Isnin, 24 Julai 2017

Himpunan 'hapuskan kleptokrasi' 14 Oktober di Petaling Jaya

Pakatan Harapan (PH) hari ini memuktamadkan himpunan raksasa pada 14 Okteober depan akan diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya.
Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, himpunan yang diberi nama ‘Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi’ itu bertujuan memberi kefahaman yang lebih jelas kepada rakyat mengenai skandal 1MBD.
“Kita akan lancar kempen berkenaan ‘Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi’ dan kita akan adakan satu himpunan raksasa pada 14 Oktober,” katanya pada sidang media di Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen hari ini.
Wan Azizah himpunan hapus kleptokrasiMinggu lalu, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua yang membuat pengumuman mengenai himpunan itu berkata ia sebagai penutup kepada siri jelajah penerangan mengenai 1MDB.
Ini merupakan perhimpunan pertama anjuran PH sebagai sebuah gabungan semenjak menampilkan struktur organisasi dan lambangnya, yang kini dalam proses untuk didaftarkan.
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) baru-baru ini mendedahkan senarai aset yang mahu disita, didakwa telah dibeli dengan dana yang dicuri daripada 1MDB, termasuklah berlian merah jambu bernilai US$27.3 juta.
Parlimen hari ini pula menolak puluhan soalan daripada Ahli-ahli Parlimen PH berkait tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat dalam skandal tersebut yang telah mengakibatkan Malaysia dikenali sebagai sebuah pentadbiran kleptokrat.

Bila makhluk berkiblatkan Umno..

Najib pernah kata..
"Yakinlah UMNO tempat bergantung bagi rakyat" -5/12/2013.

Agaknya sebelum UMNO wujud kat Tanah Melayu ini, mungkin tok nenek moyang kita tak makan nasi kot sbb masa tu UMNO blom wujud lagi....

Mereka ingat Umno itu spt Tuhan..

Hari Peneroka 2017 (Cash Is King)

PELIK TAPI BENAR..
Najib tetap beri ratusan jutaan ringgit kpd peneroka Felda walaupun Felda tanggung defisit RM1 bilion (RM1,000 juta) SETIAP TAHUN..

Kalau perbelanjaan tahunannya sebelum ini berkali2 defisit, mana nak cekau ratusan jutaan ringgit itu??

ADAKAH KANTONG2 DANA RAKYAT LAGI AKAN JADI MANGSA ??!

Jahanam negara jika Najib terus kekal urus tadbir kewangan negara sebegini.. #KorekLubangTampalLubang

Sedarlah wahai pengundi2 Felda-BN. MASIH TAK NAMPAK LAGI KA !!

Inilah Malaysia ku...Tanya Soalan Skandal 1MDB tak boleh..??

Wajah sebenar Speaker Dewan Rakyat di sebuah negara yg dah merdeka hampir 60 tahun..

Jangankan nak usul apatahlagi bahas & lulus usul2 berkaitan #1MDB dlm parlimen, nak kemuka soalan 1MDB pon ditolak mentah2.

TETAPI JIKA NAK LULUS CUKAI2 BARU (seperti Cukai Pelancongan) UNTUK RAKYAT, SATU MALAM SAJA TANPA BAHAS PON BOLEH PULA GELOJOH PANTAS DILULUSKANNYA !!

ADIK BENG HOCK IKRAR MUNCUL DALAM KEMPEN NAJIB

Adik kepada Teoh Beng Hock, Teoh Lee Lan berjanji akan muncul dalam kempen BN pada pilihan raya umum akan datang jika kematian abangnya tidak mendapat pembelaan.
Sin Chew Daily memetik Lee Lan sebagai berkata: “Selepas lapan tahun, kami masih menunggu kerajaan menghukum pelaku dengan sewajarnya,” katanya pada acara peringatan Beng Hock hujung minggu lalu.
“(Tanpa keadilan), dia (perdana menteri) akan melihat saya pada acara kempen pilihan raya,” katanya yang mengesahkan perkara itu dalam kiriman mesej kepada Malaysiakini hari ini.
Lee Lan meminta sokongan orang ramai, kerana berpendapat keluarga sahaja tidak akan dapat mengubah sistem di negara ini.
Beliau berkata akan menuntut perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengotakan janji dan meminta penjelasan daripada kerajaan.
Pada tahun 2011, Lee Lan dilaporkan berkata Najib telah memujuk keluarganya untuk mengikuti proses undang-undang yang sewajarnya dan membolehkan inkues dilakukan terlebih dulu ketika mereka bertemu dua tahun selepas kematian Beng Hock.
Lee Lan berkata Najib kemudian berjanji bahawa keluarganya akan mengetahui punca di sebalik kematian Beng Hock.
Beng Hock adalah pembantu politik kepada ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah yang didapati mati di ibu pejabat SPRM Selangor pada 16 Julai 2009, selepas ditahan semalaman untuk soal siasat.

Skandal 1MDB: Pembangkang tandus isu untuk dibawa ke Parlimen, sembang Azalina

TINDAKAN ahli Pembangkang yang mempertikaikan penolakan Speaker Pandikar Amin Mulia ke atas lebih 30 soalan yang dikemukakan berkaitan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dibidas Menteri Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman Said.
Menteri itu yang mempertahankan tindakan tersebut berkata soalan yang tidak tersenarai atau didakwa ditolak pembangkang mungkin berada dalam pertimbangan mahkamah atau bercanggah dengan Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Malah katanya, empat soalan mengenai 1MDB sudah tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat sejak hari pertama sidang Parlimen lepas.
"Tindakan pembangkang memperbesarkan isu ini hanya menunjukkan mereka ketandusan isu untuk dibawa ke Parlimen.
"Pembangkang seharusnya memberi keutamaan kepada isu rakyat setempat (kawasan mereka) dan bukan mengitar semula isu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu barisan ahli Parlimen pembangkang meluahkan ketidakpuasan hati mereka susulan daripada penolakan soalan berkaitan 1MDB.
Ia menyebabkan sidang Dewan Rakyat yang berlangsung pagi tadi kecoh seketika.
Kerana itu Ketua Pembangkang Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata mereka sebulat suara akan mengemukakan usul menentang keputusan Speaker di bawah Peraturan 99 Mesyuarat Dewan Rakyat.

Royalti minyak: Mahkamah Persekutuan tentukan persoalan undang-undang

Mahkamah Persekutuan akan memutuskan sama ada 14 persoalan undang-undang yang ditimbulkan oleh kerajaan Kelantan pimpinan PAS berhubung saman terhadap Petroliam Nasional Bhd (Petronas) boleh didengar di Mahkamah Tinggi.
Ini berikutan Petronas dan kerajaan hari ini diberi kebenaran oleh tiga hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif bagi menentukan tiga soalan yang dikemukakan Petronas mengenai isu sama ada persoalan kerajaan Kelantan boleh ditimbulkan.
Seorang hakim Mahkamah Tinggi sebelum ini membenarkan enam soalan daripada konglomerat minyak itu dan tiga lagi dari mahkamah yang akan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi selepas memerintahkan supaya perbicaraan dijalankan atas persoalan undang-undang dan bukannya pendengaran saksi.
"Kami sebulat suara memberi kebenaran kepada Petronas dan kerajaan mengenai perkara ini. Tiada perintah dibuat untuk kos," kata Hakim Md Raus.
Dua hakim lain adalah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Hasan Lah.
Mahkamah Persekutuan pada 2 Julai 2013 membenarkan permohonan Petronas di bawah Perintah 14A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk membuang kes dengan menentukan perkara undang-undang, di mana pendengaran itu akan dilakukan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Saman berkenaan difailkan oleh menteri besar Kelantan ketika itu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Kelantan meminta agar semua tunggakan pembayaran tunai dibayar dan perintah agar semua bayaran tunai dibuat kepada negeri itu dalam penyata tuntutannya sebanyak 47 muka surat.

PENEROKA PERLU BIJAK, MEREKA JUGA AKHIRNYA PERLU TANGGUNG GULA-GULA YANG DIUMUMKAN NAJIB

Seperti yang dijangka, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan “gula-gula” kepada peneroka-peneroka Felda, yang antara lainnya termasuk:
 
1. Wang tunai RM5,000 bagi setiap peneroka yang layak melibatkan peruntukan RM475 juta.

2. Sumbangan untuk mengurangkan pinjaman pembelian saham FGV yang ditanggung peneroka melibatkan peruntukan RM128 juta.

3. Pengurangan hutang penanaman semula peneroka sebanyak RM5,000 bagi setiap peneroka melibatkan peruntukan RM519 juta.

4. Dana RM300 juta sebagai tabung pinjaman untuk membantu penanaman semula.
 
Empat “gula-gula” utama ini melibatkan peruntukan sebanyak RM1.422 bilion pada masa Kerajaan Persekutuan dan Felda tidak mempunyai sumber kewangan.
 
Dato’ Seri Najib perlu memperincikan dari mana pentadbiran beliau akan memperolehi dana RM1.422 bilion ini supaya peneroka-peneroka tidak menjadi mangsa gula-gula Barisan Nasional buat kali kedua.
 
Perkara ini telah pun berlaku menjelang PRU13 apabila peneroka-peneroka Felda dibayar sagu hati sebanyak RM15,000 setiap keluarga kononnya sebagai “durian runtuh” akibat penyenaraian FGV. Perkara ini dilaporkan di dalam penyata kewangan Felda yang diaudit bagi tahun 2013 seperti yang saya sertakan di sini – “durian runtuh” sebanyak RM1,687,922,299 (2012) dan RM4,917,440 (2013); serta bayaran “one-off” kepada kerajaan negeri sebanyak RM550,000,000.
 
Jumlah yang dibayar sebagai “gula-gula” menjelang PRU13 ialah RM2.243 bilion dan ini dimasukkan menjadi belanja yang ditanggung Felda untuk menyenaraikan FGV.
 
Wang untuk membayar “gula-gula” menjelang PRU13 ini diambil dari dana Felda termasuklah sebahagian besarnya pinjaman yang dibuat oleh Felda dari KWSP, yang banyaknya disalurkan kepada FGV (seperti nota dari penyata kewangan Felda yang saya lampirkan).
 
Sebab itu saya menyeru peneroka-peneroka Felda dan rakyat Malaysia untuk mengambil iktibar bahawa pentadbiran Dato’ Seri Najib pernah menggunakan duit rakyat dan peneroka untuk menyogok peneroka dengan “gula-gula” sebelum PRU13 dahulu. Selepas PRU13, peneroka Felda dan rakyat dibebankan dengan hutang yang diambil Felda untuk menyogok peneroka Felda sehinggalah Felda berada dalam keadaan yang parah sekarang.
 
