Selasa, 18 Julai 2017

KHALID SAMAD & TONY PUA: DISKUSI PAKATAN HARAPAN KERAJAAN MENUNGGU??

PAS Kerah Ahli Ikrar & Baiah Untuk Tawan Permatang Pauh?

Speaker parlimen dituduh makan rasuah

Felda sedia beri kerjasama pada SPRM - Shahrir

Harapan akan daftar ROS minggu ini - Tun M

Ramai yang tak suka saya baik dengan Anwar: Tun M

Felda sokong FGV ambil pekerja ladang Bangladesh

Felda menyokong cadangan Felda Global Ventures Bhd (FGV) untuk mengambil 7,000 hingga 8,000 pekerja asing warga Bangladesh bagi mengatasi masalah kerugian RM2 juta setiap hari susulan kekurangan pekerja mengumpul hasil sawit.
Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad hari ini berkata Felda sebagai pemegang saham dalam FGV menyokong pengurusan FGV untuk menambah baik, meningkatkan kecekapan dan keuntungan FGV.
"Eksport komoditi memberi kesan kepada golongan yang terlibat secara langsung dalam industri seperti pekebun kecil dan syarikat ladang.
“Sektor komoditi ialah sesuatu yang penting bagi rakyat apatah lagi peneroka yang terlibat dalam industri sawit," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pemangku Pengerusi FGV Tan Sri Sulaiman Mahbob baru-baru ini bahawa operasi besar-besaran pendatang asing tanpa izin (PATI) menyebabkan Felda kerugian RM2 juta setiap hari kerana kekurangan pekerja mengumpul hasil kelapa sawit.
Sulaiman dilaporkan berkata cadangan pengambilan pekerja Bangladesh itu adalah kerana berbanding negara lain, Bangladesh mampu membekalkan lebih ramai pekerja dan proses dokumentasi lebih mudah.
Shahrir yang ditemui selepas majlis Salam Perantauan Warga Felda 2017 di Putrajaya turut ditanya mengenai individu yang hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berhubung siasatan ke atas Felda Investment Corporation (FIC), berkata perkara itu diserahkan sepenuhnya kepada SPRM.
SPRM dalam satu kenyataan baru-baru ini menyatakan beberapa individu akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung pembelian hotel bernilai RM330 juta di Kensington oleh FIC pada 2014.
Kenyataan itu menjelaskan individu-individu berkenaan merupakan saksi penting bagi membantu siasatan mengenai proses pembelian hotel tersebut antara 2013 hingga 2015.

MCA takut ‘tsunami Melayu’ kerana bergantung kepada Umno


MCA takut ‘tsunami Melayu’ kerana bergantung kepada Umno, kata DAP
Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon hari ini dilaporkan berkata yang khabar angin tsunami Melayu hanya bertujuan menakutkan pengundi Cina supaya mengundi pembangkang. 
BUKANNYA pengundi Cina tetapi MCA yang sebenarnya takut sekiranya berlaku “tsunami Melayu” pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerana mereka terlalu bergantung kepada Umno, kata seorang ahli strategi DAP.
Pengarah Pendidikan Politik DAP Liew Chin Tong berkata, sekiranya orang Melayu tidak lagi mengundi Umno dan Barisan Nasional (BN) pada PRU14, survival politik MCA juga akan berakhir.
“Sekiranya orang Melayu tidak lagi mengundi Umno, MCA juga akan turut terjerumus ke dalam tong sampah sejarah,” kata ahli Parlimen Kluang itu kepada The Malaysian Insight.
“Ini kerana selama ini, survival MCA bergantung kepada Umno dan bukan kepada kekuatan partinya sendiri.”
Hari ini The Star melaporkan kenyataan Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon tentang khabar angin bakal berlakunya tsunami Melayu pada PRU14 untuk menakutkan pengundi Cina.
Timbalan menteri pendidikan itu, berkata dakwaan tersebut hanya untuk menakutkan pengundi Cina yang kemudiannya akan mengundi pembangkang kerana mereka percaya pengundi Melayu yang tidak berpuas hati juga akan berbuat demikian.
Liew memberitahu The Malaysian Insight khabar tentang bakal berlakunya tsunami Melayu pada PRU14 merupakan satu realiti dan benar-benar menakutkan BN.
“Apabila bukan Melayu merasakan Umno akan kalah teruk dalam tsunami menentang parti itu dan Perdana Menteri Najib Razak, majoriti rakyat Malaysia akan mengambil peluang ini untuk melihat perubahan kerajaan yang pertama dalam sejarah Malaysia,” katanya.

APANDI HANYA TAKUT ALLAH...TERUS KELU LIDAH DAN LEMAH JARI-JEMARI DIBUATNYA!!

Kata Peguam Negara, Apandi Ali, tiada apa yang disembunyikannya berhubung penyiasatan mengenai skandal 1MDB.

Sehubungan itu, tambahnya, beliau tidak takut kepada sesiapa, termasuk Tun Mahathir Mohamad, tetapi hanya takut kepada Allah.

Menurut beliau, apa saja tindakannya sebagai Peguam Negara adalah berdasarkan fakta di dalam kertas siasatan dan tiada apa-apa yang disembunyikannya.

Apandi berkata demikian sebagai menolak gertakan Tun Mahathir yang mengatakan akan mendakwa Peguam Negara atas dakwaan menyembunyikan bukti skandal 1MDB sekiranya Pakatan Harapan memenangi pilihanraya umum akan datang.

"Kalau nak tahu Peguam Negara buat salah atau tidak, beri kemenangan kepada Pakatan Harapan," kata Tun Mahathir lagi.

Syukurlah kita akhirnya ada Peguam Negara yang tidak takut kepada sesiapa dalam menjalankan tugas, tetapi cuma takut kepada Allah semata-mata.

Dengan Tun Mahathir dia tak takut, tentunya dengan Najib Razak pun dia tak takut juga.

Oleh itu, saya tidak mampu memberi apa-apa ulasan lain lagi setelah membaca kenyataan Apandi kali ini, melainkan ingin mengucapkan syukur beberapa kali.

Syukur...syukur...syukur, selamat negara ada Peguam Negara seperti beliau.

Seperti kelu lidah dan lemah jari-jemari untuk terus menulis dengan panjang.

Tanya apa sahaja di forum ‘Nothing to Hide 2.0’, kata Dr M

Pengerusi PH memanjangkan undangan kepada saingnya dalam BN, Datuk Seri Najib Razak.
mahathir_nothing_600
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengundang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke perbincangan tentang bagaimana beliau memperkayakan anak-anaknya, serta bagaimana RM2.6 bilion boleh berada dalam akaun peribadi Najib.
Dr Mahathir berkata beliau dan Najib terlepas peluang membincangkan perkara itu di forum “Nothing to Hide” 2015, yang dibatalkan polis kerana sebab keselamatan.
“Kami boleh jawab semua dakwaan yang dibuat terhadap saya. Saya rasa ini platform terbaik untuk memberitahu perkara sebenar,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpina Perdana hari ini.
“Najib juga perlu hadir, dan jawab soalan atau lempar dakwaan terhadap saya.
“Jangan jadi macam forum ‘Nothing to Hide’, apabila dia tak hadir kononnya sebab tunjuk perasaan, tetapi sebenarnya tidak ada pun.”
Forum “Nothing to Hide 2.0” dijadualkan pada 13 Ogos di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam.
Beliau juga berkata mereka tidak perlu bimbang mengenai campurtangan polis sekiranya Najib menghadiri forum itu, memandangkan beliau seorang perdana menteri.
Forum pertama kali diumumkan Pemuda PPBM pada 11 Jun, sebagai saluran untuk Dr Mahathir menjelaskan isu yang dibangkitkan pihak tertentu, termasuk dakwaan mengenai kemewahan keluarganya.
Ketua Pemuda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi moderator, sementara soalan yang akan diajukan daripada media dan orang ramai, bagi memastikan keadilan dan ketelusan.
“Kita boleh bercakap mengenai sama ada saya curi wang, atau Najib. Kita beri dia peluang untuk bersihkan namanya yang telah dicemari di seluruh dunia,” kata Dr Mahathir.
“Kita akan siarkan forum itu ke seluruh dunia. Semua orang boleh tonton dan dengar. Saya mahu tanya mengenai kegagalan pentadbirannya, dan beberapa perkara lain yang menarik perhatian masyarakat.”

PMO umum anggota RCI siasat kerugian Bank Negara

Pengerusi Petronas dan seorang hakim adalah antara enam tokoh dilantik menganggotai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kes kerugian Bank Negara akibat urus niaga mata wang asing pada 1990-an lalu.
Dalam satu kenyataan hari ini Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata enam panel RCI yang dipilih itu ialah:
  • Tan Sri Mohd Sidek Hassan - Pengerusi Petronas
  • Datuk Kamaludin Md Said - hakim mahkamah tinggi
  • Datuk Seri Tajuddin Atan - Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad
  • Tan Sri Saw Choo Boon - Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
  • Pushpanathan S A Kanagarayar - anggota Institut Akauntan Malaysia, Ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia serta bekas rakan kongsi firma Ernst & Young
  • Datuk Dr Yusof Ismail - Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik, Kementerian Kewangan
Mohd Sidek dilantik sebagai pengerusi RCI berkenaan, manakala Yusof bertindak sebagai setiausaha.
Menurut PMO, pelantikan Mohd Sidek dan Saw dibuat bagi mewujudkan kesinambungan dalam isu berkenaan kerana mereka pernah menganggotai pasukan petugas khas mengenai perkara sama sebelum ini.
"Keanggotaan ahli-ahli lain adalah dibuat dengan mengambil kira kelayakan dan pengalaman mereka dalam bidang yang berkait rapat dengan siasatan yang akan dijalankan oleh suruhanjaya," kataya.
Kenyataan itu menyebut penubuhan RCI itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan siasatan dibuat mengikut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119), berkuat kuasa mulai 15 Julai lalu.
RCI itu, kata PMO, dikehendaki menyiapkan siasatan itu dalam tempoh tiga bulan.
Bidang tugas RCI itu pula termasuk menentukan kesahihan dakwaan kerugian akibat perdagangan mata wang asing yang dialami bank pusat itu pada 1990-an serta kesannya kepada ekonomi negara.
Tugas lain yang ditetapkan ialah:

Elaun Ditarik: Terengganu belum cadang bantu penuntut perguruan


Kerajaan negeri Terengganu belum bercadang membantu penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) negeri itu berhubung penarikan elaun bagi pelajar baharu ambilan Jun 2018 yang menyambung pengajian ke peringkat Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP).
IPG 2Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata setakat ini belum ada perbincangan oleh kerajaan negeri dan menyerahkan isu tersebut kepada Kementerian Pendidikan untuk diselesaikan.
"Isu ini belum sampai kepada kerajaan negeri dan kita belum ambil apa-apa tindakan lagi terutama bagi penuntut yang merupakan anak Terengganu. Isu seperti tidak cukup pembiayaan, peningkatan kos sara hidup bukan sahaja berlaku di IPG tetapi ia turut dirasai oleh pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di seluruh negara.
Mereka ini ditanggung pembiayaan oleh kementerian cuma tidak diberikan elaun berbanding pelajar-pelajar IPTA dan IPTS yang lain.
Kebanyakan mereka membuat pinjaman pendidikan dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan lain-lain agensi untuk meneruskan pengajian. Jadi kalau kita kira, perkara tersebut sudah agak istimewa berbanding pelajar institusi lain yang belajar sebab IPG kini sudah bertaraf pusat pengajian tinggi," katanya.
Beliau ditemui pemberita pada Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Jasamu Dikenang Yayasan Terengganu 2017 di Kuala Terengganu hari ini.
Turut hadir Pengarah Yayasan Terengganu Ishamudin Hashim.
Sebelum ini, Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata pelajar yang menyertai PPISMP di IPG bagi ambilan Jun 2017, akan terus menerima elaun sara hidup seperti yang diselaraskan mulai 1 Januari lalu iaitu RM430 sebulan dan belanja tambang pergi balik pada kadar maksimum RM500 sekali setahun sehingga tamat pengajian.
Walaupun tiada elaun diberi bagi pelajar PPISMP ambilan Jun 2018, yuran pengajian berjumlah RM27,831 ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan sepanjang tempoh pengajian selama empat tahun.

