Rabu, 5 Julai 2017

Defisit optimis – apa yang jadikan rakyat Malaysia tidak gembira?

Defisit optimis – apa yang jadikan rakyat Malaysia tidak gembira?
Rakyat Malaysia semakin pesimis tentang masa depan negara sudah tidak lagi mengharapkan keadaan akan bertambah baik. 
DISEMBER 2016 di pusat teknologi Manila, Bonifacio Global City.
Ramai orang sedang menikmati minum pagi di Wildflour- sebuah kafe sarapan yang meningkat naik- sebelum mendepani urusan harian. Seseorang daripada khalayak yang ramai di situ baru kembali daripada penukar wang dengan muka kelam. “Ringgit jatuh 10% berbanding peso Filipina.”
Yang lain turut berkata:
“Ya juga jatuh berbanding rupiah (Indonesia).”
“...dan dong (Vietnam)!”
Ada jeda senyap ketika khabar itu mula diserap fikiran.
“Waktu sukar. Semua orang merungut di Kuala Lumpur.”
Masa bergerak pantas ke musim Hari Raya Aidilfitri tahun ini, dan situasi kewangan nampaknya turut berubah. Ringgit menjadi salah satu mata wang rantau ini yang paling kukuh- tepat 20 tahun selepas krisis kewangan Asia.
Raya juga masa untuk merenung jauh. Tetapi musim perayaan tahun ini nampaknya suram sekali.
Walaupun mata wang semakin kukuh, rakyat Malaysia masih bergelut dengan kenaikkan harga barang, cukai baru, ekonomi yang turun naik dan skandal yang tiada penghujung.

ISU SAMAN DOJ & 1MDB LEBIH BESAR DARIPADA BANGKAI GAJAH

Laporan terbaru daripada Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat tentang isu penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah menimbulkan pelbagai reaksi rakyat Malaysia yang tidak lekang menceritakannya meskipun di hari lebaran sewaktu kunjung-mengunjung sanak saudara dan teman.

DoJ sudah masuk kali ketiga memfailkan saman sivilnya, selepas kali pertama melakukannya pada 20 Julai 2016 yang lalu. Langkah saman sivil telah memberikan kesan yang sangat besar dan boleh dianggap sebagai skandal terbesar di abad ini. Langkah ini dilakukan bagi melindungi kewangan AS dan sistem perbankan di bawah Jabatan Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi sambil menggunakan aset yang dirampas untuk mengembalikan manfaat kepada pihak yang menanggung kerugian, dalam aspek ini rakyat Malaysia.

Menurut DoJ, makna 'penyitaan sivil' (civil forfeiture) adalah sebuah proses undang-undang di mana pihak berkuasa undang-undang akan merampas aset-aset daripada pihak yang disyaki terlibat dalam perlakuan jenayah atau aktiviti yang menyalahi undang-undang. Tindakan penyitaan ini tidak semestinya menyebabkan pemilik harta tersebut didakwa, paling utama ialah harta-harta yang diperoleh secara haram akan disita oleh kerajaan Amerika Syarikat di bawah undang-undang tertentu.

Baru-baru ini ketika bulan Ramadan, DoJ telah memfailkan saman sivil ketiganya berkaitan 1MDB dan mendakwa sejumlah dana AS$4.5 bilion (RM19.3 bilion) telah diselewengkan, kini mereka dalam proses merampas aset AS$1.7 bilion (RM7.3 bilion) yang didakwa dicuri daripada 1MDB.
Turut disenaraikan ialah sejumlah 28 barangan kemas lain yang didakwa dibeli untuk isteri Malaysian Official 1 (MO1), termasuklah rantai berlian merah jambu 22 karat yang bernilai AS$27.3 juta. MO1 ialah Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia seperti yang disahkan oleh Dato’ Abdul Rahman Dahlan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Jikalau ini hanya sekadar satu skrip rekaan atau fitnah semata seperti mana yang sering disuarakan oleh pimpinan Umno BN, mengapa DoJ begitu terperinci dan teliti untuk menyenaraikan barang-barang yang dibeli dengan duit curi itu?

Suara-suara sumbang sebagai jurucakap pembela kerajaan kleptokrasi (perompak, penyangak dan pencuri) hanya boleh berterusan berbohong bagi menyembunyikan pembohongan demi pembohongan serta penipuan yang sedang didedahkan satu persatu di merata dunia sedangkan di dalam negara sendiri 'tiada kes'. Skandal 1MDB begitu besar impaknya kerana telah melibatkan banyak negara termasuklah Singapura, Switzerland, Amerika Syarikat dan beberapa negara lain.

Baru-baru ini saya telah ditemuramah oleh AlJazeera yang bertanyakan tentang kesan skandal 1MDB terhadap negara. Saya katakan dengan tegas bahawa kesannya amat buruk terutama apabila dana terbesar Malaysia telah disedut dan diselewengkan kepada pelbagai pihak sedangkan sepatutnya ia memberi manfaat kepada rakyat. Yang terkini, menurut laporan oleh Wall Street Journal, syarikat-syarikat yang berkait dengan Duta Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke AS dipercayai telah menerima AS$66 juta daripada akaun pesisir pantai yang terkandung wang yang didakwa diselewengkan daripada dana 1MDB. Ini amat mengejutkan! Pelbagai pihak dalam dan luar negara telah menangguk di air keruh!

Tindakan DoJ bertepatan kerana dipercayai wang 1MDB telah diselewengkan di dalam negara mereka dan melanggar undang-undang negara tersebut. Oleh itu, AS mempunyai hak untuk bertindak dalam kerangka dan bidang kuasa mereka kerana kesalahan telah dilakukan di dalam negara mereka.

Apa yang sebenarnya menyakitkan hati dan malang buat rakyat Malaysia ialah berbilion ringgit yang dicuri ini bukan digunakan untuk membantu rakyat tetapi bagi kegunaan sendiri dan beberapa kroni. Yang kaya bertambah kaya, rakyat semakin terhimpit dengan kos sara hidup yang semakin menggunung tingginya. Terlajak perahu boleh diundur, namun terlajak perbuatan menyesal sehingga ke akhirnya.

Keputusan Datuk Seri Najib Razak memecat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kemudiannya menggantikan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail serta pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat aktif dalam penyiasatan dan pembongkaran 1MDB memberi petunjuk jelas akan konspirasi cubaan untuk menutup skandal ini.

Sepatutnya Malaysia sebagai sebuah negara Islam turut mengambil tindakan yang sama bagi mencegah kemungkaran (kecurian, penyelewengan) daripada terus berleluasa. Namun, sewaktu kes 1MDB dibuka, apa sudah terjadi kepada Muhyiddin dan Gani Patail? Bagaimana keadilan hendak diangkat?

Saya begitu yakin rekod negara kecil dengan sejarah jenayah kewangan terbesar dunia akan terus dipegang oleh negara kita untuk tempoh yang sangat panjang sekiranya mereka yang terlibat secara berterusan mengunci mulutnya tanpa memberikan penjelasan kepada negara tentang skandal ini.

Akibat tajaan jemaah haji oleh 1MDB, prof tunggu 44 tahun lagi

Penganalisis politik Prof Ahmad Atory Hussain mempersoalkan dan mendakwa tindakan kerajaan menaja ketua kampung dan imam muda menunaikan fardu haji menerusi tajaan 1MDB.
Kata Atory, kerajaan seharusnya mengutamakan golongan lebih berusia berbanding imam muda kerana mereka sudah menunggu begitu lama untuk melaksanakan rukun Islam kelima itu.
Malah katanya, namanya hanya akan terpilih melaksanakan ibadah haji ketika berusia 110 tahun.
“Saya dah minta empat kali untuk laksanakan haji, tapi kalau ikut masa saya lagi 44 tahun baru boleh dapat. Saya sekarang berusia 66 tahun. Pada adatnya tak dapat lah, kalau 100 tahun kita tak ada dahlah.
“Saya rasa 1MDB bagi ruang, kebanyakan calon muda yang dapat. Saya rasa terkilan jugalah, kalau umur (yang pergi haji) tu sebaya saya, tak apalah. Tapi sekarang ini imam dan ketua kampung mana ada yang tua-tua,” katanya kepada Malaysiakini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir tahun lalu memaklumkan tempoh menunggu bagi melaksanakan haji dilanjutkan daripada 72 tahun kepada 82 tahun berikutan peningkatan mereka yang berdaftar dengan Lembaga Tabung Haji (TH).
Semalam Malaysiakini menyiarkan ulasan penulis Subky Latif bertajuk Bertuahnya 'Haji 1MDB' dan Atory melahirkan kekesalannya di ruangan komen tulisan tersebut.
“Saya yang dah empat kali buat rayuan pun tak ada jawapan dari Tabung Haji. Umur dah lanjut dekat tujuh siri.
“Nak kata tak ada sumbangan rasanya tak lah teruk sangat, boleh bertanding mereka yang dah dapat pergi tu, alasan belum sampai seru,” tulis bekas Pensyarah Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM) itu.
1MDB menaja seramai 5,711 ketua kampung, imam, guru tahfiz dan tok batin di seluruh negara melalui Program Khas Perdana Menteri-Yayasan 1MDB dengan kos lebih RM56 juta sejak 2011.

Rafizi berniat jahat, sabotaj ekonomi M'sia sembang Rahman Dahlan

Rafizi Ramli sekali lagi melampaui batas dengan menggesa dana di Malaysia untuk memboikot cadangan penyenaraian Edra Power Holdings Sdn Bhd (Edra) di Bursa Malaysia dan mengaitkan Edra dengan 1MDB.
Melalui Edra, 1MDB berjaya melengkapkan sasarannya untuk melakukaN pembaharuan terhadap industri Penjana Kuasa Bebas (IPP) di mana pihak pembangkang sebelum pembaharuan ini berulang kali mengatakan perjanjian konsesi adalah berat sebelah kepada syarikat konsesi.
Ironinya, perjanjian konsesi berat sebelah itu ditandatangani ketika pentadbiran bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini bersama pembangkang dan rakan seperjuangan Rafizi.
Untuk mengimbau kembali, selepas 1MDB menyertai perniagaan IPP, kerajaan telah memulakan tender terbuka pertama bagi Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) pada September 2012.
1MDB secara konsisten menawarkan bidaan paling rendah bagi pembaharuan PPA sekaligus membantu mewujudkan bidaan lebih rendah di kalangan pembida lain.
Penjimatan dari 1MDB
Hasil dari usaha itu, kebanyakan PPA yang sebelum ini adalah berat sebelah kini lebih adil malah analisa bank pelaburan turut mengesahkan dalam laporan mereka, perjanjian menyebelahi syarikat konsesi bagi IPP hanya tinggal sejarah.
Untuk makluman Rafizi, penjimatan dari kadar PPA yang lebih adil kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan subsidi gas Petronas sekaligus kepada kerajaan, diunjurkan bernilai hingga RM200 bilion bagi tempoh 20 tahun akan datang.
Hasil dari usaha ini amat ketara hari ini. Berbanding mencatatkan kerugian dan memerlukan bantuan kerajaan sebagaimana berlaku pada masa lampau, terma dan kadar PPA yang adil di mana melibatkan 40 peratus dari kos, kini menyumbang kepada TNB yang turut mencatatkan keuntungan berbanding sebelum ini.
Manakala bil subsidi gas Petronas bagi 2015 adalah satu pertiga dari apa yang perlu ditanggung pada 2012, penjimatan sebanyak RM10 bilion.
Penjimatan besar ini dibelanjakan bagi pembangunan dan kebajikan yang memanfaatkan rakyat di kala kerajaan mengekalkan kadar elektrik rendah untuk semua.
Itu antara sebab mengapa sejak 2013, pembangkang tidak lagi bercakap mengenai perjanjian berat sebelah IPP berikutan kerajaan hari ini telah menyelesaikan masalah legasi yang bertahun lamanya melalui 1MDB.
Tender terbuka antarabangsa
Lanjutan dari itu, Edra telah dijual oleh 1MDB kepada pelabur asing melalui tender terbuka antarabangsa. Hari ini, 1MDB tidak lagi mempunyai sebarang kaitan perniagaan dengan Edra.

