Rabu, 21 Jun 2017

Adakah ada sesuatu yg nak disembunyikan oleh mereka ini ??!

DAH 21 HARI Najib & Shafee terus bisu pada skandal RM9.5 juta.. Kenapa??!

Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah..

Menteri Umno, Rahman Dahlan dah sahkan Najib adalah #MO1..!!


Rekod Dunia : Hanya 7 Minit Mengamggur......!!!

Pelajar terpaksa berhutang #PTPTN puluh2 ribu, ada yg menganggur berbulan2, bertahun2 lamanya..

TETAPI kaki korup tak sampai 8 minit 'menganggur' terus dapat jawatan baru. Dapat lubuk baru..

Hanya di Malaysia, koruptor diangkat seperti Nabi.

Siapa boleh jawab...??!

DAH 21 HARI Najib & Shafee terus bisu pada skandal RM9.5 juta.. Kenapa??!

Adakah ada sesuatu yg nak disembunyikan oleh mereka ini ??!

Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah..

SKANDAL NEGARA: ISTERI PEMIMPIN2 LAIN BILA NAK DISIASAT?

Bekas Pengerusi FGV yang kini dipindahkan mengetuai SPAD, Isa Samad disoal-siasat selama kira-kira 4 jam di Pejabat SPRM Putrajaya, bermula 9.40 pagi tadi.

Kata Isa, beliau telah memberi kerjasama penuh dan menjawab semua soalan yang ditanyakan kepadanya.

Saya tak dapat buat apa-apa andaian terhadap isu ini. Itu keputusan yang akan dibuat oleh SPRM, kata beliau ketika ditanya mengenai soal-siasat terhadapnya.

Mengenai kehadiran isterinya dalam soal-siasat SPRM itu, Isa berkata, adalah perkara biasa seseorang itu diperlukan hadir apabila namanya dikait atau disebut dalam sesuatu dakwaan.

Normal isteri dipanggil kalau ada dakwaan atau kalau ada disebut nama. Maka, perlu dipanggil untuk disiasat, tambahnya lagi.

Menggunakan hujah Isa iaitu isteri biasanya dipanggil untuk disiasat bila namanya ada disebut atau dijadikan bahan dakwaan, sebenarnya sudah banyak kali isteri-isteri pemimpin lain dikaitkan dengan pelbagai isu sebelum ini.

Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor barangkali mengungguli senarai dengan paling kerap dikaitkan dengan pelbagai dakwaan dan terbaru oleh laporan DOJ yang mendakwa beliau menerima hadiah barang kemas daripada Jho Low berjumlah keseluruhan sebanyak RM128 juta.
Terkini, isteri Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz juga terkait sama dengan penyebaran kad namanya yang menggunakan logo rasmi kerajaan.

Sehingga ini, Nazri mengatakan ia sebagai palsu dan ada orang mahu mengenakannya.

Soalnya, tidakkah isteri Najib dan isteri Nazri juga perlu disiasat sama?

Kenapa hanya isteri Isa saja yang disiasat?

DAP, PPBM buat laporan SPRM gesa siasat individu seleweng dana 1MDB

KUALA LUMPUR, 21 JUN: Saranan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad yang menggalakkan orang ramai supaya ‘berani’ melaporkan salah laku rasuah kepada agensi tersebut mendapat dokongan pemimpin politik dan orang awam negara ini.
Terbaru, empat laporan jenayah penyelewengan 1MDB telah dibuat pagi tadi kepada agensi anti-rasuah tersebut rentetan pendedahan terbaru Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) Khamis lalu.
Laporan itu dibuat oleh Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng; Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Segambut, Mahathir Mohd Rais dan dua lagi ahli PPBM.
“Kami hadir di pejabat SPRM Kuala Lumpur pagi ini adalah untuk membuat suatu laporan rasmi berkaitan tindakan terbaru Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) pada Khamis lalu yang mendakwa terdapat individu-individu tertentu yang telah menggunakan dana yang disalahgunakan dari 1MDB untuk membeli harta di luar negara.
“Kami juga hadir hari ini sebagai sokongan kepada SPRM yang melancarkan Sahabat SPRM untuk mengajak orang ramai bersama membanteras jenayah rasuah dengan SPRM,” kata mereka dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu turut menyenaraikan beberapa penama dan aset yang didakwa diselewengkan dari dana 1MDB seperti yang didedahkan DOJ seperti berikut :
Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low:
-Kapal layar mewah “The Equanimity” berukuran 300 kaki (AS$250 juta)
-berlian 22 karat berwarna merah jambu untuk isteri “Malaysian Official 1” (AS$28.6 juta)
-barang kemas untuk model Australia, Miranda Kerr (AS$9.9 juta)
-barang kemas untuk ibunya bersama dengan cincin pertunangan untuk wanita yang tidak dikenali (AS$2.84 juta)
-karya seni Jean-Michel Basquiat untuk pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio (AS$9.2 juta)
-lukisan Picasso untuk pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio (AS$3.2 juta)
-Hotel mewah L’Ermitage , Beverly Hills (AS$44.8 juta)
-Oriole mansion, Beverly Hills (AS$38.98 juta)
-Time Warner penthouse, New York (AS$30.55 juta)
-Park Laurel condominium, New York (AS$23.98 juta)
-Hillcrest Road mansion, Beverly Hills (AS$17.5 juta)
-Greene condominium, New York (AS$13.8 juta)
-Pejabat Stratton, London (42 juta pound)

Cuepacs Merayu Naik Gaji 3%: Tubuh Suruhanjaya Perundingan Gaji Negara (SPGN) Untuk Menetapkan Gaji Pekerja Secara Bersama

Saya membaca laporan media mengenai kenyataan Dato’ Azih Muda, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang memohon kerajaan agar mempertimbangkan kenaikan gaji asas penjawat awam sebanyak tiga peratus dalam Bajet 2018.
Sementara saya memahami keperluan kenaikan gaji itu kepada kakitangan awam dan seluruh warga pekerja amnya (termasuklah jutaan lagi pekerja swasta yang mungkin tidak mempunyai perwakilan seperti Cuepacs), saya ingin menegaskan bahawa kakitangan awam dan golongan pekerja keseluruhannya tidak perlu seolah-olah “mengemis” kepada majikan untuk mendapat kenaikan gaji kerana itu adalah hak mereka.
Sejak dari awal menjadi ahli politik, saya berpendirian dasar tenaga kerja negara mestilah dibangunkan ke arah memastikan golongan pekerja (baik sektor awam atau swasta) dapat menikmati kadar kenaikan gaji yang sihat setiap tahun setelah ditolak kenaikan harga barang.
Semakan saya dengan perangkaan terkini menunjukkan kenaikan gaji bersih pekerja Malaysia (setelah ditolak kenaikan harga barang) adalah antara yang terendah di rantau ini berbanding ekonomi yang setaraf dengan Malaysia.
Saya merujuk dua perangkaan mengenai kenaikan gaji bersih seperti berikut:
i. Perangkaan rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia yang menunjukkan kenaikan gaji bersih rakyat Malaysia sekitar 2.6% (2015) dan 4.6% (2016) menggunakan kadar inflasi rasmi. Jika diambil kira kenaikan harga barang yang dipercayai lebih tinggi dari kadar inflasi rasmi, besar kemungkinan pekerja Malaysia sebenarnya tidak mendapat sebarang kenaikan gaji bersih bagi tahun 2015 dan 2016.

i. Perangkaan dari firma perunding sumber manusia antarabangsa iaitu Korn Ferry Hay Group yang menunjukkan kadar kenaikan gaji bersih pekerja Malaysia bagi tahun 2016 adalah antara yang paling rendah bagi rantau ini dan dengan ekonomi yang setanding. Lebih malang, laporan Korn Ferry Hay Group mengunjurkan Malaysia adalah satu-satunya negara yang kenaikan gaji bersihnya kekal rendah bagi tahun 2017 sekitar 2% berbanding India dan Indonesia yang dijangka mencatat kenaikan gaji bersih yang lebih baik.
Oleh sebab itu, cara mendapatkan kenaikan gaji yang digunakan sekarang oleh Ceupacs dan kesatuan-kesatuan sekerja yang lain tidak lagi berkesan kerana kedudukan yang tidak setara di antara majikan, kerajaan dan kesatuan sekerja. Akibatnya, setiap tahun kakitangan awam (terutamanya yang paling bawah) seolah-olah terpaksa mengemis kepada Perdana Menteri untuk mendapatkan sedikit kenaikan gaji yang memang hak mereka.

Pendaftaran PH tertangguh kerana peranan saya, kata Dr Mahathir

PENGERUSI Parti Pribumi Malaysia Bersatu (Bersatu) Dr Mahathir Mohamad mendakwa dirinya menjadi faktor penyebab pendaftaran rasmi Pakatan Harapan (PH) masih tertangguh, lapor Channel NewsAsia hari ini.

Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu dalam temu bual dengan Channel NewsAsia berkata memandangkan partinya berasaskan orang Melayu berada pada kedudukan terbaik untuk memenangi hati pengundi Umno dan PAS, pada awalnya beliau dicadangkan menjadi pengerusi gabungan pembangkang.
"Malangnya dalam mesyuarat tidak rasmi (antara) pemimpin parti, persoalan menamakan ‘ketua’ sebagai pengerusi atau nama lain.
"Ada yang menentang jawatan pengerusi yang diberikan itu jika saya yang memegang jawatan tersebut. Jika orang lain memegang jawatan itu baik-baik saja, tetapi bukan saya," katanya.
Bersatu bekerjasama dengan PKR, DAP dan Amanah parti serpihan PAS dalam usaha menewaskan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Perdana Menteri Najib Razak pada PRU14.
PH sedang dalam usaha mendaftar dengan Pendaftar Pertubuhan untuk bertanding dalam PRU14 sebagai satu pakatan rasmi tetapi butiran mengenai struktur kepimpinan perlu diselesaikan terlebih dulu.
Dr Mahathir berkata ada cadangan "tidak masuk akal" untuk menamakannya sebagai "penasihat eksekutif" tetapi beliau menolaknya.
“Ini percanggahan, anda tidak boleh menjadi eksekutif dan penasihat pada masa yang sama. Tetapi ini adalah perkara yang menangguhkan mesyuarat kami," katanya.
Satu lagi cadangan ialah untuk Dr Mahathir menjadi pengerusi sementara Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail memegang jawatan presiden sementara suaminya, Anwar Ibrahim ialah penasihat gabungan itu.

Skandal FGV: Najib arahkan saya ke SPAD, kata Isa


Najib arahkan saya ke SPAD, kata Isa
Isa Samad hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya hari ini untuk membantu siasatan rasuah dan tuduhan penyalahgunaan kuasa dalam FGV.
BEKAS pengerusi Felda Global Ventures (FGV), Isa Samad berkata beliau hanya menerima jawatan di Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai pemangku pengerusi kerana Perdana Menteri Najib Razak mengarahkannya.
Beliau memberitahu media selepas memberi kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam FGV.
"Saya hanya pergi ke SPAD kerana PM (Najib) arah saya," katanya.
Isa melepaskan jawatannya sebagai pengerusi FGV dua hari lalu selepas bertemu Najib. Pada hari yang sama, beliau dilantik sebagai pemangku pengerusi SPAD selepas persaraan pengerusi SPAD, Syed Hamid Albar pada 6 Jun.
Mengenai kehadirannya di ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini, Isa berkata beliau menjawab semua pertanyaan SPRM termasuk yang berkaitan dengan perjanjian dengan syarikat Afghanistan, Safitex dengan subsidiari FGV Delima Oil.
Beliau enggan memberikan butiran mengenai soalan itu.
Apabila ditanya sama ada SPRM bertanyakan mengenai isteri pegawai tertinggi kerajaan yang menggunakan penerbangan kelas pertama di luar negara menggunakan wang FGV dan juga atas tuduhan beliau menggunakan wang FGV  untuk agihan sumbangan, Isa tidak menafi atau mengesahkan soalan yang ditanya.
Isa berkata dia sudah menjawab semuanya dan terserah kepada SPRM untuk mendedahkan butirannya.
Beliau berada di sana bersama isterinya Bibi Shaliza Mohd Khalid dan menghabiskan masa lebih daripada empat jam memberi kenyataan kepada SPRM.
Isa Samad berkata beliau akan menyerahkan semuanya kepada SPRM untuk memutuskan sama ada beliau bersalah berikutan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa terhadapnya.
"Sama ada saya salah atau tidak saya tidak tahu, saya tidak boleh cakap kerana terlalu awal, terpulang kepada SPRM untuk membuat keputusan," katanya.

Skandal forex Bank Negara: Kabinet Najib setuju tubuh RCI

Kabinet sebulat suara bersetuju dengan syor Pasukan Petugas Khas (PPK) bahawa terdapat keperluan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi membolehkansiasatan terhadap kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada sekitar 1980-an dan 1990-an diteruskan.
PPK, yang ditubuhkan bagi menyiasat kerugian tersebut, mendapati terdapat elemen menyembunyikan fakta sebenar kerugian dengan mengemukakan maklumat yang bertujuan mengelirukan Jemaah Menteri dan Parlimen, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
"Penubuhan RCI ini seterusnya diharap mampu merungkaikan isu ini yang membelenggu negara sejak 23 tahun lalu," menurut PMO.
PMO berkata, PPK membentangkan hasil laporannya ke Kabinet hari ini, selaras dengan mandat yang diberikan kepada pasukan itu untuk mengemukakan hasil laporan tersebut ke Kabinet dalam tempoh tiga bulan selepas penubuhannya.
Dalam laporan tersebut, PPK mendapati wujud kes prima facie bagi kerugian BNM sekitar 1980-an dan 1990-an dan telah mencadangkan penubuhan RCI.
"Penubuhan RCI ini akan membolehkan siasatan terperinci yang lebih menyeluruh dapat​​​​​ dilakukan berdasarkan lunas-lunas perundangan dan dilindungi (immunity) di bawah Akta 119," menurutnya.
Penubuhan RCI itu juga bertujuan menjaga kepentingan awam, di mana kerugian sebenar BNM akibat urus niaga mata wang asing melibatkan Rizab Negara dapat dipastikan, katanya.
PMO berkata, kerajaan berterima kasih kepada pengerusi PPK, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan anggotanya serta sekretariat PPK di Kementerian Kewangan yang telah memberikan komitmen penuh dalam menjalankan siasatan awal berkenaan kerugian itu dengan telus, bebas dan adil.

Konspirasi RM50juta DOJ: Exco Pemuda Umno cabar Syed Saddiq letak jawatan


Exco Pemuda Umno Malaysia Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak layak memimpin Armada kerana beliau dakwanya tidak mendapat sokongan ahli exconya yang telah  membocorkan  dan menyebarkan maklumat berkaitan konspirasi untuk menjatuhkan pemimpin negara melalui Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ).
Syed Saddiq Armand Azha"Syed Saddiq tidak layak jadi ketua parti pribumi apabila tidak mendapat sokongan  exco beliau bahawa penglibatannya secara langsung dalam konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri," ujarnya dalam sidang media di ibupejabat Gerakan Merah hari ini.
Beliau mengulas mengenai dakwaan penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa Ketua Armada Bersatu  itu bersama dengan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, 'merancang' saman sivil DOJ ke atas 1MDB.
Sebaliknya Syed Saddiq dalam sidang akhbar menafikan dakwaan dibuat oleh Raja Petra itu dan semalam telah membuat laporan polis mengenai dakwaan itu.
Raja Petra mendakwa Syed Saddiq memberitahu ahli-ahli exco Armada bahawa Mahathir dan penyokongnya membelanjakan RM50 juta untuk merangka saman DOJ itu.
Sebelum itu Exco Armada Pusat Abd Wahazir Abdu Wahab dan Mohd Hafiz Azhari tampil secara terbuka untuk mendesak Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu yang mengaitkan diri mereka.
Justeru Armand Azha berkata, Syed Saddiq juga perlu menjawab persoalan berkaitan dengan kekayaan dan skandal membabitkan pemimpin Bersatu  sebagaimana dakwaan exco armada terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

'Memahathirkan' reformasi, mereformasikan Mahathir?