Ketakutan Pemimpin Umno@BN.....!!!

 Tidak selama2nya UMNO/BN akan kekal memerintah negara kerana satu hari nnti ia akan jatuh jua..

Apa akan jadi pada mereka, penyangak, perompak wang rakyat & khazanah negara jika ditakdirkan BN kalah dlm pilihanraya kelak ?? Tak kira PRU14, PRU15 atau seterusnya..

Pendidikan DIabaikan....Bermewah Dengan Harta Rakyat Tak Pe..!!!!

Renungkan bersama...

"Bersyukurlah dan jangan fitnah pemerintah untuk menumbangkan kerajaan sedia ada. Negara yang adil boleh runtuh jika rakyatnya tidak lagi mensyukuri nikmat," kata Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz (17/7/2017).

Anak-anak didik dilayan sebegini TETAPI PEMIMPIN NEGARA BAWA ANAK BINI SERTA MENANTU BERJOLI BERCUTI KE LUAR NEGARA GUNA HARTA KERAJAAN.. ADIL KAH INI ??!

KENAPA NAK SOROK DARIPADA PENGETAHUAN WARGA FELDA !!

Bila nak dekat PRU14 barulah nak umum berita gembira TETAPI pernahkah Najib umum tentang kerugian saham2 Felda/ FGV kepada warga peneroka FELDA ??!

Lagi berita buruk Bandar Malaysia

China membataskan pinjaman bank kepada Dalian Wanda Group yang berminat membangunkan Bandar Malaysia, tetapi berita itu menyebabkan saham Iskandar Waterfront City Bhd meningkat.
bandar-malaysia-wanda-group-the-wall-street-journal-1KUALA LUMPUR: Kemungkinan kejayaan projek bilion ringgit Bandar Malaysia kelihatan samar selepas China membataskan pinjaman kepada Dalian Wanda Group.
Wall Street Journal melaporkan pengawal selia China mengarahkan bank-bank besar di negara itu menahan pinjaman kepada Dalian Wanda Group, yang didekati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi membantu menyelamatkan projek tersebut.
Kini dengan terbatasnya kemudahan pinjaman mereka, Dalian Wanda Group mungkin tidak akan dapat terlibat dalam projek itu.
Menurut WSJ, pengawal selia perbankan China memberitahu para eksekutif di bank-bank besar milik negara bahawa 6 pemerolehan asing Wanda tertakluk kepada sekatan modal kerajaan.
Di samping itu, WSJ melaporkan kerajaan China menghalang syarikat tersebut menggunakan dana yang diletakkan di tanah besar China untuk membiayai sebarang urusjanji itu.
Laporan itu berkata ini mungkin menjadi sebab kepada keputusan mengejutkan syarikat tersebut minggu lalu untuk menjual kebanyakan taman tema dan hotel mereka kepada pemaju, Sunac China Holdings Ltd.
Sementara itu, The Sun yang melaporkan berita masalah yang dialami Dalian Wanda Group menyebabkan saham Iskandar Waterfront City Bhd (IWC) meningkat sebanyak 24% pada dagangan awal pagi.
IWC, yang akan bergabung dengan Iskandar Waterfront Holdings Bhd, rakan usaha sama sebelum ini dalam urusjanji untuk membeli 60% kepentingan di Bandar Malaysia dan pemaju induk yang ditamatkan, melihat dagangan yang kurang menarik selepas Najib terlebih dahulu mengumumkan Dalian Wnada mungkin berminat mengambil bahagian dalam projek Bandar Malaysia.

Mungkinkah usul RUU355 Hadi dibahas minggu depan?

Dewan Rakyat akan bersidang semula mulai Isnin depan dan agenda yang bakal menjadi tumpuan adalah usul Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau dikenali sebagai Rang Undang-Undang 355 (RUU355).
Bagaimanapun, usul tersebut disenaraikan sebagai perkara ke-10 dalam aturan urusan mesyuarat, selepas urusan-urusan kerajaan. Justeru persoalannya, apakah RUU355 akan dibahaskan kali ini atau ditunda sekali lagi?
Penyelidik parlimen veteran, Ooi Cheng berpendapat, usul tersebut sepatutnya sudah berada dalam peringkat perbahasan memandangkan, November lalu, ia disokong oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan.
"November lalu, Hadi dibenarkan membentangkan usul itu. Pada bulan April, bukan sahaja usul itu dibacakan dan dijelaskan, tetapi turut disokong.
"Usul yang disokong menjadi agenda Dewan Rakyat dan sama ada akan dibahaskan ditentukan oleh speaker," katanya kepada Malaysiakini.
Dalam situasi itu menurut Ooi, speaker mempunyai pilihan untuk merujuk kepada kerajaan mengenai keutamaan usul Abdul Hadi.
Katanya, sebagai alternatif speaker juga mempunyai pilihan dengan bergantung sepenuhnya kepada budi bicara sendiri sama ada mahu memberi keutamaan terhadap usul tersebut berbanding urusan kerajaan.
"Sebarang kekeliruan akan diputuskan speaker dan bukan oleh mana-mana anggota parlimen," katanya yang juga adalah pengarah eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU).
Pada 6April lalu, Abdul Hadi berjaya membentangkan usul RUU355 di parlimen bagaimanapun beliau meminta supaya sesi perbahasan usul tersebut ditangguhkan pada sesi akan datang.
Sementara itu, Sin Chew Daily melaporkan, anggota parlimen Marang itu kemungkinan diberi cuti daripada menghadiri sidang parlimen pada minggu depan kerana masih beristirehat selepas menjalani pembedahan jantung dan perkara itu dilihat bakal melambatkan perbahasan usul tersebut.
Tambah Ooi, sekiranya usul tersebut dibahaskan, Abdul Hadi perlu hadir pada peringkat perbahasan dan penggulungan.
"Jika beliau tidak dapat hadir, maka dia perlu minta penangguhan (bahas)," katanya.
Dalam perkembangan itu, setiausaha akhbar Abdul Hadi, Abdul Malik Abdul Razak mengesahkan bosnya tidak meminta cuti perubatan pada hari parlimen bersidang itu.
"Insya-Allah," katanya ketika ditanya sama ada Hadi akan menghadiri sidang Dewan Rakyat atau sebaliknya.

Lebih 200,000 daftar pemilih suku ke-2 tahun ini

SPR menerima permohonan tersebut yang terdiri daripada 157,373 pemilih baharu dan 56,745 untuk pertukaran alamat bahagian pilihanraya.
Abdul-Ghani-Salleh-daftar-pengundi-sprPUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sebanyak 214,118 permohonan sebagai pemilih dalam pendaftaran pemilihan suku ke-2 (April, Mei dan Jun) tahun ini (2017).
Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata permohonan pendaftaran sebagai pemilih itu terdiri daripada 157,373 pemilih baharu dan 56,745 permohonan untuk pertukaran alamat bahagian pilihan raya daripada pemilih yang sedia berdaftar dengan SPR.
Beliau berkata Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi Suku Tahun 2/2017 akan dipamerkan selama 14 hari mulai 19 Julai hingga 1 Ogos di 960 tempat pameran di seluruh negara selaras dengan kehendak Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.
“Sepanjang tempoh pameran berlangsung, pemohon yang memohon untuk mendaftar sebagai pemilih baharu atau menukar alamat bahagian pilihan raya pada April, Mei dan Jun 2017 dinasihatkan menyemak Rang DPT Suku Tahun 2/2017,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Abdul Ghani berkata SPR juga akan mempamerkan nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada Daftar Pemilih semasa tempoh pameran rang daftar pemilih tambahan itu.
“Antara asas SPR mengeluarkan nama pemilih berkenaan daripada Daftar Pemilih ialah kerana mereka ini didapati tidak berhak untuk terus kekal di dalam daftar pemilih atas sebab-sebab tertentu antaranya ialah meninggal dunia, melepas atau lucut hak warganegara,” katanya.
Bagi permohonan pendaftaran baharu, katanya, jika pemohon mendapati namanya tidak tersenarai di dalam Rang DPT tersebut, mereka boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B dan menyerahkannya kepada Pendaftar iaitu Pengarah Pilihan Raya Negeri bagi kawasan pendaftaran berkenaan pada waktu pejabat pada hari bekerja dalam tempoh pameran Rang DPT itu.
Bagi pemilih berdaftar di satu-satu bahagian pilihan raya yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang di dalam Rang DPT Suku Tahun 2/2017, boleh berbuat demikian dengan mengisi Borang C, katanya.
“Seorang pembantah boleh membantah tidak melebihi 20 orang selaras dengan Peraturan 15 (3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002,” katanya.
Beliau berkata bantahan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar iaitu Pengarah Pilihan Raya Negeri bagi kawasan pendaftaran yang berkenaan pada waktu pejabat pada hari bekerja dalam tempoh pameran rang daftar pemilih tambahan itu.

