Sabtu, 22 Julai 2017

FGV nafi dakwaan JASA wujud konspirasi terhadap CEO

Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) menafikan dakwaan wujud konspirasi terhadap presiden dan ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Zakaria Arshad, yang diminta bercuti pada bulan Jun.
Penafian itu adalah sebagai respons kepada kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Mohd Puad Zarkashi, yang pada Ahad lalu mendakwa terdapat usaha untuk menyalahkan Zakaria Arshad dan memaksa peletakan jawatannya.
"Sebagai sebuah syarikat senaraian awam dan juga syarikat berkaitan kerajaan yang termaktub dengan undang-undang yang berkaitan oleh badan kawal selia seperti Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bursa Malaysia, FGV sama sekali tidak terlibat dengan mana-mana konspirasi atau agenda peribadi dalam menjalankan proses siasatan dalaman (terhadap Zakaria dan tiga pegawai kanan lain).
"Siasatan dalaman ini dianggap tanggungjawab fidusiari Lembaga Pengarah dalam menjalankan tanggungjawab prihatin dalam pengurusan sebuah syarikat penyenaraian awam dan juga kepentingan pemegang saham," kata FGV dalam satu kenyataan hari ini.
FGV juga menegaskan Zakaria dan tiga lagi kakitangan pengurusan kanan diminta bercuti dengan bergaji penuh dan menerima semua kemudahan.
Katanya, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri pada 19 Jun 2017, terdapat beberapa bukti asas yang membolehkan Lembaga FGV mengambil tindakan disiplin terhadap CEO, ketua pegawai kewangan dan dua lagi pegawai kanan yang berkaitan dengan pelanggaran prosedur dalaman
Ini berkaitan dengan dakwaan pelanggaran prosedur dalam urusan FGV dengan Safitex Trading LLC yang berpangkalan di Dubai.
"Tuduhan menyatakan bahawa lembaga pengarah mempunyai agenda peribadi untuk menjatuhkan pengurusan kanan adalah tidak wajar.

Nothing to Hide 2.0: Dr M kata Najib patut bersyukur

Pengerusi PH itu berkata forum itu satu lagi peluang untuk perdana menteri membersihkan namanya.
mahathir-nothin2hide-2Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak wajar melihat peluang membersihkan namanya sebagai membuang masa, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Masih berharap Najib menyahut cabaran untuk tampil ke forum “Nothing to Hide 2.0” anjuran PPBM pada 13 Ogos ini, Dr Mahathir berkata platform itu akan menjadi tempat terbaik untuk Najib menyangkal dakwaan yang dilemparkan terhadapnya.
“Ia tak membuang masa. Saya beri peluang kepada dia untuk menjelaskan semua dakwaan terhadapnya.
“Dia boleh kata tak bersalah, dan tunjukkan bukti. Saya pula kata dia ada melakukan kesalahan, saya ada bukti.
“Dia boleh jelaskan dan bersihkan nama. Kami beri peluang dan dia patut berterima kasih.”
Pengerusi PH berusia 92 tahun itu bercakap kepada pemberita di majlis rumah terbuka anjuran ahli politik DAP Datuk Zaid Ibrahim.
Minggu lepas, Dr Mahathir mengundang Najib ke forum kedua “Nothing to Hide”, dan berkata mereka boleh berbincang mengenai bagaimana bekas perdana menteri itu mengkayakan anak-anaknya dan bagaimana perdana menteri memiliki RM2.6 bilion dalam akaun peribadi.
Najib belum menjawab undangan Dr Mahathir itu, tetapi pemimpin Umno bercakap bagi pihaknya. Mereka kata Najib sebagai seorang pemimpin negara tidak perlu menghadiri forum yang akan menolak semua penjelasannya.
Sementara itu, Dr Mahathir menjamin keselamatan Najib. Beliau berkata demikian kerana forum pertama “Nothing to Hide” yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 2015 tidak mendapat kebenaran polis.

Dr M tidak tolak kemungkinan bertanding di Pekan

Beliau bagaimanapun harus pastikan kerusi yang perlu ditandinginya itu boleh dimenangi.
mahathir-undiTun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang sekiranya perlu.
Pengerusi Pakatan Harapan itu bagaimanapun menegaskan beliau harus pastikan kerusi yang perlu ditandingi itu boleh dimenangi.
Beliau tidak menolak bertanding di kerusi Parlimen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Pekan.
“Kalau saya perlu bertanding, saya perlu cari kerusi yang saya boleh menang, tetapi saya tak pasti yang mana satu ketika ini.
“Ramai orang tak suka saya. Kalau tiada calon lain, saya akan bertanding lah…di Pekan atau tempat lain. Tetapi mesti boleh menang.
“Saya mahu bertanding untuk menang, bukan untuk kalah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbuka Datuk Zaid Ibrahim hari ini.
Ahli politik berusia 92 tahun itu berkata beliau ingin “menyumbang” dalam kerajaan PH, sekiranya mereka berjaya memenangi Putrajaya pada pilihan raya umum nanti.
Ini kerana beliau mempunyai beberapa idea tertentu, terutamanya mengenai pengurusan kewangan negara, tambah bekas perdana menteri itu.
“Saya ingin bentangkan kepada kerajaan baharu, dan tengok sama ada berfungsi atau tidak.”
Najib terpilih di kerusi Pekan pada 1976, pada umur semuda 23 tahun. Sebelum itu, kerusi dipegang bapanya yang juga perdana menteri ke-2, Tun Abdul Razak Hussein.
Walaupun berdepan cabaran pembangkang, Najib sentiasa mengatasi pencabarnya. Pada pilihan raya umum lalu, beliau menewaskan calon PKR Mohd Fariz Musa dengan majoriti 35,613 undi.
Ahli majlis tertinggi PPBM Anina Saadudin dan bekas senator Ezam Mohd Nor pernah menyatakan hasrat mencabar Najib di Pekan.

Skandal 1MDB: Sikap membisu k'jaan hanya burukkan reputasi M'sia kata MP UK

Ketiadaan maklum balas kerajaan berkenaan usul yang dibentangkan di Parlimen UK yang menonjolkan isu 1MDB, akan hanya memberi gambaran buruk terhadap Malaysia, kata seorang MP pembangkang.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berkata usul tersebut dibentangkan di Parlimen UK, oleh MP Parti Buruh, Ann Clwyd pada 18 Julai lalu sewajarnya mendapat maklum balas segera dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Saya mengesa kerajaan untuk segera memberi maklum balas berkaitan usul [...] mengenai dakwaan penyelewengan dana 1MDB dan kes kleptokrasi di Malaysia.
"Keenganan kerajaan Najib untuk memberi respons berkenaan usul tersebut hanya memburukkan reputasi Malaysia di luar negara," kata Nurul Izzah dalam satu kenyataan hari ini.
Naib Presiden PKR itu menyuarakan keprihatinnya skandal 1MDB dibangkitkan dalam parlimen di luar negara, yang menyentuh isu rasuah dan kebebasan asas.
"Menerusi usul berkenaan, kerajaan UK pimpinan Perdana Menteri Theresa May digesa untuk memastikan semua tuduhan pengunaan dana yang diseleweng dari Malaysia di UK disiasat dengan terperinci," katanya.
Nurul Izzah menegaskan bhawa 1MDB sedang disiasat di beberapa negara seperti Amerika Syarikat dan Switzerland dan dianggap sebagai kes kleptokrasi terbesar yang pernah disiasat Inisiatif Aset Kleptokrasi Jabatan Kehakiman AS (DoJ).
Usul Clwyd menyatakan bahawa Dewan itu khuatir dengan dakwaan penyelewengan yang didakwa berlaku di 1MDB, dan juga menggalakkan kerajaan Malaysia untuk membenarkan pemerhati antarabangsa hadir untuk memantau dalam pilihan raya umum ke-14.
"Ia demi membuktikan kerajaan komited terhadap pilihan raya yang bebas dan adil, terutamanya apabila Malaysia akan menjadi Pengerusi Komanwel pada tahun 2020 kelak."
Walau bagaimanapun, usul tersebut masih belum mendapat banyak sokongan kerana ia dibentangkan pada 18 Julai.

