Isnin, 10 Julai 2017

Beza Antara Indonesia Dan Malaysia...!!!

Kasihan Presiden Indonesia yg tak paham2 konsep Islam Wasatiyyah Najib.. Najib Rosmah anak-beranak SERTA MENANTU dipunggah semua sekali berjoli sakan holiday terbang ke luar negara guna jet VVIP mewah kerajaan.

Kalau tak mampu, buat cara tak mampu dok je bercuti dlm negara shj..

Siapakah Perintah Negara Sejak Merdeka....??? Umno Dan Pemimpinya Penipu Sejak Dahulu....

SEKALI LAGI Najib mendabik dada bhw segala kerosakan & musibah yg melanda di negara kita skrg BUKAN SALAH NAJIB tapi terus menuding pemimpin terdahulu..

Adakah Najib sedar bhw secara tak sengaja Najib telah mengaku & membuka pekung UMNO itu sendiri iaitu pemimpin & kerajaan terdahulu PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO & KERAJAAN BN itu sendiri !!!

HAKIKATNYA.. jelaslah pemimpin2 Umno & KERAjaan BN itu sendiri perosak negara.

Terpulanglah pada rakyat utk melakukan perubahan #UBAH #TolakBarisanNasional.

SIRI PEMBOHONGAN 'DERMA' RM2.6 BILION...

Sejak bila pak arab belajar ilmu putar belit Umno ???

TIBA-TIBA slps kantoi AG Apandi Ali plok kata baki 'derma' itu dipulangkan balik kpd pak arab..

PERNAH TAK ada pengakuan/ press media dari dunia Arab mengatakan derma itu ada dipulangkan balik ??!

TAHUKAH ANDA..di dalam budaya Arab jika satu derma itu diberikan kpd si penerima, tetapi si penerima memulangkan semula kpd penderma ia satu penghinaan buat bangsa Arab. Adakah slps diakui oleh AG Apandi Ali bhw sebahgaian besar derma RM2.6 bilion telah dipulangkan semula kpd penderma asal pak Arab tersebut sanggup terima penghinaan itu ??!

JANGAN BOHONG LA !!!
Kejap kata duit pelaburan. Lps tu kata derma plok. Dh dpt derma plok boleh dipulangkan balik..

"Tuhan akan laknat kita jika kita menipu rakyat", kata Najib Razak

Dalam riwayat, hadis tersebut berbunyi:

عن ابي هريرة ان رسول الله صلى الله عليه و سلم قال : اية المنافق ثلاث اذاحدث كذب واذا وعد اخلف واذ تئمن خان

Maksudnya: Dari Abu RA. Bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tanda orang munafik ada tiga: apabila berkata dusta, apabila berjanji ingkar DAN apabila diberi amanat khianat.

"Tuhan akan laknat kita jika kita menipu rakyat", kata Najib Razak (14/10/2012).

Cepat atau lambat laknat itu hanya Allah saja Yang Maha Mengetahui..

Kata Najib, ramai berkat naik haji kerana perjuangan UMNO...

TAHUKAH ANDA..
Malah negara lain spt Indonesia, Pakistan dan India termasuk juga negara bukan Islam spt S'pore juga ditambah kuota hajinya tahun ini... TAKDA UMNO pun !!!

TAHUKAH ANDA..
MALAYSIA salah satu negara yg dpt tambahan kuota haji paling terendah iaitu HANYA 8 PERATUS SAHAJA berbanding negara spt Iran: +35%, Turki: +35%, Indonesia: +25%, Pakistan: +25% dan Singapura: +18% !!

JANGAN NAK PERBODOHKAN RAKYAT !!!

SPRM buka kertas siasatan baharu terhadap Felda



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka satu kertas siasatan baharu terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad.
Katanya tindakan itu dibuat setelah SPRM menerima maklumat baharu mengenai satu isu yang melibatkan Felda.
SPRM FELDASaya telah mengarahkan satu kertas siasatan dibuka dan kita akan keluarkan kenyataan akhbar dalam masa terdekat," katanya pada sidang media ketika menghadiri program Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) di Hospital Kuala Lumpur, hari ini.
Dzulkifli bagaimanapun memaklumkan siasatan membabitkan kemelut Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) masih diteruskan.
Kemelut FGV mencapai kemuncak apabila bekas pengerusi Tan Sri Isa Samad dan Lembaga Pengarahnya mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Zakaria Arshad, Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha, Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim untuk bercuti 6 Jun lepas.
Susulan krisis itu, kerajaan melantik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala sebagai orang tengah bagi mencari penyelesaian kepada krisis itu sebelum melantik Ketua Pengarah di Unit Perancang Ekonomi (EPU) JPM Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob sebagai pemangku Pengerusi FGV menggantikan Isa yang meletak jawatan.
Sementara itu, dalam isu lain, Dzulkifli berkata hanya kerajaan negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan belum melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diperkenalkan suruhanjaya berkenaan pada awal tahun ini.

Saman fitnah: Mahkamah tolak rayuan NFC, Mohamad Salleh


Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan dikemukakan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) dan Pengerusi Eksekutifnya Datuk Seri Mohamad Salleh berhubung saman fitnah mereka terhadap Nurul Izzah Anwar dan PKR berkaitan kenyataan pembelian lapan unit hartanah di KL Eco City.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Abang Iskandar Abang Hashim memutuskan rayuan itu tidak mempunyai merit.
Panel itu juga memutuskan hakim Mahkamah Tinggi tidak melakukan sebarang kekhilafan yang memerlukan mahkamah rayuan untuk campur tangan.
Nurul IzzahKami mengesahkan dapatan fakta oleh hakim perbicaraan (Mahkamah Tinggi). Rayuan ini ditolak dengan kos RM50,000," katanya Hakim Abang Iskandar yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Dr Badariah Sahamid dan Hakim Datuk Mary Lim Thiam Suan.
NFCorp dan Mohamad Salleh merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Mac 2016, yang menolak saman mereka terhadap Nurul Izzah dan PKR.
Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan kenyataan dibuat Nurul Izzah, selaku defendan, tidak memfitnah Mohamad Salleh.
Hakim berkata kenyataan itu apabila dibaca secara menyeluruh tidak bersifat memfitnah Mohamad Salleh kerana kenyataan media dibuat Nurul Izzah adalah dalam kapasitinya sebagai anggota Parlimen (MP) Lembah Pantai.
Hakim juga berkata kenyataan itu ditujukan kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil iaitu bekas MP Lembah Pantai yang juga isteri Mohamad Salleh, dan mana-mana orang yang berfikiran waras akan menimbangkan artikel itu sebagai menggesa akauntabiliti di pihak Shahrizat berhubung kenyataan MP Pandan Mohd Rafizi Ramli berhubung perkara sama.
Pada 24 Dis, 2013, Mohamad Salleh memfailkan saman terhadap Nurul Izzah dan Setiausaha Agung PKR ketika itu, Datuk Saifuddin Nasution atas dakwaan memfitnahnya dalam komen Nurul Izzah berhubung pendedahan oleh Mohd Rafizi, yang ketika itu pengarah strategi PKR, mendakwa Mohamad Salleh telah melakukan penyelewengan dana syarikat itu.
Mohd Rafizif didakwa berkata plaintif telah membeli lapan unit hartanah di KL Eco City menggunakan dana NFCorp.
Plaintif mendakwa Nurul Izzah membuat kenyataan memfitnah itu dalam siaran Malaysiakini TV pada 7 Mac, 2012.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili NFCorp dan Mohamad Salleh manakala peguam Razlan Hadri Zulkifli dan peguam Joshua Kevin mewakili Nurul Izzah dan Saifuddin.

