Ahad, 2 Julai 2017

Skandal 1MDB: Khairuddin nak ke Barbados lepas laporan Jho Low mahu beli bank

Bekas anggota Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mahu Jabatan Imigresen mengetepikan larangan perjalanan ke atasnya kerana beliau mahu "bercuti" ke Barbados dan Seychelles.
"Dua negara ini menjadi idaman perjalanan terakhir saya. Niat saya untuk bercuti, berehat, makan angin dan kemungkinan kerja sambil bercuti.
"Kedua destinasi ini merupakan pilihan terakhir saya untuk melancong. Lepas itu kalau nak sekat perjalanan saya lantaklah. Asalkan impian ke dua negara ini tercapai cukuplah!" tegasnya dalam satu kenyataan.
Beliau melampirkan kenyataan itu bersama pautan ke satu artikel mengenai rancangan ahli peniagaan kelahiran Pulau PInang, Jho Low untuk membeli sebuah institusi kewangan di Barbados.
Menurut Wall Street Journal, E-mel seorang eksekutif kewangan di sebuah firma di Dubai mendedahkan rancangan Low untuk membeli bank di Carribean itu sebagai tempat menyimpan wang. E-mel itu kemudian dibocorkan.
Eksekutif itu menulis bahawa Low "merasa terdorong untuk membeli sebuah bank sebagai tempat untuk meletakkan dananya termasuk rakan-rakan dan keluarga."
Secara kebetulan, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mengatakan salah sebuah syarikat palsu, Aabar yang dituduh menggunakan dana yang telah dicuci dari 1MDB, didaftarkan di Seychelles.
Khairuddin bersama peguam Matthias Chang membuat laporan terhadap 1MDB di beberapa pihak berkuasa asing pada 2015.
Mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 dan didakwa di bawah Kanun Keseksaan kerana mensabotaj ekonomi.
Bagaimanapun, kedua-duanya dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bulan lalu. Mahkamah juga mengarahkan pasport mereka dipulangkan, namun Khairuddin berkata beliau masih tidak dibenarkan meninggalkan negara ini.
DOJ memfailkan sama sivil bagi merampas aset bernilai AS$1 bilion yang didakwa dibeli di Amerika Syarikat menggunakan wang 1MDB.
DOJ menyatakan aset berkenaan dibeli oleh Low, namun ahli perniagaan itu mendakwa kes itu sebagai tidak berasas.

Harap Ahmad Yakob tidak terlancar projek "Musang Ngenge"


Oleh Mohd Sayuti Omar
Dalam diam-diam kerajaan Kelantan sedang meneroka dimensi baharu dalam perdagangan bertaraf dunia demi rakyat Kelantan apabila merintiskan projek apa dinamakan Carbon Credit. Apa dia carbon credit?

Sumpah, saya pun pertama kali mendengar terma ini. Inilah menunjukkan bahawa kerajaan Kelantan khasnya pimpinan Ahmad Yakob yang dianggap "senyek" (lembab dan tidak berdaya maju) sebenarnya seorang MB yang berpandangan jauh dan ikut sama terbangkit unuk menganyam awan biru di langit.

Beliau mampu membawa perdagangan atau projek yang asing dan mungkin tidak pernah terfikir oleh MB-MB sebelum ini termasuk juga almarhum Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Apakah dia projek Carbon Credit itu? Secara mudah projek ini adalah untuk menyelamatkan dunia daripada limpahan pencemaran berbagai unsur; kimia, toksid yang mengancam kehidupan. Secara mudah ialah projek pemeliharaan alam sekitar, hutan, tanah tanih, dan menyediakan oksijen kepada dunia. Ia boleh disifatkan projek ini usaha Kelantan untuk menambah oksijen kepada dunia maya.

Sifatnya global kerana projek berkenaan boleh dimanfaatkan bukan sahaja oleh Kelantan; Pengkalan Chepa, Meranti atau Tumpat khasnya, sebaliknya Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand dan lain-lain negara Asean amnya bahkan di seluruh dunia termasuk Amerika, Russia, Jepun, China, United Kingdom hatta Antartika.

Skop penyelamatan dunia menerusi projek ini menggambarkan globalnya keperihatin Ahmad bersama kepimpinannya bersama barisan Exco, Mohd Amar Nik Abdullah dan juga sdr Sudin Chua Pon serta lain-lain.

Butiran kasar mengenai projek ini didedahkan oleh MB itu sendiri dalam satu ucapan pada 2 Syawal lalu di suatu majlis. Ia mengejutkan dan saya angkat tabik kepadanya, atas kejauhan akal fikirnya mewujudkan projek mega ini.

Seperti mana diumumkan menerusi projek itu ia disamping menjadikan Kelantan sebagai "Malaikat" Atib dan Ratib, penjaga dan mengawal kelestarian dunia, ia juga dapat menyumbangkan kewangan kepada negara. Maksudnya projek berkenaan menjana kewangan untuk Kelantan dalam masa akan datang dalam tempoh 30 tahun. Adapun kadar atau nilai pendapatan itu bergantung kepada kajian sejauh mana nilai korban yang dikeluarkan yang kini katanya dijalankan oleh sebuah syarikat yang tidak disebut namanya.

Disampng Ahmad mengumumkan projek baharu yang menakjubkan itu, beliau juga menafikan tuduhan "mereka-mereka" yang membuat fitnah kononnya projek itu mengorbankan hutan simpan apabila berlaku penebangan balak. Tidak, balak tidak jadi mangsa. Balak yang ada dalam hutan terlibat dengan projek itu akan dikekalkan. Jumlah hutan terlibat dengan projek itu seluas 1 juta hektar. Oh luasnya. Demikian jelasnya.

Menurut Ahmad "mereka-mereka" yang beranggapan projek demikian mengorbankan balak, disifatnya sebagai biadap. Beliau amat kesal dan marah kepada "mereka-mereka" itu. Adapun syarikat yang diberi tanggungjawab mengkaji projek berkenaan bernama Climate Protector. Syarikat ini kepunyaan tiga lelaki Melayu seorang perempuan, seorang berbangsa Umno dan seorang jejaka Cina yang mirip Jho Low.

Namun setelah diamat-amati dan digoogle mengenai projek berkenaan ada sedikit persoalan dan kemusykilan yang bersarang di kepala saya, mungkin juga di benak orang yang belum memahami bidang projek ini. Kemusykilan ini boleh menzuriatkan keraguan sejauh mana kelogikan projek berkenaan.

Kemusykilan ini perlu dijelaskan untuk menentukan apakah projek berkenaan benar-benar wujud dan realisitik ataupun ia hanya sebuah omong kosong sahaja. Atau pun projek ini digempa yang gemanya menjadi sehebat syarikat 1MDB yang ditubuhkan oleh Najib Razak (2009) itu dimana ia hanya sebuah ilustrasi menarik yang tidak bernyawa yang menguntungkannya sahaja. Hari ini projek 1MDB sudah jadi satu skandal memalukan negara. Kita tidak mahu projek Carbon Credit itu terjadi demikian.

Ahmad kena mengambil perhatian atas perkara ini bagi mengelakkan beliau sendiri terjebat dengan idea projek ini yang akhirnya kerugian akan menimpa kerajaan Kelantan. Kita tidak mahu rakyat Kelantan yang dimaklumkan dengan idea projek ini kemudian menjadi burung perkutub yang hari-hari mengatuh dan menjual projek ini sedangkan ia tidak tahu apa. Rakyat Kelantan dilarang menjadi perkutub. (Perkutub panggilan orang Indoneisa kepada burung terkukur baruh). Ohnya Sudin Chua Pon juga dilarang bercakap projek ini.
Sepatutnya apa yang pernah terjadi sebelum dimana sebuah konsertium (kontrektor) yang kononnya mendapat kerjasama sebuah Bank Islam Dunia (IDB) untuk laksanakan projek lebuh raya rakyat di Kelantan, akhirnya terburai begitu sahaja, dan perjanjian yang telah ditanda tangani dimansuhkan setelah menyedari syarikat berkenaan hanya sebuah syarikat kayu mati sahaja.

