Rabu, 12 Julai 2017

1MDB ‘mangsa’ Jho Low, kata pendakwaraya Singapura

Bekas pengurus bank yang dipenjarakan, Yeo Jiawei, bersetuju untuk membantu siasatan.
jholow-1mdbSINGAPORE: Pendakwaraya di Singapura berkata ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho watak utama dalam siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan beliau menggunakan wang yang boleh dikesan kepada dana milik kerajaan itu untuk tujuan peribadi.
Low menerima sejumlah wang yang “amat besar”, kata pendakwaraya dalam pemfailan mahkamah yang didedahkan hari ini.
Kira-kira AS$1 bilion (RM4.3 bilion) yang bertujuan untuk 1MDB laburkan dalam usaha sama dengan PetroSaudi International Ltd dilencongkan ke akan bank milik Low, menurut pemfailan itu.
“Mangsa utama dalam kes ini ialah 1MDB,” kata pendakwaraya Nathaniel Khng di mahkamah Singapura. “Jho Low sudah hilang dari pandangan orang ramai.”
Setakat ini siasatan Singapura ke atas aktiviti berkaitan 1MDB menyaksikan 5 orang disabit kesalahan dan 4 daripadanya dipenjarakan.
Setakat ini negara itu satu-satunya yang mengenakan pertuduhan jenayah terhadap pengurus bank berkenaan.
Siasatan itu sebagai daripada usaha antarabangsa untuk mengesan berapa banyak daripada AS$6 bilion (RM25.8 bilion) yang 1MDB kutip untuk projek pembangunan digunakan untuk hartanah mewah, karya seni, pesta dan banyak lagi.
Amerika Syarikat dan Switzerland juga antara negara yang menyiasat peranan yang dimainkan bank dan individu.
Penyiasat AS menyifatkan Low sebagai pengawal kepada rancangan untuk mengambil berbilion daripada dana Malaysia itu.
Permohonan untuk mendapatkan komen yang dihantar melalui laman web Low, Jynwel Capital Ltd belum dijawab, begitu juga emel yang dihantar kepada 1MDB, yang secara konsisten menafikan sebarang salahlaku.
Low sebelum ini menggambarkan peranannya dengan dana itu sebagai perunding tidak rasmi yang tidak melanggar mana-mana undang-undang.
Low mengeluarkan kenyataan pada Jun sebagi menjawab saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) yang mahu mendapatkan kembali AS$540 juta (RM2.3 bilion) aset yang dikatakan dibeli dengan dana yang digelapkan dari 1MDB.
“Kami mahu fakta sebenarnya dibentangkan di mahkamah yang akan menunjukkan kes DoJ sama sekali tidak berasas,” katanya pada ketika itu melalui seorang wakil.
Siasatan jawatankuasa Parlimen Malaysia mengesan perkara tidak kean dalam perjanjian usaha sama 1MDB dengan PetroSaudi pada 2009, apabila AS$700 juta (RM3 bilion) dipindahkan ke akaun di RBS Coutts Bank Ltd milik sebuah syarikat yang tidak ada kena mengena dengan projek itu.

Rafizi: Umno Johor mula gelabah

Saya agak tercuit membaca kenyataan-kenyataan dibuat Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Manap, dan Ketua Umno Segamat, Zahari Sarip, ekoran pelancaran trak kempen Bina Semula Negara di Johor Bahru pada Ahad lalu. Saya memilih Johor Bahru sebagai persinggahan pertama dari 50 kerusi parlimen yang dimenangi tipis oleh Umno/BN dalam rangka kempen akar umbi yang memberi fokus kepada tiga isu paling penting kepada pengundi atas pagar, iaitu:
  • Kenaikan gaji yang tidak setimpal dengan kenaikan harga barang
  • Kesan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan kenaikan harga barang yang tidak terkawal
  • Lambakan pekerja asing yang dilihat menyempitkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
Sebagai negeri utama yang dijangka berlaku peralihan sokongan dari BN kepada Pakatan Harapan (HARAPAN), sudah pasti kempen akar umbi menggunakan trak kempen Bina Semula Negara ini akan banyak singgah di Johor.
Selain Johor Bharu, trak dijadualkan singgah di Sembrong, Ledang dan Segamat/Sekijang dalam tempoh dua minggu lagi, selepas ke Perak/Pulau Pinang dan Kedah hujung minggu ini.
Maka saya tidak hairan jika Anuar dan Zahari antara tokoh terawal memberikan reaksi kepada kempen akar umbi yang saya mulakan ini.
Hal ini kerana kedua-dua kerusi parlimen yang mereka wakili (Sekijang dan Segamat) dijangka akan jatuh ke tangan HARAPAN.
Saya juga menghargai hak mereka untuk mempersoalkan apa jasa saya atau HARAPAN kepada rakyat Johor.
Seperti mana saya tidak melupakan jasa pimpinan Umno terdahulu (yang banyaknya juga dari Johor), saya juga tidak boleh mengetepikan begitu sahaja banyak kerosakan pimpinan Umno masa kini di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, hanya kerana Umno di masa lampau banyak berjasa kepada rakyat.

Sebab itu, begini jawapan saya kepada soalan Anuar dan Zahari tentang jasa saya serta HARAPAN kepada rakyat Johor:
  1. Saya dan HARAPAN tidak memperkenalkan GST yang menjadi punca utama kenaikan harga barang yang menekan rakyat Johor. Sebaliknya, jaguh GST yang menjadi bahan cemuhan di seluruh negara ialah seorang pemimpin Umno Johor iaitu Datuk Ahmad Maslan.
  2. Saya dan HARAPAN bukan kerajaan yang bertanggungjawab membiarkan kenaikan gaji bersih rakyat (baik pekerja sektor awam dan swasta) kekal rendah dan terkebelakang berbanding negara-negara serantau, sedangkan soal gaji inilah yang banyak menekan rakyat Johor sehingga berpuluh-puluh ribu memilih untuk bekerja di Singapura setiap hari.
  3. Saya dan HARAPAN tidak terbabit dalam dasar-dasar kerajaan yang menyebabkan lambakan pekerja asing sehingga menyempitkan peluang pekerjaan penduduk tempatan, seperti yang dirasai di Johor dan di seluruh negara.
Saya mendoakan persaingan yang sihat di kerusi-kerusi sengit di Johor seperti Segamat dan Sekijang yang menyaksikan PKR hampir menang dalam pilihan raya umum lalu.
Saya akan terus berkunjung ke kerusi-kerusi marginal seperti Sembrong, Ledang, Muar, Johor Bahru, Segamat, Sekijang, Pasir Gudang, Tebrau dan Batu Pahat di Johor yang saya yakin akan dimenangi HARAPAN dengan kempen yang tersusun di peringkat akar umbi.

RAFIZI RAMLI

Pemuda Amanah Kelantan serah memo kepada MB, siasat segera Climate Protector



Kerajaan Negeri Kelantan diminta segera memohon kepada pihak berkuasa agar membekukan sejumlah besar wang yang telah diperolehi oleh syarikat yang dikaitkan bekerjasama dengan kerajaan negeri, sehingga siasatan terhadap kes ini selesai.
Pemuda Amanah Kelantan yang menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob mengkaji semula seterusnya membatalkan perjanjian konsesi menguruskan hutan seluas 1 juta ekar selama 30 tahun itu yang dianugerahkan oleh Kerajaan Kelantan kepada Climate Protector Sdn Bhd (EcoBit).
Ketuanya, Hazmi Hassan berkata rakyat secara umumnya tiada masalah dengan projek Carbon Credit Trading ini, ia suatu projek yang baik demi kelestarian alam sekitar, bahkan mampu menjana pulangan kewangan kepada negeri Kelantan, jika dilaksanakan dengan betul sebagaimana yang digariskan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Bank Negara Malaysia dan REDD+, UNDP serta UNFCCC.
"Walaubagaimanapun, kami meragui status keupayaan dan integriti syarikat Climate Protector Sdn Bhd dan EcoBit yang memperolehi perjanjian ini.
"Berdasarkan latar belakang syarikat ini yang diragui dari pelbagai aspek.
"Tambahan pula, kedua dua buah syarikat ini telahpun disenaraihitamkan oleh Bank Negara Malaysia sebagai "unauthorised", dan salah seorang Board of Director kedua buah syarikat ini iaitu Tang Too Siah atau TS Tang, terlibat dalam kes penipuan wang melibatkan skandal BTC Panda, yang mengakibatkan kerugian berpuluh juta ringgit di negara Indonesia dan Filipina," katanya dalam memorandum yang diserahkan beliau sendiri kepada menteri besar selepas persidangan Dun di Kota Bharu hari ini.
Beliau risau sekiranya projek yang asalnya berniat baik ini akhirnya dipergunakan oleh syarikat berkenaan untuk satu lagi jenayah penipuan wang orang awam, berdasarkan 11 buah laporan polis yang telah dibuat oleh mangsa penipuan itu kepada TS Tang.
"Kami menyeru pertimbangan wajar dan kebijaksanaan pihak YAB Dato dalam menyelesaikan isu ini, agar kepentingan, maruah, integriti dan imej pihak Kerajaan Negeri Kelantan terpelihara dari terus dikaitkan dengan syarikat yang meragukan ini," katanya.

Tajuddin: Najib akan kekal, Rafizi cuba timbulkan pergeseran

Pemimpin Umno itu berkata Najib mempunyai sokongan yang kuat daripada pemimpin bahagian dan akar umbi.
tajuddin-rafiziPUTRAJAYA: Ahli Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Datuk Abdul Rahman menuduh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli cuba menimbulkan pergeseran dalam Umno.
Tuduhan itu berikutan dakwaan Rafizi walaupun Pakatan Harapan (PH) kalah pada pilihan raya akan datang, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak akan digulingkan ahli parti sendiri.
Dalam video yang disiarkan secara langsung di Facebook baru-baru ini, Rafizi berkata demikian berdasarkan kepada tinjauan Invoke, sebuah badan inisiatif penyelidikan dasar PH mengenai kemungkinan pertandingan 3 penjuru pada pilihan raya umum akan datang.
Penemuan itu menunjukkan jika pilihanraya umum diadakan tidak lama lagi dan berlaku pertandingan 3 penjuru, PH akan memenangi 97 kerusi manakala BN akan memenangi 125 kerusi.
Tajuddin bagaimanapun berkata tidak ada petunjuk perkara itu akan berlaku kerana terdapat sokongan kuat dalam Umno untuk presiden mereka.
“Apa yang saya tahu Najib mempunyai sokongan kuat daripada pemimpin Umno bahagian dan akar umbi,” katanya kepada pemberita di rumah terbuka Aidilfitri Kementerian Pertanian, Industri dan Asas Tani hari ini.
Dia mempersoalkan kesahihan kaji selidik Invoke dengan berkata: “Kajian Rafizi ini… Saya tidak fikir ia kaji selidik sama sekali. Dia hanya cuba menimbulkan pergeseran dalam Umno, cuba membuatkan kita bergaduh sesama sendiri. Itulah yang diharapkannya tetapi saya jamin ia tidak akan berlaku.”
Tajuddin turut menuduh Rafizi mengeluarkan kenyataan “murah” seperti itu untuk meraih populariti.
“Dia selalu membuat kenyataan bodoh tetapi semua yang dikatakan dan yang dituduhnya terbukti salah. Saya sendiri pernah menjadi mangsa ramalan liarnya apabila dia berkata saya akan kalah dalam pilihan raya umum ke-13 tetapi ternyata majoriti saya meningkat 300%.
“Dalam kes ini, saya boleh beritahu anda sebagai ketua bahagian dan ahli majlis tertinggi, sokongan untuk perdana menteri adalah kuat. Semua orang yang tidak bersamanya sudah pergi. Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, mereka tidak lagi bersama Umno. ”

DAP Johor persoal sama ada Akhmal Saufi masih konsisten dalam isu 1MDB, RM2.6bilion?



Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor Sheikh Omar Ali mempersoalkan sama ada Akmal Saufi Mohamed Khaled masih lagi konsisten dengan isu berkaitan dana RM2.6bilion dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang pernah dimuat naiknya dilaman sosial pada 2015 lalu.
Ini susulan penafian Akmal Saufi hari ini bahawa beliau tidak menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan mengesa permohonan maaf terhadapnya dibuat oleh DAP.
"Dalam hal ini, saya memetik 15 soalan anak Menteri Besar Johor itu kepada Perdana Menteri berkaitan isu dana RM2.6 bilion dan 1MDB yang dimuat naik di laman sosial Facebook Akmal Saufi pada 2015.
"Saya ingin bertanya, adakah beliau masih konsisten sehingga hari ini mempertahankan 15 soalan yang dibangkitkan kepada Perdana Menteri berkaitan isu dana RM2.6 bilion dan 1MDB?
"Bahkan dengan pendedahan-pendedahan baru yang timbul hari ini, adakah beliau bersetuju perjuangan para pemimpin seperti Tun Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung skandal 1MDB adalah keutamaan pada masa ini bagi membebaskan Malaysia dari jolokan negara kleptokrasi?," soalnya.
Akmal Saufi Mohd Khaled Hari ini Akmal Saufi (Gambar kiri) yang juga anak kepada Menteri Besar Johor itu dipetik Bernama dilaporkan berkata, sebuah laporan telah disiarkan di laman sesawang milik DAP secara langsung telah menuduh bahawa beliau cenderung dan telah memasuki salah satu parti pembangkang di Malaysia.
Sebaliknya kata Akmal Saufi, beliau masih bersama Umno dan tidak akan berpaling daripada parti itu.
"Pada hari Isnin, 10 Julai 2017, saya dimaklumkan bahawa sebuah laporan telah disiarkan di laman sesawang milik parti DAP Malaysia. Laporan tersebut secara langsung telah menuduh bahawa saya cenderung dan telah memasuki salah satu parti pembangkang di Malaysia.
"Laporan tersebut adalah tidak benar sama sekali kerana saya masih menjadi hli Umno malah terus bergiat berusaha melaksanakan objektif penubuhan Umno," katanya dalam kenyataan yang dipetik.
Akmal Saufi berkata susulan itu beliau telah mengarahkan peguamnya mengeluarkan surat kepada DAP untuk menurunkan laporan tidak bertanggunggjawab itu serta membuat permohonan maaf secara terbuka pada kadar segera.

Keluarga miskin bandar Selangor bergelut penuhi tuntutan hidup


Keluarga miskin bandar Selangor bergelut penuhi tuntutan hidup
Suriani hanya mempunyai sebuah motosikal sebagai pengangkutan utama keluarganya.
WALAU hidup serba kekurangan, namun senyuman dan tawa tidak pernah lekang dibibir mereka.
Bergelut mencari rezeki menyara anak yang ramai, keluarga miskin bandar ini akui bukan mudah untuk memenuhi tuntutan hidup.
Dua keluarga miskin bandar berpendapatan bawah RM3,000 yang ditemui The Malaysian Insight berkongsi kepayahan hidup mereka tinggal di negeri terkaya di Malaysia.
Menyara enam anak dengan pendapatan kurang daripada RM2,000, Suriani Aziera, 31 dan suami Mohd Fairus Yusof, 40 tekad membesarkan anak yang berusia dari 3 hingga 17 tahun dengan kos sara hidup yang tinggi.
Suriani menjaga kesemua anaknya sementara suami yang bekerja sebagai kelindan lori sering bekerja di  luar kawasan dan jarang berada di rumah.
Tinggal dirumah pusaka di Kampung Batu Muda Gombak, keluarga lapan beranak ini hanya mempunyai sebuah motosikal sebagai kenderaan utama.
"Inilah motor buruk kami yang kami gunakan untuk kemana-mana. Berangkut ke sana-sini. Saya tiada lesen memandu tapi saya beranikan diri kerana tiada pilihan.
"Ada polis tahan saya, tetapi mereka lepaskan sebab mereka faham saya orang susah," katanya dengan mata yang bergenang.
'Mengemis' kerana kesempitan hidup 
Berkahwin di usia 14 tahun, Suriani akui tidak mempunyai pendidikan tinggi. Namun, beliau yang pernah bekerja sebagai jurujual itu melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan bantuan.
Pernah dihina masyarakat kerana sering meminta bantuan, wanita berkulit sawo matang itu terus bertahan demi anak-anak.
"Ada pernah hina saya kerana meminta tapi saya buat untuk bagi anak-anak makan. Merekalah harta saya. Saya kalau pandai meniaga saya sudah buat tapi saya tidak reti buat kuih pun. Apa yang saya buat, selain suami beri duit belanja, saya ke sana sini untuk dapatkan bantuan.
"Saya pergi ke masjid Cheras, saya dapatkan bantuan daripada NGO, Soup Kitchen..ada juga orang kaya yang bantu kami," katanya lagi.
Setiap malam tujuh beranak itu akan ke Kuala Lumpur mengambil bantuan makanan, susu dan lampin bayi.
Anak-anak Suriani juga mendapat kelas agama secara percuma yang diberikan badan kebajikan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 12 Julai, 2017.
Anak-anak Suriani juga mendapat kelas agama secara percuma 
yang diberikan badan kebajikan.
Sukar cari kerja, jana pendapatan
Mengakui tidak berpendidikan tinggi, Suriani hanya boleh berniaga kecil-kecilan untuk menambahkan pendapatan.
Sukar bagi dirinya yang mempunyai anak ramai mencari kerja yang sesuai.
"Saya kena jaga anak. Mereka masih kecil, jadi suami saya yang kerja. Saya ada meniaga sikit-sikit macam jual Avon," katan Suriani.

Anak sulungnya Dayang Syaheera, 17, tidak bersekolah dengan niat membantu menjaga adik-adik dan sedang memohon kerja di pasaraya.
"Dari tahun lepas lagi saya tidak bersekolah. Dulu jaga nenek saya dan kini saya rasa perlu kerja untuk bantu emak tambah pendapatan.
"Ini tengah tunggu panggilan untuk kemasukan kerja. Harap saya dapat kerja secepat mungkin," kata anak gadis itu kepada The Malaysian Insight.
Kini, hanya tiga daripada enam anak Suriani bersekolah di sekolah rendah kebangsaan.
Keluarga lapan beranak ini adalah di antara penerima zakat Selangor sebanyak RM400 sebulan.
Duit berkenaan digunakan bersama gaji suaminya berjumlah RM1200 untuk menanggung kos bulanan keluarga.

PETISYEN RAKYAT MALAYSIA BOIKOT PENYENARAIAN EDRA

Edra Power Holdings Sdn Bhd adalah bekas anak syarikat 1MDB yang dijual kepada syarikat penjana bebas dan tenaga nuklear dari China, iaitu China General Nuclear Power Corporation. Setelah berhadapan dengan masalah hutang, pentadbiran Dato’ Seri Najib (melalui 1MDB) telah menjual aset-aset penjana elektrik di negara ini kepada syarikat milik negara China itu yang melanggar peraturan umum pemilikan penjana elektrik sehingga memerlukan pelepasan khas.

Akibatnya, syarikat milik negara China itu kini menjadi penjana bebas kedua terbesar di negara ini.

Semasa penjualan aset-aset penjanaan elektrik itu kepada syarikat milik China, pentadbiran Dato’ Seri Najib memberi alasan harga yang ditawarkan oleh syarikat itu (sebanyak RM9.83 bilion) adalah lebih tinggi dari yang ditawarkan oleh pembida terdekat iaitu TNB (sekitar RM8.6 bilion). Atas dasar itu, 1MDB memperjudikan aset strategik negara atas alasan dana yang disuntik oleh syarikat China itu boleh mengurangkan hutangnya, berbanding yang ditawarkan oleh TNB.

Sebab itu berita penyenaraian Edra untuk mengutip sehingga RM5 bilion dari pelabur di Bursa Malaysia ini adalah satu perkara yang perlu diberi perhatian serius.

Pertamanya, hutang-hutang yang perlu dibayar oleh 1MDB (sehingga menyebabkan aset-aset penjanaan terpaksa dijual) adalah berpunca dari pembelian aset-aset tersebut pada harga yang lebih tinggi dari pemilik asalnya (syarikat-syarikat yang rapat dengan Barisan Nasional).

Keduanya, wang yang diperolehi dari penerbitan hutang kononnya untuk menjalankan perniagaan 1MDB telah diselewengkan bagi tujuan pembelian harta peribadi dan berboros yang menyebabkan 1MDB tidak menjana apa-apa pulangan hingga hutant-hutangnya perlu ditanggung oleh pihak awam.

Oleh yang demikian, jika saham-saham yang bakal diterbitkan oleh Edra dilanggan pula oleh institusi pelaburan atau dana yang dimiliki oleh rakyat Malaysia, ini samalah seperti rakyat Malaysia menanggung hutang 1MDB dua kali:

1. Pertama – hutang pusingan pertama yang diambil oleh 1MDB dan telah diselewengkan

2. Kedua – rakyat Malaysia memberikan wang kepada pemilik Edra (China General Nuclear Power Corporation) untuk membayar kembali RM5 bilion yang telah dibayar oleh CGNPC kepada 1MDB

Maka, kami menyeru supaya institusi pelaburan awam dan dana awam terutamanya KWSP, Tabung Haji, KWAP, PERKESO, PNB, Khazanah, MARA dan semua pelaburan lain untuk memboikot dan menjauhi penyenaraian saham Edra untuk mengelakkan dana awam terjebak kali kedua di dalam skandal 1MDB.