Saya tidak akan ditangkap sebelum PRU, kata Dr Mahathir

Pengerusi PH dakwa BN mahu menggunakan skandal dagangan mata wang asing untuk menangkapnya supaya beliau tidak terlibat dalam PRU-14.
najib-mahathirTun Dr Mahathir Mohamad yakin beliau tidak akan ditangkap sebelum pilihan raya umum akan datang.
Dr Mahathir berkata walaupun kerajaan Barisan Nasional akan cuba menangkap beliau menggunakan suruhanjaya siasatan diraja (RC) yang ditubuhkan untuk menyiasat kerugian dagangan mata wang asing yang dialami Bank Negara Malaysia (BNM) pada awal 1990-an, beliau percaya akan bebas sehingga PRU-14.
“Mereka bukan sahaja mahu memburukkan saya. Saya fikir mereka mahu tangkap saya supaya saya tidak terlibat dalam pilihan raya umum nanti.
“Apa yang dia mahu ialah singkirkan saya. Setakat ini belum berjaya, tetapi dia akan fikirkan sesuatu,” kata Dr Mahathir, merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Tapi kalau pun mereka dakwa saya, pendengaran di mahkamah akam ambil masa yang lama. Sementara itu, saya bebas berkempen.
“Saya akan bebas, sehingga pilihan raya umum,” kata ahli politik berusia 92 tahun itu kepada pemberita di majlis rumah terbuka anjuran ahli politik DAP Datuk Zaid Ibrahim hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai RCI yang ditubuhkan untuk menyiasat kerugian yang ditanggung BNM pada 1990-an akibat dagangan mata wang asing semasa beliau menjadi perdana menteri.
Putrajaya antara lain berkata RCI akan mengesyorkan langkah yang perlu diambil terhadap mereka yang didapati terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam skandal itu.
RCI diberi tempoh masa 3 bulan untuk menyelesaikan siasatan mereka dan menyerahkan laporan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Sementara itu, ketika ditanya apakah beliau sedia dengan prospek dihumban ke penjara, Dr Mahathir berkata, “saya tidak boleh buat apa-apa, kalau kedaulatan undang-undang tidak lagi didaulatkan di Malaysia”.
“Orang ramai buat laporan polis terhadap Najib, dan orang itu yang ditahan dan didakwa di mahkamah.”

TUN MAHATHIR WAJAR SAMBUT CABARAN PUAN ZARKASHI


Sebagai sebuah parti berdisplin yang menguasai kerajaan,tentulah cabaran ahli MKT UMNO,Datuk Puad Zakarshi untuk Mahathir berdebat dengannya mengenai  isu 1MDB dalam forum NothingTo Hide 2 adalah mewakili kerajaan dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib.
Tun Mahathir sewajarnya menyambut cabaran ini walaupun hanya datang dari ikan bilis atau ulak ayak UMNO kerana pada akhirnya debat ini pasti akan terhalang,dibatalkan,tidak diberikan kebenaran atau diharamkan kerana soal keselamatan.
Kerana menduga bahawa apa yang berlaku kepada  cabaran debat  Pondan Padang Rengas akan juga berlaku kepada cabarannya  maka itulah ikan bilisberani kehadapan untuk menunjulkan dirinya sebagai ikan pauh kerana Puad tidak mengenal sifat Tun Dr.Mahathir yang tidak memileh bulu atau taraf malah sanggup melayan siapa sahaja termasuk budak-budak berhingus untuk berintraksi dengannya.
Masalah pertama yang menghalang Puad ialah beliau tidak boleh membuka semula kitab maha suci IMDB dan keduanya pemimpin- pemimpin UMNO yang cerdik dan rasional termasuk Datuk seri Nasjib sendiri akan melihat ini sebagai suatu kesempatan yang amat besar bagi Tun Dr Mahathir untuk meratah dan menghancurkan ikan bilis walaupun giginya sudah tua.Inilah kesemptan mas bagi Mahathir untuk menelanjangkan segala-galanya mengenai IMDB bagi menapati tajuk forum Nothing To Hide
Walaupun cabaran Puad kepada Dr.Mahathir ini  bertujuan untuk memperkecil  Tun Dr.Mahathir dan untuk mengingatkan Najib supaya jangan lupa dia sebagai salah seorang calun  Pilihanraya 14 tetapi  permainan  politik murahannya  akan memberi kesan sangat buruk kepada kepimpinan negara bila ia dibatalakan.
Puad sendiri sebagai seorang yang melukut ditepi gantang,tentulah tidak boleh menapikan bahawa beliau mewakili Datuk Seri Najib dalam menunjulkan  diri sebagai ikan pauh  walaupun beliau sebenarnya hanya ikan bilis jenis paling murah.

Dr M: Melayu takkan terima DAP tanding bawah bendera PPBM

Pengerusi PPBM berkata partinya perlu kekal sebagai parti Melayu untuk raih sokongan pengundi Melayu kerana masyarakat Melayu 'masih sangat komunal'.
mahathir-1PETALING JAYA: DAP tidak boleh bertanding pilihan raya di bawah bendera PPBM sekiranya pendaftaran parti itu terbatal dan usaha menjadikan Pakatan Harapan gabungan rasmi gagal.
Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan partinya perlu kekal sebagai parti Melayu untuk raih sokongan pengundi Melayu, kerana PH akan tempang pada pilihan raya umum akan datang tanpa sokongan masyarakat itu.
Keadaan itu yang menyebabkan Pakatan Rakyat gagal menang pilihan raya umum 2013, tambahnya.
“Suka atau tidak, orang Melayu masih sangat komunal, sebab itu mereka sokong Umno.
“Mereka tidak akan sokong parti berbilang kaum. Mereka (Pakatan Rakyat) raih banyak sokongan orang Cina, tapi tidak banyak sokongan orang Melayu dan tanpa mereka kamu tidak boleh menang.
“Jadi kami akan gantikan Umno, bukan jadi seperti Umno, tetapi sebagai sebuah parti Melayu.”
Ahli politik berusia 92 tahun itu berkata demikian kepada pemberita di majlis rumah terbuka anjuran ahli politik DAP, Datuk Zaid Ibrahim hari ini.
Pengerusi PH itu ditanya sama ada DAP boleh bertanding pilihan raya umum nanti sekiranya pendaftaran mereka dibatalkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (PPBM).
Ia susulan arahan JPPM kepada parti itu untuk mengadakan pemilihan semula pemegang jawatan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP.
Ketua Pengarah JPPM Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata CEC DAP tidak akan diiktiraf dan jawatankuasa itu tidak boleh berfungsi secara sah sekiranya DAP gagal mengikut arahan itu.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam mengumumkan mereka akan mengadakan pemilihan baru bagi mengelakkan pendaftaran dibatalkan.
“Ada 2 parti lain (dalam PH) yang berbilang kaum. DAP boleh bertanding di bawah 2 parti itu (kalau pendaftaran mereka dibatalkan),” kata Dr Mahathir.
“Saya yakin PKR dan Amanah akan terima mereka, tetapi kita tidak boleh, kerana kita parti Melayu,” kata Dr Mahathir.

DIA SIAPA NAK BERDEPAN TUN MAHATHIR.. NAJIB TAKDA TELO KA !!

