIF PERMAINAN POLITIK PAS

YB Rafizi Ramli : "Polisi Ekonomi Najib Menyusahkan Rakyat"

'Kalau tak nak mengaku keturunan Iskandar Kutty, cakap la' - Azwan

Tukul Speaker patah......

Tun M was-was kekayaan Zahid tapi tak ada bukti ketika itu.....

Perlantikan Semula HAKIM: HARAPAN mohon campur tangan Agong

KENYATAAN MEDIA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN

Hari ini, kami telah menyembahkan warkah kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk membawa ke perhatian Tuanku YDPA beberapa perkara seperti berikut:

1. Isu perlantikan semula jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri pada 7 Julai 2017 adalah mencabuli Perlembagaan Persekutuan.

2. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, jawatan Ketua Hakim Negara mahupun Presiden Mahkamah Rayuan tidak dibenarkan dilanjutkan selepas penjawat itu mencapai umur 66 tahun dan 6 bulan.

3. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan juga, perlantikan dua jawatan yang diumumkan itu adalah dibuat oleh Tuanku YDPA di atas nasihat YAB Perdana Menteri; maka Tuanku berhak untuk menampilkan perkara ini untuk diputuskan Mahkamah sebelum ianya berkuatkuasa.

4. Perlanjutan semula jawatan Ketua Hakim Negara yang disandang YAA Tan Sri Md Raus Sharif akan berkuatkuasa dalam masa dua hari lagi, iaitu pada 4 Ogos 2017.

5. Sekiranya perkara ini tidak ditangani segera, ia akan mewujudkan satu krisis kehakiman kerana kesemua perbicaraan ataupun keputusan selepas 4.8.17 akan menjadi TIDAK SAH. Malah sistem pentadbiran badan kehakiman yang juga dikendalikan oleh Ketua Hakim Negara akan menjadi cacat disebabkan badan kehakiman tidak diuruskan hakim yang sah di sisi Perlembagaan.

6. Di bawah Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan, cuma Tuanku YDPA yang boleh membuat rujukan permasalahan perlembagaan untuk ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan.

7. Justeru, kesemua kami yang mewakili keempat-empat parti gabungan dalam PAKATAH HARAPAN, melalui warkah ini menyeru agar Tuanku YDPA melaksanakan budibicara Tuanku untuk membuat satu rujukan ke Mahkamah Persekutuan berkenaan persoalan samada pelantikan semula itu sah ataupun tidak.

8. Ini adalah untuk menjamin Tuanku YDPA dapat memelihara keluhuran perlembagaan Malaysia daripada dicemari, demi kepentingan dan kesejahteraan Rakyat dan negara.

YBhg Tun Dr Mahathir Mohamad
Pengerusi Pakatan Harapan
Pengerusi PPBM

YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Pakatan Harapan
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Presiden KEADILAN

YB Lim Kit Siang
Ketua Parlimen DAP

YB Datuk Dr Mujahid Yusof
Naib Presiden AMANAH

Hutang negara meningkat kerajaan BN tidak wajar berbelanja lebih



Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) sewajarnya lebih berhemat dan tidak berbelanja melebihi kemampuan dan keperluan  bagi mengelakkan peningkatan beban hutang negara, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata, menerusi Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1 baru-baru ini menunjukkan kerajaan pimpinan Umno-BN menunjukkan jumlah hutang keseluruhan Kerajaan Persekutuan pada akhir 2016 telah meningkat sekali lagi.
Saifuddin Nasution Ismail "Jumlah peningkatan adalah sebanyak RM17.935 bilion berbanding tahun 2015. Ini menunjukkan peningkatan hutang negara bagi lima tahun berturut - turut sejak tahun 2012 hingga tahun 2016.
"Kerajaan Umno BN tidak sewajarnya berbelanja melebihi kemampuan serta keperluan negara.
"Perbelanjaan secara boros dan sesuka hati telah menyebabkan hutang negara semakin bertambah.
"Kerajaan Umno BN sepatutnya lebih berhemat dalam perbelanjaan dan jangan secara berterusan membebankan rakyat negara ini," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Saifuddin Nasution lagi, penjimatan itu seharusnya dilaksanakan daripada segenap sudut pentadbiran negara sama ada di peringkat tertinggi mahupun bawahan terutamanya ketika keadaan ekonomi negara yang tidak menentu.
"Hutang negara dikatakan berada pada paras kritikal kerana hampir mencecah had siling hutang negara iaitu 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.
"Bertambah malang, khususnya generasi muda negara ini terpaksa mewarisi beban yang tinggi ekoran kadar hutang yang tinggi.
"Kebobrokan Umno-BN yang sering membazir ratusan bilion ringgit saban tahun haruslah ditentang oleh semua rakyat Malaysia. Hutang negara bukan hal yang utama, tetapi paling penting bagaimana wang negara dibelanjakan oleh kerajaan Umno-BN.
"Isu utama yang membelenggu rakyat pada hari ini ialah permasalahan kos sara hidup, gaji dan lambakan pekerja asing di negara ini berbanding isu-isu skandal negara seperti 1MDB," ujarnya .
Justeru katanya,dengan hutang yang semakin bertambah, kerajaan akan terus memerah rakyat dengan cukai GST kerana pendapatan melalui GST, barangan tempatan menunjukkan peningkatan pada 85 peratus daripada RM14 bilion pada 2015 kepada RM25.97 bilion.
"Cukai GST ke atas barangan import pula mencatatkan kenaikan 17 peratus daripada RM12.9 bilion kepada RM15.2 bilion.

Dr Mahathir ke Istana Negara minta Agong rujuk pelantikan ketua hakim

Agong mempunyai kuasa membuat rujukan permasalahan perlembagaan untuk ditentukan Mahkamah Persekutuan, kata Pakatan Harapan.
mahathir-istana
KUALA LUMPUR: Pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) hari ini menggesa Yang di-Pertuan Agong menggunakan kuasanya merujuk balik pelantikan semula Tan Sri Raus Sharif sebagai ketua hakim negara.
Rombongan diketuai Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menyerahkan memorandum meminta Agong menggunakan kuasa di bawah Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan untuk merujuk sama ada pelantikan Raus sebagai ketua hakim negara sah atau tidak kepada Mahkamah Persekutuan.
“Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, jawatan Ketua Hakim Negara mahupun Presiden Mahkamah Rayuan tidak dibenarkan dilanjutkan selepas penjawat itu mencapai umur 66 tahun dan 6 bulan.
“Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, pelantikan 2 jawatan yang diumumkan itu adalah oleh Tuanku YDPA atas nasihat perdana menteri, maka Tuanku berhak untuk menampilkan perkara ini untuk diputuskan mahkamah sebelum ia berkuatkuasa,” kata memorandum itu.
Turut hadir di pintu Istana Negara hari ini ialah pemimpin DAP Lim Kit Siang dan pemimpin Amanah, Datuk Mujahid Yusof.
“Pihak istana memberi kerjasama dan sambutan yang baik,” kata Tun Mahathir.
Dr Mahathir berkata sekiranya isu pelantikan Raus sebagai ketua hakim tidak ditangani segera, ia mewujudkan krisis kehakiman kerana semua perbicaraan atau keputusan selepas pelantikan yang berkuatkuasa 4 Ogos ini akan menjadi tidak sah.
“Malah sistem pentadbiran badan kehakiman yang juga dikendalikan oleh ketua hakim negara akan menjadi cacat disebabkan badan kehakiman tidak diuruskan hakim yang sah di sisi perlembagaan,” kata memorandum itu.

