Rabu, 26 Julai 2017

Matlamat utama PAS bukan menang kerusi, kata badan pemikir

Beliau berkata PAS menonjolkan parti mereka sebagai peserta ke-3 yang menganggu rancangan pihak lain pada pilihan raya umum nanti.
wan-saiful-pas-3SHAH ALAM: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) menggesa orang ramai supaya tidak menilai PAS dengan sudut pandang yang sama seperti parti politik lain.
Ketua Eksekutif Wan Saiful Wan Jan berkata tidak seperti parti politik lain, matlamat utama PAS bukan memenangi kerusi.
“Dari awal lagi PAS kata apa yang penting bagi mereka ia menyebarkan pemahaman Islamnya.
“Politik sekadar alat untuk mencapai matlamat itu,” katanya pada forum mengenai Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di Kumpulan Media Karangkraf hari ini.
“Sekarang, PAS mengambil pendirian ia akan bertanding dan tidak peduli mereka menang atau kalah mana-mana kerusi yang mereka tandingi.
“Bagi PAS, ada ‘matlamat yang lebih tinggi’ dan bertanding itu cuma 1 lagi bentuk dakwah.”
Baru-baru ini, Utusan Malaysia Online memetik Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebagai berkata PAS tekad bertanding di semua kerusi yang berpotensi ditandingi gabungan pembangkang pada pilihan raya umum ke-14 tanpa mengambil kira menang atau kalah.
Wan Saiful berkata sebab strategi itu berkesan terhadap PH dan BN ialah kerana PAS menonjolkan parti mereka sebagai peserta ke-3 yang menganggu rancangan pihak lain.
“Suka atau tidak, secara realistiknya, pertandingan 1 lawan 1 penting untuk PH dan untuk menjadikan ia kenyataan, PAS perlu diundang bersama BN atu PH.
“Dalam pertandingan 3 penjuru, BN akan menang,” kata Wan Saiful, yang juga seorang ahli PAS.
Beliau mendakwa itu yang BN khususnya Umno fikirkan selama ini – PAS kekal sebagai pihak ke-3 untuk menghalang peluang PH memenangi kerusi dalam pilihan raya umum.
“Strategi BN untuk PAS ini sangat bijak. Mereka sedar PH sukar menang selagi PAS tidak bersama PH.

Hajat PAS jadi kingmaker takkan kesampaian

Walaupun PAS berharap mereka menjadi penentu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, seorang penganalisis berpendapat, matlamat itu tidak akan tercapai.
Sebaliknya kata Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani PAS hanya akan menjejaskan undi kepada Pakatan Harapan (HARAPAN).
Kata pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) itu, suasana politik negara ini menjurus ke arah sistem dua parti.
Dalam keadaan begitu katanya, sukar untuk parti ketiga mendapat laluan.
"Hakikatnya ialah, tidak akan ada parlimen yang tergantung dalam sistem dua parti kerana pilihan yang ada hanya dua.
"Di negara-negara Barat yang mengamalkan sistem dua parti, mereka mungkin tidak mendapat sokongan 50 peratus (bagi kerusi parlimen) dan kingmaker ialah sebuah parti yang mendapat tempat ketiga.
"Dalam sistem dua parti di Malaysia, ia adalah mustahil.
"Jadi kalau PAS menjadi blok ketiga, ia bakal menjadi tidak relevan," katanya di majlis dialog anjuran Sinar Harian di Shah Alam hari ini.

PRU14: Mungkin tsunami wanita...?

SHAH ALAM - Pakatan Harapan perlu 'menjaga golongan wanita' sekiranya ingin menang PRU14 nanti.
Ini kerana menurut, Penganalisis Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik, undi daripada golongan wanita merupakan antara penentu kepada kemenangan parti politik dalam pilihan raya nanti.
Dr Maszlee Malik "Pada 2008, 2013...walaupun kita katakan berlakunya tsunami bandar, tsunami Cina dan sebagainya, tetapi 52 peratus yang mengundi adalah wanita, dan daripada peratusan itu sebanyak tujuh peratus wanita memberikan undi kepada BN terutama kepada Umno.
"Jadi kalau Pakatan Harapan hendak lakukan adalah tsunami wanita sebenarnya," katanya ketika Wacana Sinar Harian Siri 48 bertajuk Pakatan Harapan vs Barisan Nasional, Mari Kita Nilai yang berlangsung di Dewan Karangkraf, hari ini.
Justeru, Maszlee melontarkan cadangan agar Pakatan Harapan memainkan isu berkaitan wanita bagi memikat hati mereka.
"Kalau mereka hendak mainkan isu, adalah isu yang berkaitan wanita mereka kerana mereka yang masak dan mereka lebih terkesan tentang harga-harga barang dan sebagainya," katanya.
Dalam pada itu, menurutnya lagi, Pakatan Harapan juga tidak boleh memisahkan antara pengundi bandar dan kampung.
"Kita kena ingat masyarakat bandar ia berhubung dengan masyarakat kampung, kerana mereka berasal dari kampung kebanyakkan, dan mereka akan pulang ke kampung ketika hari raya dan ketika itulah hubungan idea berlaku dan ia memberi kesan sebenarnya," katanya.

Kekuatan BN terletak pada sistem naungan, sentuhan peribadi, kata Dr Mohd Azizuddin


Kekuatan BN terletak pada sistem naungan, sentuhan peribadi, kata ahli panel
Dr Azizuddin Mohd Sani berkata Umno mempunyai sokongan yang kuat terutamanya daripada pengundi luar bandar.
KEKUATAN Barisan Nasional adalah kerana kekuatan sistem naungan dan mengamalkan politik massa berasaskan sentuhan peribadi ke atas pengundi luar bandar,” kata profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani daripada Universiti Utara Malaysia.
 “Pakatan lebih kuat pada politik umum, manakala BN dan Umno mempunyai sistem naungan kuat, di mana ia sukar untuk dipecahkan kerana mereka berkembang dari atas ke bawah,” katanya pada forum Kajian semula Pakatan Harapan vs Barisan Nasional di Shah Alam hari ini.
“Mereka menghadiri majlis perkahwinan, pengebumian dan terlibat dengan komuniti. Dengan itu, mereka mempunyai sentuhan peribadi yang baik.”
Sebanyak 52 kerusi luar bandar adalah di tanah rancangan Felda katanya, dan menambah dia belum melihat Pakatan Harapan mampu menembusi akar umbi Melayu sama seperti yang dilakukan BN terutamanya selepas PAS meninggalkan pakatan pembangkang.
Sementara itu pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Maszlee Malik berkata, Bersatu turut mempunyai formula yang sama dengan Umno.
“Hanya sesuatu yang sama mampu tewaskan Umno. Semangat 46 (yang ditubuhkan Tengku Razaleigh Hamzah) juga sama pada 1990.
“Walaupun PKR parti Melayu, ia tidak mempunyai DNA yang sama. Tetapi mereka menang besar pada 1998 adalah kerana tragedi – Anwar Ibrahim, Jadi, pengundi Melayu akan beralih daripada sistem sokongan sekiranya berlaku tragedi,” tambahnya.
Panelis yang juga pegawai eksekutif Ideas, Wan Saiful Wan Jan berkata mungkin itu sebabnya Bersatu dipimpin ahli politik berusia, seperti Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir.
“Pakatan perlu melangkah lebih jauh daripada ahli politik berusia. Bersatu mempunyai 200,000 ahli, 55% daripadanya berusia bawah 35 tahun, namun mereka dipimpin pemimpin berusia.
“Tidak mengapa untuk ahli politik berusia menjadi pengerusi, presiden atau penasihat, tetapi untuk Kabinet atau perdana menteri perlu daripada generasi yang lebih muda. Sesiapa sahaja antara kita boleh menjadi PM,” katanya berseloroh merujuk kepada ahli panel lain.
Maszlee berkata, pada pilihan raya 2013 terdapat tsunami belia, Cina dan Melayu bandar.
“52% pengundi adalah wanita tetapi 70% daripada merkea mengundi BN. Dalam keahlian Bersatu, hanya 30% daripada mereka  adalah pengundi wanita dan mereka tiada ikon wanita.
“Itu yang boleh mereka usahakan,” tambahnya.

Tanpa kehadiran Hadi, Pas tetap yakin RUU 355 dibahas di parlimen



Pas yakin Rang Undang-undang Persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355 yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dibahaskan pada sidang parlimen yang sedang berlangsung.
Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan berkata, tidak ada sebab untuk parlimen tidak boleh membahaskan RUU 355.
RUU355"Sudah separuh ia dibahaskan jadi ia patut terus dibahaskan. Dan kalau boleh mengundi, kita undilah," katanya seperti dipetik Harakahdaily.
Tambahnya, ketidakhadiran Ahli Parlimen Marang itu tidak menjadi halangan untuk RUU itu dibahaskan.
Minggu lalu, anak sulung Abdul Hadi berkata, pembentangan RUU 355 mungkin ditangguhkan ke Oktober ini kerana Presiden Pas itu kemungkinan tidak menghadiri sidang Parlimen.
Khalil Abd Hadi memberitahu Sin Chew Daily, bapanya masih memerlukan satu hingga dua bulan untuk berehat selepas menjalani pembedahan penggantian injap di Institut Jantung Negara (IJN) pada 16 Mei lalu.
“Saya rasa kemungkinan besar beliau tidak dapat menghadiri sidang Dewan Rakyat seterusnya,” kata ketua Pemuda PAS itu kepada akhbar berkenaan.
Mengikut peraturan mesyuarat, mana-mana ahli Parlimen berhak membentangkan usul RUU persendirian, tetapi mereka perlu mendapat kebenaran speaker Dewan Rakyat dan membentangkan usul itu sendiri.
Usul Persendirian Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355) telah dibacakan pada 6 April 2017 lalu.

Hadi tidak hadir parlimen, perlu rehat dua bulan lagi


Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak hadir ke parlimen kerana dinasihatkan oleh doktor supaya berehat selama dua bulan.
Abdul Hadi Awang 1Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Hadi ketika ini sedang bercuti dan hanya akan ke perlimen jika tahap kesihatannya bertambah baik.
"Keadaan kesihatan beliau (Abdul Hadi) sudah baik. Tetapi beliau dinasihatkan oleh doktor supaya mengambil cuti panjang kira-kira dua bulan," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.
Abdul Hadi selamat menjalani pembedahan mengganti injap jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 16 Mei lalu.
Bagaimanapun, Abdul Hadi hadir dan berucap di Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) di Kelantan, minggu lalu.
"Presiden perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dari semasa ke semasa, selain memerlukan rehat yang secukupnya.
"Sebaik sahaja kesihatannya bertambah baik, beliau boleh menyambung tugas yang ditinggalkan," kata Takiyuddin.