Inilah perangai pemimpin Umno dah terlebih makan dedak sanggup gantikan tempat Najib untuk berdebat dgn Tun M pada sesi dialog Nothing to Hide 2.0.

Tanding kawasan Parlimen pon bungkus. Dah kalah diangkat pula oleh Najib jadi Pengarah JASA yg mana duit2 'tax payer' rakyatlah digunakan utk bayar gaji dia.

MASIH INGAT kata beliau..
"Derma RM2.6 bilion Najib itu digunakan untuk tujuan memerangi ISIS" - 16/5/2016.

Tak mustahil tiba2 bila nak berdebat, perguna KDN katanya tak dapat permit pulak..

Kemasukan lebih 50 nama dlm satu rumah pada daftar pemilih itu kerja siapa ??!

SPR sebenarnya berkerja untuk siapa ??!

Tup2 tak mustahil pon jika SPR pon kata.. Minta maaf, ini semua masalah teknikal yangtidak disengajakan.

SPR diberi tempoh seminggu utk tampil & beri penjelasan. Jika tidak, nama mereka akan disiarkan dan membuat laporan polis.

Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran !!!

KERAjaan sanggup perhabih sehingga berbilion2 ringgit utk sediakan tapak perumahan bg pendatang2 asing komunis-China spt di Forest City. TETAPI utk rakyat sendiri terpaksa guna tapak kumbahan taik buat tapak rumah rakyat.

Inilah Malaysia ku... #CelakaUmno

Tahniah Dato’ Seri A. Samad Said, sasterawan rakyat bersenjata pena dan puisi

OLEH: LIM KIT SIANG
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Sasterawan Negara Dato’ Seri A. Samad Said di atas penganugerahan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri oleh TYT Tun Dato’ Seri Utama Dr Haji Abdul Rahman Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.
Penganugerahan ini adalah satu simbol pengiktirafan kepada beliau, atas khidmat bakti yang telah dicurahkan dalam dunia kesusasteraan dan budaya di tanah air, selain untuk sumbangan yang tidak ternilai harganya kepada lapangan aktivisme dan politik negara.

Samad SaidPak Samad, seperti panggilannya di kalangan kita semua, adalah manifestasi ‘puisi jadi senjata’ di tengah-tengah medan politik Malaysia yang kini sedang berada di perbatasan pilihanraya paling penting dalam sejarah negara.
Pak Samad adalah panglima rakyat, dengan bersenjatakan pena dan kata-kata, memujuk hati nurani kita semua agar mengusung perubahan dan mencapai impian kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara.
Hasil-hasil karya Pak Samad tidak pernah gagal membawa tema dan suara rakyat marhaen ke khalayak umum. Novel ‘Salina’ contohnya menjadi cerminan kesempitan hidup rakyat pasca perang dunia kedua, dan bagaimana rakyat marhaen ditindas.
Sajak-sajak Pak Samad setelah terjun ke lapangan aktivisme lebih-lebih lagi menggambarkan perasaannya yang menyala-nyala.
Sajaknya yang dibaca bersempena Himpunan Kebangkitan Rakyat, beberapa bulan sebelum pilihan raya umum ke-13 sangat mengesankan. Dan sehingga kini pun masih terus meniup bara semangat kita semua.
“Rumput di kaki, awan di kepala, gah iringi murba,
seramainya, sederapnya, setulusnya, kita bersama
menjulang panji negara, bangga dicium angin jati
di tengah gelora kita sebangsa dan sejiwa murni.
Di atas padang sejarah pantang kita mungkiri janji
setiap tapak dan langkah mengisi rindu demokrasi.”
– Di Atas Padang Sejarah, Januari 2013
Menuju bulan Ogos, saya kira bait-bait puisi Pak Samad ini perlu kita tekuni kembali. Bagaimana Pak Samad meluahkan cita-citanya untuk negara dengan apa yang disebutnya sebagai rindu kepada demokrasi.
Kerinduan beliau kepada demokrasi itu mungkin antara faktor kenapa beliau akhirnya memilih untuk menyertai DAP. Setelah puluhan tahun buah fikirnya hanya terhad di helaian kertas dan buku, Pak Samad memilih DAP sebagai wadah untuk menzahirkan erti dan makna setiap huruf dan kata yang pernah ditulisnya, sebagai satu pelaksanaan dan bukan sekadar kata-kata.
“Saya mengikuti perkembangan politik dalam tanah air. Saya putuskan menyertai DAP kerana parti ini ialah parti siasah yang ada landasan yang jelas dan anggota parti yang bersungguh-sungguh.
“Apa guna tulisan sahaja, lebih baik sertai parti politik.” Itu kata Pak Samad ketika ditemubual media selepas mengisytiharkan diri masuk DAP. Ketika itu kami di Gua Musang, Kelantan, melihat kerja-kerja membangunkan kembali kawasan-kawasan yang teruk dilanda banjir.
Pak Samad masuk DAP dengan tujuan jelas untuk menyebarkan mesej impian Malaysia, di mana rakyat seluruh negara boleh hidup saling bertoleransi, aman makmur dan harmoni, tanpa penindasan kuasawan dan pemodal yang merompak kekayaan negara demi memenuhi hajat dan kemahuan diri sendiri.

PM perlu beri maklum balas cadangan UK terhadap skandal 1MDB

NAJIB perlu memberi maklum balas terhadap cadangan parlimen United Kingdom untuk membincangkan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kes kleptokrasi, kata Nurul Izzah Anwar.
Naib Pengerusi PKR itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, lebih lama Perdana Menteri Najib Razak berdiam diri akan lebih terus jejaskan reputasi Malaysia di luar negara.
“Keengganan kerajaan Najib Razak memberi maklum balas terhadap cadangan ini hanya akan menjejaskan reputasi Malaysia di luar negara.
“Cadangan itu mengenai penyalahgunaan dana 1MDB yang sudah dibentangkan di Parlimen UK pada 18 Julai oleh ahli Parlimen Ann Clwyd,” kata Nurul.
Katanya, ia pertama kali dalam sejarah Malaysia kes 1MDB dibentangkan di sidang parlimen negara asing dan ia merupakan kes terbesar kleptokrasi yang pernah dibongkar oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ).
Menurut laman web rasmi Parlimen UK, cadangan itu adalah untuk siasatan ke atas penyelewengan berbilion dolar daripada firma dana awam itu.
Cadangan itu turut meminta siasatan mengenai sekatan berterusan kebebasan bersuara di Malaysia dan penyalahgunaan Akta Hasutan.
“Cadangan itu turut menyentuh mengenai kebebasan bersuara dan penyalahgunaan Akta Hasutan yang menyasarkan kritikan kerajaan, terutamanya ahli politik pembangkang termasuk Anwar Ibrahim di mana prosiding kehakiman adalah di bawah standard antarabangsa,” kata Nurul.
Yang terakhir, cadangan itu turut meminta Putrajaya membenarkan pemerhati antarabangsa termasuk dari negara Komanwel untuk memantau Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
“Ini akan membuktikan kerajaan komited kepada pilihan raya telus dan adil terutamanya ketika Malaysia akan menjadi pengerusi Komanwel pada tahun 2020,” kata Izzah.
Cadangan itu mendapat sokongan daripada empat ahli parlimen UK iaitu Ann Clwd daripada Parti Buruh, Alan Brown dan Chris Law dari Parti Nasiona Scotland dan Jim Shannon dari Parti Penyatuan Demokrat.

