Selasa, 1 Ogos 2017

Kamu dah lupa tentang RM230 juta, soal Dr Mahathir kepada Zahid


Kamu dah lupa tentang RM230 juta, soal Dr Mahathir kepada Zahid
Dr Mahathir Mohamad turut meminta Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan dari mana wang RM230 juta itu diperoleh. 
DR Mahathir Mohamad hari ini terus menyelar Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dengan mengingatkan mengenai aset RM230 juta yang dimilikinya ketika memegang jawatan Ketua Pemuda Umno.
Malah, beliau turut mendakwa Zahid juga bukan berketurunan Melayu.
“Berkenaan dengan Melayu mudah lupa, walaupun Zahid bukan keturunan Melayu, sudahkah Zahid lupa deklarasi harta yang dibuat olehnya kepada saya sebagai Perdana Menteri apabila ia dilantik Ketua Pemuda UMNO.
“Apabila saya tanya dari mana ia perolehi 230 juta Ringgit yang ada dalam akaunnya, jawapannya kurang jelas.
“Jikalau ia boleh ingat, jelaslah dari mana ia perolehi wang yang begitu banyak,” kata bekas perdana menteri itu dalam posting terbaru di blognya hari ini.
Dr Mahathir yang juga pengerusi Bersatu dan Pakatan Harapan turut mencabar Zahid untuk menunjukkan kad pengenalan lama yang sepatutnya berada dengannya kerana beliau tidak pernah menyerahkan semula ketika kad pengenalan baharu dikeluarkan.
Dalam masa yang sama, katanya, sistem "anak lelaki" (a/l) dan "anak perempuan" (a/p) dibuat pada zaman Malaya merdeka.
Dr Mahathir berkata untuk menggantikan sistem penjajah British, di mana nama sama akan diletakan nombor yang dianggap menghina.
Katanya, India Muslim tidak pernah menggunakan mana-mana sistem kerana nama mereka ada dua perkataan yang mana disebut Zahid tidak wujud.

Tidak ada India Muslim guna ‘anak lelaki’ pada nama, kata Dr M

Dr Mahathir menjelaskan 'anak lelaki' diperkenalkan selepas Merdeka bagi menggantikan amalan British memberikan nombor pada orang India beragama Hindu yang mempunyai nama yang sama.
mahathir-zahid1
PETALING JAYA: Orang India Muslim tidak menggunakan “anak lelaki” (a/l) atau “anak perempuan” (a/p) pada nama, kerana nama mereka biasanya mempunyai 2 perkataan dan jarang sama antara mereka, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Sambil menjelaskan perkara itu, pengerusi PH itu sekali lagi menggesa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi menunjukkan kad pengenalan yang dikatakan milik “Mahathir a/l Iskandar Kutty”.
“Nama seperti yang disebut oleh Zahid Hamidi tidak ada. Jika kad pengenalan lama itu menyebut nama yang dikatakan ialah nama saya dahulu, sila tunjuk kad itu untuk diperiksa oleh pakar akan kesahihan dakwaan Zahid,” kata Dr Mahathir di blognya.
Beliau juga mendedahkan yang beliau tidak pernah menyerahkan balik kad pengenalan lama kepada pendaftar apabila kad pengenalan baru dikeluarkan.
Zahid menerima kritikan pelbagai pihak selepas ucapannya Ahad lalu di hadapan ahli Umno Kelana Jaya, di mana beliau mendakwa nama penuh bekas perdana menteri itu ialah “Mahathir a/l Iskandar Kutty”.
Zahid berkata maklumat itu diberikan kepadanya oleh ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sambil berkata ia menunjukkan Dr Mahathir yang berketurunan India memperalatkan orang Melayu.
“Bila habis madu, sepah dibuang. Umno ini sebagai madu dan kita adalah sepah yang dibuang,” kata Zahid.
Iskandar merupakan datuk kepada Dr Mahathir, yang umum diketahui mempunyai asal usul campuran India dan Melayu.
“Tidak ada orang keturunan India Muslim yang bernama “Sipolan a/l Sipolan”,” jawab Dr Mahathir hari ini.
Bekas perdana menteri 22 tahun itu menjelaskan “a/l” dan “a/p” diperkenalkan selepas Merdeka, kerana ramai orang keturunan India yang beragama Hindu mempunyai nama yang sama.
“Bagi orang keturunan India yang beragama Hindu, masalah yang timbul ialah ramai mereka mempunyai nama yang sama. Di zaman British pekerja keturunan India dengan nama yang sama diberi nombor. Demikian ‘Maniam 1’, ‘Maniam 2’ dan seterusnya.

Emel curi babitkan diplomat negara Teluk dalam skandal 1MDB


Emel curi babitkan diplomat negara Teluk dalam skandal 1MDB
Emel yang dicuri mengaitkan Duta UAE ke AS, Yousef Al Otaiba (kiri) dengan Jho Low dalam skandal 1MDB.
DIPLOMAT dari negara teluk menjadi individu terbaharu terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang mencetuskan siasatan penggubahan wang haram di beberapa negara.
Yousef Al Otaiba, duta Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Amerika Syarikat menarik perhatian penyiasat dari AS, Switzerland dan Singapura selepas emali yang dicuri mengaitkan beliau dengan Low Taek Jho atau lebih dijnelai sebagai Jho Low.
Emel yang dibekalkan kumpulan penggodam GlobalLeaks kepada Wall Street Journal menunjukkan hubungan jangka panjang antara Low dan Otaiba, yang merupakan pemain berprofil tinggi di Washington berlarutan sejak 2009.
Ia menunjukkan Otaiba menggunakan pengaruhnya bagi meyakinkan bank untuk memberikan pinjaman, dan mengatakan ia penting untuk hubungan UAE-Malaysia.
Laporan WSJ itu memberikan contoh, Otaiba mempengaruhi bank Abu Dhabi untuk menyertai pembiayaan semula pinjaman yang diatur Bank Deutsche kepada 1MDB dalam emel.
Dalam pemfailan rampasan aset terbaharu, Jabatan Keadilan (DoJ) AS berkata kira-kira AS$700 juta (RM2.99 bilion) daripada AS$975 juta pinjaman Bank Deutsche kepada 1MDB digunakan Low untuk membeli barang kemas kepada supermodel Australia Miranda Kerr.
Otaiba turut menggesa jutawan Thomas Barrack Jr dalam emel pada 2009 untuk menerima bidaan daripada pengendali hotel yang dimiliki dana amanah keluarga Low untuk membeli Hotel L’Ermitage di Beverly Hills, California, yang dimiliki Barrack.
Syarikat pelaburan rahsia Low membeli hotel pada 2010 lebih AS$45 juta, dan ia merupakan salah satu aset yang didakwa dibeli menggunakan wang dicuri daripada 1MDB yang mahu dirampas DoJ.

Mahathir, Anwar dan faktor Azmin

DR Mahathir dan Anwar. Kedua-duanya adalah idola saya. Kedua-duanya juga pernah saya lawan. Mereka adalah dua tokoh politik yang saya kagumi sejak hari pertama saya kenal apa itu politik dan perjuangan.
1987, tahun saya tamat alam persekolahan. Kebetulan, juga tahun pertembungan besar dalam Umno. Team A vs Team B.
Ayahanda saya pada masa itu salah seorang daripada perwakilan Umno yang akan mengundi. Saya aktivis pelajar yang lumrahnya tidak suka Umno tetapi saya pastikan Abah pangkah Team A. Kebetulan hari mengundi yang jatuh pada 24 April juga hari lahir saya. Saya minta pada Abah, itulah 'my birthday wish'. Undi Team A kerana Dr Mahathir dan Anwar Team A.
1997, Dr Mahathir dan Anwar mula berseteru. Saya sudah menjadi setiausaha politik Anwar ketika itu. Saya terpaksa memilih antara dua idola. Saya pilih Anwar pada hari beliau tampil ke mahkamah dengan mata lebam pada September 1998. Saya merasakan kewajipan membela Anwar sehingga ketua saya itu bebas.
2007, saya terpaksa membuat satu lagi keputusan yang sukar. Saya terpaksa tinggalkan Anwar pula. Lebih rumit dan sukar berbanding keputusan meninggalkan  Dr Mahathir 10 tahun sebelum itu. Ceritanya panjang dan bersiur.
2017, hari ini, kedua-dua idola yang pernah saya lawan dan tinggalkan ini bersatu dan bertaut kembali. Awalnya sukar buat saya untuk menyatakan sikap walaupun mereka idola saya, perjalanan hidup politik saya sukar bersama mereka. Dua kali saya dimasukkan ke penjara semasa melawan Dr Mahathir manakala Anwar pula saya terpaksa berlawan dengannya setelah saya sendiri masuk ke penjara untuk membebaskannya.
Tetapi itu perjalanan politik saya yang tidak penting. Apa yang jauh lebih penting adalah perjalanan negara ini sebagai sebuah bangsa merdeka dan bermaruah. Perjalanan politik saya sukar tetapi apa yang lebih sukar adalah perjalanan hidup negara ini.
Malaysia hari ini dalam keadaan paling sukar sejak merdeka. Rakyat Malaysia terutama rakyat biasa berada di dalam keadaan paling getir.
Justeru,  saya bersyukur melihat dua idola dan tokoh besar bangsa ini bersatu demi rakyat dan negara. Kerana itulah yang negara dan rakyat ini perlukan di saat getir ini - pengorbanan dan jiwa besar pemimpin mereka.
Saya lebih bersyukur melihat kenyataan Anwar yang mendokong Dr Mahathir mengepalai misi menjatuhkan rejim rasuah dan kleptokrasi Najib Razak. Anwar membuat keputusan ini dalam keadaan beliau masih di penjara. Saya pernah di penjara, saya faham makna seksa penjara. Semua keputusan adalah sukar, apatah lagi keputusan besar seperti ini.
Faktor Azmin
Kalau Dr Mahathir dan Anwar adalah idola saya di dalam politik, Azmin pula adalah seorang sahabat. Mungkin sahabat yang paling akrab di dalam perjalanan politik saya. Kami berjuang bersama, susah bersama. Ke jalan bersama, ke lokap juga bersama.
Azmin jauh lebih rapat dengan Dr Mahathir dan Anwar berbanding saya. Dan rapatnya hubungan Dr Mahathir dan Anwar semasa mereka perdana menteri dan timbalan perdana menteri, antaranya adalah kerana faktor Azmin selain faktor Dr Mahathir dan Anwar sendiri serta isteri dan keluarga mereka. Peranan Azmin besar dalam “mengamankan” lorong antara pejabat nombor 1 dan pejabat nombor 2 negara di Jabatan Perdana Menteri pada masa itu.
Tetapi, apabila mereka bertembung Azmin jugalah yang mengalami kesan paling parah. Walaupun saya dan keluarga derita di saat getir pertembungan itu, tetapi derita Azmin dan keluarganya jauh lebih berat dan mencabar. Tentunya yang paling berat deritanya adalah Anwar dan keluarganya sendiri.