Pas ada pertimbangan sendiri, bukan mahu lawan pembangkang sembang MB Kelantan


Keputusan Pas meletak calon pada mana-mana kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti mungkin menyebabkan berlaku pertandingan tiga penjuru tetapi tindakan itu bukan untuk melawan pakatan pembangkang.
Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Ahmad Yakob berkata Pas mempunyai pertimbangan tersendiri untuk meletakkan calon mereka bertanding.
Ahmad Yakob"Kita tak lawan pembangkang tapi kita ada dasar sendiri. Kita meletakkan calon mengikut keputusan parti dan keputusan itu bukanlah bertujuan untuk memperkecilkan mana-mana pihak," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Publisiti dan Penyertaan Awam, Draf Laporan Pemeriksaan Kajian Semula Rancangan Struktur Negeri Kelantan 2040 di Kompleks Kota Darul Naim, hari ini.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mengulas kenyataan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua yang kesal dengan hasrat Pas untuk meletakkan calon di kubu kuat pembangkang termasuk di kerusi DAP.
Pua mendakwa tindakan itu secara jelas memperlihatkan Pas ingin menewaskan pakatan pembangkang pada PRU14 supaya Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak terus kekal menjadi perdana menteri.
Dalam pada itu Ahmad turut mencabar DAP meletakkan calon mereka untuk bertanding di kesemua kerusi di negeri ini.
"DAP nak letak semua calon mereka di Kelantan pun boleh," katanya.
Semalam, Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Pas bukan sahaja akan bertanding di Permatang Pauh malah akan meletakkan calonnya di semua kerusi PKR.
“Kita lawan, lawan tetap lawan, memang kalah nombor dua. Kalau lawan satu sama satu Alhamdulillah. Kalau tiga penjuru pun kita lawan juga.
“Setakat ini memang dah (kita lawan) sebab kita tidak ada hubungan dengan PKR, jadi mana-mana kerusi PKR kita akan bertandinglah...itu terserah kepada kita,” katanya

Projek Prasarana Di Arab Saudi Kerugian Ratusan Juta Ringgit, Bagaimana Mahu Menanggung Beban Kewangan MRT?

Sementara media propaganda Dato’ Seri Najib Tun Razak secara berterusan menjulang MRT1 (Sungai Buloh – Kajang) sebagai lambang kejayaan beliau, sehingga kini pentadbiran beliau masih belum menerangkan bagaimanakah kerajaan akan membayar kos membina MRT, apatah lagi kos operasi tahunan.
MRT akan diserahkan kepada Prasarana Malaysia Berhad sebagai pemilik dan pengendali pengangkutan awam negara.
Oleh itu, Prasarana Malaysia Berhad sebagai syarikat milik penuh kerajaan ini yang mengendalikan pengangkutan awam juga terpaksa menampung kos operasi tahunan.
Saya akan mengupas kemampuan kewangan Prasarana Malaysia Berhad untuk mengendalikan sistem MRT dalam sidang media yang akan datang.
Pada hari ini, saya ingin memfokuskan kepada kedudukan kewangan Prasarana Malaysia Berhad yang sedia ada sebelum pun ia mewarisi kos operasi MRT.
Sebagai sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Persekutuan, Prasarana Malaysia Berhad tidak mengeluarkan laporan kewangan diaudit yang dikongsi dengan orang ramai. Oleh itu, kedudukan kewangan Prasarana Malaysia Berhad hanya boleh dianggarkan berdasarkan laporan penarafan bon-bon hutangnya dan maklumat yang difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Berdasarkan laporan penarafan yang dikeluarkan Ratings Agency Malaysia Berhad (RAM) dan SSM, kedudukan kewangan Prasarana Berhad setakat akhir tahun 2015 boleh dirumuskan seperti berikut:
i. Bagi tahun 2014 dan 2015, kos operasinya melebihi kutipan tiket dan hasil yang lain iaitu kos lebih tinggi dari hasil sebanyak 30% (2015) dan 13% (2014). Ini bermakna, operasi Prasarana sedia ada memang mengalami kerugian setiap tahun
ii. Bayaran faedah atas hutang mencecah sehingga RM551 juta bagi tahun 2015 dan dijangka terus meningkat
iii. Jumlah hutang sedia ada Prasarana Malaysia Berhad telah mencecah RM18 bilion bagi tahun 2015. Ini dijangka terus meningkat dalam tahun 2016 kerana Prasarana Malaysia Berhad terus menerbitkan hutang untuk menampung kosnya. Dalam tahun 2013 hingga 2016, pertambahan hutang dianggarkan mencecah RM10 bilion
iv. Kerajaan terpaksa menyuntik dana rakyat dari semasa ke semasa, sama ada melalui suntikan dana baru RM2.2 bilion (2013) atau memaafkan hutang sedia ada sebanyak RM475 juta (2015)
Sejak tahun 2014, Prasarana Berhad juga terlibat dengan projek keretapi metro di Arab Saudi iaitu bagi projek Al Mashaer Al Mugaddasah Metro Southern Line (MMMSL) dan Makkah Shadow Operator, seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Saya telah mendapat maklumat sulit dari pemberi maklumat mengenai kedudukan kewangan projek Prasarana Malaysia Berhad di Arab Saudi ini yang menunjukkan kerugian besar yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Malaysia.
Saya sertakan satu paparan skrin laporan kewangan projek-projek Prasarana Malaysia Berhad di Arab Saudi, yang dimaklumkan kepada saya adalah laporan pengurusan (management account) dalaman yang dibentangkan di peringkat pengurusan Prasarana Malaysia Berhad.
Ia boleh dirumuskan seperti berikut (semua angka dalam RM juta dan dibundarkan, angka [ ] dalam SAR, kadar tukaran 2015/16=1.15, 2016/17=1.09, 2017/18=1.18):

Wanita dera suami jika tolak seks, kata wakil rakyat Umno

Ahli Parlimen Setiu berkata suami sering mengalami penderaan psikologi dan emosi disebabkan isteri.
husband-depressed
KUALA LUMPUR: Seorang wakil rakyat Umno mencetuskan kontroversi hari ini apabila berkata wanita yang menolak hubungan seks menyebabkan suami mereka mengalami “penderaan psikologi dan emosi”.
Ahli Parlimen Setiu Che Mohamad Zulkifly Jusoh semasa perbahasan di Parlimen mengenai keganasan rumah tangga berkata suami sering mengalami serangan emosi berbanding penderaan fizikal.
“Walaupun fizikal lelaki dikatakan lebih kuat daripada wanita, ada kes di mana isteri mencederakan atau mendera suami mereka secara melampau,” katanya.
“Biasanya, ia melibatkan isteri mengutuk suami mereka – itu penderaan emosi. Mereka menghina suami mereka dan menolak keperluan seksualnya.
“Semua ini penderaan psikologi dan emosi.”
Datin Marina Mahathir, seorang aktivis hak wanita terkemuka berkata pandangan ahli Parlimen itu “berdasarkan kejahilan”.
“Wanita berhak untuk mengatakan tidak kepada seks – ini tanggapan orang lama apabila anda berkahwin dengan seseorang wanita, anda miliki tubuh badannya,” katanya kepada AFP.
“Ia tidak berfungsi seperti itu. Adalah tidak masuk akal untuk mengatakan lelaki didera jika wanita tidak mahu mengadakan hubungan seks.”
Ahli Parlimen berusia 58 tahun dari Terengganu itu juga berkata menafikan hak lelaki Islam untuk berkahwin dengan isteri ke-2 juga dikira penderaan.

Harga petrol naik 6 sen, diesel 3 sen



RO95 pump 1Harga runcit mingguan bagi petrol RON95, RON97 dan diesel, berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini bagi tempoh 22 Julai hingga 2 Ogos ini, meningkat berbanding minggu lalu.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui laman sesawangnya secara infografik menyatakan, harga runcit petrol masing-masing naik enam sen iaitu RON95 kepada RM2.03 seliter manakala RON97 kepada RM2.28 seliter.
Harga runcit diesel pula naik tiga sen kepada RM1.99 seliter.
Bagi minggu sebelum ini iaitu 20 Julai hingga hari ini, harga runcit mingguan bagi petrol RON95 ialah RM1.97 seliter, RON97 ( RM2.22 seliter) dan diesel (RM1.96 seliter).

DAP bukan parti dominan dalam PH, kata Dr Mahathir

Dr Mahathir berkata Amanah dan PKR yang diterajui orang Melayu mempunyai lebih ramai wakil rakyat berbanding DAP.
mahathir-ph-dap
KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyangkal Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa DAP menguasai gabungan itu.
Dr Mahathir berkata, DAP bukanlah parti yang dominan dalam PH.
Pengerusi PPBM itu berkata apabila Amanah dan PKR yang diterajui orang Melayu mempunyai lebih ramai wakil rakyat berbanding DAP.
“Jika mereka begitu bodoh, mereka akan memilih DAP (untuk memimpin mereka), tetapi mereka tidak bodoh, bukan seperti orang Najib yang tidak faham demokrasi,” kata Dr Mahathir kepada pemberita.
Bekas perdana menteri itu diminta memberi respon kepada Najib yang mendakwa DAP kekal sebagai parti paling dominan dalam pakatan pembangkang itu, semasa berucap di acara Invest Malaysia 2017 semalam.
Najib juga berkata pemimpin DAP setengah abad lalu kini bersembunyi di belakang seorang lelaki yang pernah memenjarakannya, dan cuba memperdaya pemikiran orang Melayu bahawa bekas pemimpin itu calon perdana menteri sementara mereka.
Beliau merujuk kepada veteran DAP Lim Kit Siang, yang dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri.

