Isnin, 19 Jun 2017

Mengapa beri ‘ganjaran’ kepada Isa selepas gagal di Felda, FGV

PENYINGKIRAN Isa Samad sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) tetapi kemudiannya dipindahkan ke Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menimbulkan persoalan di kalangan pemimpin pembangkang.
Pengarah Pendidikan Politik DAP Liew Chin Tong mengatakan, pelantikan Isa sebagai pemangku pengerusi SPAD langsung tidak masuk akal.
Ahli Parlimen Kluang itu berkata, pelantikan Isa sebagai pengerusi SPAD walaupun gagal memimpin FGV dan sebelum ini Felda, akan terus menyebabkan keyakinan orang ramai terhadap kerajaan hilang.
Menurut Liew, SPAD ketika ini bertanggungjawab terhadap beberapa projek besar seperti Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) (RM55 bilion), Keretapi Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (RM60 bilion), MRT Laluan 2 (RM28 bilion) dan MRT Circle Line (RM20 bilion).
“Apakah Isa akan menyebabkan masalah lebih besar dengan jawatan baharunya yang sama penting, kalau tidak lebih tinggi daripada FGV dan Felda?
“Apakah terdapat sebarang rahsia tentang Isa membantu Najib menyebabkan beliau terus diberikan jawatan walaupun tidak memegang jawatan kanan dalam Umno sejak lebih sedekad lalu?” soal Liew.
Ketua Biro Dasar dan Strategi Bersatu Dr Rais Hussin berkata, penyingkiran Isa adalah seperti kerajaan mengakui beliau gagal dalam memimpin FGV.
“Apakah ini bertujuan untuk memastikan Isa Samad senyap? Isa Samad gagal semasa memimpin FGV, mengapa pindahkan dia ke SPAD?
“Apakah ini untuk menenangkan Isa kerana Perdana Menteri Najib Razak sudah tidak lagi mempunyai pilihan selain daripada menyingkirkannya beliau,” kata Rais kepada The Malaysian Insight.
Hari ini Najib mengumumkan peletakan jawatan Isa sebagai pengerusi FGV. Jawatan Isa akan diambil alih pengarah bukan eksekutif bebas FGV, Dr Sulaiman Mahbob.
Najib berkata, sebagai menghargai sumbangan Isa, beliau dilantik sebagai pemangku pengerusi kepada SPAD.
Rais turut mempersoalkan, apakah akan terdapat siasatan bebas tentang dakwaan salahlaku di FGV.
“Apakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberikan kebebasan untuk melakukan siasatan? soal Rais.
Orang gagal diberikan ganjaran
Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad mengatakan tindakan Najib memindahkan Isa ke SPAD seperti menetapkan trend baharu “orang gagal diberikan ganjaran”.
“Pelantikan Isa sebagai pemangku pengerusi SPAD merupakan satu ganjaran. Beliau yang sebelum ini memimpin Felda dan kemudian hanya FGV.
“Orang yang gagal seperti Isa sudah tentu tidak akan berjaya membuat keajaiban di SPAD,” kata bekas ahli Parlimen Kuala Selangor itu kepada The Malaysian Insight.
Dzulkefly berkata, tindakan Najib hari ini mengelakkan daripada pendedahan lebih besar mengenai FGV dilakukan.

Adakah Isa Samad akan cetuskan ‘huru-hara’ dalam SPAD pula?

KUALA LUMPUR, 19 JUN: Pelantikan bekas pengerusi Felda Global Ventures (FGV), Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi baru Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengejutkan ramai pihak.
Ini kerana tokoh politik itu sering menimbulkan masalah apabila namanya kerap terkait dalam skandal rasuah dan penyelewengan; terbaru apabila meletusnya krisis FGV melibatkan urus niaga ratusan juta ringgit dengan syarikat luar negara.
Persoalannya, apakah kriteria yang menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus memberi kepercayaan kepada Isa?
“Isa telah buat banyak masalah di FGV dan sebelum itu di Felda. Dia tidak patut diberikan jawatan penting di dalam SPAD kerana ia hanya akan menghakis keyakinan awam terhadap kerajaan.
“Adakah Isa akan terus mencipta lebih banyak ‘huru-hara’ dengan jawatan baru yang disandangnya kini?” soal Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan, Liew Chin Tong.
Kebimbangan yang dizahirkan itu kata Chin Tong mempunyai asas kerana SPAD buat masa ini terlibat terlibat dalam beberapa projek mega sama ada secara langsung ataupun tidak.
Antaranya ialah pembinaan Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion, projek Landasan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura bernilai RM60 bilion, projek Laluan MRT berjumlah sekitar RM28 bilion dan pembinaan MRT Circle Line berjumah lebih RM20 bilion.
“Adakah wujud sebarang rahsia di mana Isa membantu Najib dalam beberapa perkara yang menyebabkan dirinya terus mampu berada dalam pentadbiran Najib walaupun tidak memiliki sebarang jawatan senior dalam UMNO sejak sedekad lalu?” soal beliau..

Skandal 1MDB: Alasan dangkal tiga menteri UMNO pertahan Najib, Rosmah dibidas

Kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN) perlu menghantar notis bantahan kepada Amerika Syarikat (AS) jika mengesyaki wujud agenda jahat di sebalik tindakan Jabatan Kehakiman (DoJ) negara itu menyiasat skandal syarikat milik negara, 1MDB.
Demikian respon Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng terhadap kenyataan Menteri UMNO-BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang menuduh pengadu skandal 1MDB kononnya bersekongkol dengan pihak pembangkang untuk menjatuhkan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Rahman Dahlan yang merupakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dilaporkan media menggesa agar pihak berkuasa AS mendedahkan identiti pengadu terbabit yang didakwanya cuba mengulingkan kerajaan yang dipilih secara demokratik.
“Soal siapa yang membuat aduan kepada DoJ dalam hal skandal 1MDB, pihak Biro Siasatan Persekutuan (FBI) AS telah mengumumkan dalam sidang media Julai tahun lalu bahawa DoJ adalah pengadunya,” ujar Lip Eng yang juga Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan.
“Pengarah Komunikasi Strategik BN (Rahman Dahlan) mesti memohon maaf atas keceluparannya, kecualilah beliau mempunyai bukti untuk menyokong dakwaan bahawa pengadu adalah rakyat Malaysia.”
Selain Rahman Dahlan, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak adalah antara pemimpin UMNO yang paling kuat mempertahankan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Salleh Keruak seperti dilaporkan media mendakwa kononnya siasatan DoJ itu seolah mencampuri hal ehwal dalam negara kerana mendakwa kononnya sebahagian besar aduan pihak berkuasa berkenaan berlaku di Malaysia dan bukan di AS.
Bagaimanapun, menurut Lip Eng kenyataan Salleh itu tidak logik dan tidak selari dengan dokumen saman sivil yang dikeluarkan DoJ berkenaan.
“Saya dengan rendah hati memohon Salleh untuk menjelaskan, ada berapa banyak muka surat daripada saman sivil DoJ setebal 251 mukasurat itu adalah tentang kesalahan yang terjadi di dalam negara, kecuali mungkin berlian merah jambu 22-karat dan barang kemas emas 18-karat yang selamat tersimpan di Putrajaya.

Skandal 1MDB: Dr M bidas sikap tak acuh AG terhadap saman DOJ

Reaksi Peguam Negara (AG), Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung tindakan terkini Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat terhadap penyelewengan dana 1MDB adalah "menggelikan hati", kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam tulisan di blog sejak DOJ memfailkan saman sivil pada Khamis lalu, bekas perdana menteri itu berkata, kenyataan Apandi bahawa Jabatan Peguam Negara tidak dirujuk oleh DOJ adalah aneh memandangkan Malaysia tidak pernah memberikan kerjasama dengan penyiasat asing.
"Tetapi peguam negara diketahui tidak bekerjasama dalam siasatan 1MDB dengan rakan asing. Peguam negara Switzerland telah menyatakan ini dengan jelas.
"Beliau menyatakan 'walaupun berulang kali (Peguam negara Malaysia) berkata akan bekerjasama dengan mana-mana agensi asing menyiasat skandal 1MDB, (ia) enggan memberikan jawapan kepada permintaan pejabat Peguam Negara Switzerland untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai isu itu'," tulis Mahathir .
Beliau merujuk dakwaan berulang kali oleh Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber bahawa rakan sejawatannya dari Malaysia tidak menyahut permintaan untuk mendapatkan Bantuan Perundangan Bersama (MLA).
Apa yang AG harapkan?
Mahathir juga berkata "kekecewaan" Apandi  bahawa DOJ gagal memaklumkan Jabatan Peguam Negara Malaysia adalah tidak berasas kerana tuduhan pengubahan wang haram itu berlaku di Amerika Syarikat.

Najib: PAS suka Umno kerana perjuangan martabat Islam

Perdana menteri berkata, PAS yang 'dibuli' DAP dalam pakatan pembangkang sebelum ini, melihat Umno dari aspek kebajikan dan pentadbiran yang banyak menguntungkan umat Islam.
najib_umno_pas_6001
JITRA: Prinsip dan perjuangan Umno ke arah kepentingan memartabatkan umat dan agama Islam selama ini menyebabkan PAS “suka” parti itu, kata perdana menteri.
Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden Umno berkata, ini kerana PAS yang “dibuli” DAP dalam pakatan pembangkang sebelum ini, melihat Umno dari aspek kebajikan dan pentadbiran yang banyak menguntungkan umat Islam.
“Macam mana pun kita ada berbeza pendapat, kerajaan pimpinan Umno ada prinsip perjuangan dan dia (PAS) nampak perjuangan kita ke arah kepentingan memartabatkan umat Islam.
“PAS sudah serik dengan DAP…bila PAS bersama DAP dia kena buli, sampai PAS pun angkat tangan dan lari,” katanya berucap pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Rakyat peringkat Kedah dan Majlis Pelancaran Lampu Jalan Kampung Fasa 8 (LJK8) peringkat kebangsaan di Masjid Pering hari ini.
Turut hadir, isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Najib turut menyelar pakatan pembangkang yang dilihat tidak mempunyai kata sepakat dalam membuat sebarang keputusan, sehinggakan siapa bakal menjadi perdana menteri sekiranya pakatan itu menang pun tidak diketahui setakat hari ini.
“Ada orang itu, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Kalau ikut sistem kita, parti mana menang paling banyak kerusi, dia tubuh kerajaan. Kalau parti kita ada 1 kerusi saja, macam mana nak jadi perdana menteri?” katanya.
Dalam pada itu, perdana menteri berkata, kerajaan akan terus membantu rakyat yang memerlukan bantuan, selain menumpukan pembangunan di kawasan luar bandar melalui pengagihan hasil negara secara lebih sistematik.
Najib berkata, perkara itu akan dapat direalisasikan sekiranya negara terus mencapai pertumbuhan ekonomi baik, misalnya pada suku pertama tahun ini, Malaysia mencatat tahap perkembangan ekonomi 5.6% dan dan antara terbaik di dunia.