Gobind cabar Apandi: Tunjuk jejak dana RM2.6b

Anggota Parlimen Puchong mencabar Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendedahkan perjalanan wang yang menyokong dapatan pihak berkuasa bahawa dana bernilai RM2.6 bilion dalam akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak benar-benar suatu derma.
"Apa yang susah sangat nak buat begitu?" kata Gobind Singh Deo melalui mesej teks kepada Malaysiakini hari ini.
Gobind mengulas kenyataan dibuat Apandi bagi menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ceramahnya malam tadi.
Bekas perdana menteri itu mendakwa Apandi menyembunyikan bukti berkaitan skandal 1MDB yang dikaitkan dengan Najib.
Gobind yang juga ketua biro undang-undang DAP berkata, Apandi sepatutnya tahu benar mengenai asas prinsip keadilan ialah tiada seorang pun berhak membuat penghakiman dalam sesuatu isu jika ia melibatkan kepentingannya sendiri.
Guna OSA
Justeru kata Gobind pengisytiharan Apandi dalam kes-kes yang melibatkan tingkah lakunya sebagai peguam negara dipertikaikan, tidak banyak banyak memberi kesan.
"Untuk meyakinkan rakyat Apandi patut mendedahkan laporan yang menunjukkan laluan wang berkenaan sepenuhnya sebelum beliau membuat keputusan muktamad (membersihkan perdana menteri daripada salah laku).
"Laporan itu mesti dibentangkan di parlimen dan terbuka kepada orang awam," katanya.
Kata Gobind Apandi perlu berani menyahut cabarannya itu.
"Lagi pun, seperti yang dikatakannya, beliau tidak melakukan sebarang kesalahan atau ada menyembunyikan sesuatu," katanya.
Bercakap dalam majlis ceramah Pakatan Harapan di Shah Alam malam tadi, Dr Mahathir berkata, jika gabungan itu berjaya menguasai Putrajaya mereka akan memanggil Apandi untuk disoal berhubung penggunaan Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk siasatan skandal 1MDB.
Bagaimanapun Apandi berkata apa yang dilakukannya sebagai peguam negara dalam siasatan itu dibuat berdasarkan kepada fakta yang terkandung di dalam kertas siasatan.
"Tiada apa untuk disembunyikan," kata Apandi kepada Malaysiakini.
Pada Januari tahun lalu Apandi membebaskan Najib daripada sebarang salah laku berhubung kewujudan dana RM2.6 bilion - didakwa sumbangan derma daripada hartawan Arab - dalam akaun peribadi perdana menteri itu.
Apandi juga mendapati Najib tidak terbabit dalam sebarang salah laku dalam isu bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
Beliau juga menafikan dakwaan Jabatan Kehakiman AS yang mendakwa dana 1MDB diselewengkan.

Kita bukan menentang PKR tapi Umno, kata akar umbi PAS


Kita bukan menentang PKR tapi Umno, kata akar umbi PAS
PAS Bahagian Permatang Pauh melancarkan jentera pilihan raya pada kawasan yang sinonim dengan Anwar Ibrahim.
PADA pilihan raya umum akan datang, besar kemungkinan PAS akan kembali bertanding di kerusi Parlimen dan negeri yang sebelum ini diberikan kepada bekas sekutunya PKR.
Antara kerusi yang akan menyaksikan pertembungan antara PAS dan PKR adalah kerusi Parlimen Permatang Pauh – yang merupakan “kerusi tambatan” PKR yang sinonim dengan pemimpinnya yang dipenjarakan, Anwar Ibrahim.
Dalam beberapa siri pilihan raya sebelum ini, PAS membantu kempen PKR untuk memenangi pengundi Melayu – yang menjadi 70% pengundi terutama di kawasan luar bandar dan pinggir bandar di Penanti, Permatang Pasir dan Seberang Jaya – dan mengekalkan kubu kuat PKR.
Dengan pakatan pembangkang Pakatan Rakyat dan kerjasama politik PAS-PKR yang kedua-duanya sudah tiada, PAS buat pertama kalinya dalam tempoh beberapa tahun berkempen untuk kemenangannya sendiri menentang bekas rakan sekutunya di Permatang Pauh.
Walau bagaimana sekalipun dilihat orang luar, akar umbi PAS di Permatang Pauh tidak menganggap PKR sebagai musuh. Pada segelintir mereka, PKR bukan tandingan PAS untuk dirisaukan
Umno adalah musuh, bukan PAS
Ahli PAS Bahagian Permatang Pauh dari cawangan Jalan Baru Seberang Jaya, Mansor Che Dan berkata tiada apa yang pelik mengenai partinya dan PKR.
“Ya kita pernah bekerjasama dengan bekas sekutu, dan kini kita bukan dalam pakatan yang sama. Namun musuh PAS tetap Umno,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Seorang lagi ahli PAS, Fauzi Embi turut berkongsi pandangan Mansor dan berkata: “Kami bukan rakan kepada PKR, namun ia tidak bermaksud PKR adalah musuh kami.”
Katanya, Parlimen Permatang Pauh secara tradisinya ditandingi oleh PAS untuk menentang Umno.
“Ia mungkin mencabar, tapi saya pasti PAS mampu lakukannya. Parti ini sudah bersedia. Kerja di lapangan sudah pun dimulakan,” katanya.
Sentimen mereka menggambarkan pertahanan kepimpinan PAS terhadap tuduhan parti itu menyokong Umno dan menjadikan pertembungan tiga penjuru untuk memecah undi dalam sokongan terhadap Barisan Nasional.
Ahad lalu, PAS Permatang Pauh melancarkan jentera pilihan rayanya di Kubang Semang, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad memberitahu kepada masyarakat berhubung pendirian parti Islam itu yang masih dalam blok pembangkang.
Pengarah pilihanraya PAS Permatang Pauh Amir Hamzah truut mengesahkan perjuangan untuk memenangi kerusi adalah bagi menentang Umno, bukan bekas sekutunya PKR.
“Pertandingan ini adalah dengan Umno. Itu hasil kaji selidik yang dibuat di lapangan. Nama Anwar mungkin berpengaruh di kawasan ini, tapi beliau dalam penjara,” katanya merujuk kepada hukuman penjara lima tahun Anwar berhubung kes liwat.
Kelebihan jentera terhadap PKR
Pimpinan PAS turut menyebut PKR dalam Pakatan Harapan kekurangan jentera untuk menembusi kawasan Melayu di luar bandar bagi mendapatkan sokongan.
Umum mengetahui kekuatan parti seperti PAS dan BN bergantung kepada undi luar bandar untuk memenangi pilihan raya.
Mansor merujuk kepada kemampuan BN untuk mengurangkan majoriti PKR pada pilihanraya kecil Permatang Pauh yang dimenangi oleh isteri Anwar sekali presiden PKR dan PH Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Katanya tiada masalah untuk parti Islam itu bertanding di Permatang Pauh, kerana ia memiliki banyak pengalaman berkempen dan atur gerak jentera pada pilihanraya lalu – sama ada untuk mereka atau PKR.
“Sebelum wujudnya PR, PAS sudah bertanding di kawasan itu. Kita turut menentang Anwar ketika beliau dalam Umno. Kami akan berdepan dengan mana-mana calon dari parti lain. Tidak mengapa.
“Tidak seperti parti lain, PAS aktif di lapangan dan sentiasa bertemu pengundi menerusi program bantuan, bukan hanya pada pilihan raya sahaja,” katanya.
Tambah Mansor, semangat komuniti sangat kuat dalam kalangan ahli PAS dan penyokong untuk membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira fahaman politik dan mereka inilah yang akan menilai parti politik dan calon.
Ia apa yang akar umbi PAS mahu

Mahathir Cabar Najib Bersemuka DI NOTHING TO HIDE 2.0

'Terima kasihlah' Najib, kata Nurul Izzah

Azmin dakwa Umno rampas pelancaran MRT

Skandal 1MDB: Tak gentar Tun M, hanya takut pada Allah kata AG

'Dia boleh sindir apa pun tapi jawab dulu isu 1MDB' - Kak Wan

Saya 'top dog' HARAPAN, kata Tun M

Kalau tak ada BN, mati lah kita?