RM2 bilion diperlukan pulih 'projek sakit' T'ganu, kata MP

Tunjuk ajar Mahathir perkuat Pakatan Harapan - Dr Maszlee

'Mahathir tentu susah dalam Pakatan Harapan' - Dr Mohd Azizuddin

Anwar - Mahathir ikhlas berdua, bukan berlakon - Saifuddin Abdullah

'Sikap pimpinan Pas sebenarnya memperkuat Bersatu' - Dr Wan Saiful

PRU14: 'Jangan takut, kerajaan takkan tahu' - Tun M

Penubuhan RCI untuk skandal 1MDB lebih mendesak dari unit integriti

Sebelum mewujudkan Unit Integriti dan Tadbir Urus di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Putrajaya sepatutnya menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan salah guna kuasa di 1MDB.
Kata Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) desakan itu dibuat sekali lagi kerana pertubuhan pendesak itu tidak mahu unit yang diumum perdana menteri semalam dijadikan propaganda politik semata-mata.
Naib Presiden PERKASA Datuk Ruhanie Ahmad berkata selepas menubuhkan RCI untuk menyiasat skandal kewangan zaman Tun Dr Mahathir dulu, kerajaan perlu menunjukkan kesungguhan menubuhkan badan seumpama itu untuk 1MDB.
"PERKASA yakin tuntutan menubuhkan RCI untuk menyiasat 1MDB ini tidak keterlaluan kerana fokus majoriti rakyat ketika ini bukan kepada masalah kerugian dagangan mata wang asing (forex) dulu, tetapi kepada 1MDB.
"Sikap pemerintah yang dingin terhadap isu 1MDB hanya memperagakan pendirian bermuka-muka bagi menangani sesuatu isu keselamatan ekonomi di Malaysia mutakhir ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kerajaan mengumumkan penubuhan dan anggota RCI bagi menyiasat skandal kewangan negara pada 1990-an lalu dengan Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai pengerusi.
Dalam kenyataan pada 18 Julai itu, RCI berkenaan dikehendaki menyiapkan laporan berkenaan dalam tempoh tiga bulan.
Henti dabik dada
Semalam Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan unit khas berkenaan yang diletak di bawah pengawasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Kata perdana menteri penubuhan unit itu juga adalah sebagai maklum balas terhadap komuniti perniagaan yang mahukan komitmen kerajaan kepada penambahbaikan.
Kata Ruhanie, PERKASA menjadi pertubuhan bukan kerajaan pertama mendesak penubuhan RCI bagi menyiasat 1MDB beberapa tahun lalu dan ia akan diteruskan demi agama, bangsa dan negara.
Bekas anggota parlimen Parit Sulong di Johor itu juga berkata, menjadi suatu keanehan serta menimbulkan kemusykilan apabila kerajaan tiba-tiba melencongkan keutamaan RCI daripada 1MDB kepada isu forex yang "sudah dikuburkan sejarah".

RM2 bilion diperlukan pulih 'projek sakit' T'ganu..!!

Terengganu sedang dilanda “projek sakit bersiri” kata seorang ahli parlimen pembangkang, yang mendakwa bil untuk merawat penyakit itu akan meningkat sehingga RM2 bilion.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad mendakwa ini termasuk stadium bola sepak Gong Badak (RM300 juta); Hab Pendidikan Taman Ilmu di Besut (RM350 juta); Kompleks Bebas Cukai Tasik Kenyir (RM350 juta); dan Kompleks Akuatik Batu Buruk (RM30 juta).
Kos asal bagi empat projek yang terbengkalai itu berjumlah RM1.03 bilion, tetapi Raja Kamarul Bahrin Shah menngaggarkan kerja-kerja pembaikan untuk menyiapkan projek terbengkalai berkenaan akan meningkat antara RM1.35 bilion hingga RM1.5 bilion.
Beliau berkata projek Hospital Pakar Kuala Terengganu bernilai RM180 juta itu yang masih dalam pembinaan, juga memerlukan kerja pemulihan kerana didakwa terdapat pertumbuhan kulat pada struktur.
"Kos keseluruhan projek sakit Terengganu mencecah sekiatr RM2 bilion.
"Di manakalh dan bilakah penghujungnya ‘projek sakit bersiri’ Terengganu ini akan berakhir?" soal wakil rakyat AMANAH itu pada sidang akhbar di bilik media Parlimen hari ini.
Beliau berharap apabila soalan mengenai projek-projek ini dikemukakan di Dewan Rakyat, kerajaan boleh memberikan jawapan yang munasabah.
Bulan lalu, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata kementeriannya akan membantu memulihkan hab pendidikan Taman Ilmu.
Sementara itu, bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak telah mengalami dua runtuhan, sekali pada tahun 2009 dan satu lagi pada tahun 2013.
Bagi Kompleks Bebas Cukai Kenyir, tarikh pembukaan terus ditangguhkan sejak tahun 2015. Baru-baru ini, kerajaan negeri Terengganu berkata kompleks itu - yang pembinaannya dimulakan pada tahun 2010 - akan dibuka menjelang Julai tahun depan.
Kompleks Akuatik Batu Buruk ibuka pada tahun 2008, tetapi terpaksa ditutup pada 2014 disebabkan pelbagai masalah struktur. Kemas kini berita terakhir, memaklumkan bahawa kompleks itu akan dibuka semula pada Januari tahun ini.

Najib hanya berani berdepan ‘penonton’, menikus bila di Parlimen

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua bersetuju dengan pandangan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pihak pembangkang sengaja mahu meniupkan isu skandal 1MDB.
Ini kerana, menurut Setiausaha Publisiti DAP tersebut, 1MDB yang merupakan cetusan idea Najib itu kini sedang disiasat banyak negara telah menempa nama Malaysia sebagai kleptokrasi di mata dunia ekoran pelbagai penyelewengan yang berlaku membabitkan syarikat itu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kecaman yang dilempar Najib seperti dilaporkan media semalam terhadap sesetengah ahli politik yang didakwanya sengaja meniupkan isu 1MDB bagi menjatuhkan kerajaan.
Mengulas lanjut, Tony mempersoalkan mengapa Najib hanya berani untuk berhadapan dengan ‘penonton’ tetapi menikus dan tidak berani menjawab pelbagai persoalan yang dibangkitkan mengenai 1MDB di Parlimen.
“Malahan, Najib sebenarnya mempunyai kesempatan yang baik untuk membuatkan kami di pihak pembangkang seolah-olah orang bodoh – jika benar bahawa pembangkang membangkitkan isu 1MDB secara tidak adil,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya lagi, rakyat Malaysia juga ingin tahu mengapa perdana menteri enggan mengulas mengenai punca wang bernilai AS$731 juta yang dimasukkan ke akaun bank peribadinya sejak saman yang dikeluarkan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat Julai tahun lalu.
Najib sebelum ini mendakwa dana yang masuk ke akaun bank peribadinya itu kononnya adalah derma daripada keluarga diraja Arab Saudi dan mengaku telah memulangkan kembali sebahagian sumbangan berkenaan.
DOJ bagaimanapun mempunyai bukti yang berbeza apabila mendapati wang itu berpunca daripada wang 1MDB yang diselewengkan dan dimasukkan ke akaun bank peribadi individu yang digelar “Malaysian Official 1” yang diakui ramai pihak merujuk kepada perdana menteri.

Melayu mahukan pakatan Melayu yang dominan, kata Wan Saiful


Melayu mahukan pakatan Melayu yang dominan, kata Wan Saiful
Pegawai Eksekutif Ideas Wan Saiful Wan Jan berkata secara realitinya, masyarakat Melayu mahu Melayu menjadi dominan dalam pakatan.
SECARA idealnya, masyarakat umum mahu ke semua empat parti dalam Pakatan Harapan sama rata namun secara realitinya, masyarakat Melayu mahu Melayu menjadi dominan, kata Ketua pegawai eksekutif Ideas Wan Saiful Wan Jan pada satu forum di Shah Alam hari ini.
“Orang Melayu mahu melihat pakatan yang dikuasai orang Melayu,” katanya.
“Walaupun orang Melayu sanggup mengundi MCA dalam Barisan Nasional kerana mereka tahu Umno akan terus menjadi dominan.
“Tak perlu katakan DAP adalah dominan. Hanya perlu katakan mereka adalah sama dan akan berdepan  masalah,” katanya.
“Mungkin Pakatan sedar perkara ini walaupun barisan kepimpinannya dikuasai oerang Melayu. Terdapat banyak orang Melayu dalam pakatan itu sehingga BN mempersoalkan apa yang berlaku kepada wakil Cina,” kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (IIUM), Dr Maszlee Malik yang juga ahli panel pada forum Kajian semula Pakatan Harapan vs Barisan Nasional di Kompleks Media Karangkraf hari ini.
Prof Mohd Azizuddin Mohd Sani dari Universiti Utara Malaysia berkata, kekuatan BN terletak pada penguasaan Umno dalam pakatan.
“Ia menunjukkan parti itu mampu menjaga Melayu. Itu sebabnya BN sukar ditumbangkan kerana kekuatannya bersama Melayu,” tambahnya.
Siapa lebih kuat?
Mohd Azizuddin berkata, Pakatan yang masih belum diuji, mempunyai banyak masalah dan kehilangan hala tuju, manakala BN mempunyai kekuatan pada politik peribadi.

Pakatan mesti menang PRU14 dulu, kata Wan Azizah


Pakatan mesti menang PRU14 dulu, kata Wan Azizah
Meski pun menerima bantahan daripada beberapa bahagian penyokong Pakatan Harapan, Dr Wan Azizah Wan Ismail bersetuju dengan pelantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi Majlis Presiden. 
DR Wan Azizah Wan Ismail hari ini tetap dengan keputusan Pakatan Harapan (PH) untuk melantik Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi meski pun menerima bantahan daripada beberapa bahagian penyokong, yang mendesak bekas perdana menteri itu menjawab segala skandal semasa pentadbirannya.
Otai Reformasi, sebuah kumpulan yang terdiri daripada aktivis veteran yang menentang Dr Mahathir pada lewat 1990-an, menggesa PH membuat ikrar untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa menyiasat Dr Mahathir di dalam manifesto pilihan raya mereka.
Wan Azizah yang juga Presiden PH tidak mengelak kemungkinan untuk mengadakan siasatan tetapi berkata ia mungkin ia perlu ditangguhkan dahulu.
"Saya rasa boleh untuk tubuhkan badan siasatan, tapi buat masa sekarang keempat-empat parti bersetuju Dr Mahathir dilantik sebagai pengerusi Harapan.
"Ada yang bersetuju beliau menjadi pengerusi, ada yang tidak, tapi kita mesti melangkah ke depan" kata Wan Azizah sambil menambah Dr Mahathir sendiri ada menyebut tentang hal ini.
"Kita menang pilihan raya dulu," katanya pada persidangan akhbar di Parlimen hari ini.
Wan Azizah kemudian menyebut tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Selepas bertahun-tahun, mengapa mesti kerajaan lebih fokus kepada forex (skandal Dr Mahathir) tetapi tidak kepada 1MDB?
"Jadi apa yang kita lakukan adalah apa yang negara ini perlukan," tambah Wan Azizah.
Otai Reformasi pada Isnin lalu membantah pelantikan Dr Mahathir dalam barisan kepimpinan PH.

