Sabtu, 29 Julai 2017

GST, KOS SARA HIDUP TINGGI SEMUA SALAH 1MDB


MALAM semalam, dalam ceramah ketiga 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Sungai Acheh, Pulau Pinang- kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) milik Barisan Nasional (BN)- pemimpin Pakatan Harapan bercakap tentang isu paling dekat di hati rakyat, peningkatan kos sara hidup.
Mereka mengingatkan lebih 500 khalayak yang hadir bahawa semua masalah rakyat berkaitan kos sara hidup yang mendadak naik adalah disebabkan 1MDB
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengatakan yang semua kesukaran hidup ini berlaku kerana 1MDB yang menyebabkan negara kekurangan dana.
“Kerana itulah rakyat Malaysia terpaksa membayar GST, biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk belajar di luar negara bagi pelajar yang layak dibatalkan, dan pengambilan penjawat awam dibekukan dan menyebabkan graduan hilang peluang pekerjaan.
“Bila anda ada kerajaan yang merompak dan mencuri, bagaimana nak harapkan mereka jaga rakyat dan negara? Mereka tak boleh buat,” katanya di dewan JKKK Simpang Tiga di Sungai Acheh, Nibong Tebal.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut berkata yang gaji rendah dan peluang pekerjaan yang terhad berlaku disebabkan kerajaan mahu membawa masuk pekerja asing. Jumlah pekerja asing sah dalam negara kini ialah 1.78 juta orang.
“Jadi bila kita fikir balik tentang isu ini, siapa yang kita hendak salahkan? Skandal 1MDB ada banyak kesan mendalam.
“Kita perlu fikir masa depan kita. Bila (bekas perdana menteri) Dr Mahathir Mohamad, (bekas timbalan perdana menteri) Muhyiddin Yassin dan (bekas menteri besar Kedah) Mukhriz Mahathir meninggalkan Umno dan membentuk Bersatu, kita tak lagi fikir soal dendam peribadi.
“Kami merasakan sudah tiba masanya untuk Malaysia dan masa depannya, masa untuk kita laksanakan agenda perubahan kita dan memastikan tiada pemimpin yang boleh (berkuasa) dan menafikan hak kita,” katanya.
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Faiz Fadzil pula berkata yang memenangkan BN dalam pilihan raya akan datang akan membuatkan Perdana Menteri Najib Razak fikir rakyat tidak peduli apa yang akan terjadi kepada negara dan kos akan terus meningkat.
“Isu di sini bukan hanya rompak, tetapi kesan buruk kepada rakyat,” katanya.
Faiz juga berkata yang orang Melayu patut sedar yang duit 1MDB ialah duit mereka, begitu juga duit Tabung Haji.
Pada 2015 ketika syarikat sarat hutang 1MDB mempunyai masalah membayar faedah, dana haji itu membeli tanah daripada 1MDB dengan harga RM188.5 juta yang 43 kali ganda lebih mahal berbanding jumlah yang dibayar 1MDB, katanya.
“Jika kerajaan nak bantu orang Islam, mengapa mereka jual tanah itu dengan harga yang sangat tinggi dan memaksa Tabung Haji membelinya. Jika orang Melayu tak marah lagi, saya pun tak tahu nak kata apa.
“Jika mereka (BN) menang lagi dalam pilihan raya, mereka akan ambil banyak lagi. Akan ada 2 atau 3MDB. Kita dah tahu skandal lain melibatkan Felda, Mara dan Yapeim (Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia)…kerana itu kita panggil benda ni kleptokrasi,” katanya.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua yang menjelaskan skandal syarikat sarat hutang itu serta bagaimana duit itu dikumpul, dilabur, hilang, disalurkan dan digunakan untuk membeli aset mewah pula memberitahu khalayak yang mereka boleh buat kenduri percuma setiap hari dengan jumlah duit yang digunakan untuk membeli rantai berlian merah jambu.

MB PERLIS: MAHATHIR ENGGAN BERDAMAI DENGAN TAKDIR


Anggota Umno tidak harus mengikut jejak langkah Tun Dr Mahathir Mohamed yang mahu menjatuhkan BN dan Umno pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) apabila rancangan atau niat beliau tidak tercapai.
Menteri besar yang juga timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata sebaliknya berkata anggota Umno harus berdamai dengan ‘takdir’ mereka dan menerima keputusan ramai.
“Allah SWT menetapkan qada dan qadar masing-masing. Terimalah takdir apabila kehendak kita ditolak, bukan memusuhi sehingga sanggup bekerja keras hendak menumbangkan parti.
“Kita akui jasa Dr Mahathir terhadap negara dan parti tetapi beliau enggan berdamai dengan takdirnya,” kata Azlan sewaktu berucap merasmikan persidangan perwakilan Wanita Umno Kangar di Kangar, hari ini.
Katanya begitu juga anggota Umno yang berhasrat menjadi calon atau perwakilan G7, hendaklah bekerja kuat dan bersatu kembali mengukuhkan perpaduan apabila tidak terpilih, bukan mengambil tindakan menentang parti seperti yang dilakukan oleh bekas perdana menteri itu.
“Saya sendiri pun tak tahu akan dipilih menjadi calon lagi atau tidak. Jika tidak, saya terima takdir diri saya, namun tidak sekali-kali menjadi seperti Dr Mahathir yang pada hari ini adalah musuh parti yang bekerja keras untuk Pakatan Harapan,” katanya.
Azlan yang juga Ketua Umno Kangar mengingatkan pada saat-saat akhir menjelang PRU14, parti-parti komponen BN tidak boleh berpecah-belah sebaliknya setia bersama parti dan patuh kepada pemimpin untuk mencapai kemenangan.
Mengenai Wanita Umno, menteri besar itu yakin peranan pergerakan tersebut amat besar dan signifikan bagi memastikan BN mencapai kejayaan pada PRU14 kelak.
“Untuk menghadapi PRU14, saya lebih yakin dengan strategi menemui pengundi dalam kumpulan kecil kerana lebih berkesan berbanding membuat perhimpunan besar-besaran,” katanya.
Azlan berkata beliau akan membawa cadangan Ketua Wanita Umno Kangar, Rela Ahmad, supaya kaum wanita turut diberi peluang menyertai program haji 1MDB.

Tok Pa: Keputusan Dr M tak mahu kembali ke Umno sudah diduga

Kata Mustapa, pengumuman Dr Mahathir yang beliau enggan lagi kembali kepada Umno walaupun Datuk Seri Najib Razak tidak lagi menjadi perdana menteri bukan sesuatu yang memeranjatkan.
Mustapa-Mohamed-mahathir-umno-bendera-malaysiaBALING: Pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau enggan lagi kembali kepada Umno walaupun Datuk Seri Najib Razak tidak lagi menjadi perdana menteri bukan sesuatu yang memeranjatkan.
Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pengumuman bekas perdana menteri itu sebenarnya boleh dijangka selepas bertindak bertalu-talu “menyerang” kerajaan dan Najib.
“Perkara ini tidak memeranjatkan pun dan apa yang penting, dalam apa jua keadaan, anggota Umno perlu merapatkan barisan dan bersatu hati.
“Hari ini sudah ada tanda-tanda kebangkitan yang sangat baik terhadap Umno dan kepimpinan Datuk Seri Najib. Insya-Allah kita yakin Umno dan Barisan Nasional (BN) akan mencapai kejayaan yang cemerlang (pada pilihan raya umum ini),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Baling di sini, hari ini.
Dr Mahathir mengisytiharkan beliau tidak akan kembali kepada Umno walaupun Najib bukan lagi menjadi perdana menteri.
Dr Mahathir membuat pengakuan itu dalam sebuah klip video yang dimuat naik di laman Facebook PPBM dengan mendakwa Umno sebenarnya telah musnah dan tersesat daripada perjuangan asalnya.
Mengulas perkara itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata walaupun Umno diuji dan diasak, apa yang penting semua pihak dalam parti keramat itu telah bersiap sedia pada PRU itu.
“Kita menunggu wisel ditiupkan sahaja untuk terus bertindak,” katanya.

Setia Mahfuz masih pada PAS

Dikecam, disindir dan dispekulasi dengan pelbagai kemungkinan namun Datuk Mahfuz Omar berkata beliau tetap bersama parti yang dianggotainya sekarang - PAS.
Menurut anggota parlimen Pokok Sena itu pada masa sama keadaan itu tidak menghalangnya memberikan pandangan berbeza dengan parti asalkan dianggap baik untuk pertubuhan berkenaan.
"Kalau mereka (pimpinan PAS) berasa pandangan yang saya beri itu berbeza, itu adalah hak saya untuk memberikan komen berbeza," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Mahfuz sebelum itu diminta mengulas spekulasi yang memetik namanya serta beberapa wakil rakyat PAS akan meninggalkan parti itu.
Laporan media menyebut, dua lagi wakil rakyat PAS yang dijangka menukar haluan menjelang pilihan raya umum akan datang ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah, dan Mohd Nasir Mustafa (Kubang Rotan).
Pembabitan mereka di atas pentas ceramah Pakatan Harapan (HARAPAN), dakwa Sinar Harian, menjadi petanda bahawa perubahan itu memang akan berlaku.
Pada malam ini Mahfuz dijadual berada di Naka, Kedah, bersama Mohd Nasir dalam ceramah HARAPAN.
PAS akan dijauhi
Ketiadaan mereka dalam beberapa program utama parti, termasuk ketika dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, juga menunjukkan kecenderungan ADUN terbabit mula berubah.
Untuk rekod Amiruddin, 55, ialah bekas pegawai kerajaan yang berkhidmat sebagai jurutera sebelum dipilih bertanding dalam pilihan raya kecil Anak Bukit selepas Datuk Fadzil Noor meninggal dunia pada 2002.
Fadzil adalah pemimpin PAS yang banyak dikenang sebagai tokoh berjaya menyatukan anggota serta pimpinan parti itu walapun datang dari pelbagai aliran serta latar belakang.

