Jumaat, 21 Julai 2017

'Sekolah Tak Ada Duit Nak Beli Kertas?'


PUTRAJAYA - Seorang wanita meluahkan rasa kecewanya terhadap sekolah anaknya, berikutan anaknya terpaksa membeli kertas A4 untuk disedekahkan kepada pihak sekolah.
"Saya bawa anak ke Tesco, depa beli A4 paper seorang satu rim. Saya tanya nak buat apa seorang satu rim? Depa jawab nak sedekah dekat sekolah untuk peperiksaan. Setiap student kena sedekah kat sekolah, satu rim.
"Sekolah tak ada duit nak beli kertas. Teruk betul kewangan kerajaan. Lagu ni punya keadaan pi sekolah belajar sudah la. Takyah ada peperiksaan. Ekonomi negara dah teruk, minta pihak bertanggungjawab prihatin terhadap masalah kewangan negara. Jangan syok dok perabih duit rakyat untuk kepentingan diri sendiri. Apa nak jadi ni?" luah Sharifah Mohd Jahaya.
Susulan viralnya status tersebut, beliau banyak menerima reaksi positif dan tidak kurangnya negatif.
"Mungkin ada yang kata saya berkira dan tidak mahu berkorban untuk pendidikan anak, mungkin saya tak hadir mesyuarat PIBG. Saya ada office sendiri yang memang guna banyak kertas. Saya beli kertas untuk office dalam kuantiti banyak. Kertas habis, kerja tak jalan. Jadi, kertas merupakan benda paling penting. Apabila ianya penting, maka duit mesti diallocate untuk kertas terlebih dahulu berbanding untuk perkara lain. Tanpa kertas, kerja tak jalan. Apabila kerja tak jalan, pendapatan slow, duit tak masuk.
"Saya boleh sedekah 100 rim kepada pihak sekolah tetapi isu yang saya nak timbulkan di sini bukan isu sedekah. Isunya, kenapa sehingga ke tahap macam ini berlaku di sekolah? Di mana wang peruntukan untuk sekolah? Kertas benda asa, peralatan sukan bukan benda asas. Aktiviti ko-kurikulum bukan asas. Bajet untuk benda asas pun tak ada. Apa sudah jadi?" soalnya.

Siswa makan nasi berlauk kosong runtun simpati Permaisuri Johor..tapi pemimpin negara terus bermewah dengan harta rakyat..!!!



Permaisuri Johor Raja Zarith SofiahPendedahan seorang pengusaha kedai makan berhubung pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang makan nasi dengan kuah kosong meruntun simpati Permaisuri Johor sehingga mendorong baginda menyarankan sistem yang sama diamalkan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi membantu pelajar kurang mampu dilaksanakan di universiti tersebut.
Sehubungan itu, Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan dalam suratnya kepada Tuanku Permaisuri Raja Zarith Sofiah menjunjung kasih dan mengucapkan tahniah kepada baginda kerana prihatin dengan nasib para pelajar terbabit.
"Patik ingin menyampaikan jutaan terima kasih dan tahniah di atas keprihatinan Tuanku melalui facebook milik Tuanku yang telah mencadangkan supaya kaedah yang sama seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM) perlu wujud di UTHM bagi mengatasi keperitan hidup para mahasiswa/i.
Raja Zarith Sofiah ialah Canselor UTM.
"Sebelum dari itu tiada pihak yang memberi reaksi terhadap rencana yang dikeluarkan, sehinggalah mendapat maklumbalas dari Kebawah DYMM Tuanku.
"Semoga keperihatinan Kebawah DYMM Tuanku Permaisuri akan menjadi sumber inspirasi kepada patik dan seluruh rakyat Bangsa Johor untuk berganding bahu tolong menolong antara rakyat serta berusaha bersama memajukan Negeri Johor Darul Takzim," ujarnya.
Surat tersebut diserahkan Aminolhuda ke pejabat Jabatan DiRaja Johor semalam.
Aminolhuda Suhaizan dan Jaafar setelah menyembahkan surat ucapan junjung kasih ke pejabat Jabatan DiRaja Johor.
Mengulas lanjut, Aminolhuda berkata surat itu sebagai tanda menjunjung kasih Amanah negeri terhadap Pemaisuri Johor yang turut sama memberikan maklum balas positif berhubung masalah rakyat.
Menurut Aminolhuda, keprihatinan Pemaisuri Johor terhadap keperitan hidup mahasiswa UTHM patut dicontohi semua lapisan masyarakat termasuk para pemimpin demi kesejahteraaan hidup rakyat.
Hadir sama mengiringi Aminolhuda ialah Naib Pengerusi Amanah Johor Suhaizan Kaiat dan Speaker Amanah Johor, Onn Jaafar.
Keperitan hidup sebahagian siswa UTHM itu didedahkan Amanah Johor melalui program 'Jelajah Live Bongkar'.
Pengusaha kedai makan yang diwawancara mengakui 8 daripada 10 pelajar UTHM hanya makan nasi berlauk kosong dengan harga RM1.50 untuk mengalas perut ekoran masalah kewangan.
Kebanyakan pelajar terbabit datang daripada keluarga berpendapatan rendah.

SEMUANYA BERTARAF DUNIA...!!!

"Bersyukurlah jadi Melayu, bangsa dunia yang hebat," -Salleh Said Keruak Beruk (21/7/2017).

Bila Najib bersuara.. semuanya tak pernah menipu.

 

Kesan besar gandingan Mahathir-Anwar pada BN, kata pengerusi DAP Johor

Pengerusi DAP Johor berkata kedua-dua tokoh itu mempunyai penyokong tegar masing-masing.
chin-tong Gandingan 2 pemimpin yang satu masa dulu memimpin Malaysia di “era kegemilangan” dulu untuk mencabar Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang bakal memacu kebangkitan semula pembangkang, kata pengerusi DAP Johor.
Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong, yang juga mengetuai biro pendidikan DAP, berkata Tun Dr Mahathir Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu mengisi kekosongan pimpinan Melayu berkaliber di saat pengundi Melayu tidak senang dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
“Setengah abad lalu, masing-masing mempunyai pengikut yang taat dari seluruh pelusuk negara. Malah ada pengikut mereka yang sanggup mengorbankan diri tatkala berlakunya pergolakan politik antara mereka sehingga Anwar dipenjarakan.
“Tiada pemimpin Melayu lain memiliki pengaruh sebegitu besar seperti Mahathir dan Anwar,” katanya dalam penulisannya hari ini.
Menurutnya, ahli politik lain tidak menikmati kesetiaan penyokong yang mendalam seperti Dr Mahathir dan Anwar.
Menurutnya, rakyat akan merasai perubahan kerajaan yang akan diterajui kedua tokoh itu seperti mana “era kegemilangan kerajaan 1990-an”, sebelum berlaku apa yang dipanggilnya “tragedi Mahathir-Anwar” pada 1997.
Anwar merupakan menteri kewangan dan timbalan perdana menteri di bawah Dr Mahathir, sebelum dipecat pada September 1998, disusuli dengan penangkapannya di bawah ISA dan pendakwaan atas tuduhan salah laku kuasa dan seks.
Anwar merupakan seorang pemimpin pelajar pada 1970-an, dan selepas Dr Mahathir mengambil alih kerajaan, Anwar dilantik ke dalam Kabinet.
“Anwar dilihat sebagai anak politik Dr Mahathir selepas penyertaannya dalam Umno pada 1982 sehingga pemecatannya pada 2 September 1998,” kata Liew.

Skandal 1MDB: Puad tawar diri ganti Najib berdepan Dr M

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Puad Zarkashi menawarkan diri menggantikan presidennya Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Puad berkata beliau sedia berdepan bekas perdana menteri keempat itu jika Mahathir serius untuk “mencari kebenaran” dalam isu 1MDB.

“Saya menawarkan diri untuk berdebat dengan beliau dalam Nothing to Hide 2.0 yang mereka nak anjurkan,” katanya yang juga ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
“Jadi tak perlulah dia mencabar Datuk Seri Najib untuk berdebat dalam forum Nothing to hide 2.0 mengenai isu 1MDB ini.”
Berdasarkan video yang dimuat naik sebuah portal, Puad percaya beliau setanding dengan Mahathir yang dilantik sebagai pengerusi Pakatan Harapan.
Dakwanya, jawatan Mahathir sebenarnya tidak mempunyai sebarang kuasa.
“Oleh itu tidak ada sebab untuk (dia) tidak debat dengan saya sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno,” katanya.
Mengulas lanjut, Puad bagaimanapun berkata Mahathir sebenarnya tidak serius untuk “berdebat secara ilmiah, secara bersopan” dan didakwa hanya mahu memalukan Najib.
“Mereka datang nak buat kecoh seperti Datuk Seri Najib dimalukan di khalayak ramai.

“Ini terbukti dalam townhall (dialog terbuka) 1.0 di PWTC, walaupun beliau tak dijemput,” katanya.
Mahathir dalam acara Nothing to Hide yang pertama membuat kejutan dengan benar-benar hadir dalam acara dialog perdana menteri dan NGO itu.
Beliau malah berucap dalam acara itu mengkritik Najib, tetapi kemudian diberhentikan dan diiring untuk beredar oleh pihak polis.
Najib tidak hadir atas alasan keselamatan, menurut pasukan keselamatan.

