Selasa, 13 Jun 2017

UMNO@BN Tidak Pernah Serik Menipu Rakyat...!!!

"Kami sudah insaf. Berilah kami peluang sepenggal lagi untuk membetulkannya." -Najib Razak, janji sebelum PRU13 (26/2/2012).

Asal UMNO@BN Menipu Berpisah Tiada...!!!

Demi nak pertahankan pelagak2 samseng terpaksalah pemimpin2 Umno mereka menipu & memfitnah tak kira di bulan puasa..

FAKTA..

1) "Apa yang sebenarnya berlaku ialah, seorang anggota dewan undangan negeri MCA mengetuai protes terhadap bazar berkenaan dan menyerahkan bantahan itu kepada pegawai daerah." Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

2) ADUN BN-MCA (Mengkibol-Kluang) ketika itu Gan Peng Sieu.

3) Ahli Parlimen Kluang ketika dari BN-MCA Hou Kok Chung.

Ternyata PAS Itu Pengkhianat Sebenar

'MCA minta bazar Kluang dipindah, bukan DAP'

Guan Eng beri ingatan pada PAS

Arab Saudi haram jersi Barcelona FC

"Selamat Eid Mubarak, selamat semua," kata Anwar

Yang bantah Bazar Ramadan Kluang sebenarnya MCA, bukan DAP

Dah kalau namanya UMNO, mestilah bengap. Kalau tak bengap, maka bukanlah UMNO namanya. Entah la apa yang dia makan, atau mungkin ada sumber air yang dicemari virus bengap. Kalau UMNO sahaja, mesti ada yang tak kena dengan otaknya.
Dalam kes ini, otak yang terkesan dengan virus bengap itu adalah tidak lain adalah dua wakil rakyat UMNO Johor. Seorang berjawatan Exco merangkap Adun Mahkota, manakala seorang lagi, atas sedikit pangkatnya; Ahli Parlimen Muar.
Jais Sardy dan Razali Ibrahim kedua-duanya menjadi contoh betapa UMNO ini hidup kerana dibajai benci dan sikap perkauman yang ditanam dalam kalangan ahli dan penyokongnya. Sehinggakan habis semua Cina dipukul rata, dan digelar DAP belaka.
Ceritanya begini.
Beberapa hari lalu, segerombolan penyokong UMNO bertindak mengherdik, menghalau malah mengasari kumpulan yang dipimpin Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong; ketika mereka sedang mengedarkan kurma di Bazar Ramadan Kluang.
Jais dan Razali kedua-duanya menghalalkan kekasaran itu. Padan muka Chin Tong kata mereka, memang patutlah dia ditempeleng. Ini kerana kata mereka, pada tahun 2007 DAP lah dalang di sebalik usaha untuk menutup bazar tersebut.
Rakaman serangan tersebut dikongsi secara menular di laman-laman sosial. Masyarakat rata-rata mencemuh ‘Imam Bazar Ramadan’ yang tiga tahun lalu langsung tak ada rupa imam, ketika menghalang Chin Tong dan meminta surat kebenaran untuk masuk ke bazar terbabit.
Dan tindakan itu, kelakarnya; adalah berdasarkan fitnah dan pembohongan yang nyata.
Liew Chin Tong berpindah ke Kluang dan bertanding di sana pada tahun 2013. Malah, pada tahun 2007, DAP langsung tidak ada wakil rakyat di Johor. Eh takkan lah tanpa jawatan dan pengaruh pun DAP boleh mendesak tutup bazar Ramadan? Itu kan namanya bodoh mencari nahas. Kita nak menang pilihanraya, bukan buat pengundi marah dan kemudian kalah pilihanraya.
Maka setelah digali, rupa-rupanya yang mengetuai protes terhadap bazar tersebut ialah tidak lain Adun Mengkibol MCA waktu itu, Gan Peng Sieu.
Dah kenapa DAP yang kena maki? Pergilah maki MCA.

Ramadan 2017: PAS makin keliru, terus membingungkan

Sejarah merekodkan, buat pertama kalinya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilarang menghadiri acara buka puasa kerana didakwa ‘anti-Islam’ oleh sebuah NGO pro-PAS Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP).
Yang Dipertua PAS Gombak, Salehhuddin Nasir pula mengemas kini Facebooknya baru-baru ini dengan meluahkan rasa benci yang meluap-luap apabila melihat para pemimpin DAP berbuka puasa bersama rakan-rakan muslim dengan catatan berikut:
“Meluat menyampah aku tengok pemimpin DAP buka puasa sekali dengan orang Islam. Menyebok je. Masa lain buat pesta arak dan pesta onani. Haram jadah sungguh. Orang Islam, Allah dah sebut lakum di nukum waliyadin. Sori saya tak perlu pandangan sufi tasauf di sini. DAP musuh Islam. PAN, PKR macai DAP!!”
Namun, di saat PAS dan sekutunya terus meniupkan api kebencian orang Melayu-Islam terhadap DAP di bulan Ramadhan selepas Umno memperhebatkan serangan menerusi buku ‘DAP Bahaya Kepada Melayu-Islam Di Malaysia’, mufti Wilayah Persekutuan pula membuktikan sebaliknya.
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, bukan setakat beliau seorang malah membawa bersama isteri dan anaknya untuk berbuka puasa bersama paderi dalam majlis yang turut dihadiri oleh lebih 100 peserta berbilang agama dan kaum di ibu negara, baru-baru ini.
“Biasanya saya jarang bawa mereka (isteri dan anak),” katanya semasa menyampaikan ucapan ringkas di majlis berkenaan semalam.
Dalam ucapannya, Zulkifli menyatakan Allah Taala mencipta manusia dengan pelbagai latar supaya mereka saling kenal mengenali.
Bagaimanapun perbezaan itu akan mendatangkan masalah jika tidak ditangani dengan betul.
“Mengapa sesuatu bencana berlaku? Ia berlaku sebab kita tidak dapat mengurus salah faham, tidak dapat menguruskannya dengan cara sebenar hingga akhirnya cross of line berlaku,” katanya lagi.
Tindakan Zulkifli tersebut secara terang-terangan membuktikan agama Islam tidak pernah melarang mana-mana umatnya untuk duduk semeja berbuka puasa dengan penganut agama lain.
Tidak mungkin Zulkifli akan berbuat demikian jika tindakannya itu bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar atau bakal mengundang persepsi negatif di kalangan orang Melayu di negara ini yang telah sekian lama menyambut Ramadan dengan bersama-sama berbuka puasa semeja dengan orang Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya.
Di kala pimpinan PAS seperti Salehhuddin dan NGO tersebut cuba memaparkan sikap keras melampau dan menolak kehadiran orang bukan Islam berbuka puasa bersama, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula sempat menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menjaga keharmonian dan perpaduan antara kaum dan bangsa di tanah air tercinta.
“Rakyat Malaysia adalah sinonim dengan budaya ketimuran yang lemah lembut dan sopan santun bersesuaian dengan Rukun Negara iaitu kesopanan dan ketatasusilaan.
“Amat tidak wajar budaya samseng wujud dan membiak dalam negara ini yang tidak memberi faedah dan kebaikan kepada pembangunan negara dan bangsa Malaysia,” kata Abdul Hadi yang baru keluar IJN.
Jika dilihat dalam senario besar masyarakat berbilang kaum di negara ini, bukankah tindakan Guan Eng sebagai salah seorang pemimpin utama negara berbangsa Cina menghadiri majlis berbuka puasa bertujuan menjaga keharmonian dan perpaduan antara kaum dan bangsa.
Bukankah tindakan ramai lagi pimpinan DAP lain menghadiri majlis berbuka puasa dalam skala kecil bertujuan mengeratkan silatuharim antara rakyat berbilang bangsa termasuk di Sabah dan Sarawak, bukan sekadar mahu makan atau menghasut mereka agar membenci antara satu sama lain.