Antara perkara yang perlu dijelaskan oleh Ahmad Yakob bukan oleh "Sudin Chua Pon", kerana dia pasti dan wajib tidak tahu menahu hal ini, ialah:

PAS Dan Pakatan Harapan Sukar Menumbangkan Bn

Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Setakat ini PAS dan PH tak ada plan tindakan yang betul-betul meyakinkan rakyat untuk mengambil alih pemerintahan Umno/BN. Tak payah nak marahkan pendapat saya. Cuba teliti betul-betul apa yang PH dan PAS dah rancang untuk menjadi pemerintah.
2) PH hanya berslogan 'good governance', 'lawan koleptokrasi', atasi kebocoran, lawan rasuah dan seumpamanya. Too general. Rakyat tak nampak apa-apapun melainkan hanya mainan sentimen. Apabila rakyat tanya "bagaimana?", bermulalah silat pencak ahli politik membelit-belit pemikiran rakyat. 3) Sebenarnya bagaimanakah good governance yang nak dibuat? itu yang rakyat nak tahu. Apa indicatornya. Siapa yang akan urus. Apa kualifikasi pihak yang akan mengurus. Apa strategi dan pelan tindakan yang boleh diyakini? Bagimana? Apa? Siapa? Plan A, Plan B dan sebagainya. Tiada pendetailan.
4) Bagaimana meingkatkan kualiti hidup rakyat, ekonomi, sosial dan sebagainya. Apa plan tindakan. Bagaimana? Siapa pemainnya. Apa indikatornya. Siapa yang terlibat? Bagaimana ia boleh diyakini. Tiada detail untuk rakyat lihat, faham dan yakin.
5) Tawaran ke atas rakyat, rakyat tak nampak pun. Kalau ada pun mungkin PH syok sendiri. Berdirinya PH adalah atas kelemahan BN. Hidup atas tuduhan ke atas Najib itu ini. Daripada isu Altantuya (yg sudah diam sekarang ni), sampailah kepada isu 1MDB (DoJ), semuanya tak lekat. Najib buat bodoh saja. Kalau baca karangan cybertroopers PH, dah nampak macam Najib tu dah nak jatuh sangat-sangat. Last-last salahkan PAS konon beri tongkat kepada Najib.
6) Nyatalah semua itu hanya tuduhan dan persepsi yang dibuat untuk menjatuhkan Najib. Sekalipun benar, ia tak menggugat Najib kerana Najib dah pandai pun baca cara anda bermain isu. Kalau Najib bersalah, tak ada tongkat yang mampu support Najib. Kalau Najib memang disahkan bersalah oleh Mahkamah, tak perlu pun PH serang atau PAS beri tongkat. Serigala-serigala dalam Umno/BN itu sendiri akan tumbangkan Najib. najib akan diratah orang-orangnya sendiri. Namun disebabkan tuduhan ke atas Najib hanya bersifat tuduhan, serigala pun tak berani nak baham.
7) Sebab itu lah semua isu yang menyerang Najib daripada PH dan PAS, memang tak tumbang punya. Malah Najib akan terus baiki kelemahan, menutup segala lubang dan rahsia, serta menunjukkan bagaimana "good governance" kepada rakyat. Sedangkan PH terus membuang masa menyerang Najib tanpa ada plan tindakan yang baik sebagai tawaran kepada rakyat, untuk rakyat lebih yakin. Rakyat akan terus bosan dengan PH jika bermain isu pengundi hantu, blackout, salahkan SPR, salahkan PAS, salahkan apa saja konon diri sendiri tak salah bila kalah pilihanraya. Hakikatnya usahaka kita tak cukup berkesan.
8 ) Betul kita semua marahkan Najib. Kita pun tak mahu Najib terus memerintah. Biar orang lain pula ambil alih. Biar parti lain ambil alih. Tapi cara kita dengan mensasarkan Najib sahaja tak akan ke mana. Kita kononnya galak bermain isu DoJ, Jho Low dan sebagainya. Ada Najib kisah? Akaun dia dibeku diluar negara? Harta dia di sita di luar negara? Dia tak akan berganjak dan tidakakan mengaku salah. Sebab semua itu belum menjadi bukti dia bersalah. Kerana belum ada pendakwaan, belum ada keputusan bersalah oleh mana-mana mahkamah. Sebab itu Najib tak kisah. Kita sahaja galak, sebab kita dah anggap Najib bersalah.

Edra milik China akan disenaraikan di Bursa Malaysia pada November


Edra milik China akan disenaraikan di Bursa Malaysia pada November
Edra akan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada November menurut sumber. Ia adalah IPP kedua terbesar di Malaysia. 
PENGELUAR tenaga milik China, Edra Power Holdings Sdn Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Edra Global Energy Bhd), dijangka akan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia, November nanti, lapor Bernama hari ini.
Memetik sumber industri pasaran kapital, agensi berita negara itu berkata yang IPO dijangka meningkatkan RM5 bilion berbanding harga sewaktu penyenaraian itu.
Edra, sebelum ini dimiliki 1Malaysia Development Bhd (1MDB), ialah IPP kedua terbesar di Malaysia dan merupakan syarikat tenaga nuklear utama dunia.
1MDB menjual Edra kepada China General Nuclear Power Corp (CGN) dengan harga RM9.83 bilion tunai pada November 2016 dalam sebahagian daripada pelan rasionalisasi 1MDB untuk mengurangkan beban hutangnya sebanyak RM42 bilion.
1MDB dikatakan membeli Edra dengan harga RM12 bilion pada 2012.
Bernama memetik penganalisis itu sebagai berkata “Edra akan menjadi perkara penting dalam kisah lantunan ekonomi Malaysia” memandangkan penyenaraian itu dilakukan ketika petunjuk positif ekonomi sedang berlaku termasuklah pertumbuhan dan eksport yang makin kukuh serta nilai ringgit yang semakin kuat.
Paling penting ialah semakan semula pertumbuhan negara pada 2017 yang dilakukan Bank Dunia kepada 4.9% berbanding 4.4% sebelum ini, lebih tinggi berbanding jangkaan kerajaan disebabkan prestasi memberangsangkan suku pertama tahun ini.
Turut menyumbang kepada sentimen positif itu ialah nilai ringgi sebagai matawang utama Asia paling kukuh.

PRU14 PADA FEBRUARI?


WARTAWAN di The Star diberitahu untuk cuba menghabiskan cuti mereka pada separuh pertama tahun ini.
Ini kerana editor menjangkakan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan diadakan sekitar separuh kedua tahun ini dan semua cuti di sidang editorial akan dibekukan.
Wartawan diberitahu, Mei dan Jun adalah ‘bulan paling selamat’ untuk mengambil cuti kerana tidak mungkin perdana menteri akan mengadakan pilihan raya pada bulan Ramadan atau Syawal.
Walaupun penggal hanya akan berakhir pada Ogos tahun depan, penganalisis telah meramalkan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mahu mengukuhkan kedudukannya dengan mengadakan pilihan raya awal memandangkan kedudukan ringgit kukuh dalam mata wang Asia pada suku ini ditambah dengan kadar pertumbuhan 5.6 peratus.
Permainan meneka bila PRU14 ini telah berlaku sejak tahun lepas, dan ada yang membuat spekulasi bahawa Najib akan memilih pilihan raya selepas lawatan negara China.
September atau Oktober adalah dua bulan di mana pilihan raya umum kemungkinan besar berlaku, itulah yang difikirkan oleh kebanyakan orang.
Jangkaan popular ini dibuat dengan andaian Najib mahu membangkitkan sentimen negara selepas Sukan SEA dan sambutan besar-besaran yang dirancang untuk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Kemudian baru-baru ini, timbul laporan bahawa Presiden China Xi Jinping mungkin akan melawat Malaysia pada Oktober. Justeru, ia mendorong kemungkinan untuk pilihan raya diadakan lebih lewat menjelang akhir tahun ini.
Tetapi, menurut orang-orang dalam parti, pilihan raya umum lebih cenderung diadakan pada tahun depan berbanding tahun ini.
“Tekaan saya adalah selepas Tahun Baru Cina. Nampaknya pemimpin kita boleh menangguhkannya  sejauh itu,” kata Ketua Umno bahagian Kapar, Datuk Faizal Abdullah.
Setiap kali perdana menteri bercakap di majlis politik, ia kelihatan seperti pilihan raya akan berlaku tidak lama lagi. Matlamatnya untuk memastikan semua orang dalam keadaan bersedia.
Semasa perhimpunan ulang tahun Umno di stadium Bukit Jalil, Najib, ketika memberitahu parti supaya bersedia, beliau berkata bahawa pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa malah menambahkan debaran dengan berkata ‘saya boleh mengadakannya esok’.
“Semua orang cuba membuat tekaan tetapi perdana menteri hanya akan membuat keputusan apabila dia merasakan telah tiba masa yang betul untuk melakukannya,” kata ahli politik Gerakan, Ivanpal S. Grewal.

GUAN ENG BIMBANG PEMBANGKANG TAK SEDIA HADAPI PRU14


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, mengakui beliau bimbang terhadap keadaan semasa Pakatan Harapan yang mungkin tidak dapat menyelesaikan sebarang isu bersama.
Bagaimanapun Lim kemudian menegaskan, dengan masa yang mencukupi gabungan pelbagai parti pembangang itu akan bersedia menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.
“Saya bimbang, tetapi jika anda mengingati semula pada 2008, kita pun tidak bersedia namun pembangkang pada masa itu memenangi lima negeri.
“Kali ini kita tidak melihat kepada tsunami 2008 tetapi kita melihat tsunami Malaysia,” katanya pada majlis memperkenalkan buku The People’s Chief Minister – Lim Guan Eng di Petaling Jaya hari ini.
Lim menjawab satu soalan daripada pengacara majlis itu yang bertanya mengenai kebimbanan parti pembangkang tidak dapat bersatu ketika PRU ke-14 semakin hampir.

Hari Ini Kita Membela Yang Munkar, Siapakah Yang Akan Membela Kita Di Padang Mahsyar?!

