Sabtu, 8 Julai 2017

Tips tarik pelabur:..ha.ha..ha..!!!

Kena punggah anak-beranak serta menantu sekali ke luar negara.

Lanjutan khidmat ketua hakim negara, Najib jamin ‘polisi insuran’ sendiri


Lanjutan khidmat ketua hakim negara, Najib jamin ‘polisi insuran’ sendiri
Penganalisis berpendapat yang Najib kini sedang bertindak meletakkan mereka yang mesra dengannya di jawatan strategik negara. 
KEYAKINAN Najib Razak untuk kekal dalam jawatannya menyebabkan dia mampu mengambil tindakan kurang disukai seperti melanjutkan tempoh jawatan Ketua Hakim Negara Md Raus Sharif, kata Ketua Seksyen Analisis Politik dan Sosial Institut Pulau Pinang, Wong Chin Huat hari ini.
“Hakikatnya, realiti mungkin bertentangan dengan optimisim Najib tentang ‘kebolehmenangannya’ dalam pilihan raya akan datang,” kata Wong.
“Najib takut kepada kebebasan kehakiman, yang mungkin menghantuinya selepas kehilangan kuasa nanti.”
Pelantikan Raus semalam sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan untuk tempoh tiga tahun bermula pada 4 Ogos seperti dijangka mencetuskan bantahan kumpulan perundangan Malaysia. Dia juga akan kekal sebagai ketua hakim negara, umum Jabatan Perdana Menteri. Raus dilantik sebagai ketua hakim negara pada 1 April lalu.
Wong percaya yang perdana menteri akan mampu bertahan walaupun dijatuhkan, mengatakan yang ia merupakan situasi kos berbanding manfaat.
“Untuk mempunyai ketua hakim yang rapat dan bekerjasama dengannya akan bermaksud yang dia akan selamat untuk tempoh tiga tahun lagi, dan dua tahun selepas kemungkinan berlakunya PRU 14.
“Ketika itu, ada kemungkinan besar yang Najib perlu turun, jika Umno dan BN hanya menang sedikit kerusi. Pelanjutan itu nampaknya kelihatan seperti polisi insuran,” kata Wong.
Bekas presiden Mahkamah Rayuan itu sepatutnya berundur daripada jawatan selepas mencapai umur persaraan wajib pada 66 tahun dan enam bulan pada 4 Febuari. Bagaimanapun, khidmatnya dilanjutkan sehingga 3 Ogos, sebelum menerima lantikan semalam.
Peguam mengkritik pelantikan itu. Majlis Peguam dijangka akan mengeluarkan kenyataan selepas mesyuarat majlis mengenai perkara itu hari ini.
“Dalam soal kos, pelanjutan Raus akan menimbulkan kemarahan ramai pengundi, tetapi hampir semua mereka pula agaknya sudah membuat keputusan untuk tidak mengundi Najib ketika pilihan raya pun,” kata Wong, menambah yang kebanyakkan pengundi lain pula mungkin tidak peduli tentang kebebasan badan kehakiman sehingga masih sanggup memberikan undi kepada Najib dan Umno.
“Mereka lebih peduli tentang isu makan minum atau dominasi kumpulan kaum atau agama mereka.”
Wong berkata lagi yang tidak ramai pengundi atas pagar yang tinggal. Sebilangan mereka mungkin terlalu jengkel dengan politik untuk turun mengundi, yang seterusnya akan membantu Najib kekal berkuasa.

Dr Mahathir nafi sokong Anwar jadi PM pula..!!


Dr Mahathir nafi sokong Anwar jadi PM
Selepas temubualnya di akhbar The Guardian menjadi tumpuan ramai, Dr Mahathir menafikan dia mengeluarkan kenyataan berbaur kekesalan itu. 
BEKAS Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menafikan kenyataan yang diterbitkan akhbar The Guardian,  Khamis lalu yang mengatakan dia akan memberikan sokongan kepada musuh lama, Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri Malaysia akan datang.
“Sekiranya pembangkang menang (dalam pilihan raya akan datang), perdana menteri baru yang ketujuh perlu berusaha untuk membebaskannya. Sehingga itu, dia (Anwar) tidak boleh menjadi PM,” katanya kepada wartawan dalam satu majlis pelancaran buku semalam.
Dr Mahathir ditemubual akhbar harian Britain itu ketika berada di London. Bagaimanapun, dia kini nampaknya menjauhkan dirinya daripada laporan yang diterbitkan akhbar itu, yang menggambarkan dia melakukan pusingan U dalam isu musuh lamanya, termasuklah kekesalan tidak membenarkan Anwar menggantikannya dan berkuasa terlalu lama.
“Tidak, saya tidak katakan apa-apa mengenainya. Apa yang sudah berlaku, sudahlah. Sekiranya anda terus bercakap soal perkara yang dah berlaku, nampaknya kita akan ada banyak masalah,” katanya kepada The Star.
“Perlu ada perdana menteri interim. Tidak mungkin dia boleh jadi PM daripada penjara kerana dia tidak boleh bertanding (dalam pilihan raya). Kami (Pakatan Harapan) tidak membincangkan siapa yang akan jadi PM interim,” katanya.

Langgar Perlembagaan jika terus pegang jawatan tinggi kehakiman, kata Majlis Peguam


Langgar Perlembagaan jika terus pegang jawatan tinggi kehakiman, kata Majlis Peguam
Pelantikan dua jawatan tertinggi badan kehakiman menimbulkan bantahan banyak pihak termasuklah Majlis Peguam. 
TINDAKAN kerajaan melanjutkan tempoh khidmat Ketua Hakim Negara Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Zulkefli Ahmad Makinuddin melanggar Perlembagaan, kata Majlis Peguam hari ini.
Majlis turut menambah yang ia akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan perkara itu yang dijangka mewujudkan konfrontasi baru antara Majlis Peguam dan badan kehakiman negara.
Majlis Peguam memutuskan perkara itu dalam mesyuarat bulannya yang diadakan hari ini, kata presiden George Varughese kepada The Malaysian Insight.
“Majlis Peguam berpandangan yang pelantikan Raus dan Zulkefli sebagai hakim tambahan dan terus memegang jawatan sebagai ketua hakim negara dan presiden Mahkamah Rayuan terang-terangan melanggar Perlembagaan,” kata Varughese.
Sementara itu, bekas presiden majlis Lim Chee Wee mengatakan yang isu itu bukan masalah bekas ketua hakim Ariffin Zakarian.
“Ketika Arifin membuat cadangan itu dia masih ketua hakim negara, jadi tiada masalah. Tetapi Raus masih seorang hakim yang bersidang jadi bagaimana dia boleh dilantik pula memegang jawatan tinggi dalam pejabat kehakiman.” kata Lim kepada The Malaysian Insight hari ini.
“Walaupun Ketua Hakim Raus dan Presiden Zulkefli kedua-duanya hakim yang arif dan bijaksana, pelantikan mereka melanggar Perlembagaan.
“Tambahan pula, ia (perlantikan) itu tidak mempertimbangkan hakim Mahkamah Persekutuan lain yang juga mampu dan layak mengisi jawatan itu- seperti Ahmad Maarop, Richard Malanjum, Zainun Ali, Zaharah Ibrahim dan Azahar Mohamed- itu tidak termasuk lagi beberapa orang hakim sedang berkhidmat di Mahkamah Rayuan yang akan dinaikkan pangkat beberapa tahun lagi. Tiada alasan diberikan untuk pelanjutan tempoh jawatan ketua hakim negara dan presiden Mahkamah Rayuan,” kata Lim.
Menurut Lim lagi, pelantikan hakim tambahan di Mahkamah Persekutuan hanya boleh dilakukan daripada kalangan hakim yang sudah bersara.
“Kedua, jawatan pegawai kehakiman tidak boleh diisi hakim tambahan Mahkamah Persekutuan yang merupakan kategori hakim berbeza di Mahkamah Persekutuan.

Peguam adakan EGM bincang pelantikan hakim

Badan Peguam Malaysia akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) untuk membincangkan pelantikan dua jawatan tertinggi kehakiman yang dianggap mereka "terang-terangan menyalahi perlembagaan".
Ia membabitkan pelantikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif, dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai hakim tambahan.
"Badan Peguam Malaysia berpandangan pelantikan Md Raus dan Zulkefli masing-masing sebagai hakim tambahan dan terus memegang jawatan ketua hakim negara serta presiden mahkamah rayuan sebagai (langkah) melanggar perlembagaan secara terang-terangan.
"Majlis Peguam Malaysia semasa mesyuarat bulanannya hari ini memutuskan untuk mengadakan EGM bagi membincangkan pelantikan berkenaan," kata Presiden Badan Peguam Malaysia, George Varghese, dalam satu kenyataan hari ini.
Md Raus dan Zulkefli berdepan persaraan wajib mengikut perlembagaan akhir tahun ini iaitu pada usia 66 tahun enam bulan.
Bagaimanapun Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan membenarkan pelantikan hakim tambahan yang tidak dikekang oleh batasan usia, dan atas cadangan ketua hakim negara.
Lepasi tempoh persaraan
Semalam Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengumumkan pelantikan Md Raus dan Zulkefli sebagai hakim tambahan dengan mengekalkan jawatan semasa untuk tempoh masing-masing tiga dan dua tahun.
Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah juga mempertahankan pelantikan itu dalam kenyataannya hari ini.
Sekurang-kurangnya dua pesara hakim - termasuk bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad - berpendapat tindakan itu menyalahi perlembagaan.