DoJ campur tangan asing: Hadi cipta persepsi Islam sokong kleptokrasi global



Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengelirukan penyokong dan rakyat dengan mencipta persepsi salah, bahawa agama Islam kononnya menyokong Malaysia menjadi “kleptokrasi global”, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Ini berhubung kenyataan Abdul Hadi yang membidas tindakan saman sivil ketiga Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) mengaitkan 1Malaysia Developent Berhad (1MDB) sebagai campur tangan asing.
“DAP tidak menyokong sebarang campur tangan asing terhadap hal ehwal domestik Malaysia tetapi kita tidak boleh membiarkan negara berterusan menjadi kleptokrasi global.
“DAP berdiri atas pendirian ini kerana tidak ada satu agama pun yang menyokong rasuah dan atau kleptokrasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini dilapor Roketkini.
Abdul Hadi  seperti dilaporkan media sebelum ini membantah pihak yang didakwanya konon membuka ruang campur tangan asing dalam kemelut 1MDB.
Timbalan Presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man kemudiannya mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan Abdul Hadi.
“Kegagalan institusi penguatkuasaan negara kita untuk menyiasat dan bersikap telus dalam skandal 1MDB membuka ruang kepada pihak lain yang sudi menyiasat skandal 1MDB,” kata Tuan Ibrahim seperti dilaporkan media.
Tuan Ibrahim dilaporkan turut mahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat secara terperinci skandal 1MDB.
Mengulas mengenainya Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, berkata, tindakan Abdul Hadi bersama Umno dalam mengabaikan nilai dan prinsip Islam yang menentang rasuah dan kleptokrasi amat menyedihkan dan dianggap sebagai tragedi politik.
“Setahu saya, Hadi tidak pernah sekalipun menyatakan kebimbangannya terhadap gelaran kleptokrasi yang terpalit terhadap negara ekoran skandal 1MDB yang dicetuskan Najib,” ujarnya.

Mahkamah halang SPR teruskan persempadanan semula


Mahkamah halang SPR teruskan persempadanan semula
Menteri Besar Selangor Azmin Ali menyifatkan keputusan mahkamah itu kejayaan kepada rakyat Selangor dan Malaysia bagi menjaga hak mereka sebagai pengundi. 
SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) tidak boleh menghantar laporan persempadanan semulanya kepada perdana menteri tanpa melibatkan Selangor, putus Mahkamah Tinggi hari ini.
Hakim Azizul Azmi Adnan berkata yang dia hanya meluluskan permohonan injuksi Selangor kerana SPR tidak bersetuju dengan tafsiran pemohon tentang Seksyen 8 yang berkata hanya satu laporan boleh dihantar kepada perdana menteri tentang persempadanan semula.
“Laporan SPR tidak boleh mengecualikan Selangor,” katanya hari ini selepas mendengar pemohon daripada SPR dan kerajaan Selangor di Kompleks Mahkamah Jalan Duta petang ini.
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata keputusan itu merupakan kemenangan besar kepada Selangor dalam usahanya untuk mencabar persempadanan semula negeri itu yang dilakukan SPR di mahkamah.
“Ini kemenangan kepada rakyat. Bukan hanya rakyat Selangor tetapi rakyat negara ini bagi menjaga hak mereka selaku pengundi,” katanya.
Kerajaan Selangor memohon injuksi pada 25 April lalu, bagi menghalang SPR daripada meneruskan aktiviti kedua persempadanan semula di Semenanjung sehingga mahkamah membuat keputusan.
Ia juga menuntut supaya mahkamah mengeluarkan arahan untuk menghalang SPR daripada menghantar laporan kepada Perdana Menteri Najib Razak yang menurut Perlembagaan Persekutuan perlu membentangkan hasil laporan itu di Dewan Rakyat untuk diluluskan.
Azmin yang juga merupakan timbalan presiden PKR sebelum ini berkata tindakan SPR mengeluarkan notis kedua bagi melaksanakan aktiviti persempadanan semula melanggar Perkara 113 (6) Perlembagaan Persekutuan.
Peruntukan itu mengatakan yang perlu ada semakan berasingan untuk Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Pemuda Umno memang tak cukup jantan?


Oleh SYUKRI RAZAB
Pada 1 Julai lalu, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang merupakan anggota Majlis Tertinggi Umno menempelak pemuda parti itu agar menjadi anak jantan mempertahankan presiden atau timbalan presiden mereka apabila diserang pembangkang.
Menurut Tajuddin, Pemuda Umno hari ini dilihat lebih sering berdiam melihat pemimpin parti diserang oleh lawan. Entah di mana kurangnya kejantanan Pemuda Umno ini. Tetapi mungkin Tajuddin mahu Pemuda Umno bertindak seperti beliau yang pernah menyindir Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok, dengan ayat: "the only women with Kok".
Atau Tajuddin mahu Pemuda Umno bertindak persis anak beliau yang menyerang Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad di pekarangan parlimen.
Apakah Tajuddin cuba mengatakan Pemuda Umno pimpinan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai pemuda yang tidak berpendirian, tidak mampu berfikir dan tidak tahu untuk bertindak mengikut keperluan parti?
Apakah Tajuddin ini merupakan spesies pemimpin Umno yang gemar aksi populis seperti Datuk Seri Jamal Md Yunos yang sentiasa bertindak tanpa asas dan rasional yang kukuh?
Diam lebih baik
Yang pasti, amarah Tajuddin ini termuntah ekoran tidak tahan lagi melihat presiden partinya diserang bertubi-tubi dengan skandal 1MDB yang sudah menjadi mauduk sembang orang awam.
Kita perlu bersimpati kepada Pemuda Umno yang sudah pasti tersepit di antara menjadi jongos yang mengangguk kepada segala kebobrokan pemimpin fasis, atau bersuara membawa kebimbangan rakyat.

Ezam tinggalkan Parti Generasi Baru

Mohamad Ezam Mohd NorSelepas menunggu dua bulan bagi mendapatkan kelulusan pertukaran nama dan perlembagaan Parti Generasi Baru kepada Parti Bebas Rasuah, bekas Presidennya, Datuk Ezam Mohd Nor meninggalkan parti berkenaan.
Ezam menerusi satu kenyataan berkata, beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Setiausaha Agung Parti Generasi Baru, S Gobi Krishnan untuk tidak  melanjutkan cita-citanya kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak memberi sebarang indikasi positif terhadap penukaran tersebut.
"Hasrat dan cita-cita untuk melihatkan wujudnya sebuah parti politik satu objektif (single objective party) di negara ini tidak kesampaian. Mungkin pentadiran kerajaan hari ini belum selesa dengan penubuhan sebuah parti khusus melawan rasuah wujud dan beroperasi di negara ini.
"Walaupun di beberapa negara maju dan membangun parti politik satu objektif lain dan khusus melawan rasuah adalah sesuatu yang tidak mustahil dan berlaku. Mungkin pentadbiran kerajaan baharu selepas tumbangnya kerajaaan kleptokrasi ini akan membenarkan penubuhan Parti Bebas Rasuah," katanya, hari ini.
Katanya, beliau akan terus berjuang dengan tumpuan khusus melawan rasuah melalui badan bukan kerajaan (NGO) Hisbah.
"Pertubuhan Hisbah adalah sebuah pertubuhan yang terdaftar secara sah di Malaysia sejak 2015 dan di Indonesia sejak 2013.
"Hisbah Malaysia sedang dalam draf akhir persiapan edisi Malaysia buku Islam dan Rasuah dengan tumpuan khusus kepada persoalan kleptokrasi ataupun Al Ghulul di dalam Islam selain persoalan risywah ( rasuah) didalam Islam," ujarnya.
Beliau turut menyatakan penghargaan kepada kepimpinan Parti Generasi Baru yang telah memberi ruang kepadanya mengetuai usaha mewujudkan sebuah parti bebas rasuah.
"Saya percaya kegagalan usaha ini tidak akan mematahkan semangat kita malah akan menguatkan iltizam untuk berjuang melawan rasuah didalam platform dan wadah yang pelbagai. Kami percaya perubahan paling kritikal negara ini ialah mengubah kepimpinan kleptokrasi atau al ghulul (mencuri wang negara)," katanya.

Kelantan Yang Panas

Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Harap PAS tak mengamuk dengan persoalan, kritikan, tuduhan mahupun fitnah yang dilemparkan kepada performance pentadbiran di Kelantan. You all dah lebih 25 tahun mentadbir sejak 1990. Jadi layak lah dikritik samada kritikan membina mahupun kritikan merepek.

2) Kritikan membina, terimalah dengan positif dan berlapang dada. Lakukan perubahan dan gandakan usaha yang baik. Kerana kritikan membina tentu datangnya daripada orang yang sayangkan negeri dan rakyat.
3) Kritikan merepek, juga terimalah dengan positif dan cool. Jangan dibalas secara amarah ataupun merepek pula. Buktikan anda adalah golongan yang matang berpolitik dan cekap mengendali isu. Jika anda tidak melakukan kesilapan sebagaimana tuduhan, nescaya tuduhan itu akan memakan diri si penuduh. Don't worry.
4) Yang menjadi masalah, anda cepat panas dan mudah marah. Orang Kedah kata cengey. Perongoih. Ore Klate kata gedebe. Metto. Agah. Bukan semua. Ada lah dua tiga orang. Anda mesti kuasai fakta. Dapatkan fakta yang sahih daripada pihak berautoriti jika anda mahu menjadi tukang jawab. Jangan memandai reka cerita. Bukan saya kata anda reka cerita. Cuma memperingat.
5) Tidak hairan orang kritik, kerana anda pun nak lawan dua blok yang berbeza. Blok PH kritik sebab diorang memang nak rampas Kelantan daripada anda. Blok BN nak ambil kesempatan membantai anda pun sebab memang diorang dari dulu lagi nak rampas Kelantan.
6) Jangan risau lah. BN nak rampas kuasa daripada anda, tetapi risau juga jika PH yang menggantikan anda. Begitu juga PH nak rampas kuasa anda, tetapi bimbang BN berkuasa semula di Kelantan. Walaupun ada yang mengatakan "parti AMANAH bukan nak menang sangat cuma nak bagi PAS kalah biar padan muka", saya tak mahu ambil pot dalam tulisan ini.
Sekian
p/s: Saya suka isu DAP cadang Husam jadi MB, PAS sindir Husam MB patuh DAP. Husam jawab dia yakin PAS akan hilang Kelantan, sedia jadi MB. Ia adalah kronolgi yg dirancang.