Amanah sasar 9 kerusi Dun, 1 Parlimen di Melaka


Adly Zahari
Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Melaka mensasarkan sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan satu kerusi Parlimen dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Pengerusi Amanah Melaka Adly Zahari berkata kesemua kerusi sasaran parti itu adalah kerusi campuran dan kerusi majoriti tipis dimenangi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 2013 lalu, namun ia masih bergantung kepada perbincangan bersama parti gabungan dalam Pakatan Harapan.
"Tumpuan kita (Amanah) kepada sembilan kerusi Dun dan satu Parlimen. Namun ia bergantung kepada perbincangan Pakatan Harapan.
"Sasaran Amanah tujuh daripada kerusi Dun tersebut adalah kerusi campuran.
" Ini kerana tertubuhnya Amanah berdasarkan sokongan kepada seluruh masyarakat jadi kita mengambil kira kekuatan itu (kerusi campuran) untuk memilih kawasan meletakkan calon parti.
"Kita yakin Pakatan Harapan masih dapat mengekalkan kerusi yang pernah dimenangi pembangkang dalam PRU lalu cuma untuk dapatkan kerusi campuran kita melihat kepada kesesuaian calon dalam pakatan,"ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau ditemui ketika hadir  bersama piminan Amanah negeri dalam Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Shah Beach Resort, Klebang malam tadi.
Menurut Adly lagi, Amanah bukan sahaja menumpukan kepada kerusi yang pernah ditandingi Pas tetapi turut memberi tumpuan kepada kerusi yang dimenangi tipis oleh BN di negeri itu.
Justeru beliau berkeyakinan Pakatan Harapan Melaka berpotensi untuk meraih sekurang-kurangnya 19 kerusi Dun dalam PRU-14 nanti.

Amanah nekad bersama TMJ perangi rasuah

SPRM dapat maklumat baharu dalam kes Felda

'DOJ sengaja sebut isu cincin Rosmah' sembang Lokman Adam

'Ada GST ke tidak, harga barang tetap naik' sembang Lokman Adam

Mudah lupa, masalah PM di Malaysia


Mudah lupa, masalah PM di Malaysia
Najib menyalahkan Dr Mahathir berhubung kemelut Malaysia Airlines pada program rumah terbuka di Kompleks Kejuruteraan Malaysia Airlines, KLIA, hari ini. 
PERDANA Menteri Najib Razak menyerang Dr Mahathir Mohamad atas kerugian forex Bank Negara Malaysia, kemelut berlarutan Malaysia Airlines dan pelbagai masalah lain ketika beliau masih memegang kuasa.
Tetapi, di mana Najib ketika itu? Beliau pada masa itu menjadi salah seorang ahli Kabinet kanan dengan gembiranya bersetuju dan mengalu-alukan setiap rancangan Dr Mahathir.
Adakah beliau menyuarakan kebimbangannya ketika itu ketika Kabinet membuat atau mengesahkan keputusan berhubung kerugian Bank Negara dan penswastaan Malaysia Airlines, dan diikuti dengan bail out mendapatkan pengurusan baharu dan skim untuk membolehkan ia terus hidup?
Adakah beliau membantah apa-apa ketika berada dalam pentadbiran Dr Mahathir?
Bukankah Najib juga mempunyai salah laku dan penipuan dalam institusi kita, salah laku rasuah, kecurian dan skandal yang kini beliau tujukan kepada Dr Mahathir?
Jangan kita lupa, Najib adalah ahli politik Umno yang memilih Dr Mahathir berbanding Tengku Razaleigh Hamzah, dan membantu mengubah sejarah parti, dengan meluaskan kerajaan Barisan Nasional (BN) di negara ini.
Terdapat banyak keraguan yang Dr Mahathir mempunyai semua jawapan untuk kejadian Ops Lalang, pengkhianatan dalam badan kehakiman Malaysia, kegagalan penswastaan dan sebagainya.
Tetapi beliau dibantu oleh menteri dan ketua politiknya dari Julai 1981 hingga 31 Oktober, 2003. Daripada kumpulan ini, Najib memainkan peranan utama selama bertahun-tahun, sama ada dalam Umno dan kerajaan.

Najib salahkan Dr Mahathir lagi, kali ini tentang MAS


Najib salahkan Dr Mahathir lagi, kali ini tentang MAS
Perdana Menteri Najib Razak mengambil gambar bersama kakitangan Kumpulan Penerbangan Malaysia di Sepang hari ini.
PERDANA Menteri Najib Razak hari ini menyalahkan bekas perdana menteri terdahulu yang didakwa menjadi punca kejatuhan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines (MAS).
"Kita lalui masa yang sukar. Sejarah MAS diselubungi dengan keputusan dulu yang saya kira amat teruk.
"Ia memang satu mimpi ngeri yang terjadi pada MAS. Ia dilakukan salah seorang bekas perdana menteri terdahulu," katanya ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kumpulan Penerbangan Malaysia di Sepang hari ini.
Meskipun tidak menyebut nama, Najib dipercayai merujuk bekas perdana menteri itu ialah Dr Mahathir Mohamad memandangkan kedua-duanya mempunyai hubungan tidak baik.
Sehubungan itu, Najib memberi jaminan akan mengembalikan zaman kegemilangan MAS untuk mencapai semula status syarikat penerbangan tempatan terkemuka di dunia.
Katanya, MAS kini berjaya mencatat prestasi baik dimana syarikat itu dijangka akan menjadi syarikat bebas hutang pada tahun depan.
Ini susulan daripada Pelan Pemulihan 12 Perkara MAS bernilai RM6 bilion diumumkan Khazanah - pemegang saham utama MAS pada 2014.
"Alhamdulillah pelan pemulihan membuahkan hasil dimana peringkat pertama kita tumpu kepada  menstabilkan  kewangan MAS dan itu dicapai.
"Dan saya dapat mengesahkan (apabila) bercakap dengan Peter Belew (Ketua Pegawai Operasi) tadi beliau menjangkakan pada tahun depan MAS akan bebas hutang."
Kini kata Najib, pelan pemulihan akan memasuki fasa kedua yang menumpukan beberapa aspek seperti pelaksanaan 11 laluan penerbangan daripada China, penilaian semula produk seperti hidangan makanan, hiburan dalam kapal terbang, dan kualiti kapal terbang.