Skandal 1MDB: Senator Umno cabar DOJ dedah identiti pengadu

Senator Dewan Negara, Datuk Fahariyah Md Nordin mencabar Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mendedahkan identiti sebenar pengadunya.
"Malaysia tidak perlukan campur tangan asing termasuk DOJ dalam mengurus tadbir negara ini kerana Malaysia mengamalkan dasar menghormati prinsip dan Perlembagaan mana-mana negara.
“Ini kerana Malaysia melalui Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) sudahpun menjalankan siasatan terperinci dan tidak menemui sebarang bukti dana diseleweng 1MDB sepertimana didakwa DOJ.
“Kenyataan menghasut dari DOJ ini terus dikeluarkan tanpa asas dan bukti yang kukuh bagi mempengaruhi orang ramai khsusnya rakyat yang mudah mempercayai sesuatu tanpa diselidik terlebih dahulu," jelas beliau, memetik laporan Umno Online.
Fahariyah merupakan penolong setiausaha Pergerakan Puteri Umno.
Sebelum ini, Bendahari Agung MIC Datuk Seri S Vell Paari berkata, dakwaan terbaru oleh DOJ merupakan satu lagi konspirasi pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi.
"Bukan lagi rahsia bahawa pembangkang mengusahakan siasatan oleh DOJ Amerika Syarikat terhadap 1MDB apabila mereka menghantar konco mereka untuk membuat laporan di Amerika Syarikat. Tanpa aduan itu, tidak akan ada penyiasatan ke atas 1MDB oleh DOJ.
"Malah pada ketika itu dan sehingga hari ini tiada sesiapa daripada 1MDB telah dipanggil oleh DOJ untuk memberikan keterangan, bukti atau disoal. Ini jelas menunjukkan DOJ tidak mempunyai kes terhadap 1MDB," kata Vell Paari lagi.

Peletakan jawatan Isa secara sukarela 'mengejutkan'


Peletakan jawatan Isa secara sukarela sangat 'mengejutkan'. Bekas Pengerusi FGV ini disifatkan sebagai 'anak jantan' kerana bertindak demikian selepas mengadap Perdana Menteri di Sri Perdana hari ini.
Isa Samad FGVMemang anak jantan sungguh setelah meratah aset Felda berbilion Ringgit. Merugikan pelabur saham FGV, merampas tanah Felda Plantation, mencipta hutang RM5 bilion dari kalangan peneroka, melenyapkan peruntukan perumahan untuk anak-anak Felda, skandal TRT, skandal Pontian Plantation, skandal IRIS, skandal Grand Plaza Apatments, skandal di Mengatal Sabah, skandal hartanah di Bukit Katil Melaka, skandal PT Eagle High Plantation, skandal ikan sturgeon, skandal menghalau KPF dan lain-lain skandal.
Bila Isa letak jawatan sukerela, Najib masih memerlukan Isa. Tidak seperti orang lain. Letak jawatan kerana skandal melangkah ke penjara, tapi Isa masih dianugerahkan kedudukan sebagai pemangku pengerusi SPAD, walaupun tidak semewah Felda, SPAD juga lubuk memeras keringat rakyat yang terlibat dengan perkhidmatan kepada rakyat, penguatkuasaan dan sudah tentu ada projek besar akan dicipta nanti. Satu suruhanjaya yang menjanjikan kuasa dan habuan.
Ikatan kukuh Isa dan Najib diterjemahkan dalam tindakan Najib terhadap Isa muktakhir ini sudah cukup buat rakyat Malaysia menilai siapa menjaga siapa? Siapa memerlukan siapa? Dan sebenarnya di belakang Isa, siapa pula di belakang Najib.

Rafizi: Kerajaan 'tak jujur' kenakan GST

Tun M cabar Rosmah saman DOJ

Wartawan tanya isu saman DOJ, ini jawapan Najib

'Trump pun tak boleh kawal DOJ'

'Kenapa Jho Low pilih Miranda Kerr, carilah gadis Malaysia'

DRAMA ISA: KELUAR FGV, MASUK SPAD ??!

TAHUKAH ANDA.. FGV rugi RM13.4 billion sejak disenaraikan di BSKL ketika dipengerusikan oleh Isa Samad.

Bagaimana sorang yang jelas gagal menepati KPI dilantik sebagai pengerusi sebuah agensi kerajaan yang lain setelah gagal membuktikan kemampuannya di agensi yang dipegangnya sebelum ini..?

MASIH INGAT memori 22 tahun dahulu di 'Port Dickson' ??!

"YOU HELP ME, I HELP YOU.."

Drama Kontot GST...!!!

"Gabenor Bank Negara akui GST baik untuk negara" - Najib Razak, Presiden Umno -(9/5/2016)

"GST paling berkesan tingkatkan ekonomi negara" - Hadi Awang, Presiden PAS -(19/10/2016).

Biar bodoh sekalipun janji puas ampu jilat Ameno..

Contoh menteri 'level' bangang ketololan yang buta undang-undang..

Bila Rahman Dahlan yang dilantik sebagai PENGARAH 'Chief' Komunikasi Strategik menunjukkan kebangangannya..

Sama-sama kita renungkan..


Terima kasih rakyat Malaysia...

Ma’qil Ibnu Yasar r.a berkata “ Saya mendengar Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “ Tidak ada seorang hamba yang Allah serahkan kepadanya untuk memimpin segolongan rakyat lalu ia tidak memelihara rakyatnya itu dengan menuntut dan memimpin mereka kepada kemaslahatan dunia dan akhirat melainkan tiadalah ia mencium bau syurga.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

UMNO@BN TETAPLAH PENIPU...!!!


"Kami sudah insaf. Berilah kami peluang sepenggal lagi untuk membetulkannya." -Najib Razak, janji sebelum PRU13 (26/2/2012).

Pemimpin munafik..

Dah mengaku kesilapan dan nak tobat TAPI tindas rakyat lagi dgn TAMBAH LAGI 60 jenis barangan makanan kena GST !!

Pemakan dedak main fb lebih byk jasanya berbanding penjawat awam..?


Inilah satu-satunya pemimpin Islam yg mengamalkan konsep Islam Wasatiyyah..


Skandal 1MDB: Tindakan DOJ bukan campur tangan asing, Salleh Keruak diminta lebih cerdik

Tindakan saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) ke atas 1MDB bukan campur tangan asing sebaliknya hasil siasatan yang dilakukan terhadap jenayah kolar putih melibatkan perbelanjaan mewah hasil penyelewengan dana syarikat tersebut yang dilakukan di negara itu.
Justeru, dakwaan menteri UMNO, Datuk Seri Salleh Keruak dalam blognya semalam menuduh kononnya tindakan DoJ sebagai campur tangan asing adalah tidak cerdik dan tidak masuk akal.
“Apa yang dilakukan DoJ di atas aduan yang dibuat di AS dimana ianya ada unsur jenayah kolar putih melibatkan kepentingan rakyat Malaysia dan aset-aset yang berada di AS.
“Ianya jelas satu penipuan terancang di peringkat antarabangsa. Takkan fakta ini pun nak di selewengkan?” soal Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji kepada Roketkini.
Dalam saman sivil terbaru Khamis lalu, DoJ mula bertindak untuk merampas sebanyak AS$540 juta (RM2.3 bilion) yang dipercayai diperolehi daripada wang yang dicuri daripada dana pelaburan negara 1MDB.
Pendedahan terbaru itu menjadikan jumlah terkumpul wang yang diselewengkan meningkat kepada AS$4.5 bilion berbanding AS$3 bilion sebelum ini.
Tengku Zulpuri yang juga Adun Mentakab itu berkata, tindakan DoJ itu bukanlah sesuatu yang sukar difahami dan Salleh tidak perlu memutarbelitkan fakta.
Apa yang menyedihkan, kehilangan puluhan billion wang negara itu kata beliau seolah-olah tidak menjadi isu kepada pihak berkuasa negara ini.

Skandal 1MDB: Siapa yang hendak saman DoJ? soal Najib

PERDANA Menteri Najib Razak tidak mahu mengulas mengenai pendedahan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) kerana sudah terlalu banyak kenyataan dibuat sebelum ini.
Beliau juga berkata pihaknya sudah membuat kenyataan mengenainya Jumaat lalu.
"Sudah banyak kenyataan, tidak payah. Saya dah keluar kenyataan, (Jumaat lalu)," katanya dalam satu sidang media Putrajaya hari ini.
Kenyataan Najib melalui Pejabat Perdana Menteri (PMO) Jumaat itu mengatakan kenyataan DoJ hanya akan memberi ruang kepada manipulasi dan gangguan politik dalam negara, kata hari ini.
PMO menyatakan kebimbangannya terdapat motif yang melangkaui objektif rampasan aset dalam pemfailan saman terbaru DoJ.
Najib mengulas pertanyaan wartawan mengenai gesaan Menteri Pertahanan, Hishamuddin Hussein semalam yang membidas DoJ kerana hanya mengeluarkan kenyataan tanpa memberi ruang kepada pihak terbabit membela diri.
Hishamuddin berkata pendakwaan boleh dibuat sekiranya DoJ mempunyai bukti kukuh.
Sementara itu, Najib ketika diminta mengulas adakah akan mengambil tindakan dengan menyaman DoJ, ini jawab beliau:
"Saman? Siapa hendak saman?" soal presiden Umno itu kepada wartawan.
Minggu lalu, DoJ mengemukakan saman untuk merampas aset bernilai AS$540 juta (RM2.3 bilion) yang dikaitkan dengan wang 1MDB.
Tuntutan saman terbaru DoJ, yang ketiga sejak tahun lalu membawa jumlah keseluruhan wang diselewengkan daripada 1MDB sebanyak AS$4.5 bilion.
Dalam pemfailan saman sivil ketiga dan terbaharu bagi pelucutan hak itu, DoJ ingin menyita antara lain, kapal layar Equanimity bernilai AS$165 juta (RM704 juta) dimiliki Jho Low, dan hak filem komedi "Dumb and Dumber To" dihasilkan Red Granite, syarikat penerbitan dimiliki bersama oleh Riza Aziz, anak tiri Najib Razak.

