Jumaat, 28 Julai 2017

PRU14 - Peluang Keemasan Rakyat Untuk Lakukan Perubahan

Warga Felda masih sokong BN?

PELBAGAI isu kontroversi yang melanda Felda sejak kebelakangan ini benar-benar memalukan kerajaan dan Felda sendiri.
Malahan harga minyak kelapa sawit yang terus jatuh sejak 2014 telah mendorong peneroka tidak tidur lena.
Ramai menyalahkan kerajaan kerana tidak mengekang harga komoditi ini daripada terus menjunam sehingga pendapatan mereka makin berkurangan.
Ketika keluhan peneroka belum selesai, timbul pula kecelaruan membabitkan pengurusan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), lebih-lebih lagi terbongkarnya kes penyelewengan di peringkat tertinggi.
Saham FGV jatuh teruk. Daripada nilai pasaran RM10.5 bilion pada tahun 2012 telah menjunam tinggal hanya RM5.6 bilion pada 31 Disember tahun lalu.
Terbaru, isu penyelewengan sekali lagi tercetus dalam dunia Felda. Kali ini membabitkan Felda Investment Corporation (FIC) pula. 
Berdasarkan maklumat siasatan awal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), FIC dipercayai membeli sebuah hotel empat bintang di Kensington, London antara tahun 2013 dan 2015 dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga asal menyebabkan FIC mengalami kerugian jutaan ringgit.
Apabila berlakunya isu penyelewengan dan rasuah dalam Felda dan ditambahkan pula masalah peneroka yang sedia ada, apakah BN masih lagi boleh mendabik dada bahawa Felda tetap kubu kuat mereka?
Bagaikan ingin menutup kesilapan sendiri dan menggembirakan warga Felda, enam insentif baharu yang bernilai hampir RM1.6 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini menunjukkan detik semakin hampir tiba untuk membubarkan parlimen.
Tidak dinafikan kawasan penempatan Felda menjadi kubu kuat BN. Pemimpin-pemimpin pembangkang yang cuba meraih sokongan daripada pengundi Felda ternyata gagal membuahkan hasil.
Ketika PRU 14 semakin hari semakin dekat, pemberian enam insentif ini mampu mengukuhkan lagi kekuatan BN di kawasan-kawasan Felda. Enam insentif yang menarik ini turut mampu menangkis pembangkang yang dikatakan mulai aktif bergerak di kawasan kampung-kampung Felda sejak kebelakangan ini.
Daripada 222 kerusi parlimen di seluruh negara, 54 adalah penempatan Felda. Pada PRU lalu, BN memenangi 48 kerusi manakala pembangkang enam.
Maka tidak hairanlah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada awal Mac lalu meminta warga Felda terus memberi sokongan kepada BN dengan merampas semula enam kerusi parlimen milik pembangkang itu.
Bagi pembangkang, peluang untuk calon mereka menang di kawasan bandar tidaklah sukar.
Sebaliknya, usaha untuk memenangi hati pengundi di kawasan luar bandar, terutama sekali di kawasan Felda, kalau cuba hendak dapat undi dengan berceramah siang dan malam, itu bukan caranya.
Untuk menawan Putrajaya, Pakatan Harapan mesti memikirkan bagaimana memperoleh sekurang-kurangnya tambahan 30 peratus pengundi Felda, BN barulah mampu ditumbangkan. Angka ini nampak sukar dicapai, tetapi sebarang kemungkinan tetap boleh berlaku.
Pakatan Harapan, lebih-lebih lagi Bersatu di bawah pimpinan Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan bantuan PKR dan Amanah cuba melakukan misi getir lagi mustahil ini.
Pemimpin-pemimpin Bersatu dilaporkan memasuki ke kawasan-kawasan Felda yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin pembangkang sebelum ini.
Ia dikatakan sebagai cubaan berani mendapatkan sokongan daripada pengundi Felda, terutama sekali generasi baharu di situ.

PRESIDEN MCA 'BALUN' PRESIDEN UMNO?

Presiden MCA, Liow Tiong Lai menyifatkan isu mahu mengiktiraf komuniti India Muslim sebagai Bumiputera tidak lebih sebagai mainan politik untuk kepentingan sendiri sedangkan perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata, BN mempunyai saluran tersendiri untuk membincangkan apa-apa perkara berhubung isu atau dasar yang melibatkan kepentingan negara.

"Ini bukan satu isu, perkara itu tidak pernah dibangkitkan atau dibincangkan dalam Kabinet ataupun di peringkat BN. 
"Hentikan daripada memainkan isu itu dan saya fikir penekanan perlu diberi kepada usaha mengukuhkan perpaduan nasional menjelang sambutan Hari Merdeka tidak lama lagi,” tegas Liow.

Siapa yang mula memainkan isu berkaitan taraf Bumiputera untuk India Muslim?

Adakah ia dilakukan oleh Tun Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin atau mana-mana pemimpin Bersatu?