Sikap fanatik dan ekstrimis musuh nyata negara

LABIS, 13 JUN: Sikap fanatik dan ekstremis harus dikekang daripada terus mengakar dan merampas ruang perbincangan awam di negara ini, kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
Sikap itu, katanya, adalah musuh yang nyata dalam sebuah negara yang bersatu padu, progresif, makmur dan terdiri daripada pelbagai kaum, bahasa serta agama.
Jika ia tidak dihalang, katanya, insiden pengeboman dan pembunuhan yang terjadi di beberapa negara yang didalangi militan ektrimis dan fanatik tidak mustahil akan turut berlaku di Malaysia.
“Rakyat Malaysia yang moderat harus bangkit terhadap bahaya ini dan tidak mengalah dengan ektremis dan fanatik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri UMNO, Datuk Razali Ibrahim menyokong tindakan sekumpulan samseng yang menghalang dan mengherdik pasukan Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong ketika mengedarkan kurma di Bazar Ramadan dekat Kluang.
Mengulas lanjut, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, Malaysia boleh menjadi sebuah negara bertaraf dunia jika kualiti dan nilai yang baik sesuai dengan kepelbagaiannya ditonjolkan kepada masyarakat antarabangsa.
Namun, katanya, sasaran itu tidak mampu dicapai sekiranya kita membiarkan suara-suara ektremis dan tidak bertoleransi bebas berleluasa tanpa dikekang.
“Malaysia sebagai ‘Instant Asia’ seharusnya tidak menjadi tempat yang hanya menarik pelancong asing dari setiap pelosok dunia.
“Ia juga harus menjadikan ciri-ciri kepelbagai kaum, bahasa, agama dan budaya sebagai aset nasional dan bukannya liabiliti kepada pembentukan negara Malaysia,” ujarnya sambil menegaskan bahawa Malaysia bukanlah negara yang terdiri daripada satu kaum atau agama sahaja.

Kenyataan pemimpin UMNO Johor suburkan budaya samseng

Kenyataan Datuk Md Jais Sarday, Adun Mahkota di media, sebenarnya mengeruhkan lagi keadaan berhubung insiden kekasaran yang berlaku di tapak Kluang tempoh hari.
Beliau seharusnya membiarkan pihak polis menyiasat kes itu tanpa gangguan dengan kenyataan seperti ini.
Dalam kenyataannya, Jais Sarday cuba menegakkan benang yang basah dengan mengatakan bahawa tindakan melawat dan mengedar kurma di Bazar Ramadan tersebut oleh Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong dan rombongan sebagai satu tindakan provokasi yang mencetuskan insiden kekasaran.
Ini merupakan satu hujah yang sangat menjengkelkan kerana kenyataan beliau ini seolah-olah mewajarkan kekasaran penyokongnya kepada orang lain. Adakah ini mesej yang ingin beliau sampaikan kepada pihak polis dan rakyat?
Adakah maksud beliau, sesiapa boleh bertindak kasar hanya kerana mereka tidak suka Ahli Parlimen bertemu dengan rakyat dan mengedar buah kurma di tempat awam, begitu?
Jais Sarday menggunakan hujah lapok berhubung isu ini apabila membangkitkan isu lama bahawa terdapat bantahan daripada pemimpin DAP kawasan tersebut pada pada 2007. Namun, mengapa beliau tidak menamakan pemimpin DAP yang membuat bantahan itu secara jelas?
Dan beliau memberitahu tahu bahawa ketika tahun 2007, pemimpin DAP yang beliau maksudkan itu ‘memberi arahan’ berpindah.
Soalan saya, sejak bila pemimpin DAP Johor pada 2007 mempunyai kuasa memberikan arahan sedemikian? Dan hari ini 2013, selepas lapan tahun, kuasa apa yang ada pada Adun-Adun DAP di kawasannya? Nak masuk mesyuarat penuh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pun tak dibenarkan.
Keadaan ini tambah caca marba apabila Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim turut senada dengan Jais Sarday dengan memberikan hujah dangkal sebagai seorang Ahli Parlimen.
Beliau membuat rasional mengatakan “Kalau rumah kita orang nak masuk, kita tak benarkan, maka kena hormatlah. Takkan dah orang tak bagi masuk, kita nak masuk juga”.
Demikianlah hujah Razali Ibrahim.
Soalan saya cukup jelas dan mudah, sejak bila kawasan awam ini menjadi rumah atau pejabat UMNO Kluang? Adakah sebarang pewartaan yang dibuat oleh Menteri Besar atau Majlis Perbandaran Kluang mengatakan Bazar Ramadan itu rumah UMNO Kluang?
Adakah Menteri Besar Johor bersetuju dengan pandangan dua orang wakil rakyatnya ini? Jika Datuk Seri Khaled Nordin bersetuju, beliau harus segera mewartakan mana-mana Bazar Ramadan di Johor sebagai ‘Rumah UMNO’. Ini akan memudahkan pihak lain untuk tahu dan mengelak dari memasukinya. Keadaan akan menjadi lebih mudah.
Sikap yang sama ini ditunjukkan oleh Razali Ibrahim dengan memberi gambaran bahawa tindakan kasar puak-puak UMNO itu boleh dijustifikasikan hanya kerana puak-puak UMNO tidak suka.
Yang nyata, mereka yang bertindak berkasar dan menghalang itu adalah dua tiga kerat budak-budak dia, bukan ribuan rakyat.