Sri Ram salahkan Dr Mahathir, Abu Talib hapus kuasa kehakiman

Gopal berkata keputusan mahkamah persekutuan dalam kes Semenyih Jaya yang menyatakan pindaan 1988 bertentangan dengan struktur dasar undang-undang tertinggi negara adalah keputusan yang berani.
Gopal-Sri-Ram-mahathir-Abu-Talib-OthmanKUALA LUMPUR: Datuk Seri Gopal Sri Ram mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman sebagai individu yang bertanggungjawab menghapuskan kuasa kehakiman dengan meminda Perlembagaan Persekutuan hampir 3 dekad lalu.
Beliau berkata situasi itu wujud selepas keputusan mahkamah agung dalam kes pendakwa raya lawan Yap Peng bahawa peguam negara tidak boleh menggunakan budi bicaranya untuk memindahkan kes jenayah bagi tujuan perbicaraan.
Pada tahun 1987, mahkamah tertinggi dalam keputusan majoriti 3-2 berpendapat langkah pendakwa raya untuk menggunakan Seksyen 418A Kanun Prosedur Jenayah bertentangan dengan Perkara 121(1) Perlembagaan Persekutuan.
Majoriti berpendapat kuasa untuk memindahkan kes adalah kuasa kehakiman.
Beliau yang mewakili Yap Peng dalam perbicaraan itu, mendakwa Talib memaklumkan kepada kerajaan yang beliau tidak dapat berfungsi dengan baik memandangkan “hakim memberi banyak masalah kepadanya dan penyelesaiannya adalah untuk memperkenalkan undang-undang.”
Beliau berkata, kerajaan kemudian menganjurkan siri jelajah raya kira-kira empat hingga lima bulan untuk memberitahu orang ramai yang badan kehakiman tidak harus mengganggu kuasa peguam negara.
“Hasilnya, Perkara 121(1) adalah yang pertama dalam beberapa siri pindaan Mahathir pada tahun 1988.
“Ia tidak ada kaitan dengan krisis kehakiman 1988 di mana 3 hakim mahkamah agung dikeluarkan. Ini berkaitan dengan ego 2 lelaki,” kata beliau pada forum mengenai kebebasan, kehakiman dan pemisahan kuasa yang bertajuk Harapan Baru Di Sebalik Kes Semenyih Jaya?
Gopal berkata keputusan mahkamah persekutuan dalam kes Semenyih Jaya yang menyatakan pindaan 1988 untuk mengawal kuasa badan kehakiman bertentangan dengan struktur dasar undang-undang tertinggi negara adalah keputusan yang berani.
Bagaimanapun, beliau berkata, penghakiman itu tidak cukup untuk mengatakan Perkara 121(1) sebagai tidak berperlembagaan.

DAP adakan pemilihan semula tapi akan saman ROS


Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan parti itu akan mengadakan pemilihan semula untuk jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) bagi mengelak parti itu digantung.
Ini ekoran kenyataan setiausaha penganjur kebangsaannya, Anthony Loke semalam yang berkata DAP bersedia mematuhi permintaan Pendaftar Pertubuhan (ROS) itu, "di bawah protes".
"BN menyerang kita dengan berkata bahawa kami takut adakan pemilihan semula.
"Tetapi kami akan adakan pemilihan semula. Kita yakin walaupun dengan senarai perwakilan 2012," kata Guan Eng di majlis makan malam pengumpulan dana malam tadi, seperti dipetik China Press.
Menurut laporan itu, beliau berkata bahawa parti itu akan menyaman ROS berhubung tindakannya itu.
Ketika dihubungi Malaysiakini kemudiannya, Loke mengulangi bahawa ROS mesti terlebih dahulu memutuskan butirannya sebelum parti itu mengadakan pemilihan semula.
"Kita perlu mendapatkan jawapan mereka. Mereka mesti meluluskan senarai nama perwakilan.
"Kami tidak boleh mengumumkan (tarikh) pemilihan semula kerana mereka telah menetapkan prasyarat mengenai pengesahan senarai tersebut.
"Sekarang bola di gelanggang ROS. Itulah sebabnya kita mahu mengadakan pertemuan dengan ROS untuk menjelaskan butiran tersebut," katanya kepada Malaysiakini.

Bertindak guna laporan palsu, DAP jawab ROS



DAP menyerahkan surat penjelasan rasmi kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) semalam, bagi merungkai segala dakwaan ‘fiksyen’ yang dikemukakan ROS berkaitan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada 2013.
ROS mengemukakan notis tersebut kepada DAP pada 17 Julai lalu.
DAP serah surat pejabat ROSSurat yang ditujukan kepada Ketua Pengarah ROS Datuk Mohammad Razin bin Abdullah diserahkan oleh Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP (2008-2012), Teresa Kok bersama Setiausaha Organisasi Kebangsaan terkini, Anthony Loke dan pimpinan DAP lain, lapor Roketkini.
Rombongan DAP yang berada di kaunter ROS Aras 2 menunggu kira-kira 10 minit sebelum diminta turun bagi menyerahkan surat berkenaan kepada Penolong Pengarah Bahagian Pematuhan Mohamad Nawawi Bin Mat.
Surat tersebut menjawab dakwaan ROS sebelum ini yang dipercayai bertindak berdasarkan laporan yang telah disahkan Mahkamah sebagai palsu sebagaimana ditimbulkan oleh watak rekaan, Father Augustus Chen di dalam “Laporan Equiti: Penipuan Pemilihan CEC”.
Dalam kes tersebut, Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang menang dalam kes saman fitnah terhadap penerbit Utusan Malaysia ekoran laporan ‘Father Agustus Chen’ dan dianugerahkan gantirugi sebanyak RM25,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2014.
Berdasarkan rekod DAP pada 15 Disember 2012, hanya terdapat 751 cawangan yang berhak menghantar wakil ke Kongres Kebangsaan DAP bagi pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) dan notis telah dihantar kepada cawangan berkenaan untuk hadir ke pemilihan.

Umno Sabah terus serang Shafie Apdal

SERANGAN terhadap bekas naib presiden Umno Shafie Apdal berterusan di mesyuarat Umno tahunan di Sabah apabila Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi menggambarkan bekas rakannya Kabinet itu sebagai individu "kekurangan daya tahan".
"Lihatlah kawan kita (Shafie). Beliau mengatakan sesuatu pada waktu pagi tetapi berkata sesuatu yang berbeza pada waktu petang. Beliau mempunyai masalah dengan konsisten.
"Ketika berkuasa, segala-galanya baik, tetapi ketika dipecat sebagai menteri, semuanya menjadi buruk," katanya semasa pembukaan pertemuan bahagian Kimanis, Papar dan Beaufort di Bongawan, Papar, hari ini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Musa Aman, Menteri Luar dan Ahli Parlimen Kimanis Anifah Aman dan pemimpin bahagian lain.
Pemergian Shafie daripada gabungan pemerintah bermula dengan pemecatan beliau daripada Kabinet persekutuan pada 2015, dan seterusnya sebagai naib presiden Umno pada 2016.
Zahid berkata ahli politik seperti beliau sepatutnya membina daya tahan politik, sambil menambah ia bukan sesuatu luar biasa bagi ahli mereka berdepan masalah dalam kerjaya.
"Kita tidak boleh menjadi 'kacang lupakan kulit'. Dahulu, Shafie sanggup berbohong demi Umno untuk menunjukkan kesetiaannya kepada parti, tetapi sekarang beliau bercakap dengan nada yang berbeza," katanya.
Anifah, pada malam Jumaat, memberi amaran kepada ahli parti supaya waspada terhadap Shafie.
Menurut Zahid, ahli politik yang kuat diperlukan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) dan ini ditunjukkan dalam kesatuan ahli sejak ia ditubuhkan di Sabah 26 tahun lalu.
"Sebagai abang termuda dalam Umno, Sabah setia kepada parti dan hari ini, ia mempunyai lebih 561,000 ahli, salah satu keahlian negeri yang terbesar," katanya.
Beliau kemudian memetik dapatan kajian struktur Institut Teknologi Mara (UiTM) mengenai pengaruh BN di Sabah, menyatakan 76% rakyat Sabah masih memerlukan Umno, manakala 71.2% percaya BN berjaya membawa pelbagai transformasi kepada negeri ini, dan 70% masih menyokong Umno dan BN.
Zahid berkata rakyat Sabah akan terdedah kepada pelbagai risiko jika mereka menolak Umno dan BN.
Beliau menyamakan keadaan dengan kekecewaan rakyat Britain apabila mereka menyokong referendum Brexit.