Tun M jaga mulut, tingkah laku sembang Zahid

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diminta supaya menjaga mulut dan tingkah lakunya yang kini dilihat sering memburuk-burukkan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas timbalan presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sepatutnya Dr Mahathir perlu mempunyai tatasusila dan ketertiban serta akhlak politik dalam berpolitik.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata sebagai manusia biasa, Dr Mahathir sudah tentu ada kelemahan dan kesilapan sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri namun semua itu ditutup demi menghormatinya.
"Bila zaman kita berlalu, biarlah berlalu, biar sejarah menilai, jangan mengutuk orang lain bagaimana kegagalan sistem penswastaan. Kita tidak mahu membuka pekung itu dan kita tahu apa yang beliau lakukan dengan pelbagai kelemahan yang kita tahu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk di Bagan Batuk, hari ini.
Tegas Ahmad Zahid, tindakan Dr Mahathir mengkritik UMNO dan kerajaan sudah melampaui batas sehingga Perdana Menteri hilang sabar.
“Zaman beliau (Dr Mahathir) sudah berlalu, duduk diamlah-diamlah. Duduklah berzikir. Beliau buka aib pemimpin sekarang, jangan lupa kita juga pernah tutup aib beliau. Jangan sampai kita pula buka aib dan pekung beliau. Macam-macam kita boleh buka.
"Dia (Dr Mahathir) kuat (pada zaman pemerintahannya) bukan kerana dia, tetapi orang-orang UMNO yang kuat menyokong dia," katanya.
Ahmad Zahid juga menyentuh tindakan Dr Mahathir yang membuat pusingan-U dengan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan dahulu, Dr Mahathir yang menyingkirkan Anwar daripada arena politik.
"Sekarang baru dia nak buat 'kona baring'. Dulu dia tuduh Anwar macam-macam, sekarang dia kata Anwar dizalimi disebabkan perbezaan pendapat politik dan tidak mahu Anwar di gelanggang politik," katanya.
Malah semasa ucapannya itu, Ahmad Zahid turut menyeru prinsip 'habis madu sepah dibuang' tidak diamalkan di kalangan pemimpin akan datang.
"Pemimpin baharu hormatilah pemimpin lama dan pemimpin lama perlu menyayangi pemimpin baharu dan prinsip habis madu sepah dibuang perlu dielakkan demi kelangsungan parti," katanya

Pemilihan semula: DAP anggap ROS mahu lumpuhkan parti


DAP menganggap Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bertujuan melumpuhkan pentadbiran DAP dengan mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula.
DAP mesyuarat"Membuat kenyataan itu selepas empat tahun bertujuan melumpuhkan pengurusan parti kami dan merisikokan persiapan kami untuk PRU14," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Mesyuarat tergempar DAP hari ini memutuskan untuk menunggu komunikasi rasmi daripada pihak ROS sebelum mengambil langkah seterusnya.
Guan Eng berkata, pihaknya akan meminta untuk bertemu ROS bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara itu.
Sementara itu, Ketua Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo berkata, pihak ROS seharusnya terlebih dahulu memberi komunikasi rasmi dan bukannya mengeluarkan kenyataan media.
“Sepatutnya, ROS mesti berkomunikasi secara rasmi, bukan keluarkan kenyataan media. Ini ada implikasi undang-undang.
“Empat tahun kemudian ROS baru nyatakan senarai perwakilan tidak tepat. Jadi kita akan jumpa ROS untuk dapatkan penjelasan,” katanya seperti dipetik Roketkini.
Menurut Gobind lagi, surat daripada ROS sebelum ini dihantar selepas pemilihan semula diadakan pada tahun 2013, bertepatan dengan arahan ROS ketika itu.
Namun ROS masih enggan mengiktiraf CEC yang telah dilantik semula, dan tidak memberikan alasan serta enggan bertemu dengan peguam-peguam DAP.
DAP kemudiannya membawa ROS ke mahkamah untuk mendapatkan semakan kehakiman pada Januari 2014, namun permohonan tersebut ditarik balik setelah ROS bersetuju bahawa keengganannya mengiktiraf CEC tersebut tidak boleh dikuatkuasakan.
Semalam, Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah mengeluarkan suatu kenyataan media mengarah DAP untuk mengadakan pemilihan semula empat tahun selepas suatu pemilihan semula telah dijalankan mengikut arahan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri itu.
Ia dilihat sebagai bermotifkan politik ekoran isu tersebut ditimbulkan semula oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin ketika membalas analisis Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong akhir minggu lalu.

RAFIZI RAMLI: Pelancaran Truck Bina Semula Negara & Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pandan

Rapati Anwar taktik Mahathir elak isu Forex: KJ

Tuan Ibrahim: Azmin rasional anggap Pas masih Pakatan Rakyat

Pas jumpa 'orang hebat' bincang isu 1MDB

Lim Guan Eng,Gobind Singh: Mengapa ROS Mengarahkan DAP Membuat Pemilihan Semula Selepas 4 Tahun

Peguam Hisham Jawab Beberapa Tohmahan PAS Terhadap AMANAH

PAP desak ROS batalkan pendaftaran DAP


Parti Alternatif Rakyat (PAP) hari ini mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) membatalkan pendaftaran parti DAP, bukannya meminta parti itu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).
Parti Alternatif RakyatNaib Presiden PAP, Rahmad Isahak berkata keputusan mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula CEC disifatkan sebagai tidak setimpal dengan krisis yang ditimbulkan parti itu sehingga mengelirukan rakyat.
"Kita menunggu siasatan selesai hampir empat tahun dan keputusan ini tidak adil... Mereka (DAP) seharusnya dihukum dengan membatalkan penubuhan parti itu," katanya pada sidang media di Georgetown, hari ini.
Beliau mengulas arahan ROS supaya DAP mengadakan pemilihan semula CEC yang sah dan telus bagi membolehkan para perwakilan memilih 20 anggota CEC yang sah dan diiktiraf.
Ketua Pengarah ROS Datuk Mohammad Razin Abdullah dilaporkan berkata ROS mendapati pelantikan 20 anggota CEC dan pemegang jawatan utama parti itu hasil pemilihan semula pada 29 Sept 2013, adalah tidak sah dari segi undang-undang.
Sementara itu Rahmad berkata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng harus bertanggungjawab terhadap dakwaan melakukan pelbagai kesalahan dan pelanggaran undang-undang pertubuhan dalam tempoh empat tahun lepas.

Skandal 1MDB, senjata ampuh Pakatan Harapan

SKANDAL kewangan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tetap menjadi isu pokok bagi Pakatan Harapan (PH) sebagai senjata ampuh untuk manifesto pilihanraya mereka yang akan datang.

Pemimpin PH berkata walaupun mereka mempunyai isu lain untuk diketengahkan kepada orang ramai, namun mereka berpendapat skandal salah laku syarikat sarat hutang itu merupakan isu pokok kepada masalah negara yang lain.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan Tony Pua berpendapat PH akan menyampaikan isu yang menarik perhatian ramai iaitu skandal 1MDB kerana rakyat akan mempersoalkan apa yang Barisan Nasional (BN) lakukan kepada negara.

 "Kami perlu memberitahu rakyat apa yang BN dan Perdana Menteri Najib Razak lakukan dalam 1MDB. Ia merupakan senjata bagi rakyat mendengar mesej kami.

"Berbanding dengan manifesto kami sebelum ini pada 2008 dan 2013 mereka tidak ambil peduli dengan manifesto yang kami tawarkan.

"Tiada sebab untuk mereka dengar manifesto kami kerana mereka boleh dikatakan berpuas hati dengan Umno-BN ketika itu. Tapi sekarang kami juga boleh membuatkan mereka berasa tidak puas hati dengan BN melalui isu 1MDB. Dengan ini, mereka ada alasan untuk mendengar apa yang kami ingin sampaikan kepada mereka," katanya kepada The Malaysian Insight.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Faiz Fadzil turut senada dengan Pua berkata, isu lain seperti kos sara hidup, peningkatan harga barang akan turut dimainkan PH tetapi isu berkenaan konsep integriti akan lebih diutamakan.

"Selain daripada isu 1MDB, yang pertama kita tekankan (ialah) konsep integriti. Jadi kita kena selesaikan semua masalah korupsi yang didedahkan. Bukan sahaja 1MDB, malah dalam Felda, Mara, Tabung Haji dan mana-mana agensi kerajaan yang terbabit.

"Selain itu kami juga menekankan tawaran untuk menyelesaikan masalah rakyat secara langsung iaitu masalah ekonomi, kos sara hidup, peningkatan harga barang, perumahan dan pekerjaan.

"Ini ada kena-mengena dengan 1MDB. Sebab itu saya rasa 1MDB ini masalah 'central' kepada masalah lain," katanya.

Beliau berkata, untuk menyelesaikan masalah 1MDB, penukaran kerajaan harus dilakukan kerana ia berkait rapat dengan perdana menteri sedia ada dan menegaskan seluruh Kabinet harus bertangunggungjawab ke atasnya.

"PH akan cuba mendapatkan semula aset yang dibeli melalui wang 1MDB seperti yang dilakukan DoJ iaitu dengan mengejar harta mereka yang terlibat serta mengambil tindakan undang-undang untuk mereka (yang) bertanggungjawab membayar semula," katanya.

PH mengadakan siri jelajah dua bulan peringkat akar umbi yang bermula di Pulau Pinang pada Khamis lalu dengan menggunakan isu 1MDB sebagai peluru untuk menyerang BN.

Jelajah 1MDB itu diadakan di Penaga, Kepala Batas – kubu kuat Umno di Pulau Pinang yang pernah menjadi kerusi Parlimen bekas perdana menteri dan presiden Umno Abdullah Ahmad Badawi.

Panelnya terdiri daripada wakil PH iaitu Pua, ahli Parlimen DAP Zairil Khir Johori, Kasthuriraani Patto, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution, Faiz, dan Yaakob Osman daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Jelajah itu memberi penerangan kepada pengundi berkaitan kemelut 1MDB susulan tindakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) yang membuat tuntutan untuk merampas aset bernilai AS$540 juta (RM2.3 bilion), yang didakwa dibeli menggunakan wang yang disalurkan daripada syarikat pelaburan negara itu.

