Ahad, 23 Julai 2017

Yakin sungguh MB Kedah berkata sedemikian..

Berharap mereka dari kaum Cina mahupun pengundi2 Cina dpt memberikan komen dengan ikhlas adakah benar kenyataan MB Kedah ini...

Najib: Kerajaan BN tak pandai nak tipu rakyat -(20/9/2011)


KATA SALLEH SAID KERUAK lagi.. "Hak Melayu hilang jika Umno tiada"

FAKTA..
Selama BN memerintah Pulau Pinang sejak merdeka hingga tahun 2008, tanah milik kerajaan negeri HANYA TINGGAL 18 PERATUS SAHAJA.

Ketika itu siapa jadi dalang 'broker' jual tanah Melayu ??!

Hak Melayu hilang jika Umno tiada, sembang menteri


UMNO perlu mengekalkan kuasanya kerana ia satu-satunya parti yang boleh menjadi tempat orang Melayu bergantung untuk mempertahankan dan memperjuangkan hak mereka, kata Bendahari Umno Salleh Said Keruak hari ini.
Bercakap di depan perwakilan Umno Bahagian Bukit Mertajam pagi ini, Salleh berkata jika Umno hancur, tidak mustahil yang hak orang Melayu akan turut terjejas.
“Umno ada ideologi dan selama ini menjadi parti yang ada matlamat dan ia jelas iaitu untuk mempertahankan hak kita,” katanya.
Beliau berkata ketuanan Melayu akan hilang jika Umno hilang kuasanya, merujuk kepada lirik lagu Warisan, lagu yang sering dimainkan untuk membangkitkan semangat Melayu.
“Itulah dia. Apa tujuan kita? Untuk mempertahankan kuasa,” katanya.
Salleh berkata ada lima hak dalam Perlembagaan Persekutuan yang empat daripadanya milik orang Melayu.
“Monarki berperlembagaan, Islam sebagai agama persekutuan, bahasa Melayu, hak Melayu miliki kita. Hanya hak kewarganegaraan kita kongsi dengan yang lain. Ini asas perjuangan Umno,” katanya.
Katanya, Umno perlu dipertahankan kerana ia parti yang mampu menyelamatkan hak orang Melayu.
“Jadi mereka yang terhutang budi pada Umno perlu menyokongnya. Perjuangan perlu diteruskan. Jika Umno hilang dari dunia ini, tidak mustahil hak Melayu pun begitu juga,” katanya.
Beliau turut memberitahu perwakilan jangan mendengar khabar angin dan selalu mempercayai pemimpin mereka.
Salleh merujuk kepada sumber berita siasatan online Sarawak Report.
“Siapa dalangnya? Mereka orang asing. Kenapa perlu kita percaya mereka? Mereka tidak mengundi pun di sini. Tetapi sedihnya mereka bekerja dengan rakyat Malaysia yang menjual negara ini untuk kepentingan peribadi.

Jamal tunjuk bukti layak jadi ketua pemuda

Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini menayangkan siri slaid memaparkan pelbagai kejayaannya sebagai bukti kelayakannya mencalonkan diri bertanding jawatan ketua Pemuda Umno untuk menggantikan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Pada tayangan video tersebut, Ketua Umno Sungai Besar itu memperlihatkan kepada perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Pandan perjalanan hidupnya sehingga menjadi ahli politik berjaya.
Bermula dengan kerja makan gaji, bergelar pemilik syarikat pengimport dan penjual kenderaan import baru serta terpakai, membuka perniagaan menjual burger di sekitar Bandar Baru Sentul hinggalah mengusahakan Restoran Sekinchan Ikan Bakar.
Berdasarkan video itu juga, Jamal berkata, tidak timbul lagi isu kelayakan akademik mahu pun latar belakang pendidikan beliau yang dipertanyakan untuk bertanding jawatan ketua pemuda Umno.
Tegas Jamal, kejayaan beliau hari ini sudah jelas membuktikan kelayakannya menggantikan Khairy.
"Saya juga ada kelayakan saya. Lihat saja pada tayangan video sebentar tadi.
"Soal kelayakan, soal pendidikan, soal kebolehan, masing-masing ada kelebihan," kata Jamal.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Pandan di Ampang, hari ini.
Jamal pada Jumaat disoal apakah kelayakan akademik beliau berbanding Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan, namun meminta media menunggu hari ini untuk mengumumkannya.
Jamal ketika berucap dalam majlis perasmian mesyuarat Pemuda Umno Sungai Besar di Dewan Umno Sungai Besar sebelum ini meluahkan hasrat untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno bagi menggantikan Khairy jika jawatan itu kosong selepas pilihan raya umum akan datang.
Diminta mengulas bagaimana beliau mahu mengetuai pergerakan Pemuda Umno, Jamal berkata ia bergantung kepada keputusan pilihan raya akan datang.
"Terlalu awal untuk saya memperincikan apakah yang akan saya lakukan.
"Pada saya bagaimana nak ketuai Pemuda bergantung kepada keputusan pilihan raya akan datang, apa pun niat, cadangan dan harapan ia mungkin boleh berubah dengan keputusan pilihan raya akan datang," katanya.