Pindahkan 7,000 pengundi luar: Jamal sedia hadapi tindakan SPR

Ketua Umno bahagian Sungai Besar itu mahu tindakan sama diambil terhadap Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang memindahkan pengundi Cina ke kawasan Parlimen Gelang Patah pada PRU13.
jamal-spr
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Jamal Md Yunos sedia berdepan tindakan undang-undang oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pendedahannya membawa masuk 7,000 pengundi luar ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan yang dimenangi DAP.
Ketua Umno bahagian Sungai Besar itu bagaimanapun berkata, selain beliau, SPR juga perlu mengambil tindakan sama terhadap pemimpin pembangkang.
“Kalau mereka nak siasat atau ambil tindakan terhadap saya, siasat sekali Lim Kit Siang yang memindahkan beribu-ribu pengundi di Gelang Patah. Pengundi Cina dipindahkan ke kawasan sasaran mereka untuk memenangi kerusi Parlimen itu.
“Apa yang saya katakan ini berlaku dalam pilihan raya lepas,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung fitnah Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersekongkol untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
Kenyataan Jamal itu sebagai tindak balas terhadap gesaan Bersih 2.0 yang menggesa SPR memastikan tiada manipulasi dan penipuan dalam daftar pemilih, susulan laporan media kononnya Jamal mengaku membawa masuk 7,000 pengundi luar ke DUN Sekinchan sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Jamal ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Subang di sebuah sekolah di Sungai Buloh pada Ahad lepas dilaporkan mengakui bertemu dengan semua pengundi luar itu dan meminta mereka menandatangani perjanjian mengundi yang dijangka berlangsung lebih kurang 2 bulan lagi.
Mengulas lanjut, Jamal berkata, segala tindakannya berdasarkan peruntukan undang-undang.
“Bagi saya sesiapa yang melanggar undang-undang boleh diambil tindakan, saya tidak ada masalah sebab apa yang kami lakukan mengikut prosedur undang-undang,” katanya.
Bersih 2.0 membangkitkan Perkara 119(1)(b) Perlembagaan Persekutuan di mana pemilih hanya boleh mengundi di kawasan kediaman mereka.

Skandal 1MDB: E-mel dicuri kaitkan Jho Low dengan 1MDB

WSJ memperincikan kandungan sesetengah e-mel yang nampaknya dari seorang pegawai tertinggi UAE dan rakan kongsi niaganya menunjukkan hubungan mereka dengan Jho Low dan urusan 1MDB.
wsj-jho-low-1mdb-1Pendedahan baru dibuat Wall Street Journal (WSJ) yang nampaknya terus mengaitkan pembiaya Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low dalam isu 1MDB.
WSJ berkata, e-mel dicuri yang baru dikeluarkan menunjukkan hubungan lama Jho Low dengan Yousef Al Otaiba, duta besar Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Amerika Syarikat.
Laporan itu mendakwa e-mel terbabit menunjukkan Otaiba dan rakan kongsi Jordannya, Shaher Awartani membincangkan pertanyaan yang mereka terima daripada pihak berkuasa AS, Switzerland dan Singapura mengenai transaksi didakwa diterima mereka daripada entiti berkaitan Jho Low.
Laporan WSJ memetik individu yang tahu mengenai siasatan 1MDB di Switzerland, Singapura dan AS berkata, pegawai sedang meneliti butiran pemindahan kepada syarikat dikuasai Otaiba dan Awartani, serta jika mereka membeli aset dengan dana didakwa berasal daripada 1MDB.
Jho Low dinamakan Jabatan Kehakiman AS (DoJ) berada di tengah-tengah dakwaan penyelewengan AS$4.5 bilion dari 1MDB. Bagaimanapun, 1MDB sendiri menafikan dananya hilang.
WSJ berkata, Otaiba dan Awartani enggan mengulas. Menurutnya, Kedutaan UAE di Washington juga enggan mengulas e-mel yang dicuri dari Otaiba, sebaliknya hanya berkata mereka sebahagian daripada kempen politik lawan untuk memburuk-burukkannya. Kedutaan itu menyatakan Otaiba mempunyai kepentingan perniagaan peribadi di luar peranan diplomatiknya.
WSJ berkata, 1MDB juga tidak mahu mengulas. 1MDB secara konsisten menafikan sebarang salah laku. Jho Low turut menafikan sebarang salah laku dan jurucakapnya berkata, e-mel yang bocor itu memberi “gambaran berat sebelah dan tidak tepat”.
E-mel itu dikatakan ditunjukkan kepada WSJ oleh sebuah organisasi bernama Global Leaks yang enggan memberitahu cara mereka mendapatkan e-mel itu. Bagaimanapun, mereka berikrar mahu mendedahkan rasuah dan penipuan kewangan oleh kerajaan kaya.
WSJ sebelum ini melaporkan syarikat berkaitan Otaiba didakwa menerima AS$66 juta dari entiti yang menurut penyiasat, bertindak sebagai saluran untuk wang yang dikatakan dicuri dari 1MDB.

Saya tak setuju beli kapal selam ‘Scorpene’, kata Dr Mahathir

KABINET tidak pernah membincangkan cadangan pembelian kapal selam Scorpene semasa beliau menjadi perdana menteri, kata Dr Mahathir Mohamad hari ini, dan menambah jika ia dicadangkan, beliau pasti akan membantah kerana Malaysia tidak mampu untuk membeli kelengkapan ketenteraan itu. .
Dr Mahathir berkata, keputusan pembelian dua buah kapal selam itu "mungkin" dibuat semasa pentadbirannya tetapi seingat beliau ia tidak dibincangkan bersama Kabinet.
"Pembelian kapal selam Scorpene itu tidak dimaklumkan kepada saya. Saya memang tak nak beli kerana kita tak boleh guna.
"Kapal selam itu kita tak boleh guna di Selat Melaka. Dan kita tidak ada duit, kosnya tinggi.
“Tetapi tiba-tiba setelah saya bersara, saya dapat tahu menteri pertahanan (Najib) sudah buat pesanan untuk mendapatkan dua buah Scorpene," katanya dalam wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insight di Putrajaya hari ini merujuk kepada Perdana Menteri Najib Razak.
"Setakat yang saya boleh ingat tak ada kertas Kabinet.”
Dr Mahathir merupakan perdana menteri Malaysia dari 1981 hingga 2003. Pembelian kapal selam Scorpene dilakukan pada Jun 2002 ketika Najib memegang jawatan menteri pertahanan.
Isu Scorpene kembali menjadi tajuk berita selepas media melaporkan Abdul Razak Baginda didakwa di Perancis kerana terlibat dengan rasuah berhubung pembelian kapal selam itu.
Razak menjadi penasihat kepada Najib ketika itu memegang jawatan sebagai menteri pertahanan antara 2000 hingga 2008 berhubung urus niaga itu.
Tambah Dr Mahathir, beliau juga tidak setuju dengan pemilikan kapal selam itu kerana ia tidak selaras dengan pendirian peribadinya berhubung soal keamanan dan penyelesaian konflik.
"Lagipun saya kata kita nak perang dengan siapa? Kalau kita beli pun berapa banyak. Kita tak boleh perang dengan sesiapa.
“Korea Utara ada berapa puluh biji. Kita nak beli dua biji nak lawan dengan siapa? Kita tak ada rancangan nak perang dengan Indonesia ataupun Singapura.

Wan Azizah wakili golongan mustad'afin bidas MP kaya

Dewan Rakyat hari ini menyaksikan pertelagahan mengenai kelas, ketika pemimpin pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menimbulkan persoalan mengenai kebajikan rakyat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Wan Azizah (PKR - Permatang Pauh) cuba dicelah berulang kali oleh wakil rakyat BN ketika berbahas mengenai hutang kerajaan yang semakin tinggi, kesulitan yang dihadapi rakyat mendapatkan pinjaman perumahan dan kereta, serta kenaikan kadar inflasi.
Walaupun Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee cuba mengawal keadaan, tetapi apabila gangguan berterusan, Wan Azizah bertindak balas dengan gayanya sendiri.
“MP yang kaya-kaya tak apa, saya cakap untuk orang mustad'afin,” katanya.
Beliau kemudian meneruskan perbahasan dengan mengketengahkan statistik Jabatan Perangkaan terbaru yang menunjukkan sehingga Mei 2017, 507,500 rakyat Malaysia yang menggangur.
“Apa PM boleh buat. Ya, produktiviti naik tapi tak ada kerja buat apa?” soalnya sebelum duduk.
Sebelum itu, Ahmad Hamzah (BN - Jasin) dalam soalan tambahannya ingin tahu sama ada kerajaan berada dalam landasan betul untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Pembangkang sebelum itu mengasak Ahmad dengan memintanya supaya "cepat" kerana mengambil masa yang lama.
Najib (BN-Pekan) memuji Ahmad kerana teliti dan terperinci, tetapi menyindir soalan Wan Azizah yang sama panjangnya sebagai syarahan kecil.
“Walaupun itu bukan soalan tambahan tapi syarahan mini, saya terima.
“Kalau pembangkang tak buat macam itu payah la dari segi politik, kata perdana menteri.
Najib kemudian memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa hutang negara berbanding nisbah keluaran dalam negara kasar (KDNK) menurun daripada 54 peratus kepada 52.5 peratus.
Beliau berkata kerajaan berada di landasan betul untuk membentangkan bajet yang seimbang.