Ramai sahabat saya yang baik, masuk politik, atau lebih tepat lagi, masuk parti politik. Sering juga kami berbeza pendapat dalam banyak hal, saya pula, sebagai orang yang berada di luar, sering sahaja menghamburkan kritikan. Dan iya, menghamburkan kritikan itu adalah perkara paling mudah, sedang yang bekerja di bawah(grass roots) yang benar-benar faham akan kepayahan sebenar.
Dalam pada kritikan saya lemparkan, dalam diam-diam, saya meletakkan harapan yang besar pada mereka. Mereka orang-orang baik yang berprinsip. Saya doakan agar mereka kekal sebagai orang baik dan berprinsip. Tidak perlu saya nyatakan nama, mereka kenal siapa mereka.
Ramai pula yang masuk parti politik, kononnya untuk membawa perubahan dalam negara. Bertahun sudah, tidak ada perubahan yang berlaku, sedang merekalah yang berubah. Saya tidak salahkan mereka, mungkin hari-hari mereka termimpi-mimpi, mahu jadi YB!
Melayu dan semangat Merdeka
Ketika membicarakan berkenaan organisasi-organisasi Melayu sekitar 30-an, dalam bukunya ‘Ke Mana Nasionalisme Melayu?’, Rustam A. Sani menyatakan, “Gerakan-gerakan itu tidak anti-kolonial sifatnya, kerana menentang pemerintahan kolonial (pada masa itu) tidaklah dipersepsikan sebagai berlainan daripada menentang pemerintahan Raja-raja Melayu sendiri”.
Begitulah tingginya kedudukan kolonial British pada ketika itu, sehingga tahap mengkritik kolonial British dianggap sebagai mengkritik Raja-raja Melayu. Maka tidak salah untuk saya katakan, orang Melayu ketika itu, rata-ratanya tidak mahu, malah tidak pernah terfikir pun untuk Merdeka.
Namun hal ini terjadi secara organik, dan meletakkan kesalahan sepenuhnya ke atas orang Melayu itu sendiri adalah satu kesilapan besar. Tanah Melayu telah terjajah selama ratusan tahun, sehingga ianya seakan-akan telah sebati dengan budaya masyarakat.
Ada satu perkataan yang dapat menggambarkan keadaan ketika itu, yakni ‘selesa’. Keselesaan itulah yang membuatkan rata-rata orang Melayu takut, dan tidak mahu untuk membuat perubahan. Orang Melayu tidak yakin, bahawa penduduk Tanah Melayu dapat mentadbir sendiri, tanpa bantuan daripada segala kelengkapan yang disediakan pihak British.
Hal ini (organisasi yang tidak bersifat anti-kolonial) berterusan, sehinggalah tertubuhnya Kesatuan Melayu Muda, pada tanggal 1938, yang diasaskan oleh seorang guru muda berusia 28 tahun, Ibrahim Yaakob, bersama-sama dengan kaum pelajar dari Maktab Perguruan Sultan Idris (kini UPSI), berserta segelintir inteligensia Melayu yang berkongsi cita-cita, iaitu merdeka.
KMM merupakan pertubuhan politik kebangsaan pertama di Tanah Melayu, yang berperanan besar memperbaharui semangat kemerdekaan rakyat melawan penjajah, terutamanya di kalangan orang Melayu.
Walaupun pergerakan menuntut kemerdekaan mula tumbuh, namun pemikiran bahawa ‘orang Melayu akan mundur tanpa British’ ini tetap menebal dalam kalangan masyarakat.
Yahya Nasim, bekas Timbalan Bendahari Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), dalam temubual yang disiarkan dalam dokumentari 10 Tahun Sebelum Merdeka, katanya, “Bila kita cakap merdeka ni, masyarakat kita itu setengahnya takut, setengahnya benci, dia kata apa bendanya merdeka itu pada dia?”.
Majid Salleh, bekas Presiden Kesatuan Buruh Johor, dalam dokumentari yang sama, katanya, “Awak ni dah gila? Nak merdeka awak ni tak tahu awak ni siapa? Orang Melayu ni siapa? Tak tahu orang putih kapal terbang ada, kapal laut ada, kapal selam ada, itu nak kita lawan? Itulah suara (penentangan) yang kita dengar”.
Agama
Pemerintahanan kolonial juga, telah disokong oleh Raja-raja Melayu, yang telah menggunakan ulama-ulama kolot kaum tua untuk menjustifikasikan tindakan mereka. Agama telah digunakan supaya mereka terus kekal berkuasa, dan rakyat pula terus tunduk tanpa sebarang penentangan.
Dalam bukunya bertajuk ‘Ayahku’, Prof Hamka menulis,“…tidak hairan, sebab feudalisme raja-raja di sana (Tanah Melayu) sebagai raja Islam, bersandar kepada ulama kolot yang mengutamakan taklid kepada ulama supaya rakyat taat kepada ulama, ertinya kepada raja, erti kepada Inggeris!”.
Golongan ulama kaum tua ketika itu sangat berkuasa. Rakyat pula, rata-rata tidak berani mempersoalkan segala tindak tanduk mereka. Tulis Hamka lagi, memetik kata-kata ayahnya, “Menjadi mufti dalam kerajaan-kerajaan melayu itu sangatlah megahnya. Memakai pakaian rasmi yang pakai polet, berpisang sesikat di bahu, jubah berukir-ukir benang emas, dan serban dari sutera dan berkereta sendiri. Rakyat pun sangat takut dan taat, sisanya dimakan, sepah sirihnya dikunyah, dan kalau beliau ingin hendak kahwin bismillah”.
Makanya menggunakan agama ini untuk terus berkuasa bukanlah perkara baru. Jika diteliti dan dikaji, skripnya hampir sama, seperti kitaran roda yang tidak bergerak.
Kedatangan Jepun
Tentera Maharaja Jepun telah berjaya menjajah Tanah Melayu sepenuhnya pada 31 Januari 1942. Mereka bergerak dengan sangat pantas, selepas serangan pertama dilancarkan pada 8 Disember 1941.
Ini adalah pertama kali, dalam tempoh yang begitu panjang, pentadbiran kerajaan bertukar.
Perlu untuk dijelaskan, serta ditekankan bahawa, kedatangan Jepun itu tidak membawa kebaikan kepada rakyat Tanah Melayu. Makanan dicatu, gadis dirogol, malah jumlah rakyat yang dibunuh tidak terkira banyaknya. Ini adalah perkara penting yang mesti diingatkan.
Namun ada satu perkara yang berlaku, yang saya kira lebih besar nilainya daripada perubahan yang bersifat lahiriah, atau perubahan yang dapat dilihat dengan mata kasar, yakni ‘perubahan mentaliti’. Masyarakat mula sedar, bahawa mereka mampu untuk terus hidup, walaupun selepas ketiadaan British.
Yahya Nasim, dalam temubual yang sama yang disiarkan dalam dokumentari 10 Tahun Sebelum Merdeka, katanya,“Perang Jepun itu banyak mengubah fikiran kita, rupanya kalau tak ada orang putih ni pun boleh, dulu dia (rakyat) terfikir kalau tidak ada orang putih ni mati kita. Bila Jepun memerintah 3 tahun 8 bulan, kita fikir tidak ada orang putih pun boleh juga”.
Katanya lagi, “ia (perang Jepun) menginsafkan Rakyat. Itu yang orang putih sangat takut. Menginsafkan rakyat ini, bahawasanya, kita punya tanah air, kita punya. Dia datang menjajah, kita mesti suruh dia balik”.
Hari ini
Sejak pilihan raya yang pertama, pada tanggal 1955, sehinggalah tahun 2017, Malaya (kini Malaysia) telah diperintah oleh kerajaan yang sama, kerajaan Barisan Nasional (dulu Parti Perikatan).
Mentaliti masyarakat hari ini, dengan masyarakat pada tahun 30-an dan sebelumnya, tidak jauh bezanya. Mereka sudah terlalu lama diperintah kerajaan yang sama, makanya mereka sudah ‘selesa’. Mereka takut, dan tak mahu perubahan.
Ratibnya sama, kalau dulu, ‘kalau tak ada British mati kita’, sama lah sekarang, ‘kalau tak ada BN mati kita’. Maka inilah penyakit sebenar yang melanda masyarakat.
Hal ini telah dipergunakan dengan baik oleh pemerintah. Apapun yang mereka lakukan, mereka tahu bahawa masyarakat takut akan perubahan, maka undi tetap pada mereka.
Namun suka untuk saya ungkapkan kata-kata Ibn Khaldun, dalam karya agungnya Mukaddimah, “Pada permulaan sebuah empayar, kadar cukainya rendah dan pendapatannya tinggi. Pada penghujung sebuah empayar, kadar cukainya tinggi dan pendapatannya rendah”.
Semua tahu, kita sudah berada di tahap mana.
Siapa patut jadi peneraju perubahan

Jadi menteri pun Kit Siang tak mahu, apatah lagi jadi PM – Tun Mahathir

SHAH ALAM, 18 JUL: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang telah berkali-kali menegaskan bahawa beliau tidak berminat untuk menerajui negara sebagai perdana menteri seperti yang dituduh mesin propaganda UMNO-Barisan Nasional (BN).
Pengakuan itu diperkuatkan lagi dengan pendedahan Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN), Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Ahli Parlimen Gelang Patah itu pernah menolak jawatan menteri yang ditawarkan semasa era pemerintahan Tun Abdul Razak.
Malah, DAP ketika itu juga, katanya, pernah dipelawa untuk menyertai BN.
“(Datuk Seri) Najib (Razak) kata kalau UMNO jatuh, Kit Siang jadi perdana menteri. Sebenarnya, Kit Siang boleh jadi menteri lama dah,” kata bekas perdana menteri itu dalam ceramah perdana HARAPAN di IDCC dekat sini, semalam.
“Tahun 69, bila Tun Razak cuba nak tubuh Barisan Nasional, parti DAP dijemput, bukan sahaja dia jemput Gerakan, bukannya sahaja dia jemput SUPP (Parti Rakyat Bersatu Sarawak), parti DAP pun dijemput.
“Tapi kalau Kit Siang nak jadi menteri, dia join lah. Siapa yang semua join dapat jadi menteri, tapi dia tak ingin nak jadi menteri pun, apatah lagi nak jadi perdana menteri.”
Pemimpin UMNO sebelum ini menyerang Kit Siang dengan pelbagai tohmahan kononnya pemimpin veteran DAP itu menginginkan jawatan perdana menteri bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi kaum Melayu.

Biar pengguna tentukan sama ada MRT bertaraf dunia, Najib tak perlu syok sendiri

Pengguna yang sepatutnya menentukan sama ada sistem Transit Aliran Massa (MRT) yang dilancarkan kerajaan semalam, benar-benar setanding negara maju lain seperti yang digembar-gemburkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Justeru, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata, pihak berkaitan dicadangkan untuk melaksanakan tinjauan secara bulanan atau tahunan bagi mengenal pasti tahap kepuasan sebenar pelanggan terhadap perkhidmatan sistem tersebut.
“Biar pengguna sendiri yang menentukan sama ada ia (MRT) benar-benar satu sistem pengangkutan yang terbaik atau tidak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Najib seperti dilaporkan media semasa pelancaran MRT laluan Sungai Buloh-Kajang, semalam, mendakwa perkhidmatan MRT di Malaysia adalah lebih baik daripada negara maju lain berdasarkan komen yang diterimanya.
Lip Eng yang juga Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan bagaimanapun mempersoalkan apakah asas yang digunakan Najib untuk membuat perbandingan tersebut.
“Siapakah individu atau pakar yang dirujuk Najib sehingga ada pendapat yang mengatakan bahawa MRT kita lebih baik daripada New York, London, Hong Kong dan Singapura?
“Mungkin Najib minta pandangan (Datin Seri) Rosmah (Mansor) sebelum pelancaran semalam agaknya?” katanya sinis.
Mengulas mengenai perkara berkaitan, Lip Eng berkata, syarikat perkhidmatan pengangkutan awam negara ini harus mencontohi syarikat perkhidmatan sama di negara maju lain dengan mengalakkan pengguna memilik pas bulanan yang mempunyai kelebihan seperti diskaun.
“(Di negara lain) diskaun diberikan kepada warga emas, pelajar, orang kelainan upaya dan pengguna di luar waktu tidak sibuk (off-peak),” katanya.
Katanya lagi, untuk mengalakkan orang ramai menggunakan MRT berbanding kenderaan persendirian, kerajaan seharusnya menawarkan pelbagai jenis pas perjalanan dengan potongan harga yang berbeza mengikut kategori termasuk pelancong asing.
“Mungkin dengan inisiatif tersebut Malaysia dapat menempa nama sebagai penyedia perkhidmatan MRT dengan pas perjalanan yang termurah di dunia?” katanya.

'Jika mahu, Kit Siang boleh jadi menteri di era Tun Razak'

Tun Dr Mahathir Mohamad menolak kempen bahawa pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang akan menjadi perdana menteri jika pembangkang menawan Putrajaya.
Mempertahankan musuh yang menjadi sekutu baru, Mahathir mengingatkan bahawa Lim pernah menolak peluang menjadi menteri bawah pentadbiran Tun Abdul Razak Hussein.
Mahathir berkata, selepas tahun 1969, tidak hanya Gerakan dan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), BN juga telah mengundang DAP untuk menyertai gabungan itu.
“Jika Lim mahu jadi menteri, dia dah masuk (BN), yang masuk semua jadi menteri.
“Tetapi dia tidak mahu jadi menteri, apatah lagi perdana menteri,” kata Mahathir dalam ceramah di Shah Alam malam tadi.
Razak mengundang parti-parti pembangkang menyertai Perikatan, antaranya untuk meredakan ketegangan kaum.

