Khamis, 6 Julai 2017

Sabotaj Ekonomi: Rafizi Cabar Rahman Dahlan Berdedat

Musim Dedak.....


Sejak pemergian Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) makin kerap wajah2 ulama mahupun pemimpin PAS di akhbar2 Umno terutamanya Utusan..

Kenapa ??!

Drama Menteri KPDNKK.....

 
Nantikan episod drama yg mana kerajaan Umno/BN begitu prihatin terhadap susah perit kehidupan rakyatnya..

Menteri KPDNKK...!!!

#hashtag dlm portal KPDNKK #CaringMinistry ??

'caring' tang mana tu ??!

Bangga sungguh dgn pangkatnya, semuanya Dato' Sri.. tapi...

Tak susah jadi menteri..
Ciri-ciri wajib nak jadi menteri adalah....

Kelantan Sekarang....!!!

Bila rakyat cuba menegur isu sampah yg tak terbendung, begini jawapan balas pemimpin mereka..

"Orang macam inilah yang disebut ada mata tidak mahu melihat, ada telinga tidak mahu mendengar dan ada otak tidak mahu berfikir.. Orang macam ini tempatnya di neraka"

DAH MEMANG BENAR RAKYAT NAMPAK SAMPAH BERSEPAH TIDAK TERURUS.. TAK KAN RAKYAT NAK BUTA MEMBISU !!!

Sama-sama kita renungkan.
Siapa sebenarnya yg menentukan akan masuk syurga, neraka dan dapat pahala atau tidak ??!

Duit #1MDB 2012...

Taja 400 jemaah haji (@ RM9,980) = RM3.99 juta

Bayar anak tiri Najib (anak kandung Rosmah) & kawan2 main judi di Las Vegas = $13 juta (RM55.86 juta)

#BayarMainJudiLebihAfdhal #HidupUmno

Dah jual 5 juta saham ??!


Wajib lulus BM: Pendirian kabinet keputusan politik

Isu kelonggaran syarat kelulusan Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk pegawai perubatan lantikan kontrak di Kementerian Kesihatan berpunca daripada kegagalan menteri dan pegawai tinggi kerajaan memahami perlembagaan, kata seorang profesor hari ini.
Presiden Kolej Universiti Cyberjaya, Prof Datuk Dr Mohamad Abdul Razak, berkata bahasa Melayu jelas termaktub dalam Perlembagaan Malaysia sebaga bahasa kebangsaan.
"Polemik yang terbit baru-baru ini tidak seharusnya terjadi, sebab sudah jelas letak duduknya bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Tetapi masalah ini timbul apabila ada pegawai-pegawai tertinggi, pengarah, ketua setiausaha dan menteri-menteri tidak memahami Perlembagaan Malaysia," kata Mohamad.
Mohamad (gambar) berkata demikian semasa menjadi panel Bicara Persada ke-37 bertajuk Pengurusan Bahasa Melayu Dalam Sektor Awam: Boleh Dikompromi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi hari ini.
Bicara Persada itu dianjurkan Jabatan Canselori UKM dengan kerjasama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA).
Mengulas lanjut, Mohamad berkata beliau juga hairan mengapa pemimpin-pemimpin kerajaan begitu melayan kehendak minoriti yang didakwanya mahu bahasa Melayu diketepikan.
"Saya tidak faham kenapa pemimpin politik layan kumpulan kecil ini. Mungkin mereka ada sesuatu, seperti mahu dapatkan pengaruh.
"Mungkin pegawai tertinggi dalam kerajaan, pengarah, ketua setiausaha dan menteri tidak memahami perlembagaan," kata Mohamad.
Idea bangsa belum selesai
Pada 2 Julai lalu, Kementerian Kesihatan mengumumkan kelonggaran syarat lulus subjek Bahasa Melayu untuk pekerja perubatan lantikan kontrak, iaitu pelatih perubatan.
Ia bagi membolehkan graduan perubatan yang tidak lulus atau menduduki subjek BM di peringkat SPM berkhidmat dan membolehkan mereka memperoleh sijil penuh pegawai perubatan.
Sejak 1 Oktober tahun lalu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melantik pelatih gred UD-41 secara kontrak, tetapi calon masih perlu lulus subjek BM peringkat SPM.

Pakatan Rakyat tidak lagi wujud


Lim Guan Eng
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata gabungan Pakatan Rakyat sudah tidak lagi wujud.
Tidak ada lagi Pakatan Rakyat, kata beliau pada sidang media selepas menghadiri sambutan rumah terbuka Aidilfitri Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang di Georgetown.
Lim membuat kenyataan itu sehari selepas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata Selangor akan terus ditadbir oleh Pakatan Rakyat yang telah dibubarkan kerana ia berupa mandat daripada rakyat.
Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang diminta mengulas kenyataan Azmin. Lim, bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu.
"Pulau Pinang ditadbir oleh kerajaan Pakatan Harapan dan kita adalah sebahagian daripada Pakatan Harapan. Saya akan menjawab dengan memberi butiran kemudian," kata beliau.
Pakatan Harapan ditubuhkan pada Sept 2015 oleh DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) selepas Pas memutuskan hubungan dengan DAP padaÂJulai 2015 yang menyebabkan Pakatan Rakyat berkubur.

Husam beri maklumat kepada MB Kelantan watak utama syarikat EcoBit



Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor hari ini menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada menteri besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berhubung dakwaan sebuah syarikat yang mengutip dana awam tanpa kebenaran dan kelulusan pihak berkuasa.
Majlis menandatangani MoA antara kerajaan Kelantan dan Climate Protectors.SMS itu turut ditujukan kepada ahli exco kerajaan negeri Datk Dr Mohd Fadli Hassan, setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang negeri.
"Tengah hari ini saya telah menghantar SMS seperti di bawah, kepada YAB MB Kelantan, dengan 'di c.c.' kepada YB Dr Fadli, SUK dan LA Kelantan," kata Husam dalam satu pesanan whatsapp.
Kandungan mesej itu menyebut;
YAB MB Kelantan,
Salam. Berkait isu sejuta ekar kelulusan hutan simpan negeri kita Kelantan yg diluluskan pd Climate Protectors yg kemudiannya telah digunakan menerusi EcoBit utk mengutip dana awam tanpa kebenaran sah menerusi jualan koin digital berasas eco, sy jemput YAB membuat google search - sama ada  atas entry TS Tang atau btc panda miners atau scam bitcoin btc panda, utk mengenali latar belakang watak utama syarikat CP/EcoBit.
Tujuan sms ini adalah utk YAB mengambil langkah segera yg sesuai dan mengambil t jwb dan risiko yg sesuai.
Husam Musa
Zohor, 6/7/17
Sk:
1. Yb Dr Fadli Hassan
2. Kelantan SS
Ahmad sebelum ini mempertahankan perkongsian kerajaan negeri dengan syarikat Climate Protector Sdn. Bhd. berkaitan urusniaga karbon kredit.
Beliau turut mencabar orang ramai supaya membuat laporan polis sekiranya syarikat itu menjalankan aktiviti bersalahan undang-undang.
Kerajaan negeri, menurut Ahmad tidak pernah mengarahkan atau meminta Climate Protector Sdn. Bhd. atau mana-mana syarikat mengutip wang untuk melaksanakan projek karbon trading tersebut.
Beliau terus mempertahankan usahasama itu yang diyakini dapat meningkatkan program pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan berhutan di negeri Kelantan yang berfungsi dalam mengawal kestabilan alam sekitar, menjamin air bersih dan keberkekalan kepelbagaian biologi.
Kerajaan Kelantan telah menandatangani memorandum perjanjian (MOA) dengan Syarikat Climate Protector Sdn. Bhd. pada 9 Januari lalu yang antara lain  memperuntukkan tempoh 24 bulan atau 2 tahun untuk dilakukan analisa saintifik, penilaian dan laporan verifikasi oleh para saintis bertauliah bagi mengenal pasti stok karbon di kawasan hutan yang dikenal pasti kerajaan negeri.
Kerajaan negeri juga akan mendapatkan pandangan pihak ketiga daripada institusi kewangan berwibawa tentang perjalanan urusniaga yang akan dilaksanakan syarikat bagi memastikan urusniaga itu sah dari segi perundangan tempatan dan antarabangsa.
Ahmad juga berkata, kerajaan negeri turut mengambil kira pandangan daripada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dalam hal ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Program Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) Malaysia menafikan terdapat sebarang kerjasama dengan EcoBit, yang menggunakan logo UNDP tanpa kebenaran pihak mereka.
Menurut Penganalisis Komunikasi UNDP Ahmad Hafiz Osman, tiada projek UN-REDD atau UNFCC yang meluluskan projek REDD+  di Malaysia.