Skandal 1MDB belum reda, hantu Scorpene dan Altantuya muncul pula

Kapal selam Scorpene dibeli lima belas tahun lalu, pada tahun 2002 daripada sekumpulan peniaga Perancis.
Dua eksekutif Perancis baru beberapa hari lalu telah didakwa di mahkamah kota Paris, berkait korupsi dalam penjualan kapal selam kepada negara. Mereka adalah Pihllippe Japiot, bekas pengerusi DCNI dan Jean-Paul Perrier, bekas ketua eksekutif syarikat gergasi elektronik dan pertahanan Perancis, Thales.
Japiot dilaporkan telah didakwa ekoran ‘salahguna aset sosial’ manakala yang lagi satu didakwa bersubahat.
Ada dua lagi sedang disiasat di Perancis berkait kes yang sama. Dominique Castellan, bekas presiden DCNI dan Bernard Baiocco, bekas presiden Thales International Asia.
Kesemuanya terlibat dalam skandal penjualan dua buah kapal selam Scorpene bernilai US$1.1 bilion kepada negara, sewaktu Najib Razak menjadi Menteri Pertahanan.
Ketika khabar mengenai kes kapal selam ini timbul semula, rata-rata media sosial hanya menyebut satu nama; Altantuya Shaariibuu.
Altantuya berfungsi sebagai jurubahasa dalam urusniaga kapal selam antara kerajaan dan peniaga-peniaga Perancis ini. Altantuya mati dibunuh dan jasadnya diletupkan dengan peledak C-4 oleh dua anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri. Motif pembunuhan tidak diberitahu kepada mahkamah.
Khabar angin yang masih belum reda, mengaitkan Altantuyaa dengan Putrajaya. Rohnya tenggelam timbul bersama kapal selam penuh skandal. Seolah-olah skandal mega kleptokrasi global kecurian dana 1MDB tidak cukup untuk membuat Perdana Menteri tidak lena tidur, kes ini pula muncul kembali.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam reaksinya terhadap perkembangan terbaru dari Paris ini menyenaraikan beberapa soalan yang mesti dijawab oleh Datuk Seri Najib Razak, sebagai mantan Menteri Pertahanan yang terlibat dalam jual beli kapal selam tersebut 15 tahun lalu.
Paling menarik dalam senarai soalannya ialah tentang kesediaan Perdana Menteri itu untuk disiasat berikutan skandal tersebut.
“Adakah Najib bersedia untuk membentangkan kepada Parlimen Isnin hadapan ketika Dewan Rakyat kembali bersidang tentang dakwaan rasuah antarabangsa berkait skandal penjualan kapal selam kepada negara?” soal Kit Siang dalam kenyataan medianya.

Kisah fiksyen ROS buat DAP bawa rombongan sampai ke pejabat

PUTRAJAYA, 21 JULAI: Segala ‘misteri’ yang menyelubungi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) sepatutnya sudah terjawab dengan penyerahan surat penjelasan rasmi ke pejabat itu pagi tadi.
Penyerahan surat itu dibuat bagi merungkai segala dakwaan ‘fiksyen’ yang digunapakai ROS dalam notis yang dikemukanan kepada DAP 17 Julai lalu melibatkan keputusan pemilihan semula CEC pada 2013.
Surat yang ditujukan kepada Ketua Pengarah ROS, Dato’ Mohammad Razin bin Abdullah diserahkan oleh Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP (2008-2012), Teresa Kok bersama Setiausaha Organisasi Kebangsaan terkini, Anthony Loke dan pimpinan DAP lain sekitar jam 10.15 pagi.
Rombongan DAP yang berada di kaunter ROS Aras 2 menunggu kira-kira 10 minit sebelum diminta turun bagi menyerahkan surat berkenaan kepada Penolong Pengarah Bahagian Pematuhan, Mohamad Nawawi Bin Mat.
Surat tersebut menjawab dakwaan ROS sebelum ini yang dipercayai bertindak berdasarkan laporan yang telah disahkan Mahkamah sebagai palsu sebagaimana ditimbulkan oleh watak rekaan, Father Augustus Chen di dalam “Laporan Equiti: Penipuan Pemilihan CEC”.
Dalam kes tersebut, Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang menang dalam kes saman fitnah terhadap penerbit Utusan Malaysia ekoran laporan ‘Father Agustus Chen’ dan dianugerahkan gantirugi sebanyak RM25,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2014.
Berdasarkan rekod DAP pada 15 Disember 2012, hanya terdapat 751 cawangan yang berhak menghantar wakil ke Kongres Kebangsaan DAP bagi pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) dan notis telah dihantar kepada cawangan berkenaan untuk hadir ke pemilihan.

Masa depan negara lebih penting, kata Kit Siang


Masa depan negara lebih penting, kata Kit Siang
Lim Ki Siang berkata Malaysia kini berada pada saat genting di mana masa depannya terlalu penting bagi rakyat berbanding terus melihat perkara lalu. 
KETIKA Dr Mahathir Mohamad menerajui pimpinan Pakatan Harapan (PH), ahli politik yang pernah menjadi musuhnya, Lim Kit Siang berkata masa depan terlalu penting untuk terus mengenang masa lalu.
Ditanya mengenai keraguan orang ramai terhadap tindakan kontroversi Dr Mahathir selama 22 tahun sebagai perdana menteri, Lim yang merupakan pemimpin pembangkang Parlimen DAP, berkata Malaysia kini berada pada titik di mana masa depannya terlalu penting bagi rakyat berbanding terus melihat masa lalu.
"Dr Mahathir tidak dilahirkan semalam. Beliau menjadi perdana menteri selama 22 tahun, dan sebelum itu, mempunyai sejarah turun naik. Beliau adalah personaliti kontroversi tetapi seorang pemimpin yang kuat.
"Apa jua keadaan dan persoalan yang kami hadapi pada masa lalu, saya fikir persoalan lebih penting sekarang adalah masa depan," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat DAP Pulau Pinang hari ini.
Beliau juga menyentuh kedatangan orang ramai yang berjumlah kira-kira 5,000 orang, yang hadir untuk melihat Dr Mahathir di rumah terbuka Hari Raya Bersatu di Pulau Pinang, malam tadi.
Beliau berkata sambutan hangat terhadap pengerusi Bersatu itu adalah bukti beliau mendapat sokongan orang ramai.
Lim ditahan semasa Ops Lalang pada 1987 di bawah pemerintahan Dr Mahathir dan sekatan media serta penahanan lebih 100 ahli politik, aktivis dan intelektual pembangkang.
Zaman pemerintahan Dr Mahathir, yang terkenal dengan pertumbuhan perindustrian yang kukuh dan pemodenan Malaysia, juga ditandakan dengan usaha menyelamatkan beberapa projek mega, tuduhan kronisme, skandal dan penindasan kebebasan awam.
Lim berkata beliau percaya rakyat – di kawasan bandar dan luar bandar di seluruh Malaysia – menyedari ia adalah masa untuk "kebangkitan" di negara ini.

TSUNAMI MELAYU, WUJUD ATAU TIDAK?


APABILA Liew Chin Tong meramalkan pada 2015 yang tsunami Melayu akan berlaku pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, tidak ramai memandang serius cetusan idea tersebut.
Tsunami politik Melayu yang dimaksudkan pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan itu adalah peralihan undi orang Melayu kepada pembangkang kerana marah dan tidak tahan lagi dengan tekanan ekonomi serta sosial akibat kelemahan pentadbiran Najib Razak.
Bukan setakat tidak ambil peduli, malah ada yang mentertawakan ramalan tersebut. Pada 2015, ia dianggap tidak masuk akal kerana gabungan pembangkang pada masa itu Pakatan Rakyat (PR) baru sahaja berpecah selepas DAP dan PAS enggan bekerjasama lagi.
Mungkin mereka yang menolak idea itu tidak cuba memahami apa yang disampaikan ahli Parlimen Kluang tersebut. Dalam tulisannya bertajuk Domino Semenanjung pada Julai 2015, Chin Tong meletakkan asas peralihan undi Melayu di kawasan yang dikuasai Umno.
Beliau berhujah: “(Pada PRU13) Umno memenangi 88 kerusi di peringkat nasional, termasuk 14 kerusi dari Sabah dan satu dari Labuan, manakala 73 kerusi selebihnya datang dari Semenanjung Malaysia. Daripada 73 kerusi di Semenanjung, Umno dijangka menang sekurang-kurangnya 30 kerusi di kawasan kampung, yang sememangnya disediakan untuk Umno dengan campuran undi Felda, undi pos, dan kerahan jentera kerajaan.
“Daripada 39 kerusi marginal yang dimenangi Barisan Nasional (BN) dengan majoriti kurang daripada 10% dalam PRU yang lalu, 32 kerusi itu dimiliki Umno. Inilah gelanggang pertaruhan untuk PRU akan datang.”
Namun, memang tidak mudah untuk menerima hujahnya pada 2015. Apa tidaknya, tahun tersebut merupakan medan ujian getir untuk pembangkang.
Pada Februari, Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia menyebabkan PR kehilangan tokoh PAS yang mampu mengukuhkan perpaduan antara parti komponen.
Pada April, Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh selepas petisennya ditolak bersabit kes liwat sebelum itu.  Pada Jun, Abdul Hadi Awang dan kumpulan ulama konservatif menguasai PAS dalam pemilihan parti. Muktamar PAS tersebut juga menerima usul Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP.
Pada September, Mohamad Sabu dan rakan-rakan yang tewas dalam pemilihan PAS menubuhkan Amanah. Kemudian ia bergabung dengan DAP dan PKR untuk membentuk gabungan baru pembangkang Pakatan Harapan (PH). Namun, ramai kurang yakin dengan gabungan itu kerana masih percaya undi Melayu berada di tangan PAS.
Sebelum 2015 berakhir, Najib selaku presiden Umno – sewaktu perhimpunan agung Umno pada Disember – mengajak PAS bersamanya bagi memperjuangkan Islam dan memperkukuhkan perpaduan Melayu.
Walaupun suasana muram untuk pembangkang berterusan pada 2016, ia turut mencatatkan beberapa peristiwa tidak dijangka. Umno memecat timbalan presidennya Muhyddin Yassin dan bekas menteri besar Kedah Mukhriz Mahathir manakala naib presiden Shafie Apdal pula digantung jawatan, dan kemudian keluar parti.
Yang terlebih dahulu keluar parti adalah Dr Mahathir Mohamad. Bukan setakat itu, beliau merupakan orang paling awal duduk sepentas bersama pimpinan PH untuk melancarkan kempen Deklarasi Rakyat yang menuntut perletakan jawatan Najib. Di pihak yang satu lagi, PAS dan Umno semakin intim.