Dato’ Seri Najib wajarlah memastikan wang yang dibayar kepada 1MDB hasil penjualan aset penjanaan elektrik kepada China General Nuclear Power Corporation kekal datang dari syarikat China itu, bukannya dibayar balik oleh rakyat Malaysia melalui penerbitan saham sebanyak RM5 bilion ini.

Tunjukkan sokongan anda sekarang dengan menandatangani petisyen ini di: http://bit.ly/PetisyenEDRA

Rafizi Ramli
Sukarelawan INVOKE #00001

KJ NAK MAIN APA SELEPAS INI?

"Kalau masih remaja, kuat tapi takut dengan orang tua, berhentilah main politik," begitu antara jawapan padu lagi pedas oleh Tun Mahathir Mohamad sebagai membalas gesaan Khairy Jamaluddin agar beliau, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang bersara daripada dunia politik.

Tapi Tun, kesianlah sikit padanya, kalau KJ  bersara daripada politik, bidang apa nak diceburinya selepas ini?

Polo?

Namun, cabaran TMJ untuk berlawan polo dengan pasukan Baginda juga takut untuk disahutnya.

Dalam politik, takut dengan orang tua, dalam sukan polo tak berani dengan TMJ yang lebih muda daripadanya.

Habis, nak buat apa lagi?

Menari zumba?

 Atau KJ  lebih rela dan selesa jadi pengampu kleptokrasi sampai ke tua?

PAS jemput Amanah, DAP ke rumah terbuka, umum sidang meja bulat 1MDB


Tuan Ibrahim yang kini memangku jawatan presiden PAS daripada Abdul Hadi Awang konsisten dalam menyuarakan kritikan terhadap skandal 1MDB. 


WALAUPUN diserang dan dikatakan “mesra Umno”, PAS membuat kejutan hujung minggu lalu apabila menjemput semua parti politik ke rumah terbukanya sambil mengumumkan akan memanggil satu sidang meja bulat 1MDB.
Lebih memeranjatkan, PAS turut menjemput parti serpihannya, Amanah dan musuh ketat mereka DAP ke majlis pada 8 Julai lalu yang turut dihadiri pemimpin Umno, PKR, Bersatu dan Ikatan itu.
Selain itu, bagi sidang meja bulat membahas skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), parti Islam itu menggemparkan ramai pihak apabila bakal memanggil pemimpin veteran DAP Dr Tan Seng Giaw.
“Pesuruhjaya PAS Pahang Rosli Abdul Jabar jemput semua wakil rakyat termasuk dari DAP dan Amanah,” kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man kepada The Malaysian Insight.
Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan menganggap rumah terbuka Aidilfitri anjuran mereka sebagai “menyatukan ummah.”
“Alhamdulillah, wakil parti Ikatan, PKR, Bersatu, Umno, NGO dan tokoh masyarakat hadir.
“Kecuali Amanah dan DAP tidak berkesempatan hadir meskipun kami menjemput semua parti politik bagi memeriahkan majlis kami,” kata ahli Parlimen Temerloh itu dalam kenyataan di Facebook.
Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah mengesahkan beliau menerima jemputan untuk ke rumah terbuka PAS tetapi tidak dapat menghadirinya.
“Kalau saya senang, saya pasti akan hadir.
"Walaupun berbeza daripada segi politik, ini adalah perayaan keagamaan, saya tidak ada masalah untuk hadir di atas kapasiti individu.
“Contohnya sebelum ini, apabila anak YB PAS kahwin dan saya dijemput, saya hadir,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanah Rata itu apabila dihubungi.
Bagaimanapun, Pengerusi Amanah Pahang Dr Hamzah Jaafar menafikan ada menerima sebarang jemputan untuk menghadiri rumah terbuka PAS.
"Sehingga hari ini, saya sebagai pengerusi Amanah Pahang tidak menerima sebarang jemputan.
"Biasanya jemputan di hantar ke pengerusi dan setiausaha, tetapi setiausaha saya pun tak terima," kata Hamzah apabila dihubungi.
Bongkar skandal 1MDB

Zuhdi cabar Mahfuz berdebat

Seorang daripada anggota Jawatankuasa Pusat PAS mencabar bekas naib presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar, untuk berdebat.
Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata debat berkenaan perlu kerana ia boleh menjernihkan "kecelaruan" yang dialami Mahfuz.
Melalui debat, katanya, segala dakwaan yang dibuat anggota parlimen terbabit dapat dijawab.
"Dan Mahfuz sewajarnya tidak lagi celupar jika semua dakwaan beliau sudah terjawab," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mahfuz adalah segelintir tokoh dalam PAS yang dilihat sering mengeluarkan kenyataan tidak sehaluan dengan parti, termasuk presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Keadaan itu menyebabkan beliau digolongkan dalam kumpulan digelar "harumanis" merujuk kepada buah mangga terkenal di Perlis yang mempunyai kulit berwarna hijau namun isinya berwarna oren.
Pada kebanyakan masa Mahfuz juga dianggap bercakap dengan kepentingan Parti Amanah Negara (AMANAH).
Zuhdi yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP) berkata banyak kenyataan Mahfuz bersifat menyerang parti dan ia diselindungkan dengan ungkapan "masih sayang kepada PAS".
"Dengan serangan-serangan tersebut, beliau sebagai anggota parlimen PAS diyakini tidak lagi akan membawa mesej parti.
"PPP juga mendapat maklumat beliau tidak lagi menghadiri program-program penerangan dan penjelasan tentang hala tuju serta pendirian parti, sebaliknya terus menerus mengeluarkan kenyataan mengelirukan," katanya.
Isu yang dibangkitkan Mahfuz, kata Zuhdi, sebenarnya sudah dijawab dalam program-program anjuran PAS.
"Sikap yang ditunjukkan oleh anggota parlimen Pokok Sena itu kelihatan sengaja dilakukan untuk menunjukkan hanya pandangan beliau yang tepat berhubung dengan senario terkini politik," katanya.
Oleh itu, kata Zuhdi, dia mencabar Mahfuz untuk berdebat untuk memberi ruang kepadanya membuktikan keputusan pucuk pimpinan PAS tergelincir daripada matlamat sebenar.
"Disebabkan isu-isu berkaitan hala tuju dan pendirian parti banyak berkaitan dengan hal ehwal dalaman PAS, debat yang dianjurkan hanya terbuka kepada pimpinan dan ahli parti. PPP sendiri bersedia menjadi penganjurnya.
"Selain PPP, saya juga mengalu-alukan jika ada agensi lain parti khususnya yang berada di bawah Badan Perhubungan PAS Kedah menganjurkan debat tersebut," katanya.

Husam masih tercari-cari pejabat Climate Protectors di Kelantan

Alam maya atau diperdaya, soal pemimpin Amanah itu selepas gagal mengunjungi pejabat syarikat.
husam-climate
Datuk Husam Musa hari ini mempersoalkan sama ada sebuah syarikat yang terpalit kontroversi menjalankan pemulihan tanah hutan seluas sejuta ekar di Kelantan benar-benar wujud, selepas gagal mencari pejabat di beberapa alamat yang dinyatakan.
“Sebuah syarikat bertaraf antarabangsa di bawah mekanisma UN, tidak mempunyai pejabat tetapi mendakwa mempunyai pejabat? Menghairankan,” katanya menjawab penjelasan Exco Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan, Datuk Anuar Tan di sidang DUN Kelantan semalam.
Husam berkata beliau cuba mengunjungi pejabat Climate Protectors, syarikat yang dinamakannya ketika mempersoalkan perjanjian menguruskan sejuta ekar tanah negeri.
Naib Presiden Amanah itu sebelum ini berkata syarikat itu tiada kelulusan Bank Negara Malaysia untuk mengutip wang daripada orang ramai melalui penjualan token digital di mana pelabur dijanjikan pulangan.
Susulan itu, kerajaan negeri Kelantan menafikan mengarahkan mana-mana syarikat mengutip wang untuk projek meningkatkan stok karbon di hutan hujan, sebaliknya berkata perjanjian dengan Climate Protectors adalah bagi tujuan penilaian daripada saintis bertauliah bagi mengenal pasti stok karbon di kawasan hutan.
Sebelum ini, wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menafikan pernah mengiktiraf syarikat tersebut menjalankan program pemeliharaan alam sekitar di bawah Program Kerjasama Mengurangkan Pelepasan dari Pembasmian dan Degradasi Hutan di Negara Membangun (UN-REDD).

Rafizi: Kemusnahan di Felda bukan semata-mata rasuah

Jaminan Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad bahawa pihaknya tidak akan melindungi sesiapa pun kakitangan dan pengurusan yang terbabit dengan rasuah tidak mempunyai makna apabila syarika itu mengambil hutang baru sebanyak RM2.12 bilion untuk membiayai pembelian saham PT Eagle High, kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Sebeum ini, Shahrir dilaporkan mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atas Felda dan berjanji tidak akan melindungi mana-mana pihak yang melakukan kesalahan.
“Jangan dengan hanya mengalu-alukan siasatan ke atas ikan-ikan bilis di kalangan kakitangan Felda; itu dikira cukup untuk menutup peninggalan beliau yang sewajarnya diingati seperti mana rakyat mengingati peninggalan Tan Sri Isa Samad kepada Felda juga.
“Kedua-dua mereka bertanggungjawab membiarkan Felda terjebak di dalam urusniaga berbilion ringgit yang menyebabkan hutang Felda mula membawa kesan kepada peneroka Felda,” kata Rafizi dalam satu kenyataan.
Walaupun Felda belum mengesahkan akan membuat pinjaman untuk membeli kepentingan dalam syarikat perladangan di Indonesia itu, Rafizi berkata ini "sudah hampir pasti" memandangkan Felda tidak mempunyai sumber kewangan dalaman yang mencukupi.
“Keputusan untuk terus berhutang dalam keadaan kedudukan kewangan Felda sudah pun parah itu tidak sekali-kali disiasat oleh SPRM kerana ia tidak dikira sebagai rasuah; sebaliknya hanyalah satu keputusan pengurusan yang merugikan.
“Sebab itu saya ingin menasihati Tan Sri Shahrir Samad supaya menginsafi hakikat bahawa beliaulah yang memimpin Felda tatkala Felda membayar sejumlah harga yang begitu tinggi untuk membeli saham-saham syarikat perladangan milik sahabat Datuk Seri Najib Razak,” katanya.
Eagle High Plantation dimiliki oleh pemilik Kumpulan Rajawali, Tan Sri Peter Sondakh, yang dilaporkan bertindak sebagai penasihat kepada Najib mengenai hal-hal berkaitan dengan Indonesia.
Felda membeli kepentingan 37 peratus dalam firma tersebut pada bulan April lalu.
Perkara itu mencuri tumpuan buat pertama kali selepas pengerusi CIMB yang juga adalah adik kandung Najib, Datuk Seri Nazir Razak memberi amaran bahawa Felda membayar terlalu tinggi.