Amanah gesa Raus tolak lanjut khidmat ketua hakim



Parti Amanah Negara (Amanah) mempertikai lanjutan tempoh perkhidmatan Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif dan lantikannya sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan.
Ahli jawatankuasa Amanah Nasional Mohamed Hanipa Maidin menjelaskan, Perkara 122 (1A) tidak membenarkan seorang bekas ketua hakim menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan pelantikan hakim tambahan yang akan berkuat kuasa selepas beliau bersara.
hanipa maidin 1Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri Jumaat lalu, pelantikan Tan Sri Md Raus Sharif dan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan setelah masing-masing mencapai umur 66 tahun dan 6 bulan adalah atas sembah cadangan dan nasihat Ketua Hakim Negara pada ketika itu, Tun Arifin Zakaria, kepada Yang di-Pertuan Agong pada 30 Mac 2017 sebelum Yang Amat Arif bersara.
"Kenyataan ini silap dari segi undang-undang. Kita lihat kepada Fasal (1A) Perkara 122 Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan bahawa memang Yang di-Pertuan Agong boleh melantik hakim tambahan selepas mendapat nasihat daripada ketua hakim negara.
"Tapi yang saya hairan kenapa dia kata pelantikan setelah mendapat sembah daripada Tun Arifin. Tun Arifin dah bersara. Apabila dah bersara dia bukan ketua hakim negara lagi.
"Tiba-tiba kerajaan kata pelantikan Tan Sri Md Raus sebagai hakim tambahan atas nasihat ketua hakim. Tun Arifin bukan ketua hakim lagi," katanya pada sidang media di Wisma Amanah Negara di ibu negara hari ini.
Beliau menegaskan, Amanah tidak mempertikai keputusan kerajaan mengekalkan Raus dan Zulkefli yang dibuat mengikut Perkara 122B(1) Perlembagaan Persekutuan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.
"Lantikan sebelum dia jadi hakim tambahan itu memang Tun Ariffin boleh nasihat. Yang itu Amanah tak pertikai. Itu tak ada masalah.

Tun M 'petik' Anwar, hadirin tepuk tangan

Rakyat Menderita Kerana Salahlaku Najib dan UMNO BN

Pemimpin dahulu punca masalah MAS, kata Najib

TMJ raja luar biasa, kata TKM Sarawak

Tangkaplah! Mahathir Cabar Najib!

Tangkaplah! Mahathir cabar Najib

Tun Dr Mahathir Mohamad memperlekehkan dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa dirinya ‘panik’ dengan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian AS$10 bilion Bank Negara Malaysia (BNM).
“Pada hari raya saya ucap selamat hari raya kepada Najib tapi dia asyik berusaha macam mana untuk tangkap saya.
“Tak apalah, dia ada kuasa, tangkaplah!” kata Mahathir semasa majlis Rumah Terbuka Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Melaka malam semalam.
Jumaat lalu, Najib berkata Mahathir kini panik bahawa RCI forex akan membawa kepada pendakwaan jenayah.
Justeru, dakwanya, Mahathir tidak boleh membiarkan individu penting kepada kes berkenaan seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah dipenjarakannya memberi keterangan menentang beliau.
Najib mendakwa Mahathir kini menyokong Anwar sebagai perdana menteri selepas berusaha dengan pelbagai cara untuk menamatkan kerjaya politik bekas timbalan perdana menteri itu selama 20 tahun.
Walau bagaimanapun, bekas perdana menteri selama 22 tahun itu menafikan dakwaan berkenaan.
“Saya bukan kerja dengan Anwar kerana masalah peribadi saya, saya kerjasama dengan Anwar kerana kita punyai tujuan yangg sama, dan tujuan kita adalah untuk jatuhkan kerajaan zalim Najib Razak,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh para hadirin.
“Bukan saya yang buat u-turn, Najib yang buat u-turn. Dari pemimpin negara yang dihormati dunia dia sekarang jadi pemimpin yang tidak lagi dipandang tinggi, parti korupsi, antara parti yang sepuluh paling tinggi tahap korupsi.
“Dari parti (Umno) yang baik, dia sudah runtuhkan parti ini, kerana tamak, tamak kerana nak beli berlian utk seorang isteri dia
“Pandangan kita tak tertumpu kepada berlian yang kamu pakai, pandangan kita tertumpu kepada tabiat tingkahlaku,” kata Mahathir yang kini menerajui BERSATU selaku pengerusinya.

AMANAH ikrar bersama TMJ perangi rasuah

Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini berikrar akan bersama dengan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam memerangi rasuah sekiranya Pakatan Harapan membentuk kerajaan negeri selepas pilihan raya umum ke-14 nanti.
Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub berkata Tunku Ismail adalah seorang yang berani dan rakyat harus menyokong usahanya dalam menangani rasuah dan salah guna kuasa.
"Saya sendiri dan orang Johor bersama pada awal lagi nak pastikan mengembalikan urus tadbir yang baik menentang segala kemungkaran. Kita nyatakan keberanian atas nama integriti.
"Kerajaan akan datang adalah anti penyelewengan mengembalikan stabiliti negara ke tahap yang asal," katanya dalam sidang media di Wisma AMANAH Kuala Lumpur hari ini.
Salahuddin berkata Tunku Ismail sendiri menyedari bahawa keadaan di negara di mana orang yang menerima rasuah dianggap mulia serta diberi kebesaran serta mereka yang berani bercakap benar pula adalah penderhaka negara.
"Sebagai orang Johor kita ingin berkongsi atas nama integriti untuk kita bina negara kita semula dan tentang rasuah dan salah guna kuasa, apa yang disebut Tunku adalah kenyataan yang mengajak rakyat bersama dengan dia untuk kita tentang salah guna kuasa," katanya.
Dalam catatan Tunku Ismail di halaman Facebook Johor Southern Tigers, baginda menyatakan kekesalannya dengan keadaan negara hari ini dengan melontarkan soalan "Apa yang telah berlaku kepada negara yang saya hormati? Sebuah negara yang dahulunya saya bangga untuk memanggilnya sebagai rumah saya."
Antara lain, beliau menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara di mana rasuah menjadi budaya, di mana media melindungi rasuah dan menjadikan orang yang tidak bersalah sebagai mangsa untuk menjual cerita.
Tunku Ismail juga mendakwa bahawa rakyat yang kurang berpendidikan sentiasa ditipu, dimanipulasi oleh sistem dan diperas manakala orang kaya semakin kaya manakala orang miskin semakin miskin.
Kata baginda, Malaysia kini sebuah tempat di mana rakyat tidak lagi menilai dengan fakta, tetapi menghakimi berdasarkan persepsi tentang apa seseorang memakai atau katakan.