BERANI KER ANAK NAK JENTIK BOSS !!

KANTOI !!!.. Paparan kad pengenalan biru Tun M yg ditunjukkan oleh Zahid di khayalak ramai hanyalah muka depan IC Tun M sahaja. Bukannya di bahagian belakang kerana jika diteliti nama yg tertera pada IC biru Tun M adalah 'Mahathir Bin Mohamad'..

dan BUKANNYA SEPERTI YANG DIDAKWA & DITOKOK TAMBAH 'Mahathir A/L Iskandar Kutty'..

BENARKAH dakwaan Zahid kononnya foto IC biru Tun M itu sememangnya da
ri Ketua Pengarah JPN ?? atau Zahid sendiri yg mereka2 cerita bapa Tun M itu 'Iskandar Kutty'..

JIKA benar ketua pengarah berkenaan yg hantar, kenapa beliau tidak hantar sekali di bahagian belakangnya ??!

SEBAB ITULAH hingga kini tiada siapapun yg berani nak ambil tindakan terhadap 'BOSS' Kementerian Dalam Negeri (KDN) yg mana agensi polis sendiri di bawah KDN.

Mungkir Dan Terus Mungkir Janji....

Jika ikut kiraan dlm setahun sepatutnya k'jaan kena siapkan 200,000 unit rumah milik dlm setahun. Sepatutnya skrg (4 tahun) dah siap 800,000 rumah..

TETAPI SEKARANG BARU SIAP 237,738 RUMAH SAHAJA ?? Jgnkan separuh, suku pon tak tercapai..

TIBA-TIBA SEMALAM (31/7/2017) Noh 'Udang' kata.. baki drpd jumlah keseluruhan 875,490 buah rumah itu akan siap sepenuhnya akhir tahun ini.

PELIK LAGI PENIPU !!!
1) Dulu janji kata bina 1 juta, tiba2 dah ubah kepada 875,490 pulok ??!

2) Kalau 4 tahun pon baru siap 237,738 shj.. Inikan pula janji boleh siapkan 637,752 dlm masa 5 bulan ??!

Umno-BN dan Bohong Berpisah Tiada !!!

MAHFUZ OMAR: BAHAS RUU KAWALAN HARGA & ANTIPENCATUTAN

Skandal Scorpene: Razak Baginda didakwa di Perancis

Sumber badan kehakiman berkata Razak didakwa di Perancis berhubung dakwaan menerima sogokan dalam penjualan kapal selam kepada Malaysia pada 2002.
razak-baginda-submarine-3
KUALA LUMPUR: Rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa di Perancis berhubung dakwaan menerima sogokan dalam penjualan japal selam kepada Malaysia pada 2002, menurut sumber badan kehakiman kepada AFP hari ini.
Abdul Razak Baginda menasihatkan Najib semasa beliau menjadi menteri pertahanan antara 2000 dan 2008.
Najib menyelia urusjanji bernilai hampir €1 billion (RM5.06 bilion) untuk membeli 2 kapal selam kelas Scorpene dan 1 kapal selam kelas Agosta dari unit limbungan tentera laut Perancis, DCN, yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pertahanan Perancis, Thales.
Siasatan ke atas urusjanji itu dilancarkan pada 2010 sebagai respon kepada aduan daripada kumpulan hak asasi Malaysia, Suaram.
Sebahagian daripada urusjanji itu, DCN bersetuju untuk membayar €30 juta (RM151.81 juta) kepada unit Thales di Asia, Thales International Asia (Thint Asia).
Siasatan mendedahkan sebuah syarikat lain, Terasasi, di mana pemegang utama syarikat itu ialah Razak, menerima bayaran untuk kerja perundingan, tetapi penyiasat percaya ia sebenarnya sogokan.
Razak didakwa di Perancis pada 18 Julai dengan tuduhan “persubahatan secara aktif dan pasif dalam rasuah” dan “penggelapan aset korporat”, kata sumber badan kehakiman Perancis.
Empat eksekutif pertahanan Perancis sudah didakwa sejak siasatan bermula.
Mereka adalah 2 bekas pengerusi DCNI, Philippe Japiot dan Dominique Castellan, dan dua bekas ketua Thint Asia, Bernard Baiocco dan Jean-Paul Perrier.
Keempat-empat lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan terhadap mereka.
Penyiasat Perancis juga sedang melihat dakwaan €114 juta (RM576.86 juta) dibayar kepada syarikat kosong yang berpangkapan di Malaysia, Perimekar, dalam urusjanji itu. Syarikat tersebut ketika itu dikawal isteri Razak.
Bagaimanapun, pembayaran itu mungkin di luar bidang kuasa penyiasatan itu kerana ia tidak dibuat kepada sebuah syarikat Perancis.
Hal ini muncul secara hebat pada 2006, apabila seorang perempuan Mongolia yang dikenali Razak – yang dikatakan menuntut bayaran untuk kerja sebagai penterjemah bahasa dalam urusjanji itu – ditembak mati dan tubuhnya diletupkan dengan bahan peledak plastik berhampiran Kuala Lumpur.
Mahkamah Malaysia kemudian membebaskan Razak daripada tuduhan membantu pembunuhan itu, mengundang kecaman dan dakwaan menutup kebenaran oleh pembangkang.
Najib sedang bergelut dengan skandal penggubahan wang melibatkan dana pembangunan ekonomi negara 1MDB yang diasaskannya.

Ini tandanya rakyat semakin sengsara

'Amat buruk dua Mufti bertelagah secara terbuka' - Tok Him

Zahid digesa dedah status siasatan Ops Gopi libatkan penahanan polis

Mesej Zahid disensasikan, sembang pegawainya

Asri petik pandangan luar biasa mazhab Syafi’e mengenai anak luar nikah

Mufti Perlis itu berkata ia menunjukkan perlunya umat Islam mengalu-alukan kepelbagaian pandangan dalam menyelesaikan masalah semasa.
asriPETALING JAYA: Sehari selepas dituduh membelakangkan pandangan ulama silam dalam isu status anak luar nikah dalam Islam, Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin hari ini berkata mazhab Syafi’e yang menjadi anutan majoriti umat Islam Malaysia membenarkan seorang bapa berkahwin dengan anak luar nikahnya sendiri.
Asri berkata ia kerana mazhab tersebut menganggap bapa dan anak yang dilahirkan daripada hubungan luar nikah tidak mempunyai hubungan.
Asri berkata walaupun pandangan itu “boleh memberi sangkaan yang salah”, ia masih tidak bermakna ulama yang mengeluarkan pandangan ini boleh diserang.
“Demikian sikap sepatutnya terhadap ijtihad yang datang dari para mujtahid yang muktabar,” kata Asri dalam catatan Facebook hari ini.
Asri berkata adalah penting kepelbagaian pandangan fekah dialu-alukan dalam dunia yang mengalami perubahan.
“Ia menjadi jalan keluar untuk penyelesaian masalah yang mungkin tidak sama pada zaman yang lepas. Ketaksuban dan kedangkalan menjadikan kita gagal menangani permasalahan yang baru,” tambahnya.
Ia merupakan respon kedua Asri selepas mengundang kritikan pedas Mufti Perak Tan Sri Harussani semalam kerana menyokong penghakiman Mahkamah Rayuan dalam kes membabitkan seorang kanak-kanak luar nikah.
Mahkamah Rayuan minggu lalu menegur JPN kerana bertindak di luar kuasa apabila meletakkan “bin Abdullah” untuk mendaftarkan seorang kanak-kanak yang diberikan taraf luar nikah ketika kelahirannya.
Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli berkata Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (BDRA) tidak membezakan antara kanak-kanak Islam dan bukan Islam, dan sebarang fatwa tidak boleh dijadikan rujukan dalam hal sivil.
Ia mengundang kritikan beberapa pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang menyeru umat Islam bersatu di belakang pihak berkuasa agama bagi merayu keputusan mahkamah itu.
Harussani berkata sokongan Asri terhadap penghakiman itu umpama menghalalkan zina.