HUSAM MUSA BERTIKAM LIDAH DENGAN YB PULAI CHONDONG ISU CARBON CREDIT(DUN KELANTAN)

Tak berdosa kalau Najib temberang sekalipun..


MEDIA PALING BANGSAT DALAM DUNIA TV 3/4...!!!


MASIH INGAT..
FITNAH insiden #LahadDatu sebelum PRU13 ketika kedudukan BN di Sabah begitu genting.

MASIH INGAT..
Tuduhan Zahid Hamidi pada 29 April 2013 (sebelum PRU13).. "3 nama pemimpin pembangkang dalang insiden Lahad Datu akan didedah selepas PRU13".. HINGGA KINI nak menjelangnya PRU14 Zahid Hamidi terus membisu..

'Standard' kepala hotak UMNO..

 
Rakyat hidup senang..
SEBABNYA LEBUHRAYA SESAK !!!
Rakyat tidak menderita..
SEBABNYA LAPANGAN TERBANG T'GANU SESAK 40 RIBU PERGI UMRAH !!! !!!

CARA UMNO........

PATUTLER.. Yayasan #1MDB bersungguh2 nak 'sponsor' program tunaikan haji..

RUPA-RUPANYA tajaan haji berkenaan perlu dibalas dengan doa agar kepimpinan Najib sedia ada (kerajaan Umno/BN) terus kekal berkuasa.

Bagaimana dengan kehilangan wang berbilion2 ringgit yang didakwa berlaku melalui 1MDB, ada kemasukan wang ke dalam akuan peribadi, ada yang dapat hadiah barang kemas juta-juta banyaknya, ada yang beli jet, hotel, lukisan, buat filem separuh bogel, apartment mewah, anak pemimpin negara berjoli sakan berjudi di kasino Las Vegas dan sebagainya lagi?

Ada juga yang dipecat, disingkir, dibuang kerja, dianiaya dan dipenjara kerana mendedahkan atau bertanya soalan tentang 1MDB.

Tidak mahukah diminta jemaah haji tajaan 1MDB berdoa sama agar kebenaran ditunjukkan, penganiayaan diberi balasan dan pendurjana diberi hukuman sewajarnya oleh Tuhan?

Apalah BANGSAT pemimpin yang memainkan sentimen bangsa dan perkauman..??

Jangan sesekali menghina dan memperlekehkan warna kulit, bangsa dan rasis kerana sebagai manusia, kita tak layak mencampuri urusan Allah SWT..

Wujudnya melayu, cina, india & sbgnya bukannya kemahuan mereka TETAPI SEMUA ITU ADALAH KETENTUAN & CIPTAAN YANG MAHA ESA !!!

Kos Sara Hidup: Pelajar UTHM hanya makan nasi putih dan kuah, dakwa peniaga kedai makan


Akibat kos sara hidup yang semakin meningkat, kesannya turut dirasai  dikalangan pelajar  khususnya di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dakwa seorang peniaga kedai makan 'Line Clear' di Batu Pahat dalam tinjauan yang dilakukan  oleh krew 'Jelajah Live Bongkar'  yang dianjurkan Amanah Negeri Johor baru-baru ini.
Krew 'Jelajah Live Bongkar'  telah membuat liputan di sekitar kawasan Batu Pahat bagi mendapatkan respons orang ramai mengenai kenaikkan harga barang yang kian mencengkam masyarakat di negara ini.
Menurut Baharudin Omar, 55 , (Gambar)  yang meluahkan rasa simpatinya melihat nasib pelajar-pelajar di UTHM  dakwanya, terpaksa berjimat sehingga terdapat dikalangan pelajar itu hanya makan nasi berlaukkan kuah sahaja serta air kosong semata.
Pengusaha kedai makan yang menjadi tumpuan pelajar dari universiti itu juga meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan keadaan ekonomi yang semakin mendesak rakyat ketika ini sehingga turut menjejaskan perniagaannya.
“Kalau tengok pelajar yang datang makan di sini hanya makan nasi putih, kuah serta air kosong saja.Kita akan berasa sedih dan kebanyakkan mereka datang dari keluarga yang susah serta tidak berkemampuan.
“Dulu ada juga pelajar yang hidup macam ni, kalau dulu dari sepuluh orang kita akan tengok dua daripadanya saja yang makan macam ni tapi hari ni boleh dikatakan lapan hingga sembilan orang yang akan makan macam ni sepanjang waktu.
“Ekonomi kita teruk, saya akui pelanggan saya semakin susut dan peniagaan ini tidak rancak macam dulu. Bagi saya ini adalah disebabkan faktor ekonomi rakyat yang semakin teruk terbeban, cuba lihat gaji macam tu tapi barang belanja semakin mahal,” katanya.
Suhaizan KaiatManakala Pengarah program 'Jelajah Live Bongkar', Suhaizan Kaiat (Gambar kiri) meluahkan rasa kesedihannya dengan apa yang berlaku terhadap pelajar yang terpaksa menanggung kesan dari kepincangan pengurusan ekonomi di negara ini.
Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Johor itu juga menegaskan agar pihak kerajaan memandang serius akan perkara yang berlaku ini supaya pelajar-pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dapat meneruskan pembelajaran mereka secara lebih selesa dari keadaan sekarang.
“Saya merasa sedih dengan apa yang berlaku ketika ini mengenai nasib pelajar-pelajar di IPT khususnya di UTHM yang terpaksa mengikat perut atau berjimat sehingga tahap sebegini rupa sedangkan negara kita digemburkan sebagai negara membangun.
“Harapan saya adalah untuk pihak kerajaan segera menyelesaikan masalah ini agar pelajar-pelajar di IPT dapat menjalani pembelajaran mereka secara lebih selesa tidak seperti hari ini mereka dijadikan mangsa akibat daripada pengurusan ekonomi yang tidak cermat,” Suhaizan Kaiat.
Program 'Jelajah Live Bongkar' ini adalah suatu insiatif bagi mendekati masalah yang dialami oleh masyarakat terbanyak di negara ini dalam menjalani atau menghadapi permasalahan yang berlaku dalam hidup mereka hari ini.

Tuan Ibrahim sependapat dengan Mahathir, Anwar mangsa konspirasi tetapi tidak bagi Mohd Amar

KUALA LUMPUR: Dua pemimpin kanan Pas memberi pandangan berbeza mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi mangsa konspirasi politik.
Malaysiakini melaporkan, akhbar rasmi Pas Harakah memetik timbalan presiden parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai berkata bahawa kenyataan Mahathir adalah konsisten dengan apa yang dikatakan parti itu – bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri adalah mangsa konspirasi politik selagi tiada pembuktian dakwaan terhadapnya secara syarie.
“Bagi saya kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa Anwar menjadi mangsa politik sebenarnya Pas sudah lama memperkatakan mengenainya.
“Pas sejak awal lagi meminta isu-isu yang berkaitan syarak perlu dikembalikan kepada mahkamah syariah.
“Ini kita harapkan,” kata Tuan Ibrahim dalam satu sidang akhbar di Kota Bharu.
Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan. Beliau dan penyokongnya mendakwa bahawa pertuduhan berkenaan bermotivasi politik.
Tuan Ibrahim berkata, Anwar diakui menjadi mangsa politik BN, di mana beliau dipecatkan daripada kerajaan dan ditumbuk sehingga lebam mata.
“Bagi saya kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa Anwar menjadi mangsa politik sebenarnya Pas sudah lama memperkatakan mengenainya.
“Dan akhir-akhirnya selepas tiada tokoh lain maka Pakatan Harapan cuba hendak menaikkan semula Anwar. Sebenarnya kemelut itu berlaku pada Pakatan Harapan,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mempunyai pandangan berbeza mengenai isu berkenaan.
Beliau dipetik oleh akhbar Utusan Malaysia sebagai berkata bahawa kenyataan Mahathir itu sebagai terdesak dan mempunyai kepentingan politik apabila sanggup menyokong Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Skandal 1MDB: Hukuman di Singapura petanda Putrajaya perlu bertindak

SINGAPURA menjatuhkan hukuman penjara 54 bulan kepada bekas perancang kewangan Yeo Jiawei hari ini atas tuduhan penggubahan wang haram dan penipuan berkaitan dakwaan salah guna dana berbilion ringgit milik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam siri siasatan yang sedang dilakukan di seluruh dunia.
Dia ialah antara beberapa orang yang didakwa kerana kesalahan berkaitan 1MDB di Singapura, merupakan negara tunggal daripada sekurang-kurangnya 10 negara lain sedang menyiasat skandal 1MDB menjadikan Malaysia dan ‘Malaysian Official 1’ tumpuan utama media seluruh dunia.
Keputusan terbaru itu juga meningkatkan tekanan kepada kerajaan Malaysia untuk mengambil tindakan dan membuatkan jawapan tiada kesalahan dilakukan 1MDB tidak masuk akal, juga tuduhan saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) tidak berasas tidak lagi boleh dipakai.
Kerana sekiranya tuduhan itu benar, mengapa banyak sekali negara sedang menyiasat perkara itu dan DoJ pula memfailkan dua saman salah guna wang 1MDB yang bercanggah dengan matlamat penubuhannya?
Sekiranya ia benar, mengapa Malaysia bersetuju untuk membayar International Petroleum Investment Corporation (IPIC) milik Abu Dhabi dalam timbang tara yang dilakukan di London?
Bolehkah Putrajaya sejujurnya mengatakan semua perkara elok saja dalam 1MDB sehinggakan ia boleh memberikan RM960 juta untuk usaha tanggungjawab sosial korporat bertahun lamanya? Dan tiada seorang pun pegawainya terlibat dalam salah tadbir syarikat sehingga ia terpaksa menjual tanah, aset tenaga dan air serta merombak pengurusan dan auditornya beberapa kali sepanjang tahun kewujudannya?
Menyedihkan sekali untuk terus terperangkap dalam khayalan yang tiada masalah dalam 1MDB dengan melakukan kerja kebajikan dan tajaan Haji. Satu penipuan untuk mengatakan semua berita buruk tentang 1MDB ini diterajui pembangkang.
Penipuan terbesar ialah untuk terus percaya 1MDB tiada masalah dan semua wang itu masih miliknya.
Kerana sekiranya itu benar, Yeo ialah mangsa sistem kehakiman. Hukuman penjara 54 bulan yang diterimanya ialah hukuman paling berat setakat ini dijatuhkan mahkamah Singapura dalam dakwaan jenayah berkaitan 1MDB.