Sebar segera polisi harian rakyat, isu 1MDB tidak ramai peduli


Momentum Pakatan Harapan (Harapan) menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang semakin hampir perlu segera disusuli tawaran polisi berkaitan penyelesaian masalah harian rakyat, kata Penyelaras sekretariat Bersih, Mandeep Singh Karpal.
Menurutnya, skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilihat masih belum lagi 'menjentik' kesedaran majoriti pengundi yang rata-rata lebih terpukul dengan isu semasa terutama peningkatan kos sara hidup.
"Seluruh jentera dan pemimpin Pakatan Harapan harus membentangkan polisi jika diberi mandat ke Putrajaya yang bersifat jangka pendek dan panjang.
Mandeep Singh"Harus diingat 'tsunami' pengundi pada 2008 dan 2013 sukar untuk berulang pada pilihan raya umum akan datang jika polisi berkaitan kepentingan majoriti rakyat masih lagi samar-samar.
"Saya melihat sebahagian pengundi sudah letih dan bosan tidak seperti PRU sebelum ini apabila rakyat ketika itu memang mahu menggantikan rejim sedia ada.
"Isu 1MDB penting tetapi terimalah hakikat itu hanya menarik perhatian sekumpulan pengundi sahaja. Isu harian seperti kenaikan harga barang, perumahan dan peluang kerja paling diberi perhatian.
"Jadi, polisi berkaitan itu semua harus cepat disebarkan," katanya ketika ditemui Malaysia Dateline sebagai pemerhati dalam Konvensyen Pemuda Amanah Selangor di Bangi semalam.
Ditanya tentang struktur kepimpinan Harapan, Mandeep menyifatkan Harapan tidak harus bergantung pada pengaruh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir semata-mata.
"Boleh buat ceramah dan siri jelajah sebanyak yang mungkin tetapi kita tidak boleh membawa seorang yang berumur 92 tahun (Tun Mahathir) untuk semua kawasan.
"Dari segi kepimpinan Pakatan Harapan sudah ada. Janji 100 hari pun sudah bagus tetapi daripada segi kesepaduan secara keseluruhan menuju ke pilihan raya masih samar-samar.
"Rakyat muak dengan situasi politik pada masa sekarang. Jangan hal itu akan menghukum Pakatan Harapan. Itu sebab, paling penting sekarang dapatkan kembali keyakinan pengundi untuk Pakatan Harapan.

Pas sedang mengenalpasti kerusi untuk ditandingi dalm PRU 14

Nadi - Desus Semasa: Duit rasuah hilang atau pulang?

SEGAMAT:BERSAMA RAFIZI RAMLI DI JELAJAH JOM BINA SEMULA NEGARA

HARAPAN ditubuh sebab kuasa sembang KJ......BN ditubuh untuk apa....???

Gabungan pakatan pembangkang, Pakatan Harapan, ditubuh bukan untuk kebenaran, sebaliknya hanya mempunyai satu matlamat iaitu demi kuasa, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata demi kuasa, kedua-dua pemimpin tertinggi pakatan harapan iaitu pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga bekas anggota Umno, sanggup mengkhianati parti yang pernah dianggotai mereka sebelum ini.
“Prinsip pakatan harapan bukan demi masa depan negara tetapi bekerja demi kuasa masing-masing. Mahathir dan Anwar Ibrahim adalah bekas pemimpin Umno dan kini mereka dalam usaha memecahkan Umno dan orang Melayu.
"Kita tidak boleh ada kerajaan yang ditubuhkan atas asas dan prinsip nak kuasa, sebab itu bukan asas kepada mana-mana parti yang menubuhkan kerajaan," katanya berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kepala Batas hari ini.
Baru-baru ini, Pakatan Harapan melancarkan logo baru dan mengumumkan barisan Majlis Presiden mereka yang dipengerusikan Dr Mahathir, Anwar sebagai Ketua Umum, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden dan tiga timbalan presiden iaitu Lim Guan Eng, Mohamad Sabu dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Khairy berkata segala kemajuan, keharmonian dan kebaikan yang dibina kerajaan BN sejak 60 tahun memerintah negara akan musnah jika negara diperintah oleh parti atau gabungan parti yang berasaskan inginkan kuasa.
Sambil menyifatkan pilihan raya umum akan datang sebagai ‘bapa’ kepada segala pilihan raya, beliau menggesa orang Melayu supaya bersatu dan berganding bahu untuk menyokong calon-calon BN bagi memastikan kesinambungan kemajuan yang dinikmati selama ini.

Zahid sembang jangan guna agama untuk matlamat politik

Naib presiden Umno berkata sepatutnya politik digunakan untuk mengukuhkan agama.
zahid-bukit 6
Naib Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini menggesa ahli politik harus mengelak menggunakan agama untuk mencapai matlamat politik masing-masing.
Zahid berkata aspirasi politik tidak boleh mengatasi agama.
“Sebaliknya, kita harus guna politik untuk untuk mengukuhkan agama,” katanya dalam ucaptama di mesyuarat Umno Bahagian Bukit Bintang di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Turut hadir Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ahli Parlimen Pulau Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Ahli Parlimen Pontian Datuk Ahmad Maslan.
Sementara itu, Zahid kesal dengan budaya kebencian dan dendam yang semakin melarat dalam politik.
“Kita boleh bermusuh, tapi ada hadnya.”

Langkawi atau Kubang Pasu, kami tak gentar, kata MB Kedah

Ahmad Bashah yakin pengundi Langkawi dan Kubang Pasu akan membuat keputusan terbaik dengan mengundi BN pada pilihan raya umum nanti.
bashah-BN
JITRA: Umno Kedah yakin akan berlaku “tsunami Cina” yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 kelak berikutan pengundi Cina hilang keyakinan terhadap DAP kerana bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata keyakinan pengundi Cina kepada DAP juga merosot selepas menyaksikan suasana di Pulau Pinang yang diteraju parti itu.
Umno Kedah juga yakin akan berlaku “tsunami Melayu” pada PRU nanti kerana keyakinan mereka terhadap BN semakin meningkat, katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Agung Perwakilan Tahunan kali ke-5 Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (Alumni 4B) di sini, hari ini.
Turut hadir Presiden Alumni Belia 4B Malaysia Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam.
Mengulas isu berkaitan, Ahmad Bashah yang juga menteri besar Kedah, berkata BN negeri tidak gentar sekiranya Dr Mahathir mahu bertanding di negeri itu termasuk di Langkawi.
“Langkawi atau Kubang Pasu atau tidak kira di mana dia (Dr Mahathir) bertanding, kami tidak gentar malah mengalu-alukannya. Tetapi dia perlu ingat, BN di Langkawi tidak akan tergugat kerana rakyat di sana akan buat keputusan yang terbaik untuk Langkawi sendiri,” katanya.