Ceramah Selamatkan Malaysia Hapuskan Kleptokrasi - PH Pulau Pinang

Hari Demi Hari Najib Terus Menipu Rakyat..

WOWW !! Lebih dari setengah juta rakyat Malaysia masih menganggur.. tu blom lagi yg kene buang kerja.

Kami nak tanya KERAjaan.. kat TV3suku siang malam dakwa ekonomi negara berkembang pesat, pelabur berebut2 beratur nak melabur di M'sia, modal asing mencecah TRILLION ringgit tertinggi dlm sejarah M'sia, ekonomi M'sia dicemburui oleh negara maju...

TETAPI.. kenapa pengangguran masih tinggi DAN rakyat terus dibebani dengan peningkatan kos..??!

TETAPI.. MASIH LAGI NAK SOKONG & UNDI BN, kenapa ?

Terpulanglah pada rakyat utk lakukan perubahan #UBAH #TolakBarisanNasional #PRU14

Inilah negaraku sebuah pemerintahan #Kleptokrasi/ Pencuri.

Alangkah bertuahnya seluruh rakyat Malaysia jika penguatkuasa undang-undang di negara kita ikhlas, bertanggungjawab & tidak pilih bulu untuk siasat segala kekayaan & kemewahan hidup yg sungguh luar biasa pemimpin2 negara kita terutama Najib, Rosmah serta anak2 mereka.

Berapa sangatlah gaji Perdana Menteri & Rosmah akui sendiri beliau tidak pernah bergaji TETAPI BOLEH HIDUP MEWAH dan BOROS...??

Inilah negaraku sebuah pemerintahan #Kleptokrasi/ Pencuri.

Terpulanglah pada rakyat utk lakukan perubahan #UBAH #TolakBarisanNasional #PRU14

SPRM tangkap 3 individu kes FIC beli hotel di Kuching

Dua daripada mereka merupakan pengarah sebuah syarikat yang dilantik sebagai ejen untuk menguruskan pembelian hotel tersebut.
felda-london-sprm-tiga-orangSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menangkap 3 individu bagi membantu siasatan berhubung pembelian sebuah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak 3 tahun lalu.
Dua daripada mereka merupakan pengarah sebuah syarikat yang dilantik sebagai ejen untuk menguruskan pembelian hotel tersebut.
Kedua-duanya yang masing-masing berusia 47 dan 51 tahun itu ditangkap di pejabat SPRM Putrajaya pada 9 pagi tadi apabila hadir untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes tersebut.
Manakala seorang lagi yang ditahan di pejabat SPRM Kuching pada 1.30 tengah hari merupakan pengarah syarikat berusia 57 tahun yang memiliki hotel tersebut.
Pengarah Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahakan tangkapan tersebut dan berkata 2 pengarah syarikat ejen tersebut direman 7 tujuh hari sehingga 4 Ogos ini bagi membantu siasatan.
Beliau berkata seorang lagi suspek dijangka akan direman pagi esok.
Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad mengarahkan kertas siasatan dibuka untuk menyiasat pembelian hotel tersebut yang disyaki telah dibeli dengan harga yang lebih tinggi dari pasaran.

Wan Azizah cadang kerajaan beku perniagaan, aset Korea Utara



Pelancaran terbaru peluru berpandu Korea Utara tengah malam tadi, disifatkan tindakan provokasi yang tidak mengurangkan ketegangan hubungan di Semenanjung Korea dan rantau ini.
Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, keengganan rejim Korea Utara mendengar gesaan masyarakat antarabangsa untuk meredakan keadaan juga menjadi petanda bahawa langkah-langkah sedia ada, termasuk sekatan perdagangan, tidak memadai.
“Oleh itu, saya mengecam provokasi Korea Utara ini dan menggesa Kerajaan Malaysia untuk mengumumkan langkah-langkah diplomatik bersesuaian terhadap rejim tersebut, pada masa sama mengambil maklum pendirian Malaysia yang bersifat ‘berkecuali yang aktifi’ (active neutrality),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, antara langkah-langkah boleh dipertimbangkan Putrajaya termasuk membeku perniagaan dan aset-aset kewangan milik Korea Utara di Malaysia.
Katanya, tindakan itu untuk memastikan negara ini tidak membantu dalam penyaluran dana ke dalam program ketenteraan rejim tersebut.
Katanya, Malaysia juga perlu menggunakan kesemua saluran diplomatik yang ada untuk menyatakan keprihatinan negara bahawa sebarang usaha di peringkat antarabangsa untuk meredakan atau menyelesaikan isu ini mestilah tidak bersandar kepada tindakan ketenteraan yang mungkin menambahkan ketidaktentuan serantau, termasuk di rantau Asia Tenggara.
Mei lalu, Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik jarak dekat yang mendarat di luar pantai timur negara itu, dalam siri ujian peluru berpandu terbaharu menentang tekanan dan ancaman sekatan.

Ucapan DSWA sempena Simposium Pemikiran Anwar Ibrahim


Ucapan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
SIMPOSIUM PEMIKIRAN ANWAR IBRAHIM
29 Julai 2017

Alhamdulillahi Rabbil A’lamin Wabihi Nasta’in. Segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Pemilik kerajaan segala di langit, di bumi dan yang wujud diantaranya.

Selawat dan Salam ke atas Junjungan Baginda Nabi Muhammad S.A.W pembawa rahmat seluruh alam serta tauladan untuk disanjungi.
Yang dihormati YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Yang Berhormat Dato’ Mansor bin Haji Othman, Pengerusi Yayasan Islam Pulau Pinang, Yang Berhormat Zairil Khir Johari, CEO Penang Institute. Dr. Ooi Kee Beng.
Saya alu-alukan kehadiran para ilmuwan yang juga merupakan panelis simposium hari ini Sasterawan Negara Prof Muhammad Haji Salleh, Prof Dr. Shaharuddin Badaruddin , Prof Dr. Ahmad Fauzi Abdul Hamid dan Dr. Wong Chin Huat.
Tahniah diucapkan kepada penganjur simposium hari ini Yayasan Islam Pulau Pinang, Penang Institute dan Institut Darul Ehsan. Saya juga ingin menyampaikan salam dari Saudara Anwar Ibrahim kepada semua yang hadir pada hari ini.
Saudara-saudari yang dihormati ,
Wan AzizahPerlu dijelaskan karya Charles Allers menelusuri pengalaman hidup Anwar. Penumpuannya adalah sikap Anwar mengenai bahasa dan kebudayaan Melayu, Islam sebagai keyakinan dan panduan hidup, demokrasi dan negara hukum, konsep kesejahteraan bersama dan keadilan yang merentasi kaum.
Pengarang melihatnya sebagai satu evolusi perkembangan konsisten ke arah kematangan dan kemantapan idea.
Saya ingin menyingkap pandangan berbeda dari pengarang Inggeris, Meryl Wyn Davies dalam rencananya dalam Critical Muslim. Meryl juga mengulas buku tersebut, merumuskan bahawa idea pokok – demokrasi, kebebasan, keadilan dan negara hukum terpahat sejak Anwar dalam gerakan mahasiswa dan ABIM lagi.
Saya percaya Saudara Lim Guan Eng dan seterusnya ahli panel akan mengupas selanjutnya.
Pada hemat saya, kepentingan sesebuah karya dalam genre mengenai tokoh kerana menyoroti idea pendorong – guiding ideas dalam perjuangan. Dan, dalam konteks negara kita, isu-isu pokok seperti kebebasan dan keadilan.
Kewujudan institusi: berwibawa dengan kebebasan media, badan kehakiman dan tatakelola yang mampu dipertanggungjawabkan. Itulah yang menjadi kias perjuangan keadilan dan dalam gabungan Pakatan Harapan.

DUA SEPUPU YANG "KE LAUT"

Presiden UMNO, Najib Razak menegaskan, parti itu tidak pernah bermain dengan dimensi politik yang menakut-nakutkan rakyat, sebaliknya sentiasa memberi keyakinan dan pengharapan kepada mereka.

Katanya, parti yang memainkan politik menakut-nakutkan rakyat ialah pihak yang tidak ada kuasa dan mahu menumbangkan parti yang sedang memerintah negara.

Sehubungan itu, tegas beliau ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Parit di Perak, rakyat mempunyai pilihan dalam pilihanraya umum akan datang sama ada memilih Pakatan Harapan yang diterajui DAP atau terus bersama BN yang ditunjangi UMNO.

Benarkah kata-kata Najib bahawa UMNO tidak bermain dengan politik menakut-nakutkan rakyat?
Siapakah yang selalu menjerit perkataan "Hidup Melayu" selama ini?

Apakah tujuan perkataan itu dilaungkan sedangkan tidak pernah kedengaran kaum-kaum lain berteriak melaungkan "Hidup Cina", "Hidup India", "Hidup Kadazan", "Hidup Iban" dan sebagainya?

Tidakkah laungan itu memberi makna ketakutan dan untuk menakutkan?

Siapakah yang pernah mengingatkan bahawa Melayu akan terbangsat jika UMNO hilang kuasa?

Siapakah juga yang mengatakan hanya UMNO pembela kepada orang-orang Melayu dan mereka dikatakan akan merempat macam di Singapura jika  parti itu tidak lagi berkuasa?

Apakah semua itu bukan menakut-nakutkan namanya?

Bahkan, dalam keadaan basah lagi bibir Najib berucap di Parit dengan mengatakan UMNO tidak bermain dengan politik menakut-nakutkan rakyat, apakah makna peringatan beliau bahawa rakyat menpunyai pilihan sama ada memilih Pakatan Harapan yang diterajui DAP atau terus bersama BN yang ditunjangi UMNO?

