Selasa, 11 Julai 2017

Kata-kata pendusta pemimpin2 munafik..


"Harga barang boleh turun dengan GST" -Ahmad Maslan (31/3/2015)

"GST bukan bertujuan membebankan rakyat" -Najib Razak (10/9/2014).

**Note: Roti Gardenia yg dikenakan GST mahupun tiada, kesemuanya TETAP NAIK HARGA !!

Terpulanglah pada rakyat utk melakukan perubahan #UBAH #TolakBarisanNasional #PRU14

RAFIZI RAMLI: PENDEDAHAH TERBARU Misteri Derma 2.6 Bilion Kepada Najib Razak

DAP belum terima surat ROS

Skandal 1MDB: 'Rakyat kena faham sebab tak saman WSJ' sembang Lokman Adam

Polis cadang inkues dijalankan isu kematian Thaqif

Skandal 1MDB: Najib Yang kena Saman Pada Hari Selasa

Saman DoJ ‘tidak berasas tanpa bukti kukuh’, sembang Lokman


Saman DoJ ‘tidak berasas tanpa bukti kukuh’, kata Lokman
Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan Lokman Noradam berkata, isu cincin yang kononnya diberikan Jho Low kepada Rosmah sengaja dibangkitkan walaupun ia tiada dalam senarai barang yang ingin dirampas. 
JABATAN Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) pasti memfailkan tuduhan jenayah terhadap pemimpin Malaysia berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sekiranya terdapat bukti, kata pemimpin Umno.
“Sejak DoJ membuat tuduhan berdasarkan laporan (bekas pemimpin Umno) Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang, mereka meneruskan tuduhan tidak berasas menggunakan Akta Kleptokrasi, kata pengarah komunikasi strategik kementerian kewangan Lokman Noradam dan menambah saman terbaharu DoJ “tidak berasas tanpa bukti kukuh”.
“Mereka sepatutnya berhati-hati apabila membuat kenyataan atau mengambil tindakan undang-undang. Ia menunjukkan betapa lemahnya sistem perundangan AS,” kata Lokman dalam satu temubual dengan Sinar Harian.
Lokman berkata, hingga kini tiada sebarang tuduhan jenayah difailkan selepas DoJ mengumumkan saman pertama pada Julai 2016.
“Ia jelas tuduhan itu hanya untuk memberi persepsi negatif kepada pucuk pimpinan negara.
“Mereka dengan sengaja menyebut tentang cincin kononnya diberikan Low Teck Jho (Jho Low) kepada Rosmah Mansor. Sedangkan cincin itu tiada dalam senarai barang yang ingin mereka rampas,” kata Lokman.
Katanya sekiranya mempunyai bukti, sudah lama pihak terbabit didakwa di mahkamah dan bukan menggunakan Akta Kleptokrasi.
Sementara itu, Lokman berkata The Wall Street Journal (WSJ) tidak membuktikan AS$681 juta (RM2.93 bilion) yang dipindahkan ke akaun Perdana Menteri Najib Razak di Singapura adalah daripada 1MDB.

Anwar: Laporan Lahad Datu TV3 fitnah serius

Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap, laporan mengaitkan beliau dengan serangan pengganas di Lahad Datu oleh Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) sebagai suatu tuduhan serius dan bersifat fitnah.
Kata bekas timbalan perdana menteri itu, laporan disiarkan oleh stesen teelvisyen berkenaan melalui slot berita perdana pada 5 Mac 2013 menjejaskan beliau serta Pakatan Rakyat.
Hal itu kerana, kata Anwar, 69, ia menyebabkan orang ramai keliru dan diracuni propaganda ketika negara semakin menghampiri tempoh pilihan raya.
"Laporan itu menunjukkan seolah-olah saya seorang pengkhianat negara dan bersedia membenarkan pencerobohan ke atas negara saya sendiri.
"Laporan itu mencemar imej dan kredibiliti saya sebagai seorang pemimpin pembangkang.
"Mereka (TV3) tidak memberi saya sebarang peluang untuk menjawab sebaliknya terus menyerang saya.
"TV3 telah melanggar etika media, kesopanan, kebudayaan dan Islam," katanya.
Anwar - yang kini menjalani hukuman penjara - memberi keterangan itu dalam samannya terhadap TV3.
Bekas anggota parlimen Permatang Pauh itu menyaman stesen televisyen berkenaan sebanyak RM100 juta ekoran laporan Buletin Utama yang memetik berita Utusan Malaysia mendakwa beliau menjadi antara dalang di sebalik serangan pengganas di Sabah lebih empat tahun lalu.
Akhbar harian berkenaan sudah memohon maaf dan menarik balik laporan itu selepas Anwar memfailkan saman terhadap mereka pada Oktober tahun lalu.

Apabila PAS ‘menyerondoi’ di pintu UMNO

Saya memetik artikel siaran portal rasmi PAS di pautan ini yang mengkritik DAP berhubung isu melibatkan Pendaftar Pertubuhan (RoS) baru-baru ini, serta laporan Malaysiakini di sini.
PAS hari ini jelas telah berubah. PAS sudah lupa bahawa dalam apa juga usaha menegakkan keadilan dan melawan kemungkaran pemerintah, tekanan dan muslihat jahat pihak musuh merupakan fitrah dan lumrah dalam perjuangan.
Pengalaman saya dalam PAS dahulu, kami seringkali ditarbiyah bahawa perjuangan yang benar pastinya akan bertemu titik pertembungan apabila berhadapan kezaliman. Bahkan ia menjadi bukti bahawa perjuangan yang kita dukungi berada di landasan yang betul. Mustahil sekali musuh akan memberi laluan mudah kepada perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran.
Dalam hal ini, kami juga sering diperdengarkan ayat-ayat Quran seperti dari surah At-Tawbah yang membawa pengertian ‘Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang mudah dan perjalanannya tidak begitu jauh, nescaya mereka akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh lagi berliku.”
Kami juga sering diceritakan bagaimana perjuangan yang dilalui oleh para nabi dan rasul tatkala berhadapan pemerintah yang zalim. Mereka terpaksa berhadapan risiko hatta mengancam nyawa.
Jadi, tekanan serta ancaman yang dikenakan keatas DAP melibatkan RoS – pada kacamata Islam – bukanlah suatu yang luar biasa. Ia adalah lumrah dan asam garam dalam perjuangan menegakkan keadilan. Khususnya, disaat kritikal berhadapan pemerintah kleptokrat yang menindas rakyat hari ini.
Bagi saya, apa yang pelik ialah, PAS pada hari ini yang begitu intim dengan pemerintah zalim. Dengan segala kemungkaran nyata yang telah dilakukan oleh UMNO BN yang menekan rakyat dan menjarah harta negara, bagaimana PAS boleh begitu rapat dan cenderung kepada mereka?

Kisah di sebalik tindakan ROS dan tiga soalan yang perlu dijawab

Ini merupakan cubaan kali ke-3 oleh UMNO-Barisan Nasional dalam masa empat tahun setengah untuk menghapuskan DAP melalui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).
Kali pertama berlaku selepas pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti pada 15 Disember 2012.
Selepas ROS mempertikaikan pemilihan tersebut, DAP hampir-hampir tidak dapat menggunakan logo parti dalam PRU ke-13.
Pada Julai 2013, DAP telah diarahkan oleh ROS untuk melakukan pemilihan semula.
Ugutan-ugutan akan memansuhkan pendaftaran parti juga dilontar kepada DAP.
Dalam masa singkat dua bulan, DAP telah mematuhi arahan ROS dan melaksanakan pemilihan semula tersebut pada 29 September 2013.
Pemilihan semula ini bukan sahaja mematuhi arahan ROS malah dilaksanakan di bawah pemantauan ketat juru audit bebas Pannell Kerr Forster (PFK) bagi memastikan tiada sebarang pertikaian akan berbangkit kelak.
ROS gagal memberikan sebarang maklumbalas tentang pemilihan semula tersebut.
Pada 22 Januari 2014, DAP telah membawa kes ini ke Mahkamah untuk semakan kehakiman (“judicial review”).
Pada 23 September 2014, di Mahkamah Tinggi, ROS telah menyatakan bahawa arahan kepada DAP berkaitan pemilihan CEC bersifat nasihat (advisory) semata-mata dan tiada kuasa perundangan (“not legally binding”). Justeru, CEC yang dipilih pada 29 September 2013 berhak menjalankan segala fungsi dan tanggungjawabnya. (Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/275447)
Empat tahun selepas itu dan dekat-dekat pilihan raya umum, tiba-tiba, setelah berjumpa dengan Timbalan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi, ROS mengeluarkan kenyataan media pada 7 Julai 2017 bahawa DAP perlu melaksanakan pemilihan yang sama untuk kali ke-3. (Sumber: http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/po/newspolitics.php?id=1370460)
Ahmad Zahid Hamidi juga memberi amaran bahawa DAP akan dilarang bertanding dalam PRU ke-14 jika tidak mematuhi arahan ROS tersebut. (Sumber: http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/07/09/follow-ros-instruction-or-dont-contest-ge14/)
Mengikut laman web ROS sendiri, di bawah segmen Piagam Pelanggan, tempoh masa yang ditetapkan oleh jabatan tersebut untuk “menyiasat dan membuat keputusan terhadap aduan pertubuhan (tidak termasuk bagi kes pendakwaan)” ialah 179 hari bekerja.