2 mufti bertelagah nampak amat buruk, kata Ibrahim Ali

Perkasa menyarankan mufti Perlis dan mufti Perak berbincang secara tertutup agar tidak menimbulkan persepsi buruk terhadap Islam.
ibrahim-ali-2-mufti-gaduhKUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menasihatkan Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin dan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria tidak bertelagah secara terbuka walaupun berbeza pendapat.
Presiden Datuk Ibrahim Ali berkata tindakan 2 mufti itu melalui media sosial dan media dilihat tidak sihat dan dikhuatiri boleh menimbulkan kekeliruan mengenai Islam.
“Ilmuwan Islam pegang jawatan mufti telagah nampak amat buruk.
“Mengutarakan pendapat melalui Facebook dan kenyataan terbuka tak sihat kerana boleh mengelirukan. Dalam era internet, media sosial terlalu banyak, kalau ini tak dikawal imej Islam akan terjejas,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Perkasa di ibu negara hari ini.
Mahkamah Rayuan dalam penghakiman 25 Julai lalu berkata Jabatan Pendaftaran Negara bertindak di luar kuasanya apabila ia menggunakan “bin Abdullah” untuk mendaftarkan seorang kanak-kanak yang diberikan taraf luar nikah ketika kelahirannya disebabkan tidak cukup syarat yang ditetapkan oleh fatwa.
“Kami percaya Islam tidak membenarkan penghinaan secara terbuka terhadap kanak-kanak yang tidak bersalah,” kata hakim Abdul Rahman Sebli, yang turut mempersoalkan amalan JPN meletakkan nama “Abdullah” sebagai nama bapa anak luar nikah.
Keputusan itu dialu-alukan Asri, tetapi dipersoal Harussani yang berkata menyokong pendirian mahkamah itu menjurus kepada menghalalkan zina.
“Pendapat mufti Perlis ini menghalalkan zina. Benda yang diputuskan sejak berzaman tidak boleh ubah, sebab ia berasaskan Al-Quran, hadis, ijma’ (persetujuan) ulama. Kenapa kita nak melawan hadis?” kata Harussani.
Dalam responnya, Asri berkata perbezaan pendapat tidak harus diserang kerana ia amalan ulama Islam silam.

Zahid ditahan reman bantu SPRM siasat kes membabitkan FIC



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)  Zahid Mat Arip yang dahulunya adalah pegawai khas kepada mantan Pengerusi Felda bagi membantu siasatan berhubung pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata Zahid Mat Arip ditahan pada pukul 4 pagi tadi di pejabat SPRM Putrajaya selepas hadir memberi keterangan.
Sementara itu, mynewshub.cc melaporkan seorang bekas pegawai khas kepada mantan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Abdul Samad pada jam 4 pagi Selasa, bagi membantu proses siasatan pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak.
Perkara itu turut disahkan sendiri oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad sambil menegaskan bahawa lelaki berkenaan ditahan di pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir untuk memberi keterangan.
“Dia akan ditahan reman pada petang ini di Mahkamah Putrajaya,” katanya tanpa mendedahkan lebih lanjut selepas melancarkan Majlis Sahabat Gerakan Revolusi AntiRasuah (Gerah) di Hotel Ansa, Kuala Lumpur, hari ini.
Setakat ini, empat individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung pembelian hotel berkenaan. Skandal tersebut menyebabkan anak syarikat Felda itu turut mengalami kerugian mencecah jutaan ringgit.
Dzulkifli pada 28 Julai lalu, mengarahkan kertas siasatan dibuka untuk pembelian sebuah hotel di Kuching pada 2014 itu yang disyaki dibeli oleh pihak FIC dengan harga lebih tinggi berbanding pasaran semasa.
SPRM memulakan siasatan pembelian hotel di Kuching itu susulan maklumat diterima pasukan penyiasat ketika menjalankan siasatan pembelian hotel bertaraf empat bintang di London oleh FIC sebelum ini.
Ini menyaksikan mantan Ketua Pegawai Eksekutif FIC, Mohd. Zaid Abdul Jalil ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan setelah hampir 12 jam memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya semalam.
Media sebelum itu melaporkan hartanah di Kensington tersebut dibeli antara 2013 dan 2015 pada harga 60 juta pound sterling (kira-kira RM330 juta) pada 16 Disember 2014.

Badan peguam bahas dua usul lanjutan tempoh hakim

Badan Peguam Malaysia akan membahaskan dua usul semasa mesyuarat agung luar biasanya (EGM) Khamis ini, berikutan keputusan kerajaan melanjutkan tempoh ketua hakim negara dan presiden Mahkamah Rayuan.
Usul untuk "mempertahankan keunggulan Perlembagaan Persekutuan, kebebasan dan integriti badan kehakiman" itu dicadangkan oleh Presiden Badan Peguam Malaysia, George Varughese.
Manakala peguam Charles Hector, Francis Pereira dan R Shanmugam akan mencadangkan usul kedua bagi melindungi kebebasan kehakiman.
EGM itu akan diadakan dari pukul 4 petang di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), dengan kuorum diperlukan 500 anggota.
EGM berkenaan akan dibubarkan jika kuorum tidak dapat dipenuhi pada pukul 5 petang, kata Setiausaha Badan Peguam, Roger Chan dalam pekeliling bertarikh 26 Julai.
Varughese bulan lepas mengumumkan Badan Peguam akan mengadakan EGM berikutan pelantikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai hakim tambahan yang didakwanya "terang-terangan tidak mengikut perlembagaan".
Varughese, yang mencadangkan usul pertama, memetik Perkara 125 (1) perlembagaan yang menyatakan bahawa "Seseorang hakim Mahkamah Persekutuan hendaklah memegang jawatan sehingga dia mencapai umur enam puluh enam tahun atau sehingga suatu masa kemudiannya yang diluluskan oleh Yang di-Pertuan Agong, tetapi masa itu tidak boleh kemudian daripada enam bulan selepas dia mencapai umur enam puluh enam tahun.
"Tidak ada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu tidak mengikut perlembagan bagi ketua hakim atau presiden mahkamah rayuan untuk terus memegang jawatan selepas had umur 66 tahun dan enam bulan,"katanya.

Pemuda Umno bacul, hilang ‘roh’ Melayu

Kononnya, mahu mengelak berulangnya insiden seorang aktivis menurunkan bendera dengan imej Datuk Seri Najib Razak di luar ibu pejabat Umno yang pernah terjadi pada Disember 2011.
Kononnya, mereka diprovokasi dengan pelbagai sepanduk yang dirasakan sebagai biadap sehingga menyebabkan kejadian tolak-menolak antara kedua-dua kumpulan sehingga terpaksa membabitkan campur tangan pihak polis.
Kononnya, Exco Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Hanifah menerima ancaman sebelum sekumpulan anggota Pemuda Parti Pribumi Bersatu (ARMADA) hadir bagi menghantar jemputan kepada Najib untuk menghadiri forum Nothing To Hide 2.0.
Hakikatnya, sama ada sedar atau tidak, Pemuda Umno telah menunjukkan bahawa mereka bacul serta roh Melayu yang meresapi susuk tubuh mereka telah semakin lenyap.
Mereka bacul kerana membawa ratusan pengikutnya untuk berdepan dengan puluhan ‘lawan’ yang hanya bersenjatakan surat dan sepanduk semata-mata.
Mereka bacul kerana mencetuskan gegak gempita dalam insiden berkenaan yang sepatutnya bukan sahaja berlangsung dalam suasana aman lagi tenteram malah menjadi medan untuk menunjukkan siapa lebih Melayu dengan gaya budaya yang sebenar.
Tertib, adat budaya Melayu
Sebagai orang Melayu, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafii tentunya faham cara, tertib dan adab untuk menyambut kedatangan ‘tetamu’ walaupun datangnya tidak diundang.
Bagi orang Melayu, walaupun tidak disukai atau tidak dijemput kedatangan, tetamu walaupun dari kalangan musuh akan tetap disambut dengan cara serta adab yang baik.
Itu budaya Melayu, sementelah Pemuda Umno sedia maklum bahawa kedatangan Pemuda ARMADA ke ‘rumahnya’ itu adalah bertujuan sekadar menghantar jemputan buat Najib untuk menghadiri sebuah forum.
Apa perlunya meniupkan semangat ‘pertahankan, bangkit lawan’ sebelum berlakunya pertembungan tersebut jika mengamalkan budaya Melayu yang penuh sopan-santun, berabad lagi berhemah serta diresapi nilai-nilai murni yang cukup tinggi nilainya.
Sepatutnya, Razlan bersama para pengikutnya sekadar menunggu ‘ketibaan’ para ‘tetamu’ tersebut tanpa perlu membawa pembesar suara, memutarkan rakaman ceramah Presiden AMANAH Mohamad Sabu atau melaungkan ‘Baliklah’.
Juga, budaya Melayu juga tidak memerlukan Pemuda Umno untuk menunjukkan ‘kejantanannya’ dalam kejadian seperti itu.
Yang sepatutnya berlaku
Apa yang sepatutnya, mereka hanya perlu menghulurkan tangan untuk bersalaman, menerima surat jemputan dan mungkin boleh memberikan komitmen kepada Pemuda ARMADA untuk menyerahkan surat tersebut kepada Najib.