Tidakkah beliau sendiri sedang menakut-nakutkan rakyat dengan peringatan itu?

Bila Pakatan Harapan diterajui oleh DAP?

Siapa yang berada di tiga kedudukan teratas dalam hireaki kepimpinan Pakatan Harapan?

Bukankah Salleh Said Said Keruak pernah mengatakan DAP telah dipinggirkan berikutan tiada pemimpin parti itu dalam tiga kedudukan teratas Pakatan Harapan?

Kenapa Najib masih terbelenggu dengan stigma lama dan bercakap cuma berdasarkan pemilikan kerusi Parlimen yang dimiliki DAP yang dimenanginya dalam pilihanraya lalu?

Apakah tidak mungkin dalam pilihanraya akan datang,  kedudukan akan berubah di mana PKR, Amanah dan Bersatu akan memiliki lebih kerusi Parlimen berbanding DAP?

Adakah ketakutkan hilang kuasa dan penolakan rakyat yang semakin membesar telah membuatkan Najib gelabah, keliru dan celaru dengan apa yang diperkatakannya sehingga hujah-hujahnya macam nampak "ke laut" saja?
Bersama Najib dengan hujah "ke lautnya", sepupu beliau, Hishammuddin Hussein yang diura-ura sedang diprojekkan untuk dinaikkan pangkat lebih tinggi sehingga ketika ini diberi dua jawatan menteri, turut sama keliru dan celaru dengan abang sepupunya itu.

DAP sokong perjuangan Anwar lawan rasuah, layak jadi PM - Guan Eng

Takkan 'parti bunga' dengan 1 kerusi boleh tentukan sembang Najib

'Umno tidak main politik menakut-nakutkan rakyat' sembang Najib

Bila tangkap orang semua 'Mahafiraun' tangkap, cerita Najib

Bersedia hadapi pilihan raya paling kotor dalam sejarah Malaysia

Bersedia hadapi pilihan raya paling kotor dalam sejarah, kata Nurul Izzah
Nurul Izzah Anwar menggesa penyokongnya agar bersedia untuk menghadapi pilihan raya yang dikatakan paling kotor dalam sejarah Malaysia. 
PEMIMPIN PKR Nurul Izzah Anwar memberi peringatan kepada semua ahli parti itu untuk bersedia berdepan dengan pilihan raya paling “kotor” dalam sejarah pilihan raya umum di Malaysia.
“Saya sedar cabarannya. Pilihan raya akan datang akan jadi pilihan raya paling kotor dalam sejarah Malaysia. Paling teruk dan penuh manipulasi daripada Barisan Nasional,” katanya.
“Kita mahu semua jawatankuasa pengundi daerah sedar terdapat sejumlah besar pengundi yang terkesan dengan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya,” katanya.
Dalam masa yang sama, dia turut melahirkan kebimbangan dengan lanjutan perkhidmatan ketua hakim, dan menambah pembangkang menjadi pesimis dengan cabaran yang perlu dihadapi untuk menghentikan persempadanan semula yang tidak demokratik.
“Saya mengingatkan semua untuk kekalkan kemenangan kita perlu sedar. Kami nasihatkan untuk gunakan aplikasi yang kita buat untuk mengenal pasti pengundi,” katanya dan menambah aplikasi berkenaan – yang aksesnya masih terhad – akan diperluas pada bulan akan datang.
“Kita akan mendemokrasikan aplikasi. Kita mahu rakyat tahu mereka berhak melindungi undi mereka,” katanya.
Katanya, satu-satunya cara untuk melindungi undi mereka daripada dicuri adalah dengan mengenal pasti pengundi dan memastikan mereka mengundi di pusat yang betul.
 Nurul Izzah memberitahu wartawan 112,000 pengundi terjejas akibat persempadanan semua, manakala lebih 40,000 terjejas menerusi perubahan parlimen.
“Selain itu, 28,000 pengundi pos didaftarkan oleh SPR,” katanya.

Keperluan golongan agamawan tonjolkan nilai Islam yang tulen


Sememangnya hidup ini kita memerlukan dan dahagakan sebuah bimbingan yang murni dalam memandu malah mencorakkan demografi hidup kita. Kita adalah bagaimana persekitaran mendidik kita. Kita adalah bagaimana ibu dan ayah mendidik kita. Kita adalah bagaimana kefahaman terhadap agama mendidik kita
.Namun tidak dilupai bahawa ada satu golongan yang sememangnya mustahak untuk kita renungi dan bincangkan sejauh mana mereka mampu mendidik minda dan spiritual masyarakat di Malaysia khususnya. Golongan ini sangat mendapat tempat dan berpengaruh kepada masyarakat dek kerana darjat dan keilmuan mereka lebih tinggi daripada kita yang marhaen ini.
Golongan agamawan atau istilah lainnya adalah golongan asatizah, golongan yang menjadi rujukan masyarakat dan golongan yang selalu berbicara soal akhirat adalah merupakan kelompok yang sangat dipandang mulia dan tinggi oleh masyarakat harini. Mereka ini kebiasaanya aktif dalam menyampai ilmu dalam slot kuliah bersama ahli jemaah surau , menjadi panel jemputan forum-forum berbentuk islami, sibuk dengan program-program yang membentuk nilai kerohanian masyarakat dan sebagainya.
Fokus nukilan ini merujuk kepada golongan agamawan yang mempunyai kelulusan dalam bidang agama. Tidak kiralah mereka ini lepasan Jordan, Madinah, Maghribi dan sebagainya. Tidak lupa juga kepada mereka yang mempunyai kelulusan dalam bidang agama lepasan institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta di Malaysia.
Apatah lagi keluaran madrasah dan pondok-pondok turath yang ada di Malaysia ini. Apabila mereka keluar sahaja pasti menjadi figura figura yang dipercayai dan menjadi rujukan abadi dalam masyarakat untuk memandu hidup mereka. Ini merupakan suatu perkembangan yang positif dalam kalangan masyarakat muslim kita yang semakin hari semakin bertambah kemahuan utk mendekati agama.
Namun demikian, seandainya medium ini disalah gunakan dengan tangan tangan yang salah kerana mementingkan soal peribadi semata mata, soal partisan yang mendesak dan soal memaksa orang ramai mengikut apa sahaja yang mereka katakan tanpa mengetahui dalil dan hujah yang benar.
Fenomena ini sebenarnya mewujudkan suatu polemik yang dahsyat hinggakan masyarakat keliru akan kewujudan insan sebegini yang seolah olah ada sesuatu yang tidak kena dan berlakunya doktrin yang melampau dalam mengambil suatu pandangan. Lebih teruk, segelintir golongan agamawan ini terang-terang mencerca dan menghina individu tanpa berasa bersalah.

Tiga YB Pas Kedah bakal tinggalkan parti?


ALOR SETAR - Spekulasi beberapa wakil rakyat Pas bakal meninggalkan parti itu semakin kencang diperkatakan kebelakangan ini apabila mereka yang juga antara tonggak utama parti kini lebih mesra Pakatan Harapan.
Kelibat Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar bersama dua Adun Pas, Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit) dan Mohd Nasir Mustafa (Kubang Rotan) semakin menonjol apabila mula menghiasi pentas ceramah Pakatan Harapan.
Pas Walaupun Mahfuz terlebih dahulu mengorak langkah dengan menerajui aktiviti Gerakan Selamatkan Malaysia (GSM) sejak 2016, namun beliau tetap mengisytiharkan diri sebagai ahli Pas. Manakala Amiruddin dan Mohd Nasir dilihat seakan ‘mengacah’ secara perlahan merapatkan ukhuwah bersama pimpinan Pakatan Harapan.
Telahan ini makin dikuatkan dengan ketidakhadiran mereka pada program anjuran Pas, yang turut disertai pimpinan Pusat, termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Malah pada Muktamar Tahunan Pas lalu yang diadakan di Kompleks Pas Kedah, ketiga-tiganya tidak hadir.
Gelagat tiga sekawan ini sudah dihidu Pas Kedah, namun tiada tindakan dikenakan, sekadar diberikan surat mohon penjelasan.
Pemerhati politik menyifatkan Mahfuz-Amiruddin-Mohd Nasir memiliki pengaruh yang besar di kawasan masing-masing.
Mahfuz menang di kerusi Parlimen Pokok Sena sejak 1999, sebelum tewas pada calon BN (2004), namun kembali merampas kerusi itu pada PRU 2008 dengan majoriti 5,371 undi, beliau satu-satunya calon parlimen Pas yang kekalkan kemenangan pada PRU 2013 lalu.
Walaupun pertaruhan awal Amiruddin di Parlimen Langkawi (1999) tidak menjadi, beliau sekali lagi diberi kepercayaan sebagai calon PRK Dun Anak Bukit, menggantikan tempat dikosongkan Presiden Pas, Datuk Fadzil Mohd Nor, yang meninggal dunia pada 23 Jun 2002.
Penyandang kerusi itu selama tiga penggal dan merupakan antara kubu kuat Pas di Kedah sejak zaman Allahyarham Fadzil.
Mohd Nasir pula pemimpin muda yang berjaya merobek kubu kuat BN yang sebelum ini diwakili bekas Menteri Besar, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain di Dun Kubang Rotan, namun pengaruh BN di kawasan itu beransur hilang dan Mohd Nasir memenangi kerusi itu pada PRU12 dan PRU13.
Adakah Pas bimbang sekiranya ketiga-tiga wakil rakyat itu menyatakan pendirian politiknya yang kurang senada, sekali gus membawa bersama pengundi tetap untuk memangkah mereka walaupun tidak lagi mewakili Pas.
Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi ketika diminta mengulas perkembangan ini menyifatkan Pas tidak ketandusan calon untuk bertanding PRU14, sekiranya terdapat wakil rakyat Pas ‘lompat parti’.
“Pas tidak pernah sepi dibarisi calon-calon berpotensi dan ada wibawa. Kemenangan Adun Pas adalah hasil muafakat ahlinya, bukan individu. Sama ada kerusi disandang Pas tergugat atau tidak, tunggu sahaja tiupan wisel PRU14 nanti,” katanya.