UMNO Johor jauhkan diri dari Najib, analisa Chin Tong tepat

JOHOR BAHRU, 4 JUL: Lagak setiausaha akhbar Perdana Menteri, Tengku Sharifudin yang beriya-iya menasihatkan DAP supaya menjaga ‘masalah serius’ kononnya melanda parti itu sebaliknya  hanya menggambarkan UMNO sedang berada di kedudukan paling sukar.
Sebaliknya, Sharifudin sebaiknya wajar memikirkan kedudukan ‘bosnya’ itu apabila semakin ramai pemimpin UMNO menjarakkan diri dari Najib.
Menceritakan situasi yang berlaku, Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali berkata fenomena pemimpin UMNO menjarakkan diri dari Najib sangat ketara.

“Jika anda jelajah ke segenap negeri Johor, anda boleh kira dengan tangan berapa kerat sahaja jumlah papan pemidang yang dinaikkan dengan memuatkan wajah Najib. Tidak lagi seperti sebelum-sebelum ini.
“Bahkan dalam sidang DUN negeri mutakhir ini pun, Adun- Adun UMNO dan BN tidak lagi mengangkat nama Perdana Menteri untuk mengambil kredit atas pencapaian kerajaan pimpinan Najib di peringkat pusat,” kata beliau.
Menurutnya, Najib kini telah menjadi liabiliti kepada partinya sendiri akibat pelbagai kemelut ekonomi setelah satu demi satu skandal didedahkan.
“Skandal mega seperti 1MDB dan FGV benar-benar telah meletakkan Najib pada kedudukan paling sukar samada di peringkat dalaman parti UMNO, BN apatah lagi halatuju berkerajaan Malaysia,” katanya lagi.
Kenyataan ini dibuat membidas kenyataan Sharifuddin yang baru-baru ini mengulas analisis politik Pengarah Pendidikan DAP Kebangsaan, Liew Chin Tong terhadap survival politik Najib.
Analisis Chin Tong itu turut mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Salleh Said Keruak yang kemudian membela Najib dengan menuduh Ahli Parlimen Kluang itu sebagai berkhayal.
Analisa tersebut turut menggambarkan kedudukan Najib semakin lemah apabila kepimpinan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin tidak menyebelahi pihaknya ketika skandal 1MDB meletus.
“Sharifuddin dan Salleh perlu sedar bahawa UMNO Bahagian Pasir Gudang yang diketuai oleh Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin sendiri merupakan antara UMNO bahagian terawal menyediakan platform temu rapat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas skandal 1MDB mula heboh dan gerakan Deklarasi Rakyat dimulakan.

ADA ORANG TAK ENDAH RASUAH SEBAB MAKAN PERCUMA – ZAID


Datuk Zaid Ibrahim mendakwa tetamu rumah terbuka Aidilfitri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini sanggup melupakan dakwaan rasuah yang dikaitkan dengan perdana menteri itu demi makanan percuma.
“Mereka kelihatan tidak peduli mengenai harta yang dicuri, (skandal) yang diselindungkan dan salah guna kuasa asalkan mereka dapat makan percuma. Dan dalam kes-kes tertentu, kenaikan pangkat.
“Mereka sentiasa berbangga dengan diri sendiri sebagai orang baik, berpengetahuan dan warak tetapi tidak peduli mengenai rasuah apabila dapat makan percuma,” kata Zaid di blognya hari ini.
Najib mengadakan rumah terbuka sempena hari raya di kediaman rasmi perdana menteri, Seri Perdana, di Putrajaya pada 25 Jun lalu.
Ia dilaporkan dihadiri kira-kira 75,000 orang termasuk pelancong asing dengan sesetengah mereka tiba seawal 9 pagi walaupun majlis hanya bermula pada jam 10 pagi.
Pada 3 Julai lalu Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad mengecam pihak tertentu yang didakwanya menghina tetamu rumah terbuka kerajaan Selangor di Ampang Jaya.
Aneh lihat rasa sayang
Iskandar yang juga exco kanan Selangor berkata ada antara tetamu itu kurang berkemampuan untuk meraikan Aidilfitri seperti orang lain.
Sementara itu Zaid berkata sambutan orang ramai terhadap rumah terbuka perdana menteri itu juga mendorong beliau mempertimbangkan semula jangkaannya mengenai pilihan raya umum akan datang.
Bekas menteri itu turut membangkitkan persoalan mengenai kos majlis itu kepada pembayar cukai.
“Mengapa mereka masih sayangkan perdana menteri dan isterinya adalah satu fenomena luar biasa yang membingungkan orang dari negara-negara lain. Ini memerlukan kajian teliti.

Pertuduhan ke atas Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi dan keluarganya, petanda buruk buat Institusi Islam

OLEH: NURUL IZZAH ANWAR
Fitnah dan tuduhan sebagai pengganas terhadap tokoh besar umat Islam, Al Fadhil Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi dan tindakan terkini regim Mesir menahan anak perempuan beliau, Ola al-Qaradawi bersama suaminya, Hossam Khalaf ketika bercuti di Iskandariah sejurus sebelum berakhirnya Ramadhan adalah tindakan yang amat melampau.
Lebih mengejutkan, apabila empat negara Islam – Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu dan Mesir sanggup mengisytiharkan 59 individu berpengaruh dan 12 agensi kebajikan terhadap dakwaan ‘mempunyai hubungan dengan pengganas’.

Apa yang pasti, penahanan demi penahanan yang tidak bermaruah ini dilaksanakan tanpa sebarang bukti dan dikhuatiri bakal mengundang bahana.
Tangkapan ini susulan tuduhan semberono serta tidak berasas ke atas Qatar yang kononnya menyokong pertubuhan pengganas, mengakibatkan pertalian politik dengan negara terbabit diputuskan oleh empat negara Teluk berkenaan.
Implikasi akibat tekanan yang tidak rasional dan berasas telah mengganggu gugat kestabilan serantau termasuklah hubungan antara negara-negara Islam secara umumnya.
yusuf-qaradhawi1-1068x715Umum mengetahui kudeta Mesir melahirkan autokrat El-Sisi yang terus menekan rakyat terutamanya aktivis atas alasan menangani ancaman penganas.
Tetapi hakikatnya ramai antara mereka yang tidak bersalah namun terus dimangsakan tanpa sistem keadilan yang mampu dijadikan benteng untuk melindungi mereka.
Sejak rampasan kuasa yang menyaksikan kejatuhan bekas presiden Mohamed Morsi 4 tahun lepas, tangkapan politik atas nama ‘ membasmi keganasan’ semakin berterusan dan tidak berpenghujung.
Lebih dahsyat lagi, pendekatan dalam menangani keganasan oleh negara-negara Teluk ini seakan-akan tidak berpaksi kepada asas kebebasan rakyat Palestin yang berhadapan dengan kekejaman Israel.
Hal ini sudah sekian lama diperjuangkan oleh ulama seperti Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi, bersama rakan-rakan lain dari Hamas dan Qatar.
Saya ingin menzahirkan rasa simpati terhadap ahli keluarga Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi yang ditahan.
yusof sultan kedahOleh itu, saya mendesak kerajaan Malaysia yang menganugerahkan gelaran Tokoh Maal Hijrah kepada Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi untuk bangun membantah tindakan pihak berkuasa Mesir yang dipimpin menerusi kudeta oleh Presiden Abdel Fattah el-Sisi.
Sikap kebertanggungjawaban ini wajar dipamerkan oleh Perdana Menteri (di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Institusi Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), mahupun Parti Islam Se-Malaysia (PAS), bukannya masih berdiam diri dan tanpa mengambil langkah sewajarnya untuk mempertahankan ulama’ agung tersebut.
Peranan Naib Presiden Majlis Ulama Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga dilihat amat penting dalam hal ini. Lebih utama lagi, jawatan yang beliau sandang itu menjadikan satu tanggungjawab besar bagi beliau membersihkan nama baik Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi bersama nama-nama besar lain yang dituduh sebagai ‘pengganas’ .

KARI untuk Najib, kemajuan untuk Pakatan Harapan

KARI Jabatan Kehakiman Amerika (DOJ) semakin pedas. Kita sudah dengar macam mana dalam saman sivilnya yang kedua ia menceritakan perihal berlian, permata, emas suasa AS$27 juta (kira-kira RM122 juta) milik isteri perdana Menteri, (Datin Paduka Seri Puan Puti Reno) Rosmah Mansor.
Dan bagaimana sabahat akrab keluarga Perdana Menteri, Jho Low menghadiahkan emas permata bernilai hampir AS$10 juta (kira-kira RM45 juta) kepada bintang filem dan model Miranda Kerr daripada duit ciri 1MDB.
Itu DOJ yang kata. Jadi kalau nak kerah peguam pantau dan saman, sasarannya bukanlah penggiat media sosial tetapi DOJ.
Carilah salah DOJ dan samanlah sepuas-puas hati. Orang putih kata, to the heart’s content.
Cuma jangan jadi macam omong kosong “Saman Selasa” Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak yang ancam nak saman Wall Street Journal pada Selasa 7 Julai 2015.
Dah lebih 700 hari berlalu, satu apa pun tak ada.
Kenyataan Anwar Ibrahim
Jadi biar kita tinggal pasangan mewah itu sementara dan bincang mengenai satu lagi perkembangan penting iaitu penarikan diri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri pakatan pembangkang.
Pada 17 Jun, Anwar mengumumkan yang beliau menarik diri sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) dan sebaliknya akan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada Pilihan Raya Umum (PRU).
“Dan terkait dengan gesaan untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada PRU, maka saya memilih untuk tidak menawarkan diri selaku calon Perdana Menteri,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Keputusan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu adalah langkah penting dalam proses membentuk kesepakatan di kalangan parti-parti pembangkang pusat iaitu PKR, Amanah, Parti Peribumi Bersatu Malaysia dan DAP.
Tindakan baik hati (magnanimous) bekas Timbalan Perdana Menteri era Tun Dr Mahthir itu membuka jalan kepada penyelesaian isu struktur kepemimpinan Pakatan Harapan dan mencerahkan harapan mendaftarkan PH sebagai pakatan rasmi sebelum PRU akan datang.
Bukan mudah membina konsensus di kalangan parti-parti PH kerana kesemua parti anggota berunding atas dasar sama rata, tidak seperti Barisan Nasional (BN) di mana Umno memaksakan hegemoninya ke atas parti-parti yang lain.
Asas perundingan di kalangan parti-parti PH adalah mewujudkan sebuah pakatan yang mantap dengan satu barisan kepemimpinan, satu perlembagaan, satu simbol dan satu manifesto.
Tak Puas Hati Lawanlah DOJ
Berbalik kepada saman sivil KARI (Kleptocracy Asset Recovery Initiative / Inisiatif Dapatkan Balik Aset Yang dicuri Kerajaan) kedua oleh DoJ pada 15 Jun di Amerika, tujuannya ialah mendapatkan balik AS$540 juta (RM2.43 bilion) yang dicuri daripada 1MDB.
Antara harta yang dimohon untuk dirampas adalah permata merah jambu (pink diamond) 22 karat yang didakwa dibeli dengan duit songlap 1MDB dan gambar yang dihadiahkan kepada pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio.
Senarai lengkap harta curi Jho Low dan konco-konconya adalah seperti berikut:
1. Kapal mewah “The Equanimity” kegunaan Jho Low;
2. Sejumlah 2.5 juta saham (Series D Preferred Stock) syarikat Palantir Technologies, sebuah syarikat perisian komputer.
3. Semua hak milik dan kepentingan di dalam Electrum Group, syarikat pengurusan pelaburan;
4. Hak ke atas filem “Dumb and Dumber” terbitan by Red Granite Pictures (milik bersama Riza Abdul Aziz, anak Rosmah dengar suami pertama);
5. Hak ke atas filem “Daddy’s Home” terbitan Red Granite Pictures;
6. Poster litograf oleh pelukis Jerman Heinz Schulz-Neudamm untuk filem bisu (silent film) “Metropolis” tahun 1927;
7. Semua hak ke atas Fly Wheel Sports, rangkaian kelab kesihatan;
8. Sebutir permata 11.72 karat berbentuk jantung;
9. Sebiji loket permata 8.88 karat berwarna merah jambu dipagari oleh permata merah jambu terang 11 karat;
10. Satu set perhiasan mengandungi sebentuk cincin emas bertatah permata putih 18 karat, rantai, subang permata dan gelang bertatah permata;
11. Sepasang subang permata dan sebentuk cincin permata dengan 7.53 karat permata jenis 2A, 3.05 karat permata jenis 2A dan 3.08 karat permata jenis 2A;