‘UMNO dan budaya samseng tak dapat dipisahkan’

KUALA LUMPUR, 13 JUN: Tindakan pemimpin UMNO mempertahankan kelakuan sekumpulan lelaki yang menyerang dan mengherdik pasukan Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong ketika mengedarkan kurma di Bazar Ramadan dekat Kluang beberapa hari lepas terus mendapat kecaman.
Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Edry Faizal berkata, tindakan Ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim dan Ketua Bahagian UMNO Kluang, Md Jais Sarday mempertahankan tindakan samseng itu seolah mengambarkan UMNO sebagai dalang di sebalik insiden berkenaan.
“Saya ingin mengajak warga Malaysia merenung sejenak, perhatikan setiap insiden samseng politik, pasti ada kaitannya dengan UMNO. Bukan sekali dua samseng-samseng politik UMNO datang ke ibu pejabat parti lain dan membuat huru-hara dan merosakkan harta benda.
“Ada yang pernah mengugut untuk membakar bangunan DAP dan sehingga hari ini kita masih tidak tahu ke mana penghujungnya siasatan polis terhadap mereka.
“Amat membimbangkan apabila gambaran umum yang kita warga Malaysia sering dapat adalah mereka itu kebal undang-undang dan semakin membiak banyak,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Malah, menurut Edry yang juga Ahli Majlis di Majlis Perbandaran Selayang (MPS) tindakan kedua-dua pemimpin UMNO berkenaan mempertahankan budaya samseng parti Melayu itu dibimbangi akan turut menyuburkan budaya buli dalam kalangan masyarakat di negara ini.
“Pemimpin UMNO seperti Razali Ibrahim dan Md Jais Sarday boleh mencipta pelbagai alasan untuk menghalalkan perbuatan samseng itu. Sehingga kita warga Malaysia cuba dibodohkan dengan alasan seperti pemberian kurma percuma akan menjejaskan perniagaan kurma.

Tubuh RCI siasat skandal FGV, FELDA

PAGOH, 13 JUN: DAP menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraya (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat kerugian berbilion ringgit yang ditanggung Felda Global Venture Holdings Bhd (FGV) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, beliau bersependapat dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pelantikan bekas Menteri UMNO, Datuk Seri Idris Jala bagi menyiasat kemelut itu adalah tidak memadai.
Katanya, pelantikan Idris Jala adalah tidak mencukupi bukan sahaja kerana dia pernah menjadi sebahagian daripada kabinet BN, malahan bidang tugas siasatan yang diberikan kepadanya tidak cukup komprehensif.
“Percakaran terbuka antara Pengerusi FGV, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad mendedahkan bahawa sesuatu yang teruk telah berlaku dalam FELDA dan FGV untuk tempoh masa yang lama, sepanjang lima tahun.
“Dan persoalannya ialah mengapa (Datuk Seri) Najib (Razak) sebagai menteri yang bertanggungjawab secara langsung terhadap FELDA, tidak sedar mengenai skandal dan perkara yang tidak kena berkenaan.
“Malah mengapa dia tidak melakukan sesuatu bagi memastikan FELDA dan FGV tidak menanggung kerugian puluhan bilion ringgit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah turut berasa hairan bagaimana FGV yang merupakan pengendali ladang terbesar dunia dengan lebih 2 juta ekar kelapa sawit di Malaysia dan di beberapa negara lain menanggung kerugian yang begitu teruk.

Skandal FGV: Bersatu, NGO hantar memorandum desak Isa letak jawatan



Bersatu dan NGO Peneroka serah memorandum kepada FeldaParti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pertubuhan Peneroka Rakyat Malaysia (Peneroka) hari ini hadir di Wisma Felda untuk menghantar memorandum mendesak Tan Sri Isa Samad melepaskan jawatan Pengerusi Felda Global Ventures Holding Berhad (FGV).
Dengan kehadiran lebih kurang 30 penyokong kedua pihak berkumpul di hadapan bangunan  Menara  Felda  jam 1 tengahari tadi  untuk menyerahkan memorandum bersama.
Bersatu diwakili Pengerusi Task Force Felda Wan Mohd Shahrir Wan Abdul Jalil dan Presiden Peneroka Junaidy Jamaluddin yang menyerahkan memorandum itu kepada Pengarah Urusan Bahagian Komunikasi FGV Ariff Ahmad Yeop di perkarangan Menara  Felda.
Memorandum bersama itu bertujuan mendesak Isa meletakkan jawatan serta merta tanpa perlu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Jika Isa gagal berbuat demikian, Bersatu dan Peneroka akan menyerahkan satu lagi memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk mendesak beliau memecat Isa.
"Kerugian FGV sebanyak  RM13.4bilion sejak 2012 itu sudah cukup untuk Tan Sri Isa mengundurkan diri kerana gagal menguruskan FGV dan Felda dengan baik," ujar kenyataan bersama itu.

Liew: MCA yang minta bazar Kluang dipindah, bukan DAP

Anggota Parlimen Kluang, Liew Chin Tong, berkata bazar Ramadan di bandar itu dipindahkan ke tapak baru atas kehendak MCA kira-kira 10 tahun lalu dan bukannya DAP.
Kata Liew beliau dimaklumkan mengenai rungutan anggota MCA mengenai bazar Kluang daripada penduduk tempatan.
Justeru, katanya, dakwaan Ketua Umno Kluang, Md Jais Sarday, serta Anggota Parlimen Muar Datuk Razali Ibrahim bahawa peniaga marah kepada DAP disebabkan mereka didakwa mahu bazar berkenaan ditutup adalah suatu pembohongan.
"Apa yang sebenarnya berlaku ialah, seorang anggota dewan undangan negeri MCA mengetuai protes terhadap bazar berkenaan dan menyerahkan bantahan itu kepada pegawai daerah.
"Saya terkejut bagaimana Md Jais dan Razali boleh terkeliru antara MCA dan DAP.
"Biar saya ingatkan mereka - jika terlupa - bahawa MCA ialah parti komponen BN dan rakan karib Umno," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hari ini Malaysiakini melaporkan Razali sebagai berkata, kehadiran Liew dan anggota DAP tidak diperlukan di Bazar Ramadan Bandar Kluang.
Md Jais pula mendakwa DAP mencetuskan kemarahan dan tentangan daripada peniaga Melayu yang membantah penutupan bazar lama sebelum ini.
"Selepas menjadi dalang utama mahu menghalau peniaga Melayu berniaga di bazar yang terletak di pusat bandar Kluang itu, sekarang mereka datang pula ke lokasi sama. Apa motif DAP sebenarnya?
"Sudah pasti kedatangan DAP dan pembangkang ke situ membangkitkan kemarahan masyarakat serta peniaga Melayu yang masih terluka dan terkesan dengan usaha mahu menghalau mereka daripada berniaga di situ.
"Ini semua adalah perangkap dan mainan politik DAP yang memang mahu pecah-belahkan orang Melayu," ujarnya.
Ia adalah rentetan daripada insiden Liew dan aktivis Pakatan Harapan dihalang daripada mengedar buah kurma di bazar berkenaan pada 11 Jun lalu.
Malaysiakini tidak dapat mendedahkan nama ahli politik MCA yang dinyatakan Liew itu sehinga mendapat reaksi daripadanya.
Menurut Liew DAP tidak mempunyai anggota dewan undangan negeri di Johor pada 2007. Mereka hanya mempunyai wakil di situ melalui kerusi parlimen Bakri pada 2008.