Oleh LIM HONG SIANG
Kita akur dengan hakikat bahawa sejarah ada kalanya berkembang dalam garis yang berliku-liku. Kita terpaksa berundur selangkah sebelum mengorak dua langkah ke depan, atau sebaliknya, jika nasib tidak memihak kita.
Untuk penggerak Reformasi pada tahun 1998, tsunami politik 8 Mac 2008 adalah buah yang dituai daripada benih yang ditabur sedekad dahulu, setelah melalui zaman yang agak pedih ketika Umno-BN menguasai lebih 90 peratus kerusi parlimen dalam pilihan raya umum ke-11 pada tahun 2004. Seandainya PRU14 diadakan pada tahun 2018, apakah pula hasilnya menjelang ulang tahun ke-20 gerakan Reformasi? Dan jika benar Dr Mahathir Mohamad dinobatkan sebagai pengerusi Pakatan Harapan dan seterusnya calon perdana menteri setelah pembangkang menawan Putrajaya, bukankah ia jenaka yang paling tragis dalam sejarah politik Malaysia? Bayangkan, gelombang Reformasi yang bermula dengan laungan “Undur Mahathir”, kini diakhiri dengan laungan “Hidup Mahathir”.
Justeru itu, seandainya HARAPAN menang dalam PRU14, apakah ia kemenangan gerakan Reformasi yang tertangguh selama 20 tahun, atau kemenangan Mahathir dari dulu, kini dan selamanya? Mahathir sebagai ikon Mahathirisme yang terserlah kini berganding dengan kuasa Reformasi yang cuba menamatkan Mahathirisme pada dua dekad lalu. Persoalannya, apakah Mahathir telah direformasikan, ataupun Reformasi pula yang 'dimahathirkan'?
Sesungguhnya perjuangan politik menyaksikan tarik tali antara ideal dengan realiti. Terlalu banyak kekangan dalam sistem politik dan masyarakat yang membataskan pilihan kita. Hakikat yang pahit untuk ditelan di Malaysia, pejuang yang tidak berganjak dari prinsip kebanyakan masanya tidak berganjak ke mana. Pada masa yang sama, pejuang yang terpesong jauh dari prinsip pula semuanya berakhir entah ke mana. Jadi persoalan di sini, meskipun politik itu seni yang memungkinkan kemustahilan, tetapi di manakah bottom line kita, yang akan kita pertahankan sehingga akhir, tidak berganjak untuk mengambil jalan singkat, walaupun digoda dengan kemenangan serta-merta?
Di mana dasar bersama?
Kegagalan menyusun keutamaan agenda menjadi kelemahan HARAPAN. Pemimpin HARAPAN kelihatan tergopoh-gopoh, celaru langkahnya ketika berdepan dengan Mahathir. Pertikaian tercetus antara BERSATU dengan PKR apabila Mahathir kelihatan enggan memegang sepanduk “Anwar PM ke-7” dalam Kongres Nasional Tahunan PKR pada Mei 2017. Persoalannya, mengapa BERSATU diterima untuk menyertai HARAPAN tanpa persetujuan bahawa Anwar Ibrahim adalah calon perdana menteri HARAPAN?
Untuk seketika HARAPAN cuba mengelakkan diri dari terjerat ke dalam pertikaian calon PM, sungguhpun menyedari bahawa isu ini tetap akan menghantui mereka selagi tidak diberi kata dua. Maka pertikaian dilanjutkan apabila Presiden PKR Wan Azizah Ismail menyatakan kesediaan dirinya untuk menjadi pemanas kerusi sebelum tampuk kuasa diserahkan kepada Anwar Ibrahim, dalam wawancaranya dengan Al-Jazeera. Lebih panas, apabila Mahathir Mohamad menyatakan kesediaan untuk mempertimbangkan cadangan agar dirinya menyandang jawatan PM, seandainya direstui semua parti komponen HARAPAN.
Sudah tentu ia mengundang kebingungan dan kekecewaan di kalangan penyokong pembangkang, jika bukan penolakan keras, ketika dikhabarkan bahawa PKR turut bersetuju dengan cadangan untuk berkepalakan Mahathir. Perkembangan sejak tahun 2016 memperlihatkan bagaimana HARAPAN berganjak selangkah demi selangkah untuk memberi laluan kepada Mahathir dan BERSATU. Bermula dengan Deklarasi Rakyat, disusuli dengan cadangan electoral pact 3+1 (DAP, PKR, AMANAH + BERSATU), kemudian diterima permohonan BERSATU ke dalam HARAPAN, dan kini tidak menolak kemungkinan Mahathir dinobatkan sebagai calon perdana menteri HARAPAN.
HARAPAN tidak boleh menyalahkan penyokongnya, kerana electoral pact 3+1 barangkali bottom line yang boleh diterima mereka. Namun jikalau Mahathir dinobatkan sebagai PM, ia jauh tersasar dari apa yang dicita-citakan sebermulanya. Lebih-lebih lagi, Mahathir tidak pernah mengaku kesilapan ketika zaman pemerintahannya, malah HARAPAN belum pun merumuskan dasar bersama mereka. Bayangkan, dalam situasi sedemikian, ke mana hala tuju Malaysia yang akan diterajui oleh PM ke-7 bernama Mahathir?

Skandal 1MDB: Jangan jadikan Rosmah 'korban politik', ampu Syed Ali

Pemimpin Umno Wilayah Persekutuan Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Alhabshee mengecam musuh politik Umno yang menggambarkan seolah-olah isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ada kaitan dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan 1MDB.
Beliau yang juga ketua Umno bahagian Cheras berasa kesal setelah pihak berkepentingan sengaja mahu mengaitkan nama Rosmah dalam isu tersebut walaupun masih berada ditahap ketidak sahihan dakwaan berkenaan.
"Apabila perkara tidak sahih bermakna masih tidak benar, jadi kenapa perkara yang tidak benar hendak dicanang, ini perbuatan jahat dan berunsur fitnah.
"Ini sebahagian daripada fitnah pembangkang dan musuh politik Umno, mereka menjadikan isteri perdana menteri sebagai korban untuk menjatuhkan kerajaan demokrasi pilihan rakyat," ujarnya lagi.
"Dari segi perundangan, isteri Perdana Menteri tidak dibukti bersalah, jadi mengapa dikaitkan dalam isu tersebut, ini menunjukkan ada cubaan jahat untuk merosakkan nama baik beliau," kata Syed Ali dalam blog beliau.
Baru-baru ini, Rosmah mengarahkan peguamnya untuk memantau media sosial berkaitan "serangan dan tuduhan palsu" terhadap beliau.
Menurut firma undang-undang NoorHajran Mohd Noor, peguam mereka "memantau semua catatan dalam mana-mana platform media sosial dan sebarang bentuk penerbitan lain berkaitan serangan palsu dan berniat jahat" terhadap anak guamnya itu.
"Baru-baru ini, lebih banyak serangan yang berniat jahat dan tidak berasas muncul dan dibuat terhadap Rosmah Mansor di blog dan media sosial.
"Serangan ini adalah tuduhan palsu yang dibuat tanpa sebarang bukti dan/atau asas, dilakukan dengan niat jahat semata-mata untuk memburuk-burukkan nama baik Rosmah atas dakwaan salah laku yang menjejaskan reputasi beliau," kata firma itu dalam kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, Syed Ali berkata, sepatutnya, Rosmah sepertimana rakyat lain di negara ini berhak mendapat keadilan, kebebasan dan keupayaan mempertahankan kedudukannya.
Katanya, dakwaan tersebut hanya diselubungi dengan persepsi negatif pembangkang untuk menjatuhkan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Barisan Nasional (BN) khususnya Umno.

Skandal FGV: Azhar nafi ganti Zakaria sebagai CEO FGV

Datuk Wira Azhar Abdul Hamid menafikan khabar angin bahawa beliau akan menggantikan Datuk Zakaria Arshad sebagai ketua pegawai eksekutif Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).
Bagaimanapun, Azhar berkata beliau akan mempertimbangkan perkara berkenaan sekiranya diminta membantu syarikat bermasalah itu.
"Jika saya diminta untuk membantu, sudah tentu saya akan pertimbangkan kerana kebimbangan Felda dan penerokanya," katanya ketika dihubungi oleh NST Business hari ini.
Terdahulu, Zakaria dilaporkan akan digantikan selepas Tan Sri Mohd Isa Samad meninggalkan anak syarikat Felda itu, Isnin lalu selaku presiden dan pengerusi FGV.
Menurut laporan The Edge Financial Daily, Azhar yang semalam meletakkan jawatan sebagai pengarah urusan Malakoff Corporation Bhd, dijangka menggantikan Zakaria.
Azhar hanya berkhidmat di Malakoff selama lebih sebulan sebelum diantik ke jawatan baru itu. Sumber akhbar itu mengatakan bahawa Azhar memiliki latar belakang dalam sektor perladangan dan sesuai menggalas tugas tersebut.
"Kerajaan sedang mencari individu yang bebas, berkebolehan dan memiliki pengetahuan mendalam di sektor perladangan untuk memimpin FGV dan Azhar nampaknya sesuai," sumber itu dipetik berkata.
Azhar sebelum ini mengetuai pembangunan perniagaan di Sime Darby Plantation Sdn Bhd dan menjadi pengarah urusan syarikat itu serta bertindak sebagai presiden dan ketua pegawai eksekutif Kumpulan Sime Darby sehingga Ogos 2010.
Beliau adalah ketua pegawai eksekutif MRT Corp dari tahun 2011 hingga 2014.
FGV menghadapi krisis dalaman apabila ahli lembaga pengarahnya, di bawah Isa, menggantung Zakaria dan tiga eksekutif lain, selepas menuduh mereka melanggar peraturan tadbir urus korporat.
Zakaria menyalahkan anggota lembaga itu dan mengatakan beliau cuba menghentikan pelaburan berjuta ringgit dan tidak masuk akal dalam perniagaan bukan teras. Kedua-dua pihak menafikan tuduhan itu.