Krisis kehakiman 1988: Aduan dari Agong, kata Mahathir

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menafikan bahawa beliau bertanggungjawab di sebalik krisis kehakiman 1988.
Krisis perlembagaan 1988 menyaksikan pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas ketika pentadbiran Mahathir. Ramai berpendapat bahawa penyingkiran Salleh adalah titik di mana badan kehakiman negara ini kehilangan kebebasannya.
Disoal hari ini adakah benar bahawa beliau dan Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman ketika itu adalah di sebalik pindaan kepada perlembagaan persekutuan pada tahun 1988, Mahathir mengulangi bahawa beliau tidak bertanggungjawab.
"Itu bukan saya, aduan datang dari (Yang di-Pertuan) Agong.
"Tetapi Peguam Negara ketika itu tidak mahu menyebut Agong, sebaliknya dia menggunakan nama saya dan memberi alasan penubuhan tribunal yang tidak diketahui saya," kata Mahathir pada sidang akhbar di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini.
Di sebalik itu, Mahathir mengeluh bahawa orang ramai masih menuduhnya sebagai punca ketua hakim negara dan beberapa hakim lain disingkirkan.
"Bukan saya. Malangnya kerana peguam negara masa itu tidak mahu menyebut (Yang di-Pertuan) Agong.
"Dia kata bahawa saya yang membuat aduan tetapi saya tidak mengadu," kata Mahathir.
Salleh, pada tahun 1988, dihadapkan ke tribunal kehakiman sebelum dipecat atas dakwaan salah laku.
Lima hakim Mahkamah Agung yang membenarkan perintah interim terhadap tribunal itu sama ada dipecat atau digantung.
Dr Mahathir dilapor mempersalahkan Almarhum Sultan Iskandar Ismail kerana menggunakannya apabila Seri Paduka dikatakan murka dengan Salleh yang membuat aduan mengenai bunyi bising akibat kerja-kerja pengubahsuaian dari kediaman sultan Johor itu.
Putera Sultan Iskandar, Tunku Abdul Majid Idris Sultan Iskandar, bagaimanapun berkata bahawa Mahathir "menggunakan" ayahandanya untuk menyingkirkan Salleh.

Dr M: PKR, AMANAH bukan bodoh pilih pemimpin dari DAP

Dalam menegaskan bahawa Pakatan Harapan tidak dikawal oleh DAP, pengerusi gabungan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, mereka mempunyai tiga parti yang mempunyai majoriti orang Melayu.
Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang pada ucaptama di InvestMalaysia 2017 semalam, berkata bahawa HARAPAN dikuasai oleh DAP.
“Dalam HARAPAN ada tiga parti diketuai (oleh orang) Melayu, jumlah mereka menjadi majoriti
DAP bukan majoriti. AMANAH, PKR mempunyai lebih banyak wakil rakyat daripada DAP.
“Kalau mereka begitu bodoh mereka akan pilih DAP tapi mereka bukan bodoh macam itu, macam orang Najib sampai tak tahu sistem demokrasi.
“Dia tahu sistem kleptokrasi” kata Mahathir pada sidang akhbar di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini.

‘Lanjut tempoh Raus bukti Sabah, S'wak tak setaraf Malaya’

Pelanjutan tempoh perkhidmatan Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif bukan sahaja tidak berperlembagaan tetapi membuktikan bahawa Sabah dan Sarawak bukan rakan kongsi yang setaraf dengan Malaya dalam Persekutuan Malaysia, kata wakil-wakil rakyat pembangkang.
Ini kerana, menurut mereka dalam satu kenyataan bersama, tidak pernah ada hakim dari Sabah atau Sarawak yang dilantik ke jawatan perundangan tertinggi negara ini.
Lanjutan tempoh khidmat Md Raus menghalang Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, daripada dilantik sebagai Ketua Hakim Negara, kata mereka selepas perbincangan meja bulat yang dianjurkan Ahli Parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen dan Ahli Parlimen Sandakan Wong Tien Fatt.
Menurut pernyataan bersama itu, diskriminasi sedemikian tidak selaras dengan semangat 'rakan kongsi sejagat' di antara Sabah, Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Hadir pada sidang meja bulat hari ini ialah Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah), Jimmy Wong (DAP-Kota Kinabalu), Tan Kok Wai (DAP-Cheras), M Kula Segaran (DAP-Ipoh Barat) (DAP-Seputeh), Julian Tan (DAP-Stampin), Oscar Ling (DAP-Sibu), Alice Lau (DAP-Lanang), Wong Ling Biu (DAP-Sarikei) ), Jeff Ooi (DAP-Jelutong), Darrell Leiking (Parti Warisan Sabah-Penampang), Raja Kamarul Bahrin (AMANAH-Kuala Terengganu).
Turut hadir ialah bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim.

Jangan takut mengundi, kerajaan tidak tahu siapa undi siapa, kata Dr Mahathir

Kakitangan kerajaan dan anggota berpakaian seragam di negara ini tidak perlu khuatir dengan kemungkinan kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional (BN) akan mengetahui undi terhadap parti yang disokong oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dengan  meimbulkan kebimbangan itu, kerajaan akan berjaya menimbulkan ketakutan kepada rakyat untuk memberikan undi kepada pakatan pembangkang.
"Pihak pemerintah cuba menakutkan orang (pengundi) kononnya mereka dapat tahu siapa undi untuk siapa.
"Mungkin ramai yang takut jika tidak undi kerajaan akan diambil tindakan terhadap mereka.
"Sebenarnya kerajaan tidak dapat menentukan siapa undi siapa.Sebab itu kita nak bagi tahu kepada pengundi jangan takut untuk mengundi.
"Kerajaan tidak akan tahu parti mana yangg awak undi pun...terutama kepada pengundi pos dan pegawai kerajaan," ujarnya dalam sidang media selepas menghadiri majlis mesyuarat mingguan pimpinan tertinggi di Ibupejabat parti itu petang ini.

Menurut Dr Mahathir lagi, kerajaan sebelum ini dakwanya sering mengambil tindakan terhadap rakyat yang secara terang-terangan menyokong parti itu.

"Kita dapati ramai yang takut kalau mereka undi parti lawan tindakan akan diambil ke atas mereka.
"Ada besar kemungkinan kerajaan akan kalah dan sebenarnya bila kalah kelak, kerajaan yang ada hari ini, sudah tentu tidak dapat mengambil sebarang tindakan pun.
"Untuk menentukan kerajaan BN kalah mereka perlu undi Pakatan Harapan dan jika kami menang, kami tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pengundi yang tidak menyokong pembangkang, bahkan tiada tekanan yang akan kami buat ke atas sesiapa pun.

'Tanya fasal kucing menteri cakap fasal tikus' - Rafizi



Rafizi Ramli THAhli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyifatkan jawapan-jawapan menteri kepada soalan-soalan beliau di Parlimen sesi ini sebagai "menguji iman dan kesabaran".
"Banyak jawapan ala-ala Dumb & Dumber," kata beliau.
Dumb & Dumber ialah sebuah filem komedi yang mencipta box office dalam tahun 1994.
Beliau menyifatkan kemahiran paling hebat menteri dalam menjawab soalan parlimen ialah bagaimana untuk tidak bercakap benar tanpa berbohong terang-terangan.
"Orang tanya pasal kucing dia cakap fasal tikus," kata beliau di laman Twitternya.
"Ini seperti Aes Sedai di dalam Wheel of Time," kata Naib Presiden PKR itu lagi.
Aes Sedai disifatkan sebagai gerombolan yang sangat manipulatif, tidak boleh dipercayai dan pembuli-pembuli yang gila kuasa.
Dalam perkembangan lain, Rafizi meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memperincikan dari mana datangnya sumber untuk membayar pelbagai insentif kepada peneroka Felda.
Antaranya ialah wang tunai RM5,000 bagi setiap peneroka yang layak melibatkan peruntukan RM475 juta, sumbangan untuk mengurangkan pinjaman pembelian saham FGV yang ditanggung peneroka melibatkan peruntukan RM128 juta, pengurangan hutang penanaman semula peneroka sebanyak RM5,000 bagi setiap peneroka melibatkan peruntukan RM519 juta dan dana RM300 juta sebagai tabung pinjaman untuk membantu penanaman semula.
"Empat 'gula-gula' utama ini melibatkan peruntukan sebanyak RM1.422 bilion pada masa Kerajaan Persekutuan dan Felda tidak mempunyai sumber kewangan," kata Rafizi.
Najib perlu memperincikan dari mana pentadbiran beliau akan memperolehi dana RM1.422 bilion tersebut supaya peneroka-peneroka tidak menjadi mangsa gula-gula Barisan Nasional (BN) buat kali kedua, kata beliau.
"Najib mungkin merasakan sogokan yang diumumkan itu akan dapat mengembalikan sokongan peneroka Felda kepada Umno, BN.
"Beliau sepatutnya lebih bimbang bahawa rakyat keseluruhannya semakin memahami kos yang ditanggung rakyat akibat keputusan-keputusan bodoh dan penyelewengan pentadbiran beliau," kata Rafizi.

Apandi berbohong dan melindungi Najib, kata Dr Mahathir


Apandi berbohong dan melindungi Najib, kata Dr Mahathir
Dr Mahathir berkata Apandi dan Najib saling melindungi antara satu sama lain. 
DR Mahathir hari ini menuduh Peguam Negara Mohamed Apandi Ali berbohong kerana menyimpan laporan 1MDB yang dibuat bekas peguam negara Abdul Gani Patail.
Di dalam blognya chedet.cc hari ini, Dr Mahathir berkata Apandi harus meletakkan jawatannya kerana meletakkan laporan 1MDB itu di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
"Saya tahu isi kandungan laporan Bank Negara, SPRM dan Gani Patail yang dihantar kepada Apandi.
"Saya tahu apa yang dilaporkan Bank Negara kerana Gani menunjukkannya kepada Muhyiddin Yassin semasa masih menjadi timbalan perdana menteri.
"Dalam ucapan Muhyiddin sebagai Presiden Bersatu, dia sering menyebut tentang laporan-laporan yang ditunjukkan Gani sebelum dipecat Najib.Kepimpinan Bersatu termasuk saya sudah berbincang mengenainya," katanya.
Kata Dr Mahathir lagi, Apandi masih lagi memegang jawatannya itu kerana dilindungi Najib dan begitu juga sebaliknya.
"Saya tidak akan mencabar Apandi bersumpah jika saya tidak tahu kandungan laporan. Saya tahu Apandi berbohong, sebab itu dia letak laporan itu di bawah OSA. Kami tahu dan Tuhan lebih tahu. Bersumpahlah jika berani."
Menurut Dr Mahathir, wang tidak boleh dipindahkan daripada satu pemilik kepada pemilik lain tanpa surat-menyurat. Apabila ia melibatkan wang berjumlah berbilion ringgit, tidak mungkin ia disimpan dalam bentuk tunai.
"Sudah tentu ia perlu disimpan di bank," katanya.
"Bank akan memasukkan segala butir berkenaan pemilik akaun, jumlah, mata wang, tarikh ,bahkan kedudukan kewangan dan punca kekayaan orang yang menderma, atau membayar, atau membeli.
"Tak mungkin wang tunai sebanyak itu akan digunakan. Semua transaksi menggunakan cek dan segala-galanya akan ditulis dalam cek berkenaan dan buku akaun bank," kata Dr Mahathir lagi.
Beliau berkata terdapat banyak dokumen yang diperlukan bagi mengesahkan berlakunya segala transaksi, termasuk yang dikeluar dan diterima oleh pihak bank, tetapi tidak diserahkan. Beliau turut menambah yang jejak aliran kertas itu diperlukan jika ingin siasatan dijalankan.
"Tetapi dalam kes US$681 million bersamaan RM2.6 billion yang ada dalam akaun Najib di Ambank, selain dari kononnya pengakuan oleh penderma Arab, tidak ada dokumen lain untuk bukti kesahihan pemindahan wang yang begitu banyak kepada Najib.