Azmin kata Noh 'cicak mengkarung'

Bukan tandingan - itu penilaian Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, terhadap Tan Sri Noh Omar yang mencabarnya bertanding di Tanjung Karang dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Menegaskan lawan yang diidamkan olehnya ialah Datuk Seri Najib Razak, Azmin sebaliknya berkata Noh cuma "cicak mengkarung".
"Lawan saya ialah Najib. Siapalah Noh ini.
"Ini cicak mengkarung saja. Saya nak lawan, saya kena lawan dengan Najiblah," katanya kepada media selepas menghadiri majlis rumah terbuka hari raya Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur hari ini.
Pada 7 Julai lalu Noh yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor menasihati Azmin supaya melupakan hasratnya untuk bertanding di Pekan dalam PRU ke-14 nanti.
Pekan adalah kerusi diwakili Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
Sehari sebelum itu Azmin menafikan khabar mendakwa beliau sedang mengintai kerusi parlimen Ampang untuk ditandingi pada PRU akan datang.
Timbalan presiden PKR itu sebaliknya menyatakan kerusi pilihannya - jika ditakdirkan berpindah dari Gombak yang diwakilinya ketika ini - ialah Pekan.
"Saya dah sebut hari tu, saya tak minat dengan (kerusi) Ampang.
"Kalau perlu saya beralih, saya minat dengan Pekan," katanya dilaporkan Sinar Online.
Noh berkata tidak ada sebab mengapa Azmin perlu pergi ke Pekan, Pahang yang jauh dari Selangor.
"Dia (Azmin) menteri besar Selangor. Mengapa nak ke Pekan? Dia boleh bertanding di seluruh Selangor. Saya sedia menunggu Azmin untuk datang ke Tanjung Karang," katanya.
Untuk rekod, Noh adalah anggota parlimen Tanjung Karang dan dilantik Najib sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada Jun 2016.
Azmin berkata buat masa ini beliau tidak ada niat untuk meninggalkan kerusi parlimen Gombak kerana kawasan itu adalah kubunya.
"Tapi kalau ada pandangan untuk saya berhijrah ke kawasan lain atas sebab strategi, saya memilih Pekanlah," katanya yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa.

Mahathir sindir KJ, kalau takut orang tua, tak usah main politik

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hairan mendapati bahawa Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin "takut dengan orang tua".
Ini susulan Khairy menamakan Dr Mahathir, bersama Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang sebagai tiga ahli politik yang seharusnya bersara .
“Itu pendapat dia pasal dia takut dengan orang tua. Apa dia takut? Sebab dia takut dia suruh orang tua berhenti.
“Kalau takut, budak macam itu, masih remaja, kuat, tapi takut dengan orang tua, tak usah main politiklah,” kata Mahathir ketika ditemui hari ini selepas menghadiri majlis rumah terbuka Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Disoal sama ada beliau akan kekal dalam politik, Mahathir berkata tidak ada alasan baginya untuk mengikut cadangan Khairy.
“Apa pasal saya mau ikut dia. Dia takut, jadi kita kesian,” katanya.
Mengenai dakwaan Khairy yang mengatakan bahawa ketiga-tiga pemimpin politik veteran itu terus memecah-belahkan rakyat jika mereka kekal dalam politik, Mahathir bagaimanapun berfikir sebaliknya.
"Di mana sahaja saya pergi, banyak yang datang, saya rasa sayalah yang menyatukan rakyat,” katanya.
Khairy pada Ahad lalu berkata, ‘ketokohan’ Dr Mahathir dan Anwar juga boleh dikaitkan dengan watak Lim yang juga antara yang bertanggungjawab dalam perpecahan kaum melibatkan orang Melayu dan Cina.
Menurut Khairy, yang juga menteri belia dan sukan, watak semua mereka perlu segera dihentikan kerana ia mengundang perpecahan dalam kalangan rakyat.
Sementara itu, Mahathir mengesahkan bahawa kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan akan mengadakan mesyuaratnya malam esok.
"Kami akan putuskan dia punya terma rujukan malam esok," katanya, ketika ditanya mengenai peranannya selaku pengerusi gabungan itu.
Sehingga kini, Pakatan Harapan belum lagi menamakan barisan kepimpinannya.

‘Badan kehakiman nampak terpalit lumpur semula’ - Tun Abdul Hamid

Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana mengeluarkan
kenyataan untuk menjelaskan mengenai perlantikan Tan Sri Md Raus Sharif dan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan setelah mereka mencapai umur 66 than enam bulan.
Raus (foto, kanan) telah dilantik bagi tempoh tiga tahun dan “terus memegang jawatan Ketua Hakim yang disandangnya bagi tempoh yang sama”. Zulkefli telah dilantik bagi tempoh dua tahun “dan terus memegang jawatan Presiden Mahkamah Rayuan bagi tempoh yang sama”.
Kenyataan itu mengesahkan bahawa mereka hanya dilantik sebagai hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan mengikut Perkara 122(1A) Perlembagaan Persekutuan.
Maksudnya, mereka bukan dilantik semula sebagai Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan.
Jika demikian, pada pandangan saya, mereka sepatutnya hanya menjadi hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan dan tidak lebih daripada itu kerana:
1. mereka dilantik untuk jawatan itu; dan
2. perlantikan mereka sebagai Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan, masing-masing, telah luput apabila mereka mencapai umur 66 tahun 6 bulan (termasuk perlanjutan mengikut Perkara 125(1)).
Saya terima bahawa mereka dilantik sebagai hakim tambahan atas nasihat Ketua Hakim Negara terdahulu.
Siapa akan percaya?
Walau bagaimanapun, siapa akan percaya bahawa tidak ada sebarang persefahaman terlebih dahulu antara Ketua Hakim Negara yang terdahulu dengan perdana menteri (dengan persetujuan Raus dan Zulkefli bahawa tujuan Ketua Hakim Negara terdahulu itu menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk melantik kedua-dua mereka itu sebagai hakim tambahan adalah untuk membolehkan mereka terus menyandang jawatan masing-masing sebagai Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan.
Jika tidak, adalah tidak munasabah bagi Raus dan Zulkefli (foto, kiri) untuk terus berkhidmat dengan jawatan yang lebih rendah daripada jawatan yang disandang sebelum mereka bersara.
Saya tekankan, itu bukanlah tujuan Perkara 122(1A). Tujuan Perkara 122(1A) hanyalah untuk melantik hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan dan itu sahaja.
Segala perkara yang saya bangkitkan dalam artikel saya bertarikh 6 Mei 2017 masih relevan.
Pada pandangan saya, perlantikan Raus dan Zulkefli sebagai hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan dan terus memegang jawatan yang disandang oleh mereka, masing-masing itu, bukanlah suatu tindakan yang bijak.

Tindakan tersebut menampakkan seolah-olah kerajaan Malaysia, dalam keadaan politik di Malaysia sekarang ini, mahu mereka terus menyandang jawatan-jawatan mereka masing-masing.
Adalah amat sukar bagi kerajaan Malaysia untuk menolak persepsi awam bahawa kerajaan Malaysia sedang membuat persediaan untuk mempunyai mahkamah yang pro-kerajaan jika terdapat perkara-perkara/kes-kes terhadapnya dalam tempoh itu.
Campur tangan politik
Ini tidak membantu kerajaan Malaysia untuk menunjukkan kepada masyarakat awam bahawa ia sebuah kerajaan yang telus.
Malah, ia menampakkan terlalu banyak campur tangan politik seperti yang berlaku di era Tun Mahathir yang kekal sebagai satu titik hitam dalam sejarah Malaysia secara am dan Badan Kehakiman secara khusus.
Bagi hakim-hakim itu pula, mereka nampak seolah-olah telah berkompromi dalam hal kebebasan mereka dengan terus memegang jawatan-jawatan tersebut. Bahawa ia berlaku di penghujung kerjaya mereka, yang sebelum ini mereka dilihat sebagai bebas, sangatlah mendukacitakan.
Bagi Badan Kehakiman pula, setelah imejnya bertambah baik dalam tempoh satu dekad kebelakangan ini, ia nampak terpalit lumpur semula.
Seolah-olah untuk memastikan perlanjutan jawatan-jawatan mereka itu sah, secara alternatif, kenyataan itu berkata bahawa Kerajaan Malaysia sedang menimbang cadangan untuk dibentangkan di Parlimen bagi menaikkan umur persaraan hakimhakim mahkamah tertinggi kepada 70 tahun.
Bukan tindakan bijak
Jika kerajaan Malaysia boleh mendapat sokongan dua pertiga di setiap Dewan Parlimen, pindaan itu mungkin dapat menyelesaikan masalah perlanjutan jawatan mereka jika tarikh penguatkuasaan pindaan itu bermula selepas persaraan Tun Arifin Zakaria dan sebelum Raus dan Zulkefli mencapai umur 66 tahun 6 bulan.
Walau bagaimanapun, dengan berkuatkuasanya pindaan itu pun, selagi Perkara 122(1A) dibaca seperti yang tersebut dalam kenyataan itu, perkara yang sama boleh berulang: seorang Ketua Hakim Negara boleh dilantik sebagai hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan selepas beliau mencapai umur 70 tahun 6 bulan dan boleh “terus memegang jawatannya” bagi tempoh yang sama.
Kerajaan Malaysia boleh memilih untuk meneruskan perkhidmatan dan menghentikan perkhidmatan sesiapa sahaja.
Dalam hal ini pun, tempoh Raus “diteruskan” selama tiga tahun manakala bagi Zulkefli hanya dua tahun. Apakah kriteria untuk perlantikan tersebut?