Bersatu tidak layak dominasi kuasa dalam Pakatan Harapan sembang PAS


Pandangan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menolak penguasaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pakatan Harapan wajar diberikan perhatian serius, kata Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata Bersatu tidak sepatutnya cuba mendominasi Pakatan Harapan kerana ia parti yang baharu menyertai gagasan itu.
Tuan Ibrahim Tuan Man"Pandangan daripada Anwar itu betul, tak mungkin boleh dua-dua daripada parti Bersatu sebab dominasi dalam Pakatan Harapan itu masih lagi pada PKR dan selama ini pun dalam Pakatan Rakyat, PKR yang menerajui.
"Jadi kalau dengan kemasukan Bersatu yang belum dicuba dalam mana-mana pilihan raya, saya fikir pandangan Datuk Seri Anwar itu wajar, maknanya wajar diberi perhatianlah," katanya seperti dilapor Antarapos.
Sabtu lalu, Anwar dalam satu kenyataannya melalui ibu pejabat PKR menyatakan bahawa beliau bersetuju sekiranya Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad diberikan peranan penting dalam Pakatan Harapan, namun menolak penguasaan Bersatu dalam jawatan pengerusi dan presiden dalam gagasan itu.
Parti komponen Pakatan Harapan kini dikatakan bertelagah mengenai struktur organisasi baharu pakatan itu selepas Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak diberikan jawatan utama dan sekadar menjadi timbalan.
Anwar yang dinamakan penasihat dalam senarai itu menolak Pengerusi Pakatan Harapan mempunyai kuasa pemutus sebaliknya hanya perlu diberi tugas-tugas menyelaras.
Tuan Ibrahim bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan Anwar itu.

Tamparan Hebat PM Singapura Terhadap Datuk Seri Najib


Oleh Zainudin Maidin

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong telah meminta maaf kepada rakyat Singapura secara terbuka atas persengketaan dengan adik beradiknya berhubung dengan isu tanah rumah kediaman bapanya yang diwariskan kepadanya yang tiba-tiba  mencemarkan integriti keluarganya, rakyat, negara dan dan parti PAP


Atas kesedaran itu,beliau   menjanjikan kepada rakyat Singapura untuk mengadakan Full Public Hearing  dalam Parlimen Singapurra bulan depan  bagi membolehkan anggota pembangkang dan juga anggota partinya sendiri  untuk menyiasatnya secara bebas dan beliau bersedia untuk menjawabnya.

Sesiapapun yang melihat video ini ,pasti akan bertanya dalam hati kenaapa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib  yang menghadapi berbagai tuduhan kotor tidak sanggup untuk melakukan apa yang mahu dilakukan oleh PM Singapura itu.

Jaminan Hsien Loong itu  walaupun belum dilaksanakan tetapi sekali gus memulihkan penghormatan dan keyakinan rakyat terhadapnya untuk mengawal warisan bapanya, sebuah kerajaan  Singapura yang dihormati dunia kerana integriti dalam kebersihan dan kecekapannya.

Rakyat Sudah Meluat, Najib Yang 'Syok Sendiri''

Oleh Onn Abu Bakar
Saya ambil maklum nasihat yang disuarakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang benar-benar mampu mentadbir negara dan bukannya pemimpin 'syok sendiri'.
Najib Razak mesti terima hakikat sebenar daripada sekarang dan keluar dari alam khalayannya untuk menghadapi realiti. Kini bukan sahaja anak muda tidak menyokong Umno BN tetapi ramai veteran Umno juga sudah tidak percaya lagi kepada Umno.
Semua sedia maklum bahawa kerajaan Umno BN tabur jasa kepada rakyat sedikit sedangkan kaut duit rakyat dengan ketirisan, rasuah, penyelewengan yang terlebih dilakukan.
Bukan itu sahaja, rakyat kini terpaksa berhadapan dengan realiti kehidupan yang sukar dengan kos sara hidup yang tinggi, GST, pelbagai jenis subsidi rakyat dihapuskan dan peningkatan harga barangan.
Teramat penting bagi kerajaan Najib Razak untuk tidak 'syok sendiri' dan kembali kepada realiti kesusahan yang terpaksa dilalui oleh rakyat pada hari ini.
Baru-baru ini, kaji selidik yang dijalankan oleh Invoke Malaysia menunjukkan hanya 3 daripada 10 rakyat Malaysia menamakan Najib Razak sebagai Perdana Menteri pilihan mereka selepas PRU14.
Ini secara jelas menunjukkan Najib Razak tidak popular di kalangan rakyat Malaysia lagi untuk terus menerajui negara.
Kerajaan Umno BN juga dilihat tidak dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti setelah ramai pemimpinnya yang terpalit dengan rasuh dan salahguna kuasa.
Rakyat kini sukar untuk menikmati manfaat kerana segala amanah yang dipertanggungjawabkan tidak dilaksanakan dengan sebaiknya.

Onn Abu Bakar
Penyelaras Parlimen Sembrong
Ahli Majlis Pimpinan Wilayah Persekutuan
Parti KEADILAN Rakyat

RAFIZI RAMLI: Kenaikan Gaji Pekerja Swasta???

Skandal FGV: Saya salah atau tidak, saya tak tahu - Isa

Skandal 1MDB: Ini 'rantai berlian' isteri MO1, Jamal tayang pada media

Skandal 1MDB: MP DAP bidas kenyataan Abdul Rahman

Skandal 1MDB: Buktikan, Tony Pua cabar Abdul Rahman

Skandal FGV: Selepas beri keterangan lebih 4 jam, ini kata Isa

Skandal 1MDB: NGO minta SPRM siasat komplot jatuhkan PM guna DOJ

Skandal FGV: Bekas pengarah urusan Malakoff bakal CEO FGV..?


Bekas pengarah urusan Malakoff bakal CEO FGV, kata laporan 


AZHAR Abdul Hamid, bekas pengarah urusan kumpulan Malakoff Corp, mungkin menggantikan Zakaria Arshad sebagai ketua pegawai eksekutif FGV, lapor Edge Financial Daily.
Azhar meletak jawatan daripada Malakoff Corp semalam. Sumber berkata beliau calon paling sesuai kerana mempunyai latar belakang dalam sektor perladangan.
"Kerajaan sedang mencari seorang individu yang bebas, berkebolehan dan mempunyai pengetahuan mendalam dalam sektor perladangan bagi memimpin FGV, dan Azhar nampaknya sesuai," kata sumber.
Edge Weekly juga menamakan Azhar sebagai seorang daripada tiga pesaing yang mungkin mengambil alih syarikat perladangan gergasi, sementara yang lain adalah bekas pengarah urusan Lembaga Tabung Haji Ismee Ismail dan Presiden dan CEO Sime Darby, Mohd Bakke Salleh.
Azhar, 56, adalah pilihan terbaik kerana berkemampuan mengatasi tekanan untuk melakukan yang terbaik di FGV. Malakoff mengumumkan peletakan jawatan Azhar sebagai pengarah urusan kumpulan berkuatkuasa 30 Jun.
Ia menamakan Habib Husin sebagai ketua pegawai eksekutif yang berkuatkuasa 1 Julai.
Habib, 57, juga akan kekal sebagai naib presiden operasi di Malakoff.
Dalam pemfailan dengan Bursa Malaysia semalam, Malakoff berkata Azhar memulakan kerjayanya sebagai juruaudit dalaman di syarikat UK British Telecom sebagai pengurus audit dalaman dari 1989 hingga 1991.

Dalam kes profil tinggi penjawat awam kena, orang politik lepas


Oleh Mohd Sayuti Omar
Bekas pengerusi FGV Mohd Isa Samad bersama isteri hadir ke pejabat SPRM hari ini. Tidak dipasti beliau hadir atas kapasiti orang tersangka ataupun sebagai saksi. Sebelum ini pihak SPRM kata ia akan memanggil lebih 40 saksi untuk memberi keterangan berhubung isu pergolakan dalam FGV -- pertembungan antara pengerusi Isa Sama dengan CEO, Zakaria Arshad. 

Berpandukan kepada sejarah masa lampau, saya tetap yakin orang politik yang terbabit dalam pertembungan itu akan selamat sebaliknya penjawat awam akan dikenakan tindakan. Sama ada diheret sebagai tersangka ataupun sekurang-kurang tindakan disiplin, dipecat.

Kita sudah mangli menyaksikan kes-kes begini bila mana berlaku pergolakan dalam apa-apa badan atau syarikat kerajan hatta di kementerian sendiri antara penjawat awam dengan menteri -- orang politik, di mana ia berakhir penjawat awam menjadi mangsa.

Kerana sejarah itu juga menyebabkan pejawat awam yang sering menjadi mangsa, berhati-hati untuk membuat apa-apa laporan berkaitan salah laku orang politik dalam badan-badan berkenaan. Phobia itu juga menjadikan penjawat awam takut untuk membuat laporan atau pun melawan orang politik.

Situasi itu semua menunjukkan politik tetap menguasai badan-badan seperti SPRM yang dikatakan bebas itu.

Tidak perlu diturunkan bukti mengenai hakikat ini kerana kita semua sudah mengetahui sejarahnya. Baik di zaman Najib Razak, Abdullah Ahmad Badawi atau Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri semua ada rekod busuk dan tidak bermoral berkenaan. Di zaman Dr Mahathir kertas pertuduhan untuk seorang menteri kanan sudah disiapkan tetapi akhirnya ia dibatalkan.