Skandal 1MDB: Pandikar terkesan keputusan dirujuk ke mahkamah

Risau kerajaan tak boleh berhutang lagi gara gara 1MDB

Iskandar Kutty: Jamal pertahan Zahid, gelar Dr Mahathir celaka

Hutang IPIC: Terkejut kerajaan gagal bayar hutang 1MDB sebab teknikal

Skandal 1MDB: Macam mana kerajaan cari duit tempoh lima hari?

Hutang IPIC: 1MDB belum minta bantuan bayar IPIC, kata Johari

'Kalau nak siasat saya, siasat semua sekali' - Jamal

Kenapa saya cakap Tun M ini 'celaka'? Ini jawab Jamal

Hutang 1MDB: Mahfuz terkejut jawapan Najib

Ahmad Zahid elak soalan 'aset' miliknya

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini enggan mengulas soalan daripada wartawan berhubung pendedahan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai aset miliknya.
Ahmad Zahid dikelilingi oleh wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Sumber Air dengan ketua menteri dan menteri besar di bangunan Parlimen.
Beliau diminta mengulas dakwaan Dr Mahathir bahawa Ahmad Zahid pada tahun 1996 pernah mengisytiharkan bahawa terdapat ratusan juta jumlah dalam akaun banknya.
Dr Mahathir berkata bahawa perisytiharan aset itu dibuat ketika beliau adalah perdana menteri dan jawapan yang diberikan oleh Ahmad Zahid adalah “kurang jelas”.
Zahid, yang lazimnya cukup mesra dengan wartawan mengabaikan semua soalan dan sebaliknya mengelakkan dirinya dengan pengawal peribadinya menghalang petugas media daripada menghampirinya.

Wakil rakyat Umno ‘keturunan India’ bergurau di Dewan Rakyat

Mereka menjadikan kritikan timbalan perdana menteri baru-baru ini ini terhadap Dr Mahathir sebagai gurauan.
Zambry-Abdul-KadirKUALA LUMPUR: Kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai moyang Tun Dr Mahathir Mohamad yang berketurunan India hari ini menjadi bahan gurauan beberapa wakil rakyat Umno dan Barisan Nasional (BN) berketurunan India.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Menteri Kesihatan Datuk Seri S Subramaniam, Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Azeez Abdul Rahim dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan sempat bergurau mengenai isu “anak lelaki”.
Mereka juga sempat merakamkan detik pertemuan tidak diduga itu di tangga pintu masuk Dewan Rakyat sebelum semuanya beredar.
Zambry dan Azeez bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai tindakan Zahid menggunakan keturunan Dr Mahathir sebagai serangan politik.
“Kami hanya bergurau,” kata Zambry.
Subramaniam berkata rakyat Malaysia kini berasal daripada pelbagai keturunan.
Zahid yang mempengerusikan mesyuarat berkaitan sumber air bersama-sama pemimpin tertinggi kerajaan negeri enggan memberikan sebarang respon ketika diminta menjelaskan mengenai desakan Dr Mahathir agar menunjukkan kad pengenalan “biru” yang didakwanya diterima daripada ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Ahad lalu, Zahid dalam ucapan kepada perwakilan Umno Kelana Jaya mengungkit asal usul Dr Mahathir, sambil menunjukkan kad pengenalan yang menurutnya tertera nama “Mahathir a/l Iskandar Kutty”.
“Ketua pengarah JPN beri pada saya maklumat ini. Sebab itu, dia (Dr Mahathir) kata Melayu mudah lupa. Ini yang dikongsi. Ini IC (Kad Pengenalan) biru dia. Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty. No IC biru dia 2232519. Ini yang dihantar oleh ketua pengarah JPN kepada saya,” kata Zahid.

Iskandar Kutty: Jamal pertahan Zahid, gelar Dr Mahathir celaka

Jamal berkata tindakan Dr Mahathir sebenarnya mahu menjatuhkan Najib dan kerajaan pimpinan Umno.
Jamal-YunosKUALA LUMPUR: Datuk Seri Jamal Md Yunos mempertahankan tindakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengungkit keturunan Tun Dr Mahathir Mohamed yang berasal dari India.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu berkata Zahid bukannya mahu menimbulkan isu perkauman, sebaliknya mahu mengingatkan ahli Umno supaya tidak mengkhianati parti apabila tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan sepertimana yang dilakukan Dr Mahathir.
Beliau turut menganggap tindakan Dr Mahathir dan pembangkang yang mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan pimpinan Umno sebagai perbuatan celaka.
“Kita tidak peduli soal keturunan sebab negara kita pelbagai bangsa, macam saya orang Melayu Banjar. Kita semua ada sejarah keturunan, ada India, Cina, tapi apa yang Zahid kata ini adalah orang yang celaka macam Dr Mahathir.
“Kenapa saya cakap Dr Mahathir celaka setelah 22 tahun menjadi perdana menteri, setelah sekian lama dalam Umno, minta orang Umno supaya patuh pada parti. Tapi dia sebenarnya menjadikan Umno sebagai batu loncatan untuk memijak kepala orang Melayu demi kerjaya politik dan kesenangan keluarganya.
“Betul seperti Zahid katakan (Dr Mahathir) habis madu sepah dibuang, kami sokong kenyataan Zahid, Dr Mahathir ini bapa perpecahan.
“Daripada mana PKR wujud? ia disebabkan kezaliman Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, daripada mana PPBM wujud? kerana ketamakan Dr Mahathiir menjatuhkan Najib,” katanya.
Beliau juga berkata pemimpin pembangkang seperti Anwar dan Rafizi Ramli sudah lama mendedahkan keturunan Dr Mahathir berasal dari India dan ia bukannya isu baharu yang sengaja ditimbulkan Zahid.
Beliau juga menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan Zahid kerana ia perlu didedahkan kepada orang ramai.
“Dr Mahathir mahu menjadikan Umno hancur dan dikuburkan, dia nak kuburkan Umno sedangkan Umno inilah yang jadikan anak, keluarganya kaya raya,” katanya kepada pemberita di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Jamal-Yunos2
Sebelum ini, Zahid menerima kritikan pelbagai pihak selepas ucapannya Ahad lalu di hadapan ahli Umno Kelana Jaya, di mana beliau mendakwa nama penuh bekas perdana menteri itu ialah “Mahathir a/l Iskandar Kutty”.
Zahid berkata maklumat itu dibekalkan kepadanya oleh ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara. (JPN), sambil berkata ia menunjukkan Dr Mahathir yang berketurunan India memperalatkan orang Melayu.
Rentetan daripada pendedahan Zahid, Dr Mahathir berkata beliau berasa malu dengan Zahid selepas timbalan perdana menteri itu menimbulkan isu keturunan beliau.
Beliau mengingatkan Zahid mengenai pertemuan mereka yang didakwa berlaku sebelum ini, yang menurutnya untuk meminta simpati dan sokongan semasa beliau menjadi timbalan perdana menteri untuk bersekongkol menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak sebagai jalan pintas beliau menjadi perdana menteri.