Keinginan kepada perubahan menyatukan PH, kata Nurul Izzah

Keinginan kepada perubahan menyatukan PH, kata Nurul Izzah
Nurul Izzah berkata Dr Mahathir bekerja keras meyakinkan rakyat untuk menggulingkan Barisan Nasional. 
PEMBANGKANG perlu menjadi inklusif dalam usahanya untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN), kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sambil menambah pelantikan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sebagai salah seorang pemimpin utama membantu menyampaikan mesej mereka.
Beliau berkata, benteng kepada sebarang kemungkinan terjejasnya agenda Pakatan Harapan (PH) ialah pembaharuan ikrar yang menyatukan pengerusi, ketua umum dan keseluruhan struktur gabungan itu.
"Peringatan yang paling besar kepada rakyat Malaysia adalah bagaimana kerajaan kleptokrat ini berada di bawah pimpinan Najib Razak. Jadi, kita harus membuktikan janji kita sama seperti Dr Mahathir.
"Dia perlu membuktikan kata-kata dengan tindakan dan setakat ini saya sangat gembira kerana dia bekerja keras untuk meyakinkan ramai orang betapa perlunya untuk menggulingkan bukan sahaja Najib tetapi sistem itu," katanya ketika melawat PPR Kg Muhibbah di Kuala Lumpur.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu diminta memberi komen mengenai kesan pelantikan Dr Mahathir sebagai pengerusi PH, berikutan kebimbangan pembangkang mungkin perlu menjawab skandal-skandal yang dikatakan dilakukan Dr Mahathir termasuk kerugian forex.
Dr Mahathir dan seteru lamanya Anwar Ibrahim berganding untuk menggulingkan Najib pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), berkongsi tanggungjawab memimpin gabungan itu dengan Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dinamakan sebagai presiden.

Zahid: Rakyat K'tan perlu terjemah sokongan pada BN

Kehadiran luar biasa rakyat Kelantan pada program-program anjuran Umno sekarang ini perlu diterjemahkan dalam bentuk undi kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14, sekali gus membolehkannya membentuk kerajaan dan memerintah negeri ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mandat rakyat penting kerana kerajaan pimpinan BN berazam untuk memajukan negeri ini demi kemakmuran rakyat, yang tertinggal 27 tahun di bawah pemerintahan kerajaan PAS.
"Rakyat Kelantan bukan sahaja dahagakan pembangunan tetapi juga pengisiannya. Benar harus ada perimbangan duniawi dan ukhrawi, perimbangan fizikal dan rohani tetapi usaha memajukan rakyat juga adalah mustahak," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Parlimen Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) Melor, di Kota Bharu hari ini.
Turut hadir bersama kira-kira 20,000 orang ialah Anggota Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa yang juga Ketua Penerangan UMNO, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalannya Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.
Terdahulu, ketibaan Ahmad Zahid,  yang juga Naib Presiden Umno dan kini menjalankan tugas timbalan presiden Umno, diiringi oleh 1,000 anak muda yang menaiki 500 motosikal ke Kompleks YKK.
Ahmad  Zahid berkata kerajaan persekutuan pimpinan BN sentiasa mengutamakan kemajuan rakyat walaupun parti itu menjadi pembangkang di Kelantan.

PAS: Tak guna Kit Siang petik Quran kalau tak sokong syariah

Ketua pemuda PAS berkata pemimpin DAP itu kerap membangkang mana-mana pihak yang mahu melaksanakan hukuman dari al-Quran.
Khalil-Abdul-Hadi-lim-kit-siangPETALING JAYA: Orang seperti Lim Kit Siang tahu membaca al-Quran tetapi menentang ajarannya seperti menolak pelaksanaan hukuman dari kitab suci itu, kata Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Anak kepada presiden PAS itu mengingatkan Kit Siang melalui kenyataannya dilihat kerap membangkang mana-mana pihak yang mahu melaksanakan hukuman tersebut.
“Ramai yang tahu membaca al-Quran tetap menentang ajaran al-Quran. Lim Kit Siang tidak pernah menyesal dan menarik semula kenyataan-kenyataannya yang menyentuh sensitiviti umat Islam,” kata Khalil kepada FMT hari ini.
“Kit Siang membangkang perlaksanaan hukum-hukuman al-Quran di Kelantan dan di Malaysia secara umumnya,” tambahnya.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada tindakan ketua ahli Parlimen DAP itu menyampaikan petikan ayat al-Quran kepada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang didakwa gagal mengambil tindakan terhadap individu yang dikatakan bersalah dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kit Siang dalam kenyataan kepada Apandi semalam memetik 2 ayat dari surah al-Baqarah yang menyeru ke arah melawan kepalsuan, dan mengelak daripada melakukan kerosakan di muka bumi.
Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad memuji tindakan pemimpin DAP itu sebagai dakwah yang terbaik.
“Bukan main saya terkejut buat kali pertama Lim Kit Siang mengeluarkan ayat-ayat al-Quran untuk tunjuk kepada Apandi Ali yang mungkin tak pernah baca,” kata bekas perdana menteri itu.

Pemimpin PKR bidas Jamal bawa ‘Kak Wan’ bersiar-siar

Pemuda PKR hari ini membidas Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos yang membawa beberapa replika 'ketua pembangkang' Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyertai rombongannya bersiar-siar menaiki perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT).
Naib Ketua Pemuda PKR, Tan Kar Hing berkata tingkah-laku pemimpin Gerakan Baju Merah itu sungguh kurang ajar dan menjijikkan.
“Jamal sepatutnya berasa malu sebagai pemimpin Umno, dan bukan sebaliknya cuba mempergunakan isu ini.
“Jamal seorang yang ghairah dengan gimik politik demi mendapat perhatian orang ramai tanpa mengambil kira soal prinsip.
“Rekod silam Jamal juga menggambarkan beliau seorang yang cetek pemikiran politik dan hanya bertindak sebagai budak suruhan pimpinan Umno atasan,” katanya dalam satu kenyataan media.
Jamal dengan diiringi beberapa pengikutnya membawa replika ADUN Kajang itu menaiki tren MRT dari stesen Stadium Kajang.
Pada replika itu tertulis ayat: Tq PM kerana menyediakan perkhidmatan MRT dari Kajang ke Sungai Buloh. Mudah la Kak Wan menziarahi suami Kak Wan di Sungai Buloh.
Ia jelas suatu sindiran buat Dr Wan Azizah dan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini ditahan di penjara Sungai Buloh.
Rendah moral
Mengulas lanjut, Tan yang juga adalah ADUN Simpang Pulai, berkata tindakan Jamal itu sekadar mencari publisiti murahan dalam persiapan untuk mencabar kedudukan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno.
“Jika Jamal betul berniat untuk berebut jawatan berkenaan, nasihat saya kepada Jamal supaya turun gelanggang untuk berhadapan secara terus dengan penyandang jawatan tersebut, tetapi bukan sebaliknya mencari publisiti murahan,” katanya.
Mengulas isu yang sama Setiausaha Pemuda PKR Selangor, Syed Badli Shah Syed Osman berkata tindakan Jamal itu adalah satu prilaku biadap dan rendah moral.
“Ini menunjukkan bahawa Jamal tidak terdidik dengan kesopanan dan kesusilaan malah jauh menyimpang dari segi adab manusia bertamadun.
“Seharusnya Jamal mempamerkan sikap profesional dan beradap kerana beliau bercita-cita untuk menjadi Ketua Pemuda Umno.

Anwar dan saya tidak berdendam, kata Dr Mahathir


Anwar dan saya tidak berdendam, kata Dr Mahathir
Dr Mahathir berkata jika rakyat mahukan Anwar sebagai perdana menteri, siapalah dia untuk menghalangnya. 
DR Mahathir Mohamad mempertahankan pemecatan dan pemenjaraan Anwar Ibrahim pada 1998, dengan mengatakan dia "bertindak atas keadaan ketika itu".
Bercakap kepada pengerusi Kumpulan Nation Multimedia Thailand, Suthichai Yoon menerusi temubual langsung Facebook hari ini, Dr Mahathir berkata: "Tetapi sekarang, ia berbeza."
"Sekiranya kita terus mengenang masa silam, anda tidak akan dapat bekerja dengan sesiapa pun. Anda akan sentiasa berjuang melawan musuh anda dan itu tidak bagus.
"Saya tidak marah tentang masa silam, begitu juga Anwar," kata Dr Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu dan Pakatan Harapan (PH).
Bekas perdana menteri itu juga berkata, Anwar masih boleh membuat kemunculan semula dalam politik dan menjadi perdana menteri jika PH membentuk kerajaan baru dan berusaha membebaskan Anwar dengan mendapatkan pengampunan diraja untuknya.
"Sekiranya rakyat mahu dia, siapa saya untuk menghalang?
"Dia cukup berupaya menjadi perdana menteri, tetapi, tentu saja, perdana menteri Malaysia akan datang tidak akan berkuasa seperti sekarang," katanya.
Dr Mahathir berkata, beliau sudah bercakap dengan Anwar sendiri atas rancangan untuk maju ke depan.
"Dia juga bertegas Najib mesti dipecat. Selagi Najib tidak disingkirkan, tiada apa yang dapat dilakukan untuk membebaskannya atau mendapatkan pengampunan diraja untuknya," kata Dr Mahathir ketika ditanya mengenai reaksi Anwar terhadap pendekatannya.