Menjelang PRU14, akar umbi PKR bimbang kesan perpecahan parti

GABUNGAN bersama Bersatu sudah selesai tetapi bagi PKR, terdapat kebimbangan perpecahan dalaman yang akan menjejaskan peluang parti terbesar dalam Pakatan Harapan (PH) itu pada Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU14).
Walaupun PKR merupakan sebahagian daripada gabungan pembangkang yang sudah tersusun, pergaduhan secara terbuka di antara pemimpin utamanya membimbangkan ahli.
Pemimpin akar umbi berkata, kesannya dapat dilihat dengan maklumat bercanggah dan terdapat persoalan sama ada PKR dapat mempertahankan kerusi dimenangi pada pilihan raya sebelum ini jika tidak bersatu.
Perpecahan ketara dilihat di antara Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden Rafizi Ramli.
Tahun lalu, Rafizi membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah melibatkan pentadbiran Azmin yang merupakan menteri besar Selangor.
Azmin bagaimanapun menolak dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai kempen memburuk-burukkannya. Sehingga hari ini, masih belum jelas apakah status kes ini.
Walaupun pergaduhan secara terbuka sudah tidak lagi kedengaran, tetapi kesan perpecahan masih terasa di dalam PKR.
Dikatakan ini merupakan punca mengapa PH yang terdiri daripada PKR, DAP, Amanah dan Bersatu terpaksa menangguhkan pengumuman senarai kepimpinan dan struktur selama lebih dua bulan.
Sesetengah pemimpin akar umbi mengatakan puncanya ialah apabila penyatu kepada pemimpin PKR Anwar Ibrahim dipenjarakan, sementara ada juga yang berpendapat pemimpin parti haruslah mengenepikan perbezaan.
Sebelum Anwar dipenjarakan pada 2015 disebabkan dakwaan liwat buat kedua kalinya, beliau mengetuai PKR yang bertanding di 99 kerusi Parlimen pada PRU13 dan memenangi 28 kerusi.
Sebelumnya pada PRU12, PKR memenangi 31 kerusi Parlimen, terbesar dalam sejarah parti yang ditubuhkan sejak 1999 itu.
Bagaimana mahu berdepan PRU14?
Pengarah Pilihan Raya PKR Kedah Ridhwan Razali berpandangan perpecahan berlaku di kalangan pemimpin tertinggi partinya disebabkan “kuasa penenang” iaitu Anwar kini terpenjara.
“Walaupun kadang-kala Anwar dapat ke mahkamah dan berjumpa pimpinan PKR, ia tidak cukup. Berbeza jika beliau berada di luar dan memimpin parti,” kata Ridhwan yang juga ketua Pemuda PKR Kedah kepada The Malaysian Insight.
“Kebimbangan saya ialah apakah polemik di antara pemimpin tertinggi ini akan berpanjangan sehingga berlakunya kekeliruan untuk menghadapi PRU14?”
Setiausaha PKR Cabang Kelana Jaya Najwan Halimi berkata, perpecahan pemimpin di peringkat atasan menyebabkan kekeliruan di kalangan pemimpin akar umbi.
“Nak dengar siapa? Nak ikut siapa? Sudah tentu perpecahan memberikan kesan kepada akar umbi di bawah.
“Ahli di bawah keliru. Arahan berbeza-beza. Nasib baik di Selangor program kerajaan negeri aktif, jadi penggerak PKR di peringkat bawah turut menjadi aktif,” katanya.
Setiausaha PKR Cabang Kelana Jaya Najwan Halimi bimbang perpecahan pemimpin atasan menyebabkan orang bawahan keliru kerana menerima arahan berbeza. – Gambar The Malaysian Insight, 22 Julai 2017.
Setiausaha PKR Cabang Kelana Jaya Najwan Halimi bimbang perpecahan 
pemimpin atasan menyebabkan orang bawahan keliru kerana menerima 
arahan berbeza.
Menurut Najwan, di peringkat akar umbi mereka terus melakukan kerja seperti biasa tanpa mahu melibatkan diri dengan pertengkaran pemimpin di peringkat nasional.
“Pimpinan PKR peringkat akar umbi perlu secara konsisten turun mendekati rakyat dengan membantu pelaksanaan dasar kerajaan negeri seperti Skim Peduli Sihat dan program kebajikan lain,” katanya.

APA JAMINAN ZAHID HAMIDI KALI INI?

Ketika Parti Pribumi Bersatu Malaysia mahu didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan pada Julai 2016 dahulu, Zahid Hamidi dengan pantas memberi jaminan pihaknya tidak ada masalah untuk meluluskan pendaftaran parti baru itu.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri dilaporkan berkata, jika semua syarat-syaratnya sudah dipatuhi, beliau akan menyegerakan kelulusannya.

Katanya lagi, sebarang keputusan akan diketahui dalam tempoh 30 hari selepas ia dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan.

Sebagai Menteri Dalam Negeri, Jabatan Pendaftar Pertubuhan adalah di bawah tanggungjawab saya, kalau syarat-syaratnya dipenuhi, kelulusannya Insya Allah,  akan disegerakan, demikian Zahid Hamidi dipetik sebagai berkata.

Dan sebagaimana yang terbukti kemudian, Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau PPBM yang dipengerusikan oleh Tun Mahathir Mohamad akhirnya menerima kelulusan pada 9 Ogos 2016, iaitu tidak lari daripada tempoh sebulan sebagaimana yang dijanjikan oleh Zahid Hamid.

Muhyiddin Yassin selaku Presiden PPBM sendiri ketika itu berkata, "Kita nak ucapkan terima kasih kepada Pendaftar Pertubuhan dan Menteri Dalam Negeri kerana memberi kelulusan ini dalam tempoh 30 hari sebagaimana yang pernah dijanjikan."

Kini, setelah PPBM didaftarkan, Tun Mahathir akan memasuki fasa kedua dengan mendaftarkan pula Pakatan Harapan, sebuah gabungan rasmi untuk menentang BN.

Sama seperti PPBM, Tun Mahathir juga adalah Pengerusi Pakatan Harapan.

Dengan struktur kepimpinan dan logo HAR🔺PAN sudah dipersetujui dan diumumkan minggu lalu, yang terpenting sekali ialah pendaftaran Pakatan Harapan itu akan membolehkan penggunaan satu logo untuk berlawan dengan dacing yang mewakili BN.

Permohonan untuk mendaftarkan Pakatan Harapan dijangka akan dikemukakan pada minggu depan.