Gabungan itu kemudian membentuk BN pada 1973.

SELANGOR DIGESA JANGAN SAMPAI HILANG MOMENTUM PAKATAN HARAPAN

CERAMAH kedua Pakatan Harapan (PH) di Shah Alam semalam dalam program jelajah seluruh negara mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mempamerkan tenaga dan perpaduan terbaik pakatan itu dalam usaha menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Ketika menghuraikan isu yang sangat kompleks, iaitu 1MDB mereka saling cuit mencuit dan bergurau senda dalam menyampaikan mesej masing-masing menyebabkan penonton amat senang dan ceria.
Namun di sebalik keceriaan dan tenaga yang ditunjukkan, penyokong PH yang ditemui menyatakan rasa bimbang mereka terhadap momentum dan sokongan, terutamanya selepas pengumuman barisan kepimpinan PH yang diketuai Dr Mahathir Mohamad.
“Momentum ini perlu dikekalkan di seluruh negara dan pastikan tidak ada yang cuba lari dari laluan kesepakatan ini khasnya di Selangor,” kata penyokong PH dari Ampang, Mohamad Hafizul Rahman ketika ditemui selepas ceramah PH malam tadi.
Beliau merujuk kepada ketidakseragaman tindakan yang berlaku di Selangor sekarang apabila pimpinan negeri itu khasnya dari PKR yang masih mahu bersama dengan PAS ketika pucuk pimpinan utama parti dalam PH dilihat sangat kompak.
Hafizul berkata pimpinan Selangor khasnya menteri besar Mohamed Azmin Ali perlu bertegas untuk bersama-sama dengan momentum yang ditunjukkan malam tadi di kalangan pimpinan Bersatu, DAP, Amanah dan juga PKR.
“Saya bimbang jika Azmin masih teragak-agak dan membuat tindakan yang bukan-bukan beliau akan tertinggal nanti,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Azmin dan penyokong dilihat masih teragak-agak sama ada mahu bersama dengan PH atau bersama dengan PAS ketika parti itu secara terang-terangan menolak PKR dalam muktamar mereka dan disahkan Majlis Syura Ulamak, badan tertinggi dalam PAS.
Malam tadi Dr Mahathir Mohamad, Mohamad Sabu, Lim Kit Siang, Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli berkongsi pentas ceramah PH di Shah Alam dalam majlis penerangan isu skandal 1MDB yang dipengerusikan Ahli Parlimen Shah Alam juga Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad.
Ia program pertama di Selangor selepas pembentukan rasmi barisan kepimpinan PH yang menyaksikan Anwar Ibrahim dilantik sebagai Ketua Umum, Dr Mahathir sebagai pengerusi dan Wan Azizah Ismail sebagai presiden gabungan PH itu.

HUBUNGAN TUN MAHATHIR-ANWAR TIDAK PERLU DIPERSOAL LAGI


Pendirian bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu dipersoalkan lagi memandangkan kedua-dua pihak sudah berdamai.
Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, satu Malaysia sudah jelas dan  menerima hubungan baik antara Mahathir dan Anwar, dan perkara ini juga disambung baik oleh keluarga masing-masing.
“Semua pihak dah tengok Mahathir dah bersalam dengan Anwar, lagipun semua pihak dah dengar kenyataan keluarga Anwar untuk tidak mengenang barang yang lepas.
“Kemudian Mahathir dipilih menjadi Pengerusi Pakatan Harapan juga dengan persetujuan Anwar, manakala Anwar jadi ketua umum,  juga dengan persetujuan Mahathir, yang tidak jelas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan konco-konconya sahaja,” katanya.
Beliau berkata, Najib dan koncu-konconya takut dengan penggemblengan tenaga antara Mahathir dan Anwar.
“Najib mengharapkan kerjasama dan hubungan erat ini tidak dapat dapat dipulihkan kerana beliau tahu gandingan Mahathir dan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan kuat, lagipun kami yakin boleh  menggoncang Najib daripada tampuk pemerintahnya,” katanya.
Kelmarin, Perdana Menteri berkata, Mahathir perlu menjelaskan beberapa persoalan kepada rakyat terutama soal pendiriannya terhadap Anwar yang didakwa melakukan perbuatan di luar tabii pada 1998.
Najib berkata, semua itu menjadi persoalan besar rakyat, sama ada tuduhan itu tidak betul pada asasnya ataupun beliau sanggup berkorban prinsip lamanya demi politik.
Kamarudin berkata, persoalan itu sebenarnya bukan ditimbulkan oleh rakyat sebaliknya oleh Najib kerana bimbang Pakatan Harapan akan bertambah kuat.

Bolehkah Dr M cetuskan Tsunami Melayu?

Adakah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mampu mencetuskan Tsunami Melayu kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) pada pilihan raya umum akan datang?
Walaupun penyokong parti itu optimis mengenai peluang HARAPAN, namun mereka masih ragu-ragu mengenai sebesar manakah "gelombang" yang dapat dihasilkan oleh Mahathir dan BERSATU.
Malaysiakini menemui beberapa individu yang menghadiri ceramah HARAPAN di Shah Alam malam tadi.
Megat Fariz, 42, lebih yakin dengan tsunami berkenaan dengan meramalkan sekurang-kurangnya 75 peratus pengundi Melayu akan berpindah kepada HARAPAN atas faktor Mahathir.
"Orang ramai takut menyokong pembangkang, tetapi dengan kehadiran Mahathir mereka akan sokong (HARAPAN)," katanya.
Bagaimanapun, individu lain pada majlis itu agak lebih berhati-hati.
"Kemungkinan tu ada, tapi saya tak berani mengatakan kerana saya tak mahu terlalu yakin," kata Johari Rosli.
Begitu juga, Vincent Ong yang turut menunjukkan keraguannya.
"Untuk mengatakan akan ada tsunami, saya tidak pasti, tetapi saya percaya akan ada suara undi Melayu untuk HARAPAN.
"Mungkin Mahathir mampu menarik sokongan orang Melayu terutama di Kedah, Perak dan mungkin di Johor," katanya.

'Tsunami Melayu' untuk takutkan Cina, kata pemuda MCA

Pada dua pilihan raya umum yang lalu, pengundi Cina kebanyakannya cenderung bersama pembangkang. Bagaimanapun sesetengah pihak mendakwa perkara itu kini tidak lagi berlaku kerana masalah yang melanda pembangkang.
Masyarakat Cina juga dikatakan kecewa apabila pembangkang bekerjasama dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memandangkan tindakan-tindakannya pada masa lalu dan ucapannya terhadap kaum Cina.
Dua pilihan raya lalu menyaksikan BN dan Umno masih menguasai sokongan besar di kalangan pengundi Melayu, terutama di kawasan luar bandar. Namun pembangkang kini mendakwa pilihan raya umum akan datang akan menyaksikan 'Tsunami Melayu'.
Bagaimanapun, Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon mendakwa pembangkang hanya menjual janji ini kerana bimbang pengundi Cina kembali kepada BN.
"Ini terbukti dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar serta tinjauan yang dijalankan oleh MCA dan DAP," katanya dipetik oleh The Star.
Chong mendakwa ini merupakan cubaan untuk menakutkan pengundi Cina dengan menyertai orang Melayu yang tidak berpuas hati dan menterjemahkan undi mereka bagi menukar kerajaan sedia ada.
Menurut pemimpin Pemuda MCA itu, tinjauan bulanan yang dijalankan oleh partinya selama dua tahun terakhir menunjukkan purata 35 peratus pengundi Cina kini menyokong BN.
"Pada 2013, ia hanya antara 15 peratus dan 20 peratus. Malah DAP tahu perkara ini dari tinjauan yang mereka lakukan dan bimbang, jadi timbul Tsunami Melayu," katanya.
Chong menyifatkan penurunan sokongan kaum Cina terhadap pembangkang adalah disebabkan 'kompromi' DAP berikutan kematian pengerusinya, Karpal Singh.
"Pada masa itu, tongkat utama mereka adalah mendiang Karpal. Dengan kematiannya, DAP berkompromi dengan nilainya sendiri dan bersedia bekerja dengan orang seperti Mahathir," katanya.

Warisan: Kenapa perlu cukai pelancongan, jika GST penyelamat ekonomi

Parti Warisan Sabah menggesa menteri pelancongan dan kebudayaan bertindak terhadap dakwaan berhubung Lembaga Pelancongan Malaysia mengalami defisit RM250 juta.
Junz-Wong-nazri-aziz-tourism-hotel-checkin-1
Parti Warisan Sabah (Warisan) berkata, kenyataan terbaru Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz berhubung cukai pelancongan menimbulkan lebih banyak persoalan berbanding jawapan.
Semalam, Nazri berkata, cukai pelancongan itu bertujuan menampung defisit dalam belanjawan kementerian untuk promosi kerana pengurangan perbelanjaan promosi secara mendadak daripada RM200 juta kepada RM110 juta tahun ini.
Nazri berkata, penyusutan nilai ringgit turut menjadikan usaha mempromosi Malaysia lebih mahal di luar negara.
“Dua tahun lalu, apabila ringgit jatuh ke tahap terendah dalam tempoh 17 tahun, Nazri berkata penyusutan nilai ringgit baik untuk sektor pelancongan.
“Sekarang, beliau menyalahkan penyusutan nilai ringgit untuk kos lebih tinggi mempromosi pelancongan di luar negara,” kata Naib Presiden Warisan, Junz Wong kepada FMT.
Beliau merujuk kenyataan kontroversi Nazri pada 2015 yang penyusutan nilai ringgit memanfaatkan sektor pelancongan kerana ia menjadikan Malaysia lebih mampu dikunjungi oleh warga asing.
“Jika penyusutan nilai ringgit bermakna kerajaan perlu membayar lebih untuk mempromosi pelancongan di luar negara, mungkin Nazri perlu tunjukkan contoh dengan mengurangkan lawatan ke luar negara kerana ini turut menjadikan ia lebih mahal dengan penyusutan nilai ringgit,” kata Wong.
Beliau juga hairan kenapa kementerian itu perlu memperkenalkan cukai pelancongan untuk menampung pengurangan bajet pengiklanan, sedangkan Putrajaya pernah memuji cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai “penyelamat” ekonomi kerana berjaya meraih RM59.72 bilion setakat November lalu.
“Nazri kata belanjawan kementerian itu dikurangkan daripada RM200 juta kepada RM110 juta. Itu defisit sebanyak RM90 juta.
“RM90 juta jumlah kecil jika dibandingkan berbilion ringgit yang dikutip menerusi GST. Tidak bolehkah Nazri meminta lebih banyak dana dan bukannya mengenakan cukai baharu? Bagaimanakah berbilion ringgit yang dikumpul dalam GST digunakan?”
Wong berharap Nazri tidak membayangkan kerajaan tidak mempunyai wang kerana itu amat membimbangkan.
Adun Likas itu berkata, Nazri perlu menjelaskan mengapa kerajaan perlu memperkenalkan cukai membebankan hanya untuk menampung RM90 juta.
“Nazri kata cukai pelancongan mampu membrei kutipan RM654.62 juta jika kadar penginapan semalaman mencapai 60% untuk keseluruhan 11 juta bilik hotel di negara ini.
“Jika pemotongan bajet pengiklanan kementerian itu hanya RM90 juta, mengapa ia memerlukan lebih RM500 juta? Bagaimanakah pendapatan tambahan ini dibelanjakan?”