Tekanan terhadap Qaradawi adalah penindasan demokrasi

Yusuf al-Qaradawi, ulama tersohor dunia Islam kontemporari yang pernah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah daripada Malaysia, tampaknya terus ditekan. Sebelum ini, beliau yang kini berlindung di Qatar telah dinamakan oleh Arab Saudi bersama sekutunya Bahrain, UAE dan Mesir sebagai mempunyai hubungan dengan pengganas.
Kini, anak perempuan beliau Ola al-Qaradawi bersama suaminya, Hossam Khalaf, pula menjadi mangsa apabila ditahan pihak berkuasa Mesir atas alasan menjadi ‘ahli kumpulan haram’ Ikhwanul Muslimun. Siri tekanan ini adalah rentetan daripada tindakan memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar – negara yang kini melindungi al-Qaradawi serta beberapa pimpinan Ikhwanul Muslimun.
Penindasan terhadap demokrasi
Hakikatnya, kebangkitan Arab atau Arab Spring yang bermula sejak 2010 dan merangkumi penggulingan presiden Mubarak di Mesir dan seterusnya pemilihan demokratik Mohamed Morsi, seorang ahli gerakan Ikhwanul Muslimun, sebagai penggantinya, telah menyebabkan keresahan dalam kalangan pemimpin autoritarian dunia Arab. Setelah Morsi dijatuhkan, rejim presiden Mesir baru Abdel Fattah el-Sisi telah melabelkan Ikhwanul Muslimun sebagai pertubuhan haram serta bertindak untuk menindas kaum cendekia yang menyokongnya, termasuk al-Qaradawi.
Selain itu, al-Qaradawi yang menikmati kebebasan media di Qatar melalui Al-Jazeera yang menyiarkan rancangan TV beliau al-Sharīʿa wa al-Ḥayāh (syariah dan kehidupan) juga dilihat mencabar kestabilan para monarki di Teluk. Ini kerana rancangan TV beliau yang ditonton jutaan orang sarat dengan kritikan terhadap kepimpinan dunia Arab dan sokongan terhadap gerakan-gerakan revolusioner seperti Hamas di Palestin serta Ikhwanul Muslimun yang mempunyai sayap di seluruh rantau Arab.
Jelas, tekanan terhadap al-Qaradawi dan juga negara Qatar boleh dilihat sebagai tekanan terhadap bibit-bibit pendemokrasian bagi mengekalkan kelangsungan kepimpinan autoritarian serantau. Krisis yang sedang berlangsung ini bukan mengenai pertelingkahan antara mazhab, sama ada antara Sunni dengan Shia atau pergeseran pandangan sesama Sunni, sebagaimana yang ingin digambarkan. Persepsi ini hanyalah bagi menghalalkan perebutan geo-politik di Asia Barat.
Islam menyuruh kepada kebebasan
Justeru, jalan kedamaian bagi dunia Arab dan Muslim seluruhnya adalah dengan kembali kepada nilai-nilai sejagat Islam yang demokratik, menghormati hak asasi dan terbuka kepada perbezaan. Hanya melalui ruang perbahasan yang adil dan saksama dapat kita menghindari daripada ekstremisme. Maka, adalah perlu untuk kita menginsafi betapa pentingnya kebebasan untuk berbeza pendapat agar tiada kelompok akan menindas golongan yang tidak sependapat dengan mereka.

Dana risikan RM7j: Tiada apa nak sembunyi, sembang Hisham

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberikan jawapan yang mendalam terhadap dakwaan "Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (BSPP)" menerima dana dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kira-kira sebulan sebelum pilihan raya umum yang lalu:
"Saya tidak ada apa-apa untuk disembunyikan."
Menegaskan peranan kementeriannya adalah jelas kerana bertanggungjawab menjaga keselamatan negara, Hishammuddin berkata, soal ketenteraan 'tidak pernah dipolitikkan'.
"Jadi, jika ada langkah diambil untuk siasatan, biarkan mana-mana agensi siasat.
"Biarkan siasatan (dijalankan) kerana kita bukan mahu memutar-belit dan membuat spekulasi, tetapi saya tidak ada apa-apa untuk disembunyikan.
"Jadi, jika ada perkara-perkara yang seolah-olah berkaitan dengan tuduhan-tuduhan tertentu, buktikan dan biarlah siasatan dijalankan," katanya pada sidang akhbar di pangkalan Tentera Udara Subang Subang, hari ini.
Hishammuddin juga berkata, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada wang itu memang telah dibayar atau sebaliknya.
Beberapa hari yang lalu, portal Sarawak Report dalam pendedahan terbarunya mendakwa ada transaksi kononnya melalui akaun bank peribadi Najib menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu.
Antara lain, ia mendakwa Najib membayar RM7 juta kepada "BSPP" pada 8 April 2013 iaitu sekitar sebulan sebelum PRU yang diadakan pada 5 Mei 2013.
Dalam satu risalah e-mel, Sarawak Report berkata mungkin "Lt Jeneral Datuk Abdul Hadi Bin Haji Hussin" boleh menjelaskan mengapa perkhidmatan itu menerima cek peribadi daripada perdana menteri hanya sebulan sebelum pilihan raya lepas.
BSPP adalah agensi perisikan bersama Angkatan Tentera Malaysia. Ia melaporkan terus kepada penglima angkatan tentera.

Mahathir akui konspirasi politik, mahu Anwar bebas dan bertanding PRU14

KUALA LUMPUR, 6 JUL: “Jelas sekali keputusan mahkamah dipengaruhi kerajaan dan saya rasa kerajaan akan datang akan mampu memujuk Agong untuk memberikan pengampunan Di Raja kepada Anwar.
“Dalam keadaan dia mampu terlibat kembali dalam politik dan menjadi PM. Saya tidak ada bantahan,” demikian kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam temubual bersama akhbar The Guardian hari ini.
Beliau malah mengulangi desakannya supaya Anwar dibebaskan dan dibenarkan kembali terlibat dalam politik.
“Dalam kes Anwar kita boleh berhujah yang dia tidak dilayan secara adil,” tambah beliau yang memecat Anwar pada tahun 1998.
Tun Mahathir juga mengakui bahawa tribulasi yang berlaku terhadap bekas timbalannya itu pada waktu ini merupakan mangsa dendam politik.
Dalam perkara berkaitan, peguam Anwar kini sedang berusaha untuk membebaskannya daripada penjara selepas wujud bukti terbaru muncul mengaitkan pendakwaraya kerajaan dibayar RM9.5 juta daripada akaun bank peribadi milik Perdana Menteri Najib Razak.
Tan Sri Shafee Abdullah, yang digaji kerajaan untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes tersebut memberitahu wartawan yang beliau akan memberikan maklum balas tentang perkara itu pada 9 Jun lalu tetapi sehingga kini masih belum berbuat demikian.
Sementara itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga mengarahkan kerajaan dan Shafee untuk memberikan balasan jawapan kepada permohonan Anwar untuk mengetepikan sabitan jenayahnya.
Ini susulan pendedahan Sarawak Report pada 31 Mei yang mendakwa bahawa Shafee dibayar sejumlah wang daripada akaun bank yang dikawal perdana menteri.

SPRM diminta siasat dakwaan pegawai perisik tentera terima RM7 juta dari Najib

AGENSI penguatkuasa pencegahan rasuah diminta untuk menyiasat dakwaan yang ketua perisik tentera menerima RM7 bilion daripada Perdana Menteri Najib Razak beberapa minggu sebelum pilihan raya umum 2013.
Bekas juruterbang Tentera Udara Di Raja Malaysia, Zaidi Ahmad membuat laporan berkenaan di Pulau Pinang hari ini selepas dakwaan itu pertama kali didedahkan dalam laman sesawang pemberi maklumat Sarawak Report awal minggu ini.
Dakwaan itu kemudiannya dilaporkan portal berita Malaysiakini.
Laporan itu mendakwa yang seorang pegawai atasan daripada Bahagian Staf Perisikan Pertahanan menerima RM7 juta daripada Najib pada 2013.
Zaidi, bekas mejar tentera udara berkata dakwaan yang Najib membayar jutaan ringgit kepada seorang pegawai atasan tentera sebelum pilihan raya mengundang pelbagai persoalan.
Katanya lagi Najib patut menyaman Sarawak Report dan pegawai terlibat perlu membuat laporan polis sekiranya dakwaan itu tidak benar.
“Najib sebelum ini berkata yang dia menerima derma daripada keluarga di raja Arab Saudi tetapi membayar RM7 juta kepada seorang pegawai tentera beberapa minggu sebelum pilihan raya umum ke 13 menimbulkan banyak persoalan.
“Bayaran dibuat untuk perkhidmatan dan kerja. Tetapi kerja apa yang dilakukan pegawai itu sehingga membolehkan dia menerima bayaran besar? Selaku seorang pegawai atasan tentera, dia tidak dibenarkan menjalankan perniagaan lain.
“Adakah kerja itu melibatkan salah guna anggota, peralatan dan pangkalan data yang merupakan milik perkhidmatan Yang di Pertuan Agong, dan sepatunya menjadi rahsia?” kata Zaidi hari ini.
Dia juga mempersoalkan sekiranya “kerja” yang dibekalkan melibatkan apa-apa bentuk penipuan pilihan raya termasuklah pendaftaran pengundi, pemindahan dan undi anggota tentera, tentera pasukan simpanan khas, dan keluarga mereka bagi memastikan Barisan Nasional memenangi pilihan raya.
Katanya lagi, pemberian “hadiah” sama ada dalam bentuk wang atau barangan lain kepada penjawat awam ialah satu bentuk korupsi; apatah lagi kepada seorang pegawai atasan tentera yang “mengetahui banyak rahsia negara, dan mempunyai kuasa kawalan ke atas aset tentera seperti anggota, peralatan dan maklumat rahsia”.
“Bagi mendapatkan kembali keyakinan rakyat, perdana menteri perlu mengambil tindakan undang-undang kepada Sarawak Report, seperti yang dilakukan PAS baru-baru ini,” kata Zaidi.
Presiden PAS Abdul Hadi Awang baru-baru ini menyaman Ketua Pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown kerana fitnah berkenaan rencana yang mendakwa parti Islam itu menerima RM90 juta daripada Najib.