Anthony Loke jawab semua fitnah tentang isu ROS dan DAP

KUALA LUMPUR, 11 JUL: Sehingga jam 5 petang semalam, DAP masih belum menerima sebarang surat rasmi daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung arahan untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).
Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, surat rasmi itu masih belum diterima meskipun kenyataan media telah dikeluarkan agensi berkenaan sejak Jumaat lepas.
Ekoran itu, katanya, propagandis Barisan Nasional (BN) telah menggunakan kesempatan itu untuk “memutarbelitkan fakta, menyebarkan fitnah dan mengulangi pembohongan” untuk mengelirukan rakyat kononnya DAP tidak mematuhi arahan ROS.
“Salah satu fitnah yang paling jahat ialah kononnya tindakan ROS untuk mengarahkan pemilihan semula CEC akan menguntungkan Lim Guan Eng dan sebagai Setiausaha Agung DAP, beliau ialah ‘main beneficiary’ hasil daripada keputusan ROS untuk tidak mengiktiraf CEC yang dipilih pada 29 September 2013.
“Mereka mendakwa kononnya ini akan membenarkan Guan Eng untuk terus melanjutkan tempoh jawatan Setiausaha Agung DAP kerana tidak perlu terikat dengan had tiga penggal untuk jawatan Setiausaha Agung yang termaktub dalam Perlembagaan DAP,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.
Bagaimanapun, katanya yang juga Ahli Parlimen Seremban, pendirian Guan Eng dan pemimpin tertinggi adalah jelas bahawa jawatan CEC yang dipilih pada 29 September 2013 harus diterima dan diiktiraf ROS.
“Sekiranya Guan Eng ingin mengambil kesempatan daripada arahan ROS ini, maka sudah tentu beliau akan terus mengarahkan pemilihan semula dijalankan serta merta seperti yang diminta oleh ROS. Namun, keputusan mesyuarat CEC pada 8 Julai 2017 adalah sebaliknya,” ujar Anthony lagi.
Malah, propagandis BN turut menyebarkan fitnah kononnya pemilihan semula CEC yang dilakukan pada 29 September 2013 tidak mematuhi syarat yang diarahkan ROS serta melanggar Perlembagaan parti.

GANT1 fail saman ke atas Najib, kerajaan dan 1MDB

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan Pemuda Pakatan Harapan hari ini memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Selain Najib, NGO Gerakan Anak Muda Tolak Najib (GANT1) itu turut menamakan kerajaan Malaysia dan firma pelaburan negara, 1MDB sebagai defendan.
Menurut peguam yang mewakili NGO berkenaan, Haniff Khatri, saman itu diwakili oleh 10 orang plaintif  adalah saman sivil yang bertujuan untuk memaksa kerajaan membuat pengisytiharan serta mendedahkan akaun yang digunakan bagi membayar International Petroleum Investment Co (IPIC).
Antara individu yang dinamakan sebagai plaintif ialah Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Faiz Fadzil, wakil ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Mahathir Mohd Rais serta wakil DAPSY, Howard Lee.
"Ini adalah tindakan saman sivil. Dari segi undang-undang tindakan ini ialah tindakan berkumpulan di mana 10 orang yang dinamakan plaintif itu bukan sahaja mewakili nama yang tersenarai tetapi untuk rakyat Malaysia.
"Kita mahu pengisytiharan serta pendedahan akaun yang telah dibuat pembayaran (kepada IPIC)," katanya pada sidang media di lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Saman itu difailkan susulan penyerahan surat tuntutan kepada Najib yang dibuat pada Mei lalu.
Dalam tuntutan berkenaan, GANT1 menggesa penjelasan mengenai 1MDB dan urusannya dengan IPIC.
Surat tuntutan sebelum ini turut menuntut penjelasan mengenai apakah undang-undang yang telah atau akan diambil terhadap IPIC bagi mendapatkan semula AS$3.5 bilion (RM15.5 bilion) yang dibayar 1MDB kepada Aabar Investments PJS Ltd.
Sementara itu, Faiz selaku teraju GANT1 berkata, antara perkara lain yang dituntut mereka dalam saman itu ialah untuk memohon segala wang yang telah dibayar atau akan dibayar kepada IPIC dikembalikan.
Malah, mereka turut memohon perintah injuksi daripada mahkamah agar tiada sebarang pembayaran dibuat.

Khairy perlu desak perasuah, perompak lepas jawatan


Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil berpendapat Khairy Jamaluddin perlu mendesak Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan supaya pelbagai pertuduhan terhadap Presiden Umno itu disiasat.
Tegasnya, Khairy perlu mementingkan ketelusan dan integriti dalam politik dan bukannya mempertahankan perasuah dan perompak.
Khairy Jamaluddin Faiz Fadzil"Khairy Jamaluddin seharusnya meminta Perdana Menteri meletakkan jawatan dan berundur daripada politik agar segala dakwaan berkaitan salahlaku jenayah korupsi, pecah amanah dan pengubahan wang haram disiasat secara telus dan didakwa di mahkamah undang-undang.
"Gaya kepimpinan kleptokrasi yang diamalkan Perdana Menteri bukanlah suatu contoh tauladan yang baik untuk generasi muda negara," ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, kegagalan Khairy selama ini untuk menentang salah laku rasuah dan penyelewengan pemerintah negara menunjukkan Ketua Pemuda Umno itu tidak sensitif dengan tekanan hidup yang dialami orang muda pada masa ini.
"Penindasan terhadap rakyat semakin ketara kerana bukan sahaja wang rakyat dirompak, malahan kesenjangan ekonomi di kalangan rakyat semakin melebar, yang kaya bertambah mewah dan yang miskin semakin susah.
"Rakyat yang menyokong demokrasi terus ditekan manakala yang menyokong kleptokrasi pula terus diberikan dedak. Ini terbukti dengan kenyataan Perdana Menteri bahawa hanya peneroka Felda yang menyokong kerajaan sahaja akan diberikan bonus," bidasnya.
Mengulas kenyataan Khairy yang meminta Tun Mahathir, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang supaya berundur daripada politik, beliau menyifatkan itu sebagai kenyataan yang tidak bertanggungjawab.
Menurut Faiz, kenyataan tersebut cuba menanamkan persepsi negatif kepada golongan muda bahawa perjuangan menentang rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa adalah agenda yang boleh memecah-belahkan perpaduan rakyat.

'DAP tak 'hilang roket' tapi Pas hilang jati diri'

DAP PAS
DAP tidak 'hilang roket' sebaliknya Pas telah hilang jati diri perjuangan dan menjadi rakan kongsi kepada Umno-BN untuk mensabotaj usaha DAP dan Pakatan Harapan melawan ketidakadilan di negara ini, tegas bekas ahli Pas yang kini bersama DAP.
Kecewa dengan sikap Pas yang jelas berubah, Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor Sheikh Omar Ali (gambar bawah) berkata, Pas kini menjadi 'tongkat' mengukuhkan lagi pemimpin kleptorat.
Sheikh Omar Ali"Pas hari ini jelas telah berubah. Pas sudah lupa bahawa dalam apa juga usaha menegakkan keadilan dan melawan kemungkaran pemerintah, tekanan dan muslihat jahat pihak musuh merupakan fitrah dan lumrah dalam perjuangan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas artikel penggerak Pas dalam Harakahdaily mengenai arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan DAP untuk mengadakan pemilihan CEC baru.
Tarbiyah Pas
Sheikh Omar berkata, sewaktu bersama Pas, beliau dan rakan-rakan seringkali ditarbiyah (dididik) bahawa perjuangan yang benar pastinya akan bertemu titik pertembungan apabila berhadapan kezaliman.
Bahkan katanya, ia menjadi bukti bahawa perjuangan yang kita dukungi berada di landasan yang betul. Mustahil sekali musuh akan memberi laluan mudah kepada perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran.
"Dalam hal ini, kami juga sering diperdengarkan ayat-ayat Quran seperti dari surah At-Tawbah yang membawa pengertian 'Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang mudah dan perjalanannya tidak begitu jauh, nescaya mereka akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh lagi berliku."
"Kami juga sering diceritakan bagaimana perjuangan yang dilalui oleh para nabi dan rasul tatkala berhadapan pemerintah yang zalim. Mereka terpaksa berhadapan risiko hatta mengancam nyawa.
"Jadi, tekanan serta ancaman yang dikenakan keatas DAP melibatkan ROS - pada kacamata Islam - bukanlah suatu yang luar biasa. Ia adalah lumrah dan asam garam dalam perjuangan menegakkan keadilan. Khususnya, disaat kritikal berhadapan pemerintah kleptokrat yang menindas rakyat hari ini," katanya.
Bagaimana Pas cenderung kepada kezaliman?

ANWAR MANGSA KONSPIRASI POLITIK: TUAN IBRAHIM MAHU KES LIWAT SODOMU II DIBICARA DI MAHKAMAH SHARIAH


PEMANGKU Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengeluarkan kenyataan solidariti kepada Anwar Ibrahim apabila menegaskan yang bekas ketua pembangkang itu ialah mangsa konspirasi politik dan dakwaan liwat kepadanya perlu dibicarakan di mahkamah syariah.
Mengulangi pendirian parti yang kesalahan seperti itu perlu diadili menggunakan undang-undang Islam, akhbar parti itu Harakah Daily itu memetiknya sebagai berkata:
“PAS sejak awal lagi meminta isu yang berkaitan syarak perlu dikembalikan kepada mahkamah syariah. Ini kita harapkan,” katanya pada persidangan media di Kota Bharu semalam.
Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat selepas keputusan mahkamah tinggi untuk membebaskannya dibatalkan mahkamah rayuan pada 2014.
Tuan Ibrahim berkata PAS sentiasa menganggap Anwar ialah mangsa politik Share this quote  Share this quote dan sudah lama bersuara mengenainya, lebih awal daripada Dr Mahathir.
Dalam satu temubual dengan akhbat UK, The Guardian, Dr Mahathir mengatakan yang Anwar ialah mangsa dendam politik dan pentadbiran baru akan mendapatkan pengampunan diraja untuknya bagi membolehkan Anwar kembali memasuki politik.
Tuan Ibrahim juga mendakwa wujud kemelut dalam Pakatan Harapan dan kini mereka cuba menaikkan Anwar kembali kerana tiada tokoh lain dalam pakatan pembangkang itu.
“Selepas tiada tokoh lain, Pakatan Harapan cuba hendak menaikkan semula Anwar. Sebenarnya kemelut itu berlaku pada Pakatan Harapan,” katanya.
Anwar ialah timbalan perdana menteri pada 1993 hingga 1998 ketika zaman pemerintahan Dr Mahathir. Dia dipecat dan ditahan pada September 1998 dan didakwa atas tuduhan korupsi kerana cuba menghalang siasatan polis dalam dakwaan salah laku seksualnya.