Pengakuan SPR ‘perangkap diri sendiri’

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) mungkin mengancam usaha persempadanannya yang berlangsung dengan pengakuan baru-baru ini, di mana ia melupuskan daftar pemilih 1994 dan 2003, kata ahli Parlimen DAP dan penganalisis pilihan raya hari ini.
Dr Ong Kian Ming berkata susulan pengakuan SPR yang menggunakan daftar pemilih yang rosak dan ia akan "kembali menghantui suruhanjaya" apabila mahkamah mendengar semakan kehakiman kerajaan Selangor untuk mencabar amalan persempadanan kawasan yang sedang dijalankan.
"Dengan mengakui ia memusnahkan rekod pengundi terdahulu, termasuk butiran yang mengandungi alamat pengundi ini, SPR mungkin membuka pintu bagi pelaksanaan persempadanannya yang berjalan untuk dipersoalkan atas dasar menggunakan daftar pemilih rosak untuk melakukannya," kata Ong yang merupakan ahli Parlimen Serdang, dalam satu kenyataan.
Selangor memfailkan semakan kehakiman terhadap pelaksanaan persempadanan semula kawasan pilihan raya, yang bermula tahun lepas, dan diberikan kebenaran oleh Mahkamah Tinggi pada Disember untuk meneruskannya.
Kerajaan negeri yang dipimpin pembangkang sedang berusaha mencabar berdasarkan empat alasan: SPR menggunakan daftar pemilih yang rosak; daftar pemilih terkini tidak digunakan; terdapat "malapportionment" dan "gerrymandering" dalam cadangan persempadanan, dan terdapat butiran tidak mencukupi dalam peruntukan yang dicadangkan untuk membuat representasi yang bermakna.
Maklumat mengenai 136,272 pengundi pada 1994 dan 2003 dimusnahkan oleh SPR, dan Ong berkata Selangor tidak mempersoalkan kemasukan undi ini, tetapi mahu lebih banyak maklumat mengenainya untuk menentukan sama ada proses pensempadanan dijalankan secara sah.
Permintaan untuk maklumat mengenai pemilih tanpa alamat yang betul diberikan Mahkamah Tinggi, tetapi kemudiannya diketepikan Mahkamah Rayuan pada Khamis. Selangor masih boleh merayu keputusan ini di Mahkamah Persekutuan.
Sekalipun negeri itu kalah dalam rayuan ini, Ong berkata Selangor akan terus melawan SPR dalam semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi mengenai persempadanan. Prosiding semakan kehakiman ditangguhkan sementara menunggu keputusan mahkamah rayuan atas permintaan maklumat mengenai 136,272 pengundi.

Campur tangan kerajaan cemar ketelusan badan kehakiman, kata Dr Mahathir

BADAN kehakiman perlu bersikap adil dan dilihat bebas daripada kuasa eksekutif, kata Dr Mahathir Mohamad di blognya hari ini.
Beliau berkata pelantikan itu tidak harus dipengaruhi kerajaan untuk memastikan kepercayaan orang ramai terhadap badan kehakiman.
Tetapi bekas perdana menteri itu berkata lanjutan perkhidmatan hakim di luar umur persaraan mereka baru-baru ini menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap badan kehakiman.
"Ia seolah-olah tiada calon lain. Ia mempunyai kesemua ciri pilih kasih, yang memihak kepada kerajaan.
"Apabila seorang hakim disukai secara khusus maka dia tidak boleh diterima sebagai tidak berat sebelah. Dan ketika perdana menteri sendiri dihadapkan dengan sejumlah kes di mahkamah, peranannya yang jelas dalam pelanjutan penggal perkhidmatan para hakim boleh dianggap sebagai gangguan dalam proses yang menyebelahinya."
Dr Mahathir berkata pelantikan itu memberi kesan yang badan kehakiman berada di bawah PM.
Bagaimanapun, beliau berkata tidak terlalu lewat untuk membatalkan pelanjutan dua hakim tersebut.

Pelajar racun kawan kerana tak tahan dibuli

Seorang pelajar sekolah menengah di Sri Aman dikejarkan ke hospital kerana muntah selepas makan mi yang mengandungi racun lipas.
Dev-Kumar_racuh_600
Seorang pelajar lelaki yang meletakkan racun di dalam mi goreng rakannya di Sri Aman, Sarawak mendakwa dia berbuat demikian kerana tidak tahan dibuli mangsa.
Datuk kepada pelajar berusia 13 tahun itu mendakwa, mangsa rakan sekelasnya itu juga sering meminta wang dan makanan daripada cucunya.
Dipetik BH Online, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, datuk pelajar yang menjadi suspek kes itu membuat laporan di Balai Polis Sri Aman 5 petang semalam, mendakwa tindakan cucunya itu adalah tindak balas terhadap perbuatan mangsa.
Katanya, polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan itu sama ada ia mempunyai kaitan dengan kejadian keracunan makanan yang dilakukan suspek.
Menurut laporan itu, seorang pelajar sekolah menengah di Sri Aman dikejarkan ke hospital kerana muntah selepas makan mi yang mengandungi racun lipas, kelmarin.
Kejadian kira-kira 9.30 pagi itu menyebabkan mangsa terpaksa menerima rawatan di Hospital Sri Aman.
Suspek yang juga rakan sekelasnya ditahan polis pada 2.30 pagi semalam susulan laporan polis yang diterima daripada bapa mangsa.
Kes disiasat mengikut Seksyen 328 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan racun dan suspek sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

Kes FIC: Pegawai pengurusan kanan dua syarikat direman 6 hari

Kenyataan Isa Semasa Menjadi Pengerusi Felda
Dua pegawai pengurusan kanan syarikat berasingan direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pembelian sebuah hotel empat bintang di Kingston, London oleh Felda Investment Corporation (FIC).
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan lelaki itu direman selepas mendengar permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Kedua-dua lelaki berumur 36 dan 45 tahun yang merupakan ketua unit harta sebuah syarikat perkhidmatan pos dan pengarah sebuah syarikat perundingan aset disyaki terbabit dalam penilaian harta dan harga bagi pembelian hotel berkenaan.
Mereka ditahan di ibu pejabat SPRM di sini kira-kira 1 tengah hari semalam selepas hadir memberi keterangan mengenai pembelian hartanah itu di antara 2013 dan 2015.
Terdahulu, kedua-dua lelaki terbabit yang memakai pakaian lokap berwarna jingga tiba di perkarangan mahkmah pada 9.40 pagi dengan diiringi pegawai SPRM.

Dakwaan dua kerakyatan Jho Low, JPN tunggu jawapan Wisma Putra

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang menunggu jawapan daripada Wisma Putra berhubung dakwaan bahawa hartawan kelahiran Pulau Pinang, Low Taek Jho memiliki dua kerakyatan - Malaysia serta St Kitts dan Nevis.
Ketua Pengarah JPN, Datuk Mohd Yazid Ramli berkata jabatannya telah menulis kepada Kementerian Luar untuk mendapatkan maklumat yang relevan dari negara kepulauan Caribbean itu.
"Kami hantar surat kepada Wisma Putra untuk dapatkan maklumat, setakat ini tak ada jawapan," katanya kepada Malaysiakini.
"Kalau dia (Low) ada dua kewarganegaraan, kita kena dapatkan bukti, sama ada (salinan) pasportnya atau surat dari pihak berkuasa di sana (St Kitts dan Nevis)," katanya.
Low, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, sekali lagi mendapat perhatian selepas saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman AS (DOJ) pada 15 Jun, mendedahkan bahawa dia memiliki pasport Malaysia serta St Kitts dan Nevis.
St Kitts dan Nevis mempunyai program kontroversi "Kewarganegaraan dengan Pelaburan" yang membolehkan warga asing mendapat kerakyatan sebagai pertukaran dengan pelaburan hartanah sekurang-kurangnya AS$400,000, atau sumbangan sekurang-kurangnya AS$250,000 kepada dana kepelbagaian industri gula negara itu.
Tahun lepas, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Parlimen bahawa Low masih memegang pasport Malaysia yang sah.
Mengulas lanjut, Yazid berkata ia merupakan prosedur standard kerajaan bahawa apa-apa perhubungan dengan negara lain mesti melalui Wisma Putra,
Katanya sebaik sahaja Wisma Putra mendapat bukti bahawa seseorang itu memegang dua kerakyatan, perkara itu akan dirujuk kepada kerajaan, khususnya Kementerian Dalam Negeri, untuk membuat keputusan.
Perkara 24 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa kerajaan boleh memerintahkan supaya seseorang dilucutkan kewarganegaraan Malaysia jika dia juga warganegara negara lain.