Kenapa jenuh benar PAS nak faham tentang rompakan rentas sempadan?

PAS sebenarnya kini dalam dilema. Dilema ini berlegar di tingkat 4, Pejabat Presiden PAS sendiri dan berakar sehingga bawah.
Tersenyum saya, apabila saya membaca kenyataan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Ust Hishamuddin. Saya fikir beliau pun celaru dan dalam dilema juga.
Dilema sama ada untuk bersama rejim kleptokrat UMNO atau untuk bersama mereka yang menegakkan kebenaran dan keadilan. Rakyat kini dalam krisis ekonomi dan beban kos sara hidup. Cukup-cukuplah Ustaz PAS membuat cerita dongeng dan fitnah di bulan Syawal ini, rakyat sedang menunggu penyelesaian ekonomi.
Kini PAS menggunakan ‘punchline’ yang sama senada dengan UMNO, Barisan Nasional. Kononnya pengendalian kes 1MDB adalah satu bentuk campur tangan asing. Isu pokok dalam isu 1MDB adalah isu skandal salah guna kuasa dan wang.
Siasatan dan tindakan DOJ adalah disebabkan aktiviti kleptokrasi 1MDB yang berlaku di negara mereka dan bukanlah satu bentuk campur tangan asing seperti dimomokkan.
Pendedahan dan tindakan undang-undang yang diambil telah mengesahkan berlakunya salah guna kuasa dan wang dalam 1MDB itu sendiri. Ya, bukan ekonomi sahaja merentas sempadan negara hari ini, jenayah juga merentas sempadan negara.
Yang tidak faham tentang rompakan rentas sempadan ini mungkin hidup di zaman lampau
Menjawab isu RCI Skandal Forex Bank Negara, sudah jelas Lim Kit Siang sendiri menawarkan diri untuk memberi kerjasama terhadap siasatan yang dilakukan. Manakala isu Lim Guan Eng kini dalam proses mahkamah.
Hal ini sepatutnya tidak berbangkit, lainlah buat mereka yang dalam dilema dan tiada modal untuk mempertahankan pencuri, perompak dan penyangak 1MDB.
Kenyataan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mempersoalkan pihak berkuasa dalam negara apabila berdepan dengan kes 1MDB adalah menarik. Mungkin juga beliau secara tidak langsung mempersoal pendirian PAS sendiri dalam kes ini.

Presiden PAS serlahkan kejahilan tentang prosiding DOJ

Surat terbuka Presiden PAS, yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mencemarkan nama baik seorang ahli legislatif dan kedudukannya sebagai antara ulamak dunia.
Tuduhan kononnya kuasa asing cuba untuk masuk campur hal ehwal negara jelas disebabkan kekurangan maklumat beliau atau kemungkinan mengikut skrip biasa UMNO/BN sebelum ini bagi mengalih tumpuan isu sebenar.
Hakikatnya, DOJ menggunakan bidang kuasa mereka terhadap prosedur kleptokrasi (perompak kekayaan negara) untuk mendapatkan kembali wang yang dicuri daripada 1MDB yang dibelanjakan di Amerika Syarikat, sepatutnya Hadi merasakan ini adalah baik bagi rakyat Malaysia, sebagai penerima manfaat utama.
Saya yakin tiada rakyat Malaysia yang waras mahukan campur tangan negara asing dalam urusan negara. Namun membantu negara asing untuk menangkap perompak besar dari negara kita yang merompak di negara asing dengan menggunakan kekayaan negara kita, patut diberi bantuan untuk siasatan demi menjaga maruah negara dan mengembalikan duit negara yang dirompak.
Surat terbuka beliau secara tidak langsung telah menjadikan Presiden PAS sebagai pembela kepada kleptokrasi kerajaan Najib.
Tujuan mereka yang sama waktu dengannya hanya satu, iaitu untuk meraih simpati pengundi dengan melemparkan sensitiviti perkauman, agama dan kini anti-Barat pula.
Naratif baru diperlukan di mana sebagai seorang Muslim dan Melayu, kita mesti tegas dalam isu rompakan besar negara ini sebab ia boleh menghancurkan negara.
Ketegasan ini bukan bermakna kita tunduk kepada DOJ atau kuasa asing tetapi sebagai prinsip utama menyelamatkan kekayaan negara dari dirompak oleh pemimpin negara yang kita pilih.

Apa sudah jadi? UMNO guna hujah Hadi Awang hentam Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR, 5 JUL: Tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memomokkan langkah Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat menyita aset yang dicuri daripada syarikat terpalit skandal 1MDB sebagai campur tangan asing seolah mengikut skrip yang disediakan UMNO.
Malah, organ propaganda UMNO, Jawatakuasa Hal Ehwal Khas (JASA) bertindak menghentam kenyataan timbalan beliau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggunakan hujah Hadi Awang.
“(Dakwaan) kegagalan penguatkuasa dalam negara membuka ruang kepada pihak luar membuat siasatan adalah sama sekali tidak benar.
“Sebaliknya ruang untuk pihak berkuasa asing ini dibuka oleh individu-individu yang membuat laporan dengan tujuan untuk memancing campur tangan pihak asing ini ke dalam konflik politik di dalam negara.
“Dan (hujah) ini disokong sendiri oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” kata Pengarah JASA, Datuk Mohd Puad Zarkashi dipetik laporan media.
Mengulas perkara terbabit, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, tindakan Hadi Awang mengelirukan penyokong PAS dan masyarakat umum dengan mencipta persepsi salah bahawa agama Islam kononnya menyokong Malaysia menjadi “kleptokrasi global”.
“DAP tidak menyokong sebarang campur tangan asing terhadap hal ehwal domestik Malaysia tetapi kita tidak boleh membiarkan negara berterusan menjadi kleptokrasi global.
“DAP berdiri atas pendirian ini kerana tidak ada satu agama pun yang menyokong rasuah dan atau kleptokrasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Hadi Awang seperti dilaporkan media sebelum ini membantah pihak yang didakwanya konon membuka ruang campur tangan asing dalam kemelut 1MDB.
Tuan Ibrahim kemudiannya mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan bosnya itu.
“Kegagalan institusi penguatkuasaan negara kita untuk menyiasat dan bersikap telus dalam skandal 1MDB membuka ruang kepada pihak lain yang sudi menyiasat skandal 1MDB,” katanya seperti dilaporkan media.

YANG DI KELANTAN INI IKUT AL-QURAN ATAU TIDAK?


Meneruskan pembelaan terhadap dirinya setelah dikecam teruk kerana menyamakan saman sivil DOJ sebagai suatu bentuk campurtangan asing, Presiden Pas, Hadi Awang dalam tulisan terbarunya berkata,  kemelut 1MDB harus diselesaikan berpandukan ajaran Al-Quran.
Beliau juga memetik sebuah pesanan Rasulullah melalui hadis yang bermaksud:-
“Sesiapa yang menunjukkan bersama Islam ajaran yang baik nescaya dia mendapat pahalanya dan pahala orang yang mengikut contoh baiknya tanpa dikurangkan pahalanya sedikit pun dan sesiapa yang menunjukkan bersama Islam ajaran yang jahat nescaya dia memikul dosanya dan dosa orang mengambil teladannya selepasnya tanpa dikurangkan dosanya sedikit pun (riwayat Muslim)”.
Alhamdulillah, siapa pun yang beragama Islam dan beriman dengan Al-Quran dan Hadis, pasti tidak menolak kebenaran kata-kata Hadi itu.
Jika Al-Quran yang diikuti dengan teliti, bukan sekadar dibaca tanpa meresap ke hati, tidak saja semua kemelut mudah diatasi, bahkan skandal 1MDB, kehilangan wang, pemindahan tunai beribu juta kepada akaun peribadi, joli dan shopping di sana sini dengan wang curi atau sumber yang diragui, semuanya tidak mungkin akan terjadi.
Tetapi, sementara mengatakan Al-Quran sebagai jalan penyelesaian terpuji, apa pula hukumnya berbaik-baik dengan pencuri?
Bagaimana pula dengan Pas yang dikata mahu menegakkan hukum Islam dan mungkin mampu membawa penyelesaian kepada kemelut 1MDB berpandukan Al-Quran, namun hanya mahu bertanding 100 kerusi saja?
Adakah Pas benar-benar mahu berkuasa atau sekadar ingin membantu penguasa sedia ada, bukan saja untuk terus berkuasa, bahkan mungkin melindungi dan menutup terus penyiasatan 1MDB?
Oppps…sebelum terlupa, terlanjur Hadi bercakap tentang berpegang kepada panduan Al-Quran, adakah beliau sedar tentang projek karbon di Kelantan yang melibatkan 1 juta ekar hutan simpan?