Adakah ia pernah dibangkitkan oleh Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Azmin Ali dan lain-lain pemimpin PKR?

Adakah juga sesiapa daripada DAP dan Amanah pernah menjadikan isu berkaitan komuniti India Muslim sebagai mainan politik untuk kepentingan sendiri?

Jika sesiapa tidak pernah menyentuhnya, mengapa Presiden MCA itu berkata demikian?

Kepada siapakah beliau menujukan 'balunannya' itu?

Jika kita belum lupa, kita tentu ingat bahawa hanya Najib Razak yang pernah menjadikan isu berkaitan kedudukan India Muslim ini.

Mula-mulanya beliau mengkritik Tun Mahathir sebagai pemimpin yang mempunyai darah India, tetapi mendakwa tidak banyak membantu kaum India sendiri berbanding dirinya.

Mungkin menyedari kata-katanya itu terkena kepada dirinya semula memandangkan ramai orang kelilingnya, baik dalam pentadbiran kerajaan, UMNO dan pelbagai lagi turut terdiri daripada mereka yang berdarah India Muslim, Najib kemudian cuba bertindak lunak dengan mengiktiraf mereka sebagai Bumiputera.

BANTU RAFIZI SEPERTI BANTU RAKYAT DAN NEGARA

MSO
Semalam Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli (foto) membuat rayuan awam untuk mendapatkan derma bagi membantunya menyelesaikan bayaran ganti rugi dan kos berkaitan satu kes saman dihadapinya dengan syarikat “Lembu Gemuk” (NFC). Ahli parlimen Pandan itu memerlukan RM300,000 untuk melunasinya bagi mengelakkan dia diistyharkan muflis.
Beliau sudah mendapat surat perintah dari mahkamah agar melunasinya, walaupun kes itu masih dalam peringkat rayuan. Doakan semoga rayuan berjaya dan wang RM300 ribu itu tidak melayang.
Tindakan Rafizi itu sudah viral di laman sosial dan mendapat berbagai reaksi daripada orang ramai dengan segala macam komen dan kritikan. Mereka yang bersimpati dan kagum dengan keberanian Rafizi, tidak cakap banyak terus sahaja hulur derma. Manakala yang anti Rafizi dan pembangkang (di UBN) mempertikaikan tindakan Rafizi itu sebagai menyusahkan rakyat.
Saya juga ikut sama memberi singgungan dalam Facebooks dan ia mendapat pelbagai reaksinya, pro dan kontra. Ada yang marah-marah kepada saya kenapa membuat status berkenaan yang dianggap semacam tidak bersimpati dengan Rafizi. Status saya bagi yang kurang bijak akan marahkan saya, tetapi yang dapat membaca kilau dalam kilat, dapat mendengar talun dalam bunyi akan tahu maksud dan tujuannya.
Saya tidak berkecil hati dengan komen-komen yang kurang manis terhadap saya bersabit isu Rafizi dan dermanya itu. Apa yang penting maksud saya menghantar status itu telah mencapai tujuannya. Saya mahu melihat sejauh mana kesedaran dan kepekaan awam dalam kes-kes melibatkan Rafizi begitu. Mahu tahu secepat mana mereka bangkit membela Rafizi. Nampaknya ia memberangsangkan.
Di sini saya tidak mahu menghurai apa yang tersembunyi daripada staus saya dalam Fb mengenai tindakan Rafizi itu. Ketahuilah sendiri dan selaminya maksudnya. Apa yang hendak diperkatakan di sini, memberi pencerahan kepada umum mengenai tindakan Rafizi itu.
Rafizi memang tidak seorang yang kaya raya seperti kebanyakan wakil rakyat Umno atau ketua-ketua bahagian. Atau sekaya ketua Pemuda Umno, atau ketua Puteri atau naib-naibnya. Dia tidak mudah memiliki wang sebanyak itu untuk membayar ganti rugi itu.
Dia juga tidak ada God Father yang mempunyai kuasa untuk menyelamatkannya. God Father dia ialah rakyat semua.
Angka itu sangat besar baginya. Tetapi ia bukan suatu yang bukan sukar untuk dikumpulnya. Saya percaya simpati orang ramai kepadanya, terutama mereka yang terpesona dengan gaya kepimpinan dan hormat kepada keberaniannya, sudah pun menghulurkan derma yang dibutuhkan itu. Mungkin angkanya sudah pun melebihi daripada mencukupi. Boleh jadi ia sudah mencecah RM 1 juta atau lebih?
Kalau presiden Amanah Mohamad Sabu yang menghadapi masalah sama apabila mahkamah memerintahkan membayar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya sebanyak RM500,000 hanya dalam masa dua minggu sahaja, masakan sukar untuk Rafizi mendapat derma sebanyak itu.
Pengikut dan penyokong Rafizi di kalangan anak muda yang berwang, berjiwa kental lebih ramai daripada Mohamad Sabu.
Apabila Rafizi membuat rayuan itu, saya tidak melihat kepada kesusahan yang dihadapinya. Dia boleh menggadai mana-mana aset yang dimilikinya bagi mengelakkan dia dimufliskan. Apa yang kena faham dan ini saya ingin saya tekankan, motif beliau membuat rayuan itu ialah mahu melihat sejauh mana daya pengorbanan rakyat untuk membela apa yang beliau lakukan selama ini. Ini kena difahami, bukan dilihat kepada kesempitannya.
Tindakan itu juga memberi mesej kepada organisasi yang disertainya sendiri, PKR. Apakah partinya tidak mempunyai tanggungjawab menyelesaikan apa jua masalah dihadapinya. Rafizi berbuat itu bukan wewenang melainkan membawa aspirasi perjuangan PKR. Maka wajar kalau PKR yang kini sudah menjadi tonggak kerajaan di Selangor dimana para pemimpinnya “lega” menyilau masalah dihadapi Rafizi itu.Beban terpikul di bahu Rafizi hendaklah dijinjing sama oleh partinya.
Lainlah kalau ada orang tertentu dalam partinya sendiri suka dan gembira dengan apa yang dihadapinya itu. Kita tidak tahu apakah bayaran guaman yang digunakan Rafizi untuk membelanya dalam beberapa kes dihadapi dibiayai oleh partinya atau ia dibuat sukarela oleh peguam atau atas tanggungan Rafizi secara sendirian berhad.
Beberapa pembongkaran dan pendedahan yang lakukan semuanya bertaraf 5 (lima) bintang. Calang-calang anak muda yang genius dan seberani Rafizi sanggup melakukan “harakiri” dengan perjuangan. Semua kasus dihadapinya bernilai lebih daripada RM300,000. Beliau telah menjadikan dirinya sebagai lilin untuk menerangi rakyat dan negara. Jadi sapabila beliau terbuka mulut mengatakan tidak mampu menyediakan wang sebanyak itu, haruslah ada ribuan tangan menghulurnya.