Shazni mengaku tidak bersalah kunci pagar SPR


Shazni Munir mahkamah majistret
Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Shazni Munir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas tuduhan menyebabkan kegusaran awam di bangunan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Mei lalu.
Shazni (berkaca mata) dituduh melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan kerana mengganggu ketenteraman awam dengan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM400.
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan Shazni diikat jamin RM800 dengan seorang penjamin.
Terdahulu, timbalan pendakwa raya, Izzat Fauzan memohon mahkamah menetapkan ikat jamin RM5,000 tetapi peguam tertuduh, Syahredzan Johan memohon mahkamah mempertimbangkannya kerana ia bukan kesalahan serius.
“Denda maksimum untuk kesalahan ini hanyalah RM400, jadi untuk pihak pendakwaan meminta RM5,000 adalah tidak berkadar dengan hukuman maksimum.
“Shazni juga adalah aktivis politik, maka risiko untuknya melarikan diri tidak ada. Kami merasakan jaminan sebanyak RM500 hingga RM800 (memadai), memandangkan latar belakangnya dan juga kes,” katanya.
Pada 23 Mei lalu, Pemuda Pakatan Harapan mengunci pintu pagar ibu pejabat SPR di Putrajaya sebagai simbolik bantahan selepas suruhanjaya itu enggan menerima memorandum mereka.
Memorandum itu bertujuan menggesa SPR menarik balik larangan pengedaran salinan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) kepada parti politik seperti diumumkan Setiausaha SPR, Abdul Ghani Salleh pada 26 April lalu.
Susulan itu, Shazni direman empat hari bagi membantu siasatan kes itu.

INILAH YANG DIKATA LEBIH UMNO DARIPADA UMNO

Wah…wah…wah…hebatnya Nik Abduh Nik Aziz sekarang ini.
Kata beliau, rakyat tidak harus membelakangkan pemerintah dengan mendengar hasutan yang memfitnah pemimpin.
“Mereka berjaya menyebarkan ketidakpuasan melalui fitnah dan pembohongan sehingga tidak lagi mensyukuri nikmat keharmonian sedia ada,” demikian antara kata-katanya.
Apa yang fitnahnya terhadap pemimpin dan pemerintah?
Adakah 1MDB itu suatu fitnah? Apakah Jho Low yang merupakan dalang mencuri duit suatu 1MDB fitnah?
Adakah wang RM2,600 juta dalam akuan bank Najib Razak juga fitnah? Adakah anak tiri Najib membeli apartment mewah ratusan juta ringgit di New York dan London suatu fitnah?
Adakah keluarga Najib bermewah, membazir dan membeli-belah di sana-sini fitnah? Adakah isteri Malaysian Official 1 menerima hadiah barang kemas, termasuk rantai dan loket berwarna merah jambu dengan jumlah keseluruhan RM128 juta juga suatu fitnah?
Tidak syak lagi, kenyataan ini tentunya, bukan saja amat menggembirakan Najib, tetapi juga semua pemimpin UMNO yang lain.
Pemimpin UMNO ketika ini pun ada yang segan-segan untuk bercakap sedemikian rupa lantaran mereka tahu hakikat yang sebenarnya mengenai Najib dan kerajaan, cuma ramai yang bertahan kerana jawatan, kedudukan, wang dan semata-mata “cari makan”.

Adakah Nik Abduh juga seorang yang “cari makan” atau sebagai pemimpin Pas yang hari-hari bercakap tentang Islam dan Al-Quran, beliau merasakan ada pahala dengan berkata demikian?
Di sebalik Pas masih mengatakan UMNO musuh mereka dan mereka mendakwa kononnya tetap dengan perjuangan untuk menumbangkan UMNO, kata-kata pemimpinnya jelas “lebih UMNO daripada UMNO”.
Di ketika ramai orang UMNO tidak lagi bersama UMNO atau jadi kurang UMNO, Nik Abduh dan sebahagian lagi pimpinan Pas sebaliknya jadi lebih UMNO daripada UMNO.
Mereka juga, malah dengan sendirinya membuktikan sudah jadi kurang Pas daripada mendokong perjuangan Pas itu sendiri. Seolah-olah mempertahankan Najib dan pemerintah lebih utama dan wajib.
Kenapa tak masuk atau bergabung saja dengan UMNO?

"Awasi PNB macam sewah awasi mangsa"

Kehangatan perbahasan tajuk “PNB beli PNB1 dengan harga RM173,800” yang ditampal pada 8 Julai adalah gambaran jelas kepedulian masyarakat, khasnya Bumiputera, terhadap masa depan Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Saya yakin para pemimpin atasan PNB khasnya dan negara amnya mengambil maklum dan peduli terhadap perasaan yang disuarakan.
Tajuk di atas bukan sahaja dibincangkan dalam blog saya tetapi juga telah ditularkan melalui banyak saluran media sosial dan oleh ramai penggiat.
Kesimpulannya majoriti pembahas tidak yakin dengan alasan yang diberikan oleh Pengerusi PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar, bahawa penempahan nombor-nombor plat khas itu adalah baik bagi penjenamaan PNB dan merupakan aset nyata PNB.

Apatah lagi, bilangan nombor yang ditempah bukan tujuh dengan perbelanjaan RM387,835 seperti saya nyatakan tetapi 25 dengan harga RM419,006 seperti dalam jawapan Abdul Wahid.
Kebanyakan pembahas berpendapat ia adalah pemborosan, pembaziran dan perbuatan menunjuk-nunjuk. Mereka berpendapat penjenamaan PNB/Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) sudah cukup baik dan tidak memerlukan penjenamaan sensasi.
Saya tidak ada sebarang masalah dikutuk dan diherdik oleh para pembahas yang berasa perbuatan PNB itu baik dan saya berniat jahat.
Saya juga tidak peduli sangat kalau diri saya tidak dihiraukan oleh pengurusan atasan PNB. Tetapi oleh kerana ada percubaan di kalangan sesetengah daripada mereka untuk menjalin (atau menjalin semula) perhubungan dengan saya, maka saya mengalu-alukannya.
Saya lebih gembira kalau mereka prihatin kepada kehendak, aspirasi dan keperluan pelabur skim saham amanah tajaan PNB.
Penghapusan buku pas
Misalnya elok orang macam Abdul Wahid dan Datuk Abdul Rahman Ahmad (Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif) PNB fikir masak-masak cadangan hendak ganti buku pelaburan (passbook) dengan akaun digital berkata kunci.
Abdul Wahid dan Abdul Rahman wajib utamakan pemegang unit. Mereka pun budak-budak kampung macam saya. Tetapi hari ini mereka pandai dan celik teknologi maklumat. Bagaimana pun, ramai lagi orang kampung yang buta IT dan tidak yakin dengan urusan tanpa buku.
Penghapusan buku pas dan penggantiannya dengan akaun digital adalah idea yang akan menyusahkan warga tua dan mendedahkan mereka kepada manipulasi dan penipuan. Jadi orang cerdik di PNB dan ASNB mohon fikirkan semula.
Jangan fikirkan kesenangan tuan-tuan dan puan-puan sahaja dan hendak jimatkan kos dengan apa cara jua. Tolong ingat juga kos sosial dan psikologi yang akan ditanggung oleh pelabur.
Terima kasih kepada pegawai-pegawai PNB dan anak syarikatnya yang menawarkan diri sebagai pendamai dan memohon saya bersimpati dengan agensi amanah Bumiputera itu.
Tidak ada apa yang hendak didamaikan. Saya tidak bergaduh dengan sesiapa. Saya sekadar mengkritik apa yang saya rasa tidak betul. Kalau ada orang yang memilih untuk menakrifkannya sebagai permusuhan, itu masalah mereka.
Lagipun, kalau saya belasah mereka, mereka ada ramai rakan media arus perdana dan media sosial yang mereka “wine and dine” yang boleh mempertahankan mereka dan meronyeh serta membakulsampahkan hujah saya.
Percubaan sabotaj
Terima kasih kepada pegawai-pegawai PNB dan anak syarikatnya yang membisikkan ke telinga saya berkenaan masalah yang mereka hadapi dan kebimbangan yang terbuku di kalbu.

HARAPAN tetap buat keputusan bersama

Pakatan Harapan (HARAPAN) akan terus dengan amalan membuat keputusan melalui persetujuan bersama walaupun struktur kepimpinannya berubah.
Presiden HARAPAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata tidak timbul isu siapa yang lebih kanan dalam kepimpinan tertinggi gabungan empat parti pembangkang itu.
"Kami (mengekalkan model) konsensus," katanya kepada media di Kajang hari ini.
Dr Wan Azizah sebelum itu ditanya mengenai kritikan dan tanda tanya mengenai ketua sebenar HARAPAN.
Pada 14 Julai lalu HARAPAN mengumumkan barisan kepimpinan dan logonya selepas tertangguh beberapa kali.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai pengerusi manakala Dr Wan Azizah menjadi presiden. Bekas orang kepercayaan Dr Mahathir - yang kemudian menjadi musuh ketatnya sebelum kembali bekerjasama - Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dipilih sebagai ketua umum.
Mengapa perlu maaf
Kedudukan itu menyebabkan timbul persoalan mengenai siapakah yang menjadi pemimpin sebenar yang membuat keputusan muktamad untuk HARAPAN.
Sementara itu Dr Wan Azizah turut mengecam Datuk Seri Najib Razak atas tindakan perdana menteri mempersendakan Langkah Kajang pada 10 Julai lalu.
"Saya fikir itu tak eloklah. Saya tidak fikir dia patut membuat jenaka daripada ketidakadilan," katanya.
Menggunakan Twitter, Najib memuat naik gambar papan tanda stesen Transit Aliran Massa (MRT) Kajang.
Imej itu diiringi kata-kata: "The real Kajang Move. Coming to you in seven days" (Langkah Kajang sebenar. Akan datang kepada anda dalam 7 hari).
Langkah Kajang merujuk kepada tindakan PKR mengadakan pilihan raya kecil di Kajang dalam usaha mereka meletakkan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor dan mengetepikan Tan Sri Khalid Ibrahim pada 2014.
Walaupun perdana menteri tidak menyebut sebarang nama, pengguna media sosial memahami ia adalah sindiran kepada Anwar - yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Sungai Buloh - dan isterinya, Dr Wan Azizah.
Ditanya sama ada PKR perlu meminta maaf atas insiden Langkah Kajang itu Dr Wan Azizah berkata apa yang berlaku sudah berlalu.
"Mengapa saya perlu (meminta maaf)?" katanya.