Tsunami Melayu akan ranapkan Umno

Sekarang adalah musim persidangan perwakilan Umno bahagian. Ini adalah masa pemimpin Umno menggunakan pentas persidangan untuk membangkitkan semangat ahli-ahli parti. Ia juga masa untuk menyerang musuh politik.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerang Tun Dr Mahathir dengan mengancam untuk mendedahkan ‘aib’ Tun Mahathir jika beliau terus bersuara mengkritik Najib.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, mendesak Tun Mahathir supaya bersara daripada politik. Katanya beri peluang kepada orang muda untuk berpolitik. Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Ketua Umno Bahagian Muar, Datuk Razali Ibrahim, tidak semena-mena mengumumkan beliau bersedia melawan saya di parlimen Muar dalam pilihan raya umum ke-14.
Katanya saya sedang membakar kelambu kerana marahkan nyamuk.
Saya berasakan bahawa pemimpin Umno sedang gelabah. Mereka tahu bahawa rakyat dan orang Melayu sendiri, termasuk ahli-ahli Umno di akar umbi sedang menolak Umno.
Dalam setiap program anjuran PPBM, ribuan orang Melayu hadir dan ramai daripada mereka dahulunya adalah penyokong Umno. Ini termasuk di kawasan-kawasan Felda yang dahulunya adalah kubu kuat Umno.
Kawasan-kawasan tidak pernah berjaya ditembusi oleh parti pembangkang. Kini, dengan kehadiran PPBM bukan sahaja kawasan-kawasan ini dapat ditembusi, malah ribuan hadir untuk mendengar ucapan Tun Mahathir, saya, Datuk Seri Mukhriz dan pemimpin pembangkang yang lain.
Fenomena ini sedang berlaku di seluruh negara. Malah, beberapa hari lalu di Melaka, iaitu sebuah negeri yang dikatakan antara kubu kuat Umno selepas Johor, puluhan ribu rakyat hadir ke majlis sambutan Aidilfitri PBBM. Ini adalah sesuatu yang saya sendiri tidak jangkakan semasa menubuhkan PPBM.
Umno bela individu
Gelombang penolakan orang Melayu kepada Umno sedang berlaku. Ini kerana bagi kebanyakan orang Melayu, Umno yang dahulunya berjuang untuk membela nasib orang Melayu, kini telah berubah menjadi parti yang membela kepentingan seorang individu, iaitu presiden parti Umno.
Ketika orang Melayu sedang dihimpit masalah bebanan hidup yang paling teruk dalam sejarah negara, pemimpin Umno lebih sibuk membela presiden mereka yang terpalit dengan skandal rasuah dan penyelewengan daripada membela nasib orang Melayu.
Lebih banyak kedengaran suara pemimpin Umno mengecam Jabatan Keadilan Amerika Syarikat kerana mengambil tindakan undang-undang terhadap petualang 1MDB daripada mendesak kerajaan supaya menghapuskan GST, mengawal harga barang, menghentikan pengenalan cukai baru, menyediakan biasiswa pendidikan kepada pelajar Melayu, menambahkan peluang pekerjaan kepada anak-anak Melayu dan mempertahankan bahasa Melayu.
Umno telah berubah daripada sebuah parti Melayu kepada parti yang membela seorang individu. Kerana itu ramai ahli-ahli Umno di akar umbi telah menyertai PPBM kerana mereka tidak lagi mempercayai Umno.
Bagi mereka, Umno telah mengkhianati perjuangan untuk agama, bangsa dan negara.
Justeru, tidak ada sebab lagi untuk orang Melayu menyokong Umno dan mereka telah berhijrah menyokong PPBM.
Zahid, Khairy tahu masalah Umno
Apa yang saya katakan sebagai ‘trust deficit’ orang Melayu terhadap Umno sedang berlaku dengan pantas. Saya percaya, gelombang defisit kepercayaan Melayu ini akan bertukar menjadi tsunami Melayu yang besar dalam pilihan raya umum ke-14 dan menyaksikan perubahan kerajaan selepas itu.
Kerana itu, pemimpin Umno seperti Zahid Hamidi, Khairy Jamaluddin dan Razali Ibrahim kelihatan semakin gusar. Mereka ini adalah kawan-kawan saya semasa saya di dalam Umno dahulu. Sebagai seorang Islam, saya tidak menyimpan sebarang perasaan yang tidak baik terhadap mereka.
Cuma, saya ingin memperkatakan sesuatu. Saya tahu bahawa mereka semua tahu masalah sebenar yang melanda Umno. Ketika saya di dalam Umno dahulu, ada antara mereka yang datang berjumpa saya untuk memberitahu masalah yang dihadapi oleh Umno dan meminta saya melakukan sesuatu.
Mereka katakan kepada saya, jika saya sebagai timbalan presiden Umno pada ketika itu tidak melakukan sesuatu untuk membetulkan keadaan, negara akan hancur.
Namun yang anehnya, saya dan mereka mengambil jalan yang berbeza. Saya pun tahu masalah besar yang melanda Umno dan negara ketika itu. Saya tiada jalan lain untuk melaksanakan tanggungjawab saya sebagai seorang pemimpin parti dan kerajaan selain memilih untuk bersuara menyatakan kebenaran walaupun pahit.
Saya menggunakan platform parti untuk menegur pucuk pimpinan parti supaya memperbetulkan keadaan dengan harapan langkah pembetulan dilakukan segera dan negara kita tidak terjerumus ke dalam lembah bahaya yang akan menyebabkan rakyat menanggung derita.
Perancangan Allah lebih baik
Sebaliknya, mereka semua memilih untuk berdiam diri dan menutup kebenaran. Bukan setakat itu sahaja, mereka kemudiannya menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pemimpin parti yang mereka sendiri tahu telah melakukan satu kerosakan yang amat besar kepada negara.

Apa kesalahan kami, DAP soal ROS



DAP memberitahu, sehingga jam 5 petang semalam, parti itu masih belum menerima sebarang surat rasmi daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung arahan untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).
Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, surat rasmi itu masih belum diterima meskipun kenyataan media telah dikeluarkan agensi berkenaan sejak Jumaat lepas.
Anthony Loke dapTindakan ROS itu membuka ruang kepada propagandis BN 'memutarbelitkan fakta, menyebarkan fitnah dan mengulangi pembohongan' untuk mengelirukan rakyat kononnya DAP tidak mematuhi arahan ROS.
“Salah satu fitnah yang paling jahat ialah kononnya tindakan ROS untuk mengarahkan pemilihan semula CEC akan menguntungkan Lim Guan Eng dan sebagai Setiausaha Agung DAP, beliau ialah ‘main beneficiary’ hasil daripada keputusan ROS untuk tidak mengiktiraf CEC yang dipilih pada 29 September 2013.
“Mereka mendakwa kononnya ini akan membenarkan Guan Eng untuk terus melanjutkan tempoh jawatan Setiausaha Agung DAP kerana tidak perlu terikat dengan had tiga penggal untuk jawatan Setiausaha Agung yang termaktub dalam Perlembagaan DAP,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tiada notis ROS sepanjang empat tahun
Anthony yang juga ahli Parlimen Seremban berkata, sehingga hari ini DAP tiak mengetahui kesalahan yang dilakukan mereka sehingga ROS mengeluarkan arahan sedemikian.
“Perlu ditegaskan bahawa pemilihan semula CEC dalam Kongres Khas DAP pada 29 September 2013 adalah berpandukan sepenuhnya kepada peraturan-peraturan yang termaktub dalam Perlembagaan DAP.

Isyarat Anwar kepada kain lampin lama

Oleh Rozhan Othman
Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri sebagai calon perdana menteri di bawah kerajaan Pakatan Harapan adalah luar biasa dalam politik Malaysia.
Lazimnya, pemimpin politik lebih cenderung mengenengahkan diri mereka. Kecenderungan ini menyebabkan perubahan sukar berlaku dalam politik Malaysia.

Kebanyakan pemimpin akan cuba kekal lama dalam jawatan mereka. Inilah sebabnya kebanyakan pemimpin kanan parti politik Malaysia berumur lebih dari 60 tahun. Peluang untuk pemimpin muda naik umumnya amat terbatas. Sudah tiba masanya kita memikirkan satu anjakan mengenai pemimpin yang sepatutnya memimpin kita.
Barack Obama menjadi presiden Amerika Syarikat pada umur 48 tahun. Emmanuel Macron dilantik sebagai presiden Perancis pada umur 39 tahun.
Justin Trudeau dilantik sebagai perdana menteri Kanada pada umur 45 tahun. Kesemua mereka ini juga dilihat sebagai pemimpin yang membawa perubahan dan nafas baharu dalam politik negara mereka.
Di Malaysia semua pemimpin kanan politik adalah dari golongan veteran yang melebihi 60 tahun.
Pergantungan pada pemimpin yang sudah berumur mempunyai kelebihan tertentu. Mereka lebih berpengalaman dan mempunyai rangkaian penyokong yang setia.
Namun, kelebihan ini juga boleh menjadi liabiliti. Mereka lebih cenderung meneruskan status quo. Mereka sering bergantung kepada sekumpulan pembantu yang sama dan berpemikiran yang sama dengan mereka.
Budaya politik mereka lebih merupakan penerusan budaya politik lama. Sekiranya, kita menjenguk di sebalik retorik yang mereka bawa, umumnya tidak banyak idea baharu yang mereka kemukakan.
Anjakan pemikiran
Sudah tiba masanya kita melakukan anjakan pemikiran dengan melihat kepada calon yang lebih muda untuk memberi nafas baharu pada politik Malaysia dan negara kita.
Kita sudah lama dibelengu dengan banyak masalah dalam politik negara. Masalah ini lama menghantui kita dan kita tidak melihat sebarang nafas dan ide baharu lagi kreatif dari kalangan pemimpin veteran.
Masalah dadah masih berterusan tanpa sebarang petanda akan reda. Rasuah dan penyalahgunaan kuasa masih berterusan. Seperti dahulu, yang ditangkap sekadar ikan bilis dan sardin.
Jerung yang buas masih terlepas dan hidup kenyang. Amalan pemimpin politik yang hanya muncul bertemu rakyat bila dah dekat pilihanraya masih tidak berubah. Ketidakupayaan menganjak ekonomi agar menjadi ekonomi yang dipacu inovasi masih berterusan. Budaya menyertai politik untuk menjadi kaya dan politik dedak masih diutamakan.
Tabiat meletak orang politik, termasuk mereka yang pernah terpalit dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, sebagai pengerusi berbagai badan dan syarikat milik kerajaan masih kekal.
Agama masih dijadikan alat dalam mainan politik. Bumiputera masih merupakan golongan termundur. Dan kita tidak melihat sebarang ide baharu untuk mengatasi gejala ini.
Seperti di Amerika, Kanada dan Perancis, Malaysia memerlukan pemimpin muda untuk membawa perubahan dan memberi nafas baharu. Kita memerlukan pemimpin muda yang menunjukkan daya intelek yang tinggi serta beramanah dimana integrity dan kejujuran mereka tidak diragui. Mereka mestilah mempunyai kredibiliti dan dihormati masyarakat.
Mereka perlu memberi “thought leadership” dengan mencetuskan idea baharu untuk membangunkan negara. Ini perlu untuk merintis jalan kepada perubahan dan pembaikan.
Kita memerlukan pemimpin yang mampu membawa Malaysia ke tahap seterusnya. Pemimpin muda ini juga mestilah seorang yang “team player” yang sentiasa mendapat mandat dari rakyat majoriti.
Bukan badut
Pemimpin muda yang kita perlu bukanlah sekadar badut yang kerap membuat kenyataan-kenyataan bodoh untuk mengampu ketua dan puak mereka. Kita juga tidak mahukan pemimpin muda yang mempunyai ego yang besar serta cita-cita tinggi dan lebih mengutamakan diri mereka.
Jika seorang pemimpin muda asyik mengenepikan pendirian partinya, kemungkinan besar dia juga akan mengabaikan mandat rakyat demi cita-cita peribadinya.
Kita harus menghindari pemimpin muda yang besar kepala tetapi ketandusan idea mengenai masa depan negara. Dan hindarilah pemimpin muda yang ingin menjadi penasihat pada hal mereka sendiri dalam kesesatan.
Sudah tiba masanya pemimpin veteran membuka laluan kepada pemimpin muda. Mereka masih boleh memainkan peranan sebagai penasihat kepada pemimpin muda. Pemimpin muda perlu lihat peranan mereka bukan sekadar sebagai tukang sorak kepada kepimpinan tertinggi.
Dalam Umno, kita ingin lihat pemuda yang mempunyai autonomi dan bersedia mengkritik parti. Inilah yang membuatkan pemuda amat berpengaruh dan gemilang pada tahun 60an dahulu. Ia turut menjadikan Umno lebih dinamik dan peka akan kehendak rakyat.