FORUM SINAR: Harapan vs Barisan Nasional, Mari Kita Nilai..!!

Skandal 1MDB: "Saya tahu. Saya memang tahu" - Tun M

'Anjing boleh terus menyalak, karavan akan terus bergerak' - Hishamuddin Rais

Perihal Husni merujuk semula kpd Najib

Pergi cermin muka lah dulu Puad Zarkashi

Malaysia bakal rugi RM142 juta projek tren Arab Saudi

Noh-Hanipa bertelagah isu bomba, dakwa tak jawab soalan

Pemuda Umno 'samseng'? Ini jawab Razlan

"Kalau maki Tun M 24 jam, dia tak boleh tangkap kita tapi..." -Mat Sabu

Rafizi dakwa Malaysia ‘derma’ RM142 juta kepada Arab Saudi

"AG masa itu tak mahu sebut Agong, dia guna nama saya" - Tun M

PARLIMEN 2017:RAFIZI RAMLI #203-MEMBAWA ISU NASIB PEMANDU TEKSI (RUU PENGANGKUTAN AWAM DARAT)

Dr M: Saya memang tahu kandungan laporan 1MDB

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui beliau mengetahui kandungan laporan tiga pihak berkuasa negara ini dalam siasatan mereka terhadap 1MDB.
Katanya, laporan disediakan Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Audit Negara berkenaan ada dalam pengetahuannya.
"Saya tahu. Saya memang tahu," katanya dalam blog beliau hari ini.
Menurut Dr Mahathir, Tan Sri Abdul Gani Patail - yang ketika itu masih berkhidmat sebagai peguam negara - menunjukkan laporan Bank Negara kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa beliau masih menjadi timbalan perdana menteri.
Muhyiddin pula, katanya, sering menyebut mengenai laporan yang ditunjuk kepadanya oleh Abdul Gani itu sebelum beliau dipecat.
"Dan kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), termasuk saya, telah bincang (mengenai) laporan-laporan ini.
"Sebab itu saya tahu," katanya.
Justeru Dr Mahathir yang kini menjadi pengerusi BERSATU dan Pakatan Harapan (HARAPAN) mencabar Tan Sri Mohamed Apandi Ali - yang menggantikan Abdul Gani - bersumpah.
Butiran tentu direkodkan
"Saya tahu Apandi bohong, sebab itu (dia) letak laporan (mengenai siasatan 1MDB) itu di bawah Akta Rahsia Rasmi.
"Kami tahu dan Tuhan lebih tahu. Jika berani bersumpahlah," katanya lagi.
Pada 17 Julai lalu Dr Mahathir berkata jika HARAPAN berjaya mengalahkan BN dalam pilihan raya umum ke-14 nanti, mereka akan memanggil Apandi untuk ditanya mengenai penggunaan OSA bagi menutup apa yang didakwa beliau sebagai bukti penyelewengan 1MDB.
Bagaimanapun Apandi menegaskan, beliau tidak menyembunyikan sebarang bukti salah laku atau jenayah membabitkan syarikat pelaburan milik kerajaan itu.
"Saya tidak takut sesiapa, termasuk Mahathir. Saya tidak takut kepada manusia, tetapi saya takut kepada Allah," katanya.

NAJIB MAKIN PELIK DAN TERDESAK, PENYAKIT SALLEH SAID KERUAK SUDAH MENJANGKITINYA

Pelik dan terdesak, itulah gambaran paling tepat mengenai kedudukan Najib Razak kebelakangan dan ketika ini.

Semalam, ketika berucap di sebuah program pelaburan antarabangsa, Invest Malaysia,  Najib seolah-olah berdiri dalam program politik tempatan dengan tampil menyerang dan memperlekehkan Pakatan Harapan serta Tun Mahathir Mohamad.

Apa perlunya menyerang Pakatan Harapan dan Tun Mahathir di depan mereka, selain menunjukkan kelemahan dan jiwa kacau yang sedang melanda dirinya?

Dengan berbuat demikian, beliau secara tidak langsung telah mempamerkan wajah ketakutannya kepada golongan pelabur terhadap goyangnya kedudukan kuasa yang sedang dipegangnya.

Berbanding keutamaan menarik pelabur dan meyakinkan mereka mengenai prospek ekonomi negara, Najib terlihat sangat bimbang untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang dan ini sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.

Malah, tindakannya itu meletakkan jiwa kacaunya sudah sama kronik dengan Salleh Said Keruak, salah seorang menteri lantikannya yang paling kerap mengeluarkan kenyataan.

Sejak struktur kepimpinan Pakatan Harapan berjaya dibentuk dan logonya dipersetujui dua minggu lalu, kelam-kabut dalam jiwa Salleh begitu terserlah sekali.

Mula-mula beliau menyoal dan melahirkan rasa sedih kerana tiada pemimpin DAP dalam tiga kedudukan teratas dalam Pakatan Harapan dan ia, tegas beliau, adalah gambaran parti itu dipinggirkan sedangkan DAP memiliki jumlah Ahli Parlimen teramai sekali berbanding PKR, Amanah dan Bersatu.

Sehari kemudian, Salleh berkata, yang berkuasa sebenarnya dan merupakan penentu kuasa dalam Pakatan Harapan ialah DAP. Semua pihak lain, tambahnya, terpaksa akur kepada kuasa DAP.

P Pinang setuju tandatangani IBR bersama 10 ikrar integriti

Kerajaan negeri Pulau Pinang akan menjemput Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad ke majlis Ikrar Bebas Rasuah di Komtar pada Jumaat ini.
Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, kerajaan negeri telah bersetuju untuk menandatangani ikrar itu, termasuk syarat 10 langkah integriti kerajaan negeri.
"Ini menunjukkan keikhlasan dan komitmen kami untuk memerangi rasuah serta tidak membenarkan perkara ini dimanipulasikan oleh media yang dikawal oleh BN terhadap politik Pulau Pinang," katanya.
SPRM boleh menganjurkan acara itu di Pulau Pinang atau melaksanakannya dengan kerajaan negeri, tambah Lim.
10 langkah integriti itu termasuk mengamalkan prinsip kecekapan, akauntabiliti, dan ketelusan (CAT), mengamalkan tender terbuka yang berdaya saing dan pengisytiharan aset oleh ketua menteri, exco dan wakil rakyat.
Selain itu, anggota pentadbiran dilarang mendapatkan kelulusan tanah negeri, keluarga mereka tidak boleh melakukan perniagaan atau mendapatkan kontrak dari kerajaan negeri dan tidak dibenarkan menerima "sumbangan" peribadi.
Selain itu perlindungan penuh kepada pemberi maklumat, peruntukan undang-undang untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin kerajaan yang hidup di luar kemampuan dan ketelusan dalam sumbangan politik.
Dalam satu kenyataan, Lim berkata beliau tidak menyedari bahawa kerajaan negeri perlu memulakan hubungan dengan SPRM seperti yang biasa dilakukan antara agensi kerajaan.
Beliau bertanya mengapa SPRM tidak memaklumkan kerajaan Pulau Pinang melalui telefon atau e-mel untuk menandatangani ikrar itu tanpa sebarang paksaan.
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan negeri tidak mempunyai masalah untuk secara sukarela menandatangani ikrar itu melibatkan semua anggota pentadbiran, anggota dewan undangan negeri dan anggota parlimen.

PH hantar usul gesa parlimen kecam Israel tutup Masjid Al-Aqsa



Pakatan Harapan (PH) menggesa Kerajaan Malaysia memainkan peranan utama dalam mempelopori usaha di peringkat antarabangsa bagi menghentikan pencabulan umat Islam di Baitul Maqdis.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, semua pihak mesti mendesak rejim Israel supaya menghentikan penutupan Masjid Al-Aqsa dan mengembalikan semula hak umat Islam untuk beribadat dengan aman di masjid ketiga paling suci bagi umat Islam.
Kecam IsraelBeliau berkata, dengan menghalang hak umat Islam untuk beribadat di Masjid Al-Aqsa, rejim Israel secara terang-terangan telah mencabuli Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 dan Kovenan Antarabangsa Hak Sivil dan Politik 1966 yang mana Israel adalah signatori.
"Arahan penutupan Masjid Al-Aqsa oleh rejim Israel dan keganasan yang dilakukan ke atas umat Islam yang ingin menunaikan ibadat di masjid tersebut adalah satu tindakan yang amat terkutuk dan mesti dihentikan segera.
"Sebagai negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Pakatan Harapan menggesa kerajaan Malaysia supaya memainkan peranan utama dalam mempelopori usaha di peringkat antarabangsa untuk menghentikan pencabulan hak umat Islam di Baitul Maqdis.
"Pakatan Harapan juga ingin menegaskan bahawa sebarang tindakan provokasi yang boleh mencetuskan pertumpahan darah di Masjid Al-Aqsa mestilah dielakkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru PH melalui Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah menghantar usul kepada Speaker di bawah Perkara 18 (1) Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat untuk membincangkan perihal Palestin yang kini sedang berhadapan dengan kekejaman Israel.
"Tindakan sewenang-wenang rejim Israel ini telah mencetuskan kemarahan umat Islam dan semua penganut agama lain yang cintakan keadilan dan kedamaian.

Dilema Wan Azizah: Otai Reformasi atau Mahathir?

Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini berada dalam dilema - di antara kehendak penyokong kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas seteru suaminya itu Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ditanya mengenai isu itu Dr Wan Azizah sebaliknya memberikan jawatan selamat.
"Biar kita menang pilihanraya dulu," katanya kepada media di parlimen hari ini.
Anggota parlimen Permatang Pauh itu ditanya mengenai pendiriannya mengenai tuntutan aktivis reformasi yang tidak bersetuju dengan penyertaan Dr Mahathir dalam HARAPAN.
Mereka menuntut supaya kepimpinan Dr Mahathir ditolak di peringkat HARAPAN, malah kerajaan sekiranya gabungan pembangkang berjaya mengambil alih Putrajaya.
Mereka juga mahu HARAPAN memasukan ikrar penubuhkan suruhanjaya keamanan dan keadilan bagi mengadiri segala tuduhan ke atas Dr Mahathir dalam manifesto pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Selain itu, kumpulan Otasi Reformis itu juga mengambil keputusan supaya mana-mana ahlinya yang mempunyai jawatan dalam HARAPAN melepaskan jawatan yang disandang.
Hormati Otai Reformasi
Kata Dr Wan Azizah apa yang paling penting diberi perhatian buat masa ini ialah mengenai skandal 1MDB.
"Mengapa kerajaan mesti memberi fokus kepada skandal urus niaga mata wang asing (pada zaman Dr Mahathir) tetapi bukan 1MDB sebelas begitu lama berlaku?" katanya.
Dr Wan Azizah yang juga ketua pembangkang berkata, apa yang dilakukan HARAPAN ketika ini ialah apa yang diperlukan oleh negara dalam keadaan sekarang.
"Saya fikir OK jika anda mahukan suatu siasatan bebas (terhadap Dr Mahathir), tetapi buat masa ini kami empat parti (dalam HARAPAN) bersetuju beliau menjadi pengerusi.
"Seseorang boleh bersetuju untuk tidak bersetuju dan kita teruskan bergerak ke depan," katanya.
Sementara itu Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menyatakan bahawa masa lalu Malaysia dipenuhi dengan "penipuan dan perpecahan dalam sistem demokratik yang dicacatkan".
Oleh itu, anggota parlimen Lembah Pantai itu percaya, penting bagi semua pihak memahami bahawa proses penyembuhannya memerlukan masa yang panjang.
"Kami menghormati pandangan Otai Reformasi dan menghargai sokongan mereka kepada agenda reformasi yang turut mahukan pembebasan segera Anwar.
"Merangkumkan pelbagai pandangan berbeza adalah sebahagian daripada cara demokrasi diraikan," katanya kepada Malaysiakini.
Gerakan reformasi muncul sejurus selepas Anwar dipecat daripada jawatannya sebagai timbalan perdana menteri oleh Dr Mahathir pada September 1998.

PH akan tubuh suruhanjaya siasat Dr M jika menang PRU14

Presiden PH, Wan Azizah Wan Ismail mengakui masih wujud perselisihan pendapat dalam kalangan penyokong dan akar umbi parti itu berhubung penyertaan Dr Mahathir dalam PH.
wan-azizah-mahathir-ge14-malaysiaKUALA LUMPUR: Presiden Pakatan Harapan (PH) dan PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersetuju menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat tuduhan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang beliau menjadi perdana menteri selama 22 tahun.
Ketua pembangkang itu bagaimanapun berkata, ia hanya dapat dilakukan sekiranya PH berjaya menumpaskan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
“Biar kita menang dahulu, menang pilihan raya dahulu. Kita akan siasat semuanya, seperti 1MDB. Kenapa kerajaan kini hanya fokus kepada isu forex setelah sekian lama.
“Kita akan buat apa yang negara perlukan. Mahathir sendiri ada nyatakan mengenai siasatan bebas. Saya setuju lakukannya,” katanya pada sidang media di pejabat ketua pembangkang di Parlimen, hari ini.
Isnin lalu, Otai Reformis 1998 menolak kepimpinan Dr Mahathir dalam PH atau sebagai menteri dan penasihat kerajaan jika gabungan pembangkang itu memenangi PRU14.
Kumpulan aktivis reformasi itu juga menuntut PH menyenaraikan penubuhan Suruhanjaya Keamanan dan Keadilan bagi mengadili segala tuduhan ke atas Dr Mahathir dalam manifesto PRU14 mereka.
Malah, ahli Otai Reformis yang mempunyai jawatan dalam mana-mana parti komponen PH perlu melepaskan jawatan disandang mereka dalam gerakan itu.
Saari Sungib turut melepaskan jawatannya sebagai pengerusi Otai Reformis 1998 dan Abdul Razak Ismail meletakkan jawatan setiausaha kumpulan itu kerana tidak bersetuju dengan penyertaan Dr Mahathir dalam PH.
Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah mengakui masih wujud perselisihan pendapat dalam kalangan penyokong dan akar umbi parti itu berhubung penyertaan Dr Mahathir dalam gabungan pembangkang itu.
“Namun, kami 4 parti ini setuju Dr Mahathir sebagai pengerusi Pakatan Harapan. Mereka boleh setuju dan tidak bersetuju, tetapi kita harus terus melihat ke depan,” katanya.

Muhyiddin: Pemuda Umno patut lebih ‘gentleman’

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin berkata, sayap Pemuda parti itu tidak melakukan sebarang kesalahan dan tindakan mereka bukan ancaman kepada Pemuda Umno.
Muhyiddin-Yassin-pemuda-umno-sekat-pwtc-gaduhKUALA LUMPUR: Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pemuda Umno sepatutnya bersikap lebih “gentleman” dengan memberi ruang kepada ahli Pemuda parti itu menyerahkan surat jemputan ke forum “Nothing to Hide 2.0” kepada presiden mereka.
Beliau memuji keberanian Pemuda PPBM cuba menyerahkan jemputan khas kepada Datuk Seri Najib Razak dan berkata, tindakan mereka bukan ancaman mahupun satu kesalahan.
“Hasrat kita untuk menyerahkan surat jemputan ke majlis dan itu tidak seharusnya disekat. Mereka adalah pemuda harapan bangsa, mereka harus bersikap terbuka. Saya anggap ini suatu cabaran.
“Berilah peluang kepada mereka. Saya tidak fikir tindakan itu satu ugutan dan (Pemuda Umno) sepatutnya ‘gentleman’ sikit,” katanya pada sidang media di pejabat ketua pembangkang di Parlimen, hari ini.
Muhyiddin berharap kejadian semalam tidak berulang pada masa depan.
Semalam, kekecohan berlaku di Sunway Putra Mall apabila hampir 200 ahli Pemuda Umno cuba menyekat sekumpulan ahli Pemuda PPBM ke Pusat Dagangan Dunia Putra untuk menyerahkan “jemputan khas” kepada Najib.
Keadaan tidak terkawal itu memaksa campur tangan polis dan Pemuda PPBM mencari perlindungan dalam pusat membeli-belah itu.

Pua: Memang pembangkang perbesarkan isu 1MDB

Seorang anggota parlimen DAP mengakui kata-kata Datuk Seri Najib Razak bahawa parti pembangkang memperbesar-besarkan isu 1MDB untuk menjatuhkan kerajaan.
Kata Tony Pua, pembangkang bertindak begitu kerana Malaysia kini dikenali sebagai sebuah kerajaan kleptokrasi di seluruh dunia.
Pada masa sama Pua mempertikaikan mengapa perdana menteri setakat ini hanya berani membuat penjelasan "mempertahankan diri" saja tanpa memberi peluang rakyat membangkitkan apa-apa persoalan mengenai 1MDB.
Pua juga berkata sejak lima tahun lalu perdana menteri enggan memberikan penjelasan berhubung isu berkenaan di parlimen.
Malah kata anggota parlimen Petaling Jaya Utara itu, 30 soalan berkaitan 1MDB ditolak oleh Dewan Rakyat semasa hari pertama persidangan semalam.
"Hakikatnya Najib memiliki peluang terbaik untuk menjadikan pembangkang benar-benar bodoh - jika memang betul pembangkang memperbesarkan isu 1MDB secara berlebihan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam perdana menteri berkata ada ahli politik tertentu mengunakan isu berkaitan 1MDB untuk menjatuhkan kerajaan persekutuan.
Bukan sabotaj 1MDB
Berucap di depan kira-kira 900 pelabur tempatan dan asing di Kuala Lumpur, Najib berkata kerajaan mengakui terdapat kesukaran dalam tadbir urus 1MDB dan secara peribadi beliau memberi arahan untuk merasionalisasi operasi syarikat berkenaan.
"Tetapi jangan lupa bahawa walaupun terdapat isu dalam 1MDB, ahli politik tertentu telah memperbesar-besarkan isu itu dan cuba mensabotaj syarikat itu dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan sewaktu pilihan raya," katanya.
Hasil daripada usaha rasionalisasi 1MDB yang berterusan, Najib mengulangi bahawa banyak aset yang dimiliki oleh 1MDB kini semakin berkembang pesat.
"Seseorang hanya perlu memandu ke Tun Razak Exchange untuk melihat pembangunan di sana," katanya.

'Pemuda Umno patut budiman sikitlah...'

Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak sepatutnya dihalang ketika menghantar jemputan kepada Presiden Umno semalam, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut Presiden BERSATU itu, rombongan berkenaan hanya mahu menghantar jemputan itu kepada Datuk Seri Najib Razak dan ia berbentuk cabaran, bukan ugutan.
Justeru kata Muhyiddin kumpulan Pemuda Umno yang menyekat lalaun Pemuda BERSATU itu sepatutnya bersikap budiman (gentleman).
"Sepatutnya atas dasar kita berhasrat untuk menjemput (Najib) ke sesuatu majlis itu, tidak harus disekat.
"Mereka ini pemuda harapan bangsa, mereka harus bersikap terbuka.
"(Pemuda Umno sepatutnya) menganggap ini sebagai satu cabaran. Bagilah ruang kepada mereka nak serah (jemputan)," katanya pada sidang media di Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen hari ini.
Semalam, Malaysiakini melaporkan hasrat Pemuda BERSATU menghantar jemputan kepada Najib bagi menghadiri program Nothing to Hide 2.0 tidak kesampaian apabila suasana betukar kecoh kerana dihalang Pemuda Umno.
Pemuda BERSATU mulanya berarak dari pusat beli-belah Sunway Putra menuju Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebelum dihalang ratusan Pemuda Umno sehingga berlakunya tolak-menolak.

Mahfuz anggap Pas angkuh mahu tanding Permatang Pauh



MahfuzOmarKenyataan Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bahawa parti itu akan bertanding di Permatang Pauh yang disandang PKR dianggap sebagai angkuh dan akan 'membunuh' parti itu sendiri.
Bekas Ketua Penerangan Pas datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan itu menunjukkan Pas seolah-olah mahu bertanding di semua kerusi pembangkang.
“Ini kenyataan angkuh daripada Pas yang membina persepsi pengundi. Mereka mengaku sebagai pembangkang, tetapi mereka enggan berunding dengan rakan pembangkang lain, tak boleh bertolak ansur dan mahu membolot semua kerusi.
“Akhirnya pengundi jemu dengan Pas dan putus asa sokong parti tersebut kerana menunjukkan kecenderungan kepada Umno. Saya yakin ahli Pas, bukan sahaja pengundinya, sebahagian besar beralih arah,” katanya.
Semalam, Mohd Amar berkata, Pas bukan sahaja akan bertanding di Permatang pauh malah akan meletakkan calonnya di semua kerusi PKR.
“Kita lawan, lawan tetap lawan, memang kalah nombor dua. Kalau lawan satu sama satu Alhamdulillah. Kalau tiga penjuru pun kita lawan juga.
“Setakat ini memang dah (kita lawan) sebab kita tidak ada hubungan dengan PKR, jadi mana-mana kerusi PKR kita akan bertandinglah...itu terserah kepada kita,” katanya seperti dipetik Sinar Harian Online.
Mengulas lanjut, Mahfuz yang masih ahli Pas berkata, kenyataan Mohd Amar juga memberi nafas kekuatan kepada Pakatan Harapan untuk menang walaupun terpaksa berdepan pertembungan tiga penjuru.