Skandal FGV: Alasan munasabah untuk gantung 4 eksekutif FGV kata Pejabat PM

Kerajaan dan FGV berkata, 4 eksekutif itu boleh membela diri 'sejajar undang-undang keadilan asasi' dan tiada siapa bersalah sehingga dibuktikan siasatan dalaman.
FGV-Putrajaya Satu laporan bebas bagi menyiasat dakwaan pelanggaran prosedur dalam Felda Global Ventures Holdings (FGV) menunjukkan ada fakta dan alasan munasabah untuk memulakan prosiding disiplin terhadap 4 pegawai kanan syarikat itu.
Menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri hari ini, kerajaan dan FGV berkata, syarikat itu perlu meneruskan prosiding disiplin yang sedang dijalankan.
Mereka berkata, eksekutif terbabit boleh membela diri “sejajar undang-undang keadilan asasi” dan tiada siapa bersalah sehingga dibuktikan siasatan dalaman.
FGV menjadi tumpuan media apabila 4 eksekutifnya, termasuk Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Zakaria Arshad, diarahkan bercuti sementara menunggu siasatan dalaman berhubung tunggakan bayaran sebuah syarikat Afghanistan bernama Safitex kepada anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn Bhd.
Susulan itu, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dilantik sebagai pihak berkecuali untuk meneliti penggantungan 4 pegawai kanan itu, selain meneliti fakta kes dan mencadangkan jalan penyelesaian berhubung keputusan tersebut.
Kerajaan dan FGV berkata, mereka sudah mendapat laporan Idris mengenai keputusan Lembaga Pengarah FGV menggantung Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar.

Hasrat Dr Mahathir wujudkan konflik dalam Pakatan Harapan

SURAT penarikan diri Anwar Ibrahim daripada senarai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) memberi kejutan kepada kebanyakan pemimpin tertinggi gabungan itu, ketika ia sedang berdepan pertikaian yang Dr Mahathir Mohamad dikatakan berusaha untuk memegang jawatan utama.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan dari penjara pada Sabtu lepas, Anwar berkata "perbalahan (berkaitan siapa bakal perdana menteri) sangat meletihkan (pembangkang), sedangkan keputusan akhir terletak ditangan pengundi dalam pilihan raya umum".
Setiausaha Umum PKR Saifuddin Nasution memberitahu akhbar Singapura, The Straits Times, kenyataan Anwar itu sebagai bantahan kepada hasrat bekas mentornya itu untuk mengetuai PH.
"Anwar tidak mahu isu tentang siapa bakal PM atau siapa yang akan memegang tampuk utama menjadi fokus utama. Beliau mementingkan struktur asal (pembangkang) di mana semua adalah setara," jelas Saifuddin.
Kebelakangan ini, Dr Mahathir melobi pemimpin tertinggi pembangkang supaya menerima usul menjadikan parti berasas Melayunya iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai kuasa dominan di dalam PH dan menjadikan timbalannya Muhyiddin Yassin sebagai pemimpin kedua tertinggi PH, menurut laporan The Straits Times.
Jika pembangkang menjadi pilihan utama di kalangan pengundi di kawasan bandar, kebanyakan pengundi Melayu di kawasan luar bandar secara tradisi menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Najib Razak yang mengetuai Umno.
Dalam beberapa pertemuan peribadi antara pemimpin pembangkang, Dr Mahathir bertegas menumbangkan genggaman kuat Umno ke atas Melayu luar bandar - di mana majoritinya masih menyokong Najib, pakatan pembangkang harus teguh dan setiap parti komponen mesti bersatu menyokong parti berasaskan Melayu dan pemimpin tertinggi adalah daripada kalangan komuniti Melayu.
Beberapa pemimpin PKR dan DAP secara peribadi menyatakan usul Dr Mahathir itu mampu memberi semangat kepada pembangkang yang masih terluka selepas penarikan parti Islam PAS daripada pakatan pembangkang.
"Apa yang boleh mengubah keputusan pilihan raya adalah perpecahan cengkaman Umno ke atas undi penduduk Melayu luar bandar."
Bagaimanapun, masih terdapat beberapa pemimpin tertinggi PH yang skeptikal terhadap usul Dr Mahathir itu, dan sangsi kerana melihat ia sebagai langkah menggunakan pembangkang untuk memenuhi agenda peribadi.
Pembangkang menang hampir 52% undi popular dalam pilihan raya umum pada Mei 2013, tetapi hanya memperolehi 89 daripada 222 kerusi Parlimen.

Tolak calon PM: Strategi Anwar halang Bersatu kuasai Pakatan Harapan


 Anwar Mahathir PH
Keputusan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan dicalonkan sebagai perdana menteri adalah strategi untuk menghalang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menguasai Pakatan Harapan, kata Geostrategis Azmi Hassan.
Beliau berkata, kesepakatan Bersatu dalam Pakatan Harapan adalah kerana faktor Anwar dan dengan pengumuman itu ia dilihat sebagai isyarat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sama ada mempertimbangkan semula cadangan partinya untuk memegang jawatan Pengerusi dan Presiden dalam Pakatan Harapan.
"Datuk Seri Anwar enggan dicalonkan sebagai PM jika Tun M dan Tan Sri Muhyiddin ambil alih Pakatan Harapan sebagai strategi untuk menghalang Bersatu kuasai Pakatan Harapan.
"Tidak dinafikan sepakatnya Bersatu adalah kerana faktor Anwar dan pengumuman beliau ini adalah sebagai isyarat kepada pemimpin Bersatu.
"Ini kerana sudah pasti penyokong Pakatan Harapan akan membantah keputusan Anwar itu. Ini sekali gus isyarat bantahan terhadap Tun M dan Muhyiddin untuk menerajui Pakatan Harapan jika gabungan itu menang pilihan raya umum," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau diminta mengulas mengenai keputusan Anwar semalam, yang tidak akan menawarkan diri sebagai calon untuk jawatan perdana menteri jika gabungan itu menang pilihan raya, sebaliknya mahu Bersatu menimbang semula cadangan mengisi kedua-dua jawatan pengerusi dan presiden dalam gabungan itu seperti dicadangkan Bersatu sebelum ini.
Azmi Hassan Bagaimanapun, usul Bersatu untuk merombak struktur Pakatan Harapan dengan pimpinan utama parti tersebut menguasai jawatan pengerusi dan presiden dikhuatiri akan merombak kerangka pakatan itu menjadikannya mirip BN, kata Anwar dalam kenyataannya.
Justeru Anwar menegaskan, kesediaan semua pihak dalam gabungan itu untuk meneliti semula dan meminda cadangan tersebut dengan mengekalkan muafakat asal pakatan tersebut adalah dialukan.
Dalam hal ini menurut Azmi lagi, kedudukan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP Lim Kit Siang tidak boleh diketepi dalam hirarki gabungan itu jika Dr Mahathir dan Muhyiddin menerajuinya.
"Jika berlaku peralihan kuasa dalam Pakatan Harapan kepada Tun M dan Tan Sri Muhyiddin maka sukar untuk Datuk Seri Wan Azizah dan Kit Siang berada dalam barisan kepimpinan gabungan itu kerana antara Bersatu dengan PKR dan DAP memiliki gaya kepimpinan dan penyokong yang berbeza.

SKANDAL 1MDB: MENOLAK SAMAN DOJ SAMALAH SEPERTI MEMBELA JHO LOW

Saman sivil DOJ yang antaranya untuk merampas harta-harta Jho Low dan Riza Aziz yang dipercayai dibeli menggunakan dana 1MDB yang dilencongkan adalah berasaskan KARI – Kleptocracy Asset Recovery Initiative atau Inisiatif Mendapatkan Semula Aset Kleptokrasi.
Kleptokrasi, istilah yang barangkali agak baru bagi kebanyakan kita bermakna hasil yang diperolehi daripada mencuri. Jika sesebuah negara dirujuk sebagai negara kleptorasi, ia bermakna negara tersebut diperintah oleh pencuri wang rakyat.
Berasaskan itu, daripada AS$4.5 bilion atau hampir RM20,000 juta dana 1MDB yang diselewengkan, saman DOJ ialah untuk mendapatkan atau merampas sejumlah AS$1.7 bilion atau RM7,000 juta yang telah dibelanjakan untuk membeli pelbagai aset dengan menggunakan sistem kewangan Amerika Syarikat, malah sebahagian harta itu juga dibeli di negara kuasa besar tersebut.
Tindakan DOJ ialah untuk mengekang sistem kewangan negara mereka daripada dipergunakan untuk mencuci wang haram daripada sumber-sumber yang meragukan. Asasnya Amerika tidak mahu negara mereka dijadikan pengkalan dalam apa juga aktiviti berkaitan wang haram.
Sama ada selepas saman sivil itu akan diteruskan dengan tindakan jenayah atau tidak, ia terserah kepada DOJ untuk menentukannya berdasarkan bukti-bukti yang mereka ada.
Sekiranya ada asas untuk mendakwa, misalnya berkaitan penggubahan wang haram, maka yang terlibat akan didakwa di Amerika sana.
Dalam hal ini, jika ada tindakan jenayah seterusnya yang akan diambil, yang paling mungkin setakat ini terkait hanyalah Jho Low dan Riza Aziz bersama Mohamed Al Badawy serta Khadem Al Qubaishi saja.
Yang kehilangan harta, aset dan kekayaan juga adalah mereka.
Nama Najib Razak tidak disebut, cuma dalam pengetahuan DOJ bahawa ada Malaysian Official 1 turut menerima sejumlah AS$731 juta atau kira-kira RM3,000 juta daripada dana 1MDB yang dilencongkan itu.
Begitu juga dengan nama Rosmah Mansor turut tidak disebut, yang ada dalam fail DOJ hanyalah isteri Malaysian Official 1 yang didapati menerima pelbagai jenis barangan kemas berjumlah AS$28.6 juta atau RM128 juta.
Dalam waktu yang sama, selepas harta dan aset itu dirampas, hasilnya bukanlah akan diambil oleh Amerika Syarikat, tetapi dipulangkan kepada negara asal di mana ia berpunca. Dalam konteks ini, Malaysialah tempat wang tersebut akan dikembalikan.
Dalam erti kata lain, tindakan DOJ ini adalah baik dan menguntungkan Malaysia.
Tetapi, kenapa tidak ada pemimpin UMNO dan kerajaan yang menyokong dan menyambut baik tindakan DOJ itu?