Rakyat Malaysia masih perlukan Anwar


Rakyat Malaysia masih perlukan Anwar
Anwar Ibrahim dikatakan mampu membawa perubahan dan menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. 
PERANAN ketua pembangkang yang dipenjarakan, Anwar Ibrahim dalam menyatukan rakyat Malaysia menjadi subjek utama sebuah simposium yang diadakan di Pulau Pinang hari ini.
Mampukah Anwar menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama di mana Barisan Nasional secara jelas gagal berbuat demikian? Adakah beliau mampu memimpin negara suatu hari nanti? Bagaimana beliau melihat Malaysia dan dunia?
Itu antara persoalan yang cuba dirungkai tiga ahli panel pada “simposium Pemikiran Anwar” yang diadakan di Institut Pulau Pinang.
Namun ketiga-tiga ahli panel terbabit bersetuju dengan satu perkara – Malaysia memerlukan beliau sebagai pemikir dan peminpin untuk membawa negara ke peringkat tertinggi.
Profesor Dr Muhammad Salleh berkata, Anwar adalah pemimpin yang seimbang dalam tindakannya.
“Seorang pemimpin yang memimpin dengan minda dan hati...Kita tertarik dengan pangkat dan wang namun hanya sedikit kemanusiaan. Malaysia dan dunia korup kerana kita abaikan kemanusiaan,” katanya.
Adakah Anwar mampu menyatukan rakyat Malaysia dan membawa konsep kesamarataan untuk semua? Dr Muhammad percaya Anwar mampu melakukannya.
“Anwar bukan sesiapa sebelum ini dan datang daripada akar umbi. Dia mampu membawa perubahan dan berjuang untuknya. Dia memiliki hati dan akal.”
Muhammad berkata, Anwar bukanlah sempurna namun ketidaksempurnaan dan kelemahan itu membenarkannya mencuba sesuatu yang baharu.
“Dia hanya manusia. Dia mahu mencuba dan menunjukkan kelemahannya,” kata Muhammad.
Dr Wong Chin Huat berkata, Anwar diperlukan untuk menjawab persoalan yang belum terjawab sejak 1946 – isu membabitkan keadaan negara dan kewarganegaraan, kesamarataan dan hak sebagai rakyat Malaysia.
“Anwar adalah pemikir. Kita memerlukan beliau untuk menjawab persoalan besar. Sekiranya beliau gagal, segala apa yang diperkatakannya adalah sia-sia jika tidak mampu menjawabnya,” kata Wong.
Seorang lagi ahli panel adalah timbalan naib canselor Universiti Selangor Prof Dr Shaharuddin Badaruddin.
Simposium terbabit diadakan sempena pelancaran buku Anwar brtajuk “Anwar Ibrahim Penampilan Demokrat” yang ditulis Charles Allers.
Buku berkenaan dilancarkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Turut hadir presiden Pakatan Harapan yang juga isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Zunar batalkan pameran ‘berlian pink’ selepas Pemuda Umno ancam untuk hadir


Zunar batalkan pameran ‘berlian pink’ selepas Pemuda Umno ancam untuk hadir


KARTUNIS satira politik Zulkiflee Anwar Ulhaque, yang turut dikenali sebagai Zunar membatalkan pameran pertamanya di Pulau Pinang berikutan “gangguan kumpulan pengacau”.
Pameran bertajuk “Ketawa Pink-Pink” Wyang membawakan watak wanita bersama barang kemas berlian merah jambu akan dibuka pada jam 8 pagi hingga malam di Lebuh Pantai esok.
Kartunis yang pernah memenangi anugerah itu merancang untuk hadir dan bertemu peminat, menandatangani buku serta menurunkan autograf dan bercakap mengenai hasil kerjanya.
Namun Zunar dalam satu kenyataan hari ini berkata, dia terpaksa membatalkan pameran itu selepas mendapat tahu Pemuda Umno Pulau Pinang mengedarkan poster kepada ahlinya untuk “melawat” pameran itu.
Berdasarkan pengalaman tahun lalu “lawatan” itu bukan lawatan yang biasa, namun lebih kepada ugutan fizikal.
“Pemuda Umno di bawah pemimpinnya Khairy Jamaluddin dalam banyak peristiwa semakin agresif, sebagaimana yang dilihat pada pameran saya di Komtar November laku,” katanya.
Pameran terakhir Zunar di Pulau Pinang pada 25 November lalu diganggu ahli Pemuda Umno.
Hari berikutnya, dia ditahan polis dan disiasat kerana mencetuskan kekecohan di bawah Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan.
Zunar berkata, daripada pengalaman sebelum ini tiada jaminan polis akan mengambil tindakan untuk menghentikan kekecohan itu.

Bersatu bakal bertanding 4 kerusi Parlimen di Johor


JOHOR BAHRU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengesahkan bakal bertanding empat kerusi Parlimen di negeri ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Setiausaha Bersatu negeri, Datuk Osman Sapian berkata, empat kerusi Parlimen berkenaan adalah Pagoh, Sri Gading, Mersing dan Pengerang.
Menurutnya, buat masa ini, keempat-empat kerusi itu belum lagi dituntut oleh rakan kerjasama parti itu dalam Pakatan Harapan.
Bersatu bakal bertanding 4 kerusi Parlimen di Johor "Empat kerusi Parlimen yang bakal ditandingi PPBM adalah Pagoh, Sri Gading, Mersing dan Pengerang kerana buat masa ini tidak ada pertindihan dengan parti lain dalam Pakatan Harapan.
"Bagaimanapun, kami belum membuat kata putus lagi kerana soal pembahagian kerusi masih belum dimuktamadkan. Apa yang boleh kami kata keempat-empat kerusi itu tidak dituntut rakan dalam Pakatan Harapan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika program Sembang Politik Tujuh Janji Kerajaan Pakatan Harapan di sebuah restoran di Taman Mutiara Rini, di sini, hari ini.
Hadir sama; Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa; Timbalan Pengerusi PKR negeri, Jimmy Puah dan Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad.
Pada program itu turut diadakan penyerahan watikah pelantikan 27 Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) bagi Dun Nusajaya.
Malah, turut berlangsung penubuhan empat cawangan baharu dalam Parlimen Gelang Patah iaitu Kebangsaan; Pulaijaya; Taman Seri Pulai dan Pulai Utama menjadi 10 cawangan berada dalam parlimen itu.

Shahrizat: Terima kasih Dr Mahathir, era anda sudah berlalu

Shahrizat, hanya kepimpinan parti itu yang sekarang diterajui Datuk Seri Najib Razak selaku presiden yang dapat meneruskan pembangunan yang diasaskan oleh Dr Mahathir di Pulau Langkawi.
Shahrizat-Abdul-Jalil-mahathir-mohamad-bendera-malaysia-umnoLANGKAWI: Wanita Umno perlu berani menjelaskan kepada rakyat Langkawi bahawa zaman Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin sudah berlalu, kata Ketua Pergerakan Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Beliau berkata, hanya kepimpinan parti itu yang sekarang diterajui Datuk Seri Najib Razak selaku presiden yang dapat meneruskan pembangunan yang diasaskan oleh Dr Mahathir di pulau ini.
“Kepada Tun Mahathir, kita berterima kasih (kerana membawa pembangunan ke Langkawi).
“Namun hidup perlu diteruskan. Jangan takut untuk mengatakan ini (kepada rakyat Langkawi),” katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Langkawi di sini.
Menurutnya Dr Mahathir yang kini bersama-sama pakatan beberapa parti pembangkang sebenarnya hanyalah menjadi umpan untuk meraih sokongan orang Melayu yang merangkumi kira-kira 90 peratus daripada jumlah pengundi di Langkawi.
“Suka tak suka tapi itulah hakikatnya… kalau pangkah (memilih untuk menyokong) Tun Mahathir samalah seperti memilih DAP untuk menjadi kerajaan,” katanya.
Shahrizat berkata, tidak mustahil bagi Barisan Nasional untuk mengulangi kejayaan cemerlang semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dengan memenangi kerusi Parlimen Langkawi dan 2 kerusi Dewan Undangan Negeri di pulau ini.
Menurutnya, apa yang penting adalah kesetiaan dan disiplin anggota-anggota Umno untuk meneruskan kerjasama menggunakan strategi berkesan dalam pilihan raya umum akan datang.
“Sebelum PRU13 pun dikatakan kita menghadapi cabaran hebat di Langkawi tetapi akhirnya kita menang dengan majoriti yang besar di Langkawi,” katanya.
Beliau berkata persediaan menghadapi PRU14 bagi Wanita Umno sudah memasuki pusingan terakhir dan setiap anggota perlu memastikan jentera mereka sudah berjalan dengan baik untuk pilihan raya ini.

Isu Felda, FGV dedahkan siapa khianati Melayu

Apa yang berlaku pada Felda dan syarikat Felda Global Ventures Sdn Bhd (FGV) adalah bukti jelas pihak mana yang mengkhianati orang Melayu, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah.
Menurut presiden PKR itu, perkembangan berkenaan berlaku ketika tohmahan terus dilemparkan kepada DAP menggunakan isu perkauman.
"Bayangkan saja fitnah yang tersebar di merata desa bahawa tanah Melayu (Pulau Pinang) dirampas dan corong azan disumbat.
"Tanah milik Melayu di Pulau Pinang tinggal sekangkang kera sejak era Perikatan dan Umno/BN.
"Dan kini tugas kita bersama adalah untuk menambah ikhtiar dan program bagi memulihkan keyakinan masyarakat Melayu dan rakyat keseluruhannya," kata Dr Wan Azizah.
Ketua pembangkang itu berkata demikian semasa menyampaikan ucapan sempena Simposium Pemikiran Anwar Ibrahim di George Town, Pulau Pinang, hari ini.
Simposium itu dianjurkan bersama oleh Yayasan Islam Pulau Pinang, Penang Institue dan Institut Darul Ehsan.
Felda dibayangi pelbagai masalah dan skandal, dengan yang terbaru menyaksikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyambung siasatan terhadap Felda Investment Corporation (FIC) berhubung urus niaga mereka.
Senjata utama mereka
Dr Wan Azizah berkata Umno menjaja sentimen perkauman supaya isu negara seperti skandal 1MDB dapat dilindungi.