Penipuan Pemimpin UMNO@BN......

Dalam riwayat, hadis tersebut berbunyi:

عن ابي هريرة ان رسول الله صلى الله عليه و سلم قال : اية المنافق ثلاث اذاحدث كذب واذا وعد اخلف واذ تئمن خان

Maksudnya: Dari Abu RA. Bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tanda orang munafik ada tiga: apabila berkata dusta, apabila berjanji ingkar DAN apabila diberi amanat khianat.

"Tuhan akan laknat kita jika kita menipu rakyat", kata Najib Razak (14/10/2012).

Cepat atau lambat laknat itu hanya Allah saja Yang Maha Mengetahui..

Sejarah Tak Pernah Menipu..

Banyak perkara pelik boleh berlaku dalam negara kita.

Penyangak #MO1 dan #BiniMO1 pon masih bebas hidup mewah menyangak dalam negara.. Segala-galanya telah 'dibersihkan' awal-awal daripada bersalah.

TUKAR LAH BARISAN NASIONAL KEPADA HARAPAN DIPRU14 !!

Kenyataan ni mengesahkan pendirian kerajaan BN, jika rakyat merasakan GST menyusahkan mereka, BN sedia hilang undi dan menjadi pembangkang..

JADI APA LAGI..

TUKAR LAH BARISAN NASIONAL KEPADA HARAPAN DI #PRU14 !!

Berilah #Harapan peluang menerajui negara pada satu penggal dahulu utk membuktikan pemerintahan yang lebih baik daripada BN.

Jika slps satu penggal pon sama spt BN anda layak mengubahnya pada undi-undi di PRU seterusnya..

Inilah Malaysia ku..

BERKALI-KALI.. SETIAP TAHUN bila Laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan.. SUDAH PASTI ADA laporan salah guna kuasa pada dana yg diperuntukan & berlakunya ketirisan..

TETAPI tak pernah kita dengar satu menteri pada kementerian tersebut ditangkap, ditahan, dibicara apatahlagi dipenjara..

Yang ditangkapnya, didakwanya hanyalah 'ikan-ikan bilis' saja. Segala mak bapak 'jerung' masih terus selamat dan selesa makan gaji berserta elaun berpuluh-puluh ribu ringgit..

Skandal 1MDB: IPIC sudah dimaklumkan bayaran akan dibuat bulan ini, kata 1MDB

1MALAYSIA Development Berhad (1MDB) memaklumkan kepada syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC) mengenai pembayaran yang sepatutnya dibuat pada 31 Julai akan dibuat pada bulan ini kerana menunggu dana sewajarnya.
1MDB dalam satu kenyataan hari ini berkata kesemua bayaran kepada IPIC itu akan menggunakan wang yang dikumpul menerusi pelan rasionalisasi 1MDB.
“1MDB masih lagi menunggu dana yang sepatutnya diterima pada Julai 2017. Berikutan keperluan mendapatkan kelulusan kawal selia tambahan, penerimaan dana itu ditangguhkan kepada Ogos, 2017.
“Memandangkan dana ini akan digunakan bagi tujuan pembayaran kepada IPIC, 1MDB mengemukakan makluman bertulis kepada IPIC mengenai komitmen kami untuk memenuhi obligasi yang pada asalnya dijadualkan pada 31 Julai, 2017 kepada Ogos, 2017.”
Laporan sebelum ini menyatakan pembayaran sebanyak US$602.7 juta (kira-kira RM2.6 bilion) daripada 1MDB kepada IPIC adalah sebahagian daripada penyelesaian hutang.
Pelabur negeri Abu Dhabi, Mubadala berkata, pihaknya belum menerima maklumat daripada bank berhubung kelewatan bayaran daripada 1MDB berikutan tarikh berakhir.
1MDB, pada April mencapai persetujuan untuk membayar IPIC AS$1.2 bilion secara dua kali ansuran.
Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, 1MDB dan Kementerian Kewangan bertanggungjawab untuk semua pembayaran faedah dan prinsipal di bawah dua bon bernilai AS $ 3.5 bilion.
Perjanjian itu dicapai selepas 1MDB memungkiri bonnya pada tahun lepas, mencetuskan pertikaian dengan IPIC, yang meminta mahkamah London untuk menimbang tara tuntutan berjumlah AS$6.5 bilion.

Skandal 1MDB: Enggan teruskan siasatan 1MDB, PAC dan Ketua Audit dituduh boneka Najib

KUALA LUMPUR, 1 OGOS: Keputusan dua agensi kerajaan untuk tidak meneruskan siasatan lanjut ke atas skandal melibatkan firma pelaburan milik negara, 1MDB membuktikan bahawa mereka hanyalah boneka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata demikian merujuk keengganan Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Hasan Arifin untuk melakukan siasatan lanjut ke atas 1MDB.
Namun, katanya, keputusan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan meskipun pelbagai pendedahan terus dibuat Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat dalam usaha untuk mengembalikan aset yang dibeli melalui hasil wang yang dicuri daripada 1MDB.
“Lagipun, sebelum ini telah didedahkan bahawa suami Madinah yang merupakan Ketua Bahagian UMNO Kepong, Datuk Rizuan Abdul Hamid telah secara terbuka menyatakan kesetiaan kepada Najib sehingga beliau berkata bahawa beliau ‘rela mati untuk Najib’.
“Hasan Arifin pula apa kurangnya, apabila mengaku harus ‘cari makan’ ketika diasak supaya dihadapkan Najib ke PAC bagi tujuan siasatan,” katanya yang juga Setiausaha Publisiti DAP dalam kenyataan, hari ini.
Menurut Pengerusi DAP Selangor itu lagi, tindakan kedua-dua pegawai atasan itu amat dikesali malah membelakangi kepentingan rakyat yang mahukan kebenaran dalam skandal berkenaan selain sanggup menjadi pengkhianat kepada bangsa, agama dan tanah air.
“Jika mereka ada sekelumit rasa malu dalam diri mereka, mereka patut melepaskan jawatan masing-masing dan memberikannya kepada yang benar-benar mahu bekerja untuk kepentingan rakyat Malaysia,” ujarnya.
DOJ dalam dokumen saman sivilnya sebelum ini mendedahkan secara terperinci bagaimana AS$732 juta (RM3.1 bilion) mengalir masuk ke akan peribadi Perdana Menteri di antara tahun 2011 dan 2014.

Skandal 1MDB: Kerajaan gagal bayar hutang IPIC setelah belanja gula-gula pilihan raya

Kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran UMNO dilaporkan media gagal membayar sejumlah AS$602.75 juta (RM2.58 bilion) hutang kepada International Petroleum Investment Co (IPIC) pada waktu yang ditetapkan iaitu pada tengah hari tadi.
Jumlah bayaran tersebut adalah separuh daripada jumlah keseluruhan hutang kerajaan kepada IPIC iaitu AS$1.2 bilion – yang terkumpul akibat daripada skandal membabitkan firma pelaburan negara, 1MDB – setelah penyelesaian dicapai kedua-dua belah pihak pada 24 April lepas.
Namun yang menjadi persoalan kini adalah bagaimana kerajaan akan membayar segala hutangnya kepada IPIC sementara sejumlah besar dana kerajaan telah dibelanjakan sebagai ‘gula-gula’ untuk memancing undi dalam pilihan raya umum akan datang.
“Persoalannya: Dari mana lagi Kerajaan UMNO akan mendapatkan wang untuk melunaskan bayaran tersebut, dalam keadaan ia tidak mampu membayar hutang namun gigih menabur gula-gula pilihanraya?” soal Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dalam kenyataan, hari ini.
Persoalan itu timbul, berikutan semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, katanya, mengumumkan “skim membeli sokongan” dengan menabur sejumlah wang kepada veteran angkatan tentera yang dikenali sebagai skim ‘Bantuan Bakti Negara’.
“‘Skim’ ini menawarkan beberapa gula-gula kepada pesara tentera, termasuklah bantuan kewangan dan tambahan kuota jemaah haji,” katanya yang juga Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan.
“Ini selepas mengumumkan ‘skim’ untuk peneroka Felda dalam pakej berjumlah lebih RM400 juta. Juga tidak lain merupakan gula-gula pilihan raya, tidak kiralah bagaimana pun mereka menafikannya.”
Lip Eng justeru menggesa agar Najib Razak menjelaskan mengapa Kementerian Kewangan yang di bawah kawalannya gagal untuk menepati tarikh luput bayaran terhadap IPIC.
“Kalau itu pun beliau tidak boleh buat, biarlah sang panglima Bugis berundur, dan benarkan panglima Jawa mengambil alih,” katanya yang merujuk kepada keturunan Najib dan Zahid.

SKANDAL 1MDB: APA SUDAH JADI, KENAPA 1MDB TAK BAYAR LAGI?

Banyak misteri timbul berhubung laporan kegagalan 1MDB membayar AS$602 juta atau RM2.6 bilion kepada IPIC sebagaimana yang dipersetujui dalam penjanjian penyelesaian antara kedua-dua syarikat itu sebelum ini. 

Berhubung terbitan bon AS$3.5 bilion yang menjadi pertikaian antara 1MDB dan IPIC selama ini, syarikat pelaburan kerajaan itu akhirnya bersetuju dengan penyelesaian di luar mahkamah dan membayar AS1.205 bilion  atau kira-kira RM5.2 bilion kepada IPIC, selain menebus kembali bon yang diterbitkan itu.