Bubarkan PH: Pas terbuka kepada semua kecuali Amanah dan DAP, tegas Mohd Amar



Pas mengulangi penegasan bersedia bekerjasama dengan PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) jika mereka meninggalkan Pakatan Harapan.
Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata Pas boleh bekerjasama dengan mana-mana parti kecuali Amanah dan DAP.
"Kita membuka ruang pada semua kecuali DAP dan Amanah sahaja. Kita yakin tiga parti ini (Pas, PKR dan Bersatu) jika bergabung potensi untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) semakin cerah,” katanya.
Mohd Amar Nik AmarBeliau hadir di majlis dialog dan berbuka puasa pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan bersama pengamal media di Hotel Grand River View semalam, yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan barisan Exco kerajaan negeri.
Beliau juga berkata, Pas bersedia bertembung dalam pelbagai penjuru sekiranya Pakatan Harapan tidak serius melawan untuk Umno dan BN.
"Bahkan kita menawarkan kepada Bersatu dan juga PKR untuk bersama kita sekiranya mereka tidak berminat lagi dengan PH," katanya.

Skandal FGV & FELDA: Najib yakin FGV ada masa depan cemerlang.???

Najib berkata tindakan dan perubahan yang berlaku terhadap FGV mencerminkan hasrat kerajaan mengembalikan syarikat itu ke landasan yang kukuh.
najib-fgvApa sahaja tindakan dan perubahan ke atas Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mencerminkan hasrat kerajaan untuk mengembalikan syarikat itu ke landasan kukuh, kata Datuk Seri Najib Razak.
“Kita yakin FGV ada masa depan cemerlang,” kata perdana menteri selepas majlis penyerahan kunci Pembangunan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) hari ini.
Pada 6 Jun lalu, Lembaga Pengarah FGV mengarahkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zakaria Arshad bercuti serta-merta bagi membolehkan siasatan berhubung tunggakan bayaran sebuah syarikat Afghanistan bernama Safitex kepada anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn Bhd.
Selain Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd, Kamarzaman Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar juga diminta bercuti.
Susulan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan terhadap dakwaan salah laku dalam FGV dan merampas sejumlah dokumen di ibu pejabat syarikat itu.
Kerajaan kemudiannya melantik bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala sebagai pihak berkecuali untuk meneliti penggantungan 4 pegawai kanan itu, selain meneliti fakta kes dan mencadangkan jalan penyelesaian berhubung keputusan tersebut.
Hari ini pula, Tan Sri Isa Samad melepaskan jawatan pengerusi FGV yang kini dipangku pakar ekonomi veteran, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob.
Najib berkata, Isa “dengan rela hati” melepaskan jawatan itu dalam pertemuan mereka pagi tadi yang turut disertai Idris.
“Kita bincang secara mendalam tentang masa depan FGV dengan Isa…Untuk menghargai dan terus memberikan peranan kepada Isa, saya setuju melantiknya sebagai pemangku pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD),” katanya.
Jawatan itu disandang Tan Sri Syed Hamid Albar sehingga 3 Jun lalu, sebelum beliau bersara.
Ditanya kenapa Sulaiman dilantik memangku jawatan itu, Najib berkata, mereka mahu FGV terus beroperasi tanpa sebarang gangguan.

Anak Felda mahu SPRM terus siasat FGV

PERSATUAN Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneruskan siasatan terhadap Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) walaupun bekas pengerusi Isa Samad sudah meletak jawatan hari ini.
Pengerusi Anak Mazlan Aliman berkata, sekiranya siasatan SPRM mendapati ada individu terlibat dengan salahlaku rasuah dalam FGV, mereka perlulah dibawa ke muka pengadilan.
“Apa pun keputusan yang dibuat hari ini, yang paling penting ialah siasatan SPRM terhadap FGV jangan diganggu,” kata Mazlan kepada The Malaysian Insight.
Mazlan berkata, peletakan jawatan Isa tidak akan berlaku sekiranya Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Zakaria Arshad tidak berani melawan.
“Salute saya berikan kepada Zakaria. Keberanian beliau menyebabkan berlakunya perubahan dalam FGV.
“Jika beliau hanya menjadi pak turut kepada Isa, sampai hari ini tidak ada perubahan akan berlaku,” katanya.
Mazlan berkata, sebagai anak kepada peneroka, Zakaria mendapat sokongan daripada majoriti warga Felda.
“Sekiranya Isa masih memegang jawatan sebagai pengerusi kepada anak syarikat di bawah FGV, kita minta dia turut letak jawatan.”
Hari ini Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan peletakan jawatan Isa sebagai pengerusi FGV. Jawatan Isa akan diambil alih pengarah bukan eksekutif bebas FGV, Tan Sri Sulaiman Mahbob.
Najib berkata, sebagai menghargai sumbangan Isa, beliau dilantik sebagai pemangku pengerusi kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Sementara Jawatankuasa Bertindak Suara Generasi Ke 2 Felda mengalu-alukan keputusan peletakan jawatan Isa daripada FGV.
“Saya tak berapa kenal Tan Sri Sulaiman. Akan tetapi yang paling penting saya tengok biodata dia bagus dan ada integriti.

Skandal 1MDB: Saya tidak mahu komen mengenai DoJ, kata Najib

Najib enggan mengulas tindakan DoJ pada Jumaat lalu kerana terlalu banyak kenyataan dikeluarkan pelbagai pihak berhubung isu itu.
najibPUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak enggan mengulas tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) memfailkan permohonan baru untuk menuntut AS$540 juta (RM2.3 bilion) wang yang dikaitkan dengan dana yang dicuri daripada 1MDB, Jumaat lalu.
Ini kerana, kata perdana menteri, terlalu banyak kenyataan dikeluarkan pelbagai pihak mengenai isu itu.
“Sudah (ada) banyak kenyataan, tak payah. Saya sudah keluarkan kenyataan,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan kunci Pembangunan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) hari ini.
Beberapa jam selepas dokumen itu dikeluarkan, setiausaha akhbar Najib, Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad menyelar tuntutan terbaru itu yang menamakan “beberapa perkara dan individu” adalah “tidak perlu”.
“Ia menunjukkan wujud motivasi melangkaui matlamat merampas aset,” katanya sambil berkata siasatan pihak berkuasa Malaysia sebelum ini menunjukkan tiada jenayah dalam 1MDB.
Namun, Najib sendiri belum memberikan sebarang komen tentang perkara itu secara peribadi.
Ditanya adakah beliau akan mengambil tindakan memfailkan saman terhadap DoJ, Najib segera mencelah soalan dikemukakan wartawan.
“Siapa yang nak saman? Tiada lagi kenyataan (tentang DoJ),” katanya.
Dalam tindakan menyita lebih banyak aset dikaitkan dengan wang diseleweng daripada 1MDB, DoJ dalam tuntutan lebih 200 muka surat itu turut menyenaraikan 27 barang kemas yang dihadiahkan kepada isteri “Malaysian Official 1” (MO1) berjumlah AS$1.3 juta (RM5.5 juta) daripada taikun kelahiran Pulau Pinang, Low Taek Jho atau Jho Low, yang kini dipercayai berada di China.
Sabtu lalu, pasukan peguam Datin Seri Rosmah Mansor berkata, mereka sedang “memantau media sosial dan segala bentuk terbitan” serta tindakan saman akan diambil jika ada pihak terus memfitnah beliau, susulan tindakan terbaru DoJ itu.
Hari ini, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi dakwaan berkaitan DoJ terhadap Rosmah dan mencabar beliau menyamannya.

Dari Felda Isa Samad letak jawatan pengerusi FGV, kini ke SPAD

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Sulaiman Mahbob sebagai pemangku pengerusi FGV bagi menggantikan Isa Samad.
isa-abdul-samad_fvg_6001PETALING JAYA: Tan Sri Isa Abdul Samad hari ini meletak jawatan sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings (FGV) Bhd, beberapa jam selepas mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya pagi tadi.
Peletakan jawatan itu diumumkan dalam dokumen difailkan di Bursa Malaysia.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, FGV berkata, Isa “berhenti daripada pelantikannya sebagai pengarah yang dilantik kerajaan untuk memberi perhatian kepada tanggungjawab peribadinya”.
Isa yang dilantik sebagai pengerusi dan pengarah eksekutif bukan bebas FGV mulai 1 Januari 2011, kini memangku tugas pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), jawatan yang dikosongkan selepas persaraan Tan Sri Syed Hamid Albar pada 3 Jun lalu.
Peletakan jawatan Isa selepas spekulasi pelantikan pakar ekonomi veteran, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob yang mempunyai 4 dekad pengalaman termasuk mengetuai Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Bernama memetik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai mengumumkan Sulaiman sebagai pemangku pengerusi FGV bagi menggantikan Isa.
Peletakan jawatan Isa juga di sebalik kemelut dihadapi syarikat gergasi itu yang berdepan pelbagai tuduhan salah laku dan siasatan yang turut melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Isa, yang dilantik mengetuai FGV pada 2011, sebelum ini terlibat dalam pertelagahan terbuka dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad yang kini bercuti sementara siasatan dijalankan.
Najib dipetik Bernama sebagai berkata, kedudukan Zakaria akan ditentukan Lembaga Pengarah FGV selepas semua siasatan selesai.