SIAPA YANG SABOTAJ EKONOMI?


Sewaktu hari terakhir Ramadan baru-baru ini saya ke Bazar Ramadan di sebuah negeri luar Kuala Lumpur. Pada masa itu, gerai pun tinggal beberapa kerat sahaja, maklumlah peniaga juga mahu beraya. Lalu saya tuju ke sebuah gerai yang masih terbuka. Gerai jual popiah. Nampak menarik dan sedap.
“Dik, berapa sekeping?” tanya saya. “Singgit” jawabnya ringkas sambil menggulung popiah.
“Mahalnya dik!” balas saya spontan sebab setahu saya kalau di KL pun harga popiah tidak lah sampai satu Ringgit.
Biasanya di KL pun peniaga jual sekitar lima untuk RM4 atau 80 sen sekeping. Selepas tawar menawar mereka jual 10 keping dengan harga RM7, jadi jatuh 70 sen sekeping. Saya beli dan doakan bisnes adik-adik itu diberkati sebelum beredar.
Kisah popiah ini saya timbulkan bukan untuk mengutuk peniaga atau untuk menunjukkan betapa perlunya kita bijak dalam membeli. Ia sekadar untuk menonjolkan kesan kenaikan harga barang yang menekan kehidupan peniaga dan pengguna. Peniaga terpaksa menaikkan harga popiah kerana kos meningkat. Pengguna tawar harga kerana tak mampu bayar.
Apakah kenaikan harga barang dan kos sara hidup sesuatu yang benar berlaku atau hanya mainan politik pembangkang untuk mensabotaj ekonomi negara?
Untuk jawapannya, saya mengajak teman-teman pembaca untuk meneliti angka-angka penunjuk berikut. Pertama, kadar inflasi dan kedua, kadar mata wang Ringgit.
Kadar inflasi atau kadar kenaikan harga boleh diukur melalui Indeks Harga Pengguna (IHP). IHP Malaysia dilaporkan meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh lapan tahun pada bulan Februari 2017 iaitu 4.5 peratus berbanding dengan 3.2 peratus pada bulan sebelumnya. Kadar 4.5 peratus itu adalah yang tertinggi sejak November 2008.
Bagaimanapun sebahagian firma penyelidikan mengunjurkan kadar tersebut akan menurun antara 3.0 hingga 3.2 peratus untuk suku kedua 2017 mengaitkannya dengan harga minyak mentah dan kadar tukaran mata wang asing. Harga minyak dijangka kekal atau menurun manakala Ringgit diramal mengukuh.
Sedang ini menjadi andaian, sekilas pandang kepada graf IHP terkini yang diterbitkan Jabatan Perangkaan bagi menerangkan kadar inflasi dalam bulan Februari 2017 menunjukkan graf yang kekal menokok dari tahun ke tahun walaupun harga minyak turun naik.
Yang paling tinggi ialah harga makanan dan minuman bukan beralkohol iaitu 28.4% lebih mahal pada Januari 2017 jika dibanding dengan 2010.
Kalau tinjau di pasar pun kita tahu harga ikan telah mendadak naik, contohnya harga ikan kembung yang dilaporkan sehingga RM20 sekilo.
Ini menunjukkan bahawa harga barang keperluan utama adalah tidak anjal berbanding harga minyak atau kadar mata wang. Ini memberi gambaran ada faktor-faktor lain yang menyebabkan harga barang kekal tinggi.

ADAKAH KJ BERANI ATAU AKAN TERUS TERKUNCI GIGI?

Selain cabaran Tun Mahathir Mohamad kepada Najib Razak agar berani  menangkapnya, ini ada satu lagi cabaran yang sensasi dan ditunggu-tunggu oleh semua.

Kali ini TMJ mencabar KJ pula.

Tunku Mahkota Johor mencabar pasukan polo sukan SEA yang turut disertai oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin agar berlawan dengan Kelab Polo Diraja Johor yang dianggotai oleh Baginda untuk menghentikan spekulasi berhubung kelayakan pasukan tersebut.

Tentunya ramai yang tertunggu-tunggu untuk menyaksikan perlawanan tersebut jika KJ sedia atau berani menyahutnya. 

Malah, lebih menarik jika ada mana-mana saluran TV sedia membuat siaran langsung mengenainya.

Dalam nukilan terbukanya sebelum ini, TMJ antara lain menulis kata-kata yang penuh makna, "Ia telah menjadi tempat di mana ahli-ahli politik mahu menjadi selebriti dan ahli sukan. 

"Di mana seseorang yang tidak boleh menunggang kuda atau bermain polo boleh dipilih untuk mewakili negara",

Baginda kemudian meneruskan tulisannya, "Di mana individu yang tidak menjalani latihan ketenteraan yang sebenar boleh menjadi seorang Jeneral. Sebuah negara di mana institusi perlahan-lahan kehilangan identitinya."

Selepas menulis ungkapan-ungkapan yang sebenarnya tidaklah sukar difahami ditujukan kepada siapa dan kemudian menyusulinya dengan cabaran berlawan polo, TMJ benar-benar menunjukkan sikap jantannya.

Kalau pasukan TMJ dapat dikalahkan dalam perlawanan itu, barangkali tidak ada sesiapa lagi yang akan mempertikaikan keupayaan pasukan dan penyertaan KJ dalam team polo sukan SEA nanti.

Tetapi, sekiranya berlawan dengan pasukan TMJ pun tidak boleh menang, apatah lagi jika kena 11-0 atau 10-0, bak kata pesanan orang tua-tua zaman sekarang...."anak itik makan pengat, sendirilah mahu ingat".

Apa macam Brigidier Jenderal KJ, ada berani?

Ada masalahkah untuk sama-sama bersikap jantan seperti yang ditunjukkan oleh TMJ?

‘Polotik’ Khairy Jamaluddin

Encik Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan merangkap Ketua Pemuda UMNO adalah antara ahli politik muda yang serba boleh.
Beliau bukan sahaja berkebolehan dalam bidang politik, malah kini juga berkebolehan sebagai atlet negara dalam sukan polo; setelah beberapa lama dahulu separuh rentung disalai mentari ketika menjadi pelatih Rejimen Askar Wataniah.
KJ juga mempunyai kebolehan luar biasa menarik perhatian kaum wanita, yang baru-baru ini pakat ramai mahu dicekik olehnya secara erotis, setelah mendakwa ‘daddy’ KJ ini ‘merecik hawau’. Bahasa budak-budak sekarang, entah apa-apa.
Tetapi dalam banyak-banyak kebolehan KJ yang membuat beliau begitu menyelerakan demikian ramai gadis, bukan gadis, mak budak, janda berhias dan kumpulan lelaki tertentu; kebolehan yang paling hebat ialah kemahirannya mengelak dan menyelamatkan diri.
Ketika Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mendedahkan senarai panjang aset-aset terkait dana dicuri dari 1MDB yang mahu disita dalam saman sivil terbarunya, Khairy ghaib dari radar media. Tiada sepatah pun komen daripada beliau. Khabarnya sedang membawa obor Sukan SEA masuk ke kawasan pedalaman. Maka telefon tak ada signal.
Sudah keluar hutan pun masih belum ada reaksi daripada sang ‘daddy’ ini. Ya lah, penat bergambar dengan #OOTD (outfit of the day) di musim Aidilfitri. Desakan supaya Pemuda UMNO bikin demo di Kedutaan Amerika atas campurtangan asing terhadap urusan dalam negara dalam kes 1MDB juga tidak dihiraukan.
Hanya sesudah dua minggu beraya, barulah kita melihat kembali nama Khairy Jamaluddin dilaporkan media, itu pun setelah disindir hebat oleh tidak lain Tengku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.
Dalam tulisan yang disiarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers, TMJ menulis tentang rintihan hatinya terhadap Malaysia, yang disifatkannya sebagai:
“… tempat di mana ahli-ahli politik mahu menjadi selebriti dan ahli sukan. Di mana seseorang yang tidak boleh menunggang kuda atau bermain polo boleh dipilih untuk mewakili negara.
“Di mana individu yang tidak menjalani latihan ketenteraan yang sebenar boleh menjadi seorang jeneral. Sebuah negara di mana institusi perlahan-lahan kehilangan identitinya.”
Lain macam sekali sindiran dalam tulisan itu. Namun KJ tidak membalas.