Menurut Kasthuri, kebanyakan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar tidak tahu mengenai kepincangan isu 1MDB ini dan kesan kepada ekonomi negara.

Menyifatkan isu penyelewengan wang itu merupakan satu isu rakyat, Kasthuri berkata PH ingin menjelaskan kepada mereka bagaimana wang rakyat digunakan untuk perbelanjaan mewah seperti pembelian rantai berlian.

"Kami fokuskan isu 1MDB kerana ia juga isu rakyat. Cuma setiap penceramah memberikan 'angle' yang berbeza.

"Kalau mereka (rakyat) tidak mahu tahu mengenai isu 1MDB, mereka tiada di sini. Tadi bila penjelasan dilakukan penceramah kita tadi pun mereka kelihatan terkejut. Mereka nak tahu mana duit itu pergi. Sebab itu duit curi.

"Apa yang paling penting sekarang ini adalah 'to humanize the issue'," katanya kepada The Malaysian Insight selepas ceramah "Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi" itu.

Semuanya soal Najib lawan Dr Mahathir dalam PRU 14

JANGAN tersilap. Pilihan raya umum akan datang ialah pertembungan antara Najib Razak dan susuk yang bertanggungjawab mengangkat Najib, Dr Mahathir Mohamad.
Dalam kenyataan paling lantang pernah dikeluarkan setakat ini, perdana menteri itu akhirnya menamakan Dr Mahathir dan menuduhnya memaksa penggantinya meletakkan jawatan dan tidak akan berhenti selagi mana anaknya, Mukhriz Mahathir tidak dipilih menduduki jawatan perdana menteri.
Dr Mahathir mungkin akan berkuasa kembali sebagai perdana menteri, mungkin juga tidak. Malah dia mungkin tidak akan bertanding pun dalam pilihan raya umum akan datang. Tetapi susulan pertelingkahan terbaru antara Najib dan negarawan berusia 91 tahun itu, pengundi akan dipaksa memilih ideologi siapa yang menarik perhatian mereka antara dua susuk utama negara ini.
Ia akan menjadi pertempuran antara bekas perdana menteri yang sewaktu pentadbirannya kehilangan berbilion ringgit kerana idea dan angan-angan yang terlalu tinggi dan kerajaan sedia ada yang juga kehilangan berbilion ringgit kerana salah urus kewangan.
Bagi pengundi dalam pilihan raya umum akan datang, pilihan yang wujud ialah antara Dr Mahathir yang mengetuai kerajaan Barisan Nasional (BN) semasa skandal forex Bank Negara Malaysia (BNM), kejatuhan industri perlombongan, kemelut Perwaja Steel, krisis perlembagaan, pengharaman Umno, Operasi Lalang dan pemecatan Anwar Ibrahim.
Tetapi, sebagai balasan, pemerintahan Dr Mahathir juga memberikan Malaysia kereta nasional pertama negara, program yang mengubah ekonomi pertanian kepada ekonomi perindustrian, Putrajaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, penswastaan Malaysia Airlines, dan menjadikan Petronas dalam senarai syarikat 500 paling berjaya dunia.
Dia juga memberikan Malaysia menara berkembar tertinggi dunia, Lebuh raya Utara-Selatan, Jambatan Pulau Pinang, usahawan berjaya terkemuka seperti Syed Mokhtar Al Bukhary, Ananda Krishnan, Vincent Tan dan arwah Syed Nasimuddin Amin dan mengawal ketat ketegangan kaum dan agama.
Di peringkat antarabangsa, pemerintahan Dr Mahathir menyaksikan Malaysia melonjak naik di mata dunia ketika dia menentang British dengan “Buy British Last” pada 1981, berterusan mempertahankan pendirian berkecuali Malaysia dan menentang Barat dengan mengkritik rekod pencapaian mereka sendiri.
Sebaliknya, kerajaan pimpinan Najib meluaskan jaringan pengangkutan awam di Lembah Klang, meliberalisasikan sektor swasta tertentu, melaksanakan Program Transformasi Negara yang berjaya mengurangkan defisit fiskal negara, mempelbagaikan pendapatan kerajaan dan mengurangkan kebergantungan kepada dividen Petronas dan mengangkat kumpulan B40 dengan memberikan mereka wang tunai supaya mereka boleh melangkah keluar daripada perangkap kemiskinan tegar.
Tetapi harga yang perlu dibayar ialah cukai kepenggunaan yang hampir dikenakan ke atas barangan makanan dan cukai tidak secara langsung seperti cukai pelancongan.
Kerajaan Najib juga menyaksikan pemenjaraan Anwar untuk kali kedua, masalah perlembagaan dalam isu pengambilalihan kerajaan Perak, menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat dengan undang-undang yang lebih menekan seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas), Akta Pencegahan Keganasan dan Akta Majlis Keselamatan Negara, kemelut Felda Global Ventures, ketegangan kaum dan agama yang semakin memuncak, dan paling utama ialah skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

BILA ANWAR & MAHATHIR SEPAKAT, NAJIB MAKIN TERDESAK


SEBELUM ini saya pernah berkata Putrajaya sekarang berada dalam keadaan panik. Tetapi itu lebih berkait dakwaan dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DoJ) AS terhadap Jho Low, Riza Aziz dan beberapa individu lain, termasuk dakwaan pembelian rantai berlian bernilai RM117 juta oleh Jho Low yang dihadiahkan kepada “isteri Malaysian Official 1”.
Malam semalam, kita saksikan bagaimana perdana menteri Malaysia sendiri sekarang berada di dalam keadaan panik dan terdesak.
Dua hari lepas, rakyat Malaysia malah juga dunia menyaksikan beberapa langkah yang boleh dibaca sebagai pengukuhan konsensus di pihak pembangkang.
Pertama, berita melaporkan Nurul Izzah Anwar bertemu – atau beraya – dengan Dr Mahathir Mohamad di London. Kedua, Dr Mahathir dalam akhbar tersohor The Guardian berkata beliau sokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.
Politik adalah persepsi. Dua laporan berita ini sudah pasti memperlihatkan kesepakatan Anwar dan Dr Mahathir, dan ini menjadi bukti pergerakan pihak pembangkang semakin teratur hari demi hari, langkah demi langkah.
Ini membuatkan Najib bukan saja semakin panik malah semakin terdesak. Bukti pertama adalah kenyataan media beliau lewat malam tadi yang diterbitkan hanya dalam Bahasa Inggeris dan bukannya Bahasa Malaysia.
Dalam politik, ini bukan perkara kecil kerana nampaknya ia serupa kenyataan media setiausaha akhbar perdana menteri pada lewat malam 3 Julai lalu yang juga hanya ditulis dalam Bahasa Inggeris. Ia mungkin bermakna tujuan kenyataan ini ditulis untuk pembaca yang fasih Bahasa Inggeris. Atau yang menyediakan drafnya adalah orang yang fasih di dalam Bahasa Inggeris.
Berbalik kepada isu Putrajaya panik dan terdesak.
Maka dari sudut pandang ini, amatlah tidak memeranjatkan bila Pendaftar Pertubuhan (RoS) semalam mengumumkan DAP perlu mengadakan semula pemilihan parti bagi penggal 2013-2016. Pengumuman ini difirasat setiausaha akhbar perdana menteri pada 3 Julai lalu, di mana saya sebut sebelum ini kenyataan itu membayangkan “tangan-tangan ghaib” akan mempengaruhi RoS dalam isu ini.

Lanjut khidmat Raus canggah perlembagaan, kata Hanipa


Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin yang juga peguam setuju dengan pandangan bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad bahawa lanjutan khidmat Tan Sri Md Raus Sharif sebagai ketua hakim negara untuk tempoh tiga tahun lagi bercanggah dengan perlembagaan.
Hal ini kerana Raus berusia 66 tahun enam bulan pada 4 Ogos lalu.
Hanipa MaidinPerkara 125(1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa hakim mahkamah persekutuan tidak boleh berkhidmat lebih daripada 66 tahun.
Raus akan menyandang jawatan ketua hakim negara bagi tempoh tiga tahun bermula 4 Ogos ini selepas dilantik sebagai hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan mulai tarikh dan bagi tempoh yang sama.
"Menurut hemat saya, pelantikan itu adalah tidak sah dan saya setuju dengan pendapat mantan ketua hakim negara, Tun Hamid yang kata lanjutan pelantikan Tan Sri Raus adalah bercanggah dengan Perkara 125(1) Perlembagaan Persekutuan," katanya hari ini.
Pengerusi Biro Undang-undang Amanah (Kanun) itu juga berkata, kerajaan cuba berselindung di sebalik Fasal 1A Perkara 122 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan pelantikan itu.
"Semua tahu sebelum ini kerajaan dah lanjutkan pelantikan Tan Sri Raus sebagai ketua hakim sebab umur dia dah cecah 66 tahun tapi lanjutan itu dah nak habis tempoh.
"Saya nak ketawa bila kerajaan kata pelantikan Tan Sri Raus untuk tempoh tiga tahun lagi dibuat di bawah Perkara 122 (1A) sedangkan Perkara 122 (1A) tu kata bila Yang di-Pertuan Agong nak lantik hakim tambahan Mahkamah Persekutuan kena dapat nasihat bekas hakim dulu," katanya.
Berdasarkan Fasal 1 Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-raja yang bersidang pada 24 dan 25 Mei tahun ini, memperkenankan kedua-dua pelantikan itu.
Hanipa mempersoal sama ada timbulnya konflik kepentingan mengenai isu ini.
"Isunya siapa bekas ketua hakim yang nasihat Yang di-Pertuan Agong jika bukan Tan Sri Raus? Tak ada konflik kepentingan dan bias ke?" soalnya.