Kita akan korek sejarah pentadbiran Dr Mahathir, sembang KJ


 Kita akan korek sejarah pentadbiran Dr Mahathir, kata KJ
Khairy menyifatkan tindakan Dr Mahathir yang mencabar Umno menyebabkan rekod pemerintahannya akan dikorek dan didedahkan sehingga pemimpin PH lain tidak senang duduk. 
UMNO akan menggali sejarah Dr Mahathir Mohamad dan menjadikannya serta sekurunya dalam Pakatan Harapan tidak selesa, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Katanya Dr Mahathir yang mempengerusikan PH akan berdepan rekodnya sendiri ketika beliau menjadi perdana menteri sejak 1981 sehingga 2003, seperti bagaimana beliau mengendalikan ekonomi dan berurusan dengan institusi persekutuan.
Beliau memetik forex Bank Negara Malaysia (BNM), penswastaan MAS, krisis kehakiman dan skandal lain yang berlaku ketika pentadbiran Dr Mahathir.
“Orang kata kami siasat skandal lama dalam kerugian forex tetapi tidak kisahlah berapa lama berlaku, kita perlu siasat salah laku (yang berlaku),” kata Khairy dalam ucapannya semasa perasmian mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kepala Batas hari ini.
“Saya tidak suka bercakap buruk tetapi orang ini asyik menyalahkan pentadbiran sekarang sedangkan dia ada rekod lebih teruk. Jika tidak mahu sejarah dibuka kembali, duduk diam saja.
“Tetapi dia cabar kami, cakap tentang semua benda…kleptokrasi dan macam-macam lagi. Jadi sejarah akan dibuka. Kami akan gali dan bongkarkan. Kami akan biarkan rakyat buat keputusan sendiri.”
Pada sidang media selepas itu, Khairy bercakap tentang Krisis Kehakiman Malaysia 1988 apabila Dr Mahathir menggantung dan memecat Hakim Mahkamah Agung Salleh Abbad dan dua lagi hakim mahkamah yang sama.
Krisis itu berlaku selepas pemilihan Umno pada 1987, yang buat pertama kali dalam temph 12 tahun, presiden ketika itu- Dr Mahathir- dicabar. Dr Mahathir memenangi pemilihan dan menekan mereka yang menentangnya, membuatkan 12 orang ahli Umno memfailkan saman di Mahkamah Tinggi untuk mengisytiharkan keputusan pemilihan itu tidak sah.
“Kita perlu korek sejarah. Ia akan membuatkan dia tidak selesa. Jika kita rujuk kembali kenyataan (ketua pembangkang Parlimen DAP) Lim Kit SIang dalam Dewan Rakyat, sudah tentu ia akan buatkan pemimpin PH tak senang duduk,” kata Khairy.
Kenyataannya itu adalah untuk menentang kritikan Dr Mahathir kepada kerajaan persekutuan kerana melanjutkan khidmat Ketua Hakim Md Raus Shariff dan Presiden Mahkamah Rayuan Zulkefli Ahmad Makinuddin, mengatakan yang badan kehakiman perlu bebas dan tidak dikawal kuasa eksekutif.
“Sama seperti kes forex bila Lim (Kit Siang) berjumpa dengan panel siasatan skandal. Lim kata mereka yang bertanggungjawab ialah perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu, iaitu Dr Mahathir dan (ketua umum PH) Anwar Ibrahim.
“Jadi bagaimana mereka akan boleh terus menjadi sekutu poilitik apabila semuanya dibongkar kembali? Kita akan lihat perbezaan pandangan dan pendirian.
“Kita akan nampak yang pakatan itu tidak dibentuk berdasarkan kebenaran dan prinsip. Jika betul, mereka tidak akan mampu bekerjasama dari mula. Semuanya kerana kuasa,” katanya, menambah yang parti seperti itu tidak patut membentuk kerajaan.

Najib pertimbang adakan pilihan raya lebih awal

MERAMALKAN tarikh pilihan raya bukan tugas mudah namun terdapat petunjuk yang Perdana Menteri Najib Razak sekali lagi memikirkan untuk mendapatkan mandat baru tahun ini.MERAMALKAN tarikh pilihan raya bukan tugas mudah namun terdapat petunjuk yang Perdana Menteri Najib Razak sekali lagi memikirkan untuk mendapatkan mandat baru tahun ini.


Beliau mengadakan pertemuan dengan pihak berkepentingan, memuji, memperkatakan mengenai rekod baik dalam menguruskan ekonomi dan memperlihatkan dirinya sebagai seorang yang sepenuhnya berkuasa di Umno.
Mesej disampaikan kepada broker Umno tidak dapat disangkal lagi: Najib adalah taruhan terbaik mereka untuk mengalahkan Dr Mahathir Mohamad dan sekutu terbaru beliau.
Dan apabila diperlukan, PM dan penasihatnya menggunakan pendekatan, menegaskan kepada penjawat awam yang jaminan pekerjaan dan kebajikan mereka mempunyai kaitan terus dengan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Najib turut digalakkan untuk mempertimbangkan pilihan raya diadakan pada hujung tahun ini dengan keputusan syarikat petroleum nasional Petronas untuk membayar dividen tahunan kepada kerajaan awal daripada jangkaan. The Malaysian Insight difahamkan, keputusan mengenai perkara ini dibincangkan Petronas dengan PM baru-baru ini.
Petronas berjanji menyumbangkan sekurang-kurangnya RM13 bilion tahun ini, penurunan daripada RM16 bilion tahun lalu walaupun harga minyak sepatutnya meningkatkan bayaran dividen tahun ini.
Sumber dalaman Umno juga percaya kerajaan perlu membuat satu atau dua kali bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebelum pilihan raya untuk memenangi hati penyokong tradisi BN – golongan miskin bandar dan penjawat awam – yang terjejas teruk dengan kenaikan kos sara hidup.
Menurut sumber, dividen awal Petronas itu akan membolehkan pentadbiran dengan pendapatan terhad membuat pemberian wang tunai.
Turut dijangka berlaku adalah lawatan delegasi peringkat tertinggi dari China untuk menyaksikan pelancaran Link Pantai Timur (ECRL) pada September.
ECRL adalah salah satu projek infrastruktur utama yang melibatkan China dan merupakan sebahagian besar daripada naratif Najib yang walaupun semua liputan negatif berkisar 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dakwaan penglibatannya, beliau masih dapat menarik pelaburan berharga ke Malaysia.

ENAM LAWAN ENAM

Rasanya semua orang sudah tahu mengenai enam inisiatif kepada para peneroka Felda sebagaimana yang diumumkan oleh Najib Razak, pagi tadi.

Pengumuman itu secara langsung dan tidak langsung memperlihatkan Najib tidak boleh lari daripada amalan serta budaya "cash is king" yang memang sudah sebati dengan jiwanya.