Dulu pembangkang kalah kerana tak bersatu, kata Dr Mahathir


Dulu pembangkang kalah kerana tak bersatu, kata Dr Mahathir
Dr Mahathir menyeru Pakatan Harapan untuk bersatu agar matlamat untuk menumbangkan pemerintahan Najib Razak menjadi kenyataan. 
KETIKA bercakap kepada ahli Pemuda Pakatan Harapan (PH) yang membuat lawatan hormat semalam, Dr Mahathir menegaskan perlunya pembangkang untuk bersatu.
"Semasa saya bertanding dalam pilihan raya ketika bersama Barisan Nasional (BN), saya tahu pembangkang akan kalah kerana mereka saling bercakaran. Itu sebabnya kenapa kita perlu menjadi pakatan pembangkang yang bersatu," kata Dr Mahathir dalam satu catatan Facebook.
Ketika pertama kali dilantik sebagai pengerusi PH pada 18 Julai, Dr Mahathir menggesa parti komponen untuk mengenepikan perbezaan ideologi mereka dan bersatu jika mahu menumbangkan pemerintahan Najib Razak.
"Saya pernah menjadi pemimpin BN. Banyak kali saya menang. Dan kami menang lima pilihan raya kerana pembangkang lemah. Kenapa mereka lemah? Kerana mereka tak bersatu. Mereka bergaduh sesama sendiri dan BN menang," kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir berkata, Tengku Razaleigh Hamzah yang keluar parti Umno lalu menubuhkan Semangat 46 pada 1987 juga gagal untuk menyatukan pembangkang kerana ada parti yang tak mahu bersatu.
"Kita perlu menggabungkan fokus kita. Kita perlu bergerak seiring. Slogan kita mesti sama, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Kita mesti bersatu.
"Sudah tentu setiap parti ada cabaran masing-masing. Tapi dalam hal ini, matlamat kita sama iaitu menjatuhkan kerajaan kleptokratik."
Beliau juga memberitahu ahli Pemuda PH, "belum pernah sebuah kemenangan menjadi begitu penting." .