Separuh daripada jumlah itu iaitu RM2.6 bilion sepatutnya dibayar kepada IPIC sebelum lewat malam 31 Julai atau sebelum 12 tengahari tadi waktu Malaysia, tetapi dilaporkan tiada pembayaran dibuat oleh 1MDB kepada IPIC sehingga tempoh yang ditetapkan itu berakhir.
Sudah tentu kegagalan 1MDB membuat pembayaran itu menimbulkan banyak persoalan?

Apa jadi sebenarnya?

Apakah 1MDB tiada wang atau tidak cukup wang untuk membuat bayaran?

Jika tiada wang dan tidak mampu membayar hutang, bagaimana 1MDB boleh menghantar ribuan jemaah haji ke Mekah setiap tahun?

Bukankah juga Najib Razak selalu mengatakan 1MDB berada di landasan pemulihan yang betul, ada banyak wang serta ada aset dalam perniagaan?

Maka, seperti sukar dipercayai bahawa 1MDB tiada wang, lebih-lebih lagi bagi penyokong tegar UMNO dan pengampu setia Najib.

Kalau demikian, bilakah sebenarnya 1MDB mahu membuat pembayaran kepada 1PIC?

Adakah  keadaan ini memperlihatkan 1MDB sedang dalam proses memohon penangguhan untuk membuat pembayaran atau sengaja mengengkari perjanjian?

Akhirnya, bila sebenarnya wang mahu dibayar?

Apakah 1MDB akan disaman atau dihadapkan ke proses timbangtara sekali lagi?

1MDB DIKECUALIKAN CUKAI PENDAPATAN SEJAK 2010


KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikat milik penuhnya mendapat pengecualian cukai pendapatan termasuk dividen bagi tempoh 10 tahun mulai 2010.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia selaras dengan Seksyen 127 (3A) Akta Cukai Pendapatan 1967.
“Pengecualian cukai ini juga termasuk cukai keuntungan harta tanah,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Er Teck Hwa (DAP – Bakri) di Dewan Rakyat.
Dalam soalannnya, Teck Hwa meminta Menteri Kewangan menyenaraikan pembayaran cukai syarikat, zakat perniagaan dan cukai hartanah yang telah dibayar 1MDB dari 2013 hingga 2017.
Najib berkata, pengecualian cukai itu bagaimanapun tidak merangkumi anak syarikat lain seperti Edra dan anak syarikatnya yang telah peroleh 1MDB selepas 2010.
“Selaras dengan ini, pembayaran cukai syarikat di dalam dan di luar negara adalah seperti berikut: 2013 (RM199, 058,000), 2014 (RM212, 911, 000), 2015 (RM259, 168,000), 2016 (tiada – Edra telah dijual pada 2016), 2017 (tiada),” katanya.
Sementara itu, katanya, selaras dengan Pelan Rasionalisasi, 1MDB hanya mempunyai 16 pekerja tempatan ketika ini,17 pekerja (Disember 2016) dan 35 pekerja (Disember 2015).
Manakala, bagi pekerja luar negara, beliau berkata, 1MDB mempunyai seorang pekerja pada Disember 2013 dan dua orang (Disember 2014).

Skandal 1MDB: 1MDB, MOF Inc ada masa 5 hari 'pulih' keadaan dengan IPIC

1MDB dan Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) mempunyai lima hari untuk "memulihkan" kegagalan membayar International Petroleum Investment Company PJSC (IPIC) dan anak syarikatnya Aabar Investments PJS (Aabar).
Dalam satu kenyataan kepada Bursa Saham London hari ini, IPIC berkata perkara itu telah digariskan dalam penyelesaian antara syarikat itu dan 1MDB pada 11 Mei 2017.
"Di bawah penyelesaian itu, tempoh lima hari masa bekerja bagi MOF Inc dan 1MDB untuk memulihkan pembayaran sebelum mereka tertakluk kepada obligasi tambahan kepada IPIC dan Aabar," kata syarikat itu.
Syarikat itu berkata ia sepatutnya dibayar AS$ 602,725,000 (RM2.58 bilion) dan AS$ 26,024,509.59 (RM111 juta) menjelang 31 Julai.
Tidak jelas untuk apa bayaran AS$ 26,024,509.59 itu walaupun mungkin ia adalah bayaran faedah pada jumlah awal yang masih dihutang.
Terdahulu hari ini, 1MDB terlepas tarikh akhir bayaran yang tamat pada tengah malam, waktu New York, atau tengah hari waktu Malaysia.
IPIC sedang mendapatkan AS$ 6.5 bilion daripada 1MDB.
Kedua-dua firma tersebut mencapai penyelesaian sebelum proses timbang tara berlaku di London.
1MDB sepatutnya membayar AS$ 1.2 bilion dalam dua pembayaran yang sama pada 31 Julai dan 31 Disember.
Firma itu mengakui bahawa ia tidak dapat memenuhi obligasi pembayarannya kerana dana yang sepatutnya diterima pada bulan Julai telah ditangguhkan hingga Ogos.
IPIC adalah penjamin untuk beberapa bon yang diterbitkan oleh 1MDB.
Berikutan kegagalan 1MDB untuk membuat pembayaran tertentu kepada IPIC, kedua-dua syarikat bersetuju untuk menjalani proses timbang tara di London. Bagaimanapun, penyelesaian dicapai lebih awal sebelum proses timbang tara.
Sebelum ini, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata beliau yakin Malaysia akan memenangi kes itu jika dibawa ke timbang tara.

Audit: SPRM akan tubuh jawatankuasa khas siasat rasuah

Ketua pesuruhjaya SPRM mengakui terdapat isu yang boleh dilihat dengan teliti bagi mengambil tindakan sewajarnya.
Dzulkifli-Ahmad_audit_negara_600
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melihat keperluan menubuhkan pasukan khas untuk melihat isu rasuah dalam laporan audit jabatan kerajaan yang dikeluarkan semalam.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad mengesahkan terdapat isu dalam Laporan Ketua Audit Negara 2016 yang boleh dilihat dengan lebih teliti untuk diambil tindakan lanjut.
“Pegawai saya sedang meneliti laporan tersebut secara dekat. Kita telah mengenalpasti beberapa isu,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar hari ini.
“Saya janji kita akan ambil tindakan sewajarnya.”
Dzulkifli berkata pasukan khas itu akan menyiasat sama ada rasuah terlibat dalam isu yang dibangkitkan dalam laporan terhadap kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri serta agensi berkaitan kerajaan.
Antara isu dalam laporan terbaharu itu ialah 2 isu yang dilaporkan hari ini melibatkan percanggahan dalam prosedur dan pembayaran mengenai entiti korporat di bawah Kementerian Perumahan Sarawak dan pembelian sebuah hotel oleh agensi kerajaan Melaka.
Di Sarawak, ketua audit negara mendapati Perbadanan Kemajuan Perumahan Sarawak (HDC) membayar RM2.88 juta kepada 2 kontraktor untuk mengecat semula 12 unit perumahan awam, tetapi kerja itu tidak pernah dijalankan.
Ketua audit negara menambah HDC tidak mematuhi peruntukan Akta Prosedur Kewangan dan peraturan pemerolehan lain untuk satu projek naiktaraf di Sibu, apabila pembayaran didahulukan tanpa kebenaran yang diperlukan.

Peluru kapur ‘Kutty’ terhadap Dr Mahathir makan diri, kata Perkasa

Ibrahim Ali berkata timbalan PM perlu memohon maaf kepada Dr Mahathir jika mahu membersihkan namanya.
ibrahimali1
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini menyifatkan tindakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengungkit asal usul Tun Dr Mahathir Mohamad umpama tersalah guna jenis senjata bagi menyerang bekas presiden Umno itu.
“Saya rasa Zahid tak fikir ini perkauman dan hanya nak serang Dr Mahathir sebab dia musuh Umno, maka guna serangan yang terlintas (di fikirannnya),” kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.
“Saya sifatkan Zahid guna peluru kapur serang Dr Mahathir, dalam keadaan dia nak serang, gunalah senjata kimia. Jangan guna peluru kapur sebab orang yang ditembak tak mati, orang menembak yang mati,” katanya pada sidang media di pejabat Perkasa hari ini.
Zahid menerima kritikan pelbagai pihak selepas ucapannya Ahad lalu di hadapan ahli Umno Kelana Jaya, di mana beliau mendakwa nama penuh bekas perdana menteri itu ialah “Mahathir a/l Iskandar Kutty”.
Zahid berkata maklumat itu dibekalkan kepadanya oleh ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara. (JPN), sambil berkata ia menunjukkan Dr Mahathir yang berketurunan India memperalatkan orang Melayu.
“Bila habis madu, sepah dibuang. Umno ini sebagai madu dan kita adalah sepah yang dibuang,” kata Zahid.
Iskandar merupakan datuk kepada Dr Mahathir, yang umum diketahui mempunyai asal usul campura India dan Melayu.

K'jaan akan buat duit dari dana berhenti kerja?