HISHAM FAUZI (EX-LAWYER PAS): AMANAH PARTI TOLAK HUDUD,MURTAD & DITAJA DAP????

Tolak 'gila talak' - Zahid

Yb azan ismail: Bongkar salah guna wang kerajaan terengganu

Anthony Loke: Merungkai misteri tuduhan ROS dan arahan pemilihan semula DAP.

Mat Sabu: 4 parti besar bergabung menjadi Harapan kepada rakyat

Dibadai krisis kewangan, Anak desak Felda isytihar kos karnival

Watak animasi tempatan Upin Ipin juga dijadikan tarikan karnival Felda selama tiha hari sehingga Ahad ini
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendesak pihak Felda mengisytiharkan kos keseluruhan program tiga hari yang dianjurkan di Putrajaya bermula semalam.
Presidennya, Mazlan Aliman (gambar kanan) berkata, Karnival Ekspresi Felda Negaraku Malaysia yang merupakan rutin tahunan itu bagaimanapun menimbulkan persoalan pada tahun ini memandangkan krisis kewangan yang membadai Felda sekarang.
Mazlan Aliman ANAK"Isunya di kala krisis kewangan melanda Felda, mengapa mesti dibuat smpai tiga hari? Anak mendesak Felda isytihar berapa kos keseluruhan sambutan ini, dan menggunakan peruntukan mana?" tegasnya.
Beliau juga dimaklumkan setiap kawasan Felda diperuntukkan bas untuk membawa peneroka dan anak mereka ke pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan itu.
"Berapa kos keseluruhan termasuk makan minum mereka?" soalnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Karnival sempena sambutan Hari Peneroka Kebangsaan itu mengadakan pelbagai aktiviti seperti jualan murah, pameran serta jualan produk industri kecil dan sederhana.
Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad dilapor berkata, lebih 50,000 pengunjung dijangka hadir ke karnival bertemakan #KamiGenerasiFelda, #KamiSayangFelda dan #FeldaSayangKami itu.
Mengulas lanjut, Mazlan turut difahamkan Perdana Menteri akan membuat pengumuman 'durian runtuh' kepada peneroka pada hari terakhir karnival tersebut.
"Adakah benar jumlahnya RM5,000 setiap peneroka? Adakah ini semua pesta besar-besaran untuk menarik sokongan pengundi Felda demi memastikan BN kekal di kerusi Felda?" tambahnya lagi.
Dalam hal berkaitan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini dilapor akan membuka satu kertas siasatan baharu terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

HARAPAN sedang muktamad perlembagaan, rancang daftar minggu depan

Pakatan Harapan masih belum mengemukakan permohonan pendaftarannya kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana ia sedang memuktamadkan perlembagaan gabungan itu.
"Draf terakhir Perlembagaan Harapan akan siap minggu depan. Kita akan hantar permohonan pendaftaran tidak lama lagi (selepas itu)," kata naib presiden PKR, Tian Chua ketika dihubungi Malaysiakini.
Para pemimpin HARAPAN berkata mereka menjangkakan untuk mendaftar gabungan itu apabila perlembagaannya siap.
"Minggu depan, kami akan maklumkan bila sebenarnya," kata Setiausaha penganjur kebangsaan DAP Anthony Loke kepada Malaysiakini.
Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Syed Saddiq Abdul Rahman juga berkata matlamatnya adalah untuk menghantar permohonan pendaftaran itu minggu depan tetapi ia tertakluk kepada keputusan majlis presiden HARAPAN.
Barisan kepimpinan, logo dan perlembagaan HARAPAN telah menjadi tiga halangan utama dalam usaha gabungan itu untuk mendaftar dan bertanding di bawah satu simbol dalam pilihan raya umum yang akan datang.
Gabungan itu mengumumkan barisan kepimpinan dan logonya pada 14 Julai dan ini bermaka tinggal satu halangan untuk diselesaikan sebelum ia mengemukakan permohonan pendaftarannya kepada ROS.
Bagaimanapun, yang menjadi perhatian ialah sama ada ROS akan meluluskan permohonan gabungan itu, untuk bertanding menggunakan satu logo dalam pilihan raya umum.
Jika tidak, parti-parti komponennya perlu menghadapi pilihan raya umum yang akan datang di bawah logo parti masing-masing, yang dilihat akan memberi kelebihan kepada BN.

Jamal keterlaluan, anak muda diseru tolak Umno

Jamal Wan Azizah MRT2
Pemuda Amanah Selangor menyeru golongan muda menolak individu melampaui batas seperti Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos yang membawa replika Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah ketika menaiki sistem Transit Aliran Massa (MRT) semalam.
Abbas AzmiKetuanya, Abbas Azmi berkata, tindakan pemimpin gerakan Baju Merah menentang himpunan Bersih itu sebagai tidak berakhlak dan amat keterlaluan daripada segi budaya orang Melayu.
"Lihatlah sendiri betapa tiada akhlaknya Jamal dengan tindakannya itu. Kita wajib menolak mereka yang ekstrem sebegini demi Malaysia yang lebih baik," tegasnya.
Menurutnya, aksi Jamal yang menaiki tren MRT dari Stadium Kajang itu hanya terus mengaibkan Umno dan masyarakat Melayu.
"Sebagai seorang yang mengaku beragama Islam dan berbangsa Melayu, perbuatan Jamal ini amat memalukan diri sendiri dan juga Umno khususnya," ujarnya.
Replika dibawa Pengerusi BN Sungai Besar itu memuatkan ungkapan yang dilihat menyindir pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh itu sebagai melampaui batas.
Mengulas lanjut, Abbas berkata, perbuatan seolah-olah mahu mengaibkan Wan Azizah dan keluarga Ketua Pembangkang itu sudah lama dilakukan.
"Apa yang Jamal mahu sampaikan? Bukan begitu cara berpolitik bagi mereka yang matang dan waras," tegasnya dalam satu kenyataan.
Jamal dengan diiringi beberapa pengikutnya membawa replika Wan Azizah yang merupaka Adun Kajang itu menaiki tren MRT dari stesen Stadium Kajang.
Sepanduk berupa 'cutout' Dr Wan Azizah disertakan tulisan berikut: Tq PM kerana menyediakan perkhidmatan MRT dari Kajang ke Sungai Buloh. Mudah la Kak Wan menziarahi suami Kak Wan di Sungai Buloh.

Membiarkan Jamal terus menjadi badut...

Oleh SITI AISHAH SHAIK ISMAIL
Srikandi PKR hari ini mengutuk perbuatan dangkal Datuk Seri Jamal Md Yunos seperti yang tersebar.Jamal yang terkenal dengan perilaku-perilaku jijik tanpa segan silu terus membuktikan beliau adalah pemimpin Umno yang tidak pernah matang dalam arena politik negara

Menjadikan presiden PKR sebagai sasaran terbarunya dengan memberikan sindiran yang bagi saya biadab perlu dihentikan.
Jamal ialah lambang ketandusan pimpinan yang berwibawa dan berprinsip dalam Umno.
Ini juga membuktikan dalam Umno politik matang bukanlah keutamaan sehinggakan Umno langsung tidak melihat perilaku Jamal ini sebagai perkara yang perlu diperbetulkan.
Membiarkan Jamal terus menjadi badut Umno dengan tindakan-tindakan yang jijik ini harus menjadi isyarat jelas kepada rakyat bahawa pemimpin sebegini yang ada dalam Umno wajib ditolak agar ia tidak menjadi contoh buat golongan muda.