DAP sokong perjuangan Anwar menentang rasuah, calon PM



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menyatakan pendiriannya dan DAP untuk menyokong perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim menentang rasuah dan bakal calon perdana menteri.
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP ketika berucap merasmikan Simposium Pemikiran Anwar Ibrahim yang diadakan di Penang Institut hari ini berkata, perjuangan melawan rasuah merupaka salah satu perjuangan demokrasi.
Beliau turut mengembalikan ingatannya dengan memuji ketegasan Anwar yang sanggup menolak lobi seorang bekas ahli parlimen PKR selepas tahun 2008 untuk mendapatkan kontrak projek daripada kerajaan negeri dengan mengunakan 'syarikat RM2'.
"Salah satu teras perjuangan dalam demokrasi ini adalah melawan rasuah dan saya ingin sebut Datuk Seri Anwar rela menegur rakan-rakannya yang terlibat dalam salah laku rasuah.
"Perjuangan melawan rasuah telah menyatukan parti pembangkang tertentu dalam Pakatan Harapaan dan kita berharap perjuangan melawan rasuah ini akan meyatukan rakyat menentang skandal rasuah 1MDB dan 'MO1'," ujarnya.
Guan Eng turut berkata, DAP menyokong Ketua Umum Pakatan Harapan itu sebagai calon perdana menteri.
"Datuk Seri Anwar sebagai Ketua Umum dalam Pakatan Harapan, kami dalam DAP masih menyokongnya sebagai calon perdana menteri," jelasnya di hadapan lebih kurang 250 hadirin dikalangan perwakilan DAP,PKR Amanah dan Bersatu.
Forum kendalian Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari petang ini menampilkan tiga panelis iaitu Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nuruk Izzah Anwar, Sasterawan Negara Datuk Mohamamad Salleh, Fellow Penang Institut Dr Wong Ching Huan dan Prof Shahruddin Badaruddin dari Institu Darul Ehsan (IDE).
Turut diadakan majlis peluncuran buku berjudul "Anwar Ibrahim Penampilan Demokrasi Muslim' yang turut disaksikan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Siasat Dr Mahathir sekarang, Hishammuddin cabar pembangkang

Pakatan Harapan perlu memulakan siasatan ke atas Dr Mahathir sekarang jika mereka benar-benar memperjuangkan keadilan dan bukan menunggu sehingga selepas PRU14, kata Hishammuddin.
Hishammuddin-Hussein-mahathir-mohamad-bertandingSETIU: Pakatan Harapan perlu memulakan siasatan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad sekarang jika mereka benar-benar memperjuangkan keadilan dan bukan menunggu sehingga selepas Pilihan Raya Umum ke-14, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
“Apa yang menjadi tanda tanya kenapa nak tunggu menang pilihan raya? Sudah nampak ada percanggahan, kalau menang siasat, kalau kalah sepakat, itu tidak masuk akal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Setiu di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang bersetuju menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat tuduhan terhadap Dr Mahathir sepanjang menjadi perdana menteri selama 22 tahun.
Bagaimanapun, Dr Wan Azizah berkata, ia hanya dapat dilakukan sekiranya PH berjaya menumpaskan Barisan Nasional (BN) pada PRU14.
Mengulas lanjut, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan dan Menteri Tugas-tugas Khas berkata ia berbeza dengan kerajaan BN yang menjalankan siasatan terhadap sesuatu isu seperti 1MDB yang melalui pelbagai siasatan sebelum ini.
Dalam pada itu, Hishammuddin berkata pihaknya menerima maklum balas positif jentera di peringkat bahagian, cawangan dan pusat daerah mengundi (PDM) terhadap manual PRU14.
Beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penyediaan Manual PRU14 berkata manual berkenaan menumpukan kepada gerakan lebih tersusun dan bersasar berbanding gerak kerja pada PRU13 lalu.

Azizah: Pakatan mahu pulih keyakinan rakyat dirosak BN

Kata Presiden PKR itu, kini tugas bersama PH adalah untuk menambah ikhtiar dan program bagi memulihkan keyakinan masyarakat Melayu dan rakyat keseluruhannya.
Wan-Azizah-logo-pakatan-harapan1
PETALING JAYA: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai 4 parti gabungan, mahu memulihkan masyarakat Melayu dan rakyat keseluruhan terhadap sistem pentadbiran, sekali gus menepis “faham perkaumam yang dijaja oleh Umno.”
Presiden PH itu berkata, Umno yang merupakan parti komponen Barisan Nasional (BN) menjaja faham perkauman untuk melindungi jenayah dan penyelewengan khazanah negara seperti 1MDB.
“Malah lebih ketara adalah pengkhianatan amanah bangsa Melayu sepertimana yang berlaku dalam Felda dan FGV,” kata beliau dalam ucapan pada Simposium Pemikiran Anwar Ibrahim di Pulau Pinang hari ini.
“Dan, kini tugas kita bersama adalah untuk menambah ikhtiar dan program bagi memulihkan keyakinan masyarakat Melayu dan rakyat keseluruhannya,” kata beliau yang juga Presiden PKR.
Dalam ucapannya, ketua pembangkang itu berkata, semua pihak perlu berwaspada dengan fitnah yang akan berleluasa menjelang PRU14.
“Pihak penguasa tidak mampu memadamkan segala kerosakan hasil kegelojohan mereka. Harga barang tidak lagi terkawal dan keperitan hidup kian terasa; rasuah bermaharajalela dari kepala hingga trafik di tepi jalan. Sekali lagi fitnah akan menjadi senjata utama mereka,” kata beliau lagi.
Katanya, kewujudan institusi berwibawa menjadi kias perjuangan keadilan dan dalam gabungan PH.
“Kita berjaya menggembeleng tenaga dari pengalaman yang berbeda tetapi berpaut kepada tunggak reformasi – melawan kerakusan kuasa dan rasuah.

BENARKAH HANYA LOGO JADI MASALAH UNTUK MENDAFTARKAN PAKATAN HARAPAN?

Berdasarkan apa yang dilaporkan di media-media, ternampak seperti proses untuk mendaftarkan Pakatan Harapan secara rasmi tidak menghadapi banyak masalah yang memungkinkan ia mengalami kegagalan sebagaimana yang dijangka oleh banyak pihak.

Sebagaimana yang disebut oleh Tun Mahathir Mohamad setelah beliau bersama beberapa pemimpin PKR, DAP, Amanah dan Bersatu yang lain mengemukakan permohonan dan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan semalam, hanya logo saja yang menjadi masalah atau halangan.

Jabatan Pendaftar Pertubuhan dilaporkan tidak setuju dengan logo yang hanya tertulis perkataan "Harapan", sebaliknya mahu ia dilengkapkan dengan perkataan penuh "Pakatan Harapan".

Sehubungan itu, kata Tun Mahathir, pihaknya bersetuju memenuhi permintaan Jabatan Pendaftar Pertubuhan itu dan akan menghantar semula permohonan baru dalam tempoh dua hari.
Bermakna, setelah permohonan baru dikemukakan (dijangka pada Isnin) dengan pindaan atau perubahan logo sebagaimana yang diminta oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan itu, pendaftaran Pakatan Harapan seharusnya tidak lagi berdepan masalah.

Umno tidak guna politik takutkan rakyat, sembang Najib

Najib menegaskan Umno tidak akan bermain dimensi politik menakut-nakutkan, sebaliknya sentiasa memberi keyakinan dan pengharapan kepada rakyat untuk terus menaruh kepercayaan kepada parti untuk mentadbir negara.
najib_umno_melayu_600
PARIT: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menegaskan parti itu tidak akan bermain dimensi politik menakut-nakutkan, sebaliknya sentiasa memberi keyakinan dan pengharapan kepada rakyat untuk terus menaruh kepercayaan kepada parti untuk mentadbir negara.
Perdana menteri berkata parti yang memainkan politik menakut-nakutkan ialah pihak yang tidak ada kuasa dan mahu menumbangkan tampuk pemerintahan negara.
Menurut Najib, dalam politik ada 2 dimensi iaitu politik menakut-nakutkan dan politik harapan di mana Umno sebagai parti yang berkuasa tidak perlu bermain politik untuk menakut-nakutkan rakyat kerana ia akan merosakkan harapan sehingga merugikan rakyat.
“Kita akan berkecamuk, bercelaru, tidak tentu hala, tak ada panduan tetapi Umno akan terus memberi pengharapan kepada rakyat kerana kita telah membuktikan selama 60 tahun Umno memerintah, kitalah parti yang telah banyak berbudi dan berjasa dan bawa perubahan kepada Malaysia,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Parit di sini hari ini.
Untuk itu, Najib berkata rakyat mempunyai pilihan sama ada mahu memilih pembangkang diterajui DAP atau terus bersama Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno.
Dalam persidangan perwakilan itu, Najib turut menyeru para perwakilan melakukan gerak kerja dalam meningkatkan sokongan terhadap BN serta mengekalkan kemenangan Umno di Parlimen Parit.
Beliau juga turut meluluskan peruntukan RM3 juta untuk membaik pulih rumah dalam Parlimen Parit serta meluluskan permohonon 3,100 hektar bendang sawah di Parit dimasukkan ke Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Seberang Perak.
Beliau turut bersetuju memberikan peruntukan awal untuk membaiki jalan Parit-Siputeh sepanjang 9 kilometer.