Itu hanya latihan, SPR nafi PRU pada Okt 13

Ia selepas klip video yang menunjukkan seorang pegawai mengumumkan tarikh PRU ke-14 di hadapan kakitangan SPR.
spr-drill-1
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menafikan pilihan raya umum (PRU) akan diadakan Oktober ini, selepas klip video tular menunjukkan pengumuman seorang pegawai di hadapan kakitangan SPR.
“Faktanya, video yang tular itu adalah latihan simulasi oleh kakitangan SPR,” kata suruhanjaya itu dalam kenyataan hari ini.
Ia selepas video kurang seminit menunjukkan seorang jurucakap SPR mengumumkan tarikh mengundi pada 13 Okt 2017.
SPR berkata “pihak yang tidak bertanggungjawab” menyebarkan dakwaan kononnya ia adalah tarikh PRU ke-14.
“Pengurusan Tertinggi SPR sedang menimbang untuk membuat aduan polis terhadap mereka yang menyebar fitnah dalam media sosial supaya tindakan undang-undang diambil terhadap mereka,” katanya.
PRU ke-14 mesti diadakan menjelang tamat mandat Barisan Nasional pada pertengahan 2018.
PRU terakhir diadakan pada 5 Mei, 2013.

'Baik' kerajaan ada makna, kata PAS

PAS berkata, kerajaan mempunyai helah apabila menangguhkan beberapa cukai dan kenaikan yang sebelum ini dirancang untuk dikenakan kepada rakyat walaupun di atas kertas mereka boleh melakukannya.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata keadaan itu berlaku ketika kemarahan rakyat kepada kerajaan kian memuncak.
Antara yang ditangguhkan, kata Tuan Ibrahim, ialah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas 60 jenis bahan makanan yang sepatutnya dikuatkuasakan tahun ini.
"Kedua, cukai pelancongan yang meluas, termasuk kepada pelancong tempatan.
"Kini cukai tersebut hanya dikenakan pada pelancong luar negara," katanya.
Contoh ketiga dipetik Tuan Ibrahim ialah kenaikan tarif elektrik.
"Tarif elektrik di Semenanjung Malaysia ditetapkan menerusi sistem kawal selia berasaskan insentif (IBR) yang merangkumi mekanisme Pelepasan Kos Ketidakseimbangan (ICPT) dilaksanakan pada Januari 2014.
"Melalui sistem ini, kerajaan boleh menyemak semula kadar tarif setiap enam bulan berdasarkan perubahan harga bahan api dan penjanaan.
"Tempoh untuk pelarasan itu tamat pada 30 Jun 2017 tetapi kerajaan menangguhkan penyelarasan itu setakat ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mahu mandat baru
Tuan Ibrahim yang kini menjalankan tugas presiden PAS menambah, laporan Ketua Audit Negara 2017 menyatakan pungutan hasil kerajaan pada tahun lalu merosot sebanyak RM6.7 bilion, iaitu daripada RM219.1 bilion kepada RM212.4 bilion.
"Jadi tidak hairanlah mengapa wujud cadangan pelaksanaan cukai daripada kerajaan pada tahun ini.
"Mekanismenya sama, iaitu menghisap duit rakyat bagi meningkatkan pendapatan negara sementara kebocoran dan ketirisan terus berlaku," katanya.
Apa yang membingungkan rakyat, katanya, ketika penjawat awam bergelut dengan pemotongan belanjawan, kerajaan terus memberikan hadiah dan ia ditegaskan bukan gula-gula politik sempena pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Skandal Scorpene: NGO gesa AG buka semula siasatan



Pengarah Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4) Cynthia Gabriel menggesa Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membuka semula siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal kapal selam Scorpene.

Ia susulan laporan AFP bahawa Abdul Razak Baginda didakwa di negara itu atas tuduhan sogokan dalam penjualan kapal selam ke Malaysia.
Cynthia merupakan individu yang giat dalam usaha melaporkan kepada pihak berkuasa Perancis mengenai pembelian dua kapal selam Scorpene oleh Malaysia 15 tahun lalu.
cynthia c4"Tidak perlu berdolak dalik lagi," katanya seperti dipetik FMT.
Beliau turut meluahkan rasa lega terhadap perkembangan terkini siasatan itu.
"“Lima tahun sejak siasatan dibuka, saya berdepan gangguan dan intimidasi dan menerima ancaman kerana bertindak sebagai pemberi maklumah,” katanya yang kini mengetuai NGO anti-rasuah, Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4).
Menurutnya, langkah mendakwa Razak merupakan kemenangan kepada kumpulan aktivis seperti Suaram dan C4 “yang terus bertahan dalam misi membawa si korup ke muka pengadilan.
“Mereka perlu menjawab atas kelakuan mereka,” kata Cynthia.
Semalam, AFP melaporkan Razak didakwa di Perancis dua minggu lalu kerana bersubahat “secara aktif dan pasif dalam rasuah” dan “penggelapan aset korporat”, berhubung penjualan 2 kapal selam Scorpene kepada Malaysia pada 2002.
Ia merupakan langkah pertama sebelum Razak dapat dibicarakan atas tuduhan itu, sementara menunggu arahan rasmi majistret untuk penyiasat memulakan siasatan.
Pembelian kapal selam Scorpene pada 2002 dikaitkan dengan Perimekar Sdn Bhd, sebuah syarikat dikaitkan dengan Razak, yang rapat dengan menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.
Razak yang dikaitkan dalam pembunuhan kekasihnya Altantuya Shaariibuu pada 2006, dibebaskan daripada pertuduhan itu pada 2008.
Altantuya dikatakan menuntut pembayaran atas peranannya sebagai penterjemah dalam proses pembelian itu, sebelum dibunuh dengan kejam pada November 2006. Dua pegawai polis, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan itu.

Najib bayangkan lebih banyak habuan pilihanraya tak lama lagi

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membayangkan, akan ada lebih banyak 'buah tangan' daripada kerajaan pada beberapa bulan akan datang.
Bercakap di Dewan Rakyat, anggota parlimen Pekan itu berkata kerajaan akan sentiasa memastikan rakyat mendapat manfaat daripada dasar kerajaan.
"Sebab itu saya umumkan pakej (insentif) untuk Felda, veteran ATM (Angkatan Tentera Malaysia).
"Bulan-bulan akan datang, insya-Allah banyak lagi usaha kerajaan kita akan lakukan.
"Kita sebagai kerajaan akan lakukan terbaik untuk rakyat," katanya.
Bagaimanapun, perdana menteri berkata kerajaan tidak akan menjanjikan perkara yang mustahil untuk dilaksanakan.
"Namun, (kerajaan) tak boleh janjikan benda tak masuk akal (seperti) yang sering dijanjikan pembangkang sebagai gula-gula untuk menyukakan hati rakyat, tapi tak mampu dilaksanakan di mana-mana kerajaan," kata Najib lagi.
Isnin lalu, Malaysiakini melaporkan, Najib bertemu dengan puluhan ribu veteran ATM pada Perhimpunan Veteran ATM 2017 di Seri Kembangan.
Pada himpunan itu, selain menyumbangkan RM5 juta kepada Tabung Pahlawan, Najib turut mengumumkan lima insentif yang akan diperolehi veteran ATM.
Malah, pada hari lahir Najib 23 Julai lalu, beliau mengumumkan enam insentif untuk peneroka dan warga Felda. Antaranya dalam bentuk pelupusan hutang, bayaran insentif dan insentif perumahan.