Buta al-Qurankah aku? (teguran tulus untuk presiden Pas)

ZOLKHARNAIN ABIDIN AL-ABYADHI

Bukan untuk berbangga, tetapi sekadar memulahazahkan diri sendiri. Aku telah mendengar dan memperdengarkan bacaan al-Quran-ku selama tiga tahun dengan guru sehingga tamat tanpa gugur walaupun sepatah. Bacaan al-Quran-ku bersanad.
Sudah lebih 10 tahun aku jadi imam solat terawih, dan sekurang-kurangnya 10 juz al-Quran aku baca dalam solat terawih setiap tahun. Antara 30 - 40 orang bersolat terawih bersamaku.
al QuranAku sudah berkuliah tafsir di Perlis semenjak hampir 25 tahun yang lalu dan kini sudah sampai juz yang ke-21. Kuliah itu aku sampaikan dengan nota yang aku sediakan sendiri berpandukan beberapa kitab tafsir muktabar. Kini kuliah itu masih berlangsung.
Tidak ada hari yang aku tak baca al-Quran dan aku khatam al-Quran dalam tempoh tertentu tanpa leka. Di rumahku juga ada beberapa kitab tafsir muktabar yang aku rujuk termasuk puluhan versi tafsir ada dalam Maktabah Syamilah komputer riba aku.
Anak-anak aku juga, aku dan keluarga aku sendiri yang ajar mereka membaca al-Quran. Tidak ada seorang pun anak-anakku yang tak tahu baca al-Quran, bahkan mereka boleh membaca dangn lancar semenjak awal usia lagi. Ada yang menghafaz al-Quran secara bersendirian.
Dalam realiti itu, dua tahun lalu aku nekad keluar Pas. Aku ulang, aku keluar Pas secara nekad dengan menyertai Amanah. Dan, semasa dalam Pas dan selepas keluar Pas, begitulah rutin kehidupan aku bersama al-Quran, tidak pernah berubah.
Aku percaya, ribuan ahli Amanah juga kehidupan mereka dengan al-Quran sama seperti aku, bahkan aku yakin ada yang lebih baik berpuluh kali ganda berbanding aku. Mereka juga bekas ahli Pas. Hal yang sama juga ada pada mereka yang tak pernah pun masuk Pas.

KJ politikus muda pasca moden perlu dihindari rakyat,golongan muda muslim



Khairy Jamaluddin (Kj)menyatakan mengenai tiga tokoh wajar meninggalkan pentas politik tanah air. Antara individu yang dimaksudkan beliau ialah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam kenyataannya itu juga, Kj ada menyebut mengenai politik pascamoden.
Mungkin ramai yg kurang faham mengenai masalah dan istilah pascamoden ini. Sememangnya pascamoden punyai nilai positif dan negatifnya yang tersendiri. Sy ada terbaca sedikit dalam tulisan lain mengenai pascamoden ini.
Khairy JamaluddinAntaranya ialah menurut Gary Minda (1996), Michel Foucault dan Edward Said menyatakan barat telah mendefinisikan identiti sosial menurut perspektif dan norma mereka, lantas mengenepikan identiti kumpulan negara dalam kalangan bukan barat.
Apa yang dirasakan baik bagi barat sebenarnya belum tentu baik bagi yang selain barat. Berikut adalah apa yang Gary Minda maksudkan:
“The goal is to uncover the human identities and dead styles defined by the symbolic system of meaning in modern thought and then to expose how the universal identity of the self excludes and disciplines other self-identities,” dan “The goal of these postmodern critics is freedom from theory.”(Gary Minda 1996)
Saya ingin membawakan di sini beberapa elemen pascamoden yang bahaya kepada masyarakat Islam. Melalui tulisan yang saya baca itu (Pasca-moden: Suatu Gagasan Baru Selepas Moden. al Filsuf (2010) membawakan pandangan S.M. Zakir, Dr Akbar S. Ahmad dalam bukunya Postmodernism and Islam, telah membariskan lapan (8) elemen yang menjadi inti (asas) kepada pascamodeniti.
Berikut saya bawakan salah satu daripada elemen pascamoden yang jika menimpa seseorang politikus itu maka ia akan membawa bahaya kepada negara umat Islam serta perlu dihindari oleh golongan muda Islam negara ini demi masa depan negara. Eleman bekenaan ialah sebagaimana berikut:
Ia dihidupkan oleh roh pluralisme, mempunyai keraguan yang tinggi terhadap asas-asas tradisional, dan memisahkan kemanusiaan daripada alam (menghancurkan vertikaliti Tuhan-alam-manusia dalam tradisionalisme);
Jika Kj bepegang kepada politik pascamoden maka beliau mungkin terjerumus ke lembah keraguan terhadap asas2 tradisional dan memisahkan kemanusiaan daripada alam. Sebab itulah Kj berkemungkinan kurang mempunyai sifat menghormati seseorang negarawan.
Jika beliau tidak dapat punyai sifat menghormati yang tinggi terhadap seorang negarawan ulung tanahair maka dibimbangi pemimpin seperti Kj yang punyai watak politikus pascamoden ini juga akan terjerumus untuk tidak menghormati pemimpin lama yg lain. Jika beliau tidak dapat meletakkan harga yang tinggi untuk menghormati seorang pemimpin negara yang amat berjasa membangunkan negara sepertiTun M, maka apatah lagi untuk Kj tunjukkan rasa hormat yang tinggi kepada pemimpin lama yang lain. Kj berkemungkinan akan terdedah kepada hanya memilih pemimpin tertentu sahaja untuk beliau hormati yang barangkalinya punyai ciri politikus pasca moden sebagaimana beliau sendiri.

Arahan RoS terhadap DAP tak jejas Pakatan Harapan

Salahuddin AyubArahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) supaya DAP membuat pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) baharu tidak akan menjejaskan persiapan PRU14 dan pentadbiran negeri yang diterajui Pakatan Harapan.
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, dua isu itu tidak berbangkit sama sekali dan langsung tidak akan menjejaskan keupayaan Pakatan Harapan.
"Masalah pendaftaran DAP dengan RoS berlaku sebelum PRU13 lagi. Waktu itu pun kedua-dua isu ini tidak dibangkitkan, jadi kali ini pun saya rasa isu ini tidak akan berbangkit.

"Saya yakin DAP akan melihat sepenuhnya dari sudut perundangan tentang arahan daripada ROS ini," katanya.
Lagipun menurut Salahuddin, DAP masih berpeluang bertanding dalam PRU14 sekiranya tidak boleh menggunakan lambang sendiri.
"Dari segi persiapan PRU14, saya rasa tidak akan terjejas kerana ada pilihan.
"Sekiranya DAP tidak boleh menggunakan lambangnya, ada alternatif lain untuk DAP bertanding gunakan lambang yang lain, perkara ini hampir berlaku dulu," katanya.
Bagaimanapun katanya, pada waktu itu pada saat-saat akhir, RoS mengizinkan DAP menggunakan lambang sendiri.
Terdahulu, Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohammad Razin Abdullah meminta DAP mengadakan pemilihan semula CEC kerana RoS kerana mendapati pelantikan 20 anggota CEC dan pemegang jawatan utama parti itu hasil pemilihan semula pada 29 September 2013, adalah tidak sah dari segi undang-undang.
Kelmarin Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam sidang medianya dilaporkan berkata, DAP masih belum menerima surat rasmi daripada RoS untuk memaklumkan keputusan mereka.
Guan Eng berkata, isu pemilihan baru tidak seharusnya timbul kerana parti itu telah mengadakan pemilihan pada 29 September 2013, mengikut arahan asal RoS.