Saya yakin Dato’ Seri Najib kini menggunakan muslihat yang sama – menggunakan wang rakyat yang akan ditanggung oleh rakyat untuk memberi sogokan kepada peneroka. Akhirnya, wang RM5,000 yang diberikan kepada peneroka akan menjadi hutang Felda yang sama-sama ditanggung oleh peneroka kemudiannya, seperti mana telah berlaku sebelum PRU13.
 
Hakikatnya, Felda sudah tidak ada wang untuk diagihkan seperti ini. Selepas penyenaraian FGV yang mengundang malang, Felda menanggung hutang sekurang-kurangnya sebanyak RM8 bilion.
 
Dalam keadaan keberhutangan itu, dalam tahun ini Felda membeli pula pegangan dalam syarikat perladangan di Indonesia milik sahabat Dato’ Seri Najib pada harga yang berkali ganda lebih tinggi melibatkan wang sebanyak RM2.2 bilion. Jumlah RM2.2 bilion itu sudah tentu dibayar dengan hutang sekali lagi.
 

Polis tangkap penduduk Kampung Gatco sekali lagi

Seramai 30 penduduk dari Kampung Gatco, Negeri Sembilan ditangkap kerana menghalang beberapa sebuah lori kayu balak daripada meninggalkan kawasan itu.
Seorang anggota balai polis di Ayer Hitam mengesahkan penahanan 16 wanita dan 14 lelaki itu.
Ketika dihubungi, koordinator Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) R Vijay Gandi sedang dalam perjalanan ke balai polis untuk penjelasan berhubung tangkapan berkenaan.
Selasa lalu, 28 orang dari kampung yang sama ditangkap atas tuduhan yang sama. Mereka dibebaskan tiga hari kemudian apabila Mahkamah Tinggi Seremban menolak permohonan perintah reman polis terhadap mereka.
Kedua-dua kejadian itu adalah pertikaian berlarutan antara penduduk kampung dengan Thamarai Holdings Sdn Bhd.
Tanah itu pada asalnya dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) yang menyewakan tanah kepada pekerja kebun, yang sebahagian besar adalah anggota kesatuan.

Parlimen Kecoh MP BN Dengan PH Isu Pandikar Tolak Soalan 1MDB

Nilai 'pink diamond' isteri MO1 menyamai kos Peduli Sihat - Dr Xavier

[Penjelasan YB Nurul izzah Terhadap Kekecohan Di Parlimen

Skandal Felda: 'Kita tak tahu hutang mak bapa kami berapa'

Skandal FGV: Kenapa pengerusi baru ini terlalu bongkak, soal SGK2F

Puluhan ribu akan sertai demo 'anti kleptokrasi' 14 Okt

HARAPAN hantar draf perlembagaan pada ROS

Mahathir kata Pekan kawasan 'hantu raya'

"Puad, pi pujuk bos tu jangan takut," kata Mahathir

TS Shahrir...mengapa berbohong?

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) amat dukacita dengan penafian Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abd Samad, mengenai jumlah sebenar hutang peneroka Felda yang di kategorikan bersama Felda@menyerahkan tanam semula kepada Felda.
Isu timbunan hutang peneroka adalah sesuatu yang diketahui umum. Jumlahnya bukan sahaja mencecah RM100,000 seperti disebut mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir; di Kota Tinggi pada 15 julai lalu, bahkan ANAK boleh buktikan di sesetengah felda sedang menghampiri RM170,000!
Sebagai Pengerusi Felda sejak 6 Jan 2017 lalu, seharusnya TS Shahrir beroleh gambaran tepat mengenai jumlah hutang 94,956 orang peneroka. Apabila hutangnya besar, tempoh membayar balik memakan masa hingga 20 tahun. Kadangkala, belum merasa lega atau merdeka dari bebanan hutang, proses tanam semula berikutnya bermula, dimana hutang baru khususnya pinjaman sara hidup antara RM1,000 hingga RM1,500 sebulan dibuat hingga tempoh 7-8 tahun.
Justeru, insentif yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri mengenai pelupusan hutang bernilai RM5,000 seorang peneroka dan dana khas pelupusan lebihan hutang tanam semula berjumlah RM300 juta bagi tempoh lima tahun antara 2017-2021, bagi melupuskan hutang kos operasi,melebihi jangkaan RM40,000; tidak akan menyelesaikan derita dan sengsara peneroka mengenai beban hutang yang terlalu tinggi.
ANAK konsisten mencadangkan:
1. Melupuskan hutang peneroka sekurang2nya 50% seperti dalam penyata Kos Tanam Semula,
2. Mansuhkan faedah 6.25% atas pinjaman seperti dalam perjanjian Tanam Semula,
3. Mengkaji semula terma hutang pembangunan ladang seperti baja( mahal tetapi didakwa tidak berkualiti), kos penyelenggaraan ladang dan pinjaman persendirian seperti pembesaran rumah yang mengenakan kos perkhidmatan 2.5%.
4. Mempercepatkan proses Tanam Semula dari kerja penebangan, penyediaan tapak nurseri, menanam benih dan penyelenggaraannya. Proses tanam semula yang lambat@tidak efisien; menyebabkan Kos sara hidup meningkat.
Adakah TS Shahrir maklum, ada kes yang diadukan kepada saya, beserta penyata yang dilampirkan, ada peneroka yang terpaksa menanggung kos faedah atas pinjaman sahaja bernilai RM47,000!
ANAK sependapat dengan pengumuman YAB Perdana Menteri mengenai pembentukan geran khas tanam semula peneroka yang diluluskan Lembaga Minyak Sawit Malaysia( MPOB)kepada Felda hingga tahun 2020. Ia telah diperjuangkan ANAK sekian lama dan perjumpaan dengan pengurusan MPOB pun telah dibuat sebelum ini. Soalnya, mengapa setakat tahun 2020 sahaja?
ANAK ingin mengingatkan TS Shahrir, selagi mana isu hutang dan pendapatan peneroka tidak ditangani secara menyeluruh dan mekanisme yang betul, gesaan terhadap 17,000 peneroka felda yang melaksanakan kebun secara bersendirian , agar kembali bersama Felda, dalam tempoh 6 bulan ini, tidak akan berkesan.
Jika mereka bebas dari hutang dan beroleh pendapatan lebih baik, apa alasan untuk mereka bersama Felda?

Dzulkefly cabar Khairy lawan Najib untuk selamatkan Umno

Pengarah Strategi Amanah itu berkata ketua pemuda Umno sedar siapa pengkhianat parti dan negara jika beliau seorang patriot.
Amanah's-Dr-Dzulkefly-AhmadPETALING JAYA: Dr Dzulkefly Ahmad menyeru Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mencabar “bosnya” jika beliau seorang patriot dan setia kepada parti.
Merujuk kritikan Khairy terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai orang yang sanggup mengkhianati parti demi kuasa, pengarah strategi Amanah itu berkata satu-satunya orang yang mengkhianati Umno ialah penyandang jawatan presiden sekarang.
“Tindakan Khairy menuduh Pakatan Harapan ‘gila kuasa’ benar-benar tak tentu arah dan tidak munasabah. Menuduh Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim mengkhianati Umno demi kuasa untuk diri mereka, jelas tidak mengikut rekod sejarah.
“Ia juga secara tidak sengaja berbalik kepada bosnya,” kata Dzulkefly, merujuk kepada presiden Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Semalam, selepas melancarkan mesyuarat Umno Bahagian Kepala Batas, Khairy terus menyerang barisan kepimpinan PH.
“Prinsip Pakatan Harapan bukan demi masa depan negara tetapi bekerja demi kuasa masing-masing. Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim bekas pemimpin Umno dan kini mereka dalam usaha memecahkan Umno dan orang Melayu.
“Kita tidak boleh ada kerajaan yang ditubuhkan atas asas dan prinsip nak kuasa, sebab itu bukan asas kepada mana-mana parti yang menubuhkan kerajaan,” kata Khairy lapor Bernama.
Dzulkefly juga mencabar Khairy untuk menyelamatkan Umno dengan melawan Najib.
“Jika beliau benar-benar mencintai dan tidak mahu mengkhianati partinya, beliau mesti melawan Najib, sekarang. Itu tindakan seorang negarawan cemerlang dan patriot tulen.”

Otai Reformis tolak Dr Mahathir, Saari Sungib lepas jawatan pengerusi

Beliau mengambil keputusan itu selepas beberapa ahli kumpulan aktivis reformasi 90-an itu membantah pelantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi Pakatan Harapan.
saari-sungibSHAH ALAM: Saari Sungib, yang mengetuai kumpulan aktivis reformasi Otai Reformis mengesahkan sudah melepaskan jawatan sebagai pengerusi kumpulan aktivis 90-an itu, selepas sebahagian ahli kumpulan reformasi 90-an itu membantah pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi Pakatan Harapan.
“Ahli-ahli Otai Reformis ada macam-macam sentimen terhadap Dr Mahathir. Ada yang tolak habis dan ada yang masih bertimbang rasa penyertaan Dr Mahathir dalam PH.
“Kita telah adakan mesyuarat semalam dengan Otai Reformis dan hasil keputusan itu saya lepaskan jawatan saya,” katanya kepada FMT ketika ditemui di Dewan Negeri Selangor.
Menurut Saari, Otai Reformis dalam mesyuarat itu menolak kepimpinan Dr Mahathir di peringkat gabungan pembangkang, atau sebagai menteri atau penasihat kerajaan sekiranya PH mentadbir kerajaan.
“Kita menuntut PH untuk memasukkan dalam manifesto PRU14 PH penubuhan Suruhanjaya Keamanan dan Keadilan bagi mengadili segala tuduhan ke atas Dr Mahathir.
“Kita juga bersetuju agar mana-mana ahli Otai Reformis yang mempunyai jawatan dalam mana-mana parti PH untuk melepaskan jawatan yang disandang dalam gerakan Otai Reformis,” katanya.
Dalam pada itu, Saari berkata selain beliau, setiausaha kumpulan Abdul Razak Ismail turut meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan penyertaan Dr Mahathir dalam PH.
Katanya, Abdul Razak akan menyertai Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk menentang PH dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Sementara itu, Saari mengakui mempunyai pandangan tersendiri terhadap Dr Mahathir, namun akan akur dengan keputusan parti untuk bersama PH.
“Saya akan bersama PH…kita tahu hujah-hujah yang diterangkan parti saya untuk bersama Dr Mahathir dalam PH,” katanya.