Jangan Malu Dengan Asal Usul Kata Armand Pada Tun M

"Jarang aku jumpa perompak macam ini," sindir Tuan Ibrahim

Zahid patut kawal emosi, bukan serang 'IC Kutty' - Tok Him

Kampung Pasir, Ukay Perdana: Operasi roboh gerai ‘kecoh' sebelum tangguh

Tak keruan dengan amanat Khaled

Tidak sampai satu hari Konvensyen BN Johor 2017 melabuhkan tirainya Sabtu lepas, seakan huru-hara kem Pakatan Harapan melihat aura dan semangat seluruh perwakilan BN Johor, hasil publisiti semua media termasuk yang mesra pembangkang.
Saya kira semboyan “kekal dan rampas” yang dilaungkan oleh BN Johor benar-benar membangkitkan semangat jentera BN Johor untuk berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi PRU14.

Paling penting, amanat penuh keyakinan Pengerusi BN Johor Datuk Mohamed Khaled Nordin untuk tidak boleh membiarkan pembangkang tidur nyenyak setiap malam benar-benar berhasil.
Tidak sampai sehari Konvensyen BN Johor tamat, Akmal Nasir muncul memberikan komen dengan mengalihkan isu secara langsung.
Mana tidaknya, mentor beliau, Rafizi Ramli, yang baru sahaja kalah saman dan perlu membayar RM300 ribu akibat memfitnah, telah disebut dan diusik oleh MB Johor.

Akmal yang tergesa-gesa dan tertekan untuk membela Rafizi, terus mengulas ucapan Khaled dengan membangkitkan tiga soalan yang antara lain menyentuh isu perumahan di Johor.
Yang kelakarnya, pada punca dan asas soalan tersebut dibangkitkan.

Khaled, dalam mendedahkan kelompangan strategi HARAPAN, khususnya trak Bina Semula Negara, mentertawakan hipokrasi pembangkang yang ingin ‘membina semula negara’ ini dengan menggunakan sentuhan para pemimpin dahulu, yang kebetulannya adalah ‘mastermind’ dalam pentabiran kerajaan sebelum ini.
Dalam menjelaskan perkara ini, Khaled memberikan analogi rumah, bahawa membina semula rumah menggunakan khidmat tukang rumah lama yang telah bertanggungjawab merosakkannya adalah tidak masuk akal.
Apa jawapan Akmal? Tanpa menjawab analogi Khaled, beliau sebaliknya mengemukakan tiga soalan berkaitan isu rumah perumahan di Johor, termasuklah pendakwaan terhadap bekas exco perumahan negeri Johor.
Perkara ini bukan sahaja tidak menjawab isu, tetapi jelas Akmal gagal memahami isu. Atau barangkali beliau tidak faham apa itu maksud ‘analogi’.
Ketika kita masih terkesima dengan cara Akmal melatah ke atas amanat Khaled, hari ini, pengerusi DAP Johor pula tertampar dengan kejujuran pengerusi BN Johor tersebut.
Keberanian Khaled
Keberanian Khaled berkata benar dengan menggariskan senario PRU-14 yang dijangkakan sengit itu telah ditafsirkan Liew Chin Tong sebagai pengakuan yang Johor akan tewas.

Malah, Chin Tong menuduh Khaled kembali mengulang skrip lapuk Najib yang katanya bersifat perkauman.
Sekali lagi sifir dan perkiraan politik pembangkang Johor mengundang hiba dan tawa.
Sekalipun kita harus akui bahawa setidak-tidaknya Chin Tong menyentuh isi kandungan ucapan Khaled tentang hala tuju dan semangat parti berbanding Akmal yang hanya mendengar perkataan rumah dan terus melarikan isu.

Namun, kedua-dua ulasan mereka masih menyerlahkan beberapa kedangkalan.
Pertama, hanya kerana menunjukkan bahawa Harapan didominasi oleh DAP, maka DAP melompat dan menyimpulkan bahawa itu adalah kenyataan rasis.

Gobind mahu tahu perkembangan kes ketua polis daerah ditahan SPRM

Ahli Parlimen Puchong itu akan membangkitkan isu itu di Dewan Rakyat bagi mendapatkan penjelasan menteri.
Gobind-DeoKerajaan digesa menjelaskan perkembangan pegawai polis yang ditahan Mei lalu berkaitan tuduhan mengambil wang suapan melibatkan pusat judi dan rumah urut di Melaka.
Ahli Parlimen Puchong (DAP) Gobind Singh Deo berkata, sejak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan tangkapan itu, isu itu seolah-olah lenyap tanpa sebarang perkembangan.
“Saya minta menteri dalam negeri berikan jawapan. Kita tidak boleh biarkan begitu sahaja apabila begitu besar liputan diberikan,” katanya merujuk Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Kenapa tiba-tiba siasatan ini hilang dari radar,” katanya pada sidang media di Parlimen.
Mei lalu, SPRM menahan 13 suspek termasuk ketua polis Jasin dan Melaka Tengah, kerana didakwa terlibat dalam skandal wang di bandar itu.
SPRM turut menemui wang sebanyak RM645,000 di rumah dan akaun bank milik 2 pegawai kanan dan 7 individu lain. Daripada jumlah itu, RM79,000 wang tunai ditemui di rumah ketua polis daerah Melaka Tengah.
Mereka disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) dan 17(a) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
Pada 29 Mei, pegawai polis Melaka Tengah direman 7 hari dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM50,000.

1MDB dilapor gagal bayar RM2.58b kepada IPIC

Firma pelaburan negara, 1MDB dilaporkan belum membuat sebarang bayaran kepada firma Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC) sejumlah RM2.58 bilion seperti yang dipersetujui dalam perjanjian penyelesaian, kata theedgemarkets.com yang memetik sumber.
Bayaran pertama tersebut sepatutnya dibayar pada 31 Julai, jam 12 tengah malam, waktu New York atau bersama jam 12 tengahari waktu di Malaysia.
Alasan berhubung kegagalan pembayaran oleh 1MDB itu tidak diketahui dan tidak jelas sama ada terdapat klausa dalam perjanjian penyelesaian yang membenarkan lanjutan tempoh bayaran.
Ketika berita ini ditulis, portal itu melaporkan IPIC yang disenaraikan di Bursa Saham London belum mengeluarkan sebarang kenyataan manakala di Kuala Lumpur, 1MDB dan kerajaan Malaysia juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan media mengenai status pembayaran.
Pembayaran yang dijadualkan ini adalah yang pertama dari 1MDB kepada IPIC. Urus niaga kedua yang sama perlu dibayar pada 31 Disember tahun ini.
Jumlah yang perlu dibayar oleh 1MDB kepada IPIC adalah AS$1.205 bilion (RM5.16 bilion) sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelesaian.
Perlu dinyatakan bahawa kementerian kewangan Malaysia, selaku penjamin, perlu menunaikan mana-mana kewajipan 1MDB sekiranya firma itu gagal berbuat demikian.
Ironinya, IPIC pernah membantu 1MDB memenuhi kewajipan hutangnya sejak 2015, dengan firma Abu Dhabi itu memberi pinjaman pada tahun itu untuk membantu syarikat pelaburan negara membayar balik pinjaman berjumlah AS$975 juta dari Deutsche Bank.
Sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut, IPIC juga bersetuju membantu membayar faedah bon terbitan 1MDB bernilai AS$3.5 bilion daripada Goldman Sachs.

Audit: ‘Madinah dan Hasan terbukti boneka Najib'

Keputusan dua agensi kerajaan untuk tidak meneruskan siasatan ke atas skandal 1MDB membuktikan bahawa mereka hanyalah menjadi boneka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
Pemimpin DAP itu mengulas keengganan Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Hasan Arifin untuk melakukan siasatan lanjut ke atas 1MDB di sebalik saman terbaru Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat .
“Keputusan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan meskipun pelbagai pendedahan terus dibuat oleh DOJ dalam usaha untuk mengembalikan aset yang dibeli melalui wang yang dicuri daripada 1MDB. “Lagipun, sebelum ini telah didedahkan bahawa suami Madinah yang merupakan Ketua Bahagian Umno Kepong, Datuk Rizuan Abdul Hamid telah secara terbuka menyatakan kesetiaan kepada Najib sehingga beliau berkata bahawa beliau ‘rela mati untuk Najib’.
“Hasan Arifin pula apa kurangnya, apabila mengaku harus ‘cari makan’ ketika diasak supaya dihadapkan Najib ke PAC bagi tujuan siasatan,” kata Pua menerusi satu kenyataan media hari ini.
DOJ dalam saman sivil terbaru pada bulan Jun lalu berkata, bahawa rakyat Malaysia telah ditipu pada skala besar-besaran dalam isu 1MDB.
DOJ kini meletakkan angka yang didakwa diselewengkan pada AS$4.5 bilion dan sedang berusaha untuk merampas AS$1.7 bilion aset yang kononnya diperolehi melalui dana yang dicuri daripada 1MDB.Antara senarai barangan yang cuba disita itu adalah sebuah kapal layar, barangan kemas termasuk berlian dan karya seni.

Mengulas lanjut, Pua berkata, tindakan Madinah dan Hasan itu amat dikesali malah membelakangi kepentingan rakyat yang mahukan kebenaran dalam skandal berkenaan selain sanggup menjadi pengkhianat kepada bangsa, agama dan tanah air.
“Jika mereka ada sekelumit rasa malu dalam diri mereka, mereka patut melepaskan jawatan masing-masing dan memberikannya kepada yang benar-benar mahu bekerja untuk kepentingan rakyat Malaysia,” katanya.
Dalam pemfailan DOJ sejak tahun lalu, nama Najib tidak disebut secara langsung, tetapi pihak penyiasat AS merujuk kepada seorang individu sebagai "Malaysian Official 1" yang dikatakan mempunyai pertalian dengan Riza Aziz iaitu anak tirinya.
Namun, Menteri di Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan tahun lalu mengesahkan bahawa MO1 adalah sememangnya Najib.
Najib berulang kali menafikan dirinya menyalahgunakan dana awam untuk kepentingan peribadi dan mendakwa pertuduhan itu dibuat oleh mereka yang mahu menggulingkannya.