Jerat itu PKR, pelanduk itu Dr M, kata Umno

Annuar Musa berkata PKR bersikap berwaspada terhadap tindak tanduk Dr Mahathir walaupun diterima menyertai PH.
Annuar-Musa-pkrr-mahathiiirKOTA BHARU: Persetujuan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menubuhkan suruhanjaya siasatan bebas bagi menyiasat pelbagai tuduhan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad membuktikan parti itu belum bersedia melupakan perbuatan bekas perdana menteri itu terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata kenyataan itu menunjukkan PKR bersikap berwaspada terhadap tindak tanduk Dr Mahathir walaupun secara zahirnya beliau diterima menyertai pakatan pembangkang dan dilantik sebagai pengerusi Pakatan Harapan.
“Ada perumpaan Melayu mengatakan ‘pelanduk mungkin lupa jerat tapi jerat tidak pernah lupa pada pelanduk’. Di sini jerat itu PKR dan pelanduk itu Dr Mahathir,” katanya kepada pemberita di Program Himpunan Usahawan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Parlimen Ketereh hari ini.
Turut hadir Adun Kok Lanas Datuk Mohd Alwi Che Ahmad dan Pengerusi Kelab Usahawan Amanah Terbilang (Kuat) Narma Che Man.
Semalam, Wan Azizah dilaporkan bersetuju dengan tuntutan aktivis reformasi yang mahu pembangkang menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi menyiasat pelbagai tuduhan terhadap Dr Mahathir sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Wan Azizah berkata, sehingga keputusan PRU diketahui, pakatan pembangkang bersetuju untuk mengekalkan Dr Mahathir sebagai pengerusi bagi gabungan berkenaan.
Mengulas lanjut Annuar berkata Wan Azizah sebenarnya secara simbolik memberi peringatan kepada Dr Mahathir agar tidak mengambil mudah terhadap PKR dan pastinya amaran itu datang daripada Anwar.
“Gabungan yang mempunyai agenda sendiri ini amat bahaya jika diberi mandat kerana meletakkan agenda lain lebih besar daripada agenda nasional berbeza dengan Umno (dan Barisan Nasional) yang kekal dengan perjuangan pro-rakyat dan sentiasa cuba menangani permasalahan rakyat dalam pelbagai bentuk bantuan” katanya.
Beliau turut mendakwa penyertaan Dr Mahathir ke dalam pakatan pembangkang hanyalah untuk kepentingan peribadi dalam usaha menguasai politik negara.

MENGHARAP JUMAAT YANG BERKAT

Jumaat 28 Julai 2017, permohonan untuk mendaftarkan Pakatan Harapan  dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan akan dikemukakan secara rasmi.

Beberapa pimpinan Pakatan Harapan dijangka akan mengemukakan permohonan tersebut pada jam 10 pagi di pejabat Pendaftar Pertubuhan di Putrajaya.

Mudah-mudahan sempena hari Jumaat yang berkat, permohonan untuk mendaftarkan Pakatan Harapan itu tidak menimbulkan banyak masalah dan akhirnya diberikan kelulusan secara rasmi.
Dengan adanya Pakatan Harapan, sistem politik Malaysia akan menghampiri sistem dua parti yang bukan saja memudahkan lagi perubahan, tetapi akan memberi lebih kebaikan kepada rakyat dan negara.

Sama-samalah kita memberi sokongan dan doa kepada kejayaan pendaftaran Pakatan Harapan itu.

Pakatan Harapan adalah harapan baru bagi rakyat Malaysia.

Chandra, Azmi Sharom bidas kerajaan haramkan buku G25

Pensyarah undang-undang Azmi Sharom berkata pengharamkan itu contoh kerajaan menekan kebebasan bersuara.
breaking-the-silence2PETALING JAYA: Mengharamkan buku yang bertujuan untuk melawan pandangan agama yang melampau dan sempit bukti kerajaan khuatir akan tafsiran agama yang berbeza dan sederhana.
Begitu pandangan Chandra Muzaffar, salah seorang penyumbang kepada buku bertajuk “Memecah Kesunyian: Suara Kesederhanaan – Islam dalam Demokrasi Perlembagaan”.
Buku dikarang G25, sebuah kumpulan 25 tokoh Melayu. Menurut kerajaan, ia diharamkan kerana dianggap memudaratkan ketenteraman awam.
Chandra, yang juga pengarah Pergerakan Antarabangsa bagi Dunia Adil, menyifatkan langkah pengharaman buku itu sebagai “tidak munasabah”.
Chandra-Muzaffar
Chandra Muzaffar.
“Ia himpunan esei yang bertujuan untuk menunjukkan pemikiran pelampau dan sempit dalam hal berkaitan amalan Islam di negara ini perlu dibanteras secara intelektual.
“Itu tujuan buku itu, dan untuk menunjukkan usaha pelampau mentafsirkan Islam dengan cara yang sesuai dengan kepentingan kumpulan tertentu,” katanya kepada FMT.
Chandra, yang juga pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, berkata buku itu sebenarnya mendukung prinsip asas Perlembagaan Persekutuan.
“Tidak munasabah mengharamkan buku seperti ini. Pengharamkan ini cubaan untuk mengekang pemikiran seimbang, rasional dal terbuka dalam perkara berkaitan dengan amalan Islam di Malaysia.”
Beliau menambah buku itu bukan sahaja mengenai amalan Islam, tetapi mengenai hidup mengikut prinsip perlembagaan, yang pasti akan disedari kerajaan “jika mereka baca buku itu”.
Chandra menyumbangkan esei bertajuk “Keadilan dan Kesamaan dalam Islam”.
“Ia berdasarkan konsep keadilan dan kesamaan dalam istilah sejagat. Ia tidak berkaitan dengan Malaysia,” katanya.
Pensyarah undang-undang di Universiti Malaya Azmi Sharom menyatakan pandangan yang sama, memberitahu FMT buku itu tidak bertujuan untuk mencetuskan masalah.