Mukhriz tuntut Najib mohon maaf secara terbuka


Mukhriz tuntut Najib mohon maaf secara terbuka
Mukhriz memberi Najib sehingga 1 petang esok untuk memohon maaf secara terbuka. 
MUKHRIZ Mahathir hari ini menuntut Perdana Menteri Najib Razak memohon maaf secara terbuka kerana mendakwa Dr Mahathir mempunyai perancangan untuk menjadikan anaknya itu perdana menteri.
Najib dituntut untuk berbuat demikian sebelum 1 petang esok di mana Mukhriz akan mengambil tindakan undang-undang jika Najib gagal berbuat demikian, peguam Mukhriz, Haniff Khatri Abdulla memberitahu Malaysiakini.
"Anak guam kami berpendapat kenyataan itu diperkirakan oleh anda untuk mengganggu perbicaraan saman fitnah Mukhriz terhadap Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad mulai Khamis ini.
"Jadi, notis ini dikeluarkan untuk Najib memohon maaf secara terbuka pada atau sebelum jam 1 petang Rabu. Jika gagal, Mukhriz berhak mengambil segala tindakan atau tindakan yang ada dalam undang-undang untuk melindungi kepentingannya dengan sewajarnya," menurut surat itu yang diserahkan ke Pejabat Perdana Menteri hari ini.
Bekas menteri besar Kedah itu semalam menyifatkan tuduhan Najib terhadap bapanya "terdesak" dan "menjijikkan" dan tidak sesuai dengan kedudukannya.
Najib mengeluarkan kenyataan yang menuduh Dr Mahathir sanggup melakukan apa sahaja antaranya manipulasi, sabotaj, dan berbaik dengan musuh untuk memastikan Mukhriz menjadi perdana menteri.
"Dia taksub dengan menyelamatkan warisan keluarganya dan menjadikan anaknya Mukhriz perdana menteri," kata Najib.
Mukhriz berkata ia adalah "sangat menjijikkan" apabila lelaki yang memegang jawatan tertinggi di Malaysia akan "merendahkan martabat" dan mengambil "langkah terdesak" sedemikian.

Kerajaan lemah atasi pengangguran graduan

OLEH AKMAL NASIR
Situasi semasa amat memeritkan bagi para graduan dan juga pelajar tahun akhir pengajian tinggi. Mengikut statistik dikeluarkan oleh Laporan Bank Negara 2016, kadar pengangguran belia yang mempunyai pendidikan tinggi adalah 15.3 peratus berbanding belia tanpa pendidikan tinggi iaitu 9.8 peratus pada tahun 2015.
Boleh dikatakan, ratusan ‘resume’ dan juga emel permohonan pekerjaan yang dihantar bagi setiap iklan peluang pekerjaan yang dikeluarkan oleh majikan.

PEKERJA 1Ribuan belia hadir pada setiap kali sesi pameran kerjaya, dengan harapan mereka ini akan ditawarkan pekerjaan secepat mungkin. Golongan ini sudah terikat dengan pelbagai komitmen seperti hutang pinjaman dan juga menyara keluarga.
Realitinya, ramai graduan yang menganggur untuk tempoh masa yang panjang. Peluang pekerjaan yang semakin menguncup disebabkan oleh keadaan ekonomi semasa menyebabkan syarikat-syarikat dan organisasi mengurangkan pengambilan pekerjaan.
Sekiranya fenomena seperti ini dibiarkan berlaku tanpa penyelesaian, maka dalam tempoh lima tahun akan datang akan menyaksikan begitu ramai lambakan graduan akan terus menganggur tanpa diberi kesempatan untuk menimba pengalaman di alam kerjaya mereka.
Apakah langkah drastik Umno BN telah lakukan untuk mengatasi hal ini?
Kerajaan Umno BN pada hari ini hanya menganggap bahawa graduan perlu bekerja di sektor yang tiada kaitan dengan bidang pengajian tinggi yang diperoleh, sebagai alasan bahawa zaman ini adalah graduan tidak perlu memilih kerja. Graduan seolah-olah dipaksa untuk mengambil posisi pekerjaan yang berbeza dengan pendidikan yang dimilikinya.
Perkara ini tidak menyelamatkan masa depan graduan, apatah lagi mereka masih sukar untuk memohon pekerjaan yang sesuai setelah beberapa tahun menantikannya, memandangkan mereka tidak memiliki pengalaman yang berkaitan dengan bidang yang mereka mahukannya.
PEKERJALebih malang lagi, apabila sesetengah graduan yang ingin bekerja di sektor bukan profesional kini berputih mata akibat industri kini dikuasai oleh warga asing yang kini jumlahnya mencecah 6 juta orang.
Selain itu, taktik majikan kini adalah mengambil pelajar universiti untuk bekerja atas nama latihan industri atau “internship”, bagi membiayai elaun yang jauh lebih sedikit berbanding pengambilan pekerja biasa yang memerlukan gaji, dana persaraan dan perlindungan yang mahal.
Lantas jika Umno BN menyarankan graduan untuk menjadi usahawan, timbul pula persoalan bagaimana graduan-graduan ini hendak mendapatkan modal, dan yang paling penting adalah memiliki ilmu dan semangat untuk menceburi bidang ini.
Harus diingatkan bahawa kebanyakan bidang yang ditawarkan oleh universiti dan kolej tempatan adalah untuk melatih pelajar dan graduan menjadi “pekerja”.
Hanya segelintir sahaja yang memulakan perniagaan kecil-kecilan atau atas talian semasa sesi pengajian dijalankan.

Ibu Thaqif tolak laporan bedah siasat

Ibu kepada pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi menolak laporan bedah siasat yang merumuskan anaknya meninggal dunia akibat jangkitan leptospirosis atau kencing tikus.
Ibu Thaqif, Felda Wani Ahmad, mempersoalkan pihak hospital keperluan memotong kaki anaknya jika betul Thaqif dijangkiti kencing tikus yang boleh dikesan sejak awal.
“Saya nak tanya kenapa nak potong kaki anak saya kalau kencing tikus. Kencing tikus mesti kesan awal. Paling lewat 1 atau 2 minggu, macam kes di Kelantan baru-baru ini.
“Saya ni cikgu, tidak payah manipulasi yang bukan-bukan. Saya memang terkilan. Daripada arwah (Thaqif) masuk hospital, doktor kata tak tahu kuman apa. Ini tiba-tiba beritahu kencing tikus, tak masuk akal. Saya tidak boleh terima,” katanya seperti dilapor Free Malaysia Today.
Thaqif dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru pada 19 April lalu selepas pembantu warden asrama Madrasah Tahfiz Al-Jauhar di Kampung Lukut, Kota Tinggi didakwa memukulnya dengan paip getah.
Kedua-dua kaki pelajar berusia 11 tahun itu dipotong selepas mengalami darah beku, sementara tangan kirinya dijadual dipotong sebelum kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhir.
Kubur pelajar itu digali semula pada 18 Mei lalu bagi membolehkan sampel kaki Thaqif diambil untuk tujuan siasatan. Laporan bedah siasat yang diumumkan hari ini merumuskan kencing tikus dan bukannya trauma akibat pukulan sebagai punca Thaqif mendapat jangkitan pada kulit dan darah sebelum meninggal dunia pada 26 April lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu diperolehi berdasarkan bedah siasat pada hari sama pelajar itu meninggal dunia April lalu menggunakan sampel tisu dan darah yang dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan dan Jabatan Kimia.

'Malaysia tidak lagi dihormati dunia'



Saya membaca dengan tekun kenyataan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor mengenai keadaan Malaysia hari ini. Apa sudah jadi dengan Malaysia? Walaupun hakikatnya amat perit untuk diakui, namun terasa sedikit terhibur hati saya apabila hal yang saya sering perkatakan dan perjuangkan turut disuarakan oleh seorang tokoh istana.
Muhyiddin Yassin 1Saya secara peribadi menjunjung kasih dan merafakkan sembah tahniah di atas keberanian Tunku Mahkota Johor menyatakan kebenaran. Ini membayangkan keprihatinan beliau terhadap keadaan negara dan nasib bukan sahaja rakyat negeri Johor tetapi rakyat Malaysia seluruhnya.
Keluhan Tunku Mahkota Johor mengenai keadaan negara pernah disuarakan oleh institusi Raja-Raja Melayu sebelum ini. Selepas itu, Tunku Mahkota Johor sendiri menjadi antara tokoh istana yang lantang menegur pimpinan negara dan menyeru mereka melakukan perubahan segera untuk kebaikan rakyat jelata.
Namun, teguran-teguran ini dipandang sepi oleh pimpinan negara. Titah Raja-Raja Melayu dan suara istana seolahnya tidak diendah oleh kerajaan.
Dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, kerajaan sepatutnya menjalankan urusan negeri dan negara bagi pihak Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan sudah semestilah setiap pandangan dan teguran institusi raja-raja dipandang serius oleh kerajaan.
Apa yang diluahkan oleh Tunku Mahkota Johor bukan sahaja suara hati beliau, tetapi juga suara hari rakyat terbanyak. Ramai orang yang saya temui bertanyakan soalan yang sama iaitu apa sudah jadi dengan Malaysia? Mereka termasuklah sahabat handai, kenalan dan orang ramai yang saya temui di Malaysia dan juga orang asing di luar negara.
Mereka berasa cukup hairan bagaimana Malaysia yang amat dihormati oleh dunia suatu ketika dahulu boleh berubah dengan sekelip mata menjadi bahan cemuhan masyarakat antarabangsa.
Saya diberitahu ada rakyat Malaysia yang pergi ke luar negara malu untuk mengaku mereka adalah rakyat negara ini kerana tidak sanggup dipandang sinis oleh orang luar.
Berlainan sekali keadaannya sebelum ini apabila kita biasanya dengan bangga mengatakan bahawa kita adalah rakyat Malaysia dan rakyat asing dengan pantas memuji Malaysia.
Pokoknya, Malaysia hari ini bukan seperti dahulu lagi. Malaysia tidak lagi menjadi kebanggaan rakyat. Tidak lagi dihormati oleh dunia.