HARAPAN tanpa Mahathir

Persoalan Dr Mahathir masih masih belum tamat walaupun Pakatan Harapan (HARAPAN) berjaya mencapai persetujuan mengenai struktur pimpinannya. Teka-teki pandangan umum mengenai Tun Dr Mahathir dan posisinya sebagai Pengerusi Harapan masih membelenggu penyokong pembangkang mahupun mereka yang cenderung kepadanya. Harapan seperti masih memujuk ahli-ahli dan penyokongnya menerima keputusan yang tidak terjangka ini.
Tidak banyak yang boleh Harapan lakukan untuk memberi justifikasi memaksa rakyat menerima kehadiran bekas Perdana Menteri paling lama dalam sejarah Malaysia itu. Walaupun Lim Kit Siang, Mohamad Sabu malah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang paling terkesan dengan Tun Mahathir juga dengan terbuka memaafkan dan berlapang dada dengan situasai hari ini, masakan tidak kita?
Bagi sesetangah pendokong, sifir memaafkan Tun Mahathir sebagaimana yang dibuat oleh tokoh-tokoh ini belum tentu boleh melegakan mereka.
Namun, penulis terkesan sedikit dengan pelbagai rencana yang ditulis untuk merungkai persoalan ini. Malah masih ada dialog mahupun forum-forum yang sedang dijadualkan untuk mendapat maklum-balas kehadiran Tun Mahathir dalam politik pembangkang.
Mereka tahu, apa-apa topik hangat melibatkan Mahathir pastinya menjemput lebih ramai penonton. Menjual nama Mahathir untuk mana-mana program politik pasti laris!
Kita telah bersatu, apa lagi yang dimahukan?
Saya terpanggil memikirkan apakah mesej yang masih kita cari hari ini? Telah banyak kekeliruan dan kelesuan yang melanda HARAPAN sebelum ianya dimuktamadkan dengan logo baru-baru ini. Tulisan ini bukan galak benar hendak mempertahankan tokoh yang pernah digelar sebagai Mahafiraun ini, cuma sekadar mengharapkan sedikit anjakan dan ihsan.
Hari ini adalah hari di mana kita patut tutup segala duka lama yang membantut usaha kita menjadi kerajaan di Putrajaya. Hari ini kita wajar berdialog dan berforum, membedah dan membongkar idea bagaimana Harapan boleh dipotretkan sebagai kerajaan yang sedang menanti dan bukan pula yang sebaliknya.
Masa yang terbuang dek kerana membincangkan hal-hal seperti logo dan siapa patut menjadi PM telah berlalu. Kita perlu segera cergas mengejar masa yang dibazirkan dan mempersiapkan diri sebagai kerajaan yang bakal mengganti.
Harapan dalam landasan yang tepat
Harapan sebenarnya telah bersedia semenjak kita mencapai persetujuan menerima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sebuah parti bukan multi-racial yang diusahakan Dr Mahthir bertujuan menumbangkan kerajaan Umno-BN. Sejak dari itu, Harapan telah selangkah memenangi pertandingan bersaing ke Putrajaya.
Ia telah berada di dalam kedudukan yang tepat dan di landasan yang betul. Semua persoalan peribadi dan dendam lama berjaya dibuang jauh demi membina semula negara tercinta ini. Inilah adalah politik matang yang sebenarnya.
Dr Mahathir hari ini telah mengubah dirinya menjadi sebahagian daripada kita yang selama berpuluh tahun menjadi musuh tradisi pembangkang dan kemuncaknya ketika pemecatan Anwar Ibrahim tahun 1998.
Mahu tidak mahu, kita terpaksa bersetuju kehadiran Mahathir telah mengisi senarai tokoh-tokoh pembangkang menyertai Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim dan Mohamad Sabu. Pembangkang berada dalam kedudukan terkuatnya sepanjang sejarah muafakatnya.

Titik Perubahan Malaysia

Sebaik keriuhan pilihan raya selesai, terutama jika kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan, sejarah akan menandakan 14 Julai 2017 sebagai titik perubahan besar negara.
Sidang media diadakan pada 12.30 tengah hari pada 14 Julai 2017 di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat. Pakatan Harapan mengumumkan logo, barisan pimpinan dan pelan polisi awal.
Saat bersejarah itu boleh dilalui dan diterjemah dari pelbagai sisi. Ia menandakan berakhirnya mesyuarat empat jam dengan kesimpulan yang menggembirakan hasil berbulan susah-payah dalam memikirkan cara paling berkesan menggabungkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dengan parti-parti Pakatan Harapan sedia ada, iaituPKR, DAP, dan Amanah, selain pencapaian persefahaman dua dekad perseteruan politik antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr. Mahathir Mohamad, dan para penyokong dari kedua-dua tokoh politik itu.
Kini BN boleh dikalahkan
Suasana baru dapat dirasakan di mana-mana dengan harapan besar bahawa kini, akhirnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, UMNO dan Barisan Nasional boleh dikalahkan.
Kerajaan Najib dilihat semakin cemas. Menteri-menteri UMNO-BN masih lagi menggunakan skrip usang bahawa DAP merupakan dalang penentu keputusan dalam Pakatan Harapan untuk menakutkan pengundi Melayu. Sementara peranan Najib pula berada di barisan hadapan menyerang Dr. Mahathir, di mana peranan masing-masing sudah bertukar – Mahathir sebagai kerajaan dan Najib sebagai pembangkang.
Apa yang tidak dikupas tapi merupakan perkara paling penting dalam perkembangan terbaru ini adalah runtuhnya strategi serampang tiga mata Najib untuk memecah-belahkan pembangkang yang digunakannya sejak pilihanraya umum 2013.
Formula Pakatan ketika itu adalah dengan meletakkan Anwar Ibrahim sebagai peneraju pimpinan yang dilihat sebagai calon Perdana Menteri yang mampu menyatukan parti-parti pembangkang.
Ada dua jalan yang Najib boleh gunakan untuk berdepan cabaran itu. Jalan demokratik — dan beretika — adalah dengan melaksanakan reformasi dalam kerajaan serta memenangi hati dan minda pengundi dengan ikhlas. Namun, dengan pendedahan skandal 1MDB, beliau tanpa rasa bersalah telah menggunakan taktik kotor dan kaedah yang mencurigakan.
Bagaimana untuk hancurkan Pakatan Harapan
Strategi yang Najib gunakan adalah:
Pertama, singkirkan Anwar Ibrahim untuk memastikan pembangkang hilang pemimpin yang layak dan berhak menjadi Perdana Menteri;
Kedua, memancing PAS untuk memberi sokongan kepada Barisan Nasional yang akan memecahbelahkan pembangkang sekaligus pengundi Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama (menjadikan PAS watak utama melawan DAP), dan menyusun agar PAS terlibat dalam pertandingan tiga penjuru untuk memecahkan sokongan dalam kalangan pengundi Pembangkang; dan,
Ketiga, selepas Anwar disingkirkan dan PAS berada di dalam poket BN, kempen Najib akan menumpukan usaha memomokkan Pembangkang sebagai “Cina” yang didominasi oleh DAP untuk menakutkan lagi pengundi Melayu.
Dalam kata lain, rancangan Najib adalah untuk menang dengan memecahbelahkan Pembangkang secara sistematik. Dalam penggal pertama 2017, Najib cukup yakin beliau akan menang besar dan mengekalkan kuasa serta mungkin kekal berkuasa untuk satu dekad lagi. Dengan begitu yakin, beliau dilihat cuba menyingkirkan beberapa pemimpin utama UMNO sebelum pilihanraya umum untuk meletakkan barisan baru pimpinan yang setia kepadanya.

JASA sudah bersedia hadapi PRU14


JABATAN KERAJAAN UMNO@BN
KUALA NERUS - Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) akan memperkukuhkan komunikasi strategik berkaitan media sosial bagi memastikan rakyat memperoleh maklumat betul dan tepat sebagai persediaan menghadapi PRU14.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, penggunaan media sosial yang meluas menjadikan maklumat begitu cepat tersebar tanpa mengetahui fakta yang sebenar.
"Tugas dan peranan kita adalah untuk memastikan rakyat menerima maklumat yang betul dan tepat. Jadi, kita akan menilai segera kandungan dan sebaran maklumat di media sosial bagi memastikan maklumat yang tidak tepat atau fitnah segera diperbetulkan.
"Tujuan kita adalah untuk memastikan maklumat yang tepat akan sampai ke peringkat umbi, sekaligus membolehkan sesuatu pelaksanaan yang ingin dibuat memberi manfaat kepada rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Mesra Aidilfitri Jasa Terengganu di Dewan Pejabat Felda Wilayah Terengganu, Tepuh, di sini, hari ini.
Menurut Mohd Puad lagi, semua jentera di peringkat Parlimen dan Dun telah bersiap sedia untuk menghadapi PRU14 yang dijangka bila-bila masa.
Jelasnya beliau lagi, ketika ini Jasa mempunyai seramai 1, 128 pegawai di seluruh negara.

HARAPAN ajak orang ramai berhimpun tanda sayangkan Malaysia

KUALA LUMPUR, 24 JULAI: Sebuah perhimpunan raksasa yang diberi nama ‘Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi’ akan dilangsungkan di Padang Timur, Petaling Jaya 14 Oktober hadapan.
Perhimpunan yang akan bermula pada jam 4 petang itu bertujuan untuk memberi kefahaman yang lebih jelas kepada rakyat mengenai skandal kehilangan dana awam melibatkan puluhan billion ringgit.
Pengumuman perhimpunan itu dibuat Pengerusi HARAPAN, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dalam sidang media di Menara Parlimen sebentar tadi.
“Kita akan lancar kempen berkenaan ‘Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi’ dan kita akan adakan satu himpunan raksasa pada 14 Oktober,” kata beliau menjangkakan kehadiran puluhan ribu rakyat Malaysia.
Ini merupakan perhimpunan pertama anjuran HARAPAN sebagai sebuah gabungan semenjak menampilkan struktur organisasi dan lambangnya, yang kini dalam proses untuk didaftarkan.
Tun Mahathir sebelum ini telah pun menyertai dua perhimpunan Bersih, bagi menuntut supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan, ekoran skandal mega pengubahan wang haram melibatkan dana terkait 1MDB.
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) baru-baru ini mendedahkan senarai aset yang mahu disita, didakwa telah dibeli dengan dana yang dicuri daripada 1MDB, termasuklah berlian merah jambu bernilai US$27.3 juta.
Parlimen hari ini pula menolak puluhan soalan daripada Ahli-ahli Parlimen HARAPAN berkait tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat dalam skandal tersebut yang telah mengakibatkan Malaysia dikenali sebagai sebuah pentadbiran kleptokrat.