Skandal 1MDB: Azmin beri 2 minggu untuk KPN tangkap Jho Low

MB Selangor itu berkata Khalid Abu Bakar perlu melaksanakan tanggungjawabnya dengan mendapatkan bantuan Interpol.
azmin-khalid-jho-low
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam menyerahkan notis kepada ketua polis negara (KPN) menuntut penangkapan dan ekstradisi ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atas kesalahan pecah amanah dan pengubahan wang haram.
Peguam mewakili Azmin, Latheefa Koya berkata notis tuntutan diserahkan kepada Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya menjalankan tugasnya menangkap Low, yang juga dikenali Jho Low, atas kesalahan di bawah Seksyen 120B, 406 dan 409 Kanun Keseksaan, di samping Akta Pencegahan Pengubahan. Wang Haram, Pencegahan. Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
“Ini adalah tanggungjawab pihak tuan di bawah Akta Polis 1967 dan Perlembagaan Persekutuan untuk mengambil tindakan yang diperlukan di sini seperti dinyatakan di atas, termasuk meminta secara rasmi bantuan polis antarabangsa iaitu Interpol,” menurut surat itu.
Azmin memberikan tempoh 14 hari kepada Khalid sebelum mengambil tindakan saman.
Surat itu memberikan alamat Jho Low sebagai 69, Tanjung Bungah Park, Tanjung Bungah, Pulau Pinang.
Seorang lagi peguam Azmin, N Surendran berkata Khalid sehingga kini masih belum mendapatkan notis merah ke atas Jho Low.
Jho Low yang berasal dari Pulau Pinang merupakan salah seorang individu yang dikehendaki berhubung penyiasatan berkait 1MDB oleh pasukan khas termasuk Bank Negara Malaysia (BNM) dan peguam negara, ketika jawatan itu masih disandang Tan Sri Abdul Gani Patail.
Siasatan itu bagaimanapun ditamatkan selepas Tan Sri Mohamad Apandi Ali menggantikan Gani pada 2015. Pada awal 2016, Apandi mengumumkan tiada salah laku oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam transaksi melibatkan 1MDB.
BNM sebelum ini menamakan eksekutif 1MDB, Casey Tang Keng Chee dan Jasmine Loo Ai Swan, Pengarah Urusan SRC International Nik Faisal Ariff Kamil, dan pengurus Deutsche Bank Datuk Yusof Annuar Yaacob sebagai individu yang dikehendaki dalam siasatannya.

Tolak soalan 1MDB, wakil rakyat PKR heret Pandikar ke mahkamah

Tindakan Speaker itu melanggar hak kebebasan di Dewan Rakyat, kata Hee Loy Sian.
Petaling Jaya Selatan MP Hee Loy Sian, fellow MP and lawyer N Surendran and also lawyer Latheefa Koya after filing a lawsuit against Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia and secretary Roosme Hamzah for rejecting his questions on 1MDB issue
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian hari ini bertindak mengheret Speaker dan setiausaha Dewan Rakyat ke mahkamah kerana menolak soalannya berkaitan 1MDB.
Hee memohon pengisytiharan mahkamah supaya keputusan Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak soalan berkaitan 1MDB pada 21 Julai adalah batal dan tidak sah.
Soalan Hee adalah mengenai sama ada kerajaan membuat sebarang bantahan terhadap Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat dalam usahanya merampas beberapa aset mewah berkait wang yang didakwa dilarikan daripada 1MDB, di samping soalan mengenai status kerakyatan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low yang dikaitkan dengan skandal syarikat milik Kementerian Kewangan itu.
“Saya menerima surat daripada setiausaha Dewan Rakyat (Roosme Hamzah) pada 21 Julai yang menolak soalan saya.
“Cara mereka menolak soalan saya dan alasan penolakan itu tidak masuk akal,” katanya kepada pemberita selepas memfailkan tuntutan mahkamah di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi.
Seorang lagi Ahli Parlimen PKR, N Surendran berkata Hee merupakan wakil rakyat pertama mengambil tindakan undang-undang terhadap Pandikar kerana menolak soalan di Parlimen.
Surendran yang juga seorang peguam berkata apa jua keputusan mahkamah akan “mengikat” ahli Parlimen lain untuk mengambil tindakan yang sama terhadap Speaker pada masa akan datang.
Minggu lalu, Pandikar berkata beliau membenarkan 19 soalan berkait 1MDB dibangkitkan di Parlimen, dan menolak dakwaan pembangkang yang beliau sewenang-wenangnya menolak 30 soalan.

Skandal 1MDB: Jawapan Najib tentang hutang 1MDB cemar imej negara

AHLI Parlimen pembangkang membidas penafian Perdana Menteri Najib Razak berhubung kegagalan pembayaran hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada syarikat Abu Dhabi berkata, jawapan di Dewan Rakyat itu hari ini mencemar imej Malaysia dan menjejaskan kepercayaan pelabur.
Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar berkata jawapan Najib yang menyatakan kegagalan pembayaran hutang itu timbul kerana soal teknikal sebenarnya tidak timbul dan hakikatnya ialah kerana 1MDB tidak mempunyai dana.
Katanya, ini selaras dengan kenyataan dikeluarkan 1MDB semalam yang mereka masih menunggu dana sewajarnya untuk membuat bayaran kepada syarikat International Petroleum Investment Co (IPIC).
"Kegagalan ini kerana 1MDB tidak ada duit, kalau ada duit maka tidak perlu mereka tuntut dana lain, bayar saja dengan dana sedia ada.
“Tapi memang 1MDB ada masalah kewangan hinggakan IPIC memberi tempoh lima hari kepada 1MDB untuk bayar hutang," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Mahfuz berkata kegagalan 1MDB membayar hutang akan menyebabkan penarafan antarabangsa kedudukan kewangan negara akan jatuh merudum dan turut memberi kesan jangka masa pendek dan panjang dalam pertumbuhan ekonomi.
Ahli Parlimen Raja Kamarul Bahrin Shah turut mempersoalkan dakwaan yang kononnya 1MDB tersilap membuat bayaran pada syarikat yang namanya hampir sama dengan IPIC sebagai satu kesilapan yang memalukan nama Malaysia.
"Ia kesilapan yang amat memalukan, bagaimana 1MDB boleh tersalah bayar AS$2 bilion kepada syarikat yang hampir sama.
“Jika 1MDB tidak dapat dana dan gagal untuk bayar, maka ini akan menghilangkan kepercayaan pada pelabur luar malah kejatuhan mata wang negara akan turut terjejas lagi," katanya.
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata pihaknya akan menghantar usul tergempar di bawah Peraturan Mesyuarat Seksyen 18 bagi membincangkan isu itu di Parlimen.

1MDB belum minta bantuan bayar hutang IPIC, kata Johari

1MDB, yang gagal memepati tarikh akhir 31 Julai untuk membayar International Petroleum Investment Company (IPIC) AS$602.5 juta, belum meminta bantuan kerajaan.
Ini adalah menurut Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang disoal sama ada kerajaan akan membantu membayar IPIC.
"Tidak. Kamu tidak membantu orang apabila mereka tidak datang kepada kamu.

"Ini tidak sepatutnya menjadi isu yang kamu timbulkan buat masa ini. "1MDB adalah syarikat yang berurusan dengan IPIC, yang juga sebuah syarikat, jadi biar syarikat itu berurusan dengan syarikat lain," katanya kepada media di Putrajaya selepas mempengerusikan Mesyuarat Kumpulan Fokus Belanjawan 2018.
Memandangkan lembaga pengarah 1MDB menyatakan bahawa syarikat pelaburan negara milik kerajaan berkenaan dapat membuat bayaran kepada IPIC, katanya, biarkan syarikat itu menyelesaikan perkara tersebut.
"Apabila kita di peringkat di mana syarikat tidak dapat mengendalikannya (bayaran balik), maka kita akan bercakap di peringkat itu.
"Jangan timbulkan sesuatu yang belum berlaku," katanya.