Skandal 1MDB: AS dakwa 1MDB ada kaitan dengan penjualan syarikat tenaga bernilai RM9.4 bilion

PIHAK berkuasa Amerika Syarikat (AS) kini sedang menyiasat pembelian sebuah syarikat tenaga di AS bernilai AS$2.2 bilion yang dilakukan sebuah dana pelaburan kerajaan Timur Tengah, lapor Wall St Journal hari ini.
Menurut akhbar kewangan itu, urus niaga itu diatur Goldman Sachs Group Inc dan menyebabkan seorang pelabur menerima durian runtuh sebanyak AS$300 juta dalam masa kurang seminggu.
Memetik mereka yang mengetahui mengenai siasatan itu, WSJ berkata penyiasat merasakan pelabur itu adalah pemain utama dalam skandal rentas negara melibatkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Goldman Sachs memperolehi jutaan dolar sebagai upah mengatur perjanjian bon bernilai AS$6.5 juta untuk 1MDB.
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dalam saman untuk merampas aset memberikan dakwaan terperinci yang dana itu pada 2013 dan 2014 mencuri wang daripada 1MDB yang disalurkan melalui beberapa siri akaun bank dan syarikat pesisir pantai bagi membiayai sebahagian daripada pembelian Coastal Energy, sebuah syarikat berpangkalan di Houston.
Saman itu bertujuan untuk merampas keutungan hasil urus niaga Coastal itu, tetapi tidak mensasarkan aset Coastal.
Urus niaga Coastal melibatkan ramai orang yang penyiasat percaya terlibat dalam rancangan untuk menipu dan merompak 1MDB.
Pembeli itu ialah usaha sama antara syarikat yang dimiliki dana pelaburan asing Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC), dan sebuah syarikat pesisir pantai yang dikawal Low Taek Jho (Jho Low), menurut saman rampasan aset yang dihantar Jabatan Kehakiman.
Goldman Sachs menasihati unit IPIC yang membayar hampir keseluruhan harga pembelian itu.
Jabatan Kehakiman memfailkan saman rampasan aset bernilai AS$1 bilion kepada hartanah yang dikawal eksekutif kanan IPIC dan Jho Low tahun lepas.
Dalam aduan itu, Jabatan Kehakiman meluaskan saman itu untuk memasukkan hartanah di London yang dipercayai dibeli menggunakan wang yang didakwa diambil daripada 1MDB dan digunakan Jho Low dan keluarganya mengubah wang haram itu melalui pembelian Coastal Energy.
Jho Low yang dinasihati secara tidak rasmi oleh Goldman ketika itu, mula berhubungan dengan Coastal pada 2012 tentang kemungkinan pengambilalihan, kata sumber yang mengetahui urusan tersebut.
Skeptikal yang dia mampu mengeluarkan wang tunai yang diperlukan untuk urus niaga itu, eksekutif Coastal memintanya mencari rakan kerjasama yang lebih besar, mereka yang lebih arif tentang perkara tersebut.
Dia (Jho Low) kemudiannya berhubung dengan unit tenaga IPIC di Sepanyol, Compañía Española de Petróleos SAU, atau Cepsa, kata sumber.
Ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang itu melabur AS$50 juta dalam urus niaga itu, dan Cespa membiayai baki pembelian bernilai AS$2.2 bilion itu, menurut saman Jabatan Kehakiman dan penyata mengumumkan pengambilalihan itu.
Seminggu kemudian, Cespa memindahkan AS$350 juta ke dalam syarikat pesisir pantai Jho Low menurut saman itu lagi.
“Asas komersial dalam pulangan hampir serta merta pada kadar 600% dalam pelaburan ini tidak jelas,” kata saman Jabatan Kehakiman itu. IPIC dan Cepsa tidak membalas permohonan untuk mendapatkan penjelasan mereka.
Sebelum perjanjian dengan syarikat tenaga AS itu dimeterai, jabatan pematuhan Goldman memberitahu jurubanknya supaya menghentikan kerjasama dengan Jho Low atau entitinya dalam urus niaga tersebut, kerana kebimbangan yang tercetus berkaitan dengan kekayaannya, kata sumber mereka yang arif tentang perkara itu lagi.
Goldman baru-baru ini menolak permohonan Jho Low untuk membuka akaun peribadi kerana sebab yang sama, menurut sumber.
Jho Low kekal terlibat melalui syarikat pesisir pantai dikenali sebagai Strategic Resources (Global) Ltd, menurut dokumen perjanjian itu.
Goldman menasihati Cespa yang memayar hampir kesemua harga pembelian itu, menurut aduan tersebut, berdasarkan dokumen dan penyata penggabungan mengumumkan urus niaga itu.
PricewaterhouseCooper ialah penasihat kewangan kepada Cespa dan SRG. PricewaterhouseCoopers enggan memberikan penjelasan mengenai perkara ini.
Goldman memberitahu dalam satu kenyataan yang Jho Low dan mana-mana syarikat yang dikawalnya bukan pelanggan Goldman dalam urus niaga Coastal.
“Sebelum membaca pemfailan kerajaan itu, Goldman tidak menyedari dan tidak pernah terlibat dalam apa-apa transaksi di mana SRG menjual kembali saham mereka dalam satu usaha kerjasama kepada Cespa,” kata syarikat itu.
Goldman secara kasarnya memperolehi AS$600 juta dalam hasil perolehan daripada 1MDB pada 2012 dan 2013 kerana menjual bon bernilai AS$6.5 juta.

MENTERI BERBALAH MENUNJUKKAN NAJIB LEMAH

Pada asasnya cukai pelancongan yang sudah diluluskan Parlimen dan akan berkuatkuasa 1 Julai depan adalah kerana kerajaan tidak cukup wang untuk menggerakkan aktivitinya.