Selamatkan FGV, buang semua lembaga pengarah

Untuk menyelesaikan kemelut Felda Global Holdings Berhad (FGV), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa menyingkirkan semua pengerusi dan ahli lembaga pengarah badan itu yang didakwa meneruskan legasi Tan Sri Isa Samad.
Penasihat Suara Generasi Kedua Felda (SGK2F) Datuk Zulkefli Nordin berkata pengerusi FGV ketika ini, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob pula tidak membersihkan ahli lembaga pengarah FGV seperti yang diharapkan.
"Pada peringkat awal semasa beliau baru dilantik, saya beri sepenuh kepercayaan untuk buat perubahan di FGV. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
"Kami rasa terkilan dengan apa yang berlaku di FGV sekarang. Kalau dulu bila Tan Sri Shahrir Samad ambil alih Felda, alhamdulillah, beliau buat perubahan yang amat drastik.
"Dia bersihkan ahli lembaga pengarah Felda Investment Corporation (FIC).
"Tetapi ini tidak berlaku di FGV apabila pengerusi baharu dilantik. Beliau mengekalkan beberapa nama yang mempunyai sejarah kontroversi," katanya pada sidang media di Hotel Grand Season Kuala Lumpur hari ini.
Krisis FGV tercetus selepas lembaga pengarah, yang diketuai oleh Isa mengarahkan presiden dan ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Zakaria Arshad, bercuti kerana didakwa gagal mematuhi peraturan urus tadbir korporat.
Zakaria kemudian menuduh lembaga pengarah cuba membuat urusan pelaburan yang "tidak masuk akal", tetapi telah dinafikan oleh lembaga tersebut.
Sulaiman pula dilantik menjadi pemangku kepada jawatan Isa.
Perdana Menteri kemudian menugaskan bekas menteri, Datuk Seri Idris Jala untuk menyiasat kemelut itu, yang berakhir dengan menyerap Isa ke Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Zakaria menghadapi prosiding tatatertib.

Giliran Dr Mahathir cabar Hishammuddin tanding di Langkawi

Bekas perdana menteri itu mencabar Hishammuddin Hussein bertanding di Langkawi selepas menteri pertahanan itu mencabar beliau bertanding di Pekan, semalam.
mahathir-hishamuddinKUALA LUMPUR: Selepas dicabar bertanding di Pekan, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencabar Datuk Seri Hishammuddin Hussein bertanding di Langkawi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Ia selepas naib presiden Umno itu berikrar mempertahankan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai presiden parti dan mencabar pengerusi Pakatan Harapan itu bertanding di Pekan pada PRU14.
“Saya cabar dia bertanding di Langkawi,” kata bekas perdana menteri itu ringkas pada sidang media di pejabat ketua pembangkang di Parlimen, hari ini. lobi Parlimen hari ini.
Semalam, Hishammuddin menyifatkan kenyataan bekas perdana menteri itu untuk bertanding di Pekan pada PRU14 sekadar bersifat populis.
Menteri pertahanan itu berkata, kenyataan pengerusi PPBM itu bertujuan mengganggu tumpuan ahli Umno ketika parti itu sibuk mengadakan persidangan perwakilan bahagian.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir mendakwa Pekan ialah kawasan pelik kerana jumlah pengundi didapati meningkat secara mendadak pada setiap pilihan raya.
“Ada benda yang pelik sikit di Pekan. Ada satu masa jumpa pengundi seramai 35,000 orang dan Najib menang. Bila berlaku sekali lagi pilihan raya, pengundi meningkat kepada 85,000 orang.
“Tidak tahu mereka datang dari mana dan sudah tentu dia menang dengan ribuan undi. Jadi, itu bukan kawasan pilihan raya, itu kawasan hantu raya,” katanya.

INSENTIF DIUMUMKAN NAJIB TAK SELESAIKAN MASALAH PENEROKA FELDA


ENAM insentif diumumkan Perdana Menteri Najib Razak semalam tidak menyelesaikan masalah peneroka, kata Suara Generasi Ke-2 Felda hari ini.
Penasihatnya Zulkefli Nordin berkata, isu utama yang melanda peneroka Felda hari ini ialah urus tadbir ladang dan penyata hutang.
“Sepatutnya pihak Felda terangkan kepada PM sebelum buat ucapan tu. Masukkan dua perkara ini.
“Kerana apa yang kami nampak seandainya dua perkara ini tidak diselesaikan maka akan adalah lagi esok ‘wow factor’. Setiap tahun ada ‘wow factor’,” kata Zulkefli pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Semalam Najib mengumumkan enam insentif untuk peneroka sempena Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2017 di Putrajaya.
Suara Generasi Ke 2 Felda merupakan kumpulan pendesak yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik.
Zulkefli berkata peneroka menyerahkan 10 ekar ladang untuk diuruskan Felda Technoplant Sdn Bhd (FTP) atau kepada Felda untuk diuruskan.
“Apa yang berlaku ladang ini terbiar dengan semak. Tak berjaga.
“Kalau ladang terbiar semak dan tak berjaga, bagaimana hasil peneroka Felda nak dapat? Bagaimana mak dan ayah kami nak bayar hutang kepada Felda?” soalnya.
Katanya, jika diuruskan dengan baik 10 ekar tanah itu mampu memberikan hasil untuk menyara kehidupan peneroka Felda.
“Juga untuk membayar semua perbelanjaan yang sudah didahulukan Felda. Tetapi apa yang berlaku, ada yang hutangnya mencecah sehingga RM200,000.
“Dalam perjanjian peneroka dengan FTP dan Felda, setiap tiga bulan, penyata hutang harus diserahkan kepada peneroka. Tetapi apa yang berlaku, dari 2005, baru tahun lepas penyata hutang diberikan, itu pun selepas kami desak,” katanya.

Jamal Yunos bukan liabiliti, ampu ketua puteri Umno

Mas Erimiyati Samsudin hari ini mempertahankan Jamal Yunos yang digambarkan sebagai seorang pemimpin yang banyak menolong dan bertimbang rasa.
Mas-Ermieyati-Samsudin-jamal-yunos-umno-melayuKUALA LUMPUR: Ketua Puteri Umno Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempertahankan Datuk Jamal Yunos dan berkata ahli politik yang bercita-cita bertanding jawatan ketua pemuda Umno itu tidak memudaratkan parti.
Sebaliknya, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu disifatkan sebagai seorang pemimpin akar umbi yang banyak menolong dan bertimbang rasa.
“Itu Jamal Yunos yang saya kenali. Jadi, beliau bukan liabiliti…Saya nampak peranannya dalam pilihan raya kecil Sungai Besar (Jun 2016) dan bagaimana dia menggerakkan jentera parti. Ia sangat berkesan,” katanya pada sidang media di sini ahri ini selepas pelancaran Persidangan Pelancongan Islam Sedunia hari ini.
Beliau ditanya sama ada Jamal memudaratkan parti dengan aksi dan telatah yang pernah dilakukan sebelum ini sehingga pernah ditegur Sultan Selangor.
Gimik terbaharu menyaksikan beliau dan penyokong membawa kadbod Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menaiki Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang 21 Julai lalu.
“Mock-up” itu tertera: “TQ PM kerana menyediakan perkhidmatan MRT dari Kajang ke Sungai Buloh. Mudah la Kak Wan menziarahi suami Kak Wan di Sungai Buloh.”
Wan Azizah merupakan Adun Kajang, manakala Anwar kini menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh.

Apabila ahli politik khayal berbicara di dunia nyata


Apabila ahli politik khayal berbicara di dunia nyata
Reezal Marican dan menteri-menteri lain dalam pentadbiran Najib Razak harus menepis anggapan rakyat Malaysia mudah mempercayai apa saja yang diberitahu. 
BETULKAH?
   
Adakah Reezal Merican benar-benar menjangkakan rakyat Malaysia percaya pentadbiran Najib Razak akan membatalkan kewarganegaraan Low Taek Jho jika terbukti rakan baik perdana menteri itu juga merupakan warganegara St Kitts dan Nevis.
Di bawah undang-undang Malaysia, menjadi satu kesalahan bagi warganegara untuk mempunyai dua kewarganegaraan.
Ini adalah rahsia terbuka yang Low Taek Jho menjadi warganegara pulau Caribbean. Walaupun semuanya kepura-puraan, Putrajaya menyedari hakikat ini.
Tetapi Reezal terpaksa memainkan peranannya dalam wayang kerajaan sehingga dia berkata: "Tidak ada layanan istimewa untuk sesiapa pun. Siapa saja yang mempunyai dua kewarganegaraan perlu diambil tindakan,"
Jawapan timbalan menteri luar negeri itu semalam tidak lebih daripada sekadar taktik untuk berdolak-dalih. Individu, kumpulan dan kerajaan sering memberikan jawapan seperti "perkara itu sedang diteliti", "kami mengambil pandangan yang serius mengenai isu ini", "kuasa penuh undang-undang akan digunakan" apabila mereka diletakkan dalam kedudukan yang tidak selesa dan cuba mengambil sedikit masa.
Berikut adalah mesej kepada Reezal dan menteri-menteri dalam pentadbiran Najib yang masih mempunyai tanggapan rakyat Malaysia ini mudah percaya.
Anda silap.
Kami tahu Jho Low dan Najib Razak adalah teman rapat.
Kami tahu ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang itu kebal selagi Najib kekal di Sri Perdana.
Kita tahu apa saja langkah Umno atau kerajaan untuk membatalkan kewarganegaraan Jho Low akan menjadi bencana bagi Najib dan ahli keluarganya, memandangkan berapa banyak yang ahli perniagaan itu tentang jejak dana 1MDB.
Terdapat peluang yang lebih baik untuk Reezal Marican memenangi larian 100 meter di Sukan Sea akan datang daripada pembatalan kewarganegaraan Low Taek Jho kerana memiliki dua kewarganegaraan.
Selepas bertahun-tahun, Reezal dan ahli Umno masih tidak faham: Jho Low dan Najib ibarat kembar Siam, tak boleh dipisahkan.

JIKA MAHU DIKOREK, SEJARAH TUN M ATAU SEJARAH KJ YANG LEBIH HITAM?