Seringkali orang yang memiliki ilmu dan pengaruh cuba digunakan oleh pihak lain untuk kepentingan mereka. Ini bukanlah perkara baru dalam sejarah manusia.
Malangnya, seringkali pula ada pihak yang berilmu dalam bidangnya sanggup memperdagangkan pengetahuannya atas kepentingan tertentu. Justeru, banyak fakta dikelirukan, banyak kebenaran dipalsukan.
Orang berilmu dalam bidang apa sekalipun akan ada pengaruhnya yang tersendiri berkaitan bidangnya. Pakar undang-undang akan dipercayai oleh yang tidak begitu mengetahui berkaitan undang-undang.
Pakar ekonomi akan dipercayai oleh yang tidak pandai tentang ekonomi. Begitulah seterusnya. Jika golongan berilmu ini me’lacur’kan ilmu mereka untuk kepentingan diri, pasti orang awam menjadi mangsa.
Hal ini apatahlagi apabila golongan yang mempunyai pengetahuan berkaitan agama tapi memutar fakta ataupun menyembunyikan kebenaran ataupun mengakui kezaliman ataupun melindungi kemunkaran dengan hujah-hujah yang seolah-oleh itu perintah Tuhan.
Apakah di sana ada pendustaan dan pengkhianatan yang lebih daripada orang yang menjual nama Allah untuk kepentingan dirinya sehingga manusia tertipu?!
Golongan agama yang seperti ini, untuk menjaga kepentingan diri sanggup berhujah dengan segala lenggok bahasa agama membela pihak yang dapat memberikan sesuatu untuk mereka. Kadang-kala seakan bagaikan titah Tuhan yang langsung kepada mereka. Kadang-kala dengan nada kerohanian. Kadang-kala dengan teknik ilmiah dalil itu dan ini.
Namun, kesemuanya membawa natijah yang sama, membela yang jelas kezaliman ataupun penyelewengannya. Jika hal yang dibela itu sesuatu yang bersifat ijtihadi yang mana tidak jelas antara benar dan salahnya, bolehlah kita bersangka baik.
Namun duka cita apabila mereka sanggup membela perkara yang nyata lagi zahir kesalahan ataupun kezaliman padanya. Ketika masyarakat awam pun nampak jelas salah dan munkar, tiba-tiba terdapat golongan berpengatahuan agama menyatakan ‘itu betul’, ataupun ‘itu sebenarnya tidak salah’, ataupun ‘biarkan saja, bukan urusan kita’ dan pelbagai ayat ‘keagamaan’ yang lain.
Al-Quran dalam Surah al-Nisa ayat 107-109 mengingatkan kita tentang hal ini:
وَلَا تُجَٰدِلۡ عَنِ ٱلَّذِينَ يَخۡتَانُونَ أَنفُسَهُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن كَانَ خَوَّانًا أَثِيمٗا . يَسۡتَخۡفُونَ مِنَ ٱلنَّاسِ وَلَا يَسۡتَخۡفُونَ مِنَ ٱللَّهِ وَهُوَ مَعَهُمۡ إِذۡ يُبَيِّتُونَ مَا لَا يَرۡضَىٰ مِنَ ٱلۡقَوۡلِۚ وَكَانَ ٱللَّهُ بِمَا يَعۡمَلُونَ مُحِيطًا . هَٰٓأَنتُمۡ هَٰٓؤُلَآءِ جَٰدَلۡتُمۡ عَنۡهُمۡ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا فَمَن يُجَٰدِلُ ٱللَّهَ عَنۡهُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ أَم مَّن يَكُونُ عَلَيۡهِمۡ وَكِيلٗا .
Dan janganlah kamu berdebat (untuk membela) orang-orang yang mengkhianati dirinya. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang selalu berkhianat lagi bergelimang dosa. Mereka bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi dari Allah, padahal Allah beserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahasia yang Allah tidak redlai. Dan adalah Allah Maha Meliputi (ilmu-Nya) terhadap apa yang mereka kerjakan. Beginilah kamu, kamu sekalian adalah orang-orang yang berdebat untuk (membela) mereka dalam kehidupan dunia ini. Maka siapakah yang akan mendebat Allah untuk (membela) mereka pada hari kiamat? Atau siapakah yang menjadi pelindung mereka (terhadap siksa Allah)”
Soalan tambahan lain; Siapakah pada Hari Kiamat nanti yang akan berhujah membela kita yang telah berhujah membela mereka pada hari ini?
Ilmu adalah amanah. Kata Abu Bakar al-Siddiq r.a dalam ucaptama perlantikannya: “Benar adalah amanah, bohong adalah khianat”.
 
Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Mufti Perlis
1 Julai 2017
 
Tidak perlu ulasan yang panjang-panjang  terhadap kenyataan atau peringatan daripada Mufti Perlis ini.
Juga tidak perlu disebut atau diulang-ulang isu apa yang paling relevan dan siapa yang mungkin terkait dengannya.
Kepada sekalian yang berkenaan, mohonlah terasa dan segeralah kembali ke pangkal jalan kerana di Padang Mahsyar nanti tiada sesiapa yang mampu membela kita.
Wang, habuan, jawatan, kedudukan, gajet A9 atau apa saja tidak berguna apa-apa lagi di sana nanti. Amalan dan perbuatan kita di dunia inilah yang akan menjadi saksi segala-galanya.

Kertas putih adalah jawapan skandal 1MDB sembang PAS

Kerajaan perlu segera menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat isu 1MDB seterusnya mengeluarkan kertas putih supaya tiada mana-mana pihak mengamgil kesempatan, kata PAS hari ini.
Timbalan presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata walaupun parti itu ada pengalaman pahit berhubung kertas putih, dalam keadaans sekarang itu saja pilihan yang ada sementara semua parti politik menunggu kedatangan pilihan raya umum (PRU) ke-14
"Isu ini perlu diselesaikan dalam negara secepat mungkin supaya tiada pihak yang boleh mengambil kesempatan ke atasnya.
"Diharap semua pihak dapat melobi agar RCI untuk 1MDB diadakan secepat mungkin.
"Walaupun PAS mempunyai pengalaman pahit berhubung kertas putih dalam isu Memali - apabila kertas putih itu pun telah menjadi kelabu asap - tapi itu sahaja pilihan yang ada sementara semua parti politik menanti keputusan rakyat di PRU ke-14," katanya dalam kenyataan hari ini.
PAS berkali-kali bertegas menolak sebarang campur tangan asing dalam usaha parti pembangkang mengenakan tekanan terhadap kerajaan berhubung skandal 1MDB.
Ada pemimpin PAS mengaitkan laporan dibuat pihak tertentu di negara asing sebagai cubaan menjemput negara asing supaya campur tangan dalam urusan dalaman negara.
Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan menggelar pihak itu sebagai orang yang "pendek akal".
Kata Tuan Ibrahim kegagalan institusi penguatkuasaan di negara ini membawa Malaysia ke arah bahaya.
Menurutnya rakyat perlu yakin kepada seluruh institusi negara, terutama berkaitan penguatkuasaan dan kehakiman yang memastikan peraturan dipatuhi tanpa pengecualian.
"Apabila semua tempat rakyat mengharapkan keadilan bagi membela nasib mereka telah hilang, tidak pelik jika sesiapa sahaja yang dianggap dapat membantu mereka akan disanjung dan didukung.
"Pendek kata, kegagalan atau kerakusan kerajaan yang merosakkan keyakinan rakyat kepada sistem negara adalah pembuka pintu kepada pihak asing mengambil peluang untuk terlibat di dalam urusan sesebuah negara," katanya lagi.
Penguatkuasaan sangat lemah
Dalam isu 1MDB, kata Tuan Ibrahim, kegagalan institusi penguatkuasaan menyiasat dan bersikap telus membuka ruang kepada pihak lain yang sudi menyiasatnya.
Contohnya, kata beliau, laporan audit terhadap 1MDB kini masih diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi.
"SPRM dengan mudahnya menolak kes 1MDB dan berkata ia di bawah siasatan polis. Polis pula berkata kes ini sedang disiasat tanpa ada tempoh waktu yang tetap untuk menyiapkan siasatan.
"Sehingga hari ini, Peguam Negara tetap berkata tiada bukti sedangkan bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mengesahkan bahawa denda yang dikenakan kepada badan dan institusi kewangan yang melanggar peraturan Bank Negara dalam kes 1MDB mungkin adalah yang tertinggi dalam sejarah.
"Kesannya, apabila Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat mengeluarkan laporan siasatan dan pendakwaan sivilnya yang melibatkan 1MDB, ia amat menarik perhatian rakyat kita sendiri," katanya.
Persoalannya, kata Tuan Ibrahim, apakah sistem penguatkuasaan Malaysia begitu lemah dibandingkan dengan DOJ.
"Tapi apakah sistem penguatkuasaan kita dirosakkan kerana ingin mempertahankan sebuah pasangan berkuasa? Tidak pasti, tapi PAS percaya sebilangan besar rakyat sudah ada jawapannya yang tidak perlu dibicara lagi," katanya.
Tak malukah kita

'Jijik pandang DAP tapi tak jijik skandal 1MDB, pelik dan ajaib'