Kempen media jatuhkan Dr Mahathir sasar pengundi atas pagar Melayu


Kempen media jatuhkan Dr Mahathir sasar pengundi atas pagar Melayu
Wujud ketakutan sebenar yang Dr Mahathir akan menjauhkan orang Melayu luar bandar daripada Umno sehingga wujud serangan berterusan untuk menjatuhkan beliau, kata penganalisis.
DALAM  serangan berterusan kepada Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad untuk mengubah pandangan awam, kumpulan media milik kerajaan kini menyasarkan pengundi Melayu atas pagar.
Akhbar dan televisyen yang mempunyai hubungan dengan parti pemerintah Umno kini sedang berusaha mengingatkan pengundi tentang kontroversi yang pernah berlaku sepanjang pemerintahan Dr Mahathir selama 30 tahun, daripada manipulasi harga timah sehinggalah kepada skandal perdagangan wang asing yang menyebabkan negara kerugian berbilion ringgit.
Tahap dan kadar serangan itu yang sebelum ini hanya digunakan untuk pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim, kini mempunyai sasaran baru, bekas perdana menteri keempat Malaysia.
Profesor Pengajian Media dan Komunikasi, Zaharom Nain dari Notthingham University percaya serangan ini mencerminkan ketakutan Umno dan Barisan Nasional (BN) tentang pengaruh Dr Mahathir yang semakin meluas.
“Pandangan awam masih lagi berubah.
“Ada ketakutan sebenar yang Dr Mahathir akan mengubah sentimen orang Melayu akar umbi, termasuklah di kawasan luar bandar Melayu yang sangat bernilai (undinya),” kata Zaharom kepada The Malaysian Insight.
Bagaimanapun, Zaharom mengakui yang perkara ini tidak akan dapat disahkan sehingga wujud kajian mengenai pelbagai segmen rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.
“Saya kira persoalan yang lebih penting adalah: Adakah serangan bertubi-tubi media kepada Dr Mahathir mencerminkan yang ahli politik berusia 92 tahun ini sedang menjauhkan rakyat daripada Umno?”
Serangan media yang melaporkan kisah projek mega yang muflis, kroni politik dan kerugian berbilion ringgit dalam skandal ketika beliau menjadi perdana menteri sejak 1981 sehingga 2003, adalah untuk mempengaruhi pandangan orang Melayu yang membentuk separuh daripada 32 juta populasi negara, kata penganalisis.
“Tidak mengejutkan yang serangan media arus perdana kebelakangan ini tertumpu kepada Dr Mahathir, yang parti pimpinannya baru sahaja menyertai pakatan pembangkang,” kata Mustafa K Anuar, penganalisis media dan felo seksyen kajian Melayu Penang Institute.
“Dr Mahathir kini sedang memimpin PH, pakatan yang cuba menerjah masuk ke dalam kawasan luar bandar Melayu di mana media, seperti Utusan Malaysia dan TV3 mudah diakses.”

Betul, kerajaan tak tau undi penjawat awam, kata Nur Jazlan


Betul, kerajaan tak tau undi penjawat awam, kata Nur Jazlan
Timbalan Menteri Dalam Negeri Nur Jazlan Mohamed berkata undi rakyat Malaysia adalah rahsia termasuk undi penjawat awam. 
UNDI rakyat Malaysia sememangnya rahsia termasuk penjawat awam, kata Nur Jazlan Mohamed sebagai menjawab kenyataan Dr Mahathir Mohamad semalam yang mengatakan pegawai kerajaan tidak perlu takut untuk mengundi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Timbalan menteri dalam negeri itu berkata Putrajaya hanya boleh mengenal pasti sikap pengundi tetapi tidak mengetahui undi mereka kerana undi adalah rahsia.
“Tidak ada manfaat kepada Barisan Nasional (BN) pun untuk hukum siapa yang tak undi kita kerana kita mahu mereka memahami perjuangan BN,” katanya yang juga ahli Parlimen Pulai kepada The Malaysian Insight.
Nur Jazlan berkata ini dapat dibuktikan dengan keputusan PRU12 dan PRU13 yang menyaksikan pembangkang memenangi banyak kerusi Parlimen dan beberapa negeri.
“Kalau kerajaan boleh tahu siapa yang tak undi BN masa PRU pada 2008 dan 2013, dan ramai pegawai kerajaan disyaki tak undi BN, maka ramai pegawai kerajaan dikenakan tindakan negatif kerana tidak mengundi BN,” katanya.
Semalam, Dr Mahathir yang merupakan bekas perdana menteri paling lama berkhidmat dan pernah mengetuai BN untuk memenangi lima pilihan raya umum dengan majoriti dua pertiga memberi jaminan kepada pegawai kerajaan “undi adalah rahsia.”
"Sebenarnya kerajaan tidak akan dapat tahu siapa mengundi bagi siapa.
"Mungkin ramai yang akan takut. Jika tak undi kerajaan tindakan akan diambil terhadap mereka," katanya.
Dr Mahathir berkata semasa beliau menjadi perdana menteri dulu, beliau juga tidak tahu tentang perkara ini.
"Sebab itu ramai yang bermusuh dengan saya dapat jawatan. Dapat jadi menteri," katanya.
Menurut Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) terdapat 500,000 penjawat awam di Malaysia pada ketika ini.
Timbalan Presiden Cuepacs Zainal Ismail berkata setakat ini apa yang beliau tahu ialah undi penjawat awam adalah rahsia.