Kerajaan Kelantan nafi terlibat kutip wang projek karbon


Ahmad Yakob
Kerajaan Kelantan tidak pernah mengarahkan atau memberi kebenaran kepada mana-mana syarikat termasuk Syarikat Climate Protector Sdn Bhd untuk mengutip wang daripada orang ramai bagi melaksanakan projek perdagangan karbon di negeri ini.
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata sehubungan itu, sesiapa yang pernah membuat pembayaran berkaitan projek itu diminta membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan.
"Ini kerana terdapat dakwaan bahawa kerajaan negeri mengutip wang haram dalam mengendalikan projek itu sebagaimana yang disebarkan pihak tertentu melalui media sosial," katanya sambil menafikan dakwaan it dalam satu kenyataan di  Kota Bharu hari ini.
Sebelum ini, Naib Presiden Amanah Datuk Husam Musa mendakwa kerajaan Kelantan meluluskan sejuta ekar (404,685 hektar) hutan simpan kekal kepada syarikat Climate Protector Sdn Bhd untuk pelaksanaan projek itu.
Husam turut mempersoalkan kelayakan syarikat itu untuk menguruskan perdagangan karbon dengan kerajaan negeri Kelantan yang didakwa tidak mendapat kelulusan Bank Negara untuk beroperasi.

Menjelaskan mengenai kerjasama dengan syarikat Climate Protector Sdn Bhd, Ahmad berkata pada 9 Januari lalu, kerajaan negeri menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) dengan syarikat itu bagi mengenal pasti jumlah stok karbon di kawasan hutan seluas satu juta ekar itu.
Beliau berkata syarikat terbabit diberi tempoh dua tahun untuk melakukan analisa saintifik, penilaian dan laporan verifikasi oleh saintis bertauliah bagi tujuan itu.
Menteri Besar berkata projek itu adalah baik kerana ia menggalakkan negara-negara membangun mengurangkan kadar pelepasan gas rumah hijau (GHG) daripada aktiviti penyahutanan dan kemerosotan hutan.
Beliau berkata inisiatif itu juga dapat meningkatkan program pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan berhutan di Kelantan yang berfungsi dalam mengawal kestabilan alam sekitar, menjamin air bersih dan keberkekalan kepelbagaian biologi.

Nurul Izzah gesa Putrajaya ambil langkah pertahankan Yusuf Al-Qaradawi


Nurul Izzah dan Dr Yusuf Al Qaradawi
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mendesak kerajaan dan Pas tidak mengambil sikap berdiam diri tanpa melaksanakan langkah sewajarnya untuk mempertahankan ulama tersohor dunia Islam Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi.
Beliau berkata, Dr Yusuf Al-Qaradawi yang disenaraikan sebagai  pengganas oleh beberapa negara Islam di Timur Tengah itu pada Jun lalu, sewajarnya, mendapat pembelaan kerajaan Malaysia dan parti yang dasarnya memperjuangkan Islam itu.
"Saya mendesak kerajaan Malaysia yang pernah menganugerahkan gelaran Tokoh Maal Hijrah kepada Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi untuk bangun membantah tindakan pihak berkuasa Mesir yang dipimpin menerusi kudeta oleh Presiden Abdel Fattah el-Sisi.
"Sikap kebertanggungjawaban ini wajar dipamerkan oleh Perdana Menteri, Institusi Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), mahupun Parti Islam Se-Malaysia (Pas), bukannya masih berdiam diri dan tanpa mengambil langkah sewajarnya untuk mempertahankan ulama’ agung tersebut," ujarnya dalam kenyataannya.
Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berpendapat, peranan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga selaku Naib Presiden Majlis Ulama Sedunia dilihat amat penting untuk bersama mempertahankan Dr Yusuf.
"Lebih utama lagi, jawatan yang beliau sandang itu menjadikan satu tanggungjawab besar bagi beliau membersihkan nama baik Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi bersama nama-nama besar lain yang dituduh sebagai ‘pengganas’ .
"Lebih penting lagi, hubungan antara negara-negara Islam yang goyah kerana ketegangan ini perlu diperbaiki. Kerjasama yang utuh harus ditekankan dalam perjuangan menentang keganasan global, dan pertalian politik yang erat adalah tunjang kepada penyelesaian masalah ini.
"Kerajaan Malaysia selaku pendokong isu masyarakat Islam global perlu tampil ke hadapan demi membantu kemaslahatan dan keselamatan sejagat, melalui saluran yang pelbagai," ujarnya.
Menurut Nurul Izzah lagi, fitnah dan tuduhan sebagai pengganas terhadap tokoh besar umat Islam, itu dan tindakan terkini regim Mesir menahan anak perempuan beliau, Ola al-Qaradawi bersama suaminya, Hossam Khalaf ketika bercuti di Iskandariah sejurus sebelum berakhirnya Ramadhan adalah tindakan yang amat melampau.

Hanya yang bangang sahaja akan percaya - Tun M

Kelonggaran syarat lulus BM dibatal

RAFIZI RAMLI: Jelajah Bina Semula Negara Seluruh Malaysia

S'wak Report dakwa ketua perisikan terima RM7 juta ???

'Pasport sah tak berikan hak pada MP ke luar negara'

Rafizi: Cara Terbaik Menetapkan Harga Minyak

Rafizi congak minyak naik, cadang harga siling RM1.80

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mencongak harga petrol gred RON95 akan naik antara dua hingga tiga sen selama dua minggu bermula tengah malam ini.
Ini adalah berdasarkan jumlah kiraan harga RON95 yang merujuk kepada laporan Means of Platts Singapore (MOPS), kata beliau yang juga naib presiden PKR dalam kenyataan.
"Harga RON95 dijangka naik antara dua hingga tiga sen bermula malam ini.
"Oleh kerana harga minyak mentah juga mula naik kembali sejak minggu lepas, maka suasana harga RON95 naik setiap minggu ini dijangka berterusan minggu depan sebanyak 2 ke 3 sen lagi," jelas beliau.
Pada masa yang sama, Rafizi turut mencadangkan kerajaan agar menetapkan harga siling gred itu pada paras RM1.80 seliter.
"Mengambil kira suasana pasaran harga minyak mentah yang berlegar di antara AS$45 ke AS$55 setong dalam tempoh enam bulan lepas, saya mencadangkan harga siling sebanyak RM1.80 seliter (iaitu harga RON95 mengikut formula pada harga minyak mentah Brent sekitar USD45 setong)," ujar beliau.
Kira-kira dua bulan yang lalu, Barisan Nasional mendakwa Malaysia merupakan antara 10 negara minyak termurah dunia dan jauh lebih murah berbanding Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Oman.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, kaedah harga petrol bersubsidi yang tertakluk kepada kuota setiap pengguna layak diperkenalkan bagi mengelakkan rakyat terkena tempias kesan negatifnya.
"Saya telah lama mengutarakan cadangan ini yang saya masukkan di dalam buku bertajuk Panduan Bina Semula Negara”yang dilancarkan dua bulan lalu," katanya.
Kaedah itu boleh diguna pakai dengan semua rakyat Malaysia yang mempunyai lesen memandu berhak membeli minyak bersubsidi tertakluk kepada jumlah penggunaan maksima bulanan, menurutnya.
Selagi penggunaan tidak melebihi jumlah pengunaan maksima bulanan, harga petrol dan diesel yang dibayar adalah harga bersubsidi manakala bagi setiap liter yang digunakan melebihi jumlah penggunaan maksima bulanan, pengguna perlu membayar harga penuh tanpa subsidi, katanya.
"Sistem subsidi yang tertakluk kepada jumlah penggunaan maksima bulanan ini akan beroperasi menggunakan MyKad di stesen-stesen minyak.

'Hampir 55 tahun masih jahil Perjanjian Malaysia'

Keputusan kerajaan Sarawak menghantar sepasukan peguam ke London bagi meneliti perjanjian Malaysia 1963 adalah langkah tidak cerdik, kata Naib Presiden AMANAH, Salahhuddin Ayub
"Hampir 55 tahun Sarawak bersama Malaysia, nampaknya ketua menterinya, Abang Jo (Datuk Amar Johari Tun Openg) masih jahil berkenaan Perjanjian Malaysia 1963.
"Seharusnya, kerajaan Sarawak hanya perlu membaca empat sudut Perjanjian Malaysia bagi mengetahui dan menghadami hak yang ada pada Sarawak kerana menjadi prinsip undang-undang bahawa segala terma yang dipersetujui selama ini telah termaktub di dalamnya," katanya di dalam satu kenyataan media.
Kajian itu katanya adalah sandiwara politik kerajaan BN bagi menyakinkan rakyat Sarawak bahawa kerajaan negeri mahu membuat tuntutan tambahan terhadap kerajaan persekutuan.
"Ia adalah tindakan yang sia-sia dan membazir wang rakyat. Melainkan Abang Jo mungkin tidak percaya dengan peguam negara lantikan Putrajaya dalam menasihati MA63 sehingga terdesak merujuk ke London," katanya yang mencabar ketua menteri mendedahkan kos sebenar misi rombongan berkenaan.
Pada 1 Julai lalu, Abang Johari berkata Sarawak akan menghantar sepasukan peguam ke London untuk mencari dan meneliti rujukan berhubung Perjanjian Malaysia 1963.
Tindakan itu bagi menentukan hak-hak sebenar negeri berkenaan yang termaktub di bawah perjanjian tersebut.
Sementara itu menurut Salahuddin, banyak isu membabitkan kebajikan rakyat Sarawak gagal disuarakan ahli parlimen BN, malah mereka menyokong dasar yang dilaksanakan kerajaan persekutuan seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
"Adalah lebih baik bagi ketua menteri Sarawak menumpukan perhatian kepada masalah yang dihadapi rakyat Sarawak seperti masalah tanah, kesenjangan hak-hak suku kaum, pembangunan luar bandar dan pendidikan anak Sarawak.
"Usahlah memainkan semangat anti Malaysia dan perasaan rakyat Sarawak dengan mengheret mereka ke kancah sandiwara politik sedangkan masalah empirikal rakyat Sarawak tidak diselesaikan," katanya.