Saya akan sokong Anwar jadi PM, kata Dr Mahathir

BEKAS Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengulangi desakannya supaya bekas anak didiknya Anwar Ibrahim dibebaskan daripada penjara dan dibenarkan kembali terlibat dalam politik, menurut temubual negarawan itu bersama akhbar Britain, The Guardian hari ini.
“Dalam kes Anwar kita boleh berhujah yang dia tidak dilayan secara adil. Jelas sekali keputusan mahkamah dipengaruhi kerajaan dan saya rasa kerajaan akan datang akan mampu memujuk Agong untuk memberikan pengampunan Di Raja kepada Anwar,” kata Mahathir.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu juga berkata yang dia akan menyokong Anwar menjadi perdana menteri apabila dia dibebaskan kelak.
“Dalam keadaan dia mampu terlibat kembali dalam politik dan menjadi PM. Saya tidak ada bantahan.
Dr Mahathir yang merupakan perdana menteri sejak 1981-2003 sedang berusaha untuk menyingkirkan penyandang jawatan tertinggi negara yang diselubungi skandal sekarang, dengan menyokong lelaki yang pernah dipecatnya daripada jawatan timbalan perdana menteri dan dipenjarakan atas tuduhan liwat.
Negarawan berusia 91 tahun itu yang ketika waktu pemerintahannya dituduh memerintah secara autokrat berkata Anwar ialah mangsa dendam politik dan pentadbiran baru akan memohon pengampunan di raja bagi membolehkan Anwar kembali memasuki politik.
Peguam Anwar kini sedang berusaha untuk membebaskannya daripada penjara selepas bukti terbaru muncul mengaitkan pendakwaraya kerajaan dibayar RM9.5 juta daripada akaun bank peribadi milik Perdana Menteri Najib Razak.
Peguam terkenal yang terkait dengan dakwaan itu, Shafee Abdullah memberitahu wartawan yang dia akan memberikan maklum balas tentang perkara itu pada 9 Jun lalu tetapi sehingga kini masih belum berbuat demikian.
Sementara itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga mengarahkan kerajaan dan Shafee untuk memberikan balasan jawapan kepada permohonan Anwar untuk mengetepikan sabitan jenayahnya susulan pendedahan Sarawak Report pada 31 Mei yang mencadangkan pendakwaraya lantikan kerajaan yang berat sebelah dibayar sejumlah wang daripada akaun bank yang dikawal perdana menteri.
Kumpulan hak asasi manusia sudah lama mendakwa dakwaan jenayah terhadap Anwar mempunyai motif politik yang digerakkan musuh politiknya, termasuklah Dr Mahathir dan Najib Razak bagi mendiamkan Anwar.
Menurut The Guardian, Dr Mahathir nampaknya kini menerima yang dia melakukan kesilapan apabila tidak membenarkan Anwar “menggantikannya”, juga kenyataan yang dia memegang kuasa terlalu lama dan memilih dua pemimpin yang akhirnya mengecewakannya terutama sekali Najib yang kini diselubungi skandal kleptokrasi terbesar dunia.
Menurut saman yang difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion dicuri daripada dana pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dana itu ditubuhkan Najib ketika menjadi perdana menteri pada 2009, bermatlamat untuk menggalakkan pembangunan ekonomi Malaysia.
Sebaliknya, DoJ mendakwa yang wang 1MDB dicuri rakan Najib yang dibelanjakan secara mewah di seluruh dunia.
DoJ juga mendakwa Najib menerima AS$681 juta wang tunai daripada 1MDB. Najib sudah menafikan semua dakwaan itu, dia juga menafikan dakwaan wujudnya salah laku.

MASIHKAH ADA HARAPAN UNTUK MALAYSIA?

SUATU hari pada Disember 2016, saya berada di hab teknologi Manila, Bonifacio Global City bersama-sama tenaga kerja KRA.
Kami makan tengah hari di Wildfour, sebuah kafe bergaya, sebelum menghadiri sebuah mesyuarat.
Seorang daripada kami yang baru menukar duit di pengurup wang datang dengan muka yang kelat dan berkata: “Ringgit jatuh 10 peratus berbanding peso.”
Seorang yang lain menjawab: “Ya, ringgit pun jatuh berbanding rupiah.”
“… dan dong!”
Kami terdiam sambil menelan berita itu.
“Aduh, ini waktu yang sukar. Semua orang merungut di KL.”
Lajak ke Hari Raya Aidilfitri 2017, perayaan yang menandakan berakhirnya bulan Ramadan, kedudukan kewangan itu sudah berubah.
Ringgit sudah jadi antara mata wang yang mengalami peningkatan paling ketara di rantau ini, betul-betul 20 tahun selepas krisis mata wang Asia.
Lagi pula, untuk kali pertama dalam masa beberapa tahun, saya di Kuala Lumpur untuk beraya.
Hari raya juga, tanpa perlu dipertikaikan lagi, adalah masa untuk bermuhasabah.
Hari raya tahun ini terasa suram.
Rakyat Malaysia bergelut dengan masalah kenaikan harga barang, cukai baharu, ekonomi yang semput dan skandal yang tidak selesai.
Bagi saya, duduk sementara di sebuah rumah tidak jauh daripada kediaman tempat saya membesar, di atas sebuah bukit yang dapat melihat kota raya, timbul perasaan seolah-olah lengkaplah sudah sebuah kitaran — mengembara ke serata tempat tapi seperti tidak ke mana-mana.
Saya dihantui perasaan deja vu, bahawa sejarah — setidak-tidaknya sejarah peribadi — berulang lagi.
Saya pernah mengkagumi Thomas Friedman dan Francis Fukuyama, penulis dan sejarawan yang melaung-laungkan kemunculan sistem negara demokratik liberal yang tidak dapat ditahan-tahan lagi, yang memeluk konsep toleransi, globalisasi dan teknologi. Buku itu kini mengumpul habuk.
Saya sebaliknya menghabiskan masa terluang melihat tupai bergayutan dan burung bertenggek di pokok di sekeliling rumah, serta monyet yang bergayutan.
Hidupan liar ini sekali lagi mengingatkan saya tentang masa silam.
Sememangnya, kehidupan awam di Malaysia tidak banyak berubah.
Lebih 50 tahun lalu, seorang tokoh bernama Dr. Mahathir Mohamad menyerang kelompok elit — menuduh mereka rasuah dan salah tadbir.
Dua puluh tahun yang lalu, beliau melawan pasaran kewangan dunia dan timbalannya yang bercita-cita besar.
Hari ini, beliau masih di pentas politik nasional, melupakan tempoh 23 tahun beliau jadi perdana menteri dan melemahkan institusi negara — daripada Parlimen sampailah kepada badan kehakiman dan polis.
Dan mood di KL pula?
Meski pun ada laluan MRT yang baharu dibina (dengan stesen yang terletak entah di ceruk mana), pencakar langit yang dinamik dan jalan tol bertambah, mood di dalam negara terasa merengus dengan kebanyakan orang merungut tentang kenaikan harga makanan.
Juadah raya — hidangan tradisi rendang, lemang dan lain-lainnya — tampak lebih sederhana biarpun kemurahan hati dan keramahan rakyat Malaysia kekal utuh.
Semuanya rasa mencekik, kurang bersemangat.
Tidak hanya dakwaan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan nasib politik Perdana Menteri Najib Razak yang bermain dalam fikiran rakyat.
Ada keluh-kesah dan tuduh-menuduh apabila perbualan beralih kepada soal mata wang ringgit.
Apabila saya mencelah dan berkata “tetapi nilai ringgit sudah meningkat dan keadaan nampak bertambah baik”, komen saya tidak diendahkan. Ini menyedarkan saya bahawa penyusutan nilai mata wang pada peringkat awal itu memberikan kesan yang besar.
Tidak ada orang perasan akan peningkatannya selepas itu.
Sememangnya, harga barang yang naik akibat kemerosotan nilai ringgit tidak diselaraskan semula.
Seolah-olahnya rakyat enggan melihat sudut yang positif — satu rumusan negatif telah memerangkap mood negara, dikukuhkan pula dengan beberapa kes pembunuhan berprofil tinggi apabila seorang anak muda lelaki dibelasah mati kerana dakwaan jenayah atau berwatak lembut.
Saya mahu mengatakan bahawa semuanya berjalan lancar pada tahun 1980-an ketika saya mula bekerja.
Tetapi tidak.
Tahun-tahun 1980-an bukanlah satu era keemasan. Sebaliknya, ia zaman yang penuh dengan harapan.
Wartawan bekerja dalam sekatan yang ketat. Mereka jadi saksi kepada korupsi dan salah guna kuasa. Mereka tidak boleh menulis tentang hal tertentu manakala kelompok elit hidup dengan keistimewaan dan terasing.
Biarpun begitu, semua orang teruja dengan kemungkinan yang dijanjikan oleh masa depan.
Kumpulan kelas menengah berpuas hati dengan tukar ganti yang berlaku: segala-galanya  berkembang dengan pesat di dalam negara sehinggakan sekatan ke atas kebebasan individu dan politik jadi taruhan yang murah untuk kemakmuran.
Saya tidak fikir pada hari ini orang berkongsi pandangan yang sama seperti itu.
Di mana silapnya?
Rakyat Malaysia sedang berdepan dengan defisit keyakinan.
Pada masa lalu, kita merasakan segala-galanya akan dan boleh jadi lebih baik.
Hari ini, kita tahu itu tidak mungkin berlaku.
Inilah perbezaannya. Optimisme itu sudah hilang.
Malaysia selama ini sebuah negara masa depan yang menawarkan kemakmurannya dan sumber alam yang mewah kepada rakyatnya.