Shafee pertahan perlantikan semula Md Raus, Zulkefli

Sekurang-kudangnya dua bekas hakim kanan berpendapat pelantikan semula Tan Sri Md Raus Sharif sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan menyalahi perlembagaan, tetapi Tan Sri Muhammad Shafee Abdulllah mempunyai pandangan berbeza.
Peguam kanan itu berkata hampir semua orang menyangka Md Raus melantik dirinya sendiri dan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menjadi hakim tambahan.
Namun kata Shafee bekas Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria adalah orang yang melantik Md Raus sebelum beliau bersara pada 30 Mac 2017.
"Dia mungkin telah dipengaruhi fakta bahawa kedua-dua hakim selepasnya masing-masing akan mempunyai hanya empat bulan dan enam bulan untuk memegang kedua-dua jawatan tertinggi.
"Bekas ketua hakim negara mesti berasa tidak wajar tempoh itu begitu berbanding apa yang beliau lalui iaitu lebih enam tahun," katanya.
Hakim-hakim atasan perlu bersara wajib pada usia 66 tahun enam bulan tetapi bagi seseorang hakim tambahan, mereka tidak dihadkan oleh kekangan itu.
Shafee menjelaskan sebelum pelantikan Md Raus dan Zulkefli, Arifin juga pernah melantik semula seorang bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Hwa (gambar).
Begitu juga, kata Shafee, pada 1965 bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri S Chelvasingam MacIntyre, disambung perkhidmatannya sebagai hakim tambahan.
Bagaimanapun dalam contoh itu hakim tambahan terbabit bukan berkhidmat sebagai ketua hakim negara atau presiden Mahkamah Rayuan.
Mengenai hal itu, Shafee berhujah, tiada halangan perlembagaan untuk seorang hakim tambahan dilantik sebagai ketua hakim negara atau presiden Mahkamah Rayuan.
"Tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan melarangnya. Mengapa tidak dimanfaatkan hakim terbaik untuk jawatan berkenaan," katanya.
Menurut beliau kebanyakan negara Commonwealth mengalami masalah kekurangan hakim berpengalaman pada ketika ini dan Malaysia tidak terkecuali.
"Untuk menjadi seorang hakim yang memiliki kecerdasan dan pengetahuan tertinggi saja tidak mencukupi. Seseorang juga perlukan kecerdasan emosi dan ia suatu kombinasi yang jarang ada," katanya.
Shafee juga menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak ada peranan dalam pelantikan hakim tambahan kerana ia adalah hanya urusan ketua hakim dengan Yang Di-Pertuan Agong, mengikut under Artikel 122(1A) Perlembagaan Persekutuan.

'Lanjutan tugas Raus bercanggah perlembagaan dan tidak sah'

Seorang bekas hakim mahkamah rayuan berkata lanjutan khidmat Tan Sri Md Raus Sharif sebagai ketua hakim negara untuk tempoh tiga tahun lagi - walaupun sudah berusia 66 tahun enam bulan pada 4 Ogos lalu - menyalahi perlembagaan.
Pesara itu yang enggan didedahkan identitinya berkata, beliau membaca pandangan bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad mengenai isu itu.
"Bekas ketua hakim itu memberikan pandangannya mengenai pelantikan berkenaan. Saya bersetuju dengan beliau.
"Pelantikan (Md Raus) tidak mengikut perlembagaan dan tidak sah," kata bekas hakim itu kepada Malaysiakini.
Lewat malam tadi Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata Tun Arifin Zakaria yang sebelum ini menjadi ketua hakim negara memberikan cadangan untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan Md Raus.
Dilaporkan PMO mengumumkan lanjutan tugas Md Raus dan Presiden Mahkamah Rayuan, masing-masing untuk tempoh tiga dan dua tahun.
Untuk rekod, Abdul Hamid berkhidmat sebagai ketua hakim negara antara Nov 2007 hingga Okt 2008 berkata.
Kata Abdul Hamid Artikel 122 (1A) Perlembagaan Persekutuan menyediakan cara pelantikan hakim tambahan untuk mahkamah persekutuan dan ia bukan jalan belakang untuk melantik ketua hakim negara.
Perkara 122 (1a) menyebut, walau apa pun yang terkandung dalam perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong - yang bertindak atas nasihat Ketua Hakim Negara yang dilantik bagi apa-apa maksud atau bagi apa-apa tempoh masa seperti yang dinyatakan olehnya, seseorang yang telah memegang jawatan kehakiman tinggi di Malaysia untuk menjadi hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan: dengan syarat bahawa tiada hakim tambahan yang sedemikian menjadi tidak layak untuk memegang jawatan oleh sebab dia telah mencapai umur 66 tahun.
50 tahun lalu
Bekas ketua hakim negara itu menyebut, peruntukan berkenaan jelas merujuk bahawa Yang di-Pertuan Agong "boleh melantik".
"Ia adalah satu pelantikan, bukan lanjutan. Dalam perkataan lain tempoh khidmat seorang ketua hakim negara tidak boleh dilanjutkan mengikut fasal berkenaan.

Mahathir takut Anwar beri keterangan dalam RCI sembang Najib

Pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh menjadi perdana menteri dibuat kerana bimbang ketua umum PKR itu akan memberi keterangan terhadapnya dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai skandal tukaran wang asing (forex).
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, penemuan RCI boleh membawa kepada pendakwaan jenayah terhadap bekas perdana menteri itu.
"Jadi dia (Mahathir) tidak berdaya kerana individu yang sangat relevan dengan kes itu seperti Anwar akan memberi keterangan terhadapnya. Adalah ironi apabila Mahathir kini memerlukan Anwar, lelaki yang dipecat dan dipenjarakannya.
"Sama seperti dia kini memerlukan Lim Kit Siang, seorang lagi lelaki yang dia penjarakan, walaupun pada hakikatnya, Lim mengawal pembangkang kerana DAP mempunyai majoriti kerusi parlimen - sedangkan parti Mahathir hanya mempunyai satu kerusi," kata Najib dalam satu kenyataan dalam bahasa Inggeris malam ini.
Kenyataan Najib dibuat selepas Mahathir dalam wawancara dengan The Guardian yang berpangkalan di United Kingdom tidak membantah sekiranya Anwar dipilih menjadi perdana menteri.
Bagaimanapun, Mahathir hari ini juga menegaskan bahawa beliau tidak membuat kesilapan apabila menyekat Anwar ke jawatan Perdana Menteri dengan memecatnya sebagai timbalannya pada tahun 1998.
'Bukan mengenai pilihan raya'
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu juga menegaskan bahawa Anwar hanya boleh menjadi perdana menteri jika Pakatan Harapan menang pilihan raya dan apabila perdana menteri sementara berjaya membebaskannya.
"Ini dibuat selepas Mahathir menjatuhkannya selama 20 tahun dan menggunakan segala cara yang mungkin untuk menghapuskan Anwar dari politik, termasuk menangkapnya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan sekarang, mendakwa dan memenjarakannya serta kempen berterusan untuk menyerang moralnya.
"Bagaimanapun, seperti yang Mahathir tahu, Anwar tidak boleh bertanding secara sah, jadi U-turn ini bukan mengenai pilihan raya umum akan datang.
"Pada hakikatnya, pendedahan baru Mahathir terhadap Anwar didorong oleh kebimbangannya mengenai keputusan Kabinet untuk membentuk RCI bagi menyiasat kebenaran di sebalik kerugian RM30 bilion forex semasa menjadi perdana menteri, seperti laporan terpeinci pasukan Petugas Khas," katanya.
Skandal forex berlaku ketika Mahathir menjadi perdana menteri pada akhir 1980-an dan awal 1990-an, menyebabkan Bank Negara mengalami kerugian besar.
Pembangkang mengalu-alukan suruhanjaya itu walaupun terlewat hampir 30 tahun, namun turut menuntut RCI ke atas skandal 1MDB yang tidak diendahkan oleh kerajaan.

Lengah keputusan 4 tahun, DAP ada alasan saman RoS


Lengah keputusan 4 tahun, DAP ada alasan saman RoS
Pakar undang-undang berkata DAP ada alasan untuk mengemukakan saman terhadap Pendaftar Pertubuhan kerana membatalkan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu.
PENANGGUHAN empat tahun keputusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk membatalkan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP menjadi alasan untuk tuntutan saman, kata pakar undang-undang perlembagaan.
Dr Gurdial Singh Nijar selama ini DAP dibenarkan untuk berfungsi; dan hanya semalam RoS mengumumkan keputusannya.
Bekas profesor undang-undang Universiti Malaya itu berkata tempoh terlalu lewat RoS sehingga empat tahun untuk membuat keputusan itu tidak menunjukkan niat baik, sebaliknya menjejaskan agensi itu.
Katanya, penangguhan itu sendiri memberikan alasan untuk DAP mencabar keputusan RoS.
Persoalan lain ialah sama ada keputusan dibuat kepimpinan parti itu selama tempoh empat tahun ini kekal sah atau tidak.
Bagaimanapun, Gurdial berkata jika berdasarkan kepada doktrin penolakan prospektif, keputusan dibuat kepimpinan parti dari hari pemilihan CEC hingga semalam sepatutnya sah, tetapi tidak selepas itu.
“DAP diletakkan dalam keadaan tertanya-tanya dengan kini RoS berkata CEC tidak sah. Mereka (CEC DAP) sepatutnya sah sehingga mereka diisytiharkan tidak sah,” katanya kepada The Malaysian Insight.
CEC memanggil mesyuarat tergempar di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur petang ini untuk membincangkan isu RoS.
Ketua Pengarah RoS Mohammad Razin Abdullah berkata CEC yang dipilih pada 29 September, 2013 tidak sah.
Pemilihan itu diadakan semula susulan pemilihan parti pada Disember 2012 berlaku kesilapan teknikal ketika kiraan undi.
Keadilan RoS dipersoalkan
Kebebasan dan keadilan RoS selalu dipersoalkan kerana ia diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang mungkin akan berlaku konflik kepentingan, kata penganalisis politik Dr Wong Chin Huat.
“RoS mengendalikan permohonan pendaftaran parti baharu, tidak pernah konsisten dan saksama. Ada yang diuruskan dengan cepat sementara ada tertangguh; sering berurusan dengan kepentingan strategik Barisan Nasional,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Gandingan Anwar-Mahathir tingkatkan keyakinan rakyat terhadap PH