Punca kematian Thaqif: 'mungkin betul, mungkin tidak' - Peguam


Thaqif
Pengamal undang-undang, Syahredzan Johan (gambar kanan) menganggap "mungkin ya, mungkin tidak" kematian Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11, berpunca akibat kencing tikus (Leptospirosis).
Berdasarkan pengalamannya sebelum ini, beliau memberitahu, sukar untuk menerima sepenuhnya 'kenyataan rasmi' daripada pihak kerajaan berhubung kematian murid madrasah tahfiz swasta di Kota Tinggi itu pada 26 April lalu.
Syahredzan Johan"Allahyarham Thaqif meninggal sebab penyakit kencing tikus? Entahlah. Mungkin ya, mungkin tidak. Cuma melalui pengalaman aku mengamal undang-undang di Malaysia ini, aku belajar untuk jangan mudah percaya 'kenyataan rasmi' dari pihak Kerajaan.
"Bukanlah semua yang mereka kata itu tidak betul, cuma kita tidak boleh mudah terima bulat-bulat apa yang ada cop 'rasmi'," tegasnya dipetik daripada Facebook beliau.
Hal tersebut, jelasnya, dapat dilihat pada kenyataan rasmi berkaitan kematian remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah selepas ditembak anggota polis pada 2010 serta kematian A.Kugan dalam lokap setahun sebelum itu.
"Iyelah, kalau ikut 'rasmi' Allahyarham Aminulrasyid ada parang dalam kereta, dan mendiang Kugan pula mati sebab paru-paru masuk air," ujarnya lagi.
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan bedah siasat terhadap Thaqif didapati berpunca daripada penyakit dan bukannya trauma atau kecederaan.
Menurutnya, proses bedah siasat bagi mengetahui sebab kematian dilakukan pada 6 petang hari yang sama kanak-kanak itu meninggal dunia.
Sementara itu, ibu Thaqif, Felda Wani Ahmad, 40, mempersoalkan tindakan pihak hospital memotong kedua-dua kaki anaknya pada 21 April lalu jika benar anaknya dijangkiti kencing tikus.
“Saya nak tanya kenapa nak potong kaki anak saya kalau kencing tikus. Kencing tikus mesti kesan awal. Paling lewat satu atau dua minggu, macam kes di Kelantan baru-baru ini.
“Saya ni cikgu, tidak payah manipulasi yang bukan-bukan. Saya memang terkilan. Daripada arwah (Thaqif) masuk hospital, doktor kata tak tahu kuman apa.
"Ini tiba-tiba beritahu kencing tikus, tak masuk akal. Saya tidak boleh terima,” katanya seperti dilapor.

Zahid, bukan setakat Johor yang mahu ditawan

Saya merujuk kenyataan dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Jelebu di Kuala Klawang semalam.
Rujuk https://m.malaysiakini.com/news/387957
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/po/newspolitics.php?id=1370838
Zahid dakwa pembangkang pindah pengundi, sasar rampas Johor
Ya, memang benar Pakatan Harapan (PH) mensasarkan untuk menang di Johor dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU ke-14) yang akan datang. Bahkan untuk pengetahuan Zahid – jika beliau masih belum tahu – kami bukan sahaja mahu menawan Johor, kami juga akan memastikan negeri paling selatan ini menjadi penyumbang yang signifikan untuk kerusi-kerusi Parlimen dalam memastikan kemenangan PH diperingkat persekutuan.
Kami amat yakin, rakyat di negeri Johor akan memberikan mandat kepada PH dalam pilihan raya umum akan datang. Rakyat sudah cukup terhimpit dengan tekanan ekonomi dan sosial yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan BN. Setelah lebih 50 tahun, reputasi Malaysia kini merudum dimata dunia dan tercalar dengan jolokan kleptokrasi dibawah teraju the Malaysian Official No 1 (MO1).
Skandal mega 1MDB, isu FGV melibatkan warga FELDA, cukai GST yang membebankan, kenaikan harga barangan dan bahan api, secara langsung cukup membebankan dan menyebabkan kemarahan rakyat.
Oleh itu, biar saya ingatkan Zahid disini. Bukan PH sebenarnya yang perlu beliau risaukan. Apa yang beliau harus sedar, perlawanan dalam PRU ke-14 yang akan datang adalah pusingan untuk 99% rakyat Malaysia menentang UMNO BN yang mendokong pemerintahan kleptokrasi.
Zahid turut menyatakan keyakinan beliau bahawa Johor akan tetap menjadi ‘fixed deposit’ UMNO dan BN.
Saya ingin bertanya, apakah Zahid sedang mengelamun? Adakah beliau tidak tahu bahawa Johor sekarang ini bukan sahaja tidak lagi menjadi ‘fixed deposit’ UMNO, bahkan mereka telah hampir-hampir kehilangan majoriti 2/3 di Dewan Negeri sebaik sahaja ADUN Jorak Datuk Shahruddin Salleh menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)?
Zahid perlu ingat bahawa PH Johor sekarang berada pada kedudukan yang sangat baik menjelang PRU ke-14 terutamanya dengan penyertaan PPBM.
PPBM berkembang dengan pantas di Johor. Menerusi kejayaan menubuhkan 26 bahagian dan komitmen Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk all out bagi memastikan kemenangan PH di negeri ini, saya fikir Zahid tidak boleh lagi mendabik dada kononnya Johor tempat kelahiran UMNO dan tidak mungkin kalah buat selama-lamanya.
Ditambah dengan UMNO Johor dibawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang jelas dilihat tidak pro-Najib, ia memberi mesej tanpa ragu kepada rakyat Johor untuk lakukan perubahan dan menukar kerajaan dalam PRU ke-14 nanti.

Ikrar tawan Johor tanpa taktik kotor, PH bukan macam UMNO

KLUANG, 10 JUL: Pakatan Harapan (PH) berikrar untuk menawan Johor secara bermaruah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang, sekaligus menolak dakwaan UMNO kononnya terdapat usaha memindahkan pengundi sedang dilakukan pihak pembangkang.
Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata, taktik kotor seumpama itu, selain persempadanan semula, adalah operasi standard UMNO dan tidak akan sama sekali dilakukan PH yang menjunjung tinggi semangat demokrasi.
“Bagi kami, demokrasi bererti bahawa pengundi diberi pilihan dan hak untuk memilih kerajaan yang ada, tanpa rasa takut dan pilih kasih,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kluang dalam kenyataan hari ini.
“Kami tahu pengundi di Johor memandang tinggi nilai demokrasi seumpama itu dan mereka bersedia untuk berubah. Johor adalah negeri barisan hadapan untuk pembangkang memulakan demokrasi yang tulen di Malaysia.”
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa kononnya pembangkang sedang dalam usaha memindahkan pengundi bagi merampas Johor daripada Barisan Nasional (BN).
Menurut Chin Tong, kerusi Parlimen Labis; Segamat; Ledang; Sekijang; dan Muar di utara Johor serta Pasir Gudang; Pulai; Tebrau; dan Johor Bahru di Selatan Johor adalah antara kerusi tidak selamat bagi UMNO-BN.

PAS sindir DAP hilang ‘roket’

Empat tahun lalu, ketika DAP berdepan kecelaruan apabila menghadapi kemungkinan calon-calonnya tidak dapat menggunakan tiket atau logo "roket" semasa pilihan raya, bekas sekutu mereka PAS, sebaliknya menawarkan "bulan" kepada mereka.
"Kita bersedia beri DAP guna lambang PAS kalau DAP tidak diizinkan menggunakan lambangnya," kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika itu.
Hari ini, DAP sekali lagi menghadapi dilema yang sama apabila Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan pemilihan semula jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu.
Namun, kali ini, PAS mengambil sikap berbeza seperti yang dilihat dalam beberapa artikel yang diterbitkan di Harakah, organ rasmi parti itu.
Sebuah artikel melaporkan jika pilihan raya diadakan tidak lama lagi, DAP terpaksa merayu kepada rakan-rakannya dalam Pakatan Harapan untuk meminjam logo mereka, seperti yang berlaku pada tahun 2013.
“Apakah BERSATU atau Tun Dr Mahathir (Mohamad) akan bermegah menawarkan lambang bunga raya untuk DAP? Jika ini berlaku Mahathir sudah tentu melakarkan sejarah hitam dalam riwayatnya kerana membantu DAP.
“Apakah PKR sudah bersedia menawarkan lambang mereka dikibarkan DAP? Kenapa tidak AMANAH?
“Walaupun masalah lambang ini bukan masalah utama sekarang ini, tetapi bakal memberi kesan besar kepada DAP,” kata artikel bertajuk Dilema DAP berulang.
Dalam satu lagi artikel, seorang penulis lain berpendapat bahawa ini adalah ujian Tuhan ke atas DAP selepas mereka cuba campur tangan dalam pemilihan PAS 2015.
Ia merujuk kepada dakwaan bahawa DAP menyokong golongan progresif pada pemilihan PAS pada tahun itu.
Pemilihan itu menyaksikan golongan ulama dan puak konservatif yang diterajui oleh Abdul Hadi mengalahkan golongan progresif, yang kemudiannya disingkirkan daripada kepimpinan parti.
Perpecahan itu menyaksikan penubuhan Parti Amanah Negara (AMANAH) serpihan PAS, yang didakwa oleh parti induk itu sebagai ‘barua’ DAP.
Sebuah artikel lain pula menuduh DAP sailang pejuang BERSIH dengan kononnya mahu membersihkan pilihan raya Malaysia daripada kekotoran dan penipuan seperti pengundi hantu, beli pengundi dan sebagainya tetapi hakikatnya parti itu lebih kotor dan busuk.
“DAP telah menyekat seramai 753 perwakilan daripada mengundi pada pemilihan tahun 2012. Bukan itu sahaja, mereka turut mengimport seramai 547 pengundi hantu untuk mengundi!
“Kenapa mereka lakukan semua ini? Kerana jika tidak, kemungkinan besar Lim Guan Eng akan kalah. Ini kerana akar umbi DAP rata-ratanya tidak menyukai kepimpinan nepotis keluarga Lim.