Anak peneroka Felda singkir Umno demi masa depan lebih baik

MEREKA digelar banyak nama, ada juga yang kata mereka bodoh dan tidak bersyukur.
Tetapi bagi kebanyakan generasi kedua peneroka Felda seperti Zulkifli Md Top, menyingkirkan Umno ialah keputusan terbaiknya walaupun ia masih parti pilihan ibu bapa mereka.
Pemberontakan terhadap Umno oleh generasi kedua peneroka Felda sangat kritikal untuk melihat bagaimana pencapaian parti Melayu itu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, terutama sekali apabila undi Felda membentuk 15% daripada jumlah keseluruhan undi seluruh negara, menurut penganalisis.
Skim Felda yang sudah berusia 50 tahun merentasi 54 kerusi Parlimen dan DUN di seluruh semenanjung Malaysia, menjadikan sokongan mereka sangat penting bagi mana-mana parti sekalipun.
Pada PRU lalu, majoriti undi Felda milik Umno dan gabungan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara ini.
Kali ini, gabungan pembangkang Pakatan Harapan (PH) mula menjangkakan generasi kedua peneroka yang sudah bosan dengan kekecohan dan salah pengurusan di Felda, akan berpaling kepada mereka.
Jangkaan berbeza, tetapi dijangkakan generasi muda membentuk 60% populasi peneroka Felda.
Peneroka seperti Zulkilfi tidak ada rasa terhutang dengan Felda yang memberikan tanah untuk dibangunkan sebagai ladang kelapa sawit atau getah, kepada golongan miskin yang tidak mempunyai tanah.
“Tujuannya mulia. Permulaannya bagus tetapi sekarang ia tidak buat apa yang sepatutnya dibuat. Lihat Felda sekarang. Lihat krisisnya dan kerugian dihadapi. Apa masa depan kami sebagai generasi kedua Felda,” katanya.
Zulkifli berhenti kerja sebagai mekanik di bandar lapan tahun lalu untuk membantu ibunya yang sakit menjaga tanah mereka di Felda Sungai Sibol, Kulai, Johor. Dia mewarisi tanah milik ibunya seluas 10 ekar, tiga tahun lalu dengan hutang RM39,000.
Hutangnya itu kecil jika dibandingkan dengan orang lain yang hutang mencecah antara RM50,000 dan lebih RM100,000, walaupun hidup di Felda lebih 30 tahun.
Peneroka generasi kedua seperti Zulkifli tidak mahu terus hidup dalam hutang. Jadi dia tidak mengendahkan amaran Felda dan memutuskan untuk mengambil semula haknya daripada syarikat itu dan menguruskannya sendiri.
“Mereka cuba takutkan saya, mereka kata ia tidak akan berhasil,” kata Zulkifli.
Mohd Zulkifli Md Top (kiri) ketika ditemu bual di Felda Sibol, Kulai, Johor baru-baru ini, bercakap mengenai kelangsungan hidup peneroka generasi kedua yang enggan hidup dapat hutang. – Gambar – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 19 Jun, 2017.
Mohd Zulkifli Md Top (kiri) ketika ditemu bual di Felda Sibol, Kulai, Johor baru-baru ini, 
bercakap
mengenai kelangsungan hidup peneroka generasi kedua yang enggan hidup dapat hutang.
Tetapi dia membuktikan yang mereka salah. Dia berjaya melakukannya dengan baik. Sangat baik sehingga dia mampu memiliki tiga kereta, sebuah Toyota Camry baharu, kenderaan pelbagai guna dan kereta lama Honda Civic, dan pendapatan yang mencukupi untuk menjaga tiga anaknya.
“Peneroka lama, sama ada mereka takut perubahan atau terlalu selesa dengan kehidupan masing-masing,” katanya.
Di bawah skim itu, peneroka boleh memilih untuk Felda menguruskan ladang mereka, daripada menanam semula pokok hingga menuai buah. Atau mereka boleh ambil semula semuanya dan menguruskan sendiri dan jual hasil pada Felda.
Sepanjang proses penanaman semula selama dua tahun, peneroka akan dapat elaun sara hidup RM1,500 yang perlu dibayar semula sebaik saja ladang mereka mula mendapat keuntungan.
Sama seperti ibu bapa mereka, peneroka generasi kedua terus menjadi sebahagian daripada pusingan hutang itu dan bergantung pada Felda.
Rakan Zulkifli, Zainal Md Dom berkata peneroka tidak nampak keadaan itu.
“Mereka terlalu selesa. Cakap kami tidak bersyukur. Bodoh kerana menolak sokongan Umno dan buat keputusan untuk urus sendiri tanah kami,” katanya.
Zainal berkata menguruskan tanah mereka seluas 10 ekar bukan kerja mudah tetapi bukan mustahil melakukannya.
“Lebih baik hidup bebas tanpa hutang berbanding pinjam barang tetapi akhirnya tidak keluar daripada hutang. Saya tidak mahu mewarisi hutang ibu bapa saya,” katanya.
Zulkifli dan Zainal mahukan hak mereka untuk menguruskan tanah sendiri.
Kedua-duanya berkata mereka dinafikan hak dan kemampuan untuk meningkat kerana Umno dan ahli politik yang dilantik ke Felda dan Felda Global Ventures Holdings (FGV) yang mengendalikan perladangan dan skim berkenaan.
“Penilaian yang salah, kerugian, tiada kejujuran tidak akan dapat memperbaiki kehidupan peneroka Felda. Bukannya kami tidak kenang budi, kami bersyukur tetapi kami dah bayar hutang kami,” kata Zulkifli.
Kedua-dua ibu bapa Zainal dan Zulkifli penyokong Umno.

Skandal FGV: Isa Samad akhirnya dikeluarkan dari FGV


Kemelut pengurusan atasan Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) kini sudah ke penghujungnya apabila sumber dipetik media menyebut Tan Sri Isa Samad akan digantikan dengan Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob sebagai Pengerusi baharu FGV.
Sumber yang dipetik  dari BH dan New Straits Times (NST) itu menyebut  mengenai pelantikan Dr Sulaiman yang juga Pengarah Bukan Eksekutif Bebas, FGV dijangka dibuat hari ini.
Sulaiman, 67, tokoh yang berpengalaman luas yang pernah berkhidmat dalam kerajaan selama 38 tahun dengan memegang pelbagai jawatan, termasuk Ketua Pengarah di Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal.
Sulaiman MahbobBeliau juga adalah Pengerusi Telekom Malaysia (TM), Pengerusi Kumpulan Pemantau Pemegang Saham Minoriti, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia dan Jambatan Kedua Sdn Bhd.
Sulaiman adalah Profesor Adjung di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Tun Abdul Razak dengan mengajar bidang Ekonomi dan Dasar Awam. Beliau adalah lulusan Ekonomi dari Universiti Malaya sebelum menyambung pengajian di University of London.
Beliau menyempurnakan pengajian Doktor Falsafah (PhD) di Maxwell School of Citizenship dan Public Affairs di Syracuse University, Amerika Syarikat pada awal tahun 1986.
Laporan akhbar BH hari ini yang memetik sumber berkata, kedudukan Isa serta Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zakaria Arshad dalam FGV akan ditentukan hari ini. Difahamkan, kerajaan akan membuat pengumuman penting berkaitan krisis melanda FGV dan kedudukan pengurusan tertinggi agensi itu, petang ini.
Hari ini, satu mesyuarat dijadualkan diadakan di Putrajaya untuk membincangkan isu FGV, termasuk laporan disediakan pihak bebas dilantik kerajaan untuk mencari penyelesaian kepada kemelut melanda syarikat perladangan terbesar negara.

Menurut satu sumber, Isa juga dijadualkan akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya, hari ini. Sumber itu mengulas khabar angin dan spekulasi bahawa Isa akan digugurkan sebagai pengerusi untuk memberi ruang kepada kerajaan merombak pengurusan tertinggi syarikat senaraian awam itu.
Kemelut FGV mencapai kemuncak apabila Isa dan Lembaga Pengarahnya mengarahkan Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha; Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim, untuk bercuti, pada 6 Jun lalu.

Jika berani, samanlah, Dr Mahathir beritahu Rosmah

 
Sambil memetik sebuah dakwaan mengenai pembelian barang kemas, bekas perdana menteri itumencabar isteri perdana menteri mengheretnya ke mahkamah.
Mahathir-RosmahDua hari selepas peguam Datin Seri Rosmah Mansor memberi amaran sedang memantau media sosial yang membuat tuduhan fitnah, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi sebuah tuduhan terhadap isteri perdana menteri itu dan mencabar menyamannya.
“Rosmah kata dia nak buru pemfitnah, dan saya tidak takut sebab ini bukan fitnah. Berani kerana benar,” kata pengerusi PPBM itu dalam kiriman klip video di Facebook hari ini.
Beliau turut memetik laporan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) minggu lalu mengenai pembelian barang kemas bernilai AS$1.3 juta (RM5.5 juta) kepada seorang yang tidak dinamakan dengan menggunakan wang yang didakwa dilarikan daripada 1MDB.
“Jika berani, samanlah kami. Saya bersedia,” kata Dr Mahathir.

DoJ dalam laporan lebih 200 muka surat difailkan di sebuah mahkamah California minggu lalu antara lain menerbitkan butiran invois daripada sebuah kedai barang kemas, mendakwa ia dihadiahkan kepada “isteri MO1”.
Identiti MO1 atau Malaysian Official 1, yang disebut DoJ sebagai pegawai atasan 1MDB, belum dikenal pasti secara rasmi, walaupun ia mencetuskan pelbagai spekulasi.
Sabtu lalu, firma guaman mewakili Rosmah, Tetuan Noorhajran Mohd Noor memberi amaran akan menyaman jika fitnah dan tuduhan tidak berasas dilemparkan.
“Baru-baru ini banyak serangan berniat jahat dan tidak berasas dibuat terhadap Rosmah Mansor di blog dan media sosial.

Skandal 1MDB: Tiada penyelewengan dikaitkan PM, ampu MP Umno


Malaysia tidak perlu campur tangan asing dalam menyelesaikan masalah berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sepertimana tindakan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat memfailkan saman sivil terhadap syarikat itu baru-baru ini, kata Anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Irmohizam Ibrahim.
Beliau berkata tindakan itu sangat tidak rasional dan profesional, seolah-olah satu konspirasi sedang dirancang untuk menjatuhkan pentadbiran kerajaan Malaysia di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Terdahulu, siasatan yang dijalankan tidak menunjukkan apa-apa penyelewengan dikaitkan dengan Perdana Menteri. Hasil siasatan ini turut ditegaskan oleh Peguam Negara bahawa tidak terdapat bukti-bukti berasas untuk dihadapkan ke mahkamah.
"Justeru, tindakan saman DOJ ini sangat meragukan lebih-lebih lagi ia langsung tidak merujuk mana-mana pihak berkuasa seperti Suruhanya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya dalam satu kenyataan.
Irmohizam merujuk kepada saman sivil terbaru DOJ bagi mendapatkan semula aset-aset yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.
Anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata tindakan DOJ seolah-olah didorong motif politik pihak-pihak tertentu yang cemburu dengan apa yang dilakukan kerajaan dalam melakukan transformasi negara.
"Ini sudah menjadikan DOJ bukan sahaja bertindak melulu bahkan juga menuduh tanpa usul periksa. Tidak ada sebab untuk kita mempercayai kenyataan yang dikeluarkan oleh DOJ," katanya.