Cakap mulut Arab bukan bukti RM2.6 bilion itu derma, kata Dr Mahathir

Beliau mengakui mengetahui kandungan dokumen berkenaan transaksi AS$681 juta ke dalam akaun peribadi Najib Razak.
mahathir-najib1Tun Dr Mahathir Mohamad berkata wang sebanyak AS$681 juta yang dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak seperti didedahkan 2 tahun lalu sudah tentu melalui pelbagai dokumen transaksi memperincikan butirannya, tetapi ia masih belum ditunjukkan sebagai bukti selain dakwaan ia merupakan wang derma dari Arab Saudi.
“Cakap mulut Arab, Najib dan AG (peguam negara) tidak cukup untuk menyakini mahkamah atau orang ramai berkenaan punca AS$681 juta yang masuk dalam akaun Najib. Juga bahagian yang kononnya dikeluar,” kata pengerusi Pakatan Harapan itu dalam blognya hari ini.
“Sesungguhnya pemidahan wang yang begitu banyak perlu direkod dalam berjela-jela kertas. Paper trail memang ada untuk pihak berkuasa menyelidiki akan kebenaran dakwaan oleh mana-mana pihak. Orang lain juga boleh mendapat maklumat jika mereka membuat kajian,” kata Dr Mahathir.
Pada 2015, The Wall Street Journal memetik kertas siasatan pihak berkuasa Malaysia melaporkan wang berkait 1MDB dimasukkan ke dalam akaun persendirian Ambank milik Najib.
Najib berkata wang itu merupakan derma dari keluarga diraja Arab Saudi bagi membantu jentera Umno pada pilihan raya umum 2013.
Tahun lalu, Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir berkata wang tersebut merupakan sumbangan “ikhlas” tanpa mengharapkan balasan, menyifatkannya untuk “pelaburan di Malaysia”.
Sebelum ini, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam mengumumkan tiada kesalahan dilakukan Najib, memutuskan wang AS$681 juta itu adalah derma keluarga diraja Saudi.
Dr Mahathir berkata cabarannya terhadap Apandi untuk bersumpah berkenaan kandungan laporan Bank Negara Malaysia yang mendedahkan jumlah itu dalam akaun Najib itu adalah kerana yakin ia wujud, berdasarkan dokumen yang ditunjukkan bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail kepada timbalan perdana menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kedua-dua Gani dan Muhyiddin dilucutkan jawatan mereka pada 2015.

MEMISKINKAN PENEROKA FELDA LAGI


Parti Pribumi berpandangan enam insentif tidak menyediakan penyelesaian bagi menangani kemelut peneroka Felda di negara ini.
Pengerusi Taskforce Felda Bersatu Wan Mohd Shahrir Wan Abdul Jalil
semua insentif tersebut hanyalah ‘silap mata’ atau ‘pil penahan sakit’ peneroka
agar mereka melupai seketika derita yang terpaksa ditanggung
insentif sekadar melepaskan betuk di tangga
Wan Mohd Shahrir menerangkan intensif tidak mengurangkan beban
hutang peneroka meningkat sebanyak RM5 billion setahun.
Peningkatan hutang kerana interest pinjaman 6.5% membebankan peneroka
Sepatutnya peneroka boleh membayar pinjaman mengikut jadual.
Dengan pengurusan lemah ‘yield’ peneroka sangat rendah
peneroka tidak dapat maklumat secara telus jumlah hutang mereka.
Felda janji setiap tiga bulan peneroka akan mendapat penyata hutang
berapa hutang sebenar setiap 94,956 peneroka yang terlibat?
Kepada peneroka yg tidak tanam semula dgn Felda, apa erti insentif RM5k ini?
insentif kedua membenarkan bina rumah kedua di tapak rumah
beliau soalkan bagaimana status GSA Felda.
Adakah Felda akan membenarkan tapak dipecah gerannya?
insentif ini bagi menutup Najib yang janjikan rumah generasi kedua Felda pada 2012
hingga kini tidak dapat siap, 11,000 unit terbengkalai,” ujarnya.
dana RM300 juta selama 5 tahun untuk lupus hutang dalam jangkaan RM40 ribu.
peneroka buat pinjaman lebihan, contoh 60k dana RM300 juta menampung lebihan.
contoh lebihan sebanyak RM20ribu termasuk skim ini.
bagaimana peneroka tahu jumlah hutang jika tidak mendapat penyata hutang
insentif pelupusan baki pinjaman saham FGV.
lebih 70 ribu peneroka sedang membayar baki pinjaman
Wan Shahrir jelaskan peneroka dapat 800 unit saham FGV hutang RM3,000.
tanah dicagarkan untuk FGV disenaraikan terpaksa membayar harga pasaran
sedangkan TS Isa mendapat ribuan saham pink form.
peneroka yg beli saham secara tunai dapat kembali wang pelaburan RM1,820
sedangkan membeli dengan nilai RM3000.

Situasi dialami Dr Mahathir, cerminan nasib Najib


Situasi dialami Dr Mahathir, cerminan nasib Najib
Perdana Menteri Najib Razak bergelut memastikan beliau terus mendapat sokongan ahli Umno bagi mengukuhkan kedudukannya.
KECAMAN dan kritikan terhadap Dr Mahathir Mohamad oleh pihak dalam Umno yang pernah menjadikan beliau idola perlu diambil sebagai peringatan kepada Perdana Menteri Najib Razak, yang beliau bakal berdepan nasib yang sama selepas bersara.
Dr Mahathir yang dahulunya dianggap seperti "tuhan" dalam Umno, kini disiasat kerana salah laku oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung skandal forex Bank Negara, susulan kritikan terbukanya terhadap pemerintahan Najib, fitnah yang tidak boleh diterima dalam oleh ahli Umno, kata akhbar Harakah.
"Dia menangis ketika mengumumkan persaraannya daripada politik dalam perhimpunan Umno. Wanita Umno menangis. Yang jantannya mengesat mata. Mereka tak terima persaraannya. Demikianlah sayang dan santun sekaliannya terhadapnya," kata seorang pemimpin dalam PAS.
Artikel itu mengatakan walaupun beberapa pemimpin Umno juga tidak puas hati dengan kepimpinan Najib, menjadi budaya parti itu menyimpan segala keraguan itu sendiri. Kritikan terbuka Dr Mahathir tentang kelemahan Najib dan Umno adalah pencetus yang membawa kepada kejatuhannya.
"Tidak diduga kebanyakan yang kasih tak terhingga kepadanya itu mencercanya dan jamaah menteri sudahpun bersedia untuk mentribunalnya dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja."
"Jika pun ada pebezaannya dengan Umno lepas bersara, tak terfikir sesiapa yang dikira dewa tadi dilihat Umno sebagai hantu."
Umno akar umbi baru-baru ini menyatakan kekecewaan mereka dengan kepimpinan Dr Mahathir dalam Pakatan Harapan (PH), memanggilnya pengkhianat.
Harakah berkata nasib dialami Dr Mahathir perlu dijadikan amaran kepada Najib, yang mana ramai bersetuju sedang bergelut mendapatkan taat setia ahli partinya.
"Mungkin Mahathir sebagai manusia tidak bebas daripada dosa dan banyak dosanya kepada Umno dan negara.

Bersama Dr Mahathir peluang terbaik tukar kerajaan pada PRU14


Bersama Dr Mahathir peluang terbaik tukar kerajaan pada PRU14
Presiden Amanah Mohamad Sabu dan aktivis Hishamuddin Rais (kanan) bercakap semasa forum 'Mahathir: Agen Perubahan atau Agen Pemusnah?' di Kuala Lumpur malam tadi. Ia membincangkan peranan Dr Mahathir Mohamad dalam Pakatan Harapan untuk memimpin gabungan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
PEMIMPIN pembangkang dan aktivis berbelah bahagi dengan peranan Dr Mahathir Mohamad, tetapi hampir kesemua hadirin pada forum gamat yang diadakan malam tadi bersetuju yang bekas perdana menteri itu berada pada saat yang tepat walaupun salah memerintah negara selama 22 tahun.
Ada yang mengatakan Dr Mahathir tidak wajar diberi jawatan pemimpin dalam Pakatan Harapan (PH) di sebalik terdapat pandangan yang beliau adalah taruhan terbaik untuk meraih sokongan orang Melayu yang menyokong Umno sejak Merdeka, 60 tahun dulu.
“PH hari ini adalah terdiri daripada koleksi mangsa Dr Mahathir. Saya ditahan dua kali di bawah Anta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Hishamuddin Rais juga ditahan dua kali,” kata presiden Amanah Mohamad Sabu yang merupakan seorang daripada panel forum, “Mahathir: Agen Perubahan atau Agen Pemusnah?”, malam tadi.
Forum yang disertai kira-kira 200 orang itu turut dihadiri Ahli Parlimen Parti Sosialis Malaysia Michael Jeyakumar Devaraj, aktivis sosial Haris Ibrahim dan Hishamuddin Rais.
Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, sokongan orang ramai penting untuk memenangi pilihan raya umum akan datang dan hanya Dr Mahathir yang boleh mainkan peranan menarik akar umbi.
“Bagi saya, perubahan dalam kerajaan memerlukan sokongan orang ramai, tanpanya kita tidak boleh buat apa yang diingini, demonstrasi atau protes tetapi kerajaan tidak akan peduli.
“Inilah sebabnya mengapa saya pilih untuk berdamai dengan Dr Mahathir,” katanya kepada hadirin di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor.
Turut bersetuju dengan Mat Sabu adalah Hishamuddin yang berkata Dr Mahathir boleh memainkan peranan dalam menyokong PH untuk menarik pengundi luar bandar.
“Dahulu kita tidak boleh pergi ke kawasan majoriti Melayu. Kini PH boleh pergi ke kawasan itu. Ini adalah perkembangan yang sedang berlaku. Ini adalah saat kritikal,” katanya.
Berhubung permintaan untuk PH menamakan calon perdana menteri, Hishamuddin berkata, “Mereka belum beli kerbau lagi dan kita tanya mereka di mana nak letak, apa nama kerbau itu. Menang kerajaan dahulu.”

Dun Selangor lulus usul kaji impak 1MDB kepada rakyat

SHAH ALAM, 25 JULAI: Hari kedua persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini menyaksikan usul menggesa Kerajaan Negeri mengkaji impak skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap kehidupan rakyat Selangor.
Usul dibentangkan Ahli Dewan Negeri Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar itu turut mencadangkan kajian dijalankan dalam aspek kehidupan menyeluruh termasuk percukaian kepada rakyat.