Mahathir Anwar di mahkamah 2
Gandingan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi impak yang sangat besar kepada negara kerana kedua-dua pemimpin ini merupakan tokoh negarawan yang memiliki pengaruh yang besar kepada rakyat Malaysia.
ngar kor ming“DAP Perak mengalu-alukan kenyataan Tun Dr Mahathir yang bersedia untuk menyokong Datuk Seri Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan diberi mandat oleh rakyat untuk membentuk kerajaan baru menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14)," kata Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming (gambar kiri).
Beliau berkata kesediaan Mahathir menyokong Anwar menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan (PH) diberi mandat mentadbir kerajaan menonjolkan kematangan politik pemimpin-pemimpin PH.
“Ini adalah berita yang baik, ia menunjukkan kematangan berpolitik antara pemimpin Pakatan yang sanggup mengutamakan agenda reformasi demi rakyat dan negara dari mana-mana kepentingan peribadi,” katanya.
Ahli Parlimen Taiping itu berkata, kematangan berpolitik yang ditonjolkan ini wajar dicontohi semua pemimpin dan anggota Pakatan Harapan untuk memenangi PRU-14.
“Dengan pengumuman ini, DAP Perak percaya semangat Pakatan akan dipertingkatkan dan rakyat akan mempunyai lebih keyakinan dalam misi kita menyelamatkan negara dari rejim kleptokrat yang mencuri harta benda negara,” katanya lagi.
Mahathir dalam satu temubual dengan The Guardian mengulangi desakannya supaya Anwar dibebaskan dan dibenarkan kembali terlibat dalam politik dan mengakui bahawa bekas timbalannya itu merupakan mangsa dendam politik.
“Jelas sekali keputusan mahkamah dipengaruhi kerajaan dan saya rasa kerajaan akan datang akan mampu memujuk Agong untuk memberikan pengampunan Di Raja kepada Anwar.
“Dalam keadaan dia mampu terlibat kembali dalam politik dan menjadi PM. Saya tidak ada bantahan,” kata Pengerusi Bersatu itu seperti dipetik The Guardian.

SIAPA PALING BANYAK AIB? ADAKAH ZAHID TERSIRATNYA MAHU LEBIH BANYAK PEKUNG NAJIB DIDEDAH KEPADA UMUM?

Di kampung halamannya sendiri iaitu Bagan Datuk, ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian yang diketuainya, Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada Tun Mahathir Mohamad agar menjaga mulutnya atau segala aib dan kepincangannya selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri akan didedahkan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sebagai manusia biasa, Tun Mahathir pasti ada kelemahan dan kesilapan, namun ia ditutup selama ini demi menghormatinya.

Namun tegas, Zahid, kritikan Tun Mahathir terhadap UMNO dan kerajaan sudah melampaui batas sehingga membuatkan Najib Razak sendiri hilang sabar dengannya.

"Zaman beliau sudah berlalu, duduk diam-diam sudahlah. Duduklah berzikir. 

"Beliau buka aib pemimpin sekarang, jangan lupa kita juga pernah tutup aib beliau. Jangan sampai kita pula buka aib dan pekung beliau. Macam-macam kita boleh buka," kata Zahid yang sedang menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Ekk eleh....nak buka pekung Tun Mahathir konon?

Adakah Tun Mahathir takut?

Kenapa aib dan pekung lama Tun Mahathir yang Zahid lebih peduli sedangkan yang menjadi perkiraan rakyat ketika ini ialah pekung Najib yang sedang bernanah dan berbau hanyir ke seluruh pelusuk dunia?

Adakah Zahid sebagai pemimpin yang tahu lebih banyak perkara mengenai agama, lebih sedia menyingkap kembali pekung yang tidak lagi berbekas semata-mata untuk menutup pekung yang sedang berbau dan menghanyir dengan busuk?

Selain itu, harus juga diperingatkan kepada Zahid, antara Tun Mahathir dengan Najib, siapa yang lebih banyak pekung dan aib mereka?

Jika Zahid fikir Tun Mahathir ada aib dan pekung selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri dahulu yang boleh didedahkan, apakah beliau lupa bahawa Pengerusi Bersatu itu juga mungkin menyimpan lebih banyak aib dan pekung Najib ketika menjadi menteri di bawah kepimpinannya dahulu?

Azmin bimbang PKR terjejas jika bertanding 3 penjuru


Azmin bimbang PKR terjejas jika bertanding 3 penjuru
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dikatakan bimbang peluang PKR terjejas teruk pada PRU14 jika berlaku pertandingan tiga penjuru di negeri itu. 
KEENGGANAN Mohamed Azmin Ali menggantikan Pakatan Rakyat (PR) dengan Pakatan Harapan (PH) dipercayai kerana mengharap untuk mengelak pertandingan tiga penjuru yang akan menyebabkan PKR terjejas teruk pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Pada mesyuarat tertutup dengan kira-kira 20 Adun Selangor pada petang Khamis, menteri besar Selangor itu menjelaskan mengapa beliau mahu mengekalkan PR walaupun ia sudah hampir tidak berfungsi.
Sumber yang turut serta dalam mesyuarat diadakan saat akhir itu memberitahu The Malaysian Insight Azmin mahu mengekalkan saluran komunikasi terbuka dengan PAS bagi mengelak pertandingan tiga penjuru di negeri itu pada PRU.
“Beliau berkata DAP paling kurang terjejas kerana hampir semua kerusi mereka di kawasan bandar.
“Tetapi PKR mungkin paling banyak terima kekalahan jika pertandingan tiga penjuru berlaku di Selangor. Kebanyakan kerusi PKR di kawasan separa bandar atau luar bandar,” kata sumber itu.
Azmin yang juga timbalan presiden PKR menjelaskan kebimbangannya tidak terhad kepada pembangkang di peringkat persekutuan saja kerana beliau turut mempertimbangkan kesan kepada PKR dan hubungannya dengan PAS.
Ketika ditanya rancangan Azmin untuk menangani masalah PAS di Selangor, sumber itu berkata: “Beliau hanya mahu membiarkan saluran terbuka supaya ada ruang perbincangan.”
“Dan sehingga kompromi dicapai dengan PAS mengenai perkara ini, kita semua perlu memenangi hati akar umbi PAS.”
Sebelum ini, PAS Selangor berkata ia mahu bertanding di 45 kerusi di Selangor pada PRU akan datang.
Sumber itu berkata Azmin juga tidak memberitahu bagaimana beliau merancang untuk menangani kebimbangan Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kecuali berkata akan cuba dan membantu mereka mendapatkan lebih banyak kerusi untuk bertanding.
Amanah Selangor mendesak Azmin berhenti memikat PAS untuk membentuk pakatan pilihan raya di Selangor sebelum beliau mengejutkan ramai pada Rabu dengan berkata PR masih wujud di negeri itu walaupun PAS menarik diri daripada PR dan penubuhan PH peringkat negeri sedang dibuat.
Susulan kenyataannya, beberapa pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan Tony Pua mengkritik pengumuman Azmin berhubung isu itu menerusi sosial media.
Pada program berasingan pada Khamis, seorang Adun PKR yang enggan dinamakan memberitahu The Malaysian Insight mengapa Azmin perlu menyelesaikan isu PR/PH di Selangor dengan teliti dan berhati-hati.
“Lihat kerusi saya sebagai contoh. Saya Cuma menang dengan beberapa ribu undi pada PRU13. Jika PAS berpaling daripada kami, majoriti undi saya akan jatuh.
“Dan jika BN masuk bertanding saat akhir, saya mungkin boleh hilang kerusi saya,” katanya.
Daripada 13 kerusi PKR di Selangor, lima mempunyai majoriti nipis kurang 5% daripada margin – Ijok (51.3%), Taman Medan (53.9%), Kota Anggerik (54%), Batu Tiga (54.1%) dan Batu Caves (55%).

Keunggulan demokrasi mati lemas dalam DAP..??

Pemimpin dan veteran DAP saban hari keluar parti akibat kecewa dan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan mereka.
Baru-baru ini lebih 700 ahli DAP membuat aduan kepada Pendaftar Persatuan (ROS) kerana mendakwa hak mereka sebagai ahli dan menyertai mesyuarat perwakilan bagi memilih anggota jawatankuasa tertinggi parti dinafikan.
Malah kepimpinan DAP didakwa memanipulasi proses pengiraan kertas undi bagi menjamin kemenangan pihak tertentu.
Walaupun DAP mengadakan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) kedua, sebahagian besar ahli DAP - hampir 865 cawangan di seluruh negara - tidak menerima keputusan tersebut.
Lebih-lebih lagi menurut laporan media, pihak ROS pun masih belum dimaklumkan mengenai keputusan pemilihan kedua.
Baru-baru ini satu memorandum disediakan para ahli akademik dari lebih 21 universiti tempatan mendesak RSO memberi surat tunjuk sebab kepada DAP untuk mendapatkan penjelasan mengapa pendaftaran parti itu tidak boleh dibatalkan apabila didakwa berlaku pertentangan dengan syarat 2A (1) Akta Pertubuhan.
Kepimpinan DAP didapati melarang ahli parti mengamalkan tanggungjawab dan hak mereka sebagai anggota. Kepimpinan parti juga didakwa membelakangkan idealisme dan nilai-nilai demokrasi dalam parti sebaliknya lebih menerapkan dasar kuku besi (hegomani) bagi menjamin dinasti Lim terus menguasai DAP.
Naik dan turun
Mereka turut mendakwa kepimpinan DAP tidak peduli tentang rasa tidak puas hati sebahagian besar ahli yang masih mempertikaikan kesahihan lantikan CEC. Jadi, mereka mendakwa istilah demokrasi hanya tinggal sebagai hiasan atas nama parti sahaja.
Dengan episod ahli DAP semakin hari semakin ramai keluar parti, timbul pelbagai persoalan dalam kalangan aktivis politik, termasuk apakah pelantikan ahli CEC - termasuk Lim Guan Eng sebagai setiausaha agung - sah di sisi undang-undang parti dan ROS.
Apakah DAP mampu mempertahankan jumlah kerusi parlimen yang ditawan dalam pilihan pilihan raya umum (PRU) ke-13 malah berpotensi menubuhkan kerajaan persekutuan selepas PRU ke-14 seperti diheboh-hebohkan dalam media sosial?
Rekod keputusan PRU menunjukkan DAP hanya menang sembilan daripada 104 kerusi pada kali pertama bertanding pada 1964.