Semua yang berkaitan Najib ialah duit, duit dan duit. Semuanya mesti hulur, hulur dan hulur. Kalau tidak pun, pasti bayar, bayar dan bayar.
Yang dihulur dan dibayar dengan duit, yang masuk ke akaun sendiri pun duit.

Tetapi, sementara para peneroka Felda mungkin gembira serta teruja dengan enam inisiatif tersebut, pengundi dan rakyat Malaysia keseluruhannya tidak harus lupa kepada sekurang-kurangnya 'enam inisiatif' sedia ada untuk terus disematkan dalam hati dan jiwa mereka"

Apa dia 'enam inisiatif' sedia ada tersebut?

1. 1MDB dan duit RM2,600 juta.
2. KWAP dan SRC International.
3. Jho Low, Rosmah Mansor, Riza Aziz.
4. GST yang merobek poket setiap hari.
5. Scorpene, Altantuya dan komisen RM500 juta.
6. FGV, NFC dan Tabung Haji.

Jika mahu disenaraikan semuanya, memang panjang tetapi dengan sentiasa mengingati 'enam inisiatif' di atas pun sudah memadai sebagai pedoman untuk menyelamatkan negara dan tidak menjadikan kita terus menjadi mangsa kerakusan sang penguasa.

99 peratus tuduhan mengenai Rosmah salah, sembang Rizal

Sebanyak 99 peratus tuduhan pembangkang mengenai isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor adalah tidak benar, kata pegawai khas perdana menteri, Datuk Rizal Mansor.
Menurutnya, antara tuduhan yang tidak benar mengenai Rosmah ialah wujudnya dakwaan isteri perdana menteri itu mengawal suaminya, Datuk Seri Najib Razak dan pentadbirannya serta mempunyai pejabat di Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Bagaimanapun, Rizal memberitahu, kewujudan pejabat berkenaan sebenarnya telah ada semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Ia bagaimanapun dihentikan semasa Najib mengambil alih sebagai perdana menteri.
“Memang betul pejabat isteri perdana menteri ada wujud di Pejabat Perdana Menteri masa era perdana menteri keempat dan kelima, tetapi (semasa) era Datuk Seri Najib, pejabat isteri perdana menteri dah tak ada dan Datin Seri Rosmah tak pernah sekali pun masuk ke pejabat itu.
“Mereka (pembangkang) terbalikkan fakta. Kerana apa? Kerana Datin Seri Rosmah kata ‘saya tak perlukan pejabat itu sebab saya tak masuk pejabat. Saya memang tak suka pergi pejabat pun’,” kata Rizal.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan mesyuarat agung Pemuda Umno Kelana Jaya hari ini.
Selain itu, Rizal menambah, pejabat berkenaan terletak bersebelahan dengan pejabat perdana menteri dan ia merupakan tempat di mana isteri wakil kenamaan dari luar negara ditempatkan semasa perdana menteri menerima lawatan rasmi.
Rizal bagaimanapun memberitahu, Rosmah sebaliknya lebih suka menerima tetamu di kediaman rasmi mereka di Seri Perdana.
Katanya lagi, berbeza dengan tuduhan yang dilemparkan, Rosmah hanya pernah mengunjungi PMO sebanyak dua kali setahun iaitu semasa kakitangan PMO membuat jamuan hari jadi serta pejabat berkenaan menjadi tuan rumah untuk majlis rumah terbuka.

Manifesto Harapan dimuktamadkan Selasa ini


Logo Harapan
Pakatan Harapan (Harapan)  akan memuktamadkan manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) Selasa ini termasuk menambah baik dasar yang terkandung dalam dokumen Buku Jingga.
Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir berkata, pengisian manifesto kali ini lebih komprehensif dengan membawa suara segenap lapisan rakyat hasil kekuatan komponen kesemua parti di bawah Pakatan Harapan.
"Hari Selasa ini (25 Julai), kita akan muktamadkan manifesto yang disepakati oleh keempat-empat parti. Kita akan perbaiki lagi (tawaran Buku Jingga).
"Kalau dulu pada 2013 (PRU-13), ada tiga parti tetapi sekarang rakyat Malaysia mempunyai empat parti yang bagi membawa hasrat rakyat kepada perubahan yang lebih baik," ujarnya kepada Malaysia Dateline semalam.
Beliau ditemui selepas perasmian Konvensyen Pemuda Amanah Selangor kali pertama di Bangi Golf Resort.
Anuar Tahir ketika merasmikan Konvensyen Pemuda AMANAH Selangor di Bangi semalam
Buku Jingga merupakan tawaran dan penyelesaian isu rakyat jika diberi mandat di Putrajaya yang disepakati Pakatan Rakyat terdiri daripada PKR, Pas dan DAP.
Dokumen tersebut merupakan alternatif kepada dasar Umno-BN yang antaranya menggariskan agihan pendapatan lebih adil, peningkatan insentif guru, pemansuhan sistem tol lebuh raya dan memerangi rasuah.
Mengulas lanjut tentang perkembangan Pakatan Harapan, Anuar berkata, Umno-BN pastinya gusar dengan pengukuhan blok pembangkang itu terutama selepas pengumuman struktur baharu dan logo rasmi Pakatan Harapan pada 13 Julai lalu.
"Ketika Umno-BN cemas sekarang, bukan sahaja semangat keempat-empat parti melonjak ini tetapi reaksi sebahagian besar rakyat yang sudah jelek dengan bahana korupsi dan pelbagai kepincangan dilakukan rejim pemerintah juga cukup positif.