Ucapan Husam Berkaitan Credit Carbon Di Sidang DUN Kelantan 12/7/17

RAFIZI RAMLI: Siasatan 1MDB,Sharir Samad & FELDA

Tuduhan Anwar saya terlibat mengarut, sembang Shafee

Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyifatkan dakwaan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa dirinya terbabit dalam penyambungan perkhidmatan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Makinudin sebagai mengarut.
"Anwar boleh bercakap apa sahaja yang dia suka. Saya tidak akan jawab kerana saya fikir tuduhan itu mengarut,” katanya ringkas kepada Malaysiakini ketika ditanya mengenai dakwaan berkenaan.
Peguam itu ditemui di luar Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini.
Anwar pada Isnin lalu mempersoalkan jika Muhammad Shafee terbabit menyediakan pandangan perundangan serta asas dalam perkara itu dan menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu pada kadar segera mengesahkan perkara itu.
Jumaat lalu, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa Md Raus akan menyandang jawatan Ketua Hakim Negara bagi tempoh tiga tahun bermula 4 Ogos ini selepas dilantik sebagai hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan mulai tarikh dan bagi tempoh yang sama.
Menurut kenyataan itu, pelantikan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan yang juga hakim tambahan, dibuat mengikut Fasal (1A) Perkara 122 Perlembagaan Persekutuan.
Berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-raja yang bersidang pada 24 dan 25 Mei tahun ini, telah memperkenankan kedua-dua pelantikan itu.
Sabtu lalu, Badan Peguam Malaysia melabelkan pelantikan dua jawatan tertinggi kehakiman sebagai "terang-terangan menyalahi perlembagaan".

DAP beri tempoh 48 jam pada ROS serah "Surat Arahan"

DAP memberi tempoh 48 jam kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menyerahkan surat arahan supaya parti itu mengadakan pemilihan semula jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC).
"Jika gagal sama ada melalui surat atau sebaliknya sehingga waktu pejabat Jumaat ini, DAP tidak ada pilihan kecuali mempertimbangkan pilihan yang ada bagi menangani situasi ini," kata Ketua Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Gobind, DAP tidak boleh mengadakan pemilihan semula CEC tanpa makluman rasmi daripada ROS.
"Memaksa kami (mengadakan pemilihan semula tanpa surat rasmi) adalah amat tidak munasabah.
"Justeru surat berkenaan sangat penting kepada kami.
"Ia mesti menyatakan dengan jelas sebarang keputusan yang diambil dan arahan yang perlu kami patuhi," katanya.
Pada 7 Julai lalu ROS - melalui kenyataan media - menyatakan DAP perlu mengadakan pemilihan semula selepas mendapati pelantikan anggota CEC dan pemegang jawatan utama parti berkenaan pada 29 September 2013 tidak sah.
Bawa ke mahkamah
Ketua Pengarah ROS Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata beliau mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum membuat ketetapan berkenaan.
Ahmad Zahid kemudian menyarankan supaya apa juga tindakan yang diambil oleh ROS hendaklah berlandaskan Akta Pertubuhan 1966 dan perlembagaan DAP.
DAP mengadakan pemilihan baru untuk mengisi jawatan CEC parti berkenaan pada 2013 selepas pemilihan awal - pada 15 Disember 2012 - berlaku kesilapan.
Keputusan pemilihan itu kemudian dimaklumkan kepada ROS pada 8 Nov 2013 seperti yang terkandung dalam Akta Pertubuhan 1966 dan perlembagaan DAP.
Bagaimanapun ROS tidak mengiktiraf pemilihan itu dan DAP membawa isu berkenaan ke mahkamah.
Saman itu bagaimanapun ditarik balik selepas peguam ROS memberitahu mahkamah, pihaknya "mengakui CEC DAP yang dipilih pada 29 Sept 2013 boleh menjalankan semua kuasa, fungsi dan tugasnya dalam pentadbiran hal ehwal harian DAP mengikut perlembagaan DAP ".

NAJIB SEDANG PANIK, GELABAH DAN TAHU AKAN KALAH!


Beberapa respon Najib Razak mengenai perkembangan politik semasa serta  perlakuan dirinya yang terpamer kebelakangan ini jelas menunjukkan beliau sedang panik dan gelabah dalam usaha mempertahankan kuasanya.
Najib juga bagaikan tahu UMNO dan BN di bawah teraju kepimpinannya yang sarat dengan pelbagai masalah sedang menuju kekalahan.
Perkara yang nampaknya paling mengganggu beliau tidak lain ialah Tun Mahathir Mohamad. Bayangan bekas Perdana Menteri itu seolah-olah amat menghantui beliau sehingga hampir setiap perkara yang mahu dilakukannya akan dikaitkan dengan Tun Mahathir.
Bercakap tentang pengangkutan awam, nama Tun Mahathir dikaitkan. Bercakap tentang MRT, nama Tun Mahathir juga dikaitkan. Bercakap tentang ekonomi dan politik, lagi kerap nama Tun Mahathir dikaitkannya.
Berhari raya dengan kakitangan MAS pun, ingatannya kepada Tun Mahathir tidak pernah terlepas.
Cuba menutup skandal 1MDB yang terkait secara langsung dengan dirinya, apa yang cuba dilakukannya ialah mengungkit apa yang pernah berlaku di era Tun Mahathir.
Yang paling melucukan, beliau juga cuba membandingkan sumbangannya kepada kaum India melebihi apa yang pernah dilakukan oleh Tun Mahathir dahulu.
Mengukuhkan lagi hakikat bahawa kepalanya sedang penuh bersarang dengan bayangan wajah Tun Mahathir ialah kata-kata Najib, “Dan dia (Dr. Subramanian, Presiden MIC) menyebut bahawa saya telah melakukan lebih daripada semua Perdana Menteri sebelum ini, termasuk seorang yang berketurunan dari negara India.”
Jika sebelum ini Najib membangga dirinya berketurunan Bugis yang berani, meskipun terbukti saman jepada WSJ sudah lebih 104 minggu tidak juga menjadi, beliau kini memperlekeh pula darah keturunan Tun Mahathir yang gambarannya tidak banyak membantu kaum India, walaupun berketurunan yang sama.
Apakah jenis manusia yang bila berbalah, suka melecehkan keturunan lawannya, melainkan orang itu sudah terlalu lemah, gelabah serta kehabisan fakta untuk terus berhujah?
Adakah manusia yang kuat serta masih mampu untuk terus berhujah dengan fakta sahih, akan melakukan serangan yang mengungkit keturunan dan asal-usul lawannya?
Itulah wajah Najib yang cuba menunjuk kepada umum konon dirinya kuat dan gagah, tetapi sebenarnya sedang gelabah, makin lemah dan menuju ke lembah kalah.
Lebih dari itu, apabila Tun Mahathir sekarang ini sudah berbaik dengan Anwar Ibrahim dan berjaya menjalin persefahaman yang lebih mantap untuk menumbangkannya, Najib hakikatnya tahu tidak saja tsunami Melayu, bahkan tsunami  Malaysia,  boleh meletus pada bila-bila masa.

Umno gelabah isu penyenaraian Edra



Serangan pimpinan Umno terhadap isu pembelian saham Edra Global Energy Berhad (Edra) membabitkan enam agensi dan syarikat milik kerajaan sepertimana dibangkitkan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli memperlihat Umno kini semakin tergugat.
Rafizi dalam kenyataan hari ini menyebut pimpinan Umno mula menggelabah mengenai isu penyenaraian Edra sehingga ramai menteri dan ahli parlimen Umno telah menyerang beliau, sedangkan ujarnya beliau hanya menimbulkan satu isu padanya adalah satu perkara biasa.
"Amaran supaya dana awam seperti KWSP, KWAP, Tabung Haji, Perkeso, PNB dan Khazanah Nasional tidak membeli saham-saham Edra yang kini ingin dijual oleh syarikat milik China itu adalah supaya rakyat Malaysia tidak menanggung hutang 1MDB buat kali kedua.
"Gelagat menteri-menteri Umno yang menggelabah itu memberi gambaran mereka sendiri tidak yakin saham-saham Edra akan dibeli sekiranya tabung-tabung awam tidak terlibat.
"Terbaru, saya membaca laporan bagaimana Menteri Kewangan Kedua dan Ahli Parlimen Setiawangsa dari Umno mengkritik saya atas desakan saya supaya dana awam tidak membeli saham-saham Edra," ujarnya.
Justeru katanya, jika benar saham-saham ini bernilai dan akan naik harganya di masa akan datang, kenapa syarikat China General Nuclear Power Corporation (CGNPC) yang memiliki Edra tidak menyenaraikannya di bursa-bursa lain yang mempunyai akses yang lebih baik kepada pelabur?
"Kalau betul ia benar-benar bernilai, bukankah lebih baik bekas syarikat 1MDB ini disenaraikan di New York, London, Hong Kong atau Singapura?
"Gelagat menteri-menteri Umno dan media Umno yang menyerang saya mengenai penyenaraian Edra sudah cukup meyakinkan saya tindakan memboikot penyenaraian Edra adalah betul, supaya kita tidak terbeban dengan satu lagi FGV atau 1MDB," terangnya.
Mulai hari ini, Rafizi sudah memulakan kempen di media sosial bagi tujuan mendapatkan seberapa ramai pencarum untuk menandatangi petisyen dan kajiselidik untuk menggesa dana-dana awam supaya tidak turut serta di dalam penyenaraian ini.
"Hasil dari petisyen dan kajiselidik ini akan disampaikan kepada pengurusan KWSP, KWAP, Tabung Haji dan dana awam yang lain untuk mengingatkan mereka amanah yang mereka pikul supaya mereka lebih takutkan suara rakyat daripada menuruti arahan-arahan dari Putrajaya yang mendatangkan risiko pelaburan kepada pencarum-pencarum.
"Kempen media sosial ini akan dilancarkan di laman-laman Facebook, Twitter, Instagram dan laman web biasa," ujar Ahli Parlimen Pandan ini.