Najib akui kesilapan dalam tadbir urus 1MDB

PERDANA Menteri Najib Razak mengakui berlaku kesilapan tadbir urus korporat dalam 1Malaysia Development Bhd (1MDB), tetapi berkata beliau tidak akan menyalurkan lebih banyak wang untuk membantu syarikat pelaburan negara itu, tidak seperti perdana menteri sebelumnya.
Secara jelas merujuk kepada mentornya yang kini bertukar menjadi musuh Dr Mahathir Mohamad, Najib berkata beliau juga mengarahkan siasatan dijalankan terhadap skandal 1MDB, sesuatu yang tidak pernah berlaku pada zaman pentadbiran perdana menteri sebelum ini.
“Kami arahkan siasatan dibuat terhadap syarikat itu, bukannya kami terus tidak mengendahkannya. Arahan siasatan seperti itu tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita.
“Daripada menyuntik lebih banyak wang untuk menutup kesilapan yang dihadapi 1MDB, seperti cara dilakukan bekas pemimpin, saya arahkan rasionalisasi dilakukan terhadap syarikat itu,” kata Najib ketika berucap di persidangan Invest Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.
Najib berkata langkah rasionalisasi itu berjalan dengan baik dan banyak aset yang sebelum ini dimiliki 1MDB kini berkembang maju.
Memetik Tun Razak Exchange sebagai contoh, Najib berkata sesiapa saja boleh lalu di kawasan itu untuk melihat perkembangan pembinaan baharu itu.
Beberapa siasatan sedang dijalankan terhadap 1MDB di seluruh dunia termasuk tiga tuntutan saman difailkan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat, dan setakat ini hanya Singapura berjaya mendakwa mereka terbabit dalam syarikat yang dipengerusikan Najib itu.
DoJ memohon menyita AS$540 juta (RM2.3 bilion) lagi aset yang didakwa dibeli menggunakan wang dicuri daripada 1MDB, membawa jumlah setakat ini AS$4.5 bilion.
Bagaimanapun, Najib terus menafikan sebarang salah laku dan pihak berkuasa Malaysia melepaskannya.
Najib berkata walaupun ada isu dalam 1MDB, apa yang pasti ialah ahli politik yang membesarkan isu itu cuba mensabotaj syarikat berkenaan dalam cubaan menggulingkan kerajaan.
“Jika tidak ada 1MDB, mereka akan pilih benda lain untuk diserang dalam cubaan mengubah kerajaan secara tidak sah,” katanya.

Guan Eng umum barisan Pakatan P Pinang


GEORGETOWN – Pakatan Harapan Pulau Pinang hari ini mengumumkan  Majlis Kepimpinan Pakatan Harapan negeri ini yang dipengerusikan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan lima daripada 11 anggotanya terdiri daripada ahli DAP.
Guan Eng ketika mengumumkan barisan kepimpinan itu berkata struktur organisasi pakatan harapan Pulau Pinang itu diputuskan pada mesyuarat pertama Pakatan Harapan negeri pada 23 Julai lepas.
Struktur organisasi itu terdiri daripada empat timbalan pengerusi iaitu Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman; Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow; Pengerusi Amanah negeri Datuk Mujahid Yusuf dan Pengerusi Bersatu negeri, Marzuki Yahya.
Jawatan Setiausaha Majlis Kepimpinan Pakatan Harapan negeri pula diisi oleh Setiausaha Politik Ketua  Menteri Wong Hon Wai (DAP) manakala  Exco kerajaan negeri Jagdeep Singh Deo (DAP) sebagai bendahari dan Dr Afif  Bahardin (PKR) sebagai ketua penerangan.
Struktur organisasi itu juga turut menamakan Kon Yeow yang juga Exco kerajaan negeri sebagai Pengerusi  Jawatankuasa Manifesto dan Adun Sungai Pinang, Lim Siew Khim dari DAP sebagai Ketua Wanita Pakatan Harapan Pulau Pinang.
Guan Eng pada sidang akhbar itu berkata konvensyen Pakatan Harapan dijadual diadakan pada 24 September di Seberang Perai Arena sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum.