Skandal 1MDB: Salleh kaitkan campur tangan Amerika

Saman sivil kali ketiga yang difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dengan mendakwa lebih AS$1 biion dana 1MDB disalah gunakan, adalah satu bentuk campur tangan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Campur tangan itu, katanya akan dikecam secara menyeluruh pada era Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.
"Masalah dengan pengumuman DOJ AS pada bulan Jun selepas yang pertama pada 20 Julai 2016 adalah mereka tidak mengesahkan perkara utama: mengenai jenayah yang didakwa dilakukan di AS.
"Sebahagian besar pernyataan DOJ bercakap mengenai apa yang sedang berlaku di Malaysia, dan yang lebih besar adalah sama ada jenayah telah dilakukan di AS seperti yang didakwa," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata masyarakat antarabangsa boleh mengulas mengenai isu seperti "amalan hak asasi manusia, kebebasan sivil, buruh kanak-kanak, seks kanak-kanak dan pembunuhan beramai-ramai", tetapi mereka mempunyai had.
"Selain itu, anda (perlu) menghormati kedaulatan negara lain," katanya.
Pemfailan ketiga DOJ adalah sebahagian daripada tindakan pelucuthakan sivil untuk merampas aset yang dikatakan dibeli menggunakan dana dari 1MDB.
Aset itu termasuk jet, kapal layar mewah dan penginapan mewah, sebahagian milik anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz yang telah dibeli di Amerika. Sesetengah hartanah, bagaimanapun, terletak di United Kingdom.
Kebanyakan aset itu dibeli oleh Jho Low, seorang hartawan kelahiran Pulau Pinang yang memainkan peranan utama dalam pembentukan 1MDB dan didakwa oleh DOJ mencuri wang dari 1MDB. Low mengekalkan bahawa tuduhan itu tidak berasas.

Skandal 1MDB: Ada agenda politik jahat jatuhkan PM, ampu Rahman

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata siasatan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat terhadap 1MDB dicetuskan oleh aduan yang dibuat pihak tertentu.
Beliau juga mengaitkan tindakan pengadu itu dengan agenda pembangkang untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dipilih oleh rakyat.
"Saya mengesyaki pengadu terbabit adalah rakyat Malaysia yang mempunyai agenda politik jahat terhadap perdana menteri dan kerajaan.
"Malaysia berhak mengetahui siapa pengadu terbabit dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat perlu mendedahkan identiti mereka agar Malaysia mengesahkan apa kaitan pengadu itu dengan agenda parti pembangkang bagi menggulingkan perdana menteri dan kerajaan yang dipilih secara demokrasi di Malaysia," kata Abdul Rahman dalam kenyataan media.
Menurutnya, walaupun DOJ mempunyai hak untuk memfailkan saman sivil itu, namun ia mesti berlandaskan fakta dan bukan berdasarkan kenyataan retorik tanpa asas.
"Apa yang lebih penting, dakwaan yang dibuat Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat perlu dibuktikan di mahkamah, sebelum ia boleh diterima sebagai fakta," katanya yang juga pengarah komunikasi strategik BN.
Abdul Rahman berkata, Malaysia sudahpun menjalankan siasatan terperinci, manakala Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) yang terdiri daripada anggota parlimen kerajaan dan pembangkang tidak menemui sebarang bukti dana diseleweng daripada 1MDB.
"1MDB bukanlah pihak yang disaman dalam saman sivil berkenaan.
"Malah, aset yang didakwa Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat diperolehi dari sumber yang salah dan mahu dilucuthak, secara faktanya dibeli oleh entiti yang tidak dimiliki atau dikawal mahupun berkaitan dengan 1MDB," jelasnya.
DOJ Khamis lalu memfailkan saman sivil ketiganya untuk merampas pelbagai aset didakwa diperoleh melalui salah guna dana 1MDB.
Antara individu dinamakan DOJ dalam saman berkenaan ialah ahli perniagaan, Jho Low dan anak tiri Najib, Riza Aziz. Turut dinamakan dalam saman itu ialah seseorang dirujuk sebagai MO1 dan isterinya.
Abdul Rahman sebelum ini mengesahkan MO1 adalah Najib tetapi menegaskan perdana menteri itu tidak dinamakan dalam siasatan.
Saman setebal 251 halaman itu antara lain mendakwa wang bernilai AS$620 juta (RM2.6 bilion) yang sepatutnya dikembalikan kepada "penderma" sebaliknya dipindahkan kepada Low yang menggunakan wang itu untuk membeli rantai leher berlian buat isteri MO1.
DOJ juga mendakwa Low mengumpulkan lebih AS1 bilion dalam hartanah menggunakan dana yang didakwa dialihkan daripada 1MDB.
Najib sebelum ini menafikan menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi. Manakala Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali juga telah membersihkan beliau daripada sebarang tuduhan salah laku.

Skandal 1MDB: Nurul gesa ahli Parlimen BN tidak terus dalam penafian

AHLI Parlimen daripada parti gabungan pemerintahan Barisan Nasional (BN) digesa tidak tunduk kepada "penyakit penafian tegar" berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sebaliknya meletakkan akauntabiliti mereka kepada rakyat melebihi kesetiaan kepada kerajaan yang gagal.
Gesaan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar itu susulan saman terkini Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) yang mendedahkan lebih RM19 bilion disalahgunakan melalui 1MDB.
Beliau berkata isu 1MDB mencemarkan imej negara, baik di mata rakyat Malaysia dan dunia, dan anggota Parlimen BN masih berada di dalam penafian.
"Sekarang adalah masa untuk mengubati wabak penafian dan pakatan sulit skandal rasuah terbesar dalam sejarah negara kita," kata Nurul dalam satu kenyataan.
Beliau juga mempersoalkan apa yang lebih mengejutkan – pendedahan terkini DoJ atau penafian Peguam Negara Mohamed Apandi Ali berhubung rasuah dalam kerajaan yang amat nyata.
"Ahli Parlimen yang sama bertanggungjawab dalam pembentukan kerajaan dan pentadbiran 1MDB ini, mesti cukup berani untuk menangani dakwaan yang serius, untuk menstabilkan ekonomi Malaysia dan memberi keutamaan kepada kekurangan peluang pekerjaan dan peningkatan kos sara hidup rakyat kita," katanya.
Dalam saman sivil terkini difailkan di Amerika Syarikat pada Khamis, DoJ menganggarkan 1MDB menyalahgunakan dana lebih RM19 bilion, dengan lebih RM7 bilion nilai aset beku pelucuthakan yang belum selesai.
"Maklumat terkini ini sepatutnya memberi amaran bagi kegagalan seseorang yang sebelum ini hanya 'begitu prihatin' tentang sikap tidak bertanggungjawab Perdana Menteri Najib Razak mengenai keadaan ekonomi di negara ini," kata Nurul, yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai.
Beliau menegaskan pada 2010, pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim, memberi amaran yang kekurangan ketelusan dan akauntabiliti skim 1MDB meramalkan tujuannya yang hanya memperkukuhkan perdana menteri dan kroni BN serta Umno.
Setahun sebelum itu, pembangkang menolak pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), mengetahui kerajaan BN akan menggunakan dana ini untuk mengatasi pembaziran perbelanjaan dan rasuah yang berleluasa.

Skandal 1MDB: UAE tunggu kelulusan DoJ beli 50% kepentingan hotel Jho Low

Ia antara aset milik Jho Low, yang disebut oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat sebagai hasil wang curi 1MDB
joh-low_Mubadala_1mdb_new_600
Syarikat milik kerajaan UAE Mubadala Development Co sedang cuba mendapatkan kelulusan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) untuk membeli sepenuhnya Kumpulan Hotel Viceroy daripada taikun kelahiran Malaysia, Lee Taek Jho, yang kini terpalit dengan tuduhan melarikan wang 1MDB, lapor akhbar Financial Times (FT).
Menurut FT, Mubadala kini memilik kepentingan 50% Hotel Viceroy.
Akhbar itu berkata 50% lagi kini dimiliki Lee, atau Jho Low yang dituduh membelinya menggunakan wang 1MDB, seperti tercatat dalam permohonan terbaru DoJ untuk merampas aset bernilai RM2.3 bilion kerana didakwa hasil daripada wang curi 1MDB.
FT berkata hasil penjualan 50% kepentingan itu akan disimpan dalam sebuah akaun amanah yang dibekukan DoJ.
DoJ sebelum ini berkata Jho Low memiliki kepentingan bernilai AS$31 juta dalam Kumpulan Hotel Viceroy.
Khamis lalu, DoJ memfailkan permohonan merampas pelbagai aset yang didakwa diperolehi menerusi dana yang diseleweng daripada 1MDB, antaranya lukisan, kapal layar dan barang kemas.
Dokumen lebih 200 mukasurat turut menyenaraikan 27 barang kemas yang dihadiahkan kepada isteri “Malaysian Official 1” (MO1) berjumlah AS$1.3 juta (RM5.5 juta) daripada Jho Low, yang kini dipercayai berada di China.
Dokumen yang dikeluarkan DoJ itu merupakan rentetan daripada kertas siasatan yang diumumkan pada Julai tahun lalu, di mana pihak berkuasa AS membuat permohonan menyita aset yang dikaitkan dengan wang 1MDB berjumlah lebih AS$1 bilion.
Ia bagaimanapun dikritik pemimpin kerajaan kerana tidak cukup bukti, di samping didakwa mempunyai agenda politik.