Pakatan Harapan dijangka tawan Putrajaya menerusi kerusi marginal


Pakatan Harapan dijangka akan menang mudah di kerusi marginal yang dikenalpasti di Semenanjung yang dimenangi Umno-Barisan Nasional (BN)  dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu untuk menawan Putrajaya.
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata dapatan hasil kajiselidik yang dilakukan INVOKE itu, dengan meningkatkan kempen secara tersusun di kerusi-kerusi marginal, Pakatan Harapan boleh memenangi PRU14 kelak.
"Kempen Pakatan Harapan mesti lebih berfokus dan bijak dengan menumpukan kepada sasaran pengundi yang tepat, isu yang tepat dan kerusi-kerusi Parlimen yang tepat.
"Pantauan sentimen pengundi yang dibuat oleh INVOKE (yang menelefon pengundi setiap hari) menunjukkan Pakatan Harapan kini mendahului di 97 kerusi Parlimen sementara Barisan Nasional mendahului di 125 kerusi Parlimen yang lain jika pertandingan 3 penjuru berlaku.
"Ini bermakna, jika pilihanraya dipanggil hari ini, Dato’ Seri Najib hanya menang dengan majoriti 13 kerusi (melebihi majoriti mudah 112 kerusi) yang hampir pasti menyebabkan beliau digulingkan dari dalam Umno sendiri.
"Oleh sebab itu, saya mengambil tugas untuk memberi tumpuan khusus di kerusi-kerusi marginal yang dikenal pasti di Semenanjung," ujarnya dalam kenyataan.
Rafizi RamliAhli Parlimen Pandan ini juga berkata menerusi INVOKE beliau telah mengenalpasti kebanyakan pengundi atas pagar sedia maklum mengenai skandal 1MDB dan tuduhan penyelewengan dana awam yang dikaitkan dengan perdana menteri.
Bagaimanapun ujarnya pengundi atas pagar sebenarnya lebih tertarik kepada isu-isu yang mempunyai kesan langsung kepada kehidupan seharian mereka.
"Kenaikan harga barang yang dikira tidak terkawal  sebab itu rata-rata pengundi atas pagar mahukan GST dimansuhkan dan subsidi minyak dikembalikan
"Kenaikan gaji yang rendah dan tidak setimpal dengan kenaikan harga barang
"Lambakan pekerja asing yang dirasakan menyempitkan peluang pekerjaan yang ada kepada pekerja tempatan," ujarnya.
Justeru beliau bersama pimpinan Pakatan Harapan telah pun memulakan kempen khusus di 50 kerusi-kerusi yang dikategorikan sebagai marginal bermula di Johor Bharu pada hari Ahad yang lalu.
Menerusi kempen 'Bina Semula Negara' ujarnya lagi, turut akan menjelajah ke utara tanah air pada 15 dan 16 Julai ini yang mana maklumat lanjut berkaitan kepen ini boleh diperolehi di laman INVOKE.
"Saya yakin dengan momentum yang dibina di Johor Bharu, Pakatan Harapan akan berjaya memenangi 50 kerusi marginal yang dikenal pasti untuk membentuk kerajaan di Putrajaya kelak." ujarnya.

Beri laluan kepada pemimpin muda, kata akar umbi PH kepada pemimpin lama


Beri laluan kepada pemimpin muda, kata akar umbi PH kepada pemimpin lama
Nama seperti Nurul Izzah (PKR), Syed Saddiq dan Mukriz Mahathir dari Bersatu, Liew Chin Tong (DAP) dan Azmin Ali (PKR) disebut antara nama kepimpinan baru yang perlu diberikan peluang. 
Pemimpin akar umbi dan penyokong Pakatan Harapan (PH) yakin satu-satunya cara untuk pakatan baharu dibentuk itu terus ke hadapan ialah dengan generasi lama memberi laluan kepada generasi pemimpin yang lebih muda.
Dr Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim, Muhyiddin Yassin, Wan Azizah Ismail, Lim Kit Siang hatta Mohamad Sabu dicadangkan agar menyiapkan tapak dan membuka laluan kepada pemimpin muda mereka untuk memimpin negara.
Nama seperti Mohamed Azmin Ali dan Nurul Izzah Anwar (PKR), Mukhriz Mahathir dan Syed Sadiq (Bersatu), Salahuddin Ayub dan Faiz Fadzil (Amanah) serta Tony Pua dan Liew Chin Tong (DAP) perlu diberikan peluang untuk dinamakan sebagai bakal kepimpinan negara.
Inilah topik hangat yang dibicarakan di kalangan tetamu yang menyertai pelbagai majlis Raya sejak bermulanya Syawal.
"Saya berpendapat, pengalaman parti politik di negara luar yang berjaya menonjolkan kepimpinan baru mereka perlu diambil pengajaran," kata Yusmadi Yusoff, bekas ahli Parlimen Balik Pulau kepada The Malaysian Insight.
Katanya, kejayaan parti baru Aam Aadmi Party yang menang 67 daripada 70 kerusi di Delhi, India dengan pemimpinnya Arvind Kejriwal, 50 tahun, dilantik sebagai ketua menteri Delhi perlu diambil pengajaran.
Begitu juga dengan kemenangan Emmanuel Macron, yang baru melancarkan partinya, En Marche! pada April 2016 dan dilantik sebagai presiden Perancis pada 7 Mei lalu ketika umurnya 39 tahun juga perlu dijadikan panduan.
"Begitu juga kemenangan Anies Baswedan, 48 tahun, sebagai gabenor Jakarta dalam pilihan raya negara itu.
"Semua ini perlu dijadikan pengajaran kepada PH bahawa rakyat mahukan muka baru yang lebih segar dan baru untuk memberikan harapan baru kepada mereka," kata tokoh muda yang juga seorang peguam itu.
Katanya, keyakinan terhadap pembangkang akan lebih meningkat sekiranya kepimpinan muda diberi peluang.
Di Maldives, mantan presiden Mohanmad Nasheed mengistiharkan penubuhan Maldives United Opposition dan menamakan barisan kabinet bayangan dengan kepimpinan muda dan beliau hanya bertindak sebagai penasihat, katanya lagi.
Bagi beliau, pemimpin kanan perlu membuka jalan dan laluan kepada tokoh baru yang tidak ada bebanan sejarah untuk memimpin negara.
Sehingga kini, mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan belum berjaya menyelesaikan perbezaan pendapat antara mereka dalam menentukan struktur dan barisan kepimpinan mereka.
Akibatnya, walaupun sudah beberapa bulan berjani, PH masih belum boleh didaftarkan secara rasmi sebagai sebuah gabungan politik baru dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Sebelum ini, pandangan yang serupa disuarakan oleh penganalisis politik yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Intitut Kajian Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan.
Wan Saiful berkata, PH perlu memberi peluang kepada Azmin Ali (PKR) dan Mukriz Mahathir (Bersatu) untuk memimpin.

Kesatuan kita kegerunan Najib

Izinkan saya menyorot kembali pertemuan terkini di antara saya dan Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan perdana menteri Malaysia merangkap rakan-seteru politik ayahanda tersayang, Datuk Seri Anwar Ibrahim - yang kini terkenal selaku tahanan politik Malaysia.
Bertempat di kota London, yang menemukan insan-insan sewarga sedang di perantauan , dan mengambil semangat Syawal, kami menumpukan kepada pembentukan sebuah pakatan berasaskan reformasi demi Malaysia yang terjamin.
Malangnya, media arus perdana yang dikongkong oleh kerajaan telah mencalar pertemuan ini menerusi serangan peribadi setelah cubaan demi cubaan untuk menggugat kesatuan pakatan secara langsung dan tidak langsung dilakukan.
Semua serangan ini berpunca pasca berita bahawasanya Anwar dan Dr Mahathir telah mencapai kata sepakat membentuk barisan reformasi pembangkang menentang kerajaan Barisan Nasional yang melindungi kleptokrat dan perompak bangsa.
Jelas, asbab utama pertemuan adalah usaha konsisten yang mengutamakan negara daripada kepentingan ataupun kesengsaraan peribadi: dan ini petunjuk jelas bahawa mereka yang berada di dalam tampuk kekuasaan gentar dengan kesatuan ini.
Saat Dr Mahathir dan Anwar tampil bersama untuk rakyat, bakal menggegar persada negara yang julung kalinya bakal meraih semula negara dari tangan para perasuah-pemerintah elit.
Alangkah ruginya jika kita tidak mampu mengambil peluang ini, yang mana membuktikan kita di pihak yang benar memandangkan campur tangan melulu dari pihak atasan yang tampil dengan kenyataan balas dan serangan semberono. Tangkaplah kalau berani!
Batu asas untuk strategi Barisan Nasional telah dan akan terus berlandaskan konsep kolonial British yakni pecah dan perintah.
Kebergantungan kepada strategi pengundi hantu, dakwat 'tak kekal', membeli undi, dan persempadanan semula yang tidak sah - memperlihatkan agenda murahan BN untuk memecahbelahkan barisan pembangkang yang akhirnya mungkin membawa kepada perlawanan tiga atau empat penjuru.
Natijahnya, ini semua bakal membuahkan BN sebagai parti yang membolot semua kerusi.
Pada 2008, umum maklum bahawa Anwar telah mengepalai barisan Pakatan Rakyat dan mencatat rekod tertinggi pencapaian pembangkang di Malaysia. Bahkan, bertambah lagi dengan perolehan 52 peratus majoriti melalui undi popular pada tahun 2013 (meskipun setelah hampir 40 peratus kerusi-kerusi yang mengalami gerrymandering/persempadanan semula yang tempang).
Walhasil, dua tahun kebelakangan ini memperlihatkan momokan dan manipulasi pimpinan BN terhadap pemimpin kanan PAS menerusi acah-tidak-acah/bahas-bukan lulus RUU 355, yakni menyebabkan parti PAS menjauhi barisan pembangkang.
Dengan penarikan sebegini, Barisan Nasional mungkin beranggapan bahawa mereka telah berjaya melumpuhkan barisan pembangkang. Syukur, berbekalkan segala daya dan upaya untuk mencantas plot jahat dan putar belit, terdapat beberapa pencetus upaya ke arah reformasi dan keadilan sebagai satu wadah penambahbaikan demokrasi di Malaysia.
Tumpuan-tumpuan demi mencapai kemenangan adalah (1) pemisahan antara Parti Amanah Negara daripada PAS, (2) penyatuan antara AMANAH dan DAP serta parti PKR-Anwar, tambahan (3) perpecahan dari BN yang diketuai oleh tak lain tak bukan mantan perdana menteri Mahathir melalui pembentukan parti BERSATU.
Sementelah, pelbagai persefahaman dan rundingan melalui dokongan dan sepakat telah dilakukan dan diterima secara baik antara komponen parti-parti serta pemimpin BERSATU.
Dengan jangkaan mengenepikan hasad politik dan permainan kuasa telah membawa sebuah formaliti kesatuan " 3+1" pakatan. Menelan kekecewaan, dan kebimbangan melanda pihak kleptokrat terutamanya Najib & Co, memperlihatkan minggu ini bakal merubah kenyataan tersebut. Ternyata, BN kecewa dengan kejayaan ini.
Lihat sahaja, dalam minggu ini, PM dan TPM masing-masing telah meluangkan masa dan berhempas pulas menyerang pemimpin pembangkang dan menjurus ke arah pengumuman yang dinanti-nantikan.
Ingatlah, bahawa kesemua ini hanyalah permulaan. Sebelum tamat PRU14, kita akan menerima serangan rutin dari kiri dan kanan serta kesemua arah, tidak kurang juga oleh serangan dalaman.
Kesimpulannya jelas, sesiapa sahaja yang mencari alasan untuk memecah belah pakatan, hanya akan memberi kelebihan kepada pemerintahan sedia ada, dan membenarkan rejim semasa bernafas lebih lama hanya kerana ketidakupayaan kita untuk bersatu.
Justeru, pelebaran sayap barisan pembangkang akan berdiri teguh di atas prinsip keadilan dan reformasi, dan menjadi ancaman utama terhadap Barisan Nasional. Kesepakatan kita inilah yang akan menggentarkan kerajaan dan jentera parti pemerintah.