Ia diakui sendiri oleh Nazri Aziz yang mengatakan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan perlu mencari sumber baru berikutan peruntukan kementeriannya telah turun mendadak untuk beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan kejatuhan harga minyak dan gas.

"Kita imbas kembali peruntukan yang diberikan kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan pada 2014 amat besar, tetapi ia dikurangkan dengan banyak pada 2015 dan 2016," ujar beliau kepada sebuah akhbar Cina.

Rupa-rupanya di sebalik ekonomi negara selalu digembar-gemburkan berkembang baik dengan unjuran 4.3 hingga 4.8 peratus berbanding 4.2 peratus 2016 lalu, negara pimpinan Najib Razak ini masih tidak cukup dana untuk menguruskan negara.

Alangkah sedihnya kita!

Lebih sedih kerana untuk mendapatkan wang itu terpaksa pula diperkenalkan cukai pelancongan bagi mereka yang menginap di bilik hotel, tanpa mengira sama ada kepada pelancong asing atau warga tempatan. 

Sesiapa saja yang menggunakan bilik hotel, dari yang bertaraf lima bintang sehingga tanpa bintang, semuanya perlu membayar cukai pelancongan itu. Makna kata, jika sebuah keluarga miskin di Padang Rengas atau Pekan yang bermalam di sebuah hotel bajet kerana menghantar anak mereka yang melanjutkan pelajaran ke Kota Bharu, mereka juga tidak terkecuali daripada membayar cukai pelancongan itu.

Begitulah daifnya negara kita sekarang. Setelah dikenakan cukai GST dan kos sara hidup rakyat terus meningkat kerana kerajaan lebih gemar menghapuskan subsidi untuk mengelakkan dana kerajaan terus berkurangan, kini cukai pelancongan pula bakal menjerut poket mereka yang memang sedia nipis dan tidak banyak wang.

Bantahan Sarawak dan kemudian oleh Sabah terhadap cukai pelancongan tidak ubah memperlihatkan berlakunya apa yang dikata "rumah siap pahat berbunyi"  dalam pentadbiran kerajaan. 

Kita tentunya hairan bagaimana wakil-wakil BN dari kedua-dua negeri itu sebelum ini boleh menyokong pembentangan dsn kelulusan cukai pelancongan di Parlimen dan hanya ketika hendak dilaksanakan pada 1 Julan depan baru mereka sedar akan kesan buruknya.

Apakah wakil-wakil BN tidak diberi maklumat dan penerangan yang cukup mengenainya atau baru sekarang mereka sedar kesan buruknya kepada sektor pelancongan dan beban hidup rakyat?

Skandal 1MDB: Jho Low ‘cuci’ AS$50 juta dana 1MDB melalui firma tenaga

Wang berkaitan 1MDB yang digunakan oleh ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang Jho Low untuk membeli sebuah hotel di London yang mahu dirampas oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, didakwa telah ‘dicuci’ melalui pembelian sebuah syarikat tenaga.
Menurut Wall Street Journal (WSJ), DOJ membuat dakwaan itu dalam tuntutan mahkamah bertarikh Rabu lalu untuk merampas harta berkenaan.
Pemfailan DOJ mendakwa bahawa pada tahun 2013 dan 2014, Low memindahkan AS$ 50 juta yang “diselewengkan daripada 1MDB" melalui satu siri akaun bank dan syarikat tanpa sebarang aset untuk membantu membiayai pembelian Coastal Energy bernilai AS$ 2.2 bilion.
Ketika itu, Coastal Energy adalah sebuah syarikat yang berpangkalan di Houston yang dimiliki oleh Oscar Wyatt Jr.
Baki AS$ 2.15 bilion dibayar oleh Compañía Española de Petroleos SAU (Cepsa), sebuah firma tenaga Sepanyol yang dimiliki oleh syarikat dana pelaburan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC)
Seminggu selepas pembelian, Cepsa memindahkan AS$350 juta kepada syarikat tanpa aset yang didakwa dikuasai oleh Low itu.
Dana ini kemudian digunakan Low untuk membeli hartanah di London yang mahu dirampas oleh DOJ.
Menurut saman itu, Cepsa akhirnya membeli pegangan Low dalam Coastal Energy untuk mengambil alih kawalan penuh dan pemilikan syarikat.
Goldman Sachs, yang juga dikaitkan dengan 1MDB, menjadi penasihat Cespa dalam pembelian itu.
Walau bagaimanapun, Goldman dilaporkan menafikan bahawa ia menjadi penasihat Low atau mana-mana syarikat yang dikawalnya dalam perjanjian berkenaan.
WSJ melaporkan bahawa sebelum perjanjian dengan Coastal dimeterai, Goldman telah menasihatkan bank suapaya tidak berkerjasama dengan Low atau syarikat tidak aktif miliknya.

Jawatankuasa Felda: Amanah anggap MB Johor cuba tutup tembelang


Dzulifly Ahmad Amanah JohorParti Amanah Negara (Amanah) Negeri Johor menganggap langkah kerajaan negeri mewujudkan jawatankuasa bagi menangani semua isu yang dihadapi Felda di negeri itu sebagai mahu menutup tembelang dan kelemahan pentadbiran tanah rancangan itu di bawah perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Timbalan pengerusinya Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, penubuhan jawatankuasa itu hanya sandiwara dalam keadaan rakyat sudah mengetahui krisis yang berlaku dalam Felda Global Ventures (FGV) yang menyalahgunakan aset bumiputera itu.
"Umum telah mengetahui perkara yang berlaku terhadap Felda Global Ventures (FGV) yang membabitkan aset Felda disalahguna dan tindakan MB Johor ini seperti ingin menutup kelemahan yang berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak.
"Amanah Johor ingin memberi penegasan agar apa yang diwujudkan ini jangan menjadi suatu perkara yang hanya cakap sahaja tanpa ada usaha yang bersungguh untuk membantu peneroka generasi kedua," katanya dalam kenyataan.
10 Jun lalu, kerajaan negeri Johor mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa bagi menangani semua isu yang dihadapi Felda di negeri itu khususnya soal pemilikan, perumahan dan infrastruktur, selain pembinaan rumah generasi kedua Felda oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jawatankuasa itu dipengerusikan bersama Pengerusi Felda, Tan Sri Shahril Abdul Samad yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru dan dua exco kerajaan negeri yang berkaitan.
Mengulas lanjut, Dzulkefly berkata, penglibatan exco kerajaan dalam jawatankuasa itu turut menjadi kebimbangan pihaknya kerana rekod sebelum ini menunjukkan exco di bawah pentadbiran Khaled dikaitkan dengan tuduhan rasuah hartanah yang melibatkan hak milik bumiputera.