Bukan pusingan U, matlamat jatuhkan rejim Najib, kata Dr Mahathir


Bukan pusingan U, matlamat jatuhkan rejim Najib, kata Dr Mahathir
Dr Mahathir menyelar Umno yang menuduh beliau buat pusingan-U dan berbaik dengan Anwar.
WALAUPUN berdepan masalah bekalan elektrik ketika berucap di hadapan 20,000 orang di Melaka malam tadi, ia tidak menghalang Dr Mahathir Mohamad untuk terus mengkritik pentadbiran Najib Razak berikutan serangan ke atasnya sebelum ini dan mendakwa cuba melengahkan masa sebelum pilihan raya umum akan datang.
Pengerusi Bersatu itu turut menyelar kritikan Umno terhadapnya yang menuduh beliau tidak bermoral dan membuat pusingan-U dalam hubungannya dengan Anwar Ibrahim serta mengatakan ia pencubaan terdesak perdana menteri untuk mengalihkan perhatian terhadap isu salah lakunya.
Dr Mahathir ketika berucap pada sambutan Aidilftri di Tanjung Kling, Melaka berkata serangan terhadapnya semakin ketara sejak kebelakangan ini berikutan pentadbiran Najib bimbang dengan pakatan pembangkang yang menjadi ancaman besar kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
“Saya tidak bekerjasama dengan Anwar atas agenda peribadi. Saya tidak bekerjasama dengannya kerana takut. Saya bekerjasama dengannya atas tujuan yang sama, untuk menjatuhkan rejim Najib.
“Saya tidak hipokrit. Saya tidak buat pusingan-U. Najib yang buat pusingan-U,” katanya.
Sepanjang miggu lalu, menteri Kabinet kanan menuduh Dr Mahathir tidak bermoral dan membuat pusingan-U selepas berkata kepada media Britain beliau akan memberi sokongan terhadap pembebasan Anwar dari penjara serta menyokong beliau menjadi perdana menteri.
Dalam ucapannya semalam, Dr Mahathir turut mencabar Najib meneruskan siasatan ke atasnya berhubung kerugian forex hampir 30 tahun lalu.
“Silakan, bawa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) atau apa-apa siasatan ke atas saya. Jika bersalah, saya akan dipenjarakan.
“Biar RCI siasat tuduhan saya salah guna kuasa ketika menjadi perdana menteri dan menyalahgunakan dana negara.
“Sebenarnya perkara ini sudah disiasat 30 tahun lalu dan diperdebatkan di Parlimen, dan semua berpendapat saya tidak melakukan kesalahan,” katanya.
Pada majlis yang turut meraikan ulang tahun kelahiran Dr Mahathir ke-92 di Shah Beach Resort itu berlaku masalah bekalan elektrik, namun orang ramai tidak berganjak dan terus melaungkan “Hidup Tun”.
“Walaupun terdapat ancaman menjatuhkan seseorang dengan beberapa agensi sengaja menyiasat salah laku pemimpin sebelum ini, semua kerana mereka takut.

'Penyamun, perompak yang patut tinggalkan politik'

Pemuda PKR (AMK) membalas kembali gesaan Pemuda Umno supaya tiga tokoh utama pembangkang berundur daripada politik dengan mengajukan saranan sama kepada perdana menteri.
Ketua Pemudanya Nik Nazmi Nik Ahmad percaya gesaan itu dibuat kerana pemimpin yang disebut itu “digeruni” mereka.
“Bukankah lebih baik sekiranya Khairy menasihatkan pimpinan dalam partinya sendiri yang terpalit dengan rasuah dan kegagalan mentadbir ekonomi negara, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meninggalkan politik?
“Jangan secara berterusan untuk memperdayakan rakyat yang berfikiran waras untuk menilai, siapa yang memberi manfaat dan siapa pula yang merosakkan negara,” katanya.
Khairy semalam dilaporkan berkata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang wajar meninggalkan politik.
Khairy menuduh ketiga-tiga pemimpin itu akan terus memecahbelahkan rakyat selagi berkecimpung dalam arena itu.
Dalam kenyataan hari ini, Nik Nazmi membangkitkan pelbagai isu yang menghimpit kerajaan termasuk beban kos sara hidup, kenaikan harga barang, penghapusan subsidi, pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan dakwaan rasuah
“Saya yakin pada pilihan raya akan akan datang, rakyat akan menilai sendiri dan menuntut perubahan agar negara tidak lagi ditadbir oleh golongan penyamun dan perompak,” katanya.

Jokowi guna wang sendiri ke luar negara...

Keseluruhan perbelanjaan Presiden Joko Widodo atau Jokowi ke Turki dan Jerman minggu lalu menggunakan wang sendiri dan bukan peruntukan negara.
Pegawai medianya Bey Machmudin berkata arahan itu telah dikeluarkan pada Isnin minggu lepas.
"Dalam arahan tersebut, presiden menegaskan bahwa seluruh biaya perjalanan dan akomodasi anggota keluarga presiden yang turut serta dalam perjalanan ke Turki dan Jerman sejak 5 sampai 9 Juli 2017 menjadi tanggungan peribadi presiden," katanya.
Dalam lawatan itu, Jokowi membawa anggota keluarga besarnya, termasuk Wanita Pertama Iriana dan tiga anak-anaknya, iaitu Gibran Rakabuming, Kahiyang Ayu, dan Kaesang Pangarep, lapor Kompas.
Isteri Gibran, Selvi Ananda, juga turut sama dalam lawatan itu bersama anak mereka Jan Ethesyang baru berusia satu tahun empat bulan.
Dalam kenyataannya, Bey menjelaskan kehadiran anggota keluarga Jokowi itu tidak menjejaskan jumlah penumpang rasmi lain.
Sebelum ini, Forum Indonesia Untuk Transparansi Anggaran (FITRA) mengkritik langkah anggota keluargha turut serta dalam lawatan ke luar negara.
Kumpulan antirasuah Indonesia itu berkata Jokowi tidak memberikan contoh teladan hidup sederhana dengan lawatan itu.
Jokowi dan rombongannya berangkat ke Turki dengan pesawat rasmi pada 5 Julai lalu untuk membalas kunjungan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan yang berkunjung ke Indonesia pada 2015 lalu.

Jokowi juga bertemu dengan peniaga dan warganegara Indonesia di sana.
Dari Turki, Jokowi dan rombongan terbang ke Jerman untuk mengikuti pertemuan negara-negara G-20.

Pakatan Harapan kenal pasti 50 parlimen berpotensi menang


Rafizi Ramli THPakatan Harapan menyenaraikan sebanyak 50 kawasan Parlimen yang berpotensi dimenangi dan dikekalkan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata kawasan-kawasan itu termasuk 15 di Johor antaranya Parlimen Johor Bahru, Pasir Gudang, Tebrau, Sembrong, Tanjung Piai, Labis, Segamat, Sekijang, Pulai dan Sri Gading.
"Ada antara kerusi ini dimenangi Barisan Nasional dengan majoriti tipis pada pilihan raya lalu dan kita yakin dapat menang besar," katanya kepada media selepas pelancaran kempen Jom Bina Semula Negara di Johor Bahru, semalam.