Media dan Politik: Strategi perang saraf menjelang PRU-14

Oleh Dr Ahmad Sauffiyan Abu Hasan
PILIHAN RAYA Umum ke-14 bakal menjelma tidak lama lagi. Cuma yang kita tidak tahu adalah bila tarikhnya yang sebenar.

Namun sebagai pengkaij ilmu perang saraf media, saya yakin, semua parti politik di Malaysia sedang bersiap siaga untuk memberi yang terbaik dalam pilihan raya kali ini.

Parti veteran seperti UMNO dan Barisan Nasional pasti mempunyai strategi dan taktik tersendiri untuk mematahkan serangan dan provokasi pihak-pihak yang membangkang. Parti baru pula tidak kurang juga agresifnya dengan menggunakan media sosial sebagai senjata utama dalam cubaan mengimbangi tekanan dan desakan pihak lawan.

Pokoknya, masa, tenaga dan wang ringgit pasti menjadi taruhan bagi setiap parti politik yang bercita-cita untuk menang dan saat ini tiada siapa mahu kalah.

Walaupun saya lebih suka mengkaji bagaimana perangs araf media boleh digunakan untuk mematahkan ideologi kumpulan pengganas, namun kali ini ingin saya memberi beberapa input mengenai strategi perangs araf yang boleh digunakan oleh parti politik di Malaysia dalam PRU ke-14 yang bakal menjelma.

Strategi-strategi ini hanyalah cadangan dan terpulang kepada anda sebagai pemimpin, pemuda, pengikut atau ahli biasa dalam parti tersebut untuk memikirkanya.

Strategi 1: Buku Jacques Ellul Bertajuk Propaganda: The Formation of Men’s Attitudes

Sebenarnya banyak lagi buku yang ditulis oleh cendekiawan lain dalam bidang ilmu perang saraf dan propaganda.

Ada yang menulis dari apsek falsafahnya dan ada yang menulis mengenai teknik dan taktiknya. Tapi untuk menambah ilmu dan membuka perspektif kita mengenai ilmu perang saraf, buku oleh Jacques Ellul bertajuk Propaganda: The Formation of Men’s Attitudes (1962) adalah yang terbaik saya boleh cadangkan.

Antara kandungan buku ini adalah huraian mengenai bagaimana propaganda boleh dilakukan dengan memahami dimensi sosiologi dan psikologi manusia.

Buku ini juga memberikan penjelasan mengenai taksonomi propaganda dan fungsinya. Paling penting yang perlu kita fahami adalah propaganda itu adalah mengenai aktiviti menyampaikan kebenaran bukan penipuan dan muslihat seperti yang kita semua faham hari ini.

Jacques Ellul adalah bijak pandai yang mendepani masanya dalam menerajui ilmu propaganda dan buku yang ditulis pada tahun 1962 ini masih relevan ilmunya dalam konteks moden hari ini.
Strategi 2: Mendapatkan Nasihat Pakar Bidang Perang Saraf Media

Kadang-kala kalau kita nak menang kita perlu berkorban. Berkorban bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit, tenaga dan masa, malah kita perlu mengorbankan ego kita.

Mungkin kita sudah pakar. Kita sudah mempunyai pengalaman yang lama dalam melakukan aktiviti perang saraf dan oleh sebab itu mungkin akan timbul rasa ego dan rasa kita lebih bagus dari orang lain.

Seeloknya, marilah kita mencari mereka ini dan mendapatkan beberapa pandangan dan nasihat. Mana tahu, nasihat dan pandangan yang diberikan mampu mengurangkan kesilapan.

Menjadikan pengkaji perang saraf sebagai rujukan mampu menjimatkan masa kita untuk membuat kajian dan membaiki kekurangan yang kita tidak nampak dalam operasi perangsaraf sesebuah parti politik itu.

Strategi 3: Kajian Persepsi Sebagai Senjata Gerak Saraf

Dalam perang saraf kita perlu melakukan pengumpulan maklumat atau risikan mengenai sasaran khalayak kita dan ini merupakan salah satu elemen geraksaraf. Dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai Intelligence Gathering. Maklumat mengenai kumpulan sasaran kita adalah kunci kepada kejuruteraan mesej-mesej politik yang efektif. Jika kita tidak tahu menahu mengenai latarbelakang kumpulan sasaran kita, apalah logiknya propaganda yang kita hendak buat?

Atau nanti kita sanggup menerima hakikat bahawa operasi perang saraf tersebut akan menjadi sia-sia dan membuang masa, wang dan tenaga kerana mesej-mesej propaganda yang kita buat tidak memberi kesan kepada sesiapa.

Mereka boleh panggil saya apa saja, tak apalah, kata Dr Mahathir


Oleh Looi Sue-Chern
PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Dr Mahathir Mohamad berkata yang beliau tidak terkesan dengan gelaran yang diberikan lawannya. Bekas perdana menteri yang kini menjadi pemimpin pembangkang berkata mereka boleh memanggil beliau apa sahaja yang mereka mahu.

“Orang boleh cakap apa sahaja yang mereka mahu cakap. Saya tak ada bantahan. “Dulu they called me maha firaun. Tak apa lah.” katanya
Dr Mahahir yang menghadiri rumah terbuka Hari Raya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pulau Pinang di George Town malam ini berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Setiausaha Akhbar Kepada Perdana Menteri Najib Razak, Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad yang menyifatkan negarawan itu sekadar boneka berbanding "top dog" dalam PH.
“Kini, sebagai pengerusi pembangkang, Dr Mahathir menuntut bahawa beliau adalah ‘top dog’ pihak pembangkang, setaraf dengan perdana menteri. Tetapi, sama ada beliau sebenarnya penuh ilusi, tidak realistik atau dengan sengaja mahu menipu rakyat, hakikatnya diktator sebenar pembangkang adalah Lim Kit Siang – seorang yang tidak kelihatan dalam carta kepimpinan mereka,” kata Tengku Sariffuddin dalam satu kenyataan.

Tengku Sariffuddin turut menyentuh fakta yang parti Dr Mahathir, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya mempunyai satu kerusi Parlimen berbanding DAP yang mempunyai majoriti kerusi dalam pakatan pembangkang sebanyak 38 kerusi.

2 ditahan SPRM dalam siasatan pembelian hotel Felda

Dua suspek itu ialah pengarah sebuah syarikat perundingan pengurusan aset dan ketua unit harta sebuah syarikat perkhidmatan pos yang ditahan ketika memberi keterangan di pejabat SPRM hari ini.
Azam-Baki-ficPETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 2 individu disyaki terbabit dalam penilaian harta dan harga berhubung pembelian sebuah hotel 4 bintang di London oleh Felda Investment Corporation (FIC).
SPRM dalam satu kenyataan berkata, pengarah sebuah syarikat perundingan pengurusan aset yang berusia 45 tahun dan ketua unit harta sebuah syarikat perkhidmatan pos yang berusia 36 tahun.
Mereka ditahan di pejabat SPRM kira-kira 1 tengah hari tadi, ketika mereka hadir memberi keterangan berkaitan siasatan pembelian hotel di Kensington itu antara 2013 hingga 2015.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika mengesahkan tangkapan itu berkata, beliau percaya 2 suspek terbabit boleh memberi lebih banyak maklumat berhubung pembelian hotel berkenaan.
“Kedua-duanya akan dihadapkan ke mahkamah di Putrajaya esok untuk permohonan reman. Mereka akan membantu siasatan SPRM sebelum tindakan lanjut diambil pasukan penyiasat,” katanya dalam kenyataan itu.
Beliau berkata, ketika pembelian hotel itu, 2 suspek itu masing-masing ialah ketua penasihat korporat dan pengarah syarikat Raine and Horne.

Dr M yakin mampu menang, tapi dakwa Najib akan 'menipu'

Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Pakatan Harapan mampu memenangi pilihan raya umum akan datang tetapi bimbang sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak berlaku adil.
"Daripada apa yang kita lihat, sokongan itu kuat tetapi saya percaya Najib akan menggunakan pelbagai cara tidak sah untuk mengekalkan kedudukannya.
"Satu-satunya masalah yang kita hadapi ialah Najib akan menipu, dia akan menyogok dan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kepimpinannya kerana dia tahu jika dia bukan lagi perdana menteri, dia akan didakwa di mahkamah dan dipenjarakan," katanya semasa bersiaran secara langsung di Facebook.
Mahathir yang juga pernah dituduh menipu pada pilihan raya semasa tempohnya, berkata demikian ketika menjawap soalan pengerusi Kumpulan Multimedia Thailand, Suthichai Yoon yang meminta bekas perdana menteri jika beliau mempunyai sokongan yang cukup untuk mengalahkan Najib.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) juga menegaskan bahawa Umno, yang diterajuinya selama 22 tahun, kini tidak begitu kuat seperti sebelumnya.
"Kamu kena ingat, kebanyakan ahli parti saya yang mahu menumbangkan Najib adalah bekas ahli Umno," katanya.
Mahathir, yang merupakan pengerusi Pakatan Harapan, tetap yakin dengan peluang gabungan pembangkang walaupun kemungkinan mereka berdepan dengan pertandingan tiga penjuru.
"Dalam pertandingan tiga penjuru, undi pembangkang mungkin berpecah dengan kehadiran PAS. Tetapi populariti parti Islam itu semakin pudar kerana ia bersekutu dengan seteru lamanya, Umno.
"Akar umbi tidak mahu Umno sama sekali. Ada pemimpinnya mungkin melihat ada sedikit manfaat dalam bekerjasama dengan Umno akar umbi akan menolak pemimpin itu," katanya.
"Akan ada pertandingan tiga penjuru tetapi jumlah undi yang mampu diperoleh oleh parti ketiga akan amat kecil sekali,” katanya.
Mengenai sama ada pilihan raya umum akan diadakan pada akhir tahun ini, Mahathir mendakwa bahawa Najib kini semakin tidak yakin.
"Mungkin 10 bulan lalu, dia begitu yakin. Hari ini, beliau melihat Sabah bukan lagi simpanan tetap untuk parti kerajaan," katanya.