Di zaman Dr Mahathir ada seorang menteri disiasat oleh SPRM dituduh terlibat dengan rasuah, akhirnya yang disiat kereta mewah milik menteri itu sebalik menteri berkenaan dibebaskan dibebaskan di zaman Abdullah bahkan dilantik menjadi orang besar.

Dalam kes membabitkan Isa Samad ini maupun terbaharu Annuar Musa di Mara kita tunggulah keputusannya nanti, apakah ia mengikut jejak kes-kes sebelum ini. Bagi saya, saya sangat yakin mereka disucikan kerana itulah cara dan amalan diamalkan oleh kerajaan Najib Razak.

Skandal 1MDB: Mengapa tak bantah di kedutaan AS?

Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng hari ini mempersoalkan mengapa tidak ada bantahan di adakan di luar kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur berikutan saman pelucuthakan sivil Jabatan Keadilan (DOJ) terbaru ke atas aset berkaitan 1MDB.
Lim mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang menuntut DOJ untuk mendedahkan pengadu di sebalik saman tersebut.
Abdul Rahman juga dilaporkan berkata beliau percaya pengadu tersebut adalah rakyat Malaysia yang mempunyai agenda untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ahli Parlimen Segambut itu, bagaimanapun berkata Abdul Rahman hanya membuat tuduhan tanpa melakukan sesuatu mengenainya.
"Kenapa beliau tidak meminta kawannya, (Menteri Luar, Datuk Seri) Anifah Aman untuk memfailkan nota bantahan ke kedutaan AS untuk bertanya siapakah pengadu itu?
"Kita beri satu hari kepada Rahman dan kabinet Najib untuk melakukan sesuatu dengan memberi nota bantahan kepada kedutaan Amerika Syarikat, membantah di kedutaan Amerika Syarikat atau memanggil pulang duta Malaysia (ke Amerika Syarikat).
"Jika mereka gagal melakukannya, saya akan menulis surat dalam kapasiti sebagai ahli parlimen ke kedutaan AS untuk meminta mereka mendedahkan identiti pengadu," katanya kepada pemberita di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa ketika pemfailan pertama DOJ tahun lalu oleh bekas peguam negara Amerika, Loretta Lynch, bahawa DOJ sendiri yang membuat pengaduan itu.

Skandal 1MDB: Jamal dakwa Tun M dan kumpulannya merasuah DoJ


Jamal Md Yunus rantai
Datuk Jamal Md Yunos hari ini mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad  telah 'merasuah' Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Dengan gimik rantai dan cincin berlian Pengerusi Gerakan Gabungan NGO Selangor (Gerakan Merah) itu berkata, tiada bukti yang boleh dikaitkan dengan pembabitan perdana menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam pembelian barangan kemas bernilai RM116juta (AS$27.3juta) seperti dakwaan DoJ.
"Kita lihat sedang viral bagaimana kumpulan yang diketuai Tun Mahathir telah merasuah DoJ untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia yang mereka sebut sebagai 'MO1' yg dikaitkan dengan Datuk Seri Najib yang mana mereka sudah melakukannya beberapa tahun lalu.
"Tiada bukti yang mampu ditunjuk DoJ selain mendapatkan dokumen yang diberikan kumpulan 'biawak hidup' Tun Mahathir itu kepada DoJ," ujarnya dalam sidang media diadakan di pejabatnya  pagi tadi.
Bahkan Jamal juga mempersoalkan bagaimana rakyat negara ini ujarnya, percaya dengan dakwaan DoJ itu tanpa menyelidikinya terlebih dahulu.
"Saya hairan bagaimana rakyat Malaysia boleh percaya tanpa melakukan siasatan. Jika FBI mesti ada pegawai penyiasat sendiri tetapi tiada satu artikel bagaimana dokumen itu disiasat. Kita terima bulat-bilat apa kata DoJ.
"Kami yakin dan percaya ia adalah agenda jahat daripada Tun Mahathir," ujarya yang percaya ia adalah satu cara untuk mengunakan DoJ bagi memburukkan pemimpin negara.
Laporan DoJ 251-muka surat pada Khamis lalu yang menamakan beberapa individu dalam usaha merampas aset bernilai AS$540 juta (RM2.3 bilion) yang menurutnya dibeli menggunakan wang dicuri daripada 1MDB.
Laporan DoJ itu bagaimanapun tidak menamakan Rosmah mahupun Najib.

Skandal 1MDB: ‘Buktikan dakwaan berlian merah jambu DOJ palsu’

Seorang ahli parlimen pembangkang hari ini mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan untuk membuktikan bahawa tuntutan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berhubung kalung berlian merah jambu yang diberikan kepada isteri “Malaysian Official One (MO1)” adalah palsu.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata ini berkaitan dengan butiran yang didedahkan oleh DOJ mengenai cara berlian itu diperolehi.
Ini termasuk sama ada isteri MO1 berjumpa dengan tukang emas Lorraine Schwartz di atas sebuah kapal layar di luar pantai Monaco pada Julai 2013, dan sekali lagi di sebuah hotel di New York pada 28 September 2013.
Pua juga mahukan Abdul Rahman menangkis dakwaan DOJ bahawa kalung yang siap itu kemudiannya diserahkan kepada seorang rakan isteri MO1 di Hong Kong pada 7 Mac.
"Jika Abdul Rahman dapat mengemukakan bukti, bagi pihak isteri MO1 bahawa tuduhan di atas adalah tidak benar, maka saya memberi jaminan kepada menteri dan semua dalam kabinet bahawa saya akan menjadi orang pertama dari pihak pembangkang untuk duduk bersamanya pada sidang akhbar untuk mengecam DOJ secara terbuka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, jika tuduhan itu benar, ahli parlimen DAP itu berkata menteri Umno berkenaan mesti membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Khamis lalu, DOJ mendakwa bahawa AS$620 juta yang didakwa oleh MO1 telah dikembalikan kepada pendermanya, sebaliknya dipindahkan kepada hartawan kelahiran Pulau Pinang, Jho Low.
DOJ mendakwa bahawa Jho Low kemudian menggunakan sebahagian dana - yang didakwa diselewengkan dari 1MDB - untuk membeli kalung berlian merah jambu bernilai AS$23.7 juta untuk isteri MO1.
Walaupun DOJ tidak menamakan siapa itu MO1 mahupun isterinya, Abdul Rahman berkata tuntutan mahkamah berkenaan memberi gambaran seolah-olah isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor terpalit dalam salah laku.
Abdul Rahman pada tahun lalu juga mengesahkan bahawa Najib adalah MO1.

Skandal FGV: Selepas Isa, CEO FGV juga akan diganti

Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), Datuk Seri Zakaria Arshad dilaporkan akan turut digantikan selepas Tan Sri Mohd Isa Samad meninggalkan anak syarikat Felda itu, Isnin lalu.
Datuk Azhar Abdul Hamid, yang semalam meletakkan jawatan sebagai pengarah urusan Malakoff Corporation Bhd, dijangka menggantikan Zakaria, menurut The Edge Financial Daily.
Azhar hanya berkhidmat di Malakoff selama lebih sebulan sebelum diantik ke jawatan baru. Sumber akhbar itu mengatakan bahawa Azhar memiliki latar belakang dalam sektor perladangan dan sesuai menggalas tugas tersebut.
"Kerajaan sedang mencari individu yang bebas, berkebolehan dan memiliki pengetahuan mendalam di sektor perladangan untuk memimpin FGV dan Azhar nampaknya sesuai," kata sumber itu.
Azhar sebelum ini mengetuai pembangunan perniagaan di Sime Darby Plantation Sdn Bhd dan menjadi pengarah urusan syarikat itu serta bertindak sebagai presiden dan ketua pegawai eksekutif Kumpulan Sime Darby sehingga Ogos 2010.
Beliau adalah ketua pegawai eksekutif MRT Corp dari tahun 2011 hingga 2014.
FGV menghadapi krisis dalaman apabila ahli lembaga pengarahnya, di bawah Isa, menggantung Zakaria dan tiga eksekutif lain, selepas menuduh mereka melanggar peraturan tadbir urus korporat.
Zakaria menyalahkan anggota lembaga itu dan mengatakan beliau cuba menghentikan pelaburan berjuta ringgit dan tidak masuk akal dalam perniagaan bukan teras. Kedua-dua pihak menafikan tuduhan itu.
Berikutan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak campur tangan dengan melantik bekas menteri Datuk Seri Idris Jala menyediakan laporan berhubung kemelut FGV. Selepas Idris menyelesaikan laporannya, Mohd Isa mengumumkan peletakan jawatan.