SAYA TIDAK AKAN KEMBALI KE UMNO – DR MAHATHIR


KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan bahawa beliau tidak akan kembali ke Umno, walaupun Datuk Seri Najib Tun Razak bukan lagi Perdana Menteri.
Bekas perdana menteri itu membuat pengakuan di dalam sebuah klip video yang dimuat naik di laman Facebook Parti Pribumi Bersama Malaysia dengan mendakwa bahawa Umno telah musnah dan tersesat daripada perjuangan terasnya.
“Ia tidak lagi mengenai perjuangan untuk bangsa, agama dan negara,” kata pengerusi Pribumi pada Jumaat.
Dr Mahathir, yang merupakan bekas presiden Umno, menjawab soalan sama ada beliau akan kembali kepada parti jika Najib bukan Perdana Menteri.
“Saya tidak akan kembali kepada Umno kerana Umno telah musnah yang hanya mengutamakan perjuangan untuk ‘dedak’,” katanya.
Dr Mahathir membentuk Pribumi bersama anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2016.
Pribumi telah menyertai blok pembangkang Pakatan Harapan, yang terdiri daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Pakatan Harapan baru-baru ini mengumumkan struktur kepimpinan baharunya dan Dr Mahathir sebagai pengerusi, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua serta presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden Pakatan.

TIDAK PERLU TUN M KEMBALI SEMULA KEPADA UMNO, SEBALIKNYA RAMAI AHLI UMNO AKAN MASUK BERSATU


Kata-kata bahawa Tun Mahathir Mohamad akan kembali menyertai UMNO semula sekiranya Najib Razak tidak lagi memimpin parti itu bukanlah perkara baru sebenarnya.
Ia selalu kedengaran, bahkan kerap diulang-ulang mengikut masa dan kesesuaian.
Mereka yang melakukan propaganda demikian tidak lain hanyalah bertujuan melemah dan memporak-perandakan Pakatan Harapan yang memang diketahui amat berpotensi dan sedang berada di laluan yang betul untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan selepas pilihanraya akan datang.
Mereka secara umumnya sedar bahawa beradanya Tun Mahathir bersama Pakatan Harapan adalah kelebihan yang nyata bagi gabungan itu dan dalam masa yang sama bakal menimpakan mala petaka besar kepada UMNO dan BN.
Tun Mahathir bukan saja disenangi oleh orang Melayu di bandar, kampung dan desa, bahkan juga lebih dipercayai oleh masyarakat bukan Melayu untuk menyelamatkan keadaan negara ini. Di kalangan pemimpin UMNO sedia, tidak ada yang dapat menandinginya dari segi meraih kepercayaan pelbagai lapisan masyarakat.
Lantaran itu, untuk tujuan melemahkan Pakatan Harapan, selain mengorek dan mengungkit sejarah silam ketika beliau berkuasa dahulu, UMNO juga terpaksa memainkan sentimen kemungkinan Tun Mahathir kembali menyertai UMNO semula bagi menambah-kukuhkan lagi propaganda jahat mereka.
Ia diharapkan bukan saja agar penyokong Pakatan Harapan meragui kesetiaan Tun Mahathir, tetapi juga untuk membolehkan penyokong UMNO serta BN kekal setia dan  tidak mudah beralih arah dalam undi yang diberikan nanti.
Penegasan Tun Mahathir bahawa beliau tidak akan kembali semula kepada UMNO bukanlah kali pertama dilakukannya, malah sudah kerapkali diucapkannya.
Sebagaimana biasa, pendirian Tun Mahathir mudah saja, UMNO yang ada sekarang adalah parti yang sudah rosak dan yang merosakkannya tidak lain ialah Najib Razak.
Maka, tiada keperluan sama-sekali untuk beliau kembali menyertai UMNO semula, biar pun jika ditakdirkan sama ada esok atau lusa Najib sudah tiada lagi bersama parti itu.
Tun Mahathir perlu terus bersama dengan Pakatan Harapan dan menggembleng usaha sehingga mencipta suatu sejarah sebagai parti yang pertama berjaya menumbangkan UMNO dan BN di peringkat Pusat.
Tidak itu saja, dengan kejayaan menumbangkan UMNO dan BN, Tun Mahathir akan turut mencipta sejarah berganda sebagai pemimpin ulung yang berjaya menubuhkan kerajaan ketika menjadi Pengerusi BN dan kemudian sebagai Pengerusi Pakatan Harapan.
Lagi pula, tiada parti lain boleh menyelamatkan negara ini selain Pakatan Harapan. Sementara UMNO dan BN sudah rosak, Pas yang bertanding sendirian pula langsung tidak boleh diharap sebagai penyelamat.
Agama yang kononnya mereka perjuangkan hanyalah semata-mata alat, sedangkan pemimpin-pemimpinnya sendiri tersilau antara nikmat sementara di dunia dengan perjuangan untuk akhirat. Antara bersih dan korup juga mereka selalu tersilap atau buat-buat silap.
Sebaliknya, Pakatan Harapan melalui gabungan empat parti serta bekerjasama dalam bentuk lain di Sabah dan Sarawak, adalah gabungan yang lengkap, mewakili semua kaum dan dianggotai oleh pemimpin-pemimpin berpengalaman serta berpendidikan untuk menerajui dan membina semula negara.

Pemuda Amanah Kelantan dahului perang siber, dakwa Wan Rahim

 Satu petanda jelas kelebihan pemuda Amanah negeri Kelantan dalam konteks persaingan politik semasa ialah kejayaan mereka menonjolkan diri secara intensif dalam memanfaatkan teknologi maklumat dan aplikasi semasa terkini.
Wan Rahim Wan AbdullahPengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengucapkan syabas kepada sayap pemuda kanan partinya itu, berharap usaha perlu dibuat untuk meningkatkan lagi mutu dan intensiti dalam bidang tersebut.
"Bila berada di pertemuan-pertemuan parti di luar Kelantan, saya selalu mendapat ucapan 'Bagus pemuda Kelantan!'.
"Bila ditanya balik apa yang bagus, mereka kata pemuda Kelantan memang top kuasai media siber," katanya ketika merasmikan konvensyen tahunan pemuda Amanah negeri Kelantan di kompleks bilik gerakan pilihanraya Dun Bunut Payong semalam.
Sejarah menunjukkan kata beliau, kejayaan sesebuah gerakan politik akan bermula bermula dengan gerakan pemuda yang tersusun dan berani.
"Menjelang kejatuhan Umno pada tahun 1990 sekumpulan anak-anak muda sebahagian besarnya baru keluar dari universiti adalah tonggak utama yang mengerah rakyat untuk menukar kerajaan.
"Mereka ini memberi komitmen melebihi paras normal dan bekerja dengan penuh pengorbanan tanpa menghiraukan nasib peribadi.
"Antara mereka yang masih boleh disebut hingga sekarang ialah bekas ketua pemuda Ustaz Muhammad Husin dan setiausahanya ketika itu Datuk Husam Musa," katanya.
Menurutnya beliau masih ingat bagaimana kumpulan ini membawa masuk ke dalam gerakan parti penggunaan komputer yang sangat asing kepada orang ramai waktu itu.
"Bukan saja parti-parti lain seperti Umno tidak kenal komputer malah badan-badan kerajaan belumpun guna komputer pada masa itu.
"Tetapi dengan kesungguhan mereka, komputer menjadi kegunaan utama di pejabat parti lama kita dan bila berlaku pilihanraya, kita guna komputer untuk urusan pengundi di bangsal-bangsal panas," katanya.

Kenapa Husam jadi pilihan Dr Mahathir?


Kenapa Husam jadi pilihan Dr Mahathir?
Gandingan Dr Mahathir Mohamad dan Husam Musa dalam beberapa dialog memperlihatkan keserasian di antara kedua-duanya. 
ADA apa dengan Husam Musa sehingga bekas perdana menteri selama 22 tahun yang kini mempengerusikan Pakatan Harapan (PH), Dr Mahathir Mohamad sudah dua kali bergandingan dengan beliau dalam program perbincangan umum.
Awal April lalu, Dr Mahathir dan Husam menjadi regu dalam program "Hard Talk" di Shah Alam. Semalam, sekali lagi mereka bergandingan dalam dialog bersama cendekiawan Melayu.
Pada program yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya itu, lebih 10 profesor bersama 48 cendekiawan Melayu menyertai dialog dengan Husam dan Mahathir itu.
Kedua-duanya menjawab pelbagai persoalan mengenai masa depan Malaysia apabila PH berjaya mengambil alih pentadbiran negara dan mereka kelihatan sangat berpuas hati dengan jawapan diberi pemimpin itu.
"Keistimewaan tentang Husam adalah kerana beliau aktif dan sentiasa ada idea untuk melakukan sesuatu.
"Saya hanya menyertai sahaja," kata Dr Mahathir ketika ditanya The Malaysian Insight selepas dialog itu, mengapa beliau memilih Husam sebagai pasangannya dalam program yang melibatkan dua penal sahaja.
Moderator dialog yang diacarakan Dr Mahathir dan Husam semalam adalah Dr Syed Azman Ahmad Nawawi, Adun Batu Burok, Terengganu.
Husam ketika ditanya pandangan mengenai perkara yang sama pula, enggan mengulas panjang.
"Hanya kebetulan sahaja," kata Adun Salor, Kelantan itu.

Namun katanya, selepas ini terdapat dua lagi program bersama Dr Mahathir sedang dirancang di tempat yang sama.
"Selepas dengan cendekiawan, kami berdua akan berdialog dengan anak muda dan wanita pula, segmen penting yang menjadi pengundi negara," kata Husam, bekas naib presiden PAS yang dipecat dan kini dilantik sebagai naib presiden Amanah.
Sementara itu, Ariffin Hassan, pengarah urusan PDM Resources yang menguruskan majlis berkenaan berkata gabungan idea kedua-dua pemimpin itu diperlukan oleh negara yang ketika ini berada di persimpangan.