Najib pertimbang adakan pilihan raya lebih awal


Najib pertimbang adakan pilihan raya lebih awal
Pertimbangan untuk mengadakan pilihan raya lebih awal berdasarkan kedudukan terkini Perdana Menteri Najib Razak dalam Umno yang sangat kukuh dan kekuatan pembangkang tidak setanding seperti semasa 2013.
MERAMALKAN tarikh pilihan raya bukan tugas mudah namun terdapat petunjuk yang Perdana Menteri Najib Razak sekali lagi memikirkan untuk mendapatkan mandat baru tahun ini.
Beliau mengadakan pertemuan dengan pihak berkepentingan, memuji, memperkatakan mengenai rekod baik dalam menguruskan ekonomi dan memperlihatkan dirinya sebagai seorang yang sepenuhnya berkuasa di Umno.
Mesej disampaikan kepada broker Umno tidak dapat disangkal lagi: Najib adalah taruhan terbaik mereka untuk mengalahkan Dr Mahathir Mohamad dan sekutu terbaru beliau.
Dan apabila diperlukan, PM dan penasihatnya menggunakan pendekatan, menegaskan kepada penjawat awam yang jaminan pekerjaan dan kebajikan mereka mempunyai kaitan terus dengan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Najib turut digalakkan untuk mempertimbangkan pilihan raya diadakan pada hujung tahun ini dengan keputusan syarikat petroleum nasional Petronas untuk membayar dividen tahunan kepada kerajaan awal daripada jangkaan. The Malaysian Insight difahamkan, keputusan mengenai perkara ini dibincangkan Petronas dengan PM baru-baru ini.
Petronas berjanji menyumbangkan sekurang-kurangnya RM13 bilion tahun ini, penurunan daripada RM16 bilion tahun lalu walaupun harga minyak sepatutnya meningkatkan bayaran dividen tahun ini.
Sumber dalaman Umno juga percaya kerajaan perlu membuat satu atau dua kali bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebelum pilihan raya untuk memenangi hati penyokong tradisi BN – golongan miskin bandar dan penjawat awam – yang terjejas teruk dengan kenaikan kos sara hidup.
Menurut sumber, dividen awal Petronas itu akan membolehkan pentadbiran dengan pendapatan terhad membuat pemberian wang tunai.
Turut dijangka berlaku adalah lawatan delegasi peringkat tertinggi dari China untuk menyaksikan pelancaran Link Pantai Timur (ECRL) pada September.
ECRL adalah salah satu projek infrastruktur utama yang melibatkan China dan merupakan sebahagian besar daripada naratif Najib yang walaupun semua liputan negatif berkisar 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dakwaan penglibatannya, beliau masih dapat menarik pelaburan berharga ke Malaysia.

Dana disalahguna 1MDB dikembalikan jika Pakatan menang

Aset hasil pembelian menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang berada dalam simpanan mana-mana pihak bakal dirampas sekiranya Pakatan menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
Timbalan Presiden KEADILAN , Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kesemua aset terbabit termasuk berlian RM117 juta bakal dilelong serta hasil lelongan itu dikembalikan kepada rakyat.
“Pakatan Harapan berikrar kalau kita menang, kita akan ambil cincin itu, jual dan wangnya akan kita serah kepada rakyat,” katanya pada Program Jelajah Aidilfitri ke Perak di Jambatan Kota Lama Kanan di sini, semalam.
Katanya, beliau mahu Isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor mencontohi model Australia, Miranda Kerr yang memulangkan barangan kemas apabila mengetahui aset itu dibeli ahli perniagaan Jho Low menggunakan dana 1MDB.

TUN M DIPILIH KERANA PENGARUH DAN KEYAKINAN, PAKATAN HARAPAN DI LANDASAN BETUL MENUJU KEMENANGAN


Dilihat daripada cara pemimpin UMNO menyerang Tun Mahathir Mohamad dan dalam masa yang sama terus mempropagandakan bahawa DAP yang sebenarnya paling berkuasa dalam Pakatan Harapan berikutan memiliki lebih kerusi Parlimen, ia tidak lain memberi gambaran mereka sedang terancam dan kelemasan.
Jika dulu mereka mempersoalkan kenapa DAP tidak menerajui Pakatan Harapan serta seolah-olah bersimpati kerana tiada pemimpin DAP disenaraikan dalam tiga kedudukan teratas gabungan pembangkang itu, kini mereka sendiri yang menjaja cerita bahawa Tun Mahathir hanyalah boneka semata-mata.
Bolehkah dipercayai Tun Mahathir sedia menjadi boneka kepada sesiapa?
Adakah mereka fikir Tun Mahathir sama seperti Najib yang mudah diperkuda dan dikuasai oleh Jho Low?
Tambah mereka, oleh kerana DAP memiliki 37 kerusi Parlimen berbanding Bersatu hanya satu, sebenarnya parti itulah yang paling berkuasa, menentukan haluan dan pembuat keputusan dalam Pakatan Harapan.
Dengan terus menjadikan DAP sebagai belasahan untuk menyerang Tun Mahathir, ia dengan sendirinya mengesahkan UMNO dalam keadaan kebimbangan dengan penguasaan mereka terhadap kerajaan yang bakal hilang.
Hakikatnya, mereka tahu bahawa struktur kepimpinan Pakatan Harapan dengan Tun Mahathir menjadi pengerusinya,  ia adalah ancaman sebenar kepada hayat politik Najib, UMNO dan BN.
Tun Mahathir dengan kedudukan tersebut kini berada dalam keadaan cukup selesa untuk mencetuskan bukan saja tsunami Melayu, bahkan juga tsunami rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
Siapakah lagi yang paling dipercayai untuk memulihkan negara, menstabilkan ekonomi dan memberi harapan baru kepada rakyat melainkan sosok Tun Mahathir yang terpacak banyak mercu tanda sepanjang 22 tahun pemerintahannya untuk dikenang dan diingati oleh seluruh rakyat Malaysia?
Apakah Najib yang terpalit dengan skandal 1MDB, memperkenalkan GST, menarik subsidi dan dan membuatkan rakyat terbanyak sakit hati, mampu menandingi rekod cemerlangnya?
Adakah Najib yang dibantu oleh Zahid Hamidi mampu menahan arus perubahan di sebaliknya sudah berbaiknya Tun Mahathir dengan Anwar Ibrahim dan masing-masing sedia melupakan cerita silam demi memulihkan negara yang hampir rosak binasa?
Semua persoalan ini ada jawapannya di sebalik semua serangan yang ditujukan oleh UMNO kepada Tun Mahathir dan kebergantungan mereka untuk terus mengaitkannya dengan DAP yang kononnya menguasai Pakatan Harapan.
Dalam hal ini, mereka sebenarnya lupa bahawa Pakatan Harapan tidak sama seperti BN. Dalam BN, semua jawatan utamanya dimonopoli oleh pemimpin UMNO. Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha Agung, Bendahari Agung, Ketua Pemuda, Ketua Wanita, Ketua Puteri dan beberapa jawatan lagi,  semuanya diisi oleh pemimpin UMNO.
Ia tiada kestabilan dan tiada hak sama rata, meskipun hakikatnya tanpa sokongan kerusi di Sabah dan Sarawak, BN sudah pun lama berlayar malam kuasa digenggaman.
Ia berbeza dalam Pakatan Harapan. Semua parti ada hak dan kedudukan seimbang serta sama rata. Pemilihan dan pembahagian jawatan tidak disandarkan kepada berapa jumlah kerusi Parlimen yang dimiliki, tetapi bersandarkan keyakinan, keperluan dan pengaruh untuk mencetuskan perubahan.

'Puad ajak Mahathir berdebat, tak perlu cabar Najib'

Nurul izzah: Isu Pendaftaran Pengundi