Mahkamah arah k’jaan Umno@Bn, Shafee jawab ‘bayaran RM9.5 juta’ untuk sabitkan Anwar

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini mengarahkan kerajaan untuk menjawap permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengketepikan sabitan kes Liwat II berikutan dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membayar RM9.5 juta kepada peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai khidmatnya menjadi pendakwa utama dalam kes liwat itu.
Hakim Datuk Kamaludin Md Said membuat arahan itu ketika pengurusan kes hari ini.
Beliau mengarahkan kerajaan untuk mengemukakan afidavit sebagai menjawap permohonan yang dibuat oleh Anwar sebelum 12 Julai ini.
Peguam Anwar, Latheefa Koya ketika dihubungi Malaysiakini bekata, hakim itu turut memerintahkan Shafee, yang dinamakan dalam permohonan penzahiran itu untuk mengemukakan hujahnya menjelang pada 19 Julai.
Hakim Kamaludin kemudiannya menetapkan 3 Ogos depan, sebagai tarikh pengurusan kes berikutnya.
Kerajaaan hari ini diwakili oleh peguam persekutuan kanan, Nadia Hanim Tajuddin manakala Sarah Abishegam pula mewakili Shafee. Najib pula tidak diwakili oleh sebarang peguam.
Shafee dilantik oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan terhadap pembebasan Anwar oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Beliau kemudiannya tampil sebagai pendakwa raya utama dalam kes itu di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Sarawak Report sebelum ini mendakwa Najib membayar RM9.5 juta kepada Shafee melaui dua pembayaran yang menyaksikan Anwar didapati bersalah oleh mahkamah rayuan pada 7 Mac, 2014.
Pejabat Perdana Menteri tidak memberi sebarang jawapan berhubung soalan media mengenai dakwaan itu manakala Shafee awal bulan ini berkata, bahawa beliau akan mengeluarkan kenyataan media mengenai perkara itu. Setakat ini belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkannya.

Skandal FGV: Isa dan isteri beri keterangan kepada SPRM

Bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), Tan Sri Mohd Isa Samad dan isterinya, Puan Sri Bibi Shaliza Mohd Khalid hari ini hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Adalah dipercayai kehadiran mereka adalah untuk membantu siasatan berhubung dakwaan salah laku dan rasuah dalam FGV.
Kemelut FGV btercetus apabila lembaga pengarah syarikat itu mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad bersama pegawai pengurusan kanan bercuti bermula 6 Jun lalu.
Tiga pegawai kanan itu ialah Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd, Kamarzaman Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar.
SPRM dalam satu kenyataan semalam berkata sudah memanggil 60 saksi bagi membantu siasatan kes FGV sehingga kini.
Isnin lalu, Isa berundur daripada FGV dan tempatnya digantikan oleh bekas pengerusi Telekon Malaysia Tan Sri Sulaiman Mahbob.
Isa juga meletakkan jawatan sebagai pengerusi MSM Holdings, syarikat FGV yang salah satu daripada gua gergasi dalam industri gula tanah air.
Beliau memberikan alasan peribadi.
Bagaimanapun langkah itu dilihat antara langkah penyelesaian oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikemukakan oleh bekas menteri Datuk Seri Idris Jala.
Najib telah berikrar untuk menyelesaikan kemelut FGV sebelum Hari Raya yang dijangka jatuh pada Ahad ini.

Undi BN meningkat di kerusi Felda bukan Melayu DAP, kata Invoke

Undi BN meningkat di kerusi Felda bukan Melayu DAP, kata Invoke
Ahli Pakatan Harapan hadir sidang media selepas pelancaran “Buku Panduan Ejen Tempat Mengundi" di pejabat Invoke di Kuala Lumpur, hari ini. 
UNDI Barisan Nasional (BN) akan meningkat di enam kerusi Parlimen Felda yang mempunyai calon Pakatan Harapan (PH) bukan Melayu terutama daripada DAP, menurut kajian dilakukan badan bukan kerajaan Invoke.
Pengasas Invoke Rafizi Ramli berkata penurunan sokongan pengundi Melayu terhadap DAP menurun selepas berlakunya perpecahan Pakatan Rakyat (PR) yang menyaksikan PAS tidak lagi bekerjasama dengan mereka.
"Enam kerusi Felda ini ialah Telok Intan, Kulai, Bentong, Raub, Segamat dan Tanjong Malim," katanya yang juga naib presiden PKR pada sidang media di Ibu Pejabat Invoke di Kuala Lumpur hari ini.
"Selepas Pakatan Rakyat berpecah, polarisasi dalam politik Malaysia kembali berlaku. Pengundi Melayu di kawasan Felda tidak mengundi calon bukan Melayu terutamanya daripada DAP. DAP kini menerima serangan daripada BN dan PAS."
Rafizi berkata keadaan ini akan memberikan kesan kepada PH di kerusi yang dimenangi secara marginal pada PRU13 seperti Telok Intan, Segamat, Raub dan Tanjung Malim.
Bagaimanapun katanya, di kerusi yang mana PH menang besar, majoriti mereka mungkin akan berkurangan sekiranya trend tidak berubah.
"Contohnya Kulai beralih terhadap BN 8.28 %. Ini tidak bermakna Ahli Parlimen DAP Teo Nie Ching akan kalah.
"Tetapi di Kulai yang menang besar sebelum ini, majoriti kemenangan mungkin akan berkurangan," kata ahli Parlimen Pandan itu.
Bagaimanapun, kajian Invoke itu mendapati, semua kerusi Parlimen Felda yang ditandingi calon Melayu PH, sokongan terhadap BN mengalami penurunan mendadak dalam pertandingan tiga penjuru.
"Di Padang Terap, BN hilang sokongan sebanyak 24%. Melayu di Pekan sendiri menyaksikan penurunan mendadak 23.9% undi," katanya.

SKANDAL FGV: KARTUN APAKAH INI?

Hari ini (Rabu) jam 10 pagi, bekas Pengerusi Felda Global Ventures atau FGV, Isa Samad dan isterinya, Bibi Shahriza Mohd Khalid dilaporkan akan hadir ke pejabat SPRM dinPutrajaya untuk memberi keterangan berhubung siasatan terhadap syarikat tersebut.

Kehadiran mereka difahamkan adalah atas arahan SPRM setelah sebelum ini agensi tersebut turut melakukan serbuan ke pejabat FGV di Menara Felda.

Bagi sesetengah pihak, tentu ada yang gembira dengan perkembangan ini kerana seolah-olah Isa dan isterinya akan disiasat dan selepas itu mungkin akan didakwa oleh agensi penguatkuasa anti rasuah itu.

Tambahan lagi, cerita-cerita yang berlegar dari mulut ke mulut mengenai mereka bukan sedikit diperkatakan oleh orangramai sejak Isa menerajui Felda dan FGV lagi.

Benarkan Isa dan isterinya yang bakal disiasat?

Jika benar Isa dan isterinya yang sedang disiasat oleh SPRM, keadaan ini benar-benar umpama cerita kartun kerana bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu baru saja dipindahkan daripada FGV ke SPAD atau Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat pada Isnin lalu.

Perpindahan itu dilakukan oleh Najib Razak sebagai tindakan untuk meredakan kemelut FGV yang sedang berlaku antara Isa dengan CEOnya, Zakaria Arshad yang dikini digantung tugas dan berdepan proses siasatan dalaman.

Dalam pertemuan dengan Isa pada pagi Isnin, Najib dilaporkan memujuk Isa supaya bersetuju berundur daripada FGV dengan janji akan diberikan jawatan baru di SPAD.

Pengerusi SPAD sebelum ini ialah Syed Hamid Albar, tetapi beliau sudah pun mengumumkan pengundurannya pada 3 Jun lalu.

Lantaran bersetuju dengan tawaran Najib itulah Isa meletakkan jawatan sebagai Pengerusi FGV beberapa jam kemudian dan disusuli dengan pengumuman oleh Pejabat Perdana Menteri mengenai perlantikannya sebagai Pemangku Pengerusi SPAD.

Tawaran dan perpindahan ke tempat baru sebagaimana yang diusulkan oleh Najib dikhabarkan diterima dengan gembira dan senang hati oleh Isa.

Dengan demikian perjalanan ceritanya, adakah logik jika Isa yang baru saja diberikan  jawatan di SPAD, tiba-tiba disiasat pula oleh SPRM?

Lebih tidak logik jika Isa juga akan didakwa di mahkamah kerana kiranya semua itu berlaku, Najib dengan sendirinya telah memalukan dirinya sendiri lantaran "orang kesayangannya" yang baru tiga hari dianugerahkan jawatan untuk memimpin sebuah agensi kerajaan, kini terpaksa berdepan suatu proses lain iaitu pengadilan.