Cukai Pelancongan: Mahfuz sifatkan BN Sarawak hipokrit

Banner Pelancongan sarawak
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menyifatkan wakil rakyat BN Sarawak dan Sabah sebagai hipokrit apabila secara tiba-tiba membantah Cukai Pelancongan yang diumumkan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Beliau berkata, ahli parlimen BN dari kedua-dua negeri itu tidak bersuara sewaktu Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Pelancongan 2017 dibahaskan pada April lalu.
"Sudah menjadi amalan apabila sesuatu perkara sebelum dibentang ke parlimen sudah tentu dibawa dahulu ke dalam Mesyuarat Kabinet.
"Apa peranan menteri-menteri dari Sarawak pada ketika itu? Adakah mereka semua menyokong secara membuta tuli semata-mata untuk membodek PM Najib?
"Setelah menyokong Akta Cukai Pelancongan tiba-tiba hari ini mereka membantah pula dan minta ditangguh serta dikecualikan Cukai Pelancongan ke atas Sarawak dan Sabah.
"Inilah sikap hipokrit Barisan Nasional Sarawak dan Sabah. Barisan Nasional Sarawak dan Sabah sedang bersandiwara untuk menunjukan mereka hero kepada rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mahfuz Omar kolumBeliau mengulas tindakan Sarawak mengumumkan menarik diri daripada Lembaga Pelancongan Malaysia berkuat kuasa semalam.
Dalam kenyataan dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri Sarawak, keputusan itu dibuat selepas kerajaan negeri berpendapat penyertaan dalam lembaga itu mempunyai pertindihan tugas serta peranan dengan Lembaga Penggalakan Pelancongan Sarawak.
Keputusan berkenaan diumum sehari selepas Nazri menggelar Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah sebagai menteri "setahun jagung".
Kenyataan Nazri itu dibuat sebagai reaksi beliau kepada gesaan Abdul Karim agar kerajaan persekutuan menangguhkan pelaksanaan cukai pelancongan yang bakal berkuatkuasa 1 Ogos depan.
Karim turut menyebut mengenai Perjanjian Malaysia dalam meminta cukai itu ditangguhkan di Sabah dan Sarawak.

Siapa calon pilihan PAS jadi PM selepas PRU14?

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, meminta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menamakan tokoh pilihannya untuk menjadi perdana menteri selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14 ini.
Malah, kata Lim, soalannya itu boleh dijawab dengan mudah oleh Abdul Hadi "tanpa perlu memerah otak begitu banyak".
Kenyataan Lim itu dibuat sebagai reaksi beliau kepada kisah Abdul Hadi ketika bertemu dengan duta AS di Malaysia sebelum PRU ke-13 lalu.
Cerita itu dinukilkan Abdul Hadi pada salah satu catatannya baru-baru ini. Ia dibuat ketika anggota parlimen Marang itu menjelaskan pendirian PAS mengenai calon perdana menteri pilihan mereka.
Ketika pertemuan Abdul Hadi dan duta itu, PAS ditanya siapakah yang dicalonkan PAS sebagai perdana menteri Malaysia kalau memenangi PRU?
"Saya menjawab secara sepontan: Siapakah calon yang dipersetujui oleh AS? Mereka semua ketawa besar, kemudian terdiam," ceritanya.
Kata Lim, pengisahan pertemuan Abdul Hadi itu sangat menarik, sama ada dari segi kandungan juga waktu ia didedahkan.
"Ia mengesahkan bahawa, walaupun Pakatan Rakyat bersetuju menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri ketika itu dan ia diumum secara terbuka semasa ceramah pilihan raya, Abdul Hadi dan penasihat-penasihatnya mempunyai pandangan lain," katanya.
Pakatan Rakyat adalah gabungan parti pembangkang utama - PKR, DAP dan PAS - yang dibentuk bagi menghadapi BN menjelang PRU ke-13.
Bagaimanapun gagasan itu berkubur apabila PAS dan DAP berseteru dan kemudian melahirkan Pakatan Harapan (HAAPAN) dengan dianggotai Parti Amanah Negara (AMANAH).
Ia kemudian disertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Tahun ini PAS akhirnya turut berseteru - paling tidak di atas kertas - dengan PKR apabila memutuskan kerjasama politik mereka dengan parti berkenaan.

Pelawaan Pas Kelantan tidak masuk akal - PKR


KOTA BHARU - Pelawaan Pas untuk mengalu-alukan PKR terus kekal dalam pentadbiran kerajaan Kelantan adalah sesuatu yang tidak wajar berlaku, kata Pengarah Komunikasi PKR Negeri, Mohd Sukirman Mustapa.
Menurutnya, perkara tersebut bagaikan tidak masuk akal memandangkan Pas telah pun memutuskan kerjasama politik dengan PKR, Mei lalu.
“Bagaimana kerjasama dalam kerajaan boleh di teruskan kerana kerjasama politik sudah terbatal sama sekali dan presiden Keadilan sendiri melalui kenyataan terbaru semalam sudah memutuskan akhir Julai adalah tarikh untuk semua lantikan politik di kelantan melepaskan jawatan mereka,” katanya kepada Sinar Harian di sini.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang masih mengalu-alukan wakil PKR untuk terus kekal dalam pentadbiran kerajaan Kelantan.
Tindakan tersebut, menurutnya adalah sebagai menghormati mandat rakyat pada pilihan raya lalu seperti mana yang dipraktikkan dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.
Mengulas alasan tersebut, Sukirman berkata, rakyat memberi mandat kepada parti, bukannya individu. Malah bagaimana satu kerjasama yang kukuh boleh berlaku jika kedua-dua parti berada dalam gabungan yang berbeza.
“PKR kini berada dalam Pakatan Harapan, iaitu satu gabungan rasmi. Perkara ini mustahil. Walau apa pun, kita masih menghormati pelawaan tersebut, tetapi kita ikut keputusan pimpinan pusat.
“Kedua-dua pihak perlu lebih realistik tentang landskap politik mutakhir ini, apatah lagi pilihan raya dikatakan semakin dekat. Kerajaan negeri sebelum ini tidak menyambung lantikan politik beberapa pimpinan peringkat negeri, malah ia tidak sepatutnya berlaku jika benar masih mahu bersama Keadilan,” katanya.

Dicengkam masa sukar, keluarga ikat perut sambut Raya...pemimpin terus bermewah..!!!