Najib makin terdesak, banding Malaysia dengan Iraq

najib di parlimen
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin terdesak apabila sanggup membandingkan kehidupan rakyat Malaysia dengan rakyat di Iraq sewaktu pemerintahan Presiden Saddam Hussein bagi menakut-nakutkan pengundi yang inginkan perubahan.
howard leeSetiausaha Hal Ehwal Antarabangsa Sosialis Muda DAP (DAPSY), Howard Lee berkata, adalah dangkal untuk membandingkan situasi di Iraq dengan di Malaysia.
“Umum ketahui bahawa pencerobohan tentera Amerika Syarikat, dan UK pada tahun 2003 dengan matlamat penukaran rejim merupakan suatu peperangan yang telah membawa hancur lebur kepada Iraq.
“Tetapi yang rakyat Malaysia hendakkan bukannya peperangan, tetapi penukaran kerajaan melalui sistem demokratik berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Hujah Najib Razak kini terdesak, sehingga tidak masuk akal,” katanya seperti dipetik Roketkini.
Najib dilaporkan berkata, kehidupan rakyat di negara teluk itu adalah lebih baik di bawah pentadbiran diktator jika dibandingkan dengan selepas berlakunya peperangan, selain menggelar mereka yang mahu menukar kerajaan sebagai bodoh.
“Menukar kerajaan bukan penyelesaian, kalau lebih baik masuk akal, kalau lebih buruk, lebih mendatang bala dan bencana serta lebih tidak menentu, lebih mendatangkan bala dan bencana itu bodoh punya kerja. Minta maaf terpaksa kata.

Azmin jawab laporan audit tegur Selangor

PAS pula persoal kos belanja rumah terbuka Najib

Isu FIC: Bekas pegawai khas dicekup SPRM

Skandal FIC: Seorang lagi dicekup SPRM

SPR akhirnya setuju adakan siasatan tempatan kedua di Bandar Tun Razak


SPR akhirnya setuju adakan siasatan tempatan kedua di Bandar Tun Razak
Peguam Syahredzan Johan berkata keputusan dibuat selepas Suruhanjaya Pilihan Raya bersetuju mengadakan siasatan tempatan kedua di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak yang ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. 
TIGA pengundi kerusi Parlimen Bandar Tun Razak menarik semula semakan kehakiman selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju mengadakan siasatan tempatan kedua di kawasan tersebut.
Sebelum ini Mohammad Saiful Mansur, Khairuddin Asmuin dan Norma Hashim membawa kes ke mahkamah apabila SPR tidak mahu mengadakan siasatan tempatan kedua walaupun terdapat bantahan daripada 100 pengundi di kawasan itu.
"Pada 27 Julai lalu, kami menerima sepucuk surat daripada pihak SPR mengatakan mereka akan mengadakan siasatan tempatan yang kedua. Dan ia merupakan asas kepada tindakan kami.
"Sekiranya kita tidak memfailkan semakan kehakiman ini, SPR memang tidak akan adakan siasatan tempatan kedua," kata peguam Syahredzan Johan kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Syahredzan berkata, penarikan semula semakan kehakiman hari ini dibenarkan Hakim Kamaludin Md Said tanpa sebarang kos.
Menurut Syahredzan, ini kali ketiga SPR tidak mahu mengadakan siasatan tempatan menggunakan hujah bantahan yang difailkan tidak mencukupi.
"Tetapi apabila kita failkan permohonan di mahkamah baru mereka adakan siasatan tempatan.
"Sebelum ini sudah berlaku di Segambut, Setiawangsa. Kita failkan permohonan, baru SPR adakan siasatan tempatan," katanya.

Serangan peribadi terhadap Dr Mahathir cermin tahap pemikiran Zahid

KEBIASAANNYA apabila berbalah dan mengungkit nama bapa serta keturunan ini adalah di kalangan kanak-kanak ataupun orang biasa.
Ada juga kita bangkitkan soal keturunan untuk memuliakan diri atau keluarga.
Namun soal keturunan atau asal usul ini bagi orang Islam, bukanlah boleh menjadi hujah utama untuk menilai seseorang.
Kebaikan seseorang di sisi agama terletak kepada nilai takwa sementara nilai khidmat dan pengorbanan boleh dijadikan sebagai hujah yang boleh ditonjolkan.
Bagaimanapun kesilapan yang pernah dilakukan seseorang pemimpin boleh juga diungkit untuk diterangkan kepada orang ramai jika ia boleh membawa kepada kebaikan bersama.
Saya tidak menyangka sama sekali seseorang bertaraf timbalan perdana menteri dan juga timbalan presiden Umno boleh mengungkit soal keturunan seseorang.
Sudah tentulah ungkitan soal keturunan ini meletakkan seorang bertaraf timbalan perdana menteri seperti orang kampung, malah tidak keterlaluan saya katakan seperti budak-budak yang bergaduh di dalam bilik darjah.
Mengungkit keturunan sesiapapun termasuk Dr Mahathir Mohamad atau Najib Razak, bukan sikap seorang pemimpin yang baik apatah lagi bagi yang berjawatan seperti timbalan perdana menteri.
Terangkanlah kesilapan di zaman pemerintahan Dr Mahathir, tetapi tidak perlulah sehingga menyerang peribadi dan keturunan.
Begitu juga di pihak pembangkang, kita dedahkan kepada orang ramai isu pengsonglapan wang rakyat seperti skandal 1MDB. Bukan "menumbuk di bawah paras pinggang" seperti dilakukan timbalan perdana menteri.
Apa yang dilakukan beliau ini cukuplah melambangkan tahap pemikiran beliau untuk dinilai oleh rakyat.

Zahid sibuk korek pasal Tun M, lupa tugas menteri KDN?

Tuduh Dr Mahathir anak 'Kutty', pemuda PPBM protes depan Parlimen desak Zahid minta maaf

Kisah 'PAS-Umno sekapal', Tuan Ibrahim geram

Jangan halang perjuangan PAS, pesan Hadi

Sultan Selangor tak berkenan ahli politik dalam GLC

'Zahid seperti budak-budak bergaduh, ungkit keturunan'



Tindakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi mengungkit keturunan Tun Dr Mahathir Mohamad melambangkan tahap pemikirannya yang disifatkan sebagai kebudak-budakan.
Presiden AMANAH Mohamad Sabu berkata, tindakan mengungkit keturunan sesiapa pun termasuk Tun Mahathir atau Najib Razak, bukan sikap seorang pemimpin yang baik apatah lagi berjawatan Timbalan Perdana Menteri.
"Saya tidak menyangka sama sekali orang bertaraf Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden Umno boleh mengungkit soal keturunan seseorang.
Tun Mahathir Zahid Hamidi"Sudah tentulah ungkitan soal keturunan ini meletakkan seorang bertaraf Timbalan Perdana Menteri seperti orang kampung, malah tidak keterlaluan saya katakan seperti budak-budak berkelahi dalam bilik darjah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zahid ketika berucap merasmikan majlis penutup mesyuarat bahagian Umno Kelana Jaya Ahad lalu mengungkit sejarah Tun Dr Mahathir Mohamad yang berketurunan India dan mendakwa bekas perdana menteri itu mempergunakan orang Melayu selama 22 tahun pentadbirannya.
Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, menunjukkan salinan kad pengenalan (IC) Mahathir, yang memaparkan namanya sebagai "Mahathir a/l Iskandar Kutty".
Sambil memegang telefon bimbit dan menunjukkannya kepada hadirin, Zahid berkata, "Ini IC biru dia dulu. Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty. Nombor IC biru dia […] Ini yang dihantar oleh ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Betullah dia kata kita ni mudah lupa sebab dia anak laki-laki Iskandar Kutty," katanya.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata, jika Zahid mahu pun Pakatan Harapan (PH) ingin menerangkan kesilapan di zaman pemerintahan Tun Mahathir, tidak perlu sehingga menyerang peribadi dan keturunan.
"Kita dedahkan kepada orang ramai isu pengsonglapan wang rakyat seperti skandal 1MDB. Bukan 'menumbuk di bawah paras pinggang' seperti dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri.