Saifuddin sanggah Azmin, dakwa Pakatan Rakyat tak lagi wujud

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution hari ini berkata, Pakatan Rakyat sudah tidak lagi wujud di Selangor pada masa ini.
Kenyataan tersebut bercanggah dengan dakwaan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali semalam yang mengatakan Pakatan Rakyat masih 'wujud' dalam kerajaan negeri.
"Anda (merujuk kepada Azmin) terus mengatakan bahawa menjalankan mandat rakyat dari Selangor yang diberikan pada pilihan raya umum 2013.
"Tetapi rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk bertanding BN/Umno.
"Apabila ada satu parti dalam Pakatan Rakyat yang kini lebih mesra kepada BN, maka tidak ada sebab meneruskan Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
"Ia adalah suatu rahsia terbuka bahawa parti itu (PAS) mengubah pendekatannya (terhadap Umno/BN)," katanya sambil menambah parti berkenaan turut mengambil pendirian berbeza mengenai isu-isu utama seperti 1MDB dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
"Tiada pakatan lain kecuali Pakatan Harapan (HARAPAN)," tegasnya.
Semalam, Azmin yang juga timbalan presiden PKR mendakwa Pakatan Rakyat wujud bersama dengan HARAPAN di negeri ini.
Walaupun DAP dan PAS telah memutuskan hubungan antara satu sama lain pada bulan Julai 2015 yang menjurus kepada pembubaran Pakatan Rakyat, PKR dan PAS masih mengekalkan hubungannya.
HARAPAN yang pada mulanya terdiri daripada DAP, AMANAH dan PKR sebelum kemudiannya disertai oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ditubuhkan pada bulan September pada tahun yang sama.

Beli saham Edra umpama tampung hutang 1MDB


Dana-dana awam tidak wajar dilibatkan dalam pembelian saham syarikat milik kerajaan China, Edra Energy di Bursa Malaysia kerana rakyat sudah serik dengan episod penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) dan tanggungan hutang-hutang 1MDB yang tidak berkesudahan.
Edra Energy terlibat dalam industri penjanaan bebas di negara ini.Malah naib presiden PKR Rafizi Ramli yakin China General Nuclear Power Corporation (CGNPC) yang memiliki Edra, pasti mampu menjual saham-saham syarikat itu kepada pelabur antarabangsa tanpa perlu bergantung kepada dana awam negara jika ianya berpotensi tinggi.
Sehubungan itu beliau mempelawa menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan untuk berdebat secara terbuka bagi mendedahkan pihak sebenar yang mensabotaj ekonomi negara.
"Panglima utama kepada Datuk Seri Najib Razak iaitu Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menuduh saya berniat jahat dan ditafsirkan beliau sebagai usaha mensabotaj ekonomi negara.
"Dalam satu tulisan semalam, Datuk Seri Rahman mendakwa penglibatan 1MDB di dalam industri penjana bebas (IPP) telah berjaya menstrukturkan kembali perjanjian pembekalan tenaga bebas agar tidak berat sebelah seperti sebelum itu.
"Tindakan serta-merta Datuk Seri Rahman menuduh saya cuba mensabotaj ekonomi negara (apabila saya menyeru supaya dana awam tidak terlibat di dalam penyenaraian Edra milik syarikat Kerajaan China) menunjukkan rasa cemas pentadbiran Datuk Seri Najib mengenai cadangan penyenaraian itu," kata Rafizi dalam satu kenyataan media.
Menurut Rafizi, perasaan cemas kerajaan BN itu sudah tentu berpunca dari kebimbangan Najib bahawa pembelian saham-saham Edra dari syarikat milik Kerajaan China oleh dana awam akan sekali lagi mengundang kemarahan rakyat.
Sehubungan itu Rafizi menjawab beberapa hujah yang diberikan Abdul Rahman tentang 'jasa' 1MDB yang menurut beliau dibuat secara tidak keruan semata-mata bagi memberi imej baik kepada syarikat pelaburan negara yang sarat hutang itu.
Jelas Rafizi, dakwaan Abdul Rahman bahawa dengan adanya Edra, perjanjian pembekalan tenaga oleh penjana bebas (IPP) menjadi lebih adil lalu harga yang dibayar oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada IPP adalah lebih murah jelas meleset kerana tarif letrik tidak turun selari dengan penurunan kos dan keuntungan TNB seperti yang didakwa.
"Jika benarlah 1MDB (melalui Edra) telah menyebabkan perjanjian IPP lebih adil dan mengurang kos menjana dan membekal elektrik kepada rakyat, kenapa tarif elektrik tidak turun selari dengan penurunan kos dan keuntungan TNB seperti yang didakwa? Sebaliknya tarif elektrik menjadi lebih tinggi sejak pembabitan 1MDB di dalam industri penjanaan elektrik bebas," ujarnya.
Beliau turut mengulas dakwaan Abdul Rahman bahawa 1MDB telah mengurangkan tanggungan subsidi gas oleh Petronas dengan bil subsidi gas Petronas bagi 2015 adalah satu pertiga dari apa yang perlu ditanggung pada 2012, membawa kepada penjimatan RM10 bilion.
Menurut Rafizi, kos subsidi gas yang ditanggung Petronas turun mendadak kerana harga minyak mentah dunia telah jatuh mendadak berbanding 2012 dan ianya tiada kaitan dengan 1MDB.
"Seluruh dunia tahu bahawa tarif elektrik masih kekal tinggi di Malaysia dan tidak pernah diturunkan (walaupun Datuk Seri Rahman mendakwa kos menjana elektrik turun mendadak kerana 'jasa' 1MDB).
"Seluruh dunia juga tahu jumlah subsidi gas yang ditanggung Petronas turun mendadak selari dengan jatuhnya harga minyak mentah; bukannya disebabkan oleh 'jasa' 1MDB," katanya.
Rafizi sebaliknya mengingatkan bahawa 1MDB terpaksa menanggung hutang yang tinggi kerana membeli aset-aset penjanaan elektrik bebas dari syarikat kroni pada harga yang lebih tinggi dari nilaian.
Aset-aset itu kemudiannya, jelas beliau dijual kepada CGNPC yang dimiliki kerajaan China walaupun TNB membidanya untuk mengurangkan hutang-hutang 1MDB.

Skandal 1MDB: Jika Puad begitu yakin, minta kerajaan dedah laporan audit 1MDB

Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man
JIKA Ketua Pengarah Badan Propaganda Kerajaan JASA, Mohd Puad Zarkashi begitu yakin bahawa tiada salah laku di dalam 1MDB, PAS mencabarnya untuk mendesak kerajaan untuk mendedahkan laporan audit 1MDB untuk dibandingkan bersama dengan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan biar rakyat menilai sendiri.
Apakah komen dan kesimpulan utama yang dibuat oleh Ketua Audit Negara mengenai audit 1MDB? Apakah laporan audit itu berjaya disiapkan dengan semua dokumen yang lengkap?
Apakah setiap transaksi kewangan 1MDB ke luar negara dapat diperiksa oleh Jabatan Audit Negara dengan pernyataan-pernyataan bank antarabangsa yang melibatkan 1MDB?
Apakah PAC dapat menemuramah Jho Low sebelum menyiapkan laporan?
Mengapa sehingga kini kerajaan Malaysia dan PM sendiri tidak memfailkan saman terhadap Sarawak Report mahupun Wall Street Journal atas fitnah-fitnah terhadap 1MDB sekiranya ia betul fitnah?
Semua persoalan di atas adalah pertanyaan biasa yang menjadi persoalan dalam kalangan rakyat.
PAS tidak berhasrat untuk menuduh sesiapa terlibat, kerana seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan ianya bersalah. Maka jawapan bagi persoalan di atas akan menjernihkan keadaan dan kecelaruan umum.