Sikap pemimpin Pas yang memandang jijik terhadap DAP tapi berdiam diri dalam isu 1MDB sangat menghairankan, kata ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin.
Beliau berkata, sesetengah pemimpin Pas berhempas pulas mengeksploitasi kenyataan veteran DAP Lim Kit Siang yang menyokong Datuk Husam Musa sebagai calon menteri besar Kelantan, tapi tidak pula bersuara mengenai skandal 1MDB.
Hanipa Maidin"Bila baca, lihat dan dengar kritikan mereka kepada Lim Kit Siang dan DAP, jijik betul mereka pandang DAP tapi tak pula kita baca, lihat dan dengar kejijikan mereka kepada skandal 1MDB dan pemimpin serta parti Melayu yang terpalit dengan skandal busuk dan hancing 1MDB. Apakah mereka dah dicabut deria rasa?" tulisnya di Facebook hari ini.
Beliau yang juga ahli jawatankuasa Amanah Nasional berkata, walaupun DAP langsung tidak terlibat dalam skandal 1MDB tetapi kerana digerakkan oleh ramai orang bukan Melayu, mereka dibenci Pas.
"DAP langsung tak terbabit walau sekelumit dengan skandal busuk 1MDB tapi sebab DAP didukung oleh ramai bukan Melayu mereka dibenci sebegitu rupa. Dulu anti assobiyyah sekarang dah boleh peluk dan cium assobiyyah!" tempelaknya.
Beliau berkata, sikap Pas sekarang jauh berbeza dengan sikap toleransi yang diamalkan bekas Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap orang bukan Islam.
"Yang nak tergelak mereka lupa masa Lim Kit Siang dan DAP ziarah Presiden mereka masa jadi menteri besar Terengganu dulu presiden mereka yang peluk Kit Siang sekarang peluk orangg lain.
"Bezanya dengan akhlak almarhum Tok Guru Nik Aziz, berkunjung ke rumah Karpal Singh dan bawa kek hari jadi untuk Mr Karpal," katanya.

Pembantu PM sahkan konspirasi haramkan DAP

Anggota Parlimen Kluang mendakwa setiausaha akhbar perdana menteri secara tidak sengaja mengesahkan bahawa wujudnya rancangan untuk mengharamkan DAP pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Liew Ching Tong mendakwa, ia ekoran kenyataan dibuat Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad mengenai kemungkinan sama ada DAP dibenarkan menggunakan logo roket pada PRU ke-14.
"Secara tidak sengaja, kenyataan Tengku Sariffuddin mengesahkan pemikiran orang di sekeliling (Datuk Seri) Najib (Razak) tentang rancangan perdana menteri untuk mengharamkan DAP sebelum PRU akan datang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Status DAP kini dilaporkan dalam keadaan terawang-awang selepas timbul isu pemilihan parti pada 2012 yang dipertikaikan.
Ia menyebabkan DAP berdepan masalah tidak dapat menggunakan logonya pada PRU ke-13 tetapi Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak menyekat parti itu.
DAP kemudian mengadakan pemilihan semula pada 2013, tetapi pada 2014, ROS kemudian memberitahu bahawa pihak mereka masih belum mengetahui kesahihan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP.
Sehubungan itu, Liew mendakwa tindakan ROS terhadap parti itu dianggap bertujuan untuk 'memusnahkan' DAP dengan cara yang paling kejam dan tidak demokratik.
Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan, Tengku Sariffuddin meminta Liew memberi tumpuan kepada masalah serius dalam DAP berhubung penggunaan logo parti itu PRU akan datang.
Tengku Sariffuddin turut mendakwa DAP tidak demokratik apabila memanipulasi pemilihan parti dan 'Penang Official 1'- yang didakwa merujuk kepada Lim Guan Eng serta bapanya Lim Kit Siang - mengekalkan pemerintahan diktator selama setengah abad ke atas DAP.

Isu DoJ: Akhbar milik Umno tabik Presiden Pas


Presiden Pas dan mufti dilihat menjadi perisai Umno BN mengecam DoJ melalui akhbar milik parti itu
Akhbar Mingguan Malaysia hari ini terus memuji Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana dianggap menolak apa yang didakwa 'campur tangan asing' berhubung skandal rasuah mega 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Melalui ruangan Analisis Mingguan di halaman enam, editorial akhbar milik Umno itu, Awang Selamat berpendapat sikap Abdul Hadi kekal dan tidak berubah mengenai isu tersebut.
"Dalam soal menolak campur tangan asing berhubung isu 1MDB, pendirian Pas terutama Presidennya, Hadi Awang cukup konsisten.
"Awang tabik dengan ketegasan Hadi termasuk dalam serangan kedua isu saman sivil 1MDB yang dikitar semula oleh Jabatan Kehakiman AS (DoJ) dengan bantuan pihak tertentu di Malaysia yang bermotif politik," tulisnya.
Menurut Awang, pendirian Abdul Hadi itu juga senada dengan enam mufti lain bahkan rakyat dan pelbagai pihak di negara ini sekali lagi bersatu menentang DoJ seperti ketika 'serangan pertama' isu DoJ pada tahun lalu.
"Begitu juga dengan seruan lantang pelbagai pihak termasuk Mufti Perak, Harussani Zakaria; Mufti Pahang, Abdul Rahman Osman; Mufti Negeri Sembilan, Mohd. Yusof Ahmad;
"Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri; Mufti Kedah, Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad dan Mufti Melaka, Abdul Halim Tawil membantah campur tangan asing walau apa pun alasannya," kata Awang.
Selanjutnya, halaman 14 akhbar itu turut memuatkan gambar dan petikan kenyataan mufti terbabit termasuk dua lagi iaitu Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid dan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Walau bagaimanapun, foto paling besar dan diletakkan di bahagian teratas melampaui senarai mufti tersebut adalah gambar Abdul Hadi bagi ruangan diberi tajuk, 'Tolak konspirasi DoJ' itu.
Turut disertakan, 10 hujah menjawab kewajaran menolak apa yang dituduh sebagai 'konspirasi DoJ' serta ilustrasi ular besar bertaring sedang membelit imej berupa bangunan Parlimen yang betul-betul berada di depan mulut binatang berbisa ditulis sebagai DoJ itu.
Mengulas lanjut di Analisis Mingguan, Awang "yakin sebarang komplot mengheret campur tangan asing bagi menggulingkan kerajaan di luar proses demokrasi tidak akan berjaya."
Dilihat bagi menguatkan hujah membuktikan kegagalan campur tangan asing, Awang juga menyertakan contoh yang berlaku di Turki dan Filipina.
"Lihatlah apa yang berlaku di Turki pada Julai 2016 apabila cubaan rampasan kuasa tentera yang didorong kuasa asing gagal malah rakyat bangkit mempertahankan pemerintahan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Najib halang pelajar luar negara jumpa pembangkang, kata Mahathir



Saya berada di London untuk beraya bersama anak dan cucu. Mereka tidak dapat balik untuk beraya di K.L.
Untuk sembahyang Raya, saya ke masjid baru di Acton. Masjid ini bukan milik kerajaan tetapi oleh NGO. Keadaan amat selesa. Dewan sembahyang dipenuhi 90% oleh orang Melayu Malaysia, kebanyakannya penuntut.
Imam yang mengimamkan sembahyang dan berkhutbah adalah seorang orang Melayu Singapura yang tinggal di London sejak tujuh tahun dahulu. Khutbahnya amat baik, menyeru kepada kehidupan orang Islam seperti yang dikehendaki agama Islam – iaitu berbaik-baik sesama orang Islam dan juga dengan bukan Islam.
Mahathir beraya di LondonLepas sembahyang ada sedikit jamuan kuih-muih, lemang dan serunding. Saya dan isteri berkesempatan berbual-bual dengan hadirin, termasuk penuntut. Saya dapati penuntut tidak langsung bertanya akan keadaan di Malaysia, terutama politik. Mereka ternampak takut walaupun mesra.
Saya diberitahu kemudian bahawa mereka dimarah oleh Kerajaan Malaysia (tidak diberitahu siapa) kerana berada di tempat yang saya berada. Sebenarnya tidak ada penuntut yang berjumpa saya di masa-masa lain pun. Mereka takut biasiswa mereka ditarik balik. Demikian sifat Najib.
Najib nampak amat takut saya mempengaruhi penuntut. Sebenarnya saya diberitahu bahawa penuntut atau bukan penuntut di mana-mana sahaja amat benci kepada Najib kerana sebab-sebab yang diketahui umum.
Di zaman dahulu, parti lawan bebas berjumpa dengan penuntut di mana-mana sahaja. Mereka dapat mendengar syarahan pemimpin parti lawan, bahkan menubuh kelab-kelab parti lawan. Tetapi sekarang mereka tidak lagi bebas, terutama jika melibatkan saya.
Hari Raya adalah hari istimewa. Bagi umat Islam kita perlu sembahyang bersama, berslam-salaman, memohon maaf zahir dan batin, bermesra. Najib mungkin tidak faham ini.

‘Anwar tegur penyelewengan 1MDB sejak 2011 lagi’

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah memberi amaran tentang kewujudan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai satu muslihat untuk menyelewengkan wang negara sejak tahun 2011 lagi, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Menurut Presiden KEADILAN itu, siasatan terhadap skandal berbilion ringgit 1MDB bukanlah satu campur tangan asing.
“Isu 1MBD bukan fitnah, bukan juga mainan kuasa asing. Ini kerana DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sudah buat teguran di Parlimen sejak 2011 lagi bahawa ia menyediakan suatu lompong yang besar untuk dana awam diselewengkan,” katanya menerusi akaun Facebook beliau.
Beliau membuat kenyataan tersebut sewaktu mengulas video penerangan skandal 1MDB oleh laman Facebook Bebas Anwar yang merumuskan skandal 1MDB dalam 1 minit 41 saat.
Terkini parti-parti pembangkang mendesak Putrajaya membentangkan kertas putih 1MDB di Parlimen untuk memberikan penjelasan kepada orang ramai tentang skandal tersebut.
Gabungan pembangkang juga berikrar untuk memulakan jelajah penerangan seluruh negara tentang penyelewengan USD4.47 bilion (RM19.15 bilion) wang negara itu.
Jelajah itu akan bermula pada 6 Julai ini di Dewan JKKK Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang dan berakhir dengan Himpunan Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi pada hujung September.