Kegagalan bayar IPIC bukti penyelewengan 1MDB



ipic 1mdb 3Kegagalan 1MDB membayar firma pelaburan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Corporation (IPIC) adalah bukti wujudnya penipuan dan penyelewengan dalam firma pelaburan negara itu, kata biro penerangan Pakatan Harapan.
Dalam kenyataan bersama Ketua Penerangan Pakatan Harapan Tony Pua, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil, Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad dan Ketua Penerangan Bersatu, Kamaruddin Md Noor berkata, adalah jelas bahawa 1MDB telah gagal menebus pelaburan 'unit'nya sejak hujung tahun 2014 hingga hari ini walaupun pihak pengurusan utama 1MDB telah berkali-kali berjanji kepada Lembaga Pengarah 1MDB bahawa pelaburan tersebut akan ditebus.
Mereka merujuk kepada kenyataan 1MDB bertarikh 24 April yang mengatakan bahawa “tanggungjawab ini akan dipenuhi oleh 1MDB, terutamanya menerusi usaha pengewangan unit dana pelaburan yang dimilikinya.”
“Ini bermaksud bahawa bayaran pertama berjumlah US$602,725,000 (RM2.58 bilion) sepatutnya dibayar pada tengahari semalam dengan wang penebusan pelaburan 'unit' 1MDB," kata kenyataan itu.
Walau bagaimanapun, mereka berkata, kegagalan 1MDB untuk menebus ‘pelaburan’ ‘unit’ tersebut tidak lagi memeranjatkan kerana para pelabur Malaysia dan antarabangsa telah lama mengesyaki bahawa ‘pelaburan’ berkenaan sama ada tidak wujud atau adalah satu kepalsuan.
Menurut mereka, saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (DOJ) mendedahkan bahawa ‘unit-unit’ tersebut adalah pelaburan palsu untuk menyembunyikan penyelewengan dana 1MDB yang sepatutnya dilabur bersama Petrosaudi International Limited.
“Apa yang jelas sekarang ialah pengesahan DOJ bahawa pelaburan ‘unit’ tersebut telah menjejaskan segala percubaan dan tindakan 1MDB dan kementerian kewangan untuk terus 'menutup' penipuan dan penyelewengan pelaburan 1MDB,” kata mereka.
Semalam, 1MDB terlepas tarikh akhir bayaran yang tamat pada tengah malam, waktu New York, atau tengah hari waktu Malaysia.
IPIC sedang cuba mendapatkan AS$ 6.5 bilion daripada 1MDB. Ini susulan persetujuan kedua-dua firma tersebut dalam penyelesaian sebelum proses timbang tara di London.

Najib Gagal Jawab Persoalan Ekonomi Negara Dalam Parlimen

Skandal 1MDB: MP 'heret' Pandikar ke mahkamah

Hutang 1MDB: "Bukan soal tak mampu bayar balik" Najib jawab Wan Azizah

Dari mana Zahid dapat RM230 juta, tanya Tun M

GST: Bukan salah Ahmad Maslan, kata Rafizi

1MDB ada 5 hari untuk jelaskan hutang RM2.6 bilion

DANA pelaburan asing Abu Dhabi memberikan tempoh lima hari kepada dana pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk membayar AS$600 juta (RM2.6 bilion) yang sepatutnya dibayar semalam. Sekiranya dalam tempoh itu, 1MDB masih gagal, ia akan “tertakluk kepada tanggungjawab tambahan”, menurut kenyataan yang dilaporkan Reuters hari ini.
Mubadala yang kini memiliki International Petroleum Investment Co (IPIC) mengeluarkan kenyataan itu sebagai balasan kepada janji 1MDB untuk membuat pembayaran “dalam bulan ini” selepas 1MDB gagal menjelaskan hutang itu semalam.
“Dalam perjanjian, wujud tempoh bertenang lima hari untuk MOF (Kementerian Kewangan) dan 1MDB untuk menjelaskan bayaran sebelum MOF dan 1MDB tertakluk kepada bayaran tambahan,” kata Mubadala.
Mubadala tidak menjelaskan tanggungjawab tambahan itu.
April lepas, 1MDB bersetuju untuk membayar IPIC AS$1.2 bilion melalui dua kali bayaran menjelang hujung tahun ini, selepas proses arbitari yang dilakukan secara tertutup.
1MDB dan Kementerian Kewangan juga bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua bayaran faedah dan asas dua bon itu, yang jumlah keseluruhan bernilai AS$3.5 juta.

Bayaran 1MDB-IPIC hanya masalah ‘teknikal’, bukan kita tak mampu sembang Najib

PERDANA Menteri Najib Razak hari ini menafikan tidak mampu membayar hutang syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MBD) kepada syarikat Abu Dhabi, dan berkata ia hanya kerana masalah teknikal.
"Soal IMDB kita sudah keluarkan kenyataan, maka itu soal teknikal saja bukan sebab tak mampu bayar balik. Kita jangka ia tidak akan jejaskan soal keyakinan kepada ekonomi negara," katanya ketika menjawab soalan tambahan Ketua Pembangkang Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Dr Wan Azizah sebelum itu bertanya kepada perdana menteri adakah kegagalan 1MDB membayar hutang IPIC bakal menggugat sentimen pelabur luar kepada Malaysia.
Sebelum ini, laporan menyatakan pembayaran sebanyak AS$602.7 juta (RM2.6 bilion) daripada 1MDB kepada International Petroleum Investment Co (IPIC) adalah sebahagian daripada penyelesaian hutang.
Pelabur Abu Dhabi, Mubadala berkata pihaknya belum menerima maklumat daripada bank berhubung kelewatan bayaran daripada 1MDB itu selepas tarikh ditetapkan tamat.
Bagaimanapun, 1MDB dalam satu kenyataan semalam memaklumkan kepada syarikat Abu Dhabi, pembayaran yang sepatutnya dibuat pada 31 Julai akan dibuat pada bulan ini kerana menunggu dana sewajarnya.

Najib nafi 1MDB tak dapat bayar IPIC

1MDB mampu membayar firma pelaburan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Soal 1MDB telahpun dikeluarkan kenyataan, maka ini soal teknikal sahaja bukan soal tidak dapat bayar balik.
“Maka dijangka (ini) tidak akan menjejaskan keyakinan terhadap ekonomi Malaysia,” kata Najib di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau mengulas kenuataan pemimpin pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berkata pembayaran yang tidak dilunaskan semalam itu akan menjejaskan keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara ini.
1MDB semalam gagal membuat bayaran RM2.58 bilion kepada IPIC seperti yang dipersetujui dalam perjanjian penyelesaian mereka pada April lalu.
1MDB menjelaskan bahawa ia tidak dapat memenuhi obligasi pembayarannya kerana dana yang sepatutnya diterima pada bulan Julai telah ditangguhkan hingga Ogos.
Dalam satu kenyataan kepada Bursa Saham London semalam, IPIC berkata 1MDB dan Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) mempunyai lima hari untuk "memulihkan" kegagalan pembayaran itu.

Saifuddin: Hutang k'jaan meningkat sekali lagi

Laporan Ketua Audit Negara 2016 yang dikeluarkan menunjukkan jumlah hutang keseluruhan kerajaan persekutuan pada akhir 2016 telah meningkat sekali lagi, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
"Jumlah peningkatan adalah sebanyak RM17.935 bilion berbanding tahun 2015. Ini menunjukkan peningkatan hutang negara bagi lima tahun berturut-turut sejak tahun 2012 hingga tahun 2016," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, kerajaan tidak sewajarnya berbelanja melebihi kemampuan serta keperluan negara, dan perbelanjaan secara boros telah menyebabkan hutang negara semakin bertambah.
"Kerajaan Umno BN sepatutnya lebih berhemat dalam perbelanjaan dan jangan secara berterusan membebankan rakyat negara ini.
"Penjimatan seharusnya dilaksanakan dari segenap sudut pentadbiran negara sama ada di peringkat tertinggi mahupun bawahan terutamanya ketika keadaan ekonomi negara yang tidak menentu.
"Hutang negara dikatakan berada pada paras kritikal kerana hampir mencecah had siling hutang negara iaitu 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara," katanya.
Bertambah malang, katanya, khususnya generasi muda negara ini terpaksa mewarisi beban yang tinggi ekoran kadar hutang yang tinggi.
Hutang negara, menurut Saifuddin, bukan hal yang utama, tetapi paling penting bagaimana wang negara dibelanjakan oleh kerajaan.
"Isu utama yang membelenggu rakyat pada hari ini ialah permasalahan kos sara hidup, gaji dan lambakan pekerja asing di negara ini berbanding isu-isu skandal negara seperti 1MDB," tegasnya.
"Laporan Ketua Audit Negara saban tahun melaporkan pelbagai jenis pembaziran atas nama projek pembangunan, pembelian aset kerajaan dan sebagainya," katanya.