Jadi calon pak turut polisi kerajaan yang merugikan?



Tiada faedah jika mahasiswa yang berdiam diri terhadap isu berkaitan hak mereka dan kepincangan urus tadbir negara menjadi calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, tegas Pengerusi Mahasiswa Amanah, Fadhli Umar Aminolhuda.
Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda Beliau berpendapat pemilihan penuntut universiti sebagai calon PRU wajar mengambil kira sejauhmana golongan berkenaan berperanan aktif menyuarakan hal merangkumi isu kampus sehingga membabitkan kepentingan negara ini.
"Adakah mahasiswa tersebut mampu untuk memperjuangkan isu berkait rapat dengan mahasiswa seperti mansuh AUKU, pendidikan percuma, pengurangan dana universiti awam dan sebagainya?
"Atau adakah mahasiswa tersebut akan hanya menjadi pak turut pada segala polisi kerajaan yang merugikan gologan pelajar ini?" soalnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tentang cadangan memilih peserta Parlimen Mahasiswa 2017 sebagai calon BN pada PRU-14, beliau berkata, Mahasiswa Amanah mengalu-alukan hasrat tersebut.
"Selain BN, Parti Sosialis Malaysia(PSM) juga baru-baru ini mengisytiharkan seorang calon daripada kalangan mahasiswa yang akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.
"Namun, kami di peringkat Mahasiswa Amanahberpendapat apa yang jauh lebih penting ialah persoalan sejauh manakah impak yang mahasiswa itu akan berikan dalam membawa kebaikan kepada golongan mahasiswa," ujarnya.
Menurutnya, jauh lebih teruk sekiranya mahasiswa yang dipilih sebagai calon bertanding itu senyap seribu bahasa dalam isu salah guna kuasa dan penyelewengan seperti skandal 1MDB dan sebagainya.
Sehubungan itu, Fadhli menegaskan paling penting adalah pendirian mahasiswa untuk menyatakan dan memperjuangkan kebenaran sama ada ketika berada di pihak kerajaan atau pembangkang.
"Sekiranya seorang mahasiswa tersebut menang dan menjadi ahli parlimen sekalipun tetapi bisu pada segala salah guna kuasa, itu akan hanya memalukan taraf seorang mahasiswa," tambahnya lagi.
Ahmad Zahid sewaktu berucap pada Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra Sempena Program Parlimen Mahasiswa 2017 berkata, beliau telah memberitahu Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh supaya "berbisik" kepada Perdana Menteri tentang hasrat tersebut.

Apa Dr M akan buat pada Najib jika HARAPAN menang?

Orang ramai akan membuat keputusan apa yang perlu dilakukan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekiranya Pakatan Harapan (HARAPAN) mengambil alih pentadbiran Putrajaya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ditanya apakah perancangan beliau terhadap musuh ketatnya itu, Mahathir berkata "Terpulang kepada rakyat. Mereka tentunya mahu tindakan diambil terhadapnya".
"Bahkan kalau saya cuba berunding dengannya, ia tidak akan berkesan kerana rakyat sangat marah dengan Najib".
Mahathir bercakap dalam siaran secara langsung di Facebook bersama Pengerusi Kumpulan Multimedia Kebangsaan Thailand, Suthicai Yoon pada pagi ini.

AMK gesa Jamal mohon maaf terbuka persenda Wan Azizah



Angkatan Muda Keadilan  (AMK)  PKR hari ini menuntut Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos agar memohon maaf selepas bertindak mengusung replika Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mempersendakan pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Syed Badli Syed Osman Penolong Setiausaha AMK, Syed Badli Shah Syed Osman (Gambar kiri)  berkata, tindakan Jamal membawa replika itu menaiki MRT laluan Sungai Buloh-Kajang adalah biadap.
"Perilaku biadap dan rendah moral" seorang pemimpin Umno.
"Jika Jamal merasakan masih ada di dalam sanubari beliau rasa adab dan kesopanan, mohonlah maaf kepada Datuk Seri Dr. Wan Azizah.
"Namun jika sebaliknya, saya gesa pemimpin tertinggi Umno untuk tampil menasihatkan Jamal supaya bertindak waras.
"Jika langsung tiada apa-apa maklum balas, maka jelaslah Umno ketandusan pemimpin berwibawa dan bermoral, dan wajarlah Umno ditolak pada pilihan raya akan datang," katanya dalam kenyataan seperti dilapor  portal parti itu.
Jamal yang terkenal dengan gimik politiknya pagi ini menaiki tren MRT dari Stadium Kajang sekitar 11 pagi.
Beliau mengusung sepanduk berupa 'cutout' Dr Wan Azizah dengan tulisan berikut: Tq PM kerana menyediakan perkhidmatan MRT dari Kajang ke Sungai Buloh. Mudah la Kak Wan menziarahi suami Kak Wan di Sungai Buloh.
"Ternyata tindakan Jamal ini mencerminkan sikap sebenar dirinya yang bukan sahaja tidak layak bergelar pemimpin, malah rendah daripada segi adab manusia normal.

NGO, pertubuhan politik berhimpun bantah keganasan Israel di Masjid Al-Aqsa



Lebih 300 orang berhimpun secara aman di Jalan Tun Razak hari ini bagi membantah keganasan terbaharu Israel terhadap Masjid Al Aqsa.
Perhimpunan selama dua jam itu bermula 2 petang di bawah kempen 'Selamatkan AlQuds' dengan disertai oleh 21 Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Muslim Care Malaysia, Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan) lain-lain.
Peserta perhimpunan sebelum itu berarak dari bangunan Lembaga Tabung Haji ke kedutaan Amerika Syarikat di sini untuk menyerahkan memorandum membantah keganasan Israel namun, tidak dibenarkan berhimpun di hadapan kedutaan itu.
Presiden Mapim Azmi Abdul Hamid berkata hanya beliau dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd. Noor dibenarkan ke kedutaan itu untuk menyerahkan memorandum itu.
Memorandum itu bertujuan menggesa kerajaan Amerika Syarikat, yang juga sekutu kuat Israel, untuk mengambil tindakan berhubung peristiwa terkini di Masjid Al Aqsa.
"Kami serahkan memorandum itu kepada pengawal keselamatan di kedutaan itu kerana hanya dibenarkan berbuat demikian di situ.
"Kami membantah sekeras-kerasnya tindakan yang dibuat terhadap umat Islam di Palestin," katanya kepada media selepas menyerahkan memorandum berkenaan.
Azmi berkata perhimpunan itu diadakan untuk mendesak supaya dihentikan tindakan tentera Israel menutup kawasan Masjid Al Aqsa untuk umat Islam.
Manakala di Kota Bharu hari ini,  lebih 400 umat Islam menyertai demonstrasi secara aman di di sini hari ini bagi membantah tindakan rejim Zionis yang menutup Masjid al-Aqsa dan berlaku kejam terhadap umat Islam Palestin.
Bantahan banjuran Pemuda Umno Kelantan, bermula 2.15 petang di hadapan Masjid Muhammadi di sini, selepas umat Islam selesai menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.
Ketua Pemuda Umno Kelantan Mohd Azam Ismail berkata rakyat Malaysia sentiasa berdiri di belakang Palestin bagi membantah sebarang pencabulan hak asasi yang dilakukan oleh Israel terhadap umat Islam di negara itu.
Perhimpunan hari ini bukanlah bermotifkan politik tetapi atas semangat persaudaraan sesama Islam, atas dasar sama kiblat. Ini bukannya isu parti tetapi isu membabitkan umat Islam di seluruh dunia," katanya ketika ditemui media selepas demonstrasi .
Sementara itu, Dewan Pemuda Pas Kelantan turut mengadakan bantahan di lokasi berasingan yang dihadiri kira-kira 400 umat Islam.