Sikap Hamka pada Sukarno jadi panduan santuni Dr M

Akhlak ulama dan ahli falsafah ulung Indonesia, Hamka terhadap bekas presiden Indonesia, Sukarno yang pernah memenjarakannya menjadi inspirasi kepada sikap Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu beliau mencontohi sikap Hamka dalam menerima kehadiran Dr Mahathir yang kini menjadi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan bekerjasama dengan KEADILAN dalam Pakatan Harapan untuk menumbangkan Umno BN.
“DSAI (singkatan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim) selalu berpesan kepada kami berkenaan sikap Buya Hamka terhadap Sukarno.
“Walaupun ada kesalahan Sukarno terhadap Buya Hamka, tetapi Buya Hamka tetap hadir menunaikan solat jenazah ketika kematian Sukarno,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya.
Menurut Nurul Izzah, beliau percaya Tuhan mengubah hati Dr Mahathir yang kini kembali kepada jalan yang benar.
“Dahulu, Tun M menolak agenda Reformasi yang didokong oleh DSAI. Ternyata Tuhan menguasai hati manusia.
“Makanya kini, Tun M sebumbung bersama Parti Keadilan Rakyat atas Pakatan Harapan bersama-sama berusaha menjatuhkan kleptokrat – yang merupakan dasar utama Agenda Reformasi.
“Selama kita berada dalam kebenaran, yakinlah kebenaran pasti akan menang,” katanya lagi.
Dr Mahathir yang merupakanbekas perdana menteri keempat memecat Anwar pada tahun 1997 yang pada masa itu merupakan timbalannya.

Najib dipinggir pemimpin penting Umno


Najib dipinggir pemimpin penting Umno, kata Liew Chin Tong
Kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri malam tadi yang menyerang DAP membuktikan Najib Razak semakin hilang sokongan di kalangan pemimpin penting Umno. 
Perdana Menteri Najib Razak semakin terasing di kalangan golongan elit pemerintah tanpa pemimpin penting Umno, selain pengikut setia yang bersedia mempertahankannya secara terbuka, kata DAP.
Ahli Parlimen Kluang dan Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong berkata, daripada perbincangan dengan rakannya dalam Umno, beliau mengetahui Najib semakin lemah pada separuh pertama 2017 dengan terlalu yakin dengan dirinya dan membesar-besarkan peranannya terhadap lawan dalam partinya.
"Sesetengah mereka sangat tidak berpuas hati dengan kebenaran yang didedahkan," kata Liew, sambil menambah mengapa setiausaha akhbar perdana menteri melancarkan serangan lewat malam terhadap DAP dan dirinya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada jam 11 ​​malam tadi.
"Dalam keadaan biasa, ada menteri dan pemimpin Umno mencukupi di luar sana untuk mempertahankan presiden mereka yang juga perdana menteri, tanpa perlu menyusahkan Pejabat Perdana Menteri," kata Liew dalam satu kenyataan hari ini.
Liew memberi respons terhadap kenyataan dikeluarkan setiausaha akhbar Najib, Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad malam tadi yang memberi amaran kepada DAP menyelesaikan urusan dalamannya dan bukan menyebarkan berita palsu mengenai kerajaan.
"Kenyataan Tengku Sariffuddin jelas pada saat yang pelik.
"Analisis saya sehari sebelumnya membangkitkan kemarahan perdana menteri. Realitinya adalah: Najib semakin terasing di kalangan elit pemerintah. Tiada pemimpin penting Umno bersedia mempertahankannya secara terbuka.
"Jika analisis saya hanyalah 'berita palsu, memburuk-burukkan dan pembohongan terang-terangan' seperti dakwaan Tengku Sariffuddin, tidak perlu beliau turun daripada kedudukannya yang tinggi untuk menjawabnya, apatah lagi serangan malam yang terdesak, yang sangat luar biasa dalam masyarakat kita.
"Jelas sesuatu sedang berlaku dalam Umno dan saya menyentuh perkara sensitif. Kebenaran itu menyakitkan," jawab Liew pagi ini.
Dalam kenyataannya sebelum ini, Liew berkata pada awal tahun ini, Najib begitu yakin beliau merancang untuk menggugurkan beberapa menteri, ketua menteri dan menteri kanan pada pilihan raya umum akan datang.
Ahli Parlimen Kluang berkata rakannya dalam Umno berpendapat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini di Melaka dan Johor mempunyai kaitan dengan percubaan memecat menteri besar kedua-dua negeri dan menggantikan mereka dengan pemimpin baru yang lebih setia kepada Najib.
Liew juga berkata Najib turut cuba mengetepikan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Mansor dan pemimpin Umno veteran Annuar Musa.

Saya bimbang dengan sikap orang Melayu, kata Pak Samad


Saya bimbang dengan sikap orang Melayu, kata Pak Samad
Sasterawan Negara A. Samad Said melahirkan keprihatinannya dengan sikap orang Melayu sukar melihat kebenaran sebagai kebenaran dan mudah melupakan apa yang diambil daripada mereka.
SASTERAWAN Negara A. Samad Said semalam menyuarakan kekecewaannya terhadap orang Melayu yang "tidak melihat kebenaran sebagai kebenaran", sambil menambah sikap bangsanya ini membimbangkannya.
Penulis novel, penyair dan ahli DAP yang berusia 83 tahun itu berkata, beliau tidak bimbang dengan orang Cina dan India yang dengan pantas dapat melihat apa yang palsu dan benar, tetapi ia tidak sama dengan orang Melayu.
"Saya tidak bimbang tentang orang Cina dan India, mereka boleh tahu apa yang baik dan buruk, dan benar dan salah, dengan cepat.
"Tetapi dengan orang Melayu, saya sangat prihatin. Orang Melayu tidak melihat kebenaran sebagai kebenaran, mereka melihat kebenaran sebagai apa yang mereka peroleh.
"Jangan biarkan beberapa ringgit menyebabkan kita melupakan apa yang diambil daripada poket kita sendiri. Kita tidak perlu hanya mengingati apa yang diberikan dan melupakan apa yang diambil daripada kita.
"Ini adalah kesilapan kita, sikap ini sukar untuk diperbetulkan, jika kita tidak sedar dari situ, kita tak akan ke mana dan menjadi hamba kepada orang Melayu (lain)," katanya dalam ucapan di Rumah Terbuka DAP Pulau Pinang, di Nibong Tebal semalam.
Kenyataan Samad itu tepat pada masanya ketika skandal melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan saman sivil yang difailkan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) untuk merampas aset yang dibeli menggunakan wang yang didakwa dicuri daripada firma pelaburan negara itu, kembali menjadi tajuk utama.
Pemimpin Umno dan PAS cepat menolak skandal itu dengan alasan pihak berkuasa Malaysia tidak menemui sebarang kesalahan. Mereka juga menolak saman DoJ, mendakwa ia adalah percubaan untuk "masuk campur" ke dalam hal ehwal Malaysia.
Saman sivil terbaru DoJ adalah untuk merampas aset bernilai AS$540 juta (RM2.3 bilion) yang dipercayai disedut daripada 1MDB.
Bagaimanapun, pembangkang berpendapat rakyat Malaysia akan terpaksa menanggung kos daripada skandal ini.
Samad yang juga dikenali sebagai Pak Samad, kemudian merujuk kepada kerajaan Selangor dan Pulau Pinang yang diperintah pembangkang.
"Jika orang meneliti kedua-dua pentadbiran, mereka akan melihat kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjaga kebajikan rakyat," katanya.
"Tidak ada defisit yang dicatatkan di negeri ini, mereka berbelanja mengikut cara mereka dan mengembalikannya semula kepada rakyat.

Usah terus berpura-pura dengan rakyat


Oleh Mahfuz Omar
PERDANA Menteri Najib Razak gembira dan "ghenyeh" (sengeh) sampai ke telinga memuji Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP) 2017 Jabatan Negara Amerika Syarikat yang mengeluarkan Malaysia daripada senarai pengawasan tahap 2 bagi usaha menangani pemerdagangan manusia.
Laporan tahunan itu menyenaraikan lebih 100 negara termasuk Amerika Syarikat (AS) dalam usaha menangani pemerdagangan manusia dengan penilaian empat peringkat meliputi tahap 1, 2, Senarai Pengawasan tahap 2 dan tahap 3.  Persoalannya, mengapa Najib boleh pula menerima laporan itu tanpa adanya pula pihak yang menjadi "pembodek tegar" menuding jari mengatakan ia sebagai campur tangan asing ke atas Malaysia berbanding isu saman Jabatan Kehakiman AS (DoJ) dalam skandal mega 1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila ramai muncul dengan kenyataan mengelirukan rakyat.
Saya bersetuju yang Laporan Jabatan Negara AS bukannya campur tangan asing ke atas Malaysia tetapi jika mengikut logik mereka yang membangkitkan isu campur tangan dalam saman DoJ terhadap "rompakan mega" wang 1MDB sudah tentu menganggap laporan kali ini juga sama.
Pujian dan keseronokan Najib itu seolah-olah seperti Malaysia amat bergantung harap kepada laporan dari AS untuk menentukan kedudukan Malaysia dalam isu pemerdagangan manusia ini.
Oleh itu, dendangan "isu campur tangan asing" mengenai laporan DoJ berkaitan kehilangan dan "rompakan mega" wang 1MDB mesti dihentikan oleh semua pihak dengan segera.
Laporan dokumen DOJ memperakui daripada penilaian dan dapatan penyiasatan mereka ada "penyangak" dari Malaysia melakukan kesalahan penggubahan wang haram yang puncanya berasal daripada wang 1MDB di AS dan wang tersebut dikitar dan dipulangkan sebahagiannya kepada manusia yang dinamakan "Malaysia Official 1" (MO1) dan isterinya.