Idea hebat, Mukhriz sindir Jamal tanding jawatan ketua Pemuda Umno

Timbalan presiden PPBM berkata hasrat Jamal Yunos bertanding jawatan ketua Pemuda menunjukkan golongan cendekiawan dan profesional sudah meninggalkan Pemuda Umno.
mukhriz_jamal_600
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini menyindir hasrat Datuk Jamal Yunos bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno.
“Itu idea yang bagus. Saya sokong 100% jika saya masih dalam Umno,” kata Mukhriz, yang bertanding untuk jawatan itu pada 2009, kepada FMT di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Bekas menteri besar Kedah itu berkata hasrat Jamal menawarkan dirinya sebagai calon menunjukkan hala tuju Pemuda Umno yang gagal menarik para cendekiawan atau mereka yang ambil berat tentang masa depaan negara, katanya.
“Sebaliknya, PPBM menarik minat golongan cendekiawan dan profesional secara besar-besaran.
“Jadi, saya rasa, tiada orang lagi dalam Umno,” katanya, seolah mencadangkan ramai ahli PPBM daripada parti itu.
Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan Jamal menyatakan hasrat bertanding jawatan Pemuda itu jika Khairy tidak mahu lagi.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu berkata langkah itu antara pilihannya jika tidak ada kerusi Parlimen atau DUN untuknya pada pilihan raya umum ke-14.
Ahli politik yang terkenal dengan gimik tunjuk perasaan terhadap kerajaan Selangor mendapat sokongan ahli majlis tertinggi Umno dan menteri Datuk Seri Nazri Aziz, dan dikritik pembangkang.
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata Pemuda Umno mesti kekurangan calon berkualiti jika mereka sokong Jamal, sambil menambah pilihan sedemikian menunjukkan bakat yang ada dalam kalangan Pemuda Umno.

AG nafi sembunyi bukti jenayah 1MDB, hanya takut Allah



Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menolak dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau menyembunyikan bukti jenayah berhubung skandal 1MDB.
Apandi menegaskan, beliau tidak takut kepada Mahathir sebaliknya hanya takut kepada Allah.
Apandi Ali“Saya tidak takut sesiapa pun termasuk Dr Mahathir. Saya tidak tahu mana-mana orang, tetapi saya takut Allah.
“Apa sahaja yang saya buat sebagai peguam negara semuanya berdasarkan kepada fakta sedia ada yang terkandung dalam kertas siasatan. Tiada apa untuk disembunyikan,” katanya seperti dipetik FMT.
Dalam ceramah Pakatan Harapan (Harapan) di Shah Alam malam tadi, Mahathir yang merupakan Pengerusi Harapan berkata Apandi akan disoal sama ada beliau menyembunyikan bukti jenayah berhubung skandal 1MDB sekiranya Harapan memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
"Saya bukan peguam. Tapi saya tahu jenayah bukan OSA. Dan bila ia jenayah, kena lapor bukan kena sembunyi.
"Peguam negara lakukan kesalahan besar sembunyikan bukti jenayah. Satu hari dia kena jawab, sebab itu kita kena menang.
"Kita boleh tanya, hei AG, kau buat salah jenayah ke?" kata Mahathir.
Tahun lalu, Apandi membersihkan nama perdana menteri daripada sebarang salah laku berkaitan 1MDB.
Datuk Seri Najib Razak turut menafikan sebarang salah laku dan berkata, RM2.6 bilion yang diterimanya adalah sumbangan keluarga diraja Arab Saudi untuk membantu kempen pilihan raya Barisan Nasional.
Apandi menggantikan bekas peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pada 28 Julai 2015.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dilaporkan berkata, perkhidmatan Gani ditamatkan mulai 27 Julai atas sebab kesihatan.

PRU14 hanya antara PAS dan Umno, kata Naib Presiden PAS.

Realiti pertarungan politik sebenar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah antara PAS dan BN, kata Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.
Beliau berkata, pertembungan sengit dijangka berlaku di antara kedua-dua parti itu dalam memenangi undi orang Melayu, sekali gus memegang kunci kemenangan.
Katanya, jika berlaku gelombang tsunami politik dalam kalangan pengundi Melayu, beliau yakin mereka akan mengundi PAS yang mempunyai rekod perkhidmatan jauh lebih bersih berbanding BN.
"Rakyat mengetahui sejarah rekod kepimpinan kerajaan Umno bermasalah, malah rekod teraju utama kepimpinan Pakatan Harapan seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad juga teruk.
"Sebaliknya, rekod kepimpinan PAS hingga kini bersih, malah tiada pemimpin parti disabitkan dengan sebarang kesalahan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa termasuk di Kelantan," katanya seperti dilapor Sinar Harian ketika sidang media jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran PAS Perak semalam.
Katanya, pengumuman kepimpinan baru Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak mampu menggugat persaingan politik sengit antara PAS dan BN kerana tiada parti dalam pakatan itu mempunyai pengaruh dalam kalangan pengudi Melayu.
Mengenai DAP pula katanya, parti itu tidak memerlukan kerjasama dengan parti-parti lain kerana ia mampu bersendirian untuk menjadi "king maker" pada PRU akan datang.
"DAP tidak memerlukan penagruh parti lain untuk membantu mereka mengekalkan kerusi majoriti pengundi bukan Melayu.
"Ini disebabkan majoriti pengundi Cina tidak memerlukan organisasi, sebaliknya mereka lebih terkesan dengan sentimen, persepsi dan emosi yang dimainkan DAP.
"Sebaliknya senario ini akan menyebabkan pengundi Melayu menjadi mangsa dan saya yakin pertarungan sebenar PRU14 hanya antara PAS dan Umno sahaja," katanya.
Beliau turut menyifatkan dakwaan berterusan PAS berkawan dengan BN sebagai tidak berasas.

Takut digelar ‘kafir’, ahli PAS sertai Bersatu bukan Amanah


Di Kedah, ahli keluar PAS masuk Bersatu bukan Amanah
Kebanyakan bekas ahli PAS di Kedah yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti itu memilih untuk menyertai Bersatu, bukannya Amanah. 

APABILA PAS berpecah dua dan melahirkan Amanah, ahli yang tidak berpuas hati dengan parti itu secara logiknya patut menyertai Amanah, tetapi sebenarnya ramai antara mereka menjadi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (bersatu), parti dipimpin Dr Mahathir Mohamad.
Sekurang-kurangnya tujuh ketua cawangan PAS bersama ahli mereka di Jerlun, Kedah keluar meninggalkan parti itu secara diam-diam dan menyertai Bersatu, bukannya Amanah.
Alasannya ialah jika mereka menyertai Amanah, pelbagai masalah akan dihadapi, dituduh pengkhianat, dikafirkan, dipulaukan daripada majlis kenduri dan pelbagai serangan lagi oleh pengikut taksub PAS.
Jadi, selepas tidak senang dengan pendekatan PAS yang dianggap lari daripada perjuangan selama ini, ramai ahli PAS di Jerlun menyertai Bersatu, bukannya Amanah.
Salah seorang daripada mereka, Irwan Mahmud, 36, yang juga bekas pemimpin Pemuda PAS Jerlun yang kini menjadi orang kuat Bersatu di DUN Air Hitam, kawasan Mukhriz Mahathir.
"Kami tinggalkan PAS kerana tidak puas hati dengan pendekatan PAS sekarang. Namun kami tidak boleh sertai Amanah. Kalau sertai Amanah, kami akan dikenakan pelbagai tindakan oleh pengikut tegar PAS.
"Kami sertai Bersatu. Lagipun, kami dapati Bersatu mendapat sokongan kuat di Kedah ini," katanya kepada The Malaysian Insight.
Irwan berkata PAS hari ini lari daripada segi politik khasnya yang diasaskan bekas presiden PAS dihormati ramai, Fadzil Nor apabila mereka menjauhi pembangkang dan mendekati Umno yang menjadi musuh PAS sejak sekian lama.
"Ramai yang pegang jawatan dalam PAS sekarang bagi saya agamawan plastik. Mereka kata hendak perjuangkan Islam tetapi realiti kerja mereka tidak begitu," katanya.
Katanya, PAS sekarang sama macam Umno.
Kalau Umno memperjuangkan bangsa dan melabel siapa yang lari daripada parti itu sebagai pengkhianat bangsa, PAS pula melabelkan sesiapa keluar parti sebagai pengkhianat Islam.
"Sukar bagi kami untuk menyertai Amanah kerana kepimpinan PAS berjaya meletakkan imej sesiapa yang keluar PAS, masuk Amanah adalah orang yang kecewa dan wala (patuh) kepada DAP.
"Kalau kami masuk Amanah, kami akan dipulaukan, kenduri kami tidak sertai, kalau kami ke surau pun mereka tidak layan," katanya.
Irwan berkata sebenarnya ramai yang hendak meninggalkan PAS kerana tidak lagi setuju dengan hala tuju parti itu, tetapi mereka terpaksa melakukannya senyap-senyap kerana takut.
"Saya terangkan kepada mereka, keluar PAS bukan keluar Islam. Kalau ada rukun Islam, keluar PAS ni keluar Islam, saya pun tak mahu keluar.

Guna duit rakyat beli ‘cenderahati’ untuk rakyat..tapi lupa guna duit rakyat untuk beli hak peribadi...!!!

Bendahari agung PKR berkata, wang negara datangnya daripada rakyat yang dipungut menerusi pelbagai cukai termasuk GST, oleh itu BN tidak perlu mengaku projek MRT sebagai cenderahati.
Dr-Tan-Yee-Kew
PETALING JAYA: PKR berkata penyediaan kemudahan dan pengangkutan awam seperti sistem Transit Aliran Massa (MRT) ialah tanggungjawab kerajaan, bukannya cenderahati perdana menteri untuk negara.
Bendahari Agung PKR, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew menyifatkan kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak itu amat melucukan kerana tidak kira parti mana yang menjadi kerajaan, mereka bertanggungjawab menyediakan segala kemudahan kepada rakyat.
“Adakah Salleh Keruak tidak dapat membezakan cenderahati dan tanggungjawab kerajaan pemerintah untuk kemudahan rakyatnya?
“Duit negara datangnya daripada rakyat yang dipungut daripada pelbagai jenis cukai termasuk GST (cukai barangan dan perkhidmatan), usahlah mengaku projek MRT ini sebagai cenderahati,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Beliau mengulas catatan Salleh di blognya semalam yang menyatakan walaupun kos pembinaan MRT tinggi, kerajaan tetap melaksanakan projek itu demi kesejahteran rakyat.
“Ini adalah cenderahati PM untuk negara. Dengan kejayaan ini, marilah kita sama-sama meraikan satu lagi simbol kejayaan pembangunan infrastruktur pengangkutan awam negara,” tulis Salleh di sskeruak.blogspot.my.
Tan sebaliknya menyindir kerajaan Umno dan BN dengan berkata, cenderahati daripada parti pemerintah kepada rakyat ialah skandal 1MDB dan GST yang menyebabkan rakyat kini terpaksa berdepan bebanan kos sara hidup tinggi.