Skandal 1MDB: Kenapa salahkan Dr Mahathir, Kit Siang soal Hadi

MENYALAHKAN pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang lalu terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah justifikasi kepadanya, kata DAP susulan kenyataan terbaru Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mempertahankan firma pelaburan negara itu dan kerajaan sedia ada.
Penasihat kebangsaan parti itu, Lim Kit Siang mengecam kenyataan Hadi semalam yang menyalahkan Dr Mahathir Mohamad kerana skandal masa kini yang melibatkan 1Malaysia Development Bhd.
"(Ini) sekaligus mengatakan hanya kerana terdapat skandal di masa lalu, rakyat Malaysia tidak sepatutnya membantah skandal lain – walaupun skandal 1MDB adalah skandal kewangan terbesar dalam sejarah negara.
"Atas dasar ini, Hadi akan dapat mempertahankan dan mewajarkan semua penyalahgunaan dan rasuah kuasa oleh kerajaan Najib (Razak)," kata Lim.
Hadi berkata skandal 1MDB adalah kesan "kepimpinan melalui teladan" oleh BN sejak bertahun-tahun, dan menyalahkan pentadbiran Dr Mahathir.
Beliau juga menyebut skandal Bumiputra Malaysia (BMF), Perwaja Steel, KWSP (Tabung Simpanan Pekerja), Tabung Haji, Petronas, Bank Negara forex, Skyhawk, Maika Holdings dan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang, yang berlaku semasa pentadbiran 22 tahun Dr Mahathir.
Lim juga mengecam Hadi kerana mengulangi dakwaan yang entiti asing tidak seharusnya menyiasat mengenai 1MDB, sebagaimana dibayangkan Najib.
"Kenapa Hadi bersikap tidak adil dalam mentafsir soal 'campur tangan asing' – ia salah jika dari negara Barat tetapi boleh diterima jika dari Arab Saudi?"
Hadi mengatakan siasatan ke atas 1MDB perlu dikendalikan pihak dalam negara memandangkan kuasa asing tidak boleh dipercayai.

Presiden PAS kini pembela nombor satu Najib Razak

KUALA LUMPUR, 6 JUL: DAP hari ini mengucapkan ‘tahniah’ kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas kejayaannya memujuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjadi ketua pembelanya dalam isu skandal 1MDB.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, selepas mempertahankan Najib melalui surat terbukanya kepada semua parti politik di ambang perayaan Hari Raya, Hadi Awang sekali lagi berbuat demikian dalam kenyataannya semalam.
Kenyataan Hadi Awang itu, menurutnya, memberi gambaran seolah siri skandal yang terjadi sepanjang pemerintahan UMNO-Barisan Nasional (BN) tidak perlu diendahkan kerana parti berkenaan bergerak berlandaskan moto “Kepimpinan Melalui Teladan”.
“Atas dasar ini, Hadi akan dapat mempertahankan dan mewajarkan semua penyalahgunaan dan rasuah kuasa oleh kerajaan Najib.
“Adakah dasar ini yang Hadi mahukan untuk PAS mempertahankan malah menyelamatkan Najib dan UMNO?” katanya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah.
Hadi Awang dalam kenyataannya semalam menyalahkan kepimpinan selama 22 tahun bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai punca secara tidak langsung berlakunya skandal 1MDB.
Beliau turut menyenaraikan beberapa skandal antaranya skandal Bumiputra Malaysia (BMF), Perwaja Steel, Tabung Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji, Petronas, Forex, Skyhawk, Maika Holdings dan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang, yang berlaku semasa pentadbiran perdana menteri paling lama berkhidmat itu.

Rombakan PDRM untuk hadapi PRU - IGP

Rombakan dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat sebagai persediaan pasukan keselamatan itu menghadapi pelbagai perkembangan utama dalam negara, termasuk pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata rombakan berkenaan bertujuan memperkemaskan PDRM.
"Arahan dikeluarkan semalam. PRDM sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi Sukan SEA, PRU.
"Kalau diperhatikan rombakan atau pertukaran jawatan itu dibuat adalah ke arah itu - terutamanya untuk PRU nanti," katanya pada sidang media di Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini.
Pada 11 Jun lalu Khalid mengumumkan rombakan besar-besaran itu akan dibuat selepas sambutan Aidilfitri.
Malaysiakini melaporkan rombakan berkenaan dibuat di peringkat atasan di semua bahagian Bukit Aman.
Menurut Khalid sekurang-kurangnya 20 anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman telah pun ditukarkan.
"Peringkat bawahan JSJN kita dah mula buat beberapa pertukaran jadi ada sedikit lagi pertukaran kita akan buat.
Pada 5 Julai lalu pula PDRM mengumumkan rombakan, pertukaran dan kenaikan pangkat anggotanya membabitkan 46 jawatan.
Ia akan mula berkuat kuasa 7 Ogos ini.
Khalid menjelaskan rombakan itu adalah perkara biasa dan juga dibuat ekoran ada pegawai yang bersara.
Untuk rekod temasya Sukan SEA akan berlangsung di Kuala Lumpur mulai 19 hingga 30 Ogos ini. PRU ke-14 pula dijangka akan diadakan tidak lama lagi walaupun kerajaan mempunyai mandat untuk terus mentadbir negara sehingga suku ketiga tahun depan.

PRU13: RM7 JUTA DIBAYAR KEPADA KETUA PERISIK TENTERA - JAWAB, JAWAB, JAWAB?

Satu lagi pendedahan yang memerlukan jawapan segera, bukan saja daripada Perdana Menteri, Najib Razak, tetapi juga daripada Kementerian Pertahanan yang diketuai oleh Hishammuddin Hussein.

Belum pun Najib berani tampil dengan jawapan sebenar berhubung bayaran RM9.5 juta kepada peguam Shafee Abdullah, kini satu lagi episod "cash is king" muncul menyesakkan dada rakyat seolah-olah sejak beliau menjadi Perdana Menteri, pemberian tunai dalam jumlah jutaan ringgit bukan lagi perkara biasa.

Selain kepada Shafee, banyak lagi pendedahan pemberian wang oleh Najib terdedah kepada umum. Semua wang itu pula dikaitkan dengan dana 1MDB yang dilencongkan.

Terbaru ini, bagaimanakah seorang Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan boleh menerima RM7 juta daripada seorang Perdana Menteri?

Kenapa wang tersebut diberikan melalui cek peribadi daripada Najib sendiri kepada Ketua Pengarah berkenaan?

Apakah tujuannya? 

Adakah pemberian wang itu dalam pengetahuan Kementerian Pertahanan, Menteri Pertahanan atau Panglima Angkatan Tentera?

Kepada siapa wang tersebut diagih-agihkan dan adakah anggota perisikan Kementerian Pertahanan tahu mengenai wang tersebut?

Oleh kerana wang RM7 juta itu didakwa diberikan kira-kira sebulan sebelum PRU 2013 lalu, adakah ia mempunyai kaitan dengan  pilihanraya atau berkaitan undi-undi pos daripada tentera?

Mungkinkah ia juga berkenaan perancangan perkara lain yang melibatkan pilihanraya 2013 yang hanya Najib dan Ketua Pengarah Perisikan Tentera saja merancangnya?

Kini, persoalan juga timbul, siapa lagi yang turut menerima wang juta-juta daripada Najib?

Adakah perisikan lain juga turut menerima wang daripada Najib?

Jawab, jawab, jawab Najib...lepas bercuti di Bali dan Perth, takkan masih dengan stail lama berdiam diri lagi?

Skandal 1MDB: Tindakan DOJ memalukan, ampu MT Umno

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) tidak mendapat maklumat yang tepat apabila memfailkan saman sivil untuk merampas aset yang didakwa dibeli menggunakan wang 1MDB, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ab Aziz Kaprawi.
Menurut Aziz, saman sivil itu juga mempunyai kejanggalan ketara apabila pihak 1MDB mahupun presidennya, Arul Kanda Kandasamy tidak dipanggil untuk memberi sebarang kenyataan.
"Tindakan DOJ ingin memfailkan saman sivil ini adalah memalukan kerana bertindak melalui maklumat yang tidak tepat dan tidak sah.
"Saya ingin mempersoalkan di manakah letaknya integriti dan 'good governance' serta apakah pula SOP siasatan yang digunakan oleh DOJ melalui akta kleptokrasinya ini sehinggakan ada yang mengatakan akta ini menjadi lesen untuk merampas harta milik negara atau individu lain," kata Aziz.
Aziz merujuk saman terbaru DOJ bagi merampas aset yang didakwa dibeli menggunakan wang yang diseleweng daripada dana 1MDB.
Antara lain, jabatan itu mendakwa ahli pernigaan Malaysia, Jho Low menghadiahkan berlian merah jambu 22 karat bernilai AS$27.3 juta kepada isteri Malaysian Official 1 (MO1).
Menteri di Jabatan perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan tahun lalu dalam temubual dengan BBC memberitahu MO1 adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pada Januari tahun lalu, peguam negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan 1MDB dan SRC International Sdn Bhd.
Apandi juga mendakwa RM2.6 bilion yang ditemui dalam akaun bank Najib merupakan derma dari kerabat diraja Arab Saudi.
Sambil mempertahankan perdana menteri dan isterinya, Aziz berkata DOJ sepatutnya merujuk kepada pihak berkuasa Malaysia yang telah menjalankan siasatan dan membebaskan 1MDB daripada sebarang salah laku jenayah.
"Pihak DoJ sekiranya ingin membuka fail siasatan saman sivil ini perlu menjalankan secara menyeluruh dan bukannya sekadar menerima laporan daripada pihak yang tidak dikenali mahupun mendapat petunjuk daripada portal online yang tidak sah dan mempunyai kecenderungan terhadap parti pembangkang iaitu Sarawak Report," katanya.
Tambahnya, sejarah menunjukkan hampir semua campur tangan Amerika Syarikat telah memusnahkan keharmonian dan menjejaskan kestabilan di negara-negara tersebut.