SATU LAGI TAWARAN MENARIK SETELAH UMNO TUMBANG


Akta Cukai Pelancongan 2017 yang telah diluluskan Parlimen dengan begitu tergesa-gesa pada jam 4.57 pagi, 6 April 2017 selepas perbahasan hampir 3.5 jam sekali lagi membuktikan Putrajaya gagal merangka dasar yang prihatin terhadap realiti ekonomi rakyat terbanyak masa kini.
Malah kekalutan yang timbul dari pengumuman dan kemudiannya penangguhan pelaksanaan cukai ini oleh Menteri Pelancongan, DS Nazri Aziz, akibat bantahan dari Kerajaan Negeri Sarawak membuktikan tiada penyelarasan dan perancangan rapi sebelum penguatkuasaan akta ini diumumkan. Malah Ahli-Ahli Parlimen BN dari Sarawak sewajarnya membangkitkan bantahan rakyat Sarawak terhadap cukai pelancongan ini semasa perbahasan RUU tersebut pada sidang parlimen yang lalu.
Kegagalan Putrajaya juga kelihatan akibat tindakan Kerajaan Negeri Sarawak menarik diri dari Lembaga Pelancongan Malaysia, yang merupakan satu petanda politik buruk buat Barisan Nasional.
Setelah meneliti respon pelbagai pihak terhadap isu ini termasuk dari kalangan pengusaha industri pelancongan dan perhotelan, orang awam, analisa pakar serta pimpinan KEADILAN termasuk KEADILAN Sarawak, serta mengambil kira bahawa cukai ini bakal menambah beban yang ditanggung rakyat akibat GST, saya mengumumkan bahawa KEADILAN menolak pelaksanaan Akta Cukai Pelancongan seperti yang sedia ada.
Pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang akan datang, saya akan mencadangkan agar Akta Cukai Pelancongan ini dimansuhkan sekiranya Pakatan Harapan membentuk Kerajaan Pusat pada Pilihanraya Umum ke-14 nanti.
Saya juga akan mencadangkan agar Pakatan Harapan mengkaji langkah-langkah yang boleh diambil untuk membantu mengukuhkan industri pelancongan, termasuk menggubal suatu akta baharu yang bukan sahaja adil kepada industri pelancongan dan orang ramai, tetapi saksama dan telus di dalam pengagihan dana yang dikutip kepada negeri-negeri.
Insiden-insiden yang berlaku sekitar pengumuman pelaksanaan Akta Cukai Pelancongan 2017 ini seharusnya menjadi pengajaran buat Menteri Pelancongan dan Putrajaya. Seharusnya sesuatu rang undang-undang itu diberikan masa secukupnya untuk dibincang oleh semua pihak yang berkepentingan serta melalui proses jawatankuasa parlimen yang khusus, dan bukannya dibahas dengan begitu tergesa-gesa seperti yang berlaku pada awal pagi 6 April lalu.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang, Parlimen Malaysia
Presiden KEADILAN
Ulasan Blog – Setelah sebelum ini mengumumkan janji sifar GST, penghapusan cukai pelancongan ini merupakan satu lagi tawaran menarik yang dijanjikan Pakatan Harapan jika mereka berjaya mengambil alih kerajaan selepas pilihanraya umum akan datang.
Adakah penghapusan beberapa cukai ini sesuatu yang mustahil?
Sudah tentu tidak!!

'Saya maafkan mereka' - Tun M

Saya berada di London untuk beraya bersama anak dan cucu. Mereka tidak dapat balik untuk beraya di Kuala Lumpur.
Untuk sembahyang raya, saya ke masjid baru di Acton. Masjid ini bukan milik kerajaan tetapi pertubuhan bukan kerajaan. Keadaan amat selesa. Dewan sembahyang dipenuhi 90 peratus oleh orang Melayu Malaysia, kebanyakannya penuntut.
Imam yang mengimamkan sembahyang dan berkhutbah adalah seorang orang Melayu Singapura yang tinggal di London sejak tujuh tahun dahulu.
Khutbahnya amat baik, menyeru kepada kehidupan orang Islam seperti yang dikehendaki agama Islam – iaitu berbaik-baik sesama orang Islam dan juga dengan bukan Islam.
Lepas sembahyang, ada sedikit jamuan kuih-muih, lemang dan serunding. Saya dan isteri berkesempatan berbual-bual dengan hadirin, termasuk penuntut.
Saya dapati penuntut tidak langsung bertanya akan keadaan di Malaysia, terutama politik. Mereka ternampak takut walaupun mesra.
Saya diberitahu kemudian bahawa mereka dimarah oleh kerajaan Malaysia (tidak diberitahu siapa) kerana berada di tempat yang saya berada.
Sebenarnya tidak ada penuntut yang berjumpa saya di masa-masa lain pun. Mereka takut biasiswa mereka ditarik balik. Demikian sifat Najib.
Meriah, ada hiburan
Najib nampak amat takut saya mempengaruhi penuntut. Sebenarnya saya diberitahu bahawa penuntut atau bukan penuntut di mana-mana sahaja amat benci kepada Najib kerana sebab-sebab yang diketahui umum.
Pada zaman dahulu, parti lawan bebas berjumpa dengan penuntut di mana-mana sahaja. Mereka dapat mendengar syarahan pemimpin parti lawan, bahkan menubuh kelab-kelab parti lawan.
Tetapi sekarang mereka tidak lagi bebas, terutama jika melibatkan saya.
Hari raya adalah hari istimewa. Bagi umat Islam kita perlu sembahyang bersama, bersalam-salaman, memohon maaf zahir dan batin, bermesra. Najib mungkin tidak faham ini.

Fokus pengundi wanita, saran bekas senator



Jentera pilihan raya Pakatan Harapan (PH) perlu menjalankan operasi khas terhadap pengundi wanita yang kini melebihi 50 peratus dalam daftar pemilih bagi menghadapi PRU ke 14.
Bekas senator, Ustazah Jamilah Ibrahim berkata kumpulan ini memerlukan perhatian khas untuk bersemuka dengan mereka bagi menyampaikan maklumat.
Jamilah Ibrahim"Bagi wanita tiada jalan pintas, kita perlu datang kepada mereka dan tidak boleh berharap mereka mencari kita," katanya ketika meraikan rumah terbuka Aidlfitri Angkatan Wanita Amanah (Awan) Kelantan di Wisma Tok Guru, Salor kelmarin.
Ustazah Jamilah yang menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Amanah Nasional yang berlangsung Khamis lalu melanjutkan kehadiran ke Kelantan dua hari lagi atas permintaan untuk menghadiri beberapa majlis sambutan raya.
Golongan wanita menurutnya, amat terdedah dengan dakyah pemerintah melalui propaganda media dan bentuk pendekatan gula-gula yang selalu jadi senjata pihak pemerintah.
"Pihak PH perlu mengatur program berterusan dengan ziarah rumah ke rumah dan program kecil di semua lokaliti bagi memberi penerangan bersemuka dengan pengundi wanita.
"Latihan perlu diadakan lebih kerap kepada perayu-perayu untuk supaya mereka memiliki kemahiran untuk memahami cara kempen yang berkesan kepada kelompok ini," katanya.
Beliau yang memberitahu berpengalaman lebih 25 tahun memimpin gerakan wanita yakin kalah menang seseorang calon dalam pilihan raya di negara ini amat bergantung kepada sokongan wanita.
"Jangan pandang remeh undi kaum hawa jadi pastikan peringatan diberi kepada para suami untuk membawa bersama isteri dan anak-anak perempuan masing-masing dalam majlis penerangan PH.
"Jangan jadi suami pangkah PH dalam pilihan raya tapi isteri pi pangkah parti lawan," katanya dalam loghat negeri Kedah.
Ustazah Jamilah adalah bekas Ketua Muslimat Pas pusat yang memegang jawatan itu selama 18 tahun.
Beliau pernah dilantik oleh Dewan Negeri Kelantan sebagai senator di Dewan Negara selama dua penggal semasa almarhun Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi menteri Besar.