Kegagalan 1MDB Membayar Hutang IPIC Bukti Penipuan dan Penyelewengan 1MDB

1MDB telah mengumumkan bahawa ia gagal membayar hutang International Petroleum Investment Corporation (IPIC) mengikut jadual yang telah dipersetujui antara kedua-dua pihak dalam penyelesaian mahkamah timbangtara pada 24 April 2017.

1MDB memberikan alasan bahawa “1MDB masih lagi menunggu dana yang sepatutnya diterima pada Julai 2017. Berikutan keperluan mendapatkan kelulusan kawal selia tambahan (‘additional regulatory approvals’), penerimaan dana itu ditangguhkan kepada Ogos, 2017.”

Menurut kenyataannya sebelum ini yang bertarikh 24 April, 1MDB berkata “these obligations will be met by 1MDB, primarily via monetization of 1MDB-owned investment fund units”.  Ini bermaksud bahawa bayaran pertama berjumlah US$602,725,000 (RM2.58 bilion) sepatutnya dibayar pada tengahari semalam dengan wang penebusan pelaburan 'unit' 1MDB.

Adalah jelas bahawa 1MDB telah gagal menebus pelaburan 'unit'nya sejak hujung tahun 2014 hingga hari ini walaupun pihak pengurusan utama 1MDB telah berkali-kali berjanji kepada Lembaga Pengarah 1MDB bahawa pelaburan tersebut akan ditebus.

Malangnya, kegagalan 1MDB untuk menebus ‘pelaburan’ ‘unit’ tersebut tidak lagi memeranjatkan kerana para pelabur Malaysia dan antarabangsa telah lama mengesyaki bahawa ‘pelaburan’ tersebut sama ada tidak wujud atau merupakan satu kepalsuan.

Kes saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) terkini bertarikh 15 Jun telah mendedahkan secara terperinci bahawa ‘unit-unit’ tersebut yang sebelum ini diurus oleh syarikat pelaburan di Cayman Islands merupakan pelaburan palsu untuk menyembunyikan penyelewengan wang 1MDB yang sepatutnya dilabur bersama Petrosaudi International Limited. (Mukasurat 45-51 dokumen saman DOJ)

Apatah lagi Bank BSI di Singapura yang merupakan bank pemegang amanah (“custodian bank”) pelaburan ‘unit’ tersebut telah ditarik lesen perbankannya oleh pihak berkuasa Singapura kerana memudahkan pengubahan wang haram yang berpunca daripada 1MDB. Umum tidak mengetahui siapa atau Bank mana yang sebenarnya menjadi bank pemegang amanah pelaburan tersebut kerana segala soalan berkaitan dengan ‘unit’ ini tidak dijawab di Dewan Rakyat, malah soalan-soalan berkait 1MDB ditolak Speaker Dewan Rakyat.

Apa yang jelas sekarang ialah pengesahan DOJ bahawa pelaburan ‘unit’ tersebut telah menjejaskan segala percubaan dan tindakan 1MDB dan Kementerian Kewangan untuk terus 'menutup' penipuan dan penyelewengan pelaburan 1MDB.

Jika benar ada pihak yang sedang diatur untuk ‘membeli’ 'unit' tersebut daripada 1MDB, bank yang terlibat untuk menyalurkan pembayaran akan membuat siasatan ke atas transaksi ini supaya tidak terperangkap dalam skim pengubahan wang haram. Oleh kerana kesemua bank seluruh dunia telah diberi amaran supaya berwas-was dengan segala transaksi yang melibatkan 1MDB, terutamanya pelaburan ‘unit’ palsunya, 1MDB terpaksa memberi alasan bahawa ‘kelulusan kawal selia tambahan’ diperlukan.

Skandal Scorpene: Masa untuk berjawab, Cynthia lega usahanya berhasil

Tiada alasan untuk berdolak dalih lagi, kata orang yang mendepani usaha membongkar pembelian Scorpene.
Cynthia-GabrielIndividu yang satu ketika dulu giat dalam usaha melaporkan kepada pihak berkuasa Perancis mengenai pembelian 2 kapal selam Scorpene oleh Malaysia 15 tahun lalu, hari ini meluahkan rasa lega dengan perkembangan terkini siasatan itu, susulan langkah mendakwa Abdul Razak Baginda.
“Lima tahun sejak siasatan dibuka, saya berdepan gangguan dan intimidasi dan menerima ancaman kerana bertindak sebagai pemberi maklumah,” kata Cynthia Gabriel, yang kini mengetuai NGO anti-rasuah, Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4).
Menurutnya, langkah mendakwa Razak merupakan kemenangan kepada kumpulan aktivis seperti Suaram dan C4 “yang terus bertahan dalam misi membawa si korup ke muka pengadilan.
“Mereka perlu menjawab atas kelakuan mereka,” kata Cynthia.
Semalam, AFP melaporkan Razak didakwa di Perancis 2 minggu lalu kerana bersubahat “secara aktif dan pasif dalam rasuah” dan “penggelapan aset korporat”, berhubung penjualan 2 kapal selam Scorpene kepada Malaysia pada 2002.
Ia merupakan langkah pertama sebelum Razak dapat dibicarakan atas tuduhan itu, sementara menunggu arahan rasmi majistret untuk penyiasat memulakan siasatan.
Pembelian kapal selam Scorpene pada 2002 dikaitkan dengan Perimekar Sdn Bhd, sebuah syarikat dikaitkan dengan Razak, yang rapat dengan menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.
Razak yang dikaitkan dalam pembunuhan kekasihnya Altantuya Shaariibuu pada 2006, dibebaskan daripada pertuduhan itu pada 2008.
Altantuya dikatakan menuntut pembayaran atas peranannya sebagai penterjemah dalam proses pembelian itu, sebelum dibunuh dengan kejam pada November 2006. Dua pegawai polis, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan itu.
AFP sebelum ini melaporkan susulan pembelian Scorpene, komisen lebih €114 juta (RM570 juta) dibayar kepada sebuah syarikat kosong dikaitkan Razak.
Cynthia yang berulang alik ke Paris bagi membantu agensi penyiasatan Perancis berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu segera membuka siasatan susulan perkembangan terkini itu.
“Tidak perlu berdolak dalih lagi,” katanya.
Menurutnya, Najib sebagai menteri ketika pembelian Scorpene juga perlu bertanggungjawab.
Cynthia mengulangi gesaannya supaya Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali memberikan kerjasama kepada pihak pendakwaan Perancis.

Pas berjangkit 'penyakit' Umno, kata Khalid



Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional, Khalid Samad menyifatkan Pas bersikap seperti Umno yang berbangga dengan jumlah kerusi dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
Menurutnya, Pas menganggap mendapat sokongan rakyat teramai padahal prestasi parti berkenaan pada 2013 dibantu pimpinan lama Pas yang pada masa ini bersama AMANAH.
Khalid Samad02"Sedikit sebanyak 'penyakit' yang dihinggapi Umno-BN telah menjangkiti Pas. Mungkin ini disebabkan mereka kerap bertemu dan kadang-kadang berkongsi bantal yang sama.
"Bukankah Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Dr Mujahid Yusof Rawa, Datuk Husam Musa dan lain-lain telah turun berkempen di seluruh negara untuk calon-calon Pas?
"Bukankah Dr Hatta pengarah pilihan raya Pas pada ketika itu?" soalnya yang menyifatkan Pas sepertimana Umno-BN lupa peranan pimpinan lama dalam memenangkan calon-calon parti dikepalai Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.
Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam itu turut mengingatkan Najib Razak tidak harus berbangga dengan 88 kerusi Parlimen yang telah dimenangi Umno-BN.
Tanpa sumbangan 'pesara politik' yang dicemuh Presiden Umno itu, jelasnya, pencapaian Umno-BN jauh lebih buruk.
"Sebahagian darinya, kalau tidak kesemuanya, dimenangi dengan bantuan 'pesara politik' seperti mana digelarnya, yang sekarang ini bersama PH (Pakatan Harapan).
"Tanpa mereka (Tun Mahathir, Datuk Seri Mukhriz dan Tan Sri Mahyuddin) sudah pasti prestasi Umno-BN akan semakin terjejas," tegasnya dipetik dari akhbar keluaran terbaharu AMANAH Edisi 61, 30 Julai - 5 Ogos.
Beliau berpendapat Tun Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz telah berperanan membantu Umno-BN untuk merampas kembali Kedah daripada Pakatan Rakyat pada 2013.
"Atau Najib menganggap Kedah dirampas kembali semata-mata atas kekuatan dirinya sendiri tanpa bantuan Tun Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz?
"Dan tidakkah begitu juga di Johor? Tidakkah Tan Sri Mahyuddin berperanan membantu Umno-BN supaya terus berkuasa di negeri Johor?" soalnya.