Dengan garang, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang dilaporkan mahu merebut salah satu jawatan Naib Presiden dalam pemilihan akan datang berkata, UMNO akan menggali semula sejarah Tun Mahathir Mohamad ketika pemerintahannya dari 1981 hingga 2003 dahulu.
Kata beliau, tindakan itu bukan saja sebagai suatu serangan balas, tetapi juga untuk menjadikan bekas Perdana Menteri dan sekutunya dalam Pakatan Harapan tidak lagi selesa.
“Orang kata kami siasat skandal lama dalam kerugian forex, tetapi tak kisahlah berapa lama ia berlaku, kita perlu siasat salah laku.
“Saya tidak suka bercakap buruk, tetapi orang ini asyik menyalahkan pentadbiran sekarang sedangkan dia ada rekod lebih teruk. Jika tidak mahu sejarah dibuka kembali, duduk diam-diam saja.
“Tetapi dia cabar kami, cakap tentang semua benda…kleptokrasi dan macam-macam lagi. Jadi, sejarah akan dibuka. Kami akan gali dan bongkar, biar rakyat buat keputusan,” kata KJ lagi di perasmian Meyuarat Perwakilan UMNO Kepala Batas, bahagian UMNO yang pernah dipiimpin oleh bapa mertuanya, Tun Abdullah Badawi.
Adakah Tun Mahathir gentar dengan tindakan itu?
Atau, adakah ia akan melemahkan beliau?
Tun Mahathir tentunya tiada masalah jika tindakan menggali dan mengorek sejarah kepimpinannya mahu dilakukan oleh kepimpinan Najib sekarang ini.
Beliau tidak saja dipercayai mampu menanganinya, malah tindakan itu secara tidak langsung merupakan serangan kepada UMNO sendiri yang akan menguntungkan Pakatan Harapan.
Ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, ia bukan saja bermakna semuanya adalah tentang UMNO dan BN, tetapi juga ketika itu Najib dan Tun Abdullah sendiri berada dalam kerajaan sebagai menteri.
Apa mereka buat ketika itu?
Adakah terbukti mereka pernah bersuara atau hanya angguk membabi buta?
Jika semua kesalahan itu diungkit dan dikorek, manifestasinya ialah kerajaan UMNO dan BN memang tidak berguna di mata rakyat dan ia akan lebih memudahkan mereka menghumbannya daripada puncak kuasa dalam pilihanraya umum akan datang nanti.
Setidak-tidaknya, dengan apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir sekarang, beliau bukan saja  menentang perlakuan Najib yang lebih membawa kerosakan kepada negara, malah juga untuk menebus kembali salah silapnya di masa lalu.
Tidakkah tindakan Tun Mahathir sekarang ini  patut dipuji dan disokong berbanding jika beliau hanya diam dan terus bersekongkol dengan kebatilan serta kemungkaran?
Selain itu, jika sejarah silam mahu dikorek dan diungkit, KJ juga harus ingat bahawa beliau sendiri banyak sejarah silam yang kelam dan hitam ketika era pemerintahan Tun Abdullah Badawi dahulu.
Apakah beliau lupa semua itu?

KHAIRY BIMBANG BN BAKAL HILANG KUASA


KENYATAAN Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (KJ) semalam Pakatan Harapan (PH) ditubuhkan demi kepentingan kuasa individu tertentu seperti Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim menunjukkan kebimbangannya Barisan Nasional (BN) bakal kehilangan kuasa dalam Pilihan Raya Umum ke-14 ini.Ini kerana KJ tidak mampu menawarkan apa-apa penyelesaian kepada masalah yang sedang dihadapi negara dan rakyat hari ini sebaliknya hanya memainkan propaganda murahan seperti itu bagi mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu sebenar.
Pemuda Amanah menegaskan PH yang ditubuhkan sejak 22 September, 2015 bertujuan mengangkat perjuangan rakyat dan menyelamatkan negara. PH bukan gabungan untuk agenda peribadi mana-mana pemimpin, malah ketika ditubuhkan, Dr Mahathir masih berada dalam Umno.
KJ seharusnya menyemak dulu fakta sebelum membuat propaganda yang boleh mengelirukan rakyat.
Matlamat dan tawaran 100 hari pemerintahan PH yang diumumkan pada 13 Julai lalu menunjukkan agenda PH memberikan fokus kepada perjuangan bersama bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi negara dan rakyat ketika ini.
Negara sedang berdepan krisis rasuah dan penyelewengan wang rakyat yang semakin meruncing termasuk skandal 1MDB, Felda dan pelbagai lagi skandal salah urus tadbir kerajaan BN pimpinan kleptokrat Najib Razak termasuk kes rasuah pegawai kerajaan seperti RM100 juta seorang pegawai di kementerian KJ sendiri.
PH berikrar menyelesaikan krisis ini melalui agenda seperti memperbetulkan semua tindakan melanggar undang-undang termasuk mendapatkan kembali wang rakyat yang hilang di bawah skandal penyelewengan, mereformasi undang-undang dan institusi yang disalah guna, memerangi rasuah dan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal penyelewengan.
Masalah rakyat yang semakin kronik juga bakal diselesaikan PH dengan tawaran penghapusan GST, kestabilan harga petrol dan usaha meringankan beban rakyat.
Sebaliknya, BN yang disokong KJ tidak menunjukkan apa-apa perubahan ke arah memulihkan masalah negara dan rakyat.
BN langsung tidak bertindak membanteras masalah rasuah terutama terhadap perdana menteri dan kroninya yang terpalit dengan penyelewengan 1MDB.
Amat mustahil bagi pemimpin BN dan KJ tidak menyedari penyelewengan 1MDB sedangkan kerajaan Singapura bertindak terhadap skandal mega ini dengan lima pegawai bank dihukum dan lapan bank didenda.
Begitu juga dengan pendedahan penyelewengan 1MDB di Amerika Syarikat (AS) melalui saman Jabatan Kehakiman (DoJ) bagi merampas aset diperoleh melalui rompakan RM20 bilion wang 1MDB ini.

Khalid sekali lagi akui rasuah wujud dalam polis

Ia merupakan pengakuan kedua ketua polis pada bulan ini mengenai gejala rasua membabitkan polis.
khalid-abu-bakar-pdrm-rasuahKUALA LUMPUR: Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini sekali lagi mengakui rasuah wujud di kalangan anggota polis, pengakuan kedua ketua polis negara itu bulan ini.
Katanya, disebabkan kebimbangan itu polis mengambil keputusan mengangkat ikrar “bebas rasuah” bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Memang ada. Inilah antara langkah-langkah yang kita ambil untuk memastikan gejala ini tidak terus berlaku dan dihentikan serta merta,” katanya kepada wartawan dalam sidang media bersama Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad di Pusat Latihan Polis (Pulapol) hari ini.
Khalid berkata pihaknya komited memastikan rasuah di kalangan polis adalah sifar.
Kenyataan Khalid itu merupakan pengakuan kedua bulan ini mengenai gejala rasuah di dalam pasukan polis.
Persoalan itu timbul selepas Khalid ketika memandu kenderaannya menyoal 3 anggota polis peronda yang melakukan pemeriksaan ke atas seorang wanita asing di Semenyih.
Khalid kemudian mengarahkan anggota polis menghentikan pemeriksaan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP), di mana mereka sepatutnya memfokuskan tugas meronda.

HARAPAN hantar draf perlembagaan pada ROS

Pakatan Harapan (HARAPAN) telah menghantar draf perlembagaan gabungan parti pembangkang itu secara atas talian kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini.
Menurut Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad, beberapa wakil pimpinan HARAPAN dijadual bertemu ROS bagi mengadakan perbincangan mengenai draf berkenaan pada pukul 3.30 petang tadi.
"Perlembagaan parti, kita telah sampaikan pada ROS melalui online atas kehendak ROS sendiri. Kita telah bersetuju dengan draf perlembagaan kita.
"Kita harap tak ada masalah, namun kalau ada pembetulan yang perlu dibuat atas arahan daripada ROS, kita bersedia untuk membuat pembetulan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabat ketua pembangkang di parlimen.
Selain itu, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu memberitahu, gabungan pembangkang itu juga telah menubuhkan jawatankuasa pilihan raya yang terdiri daripada ketua pilihan raya daripada parti masing-masing.
Jawatankuasa pilihan raya itu akan diketuai oleh Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Selain itu HARAPAN turut melantik anggota jawatankuasa DAP Gobind Singh Deo mengetuai Biro Guaman, manakala Tony Pua mengetuai Biro Penerangan.
"Jawatankuasa Sabah dan Sarawak juga akan diwujudkan dan sayap angkatan muda dan wanita akan ditubuhkan. Ia akan disahkan oleh mesyuarat majlis presiden nanti," katanya lagi.

Beri semula 11 Dun, masalah tiga penjuru selesai sembang PAS Perak


PARIT BUNTAR - Pakatan Harapan diminta memberi laluan kepada Pas bertanding semula di 11 kerusi Dun milik parti itu jika ingin mengelakkan berlaku pertembungan tiga penjuru pada PRU14.
Adun Titi Serong, Abu Bakar Hussain berkata, 11 kerusi asal Pas yang diserahkan kepada PKR sewaktu perjanjian Pakatan Rakyat dahulu adalah Dun Alor Pongsu, Kuala Kurau, Changkat Jering, Sungai Manik, Kuala Sepetang, Kenering, Bota, Tualang Sekah, Batu Kurau, Jalong dan Manong.
Menurutnya, Pas juga komited mengadakan perbincangan semula dengan Pakatan Harapan bagi mencapai persepakatan dalam melaksanakan format pertandingan dua penjuru, namun bukan untuk menyertai pakatan itu.
"Saya percaya sekiranya Pakatan Harapan ada kesedaran mengadakan persetujuan bagi memastikan pertarungan dua penjuru dengan Pas, pastinya kebimbangan pertembungan tiga penjuru dapat dihindarkan.
"Bagi Pas, asalkan Pakatan Harapan dan PKR bersetuju memberi laluan kepada Pas untuk bertanding semula di sebelas kerusi Dun tradisional ditandingi kami pada PRU14, saya yakin masalah kebimbangan berlaku tiga penjuru akan selesai,"katanya kepada media pada majlis Rumah Terbuka Pas kawasan Parit Buntar di sini.
Turut hadir Yang Dipertua Pas kawasan Parit Buntar, Bahrin Md Desa.

Warga Felda ‘jangan ikut pemimpin PAS’, kata Khairuddin

Bekas naib ketua Umno itu berkata pengumuman peruntukan besar semalam menunjukkan kebimbangan BN terhadap kerusi Felda.
Khairuddin-Abu-Hassan-peneroka-felda-ramai Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menasihatkan warga Felda tidak mengikut jejak pemimpin PAS yang “diperbodohkan” oleh Umno dan perdana menteri, susulan peruntukan sehingga RM1.5 bilion yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak semalam melibatkan beratus ribu peneroka dan warga Felda.
“Rakyat jangan biarkan diri mereka diperbodohkan oleh parti Najib seperti mana mereka memperbodohkan (Datuk Seri Abdul) Hadi Awang,” katanya merujuk presiden PAS.
“Kami yang berdarah Umno ‘pekat’ pun merasa jijik dengan parti itu tetapi puak-puak PAS ini sibuk membela parti Najib,” kata bekas naib ketua Umno Batu Kawan itu.
Semalam, Najib mengumumkan 6 insentif untuk warga Felda, termasuk melupuskan hutang peneroka dalam pembelian saham FGV yang kini berdepan kemerosotan nilai dan bantuan perumahan.
Najib turut mengumumkan wang RM5,000 akan diedarkan kepada kira-kira 95,000 keluarga peneroka bermula bulan depan.
Khairuddin menyifatkan langkah itu menunjukkan kebimbangan Umno terhadap nasib kerusi di kawasan Felda
“Umno dan Barisan Nasional sanggup melakukan apa saja untuk ‘gula-gula’ warga Felda dari saat ini sehinggalah ke hari mengundi pada pililhan raya umum nanti,” katanya alam kenyataan kepada FMT.
Khairuddin berkata Najib lebih mementingkan pendekatan politik kerana mahu mempertahankan kerusi yang mempunyai bilangan pengundi warga Felda yang ramai.
“Kalau Najib ikhlas bantu penderitaan rakyat beliau harus memberi peruntukan RM5,000 kepada keseluruhan masyarakat Malaysia yang sedang mengalami penderitaan kos sara hidup yang amat tinggi kini. Bukan hanya pada warga Felda!”
Sejumlah 60 kerusi Parlimen terletak di kawasan Felda, di mana 54 daripadanya dimenangi BN pada PRU 2013.