Perjanjian Msia 1963: Salahuddin cabar KM Sarawak dedah kos misi ke London


Salahuddin Ayub
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub mencabar Ketua Menteri Sarawak mendedahkan kos yang terpaksa ditanggung kerajaan negeri bagi misi rombongan ke London untuk mencari dan mengkaji bahan rujukan berkaitan hak negeri itu mengikut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Beliau dalam kenyataan hari ini tetap menegaskan tindakan kerajaan Sarawak itu dilihat terdesak bagi mendapatkan sokongan rakyat Sarawak dalam isu memperjuangkan hak tambahan daripada Kerajaan Persekutuan.
" Adalah lebih baik bagi Ketua Menteri Sarawak menumpukan perhatian kepada masalah yang dihadapi rakyat Sarawak seperti masalah tanah, kesenjangan hak-hak suku kaum, pembangunan luar bandar dan pendidikan anak-anak Sarawak.
"Usahlah memainkan sentimen semangat anti Malaysia dan perasaan rakyat Sarawak dengan mengheret mereka ke kancah sandiwara politik sedangkan masalah empirikal rakyat Sarawak tidak diselesaikan," ujarnya.
Datuk Amar Abang Johari Tun OpengBeliau menjawab balas terhadap kritikan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg terhadapnya yang mendakwa, pemimpin Amanah itu cetek pemikiran yang sekaligus mencerminkan kualiti kepimpinan pemimpin parti itu.
Ini kerana sebelum itu Salahuddin dalam kenyataannya dipetik berkata, tindakan Sarawak menghantar pasukan peguam bagi menentukan hak-hak sebenar negeri itu yang termaktub di bawah perjanjian tersebut dibimbangi akan menyebabkan campur tangan asing dalam negara ini.
Salahuddin turut mempersoalkan sama ada kerajaan negeri Sarawak akan terus menyokong BN di Semenanjung.
Tambah Salahuddin lagi, beliau berpandangan demikian kerana ujarnya, Ketua Menteri Sarawak sudah pasti sedar bahawa hak Sarawak sama ada daripada segi kedaulatan, ekonomi, imigresen, bidangkuasa undang-undang dan sebagainya telahpun termaktub di dalam Perjanjian Malaysia yang ditandatangani pada 9 Julai 1963 antara Kerajaan Persekutuan Melayu dan United Kingdom bersama Sarawak.
"Hampir 55 tahun Sarawak bersama Malaysia, nampaknya KM Abang Jo masih jahil berkenaan MA63.

ADAKAH SETIAUSAHA AKHBAR NAJIB SEDANG MENYINDIR ZAHID HAMIDI?

Bukan kali pertama, malah sudah beberapa kali Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad dilihat bertindak lebih laju dan mendahului pemimpin-pemimpin UMNO sendiri dalam membela dan mempertahankan Najib Razak.
Sebagai seorang Setiausaha Akhbar, tugas Tengku Sarifuddin ialah berurusan dengan pelbagai perkara berkaitan media atau menyediakan ucapan dan kenyataan akhbar untuk Najib.
Tidak pernah seorang Setiausaha Akhbar  “mengglamourkan”  dirinya sendiri seperti yang dilakukan oleh Tengku Sarifuddin ini dengan bertindak seolah-olah beliau salah seorang pemimpin kanan parti dan kerajaan.
Gambaran paling nyata apabila seorang setiausaha akhbar terpaksa tampil bersuara di ketika Timbalan Perdana Menteri, Ketua Pemuda UMNO, Ketua Penerangan UMNO, Menteri Penerangan dan lain penjawat penting dalam parti dan kerajaan lebih selesa berdiam diri, adakah mereka itu sudah letih atau mual dalam membela dan mempertahankan Najib?
Ketika menjawab tulisan Ahli Parlimen DAP Kluang, Liew Chin Tong yang membayangkan Najib kian tersepit menjelang PRU 14 akan datang, Tengku Sarifuddin sebaliknya membayangkan DAP berdepan lebih kesukaran sama ada tidak dapat bertanding menggunakan logonya sendiri iaitu Roket atau mungkin akan diharamkan pendaftarannya.
Tindakan beliau sebagai Setiausaha Akhbar membangkitkan isu pengharaman DAP dalam berhujah menimbulkan persoalan sama ada perkara itu sedang dalam pertimbangan para penasihat Najib sebagai salah satu kaedah untuk UMNO dan BN memenangi pilihanraya akan datang atau sekadar ugutan semata-mata?
Selain persoalan mengapa Tengku Sarifuddin yang perlu tampil menjawab apa yang ditimbulkan oleh Chin Tong sedangkan sepatutnya pemimpin UMNO dan kerajaan yang lain berbuat demikian, tentunya juga ramai yang tertanya-tanya, mengapa isu berkaitan DAP dengan Pendaftar Pertubuhan yang berada di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri yang disentuh oleh beliau?

EDRA POWER: BALA NOVEMBER?

INSTITUSI PELABURAN AWAM DAN DANA RAKYAT PERLU JAUHI PENYENARAIAN EDRA UNTUK TIDAK MENANGGUNG HUTANG 1MDB DUA KALI
 
Berita mengenai penyenaraian saham Edra Power Holdings Sdn Bhd dilaporkan oleh Bernama pada 2 Julai 2017 yang lalu. Berita itu tidak menarik sebarang reaksi dari pimpinan politik atau orang ramai, walaupun ia membawa kesan politik dan ekonomi yang mendalam.

Saya suka mengingati orang ramai bahawa Edra Power Holdings Sdn Bhd adalah bekas anak syarikat 1MDB yang dijual kepada syarikat penjana bebas dan tenaga nuklear dari China, iaitu China General Nuclear Power Corporation. Setelah berhadapan dengan masalah hutang, pentadbiran Dato’ Seri Najib (melalui 1MDB) telah menjual aset-aset penjana elektrik di negara ini kepada syarikat milik negara China itu yang melanggar peraturan umum pemilikan penjana elektrik sehingga memerlukan pelepasan khas.

Akibatnya, syarikat milik negara China itu kini menjadi penjana bebas kedua terbesar di negara ini.

Semasa penjualan aset-aset penjanaan elektrik itu kepada syarikat milik China, pentadbiran Dato’ Seri Najib memberi alasan harga yang ditawarkan oleh syarikat itu (sebanyak RM9.83 bilion) adalah lebih tinggi dari yang ditawarkan oleh pembida terdekat iaitu TNB (sekitar RM8.6 bilion). Atas dasar itu, 1MDB memperjudikan aset strategik negara atas alasan dana yang disuntik oleh syarikat China itu boleh mengurangkan hutangnya, berbanding yang ditawarkan oleh TNB.

Sebab itu berita penyenaraian Edra untuk mengutip sehingga RM5 bilion dari pelabur di Bursa Malaysia ini adalah satu perkara yang perlu diberi perhatian serius.

Pertamanya, hutang-hutang yang perlu dibayar oleh 1MDB (sehingga menyebabkan aset-aset penjanaan terpaksa dijual) adalah berpunca dari pembelian aset-aset tersebut pada harga yang lebih tinggi dari pemilik asalnya (syarikat-syarikat yang rapat dengan Barisan Nasional).

Keduanya, wang yang diperolehi dari penerbitan hutang kononnya untuk menjalankan perniagaan 1MDB telah diselewengkan bagi tujuan pembelian harta peribadi dan berboros yang menyebabkan 1MDB tidak menjana apa-apa pulangan hingga hutant-hutangnya perlu ditanggung oleh pihak awam.

Oleh yang demikian, jika saham-saham yang bakal diterbitkan oleh Edra dilanggan pula oleh institusi pelaburan atau dana yang dimiliki oleh rakyat Malaysia, ini samalah seperti rakyat Malaysia menanggung hutang 1MDB dua kali:

1. Pertama – hutang pusingan pertama yang diambil oleh 1MDB dan telah diselewengkan

2. Kedua – rakyat Malaysia memberikan wang kepada pemilik Edra (China General Nuclear Power Corporation) untuk membayar kembali RM5 bilion yang telah dibayar oleh CGNPC kepada 1MDB

Maka, saya menyeru supaya institusi pelaburan awam dan dana awam terutamanya KWSP, Tabung Haji, KWAP, PERKESO, PNB, Khazanah, MARA dan semua pelaburan lain untuk memboikot dan menjauhi penyenaraian saham Edra untuk mengelakkan dana awam terjebak kali kedua di dalam skandal 1MDB.
 

Malaysia yang dicurangi

Selepas 60 tahun merdeka, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan nampaknya masih diragu-ragu. Paling tidak ada dua kes yang menarik perhatian umum dalam sehari dua ini berhubung bahasa Melayu.
Pertama, keputusan untuk melonggarkan syarat ke atas pegawai perubatan yang tidak lulus mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan kedua, seruan mufti Perlis kelmarin yang menganjurkan agar rakyat tidak mengundi politikus yang tak fasih berbahasa Melayu.
Dua keadaan tersebut sebenarnya membuktikan satu lagi hal yang lebih mendasar, yakni tentang ukuran jaya atau tidaknya sebuah kebangsaan Malaysia itu sendiri.
Demikian saya membuka tulisan ini dengan mengambil angka 60 tahun kemerdekaan tanah air, tetapi selama itu tetap ada banyak petanda bahawa barah penjajahan masih belum terhakis habis.
Bangsa ini nampaknya terus mahu dilatih sebagai bangsa berjiwa hamba oleh pemimpin dan elit politiknya.
Pelecehan bahasa Melayu hanya sepotong gambaran kepada apa yang mungkin boleh disebutkan sebagai kecurangan terhadap negara ini sendiri.
Curang jenis ini memang jarang dipandang berat, dan dianggap tidaklah seberat kesalahan korupsi atau jenayah seperti membunuh atau mengedar dadah.
Tak yakin ciptaan sendiri
Lantaran itu, menjadi rahsia umum bahawa sikap patriotisme dan cinta bangsa terutama di kalangan politikus hanyalah hiasan luar semata. Ia hanya sebahagian daripada sentimen yang perlu dimainkan untuk memunggah undi, khususnya di kalangan orang Melayu sebagai kaum majoriti.
Selain soal pelecehan bahasa Melayu, antara rahsia umum yang saya maksudkan ialah ramai kalangan elit politikus, termasuklah yang bertaraf menteri misalnya, tidak mengantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan.
Kalau pun tidak hingga ke luar negara, mereka sering mengirim anak-anak ke sekolah antarabangsa yang wujud dalam negara. Apakah itu salah?
Salah atau tidak bukan persoalannya. Namun sikap elit politik dan pak-pak menteri itu sebenarnya menggambarkan betapa tidak yakinnya mereka kepada sistem pendidikan kebangsaan, walhal sistem itu mereka juga yang menciptakannya.
Sistem pendidikan kebangsaan sama ada sekolah rendah, menengah dan universiti dalam negara seakan-akan dikhususkan hanya golongan rakyat biasa: anak petani dan nelayan, anak pemandu teksi dan buruh, anak kakitangan awam dan sama sekali bukan untuk anak-anak mereka!
Semua itu dilakukan bukan lagi secara sembunyi-sembunyi atau malu-malu, bahkan dengan mencolok mata serta bermegah-megah pula.
Pemikiran jiwa hamba ini tidak lain adalah bagi membuktikan konon anak-pinak elit politiklah yang tetap berdarah biru - meski pendidikan luar negeri sekalipun tak semestinya membuktikan seseorang itu semestinya lebih pintar dan layak.
Jangan asal namanya luar negeri, maka semua dianggap hebat atau terbaik.
Rakyat tahu mereka boleh berbuat sewenang-wenangnya kerana mereka mempunyai kuasa dan wang, dan bukan semestinya atas prestasi akademik yang terlalu cemerlang.
Munafiknya ahli politik
Pada masa sama, warga maya juga boleh melihat bagaimana dalam maksud penggunaan bahasa yang mudah sekalipun, penguasa elit akan cenderung menulis di media sosial dengan bahasa Inggeris.
Maksud ayat yang diatur selalunya bukanlah mempunyai konsep pemikiran yang canggih sehingga perlu dipinjam bahasa asing disebabkan tiada istilah asal di dalam bahasa Melayu, tetapi begitulah mainan halus untuk akhirnya bertujuan memperbodoh dan merendah-rendahkan rakyat terbanyak.
Keadaan ini sesungguhnya ada terbawa-bawa sampai ke dalam sidang parlimen dan kita boleh saksikan betapa cacamarbanya kualiti perbahasan mereka.
Terkikisnya sikap nasionalisme juga boleh dihidu di dalam pelbagai isu lain. Misalnya tempoh hari ketika heboh-heboh syarikat China mahu mengambi alih saham milik kereta nasional, Proton.
Mengapa tak ramai politikus yang berani tampil bersuara lantang?
Dalam barisan pembangkang sekalipun, seakan-akan hanya Dr Mahathir Mohamad seorang yang kelihatan cukup garang tidak mahu saham Proton yang dimiliki DRB-Hicom terlepas kepada syarikat luar. Rata-rata politikus lain menjadi lebih menikus daripada tikus.
Mereka menikus tidak lain kerana mereka mempunyai asas keberanian untuk mempertahankan Proton. Rata-rata pemimpin politik itu sendiri tidak menggunakan Proton sebagai kereta peribadi.
Kalau ada di kalangan menteri yang terpaksa menaiki Proton Perdana, itupun kerana ia menjadi kereta rasmi kerajaan. Ketika keluar membeli-belah, mereka akan mengenderai jenama kereta Eropah atau Jepun yang bukan kepalang harganya.