Dalam dunia Umno, skandal 1MDB tetap bukan isu


Dalam dunia Umno, 1MDB tetap bukan isu
Ketua Umno Cawangan Gombak Utara Zakaria Saidi Mara hanya berpegang kepada laporan pihak berkuasa tempatan yang tidak melihat keperluan sebarang siasatan lanjut tentang 1MDB. 
WALAUPUN siasatan dan tindakan undang-undang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di tiga benua sedang berjalan, ahli Umno yang menghadiri mesyuarat tahunan mereka berkata ia bukan isu dan hanya satu tindakan pembangkang.
Bagi ahlinya, saman undang-undang Jabatan Kehakiman (DoJ) di Amerika Syarikat dan siasatan di Switzerland dan Singapura tidak bermakna apa-apa kerana pihak berkuasa Malaysia belum melakukan perkara yang sama.
Ketua Umno Cawangan Gombak Utara Zakaria Saidi Mara berkata beliau menerima laporan Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) mengenai 1MDB dan tidak melihat keperluan sebarang siasatan lanjut.
"Menurut PAC, apa pun yang dinyatakan dalam laporan mereka, kami menerimanya, peguam negara juga mengatakan tiada kes, jadi kami tiada sebarang rungutan tentang itu," kata 65 tahun kepada The Malaysian Insight.
Mengenai sama ada perlunya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat 1MDB, Zakaria berkata dia tidak melihat keperluannya.
"Laporan sudah keluar, jadi mengapa kita memerlukan RCI.
"Agensi yang ditugaskan menjalankan siasatan mempunyai tanggungjawab membentangkan penemuan mereka dan kami percaya mereka melakukan tugas secara telus," katanya.
Veteran Umno Abdul Jabbar Kasim berkata isu 1MDB tidak akan menjejaskan minda orang yang akan mengundi di sini.
"Apa yang kami tahu ialah apa yang dibaca di media, tidak ada gunanya ke sana ke mari dan berceramah kerana isu itu tidak menjejaskan kita," kata ahli bahagian Hulu Kelang yang berusia 81 tahun itu.
Jabbar yang mengundi sejak 1964, berkata rakyat akan terus mengundi Barisan Nasional (BN) kerana pencapaian masa lalunya.
Minat terhadap 1MDB dikukuhkan baru-baru ini selepas DoJ memfailkan tindakan sivil untuk memulakan rampasan aset bernilai AS$540 juta (RM2.3 bilion), dipercayai dibeli dengan menggunakan wang yang disedut daripada 1MDB.
DoJ sedang mengikuti tiga saman pelucuthakan untuk merampas aset, termasuk barang kemas, kapal layar, harta mewah dan hak pengeluaran filem yang didakwa diperoleh dengan wang curi 1MDB.
Perdana menteri Najib Razak menafikan semua salah laku sementara Peguam Negara Apandi Ali juga membersihkannya.
Di mana bukti?
Ahli cawangan Hulu Kelang Abdul Karim Ahmad berkata isu 1MDB sudah diselesaikan dan tertanya-tanya mengapa pembangkang mahu menyuarakannya.
"Ramai orang mengatakan isu 1MDB dikitar semula, tetapi bagi kami tidak ada isu, hanya rancangan mereka (pembangkang) untuk memusnahkan apa yang Umno ada sekarang.
"Di mana bukti, jika terdapat sebarang kesalahan?" soal ahli berusia 74 tahun itu.

DAP bukan Umno, tindakan RoS boleh beri kesan sebaliknya


DAP bukan Umno, tindakan RoS boleh beri kesan sebaliknya
Terdapat tanda tanya sama ada pertikaian RoS dengan DAP, bermotivasi politik atau tidak yang berpotensi memberi kesan buruk kepada Umno kerana ia akan memperkukuhkan keazaman DAP untuk memenangi PRU14. 
MENGAPA sekarang?
Mengapa selepas lebih tiga tahun dalam keadaan tergantung atau tidak aktif, Pendaftar Pertubuhan (RoS) tiba-tiba memutuskan pada Jumaat lalu untuk menetapkan pilihan raya Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada September 2013 tidak sah?
Rakyat Malaysia yang berfikiran waras pastinya akan berasa ia pelik apabila RoS mula melihat fail lama  dan membuat keputusan ini selepas pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi.
Kebetulan? Diragui.
Langkah strategik untuk pilihan raya akan datang mesti diadakan dalam tempoh satu tahun? Pasti.
Putrajaya menghormati DAP, mungkin juga sedikit takut kepada parti politik pembangkang ini. Ia adalah parti politik yang menerima lebih banyak tamparan daripada pentadbiran Najib Razak, ahli politik Umno dan media arus perdana yang dikawal kerajaan sepanjang 12 bulan.
Mereka dipanggil cauvinis; dituduh mengetuai penyebaran agama Kristian dan menyalahkan segala-galanya daripada perubahan iklim hinggalah kepada jenayah.
Tetapi parti kepada Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Gobind Singh Deo, Tony Pua dan rakan seperjuangan yang lain masih berdiri teguh dan kuat. Tidak syak lagi, DAP adalah parti politik terbaik dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).
Selain Dr Mahathir Mohamad, mereka adalah ahli politik DAP yang mana kehadiran mereka dirasai dalam  perhimpunan politik di seluruh negara. Sekiranya ada sesiapa yang dicerca/dikritik media arus perdana, ia tidak lain adalah Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng, dan Dr Mahathir.
Jika pilihan raya umum diadakan hari ini, ada peluang yang baik DAP akan mengulangi prestasi mereka pada 2013 apabila parti itu memenangi 38 kerusi Parlimen dan mengekalkan pegangan ke atas mutiara berharga, Pulau Pinang.
Sentimen di Putrajaya adalah untuk menyusahkan parti pembangkang menjelang pilihan raya, lebih-lebih lagi DAP.
Pembangkang mesti diancam; mesti secara konsisten memesongkan dakwaan serta tuduhan dan berperang di kalangan mereka sendiri.
Mereka mesti diganggu  dengan perselisihan dalaman dan dilihat tidak mampu mentadbir sebuah negara, jika  tidak dapat mengurus parti atau gabungan mereka sendiri seperti yang dilakukan kerajaan persekutuan.
Pilihan raya parti boleh menghangatkan keadaan. Teorinya ialah jika DAP dipaksa untuk menyeru kepada pilihan raya baru untuk jawatan dalam parti, kemungkinan akan ada pembentukan puak dan pertembungan ego.
Keputusan akhir: parti politik yang retak dan lemah, cedera akibat serangan sekutu sendiri dan tidak dapat bersatu menentang Najib dan Barisan Nasional (BN).