Skandal 1MDB: Apandi dinasihati buat pendakwaan atau letak jawatan



Kredibiliti Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali dilihat ibarat telur dihujung tanduk apabila Presiden Amanah Mohamad Sabu berpandangan hanya ada dua pilihan buat Apandi membersihkan imejnya berhubung skandal kewangan terbesar membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Mohamad mendesak Apandi segera mendakwa mereka yang terlibat menyelewengkan wang 1MDB atau meletakan jawatan segera bagi memulih imej beliau sebagai peguam negara.
Mat Sabu dan Mohd Apandi Ali"Bantahan oleh peguam negara dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) berhubung dana yang diselewengkan dari 1MDB meletakkan kredibiliti beliau di hujung tanduk.
"Ini kerana beliau sepatutnya sudah bertindak tegas terhadap perompak dana syarikat pelaburan negara bersandarkan laporan tempatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
"Keengganan Tan Sri Apandi untuk memulakan tindakan undang-undang ke atas sesiapapun dari perompak dana 1MDB adalah satu tindakan yang seolah-olah cuba untuk mempertahankan perompak wang rakyat. Di mana kredibiliti beliau sebagai seorang peguam negara?," soalnya dalam kenyataan hari ini.
Ini ekoran peguam negara itu pada Jun lalu membuat kenyataan saman sivil untuk merampas aset yang didakwa dibeli menggunakan dana yang dirompak daripada 1MDB oleh DoJ hanya bermotif politik.
Apandi berkata ini kerana DoJ tidak pernah secara rasmi meminta maklumat atau penjelasan daripada Jabatan Peguam Negara (ACG).
Bagaimanapun tambah Mohamad lagi, sebagai seorang peguam negara, Apandi ujarnya, tidak bebas daripada pengaruh politik kepada pihak kerajaan.
"Selagi itu juga tiada tindakan akan diambil terhadap dana yang diselewengkan daripada 1MDB. Kredibiliti beliau sebagai seorang peguam negara sangat tercalar.
"Sekiranya Apandi seorang yang bertanggungjawab, sudah lama tindakan telah beliau ambil tanpa perlu menunggu akan 'tiga tindakan undang-undang DoJ' atas pensonglap dana 1MDB," ujarnya yang merujuk kepada Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Sharul Azrai Ibrahim Hilmi.
Ini kerana pada April 2016 lalu, PAC mengeluarkan laporan kawalan pengurusan tadbir urus 1MDB setebal 106 muka surat.
Jawatankuasa itu antara lain mengesyorkan pihak berkuasa supaya menyiasat bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, dan pihak berkaitan dengan pengurusan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu.
"Berkali-kali Pakatan Harapan dan NGO serta individu bekas institusi kehakiman negara mendesak beliau agar memulakan tindakan terhadap bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB itu.
"Laporan PAC dengan jelasnya pada muka surat 94, Jadual 15 laporan PAC, menyatakan pelbagai kesalahan Sharul termasuk memindahkan US$700juta kepada akaun 11116073 di RBS Coutts Bank Ltd, milik Jho Low pada 29 September 2009.
"Sehingga hari ini Sharul dibiarkan bebas bahkan boleh memegang jawatan penting dalam GLC yang lain," ujarnya.

1MDB, Jho Low Dan MO1 Yang Sabotaj Ekonomi Malaysia, Bukan Saya: Rahman Dahlan Patut Berani Berdebat Mengenai Penyenaraian Edra

Panglima utama kepada Dato’ Seri Najib Razak iaitu Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menuduh saya berniat jahat dan ditafsirkan beliau sebagai usaha mensabotaj ekonomi negara. Dalam satu tulisan semalam, Datuk Seri Rahman mendakwa penglibatan 1MDB di dalam industri penjana bebas (IPP) telah berjaya menstrukturkan kembali perjanjian pembekalan tenaga bebas agar tidak berat sebelah seperti sebelum itu.
Tindakan serta-merta Datuk Seri Rahman menuduh saya cuba mensabotaj ekonomi negara (apabila saya menyeru supaya dana awam tidak terlibat di dalam penyenaraian Edra milik syarikat Kerajaan China) menunjukkan rasa cemas pentadbiran Dato’ Seri Najib mengenai cadangan penyenaraian itu. Rasa cemas itu sudah tentu berpunca dari kebimbangan Dato’ Seri Najib bahawa pembelian saham-saham Edra dari syarikat milik Kerajaan China oleh dana awam akan sekali lagi mengundang kemarahan rakyat.
Maka, alasan-alasan yang diberikan untuk menunjukkan “jasa” 1MDB (melalui Edra) kepada rakyat menjadi tidak keruan. Saya tunjukkan di bawah beberapa alasan yang tidak benar dan boleh dipatahkan dengan mudah:
i. Datuk Seri Rahman mendakwa oleh kerana 1MDBlah maka perjanjian pembekalan tenaga oleh penjana bebas (IPP) menjadi lebih adil lalu harga yang dibayar oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada IPP adalah lebih murah. Akibatnya, keuntungan TNB meningkat berbanding sebelum ini.
(Rujuk perenggan: Berbanding mencatatkan kerugian dan memerlukan bantuan kerajaan sebagaimana berlaku pada masa lampau, terma dan kadar PPA yang adil di mana melibatkan 40 peratus dari kos, kini menyumbang kepada TNB yang turut mencatatkan keuntungan berbanding sebelum ini.)
Berhubung perkara ini, saya hanya ingin mengajukan satu soalan kepada Datuk Seri Rahman untuk menunjukkan bahawa alasan ini tidak benar: jika benarlah 1MDB (melalui Edra) telah menyebabkan perjanjian IPP lebih adil dan mengurang kos menjana dan membekal elektrik kepada rakyat, kenapa tarif elektrik tidak turun selari dengan penurunan kos dan keuntungan TNB seperti yang didakwa? Sebaliknya tarif elektrik menjadi lebih tinggi sejak pembabitan 1MDB di dalam industri penjanaan elektrik bebas.
ii. Datuk Seri Rahman mendakwa oleh kerana 1MDB jugalah tanggungan subsidi gas oleh PETRONAS adalah jauh lebih sedikit berbanding sebelum itu.
(Rujuk perenggan: Manakala bil subsidi gas Petronas bagi 2015 adalah satu pertiga dari apa yang perlu ditanggung pada 2012, penjimatan sebanyak RM10 bilion. Penjimatan besar ini dibelanjakan bagi pembangunan dan kebajikan yang memanfaatkan rakyat di kala kerajaan mengekalkan kadar elektrik rendah untuk semua.)
Saya tergelak membacanya kerana jelas Datuk Seri Rahman seolah-olah beranggapan rakyat jelata mudah diperbodohkan. Kos subsidi gas yang ditanggung oleh PETRONAS (kerana gas asli dijual lebih murah kepada penjana bebas berbanding harga pasaran) turun mendadak bukanlah disebabkan oleh “jasa” 1MDB seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Rahman. Subsidi gas sekarang adalah jauh lebih rendah (berbanding tahun 2012 seperti yang didakwa) adalah kerana harga minyak mentah dunia telah jatuh mendadak sekarang berbanding tahun 2012 (lihat carta harga minyak mentah Brent di bawah, harga jatuh dari sekitar USD115 setong dalam tahun 2012 kepada sekitar USD50 setong dalam tahun 2016 – 2017).


Seluruh dunia tahu bahawa tarif elektrik masih kekal tinggi di Malaysia dan tidak pernah diturunkan (walaupun Datuk Seri Rahman mendakwa kos menjana elektrik turun mendadak kerana “jasa” 1MDB). Seluruh dunia juga tahu jumlah subsidi gas yang ditanggung PETRONAS turun mendadak selari dengan jatuhnya harga minyak mentah; bukannya disebabkan oleh “jasa” 1MDB.
Seluruh dunia juga tahu bahawa 1MDB menanggung hutang yang tinggi kerana membeli aset-aset penjanaan elektrik bebas dari syarikat kroni pada harga yang lebih tinggi dari nilaian. Seluruh dunia tahu aset-aset itu kemudiannya dijualkan sepenuhnya kepada syarikat milik Kerajaan China (iaitu China General Nuclear Power Corporation atau CGNPC) walaupun TNB membidanya untuk mengurangkan hutang-hutang 1MDB.
Kini, apabila CGNPC ingin menyenaraikan Edra (yang dibeli dari 1MDB) bagi tujuan mengutip kembali RM5 bilion dari jumlah asal RM9.83 bilion yang dibayar kepada 1MDB, ia samalah seperti rakyat Malaysia yang menanggung hutang 1MDB buat kali kedua jika saham-saham itu dibeli oleh dana-dana awam yang dimiliki rakyat seperti KWSP, KWAP, Tabung Haji, PNB, PERKESO dan Khazanah.