Hanya berlian yang boleh memotong berlian

RAMAI yang bertanya kepada saya adakah Dr Mahathir boleh dipercayai untuk memimpin Pakatan Harapan (PH)? Bukankah beliau memiliki rekod berdekad terhadap musuh politik beliau sepanjang 22 tahun di singgahsana kuasa?
Begini, Parti Amanah Negara (Amanah) bukan sebuah mahkamah yang akan berperanan menghukum segala kesalahan dan jenayah perilaku manusia. Amanah adalah sebuah parti politik bernuansa Islam yang menawarkan sentuhan rahmat dan kasih sayang kepada sesiapa jua yang bersedia menyantuni setiap manusia dengan dakapan lembayung "Rahmatallillalamin."
Menghukum manusia sekaligus berhias diri dengan dendam kesumat, biarlah menjadi ajaran terlarang dalam Amanah khususnya di kalangan pimpinan utamanya. Amanah sentiasa mendepakan tangan untuk menyuburkan kebersamaan demi memperjuangan kepentingan rakyat seterusnya negara.
Dr Mahathir adalah manusia biasa yang juga ahli politik seperti mana yang lain. Beliau ada sejarah masa silam yang panjang yang sebahagian menyebutnya sebagai "baggage".
Di antara kita bebas membaca masa lampau beliau dan membuat keputusan sama ada bersetuju atau tidak dengan sikap serta pendirian politik terkini beliau khususnya terhadap tadbir urus negara.
Tiada sesiapapun yang boleh merampas hak dan kebebasan ini daripada sesiapa. Kita bersama menentang Najib kerana kesalahan yang beliau lakukan sekarang kepada rakyat dan negara. Permusuhan di kalangan rakyat termasuk dengan Dr Mahathir hanya akan menjadikan Najib semakin bermaharajalela di tampuk kuasa.
Amanah bersedia memberikan kepercayaan kepada Dr Mahathir dalam konteks dan senario gawat negara kita pada hari ini. Demikian juga PKR dan DAP.Kami saling mempercayai dan dengan kekuatan inilah kami berjaya membina Pakatan Harapan (PH).
Inilah mercu tanda yang kami bina sebagai cahaya harapan (Beacon of Hope) bagi rakyat dan negara. Kami berusaha memudahkan rakyat untuk membuat pilihan sama ada memilih PH atau Barisan Nasional (BN).
Pemimpin agung dalam peradaban manusia bersifat jiwa besar, pemaaf dan tidak berdendam. Itulah akhlak mulia Nabi Muhammad. Begitu juga negarawan kelas dunia seperti Nelson Mandela , Mahatma Gandhi dan Martin Luther King Jr yang membuktikan mereka berjaya membuang jauh sentimen perkauman, warna kulit, peribadi dan dendam demi mengangkat kemulian insan di maya ini.

Salahuddin Ayub

Sub judice alasan elak soalan tentang 1MDB, kata peguam


Sub judice alasan elak soalan tentang 1MDB, kata peguam
Alasan sub judice oleh speaker Pandikar Amin Mulia untuk menghentikan perbincangan yang akan menyebabkan kerajaan nampak teruk, kata peguam Eric Paulsen.
DENGAN menggunakan 'sub judice' terhadap perbincangan mengenai 1MDB di Parlimen, speaker Pandikar Amin Mulia menyalahgunakan prosiding undang-undang yang sah untuk membolehkan syarikat pelaburan negara itu terlepas daripada penelitian umum, kata peguam.
Awal hari ini, Pandikar berkata perbincangan perkara berkaitan 1MDB di Parlimen berakhir dengan siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang membentangkan laporannya mengenai 1MDB pada April tahun lalu.
Dalam mempertahankan tindakannya menolak lebih 30 soalan wakil rakyat pembangkang, Pandikar berkata perbincangan mengenai tuntutan saman Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) untuk menyita aset berkaitan 1MDB adalah 'sub judice'.
“Speaker bertindak tidak masuk akal. Bagaimana apa yang dibincangkan di Parlimen boleh menjejaskan saman DoJ?," kata Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen.
"Sub judice alasan mudah, untuk menghentikan perbincangan yang akan menyebabkan kerajaan nampak teruk.
"Sangat jelas beliau menggunakan segala macam helah untuk menghalang soalan tentang 1MDB ditanya.
"Kalau Pandikar berminat menjelaskan tentang 1MDB, sekurang-kurangnya laporan PAC patut dibahaskan dalam Parlimen. Tapi nampaknya dia tak berminat."
Peraturan 'sub judice' menghalang perbincangan atau penerbitan perkara-perkara yang masih di bawah pertimbangan mahkamah.
Peguam bela dan Peguam cara Mahkamah Tinggi Lim Wei Jiet mengkritik Pandikar kerana menggunakan peraturan 'sub judice' ke atas isu berkaitan saman sivil yang difailkan pihak berkuasa asing.
"Sub judice kurang diguna pakai dalam saman sivil.
"Susah untuk dipercayai seorang hakim boleh dipengaruhi faktor-faktor luaran, bukannya bukti yang dikemukakan di mahkamah, dalam mengadili pertikaian.
"Lebih susah lagi (dalam kes ini), mengambil kira isu 1MDB yang mendapat liputan meluas seperti The Wall Street Journal dan The New York Times.
"Perbahasan ahli Parlimen pembangkang di sini langsung tidak menganggu."
'Sub judice' tidak menghalang laporan berita tentang perjalanan prosiding kehakiman selagi media tidak mengambil alih peranan mahkamah dengan membuat keputusan awal sesuatu kes.
Lim berkata, 'sub judice' juga bertujuan untuk memelihara kesucian mahkamah dan mengelak organisasi lain "menceroboh" fungsi mahkamah.
Ahli Majlis Peguam Syahredzan Johan berkata, 'sub judice' adalah untuk mengelak prosiding mahkamah dipengaruhi atau terjejas berdasarkan apa yang mereka lihat atau dengar di luar mahkamah.