Pemilihan semula DAP: ROS diminta bertindak profesional

DAP dan ROS
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) perlu bertindak secara profesional dalam menangani pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP baharu yang sah dan telus bagi membolehkan perwakilan memilih 20 anggota yang sah dan diiktiraf.
Ahmad Zahid HamidiTimbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata segala tindakan diserahkan kepada ROS yang diyakini bertindak berdasarkan kepada ruang lingkup yang terdapat dalam perlembagaan untuk menjaga anggota DAP.
"Saya ingin menyatakan bahawa ROS memang berjumpa dengan saya dan saya telah meminta beliau (ketua pengarah ROS) bertindak profesional dan jangan menggunakan emosi, jauh sekali menggunakan mana-mana pemikiran di luar kotak perlembagaan DAP sendiri dan Akta Pertubuhan 1966.
Ini kerana ROS adalah badan yang bertindak bagi menjaga mana-mana ahli pertubuhan termasuk pertubuhan politik kerana perlembagaan menjadi asas kepada parti politik atau pertubuhan berkenaan," katanya.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Bagan Datuk hari ini.
Semalam, Ketua Pengarah ROS Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata pelantikan 20 anggota CEC DAP serta pemegang jawatan utama hasil pemilihan semula yang diadakan pada 29 Sept 2013 adalah tidak sah dari segi undang-undang.

'Bina sendiri gaung jika masih mahukan Pas'


Danial Al Rashid
Pemuda Amanah Selangor menyifatkan tindakan mengekalkan panji Pakatan Rakyat yang sudah terkubur sebagai tidak bermakna lagi kerana paling penting wajar dilakukan adalah mengukuhkan Pakatan Harapan.
Timbalannya, Danial Al-Rashid Haron (gambar) berkata, jalinan kerjasama dengan Pas yang telah berpatah arang dengan PKR dan DAP akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap gabungan parti pembangkang melalui Pakatan Harapan.
"Semasa PRK (Pilihan Raya Kecil) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kita seakan-akan melihat kejayaan gabungan parti pembangkang semakin ada sinarnya, dan diperkuatkan lagi dengan sokongan MB (Menteri Besar) Selangor terhadap calon Amanah yang melawan calon Pas dan BN.
"Tetapi hari ini, mengambil tindakan bercanggah pula iaitu ingin mengekalkan gabungan Pakatan Rakyat," ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, hubungan kerjasama politik harus dibina agar kekuatan padu sesebuah gabungan itu diyakini oleh rakyat sebagai kerajaan menanti.
"Tetapi jika yang diharap itu semakin dilihat terpesong, apa lagi kiraan yang tinggal untuk rakyat memilihnya?" soalnya.
Jelas Danial, Pemuda Amanah Selangor menyokong kepimpinan Datuk Seri Azmin Ali dan berhasrat mengekalkan kesinambungan kejayaan yang dilaksanakan pada penggal akan datang.
"Namun, sekiranya masih ada hubungan kerjasama dengan Pas, maka kita seolah-olah membina sendiri gaung untuk kita terjun, sebelum menghadapi PRU-14 (Pilihan Raya Umum ke-14) dengan penuh kesediaan membina keyakinan rakyat," tegasnya.
Azmin pada 5 Julai lalu memberitahu Pakatan Rakyat masih wujud dan akan terus mentadbir Selangor kerana itu ialah mandat yang diberikan rakyat.
Timbalan Presiden PKR itu berkata demikian ketika ditanya pemberita tentang sebab Pakatan Harapan di peringkat negeri Selangor masih belum wujud.
Mengulas lanjut, Danial menegaskan tindakan Pas memutuskan hubungan dengan DAP pada 2015 dan PKR pula tahun ini adalah tanda Pas sudah tiada persefahaman politik yang padu.
"Tindakan Pas meninggalkan Pakatan Rakyat melalui putusnya hubungan dengan DAP, maka di Pulau Pinang berlaku penyingkiran wakil Pas dari kerajaan. Inilah prinsip yang dipegang DAP dan majoriti rakyat Pulau Pinang. Itulah detik terkuburnya Pakatan Rakyat.
"Apa yang boleh kita harapkan dari parti Pas di Selangor? Parti itu sudah pun memutuskan hubungan kerjasama dengan dua buah parti utama di dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP, dan yang terbaru PKR iaitu melalui usul di Muktamar Kedah 2017," jelasnya.

Kerajaan Pas Kelantan angkat pengusaha kelab malam?



Ketua Pemuda Pas Kelantan (berkopiah) tersenyum lebar di sisi Awie dalam program di Kota Bharu semalamKehadiran penyanyi dan pelakon, Awie menyempurnakan gimik pelancaran Kelantan International Bike Week di Kota Bharu semalam hangat diperkatakan di media sosial.
Dalam program berlangsung di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood dilapor menyambut ketibaan Awie bersama kumpulan penunggang motosikal Wing Motor Gang Society.
Walau bagaimanapun, banyak pihak melihat kerajaan negeri Kelantan yang dikuasai Pas dalam keadaan terdesak untuk meraih sokongan golongan belia selain menunjukkan parti tersebut masih berpengaruh.
Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari turut hadir dalam program yang sebelum itu menyaksikan kematian dua penunggang motosikal selepas terlibat dalam kemalangan di Perak ketika dalam perjalanan menuju ke majlis tersebut.
Pada masa sama, gambar Awie, 49, dalam suasana kelab malam juga tersebar. Penyanyi lagu 'Sejati' dan 'Di Ambang Wati' sebelum ini pernah didakwa sebagai pengusaha sebuah kelab malam di Ipoh, Perak.
Hal tersebut diakui bekas abang iparnya, Othman Misbun, 41, ketika prosiding perbicaraan permohonan hak penjagaan (hadanah) kekal terhadap tiga anak Awie dan bekas isterinya, Rozana Misbun di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada 13 Julai tahun lalu.
Menurut Othman, Awie mengusahakan pusat hiburan Malai Rock Station Bistro yang turut menyediakan arak seperti kelab malam lain sejak beberapa tahun lalu.
Turut dikongsi netizen adalah gambar Awie bersama Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dalam sidang media mengumumkan pertandingan muzik BN Youth Music 2011.
Pelakon lebih 30 filem tersebut sebelum ini umum dikenali sebagai artis yang kerap berada dalam program anjuran Umno-BN.

Ketua hakim negara dilantik ‘hakim tambahan’ walaupun ada kebimbangan perlembagaan


Ketua hakim negara dilantik ‘hakim tambahan’ walaupun ada kebimbangan perlembagaan
Ketua Hakim Negara Md Raus Sharif akan dilanjutkan tiga tahun lagi. 
KETUA Hakim Negara Md Raus Sharif dilantik sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan untuk tempoh tiga tahun lagi berkuatkuasa 4 Ogos, menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Menurut Bernama, Md Raus, selain menjadi hakim tambahan turut dikekalkan sebagai ketua hakim negara.
Pengumuman JPM itu turut menyatakan yang Presiden Mahkamah Rayuan Zulkefli Ahmad Makinudin juga dilantik sebagai hakim tambahan untuk Mahkamah Persekutuan bagi tempoh dua tahun bermula 28 September 2017.
Dia juga akan terus memegang jawatan presiden Mahkamah Rayuan.
Pelantikan itu dilakukan sebelum tarikh persaraan wajib mereka tahun ini pada usia 66 tahun dan enam bulan.
Pelantikan itu dilakukan selaras dengan Perkara 122 (1A) Perlembagaan Persekutuan.
Hakim atasan perlu bersara selepas mencecah umur 66 tahun dan enam bulan. Bagaimanapun, Perkara 122 (1A) membolehkan pelantikan hakim tambahan yang tidak mempunyai had umur.
Sebelum pelantikan mereka, bekas Ketua Hakim Negara Abdul Hamid Mohamad berpandangan yang Perkara 122(1A) tidak boleh dijadikan alasan untuk melanjutkan khidmat ketua hakim negara.
Hamid juga mengatakan yang pelantikan hakim tambahan perlu dilakukan menerusi cadangan ketua hakim negara, yang bermakna ketua hakim tidak boleh mencadangkan dirinya sendiri sebagai hakim tambahan.
Kerana itu, katanya hakim tambahan tidak boleh menjadi ketua hakim negara.
Bagaimanapun, JPM hari ini berkata yang pelantikan Md Raus Sharif dan Zulkefli Ahmad dilakukan atas cadangan bekas ketua hakim sebelum ini Arifin Zakaria yang bersara pada 30 Mac 2017.
"Pelantikan Md Raud Sharif dan Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan setelah masing-masing mencapai umur 66 tahun dan 6 bulan adalah atas sembah cadangan dan nasihat ketua hakim negara ketika itu, (Yang Amat Arif) Ariffin Zakaria kepada Yang di Pertuan Agong pada 30 Mac 2017 sebelum Yang Amat Arif bersara,” kata kenyataan itu.