Saya seorang tidak mampu betulkan pemikiran Melayu, kata Dr M

Pengerusi PH menolak dakwaan hak Melayu akan terhapus sekiranya Umno terhapus.
mahathir-2
KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan kenyataan mengenai pemikiran orang Melayu yang disifatkan sangat perkauman, dengan berkata parti politik yang berharap untuk menang pilihan raya umum nanti perlukan sokongan mereka.
Katanya, begitulah hakikatnya dulu ketika beliau memerintah negara dan sekarang.
“Pada zaman saya, kamu takkan menang kalau tak sokong orang Melayu. Keadaan masih sama,” katanya keapda pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbka hari ini.
Ditanya mengapa beliau tidak mengubah pemikiran orang Melayu semasa menerajui kerajaan, ahli politik berusia 92 tahun itu berkata beliau seorang tidak mampu membetulkannya.
“Ia tugas semua orang,” katanya ringkas.
Pengerusi PH itu semalam berkata orang Melayu masih sangat perkauman maka partinya PPBM perlu kekal sebagai parti untuk orang Melayu.
Oleh itu, sekiranya pendaftaran DAP dibatalkan dan usaha PH merasmikan gabungan gagal, parti itu tidak boleh bertanding atas tiket PPBM, kata Dr Mahathir.
Sementara itu, Dr Mahathir menyangkal menteri Umno Datuk Seri Salleh said Keruak hari ini yang mendakwa hak Melayu akan terhapus sekiranya Umno terhapus.
Ini kerana hak Melayu bukan objek yang menjadi hak milik Umno, jelasnya.
Seperti yang tersurat pada istilah itu, hak Melayu milik orang Melayu dan mereka yang menyokong kaum itu akan pastikan kelangsungannya.
“Tetapi Umno tak lagi sokong (kelangsungan hak Melayu). Mereka buang Dasar Ekonomi Baru, yang dimaksudkan untuk orang Melayu.
“Mereka gantikan dasar itu dan kini menyebarkan 1Malaysia.”

Nothing to Hide 2.0: Apa yang hendak takut, Dr Mahathir soal Najib dan Nazri

Bagaimanapun Dr Mahathir mempersoalkan sama ada perlunya wakil sedangkan Najib dan "pahlawannya" Datuk Seri Nazri Aziz tidak perlu takut untuk berhadapan dengan beliau.
mahathir
KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia untuk berhadapan dengan mana-mana wakil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam forum “Nothing to Hide 2.0” yang dijadual akan diadakan bulan depan.
Bagaimanapun Dr Mahathir juga mempersoalkan sama ada perlunya wakil sedangkan Najib dan “pahlawannya” Datuk Seri Nazri Aziz tidak perlu takut untuk berhadapan dengan beliau.
“Marilah Nazri dan Najib, apa yang perlu takut? Saya hanya lelaki tua.
“Adakah anda takut kepada seorang lelaki tua?”
Bekas perdana menteri berusia 92 tahun itu bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di sini hari ini.
Dr Mahathir ditanya sama ada beliau akan menerima tawaran untuk berdebat dengan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi, bukannya Najib.
Puad telah menawarkan diri kelmarin dengan berkata jika Dr Mahathir serius untuk mengetahui kebenaran di sebalik isu 1MDB, “saya menawarkan diri saya untuk berdebat dengannya dalam forum ‘Nothing to Hide 2.0’.”
Dr Mahathir berkata, beliau akan menerima “mana-mana wakil” di forum itu, yang dijadualkan berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam, jam 3 petang pada 13 Ogos ini
Dr Mahathir awal minggu ini menjemput Najib ke forum itu dengan mengatakan kedua-dua mereka boleh mengadakan perbincangan mengenai bagaimana beliau telah memperkayakan anak-anaknya serta bagaimana perdana menteri mempunyai RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.
Forum pertama diadakan pada tahun 2015. Ia menyaksikan Najib bersetuju untuk membuat penampilan tetapi tidak muncul selepas polis menasihatinya atas faktor keselamatan.
Dr Mahathir yang muncul tanpa dimaklum lebih awal mengambil alih pentas untuk berucap di hadapan kira-kira 2,000 orang.
Beliau bercakap selama 6 minit sebelum terpaksa dihentikan oleh polis.

Ahli Umno faham isu 1MDB hanya agenda politik, sembang Salleh

TIADA lagi kekecohan mengenai 1MDB dalam kalangan ahli Umno di peringkat akar umbi kerana mereka kini faham ia hanya alat digunakan pembangkang untuk memburukkan Umno dan presidennya, kata bendahari parti Salleh Said Keruak.
“Ahli Umno faham. Ia hanya agenda politik.
“1MDB syarikat milik kerajaan dan PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) sudah menjalankan siasatannya terhadap 1MDB,” kata Salleh.
Berhubung dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad yang Peguam Negara Mohamed Apandi Ali menipu dalam melihat siasatan 1MDB, Salleh berkata Dr Mahathir sepatutnya percaya dengan sistem kehakiman.
“Beliau kena hormat sistem kehakiman. Tidak semestinya setuju dan keputusan itu tak semestinya salah. Masalahnya Mahathir nak ikut selera dia saja,” katanya.
1MDB diilhamkan oleh Najib dan beliau menafikan sebarang salah laku yang mencetuskan siasatan di beberapa negara atas dakwaan salah guna dana syarikat.
Singapura salah satu negara yang turut melancarkan siasatan terhadap 1MDB. Ia negara pertama yang menjatuhkan hukuman terhadap individu yang bersalah dalam kes penyelewengan wang 1MDB.
Minggu lalu, pegawai bank Yeo Jiawei, perancang harta di BSI Singapura dipenjarakan empat tahun setengah selepas mengaku bersalah atas tuduhan penggubahan wang haram dan menipu.
Sebelum Yeo, empat lagi pegawai bank dihukum penjara dan denda atas kesalahan serupa di mahkamah Singapura.
Singapura juga menutup cawangan dua bank luar negara kerana memindahkan wang 1MDB.