BERSIH mahu kabinet bicangkan persempadanan semula SPR

Pertubuhan pendesak pembaharuan pilihan raya, BERSIH, menggesa kabinet membincangkan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa mereka melakukan persempadanan semula melalui 'pintu belakang' dan mungkin menjejaskan hasil pilihan raya akan datang.
Mesej itu disampaikan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low, dalam pertemuan di antara kedua-dua pihak hari ini.
Merujuk kepada persempadanan semula yang kontroversi di Kuala Kubu Bharu, Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah, berkata SPR mendakwa apa yang terjadi adalah "kesilapan urusan pentadbiran yang membetulkan sempadan".
Bagaimanapun kata Maria amalan itu sepatutnya tidak dibenarkan dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Katanya, BERSIH mendapati amalan serupa turut berlaku di setiap negeri.
"Ini menyalahi perlembagaan. Justeru kami sedang membincangkan kemungkinan mengambil tindakan undang-undang dengan peguam," katanya kepada Malaysiakini.
Maria menambah, BERSIH mungkin akan mengemukakan laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bulan depan bagi membolehkan suatu siasatan dibuat.
Katanya, ia adalah satu daripada sembilan isu pembaharuan pilihan raya yang dibangkitkan kepada Low.
Isu lain yang dibincangkan hari ini termasuk 28,000 pengundi tentera, kerajaan sementara dan keperluan SPR yang lebih bebas.
"Perbincangan berlangsung dengan baik. Kami berbincang mengenai pembaharuan yang kami mahu kerajaan lakukan.
"Ada banyak salah laku yang mungkin memberi kesan kepada keputusan pilihan raya umum ke-14," katanya.
Walaupun mendakwa Low tidak menunjukkan komitmen yang diharapkan, Maria berkata, menteri terbabit berjanji untuk membangkitkan isu yang dibincangkan itu kepada pihak yang berkaitan, termasuk Suhakam dan SPR.
"Beliau berkata, pandangan kami akan diajukan kepada pihak yang berkaitan.
"BERSIH juga bertanya sama ada beliau boleh membawanya kepada kabinet. Beliau berkata, beliau akan mencuba sebaik mungkin," katanya.

Sebenarnya Lagi Banyak Aib Zahid Hamidi Yang Akan Terbongkar..!!

Walaupun petanda ekonomi baik, rakyat masih murung


Walaupun petanda ekonomi baik, rakyat masih murung
Biarpun ekonomi mula menunjukkan tanda akan pulih, persekitaran semasa dalam kalangan rakyat masih lagi suram. .
WALAPUN wujud jangkaan berlakunya pemulihan sentimen pasaran pada awal separuh tahunan kedua tahun ini, wujud kesuraman dalam kalangan rakyat mengenai bagaimana cara negara ini diuruskan, kata ahli akademik.
Gabungan kelembapan ekonomi yang berterusan, peningkatan kos sara hidup dan kerapuhan hubungan antara agama menyebabkan penghakisan kepercayaan kepada kerajaan, sekurang-kurangnya dalam kalangan penduduk bandar.
“Ramai mereka yang berada dalam kelas elit dan menengah sudah hilang kepercayaan walaupun mereka mungkin mendiamkan diri, ” kata Pengarah Pusat Inisiatif Dasar UCSI University, Lim Teck Ghee.
“Paling mengecawakan ialah keretakan agama dan kaum yang bertambah buruk hasil daripada permainan agama yang dilakukan ahli politik dan proksinya,” kata Lim, seorang bekas pengkaji sosial kanan Bank Dunia.
Memburukkan ketegangan antara agama apabila kerajaan membenarkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang untuk membentangkan usul bagi mendapatkan hukuman yang lebih berat untuk kesalahan Syariah di Dewan Rakyat, Mei lalu.
Tidak lama selepas itu, Kementerian Dalam Negeri pula mengarahkan pembatalan perhimpunan Kristian di Melaka bulan lepas kerana sensitivi orang Islam.
“ Persekitaran negatif dan tidak menentu sebenarnya bertambah buruk tahun lepas disebabkan kekurangan keyakinan yang berterusan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan kepimpinan Perdana Menteri Najib Razak, selain huru hara dalam pakatan pembangkang.
“Nampaknya ada skandal politik baru, kes korupsi yang berleluasa, salah tadbir pengurusan atau salah guna kuasa yang kerap kali didedahkan melalui media sosial, walaupun media cetak tidak ambil peduli atau meringankan isu tersebut,” katanya.
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memfailkan saman ketiganya bulan lepas, bermatlamat untuk meramps AS$1.7 bilion aset yang dipercayai dibeli menggunakan wang hasil rompakan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Saman itu membawa jumlah keseluruhan salah pengurusan aset sehingga bernilai AS$4.5 bilion.
Najib berterusan menafikan wujudnya salah laku. Pemimpin Umno menyalahkan pihak berkuasa AS dan pembangkang kerana berusaha menjatuhkan kerajaan.
“Malangnya kerajaan dalam penafian dan melihat persekitaran buruk ini sebagai rancangan strategi pembangkang. Ini silap sekali,” kata Lim.
Pertumbuhan ekonomi nampaknya sedang pulih. Dalam suku pertama tahun ini, keluaran dalam negara kasar (KDNK) berkembang sehingga 5.6% berbanding tempoh yang sama tahun lepas, melebihi jangkaan pasaran pada kadar 4.8%.
Ringgit berjaya diperkukuhkan dalam suku kedua tahun ini serta peningkatan eksport dan harga komoditi yang semakin teguh.
Matawang negara jatuh kepada kedudukan terendah sejak 19 tahun lalu pada RM4.52 berbanding satu dolar AS Disember lalu, paling lemah sejak Januari 1998, semasa krisis kewangan Asia.
Sentimen pengguna Malaysia masih melah, tetapi pemulihan dijangka berlaku berdasarkan corak perbelanjaan persendirian sebenar, kata laporan penyelidikan Maybank Investment Bank bulan lepas.
Bagaimanapun, Malaysia masih berada di kedudukan 25 daripada 140 negara dalam Indeks Persaingan Global Forum Ekonomi Dunia (WEF), hanya tergelincir dalam bidang seperti pendaftaran pelajar sekolah rendah dan kesediaan teknologi.
Indeks Sentimen Pengguna (CSI) yang dikeluarkan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) juga mengesan sentimen bawah 100 untuk sebelas suku tahun berturut-turut sejak suku ketiga tahun 2014.
Simpanan asing Malaysia kini lebih rendah berbanding Indonesia. Setakat 31 Mei, Malaysia mempunyai simpanan AS$98 bilion berbanding AS$125 bilion yang dimiliki Indonesia, menurut Bank OCBC.

Lembah Klang kini jadi medan politik Kelantan

DENGAN 15 - 30 % pengundi mereka berada di luar daerah khasnya di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang, parti politik utama di Kelantan, PAS dan Amanah kini menjadikan ibukota sebagai pusat kedua aktiviti mereka selepas Kota Bharu.
Penasihat Amanah Kelantan, Husam Musa membuat sidang media mengenai kerajaan Kelantan di ibu pejabat Amanah di ibu kota manakala PAS Kelantan juga menjawab isu ini di Lembah Klang.
"Semua isu yang dibangkitkan tentang pentadbiran Kelantan adalah rancangan licik untuk menjatuhkan kerajaan negeri. Ia dibuat secara sistematik dengan menyerang Kelantan isu demi isu," kata Nor Azaliza Mohd Alami, timbalan ketua pemuda PAS Kelantan dalam kuliahnya di sebuah surau di Selangor Sabtu lepas.
Kuliah beliau di Rawang itu adalah siri program PAS untuk mempertahankan kerajaan Kelantan ekoran serangan hebat Pakatan Harapan terutamanya Amanah terhadap pentadbiran kerajaan negeri itu.
PAS Kelantan mengadakan majlis berbuka puasa dengan anak Kelantan di Shah Alam tahun ini dan majlis hari raya juga diadakan di Lembah Klang.
Amanah juga mengadakan majlis yang sama di ibu negara.
Nor Azaliza yang lebih dikenali sebagai Ustaz Jaa adalah antara penceramah utama PAS yang bergerak ke seluruh negara bagi mempertahankan kerajaan negeri melalui kuliahnya di surau dan masjid.
Amanah, terutamanya Husam mula menyerang kerajaan negeri sejak beliau berada dalam PAS lagi sehinggalah beliau dipecat daripada parti yang memerintah Kelantan itu.
"Mula-mula isu ladang durian kunyit, lepas itu pembalakan kawasan Orang Asli, kemudian kampung Warisan di Tumpat, lepas itu Lembah Binjai dan kini isu karbon kredit.
"Semua isu ini dirancang rapi untuk menghilangkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan negeri terutama di Lembah Klang ini," kata Ustaz Jaa di depan kira-kira 100 jemaah surau itu.
Dalam sidang medianya di ibu pejabat Amanah di ibu negara 4 Julai lalu, Husam yang dinamakan sebagai bakal MB Kelantan jika Pakatan Harapan menang di negeri itu, mendakwa kerajaan negeri terlibat dengan syarikat yang diragui untuk mengutip wang secara haram.
Ia berlaku apabila kerajaan negeri Kelantan menandatangani perjanjian dengan Climate Protector Sdn Bhd, walaupun Bank Negara Malaysia menyenaraikan syarikat itu dalam senarai amarannya.
Sehubungan itu, naib presiden Amanah itu menggesa BNM mengambil tindakan tegas terhadap syarikat yang beroperasi tanpa kelulusan itu sehingga boleh memeterai perjanjian dengan pihak lain.
Ekoran pendedahan itu, kerajaan Kelantan mengadakan mesyuarat khas pada 6 Julai bagi membincangkan perkara itu.

Izzah: Kerajaan giat lumpuh demokrasi, bukan keganasan

izzahKEADILAN mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) menyalahgunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) untuk menyekat kebebasan berpolitik bukannya memerangi keganasan di negara ini.
Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar berkata, sejak Sosma diperkenalkan 5 tahun lalu, seramai 979 orang ditahan di bawah akta itu.