Shafie berdepan cabaran besar pecah kubu kuat BN di Sabah


Shafie berdepan cabaran besar pecah kubu kuat BN di Sabah
Shafie Apdal dianggap calon utama berkemampuan memecahkan dominasi BN di Sabah. 
PRESIDEN Warisan Shafie Apdal dilihat satu-satunya pemimpin pembangkang yang berpeluang memecah kubu kuat Perdana Menteri Najib Razak di Sabah, tetapi bekas naib presiden Umno yang kini menerajui pembangkang itu mempunyai cabaran besar, kata laporan dikeluarkan Bloomberg hari ini.
Pertikaian secara terbuka, dan kecenderungan untuk bersaing sesame sendiri serta usaha untuk menaikkan partinya yang baru berusia 10 bulan bagi bersemuka dengan kekukuhan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) masih menjadi cabaran terbesar Shafie dalam usahanya merampas kuasa di negeri yang dianggap “deposit tetap” BN itu, kata penganalisis.
Sabah dan negeri jirannya, Sarawak sudah lama menyokong BN dan bertanggungjawab memberikan hampir satu pertiga kerusi Parlimen kepada BN pada pilihan raya umum lalu.
BN mengekalkan kuasanya pada 2013 dengan margin paling tipis pernah diperolehi, dan mungkin kehilangan kuasa jika tidak kerana sumbangan kerusi dari negeri Borneo itu. Dan dalam separuh daripada sumbangan kerusi yang diberikan Sabah, calon yang menang hanya mendapat undi sekitar 50% atau kurang, lapor Bloomberg.
“Pembangkang Malaysia tidak akan berjaya sekiranya gagal di Sabah,” kata Rosman Abin, ketua pemuda Warisan.
“Kita tidak akan menang (di peringkat Persekutuan) tanpa menang di sini.”
Shafie adalah anak saudara bekas ketua menteri Sabah, dan merupakan orang Sabah pertama dilantik menjadi naib presiden Umno sebelum disingkirkan daripada jawatan parti dan Kabinet pada 2015 susulan kritikannya kepada cara Najib menangani skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Shafie memberitahu Bloomberg yang Warisan “sedang mempertimbangkan” untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum akan datang.
“Apa sahaja yang perlu dilakukan bagi memastikan BN dikalahkan- ini penting untuk kami,” kata Shafie.
“Perlu ada tolak ansur, tetapi tidak sampai meminggirkan hak rakyat Sabah.”
Penganalisis merasakan peluang Shafie untuk menewaskan BN tipis, memandangkan pakatan pembangkang di negeri itu yang tidak bersatu.
“Sudah pasti BN akan terus berkuasa di Sabah, tiada persoalan (kemenangan BN) disebabkan perpecahan parti pembangkang,” kata Oh Ei Sun, rakyat tempatan Sabah yang merupakan penasihat utama di Pusat Kajian Pasifik untuk Malaysia.

Rugi: Kilang kertas milik kumpulan NSTP ditutup

Penutupan itu disebabkan penurunan permintaan kertas untuk akhbar tempatan.
Malaysian-Newsprint-Industries-Sdn-BhdPengeluar dan pembekal kertas tertua negara, Malaysian Newsprint Industries Sdn Bhd (MNI) bakal ditutup disebabkan penuruan permintaan kertas untuk akhbar tempatan, lapor The Star.
MNI yang dimiliki The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan Hong Leong Industries Bhd (HLI) terpaksa membuat pembubaran secara sukarela.
Media Prima Bhd dan HLI berkata lembaga syarikat bersekutunya itu berpendapat MNI tidak dapat meneruskan perniagaan mereka.
“MNI beroperasi dalam keadaan pasaran yang sukar terutama dengan penurunan permintaan kertas akhbar tempatan dan menanggung kerugian sejak 3 tahun lalu.
MNI diperbadankan pada 4 Ogos 1976 sebagai syarikat bersekutu tidak langsung Media Prima dengan 21.36% kepentingan ekuiti langsung NSTP. Sementara, HLI mempunyai kepentingan 33.65%.
Media Prima dan HLI berkata penutupan kilang itu tidak akan memberi sebarang kesan buruk kepada kumpulan masing-masing dan mereka tidak lagi mempunyai akaun ekuiti dalam keputusan MNI.
Mac tahun ini, NSTP mengiklankan kilang cetaknya di Ajil, Terengganu. Ia merupakan salah satu daripada 2 kilang — sebuah lagi di Senai, Johor — yang dilaporkan ditutup penerbit akhbar itu.

Masa depan Zahid tidak tentu selepas dakwaan perjumpaan sulit dengan Dr M

Bekas menteri penerangan itu berkata Najib Razak sedia maklum mengenai ancaman timbalannya.
zam_Zahid-Hamid_600
Masa depan politik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kini mungkin tidak menentu apabila pemangku timbalan presiden Umno itu berdepan tekanan daripada dalam dan luar partinya, menurut bekas menteri Tan Sri Zainuddin Maidin.
Zainuddin yang mesra dengan panggilan Zam berkata ia mungkin sebab mengapa Zahid masih berdiam diri mengenai kritikan dan laporan polis terhadapnya, termasuk dakwaan beliau pernah mengadakan perjumpaan sulit dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini memimpin gabungan pembangkang, Pakatan Harapan.
“Semangat Zahid kini di tahap rendah. Tindak tanduknya dalam isu kad pengenalan Dr Mahathir, hanya budak-budak lakukan perkara begitu. Rakyat tidak sangka seorang timbalan perdana menteri boleh ke tahap itu.
“Kesetiaannya kepada Umno dan presidennya, Datuk Seri Najib Razak juga menjadi tanda tanya, dan ia akan berterusan melainkan beliau boleh meyakinkan ahli parti yang dakwaan Dr Mahathir tidak benar,” kata Zam kepada FMT.
Zahid dalam beberapa kenyataan dan ucapan mempertingkatkan serangannya terhadap Dr Mahathir. Ahad lalu, beliau mengungkit asal-usul Dr Mahathir dengan mendakwa kad pengenalan bekas perdana menteri itu tertera nama “Mahathir a/l Iskandar Kutty”.
“Patutlah dia kata kita mudah lupa. Sebab dia anak laki-laki Iskandar Kutty,” kata Zahid semasa berucap menutup Mesyuarat Perwakilan Umno Kelana Jaya.
Susulan itu, Dr Mahathir mendedahkan Zahid pernah bertemu dengannya selepas dilantik sebagai timbalan Najib, selepas pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2015, dalam usaha mendapatkan sokongan untuk mengambil alih jawatan perdana menteri.
“Saya kata kepada Zahid kalau pun Najib letak jawatan – yang mana itu tak mungkin – Zahid kena tunggu Umno tentukan siapa ganti Najib. Belum tentu Zahid akan ganti Najib.
“Jadi bila nak simpati saya, datanglah. Ini dah tak boleh dapat cari jalan macam ini… Saya malu orang macam ini ada dalam Kabinet,” kata Dr Mahathir dalam video dimuatnaik di Facebook PPBM Isnin lalu.
Zam berkata Zahid akan berdepan cabaran besar menyangkal dakwaan Dr Mahathir.
“Sebab integritinya sudah dicemari oleh serangannya terhadap Dr Mahathir,” kata bekas menteri penerangan itu.
Menurut Zam, Najib memang sudah tahu akan “bahaya” Zahid.
“Malah lebih bahaya daripada Muhyiddin,” tambahnya.