'Parlimen tutup isu dakwaan bayaran PM pada risikan'

Terdapat usaha parlimen untuk menutup dakwaan pembayaran yang dilakukan perdana menteri kepada "ketua perisikan tentera", kata Anggota Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung.
Gooi yang kesal apabila soalannya ditolak berkata, hal yang sama turut berlaku terhadap soalan berkaitan 1MDB.
"Semua soalan yang berkaitan dengan 1MDB dan PM tidak dibenarkan sama sekali. Dewan itu bukan lagi sebuah Dewan Rakyat, tetapi digunakan untuk menutup dan menyembunyikan salah laku oleh kerajaan," kata Gooi kepada Malaysiakini.
Gooi ingin bertanya kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sama ada dakwaan Sarawak Report bahawa Najib membayar RM7 juta kepada "Ketua Pengarah Bahagian Perisikan Pertahanan" pada April 2013 adalah benar atau palsu.
Sekiranya dakwaan itu tidak benar, Gooi bertanya apa tindakan yang akan diambil oleh menteri untuk melindungi integriti pasukan keselamatan itu daripada tercemar.
Bagaimanapun, soalannya ditolak di bawah Peraturan Mesyuarat 23 (1) (c).
Hishammuddin sebelum ini berkata beliau tidak menyembunyikan apa-apa mengenai perkara itu dan bersedia untuk disiasat. Pada masa pembayaran itu dikatakan berlaku, Menteri pertahanan ketika itu ialah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Sarawak Report mendakwa siri bayaran ini menggunakan wang yang dipindahkan kepada Najib daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
Soalan-soalan lain mengenai siri bayaran ini juga telah ditolak oleh Parlimen.
Ini termasuk soalan daripada ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang bertanya perdana menteri sekiranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) telah memulakan siasatan ke atas peguam Tan Sri Shafee Abdullah.

TUNTUTAN KERTAS PUTIH SKANDAL 1MDB

Sidang media yang diadakan pada hari ini adalah untuk memberitahu percubaan dan usaha yang dilakukan untuk menggelapkan maklumat dan keterangan mengenai penyiasatan skandal 1MDB yang merupakan ibu segala skandal yang melibatkan penyelewengan dana awam dalam sejarah negara hingga ke hari ini kita tidak mendapat jawapan berkaitan penyelewengan dana itu yang dianggarkan berjumlah USD4.5 bilion (RM19.3 bilion). Saya telah menyediakan set soalan-soalan untuk ditanya pada setiap kali sidang mesyuarat dewan rakyat. Sebagai Ketua Pembangkang saya mendapat keistimewaan menurut tradisi dan amalan Parlimen Malaysia bagi meletakkan pertanyaan pertama saya antara yang teratas pada hari pertama sidang dewan. Ini menjadi amalan Parlimen sejak sekian lama. Pada 7 Julai 2017, saya telah mengangkat pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan dan Jawab Bertulis Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ketiga belas yang bermula pada hari ini sehingga 10 Ogos 2017.

Dari Buku Aturan Mesyuarat yang disediakan oleh Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat, saya mendapati beberapa soalan saya telah digugurkan, dan secara khususnya soalan saya yang dijadualkan pada hari ini 24 Julai 2017 yang berbunyi;

“Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail [Permatang Pauh] minta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan bersedia untuk membentangkan Kertas Putih bagi menjelaskan campur tangan asing berkaitan dengan penyiasatan skandal dana 1MDB” .

Skandal 1MDB terus mendapat perhatian antarabangsa sejak saman pemula difailkan oleh Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat pada 20 Julai 2016. Siasatan dan pendakwaan juga telah diadakan di Singapura dan Switzerland. Selain itu, DoJ pada 15 Jun 2017 telah memfailkan keterangan tambahan berkaitan penyelewengan dana 1MDB yang mendakwa antara lainnya diselewengkan untuk membeli:


a)      Rantai leher (hadiah kepada isteri MALAYSIAN OFFICIAL 1-MO1)
b)      Barang kemas Miranda Kerr (dihadiahkan oleh Low Taek Jho- Jho Low)
c)       Kapal mewah (dimiliki oleh Jho Low)

Amat jelek sekali apabila pembelian barang-barang kemas yang berharga jutaan ringgit itu melibatkan MO1. Susulan itu, kerajaan pimpinan Najib Razak bukan sahaja langsung tidak membuka penyiasatan baru terhadap skandal penyelewengan 1MDB malah percubaan demi percubaan dilakukan untuk menutup siasatan baru dan mempropagandakan kononnya wujud campur tangan asing terhadap penyiasatan yang padahal hingga kini tidak ada sebarang tangkapan, siasatan, pendakwaan apatah lagi hukuman terhadap mereka yang terlibat.

Malangnya kita masih tidak mendapatkan jawapan berkaitan penyelewengan dana 1MDB USD4.5 bilion. Dengan majoriti yang ada pada Barisan Nasional, Parlimen telah dinafikan daripada mendapat jawapan rasmi kerajaan. Terkini, pemikiran rakyat dikelirukan dengan tuduhan kononnya wujud campur tangan asing terhadap penyiasatan skandal 1MDB. Tuduhan  ini serius, apatah lagi ia bertujuan menutup dan melindungi skandal yang melibatkan YAB Perdana Menteri, isteri Perdana Menteri, anak tiri Perdana Menteri dan kroni Perdana Menteri dengan jumlah wang berbilion ringgit digelapkan dan diselewengkan dari 1MDB.

Skandal 1MDB: 'Kalau bukan di Parlimen, mahu bahas 1MDB di mana lagi?'


Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa kesal apabila Parlimen enggan memberi sebarang penjelasan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau berkata, pertanyaannya hari ini yang bersifat umum juga tidak mendapat respons sewajarnya pada ketika seluruh dunia sudah mengetahui isu 1MDB.
"Malah, soalan saya bukan secara khusus tentang 1MDB tetapi lebih kepada minta Perdana Menteri menyatakan apakah respon kerajaan terhadap saman sivil perolehan oleh DOJ kerajaan Amerika dalam kes 1MDB.
Mujahid Yusof Rawa"Kami (pembangkang) hanya tanya soalan mudah apa respon kerajaan tapi apa yang kita dapat dalam dewan yang memalukan pada pagi ini, 'satu pertanyaan itu tidak boleh dikeluarkan dengan tujuan hendak mendapatkan buah fikiran dewan.
"Nak dapat buah fikiran mana lagi? Dia (Kerajaan) kata tidak ada masalah lagi. Isu 1MDB ini misal-misal sahaja?
"Parlimen sendiri tiada kuasa untuk membicarakan satu perkara yang menjatuhkan reputasi negara. Kepada siapa dan di mana kami mahu bahas?" soalnya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Sehubungan itu, beliau menganggap Parlimen Malaysia sudah tidak lagi bebas untuk menyelesaikan maruah negara yang tercemar.
"Ini (Isu 1MDB) bukan soal pembangkang. Ini soal negara yang dimalukan," tegasnya yang dalam sidang dewan sebelum itu turut menggesa anggota Parlimen BN supaya bersifat terbuka.
Mengulas lanjut, Naib Presiden Amanah itu berkata, pembangkang tidak akan membiarkan maruah negara berterusan diaibkan di peringkat antarabangsa.
"Kalau betul ada campur tangan asing lagilah kena bincang dalam Parlimen. Kita pun mahu jaga negara kita juga. Parlimen Malaysia memalukan dunia bukan sekadar rakyat Malaysia," tambah Mujahid lagi.

Skandal 1MDB: 30 soalan 1MDB ditolak, PH minta Pandikar kaji semula jawatan speaker

Pembangkang berkata sesi Dewan Rakyat merupakan peluang emas kepada perdana menteri menjelaskan isu 1MDB dan DoJ.
wan-azizah-parlimenKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang hari ini menggesa Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengkaji semula kedudukannya sebagai Speaker Dewan Rakyat kerana menolak kira-kira 30 soalan berkaitan 1MDB.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, tindakan Pandikar ini seolah-olah sebagai usaha untuk gelapkan maklumat dan keterangan mengenai 1MDB.
“Daripada buku aturan mesyuarat yang disediakan Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat, saya dapati beberapa soalan saya digugurkan dan khususnya soalan saya hari ini.
“Saya minta perdana menteri menyatakan adakah kerajaan sedia bentangkan kertas putih bagi menjelaskan campur tangan asing berkaitan siasatan dana 1MDB,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Puchong (DAP), Gobind Singh Deo berkata Datuk Seri Najib Razak sepatutnya mengambil “peluang keemasan” menjawab segala isu mengenai 1MDB di Dewan Rakyat.
“Kenapa dia tidak boleh jawab?
“Bukan sahaja rakyat Malaysia yang mahu mengetahui dan lihat mengenai isu ini tetapi rakyat seluruh dunia yang mengikuti isu ini juga mahu penjelasan sama,” katanya.
Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mendakwa Dewan Rakyat kini bukan lagi untuk rakyat.
Sebaliknya, pemimpin Amanah itu berkata Dewan Rakyat kini mengambil tugas sebagai tempat untuk Pandikar melindungi pemimpin dalam kerajaan yang melakukan salah laku.
“Soalan yang saya nyatakan bukannya khusus mengenai 1MDB, saya hanya nyatakan minta perdana menteri berikan respon sahaja terhadap saman sivil dilakukan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat dalam isu 1MDB.

Puluhan ribu dijangka hadir demo 'anti kleptokrasi' 14 Okt

Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini mengumumkan untuk mengadakan satu himpunan raksasa pada 14 Oktober depan.
Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, himpunan yang diberi nama 'Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi' itu akan diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya.
"Kita akan lancar kempen berkenaan 'Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi' dan kita akan adakan satu himpunan raksasa pada 14 Oktober.
"Bertempat di Padang Timur," katanya pada sidang media di Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen hari ini.
Ditanya mengenai jangkaan kehadiran pada himpunan berkenaan, Mahathir berkata:
"Puluhan ribu".