MENGHENTIKAN amalan “rumah terbuka”, membeli pakaian baru daripada kedai pakaian terpakai malah terpaksa tidak pulang balik kampung setahun sekali.
Ini adalah antara tindakan yang terpaksa diambil keluarga berpendapatan rendah dan sederhana yang cuba mengurangkan belanja semasa hari raya, ketika kenaikan kos sara hidup semakin mencengkam.
Indeks Harga Pengguna (CPI) Malaysia pada bulan April dicatatkan pada 4.4%, meningkat berbanding tahun lepas kebanyakkannya disebabkan peningkatan 16.6% indeks pengangkutan.
Laporan bulanan CPI yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan juga mencatatkan peningkatan untuk pengangkutan (+16.7%), makanan dan minuman bukan alkohol (+4.1%), perkhidmatan rekreasi (+3%), kesihatan (+2.8%), restoran dan hotel (+2.4%), dan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (+2.2%).
The Malaysian Insight menemubual empat keluarga bagi mengetahui bagaimana mereka menguruskan bajet mereka untuk sambutan hari raya tahun ini.
Keluarga pendapatan sederhana empat anak (pendapatan isi rumah: < RM10,000)
Afifa Daud, ibu kepada empat orang anak berusia antara tujuh hingga 11 tahun, dan suaminya mula menyimpan lima hingga enam bulan sebelum hari raya.
"Biasanya saya menyimpan awal. Kena ada sekurang-kurangnya RM5,000 untuk persiapan raya sederhana. Itu sebab kami ana-beranak mengamalkan budaya menyimpan untuk elakkan dari tertekan dekat raya nanti," katanya yang menguruskan pusat tuisyen bersama suaminya.
Beberapa perubahan dalam perbelanjaan dilakukan mereka termasuklah memasak di rumah, membeli pakaian baru lama sebelum bulan puasa bagi mengelakkan harga melambung tinggi dana membeli belah di kedai barangan terpakai.
Anaknya juga diberitahu untuk cuba menyimpan RM2 daripada duit belanja harian RM5 mereka, supaya mereka boleh membeli pakaian baru hari raya untuk diri sendiri.
Afifa juga berkata keluarganya sudah mula berjimat sejak dua tahun lalu, memandangkan kos sara hidup yang tinggi di Kuala Lumpur mula mengurangkan simpanan mereka.
“Kami tidak lagi menggunakan perkhidmatan pembantu rumah dan anak saya pula dulu saya (umur tujuh tahun) hantar taska tapi sekarang lepas sekolah saya bawa di pusat tusyen.
“Sudah tiga tahun kami tidak pulang beraya kerana kos seminggu pulang ke kampung mencecah RM3,000. Ini termasuk petrol dan homestay kerana rumah di kampung kmai tidak boleh menampung semua keluarga yang pulang beraya. Jadi kami perlu sewa homestay bila balik kampung,” jelasnya mengenai kos yang terlalu mahal untuk pulang ke kampung halaman di Kedah dan keluarga mentuanya di Perak sewaktu musim perayaan.
“Tapi kami akan balik ke kampung pada bukan hari raya. Dan untuk ‘open house’ pula kami hanya akan adakan untuk keluarga terdekat sahaja,” katanya lagi.
Ibu tunggal enam anak (pendapatan isi rumah: RM3,000)
Sambutan hari raya tahun ini tidak semeriah berbanding tahun sebelumnya untuk ibu tunggal Nurulazila Ismail, 39 tahun yang mempunyai enam orang anak berusia antara enam hingga 16 tahun.
“Hari raya tahun ini tidak semeriah lalu,” katanya yang bekerja sebagai tutor pelajar sekolah menengah dan sudah bercerai sejak enam tahun lepas.
Nuruazila memperolehi kurang daripada RM3,000 sebulan dan menerima bayaran zakat sebanyak RM300 sebulan.
Jumlah pendapatannya tidak mencukupi untuk menyara keluarganya. Dia membayar RM1,300 sebulan untuk sewa rumah dan membayar pinjaman keretanya.
“Saya tengok dari bulan satu sampai bulan empat dah asingkan (duit) untuk raya – hiasan rumah, kuih, baju anak-anak memang tak cukup. Berbeza dengan tahun lepas,” katanya sambil menambah yang dia memperolehi tambahan RM500 bulan ini kerana menjual kuih raya.
Tetapi dengan pendapatan tambahan itu pun, dia terpaksa menolak membuat rumah terbuka.
“Saya terpaksa sebab bila ada budak-budak faham-faham sajalah. Macam-macam yang perlu kita sediakan. Jadi saya dah cakap pada anak saya awal-awal tahun ini kita yang datang beraya ke rumah orang,” katanya.

Dek setahun jagung rosakkah BN sebelanga?

 Tidak semena-mena tiga hari terakhir ini nama jagung tiba-tiba menjadi popular. Marah benar sesetengah orang apabila nama jagung disebut Datuk Seri Nazri Aziz.
Jagung tak salah apa-apa pun. Cuma kerana jagung setahun ada menteri nampak macam berkecil hati, dan ada juga seakan-akan bermuram durja.
Nazri tetaplah seorang Nazri.
Bagi sebahagian orang kelakuan menteri pelancongan dan kebudayaan itu menjengkelkan, tetapi jangan pula dimarah jika ada sebahagian yang lain terhibur dengan kepetahan mulut beliau.
Nazri seorang tokoh yang mendapat pendidikan sebagai peguam. Maka apa hairannya apabila beliau lincah berkata-kata dan selalunya bersahaja pula. Tajam menikam kata-katanya - itu antara kelebihan anggota parlimen Padang Rengas itu.
Nazri bukan tokoh yang baru dalam dunia politik. Sebelum ini namanya dikenali sebagai tokoh pemuda Umno walaupun tidak pernah menjadi ketua pergerakan itu.
Malah bagi sesetengah orang kisah beliau pada zaman pemuda dulu seakan-akan sebuah legenda urban yang berwarna-warni.
Di sebalik semua itu Nazri adalah contoh terbaik seorang pemimpin yang wala kepada pemimpin atasannya. Bagi sebuah kerajaan yang berdepan dengan pelbagai cabaran seperti hari ini Nazri adalah jawapan terbaik buat seorang perdana menteri seperti Datuk Seri Najib Razak.
Menteri-menteri lain bolehlah menjadikan beliau sebagai suri teladan bagi mendepani pembangkang dari segi dan arah mana pun.
Apabila beliau mengkritik seorang daripada menteri kabinet Sarawak kelmarin, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Dia juga menggunakan bidalan semasa mengkritik itu.
Kalau dibandingkan dengan bidalan-bidalan semasa politik, rasanya ia jauh lebih murni daripada kata-kata kesat dan kejam sesetengah orang di pentas ceramah.
Nazri pernah terbukti begitu berterus terang dan 'kasar' apabila mahu berdepan dengan bekas ketuanya di kabinet suatu ketika dulu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jika dikenang ke masa tidak berapa lama dulu, putera sultan pun Nazri tidak hairan untuk berbalah, apa sangatlah dengan seorang wakil rakyat.
Apa yang boleh mengejutkan ialah bagaimana hujah Nazri dibalas oleh pemimpin-pemimpin BN Sarawak. Memanglah ada juga yang terkejut dengan status Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, 55, yang sehingga kini kekal menjadi ketua pemuda BN Sarawak, tetapi itu adalah cerita yang lain.
Isu cukai pelancongan - juga sama seperti isu-isu melibatkan kepentingan umum yang lain - wajar dibahaskan dengan terbuka dan berani jika pun tidak secara jantan.
Kata kuncinya ialah: berbahas. Kita tidak perlukan - misalnya - orang gedebe seperti Leman Kampung Kelabu Asap untuk melempang sesiapa yang tidak bersetuju dengan pandangan seseorang menteri.
Kita juga mungkin tidak perlukan - misalnya - pegawai askar Wataniah yang terpaksa berpantun untuk menyampaikan maksud di hati.
Apa yang diperlukan ialah keterbukaan minda dan kepala yang dingin.
Ungkapan "setahun jagung" yang digunakan Nazri itu pula tidak wajar diterjemah secara harfiah sebaliknya ditaakul dengan latar budaya dan bahasa Melayu yang betul.
Jika ada pihak yang berasa anak jantan itu tersilap, maka betulkanlah dengan hujah yang jantan juga. Mengelak dengan mengalihkan isu bersandarkan kata-kata "semangat kekeluargaan BN" misalnya tidak membantu meleraikan kemelut yang melanda.
Ia kira-kira sama seperti menyapu debu, sampah dan kotoran ke bawah tikar. Masalah tidak selesai, cuma tidak nampak buat seketika pada mata.