Pas kalah, bukannya Islam jika Pakatan Harapan kuasai Kelantan


Ustaz Zolkharnain Abidin 1

Tidak timbul masalah jika Pakatan Harapan mengambil alih Kelantan memandangkan sikap mutakhir pemimpin Pas yang menerajui pentadbiran negeri pantai timur itu semakin terserlah menyebelahi rejim Umno-BN.
Pengarah Hal Ehwal Syariah Amanah, Ustaz Zolkharnain Abidin berkata, hasrat Pakatan Harapan untuk menggantikan kerajaan Pas di Kelantan tidak bercanggah dengan prinsip syarak bahkan tidak menjejaskan akidah.
"Inikan negara demokrasi? Bukankah Pas parti Islam, mengapa nak lawan? Apa salahnya jika Pas dikalahkan di Kelantan?
"Jika Pas kalah, yang kalah ialah Pas, bukannya Islam. Jika Pakatan (Harapan) menang, yang akan tadbir Kelantan adalah Amanah. Menteri Besarnya adalah orang Melayu Islam. Amanah juga mahu daulatkan Islam," jelasnya.
Mengulas satu kajian bebas yang menjangkakan Pas akan hilang 27 kerusi, beliau berkata, hal itu tidak menjadi masalah kerana bukannya Islam yang hilang.
"Hanya kerusi Pas saja. Jika Pas hilang kerusi, parti yang akan ambil kerusi itu ialah Amanah. Jadi apa masalahnya?" ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi Amanah Perlis.
Beliau menegaskan Amanah akan melaksanakan urus tadbir yang lebih baik untuk rakyat di Kelantan jika mengambil alih negeri itu pada pilihan raya umum akan datang sesuai dengan perintah Allah supaya berlumba-lumba melakukan kebaikan.
"Bukan saja Kelantan, bahkan seluruh negara termasuk Putrajaya, PH (Pakatan Harapan) akan berusaha ambil alih. Takdirnya, jika Amanah gagal, Pas ambil alih semula. Itulah perlumbaan," jelasnya.
Menurutnya, momokan tentang kewujudan DAP dalam Pakatan Harapan bukannya satu masalah kerana DAP merupakan sebuah parti politik sama seperti Pas, Amanah dan parti lain di negara ini.
"DAP bukan agama. Lagipun, DAP bukan ada kerusi di Kelantan. Di Selangor juga ada DAP. Pas bercokoh bersama DAP Selangor buat bodoh saja, tiba-tiba Amanah bersama DAP, Pas bising," bidasnya dipetik dari kenyataan beliau di Facebook.
Tuduhan kononnya DAP akan menghalang pelaksanaan Islam di Kelantan juga bagi Ustaz Zolkharnain muncul kerana Pas memusuhi DAP yang menentang BN.

Duta besar UAE dalam skandal 1MDB

Syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan duta Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Amerika Syarikat, Yousef Al Otaiba dilapor menerima dana bernilai AS$ 66 juta yang didakwa dialihkan dari 1MDB, lapor Wall Street Journal.
Laporan itu berkata, dua syarikat yang dikaitkan dengan Yousef yang didakwa menerima sebahagian daripada wang berjumlah AS$ 50 juta, adalah Densmore Investments Ltd yang berpangkalan di Kepulauan British Virgin dan Silver Coast Construction & Boring LLC yang berpangkalan di UAE.
Kedua-dua syarikat itu mula mendapat perhatian umum semasa perbicaraan di Singapura, apabila bank-bank yang gagal membendung pengubahan wang haram berkaitan 1MDB didakwa.
Kedua-dua syarikat itu dinamakan semasa perbicaraan bekas pengurus bank Falcon Private Bank di Singapura, Jens Fred Sturzenegger.
Sturzenegger kemudian dijatuhkan hukuman penjara selama 28 minggu manakala lesen Falcon Private Bank di Singapura dibatalkan.
Beliau didakwa gagal menyekat transaksi mencurigakan, termasuk transaksi AS$ 20 juta kepada Silver Coast Construction & Boring LLC dan urus niaga bernilai AS$ 30 juta kepada Densmore Investment Limited.
Kedua-dua transaksi ini berasal dari akaun Falcon Private Bank di bawah Granton Property Holding Ltd, yang dikawal oleh Eric Tan Kim Loong, seorang ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang yang menggunakan nama Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low.
Menurut saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ), Granton Property Holding merupakan penerima sebahagian bon bernilai AS $ 3 bilion yang dikeluarkan oleh 1MDB untuk usahasama dengan Aabar Investments PJS, yang juga dikenali sebagai Abu Dhabi Malaysia Investment Company (ADMIC) pada bulan Mac 2013.
Wang tersebut telah digunakan antara lain bagi projek Tun Razak Exchange.
Menurut saman sivil pertama DOJ terhadap 1MDB, sebanyak AS$ 1.26 bilion daripada bon berjumlah AS$ 3 bilion didakwa dialihkan ke Tanore Finance Corporation dan Granton Property Holding.
Daripada jumlah ini, AS$ 835 juta dimasukkan ke Tanore Finance Corporation sementara AS$ 430 juta diterima Granton Property Holding.

Najib bukan matlamat mutlak BERSATU

Sebagai ahli (dan bukan pemimpin penting) kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) saya terpanggil untuk menjawab beberapa persoalan yang dikemukakan pengarah pendidikan politik DAP Johor, Mahadzir Ibrahim seperti disiarkan oleh Malaysiakini semalam.
Selepas bertanya kepada Parti Amanah Negar (AMANAH) melalui “Surat ahli DAP untuk AMANAH” pada 28 Jun, Mahadzir nampaknya seperti dibekalkan peluru oleh DAP untuk menghala meriamnya kepada BERSATU pula.
Tidak diketahui apakah pemimpin DAP ini diberikan lesen untuk menghalakan meriamnya kepada BERSATU, namun diharapkan ia hanya persoalan peribadi.
Apapun, pertanyaan itu ada juga baiknya untuk semua ahli BERSATU dan rakyat menilai semula hala tuju parti ini.
Walaupun baru menjadi ahli BERSATU kira-kira empat bulan, persoalan yang saya rasakan paling menarik dibangkitkan oleh Mahdzir ialah: “Apakah kita tidak ada ghairah untuk membina negara bangsa?”
Menurut beliau, AMANAH, PKR dan DAP masing-masing telah menjelaskan pakejnya.
Selain mahu menjadikan Umno/BN pembangkang, parti-parti ini sudah siap dengan agenda membangunkan kembali negara ini, baik dalam aspek keadilan, ekonomi, sosial, pendidikan, kebajikan malah kebudayaan.
Ia memang tepat
Berdasarkan kenyataan ini, ia menggambarkan sebaliknya dalam konteks BERSATU. Digambarkan seolah-olah agenda utama BERSATU hanya untuk menjatuhkan Najib Razak sebagai perdana menteri, pengerusi BN, presiden Umno dan lain-lain, termasuk penasihat 1MDB.
Saya ingin mengajak pembaca - khususnya Mahdzir sendiri - untuk meneliti, menelaah dan meyakini ucapan pelancaran BERSATU oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu, 14 Januari 2017 jam 8.30 malam di Stadium Malawati, Shah Alam.
Bagi saya harapan yang digarapkan Dr Mahathir dan sumbangan beliau kepada negara selama ini menjadi sebab besar saya menyertai BERSATU dan meninggalkan Umno - parti yang saya sertai sejak 1983 dengan menjadi ahli kali pertama di cawangan Bukit Chawi, Seberang Perak - selain perkembangan mutakhir dalam negara.
Hakikatnya, inilah inti pati perjuangan dan jika mahu dikatakan sebagai wadah dan visi perjuangan BERSATU pun, ia memang tepat.
Jelas dan nyata, BERSATU ditubuhkan bertujuan mewakili orang Melayu dan Bumiputra lain dalam parti campuran pembangkang untuk pemulihan pemerintahan yang demokratik di negara ini bersama kaum lain seperti yang diwasiatkan oleh pejuang kemerdekaan negara bertuah ini.
“BERSATU adalah milik semua orang Melayu dan Pribumi Malaysia. Sebagai parti pribumi ia mendapat pengiktirafan dan sokongan semua kaum.
“Kami berikrar akan berpegang kuat kepada amanah untuk menyelamatkan negara ini, dan berpegang kepada perlembagaan negara untuk memelihara hak dan kedudukan orang Melayu dan pribumi lain tanpa merampas hak kaum-kaum lain,” kata Dr Mahathir.
Bukankah ini mesej perjuangan dan janji BERSATU kepada rakyat negara ini?
Tiada pilih kasih
Amat nyata sekali tiada ada satu usaha yang lebih mulia daripada bersama rakan-rakan berusaha mengamal makruf dan membasmi kemungkaran BN yang diterajui Umno.
Malah dengan sokongan rakyat melalui parti campuran pembangkang BERSATU berharap untuk mengembalikan Malaysia sebagai negara demokratik yang menghormati pemerintahan mengikut undang-undang.
Sudah pasti melalui cara ini bermakna rakyat kembali bebas melapor dan mendakwa siapa sahaja - termasuk pemimpin kerajaan - jika terdapat salah laku atau jenayah dilakukan.
Dengan kata lain BERSATU bersedia dan akan menyahut teriakan rakyat yang mahu supaya diselamatkan negara ini daripada kleptokrasi yang bernama BN dengan Najib sebagai penerajunya.
Soal menghapuskan imej negara kleptokrasi ini besar perjuangannya, dan jika diizinkan Allah, tidak akan ada pilih kasih dalam menguatkuasakan undang-undang negara.
Malah pendakwa raya tidak boleh meletak tuduhan dan laporan orang awam atau agensi kerajaan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk melindungi sesiapa.
Tidakkah ciri-ciri ini menggambarkan kebebasan berpolitik dan sama sekali berbeza daripada sekarang?
Banyak perkara berkait pembangunan, dasar kewangan, arah tuju pembangunan, dasar luar, pelaburan asing dan sebagainya ditegaskan oleh Dr Mahathir pada pelancaran BERSATU.
Tegar akan dibantu