Skandal 1MDB: Keputusan Speaker tolak soalan 1MDB muktamad

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat berkata keputusan penolakan itu muktamad mengikut Peraturan Mesyuarat 99.
Datuk-Seri-Ismail-Mohamed-SaiKUALA LUMPUR: Penolakan pertanyaan soal jawab lisan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada sesi Dewan Rakyat kali ini, antara lain adalah disebabkan faktor subjudis, kata Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Ismail Mohamed Said.
Beliau berkata keputusan penolakan itu dibuat Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan ia adalah muktamad mengikut Peraturan Mesyuarat 99.
“Saya dah dengar semua, saya dah bagi peluang, semua yang tak berpuas hati saya dah bagi peluang untuk beri penjelasan.
“Sila rujuk Peraturan Mesyuarat 99, kalau kita tidak puas hati dengan keputusan Yang Berhormat Speaker. Keputusan Speaker adalah muktamad, kalau tidak puas hati boleh buat usul persendirian,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Sesi soal jawab Dewan Rakyat sebelum itu kecoh selepas beberapa anggota Parlimen mempertikaikan keputusan Speaker menolak pertanyaan mereka berkenaan isu itu.
Antara lain, Datuk Seri Wan Azizah (PKR-Permatang Pauh) mempertikai penolakan soalannya sama ada kerajaan bersedia membentangkan kertas putih bagi menjelaskan campur tangan asing berkenaan skandal 1MDB.

Pekan kawasan ‘hantu raya’, kata Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas dicabar untuk bertanding di Pekan, hari ini mencabar Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein supaya bertanding di Langkawi.
Malah, kata bekas perdana menteri itu, Pekan yang adalah kubu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah satu kawasan yang 'pelik' kerana mempunyai jumlah pengundi yang sentiasa berubah-ubah.
"Saya cabar dia (Hishammuddin) bertanding di Langkawi.
"Berkenaan Pekan ada benda pelik sikit. Ada satu masa jumlah pengundi dia 35,000 orang dan (Datuk Seri) Najib (Razak) menang sebanyak 225 undi agaknya.
"Lepas itu bila ada pilihan raya sekali lagi, pengundi dia meningkat sebanyak 80,000. Tak tahu dari mana (pengundi itu datang), dia pun menang banyak ribu.
"Itu bukan kawasan pilihan raya, itu kawasan hantu raya," katanya tanpa menyebut pilihan raya tahun mana yang dirujuknya itu.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen hari ini.

PSM bakal berdepan HARAPAN pada PRU-14

Parti Sosialis Malaysia (PSM) dijangka bakal berdepan dengan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum akan datang, kata ahli jawatankuasa pusat parti itu, S Arutchelvan.
Beliau mengulas kenyataan bekas setiausaha Otai Reformis 1998 Abdul Razak Ismail yang meluahkan hasrat untuk bertanding atas tiket PSM susulan rasa tidak puas hatinya dengan penyertaan Tun Dr Mahathir Mohamad bersama dalam Pakatan Harapan.
Bercakap kepada Malaysiakini, Arutchelvan menegaskan bahawa bukan misi PSM untuk bertanding melawan HARAPAN.
"Misi kami adalah untuk bertanding pada pilihan raya," katanya.
Arutchelvan juga berkata bahawa HARAPAN belum lagi mengundang PSM dalam perbincangan mengenai agihan kerusi. Beliau percaya gabungan itu tidak berminat untuk berbuat demikian.
"Mereka beritahu orang bahawa sedang berbincang dengan kami, tetapi tidak ada perkara seperti itu. Mereka tidak pernah panggil pemimpin kita walaupun sekadar untuk berbual," katanya.
Dengan PSM dan PAS juga tidak akan bersama HARAPAN, pilihan raya umum nanti mungkin menyaksikan pertandingan empat atau lebih penjuru merebutkan kerusi yang sama.
Mengenai Abdul Razak, Arutchelvan berkata PSM telah meluluskan permintaannya untuk bertanding di bawah tiket parti itu selepas dia bersetuju dengan empat kriteria.
"Kriteria itu adalah mengisytiharkan asetnya, tidak akan terbabit dengan politik perkauman, membuka pusat khidmat (di kawasan bertanding) dan menyokong manifesto pilihan raya PSM.
"Saya percaya dia akan bertanding di Sri Muda, Shah Alam. Kami meluluskannya dua bulan lalu berdasarkan empat kriteria tersebut.
“Selain itu, beliau juga adalah bekas aktivis pekerja dan reformasi," katanya.

Najib boneka Arab Saudi-China hanya 'berkokok' di kampung sendiri, bidas Raja Bahrin



Datuk Seri Mohd Najib Razak adalah 'boneka' yang paling bahaya yang patut diragui dan dibimbangi kerana beliau kini terpaksa tunduk di bawah telunjuk negara Arab Saudi dan China, kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah.
Beliau berkata, ramai pihak yang mencemburi penubuhan Pakatan Harapan dan melemparkan tuduhan tidak berasas kepada Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya menjadi 'boneka' kepada Pakatan Harapan.
"Kami menolak keras tuduhan tersebut kerana tidak munasabah mereka yang mengenali Dr Mahathir boleh menganggap beliau sanggup menjadi boneka mana- mana pihak.
"Siapa tidak kenal pendirian Dr Mahathir yang pernah menentang secara terbuka dan tegas terhadap kuasa besar seperti Amerika, Britain dan Australia sehingga dikagumi dunia umum.
"Kenyataan yang melucukan dibuat oleh Tengku Sarifuffin amat melucukan tentang tuduhan beliau bahawa Dr Mahathir hanya boneka kepada Pakatan harapan," ujarnya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad pada Rabu lalu, dipetik berkata, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad bukanlah 'top dog' pihak pembangkang yang setaraf dengan Najib adalah tidak benar, kerana Tengku Saiffudin berpandangan sebenarnya Dr Mahathir sebagai 'boneka' dalam barisan kepimpinan baharu Pakatan Harapan.
Kata Raja Kamarul Bahrin lagi, Dr Mahathir dianggap 'singa' di mata dunia sebaliknya Najib boleh dianggap sebagai 'ayam kampung' yang hanya berkokok di kampung sendiri.
"Sebenarnya Najib menjadi boneka kepada dua negara iaitu Arab Saudi dan China.
"Dengan pengakuan Najib terima dana RM2.6 bilion sebagai derma daripada keluarga di raja Arab saudi beliau membuka satu ruang diperhalusi sebagai tindakan beliau kebelakangan ini yang sangat tunduk kepada kehendak Arab saudi dengan menyertai serangan ke atas Yaman.
Bahkan beliau sedikitpun tidak membuat sebarang kenyataan menafikannya.Walaupun laporan daripada Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) bertarikh 12 Januari 2017 sebanyak 240 muka surat menyatakan Malaysia telah menyertai negara Britain, Perancis dan Amerika dalam serangan di Arab saudi.
"Ini bahaya jika seorang perdana menteri menerima kewangan tetapi telah tunduk di atas arahan negara asing seperti Arab saudi.
"Keduanya Malaysia turut menyertai 'wargame' sesi latihan ketenteraan di Arab saudi yang dikenali sebagai 'north thunder' yang tiada kena mengena dengan Malaysia hanya negara arab dan afrika sepatutunya yang ambil bahagian. Kenapa Malaysia menyerahkan diri mengambil risiko tinggi untuk menunjukkan kemarahan terhadap penganas di kawasan Timur Tengah ini- ini menunjukkan Najib telah
jadi boneka kepada raja Arab Saudi," ujarnya.

'Mana ada pemimpin pakai tuala datang SUK, cuba jawab!'

PARLIMEN 2017:WAN AZIZAH-LEBIH 30 SOALAN 1MDB SEMUA DITOLAK.NAJIB RAZAK TAKUT APA?

Kecoh...Bung sebut 'kepala botak' pada MP DAP

'Tentang boneka yang menggadai negara' - Raja Kamarul Bahrin

'Ini peluang Najib jawab soalan 1MDB di Parlimen'

1MDB: Pakatan Harapan minta najib kertas putih

Siapa sakit hati soalan 1MDB Pakatan Harapan?

'Najib, kami tunggu jawapan 1MDB masuk parlimen'

Skandal 1MDB: "Kalau tak boleh tanya di Parlimen, nak tanya di mana?"

'Saya tak minat nak jadi ahli politik' - Datuk Dzulkifli Ahmad

Pencen jadi PM, ini Tun M pelajari

Wan Azizah tanya soalan 1MDB, ditolak

Harapan cerah kemenangan 2017

Oleh Hishamuddin Rais 
Pada hari Selasa 14 Julai 1789 warga kota Paris telah mengangkat senjata, keluar ke jalan raya untuk menggempur Kota Bastille yang terletak di pinggir kota Paris. Kota lama ini telah dijadikan penjara - memenjarakan para intelektual, ahli politik dan kaum tani yang berani bangun menentang Raja Louise ke-14.
Pada hari itu Kota Bastille telah dirempuh dan dipecahkan. Tahanan politik dibebaskan. Ini adalah detik sejarah yang paling penting, bukan sahaja mengubah Perancis menjadi republik, malah 14 Julai 1789 telah mengubah dunia.
Puluhan tahun kaum tani Perancis telah diinjak-injak oleh kaum feudal yang bekerjasama dengan agamawan dan gereja. Bertahun-tahun kaum tani bangun menunjuk perasaan. Kaum tani rakyat biasa bangun menentang kaum feudal dan agamawan. Berpuluh-puluh dan beratus-ratus pak tani dibakar hidup-hidup. Tanah dan hasil panen mereka dirampas oleh raja.

Gereja dan kaum agamawan bersekongkol dan bersubahat dengan kaum feudal untuk menindas kaum tani. Ayat-ayat suci dan fatwa fatwi digunakan untuk menghalalkan rampasan tanah. Mana-mana pak tani yang berani melawan dibakar hidup-hidup sebagai contoh apa yang akan terjadi di neraka.
Dengan runtuhnya Bastille maka lahirlah konsep dan ideologi - kebebasan, kesaksamaan dan persaudaran. Keruntuhan Kota Bastille membawa konsep kebebasan untuk semua umat manusia. Bastille membawa konsep kesaksamaan antara kita sesama manusia. Bastille membawa konsep persaudaran antara kita semua - anak semua bangsa - umat manusia.