DAP gesa Pandikar benarkan usul bahas 1MDB

Gobind Singh Deo berkata, perbahasan terbuka di Dewan Rakyat berhubung usul itu akan membolehkan rakyat menentukan betul atau salah untuk speaker menolak soalan mengenai 1MDB.
Gobind-pandikarPETALING JAYA: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia digesa meluluskan usul pembangkang untuk menentukan jika keputusannya menolak lebih 30 soalan berkaitan 1MDB betul atau salah.
Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkata, usulnya jelas menyatakan kenapa keputusan speaker tidak boleh dikekalkan.
“Speaker patut membenarkan usul saya dibahaskan di Dewan sekarang dan saya akan meyakinkan beliau sudah silap,” kata wakil rakyat DAP itu dalam kenyataan hari ini.
Usul itu difailkan Gobind pada petang Rabu lalu.
Semalam, Pandikar dalam sidang media berkata, beliau menolak soalan pembangkang mengenai 1MDB kerana perbincangan isu itu adalah subjudis memandangkan ia berkaitan saman sivil difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).
Gobind berkata, soalan pertamanya berhubung maklumat terkini status siasatan 1MDB tidak boleh dianggap “perkara yang belum menjadi masalah”.
“Itu mengarut. Saya sudah kemukakan satu artikel Malay Mail Online bertarikh 12 April lalu di mana ketua polis negara berkata kertas siasatan 1MDB sudah dihantar kepada peguam negara. Jadi, ada siasatan.
“Soalan kedua berkaitan apa cadangan Malaysia mengenai siasatan DoJ. Ini bukan subjudis. Ini soalan sangat mudah. Ini adalah tuntutan melibatkan berbilion ringgit.
“Tentunya Malaysia perlu melakukan sesuatu. Kami mahu tahu apa yang dilakukan peguam negara dan jika beliau tidak melakukan apa-apa, mengapa?
“Soalan ketiga berkaitan bantuan bersama dan jika ada kerajaan asing meminta bantuan Malaysia dalam siasatan 1MDB di negara mereka.
“Soalan ini berikutan aduan peguam negara yang DoJ tidak menghubungi jabatannya mengenai saman itu. Saya melampirkan artikel terbitan New Straits Times pada 16.6.2017 yang menjelaskan tindakan saya. Jadi, bagaimana ia boleh jadi ‘perkara yang belum menjadi masalah’?”
Gobind berkata, soalan itu tidak melanggar peraturan subjudis.

Muhyiddin, Mukhriz bangkitkan warga Temerloh yang ‘lena’


Muhyiddin, Mukhriz bangkitkan warga Temerloh yang ‘lena’
Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir hadir di Program Jelajah Semarak di Temerloh malam tadi dalam siri jelajah menerangkan kesan skandal 1MDB kepada rakyat yang selama ini merasakan mereka tidak terkesan dengan skandal itu. 
DI negeri kelahiran Najib Razak, dua tahun selepas dipecat daripada Kabinet, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berikrar tidak akan kembali kepada Umno sekalipun perdana menteri meletakkan jawatan dan meninggalkan parti Melayu itu.
Pengumuman Muhyiddin dilakukan tidak berapa lama selepas Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad mengumumkan dalam sebuah rakaman video semalam, beliau tidak akan kembali kepada Umno sekalipun selepas Najib meletakkan jawatan kerana parti itu sudah rosak.
"Ada orang tanya kepada saya adakah saya akan kembali kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) selepas Najib letak jawatan. Saya kata 'no way' balik Umno.
"Umno is finish. Umno is gone. Kita akan tetap istiqamah bersama Bersatu dan Pakatan Harapan (PH) kerana Umno adalah parti paling rasuah di dalam dunia," kata Muhyiddin di hadapan 1500 orang yang hadir di program Jelajah Semarak di Temerloh, Pahang malam tadi.
Program Jelajah Semarak anjuran Bersatu yang bermula awal tahun ini "berehat" pada bulan Ramadan lalu dan disambung semula di Temerloh malam tadi selepas selesai sambutan Aidilfitri.
Seperti di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada bulan Mei, program malam tadi dimulakan dengan bacaan doa dan berzikir diketuai pimpinan tertinggi Bersatu.
Dalam ucapannya, Muhyiddin menerangkan tentang bahaya skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada rakyat Malaysia.
"Orang Temerloh mungkin rasa skandal 1MDB ini tidak beri kesan. Saya nak beritahu, orang Temerloh kena ambil tahu sebab terlalu banyak penyelewengan demi penyelewengan dalam 1MDB.
"Dan duit untuk bayar hutang 1MDB itu datang daripada tuan juga," kata Muhyiddin yang juga merupakan ahli Parlimen Pagoh itu.
Rakyat Malaysia pelbagai kaum dan latar belakang memenuhi program Pakatan Harapan itu malam tadi, petanda mereka mula disedarkan daripada lena yang panjang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 29 Julai, 2017.
Rakyat Malaysia pelbagai kaum dan latar belakang memenuhi program Pakatan Harapan itu 
malam tadi, petanda mereka mula disedarkan daripada lena yang panjang.
2M mampu tarik hadirin
Program Jelajah Semarak malam tadi sepatutnya turut menampilkan Dr Mahathir akan tetapi keadaan kesihatan bekas perdana menteri yang berumur 92 tahun itu tidak begitu baik dan dinasihatkan doktor agar banyak berehat.
Pada program sama, Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir mengatakan beliau tidak menafikan Umno banyak berjasa kepada negara.
"Akan tetapi kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
"Dan nila itu ialah Najib. Kerana Najib Umno menjadi rosak," kata bekas menteri besar Kedah itu.
Mukhriz turut menceritakan, sewaktu masih bersama Umno, beliau cuba untuk meminta Najib meletakkan jawatan agar parti Melayu itu dapat diselamatkan.
"Dalam sejarah politik Malaysia, kesemua perdana menteri meletakkan jawatan di tengah penggal. Tiada yang letak jawatan lepas pilihan raya. Contohnya Pak Lah letak jawatan pada tahun 2009, setahun selepas pilihan raya 2008," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam itu merujuk kepada perdana menteri kelima Abdullah Badawi.
Walaupun tanpa kehadiran Dr Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz masih mampu membuatkan hadirin menunggu sehingga program selesai.
Mustafa Othman, 66, yang datang dari Raub malam tadi teruja dengan ucapan diberikan Muhyiddin dan Mukhriz.

Abu Talib: Arifin perlu jelas pelantikan Md Raus

Bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman mahu bekas Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menjelaskan alasan cadangannya melantik Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai hakim tambahan.
"Saya fikir bekas ketua hakim itu mempunyai kewajiban untuk menjelaskan kepada rakyat berhubung asas beliau menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk melantik mereka sebagai hakim tambahan ketika mereka masih berkhidmat.
"Adakah kerana hakim-hakim lain tidak berwibawa,” soal Abu Talib dalam wawancara dengan Malaysiakini hari ini.
Abu Talib berkata adalah penting bagi Arifin untuk menjelaskan alasan di sebalik cadangannya untuk menghilangkan sebarang persepsi tidak berasas.
"Dengan berbuat demikian akan meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap badan kehakiman.
“Jika tidak, ramai akan membuat spekulasi sebab pelantikan itu tidak baik untuk integriti badan kehakiman.
"Beliau mesti menjelaskannya kerana ini telah menjadi kontroversi," kata Abu Talib.

Apa kata bekas AG pada Apandi dan isu 1MDB

Dua tahun berlalu selepas Tan Sri Apandi Ali dilantik sebagai peguam negara.
Bagaimanapun, keputusannya membersihkan nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang salah laku berkaitan dana RM2.6 bilion dan 1MDB terus menghantuinya.
Pengkritik mendakwa pelantikannya menggantikan Tan Sri Gani Patail, yang tidak disambung perkhidmatan atas alasan kesihatan, dengan tujuan untuk menutup skandal 1MDB.
Apandi dan kerajaan bagaimanapun menafikannya.
Dalam wawancara dengan Malaysiakini, bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman berkongsi pandangan berkaitan cara Apandi menangani isu 1MDB.
Menjawab soalan, beliau bersetuju Apandi patut lebih bekerjasama dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS), berbanding menolak saman Jabatan Keadilan (DOJ) AS dengan alasan bermotifkan politik.
“Idealnya, beliau patut (bekerjasama) kerana kita bercakap berkaitan keadilan dan hak-hak individu,” katanya.
Abu Talib membangkitkan kes ahli perniagaan Eric Chia yang menyaksikan peguam negara ketika itu pergi ke seluruh pelosok dunia bagi mengutip bukti bagi menyokong pendakwaan terhadapnya.