Skandal 1MDB: DOJ jawab kenyataan Rahman Dahlan

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) berkata saman sivilnya untuk merampas aset yang dikaitkan dengan dakwaan penyelewengan dana 1MDB adalah termasuk semua butiran yang relevan supaya kepercayaan yang munasabah dapat dibuktikan semasa perbicaraan.
Ia menjawab kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mengatakan bahawa DOJ memberi gambaran seolah-olah isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam salah laku jenayah dengan mengaitkannya dengan berlian yang didakwa dibeli menggunakan dana yang disalahgunakan dari 1MDB, walaupun ia tidak berniat untuk merampas barang kemas tersebut.
DOJ memberitahu Malaysiakini menerusi emel bahawa undang-undang menghendakinya menyatakan fakta yang cukup terperinci untuk membuktikan satu kepercayaan yang munasabah bahawa ia akan menang dalam perbicaraan.
"Ini bermakna kita perlu menyatakan fakta yang mencukupi untuk menunjukkan satu kepercayaan yang munasabah bahawa undang-undang pengubahan wang haram Amerika Syarikat dan undang-undang jenayah yang lain telah dilanggari dan bahawa aset subjek adalah terlibat dalam atau dikesan kepada transaksi haram ini.
"Di samping aduan itu memberikan satu butiran yang mencukupi untuk secara khusus mengenal pasti harta yang tertakluk kepada pelucuthakan dan untuk memperjelaskan asas kes kerajaan sekiranya sesiapa yang mempunyai tuntutan yang sah ingin mencabar kes kami. Mengenal pasti orang dan entiti membantu fungsi itu," tambahnya.
Menurutnya, tiada kesimpulan yang sepatutnya dibuat, dalam apa cara sekalipun, tentang status individu-individu atau entiti-entiti, hanya kerana mereka dinamakan dalam dokumen.
DOJ dalam pemfailan baru minggu lepas mengatakan bahawa AS$4.5 bilion (kira-kira RM19 bilion) telah didakwa dicuri dari 1MDB.
Ia berusaha untuk merampas aset bernilai AS$1.7 bilion (RM7.3 bilion), yang dikatakannya dibeli dengan wang dicuri itu di AS dan di tempat lain, di bawah undang-undang pengubahan wang haram negara itu.
Saman DOJ setebal 251 halaman yang difailkan pada hari Khamis tidak menyebut nama Rosmah, tetapi menyebut bahawa isteri "Malaysian Official 1" (MO1) yang tidak dinamakan, diberi hadiah kira-kira AS$30 juta barang kemas oleh individu yang berkaitan dengan 1MDB, Jho Low.
DOJ memberitahu Malaysiakini bahawa ia tidak akan merampas barang kemas yang diberikan kepada isteri "MO1".

Pelantikan Isa Samad bercanggah Akta SPAD?

Pelantikan bekas menteri UMNO, Tan Sri Isa Samad sebagai Pemangku Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) secara serta merta dipercayai telah melanggar Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 714).
Menurut Ahli Jawatankuasa Biro Guaman DAP Kedah, Zulhazmi Shariff pelantikan ke jawatan berkenaan hanya boleh dilakukan sekiranya Isa merupakan anggota SPAD.
“Najib mengumumkan perlantikan Isa Samad sebagai Pemangku Pengerusi SPAD berkuatkuasa serta merta sepertimana perletakkan jawatan serta merta Isa sebagai Pengerusi FGVH.
“Bagaimana Isa boleh dilantik sebagai Pemangku Pengerusi SPAD dengan berkuatkuasa serta merta?
“Adakah Kerajaan Malaysia pimpinan Najib Tun Razak sudah ditadbir secara membuta tuli tanpa mengikut undang-undang dan peraturan?” soalnya dalam kenyataan.
Beliau menjelaskan, mengikut Akta 714, menteri berkenaan perlulah melantik seorang Pengerusi, seorang Ketua Pegawai Eksekutif, tidak lebih lima wakil Kerajaan dan tidak kurang daripada tiga orang.
Menteri juga katanya boleh melantik tidak lebih daripada lima anggota lain yang pada pandangannya mempunyai pengetahuan dan pengalaman serta menunjukkan keupayaan dan profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan pengangkutan awam darat untuk menganggotai SPAD.
“Adakah Kerajaan Malaysia sekarang sudah tidak peduli sebarang undang-undang dan peraturan demi kelangsungan kepentingan politik tertentu?
“Jika Kerajaan sendiri tidak mempedulikan undang-undang dan peraturan, bagaimana Kerajaan akan dipandang tinggi dan dihormati?” soalnya lagi.

Rakyat diseru lapor penyelewengan 1MDB, adakah SPRM berani bertindak?

Rakyat Malaysia digalakkan untuk melapor salah laku dan penyelewengan jenayah penggubahan wang haram 1MDB kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, seruan itu selaras dengan pengumuman Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad yang menggalakkan orang ramai supaya ‘berani’ tampil kehadapan melaporkan salah laku rasuah kepada agensi tersebut.
Menurutnya, ‘keberanian’ rakyat negara ini melaporkan salah laku rasuah 1MDB akan “membantu SPRM merealisasikan revolusi anti-rasuah dalam memastikan negara bebas dari rasuah dan salah guna kuaasa dalam tempoh tiga tahun menjelang 2020.”
Justeru, mereka boleh memfailkan aduan terhadap rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram oleh 1MDB dengan menelefon nombor bebas tol 1800-88-6000.
“Bagaimanapun, persoalan terbesarnya ialah, adakah SPRM sebagai orang biasa ‘berani’ untuk menyiasat Malaysian Official 1 (MO1) dan isterinya, begitu juga menyiasat pegawai-pegawai 1MDB seperti Jho Low dan yang terlibat atas jenayah yang telah dilakukan mereka kepada negara?” soalnya.
Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan itu berkata, pendedahan terkini saman sivil Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat minggu lalu menyebabkan rakyat Malaysia marah dan terkejut.
Dalam tindakan terbaru DoJ itu, ia mendakwa sebanyak AS$4.5 bilion telah dicuri dan diselewengkan dari dana pelaburan 1MDB dan sedang berusaha untuk merampas aset bernilai AS$1.7 bilion.

Akhirnya pemimpin PAS mohon maaf kerana fitnah DAP, Amanah

Seorang pemimpin PAS, Razman Zakaria hari ini mengemukakan permohonan maaf secara terbuka di atas tindakannya memuat naik poster fitnah memburuk-burukkan DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).
Permohonan maaf itu dibuat setelah peguam Hanifa Maidin yang mewakili Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub dan Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Tahir memberi masa 14 hari untuk Razman membuat permohonan maaf lapor Malaysiakini.
Perkongsian poster fitnah jahat bertajuk ‘SEJARAH YANG BERULANG’ dimuatnaik Pesuruhjaya PAS Perak itu antara lain cuba memberi persepsi negatif kononnya Amanah merupakan proksi DAP.
Ia memaparkan gambar Chin Peng bersebelahan Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya manakala gambar pimpinan AMANAH diletak bersebelahan dengan gambar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Razman yang juga baru dilantik sebagai Bendahari Agung PAS Pusat juga sedang berhadapan kes saman fitnah oleh Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.
Dalam kes tahun 2015 itu, Nizar memfailkan tuntutan fitnah sebanyak RM3 juta terhadap Razman yang didakwa memfitnahnya.
Ia ekoran sebuah rencana yang disiarkan akhbar Sinar Harian edisi Perak bertarikh 2 Jun bertajuk Pendekatan Nizar mirip DAP yang dilihat cuba menjatuhkan dan memburukkan imej serta nama baik bekas Menteri Besar Perak itu.

Mengapa PAS mesra dengan pemimpin korup?

Kerana saya ahli DAP, berkemungkinan pandangan politik saya kepada PAS akan bias. Oleh itu, saya cuba keluar dari kerangka politik skema DAPuntuk memahami dan menilai karektor politik Islam PAS.
Saya takkan berhujah menggunakan ayat-ayat Tuhan untuk mengukuhkan hujah politik saya. Ini agar hujah saya ini bebas dikritik kembali oleh sesiapa pun tanpa rasa ragu atau bimbang akan terpesong akidahnya.
Hujah saya bukan wahyu Tuhan untuk tidak boleh dikritik. Kritiklah seribu kali pun, insyaAllah pengkritik itu akan kekal dengan akidahnya.
Krisis Keyakinan
Bagi saya PAS sedang dalam krisis keyakinan terhadap peranannya dalam siasah politik negara.
Ustaz-ustaz dan lebai-lebai PAS selama ini dilatih untuk berhujah menggunakan lojik dan retorik mereka tanpa rasa peduli dan memahami ranah politik demokrasi sekular yang bersimpang siur ini.
Apabila hujah-hujah politik mereka gagal meyakinkan masyarakat, mereka mula merasa terancam. Mereka merasa Islam mereka terancam, akidah mereka terancam dan bangsa mereka terancam.
Bagi saya, perasaan terancam ini bukan kerana politik sekular ingin menelan agama mereka, tetapi kerana ketidakmampuan mereka menawarkan penyelesaian politik dasar kepada satu bangsa yang sedang berkembang daya fikirnya.
Bermakna, ini bukan masalah kelemahan Islam, kelemahan Melayu atau kejahatan orang kafir, sebaliknya ini adalah masalah ketidakmampuan intelek lebai-lebai PAS untuk menghadam perkembangan politik semasa.
Kita melihat bagaimana lebai-lebai PAS ini merasakan dengan gaya Islam PAS, atau dengan slogan Islam PAS, atau imej Islam PAS, maka semua ini akan membolehkan masalah rakyat, masalah pengangkutan awam, pengangguran, Felda, GST atau korupsi dan sebagainya dapat diselesaikan dengan begitu mudah.