Ezam keluar parti buat kali kelima

Pengalaman Isteri Tun Mahathir (Tun M) Merempit Bersama Tok Penghulu Sebagai Doktor

Najib Razak Dengan Tenangnya Bercuti DI Bali Guna Jet Kerajaan

Wan Azizah: Desak Najib Razak Mengadakan Sidang Dewan Rakyat Tergempar Berikutan Isu Terkini 1MDB

Mengapa cemburu terhadap Pakatan Harapan?



Membaca tulisan Naib Presiden Pas, Haji Idris Ahmad yang berasa pelik apabila Pakatan Harapan ingin menawan Kelantan, bukan negeri lain yang ditadbir Umno, saya juga turut berasa pelik bagaimana Idris boleh membuat kesimpulan begitu, Pakatan Harapan telah bergerak pantas di setiap negeri termasuk Johor, Kedah, Perlis , dan lain lain negeri dalam usaha untuk merampas kekuasaan kerajaan negeri dari tangan Barisan Nasional.
Pas KelantanDisebut "hendak menawan Kelantan" adalah kerana majlis itu diadakan di Kelantan dan dihadiri ramai pengunjung dari negeri Kelantan, maka wajarlah disebut sebut dalam majlis itu, usaha Pakatan untuk menawan Kelantan dari Pas, dan jika majlis itu diadakan di Johor, tentu sahaja kita akan menyebut usaha dan hasrat kita untuk menawan Johor.
Idris juga membuat tohmahan DAP akan menentukan hala tuju Pakatan Harapan berbekal ucapan Lim Kit Siang yang "istiharkan" Husam Musa, bekas orang kanan almarhum Tuan Guru Nik Aziz, sebagai menteri besar yang baru sekiranya Pakatan berjaya menawan Kelantan pada PRU yang akan datang. Hakikatnya "pengistiharan" Husam sebagai Menteri Besar sekiranya Pakatan menang di Kelantan adalah "sihir politik" sebagaimana telah disebut penulis politik terkenal, Mohd Sayuti Omar.
Pengistiharan Husam sebagai menteri besar adalah sama seperti pengistiharan Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah jika Umno menangi Kedah pada PRU13, iaitu bertujuan untuk menarik sokongan dan keyakinan rakyat dengan membawakan ikon besar sebagai pemimpin negeri, strategi ini ternyata berjaya di Kedah apabila Umno berjaya menawan Kedah kembali dari tangan Pas, maka bagaimana pembacaan politik Idris begitu cetek untuk membaca tindakan Lim Kit Siang itu?
Tohmahan DAP yang menentukan hala tuju Pakatan adalah tohmahan membabi buta yang dibuat dengan niat jahat demi kepentingan politik Pas dan Umno, DAP adalah kompenen Pakatan Harapan yang meletakkan paling sedikit calon dalam pilihan raya, tiada asas sedikit pun tuduhan itu melainkan ia hanya mengulangi tuduhan Umno terhadap Pakatan Rakyat yang disertai Pas satu ketika dahulu.
Idris turut persoalkan, adakah jika Pakatan Harapan menang di Kelantan, adakah Pakatan akan kekalkan Enakmen Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) dan adakah semua syiar islam dan program berciri islam akan dikekalkan, atau sebaliknya menjadi seperti Terengganu selepas UMNO merampas kerajaan Terengganu dari Pas pada 2004, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 disimpan begitu sahaja.

‘HUSAM GOPOH MAHU JADI MENTERI BESAR’ SEMBANG MOHD AMAR

KOTA BHARU 5 Julai – Naib Presiden PAN, Datuk Husam Musa disifatkan terlalu gopoh mahu menjadi Menteri Besar Kelantan meskipun parti diwakilinya belum menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, sesiapapun termasuk Husam berhak memasang impian untuk menjadi Menteri Besar, namun perkara itu tidak akan menjadi kenyataan jika partinya tidak menang dalam pilihan raya.
Selain itu, katanya, calon Menteri Besar juga perlu mendapat restu istana, bukan sekadar restu DAP semata-mata.
“Sebenarnya mana-mana parti yang menang boleh menamakan calon Menteri Besar. Sehubungan itu, kalau nak jadi Menteri Besar, pastikan parti kita menang dulu.
“Janganlah sampai kahwin pun belum tiba-tiba sudah ada nama anak,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Exco Kerajaan Pas Kelantan, di sini hari ini.
Dalam ceramah Pakatan Harapan di Dewan Perniagaan Cina di sini baru-baru ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menamakan Husam sebagai Menteri Besar jika pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Semalam, Husam dilaporkan sedia menerima pencalonan tersebut selain mencabar Pas Kelantan mengikut jejak langkah DAP menamakan calon Menteri Besarnya sendiri.
Mengulas lanjut, Mohd. Amar berkata, Husam mungkin ‘mengigau’ apabila melontarkan cabaran tidak kena pada tempatnya.
“Buat apa kita mahu menamakan calon Menteri Besar. Sekarang kita kerajaan, jadi Menteri Besar yang ada sekarang itulah Menteri Besar kita.
“Lagipun beliau (Datuk Ahmad Yakob) masih berupaya menjalankan tugas dengan baik. Beliau juga dipilih sendiri oleh Allahyarham Tuan Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dan direstui istana. Bukan macam Husam yang dicadangkan Kit Siang sahaja,” katanya.

LAPORAN AUDIT: WONG CHEN SERANG BALIK KERAJAAN S’GOR


Ahli Parlimen Kelana Jaya dari PKR, Wong Chen mendedahkan laporan audit pejabatnya bersama-sama dokumen sokongan kepada umum selepas perbelanjaan komuniti kawasannya dibekukan oleh kerajaan Selangor.
Beliau berkata, pihaknya menulis surat kepada kerajaan negeri untuk mendedahkan laporan itu sekali lagi sekiranya tidak mendapat jawapan berkenaan pembekuan akaun tersebut menjelang 30 Jun yang lalu.
“Pejabat saya berdepan lima bulan yang amat sukar. Kami terlibat dalam pertikaian dengan kerajaan negeri Selangor mengenai isu audit.
“Ada yang bertanya, mengapa saya dedahkannya kepada umum? Saya uruskan pejabat secara bersih…Semua kertas kerja yang kami sediakan mengenai dasar awam berkisar mengenai akauntabiliti dan ketelusan.
“Saya ingin teruskan ini, ketepikan privasi saya mengenai perkara ini…Adalah menjadi kewajipan saya untuk menyelesaikannya secara terbuka dan telus,” katanya dalam video yang dimuat naik ke Facebooknya, hari ini.
Beliau kemudian memuat naik beberapa siri catatan mengenai isu itu termasuk senarai soalan-soalan lazim (FAQ), garis masa audit dan pembekuan perbelanjaan komuniti serta pautan kepada imbasan salinan laporan audit dan surat antara pejabatnya dengan kerajaan negeri.
Wong Chen sebelum ini mendakwa di laman Facebook pada 23 Mei yang lalu bahawa audit ke atas pejabatnya oleh perbendaharaan negeri Selangor dilakukan secara tidak wajar kerana tidak menghubungi pejabatnya sepanjang proses itu.

Amanah lebih mirip kepada DAP sembang UMNO

Ketua Penerangan Umno Selangor, Datuk Zein Isma Ismail mendakwa Parti Amanah Negara (Amanah) lebih mirip kepada DAP dan jauh menyimpang dari acuan Pas.
Katanya, walaupun pemimpin Amanah pernah bersama Pas suatu ketika dahulu, namun pengaruh DAP ternyata lebih kuat dalam parti berkenaan.
Zein Isma “Sebagai contoh, mengikut perlembagaan Pas, pemegang jawatan tertinggi dalam Pas iaitu presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden dan 18 ahli jawatankuasa kerja hendaklah dipilih dalam Muktamar Tahunan Pas setiap dua tahun sekali.
“Mengikut perlembagaan DAP pula, pemegang tertinggi iaitu pengerusi, timbalan pengerusi, lima naib pengerusi, setiausaha agung dan bendahari hendaklah dilantik oleh 20 Ahli Jawatankuasa Tertingg parti dalam Kongres Kebangsaan DAP setiap tiga tahun.
"Ternyata jawatan tertinggi Amanah dipilih mengikut kaedah seperti DAP iaitu 25 Ahli Jawatankuasa Tertinggi dalam Kongres Kebangsaan setiap tiga tahun melantik presiden, timbalan dan tiga naib presiden,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Justeru beliau menimbulkan persoalan adakah Amanah layak diberikan kepercayaan memartabatkan Islam di negera ini.
“Perlembagaan DAP jelas bertentangan dengan syariat Islam. Apakah Amanah bersama rakan dalam Pakatan Harapan mampu menghalang agenda besar DAP untuk mensakularkan negara ini?
“DAP ibarat abang sulong dalam Pakatan Harapan. Adik -adik yang masih baru, muda dan tidak kuat, pastinya perlu dibantu oleh abang long. Jika abang long yang membiayai kewangan adik, apakah adik berani melawan kehendak abang long?”solanya.