Najib PENYANGAK pertama jadi PM Msia kata Tun M

Mahathir disambut seperti wira di Pulau Pinang

Jamal akan dedah kelayakannya untuk ketuai Pemuda Umno

Jamal Yunos, Wan Azizah' naik MRT untuk ke Penjara Sungai Buloh

Gimik Jamal bawa 'Wan Azizah' naik MRT

Siapa PM jika Tun M, Anwar berjaya singkir Najib? Ini jawab Mahathir

Mahathir terkejut Kit Siang rujuk Quran

Nak jadi PM sekali lagi? "Tidak," jawab Tun M

PAS hilang Kelantan jika berlaku pertarungan 3 penjuru, kata kajian


PAS hilang Kelantan jika berlaku pertarungan 3 penjuru, kata kajian
Berdasarkan kajian Institut Darul Ehsan, PAS hanya berpeluang memenangi 15 kerusi negeri jika parti Islam itu terlibat dalam pertarungan tiga penjuru. 
PAS dijangka hilang Kelantan jika ia terjebak dalam pertandingan tiga penjuru di negeri itu, menurut kajian yang diminta kerajaan negeri.
Kajian yang dikendalikan Institut Darul Ehsan (IDE), bagaimanapun, memberikan beberapa penyelesaian bagi parti pemerintah negeri itu jika mahu mengekalkan Kelantan yang diperintah sejak 1990.
"Cadangan IDE kepada PAS adalah untuk bertanding 27 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri dan membiarkan parti Pakatan Harapan bertanding di kerusi lain untuk memastikan perlawanan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN).
"IDE yakin PAS boleh memenangi kesemua 27 kerusi dan memegang majoriti selepas pilihan raya umum dan terus berkuasa di Kelantan," kata sumber daripada badan pemikir itu kepada The Malaysian Insight.
Berdasarkan kajian itu, PAS hanya boleh memenangi 15 kerusi negeri jika parti Islam itu terlibat dalam pertarungan tiga penjuru.
Sumber berkata hasil kajian itu disampaikan kepada Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakub dan pemimpin negeri lain baru-baru ini, oleh Timbalan Pengerusi IDE, Dr Mohammad Redzuan Othman.
Kajian itu juga mendedahkan PAS menerima sokongan paling ramai daripada pengundi di Kelantan, mendahului sebanyak 54%, BN (38%) manakala PH hanya mengumpul kira-kira 8%.
Bagaimanapun, sokongan itu tidak termasuk pengundi yang tinggal di luar negeri, Redzuan memberitahu pemimpin negeri Kelantan.
Beliau menambah walaupun sebelum PH mengumumkan barisan kepimpinan dan logonya, sokongan terhadap gabungan parti pembangkang sudah meningkat.
Kajian IDE juga menunjukkan Umno secara tradisinya dapat meningkatkan bilangan pengundi di antara 6 hingga 15% ketika pilihan raya semakin dekat.

Kemesraan Umno-PAS bukan politik matang, tetapi politik wang

Bekas menteri itu berkata 2 parti itu lebih gemar membawa agenda yang tidak konkrit dan memangsakan orang bawahan sedangkan golongan elit terlepas tindakan.
Zaid-IbrahimDatuk Zaid Ibrahim mempersoalkan alasan “politik matang” yang kerap diberikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam menjelaskan perubahan sikap parti itu terhadap Umno, sambil berkata ia lebih menjurus kepada “politik wang”.
“Mereka tidak berminat untuk membela manusia yang memerlukan pertolongan, tetapi hanya memperjuangkan ideologi songsang.
“Politik matang sepatutnya dapat memperkuatkan modal insan bangsa Melayu, membasmi kemiskinan orang Melayu, dan memberi pelajaran yang baik kapada bangsa Melayu,” kata Zaid kepada FMT baru-baru ini.
Bekas menteri itu berkata perkembangan di kalangan orang Melayu kebelakangan ini menunjukkan Umno dan PAS cuba mengelirukan masyarakat itu dengan membawa agenda seperti hukuman syariah, sedangkan golongan atasan dan elit masih terlepas pelbagai tindakan pihak berkuasa Islam.
“Ia hanya drama untuk mengelirukan rakyat. Sudah berapa ramai orang atasan dikenakan hukuman ini? Siapa dari pihak atasan yang dihukum sebat kerana minum arak, berkhalwat dan mencuri harta kerajaan?”
Hadi merupakan antara pemimpin kanan PAS yang mempertahankan dasar PAS yang dilihat lebih mesra Umno, dan beberapa kali menekankan perubahan sikap itu sebahagian daripada “budaya politik matang” oleh parti Islam itu.
“Ini adalah sebahagian daripada cara politik matang yang tidak jumud dan degil tanpa perhitungan. Politik mencari kawan sebanyak mungkin bukannya berlawan secara fanatik,” kata Hadi dalam salah satu daripada penulisannya.
‘Kepincangan Melayu diabaikan’
Zaid berkata ketika Melayu berdepan pelbagai kepincangan ekonomi dan sosial, Umno dan PAS lebih gemar memperjuangkan dasar yang tidak “konkrit dan relevan”, seperti membina lebih banyak masjid dan memperkenalkan hukuman syariah lebih berat.
“Satu pertiga pelajar universiti tidak mengetahui dan memahami nilai asas manusia sejagat,” katanya, merujuk kajian Institut Integriti Malaysia baru-baru ini yang mendapati sebahagian besar pelajar di beberapa buah universiti awam tidak menganggap perbuatan rasuah seperti sogokan hadiah sebagai satu kesalahan.
“Yang benar dan yang salah dikelirukan. Mereka menganggap rasuah itu bukan satu kesalahan yang sepatutnya dikutuk,” kata Zaid kepada FMT.
Zaid berkata majoriti yang terlibat masalah seperti pengangguran, kehamilan luar nikah, beban hutang dan salah guna dadah ialah orang Melayu.

Sambutan seorang hero untuk Mahathir di Pulau Pinang

Percikan bunga api menerangi langit dan sorakan gemuruh menyambut Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau tiba di rumah terbuka Aidilfitri parti itu di Pulau Pinang malam tadi.
Orang ramai, yang kebanyakannya berpakaian merah, berasak-asak untuk bersalam dengan beliau sambil mengucapkan "Selamat Hari Raya".
Ia suatu pemandangan yang jarang berlaku di mana orang ramai yang berpakaian baju Melayu, bertudung dan berbaju kurung membanjiri bangunan Long Say yang dimiliki oleh Lee Kongsi, sebuah persatuan Cina di Jalan Burma.
Majlis itu menyaksikan Dr Mahathir diberi sambutan sebagai seorang hero kerana usaha beliau untuk menyatukan Pakatan Harapan, yang pada 14 Julai lau, mengumumkan barisan kepimpinannya menjelang pilihan raya ke-14 yang akan datang.
Orang ramai yang kelihatan begitu teruja, mengekori Dr Mahathir menuju ke meja utama di mana pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Chow Kon Yeow, dan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah pun duduk di situ.
Ramai yang mahu mengambil gambar dan 'selfie' dengan Mahathir tetapi beliau dikelilingi pengawal peribadinya, menyebabkan seorang jurugambar berkata, "Lebih mudah buat liputan (Perdana Menteri) Najib (Abdul Razak)."
Kit Siang telah tiba awal di bersama rombongan DAP dan juga disambut oleh sorakan kuat dari ahli BERSATU.

SPRM tak pernah hubungi k'jaan P.Pinang untuk ikrar bebas rasuah


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia


Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini menafikan kerajaan DAP Pulau Pinang enggan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).
Sebaliknya, beliau berkata pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghubungi kerajaan negeri untuk berbuat demikian.
"Tapi sekiranya mereka rujuk kepada kita, kita boleh bincang bahawa IBR bukan hanya tinggal ikrar sahaja dan mesti diikuti dengan tindakan-tindakan konkrit untuk banteras rasuah," katanya berucap pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Pulau Pinang, di sini malam tadi.
Turut hadir pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, timbalan presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow, pengerusi PKR negeri Datuk Mansor Othman dan barisan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang.
Sabtu lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad dipetik sebagai berkata SPRM kesal dengan keengganan kerajaan Pulau Pinang menandatangani IBR yang merupakan komitmen bagi sesebuah institusi untuk bersama-sama memerangai musuh nombor satu negara itu.
Pada 12 Julai lepas, kerajaan Pulau Pinang menyifatkan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang dilaksanakan di negeri itu sejak 2008 lebih berkesan dalam usaha membasmi rasuah dan penyalahgunaan kuasa berbanding menandatangani IBR.

Adakah Dr M buat pusingan-U jika HARAPAN menang PRU?

Ramai yang menarik nafas lega selepas Pakatan Harapan akhirnya memuktamadkan barisan kepimpinannya, namun masih ada, terutama di kalangan penyokong tegar gerakan Reformasi, yang agak tidak selesa melihat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi pengerusi gabungan itu.
Kebimbangan mereka itu dapat difahami. Lagipun, bagi mereka, orang inilah yang sebelum ini pernah bertanggungjawab menyebabkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merengkuk di penjara.
Malah, mereka yang tidak benar-benar mengikuti politik pun tahu bahawa tindakan Mahathir memecat Anwar daripada jawatan timbalan perdana menteri telah melahirkan gerakan Reformasi pada tahun 1998.
Jadi, bolehkah dia dipercayai untuk memastikan Anwar akan menjadi perdana menteri kelapan negara sekiranya HARAPAN muncul sebagai pemenang dalam pilihan raya umum ke-14?
Dan walaupun Mahathir dilihat tidak menyukai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang terbukti melalui kritikan tanpa hentinya terhadap Najib dan malah tindakannya keluar Umno bagi kali ketiga (Mahathir pertama kali dipecat dari parti itu oleh Tunku Abdul Rahman pada 1969), apa yang akan berlaku jika Umno memutuskan untuk meninggalkan Najib?
Adakah Mahathir akan meninggalkan Pakatan Harapan dan kembali semula kepada Umno, parti yang diterajuinya selama lebih daripada 20 tahun?
Lagipun, ia bukan kali pertama beliau kembali semula ke pangkuan parti politik terbesar di negara ini.
Atau adakah Mahathir, seperti dua orang pendahulunya, kekal di luar Umno sehingga nafas terakhirnya?
Seberangi 'garis merah'
Mengulas mengenainya, setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail percaya bahawa Mahathir telah lama menyeberang "garis merah".
"Semakin saya terlibat dengannya (Mahathir), saya hanya boleh membuat kesimpulan bahawa beliau tidak akan berpatah balik.

PENJAWAT AWAM LEBIH UNTUNG BILA KERAJAAN MUDAH BERTUKAR TANGAN

Selain undi orang kampung dan peneroka Felda, satu lagi faktor yang banyak membantu kemenangan UMNO dan BN selama ini ialah sokongan kakitangan awam.