Nothing to Hide 2.0: Dr M kata Najib patut bersyukur

Pengerusi PH itu berkata forum itu satu lagi peluang untuk perdana menteri membersihkan namanya.
mahathir-nothin2hide-2PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak wajar melihat peluang membersihkan namanya sebagai membuang masa, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Masih berharap Najib menyahut cabaran untuk tampil ke forum “Nothing to Hide 2.0” anjuran PPBM pada 13 Ogos ini, Dr Mahathir berkata platform itu akan menjadi tempat terbaik untuk Najib menyangkal dakwaan yang dilemparkan terhadapnya.
“Ia tak membuang masa. Saya beri peluang kepada dia untuk menjelaskan semua dakwaan terhadapnya.
“Dia boleh kata tak bersalah, dan tunjukkan bukti. Saya pula kata dia ada melakukan kesalahan, saya ada bukti.
“Dia boleh jelaskan dan bersihkan nama. Kami beri peluang dan dia patut berterima kasih.”
Pengerusi PH berusia 92 tahun itu bercakap kepada pemberita di majlis rumah terbuka anjuran ahli politik DAP Datuk Zaid Ibrahim.
Minggu lepas, Dr Mahathir mengundang Najib ke forum kedua “Nothing to Hide”, dan berkata mereka boleh berbincang mengenai bagaimana bekas perdana menteri itu mengkayakan anak-anaknya dan bagaimana perdana menteri memiliki RM2.6 bilion dalam akaun peribadi.
Najib belum menjawab undangan Dr Mahathir itu, tetapi pemimpin Umno bercakap bagi pihaknya. Mereka kata Najib sebagai seorang pemimpin negara tidak perlu menghadiri forum yang akan menolak semua penjelasannya.
Sementara itu, Dr Mahathir menjamin keselamatan Najib. Beliau berkata demikian kerana forum pertama “Nothing to Hide” yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 2015 tidak mendapat kebenaran polis.
Forum itu sepatutnya diadakan pada 5 Jun 2015 di ibu pejabat Umno. Ia sepatutnya dihadiri Najib dimana beliau akan menjawab pertanyaan dari hadirin tetapi dibatalkan selepas Dr Mahathir menyatakan hasrat mahu menyertai forum itu.

Skandal 1MDB: Jangan kita campur tangan urusan negara lain


" Kita menentang campur tangan Amerika Syarikat (AS) ke atas mana-mana negara, begitu juga Malaysia juga tidak boleh berbuat perkara sama dalam hal-hal negara lain," demikian menurut Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.
Beliau berkata, semua negara perlu saling hormat-menghormati hak dan kedaulatan negara masing-masing.
“Dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), AS mendakwa sejumlah wang haram daripada 1MDB telah masuk ke negara mereka, yang bertentangan dengan undang-undang negara itu.
“Wang 1MDB itu dilaporkan ada kaitan dengan dua individu,” katanya dalam satu kenyataan.
Mohamad berkata, AS kini mahu mendakwa mereka yang terlibat membawa wang haram masuk ke negara mereka.
Mohamad Sabu “Mereka tidak berkompromi kepada orang yang melalukan kesalahan di negara mereka. Maka jangan pula kita campur tangan jika mereka mahu mengambil tindakan kepada individu membawa wang haram ke negara mereka, seperti juga kita tidak mahu mereka campur tangan hal ketenteraan dan kepolisan dalam negara kita.
“Jangan kita terlalu naif. Apabila AS mahu memburu pesalah wang haram masuk ke negara mereka, kita pula kata mereka cuba nak campur tangan urusan negara,” katanya.
Jelasnya, di Malaysia, Peguam Negara yang mahu memulakan siasatan ke atas 1MDB telah dipecat.
“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disiasat oleh polis dan beberapa pegawai mereka ditukar.
“Timbalan Perdana Menteri, menteri dan menteri besar dan pegawai tinggi kerajaan yang mempersoal 1MDB juga dipecat,” ujarnya.
Tambahnya, tiada penjelasan menyeluruh terhadap pembunuhan dan pemecatan ini.
“Ini semua menimbulkan spekulasi buruk ke atas Malaysia. 1MDB dan Perdana Menteri dilihat begitu kebal dalam isu ini.
“Sepatutnya sudah ada satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat keseluruhan isu ini,” katanya.

MRT tidak akan ada tanpa saya, kata Dr Mahathir


MRT tidak akan ada tanpa saya, kata Dr Mahathir
Dr Mahathir memulakan projek pengangkutan awam ketika pentadbirannya termasuklah LRT, Monorail dan Bas Intrakota. 
KETIKA Perdana Menteri Najib RAzak sedang meraikan kejayaan pelancaran Fasa 2 Transit Aliran Massa (MRT), Dr Mahathir Mohamad mengalihkan tumpuan itu apabila mendakwa sistem pengangkutan baru itu hanyalah kesinambungan projek di bawah pentadbirannya lalu.
Bercakap di rumah terbuka Hari Raya kelab CheDet hari ini, Dr Mahathir berkata Najib tidak akan boleh menyiapkan projek pengangkutan awam itu sekiranya beliau tidak memulakannya terlebih dahulu.
“Dia hanya meneruskan (projek pengangkutan awam) yang saya mulakan. Tanpa saya mula, dia (Najib) tidak akan tahu hendak buat apa.”
Dr Mahathir berkata yang Najib akan kelam kabut hendak menyiapkan lanjutan LRT 1 & 2 dan projek MRT 1 sekiranya beliau tidak memulakannya.
Di waktu Dr Mahathir menjadi perdana menteri, dia memulakan empat projek pengangkutan awam iaitu KL Monorail, Putra LRT, Star LRT Line dan Perkhidmatan Bas Intrakota, semua diberikan kepada syarikat swasta melalui konsesi yang kemudiannya diisytiharkan muflis.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) itu juga mengatakan yang beliau bersedia menerima mana-mana wakil Najib untuk forum “Nothing to Hide” yang akan dianjurkan sayap Pemuda Bersatu.
“Perdana menteri tidak membenarkan sesiapa datang ( ke acara debat itu), apa yang hendak ditakutkan, saya hanyalah orang tua, takut kepada orang tua kah? Mana-mana wakil yang datang ke forum itu saya okay saja,” katanya.

ZAHID HAMIDI 'MENGHASUT' DI SABAH?

Dalam usaha memastikan UMNO dan BN kekal berkuasa lagi di Sabah, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi mengumpamakan tindakan atau percubaan memisahkan rakyat negeri itu daripada pemerintahan yang ada sekarang seperti langkah Brexit yang telah berlaku di Britain, baru-baru ini.

Kata beliau, tindakan pihak luar termasuk bekas pemimpin UMNO di peringkat nasional dan negeri cuba "membrexitkan"  rakyat Sabah daripada UMNO dan BN adalah suatu langkah yang silap dan bakal merugikan rakyat serta negeri itu.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan rakyat Sabah agar tidak terpengaruh dengan percubaan tersebut.

Wajarkah perbandingan Zahid Hamidi itu?