Najib berikrar halang Dr Mahathir berkuasa semula..!!


Najib berikrar halang Dr Mahathir
Perdana Menteri Najib Razak menyifatkan Dr Mahathir Mohamad tidak berpendirian dan tidak akan berhenti selagi mana kemahuannya tidak dipenuhi.
PERDANA MENTERI Najib Razak melakukan serangan terhebat menentang bekas ketuanya Dr Mahathir Mohamad hari ini, menuduh negarawan itu “melakukan apa sahaja” bagi memastikan anaknya dipilih menjadi perdana menteri.
"Dr Mahathir menuntut Abdullah Badawi meletak jawatan sebagai perdana menteri, sekarang menuntut peletakan jawatan saya, dan akan menuntut pengganti saya meletakkan jawatan sehingga anaknya menjadi perdana menteri - apa pun kosnya ke Malaysia.
"Kali ini kita tidak akan membiarkan dia berjaya, kerana proses demokrasi mesti diguna pakai, dan kepentingan negara mesti datang kepada (didahulukan daripada) keluarga Mahathir," kata Najib dalam satu kenyataan dikeluarkan sekitar 9.30 malam tadi.
Najib juga menuduh Dr Mahathir tidak mempunyai pendirian dan tidak akan berhenti selagi mana kemahuannya tidak dipenuhi.
"Dia (Dr Mahathir) tidak mempunyai prinsip dan akan melakukan apa sahaja - termasuk bersekongkol dengan mereka yang dipenjara, memanggil campur tangan asing di negara demokratik yang berdaulat kita, sabotajkan ekonomi kita, dan membuat 100 U-turn jika diperlukan untuk memanipulasi fikiran rakyat - seperti cara untuk mencapai hujung (matlamat) yang diingini.
"Anwar mungkin jatuh (terpengaruh) untuk ini, tetapi saya percaya negara tidak akan (terpengaruh). Kerana dengan hanya satu kerusi Parlimen, pengerusi Pribumi tidak dapat memutuskan siapa yang menjadi perdana menteri. Ia akan menjadi terlalu tidak demokratik," kata Najib.
Najib juga mengatakan yang tindakan Dr Mahathir didorong kepentingan peribadi yang pentingkan diri sendiri.
"Dia terobsesi untuk menyelamatkan warisan keluarganya dan menjadikan anaknya Mukhriz Mahathir (sebagai) perdana menteri," dakwa Najib yang baru sahaja pulang daripada percutian di Bali.
Najib yang dikaitkan dengan skandal syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), juga mengecam tindakan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu yang memberikan sokongan untuk Anwar menjadi perdana menteri.
"Pemulihan dan sokongan terkini Dr Mahathir untuk Anwar menjadi perdana menteri tidak seperti apa yang berlaku. Ia datang selepas Dr Mahathir selama 20 tahun menjatuhkannya dan menggunakan segala cara yang mungkin untuk menghapuskan Anwar daripada proses politik, termasuk menangkapnya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang (sudah) dimansuhkan sekarang, mendakwa dan memenjarakannya dan kempen yang berterusan untuk menyerang watak moralnya .

Laluan sukar menanti jelajah 1MDB Pakatan Harapan bila UMNO-BN dalam tekanan..!!


Laluan sukar menanti jelajah 1MDB Pakatan Harapan
Orang ramai berdiri di luar dewan masyarakat di Penaga, Pulau Pinang ketika ceramah sempena jelajah Pakatan Harapan untuk menjelaskan mengenai skandal 1MDB diadakan kelmarin. 
CERAMAH pertama Pakatan Harapan (PH) dalam siri jelajah seluruh negara mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MBD) menunjukkan betapa sukarnya untuk menghubungkan isu itu dengan masyarakat Melayu luar bandar.
Pengalamannya di Penaga, Pulau Pinang dan juga acara yang diadakan di Selangor, akan menentukan sama ada jelajah itu akan menepati sasarannya – untuk menjadikan 1MDB isu penentu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Sebagai permulaan, PH terpaksa berdepan dengan cubaan mensabotaj ceramah itu apabila kain rentang dan bendera parti yang menguar-uarkan mengenai program itu dikoyakkan malam sebelumnya ketika ia dijadualkan diadakan di dewan masyarakat Penaga.
Penganjur percaya itu sebabnya mengapa program itu hanya berjaya menarik kira-kira 200 orang hadir ke dewan di kawasan yang menjadi kubu kuat Umno bagi kerusi Parlimen Kepala Batas.
Kebanyakan yang hadir ialah aktivis dan penyokong gabungan empat parti pembangkang, DAP, PKR, Bersatu dan Amanah. Tidak pasti berapa ramai yang hadir itu ialah pengundi Melayu kawasan luar bandar yang menjadi kumpulan sasar ceramah berkenaan.
Tetapi apa yang PH lakukan ialah teruskan ceramah. Pertunjukan slaid Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mengenai 1MDB dikatakan berkesan dalam menjelaskan kerumitan dalam skandal enam tahun itu.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail pula menyampaikan mesej kritikal bagaimana Umno dan pentadbiran Najib Razak menggunakan agama untuk mengalihkan perhatian daripada hubungan perdana menteri itu dengan skandal 1MDB.
Penganjurnya berharap jelalah itu akan menjana kemarahan yang cukup dan momentum di seluruh negara dan mengumpul satu perhimpunan besar pada September.
Dengan berbuat demikian, ia berharap untuk menggunakan sekali lagi tenaga dan mood selama berbulan-bulan sebelum menjelangnya PRU13, di mana himpunan dan ceramah besar-besaran pembangkang membantu ia memenangi 52% undi popular.
Pua yang selama ini menjadi pengkritik 1MDB dan salah seorang ketua penggerak jelajah itu berkata pemilihan Penaga sangat penting.
“Jika kita tidak boleh berjaya di kubu kuat Umno di negeri di mana kita berpengaruh, jadi sia-sia saja untuk mulakan semua ini,” katanya.
Hentian berikutnya bagi jelajah itu ialah Sungai Aceh di Nibong Tebal, satu lagi kubu kuat Umno di Pulau Pinang, negeri yang ditadbir PH.
Ketika lawatan The Malaysian Insight ke Penaga pada malam sebelum ceramah itu, kebanyakan penduduk kampung yang ditemui berkata mereka tidak tahu mengenainya kerana tidak ada kain rentang memaklumkan.
Kebanyakan 200 hadirin yang datang pada malam tahu mengenai acara berkenaan lebih awal dan datang dari bahagian pulau, Permatang Pauh dan Sungai Petani, Kedah.
Pua tidak melihat keadaan itu sebagai masalah kerana jelajah itu juga bermatlamat untuk melatih penyokong PH untuk berkomunikasi lebih baik dengan pengundi mengenai skandal itu.
“Mereka yang datang ini, kita perlu beri mereka semangat lagi dan membina keyakinan yang perubahan boleh berlaku,” katanya.
Shazni Munir Mohd Ithnin daripada Amanah salah seorang aktivis yang teruja dengan jelajah itu.
“Semua aktivis PH di akar umbi bekerjasama baik jadi bila PH kata mereka akan fokus pada jelajah 1MDB, ia langkah politik yang sudah lama dinantikan,” katanya yang tinggal di Johor.
Kempen yang dinantikan
Jelajah itu juga akan menyatukan aktivis dan penyokong yang hilang semangat untuk kembali berjuang menentang musuh sama selepas berbulan melihat pemimpin mereka bertelagah secara terbuka.

Kumpulan peguam bimbang kontroversi lanjutan khidmat ketua hakim...keputusan politik..!!


Kumpulan peguam bimbang kontroversi lanjutan khidmat ketua hakim
Perkhidmatan Ketua Hakim Negara Md Raus Sharif dilanjutkan tiga tahun lagi. 
KEBIMBANGAN mengenai lanjutan tiga tahun perkhidmatan Ketua Hakim Negara Md Raus Sharif sebagai hakim tambahan di Mahkamah Persekutuan walaupun mencapai usia bersara mungkin akan menyebabkan pelantikan itu dicabar kerana peguam berkata ia menjejaskan tanggapan terhadap kebebasan badan kehakiman Malaysia.
Pejabat Perdana Menteri semalam mengumumkan lanjutan itu, mengesahkan laporan The Malaysian Insight pada 26 April yang perkhidmatan Raus dan Ketua Polis Negara (KPN) Khalid Abu Bakar akan dilanjutkan walaupun sudah mencapai usia persaraan.
Hakim bersara pada usia 66 sementara penjawat awam seperti KPN pada usia 60. Kali terakhir berlaku perubahan besar seperti ini dalam badan kehakiman ialah ketika kerajaan Dr Mahathir Mohamad memecat lima hakim tertinggi pada 1988.
“Saya percaya Majlis Peguam akan berbuat begitu,” kata peguam dan bekas menteri Zaid Ibrahim ketika ditanya adakah akan ada yang mencabar lanjutan perkhidmatan Raus.
Majlis Peguam tidak memberi respons terhadap soalan The Malaysian Insight berhubung pelantikan Raus yang bermula 4 Ogos, di mana Pejabat Perdana Menteri turut mengumumkan lantikan Presiden Mahkamah Rayuan Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan bagi dua penggal bermula 28 September, 2017.
“Kita tidak ada kedaulatan undang-undang sejak lama dulu, ia bukan sesuatu yang baru,” kata Zaid ketika dihubungi malam tadi.
“Apa Najib hendak, Najib dapat. Ini tidak mengejutkan,” katanya merujuk kepada Perdana Menteri Najib Razak dan pejabatnya yang mengumumkan lanjutan untuk Raus.
Pakar undang-undang perlembagaan dan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Aziz Bari berkata pelantikan itu kontroversi kerana ia mengenai tanggapan terhadap kebebasan dan integriti kehakiman.
“Tidak ada alasan untuk ketua hakim dilanjutkan perkhidmatannya, walaupun hanya untuk sebulan atau seminggu. Sistem perundangan perlu diteruskan.
“Hidup perlu diteruskan. Semua orang tidak boleh berhenti hanya kerana seseorang. Bukannya pemegang jawatan sekarang terlalu bagus sehingga segala-galanya akan berakhir jika dia berhenti,” kata Aziz kepada The Malaysian Insight.
“Badan kehakiman perlu dilihat bebas. Tanggapan itu bertambah teruk dengan lanjutan perkhidmatan ini.”
Aziz berkata ketua hakim patut “berkorban dengan tidak menyambung perkhidmatannya”, bukan terus kekal di situ kerana pelantikan baharu akan diumumkan kerajaan.