Dalam penjara, Anwar ajar erti ‘korban’


Anwar Ibrahim penjara
Jika sebelum ini Anwar membuat keputusan untuk ke penjara walaupun diberi pilihan untuk menerima suaka politik di luar negara, kali ini Anwar membuat keputusan untuk tumpukan usaha terhadap pembebasan rakyat dari cengkaman rejim kleptokrat.
Ibarat lilin membakar dirinya untuk menerangi orang di sekelilingnya, keputusan Anwar sekali lagi membuktikan kesediaannya untuk berkorban demi memerdekakan rakyat, walaupun sedang dipenjarakan.
Jika dari dalam penjara Anwar boleh fokus membebaskan rakyat, bukan susah sangat untuk kita menumpukan perhatian sepenuhnya bagi melawan rejim kleptokrat.
Jika dari dalam penjara Anwar boleh fokus usaha membebaskan rakyat, bukan susah sangat untuk kita mencari mencari kesepakatan memenangani PRU14.
Jika dari dalam penjara Anwar boleh fokus usaha membebaskan rakyat, bukan susah sangat untuk kita memahami bahawa Anwar sedang meletak kepercayaannya kepada pemimpin PH dan rakyat Malaysia untuk membina negara yang lebih baik.
Pengorbanan yang dibuat Anwar sememangnya bukan sesuatu yang mudah, namun, ia harus diteladani bukan sahaja oleh seluruh PH, ia harus diteladani oleh seluruh rakyat Malaysia.
Suami kepada seorang isteri, Papa kepada enam orang anak, Bapa Reformasi kepada seluruh rakyat Malaysia, sekali lagi Anwar mengingatkan kita erti dan keperluan “korban”, walaupun sedang menderita di sebalik jeriji besi Penjara Sungai Buloh.
Selamat Hari Ayah, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Terima kasih atas segala pengorbananmu.

Skandal 1MDB: Rakyat jangan panik dengan saman DoJ....


Rakyat diminta tidak mudah panik dengan isu saman sivil terbaru Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.
Azalina berkata beliau kesal kerana sesetengah pihak mudah percaya dengan apa sahaja yang didakwa.
Azalina DOJ"Apabila Amerika Syarikat kata ini satu perkara yang berlaku, tak ada usul periksa, kelam kabut kita percaya," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas isu itu selepas merasmikan Konvensyen Bantuan Guaman di sini, hari ini.
DoJ mengemukakan saman sivil kedua baru-baru ini bagi mendapatkan semula aset-aset yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.
Azalina berkata setiap negara mempunyai sistem undang-undang tersendiri termasuk Amerika Syarikat dan Malaysia.
"Bagi saya DoJ ialah Amerika punya sistem. Terpulang kepada dia. Ia adalah perkara sivil.
"Dalam negara, kita ada sistem Parlimen, sistem mahkamah kita, sistem peguam negara kita. Kita dah ada semua. Oleh itu, kita lakukan ikut cara kita," katanya.

BERSIH terkejut usul abai mengundi Rafizi

Dalam usaha menghalang penipuan pilihan raya, Rafizi Ramli menyarankan pemilih di kawasan kubu kuat pembangkang untuk tidak mengundi, sebaliknya menjadi sukarelawan ejen pengundian dan ejen pengiraan (Paca) di kerusi yang berpotensi dirampas daripada BN.
Katanya, beberapa kawasan seperti Pandan dan Seputeh - yang masing-masing dimenangi PKR dan DAP dengan majoriti antara 20,000 hingga 30,000 - sukar untuk ditembusi BN walaupun dengan membawa masuk puluhan ribu pengundi hantu.
"Saya dengan ini mengalakkan anda membuat keputusan untuk tidak mengundi dalam pilihan raya umum kali ini, sebaliknya menjadi Paca untuk bertugas di kawasan-kawasan luar.
"Saya menggesa seramai mungkin pengundi di kubu kuat Pakatan Harapan untuk mendaftar sebagai Paca lebih awal supaya kami boleh menyesuaikan mereka di kerusi marginal (yang berpotensi dirampas daripada BN) sekarang," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau juga menjelaskan sukarelawan terbabit juga mungkin boleh ditugaskan di kawasan berhampira tempat mereka mengundi dan masih berpeluang membuang undi pada hari pilihan raya berlangsung.
Sebagai contoh, kata Rafizi, pengundi Petaling Jaya Utara mungkin boleh ditempatkan memantau kawasan Setiawangsa pada tempoh tertentu dan mengundi selepas bertugas.
Rafizi yang juga naib presiden PKR berkata, pertubuhan yang diasaskannya, Invoke, mengadakan sesi latihan kepada sukarelawan Paca secara mingguan di seluruh Semenanjung Malaysia sejak Januari tahun ini.
Masa terjemah perasaan
Namun, katanya, Invoke hanya mampu melatih seramai 978 orang kerana kekurangan sukarelawan berbanding anggaran 20,000 yang diperlukan untuk memantau 50 kerusi marginal.
"Saya harap dalam tempoh terhad ini Invoke boleh melatih 20,000 orang Paca di seluruh negara dalam tempoh empat bulan akan datang," katanya.
Sementara itu pertubuhan pendesak reformasi pilihan raya, BERSIH, menyatakan rasa terkejut mereka dengan cadangan Rafizi.

'Pas ibarat orang main dam aji kalih tudung botol'



Pengarah Hal Ehwal Syariah Amanah, Ustaz Zolkharnain Abidin menyifatkan pendirian Pas termasuk terbaharu berhubung kerjasama dengan PKR seperti 'orang main dam aji kalih tudung botol'.
Zolkharnain Abidin Hal ini ujarnya dapat dilihat pada kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah baru-baru ini yang mendakwa parti yang tidak berpayung di bawah Pakatan Harapan itu terbuka untuk kerjasama dengan PKR.
"Tak sampai dua bulan, pendirian Pas berubah terhadap Keadilan. Sebelum ini, timbul urat leher pemimpin Pas beritahu, Pas lebih kuat dan sanggup berdepan sesiapa saja secara bersendirian.
"Akhirnya, tak sampai dua bulan Pas mengaku kalah. Pas sedar bersendirian masuk pilihan raya maksudnya bersendirian jugalah ia menggali kuburnya sendiri," bidasnya dipetik dari catatan beliau di Facebook hari ini.
Untuk rekod, Dewan Ulama Pas meluluskan usul putus hubungan dengan PKR pada 27 April lalu yang kemudian disahkan Majlis Syura parti itu pada 11 Mei.
Walau bagaimanapun, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan semalam berkata, Pas 'membuka ruang pada semua' kecuali DAP dan Amanah bahkan meyakini gabungan partinya bersama PKR dan Bersatu berpotensi untuk menumbangkan BN.
Sehubungan itu, Zolkharnain melihat Pas tidak tetap pendirian bahkan menjual prinsip memandangkan parti dikepalai Datuk Seri Abdul Hadi Awang tersebut bertegas tidak akan bersama dengan mana-mana parti yang bekerjasama dengan Amanah dan DAP.
"Sebelum itu lagi, bukan main tegas Pas pasakkan pendirian tak akan bekerjasama dgn mana-mana parti yg bekerjasama dgn DAP dan Amanah.
"Keadilan bukan parti Islam tapi parti sekular pragmatik. Demikian label Pas kepada Keadilan. Kini, semuanya berkalih macam orang main dam aji kalih tudung botol. Tiada pilihan, kalih pun kalihlah, asalkan boleh main dam politik kluk klek," ujarnya.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Amanah Perlis berpendapat perkataan dasar Islam dalam perlembagaan parti bulan itu seperti asap setanggi untuk menutup bau sebenar 'rumahtangga' Pas.
"Minggu lepas, perjuangan ini demi agama, minggu ini perjuangan ini demi undi. Tahun lalu, kita akan berjuang bersendirian demi prinsip. Tahun ini, kita terbuka untuk berkawan. Dah jual prinsip? Lidah bergulung, bahkan bercabang juga.
"Pas sebenarnya tidak konsisten dengan pendirian politiknya. Di dalam bilik-bilik rumah Pas ada kain pelikat dan serban tak berbasuh, ada lampin tidak berbuang dan ada longgokan sampah yang berulat. Bau setanggi dasar Pas menutup semua bau hapak itu," selarnya.
Namun, jelasnya, bau setanggi berkenaan pada masa ini semakin tewas dengan bau hapak itu menyebabkan pemimpin Pas kelam-kabut memanggil orang itu dan orang ini untuk bersamanya, kononnya menikmati bau setanggi.