PRU13: S'wak Report dakwa ketua perisikan tentera terima RM7 juta dari Najib

Portal Sarawak Report dalam pendedahan terbarunya mendakwa ada transaksi kononnya melalui akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu.
Antara lain, ia mendakwa Najib membayar RM7 juta kepada "Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (BSPP)" pada 8 April 2013, kira-kira sebulan sebelum PRU yang diadakan pada 5 Mei 2013.
Dalam satu risalah e-mel, Sarawak Report berkata mungkin "Lt Jeneral Datuk Abdul Hadi Bin Haji Hussin" boleh menjelaskan mengapa perkhidmatan itu menerima cek peribadi daripada perdana menteri hanya sebulan sebelum pilihan raya lepas.
BSPP adalah agensi perisikan bersama Angkatan Tentera Malaysia. Ia melaporkan terus kepada penglima angkatan tentera.
Malaysiakini telah menghubungi Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia berhubung dakwaan Sarawak Report itu dan sedang menunggu maklum balas.
Sarawak Report mendakwa angka-angka mengenai transaksi tersebut datang daripada pasukan petugas bersama yang telah menyiasat 1MDB sejak Mac 2015 sehinggalah ia dibubarkan lima bulan kemudian.
Malaysiakini tidak dapat mengesahkan secara bebas dakwaan tersebut, manakala 1MDB sebelum ini telah menyatakan bahawa tiada wang yang telah disalahgunakan daripada dana tersebut.
Tergesa-gesa kerana bajet
Najib pula secara konsisten menafikan sebarang salah laku dan berkata berbilion ringgit yang ditemui dalam akaun banknya adalah "sumbangan" daripada keluarga diraja Saudi, dan beliau telah dibersihkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Dua tahun lalu, dokumen yang dibocorkan yang dikatakan berasal dari syarikat perisian Hacking Team yang berpangkalan di Milan, menunjukkan BSPP sebagai antara pelanggannya untuk alat pengintipan dan pengawasan.

Tubuh Lembaga Penasihat, Pas didakwa ketepi perlembagaan parti


Lembaga Penasihat Pas ini adalah institusi baharu yang baru dicipta dalam sejarah Pas. Belum pernah sebelum ini semenjak penubuhan Pas pada tahun 1951 institusi ini ditubuhkan.
Baru-baru ini, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (TITM) telah mengumumkan pelantikan empat orang veteran Pas iaitu Datuk Mustafa Ali, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (mantan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa dan Timbalan Menteri Besar Kelantan), Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok (Ketua Jawatankuasa Disiplin Pas) dan Hj Subky Latiff (wartawan veteran) sebagai ahli jawatankuasa dalam Lembaga Penasihat Pas.
Lembaga Penasihat Pas ini adalah institusi baharu yang baru dicipta dalam sejarah Pas. Belum pernah sebelum ini semenjak penubuhan Pas pada tahun 1951 institusi ini ditubuhkan.
Perlembagaan PasPengumuman itu menjadi kecoh kerana ia dibuat oleh TITM yang telah mempengerusikan suatu mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat tanpa kehadiran Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang telah bercuti sakit.
Spekulasi telah tercetus bahawa sudah timbul konflik di antara kedua-dua pimpinan Pas itu memandangkan sebelum itu Datuk Mustafa Ali sudah digugurkan dalam senarai Jawatankuasa Pas Pusat setelah berada dalam Jawatankuasa itu semenjak tahun 1975.
Jawatan terakhir beliau adalah sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat sebelum ia digantikan dengan seorang yang tidak berpengalaman dalam urusan pilihan raya iaitu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, bekas Setiausaha Politik Presiden Pas.
Sebelum menjadi Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya, Datuk Mustafa Ali adalah Setiausaha Agung Pas. Pada peringkat awal lagi pertukaran jawatan ini dianggap oleh ramai pemerhati politik sebagai usaha Presiden Pas untuk menurunkan pangkat beliau.
Namun, sekurang-kurangnya kedua-dua jawatan ini adalah jawatan yang terkandung di bawah Fasal 26 Perlembagaan Pas.
Pas ketepi Perlembagaan parti
Soalnya, di manakah kedudukan Lembaga Penasihat Pas ini dalam Perlembagaan Pas? TITM dilaporkan telah berkata, "Apabila kita wujudkan badan penasihat kepada parti, ia di luar dari Perlembagaan Pas. Jika ikut perlembagaan kita sudah ada Majlis Syura. Sebagai penghormatan Presiden kepada tokoh-tokoh veteran parti yang banyak menyumbang pandangan supaya boleh lagi beri sumbangan berterusan kepada Pas, meskipun tiada jawatan rasmi".
Perkembangan ini menunjukkan seolah-olah Pas sudah mengetepikan peruntukan Perlembagaannya sendiri padahal Perlembagaan Pas sendiri telah memberikan ruang lantikan yang sewajarnya kepada mana-mana anggota parti.
Masakan kesemua AJK Kerja Pas Pusat tidak memahami peruntukan Perlembagaannya sendiri apabila meluluskan penubuhan Lembaga Penasihat ini? Apakah TITM tidak mendapat nasihat daripada peguam parti Pas yang ramai itu sebelum membuat langkah aneh ini.
Paling mustahak, adakah tindakan mewujudkan Lembaga Penasihat ini bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Pas sendiri sehingga mewajarkan untuk dikatakan Lembaga Penasihat ini sebagai institusi haram dalam Pas. Wajarkah meletakkan veteran parti yang berjasa kepada Pas sebelum ini dalam kedudukan sebuah entiti haram?
Sebenarnya jika benar-benar Datuk Seri Abdul Hadi dan TITM benar-benar menghargai veteran ini wajarlah mereka ini dilantik sebagai sebagai AJK tambahan dalam JK Kerja Pas Pusat supaya mereka ini dapat berfungsi dengan sebaiknya.
Ini kerana Presiden Pas mempunyai kuasa untuk melantik 6 orang AJK tambahan dengan persetujuan mesyuarat JK Kerja Pas Pusat di bawah Fasal 25(2) Perlembagaan Pas. Dengan keabsahan ini baharulah veteran Pas itu dapat berfungsi dengan sewajarnya.
Meletakkan veteran Pas ini di luar kerangka Perlembagaan adalah sama seperti meletakkan Lembaga Penasihat ini sama taraf dengan Lembaga Penasihat Kedai Kopi sahaja. Lembaga Penasihat ini tidak akan mampu mengatasi kuasa yang ada dalam Perlembagaan dan jauh sekali daripada berperanan dengan efektif.

‘1MDB KELANTAN’ PERLU DIKENAKAN TINDAKAN TEGAS, KATA HUSAM


ADUN Salor Husam Musa menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil tindakan tegas terhadap syarikat yang beroperasi tanpa kelulusan tetapi memeterai perjanjian dengan kerajaan negeri Kelantan melibatkan 1 juta ekar tanah hutan simpan, sesuatu disifatkannya sebagai “1MDB cara Kelantan”.
Naib presiden Amanah itu turut mempersoalkan kelayakan syarikat Climate Protectors Sdn Bhd sehingga diberikan kelulusan menguruskan tanah seluas “25% ” walaupun syarikat itu tidak diberikan kelulusan BNM untuk beroperasi.
“Saya menyeru BNM, janganlah sekadar mengeluarkan amaran tetapi tindakan proaktif terhadap semua skim seperti ini bagi mengelakkan orang awam tertipu. Mereka sudah melabur, kebanyakannya orang Melayu sejak Zaman Pak Man Telo lagi.
“Hangus wang berpuluh bilion kerana tidak dipandu pelaburan betul dan mereka cari jalan mudah untuk dapat kekayaan dan pelbagai pihak mengambil kesempatan.
“Kerajaan negeri pun kadangkala terperdaya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Amanah di Kuala Lumpur hari ini.
Pada 26 Jun, Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob mengumumkan projek perniagaan karbon bertaraf dunia diluluskan kepada Climate Protectors Sdn Bhd walaupun BNM menamakan syarikat itu dalam senarai pemerhatian atau amaran kepada pengguna pada 23 Jun.
Senarai syarikat dan laman sesawang berkenaan tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir BNM.
Climate Protectors memeterai perjanjian dengan Kelantan pada 9 Januari, 2017. Perjanjian itu meliputi tempoh 30 tahun.
Climate Protector dilaporkan sebagai “syarikat kredit karbon” pertama di Malaysia yang mendakwa teras perniagaannya ialah “inisiatif melindungi alam sekitar daripada pemusnahan hutan dan degradasi (REDD)”.
Bagaimanapun, lima bulan lalu Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata perjanjian dengan kerajaan negeri Kelantan itu bercanggah dengan syarat ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
“Mekanisme ini berasaskan prinsip pembiayaan bagi jumlah pengurangan pelepasan gas rumah kaca dan tidak melibatkan mekanisme pasaran,” kata Wan Junaidi seperti dilaporkan media.
Wan Junaidi turut meminta semua kerajaan negeri mendapatkan keterangan lanjut mengenai inisiatif REDD dari Bahagian Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bagi memastikan kesahihan maklumat mengenai inisiatif REDD.
Pada sidang media hari ini Husam mempersoalkan mengapa menteri besar Kelantan itu tidak mengambil berat kenyataan BNM yang dikeluarkan tiga hari sebelum projek diumumkan.
“Rakyat berhak mengetahui sama ada langkah Climate Protectors yang beralamat di Berek 12, Kota Bharu menggunakan kelulusan sejuta ekar tanah hutan simpan Kelantan itu dengan mengutip wang orang ramai dengan menjual token dipersetujui kerajaan negeri?
“Apakah syarikat mengutip wang secara haram menggunakan kelulusan kerajaan negeri,” soal Husam yang juga bekas exco Kelantan.