Armada bagi tempoh seminggu Ahmad Zahid, Ketua Pengarah JPN mohon maaf terbuka



Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Wilayah Persekutuan dan Selangor memberi tempoh seminggu kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara untuk memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia.
Ketua Armada Wilayah Persekutuan Zahid Zainal berkata, dengan kenyataan Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri yang mempersendakan asal usul Tun Dr Mahathir Mohamad dakwanya, amat memalukan dan tidak sewajarnya berlaku.
Protes Armada Parlimen"Beliau (Ahmad Zahid) dengan terang menyatakan mendapat maklumat berkaitan latarbelakang Tun Dr Mahathir daripada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara.
"Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara pula adakah beliau sudah lupa tanggungjawab dan amanah sebagai penjawat awam untuk tidak mendedahkan kerahsiaan latarbelakang individu kerana ia menyalahi Akta Perlindungan Perihadi (Personal Data Protection Act)," ujarnya kepada pihak media.
Armada Wilayah Persekutuan dan Selangor hari ini hadir berkumpul di hadapan bangunan Parlimen bersama lebih kurang 30 penyokongnya untuk mengadakan protes pada hari sidang Parlimen sedang berlansung pada jam 11 pagi tadi.
Ini susulan Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno itu, pada majlis perasmian Mesyuarat Umno Bahagian Kelana Jaya pada khamis, telah menunjukkan salinan kad pengenalan (IC) Mahathir, yang kononnya beliau berkata,sebagai "Mahathir a/l Iskandar Kutty".
Sambil memegang telefon bimbit dan menunjukkannya kepada hadirin, Zahid berkata, "Ini IC biru dia dulu. Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty. Nombor IC biru dia […] Ini yang dihantar oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Zahim berkata, desakan terhadap Ahmad Zahid untuk memohon maaf terbuka kepada Dr Mahathir kerana individu seperti Dr Mahathir merupakan rakyat Malaysia.
"Anak muda mula khuatir tentang maklumat peribadi yang mungkin menghadapi masalah sama dengan sikap dan tindakan penjawat awam yang sepatutnya menyimpan kerahsiaan.
"Armada Bersatu telah membuat laporan polis semalam terhadap kenyataan Ahmad Zahid dan Ketua Pengarah kerana membabitkan Dr Mahathir dalam permainan politik Umn-BN," ujarnya.

Skandal 1MDB: Apandi patut ke AS kemuka hujah

Natang apa 1MDB tu? Rakyat luar bandar lebih pentingkan isu kos barang

Tinjauan rambang mendapati ramai penduduk luar bandar di Selangor menganggap 1MDB hanyalah isu politik melibatkan 'orang atasan'.
Ramlah Zainal (kanan) lebih berminat bercakap tentang isu harga barang daripada 1MDB.
Ramlah Zainal (kanan) lebih berminat bercakap tentang isu harga barang daripada 1MDB.
Dalam usaha meraih sokongan pengundi dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14), pembangkang memulakan jelajah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan siri ceramah berkaitan skandal firma tersebut.
Bagaimanapun, tinjauan FMT di kawasan luar bandar di Selangor mendapati pengundi tidak berminat mengenai skandal tersebut, terutamanya yang tinggal di luar bandar, sebaliknya lebih mengutamakan isu “periuk nasi”.
Rata-rata penduduk yang ditemubual lebih berminat dengan isu kos sara hidup berbanding 1MDB yang mereka anggap sebagai masalah ‘orang atasan’.
Nurul Amalina, pengusaha gerai dari Bukit Rotan berkata, jika pembangkang datang ke kawasannya, beliau mungkin akan menyertainya jika tidak ada rancangan lain.
Beliau juga berkata akan menyokong parti yang membawa isu kos hidup berbanding isu lain termasuk 1MDB.
“Saya tidak minat isu 1MDB, tak berapa faham. Itu isu orang atasan, lagi pun kami tidak tahu betul atau tidak isu tersebut,” katanya.
Mereka yang tahu isu 1MDB bagaimanapun berkata mereka tiada kaitan dengan skandal tersebut.
“Tidak berminat,” kata Ramlah Zainal ketika ditanya adakah beliau berminat mendengar isu 1MDB daripada pembangkang.
“Isu yang penting adalah berkenaan kemudahan kita seperti menurunkan harga barangan,” kata wanita berusia 68 tahun itu dari Felda Bukit Cerakah.
Muhammad Nazri, 32, berkata beliau lebih mementingkan isu sara hidup dan beranggapan 1MDB adalah isu politik yang tiada kaitan dengan rakyat.
Nordin Ariffin, 53, pekerja binaan, jelas seorang penyokong Barisan Nasional (BN).
Beliau tidak ambil kisah isu 1MDB, asalkan kerajaan memberi bantuan tunai di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk membantu sara hidup mereka.
“Mereka (pembangkang) berbohong,” jawabnya apabila dikatakan 1MDB menjadi punca kutipan GST sambil menambah mereka sebagai orang kampung tidak pernah merungut untuk membayar cukai tersebut.
Noraini Mahmud, 58, pula berkata 1MDB adalah perkara merepek berkaitan politik dan enggan mendengar ceramah daripada pembangkang.
Manakala surirumah, Waheedha, 42 mendakwa 1MDB adalah mainan pembangkang.
“Pembangkang kata ekonomi kita teruk. Memang ekonomi kita ada masalah sikit sekarang tapi sebab harga minyak naik, tapi ia lebih baik daripada negara lain.”
Menurutnya, jika benar Najib bersalah berkaitan 1MDB, mengapa beliau belum ditangkap dan jika ekonomi negara merosot, mengapa kerajaan masih mampu menyalurkan BR1M.
Lebih menarik, seorang nelayan berusia 70 tahun dari Sekinchan yang mahu dikenali sebagai Chua pula tidak tahu apa itu “1MDB” berbanding BR1M.
Ditanya adakah beliau menghadiri ceramah pembangkang berkenaan isu itu, beliau menjawab: “Saya pergi tapi tidak faham apa yang mereka cakap. Saya pergi untuk beri sokongan sahaja.”
Sokong kedua parti politik
Mohamad Abdul Rahim, 60, percaya perlu ada keseimbangan antara isu “periuk nasi” dan 1MDB.
“Selain 1MDB, pembangkang kena mainkan juga isu ‘periuk nasi’. Dua-dua penting dan rakyat kena ambil tahu,” katanya sambil menambah sebagai negara demokrasi, rakyat kena dengar penjelasan daripada kedua belah parti.
Sementara itu, Raymond, seorang penjaga kedai di Sekinchan, berkata: “Antara keduanya, saya lebih tertarik untuk mendengar bagaimana parti politik merancang untuk menyelesaikan kenaikan kos sara hidup.
“Tetapi saya juga ingin tahu tentang 1MDB, jika ia benar-benar penyebab kenaikan kos sara hidup.”
Kebimbangan Najib?
Berdasarkan tinjuan tersebut, penganalisis politik, Dr Ahmad Atory Hussain setuju ia adalah sentimen umum dalam kalangan pengundi luar bandar dan separa luar bandar itu.
Beliau berkata walaupun kempen pilihan raya pembangkang masih tertumpu kepada 1MDB, mereka juga memfokuskan cara menangani isu “periuk nasi” dengan “mempermudahkan skandal” dan “menghubungkannya dengan 1MDB”.
Ini terbukti semasa ceramah berkaitan 1MDB di Sungai Acheh, Pulau Pinang yang menyaksikan pemimpin pembangkang membentangkan skandal itu secara terperinci.
Seramai 1,000 orang hadir dalam ceramah tersebut, yang diberi jolokan “KUrsus Tony Pua Mengenai 1MDB” oleh Ketua PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman.

Tindakan Zahid ungkit keturunan Dr Mahathir bakal makan diri sendiri

TINDAKAN Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mengungkit keturunan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad untuk menyerang pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu bakal merugikan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang, kata penganalisis politik.
"Nampaknya kenyataan ini bakal 'backfire' (tikam diri sendiri) terutama di kalangan veteran Umno dan anak muda yang menjadi pengundi buat pertama kali. Apatah lagi daripada kalangan India Muslim sendiri," kata Hisomudin Bakar daripada Ilham Centre.
Menurut beliau, golongan muda berusia di antara 17 hingga 21 tahun mengenali Dr Mahathir sebagai bapa pemodenan yang membina Malaysia selama 22 tahun.
"Majoriti anak muda keliru mengapa pimpinan kerajaan sekarang menghina bekas perdana menteri yang dikenali mereka sebagai bapa pemodenan (melalui buku teks dan kerja khusus sekolah) dan membina Malaysia selama 22 tahun," kata Hisomudin yang banyak membuat kajian tentang politik orang Melayu.
Di kalangan veteran Umno pula, terutama yang pernah memegang jawatan dalam parti semasa Dr Mahathir menjadi perdana menteri pula sangat marah dengan serangan sebegini, kata Hisomudin.
Pada mesyuarat agung tahunan Umno Bahagian Kelana Jaya hujung minggu lalu, Zahid menyerang Dr Mahathir kerana meninggalkan parti yang mengetuai BN itu.
Dr Mahathir keluar daripada Umno tahun lalu kerana tidak puas hati dengan Perdana Menteri Najib Razak atas dakwaan rasuah dan keadaan ekonomi serta membentuk parti baru Bersatu yang kini menjadi sebahagian daripada pembangkang.
"Dr Mahathir lupa mengenai fakta ini – dia adalah anak Iskandar Kutty,” kata Zahid merujuk kepada bapa Dr Mahathir berketurunan India.
“Pada kad pengenalan birunya, nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty. Ini diperoleh daripada ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara.
“Patutlah dia mudah lupa, sebab dia anak laki-laki Iskandar Kutty,” kata Zahid.
Pendedahan keturunan Dr Mahathir tidak mempunyai kaitan dengan landskap politik semasa, kata pengerusi surau Brickfields di Kuala Lumpur, Anver Hussein Marican, 66, dan hanya memperlihatkan kejahilan Zahid.
Ketika dihubungi, Anver berkata Dr Mahathir bukan orang biasa di negara ini sehingga boleh dihina keturunannya begitu sekali.
"Kami sangat sakit hati apabila mendengar ucapan itu. Dr Mahathir bukan orang biasa. Dia sudah menjadi perdana menteri selama 22 tahun.