Skandal 1MDB: Kari pedas untuk Najib

'Kari' Jabatan Kehakiman Amerika (DOJ) semakin pedas. Kita sudah dengar macam mana dalam saman sivilnya yang kedua ia menceritakan perihal berlian, permata, emas suasa AS$27 juta (kira-kira RM122 juta) milik isteri Malaysian Official 1 (MO1).
Dan bagaimana sahabat akrab keluarga perdana menteri, Jho Low menghadiahkan emas permata bernilai hampir AS$10 juta (kira-kira RM45 juta) kepada bintang filem dan model Miranda Kerr daripada duit 1MDB.
Itu DOJ yang kata. Jadi kalau nak kerah peguam pantau dan saman, sasarannya bukanlah penggiat media sosial tetapi DOJ. Carilah salah DOJ dan samanlah sepuas-puas hati. Orang putih kata, to the heart’s content.
Cuma jangan jadi macam omong kosong "saman Selasa" Perdana Menteri (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak yang ancam nak saman Wall Street Journal pada Selasa 7 Julai 2015.
Dah lebih 700 hari berlalu, satu apa pun tak ada.
Anwar Ibrahim
Jadi biar kita tinggalkan pasangan mewah itu sementara dan bincang mengenai satu lagi perkembangan penting iaitu penarikan diri (Datuk Seri) Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri pakatan pembangkang.
Pada 17 Jun, Anwar mengumumkan yang beliau menarik diri sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) dan sebaliknya akan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada Pilihan Raya Umum (PRU).
"Dan terkait dengan gesaan untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada PRU, maka saya memilih untuk tidak menawarkan diri selaku calon perdana menteri," kata beliau dalam satu kenyataan.
Keputusan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu adalah langkah penting dalam proses membentuk kesepakatan di kalangan parti-parti pembangkang pusat iaitu PKR, AMANAH, Parti Peribumi Bersatu Malaysia dan DAP.
Tindakan baik hati (magnanimous) bekas timbalan perdana menteri era Tun Dr Mahthir itu membuka jalan kepada penyelesaian isu struktur kepemimpinan Pakatan Harapan dan mencerahkan harapan mendaftarkan PH sebagai pakatan rasmi sebelum PRU akan datang.
Bukan mudah membina konsensus di kalangan parti-parti PH kerana kesemua parti anggota berunding atas dasar sama rata, tidak seperti Barisan Nasional (BN) di mana Umno memaksakan hegemoninya ke atas parti-parti yang lain.
Asas perundingan di kalangan parti-parti PH adalah mewujudkan sebuah pakatan yang mantap dengan satu barisan kepemimpinan, satu perlembagaan, satu simbol dan satu manifesto.
Lawanlah DOJ
Berbalik kepada saman sivil 'kari' (Kleptocracy Asset Recovery Initiative/Inisiatif Dapatkan Balik Aset Yang dicuri Kerajaan) kedua oleh DOJ pada 15 Jun di Amerika, tujuannya ialah mendapatkan balik AS$540 juta (RM2.43 bilion) yang dicuri daripada 1MDB.
Antara harta yang dimohon untuk dirampas adalah permata merah jambu (pink diamond) 22 karat yang didakwa dibeli dengan duit songlap 1MDB dan gambar yang dihadiahkan kepada pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio.
Senarai lengkap harta curi Jho Low dan konco-konconya adalah seperti berikut:
1.Kapal mewah “The Equanimity” kegunaan Jho Low;
2. Sejumlah 2.5 saham (D Preferred Stock) syarikat Palantir Technologies, sebuah syarikat perisian komputer.

Skandal 1MDB: Apakah nilai berlian untuk isteri MO1?

Dengan pendedahan terbaru Jabatan Kehakiman (DOJ) mengenai 1MDB, berlaku peningkatan minat ketara terharap barang kemas didakwa dibeli menggunanakan dana daripada agensi pelaburan milik kerajaan itu.
Antara barang yang paling menonjol disebut pihak berkuasa AS dalam saman sivil terkini mereka membabitkan 1MDB ialah sejumlah barangan kemas.
Harga barang kemas itu adalah pelbagai, daripada AS$1.05 juta (RM4.5 juta) untuk sepasang anting-anting berlian 11 karat kepada loket dan rantai leher berlian merah jambu 22.17 karat bernilai AS$27.3 juta (RM116.75 juta).
Ada apa dengan barang kemas berlian yang sangat mahal itu dan apakah yang menentukan harga sesuatu berlian?
Panduan berita ini cuba menunjukkan bagaimana setiap berlian itu dinilai, butiran megenai berlian paling mahal dan terkenal di dunia serta bagaimana berlian disebut dalam dokumen DOJ itu.
Apakah jenis-jenis berlian yang ada?
Ada dua jenis utama berlian, iaitu berwarna putih atau tidak berwarna, dan berlian berwarna-warni.
Menurut Institut Gemologikal America (GIA), hanya ada satu daripada setiap 10,000 berlian memiliki warna yang menarik.
Adakah berlian berwarna lebih mahal berbanding tanpa warna/putih?
Jawapan ringkas ialah: tidak semerstinya begitu.
Jawapan panjang ialah: walaupun kelangkaan adalah faktor yang menentukan nilai sesuatu berlian, warna hanyalah satu daripada aspek yang menyumbang kepada nilai bahan itu.
Pakar di seluruh dunia menggunakan sistem penggredan komprehensif untuk menentukan nilai sesuatu berlian.
Apakah sistem penggredan digunakan untuk menentukan nilai berlian?
Pada masa ini, standard universal yang digunakan pakar ialah sistem dibangunkan oleh GIA pada 1950, dikenali sebagai Sistem Gred Berlian Antarabangsa.
Sistem ini menilai berlian berdasarkan kepada '4C' iaitu warna, kejelasan, potong dan karat.
Bagaimana 4C memberi kesan kepada nilai berlian?
Warna: Berlian putih cenderung bernilai lebih tinggi berbanding berwarna. Menurut GIA, berlian dengan sifat tidak berwarna hingga kuning muda dan perang berada pada lingkungan harga normal.
Dalam julat itu, berlian tidak berwarna dianggap paling jarang ditemui, justeru ia adalah paling berharga.
GIA menyediakan skala dari D hingga Z sebagai standard industri untuk penggredan berlian berdasarkan warnanya.
Sementara itu, keadaan adalah amat berbeza untuk berwarna mewah dengan nilainya meningkat berdasarkan kepada ketepuan warna berlian.
Skala ketepuan untuk berwarna mewah adalah rencam, daripada "mewah ringan", "mewah", "mewah pekat" dan akhirnya "mewah kuat" yang paling mahal.
Menurut GIA, untuk berlian begitu, warnanya juga menjadi faktor dominan untuk menentukan nilainya, dengan warna paling jarang ditemui ialah merah jambu, biru dan hijau.
Kejelasan: Berlian mempunyai ciri-ciri dalaman yang dinamakan sebagai masukan dan potongan permukaan yang kedua-duanya boleh memberi kesan kepada kejelasan sesuatu berlian.
Semakin kurang masukan dan potongan permukaannya, semakin jelas berlian itu.
Berlian yang mempunyai kadar kejelasan tinggi dianggap lebih bernilai dan berlian "flawless" adalah paling mahal kerana ia sangat langka.
Kadar kejelasan juga memberi kesan lebih besar kepada nilai berllian biasa berbanding berlian dengan warna mewah.
Potongan: Sebagai panduan umum, semakin tinggi gred potongannya semakin cerah berlian itu, kata GIA.
Bagaimana sesuatu berlian itu dipotong akan memberi kesan bagaimana cahaya memasukinya. Berlian yang dipotong dengan baik menyebabkan ia nampak lebih cerah, bersinar dan semakin menarik.
Potongan berlian yang juga merujuk kepada bentuk berlian. Selain daripada pusingan bulat standard, terdapat juga bentuk lain yang dikenali sebagai potongan mewah.
Pemotongan mewah yang lebih popular termasuklah marquise, puteri, pear, bujur, jantung dan zamrud.
Berat karat: Semakin besar sesuatu berlian semakin tinggi nilainya. Bagaimanapun, perlu diingatkan ia tidak semudah menganggap berlian dua karat mempunyai nilai dua kali ganda berbanding berlian satu karat.
Menurut penjelasan GIA, berliau besar adalah lebih sukar ditemui berbanding yag kecil. Justeru semakin langka ia, maka nilainya lebih tinggi.
Maknanya, mahal sesuatu berlian yang besar bukan saja ditentukan oleh saiz fizikal, tetapi nilai per karat.
Jika semua faktor kualiti yang lain adalah sama, misalnya, berlian satu karat akan bernilai lebih mahal berbanding empat berlian 0.25 karat.
Ia terpakai untuk berlian biasa dan berlian berwarna mewah.
Apakah berlian paling mahal dan paling terkenal di dunia?
Bloomberg melaporkan pada April tahun ini, berlian paling mahal pernah dijual pada sesuatu lelongan ialah Pink Star - sebentuk berlian merah jambu 59.6 karat.
Permata berbentuk bujur yang warnanya dinilai sebagai merah jambu terang dijual pada harga lebih AS$71 juta (RM303.6 juta) dalam suatu lelongan di Hong Kong.

Skandal 1MDB: Wakil rakyat kena bersatu bawa pesalah ke muka pengadilan



Timbalan presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa semua wakil rakyat tanpa mengira parti bersatu dalam menyatakan pendirian berhubung pendedahan terbaru Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat.
Khamis lalu, DoJ memberitahu siasatannya mendapati kecurian lebih AS$4.5 bilion (RM19 bilion) telah berlaku dalam syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Azmin Ali PKR"Saya menyeru kepada semua wakil rakyat tanpa mengira pertalian politik, gabungan atau parti agar menyatakan pendirian bersama dengan pendedahan terkini berpandukan sumpah sebagai ahli Parlimen dan menggesa kleptokrat, sesiapa dan di mana sahaja mereka berada, dibawa ke muka pengadilan," kata Azmin dalam satu kenyataan.
DoJ menfailkan saman sivil terkini untuk untuk merampas AS$540 juta dalam aset yang dikatakan dibeli dengan wang dicuri daripada 1MDB.
Ini adalah penyitaan ketiga dimulakan DoJ, menjadikan jumlah yang didakwa disalahgunakan daripada 1MDB kepada AS$4.5 bilion.
Azmin yang juga menteri besar Selangor berkata, mana-mana pihak yang dituduh melakukan salah laku wajar digantung tugas sementara siasatan dijalankan.
"Dengan mana-mana standard asas demokrasi, sesiapa dicemar dengan sebarang skandal besar akan disiasat manakala sesiapa yang memegang jawatan awam perlu digantung sementara menunggu siasatan diselesaikan," katanya.
DoJ dalam samannya berkaitan dana 1MDB yang diseleweng yang turut menyebut tentang isteri Malaysian Official 1 (MO1).
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman mengesahkan bahawa MO1 yang dinamakan dalam saman pertama DOJ pada tahun lalu adalah perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Azmin turut membidas Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar kerana mengatakan saman DOJ terkini semata-mata perkara sivil.