Skandal 1MDB: Najib tak tau malu tuduh saya terbabit saman DoJ, kata Dr Mahathir

DR Mahathir Mohamad hari ini menggelar Perdana Menteri Najib Razak dan pemimpin Umno “muka tebal, tak tahu malu” dalam isu tuntutan rampasan aset dipercayai berkaitan 1MDB yang difailkan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS).
Bekas perdana menteri yang juga pengkritik tegar Najib dan Barisan Nasional (BN) itu berkata tuduhan pemimpin Umno tertentu yang mengatakan beliau dalang di sebalik tuntutan DoJ itu sangat mengarut.
“Saya bangga kerana ada orang kata saya boleh arah DoJ membuat sesuatu. Jika saya dapat arah sebuah agensi kerajaan Amerika, lama sudah si polan ditangkap dan dituduh mencuri berbilion dolar Amerika. Dah lama sudah hukuman yang setimpal dikenakan kepada si polan itu,” katanya dalam artikel terbaru di blognya chedet.cc.
“Malangnya saya sebagai bekas perdana menteri Malaysia yang tidak ada gigi tidak mempunyai apa-apa pengaruh, jauh sekali berkuasa mengarah mana-mana agensi Amerika, bahkan agensi Malaysia pun.”
Saman DoJ itu, ketiga sejak tahun lepas, menjadikan jumlah yang didakwa disalahgunakan daripada 1MDB kepada AS$4.5 bilion (RM19.24 bilion).
Saman DOJ terkini itu menyatakan bagaimana Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, membeli rantai leher berlian merah jambu 22 karat menggunakan wang daripada 1MDB untuk isteri "Malaysian Official No. 1” (MO1).
DoJ memohon untuk menyita, antara lain, kapal layar Equanimity milik Jho Low, bernilai AS$165 juta dan hak filem "Dumb and Dumber To" dihasilkan Red Granite, sebuah syarikat penerbitan dimiliki bersama oleh Riza Aziz, anak tiri Najib.
Susulan saman itu bulan lalu, beberapa personaliti terkenal yang dinamakan dalam tuntutan itu – didakwa menerima hadiah dibeli hasil penyelewengan daripada syarikat pelaburan negara berkenaan, memulangkan semula hadiah kepada DoJ.
Dr Mahathir sebelum ini mencabar isteri Najib, Rosmah Mansor untuk menyaman DoJ jika beliau tidak bersalah.
MO1 sebelum ini dikenal pasti sebagai Najib oleh menteri di Jabatan Perdana Menteri.
“Seorang wanita cantik Australia (Miranda Kerr) dan pelakon Leonardo DiCaprio sudah kembalikan hadiah yang diberi kepada mereka oleh Jho Low.
“Bila lagi Rosmah dan penerima-penerima rasuah di Malaysia akan kembalikan duit haram yang dicuri dari 1MDB, kepada rakyat Malaysia. Tetapi mereka muka tebal, tak tahu malu. Bila dituduh mencuri, mereka semua, Najib dan pemimpin Umno hanya senyum,” kata Dr Mahathir dalam blognya.
“Oleh itu tuduhlah saya, seorang yang tidak berkuasa, arah kuasa besar Amerika membuat laporan palsu terhadap Najib, sahabat Obama dan rakan golfnya, Trump.
“Hanya yang bangang akan percaya. Berkesan sungguh dedak yang dimasukkan ke dalam telinga, mata dan mulut oleh Najib, raja wang tunai,” katanya.

SKANDAL 1MDB: DOJ DAN SAYA


Saya bangga kerana ada orang yang menyatakan saya boleh arah Department of Justice Amerika Syarikat membuat sesuatu. Jika saya dapat arah sebuah agensi Kerajaan Amerika Syarikat, lama sudah sipolan-sipolan ditangkap dan dituduh mencuri berbilion dolar Amerika. Dah lama sudah hukuman yang setimpal dikenakan kepada sipolan itu.
 2. Malangnya saya sebagai bekas Perdana Menteri Malaysia yang tidak ada gigi tidak mempunyai apa-apa pengaruh, jauh sekali berkuasa mengarah mana-mana agensi Kerajaan Amerika Syarikat, bahkan agensi Kerajaan Malaysia pun.
3. Apa yang dilakukan oleh Department of Justice Amerika Syarikat ialah bertindak ke atas mereka yang terlibat dengan pembersihan wang haram di Negara Amerika, bukan di Malaysia. Undang-undang berkenaan jenayah “money-laundering” di Amerika Syarikat amat ketat, tidak seperti di Malaysia, di mana Kerajaan berpuas hati jika 2.6 billion Ringgit yang ada dalam akaun pribadi Perdana Menteri dikatakan derma orang Arab. Pengakuan pihak yang disoal bahawa ia tidak melakukan apa-apa kesalahan memadai untuk menghalalkan pemilikan wang yang begitu banyak.
4. Tuduhan yang dibuat oleh DoJ tepat dan terperinci termasuk berlian berwarna merah jambu yang diberi oleh Jho Low kepada isteri Malaysian Official 1 (Perdana Menteri mengikut pengakuan Pengarah Komunikasi Strategik BN, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Rahman Dahlan), iaitu Rosmah Mansor.
5. Jho Low dan Riza Aziz sepatutnya pergi ke Amerika Syarikat untuk melawan tuduhan mencuri duit 1MDB. Tetapi mereka tidak berani. Pepatah Melayu berkata, “berani kerana benar, takut kerana salah.” Mereka bersembunyi di China dan Malaysia. Sekaligus ia menjadi pengakuan bahawa segala tuduhan DoJ adalah benar.
6. Seorang wanita cantik Australia, (Miranda Kerr) dan pelakon Leonardo DiCaprio sudah kembalikan hadiah yang diberi kepada mereka oleh Jho Low. Bila lagi Rosmah dan penerima-penerima rasuah di Malaysia akan kembalikan duit haram yang dicuri dari 1MDB, kepada rakyat Malaysia. Tetapi mereka muka tebal, tak tahu malu. Bila dituduh mencuri, mereka semua, Najib dan pemimpin-pemimpin UMNO, hanya senyum.
7. Oleh itu tuduhlah saya, seorang yang tidak berkuasa, telah arah kuasa besar Amerika Syarikat membuat laporan palsu terhadap Najib, sahabat Obama dan rakan golfnya, Trump.
8. Hanya yang bangang sahaja yang akan percaya. Berkesan sungguh dedak yang di masuk ke dalam telinga, mata dan mulut oleh Najib, raja wang tunai.

SKANDAL 1MDB: BERTUAHNYA ‘HAJI 1MDB’


Bertuahnya sekitar 5,711 orang sejak tahun 2011 dapat menunaikan fardu haji atas tajaan 1MDB. Agaknya tidak termasuk musim haji ini.
Hitung panjang dalam masa enam musim haji yang lalu sekitar 952 dapat jadi haji 1MDB. Untuk itu 1MDB telah berbelanja sebanyak RM56 juta.
Peruntukan itu dikira besar tetapi dibandingkan dengan duit 1MDB yang lesap, ia sekitar beberapa peratus saja. Ibarat nasi yang tersangkut di gigi.
Bergeliga otak pentadbir 1MDB berjaya membantu sewajarnya mereka yang tidak mampu atau yang belum cukup simpanan di Tabung Haji untuk menunaikan rukun Islam itu.
Jika semua badan GLC dapat mengikut kemurahan hati 1MDB itu nescaya lebih ramai umat Malaysia yang bertuah. Mungkin KWSP, PNB, Amanah Raya, TNB, PKNS, Bank Negara, Bank Rakyat dan lain-lain dapat mencontohi 1MDB.
Jika tidak sampai menaja 200 orang setahun, sekurang-kurangnya 100 setahun pun amat digalakkan.
Tidak ada curang
Ketika PAS memerintah Terengganu antara 1999 hingga 2004 ia menyewa hotel di Mekah, menganjurkan pemergian haji.
Kerana penganjuran di bawah syarikat TDM – badan perladangan sawit kerajaan negeri – ramai pekerja yang lama berkhidmat dihantar naik haji percuma. Ia tutup selepas BN mengambil semula kuasa.
Memandangkan 1MDB adalah syarikat pelaburan kementerian kewangan yang dipercayai melesapkan berguni-guni duitnya, maka apa agaknya pandangan panel syariyah badan itu jika ia ada panel syariahnya?
Jika orang naik haji dengan duit loteri dipercayai sah haji, tetapi yang terpilih ke Mekah itu tidak ada curang dengan tadbir 1MDB, kerana yang berangkara ialah 1MDB sendiri.
Mungkin tidak timbul sah atau tidaknya. Dengan duit apa orang bertuah itu naik haji, usah ditanya. Cuma ia dapat haji mabrur atau tidak, mungkin berbangkit.
Jika yang naik haji secara sah pun belum tentu dapat mabrur, yang punca membiayai mereka yang ditakwil itu mungkin baliknya dengan Haji 1MDB saja.
Moga-moga mereka dapat haji mabrur, tetapi yang nyata bagi orang bertuah itu ialah Haji 1MDB.
Sekalipun 1MDB mengeluarkan peruntukan RM56 juta, tetapi ia tidak dapat membasuh debu dan daki yang dihadapinya.
Pada tahun 1970-an ada seorang perompak di Kuala Lumpur bernama Botak Chin. Hasil rompakannya dicurahkan kepada kaum gelandangan.
Ali Baba dan 40 penyamun
Sekalipun dia membuat kebajikan besar tetapi dia tetap diburu kerana jenayahnya. Robin Hood Malaysia itu akhirnya dibunuh.
Robin Hood terkenal sebagai penyamun yang menggunakan hasil rompakannaya bagi membela golongan idak berada, tetapi undang-undang tidak dapat memihak kepadanya.
Sekalipun berjuta dan berbilion diperuntukan 1MDB untuk ribuan haji, tetapi ia tidak dapat menutup angkara lesapnya duit yang diambil daripada kerajaan itu.
Nawaitu 1MDB itu justeru apa?
Lillah-kah atau bagi menghalalkan rompakannya?
Yang berkebajikan dan berpahala ialah yang dibuat kerana Allah. Sebarang amalan yang kerana Allah itu mestilah sumbernya bersih.
Jika berniat seperti Robin Hood tidak dapat diterima bersih nawaitunya, apa lagilah kalau rompakan bernawaitu seperti Ali Baba dengan 40 penyamun.
Memang dalam dunia ini ada orang menggunakan duit syarikat atas nama agama, tapi ia sebagai perisai bagi mengelabui pandangan orang ramai.
1MDB mungkin selepas ini mengadakan alumni haji-haji 1MDB dan setiap haji itu tidak percaya duit 1MDB dirompak.
Untuk lebih glamor, haji yang bertuah itu jadi Haji Robin Hood.

SUBKY LATIF