Pertama, tindakan Zahid Hamidi mengumpamakan Brexit dengan pilihan atau selera rakyat dalam pilihanraya adalah suatu perbandingan yang sama-sekali salah dan tidak betul.

Brexit adalah langkah Britain mengadakan pungutan suara untuk rakyat membuat pilihan sama ada mahu kekal atau keluar daripada Kesatuan Eropah. Kedudukan Britan dalam Kesatuan Eropah terikat dengan perjanjian sebagai sebuah negara dan sebab itu apabila ada rakyatnya merasakan lebih baik keluar, suatu pungutan suara telah diadakan.

Dalam pungutan suara itu, kira-kira 60 peratus rakyatnya memilih untuk Britain keluar daripada Kesatuan Eropah. Maka, kini  Britain tidak lagi menjadi sebahagian daripada Kesatuan Eropah.

Soal baik atau tidak keputusan itu bagi rakyat dan negara Britain, ia adalah pilihan mereka. Mungkin hanya kita yang merasakan tindakan Britain itu tidak baik, tetapi tidak bagi rakyatnya.

Di Sabah, dalam pilihanraya akan datang, rakyat negeri itu tidak minta keluar daripada Malaysia. Mereka hanya mahu menukar parti pemerintah daripada UMNO dan BN kepada parti lain yang mereka rasakan dapat memberi pembelaan dan perkhidmatan lebih baik.

Menukar parti pemerintah adalah sesuatu yang dibolehkan dalam sistem demokrasi, malah tidak ada perjanjian yang mengatakan UMNO dan BN mesti jadi parti pemerintah di Sabah sampai kiamat.

JHO LOW BERDEPAN TINDAKAN JIKA BENAR ADA DUA KERAKYATAN


AHLI perniagaan Low Taek Jho akan berdepan tindakan undang-undang jika benar beliau mempunyai dua kerakyatan, yang tidak dibenarkan mengikut perlembagaan.
Timbalan Menteri Luar Reezal Merican Naina Merican berkata tidak ada sesiapa yang akan mendapat layanan istimewa dalam perkara itu.
“Tidak ada layanan istimewa untuk sesiapa. Sesiapa yang ada dua kerakyatan akan berdepan tindakan mengikut undang-undang diperuntukkan perlembagaan.
“Kami menunggu laporan daripada Kementerian Dalam Negeri,” katanya di Kepala Batas hari ini.
Low atau dikenali sebagai Jho Low didakwa memegang dua kerakyatan iaitu Malaysia dan kepulauan Caribbean, St Kitts dan Nevis.
Semalam dilaporkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunggu respons Wisma Putra berhubung dakwaan itu.
Ketua Pengarah JPN Mohd Yazid Ramli dilaporkan berkata jabatannya menulis kepada Kementerian Luar untuk mendapatkan maklumat yang relevan dari negara kepulauan Caribbean itu.
Low, yang tidak diketahui lokasinya berada dikaitkan dengan skandal 1MDB, yang menyaksikan berbilion ringgi didakwa diselewengkan oleh beberapa individu tertentu.
Beliau menafikan tuduhan itu. Pemimpin pembangkang sebelum ini mencabar kerajaan membatalkan pasport Low untuk memaksanya kembali ke Malaysia bagi menjawab semua tuduhan terhadapnya.
Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi yang juga timbalan perdana menteri berkata Malaysia boleh membatalkan kerakyatan Low jika benar beliau mempunyai dua kerakyatan.

Hishammuddin cabar Dr Mahathir tanding di Pekan kalau berani

Hishammuddin menyifatkan kenyataan Dr Mahathir untuk bertanding di Pekan pada PRU14 akan datang sekadar kenyataan bersifat populis.
Hishammuddin-Hussein-mahathir-mohamad-bertandingLIPIS: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding di Pekan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang sekadar kenyataan bersifat populis.
Beliau juga melihat kenyataan itu bertujuan mengganggu tumpuan anggota Umno kerana dibuat ketika Umno bahagian sedang sibuk mengadakan persidangan perwakilan.
“Saya tengok itu merupakan kenyataan bersifat populis, kalau Tun Dr Mahathir berani bertandinglah di Pekan, saya cabar dia.
“Kalau dia berani, saya sendiri dan Datuk (Seri) Dr Ahmad Zahid Hamidi dan seluruh kepimpinan Barisan Nasional (BN) akan turun pertahankan kedudukan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) sebagai presiden parti… jadi kalau berani bertandinglah,” katanya.
Hishammuddin berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Cameron Highlands di Sungai Koyan di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Cameron Highlands yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau diminta mengulas berhubung kenyataan Dr Mahathir yang juga Pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan akan kemungkinan bertanding pada PRU14 dan mencari kawasan sesuai termasuk Pekan sekiranya keadaan memerlukan.
Mengulas kenyataan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berhubung sokongan Melayu terhadap Pakatan Harapan sekarang mengatasi sokongan kepada BN, Hishammuddin berkata kenyataan itu hanya satu andaian menjelang PRU14.

'Takut orang tua ka?'

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau sedia berdebat dengan sesiapa saja sama ada Datuk Seri Najib Razak atau penyokong perdana menteri itu.
Dan Dr Mahathir juga mengingatkan, mereka tidak perlu takut kepada dirinya.
"Datanglah Nazri, Najib, apa nak takut? Saya orang tua dah.
"Takut orang tua ka?" katanya kepada media di majlis sambutan hari raya Kelab Che Det Kampung Baru Kuala Lumpur hari ini.
Turut hadir isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Sebelum itu Dr Mahathir ditanya sama ada beliau sedia menerima wakil Datuk Seri Najib Razak untuk menggantikan perdana menteri di forum Nothing To Hide 2.0.
Program anjuran Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu akan diadakan di Dewan Raja Muda Musa di Shah Alam 13 Ogos ini.
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Dr Puad Zarkashi sebelum ini sudah menawarkan diri menggantikan Najib bagi menjawab segala persoalan yang akan dibangkitkan pada forum berkenaan.
Pernah gagal dengan menteri
Justeru kata Dr Mahathir beliau terbuka untuk menerima sesiapa saja untuk menjawab bagi pihak Najib.
Untuk rekod sebelum ini sudah pernah diaturkan debat antara Dr Mahathir dengan Datuk Seri Nazri Aziz yang juga salah seorang menteri kabinet ketika pengerusi BERSATU itu masih lagi menjadi perdana menteri.