Dengan jumlah seramai 1.6 juta orang atau seorang bagi setiap 19 rakyat Malaysia, sokongan kakitangan awam tidak dinafikan adalah kelebihan yang nyata bagi UMNO dan BN dalam mengekalkan kuasa.

Walaupun Najib Razak baru-baru ini dilaporkan memberitahu pimpinan UMNO bahagian-bahagian bahawa sokongan kakitangan awam masih berpihak kepada kerajaan pimpinannya, tetapi sepertimana yang disedari oleh sebahagian besar daripada kita, perkara itu adalah subjektif sebenarnya.

Mungkin Najib hanya mendapat jaminan daripada Ketua Setiausaha Negara atau Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau sekadar untuk menyedapkan hatinya saja.
Hakikatnya, di mana-mana kita boleh berjumpa dengan kakitangan awam yang tidak puas hati, kecewa dan marah kepada kerajaan atas pelbagai faktor. Di peringkat atas, mungkin ramai yang masih berpihak kepada UMNO dan BN, tetapi di peringkat pertengahan dan bawah, sokongan itu sudah jadi bercampur-campur sebenarnya.

Perlukah kakitangan awam sentiasa menyokong UMNO, BN dan pimpinan kerajaan sedia ada atau lebih menguntungkan jika mereka mengintai-intai kepada sebuah kerajaan baru?

Sebagai kakitangan awam, tugas,  khidmat dan sokongan memang perlu diberikan kepada kerajaan yang sedang berkuasa. Tetapi, ketika pilihanraya, mereka tetap berhak memberi undi kepada sesiapa saja yang disukai.

Tidak ada ketetapan atau kewajipan bahawa kakitangan awam mesti mengundi UMNO dan BN. Ketika mengundi, yang diundi bukan kerajaan, tetapi parti politik.

Bimbang senarai daftar pemilih dimanipulasi, kecewa terhadap SPR memuncak

MOGOK lapar, protes dan pengepungan. Ini adalah "drama" yang berlaku di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seluruh negara sejak April tahun ini tetapi tidak menjadi berita utama.
Alasan bagi semua kacau-bilau ini adalah daftar pemilih baru – senarai individu yang layak untuk mengundi pada pilihan raya umum akan datang yang akan berlaku lebih kurang setahun lagi.
Pakatan Harapan (PH) dan aktivis reformasi pilihan raya mendakwa SPR secara misteri menghentikan amalan biasa mereka mengeluarkan salinan senarai itu, yang dikemaskini setiap suku tahun.
Angka rasmi terakhir daripada SPR mengenai bilangan pengundi baru didaftarkan dikeluarkan dalam akhbar arus berdana berbahasa Inggeris setahun lalu.
Pada Oktober tahun lepas, Pengerusi SPR Mohd Hashim Abdullah berkata hanya 354,141 pengundi baru mendaftar di antara PRU13 pada 2013 hingga Jun 2016.
Ia hanya sekitar 8% daripada 4.2 juta individu yang layak mengundi tetapi belum mendaftar.
Bagaimanapun, pegawai PH berkata kadar pendaftaran rendah dan senarai itu sendiri terdapat kemungkinan berlakunya tindakan penipuan pilihan raya yang boleh mengganggu keputusan pilihan raya umum akan datang bagi pihak yang dapat memanipulasinya.
Pengumuman terbaru SPR yang ia menghapuskan data pemilih 1994 dan 2003 menyebabkan kritikan terhadap peranannya yang benar-benar bebas.
Anomali dalam senarai pemilih begitu serius sehingga Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata jika ia tidak dipertikaikan, PH akan kehilangan sebanyak 87 kerusi Parlimen yang dipegang.
Mengautomatikkannya
Bagi pemimpin PH seperti Nurul Izzah, kadar pendaftaran yang rendah berpunca daripada tiga masalah, yang semuanya dapat diselesaikan dengan mudah.
Yang pertama adalah kerana sebab tertentu, pada 2013, SPR berhenti membenarkan parti politik membuat pendaftaran pengundi baru.
Dalam artikel The Star, Hashim enggan memberi justifikasi keputusan ini dengan hanya mengatakan terdapat "banyak masalah" apabila parti dibenarkan berbuat demikian.
Kedua, terdapat penolakan tinggi yang luar biasa bagi pengundi baru di Selangor, terutama rakyat Malaysia berketurunan Cina, kata Nurul Izzah.
Tahun lepas, SPR menolak 8,286 pengundi baru tanpa sebab, katanya.
"Lebih 88% daripadanya berasal dari Selangor. Apa yang mengejutkan ialah 99% pengundi baru dari Selangor adalah kaum Cina."
Akhirnya, SPR tidak perlu bimbang tentang belia yang tidak mendaftar untuk mengundi jika ia melakukan sistem pendaftaran pemilih automatik, kata kumpulan pembaharuan pilihan raya Bersih 2.0.
"Kita membelanjakan berjuta-juta untuk sistem mengesan pekerja asing. Tetapi kita tidak boleh membelanjakan wang untuk membuat pendaftaran pengundi automatik?" Kata Nurul Izzah, yang juga pengarah bersama pilihan raya PKR.
Sistem sedemikian akan agak mudah dilakukan, kata Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.
Pada masa ini, SPR dihubungkan dengan pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara supaya ia boleh mengeluarkan nama pengundi yang sudah meninggal dunia.
"Hampir sama, proses ini mudah digunakan bagi mendaftarkan para pengundi apabila mereka mencapai usia 21 tahun," kata Maria.
Paling "kotor"
Kekecewaan terhadap SPR berada pada tahap paling tinggi tahun ini apabila ia berhenti mengeluarkan salinan senarai baru. Satu-satunya salinan yang boleh dilihat adalah di cawangan SPR semasa waktu pejabat.
Memandangkan senarai itu mengandungi puluhan ribu nama, tidak realistik bagi aktivis parti menghabiskan masa berhari-hari menyalin nama berkenaan di pejabat SPR.
Di Perak, aktivis Pemuda PKR membawa penjana elektrik mudah alih dan mesin fotostat sendiri untuk membuat salinan.
Apabila SPR Perak enggan menerima bantahannya terhadap pengundi hantu yang disyaki, Adun Hutan Melintang S. Kesavan berkhemah di hadapan pejabat suruhanjaya dan melancarkan mogok lapar.

Pakatan Harapan gesa tubuh Universiti Felda

Ia berkata ketika ini hanya segelintir anak peneroka dapat melanjut pelajaran melalui biasiswa khas luar negara, mengabaikan sebahagian besar yang lain.
Onn-Abu-Bakar_felda_600
PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) berkata ia akan berusaha menubuhkan Universiti Felda dengan kampus di seluruh negara bagi membantu anak peneroka yang menurutnya masih gagal melanjutkan pengajian tinggi.
PKR Wilayah Persekutuan berkata pada masa ini, hanya segelintir pelajar cemerlang ditawarkan biasiswa pengajian luar negara, sementara lebih 95% generasi kedua Felda gagal melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi (IPT).
“Bagaimana pula dengan anak peneroka cemerlang yang lain tetapi tidak mendapat ‘dana khas’ serta melanjutkan pengajian di IPT awam dan swasta?” soal Onn Abu Bakar, ahli majlis PKR Wilayah Persekutuan.
Semalam, Felda berkata ketika ini 31 pelajar sedang melanjutkan pelajaran di pelbagai universiti luar negara melalui Dana Khas Pelajar Cemerlang ke Luar Negara Felda, yang menawarkan biasiswa antara RM500,000 hingga RM800,000 setiap seorang sepanjang 4 tahun pengajian.
“Kita pilih mereka yang memperoleh 10A dan ke atas. Pemilihan untuk tahun ini telah dijalankan di mana 11 pelajar terpilih menjalani ‘A-Level Cambridge’,” kata Pengarah Jabatan Pendidikan Felda, Mohd Ridzuan Mohd Noor dipetik Bernama.
Onn berkata penubuhan Universiti Felda dengan kampus di seluruh negara akan memberikan peluang kepada lebih ramai anak peneroka.
“Pakatan Harapan berusaha untuk menubuhkan kampus Universiti Felda di seluruh negara bagi meningkatkan tahap pendidikan generasi muda Felda yang dilihat dapat menampung lebih ramai pelajar berbanding Dana Khas Pelajar Cemerlang ke Luar Negara Felda yang hanya melibatkan puluhan pelajar sahaja,” katanya.

PEMIMPIN BN KEPENINGAN DENGAN KEWUJUDAN HARAPAN

Para pemimpin UBN terus mempertikai dan mengkritik pembentuk kepimpinan Harapan. Ketiadaan Lim Kit Siang dalam saf kepimpinan itu menjadi isu utama yang diperolok-olokkan. Pemimpin UBN cuba menimbulkan tanggapan buruk bahawa pemimpin “kerohanian” DAP itu diketepikan atau dijadikan mangsa.
Dalam masa sama juga mereka membuat serangan, ketiadaan Kit Siang itu sebagai tektik untuk mengelirukan rakyat dengan memberi gambaran Harapan dibentuk dengan tidak adil atau praktikal. Pengarah sebuah pusat provokasi Umno pula menyinis mencadangkan agar Kit Siang dilantik menjadi Mursyidul Am.
Yang jelasnya ketiadaan Lim Kit Siang itu memeningkan kepala para pemimpin UBN kerana ia menafikan tunduhan mereka selama ini, kononnya DAP menguasai pembangkang. Sebelum ini para hulubalang dan PB Najib galak menjual kepada rakyat kononnya DAP mendalangi pakatan pembangkang.