Skandal 1MDB: Hisham cabar DOJ

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein mencabar Jabatan Kehakiman (DOJ) melakukan pendakwaan jika benar agensi penguat kuasa AS itu memiliki bukti berkaitan dana 1MDB.
Beliau juga menyatakan keraguannya mengenai identiti sebenar Malaysian Official 1 apabila isteri individu terbabit kini turut dibabitkan dalam skandal agensi pelaburan negara.
Bercakap kepada media di Kuala Lumpur hari ini, Hishammuddin yang juga menteri pertahanan berkata jika DOJ tidak mengemukakan dakwaan di mahkamah, ia hanya menjejaskan kredibiliti mereka.
"Saya nak nasihat, kalau DOJ mempunyai bukti-bukti yang kukuh, dakwalah, jangan buat kenyataan demi kenyataan tanpa mengambil tindakan .
"Apabila mereka (DOJ) dakwa (di mahkamah), yang yang didakwa ada ruang untuk membersihkan nama masing-masing," katanya.
DOJ pada Khamis lalu membuat kejutan degan saman sivil ketiganya untuk merampas pelbagai aset didakwa diperoleh melalui salah guna dana 1MDB.
Antara individu dinamakan DOJ dalam saman berkenaan ialah ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang, Jho Low dan anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz.
Keadaan diambil kesempatan
Turut dinamakan dalam saman itu ialah seseorang dirujuk sebagai MO1 dan isterinya.
Saman setebal 251 halaman itu antara lain mendakwa wang bernilai AS$620 juta (RM2.6 bilion) yang sepatutnya dikembalikan kepada "penderma" malah dipindahkan kepada Low yang menggunakan wang itu untuk membeli rantai leher berlian buat isteri MO1.
Rantai meraj jambu itu dikatakan bernilai AS$27.3 juta (RM116.7 juta).
Tahun lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan mengenal pasti MO1 sebagai Najib namun menegaskan nama perdana menteri tidak disebut dalam saman berkenaan.
Justeru, katanya, Najib tidak tertakluk kepada siasatan DOJ.
Bagaimanapun Hishammuddin mempertikaikan tanggapan itu apabila ditanya sama ada MO1 adalah Najib.
"Ia boleh jadi sesiapa saja. MO1 itu mungkin (Menteri Kewangan II, Datuk Seri) Johari (Abdul) Ghani.

Skandal 1MDB: DOJ-1MDB bukan lagi isu persepsi, Azalina perlu jawab

Azalina DOJ
Menteri undang-undang di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said perlu menjawab isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan pendedahan terkini Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat yang kembali menjadi perdebatan dikalangan pimpinan pakatan pembangkang dan kerajaan.
Timbalan Pengarah War Room BN Bandar Tun Razak  Datuk Zaharin Mohd Yasin  menegur beberapa pimpinan Umno yang dianggapnya 'bertekak' berkaitan skandal 1MDB dan siasatan  DOJ yang dikaitkan dengan pembabitan ahli keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak itu dan individu yang dinamakan sebagai 'Malaysian Official 1'.

Zaharin Mohd Yassin "Kenapa nak bertekak dalam bulan puasa ni. Jika Najib Razak tidak terlibat dalam isu DoJ, tidak perlu jawapan dan menyerang mereka yang membangkitkan isu itu.
"Orang yang paling tepat menjawab isu ini ialah Azalina Othman Said kerana dia Menteri berportfolio undang-undang. Jawab sahaja.. Itu isu undang-undang Amerika.
"Malaysia tidak akan masuk campur urusan itu. Biar United State mendakwa orang yang melakukannya," terangnya dalam satu kenyataan di facebooknya.
Ini ekoran Azalina yang dilantik sebagai menteri undang-undang sejak setahun lalu itu, masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap saman terkini DoJ melalui dokumen lebih 140 muka surat yang difailkan di sebuah mahkamah di Amerika Syarikat minggu lalu.
Dalam saman sivil ketiga DoJ itu bertujuan untuk merampas pelbagai aset didakwa diperoleh melalui salah guna dana 1MDB.
Sebaliknya ia dijawab oleh beberapa menteri dan pemimpin Umno di luar portfolio perundangan.
Antara yang memberi respon daripada serangan pihak pembangkang terhadap Najib kerana saman terkini DOJ itu adalah Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan; Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Kruak dan;Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Irmohizam Ibrahim.
Dalam menangani isu membabitkan DoJ Zaharin berkata, jika isu ini dijawab secara emosi oleh pemimpin Umno ia akan melahirkan kebencian rakyat terhadap parti itu.
Bahkan beliau merujuk kepada isu yang pernah berlaku dalam skandal BMF (Bumiputera Malaysia Finace pada 1983) di era Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjawat perdana menteri.
"Belajarlah dari isu Hong Kong DPP vs Lorrain Esme Osman dalam kes Skandal BMF pinjaman tanpa cagaran RM2.5bilion.
"Lorranie Osman tidak pernah dituduh di Malaysia atas skandal itu sebaliknya diuruskan oleh Mahkamah Hong Kong dan London. Beliau terpenjara 9 tahun di London.
"Bagaimana Dr Mahathir menguruskan isu itu? Bagaimana dia melawan persepsi masa itu. Dan bagaimana Tengku Razaleigh Hamzah melawan fitnah yang dikaitkan kepadanya. Belajar dengan kedua mereka dan baca buku sejarah isu itu," ujarnya.
Justeru ujarnya lagi, dalam isu membabitkan DoJ dan 1MDB ia bukan lagi bersandarkan kepada persepsi sebagaimana isu BMF.

ANWAR KEKAL RELEVAN MENDEPANI MASSA

Keputusan mengejut yang diambil Anwar Ibrahim untuk tidak dicalonkan sebagai Perdana Menteri selepas PRU 14 ternyata bukan setakat menggegarkan kem Pakatan Harapan malah kini menjadi tanda tanya kepada pemimpin Barisan Nasional (BN) sendiri setelah berbulan-bulan dimainkan pencacai setia A9 mereka.

Buah catur yang sengaja dilepaskan untuk merobek kesepaduan Pakatan Harapan kini kembali membelenggu BN terutamanya Najib Razak yang terus berada dalam mood defensif dan penafian setelah satu lagi peluru berpandu jarak jauh dari Los Angeles, California diledakkan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat tiga malam lepas.
Dengan jiwa besar dan tawadduknya seperti biasa, mana-mana pemimpin yang berangan-angan tinggi mahu menggantikannya sebagai PM sementara kecuali Dr Wan Azizah Wan Ismail kini 'malu alah' dengan penegasan Anwar yang pantas menjerut leher masing-masing tak kira muda mahupun yang lanjut usia.
Beberapa pemimpin Pakatan Harapan yang menyambut baik keputusan Anwar sebenarnya bermain sentimen 'test market' sebelum ini tetapi langsung tidak menjangka Anwar mampu menyelesaikan kemelut berbulan hanya dengan titipan sekeping warkah dari Sungai Buloh sahaja.
Tampak keterlaluan tetapi inilah kehebatan seni politik cara Anwar yang kekal relevan merentasi masa yang tidak ramai tahu hatta bekas mentornya, Mahathir Mohamad sendiri yang mengenali luar dalam dan membawa Anwar masuk ke dalam Umno pun tidak menyangka sama sekali keputusan sebegini dilakukannya demi mengukuhkan Pakatan Harapan.
Pemimpin lain yang bercita-cita tinggi kini mula mendiamkan diri setelah melobi di peringkat tertinggi seolah termalu sendiri dengan tindakan Anwar menyatukan semuanya hanya dengan satu nota dalam keadaan kesakitan bahu kanannya masih belum mengendur sejak dikeluarkan dari HKL dua malam lepas.
Isyarat ini juga jelas diperhatikan dengan rapat sosok 'panda kembar' di Sri Perdana kerana berdasarkan semakan di laman web dan portal berita mereka, nampak semacam keliru malah bingung memikirkan apakah sebenarnya yang Anwar mahu sampaikan dari keputusan drastiknya kelmarin.
Pun begitu mereka sebenarnya masih bergelut dengan ratib 'DOJ DOJ DOJ' semata-mata kerana pemimpin Umno yang dirisik malam tadi seakan menutup mulut seolah diarahkan bos mereka agar mencari jalan menjawab dengan segera atau berdepan dengan cemuhan rakyat yang sudah mula terasa mereka ditipu semata-mata.
Buat Anwar, pengorbanan besar yang dilakukannya adalah untuk memberi ruang dan fokus terhadap penerimaan rakyat terhadap Pakatan Harapan sebagai kerajaan menunggu kurang setahun dari sekarang.
Walaupun berdepan dengan keputusan SPR yang tiba-tiba mahu mempercepatkan kes persempadanan semula di mahkamah, Anwar mahu pemimpin di luar pantas menyelesaikan isu tersebut dari menjadi senjata ampuh Najib dan kuncu-kuncunya untuk terus berkuasa.
Prinsip dan pandangan jauh Anwar menjadikan beliau layak secara merit untuk memerintah negara hasil sokongan rakyat terbanyak yang mahukan pemimpin berintegriti dan progresif mengetuai mereka.
Justeru insiden beberapa minggu menjelang PRU 13 yang didalangi Pas yang khianat atas nama agama diharap tidak akan berulang lagi sementelah Pas pula yang kini sudah gila meroyan memikirkan siapa pula yang akan menjadi PM selepas Anwar menarik diri.
Hadi Awang tak perlu lagi bersusah-payah menghantar rombongan 'peminangan' kepada Razaleigh Hamzah sekali lagi kerana mereka juga akan karam bersama bahtera Umno yang cuba dinaiki secara haram melalui tongkang pecah dua tahun lepas.