Tuntutan GST palsu? DAP kata dakwaan kastam hina PBT

Adun Eddie Ng Tien Chee berkata kastam perlu hubungi pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan bukti tambahan jika ada keraguan.
Eddie-Ng-Tien-Chee-T-Subromaniam2PETALING JAYA: Kenyataan kastam mengenai tuntutan palsu dan meragukan 12 pihak berkuasa tempatan suatu penghinaan terhadap penjawat awam, kata seorang wakil rakyat Selangor.
Adun Balakong Eddie Ng Tien Chee, sebelum ini mendedahkan kastam berhutang RM36 juta dengan 12 PBT di Selangor dalam bentuk bayaran balik cukai, terkejut dengan kenyataan Ketua Pengarah Kastam T Subromaniam.
“Kenyataan itu bukan sahaja tak betul tetapi juga menghina semua penjawat awam PBT. Subromaniam harus memberikan alasan yang kuat kerana bagi saya tidak masuk akal.
“Saya hairan dengan kenyataan beliau. Mengapa pula PBT buat tuntutan palsu dengan membayar 6% cukai barangan dan perkhidmatan dan kemudian mohon bayaran balik? PBT tiada kerja lain?”
Eddie diminta mengulas kenyataan Subromaniam yang berkata kastam tidak membayar tuntutan berkenaan selepas mendapati 12 PBT berkenaan mengemukakan penyatan meragukan.
Beliau menggesa kastam menghubungi PBT secara bertulis meminta bukti tambahan jika ada keraguan.
“Kastam sepatutnya bertindak secara profesional dalam menangani bayaran balik GST.
“Mereka perlu memaklumkan PBT secara bertulis dan minta dokumen sokongan jika ada sebarang keraguan dan bukannya menahan bayaran itu.
“Ini menunjukkan mereka tidak serius memulangkan cukai boleh bayar balik kepada pelanggan mereka.”
Ng mendedahkan angka, berdasarkan kajian peribadi, yang menunjukkan jabatan itu berhutang hampir RM36 juta kepada PBT kerana ia belum membayar balik cukai yang dibayar sejak Jun 2016.
Angka tersebut diberikan oleh setiap PBT di Selangor.

Presiden MCA akui status Bumiputera tak pernah dibincang dalam kabinet



Cadangan untuk mengiktiraf komuniti India Muslim di Malaysia sebagai Bumiputera tidak pernah dibangkitkan atau dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet, kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Liow Tiong LaiBeliau berkata isu itu telah dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan sendiri dan keputusan mengenai cadangan itu perlu dipertimbangkan dan dibincangkan dengan sewajarnya kerana ia melibatkan dasar negara.
Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata parti komponen Barisan Nasional (BN) mempunyai saluran sendiri untuk membangkitkan apa-apa perkara atau bantahan jika mana-mana pihak mempunyai perbezaan pendapat berhubung isu atau dasar negara.
Ini bukan satu isu, perkara itu tidak pernah dibangkitkan atau dibincangkan dalam Kabinet ataupun di peringkat BN. Hentikan daripada memainkan isu itu dan saya fikir penekanan perlu diberi kepada usaha mengukuhkan perpaduan nasional menjelang sambutan Hari Merdeka tidak lama lagi, kata beliau pada sidang media selepas merasmikan skim pengajaran dan pembelajaran pintar pendidikan Cina, di Kuala Lumpur, hari ini.
Minggu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan mengkaji dengan mendalam permintaan komuniti India Muslim untuk diiktiraf sebagai Bumiputera.

PAS Sudah Tidak Relevan Lagi

Rafizi Ramli: Mansuhkan GST, Kawal Harga Barang!

Pulau Pinang, Negeri Pertama Tubuh Pakatan Harapan

Dr Zuhdi: Pas buat kajian, bukan cakap macam 'Mat Jenin'

DATO HUSAM MUSA: "Kerajaan menyeleweng dan korup diganti kerajaan baru Pakatan Harapan"

ISMAIL SABRI: ISU SKANDAL NAJIB RAZAK & 1MDB DAH LAMA SELESAI....