“Menggesa Kerajaan Negeri meneliti kesan terhadap pelaburan, ekonomi, percukaian dan impak kepada rakyat Selangor secara keseluruhan rentetan kes 1MDB seperti difailkan Jabatan Kehakiman Amerika (DOJ) serta amalan kleptokrasi berakar di peringkat Kerajaan Persekutuan,” katanya.
Usul yang menyebabkan anggota pembangkang DNS tidak senang duduk itu dibahaskan ahli dewan lain sebelum diluluskan.
Antara yang mengambil bahagian termasuk ADN Sekinchan, Ng Suee Lim; ADN Sabak, Sallehen Mukhyi dan ADN Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari.
Petang semalam, ketika perbahasan usul sama, DNS gamat seketika apabila berlaku pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pembangkang apabila ADN pembangkang menggesa perkataan dedak tidak digunakan.
Bagaimanapun, cadangan itu ditolak Speaker, Hannah Yeoh ekoran dedak adalah sejenis makanan haiwan ternakan berkait rapat dengan sektor penternakan di bawah Exco Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib.

Gobind: Parlimen platform terbaik untuk PM bincang 1MDB

Ahli Parlimen Puchong menyangkal dakwaan Najib Razak yang pembangkang memperbesarkan isu 1MDB.
gobind-najib-1mdb-3
Jika Datuk Seri Najib Razak merasakan pembangkang memperbesarkan isu 1MDB, cara terbaik ialah pergi ke Parlimen untuk berdepan pengkritiknya dan menjawab soalan mereka, kata Gobind Singh Deo.
Ahli Parlimen Puchong itu berkata, membincang isu 1MDB di Parlimen bukan sub judice dan Dewan Rakyat ialah platform terbaik untuk menjelaskan perkara berkenaan.
Beliau berkata, tiada apa dalam perintah tetap yang mengecualikan ahli Parlimen pembangkang bertanya soalan mengenai status siasatan kes 1MDB di Malaysia dan apa langkah diambil kerajaan dalam saman sivil difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).
Gobind mengulas ucaptama Najib pada perasmian Invest Malaysia 2017 hari ini, di mana perdana menteri berkata, walaupun terdapat masalah dalam 1MDB, beberapa ahli politik memperbesarkan isu itu dan cuba mensabotaj syarikat berkenaan dalam usaha menjatuhkan kerajaan menjelang pilihan raya umum akan datang.
Bekas menteri Umno, Datuk Zaid Ibrahim yang kini ahli DAP menggesa kerajaan berhenti menutup isu 1MDB.
Beliau berkata, parti pembangkang sekadar memberi maklum balas terhadap laporan media atas tindakan diambil kerajaan di negara lain.
“Najib hanya menafikan isu itu apabila beliau bercakap dengan orang ramai,” kata Zaid.
Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen berkata, skandal 1MDB ialah isu antarabangsa yang penting kerana ia menjejaskan pendekatan seluruh sistem perbankan global kepada pengubahan wang.
“Cubaan Barisan Nasional menutup (isu itu) amat menjejaskan ekonomi dan demokrasi kita.”
Wakil rakyat PKR itu berkata, Malaysia perlu menyiasat sepenuhnya dan membahaskan isu 1MDB kerana reputasi negara dipertaruhkan.
Beberapa negara menyiasat dakwaan pengubahan wang membabitkan 1MDB. Bagaimanapun, 1MDB secara konsisten menafikan sebarang penyelewengan dananya.
DoJ melalui saman sivil terbaru yang difailkan di California pada 16 Jun lalu mahu menyita AS$540 juta (RM2.3 bilion) aset termasuk karya seni, barang kemas dan hak 2 filem yang dibeli dengan dana didakwa diseleweng daripada 1MDB.
DoJ menerusi saman sivil pertama yang difailkan pada Julai 2016 mahu merampas semua aset didakwa dibeli dengan dana 1MDB, termasuk Hotel Park Lane di New York, sebuah hotel mewah di Beverly Hills, kondominium di New York, karya seni serta hasil kutipan daripada filem “The Wolf of Wall Street” yang dibintangi Leonardo DiCaprio.

SUKAR UNTUK ROS LULUSKAN HARAPAN SEBAGAI GABUNGAN POLITIK?

Pihak Pakatan Harapan telah menghantar permohonan kepada Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk mendaftarkan Harapan sebagai sebuah gabungan parti politik. Perkara ini diumumkan oleh Pengerusi Harapan Dr Mahathir Mohamad dalam sidang akhbarnya hari ini.
Katanya permohonan itu dibuat menerusi talian seperti mana dikehendaki oleh RoS.
Sama ada Harapan akan diluluskan sebagai sebuah gabungan politik seperti BN, ia ditunggu dengan penuh debaran oleh orang ramai. Mungkin pimpinan Harapan sudah dapat membaca apa keputusan yang bakal diterima nanti. Namun kerana ia ada peluang dan jaminan ia dilakukan juga mengikut prosuder yang ada.
Sebelum ini pihak kerajaan memberi jaminan, bahkan mencabar agar parti-parti pembangkang menubuhkan sebuah gabungan dan didaftarnya untuk berdepan dengan BN secara gentlemen. Cabaran sudah disahut namun kelulusan sebuah gabungan pembangkang tidak pernah menjadi kenyataan.
Sewaktu Pakatan Rakyat dahulu ia pernah dipohon didaftarkan sebagai gabungan oposisi tetapi tidak diluluskan dengan berbagai alasan teknikal.
Kini cabaran itu telah disahut sekali lagi.
Bagaimana pun dalam firasat saya permohonan Harapan itu tidak akan dilulsukan. Ia akan diolak dengan berbagai alasan dan teknik. Amat mustahil ia akan diluluskan. Zahid Hamidi sebagai menteri KDN bertanggungjawab dalam hal ini sama sekali tidak berani untuk membenarkannya kerana jika Harapan diluluskan ia sepertilah membukan jalan lebar kepada Harapan untuk menumbangkan kerajaan kleptokrasi.
Lainlah kalau Zahid juga mempunyai hajat sama untuk menumbangkan kerajaannya sendiri apabila dia sudah menghidu yang hayatnya dalam parti itu dengan kedudukkan kini tidak begitu selamat lagi.
Sekiranya RoS menolak permohonan itu parti-parti Harapan perlu menyediakan pelan kedua untuk menghadapi pilihan raya. Hanya ada dua kemungkinan bakal diambil, parti-parti gabungan itu bertanding atas tikit masing-masing atau pun memilih untuk menggunakan satu simbol sahaja derngan memilih mana-mana simboil di antara empat buah parti gabungan itu, Bunga Raya, Mata, Roket atau pun Gunung atau Obor (Amanah).
Yang penting kini Harapan perlu mengestbelishkan gabungan itu di kalangan rakyat dan menunjukkan solidariti yang utuh bagi diyakini rakyat. Aspirasi dan agenda Harapan biarlah berada dalam jiwa rakyat. Bila aspirasi sudah tertanam di jiwa, bertandinglah atas apa simbol sekali pun rakyat akan bersama Harapan.
Manakala penolakan permohonan Harapan itu bolehlah dianggap BN sudah mulai kecut perut untuk berhadapan secara satu lawan satu dalam pilihan raya akan datang.

BERBANDING TUN M YANG KONON BONEKA DAP, NAJIB JAUH LEBIH BAHAYA UNTUK DIKEKALKAN KUASANYA


Tidak sampai sepuluh tahun menjadi Perdana Menteri, majoriti rakyat Malaysia secara umumnya sudah mula sedar dan terasa betapa paling tidak bergunanya Najib Razak sebagai Perdana Menteri kepada kehidupan mereka.
Gemar dengan pendekatan populis tapi menyusahkan rakyat dengan penarikan subsidi dan jerutan tanpa henti melalui GST, beliau sebaliknya membayangi semua tindakan itu dengan menyandarkannya kepada konon untuk masa depan negara dan menukar istilah sebutannya agar lebih sedap didengar dan seolah-olah berniat baik.
Menarik subsidi misalnya ditukar kepada rasionalisasi subsidi, manakala GST kononnya diperkenalkan untuk kebaikan dan masa depan negara, bukan menambahkan beban dalam kehidupan.
Hakikat bahawa semua itu menjadikan barangan semakin mahal dan lebih banyak wang diberikan kepada kerajaan tidak pernah dikisahkan.
Malah, di sebalik wajah ceria dan menjual aura arwah bapanya, Tun Razak, Najib melakukan banyak kontradiksi lain seperti suka bermewah, banyak membazir, membiarkan isterinya berbelanja mewah dan kerapkali cerita keluarga lebih menjadi bahan berita berbanding membantu negara.
Ketika rakyat dihimpit dengan pelbagai kenaikan dan kos sara hidup berikutan ketiadaan subsidi dan perlu membayar GST, Najib lebih menjadi bahan cecehan berikutan skandal 1MDB, hubungan dengan Jho Low dan penemuan wang beribu-ribu juta dalam akaun peribadinya.
Tidak cukup dengan itu, untuk menutup hutang dan skandal, beliau kemudian berjinak-jinak dengan China yang menyebabkan banyak tanah, projek dan kontrak diberikan kepada kuasa ekonomi baru dunia itu.
Terpalit dengan skandal dan kuasa Peguam Negara adalah penyelamatnya, berdepan PRU 14 yang tentu paling getir baginya, tidak sukar menjangka apa jadi kepada rakyat dan negara jika Najib terus berkuasa lagi.
Juga tidak sukar menjangka betapa Jho Low mungkin bertambah-tambah lagi tahap “bilionairenya” atau barangkali berapa banyak lagi penguasaan China ke atas pelbagai projek dan aset negara sekiranya Najib terus menjadi Perdana Menteri selepas pilihanraya akan datang ini.
Selain rakyat biasa dan penyokong perubahan, kalangan dalam UMNO juga ramai yang sedar bahawa liabiliti sebenar ialah Najib sendiri. Sukarnya UMNO dan BN untuk mengekalkan kuasa tidak lain ialah berpunca daripada Najib dan perkara-perkara lain yang terkait dengannya.
Tetapi, untuk menutup semua ketakutan rakyat terhadap Najib itu, yang cuba ditakut-takutkan ialah wajah Tun Mahathir Mohamad yang kini menjadi Pengerusi Pakatan Harapan. Tidak cukup dengan sejarah silam beliau diungkit dan dibongkar semula, pengaruh DAP yang kononnya menguasai Pakatan Harapan turut sama didendangkan.
Tun Mahathir  digambarkan hanya sekadar boneka DAP semata-mata kerana parti itu mempunyai lebih bilangan Ahli Parlimen dan dikatakan akan menguasai gabungan pembangkang tersebut. Seolah-olahnya bila Pakatan Harapan berkuasa nanti, DAP dan Cinalah yang akan menguasai negara ini.