Panglima kenit Najib buka langkah, Zhuge Liang DAP sekadar tersengih

Ada sesuatu yang sangat tidak kena dengan kempen terbaru pejabat Perdana Menteri dalam memetik kembali isu pembatalan pendaftaran DAP serta ‘ugutan’ larangan menggunakan lambang roket dalam pilihanraya umum akan datang.
Bukan ugutan itu yang tidak kena, tetapi cara ia disampaikan, agak sedikit meresahkan. Ancaman-ancaman demikian memang tidak asing lagi. DAP memang makan ancaman dengan telur separuh masak setiap pagi. Maka ia tidak hairan.
Yang buat kita hairan sebenarnya ialah, apa kejadah yang Tengku Sariffuddin ini gigih betul menyerang dengan kenyataan media tengah-tengah malam selepas deadline akhbar cetak, dan ditulis pula dalam bahasa Inggeris.
Untuk sedikit konteks, Yang Mulia Setiausaha Akhbar PM ini bertindak mengeluarkan suatu kenyataan akhbar lewat tengah malam 1 Julai, sekitar jam 11 malam; bagi menjawab beberapa bacaan politik Zhuge Liang DAP merangkap Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong. (Sila google sendiri siapa itu Zhuge Liang)
Chin Tong, pada petang Jumaat lalu, mengeluarkan analisa tentang kegagalan perancangan Najib Razak. Analisa panjang lebar tersebut antara lain mendedahkan maklumat yang telah sampai kepada beliau tentang keyakinan Najib Razak untuk membubarkan Parlimen pada bulan September atau Oktober.
Bahkan Najib begitu yakin sehingga sanggup menggugurkan beberapa orang Menteri Besar, Ketua Menteri dan menteri-menteri senior UMNO dalam pilihanraya umum akan datang. Tujuh kesemuanya, kata Chin Tong.
Namun, punyalah terlebih yakinnya Najib Razak ini sehingga beliau ingin cuba menukar kepala kerajaan di Sabah, Johor dan Melaka. Malah berani untuk mengenepikan anggota kabinetnya sendiri, termasuk Timbalannya Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Mansor.
Dahi Zahid Hamidi ditunjal apabila sepupu Najib sendiri diangkat sebagai ‘Menteri Tugas-tugas Khas’ April lalu. Dan pergelutan di Jabatan Perdana Menteri pun mula rancak.
Itu antara lain bacaan politik Chin Tong yang pastinya dibuat hasil maklumat yang beliau cerna daripada sumber-sumber dalam dan luar UMNO yang kini sedang menyaksikan acara laga lembu paling senyap dalam sejarah politiknya. Gerombolan yang telah keluar UMNO dan masuk parti cap bunga raya pimpinan Tun Dr Mahathir pastinya telah mencurahkan isi hati dan perut masing-masing kepada sang Zhuge Liang, dan beliau pun menyusun bacaan politiknya.
Bacaan tersebut telah menyentap urat hati Perdana Menteri pastinya. Jika tidak, masakan beliau yang sedang tenang bercuti di Bali (dan kemudian khabarnya di Perth) perlu menyuruh Setiausaha Akhbarnya supaya membuat serangan tengah malam 1 Julai terhadap bacaan politik Chin Tong itu.
Seperti biasa, apabila UMNO diserang, yang disuruh menampan serangan adalah panglima-panglima kenit dahulu. Sedang seronok beraya, disuruh tulis sekeping kenyataan media lima perenggan buat menangkis dakwaan panjang lebar dengan berbekalkan taktik lama, menjawab soalan dengan soalan lain.
Sariffuddin menyuruh Chin Tong berhenti menyebarkan ‘berita palsu’ tentang kerajaan pada perenggan pertama. Kemudian disuruh tumpu kepada persoalan sama ada DAP akan dibenarkan mengguna pakai lambang roket pada PRU akan datang.

Reaksi terkini rakyat terhadap skandal 1MDB beri harapan untuk perubahan

KETIKA Tony Pua menerajui kempen terbaru skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini, pemimpin Pakatan Harapan (PH) itu mendedahkan kekecewaan terbesarnya dalam perjuangan selama tujuh tahun ini.
Ia bukanlah mengenai hakikat Kabinet negara yang terus mempertahankan Perdana Menteri dan penasihat 1MDB Najib Razak, ataupun tiadanya dakwaan terhadap jenayah yang dikatakan berlaku dalam firma pelaburan negara dibebani hutang itu.
Bagi Pua, kekecewaannya ialah sikap rakyat Malaysia yang tidak cukup marah atas keseriusan dan skala skandal yang berlaku untuk memaksa Najib meletak jawatan.
Dianggarkan 1MBD kehilangan hampir RM39 bilion dalam tempoh lima tahun kerana penipuan dan salah urus. Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mendakwa kira-kira AS$4.5 bilion dicuri daripada dana itu.
Walaupun dunia terkejut dengan pendedahan bagaimana wang itu didakwa dicuri dan dibelanjakan oleh individu terdekat dengan Najib, ia masih tidak mencukupi untuk rakyat Malaysia bersuara mengenainya, kata Pua.
Sebaliknya, pada masa sama pembongkaran 1MDB berlaku, protes besar-besaran di Brazil, Thailand dan Korea Selatan bagi menjatuhkan presiden dan perdana menterinya atas skandal rasuah mereka sendiri.
"Di Korea Selatan, presidennya terpaksa meletakkan jawatan atas jenayah yang jauh lebih kecil berbanding 1MDB," kata Pua mengenai Park Geun-hye yang dipaksa berundur berhubung skandal derma politik yang melibatkan pembantunya.
Di Brazil, presiden Dilma Rousseff ditahan pada September 2016, selepas perbicaraan mahkamah selama 10 bulan, di mana beliau menafikan tuduhan memanipulasikan bajet negara.
Walaupun 1MBD tidak langsung membabitkan Najib, siasatan mendedahkan kira-kira AS$732 juta wang yang disalahgunakan daripadanya berakhir di dalam akaun bank peribadinya.
(Nota: Jumlah wang 1MDB yang masuk ke akaunnya adalah AS$732 juta secara berperingkat, AS$681 hanyalah sebahagian daripadanya).
Najib menafikan semua salah laku dan mendakwa ia sumbangan daripada kerajaan Arab Saudi.
Tetapi kurangnya tindakan daripada rakyat Malaysia mengecewakan Pua.

Pertemuan Dr Mahathir-Nurul Izzah di London dijangka selesai kemelut pimpinan PH

Pertemuan Dr Mahathir-Nurul Izzah di London dijangka selesai kemelut pimpinan PH
(Dari kiri) Dr Mahathir Mohamad, Nurul Izzah Anwar dan Siti Hasmah Mohd Ali semasa pertemuan di London awal minggu ini. Dr Mahathir dan Nurul Izzah bertemu bagi menyelesaikan masalah kepimpinan yang melanda Pakatan Harapan. 
KEMELUT kepimpinan Pakatan Harapan (PH) dijangka selesai seawal minggu ini selepas perbincangan berlaku di antara Nurul Izzah Anwar dan Dr Mahathir Mohamad di London baru-baru ini.
Difahamkan, pertemuan itu adalah untuk menyelesaikan isu berbangkit dalam gabungan pembangkang PH.
“Pertemuan berjalan dengan baik,” kata Nurul Izzah yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai kepada The Malaysian Insight.
“Kami berbincang mengenai masa depan Malaysia dan komitmen terhadap agenda reformasi.”
Naib presiden PKR itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut apabila ditanya tentang apakah persetujuan yang dicapai di antaranya dan Dr Mahathir berhubung senarai pimpinan PH.
Senarai pimpinan termasuk pengerusi dan presiden diperlukan untuk PH berdaftar secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS) supaya boleh menggunakan satu logo dan bendera pada pilihan raya umum akan datang.
“Sila tunggu mesyuarat rasmi PH yang akan diadakan tidak lama lagi. Kami akan umumkan ketika itu,” kata Nurul Izzah.
The Malaysian Insight difahamkan, pimpinan tertinggi PH akan bertemu minggu ini bagi menyelesaikan isu yang menyebabkan penyokong gabungan dan aktivis kecewa.
Pertemuan di antara Nurul Izzah dan pengerusi Bersatu itu berlangsung pada Isnin.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berada di London untuk bertemu dengan peguam ayahnya Anwar Ibrahim manakala Dr Mahathir pula bagi tujuan menyambut Aidilfitri bersama anak dan cucunya.
Seorang lagi pemimpin Husam Musa mengatakan PH akan mengumumkan senarai pimpinan selepas Dr Mahathir pulang dari London tidak lama lagi.
“PH akan bermesyuarat terlebih dahulu dan umumkan senarai pimpinan selepas itu,” katanya yang juga naib presiden Amanah.
Sebelum ini dilaporkan PH beberapa kali menangguhkan pengumuman senarai pimpinan mereka selepas sebahagian pemimpin PKR dikatakan tidak bersetuju dengan cadangan menamakan Dr Mahathir sebagai pengerusi.
Gabungan pembangkang itu terdiri daripada PKR, DAP, Amanah dan Bersatu dan keputusan atas nama PH dibuat secara konsensus.

Amanah 'anak kandung' yang derhaka, kata PAS

Teruk sangat ke SPAD ni ??

MEMANG SAH!! Penerimaan 9.5JUTA Oleh Shafe Abdullah Punya Kaitan DgnTangan Ghaib Penjarakan Anwar

PAS Tak Ada Wakil Rakyat Berkualiti Di Parlimen - Prof Dr. Muhammad Agus Yusoff