PRU14: Pas pertahan tindakan lancar jentera pilihan raya di Permatang Pauh



Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas, Datuk Dr Nik Zawawi Nik Salleh mempertahankan tindakan parti itu melancarkan jentera pilihan raya di Permatang Pauh baru-baru ini.
Nik Muhammad Zawawi Nik SallehBeliau berkata, menjadi kebiasaan Pas kawasan di seluruh negara melancarkan jentera pilihan raya sebagai persediaan untuk menghadapi pilihan raya, tidak terkecuali Pas kawasan Permatang Pauh.

Bagaimanapun ujar Nik Zawawi, tindakan Pas melancarkan jentera pilihan raya di kawasan tertentu tidak bermaksud mereka sah akan bertanding di kerusi itu, lapor Antarapos.

"Memang kita sentiasa lancar jentera kita untuk menghadapi Pilihan Raya akan datang.

"Isu siapa yang akan bertanding, ia masih jauh daripada musim pilihan raya. Bila sampai tarikh pilihan raya, kita akan isytiharkan. Sama ada kita bertanding atau tidak, kita tengoklah nanti macamana," katanya kepada Antarapos.

Pas kawasan Permatang Pauh sebelum ini melancarkan jentera pilihan raya dan turut menyatakan hasratnya untuk bertanding di kerusi yang kini disandang Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Tindakan itu mengundang kritikan PKR yang mendakwa Pas sengaja membuat provokasi serta bersikap angkuh selain tidak membantu dalam usaha menewaskan Umno-BN.

Nik Zawawi berkata jentera pilihan raya Pas hanya bersiap sedia dan ia adalah perkara yang menjadi kebiasaan parti itu.

PRU14: BN SEDIA BERDEPAN SESIAPA SAHAJA – KJ


KEPALA BATAS – “BN tidak gentar untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja pada PRU akan datang,” kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Sehubungan itu, beliau menolak sama sekali andaian bahawa kemelut  antara DAP dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) adalah usaha BN untuk mengharamkan parti itu.
“BN tidak perlu untuk membatalkan pendaftaran siapa-siapa untuk menang. Perkara ini tiada kena mengena dengan BN.
“Ini masalah yang ada pada pemilihan awal DAP. Untuk mengatakan ini usaha nak mengharamkan DAP kerana kami tak nak berhadapan DAP adalah satu andaian tidak tepat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kepala Batas, di sini hari ini.
Beliau berkata, semua parti perlu patuh kepada peraturan dan arahan ROS, malah Umno sendiri, walaupun parti yang memerintah negara ini pernah melalui situasi itu dan diharamkan.
“Saya rasa kami pun tak nak DAP diharamkan, kami tidak main politik sebegitu rupa. Kalau dia diharamkan, jadi pula simpati kepada DAP,” katanya.
Jumaat lepas, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Teresa Kok mengumumkan parti itu bersedia mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) namun ia akan dibuat ‘di bawah protes’ dan tidak akan menjejaskan usaha parti untuk mengambil tindakan perundangan terhadap ROS sekiranya perlu.

JANGAN LUPA janji Najib sebelum pilihanraya dulu..

"Saya sedar akan kesilapan kerajaan dalam memimpin negara. Berilah kami peluang sepenggal lagi untuk membuktikan dan membetulkannya.."
TETAPI SELEPAS MENANG PILIHANRAYA..
Subsidi Tepung.. DIHAPUSKAN !!
Subsidi Beras.. DIHAPUSKAN !!
Subsidi Gula.. DIHAPUSKAN !!
Subsidi Elektrik.. DIHAPUSKAN !!
Subsidi Minyak.. DIHAPUSKAN !!
Subsidi Minyak Masak.. DIHAPUSKAN !!
Kini.. Elaun guru pelatih DIHAPUSKAN malah disaran suruh berhutang ambil #PTPTN !!!
Kenapa ada lebai2 masih pertahan Najib ??!
Masih nak undi BN lagi ??!

MASIH INGAT 5 TAHUN LEPAS..

Najib siap maki hamun 'HARAM JADAH' kpd mereka yg tak mahu & tolak saham FGV itu.

TETAPI bila saham FGV dh terlingkup bungkus rugi RM13.4 bilion (RM13,400,000,000) tiba2 Najib nak lupus lupus hutang peneroka beli saham FGV tu dgn RM474.78 juta.

RM474.78 juta guna duit dari mana ??!
GUNA DUIT NAJIB KA ?
GUNA DUIT ISA SAMAD KA ?

Sekali lagi dana rakyat jadi mangsa kebodohan & kerasukan perompak penyangak dlm negara kita..

Inilah taktik cilik Najib & Umno/BN bila PRU14 yg semakin hampir demi jaga hati2 pengundi #FELDA supaya terus menyokong & undi BN !!

Tanpa UMNO melayu akan terbangsat ??

MAKNANYA.. nenek moyang korang (sebelum UMNO ditubuhkan) sememangnya dah terbangsat lah sejak awal2 lagi kerana masa tu Umno tiada...

MAKNANYA.. melayu2 di Sarawak dah 'terbangsat' lah di sana kerana Umno tiada di Sarawak..

MAKNANYA.. melayu2 di Brunei dah 'terbangsat' lah di sana kerana Umno tiada di Brunei..

#LagiBangsatUmnoBNTerusKekal

Zahid 'komedi' & kuncu2nya tekad nak rampas Selangor !!!


Apa persaman Najib & Isa samad ?

Inilah rupa sebenar ciri2 pilihan Najib..
Akan tetap pilih muka2 spt ini w'pon kita dah tahu tahap pengurusan mereka ini urustadbir syarikat2 GLC negara..

SEJARAH TAK PERNAH MENIPU..
"Politik Wang Bukan Rasuah" -Isa Samad, (8/10/2009)

Isa Samad, 67 tahun.. bekas MB Negeri Sembilan pernah didapati bersalah kerana RASUAH a.k.a 'politik wang' DILANTIK pula jadi Pengerusi Felda atas nasihat Najib berkuatkuasa pada 1 Januari 2011.

W'pon kaki rasuah TETAP JADI PILIHAN NAJIB, kenapa ??!