Bagaimana pun dari sisi lain ketiadaan Kit Siang dalam saf utama Harapan itu secara tidak langsung menunjukkan pemimpin Harapan mempunyai idea kemas bagaimana untuk menghuruharakan pemikiran para pemimpin BN serta meletakkan mereka dalam keadaan gear mati.
Najib Razak seakan terkilan dengan cara pembentukan itu apabila Lim Kit Siang tidak diletakkan sama taraf dengan Dr Mahathir Mohamad atau Dr Wan Azizah Ismail. Katanya pembentukan itu pelik dan tidak sama dengan BN, dimana dalam BN parti besar (majoriti) berpandukan kerusi menjadi kepalanya macam Umno. Katanya sepatutnya pemimpin DAP itu dilantik menjadi pengerusi bukan Dr Mahathir mewakili parti kecil PPBM.
Pendapat Najib itu mahu mencerminkan BN disusun dengan adil dan saksama, bahawa Umno medominasikan suasana. Tetapi beliau terlupa bahawa apabila Lim Kit Siang tiada dan DAP tidak diberi keutamaan kandati mempunyai kerusi lebih, di sinilah bijaknya politik pembangkang di kalangan Melayu. Ia juga menunjukkan sikap toleransi tinggi daripada DAP, rela memberi laluan kepada Melayu mendominasi pakatan berkenaan. DAP berfikir lebih waras daripada cara Najib berfikir.
Apa yang menjadi keutamaan DAP ialah menjatuhkan Najib dan melenyapkan kerajaan kleptokrasi bukannya tergila-gila untuk menjadi pemimpin. Inilah kemunasabah politik orang Cina. Politik orang Cina senantiasa rasional dan realistik.

India Muslim sebagai Bumiputera: Najib ‘jahil’ perlembagaan, kata pakar

Aziz Bari berkata tidak timbul soal mewartakan status Bumiputera kerana India Muslim boleh ditakrifkan Melayu di bawah perlembagaan.
Abdul-Aziz-Bari_india-muslim_600
PETALING JAYA: Pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari berkata pengumuman Datuk Seri Najib Razak mengkaji rayuan masyarakat India Muslim yang mahu diiktiraf sebagai Bumiputera menunjukkan “kejahilan” mengenai Perlembagaan Persekutuan.
Aziz berkata perlembagaan mentakrifkan seorang Melayu sebagai sesiapa sahaja yang beragama Islam, berbahasa Melayu secara lazim dan mengamalkan budaya Melayu.
Oleh itu, katanya, perlembagaan jelas mengenai status India Muslim sebagai Melayu dan soal status Bumiputera tidak timbul.
“Perkara 153 jelas mengenai kedudukan khas orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak, dan kepentingan sah masyarakat lain,” kata ahli akademik itu yang menyertai DAP 2 tahun lalu, kepada FMT.
Katanya, perkara itu perlu dibaca bersama takrif Melayu menurut Perkara 160.
“Ini bermakna seseorang yang beragama Islam, berbahasa Melayu secara lazim dan mengamalkan budaya Melayu adalah Melayu, tidak kira sama ada mereka India Muslim atau Cina mualaf.
“Maka melalui pengumumannya itu, Najib secara tidak langsung mengakui Umno gagal melindungi hak India Muslim, yang mengikut takrif perlembagaan, adalah Melayu dan berhak mendapat hak Melayu.”
Aziz berkata istilah “Bumiputera” tidak wujud dalam perlembagaan dan digunakan Umno selepas 1970 untuk tujuan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Menurutnya, perlembangan tidak pernah menyebut mengenai hak istimewa Bumiputera kerana ia hanya merujuk secara khusus hak istimewa orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak.
Semalam, sejarawan Prof Khoo Kay Kim berkata India Muslim tidak boleh dianggap Bumiputera walaupun boleh dikategorikan sebagai Melayu.
Khoo memberitahu FMT, istilah “Bumiputera” dicipta pada 1963 untuk merujuk kepada pribumi Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu, dan sebelum itu orang Melayu di Tanah Melayu hanya dikenali sebagai Melayu.
“Jadi, sementara kerajaan tidak dapat memberikan status Bumiputera kepada India Muslim, ia boleh berikan status Melayu jika mereka mahu,” kata Khoo.

JK eksekutif lembaga FGV dibubarkan serta-merta

Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) melantik Datuk Khairil Anuar Aziz sebagai Pegawai yang Bertanggungjawab untuk mengambil alih tugas dan tanggungjawab Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, berkuat kuasa serta-merta.
Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, FGV turut mengumumkan bahawa​​​​​​​ Jawatankuasa Eksekutif Lembaga akan dibubarkan berkuat kuasa serta-merta mulai hari ini.
Khairil Anuar, yang dilahirkan dan dibesarkan di Felda Sungai Klah, Sungkai, Perak, ketika ​​​​​​​ini merupakan Ketua Pegawai Operasi, Logistik & Sektor-sektor Lain FGV.
Beliau menyertai kumpulan tersebut sejak 2012.
“Beliau adalah generasi kedua peneroka Felda,” kata syarikat tersebut.
Sementara itu dalam satu kenyataan lain, FGV mengumumkan Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd telah membeli 400,000 saham FGV pada 17 Julai 2017.
Dengan pembelian itu, koperasi tersebut memiliki 204.56 juta saham yang bersamaan dengan 5.61 peratus kepentingan ekuiti FGV.
Dalam kenyataan berasingan hari ini, FGV berkata, Khairil Anuar akan menjalankan kerja dan tanggungjawab​​​​​​​ Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif secara sementara, berkuat kuasa hari ini semasa tempoh interim.
“Jawatankuasa Eksekutif Lembaga (BEC) dibubarkan berkuat kuasa serta merta.
“Lembaga Pengarah FGV mengucapkan terima kasih kepada anggota BEC, terdiri daripada Datuk Omar Salim, Datuk Zafer Hashim dan Azman Ahmad atas sumbangan mereka sejak 6 Jun, 2017,” menurut kenyataan itu.
Khairil Anuar, yang berkelulusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Coventry University, United Kingdom, ketika ini merupakan pengarah di Pelaburan MARA Bhd; Sinergi Perdana Sdn.

South China Morning Post dakwa isteri PM pemegang kuasa sebenar



Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dilaporkan oleh South China Morning Post (SCMP) sebagai pemegang kuasa sebenar.
"Rosmah terkenal di Malaysia sebagai pemegang kuasa sebenarnya," kata akhbar itu ketika menyorot peranan isteri dan keluarga para pemimpin politik dalam pilihan raya akan datang.
Rosmah juga, lapor akhbar itu, mencetus keributan apabila membenarkan dirinya dipanggil Wanita Pertama sejak 2009 lagi.
"Malaysia tidak ada konsep sedemikian, tidak seperti negara-negara yang mempunyai tradisi republikan seperti Amerika Syarikat dan Perancis," kata SCMP.
Sambil menyifatkan pilihan raya akan datang tidak lagi seperti pilihan raya sebelum ini serta membangkitkan persoalan adalah kali ini akan berlaku perubahan, akhbar itu menyifatkan peranan isteri dan keluarga tokoh yang lain turut memberi kesan.
"Isteri (Tun) Dr Mahathir (Mohamad), (Tun) Dr Siti Hasmah (Mohmad Ali) yang begitu dihormati ramai di dalam dan di luar Umno telah bergabung tenaga dengan (Datuk Seri) Dr Wan Azizah (Ismail), isteri (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim)," lapor akhbar itu.
Anak mereka, iaitu Datuk Mukhriz Mahathir dan Nurul Izzah Anwar, juga sama-sama menghalakan serangan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan para pengikutnya.
"Di dalam DAP, tokoh utamanya, Lim Kit Siang, dan anaknya Lim Guan  Eng akan berganding bahu dengan Dr Mahathir, Anwar, keluarga (Datuk) Fadzil Noor dan Haji Yusof Rawa, kedua-duanya pernah menjadi Presiden Pas," kata akhbar itu.

Hadam dalam-dalam !!

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa mengulas..

Guna jet peribadi mewah kerajaan adalah hak Rosmah (isteri PM). Janganlah harap perjalanan Rosmah di atas jadual penerbangan yang biasa -(12/6/2016).

HAK ROSMAH RUPANYA... Tak heranlah anak-beranak dan menantu dipunggah sekali naik jet mewah kerajaan setiap kali bercuti terbang ke luar negara terutamanya bercuti ke luar negara pada musim sejuk.

SEKALI LAGI nama Malaysia begitu gah harum membusuk ke pelusuk dunia..

TAHNIAH NAJIB !!!.. Secara tak sedar 1MDB telah mempromosi nama Malaysia ke serata dunia. Busuk pon busuklah JANJI NEGARA AMAN..

Tak mustahil jika slps ini terkeluarlah dari mulut2 lebai & Umno katanya itu semua campur tangan asing.

Adakah ini satu tipu helah penyelewengan oleh 1MDB ??

KENAPA 1MDB masukkan RM16 bilion ke dalam Aabar Investments PJS Ltd yg jelas bukan dimiliki IPIC ??!!

Adakah ini satu tipu helah penyelewengan oleh #1MDB ??

DAH HAMPIR SETAHUN ia didedahkan tapi..
SAMPAI SEKARANG 1MDB dan Najib terus membisu tanpa sebarang jawapan & penjelasan.

RAJA KAMARUL AMANAH-MASA DEPAN INDUSTRI PERIKANAN & NELAYAN TERENGGANU

[TERUS-TERANG] PAS Tidak Menentang Kerajaan Kleptokratik & Rasuah?

[So Apa Cita Minggu Ini] Bicara Pemimpin Muda PH

NURUL IZZAH: Anwar Ibrahim And crucial-ballgame politics in Malaysia.

Nurul izzah: Sidang Media Berkaitan Lambakan Pengundi Hantu