TUDUH DR MAHATHIR OBSES SELAMATKAN WARISAN KELUARGA MENJIJIKKAN, KATA MUKHRIZ


MUKHRIZ Mahathir menyangkal kenyataan terbaru Perdana Menteri Najib Razak mengenai obsesi Dr Mahathir untuk menyelamatkan warisan keluarga dan menjadikan anaknya Mukhriz perdana menteri menjijikkan dan terdesak.
Timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Malaysia itu mengatakan komen Najib itu sengaja untuk mengganggu perjalanan keadilan.
“Dia tahu saman fitnah saya di mahkamah terhadap setiausaha akhbarnya Tengku Sarifuddin, ditetapkan untuk dibicarakan pada Khamis, hanya enam hari selepas kenyataannya,” kata Mukhriz.
“Dakwaan saya terhadap Sarifuddin secara khusus untuk mencari penentuan mahkamah apakah kata-kata serupa yang muncul dalam kenyataan tidak betulnya adalah fitnah terhadap saya atau sebaliknya.
“Saya dapati ia mengecewakan dan benar-benar menjijikkan apabila seseorang yang memegang jawatan tertinggi di Malaysia, boleh mengambil langkah terdesak seperti itu,” katanya, sambil menambah ia adalah contoh paling jelas mengenai gangguan dan tekanan tekanan yang menyalahi undang-undang di mahkamah.
Mukhriz berkata, beliau akan mengambil sebarang langkah undang-undang yang diperlukan untuk mempertahankan dirinya.
Pada Jumaat, Najib melancarkan serangannya paling pedas menentang bekas ketuanya, Dr Mahathir, menuduh Dr Mahathir sanggup berbuat apa sahaja untuk memastikan anaknya menjadi perdana menteri.
“Dia (Dr Mahathir) tidak mempunyai prinsip dan akan melakukan apa saja – termasuk bersekutu dengan mereka yang dipenjara, memanggil campur tangan asing di negara demokratik berdaulat kita, menyalahgunakan ekonomi kita dan membuat 100 pusingan-U untuk memanipulasi minda rakyat – sebagai satu cara untuk mencapai keputusan yang dikehendaki.
“Anwar mungkin tersungkur untuk ini, tetapi saya percaya tidak akan berlaku pada negara. Kerana dengan hanya satu kerusi Parlimen, Pengerusi Bersatu tidak dapat memutuskan siapa yang menjadi perdana menteri. Ia akan menjadi terlalu tidak demokratik, “kata Najib.
Perdana menteri berkata tindakan Dr Mahathir itu didorong agenda peribadi yang mementingkan diri sendiri.
“Dia taksub dengan menyelamatkan warisan keluarganya dan menjadikan anaknya Mukhriz Mahathir perdana menteri,” kata Najib.

Mukhriz minta peguam ambil tindakan pada Najib

Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ia ekoran dakwaan Najib yang mendakwa bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad berusaha untuk menyingkirnya daripada jawatan berkenaan kerana ingin menjadikan Mukhriz sebagai perdana menteri.
Berhubung dakwaan berkenaan, Mukhriz yang juga timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) turut melahirkan rasa 'meluat' dengan dakwaan yang dibuat Najib itu.
Ini kerana, Mukhriz mendakwa Najib cuba memberi tekanan kepada mahkamah ekoran saman terhadap Setiausaha Akhbar Perdana Menteri - Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad kerana didakwa memfitnahnya menerusi beberapa kenyataan media berhubung perkara sama.
"Ia sangat mengecewakan dan benar-benar meluat apabila secara faktanya, seorang yang memegang jawatan yang tertinggi di Malaysia boleh merendahkan martabatnya dengan membuat tindakan yang terdesak.
"Pada pendapat saya, ia adalah contoh yang paling jelas mengenai campur tangan dan penggunaan kuasa untuk memberi tekanan yang menyalahi undang-undang kepada mahkamah berhubung tindakan mahkamah yang saya lakukan.
"Saya telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil semua langkah undang-undang yang diperlukan untuk membetulkan kesalahan yang dilakukan Najib," katanya dalam kenyataan hari ini.
Saman fitnah Mukhriz terhadap Tengku Sariffuddin akan didengar pada 13 Julai depan.
Tengku Sariffuddin pada 15, 20, 23 dan 26 April 2016 mendakwa Mukhriz berkonspirasi dengan bapanya dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjatuhkan kerajaan yang sah.
Bagaimanapun, Tengku Sharifuddin dalam kenyataan pembelaannya menafikan bahawa keempat-empat kenyataan itu telah meremehkan Mukhriz dan menegaskan bahawa kenyataan itu adalah untuk menjelaskan dan menangkis tuduhan palsu terhadap Najib.
Katanya, beliau mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk membela Perdana Menteri dan menangkis tuduhan palsu supaya rakyat mendapat gambaran dan fakta yang tepat.

Pemuda Amanah mahu MB Kelantan disiasat berkait jualan token cryptocurrency


 Satu laporan polis dibuat oleh ketua pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan supaya hubungan kerajaan dengan syarikat yang mengutip wang dengan menjual token cryptocurrency disiasat.
 
"Saya dengan ini memohon dengan agar disiasat hubungan antara Climate Protectors Sdn. Bhd. dan Ecobit serta kerajaan Kelantan kerana mengikut carian rasmi yang saya buat pemilik Ecobit adalah individu yang sama dengan salah seorang ahli lembaga pengarah Climate Protectors.
 
"Aktiviti keduanya secara jelas merujuk kepada kelulusan satu juta ekar yang berkenaan di dalam mempromosikan perniagaan cryptocurrency Ecobit yang tiada kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM)," kata Hazmi dalam laporannya.
 
Menurutnya dalam perjanjian pada 9 Januari awal tahun ini, pihak kerajaan negeri menyerahkan kepada Climate Protectors sejuta ekar hutan simpan (HSK) bagi tujuan yang didakwa sebagai program Carbon Climate Change.
 
"Program ini di bawah inisiatif melindungi alam sekitar daripada pemusnahan hutan dan degradasi (REDD) melibatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang pernah ditimbulkan dalam sidang Dun Kelantan pada Oktober 2016," katanya.
 
Pada 17 Februari 2017 katanya, Kementerian Sumber Asli telah mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan Kelantan itu yang berhubung inisiatif (REDD) bercanggah dan tidak memenuhi syarat Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai perubahan ilkim (UNFCCC).
 
"Pada 23 Jun 2017 pula, BNM (Bank Negara Malaysia) menerusi laman webnya menyenaraikan Climate Protectors Sdn Bhd. dan sekutunya Ecobit sebagai beroperasi tanpa kelulusan BNM.
 