Syed Ibrahim: Perkasakan gerakan akar umbi

Menjelang tahun 2018, maka hampir genap 20 tahun Reformasi yang dipelopori oleh Ketua Umum KEADILAN dan terkini Ketua Umum Pakatan Harapan (Harapan), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hingga kini, gerakan rakyat dan reformasi terus menjadi tonggak kepada perjuangan meskipun menghadapi cabaran getir tekanan oleh Umno Barisan Nasional (BN).
Ini jelas termaktub dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Presiden Harapan (HARAPAN) pada 13 Julai lalu. Kenyataan bersejarah hasil daripada perbincangan panjang berkenaan telah dibacakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi HARAPAN.
Kenyataan itu bukan semata-mata mengumumkan struktur dan logo HARAPAN tetapi lebih penting lagi matlamat-matlamat untuk membela rakyat dan membina semula negara.
Ia berkisar tentang reformasi dan pemulihan kuasa kepemimpinan khususnya perdana menteri, kedaulatan dan keluhuran undang-undang, institusi dan penyelewengan 1MDB.
Malah Majlis Presiden HARAPAN melangkau matlamat-matlamat tersebut dengan memberi iltizam untuk melaksanakan beberapa perkara asas dalam tempoh 100 hari pertama sejurus membentuk kerajaan hasil daripada mandat rakyat dalam PRU-14.
Ini ialah menghapuskan cukai GST, menstabil harga petrol, meMfokus usaha meringankan beban rakyat, memulakan proses reformasi institusi, memerangi rasuah, menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja skandal 1MDB dan memulihkan FELDA.
Pengampunan untuk Anwar
Tambah mencerminkan komitmen kepada kerangka yang lebih besar tanpa meminggirkan jasa terdahulu ialah HARAPAN akan memulakan proses memohon pengampunan dan pembebasan Anwar Ibrahim dalam tempoh seminggu selepas membentuk kerajaan. Ini akan membolehkan Anwar Ibrahim kembali mengambil bahagian dalam politik negara sepenuhnya.
Justeru kalimah reformasi telah menjadi pemangkin arus perubahan malah mewarnai pelbagai gagasan pembaharuan termasuk Pakatan Harapan. Reformasi tidak hanya dibina dalam tempoh sehari. Hanya selepas 10 tahun gelombang ini tercetus, pembangkang telah menafikan kedudukan majoriti dua per tiga BN dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).
Ini diikuti pada PRU13 yang turut mencatat sejarah, apabila Pakatan Rakyat memperoleh 51 peratus undi popular berbanding BN yang hanya mendapat 47 peratus. Lantas tidak mungkinkah setelah dua dekad era reformasi maka Umno BN tewas dan tampuk pemerintahan jatuh kepada HARAPAN?
Banyak petanda
Banyak petanda menunjukkan begitu. Yang terkini ialah apa yang berlaku di Johor. Johor yang dianggap kubu kuat Umno BN kini menjadi medan survival politik mereka. Setelah diserang bertubi-tubi oleh pimpinan Harapan dengan program dan jelajah, Umno BN juga mula tumpu ke Johor apabila Datuk Seri Najib, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut turun ke Sembrong, kawasan yang Ahli Parlimennya ialah Datuk Seri Hishammuddin sendiri.
Dalam Majlis Rumah Terbuka Hari Raya itu, Najib bukan sahaja mengumumkan tiga projek untuk Sembrong malah tanpa segan silu menuntut pengundi Sembrong memenuhi hajat beliau supaya BN kekal menang di situ.
Tindakan Najib mempertahankan Sembrong seolah-olah menandakan kerusi itu mungkin terlepas dari tangan Umno BN walaupun ia dianggap kerusi kuat.
Budaya “saya tolong awak, awak tolong saya” ini ialah budaya lapuk untuk meraih undi. Rakyat sudah bertambah bijak malah tahu membezakan apa yang lebih utama.
Apa yang rakyat mahukan ialah kos sara hidup yang rendah, peluang pekerjaan dengan gaji yang lebih baik dan parti pemerintah yang amanah dan bersih daripada noda rasuah dan penyelewengan.
Dari rakyat untuk rakyat
Anwar Ibrahim ketika menyampaikan Pidato Kebangsaan “Ketuanan Rakyat” pada tahun 2009 pernah berkata, “Pendekatan lama yang menangguk di atas keperitan hidup rakyat miskin harus berubah.
Pemerintah tidak wajar sekadar membantu meredakan sedikit beban rakyat tetapi tidak melepaskan mereka dari putaran ganas kemiskinan; supaya mereka mampu berdikari.
Cara yang diamalkan selama ini dengan memberikan bantuan kecil untuk mengekalkan kebergantungan “dependency syndrome” untuk tujuan politik murahan perlu ditamatkan”.
Sebab itu sasaran dua dekad era reformasi sangat serasi dengan kehendak rakyat. Dari rakyat untuk rakyat. Bukan dari rakyat untuk aku dan kuncu-kuncuku. Perubahan tampuk pemerintahan wajib menekankan pemerkasaan sistem demokrasi dan polisi berpaksikan kebajikan rakyat.
Penubuhan Harapan yang disertai empat komponen parti pembangkang (KEADILAN, DAP, AMANAH, PPBM) dengan gabungan tokoh berpengalaman dan tokoh muda dilihat sebagai potensi untuk melaksanakan reformasi.
Kunci utama reformasi
Tetapi harus diingat, ahli politik bukanlah kunci utama reformasi. Rakyat merupakan watak utama memacu gerakan idea reformasi dalam politik nasional selama ini. Tanpa dokongan rakyat belum tentu fenomena dalam iklim pilihan raya Malaysia boleh berlaku sebagaimana yang berlaku kini.
Lantas, dalam memenangi PRU serta menumbangkan Umno BN, adalah menjadi satu keperluan untuk HARAPAN memperkasakan gerakan akar umbi. Ini bermaksud kelompok progresif ke arah perubahan harus menyedarkan masyarakat untuk bangun daripada terus ditindas oleh rejim perompak Umno BN.
Penduduk luar bandar, warga Sabah dan Sarawak, warga emas dan anak muda harus dibangkitkan daripada pengaruh propaganda murahan pemerintah yang memainkan isu perkauman dan agama sebagai perisai yang terus melindungi kuasa korup mereka.
Minat politik
Pengamal politik antarabangsa, Seonghui Lee menyatakan bahawa hanya 35 peratus rakyat Malaysia yang meminati dan kerap mengikuti perkembangan politik. Jumlah ini adalah bersamaan 5.5 juta pengundi yang berada di sebuah negara yang mempunyai lebih kurang 30 juta penduduk.

Bersyukurlah dan jangan fitnah pemerintah, sembang PAS

Pemimpin PAS itu memberi ingatan tidak mendengar hasutan asas pembohongan untuk menumbangkan kerajaan sedia ada.
nik-mohamad_pas_pakatan_6003
Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz semalam mengingatkan rakyat tidak membelakangkan pemerintah dengan mendengar hasutan yang memfitnah pemimpin.
“Mereka berjaya menyebarkan ketidakpuasan melalui fitnah dan pembohongan sehingga tidak lagi mensyukuri nikmat keharmonian hidup sedia ada.
“Maka terjadilah pemberontakan terhadap pemerintah. Negara yang baik akhirnya runtuh dan berganti dengan negara baru yang terbina di atas kezaliman yang dicipta,” katanya dalam penulisan diterbitkan laman berita PAS, Harakahdaily.
Bekas ketua Pemuda PAS itu berkata, kejatuhan negara zalim berpunca daripada kezaliman pemerintah, tetapi negara yang adil boleh runtuh jika rakyatnya tidak lagi mensyukuri nikmat Allah.
Beliau menyifatkan rakyat yang membuka telinga terhadap fitnah dan memakan rezeki haram sebagai bencana untuk negara.
“Ia lambang nikmat Allah yang tidak disyukuri. Ia berulang-ulang di dalam sejarah manusia sebagaimana kisah al-Quran mengenai Bani Israel yang tidak mensyukuri nikmat Allah ke atas mereka.”

Ops imigresen, Felda rugi RM2 juta sehari akibat kurang pekerja

Pemangku Pengerusi FGV, Sulaiman Mahbob berkata, bagi mengatasi kekurangan pekerja, Felda bercadang mengambil 7,000 hingga 8,000 pekerja asing, khasnya warga Bangladesh.
felda-arrest
PETALING JAYA: Operasi besar-besaran menahan pendatang asing tanpa izin (PATI) menyebabkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerugian RM2 juta setiap hari kerana kekurangan pekerja mengumpul hasil kelapa sawit.
Pemangku Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob dipetik Nanyang Siang Pau mengakui Felda kini berdepan masalah kemerosotan pendapatan dan ladang kelapa sawit kekurangan pekerja.
“Kami mengabaikan kepentingan mengambil pekerja asing. Dianggarkan kami rugi sehingga RM2 juta sehari kerana kekurangan pekerja,” katanya kepada akhbar itu selepas jamuan minum petang Aidilfitri, semalam.
Katanya, selain sektor perladangan, sektor lain di seluruh negara turut berdepan kekurangan pekerja, seperti industri elektronik dan pembuatan.
Sulaiman berkata, bagi mengatasi kekurangan pekerja, Felda bercadang mengambil 7,000 hingga 8,000 pekerja asing, khasnya warga Bangladesh.
Ini kerana, katanya, berbanding negara lain, Bangladesh mampu membekalkan lebih ramai pekerja dan proses dokumentasi lebih mudah.
Bulan lalu, Pengarah Imigresen Selangor, Omran Omar mengumumkan surat merah akan dikeluarkan untuk permohonan kad sementara atau Enforcement Card (E-Kad) yang tidak diluluskan pihaknya dan majikan perlu menanggung kos penghantaran pulang PATI ke negara asal mereka.
Beliau berkata, sekurang-kurangnya separuh daripada PATI yang tidak memenuhi syarat dibuang majikan dan mereka boleh dikenakan tindakan mahkamah kerana mengambil jalan mudah disebabkan enggan membayar wang bagi menghantar PATI pulang ke negara asal.