Di Kuala Lumpur pada Jumaat 14 Julai 2017 di Malaysia, telah meledak dengan berita wujudnya perserikatan baru - Pakatan Harapan.
Ini adalah penggabungan kerjasama parti BERSATU, PKR, DAP dan AMANAH. Sama seperti Bastille, tarikh ini juga bersejarah. Tarikh 14 Julai 2017 ini melahirkan satu garis politik baru untuk Malaysia.
Pada 14 Julai 1789 warga Perancis bangun angkat senjata untuk membidani kelahiran dunia baru. Pada 14 Julai 2017 Pakatan Harapan membidani kelahiran politik baru pendemokrasian untuk Malaysia.
Penggalangan satu barisan bersatu yang dikenali sebagai Pakatan Harapan ini satu kerja yang sulit. Ia sama seperti warga Perancis bertahun-tahun bangun melawan kaum feudal. Di Malaysia, anak semua bangsa juga telah bertahun-tahun bangun melawan kaum pemerintah suku sakat dan kaum kerabat United Malays National Organisation.
Di Perancis pada tahun 1789 kaum feudal dan agamawan telah bekerjasama. Di Malaysia pada tahun 2017, kelas pemerintah telah juga berkerjsama dengan kelas feudal dan kelas agamawan.

Justeru, anak semua bangsa di Tanah Melayu dan Sabah Sarawak wajib memahami bahawa Pakatan Harapan ialah sambungan dari perjuangan PUTERA-AMCJA, sambungan perjuangan gerakan Reformasi, sambungan perjuangan parti politik menuntut keadilan dan perjuangan pelajar anak muda untuk menjatuhkan rejim Najib-Rosmah.
Selama lebih dari 60 tahun anak semua bangsa di Tanah Melayu bangun berjuang untuk kebebasan, kesaksamaan dan persaudaraan.

Pengisytiharan darurat
Sejarah telah menunjukkan kepada generasi hari ini bagaimana perserikatan barisan bersatu PUTERA-AMCJA ditumpaskan oleh penjajah British pada tahun 1948 dengan pengisytiharan darurat. Gerakan Reformasi 1998-2005 dimandulkan oleh United Malays National Organisation melalui ISA. Kemenangan rakyat dalam PRU13 dinafikan melalui tipu helah lembaga dan aparachik negara miliki parti ketuanan Melayu.

Tsunami Melayu, wujud atau tidak?


Oleh Wan Hamidi Hamid
APABILA Liew Chin Tong meramalkan pada 2015 yang tsunami Melayu akan berlaku pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, tidak ramai memandang serius cetusan idea tersebut.
Tsunami politik Melayu yang dimaksudkan pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan itu adalah peralihan undi orang Melayu kepada pembangkang kerana marah dan tidak tahan lagi dengan tekanan ekonomi serta sosial akibat kelemahan pentadbiran Najib Razak. Bukan setakat tidak ambil peduli, malah ada yang mentertawakan ramalan tersebut. Pada 2015, ia dianggap tidak masuk akal kerana gabungan pembangkang pada masa itu Pakatan Rakyat (PR) baru sahaja berpecah selepas DAP dan PAS enggan bekerjasama lagi.
Mungkin mereka yang menolak idea itu tidak cuba memahami apa yang disampaikan ahli Parlimen Kluang tersebut. Dalam tulisannya bertajuk Domino Semenanjung pada Julai 2015, Chin Tong meletakkan asas peralihan undi Melayu di kawasan yang dikuasai Umno.
Beliau berhujah: “(Pada PRU13) Umno memenangi 88 kerusi di peringkat nasional, termasuk 14 kerusi dari Sabah dan satu dari Labuan, manakala 73 kerusi selebihnya datang dari Semenanjung Malaysia. Daripada 73 kerusi di Semenanjung, Umno dijangka menang sekurang-kurangnya 30 kerusi di kawasan kampung, yang sememangnya disediakan untuk Umno dengan campuran undi Felda, undi pos, dan kerahan jentera kerajaan.
“Daripada 39 kerusi marginal yang dimenangi Barisan Nasional (BN) dengan majoriti kurang daripada 10% dalam PRU yang lalu, 32 kerusi itu dimiliki Umno. Inilah gelanggang pertaruhan untuk PRU akan datang.”
Namun, memang tidak mudah untuk menerima hujahnya pada 2015. Apa tidaknya, tahun tersebut merupakan medan ujian getir untuk pembangkang.
Pada Februari, Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia menyebabkan PR kehilangan tokoh PAS yang mampu mengukuhkan perpaduan antara parti komponen.
Pada April, Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh selepas petisennya ditolak bersabit kes liwat sebelum itu.  Pada Jun, Abdul Hadi Awang dan kumpulan ulama konservatif menguasai PAS dalam pemilihan parti. Muktamar PAS tersebut juga menerima usul Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP.
Pada September, Mohamad Sabu dan rakan-rakan yang tewas dalam pemilihan PAS menubuhkan Amanah. Kemudian ia bergabung dengan DAP dan PKR untuk membentuk gabungan baru pembangkang Pakatan Harapan (PH). Namun, ramai kurang yakin dengan gabungan itu kerana masih percaya undi Melayu berada di tangan PAS.
Sebelum 2015 berakhir, Najib selaku presiden Umno – sewaktu perhimpunan agung Umno pada Disember – mengajak PAS bersamanya bagi memperjuangkan Islam dan memperkukuhkan perpaduan Melayu.
Walaupun suasana muram untuk pembangkang berterusan pada 2016, ia turut mencatatkan beberapa peristiwa tidak dijangka. Umno memecat timbalan presidennya Muhyddin Yassin dan bekas menteri besar Kedah Mukhriz Mahathir manakala naib presiden Shafie Apdal pula digantung jawatan, dan kemudian keluar parti.
Yang terlebih dahulu keluar parti adalah Dr Mahathir Mohamad. Bukan setakat itu, beliau merupakan orang paling awal duduk sepentas bersama pimpinan PH untuk melancarkan kempen Deklarasi Rakyat yang menuntut perletakan jawatan Najib. Di pihak yang satu lagi, PAS dan Umno semakin intim.
Pada September 2016, dr Mahathir menubuhkan Bersatu. Pada ketika itu pun, masih tiada bayangan jelas tentang apa yang disebut sebagai tsunami Melayu.
Tetapi apa yang terbenak di dalam minda Liew akhirnya menampilkan wajah walaupun tidak sepenuhnya pada awal 2017. Di kala pimpinan PAS bermain mata dengan Umno dalam hal agama (tetapi masih mempertahankan skandal mega 1MDB yang melanda kepimpinan Najib), Dr Mahathir dengan gigih masuk ke pelusuk kampung untuk berkempen bagi Bersatu dan PH.
Sepanjang Ramadan dan Syawal ini, semua program dihadiri Dr Mahathir dibanjiri ribuan orang. Malah, program penerangan PH tentang skandal 1MDB kepada orang kampung yang selama ini didakwa golongan elit sebagai membuang masa turut mendapat sambutan.
Muhyiddin selaku presiden Bersatu menulis dalam rencananya “Tsunami Melayu akan ranapkan Umno” baru-baru ini yang: “Gelombang penolakan orang Melayu kepada Umno sedang berlaku. Ini kerana bagi kebanyakan orang Melayu, Umno yang dahulunya berjuang untuk membela nasib orang Melayu, kini telah berubah menjadi parti yang membela kepentingan seorang individu, iaitu presiden parti Umno.

Permatang Pauh , Debat Dan Harapan


Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Isu anjing sejuk sikit selepas viral penyakit anjing gila. Sekarang ni geger isu Pelancaran Jentera Pilihanraya PAS Permatang Pauh, isu Syeikh Nuruddin al-Banjari vs Dr Rozaimie Ramli dan isu pembentukan Pakatan Harapan.
2) Isu jentera PAS Permatang Pauh dicemuh lawan sebagai memberi tongkat kepada Umno, pengacau dan sebagainya. Manakala dari peringkat PAS pula, semua berpendirian PAS Permatang Pauh sudah kembali bekerja untuk parti sendiri. 3) Dari sudutu PH/PKR, ia adalah sabotaj PAS terhadap kerusi lagenda pemimpinnya DS Anwar/DS Wan Azizah. Malah DS Anwar bukan sekadar menang atas kerusi PKR kononnya ihsan laluan yang PAS beri, malah DS Anwar menang sejak beliau dalam Umno/BN lagi. Maka sudah menjadi sesuatu yang sebati antara DS Anwar - Permatang Pauh, Permatang Pauh - DS Anwar.
4) Bagi PAS, kerusi Permatang Pauh sudah ditandinginya sekian lama, menentang Umno/BN termasuk menentang DS Anwar sendiri yang masih Umno/BN. Sehinggalah tertubuhnya PKN/PKR, PAS memberi laluan kepada DS Anwar/PKR untuk berdepan Umno/BN sebagai permuafakatan politik BA. Jentera PAS Permatang Pauh diguna untuk kempen politik PKR.
5) Hari ini setelah tiada lagi tahaluf siyasi dengan PKR, PAS mengambil langkah untuk menggembeling tenaga jentera mereka untuk PAS sendiri. Setelah sekian lama tidak bertanding, kali ini adalah cubaan pertama PAS untuk mengetahui sokongan akar umbi yang masih tersisa setelah berlalunya era BA, PR dan sekarang era tertubuhnya AMANAH dan HARAPAN.
6) Saya rasa tak ada masalah PAS mahu bertanding. Itu Hak PAS dalam sistem demokrasi. Tiga penjuru pun tiga penjurulah. Siapa nak menang, kena pandai kempen. Kena ingat, PRU kali ini, BN belum tentu kuat, lebih-lebih lagi di Permatang Pauh. Sebahagiannya telah pun menjadi penyokong PPBM. PAS juga belum tentu kuat, kerana sebahagiannya telah menyertai AMANAH. Tiga penjuru yang agak fair dari segi kekuatan. Cumanya cabaran HARAPAN adalah cara kempen dan cara memenangi hati rakyat pedalaman. Mereka hanya kenal lambang dacing dan bulan, belum kenal lambang hebat HARAPAN.
7) Debat Syeikh Nuruddin al-Banjari vs Dr Rozaimie Ramli saya cadangakan tak perlu diadakan, kerana tak ada nilai positif untuk kesatuan ummah. Siri Aswaja vs Wahabi tak pernah habis dan hanya menjadikan pentaksub akan terus taksub. Orang awam akan bertambah pening. Mereka takkan faham hujah melawan hujah. Mereka hanya akan faham sentimen vs sentimen.
8 ) Mungkin telahan saya tidak tepat kerana orang awam juga mampu memahami isi kandungan debat kelak. Zaman educated peoples katakan. Googleducated peoples. Ramai mahu debat dijalankan. Maka jika debat tetap mahu dijalankan, ia hendaklah disegerakan supaya polemik yang merugikan umat dapat dihentikan. Selagi debat tak jalan, macam-macam isu rentetan akan keluar. Isu label melabel, isu wahabi-mewahabi, dan terbaru isu pertaruhan.