‘NAJIB ADALAH NEGARAWAN SEBENAR’ AMPU PEMUDA UMNO


Kritikan dan tohmahan dilemparkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan usaha untuk memanipulasi rakyat supaya membenci kerajaan sedia ada, kata Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun.
Beliau berkata pendekatan itu bukan sahaja memalukan, malah ia sepatutnya tidak dilakukan oleh seorang mantan perdana menteri yang dikenali sebagai antara tokoh negarawan terkemuka di Malaysia.
“Apa yang sedang dilakukan Mahathir pada ketika ini adalah untuk mengaibkan Perdana Menteri yang telah sah dipilih secara demokratik oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
“Usaha mengaibkan yang dibuat Mahathir terhadap Datuk Seri Najib membuktikan bahawa beliau tidak layak digelar tokoh negarawan sepertimana yang dikenali sebelum ini,” katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2017 di Dewan Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) hari ini.
Semalam, dalam ucapan ketika Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Bagan Datuk, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran akan membuka aib Mahathir, jika beliau terus menerus mengkritik pimpinan kerajaan.
Khairul Azwan berkata pihaknya menasihatkan Mahathir supaya menutup mulut dan menyedari bahawa era kepimpinannya telah berlalu.
Katanya, Mahathir juga perlu menjadikan Perdana Menteri sebagai contoh kerana memberi peluang dan ruang kepada pimpinan muda untuk membina aspirasi dan peradaban baru terhadap generasi akan datang.
“Negarawan sebenar adalah seperti Datuk Seri Najib yang memberi ruang kepada pemimpin muda mencorak peradaban untuk generasi akan datang dan pada masa sama tidak memusatkan kuasa terhadap dinasti selain keluarganya,” katanya.

INIKAH KUALITI PEMUDA UMNO?

Disebabkan terlalu takut Najib Razak kalah pilihanraya dan hilang kuasa atau mungkin ingin menebus sikapnya yang banyak berdiam diri kebelakangan ini, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dengan tiba-tiba saja mencadangkan agar Tun Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang bersara daripada kehidupan berpolitik.
Kononnya kata beliau, ketiga-tiga pemimpin berkenaanlah yang menyebabkan keadaan politik negara penuh dengan permusuhan, kebencian dan hasutan.
Apakah KJ sebenarnya buta mata dan gelap hati?
Antara Tun Mahathir dan Najib, siapakah yang paling banyak berjasa dan siapa yang sedang merosakkan negara?
Antara Tun Mahathir dengan Tun Abdullah Badawi, siapakah paling banyak membaca dan kerap tidur daripada jaga?
Jika bapa mertuanya, Tun Abdullah Badawi tidak dirosakkan oleh “budak-budak tingkat 4” dan Najib pula tidak terlibat dengan skandal 1MDB yang kemudian dalam akaunnya ada wang beribu-ribu juta, apakah Tun Mahathir perlu keluar daripada dunia persaraannya?
Tidakkah kiranya Tun Mahathir tidak bangkit dan tidak melakukan seperti apa yang dilakukannya sekarang, keadaan negara mungkin lebih rosak dan binasa?
Bukankah Tun Mahathir sebenarnya sedang melakukan sesuatu yang betul dan ingin menyelamatkan negara?
Jadi, siapa yang sepatutnya bersara?
Apakah dengan meminta Tun Mahathir bersara, KJ bukan saja lebih takut Najib kehilangan kuasa, sambil dalam masa yang sama ingin melampiaskan dendam yang mewakili jiwa bapa mertuanya?
Berkenaan dengan Anwar,  masihkah KJ ingat, siapakah orangnya yang sanggup menyusup masuk ke rumah bekas Timbalan Perdana Menteri itu untuk menghantar passport sebaik beliau dibebaskan daripada penjara?
Dulu bukan main rajin hantar passport, kenapa sekarang mahu didesak bersara?
Kalau Lim Kit Siang dikata selalu menghasut antara Melayu dengan Cina, siapakah pemimpin yang pernah mengecam tsunami Cina dan bertanya, “apa lagi Cina mahu?”
Apakah masyarakat Cina tidak boleh memilih haluan politik sendiri berdasarkan citarasa mereka sebagai warganegara yang sah dan jika tidak tidak mengundi BN seolah-olah mereka melakukan dosa yang besar?
Pernahkah Kit Siang berbuat seperti itu?
Oleh itu, antara Najib dan Kit Siang, siapa sebenarnya yang menghasut kebencian antara Melayu dengan Cina?
Di ketika yang sama, ampuan dan bodekan Naib Ketua  Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun terhadap Najib sejak dapat jawatan Senator ini lebih menggelikan hati.
Konon katanya, Najib adalah negarawan sebenar dalam negara ini.
Cuba cakap betul-betul – Najib seorang negarawan atau Najib penyebab negara hilang banyak wang?
Ketua dan naib lebih kurang sama saja.
Inikah kualiti pemimpin muda yang kita ada untuk masa depan negara?

'Pusingan u' Najib: Pemimpin terhormat kepada pemimpin tahap tinggi korupsi, kata Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak telah melakukan pusingan U apabila disenaraikan antara 10 pemimpin dunia yang tinggi tahap rasuah.
Katanya Malaysia tidak pernah mempunyai seorang perdana menteri yang dikenali seluruh dunia kerana kleptokrasi dilakukan dalam pemerintahan sebuah negara sebagaimana telah dilaporkan dalam saman sivil Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ).
"Jelas sekali dia (Najib) mencuri dia berhak membuat saman malu pada tuduhan itu tetapi sehingga sekarang dia tak berani. Takut kerana salah berani kerana benar.
"Konon saya berbaik dengan Anwar kerana takut saya ditangkap. Saya bekerjasama bukan masalah peribadi tetapi kita ada tujuan yang sama untuk menjatuhkan kerajan zalim Najib ...ini tugas kita dan kita tidak akan dipesong daripada tujuan ini walau apa ugutan dibuat sekalipun.
"Bukan saya yang  buat u-turn (pusingan u) tetapi Najib yang buat u-turn daripada seorang pemimpin dihormati tetapi jadi pemimpin tidak dipandang tinggi antara 10 pemimpin negara yang tertinggi tahap korupsinya," ujarnya.
Beliau berucap dalam Majlis Rumah Terbuka Peringkat Nasional yang diadakan di Shah Resort Hotel, Klebang Melaka malam ini.
Bercakap dihadapan lebih kurang 20,000 penyokongnya Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu (Bersatu) berkata, parti itu ditubuhan bukan kerana seorang pemimpin.
Justeru walaupun beliau pernah diugut untuk ditangkap kerana dakwaan terbabit dalam skandal forex beliau bersedia untuk berhadapan dengan sebarang ugutan di pihak kerajaan dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).
"Kita berani walau ugutan nak tangkap dibuat oleh badan tertentu ditubuh kononnya nak kaji kesalahan pemimpin dahulu nak tangkap orang ini kerana orang ini takut mula berbaik dengan musuh ((pakatan pembangkang)," ujarnya.
Dr Mahathir juga berkata, walau apa jua yang akan dilakukan Najib untuk terus kekal berkuasa, beliau menyatakan pendirian partinya bersama Pakatan Harapan akan berusaha untuk terus menumbangkan Umno-BN dalam pilihan raya umum akan datang.
"Sebab itu nak adakan pilihan raya lebih awal dia takut ditolak rakyat.Tunggu saat terakhir bahkan kalau boleh tidak akan adakan pilihan raya secara tipu dia mahu terus kekal memerintah.

TUN M: "Najib Razak Beraya Sambil Berusaha Nak Tangkap Saya"