SPR digesa jelaskan 'pengundi hantu' RDPT di bangunan Umno Bukit Katil, IPK, kem tentera

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa bagi penjelasan mengenai Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) suku kedua 2017 kerana terdapat 13 nama yang berlainan latarbelakang pada satu alamat yang sama di Bangunan Umno-BN  Bukit Katil dan perpindahan pengundi pos dan awal di ibupejabat polis daerah dan kem tentera di Melaka.
Ahli Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa 13 nama-nama tersebut telah mengunakan alamat bangunan Umno Bukit Katil walaupun lot-lot di situ tiada penyewa kerana ia dijadikan bangunan Umno sebaik ia siap dibina.
"Kawasan penempatan di taman tersebut iaitu sederet ruma hteres mempunyai nomor ganjill bermula dari nombir 1 hingga ke nombor 23.
"Sedangkan bangunan pejabat yang diduduki oleh Umno Bahagian Bulit Katil mempunyai nombor genap bermula dari nombor 2 dan berakhir dengan nombor 8.
"Kesemua 13 nama tersebut adalah dipindak masuk atau ditukar alamat ssepert yang tecatat dalam RDPT suku kedua 2017 itu," ujarnya dalam kenyataannya.
Shamsul Iskandar Mohd AkinJusteru Naib Presiden PKR ini mempersoalkan bagaimana terdapat 13 nama tersebut yang berpindah masuk ke premis yang tidak mereka duduki dan berlaku di dalam tempoh sama iaitu antara April hingga Jun 2017?
"Adalah suatu yang tidak disengajakan bila premis tempat nama-nama itu didaftarkan untuk berpindah terletak di premis pejabat Umno Bukit Katil?," soalnya lagi.
Shamsul juga berkata, terdapat pertukaran alamat oleh pengundi di ibupejabat Polis, Balai-balai Polis serta kem Tentera dan kem Wataniah yang juga adalah pengundi pos dan pengundi awal.
"Berdasarkan RDPT suku kedua 2017 itu terdapat seramai 46 orang pemilih berpindah masuk ke IPK manakala bilangan yang berpindah keluar cuma seramai 10 orang.
"RDPT suku pertama 2017 juga menunjukkan seramai 157 orang berpindah masuk ke IPK sementara bilangan berpindah keluar seramai 49 orang sahaja.
"Persoalannya mengapa langkah berpindah masuk lebih tinggi dari berpindah keluar kerana sepatutnya jumlah itu sama?
"Adakah IPK Melaka menambah keanggotaan dengan begitu mendadak di dalam tempoh 6 bulan iaitu hampir seramai 200 anggota berbanding dengan 60 orng yang berpindah keluar?" soalnya lagi.

Walau tanpa Najib, Dr M takkan kembali pada Umno

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengulangi bahawa beliau tidak akan kembali menyertai Umno walaupun Datuk Seri Najib Razak sudah mengundurkan diri.
Menurut Mahathir, ini kerana beliau mendapati Umno kini sudah rosak teruk ekoran anggotanya didakwa lebih mengutamakan kepentingan diri serta perjuangan untuk 'dedak'.
Malah, beliau turut berpendapat, parti keramat Melayu itu tidak lagi memperjuangkan agama, bangsa dan rakyat.
"Saya pada mulanya, saya cuba untuk singkirkan Datuk Seri Najib, tidak Umno.

“Tetapi saya dapati Umno sudah rosak teruk kerana Datuk Seri Najib dan mereka sekarang lebih utamakan kepentingan diri, kewangan dan sebagainya dan tidak lagi perjuangkan untuk agama, bangsa dan rakyat.
"Sebab itu Umno sekarang bukan lagi Umno yang ditubuhkan dulu. Ini adalah Umno (yang) dibentuk Datuk Seri Najib yang mempunyai tujuan lain daripada Umno yang ditubuh.
"Sebab itu saya tidak akan kembali pada Umno kerana ini adalah Umno yang sudah rosak yang lebih mengutamakan perjuangan untuk dedak daripada perjuangan agama, bangsa dan tanah air," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sebuah video yang dimuat naik di Facebook Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Dalam video berkenaan, pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu ditanya sama ada beliau akan kembali ke Umno jika Najib tidak lagi menjadi perdana menteri.
Mahathir sebelum ini pernah tinggalkan Umno pada 19 Mei 2008 kerana mendakwa hilang kepercayaan kepada penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau sekali lagi melakukan tindakan sama pada 29 Februari 2016 sebagai tanda protes terhadap Najib dan mendakwa Umno merupakan parti untuk mempertahankan Najib sebagai presidennya.
Pada 1969, Mahathir pernah dipecat keahliannya daripada Umno kerana mengkritik pentadbiran perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman.

NURUL IZZAH: 2009 NAJIB RAZAK KATA ANWAR BOHONG 1MDB AKAN MERANAPKAN EKONOMI NEGARA

Majlis Presiden penentu keputusan dalam Pakatan Harapan


Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan tidak sesekali mempunyai kuasa 'penentu' (dictate) terhadap sebarang keputusan dalam Pakatan Harapan.
Presiden Amanah Mohmad Sabu menjelaskan ssetiap keputusan yang dibuat oleh Pakatan Harapan adalah hasil daripada konsensus bersama empat parti gabungan di bawah Majlis Presiden Pakatan Harapan.
Majlis Presiden logo 4"Kita dapati Dr Mahathir tidak 'dictate' keputusan bahkan ada pandangan beliau yang juga ditolak. Bila majoriti menolak pandangan atau cadangannya, beliau menerima keputusan majoriti.
"Dalam Pakatan Harapan pendirian bersama itu diambil bukan keputusan seseorang.
"Setiap wakil parti mereka bebas berhujah dan memberi pandangan.Kadangkala pandangan yang dibawa oleh sebuah parti ditolak kemudian dicadangkan pandangan lain dan diterima secara umum, itu akan menjadi keputusan Pakatan Harapan.
"Ertinya sebarang keputusan bersama konsesus antara empat parti.Majlis Presiden Pakatan Harapan adalah janji manifestasi pembaharuan dalam Pakatan Harapan," ujarnya dalam satu temubual dengan media Oren parti itu..
Beliau diminta mengulas berkaitan struktur Pakatan Harapan yang diumumkan pada 13 Julai lalu.
Terdapat pihak yang menyuarakan keraguan mereka siapa yang mempunyai kuasa eksekutif untuk membuat keputusan kepada dasar-dasar dalam Pakatan Harapan apabila Majlis Presiden Pakatan Harapan secara konsensus melantik Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Mahathir sebagai Pengerusi dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden bagi jawatan tertinggi parti gabungan itu.
Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad pula menerangkan, pertikaian siapa yang lebih memegang kuasa eksekutif dalam gabungan empat parti seperti PKR,DAP, Amanah dan Bersatu sepatutnya tidak perlu dipersoalkan.
"Siapa yang berkuasa, siapa yang ada kata putus persoalan yang tidak begitu relevan dalam keadaan di mana keputusan dibuat dalam musyawarah.
"Pengerusi berperanan mempengerusikan Majlis Mesyuarat Presiden untuk menentukan perbincangan dan perbahasan dilakukan secara menyeluruh hampir semua pihak dibenarkan untuk bersuara.

PH Terengganu kesal SPR enggan beri salinan digital RDPT

Pakatan Harapan Terengganu kesal dengan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tetap enggan memberikan salinan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi suku kedua.
 Ng Chai HingPengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing (Gambar kiri) berkata, selepas bantahan dibuat Pakatan Harapan di semua peringkat termasuk Pusat, sikap SPR masih sama apabila pihaknya masih gagal dapatkan RDPT sebagaimana suku pertama sebelum ini.
Menurutnya, keadaan itu menunjukkan bahawa SPR tidak menghiraukan bantahan dan juga kesukaran yang perlu dihadapi oleh parti-parti bagi membuat semakan pemilih.
“Rasanya kalau kita meneruskan bantahan, mereka akan tetap dengan keputusan untuk tidak menyerahkan salinan RDPT kepada kita,” katanya seperti dilpaor Sinaronline hari ini.
Mengulas lanjut katanya, beliau bersama-sama pemimpin Pakatan Harapan Terengganu termasuk Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail dan Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad ke Pejabat SPR di Wisma Persekutuan baru-baru ini untuk mengadakan perjumpaan dengan SPR tetapi tidak dilayan.
Menurutnya, pihak terlibat juga enggan memberi maklumat berhubung salinan RDPT sebagaimana diminta sebaliknya pihaknya perlu menyalin sendiri nama-nama pemilih daripada salinan asal.
“Sedangkan kedua-dua pemimpin tersebut (Azan dan Raja Bahrin) adalah wakil rakyat. Kalau wakil rakyat pun tidak dilayan, apatah lagi kalau orang biasa yang minta,” katanya.
Beliau berkata, proses menyalin RDPT dibuat oleh pemimpin Pakatan Harapan di negeri ini sebelum ini mengambil masa selama tiga hingga empat hari.
Jelasnya, sekiranya Pakatan Harapan gagal menyalin, pihaknya juga tidak dapat membuat bantahan kerana semakan tidak dapat dibuat.
Menurutnya, tindakan SPR itu menambahkan kesukaran kerana terpaksa memberi sepenuh perhatian terhadap perkara itu dalam masa sama beberapa hari sedangkan ia boleh dipermudahkan sebagaimana sebelum ini.
“Kita rasa kecewa kerana SPR masih tidak mahu beri salinan. Keadaan masih sama walaupun suku kedua dan kita tiada pilihan lain kecuali fotostat di pejabat SPR sahaja dengan membawa peralatan sendiri," katanya.

Dato Husam Musa - " Uslub Dakwah dan Politik Pas kini tidak relevan"

MOHAMAD SABU- MASA 2 HARI KEMUKA SIMBOL BARU PH KEPADA ROS.

PENYERAHAN PERMOHONAN PENDAFTARAN RASMI PH , IBUPEJABAT ROS PUTRAJAYA.

Terbukti Najib Takut Berdebat Dengan Orang Tua Ini...

MUHYIDDIN YASSIN: NAJIB RAZAK TAK MALU MASIH DUDUK DITAKHTA PUTRAJAYA

MUKHRIZ: TEMERLOH) NAJIB RAZAK IBARAT NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA

TONY PUA: PINK DIAMOND ISTERI NAJIB RAZAK ROSMAH MANSOR (SAYANGI MALAYSIA HAPUS KLEPTOKRAT)

RAFIZI RAMLI (DUNGUN): DISEBALIK GULA GULA NAJIB RAZAK UTK FELDA (BINA SEMULA NEGARA)

MAT SABU: BERDENDAM DENGAN TUN M TAK KAN DAPAT TUMBANGKAN NAJIB RAZAK