Persempadanan semula diteruskan, kata SPR

Mohd Hashim AbdullahSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneruskan usahanya dalam menyelesaikan urusan siasatan tempatan kali kedua persempadanan semula kawasan pilihan raya di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Selangor dalam tempoh masa yang ditetapkan Perlembagaan Persekutuan.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, dipetik berkata, ini susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu lalu tidak membenarkan permohonan Kerajaan Selangor untuk menghalangnya daripada meneruskan proses siasatan tempatan kali kedua bagi persempadanan semula bahagian pilihan raya negeri-negeri Tanah Melayu.
Mahkamah hanya membenarkan permohonan kedua Kerajaan Selangor untuk menghalang SPR menyerahkan laporan persempadanan semula kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, SPR menghormati kedua-dua keputusan mahkamah dan sedia maklum bahawa laporan akhir hanya boleh diserahkan kepada Perdana Menteri selepas proses siasatan tempatan di Melaka dan Selangor diselesaikan dan kes semakan kehakiman dimuktamadkan oleh mahkamah.
"Tidak timbul persoalan bahawa SPR akan menyerahkan laporan akhir kepada Perdana Menteri tanpa memasukkan Selangor atau mana-mana negeri atau tidak mematuhi keputusan mahkamah itu.
"Jika tiada keputusan daripada mahkamah sekali pun, SPR tidak akan menyerahkan laporan akhir kepada Perdana Menteri kerana proses siasatan tempatan belum diselesaikan sepenuhnya di dua negeri iaitu Melaka dan Selangor.
"Justeru, SPR menegaskan andaian pihak tertentu bahawa dengan keputusan itu, mereka berjaya menghalang SPR menjalankan tanggungjawabnya seperti mana yang digembar-gemburkan kononnya akan memberi manfaat kepada rakyat adalah tidak tepat kerana keputusan itu hanya terhad kepada proses penyerahan laporan saja dan bukannya membabitkan proses persempadanan yang lain," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, portal berita melaporkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan keputusan mahkamah menerima permohonan kerajaan Selangor bagi menghalang SPR menyerahkan laporan akhir syor persempadanan semula kepada Perdana Menteri tanpa memasukkan negeri itu adalah kemenangan besar kepada Selangor dan rakyat dalam usahanya mencabar persempadanan semula negeri itu yang dilakukan SPR di mahkamah.

Pas perlu pilih PH atau BN, kata Mahfuz



Pas perlu membuat pilihan segera sama ada mahu bersama Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Ahli parlimen Pas Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata parti itu tidak boleh mengelak untuk berada di antara dua pakatan politik itu.
Mahfuz Omar"Sikap yang menjadikan semua pihak sebagai musuh sudah tidak serasi dengan suasana politik baru yang memerlukan persahabatan luas dan bertolak ansur," katanya di majlis ceramah anjuran PH parlimen Pasir Puteh malam tadi.
Pas katanya akan menghadapi laluan sukar jika bertanding tiga penjuru.
"Bagi saya PH akan lebih mudah menang jika berlaku pertandingan tiga penjuru.
"Kalau Pas bersama BN, peluang PH mungkin lebih sukar," katanya.
Menurut Mahfuz, ahli-ahli Pas perlu sedar sikap menjauhkan diri dari bersama rakan-rakan pembangkang akan memencilkan parti dari orang ramai.
"Kita berlawan melalui pilihan raya yang perlukan ramai kawan untuk dapat suara majoriti.
"Lain lah kalau nak berlawan cara lain," katanya.
Mengulas usikan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Kamarudin Mohd Nor yang berharap beliau menyertai parti itu, Mahfuz berkata beliau tetap bersama PH.
"Ada yang kata saya harum manis, hijau di luar oren di dalam dan malam ni pula Datuk (Kamarudin) sebut tembikai, hijau di luar merah di dalam.
"Kedua-dua sunah Allah, kejadian Allah dan pertegaskan bahawa saya akan tetap bersama Pakatan Harapan," katanya.

TUN MAHATHIR&ANWAR LAWAN NAJIB&ZAHID HAMIDI – SELAMAT TINGGALLAH UMNO, BN!


Perakuan Tun Mahathir Mohamad untuk menyokong Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sebenarnya memberi makna yang besar kepada perubahan dalam negara yang sedang menjadi dambaan majoriti rakyat sekarang ini.
Setelah bertemu dua kali dengan Anwar di mahkamah sebelum ini, sokongan terbuka Tun Mahathir kali ini ibarat pematrian terakhir lagi kukuh bersama bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang akan dibawanya hingga ke hujung nyawa.
“Dalam kes Anwar kita boleh berhujah yang dia tidak dilayan secara adil. Jelas sekali keputusan mahkamah dipengaruhi kerajaan dan saya rasa kerajaan akan datang mampu memujuk Yang Dipertuan Agong untuk memberi pengampunan Diraja kepada Anwar.
“Dalam keadaan dia mampu terlibat kembali dalam politik dan menjadi Perdana Menteri, saya tidak ada bantahan,” kata Pengerusi Bersatu itu dalam temubual dengan Guardian, baru-baru ini.
Kata-kata beliau itu dengan sendirinya mampu memberi laluan untuk selesainya isu kepimpinan dalam Pakatan Harapan, sebuah gabungan yang bakal didaftarkan secara rasmi untuk menumbangkan UMO dan BN dalam pilihanraya umum akan datang.
Tun Mahathir kini tentunya tiada halangan ini untuk dipersetujui sebagai Pengerusi Pakatan Harapan dan seterusnya menjadi “kepala perang” bagi menentang Najib Razak, UMNO dan BN.
Meskipun ada yang mempertikaikan beliau sudah terlalu tua dan dianggap sebagai kitar semula, tetapi kita yang inginkan perubahan haruslah berfikiran terbuka bahawa “siapakah lagi yang paling sesuai dan digeruni untuk menumbangkan Najib selain daripada Tun Mahathir”?
Soal sama ada Tun Mahathir akan menjadi Perdana Menteri peralihan atau tidak selepas itu, ia seharusnya menjadi soal kedua kerana yang penting ialah kemampuan dan pengalaman beliau dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam “perang” PRU 14 nanti.
Setelah menang, jika Pakatan Harapan mahu beliau menjadi Perdana Menteri peralihan buat sementara waktu dengan tugas utama untuk memulihkan ekonomi, memenjarakan petualang-petualang bangsa, mengembalikan kekayaan negara dan memujuk Yang Dipertuan Agong untuk pembebasan Anwar, kita seharusnya juga mengakui bahawa hanya Tun Mahathir ada kelebihan tersendiri dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut.
Kiranya setelah itu, semua parti dalam Pakatan Harapan mahukan jawatan Perdana Menteri diberikan kepada Anwar untuk beberapa tahun sebelum diserahkan kepada pimpinan muda seperti Azmin Ali, Rafizi Ramli, Mukhriz dan sebagainya, ia tentunya juga jauh lebih baik berbanding jatuh ke tangan pemimpin-pemimpin yang sedia ada dalam UMNO sekarang ini.
Sifir mudahnya ialah dengan pengakuan Tun Mahathir untuk menyokong Anwar dari segi pengampuan dan seterusnya menjadi Perdana Menteri, gandingan Mahathir/Anwar kini sah muncul kembali buat kali kedua.
Yang menariknya, gandingan itu muncul hanya setelah beberapa minggu sebelum ini Anwar mengumumkan menarik diri sebagai calon Perdana Menteri serta menyeru semua pihak dalam Pakatan Harapan memfokuskan kepada matlamat utama mencapai kemenangan terlebih dahulu.
Secara tersiratnya bermakna, fokus Pakatan Harapan untuk menumbangkan UMNO dan BN akan lebih kukuh dan mantap lagi selepas ini.
Isu kepimpinan, pendaftaran, logo, pembahagian kerusi dan yang lain-lain akan selesai dengan sendirinya dan lebih mudah secara berperingkat-peringkat dan semuanya tidak dinafikan amat menakutkan Najib.
Najib sendiri tidak melindungkan rasa gerun dan gentarnya dengan perkembangan terbaru ini. Sebab itu, dalam keadaan mahu pulang ke tanahair dari percutiannya di Perth dan seakan hari liburnya sudah terganggu, beliau nampaknya tidak menyembunyikan perasaan gundah-gulananya dengan sanggup secara tergesa-gesa mengeluarkan kenyataan kira-kira jam 9.30 malam semata-mata untuk mengecam keras musuh politiknya itu.

Mahfuz Omar: MASALAH BESARNYA PENYELEWENGAN

Ceramah Pakatan Harapan Di Dataran Reformasi Pasir Puteh

Major Zaidi Seru Rakyat Tolak Kerajaan Kleptokrat Najib

CERAMAH PERDANA PH Di Dataran Reformasi Pasir Puteh Kelantan