Katanya, daripada jumlah itu, hanya 177 orang sahaja yang ditahan di negara ini kerana kaitannya dengan IS.
“Saya percaya jumlah itu adalah sebahagian daripada 43 warga asing ditahan kerana kaitan mereka dengan IS seperti mana diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Hakikat ini bermakna hampir 800 orang yang ditahan tidak ada kaitan dengan IS. Mereka adalah penggiat dan aktivis demokrasi yang berjuang memerangi salah laku kerajaan dan rasuah.
“Maka, terbukti gerak kerja Kerajaan Persekutuan lebih tertumpu untuk melumpuhkan demokrasi di negara ini, bukannya memerangi keganasan dengan sepenuh hati,” katanya dalam kenyataan.
Kenyataan itu sebagai membalas kenyataan penuh Menteri Pertahanan yang mendakwa Pakatan Harapan tidak mampu menghalang pengaruh IS dan aktiviti keganasan di Malaysia sekiranya memerintah negara.
Pada masa sama, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut mempersoalkan bagaimana Hishammuddin boleh mendabik dada mengakui kerajaan mampu melawan ancaman IS dengan berkesan.
Katanya, hal itu kerana fakta sebenar menunjukkan umat Islam negara ini enam kali ganda lebih ramai daripada warganegara Indonesia yang menyertai IS.
“Saya sekali lagi menantikan detik dan ketikanya Hishammuddin menjemput kami di barisan pembangkang untuk menyertai Jawatankuasa Pilihan Pertahanan dan Keselamatan.
Semalam, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menasihati rakyat memilih parti yang mampu berdepan ancaman pengganas dan hanya BN mempunyai pengalaman berdepan pengganas dan menangani keganasan.

BERANIKAH “NEGARAWAN SEBENAR” TANGKAP TUN MAHATHIR”?

Hari ini,  10 Julai adalah hari ulangtahun kelahiran Tun Mahathir Mohamad yang ke-92.
Selamat hari lahir Tun…moga terus dipanjangkan umur, dianugerahkan kesihatan yang baik dan diberi kesempatan oleh Tuhan meneruskan perjuangan menyelamatkan negara ini daripada bahana kleprokrasi sehingga ke titik akhir kejayaan.
Kebanyakan orang lain menyambut hari ulangtahun kelahiran dengan kegembiraan, tetapi Tun Mahathir bukan saja menyambutnya dengan komitmen untuk kekal berjuang, malah yang lebih mengharukan ialah sedia menawarkan dirinya untuk ditangkap dan ditahan.
Ia berikutan tindakan Najib Razak yang mengatakan Tun Mahathir kini sedang panik susulan penubuhan Suruhanjaya Diraja berkaitan kerugian urusniaga forex yang berlaku hampir 30 tahun lalu.
Meskipun suruhanjaya itu belum lagi berfungsi dan belum juga memanggil saksi-saksi, tetapi Najib sudah pun berani membayangkan kemungkinan pertuduhan jenayah bakal dihadapi oleh bekas Perdana Menteri itu.
“Pada hari raya saya ucap selamat hari raya kepada Najib tapi dia asyik berusaha macam mana untuk tangkap saya.
“Tak apalah, dia ada kuasa, tangkaplah!” kata Tun Mahathir.
Sebelum ini juga Tun Mahathir mencabar isteri Najib, Rosmah Mansor agar menyamannya jika beliau melakukan fitnah atau membuat tuduhan tidak berasas terhadapnya.

Namun, sehingga ini Rosmah terus senyap tanpa khabar berita, sama senyapnya seperti Najib yang dua tahun lalu mengatakan akan menyaman akhbar The Wall Street Journal, tetapi sehingga ini masih belum terdengar apa-apa khabar berita mengenainya.
Semalam, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun menyifatkan Najib sebagai “negarawan sebenar”  di negara ini, manakala Tun Mahathir disifatkan tidak layak sama-sekali  memakai gelaran tersebut.
Sebagai “negarawan  sebenar”, tidak berani menyaman WSJ mungkin tidak berapa “besar kemaluannya”  berbanding tidak berani menangkap Tun Mahathir, apatah lagi tawaran berbuat demikian dihidangkan dengan dada yang lapang oleh tuan punya badan.
Apa guna jika sekadar berani menyalahkan Tun Mahathir itu dan ini, tapi masih tiada keberanian sama sekali untuk menangkap dan memenjarakannya.
Apa lagi, tunjukkanlah keberanian sebagai “negawaran sebenar” itu?

TMJ KECAM REJIM NAJIB, CABAR SKUAD POLO SEA: BENDA YANG LEBIH BESAR ADALAH RASUAH.SEHINGGA SUKAN DICAMPURADUKKAN DENGAN POLITIK


Saya dimaklumkan bahawa ada satu kenyataan akhbar oleh Datuk Mohamad Zekri yang berpendapat bahawa sesetengah individu layak untuk mewakili negara dalam Sukan Sea akan datang. Bukankah saya pernah mengalahkan pasukan yang Datuk wakili dulu sebanyak 10- 0 dan 11-0 semasa satu pertandingan polo di Pekan, Pahang. Macam mana anda boleh mewakili negara? Saya ingat hanya seorang sahaja yang melobi mewakili negara, rupa-rupanya ramai lagi yang melobi untuk mewakili negara ke sukan sea.
Negara kita pada masa ini perlu diurus mengharungi pelbagai cabaran global, tetapi masih lagi terdapat individu-individu yang masih melobi hinggakan hal-hal sukan dicampuradukkan dengan politik demi kepentingan diri.
Merujuk kenyataan saya tempoh hari, kenyataan saya adalah untuk keseluruhan sistem Malaysia dan masalah semasa tetapi telah dipergunakan dengan agenda-agenda politik sesetengah pihak. Saya tidak pernah mempertikai kelayakan dan keperluan pemimpin negara untuk menggunakan jet kerajaan tetapi saya menimbulkan isu penggunaan jet peribadi yang perlu dibiayai kerajaan dengan mempergunakan duit rakyat oleh pembesar negara. Jelas ia tiada kaitan dengan jet kerajaan.
Benda yang lebih besar adalah Rasuah. Rasuah harus dibanteras dan diperangi habis-habisan. Di Johor, tiada tempat untuk pelaku rasuah dan ianya akan diadili seadilnya tanpa mengira pangkat dan latar belakang seperti kes-kes yang berlaku baru-baru ini. Pihak berwajib haruslah menjunjung titah DYMM Sultan Johor untuk memerangi rasuah.
Berkenaan polo. Saya berpendapat, kita hentikan segala spekulasi berkaitan isu ini dengan mengadakan satu perlawanan polo antara skuad polo Sukan SEA dan satu pasukan dari Royal Johor Polo Club yang terdiri daripada saya sendiri dan adik saya serta dua orang pemain kami. Saya juga mencadangkan agar perlawanan tersebut disiarkan secara langsung di televisyen untuk disaksikan kepada seluruh negara bagi menilai sendiri individu yang mana sepatutnya layak untuk mewakili negara. Bagi saya individu yang layak mewakili negara adalah seperti Saladin, Hussaini Yunos, Tengku Hassanal Shah, Tengku Amir Nasser Ibrahim, Tengku Muhammad Shah, Amran Selamat dan beberapa individu-individu lain.

TSMY: 'Tunku, orang ini sudah tiada sekelumit pun malu'

Saya membaca dengan tekun kenyataan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor mengenai keadaan Malaysia hari ini. Apa sudah jadi dengan Malaysia? Walaupun hakikatnya amat perit untuk diakui, namun terasa sedikit terhibur hati saya apabila hal yang saya sering perkatakan dan perjuangkan turut disuarakan oleh seorang tokoh istana.
Saya secara peribadi menjunjung kasih dan merafakkan sembah tahniah di atas keberanian Tunku Mahkota Johor menyatakan kebenaran. Ini membayangkan keprihatinan beliau terhadap keadaan negara dan nasib bukan sahaja rakyat negeri Johor tetapi rakyat Malaysia seluruhnya.
Keluhan Tunku Mahkota Johor mengenai keadaan negara pernah disuarakan oleh institusi Raja-Raja Melayu sebelum ini. Selepas itu, Tunku Mahkota Johor sendiri menjadi antara tokoh istana yang lantang menegur pimpinan negara dan menyeru mereka melakukan perubahan segera untuk kebaikan rakyat jelata.
Namun, teguran-teguran ini dipandang sepi oleh pimpinan negara. Titah Raja-Raja Melayu dan suara istana seolahnya tidak diendah oleh kerajaan.
Dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, kerajaan sepatutnya menjalankan urusan negeri dan negara bagi pihak Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan sudah semestilah setiap pandangan dan teguran institusi raja-raja dipandang serius oleh kerajaan.
Apa yang diluahkan oleh Tunku Mahkota Johor bukan sahaja suara hati beliau, tetapi juga suara hari rakyat terbanyak. Ramai orang yang saya temui bertanyakan soalan yang sama iaitu apa sudah jadi dengan Malaysia? Mereka termasuklah sahabat handai, kenalan dan orang ramai yang saya temui di Malaysia dan juga orang asing di luar negara.
Mereka berasa cukup hairan bagaimana Malaysia yang amat dihormati oleh dunia suatu ketika dahulu boleh berubah dengan sekelip mata menjadi bahan cemuhan masyarakat antarabangsa.
Saya diberitahu ada rakyat Malaysia yang pergi ke luar negara malu untuk mengaku mereka adalah rakyat negara ini kerana tidak sanggup dipandang sinis oleh orang luar.
Berlainan sekali keadaannya sebelum ini apabila kita biasanya dengan bangga mengatakan bahawa kita adalah rakyat Malaysia dan rakyat asing dengan pantas memuji Malaysia.
Malaysia tidak lagi dihormati
Pokoknya, Malaysia hari ini bukan seperti dahulu lagi. Malaysia tidak lagi menjadi kebanggaan rakyat. Tidak lagi dihormati oleh dunia.
Puncanya tidak lain kerana pimpinan negara terpalit dengan skandal rasuah, penipuan dan penyelewengan yang berada di tahap yang paling memalukan. Lebih menyedihkan, institusi negara yang sepatutnya berfungsi untuk mengawal kuasa eksekutif, memelihara hak rakyat dan menjamin keadilan gagal berfungsi sama sekali (totally dysfunctional).
Kita tidak dapat bayangkan seorang Perdana Menteri mempunyai wang berbilion ringgit di dalam akaun peribadinya dan wang ini adalah wang yang dicuri daripada syarikat milik negara.
Namun, Peguam Negara tidak mendakwa Perdana Menteri atas alasan Perdana Menteri tidak mengetahui wang itu ada di dalam akaunnya. Sedangkan terdapat bukti yang jelas wang ini telah dibelanjakan untuk kegunaan peribadi.
Undang-undang apakah yang dirujuk oleh Peguam Negara? Di manakah kedaulatan undang-undang? Sudah hilangkah keluhuran perlembagaan?
Jadi bahan jenaka antarabangsa
Tidak hairanlah Malaysia telah berubah menjadi bahan lawak jenaka masyarakat antarabangsa dan dicemuh oleh rakyat sendiri.