Tuduh sokong campur tangan asing, Pemuda Amanah cabar Pemuda Umno debat



Pemuda Amanah Nasional mencabar Pemuda Umno berdebat tentang isu 1MDB ekoran kenyataan ketuanya Khairul Azwan Harun bahawa rakyat yang mengundi Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) menyokong campur tangan asing terhadap pentadbiran negara.
"Kami mencabar Pemuda Umno untuk berada sepentas berdebat atau berdiskusi tentang isu 1MDB yang menjadi liabiliti kepada negara.
"Siarkan secara langsung di stesen televisyen agar seluruh rakyat dapat menilai dan mengetahui isu ini dengan lebih mendalam," kata ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Sany Hamzan.
Mohd Sany HamzanBeliau berkata, Pemuda Umno cuba menakut-nakutkan rakyat kononnya Amerika campur tangan terhadap urusan negara Malaysia ekoran sokongan secara tidak langsung Pakatan Harapan terhadap tindakan Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) terhadap skandal 1MDB.
"Tidak berlaku sebarang campur tangan asing oleh Amerika sebaliknya negara itu bertindak ke atas jenayah pengubahan wang haram yang berlaku di negara mereka.
"Secara dasarnya, mana-mana negara sememangnya berhak mengenakan tindakan terhadap sesiapa yang telah melanggar undang-undang negara mereka seperti yang dilakukan oleh syarikat pelaburan 1MDB," katanya lagi.
Beliau turut menyifatkan Pemuda Umno sebagai 'bacul' dan takut untuk bersuara terhadap kebobrokan yang dilakukan 1MDB sebaliknya menjadi pengampu kerajaan sehingga sanggup menipu dan mengelirukan rakyat.
"Sebagai entiti orang muda, Pemuda Umno perlu menunjukkkan 'kejantanan' mereka dengan menyuarakan bantahan terhadap skandal terbesar negara yang telah menjejaskan dana negara serta merosakkan imej negara," katanya.
Justeru beliau menasihatkan Pemuda Umno agar tidak membodohkan serta merendahkan tahap pemikiran rakyat dengan memainkan sentimen serta persepsi jahat.
"Kami yakin, rakyat tidak mudah terpedaya dengan dakyah Umno-BN yang cuba menutup isu tersebut demi terus mengekalkan kuasa mereka," katanya.

Pemuda Umno perlu jadi 'anak jantan', sembang Tajuddin



Anggota Pergerakan Pemuda Umno di setiap peringkat perlu menjadi 'anak jantan' dalam mempertahankan kepimpinan parti dan kerajaan Barisan Nasional (BN), yang berterusan berdepan fitnah serta tohmahan daripada pembangkang.
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata menjadi 'anak jantan' bukan bererti mereka perlu bersikap kasar dan biadab, sebaliknya harus lantang bersuara dalam mempertahankan maruah serta nama baik pemimpin dan parti.
Tajuddin Abdul Rahman"Pemuda Umno tidak boleh berdiam diri apabila presiden atau timbalan presiden parti dicemuh, dihina atau difitnah oleh pembangkang. Mereka seharusnya perlu bertanggungjawab mempertahankan kepimpinan parti.
"Namun, Pemuda Umno ketika ini dilihat lebih banyak berdiam diri dan hanya berpeluk tubuh apabila pemimpin atau parti dicemuh dan difitnah oleh pembangkang. Mengapa perkara ini boleh berlaku?," katanya.
Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Bagan Datuk di Wisma Umno di Bagan Datuk hari ini.
Tajuddin berkata Pemuda Umno seharusnya menjadi barisan hadapan, dan dengan penuh keberanian serta menunjukkan kesungguhan tinggi dalam mempertahankan maruah parti seterusnya dapat menepis segala cubaan pembangkang yang mahu menjatuhkan kerajaan.
Sehubungan itu, beliau berkata Pemuda Umno perlu bekerja keras bagi memastikan BN terus mendapat sokongan rakyat, sekali gus meraih majoriti lebih besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

DAP boleh diisytihar haram, kata setiausaha Najib

Setiausaha akhbar Perdana Menteri, Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad meminta Anggota Parlimen DAP, Liew Chin Tong memberi tumpuan kepada "masalah serius" berhubung penggunaan logo parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.
Dalam satu kenyataan malam ini, Tengku Sariffuddin turut menyatakan analisis anggota parlimen Kluang itu mengenai Datuk Seri Najib Razak sebagai "berita palsu".
"Liew Chin Tong sepatutnya berhenti bercakap apa yang jelas berita palsu, bohong dan kepura-puraan tentang Kerajaan. Dia harus lebih prihatin terhadap masalah serius partinya, DAP.
"DAP tidak tahu sama ada mereka dibenarkan menggunakan logo roket mereka dalam pilihan raya umum akan datang," kata Tengku Sarifuddin.
Tengku Sarifuddin berkata, Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak menyedari kesahan jawatankuasa eksekutif pusat DAP.
Beliau juga mendakwa DAP tidak demokratik apabila memanipulasi pemilihan parti, manakala 'Penang Official 1' dan bapanya mengekalkan pemerintahan diktator selama setengah abad ke atas DAP.
"Ini bermakna bahawa setiausaha agung DAP, Penang Official 1, tidak mempunyai kedudukan untuk sebarang kuasa dalam parti itu kerana dia tidak diiktiraf secara sah.
"Malah, kepimpinan DAP seluruhnya berada dalam ancaman dan boleh diisytiharkan sebagai haram kerana dakwaan manipulasi pemilihan mereka," katanya.
Istilah "Penang Official 1" dicipta oleh Tengku Sarifuddin, merujuk kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Ia sebagai tindak balas terhadap gelaran "Malaysian Official 1", yang didakwa Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) sebagai pihak yang menyelewengkan dana 1MDB.

Jika bantah campur tangan asing, mengapa terlibat dalam perang Yaman?



Ahli parlimen Kuala Terengganu mempersoal sikap pentadbiran perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang membantah 'campur tangan' Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dalam pengsonglapan dana 1MDB tetapi tidak membantah malah terlibat dalam kempen serangan diketuai Arab Saudi terhadap Yaman.
Menurut Datuk Raja Bahrin Shah, kerajaan Malaysia tidak langsung bersuara dalam isu serangan udara Arab Saudi bersama sekutu Amerika Syarikat ke atas Yaman malah wakil Malaysia dilaporkan berada dalam bilik operasi tentera Arab Saudi di Riyadh.
"Malaysia bukan sahaja tidak membantah tetapi membantu dengan bersubahat dengan kerajaan Arab Saudi serta sekutu Baratnya menyerang Yaman.
Raja Bahrin Shah 2"Laporan rasmi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) setebal 240 muka bertarikh 12 Januari 2017 menyatakan penglibatan Malaysia bersama Amerika Syarikat, Britain dan Perancis beribu-pejabat di bilik operasi serangan ke atas Yaman di Riyadh.
"Nama Malaysia telah disebut beberapa kali dalam laporan rasmi PBB tersebut," tegas beliau.
Menurut Raja Bahrin, beliau telah menimbulkan persoalan ini beberapa kali di Parlimen namun tiada jawapan konkrit diberikan kerajaan.
Serangan Saudi ke atas Yaman, ujarnya telah mengorbankan ribuan orang awam termasuk anak kecil, wanita dan warga tua malah kini negara itu dilanda kebuluran dan wabak kolera.
Beliau turut mempersoal penglibatan Malaysia dalam operasi latihan ketenteraan "North Thunder" Arab Saudi bersama sekutu Arab-Afrika sedangkan tiada negara Islam bukan Arab seperti Indonesia atau Turki terlibat.
"Kenapa Malaysia mahu masuk campur urusan benua Arab-Afrika selain dari hanya mahu mengambil hati kerajaan Arab Saudi?" soal beliau.
Merujuk isu saman sivil DoJ terhadap beberapa penyangak yang didakwa menyelewengkan dana syarikat pelaburan negara 1MDB, Raja Bahrin menyifatkan ia bukan satu campur tangan asing memandangkan pihak berkuasa Amerika Syarikat hanya bertindak terhadap kemasukan wang dari Malaysia secara haram ke dalam sistem kewangan Amerika.
"Tindakan yang sama ini juga telah diambil oleh kerajaan Abu Dhabi, Singapura, Switzerland dan Hong Kong tetapi mengapa mereka juga tidak pula dituduh 'campur tangan' dalam urusan Malaysia?
"Ini adalah peraturan biasa di bawah undang-undang pengubahan wang haram di mana-mana negara termasuk Malaysia," ujarnya.
Sehubungan itu, Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah itu meminta pemimpin BN dan Pas yang memainkan isu campur tangan asing dalam kes saman sivil DoJ supaya mendapatkan penjelasan sebenar dan berlaku adil.