Rafizi ramal Najib tidak kekal lama walaupun PH tewas PRU-14

Naib presiden PKR percaya perdana menteri akan digulingkan ahli parti sendiri, kerana tinjauan menunjukkan BN hanya akan menang majoriti kecil dalam pertandingan 3 penjuru.
najib-rafizi
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yakin walaupun Pakatan Harapan tidak menang pilihan raya akan datang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan digulingkan ahli parti sendiri.
Beliau berkata demikian berdasarkan kepada tinjauan Invoke mengenai kemungkinan hasil pertandingan 3 penjuru pada pilihan raya umum akan datang. Invoke sebuah badan inisiatif penyelidikan dasar Pakatan Harapan.
Pada April Rafizi mendedahkan dapatan tinajuan Invole melibatkan 10,000 pengundi. Tinjauan diambil dari pengundi berdaftar di kawasan pengundian majoriti Melayu yang dipilih komputer secara rawak dari 6 Februari hingga 6 April tahun ini.
Tinjauan mendapati BN akan memperoleh kelebihan daripada pertandingan 3 penjuru di kawasan majoriti Melayu, dan PAS akan menerima undi lebih rendah daripada Amanah.
Melalui siaran langsung di Facebook hari ini, Rafizi berkata tunjauan dijalankan setiap hari sejak Disember 2016.
Setakat ini, dapatan menunjukkan PH akan menang 97 kerusi sementara BN akan menang 125 kerusi dalam pertandingan 3 penjuru sekiranya pilihan raya umum diadakan tidak lama lagi.
“Sekiranya ini benar-benar berlaku, percayalah akan ada cubaan untuk menyingkir Najib dari dalam Umno,” katanya.
“Saya tak percaya Najib boleh bertahan dengan sekadar majoriti 13 kerusi. Ada kemungkinan parti komponen BN dari Sabah dan Sarawak akan meninggalkan BN dan menyertai PH. Wakil rakyat BN akan melompat dari kapal karam Najib.”
Beliau tidak menolak kemungkinan akan berlaku perebutan kuasa yang akan melibatkan naib-naib presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishamuddin Hussein.
“Yang jelas ialah jika Umno hanya mampu menang majoriti 13 kerusi dalam pertandingan 3 penjuru pada pilihan raya umum akan datang, Najib tidak akan jadi perdana menteri.”

Struktur organisasi Pakatan Harapan hampir selesai

Struktur organisasi Pakatan Harapan, yang terdiri daripada pemimpin utama dari parti pembangkang PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia, DAP dan Parti Amanah Negara, sudah hampir selesai ekoran rundingan mereka kini di peringkat akhir.
Sumber-sumber membayangkan kepada Malaysiakini bahawa ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memainkan peranan utama dalam gabungan itu, mungkin sebagai pengerusinya, sementara beliau masih di penjara.
Bagaimanapun, sekiranya pakatan pembangkang menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang, ia akan memastikan Anwar dibebaskan dari penjara dan diberi pengampunan. Anwar kini menjalani hukuman penjara selama lima tahun untuk sabitan kes Liwat II, satu pertuduhan yang didakwanya bermotivasi politik.
Difahamkan Mahathir mahu HARAPAN mempunyai struktur yang sama seperti Barisan Nasional, gabungannya yang diterajuinya selama 22 tahun, di mana parti Umno memainkan peranan yang dominan. Peranan itu dijangka dimainkan oleh BERSATU.
Difahamkan Mahathir mungkin akhirnya bersetuju untuk mengemudikan gabungan parti pembangkang itu dengan konsensus dari semua parti.
Terdahulu dilaporkan bahawa BERSATU mungkin dianggap cuba mendominasi rakan-rakannya semasa rundingan dalam HARAPAN, tetapi Mahathir menjelaskan bahawa itu semua hanyalah satu tawar-menawar.
Sumber-sumber itu juga mendedahkan bahawa seorang perantara juga telah bertemu dengan Mahathir dan Anwar secara berasingan, supaya resolusi itu dapat dicapai.
"Alhamdulillah, hampir selesai," kata satu sumber.
Satu lagi sumber berkata, HARAPAN perlu bersiap sedia pada bulan Oktober, apabila pilihan raya umum ke-14 mungkin dipanggil oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, selepas Bajet 2018 dibentangkan di Parlimen.

Kita lawan Umno cara baik, kata pemimpin PAS

Kita lawan Umno cara baik, kata pemimpin PAS
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Azman Ibrahim hari ini mengatakan melawan Umno ada cara tertentu dan bukannya sebarangan tindakan boleh diambil. 
MELAWAN Umno bermaksud menewaskan mereka dalam pilihan raya umum seterusnya, bukan memaki atau berseteru dengan mereka, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Azman Ibrahim.
Azman berkata PAS mahu menewaskan Umno tetapi itu tidak bermaksud perlu sentiasa memaki mereka, lapor Harakahdaily hari ini.
“Lawan Umno juga bukan bermakna antara kita tiada langsung titik persamaan yang membolehkan kita duduk berbincang demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya.
Azman mengatakan yang kekurangan ilmu politik menyebabkan ramai yang gagal memahami keperluan menteri besar daripada PAS bertemu dan berunding dengan perdana menteri.
“Terkongkongnya minda dan IQ sehingga berbaju melayu warna sedondon juga menjadi modal yang dijaja bertahun,” tambahnya lagi.
Azman menambah yang PAS meminta Umno berhenti mentadbir negara kerana kerosakan yang dilakukan mereka tidak dapat diperbaiki lagi.
“Kita nak jemput orang Umno berpindah daripada kapal Umno yang sedang mereput dan hampir karam untuk menaiki kapal PAS yang teguh belayar. Kerosakan yang menimpa kapal Umno sudah terlalu parah.
“Anak kapal sudah sedar sebenarnya akan hakikat yang menimpa kapal mereka. Tapi mereka kekal berada di atas kapal ini kerana masih ada simpanan harta karun dalam perut kapal yang boleh direbut sebagai habuan. Demi habuan ini, mereka pejamkan mata seketika,” tambah Azman.
Katanya lagi, PAS perlu membuka mata parti pemerintah dan menggalakkan mereka untuk berfikir demi masa depan generasi akan datang dan negara.
“Paling penting kita wajib berfikir dan berpolitik tanpa melupakan apa yang akan kita hadapi dalam kubur kelak,” katanya lagi.

Amanah: Biar Majlis Presiden PH selesai isu Pakatan Rakyat

Salahuddin Ayub berkata, perselisihan antara Azmin Ali dan Lim Guan Eng tidak akan menjejaskan sokongan rakyat kepada Pakatan Harapan kerana PAS ialah punca berlakunya kemelut di Selangor.
Salahuddin-Ayub-pakatan-harapan-pkrAmanah mengambil sikap berkecuali dalam pertikaian Datuk Seri Azmin Ali dan Lim Guan Eng berhubung kewujudan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.
Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, Amanah menganggap PR tidak wujud lagi dan yakin perbezaan pendapat antara 2 pemimpin Pakatan Harapan (PH) itu boleh diselesaikan melalui mesyuarat Majlis Presiden gabungan berkenaan.
“Bagi Amanah, Pakatan Rakyat tidak wujud lagi. Saya rasa dengan wujudnya Majlis Presiden Pakatan Harapan, ia merupakan satu mekanisme terbaik untuk selesaikan kemelut di Selangor ini.
“Saya sangat yakin krisis ini boleh diselesaikan melalui rundingan dalam mesyuarat Majlis Presiden dan isu antara Azmin dan Guan Eng bukan parkara tidak boleh diselesaikan,” katanya kepada FMT hari ini.
Baru-baru ini, Azmin yang juga menteri besar Selangor dilaporkan berkata, PR yang dibubarkan masih hidup dalam kerajaan Selangor kerana ia adalah “mandat rakyat”.
Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP bagaimanapun mengingatkan timbalan presiden PKR itu, PR tidak wujud lagi.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut menyifatkan kenyataan Azmin “sangat mengejutkan dan tidak dapat diterima”.
Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, perselisihan Azmin dan Guan Eng tidak akan menjejaskan sokongan rakyat kepada PH kerana PAS ialah punca berlakunya kemelut itu di Selangor.
“Bagi Amanah, kita sangat yakin dan percaya rakyat Selangor faham tentang apa yang berlaku kerana PAS sebenarnya menjadi punca masalah,” katanya sambil menyalahkan parti Islam itu enggan keluar daripada kerajaan Selangor, walaupun mereka sudah memutuskan hubungan dengan PKR.
“Sikap PAS yang berdolak-dalik walaupun dalam muktamar mereka memutuskan hubungan dengan PKR, tetapi masih tidak mahu keluar dari kerajaan Selangor.”
PR dibentuk pada 2008 oleh PAS, PKR dan DAP, sebelum dibubarkan pada 2015 berikutan pertikaian isu hudud antara PAS dan DAP.
DAP kemudiannya bersama PKR dan Amanah – parti serpihan PAS membentuk PH pada 2015. Mac lalu, PPBM menyertai gabungan pembangkang itu, namun PKR terus bekerjasama dengan PAS dalam kerajaan Selangor.

Skandal 1MDB: Bekas pegawai bank BSI Singapura dihukum penjara 54 bulan

Akhbar Straits Times, Singapura melaporkan bahawa bekas pegawai bank BSI Singapura, Yeo Jiawei dijatuhkan hukuman penjara 54 bulan selepas mengaku bersalah terhadap pengubahan wang haram dan penipuan berkaitan dengan penyelewengan 1MDB.
Yeo, 34, mengaku bersalah terhadap tuduhan pengubahan wang haram dan penipuan, dengan lapan lagi dakwaan lain.
Belaiu kini sedang menjalani hukuman penjara 30 bulan selepas disabitkan dengan empat pertuduhan mengganggu saksi.
Hukuman yang dijatuhan hari ini dan sebelum ini akan berjalan serentak.
Yeo adalah tokoh perbankan ketiga BSI yang didapati bersalah oleh pihak berkuasa kewangan Singapura berhubung siasatan ke atas skandal 1MDB.