‘Pengkhianatan masa depan anak Terengganu’

Syabas kepada Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi, kerana sanggup untuk menghidupkan semula dan menyelamatkan projek Taman Ilmu di Tembila Besut.
Sudah 12 tahun projek Tapak Kompleks Pusat Pendidikan Tinggi Negeri Terengganu berlalu.
Projek ini yang menelan kos jauh lebih tinggi dari kos asal, RM350 juta di atas tapak 700 ekar masih lagi belum siap, banyak kerosakan dan kecurian yang berlaku di lokasi projek tersebut.
Bagaimana tragedi ini boleh berlaku kepada projek yang sangat mulia pada asalnya dan telah menelan jutaan wang rakyat dibenarkan terus merosak dan dibiarkan hari demi hari?
Wang rakyat lebur begitu sahaja. Dua belas tahun rakyat Terengganu melihat tiga menteri sesar Terengganu Barisan Nasional telah memegang jawatan ini dan dalam tempoh ini masalah ini masih tiada penyelesaian.
Kelihatannya projek negeri "Kuwait Malaysia" yang kaya dengan hasil minyak masih gagal untuk menyelesaikan projek seperti ini, ternyata menteri besar daripada BN tidak boleh pakai.
Apakah tiada orang berwibawa dan profesional dalam Kerajaan Terengganu yang boleh menyelesaikan masalah yang membelenggu Terengganu ?
Mari kita imbas persoalan sejarah ringkas dan fakta projek Taman Ilmu Terengganu ini:-
a) Mengapa projek asalnya dengan kos RM350 juta ini yang dibahagikan kepada tujuh pakej kontraktor berlainan gagal disiapkan walaupun permulaannya berjalan baik?
b) Mengapa ada kontraktor yang sangat lambat dibayar sehinggakan mereka menghadapi berbagai masalah walaupun negeri Terengganu mempunyai bajet tahunan RM2 billion?
c) Mengapa selama 12 tahun kerajaan negeri dan JKR tidak mengambil tindakan yang sepatutnya untuk menyelamatkan projek yang baik kepada Pendidikan Negara ini?
d) Mengapa setelah projek ini terbengkalai, masalah kecurian dan kerosakan berlaku di lokasi projek teyap berlaku walaupun ada pihak kawalan lamatan swasta yang dibayar ratusan ribu ringgit?
e) Mengapa setelah satu syarikat pengurusan swasta dilantik untuk menyelamatkan projek ini ianya masih terus bermasalah dan kerajaan diberitakan terpaksa membayar syarikat tersebut lebih dari RM30 juta setelah melalui kes mahkamah tanpa apa-apa hasil positif kepada status projek tersebut?
f) Selama 12 tahun, adakah tiada menteri besar, exco negeri dan pegawai kerajaan yang berwibawa dan mempunyai keazaman politik dari Terengganu yang berani mengambil tanggungjawab untuk mengatasi masalah yang amat merugikan rakyat Terengganu dan Malaysia ini? Semua soalan ini mesti dijawap oleh menteri besar selaku ketua kerajaan negeri.
Mengabaikan satu projek pendidikan tinggi dalam sebuah negeri yang kaya dengan sumber ekonominya adalah satu "jenayah moral"!
Lebih-lebih lagi Terengganu telah lama terkenal sebagai negeri yang menghasilkan begitu ramai murid cemerlang di peringkat persekolahan menengah dalam peperiksaan peringkat kebangsaan.
Ini merupakan pengkhianatan peluang untuk memberi lebih banyak kemudahan dan kejayaan kepada anak Terengganu yang mereka berhak menuntut setelah prestasi akademik cemerlang yang berterusan.

‘Saya imam’ dan rasuah kurma......

Kalau ada yang bimbang 'hadiah Ramadan' DAP dapat membeli undi, persoalannya adakah rakyat mampu dibeli dengan sebungkus kurma?
saya-imam
Oleh Rahman Imuda
“Saya imam”, 2 perkataan yang cukup untuk menjadikan individu yang menghalau petugas Pakatan Harapan di sebuah bazar di Kluang, Johor menjadi tular.
Ini bukanlah insiden pertama petugas pembangkang dihalau dan dihalang untuk memberikan sedekah kepada orang awam di bazar Ramadan.
Apa yang lebih menarik, kejadian seperti ini pernah berlaku pada 2014, melibatkan orang yang sama tetapi memakai karakter yang berbeza ketika itu.
Membincangkan individu tersebut tidak membawakan kita apa-apa manfaat, kecuali mengundang ketawa kecil. Saya melihat ada beberapa perkara yang boleh kita selami daripada insiden “saya imam” ini.
Satu bungkus kurma, satu undi?
Sayang sekali kita tidak dapat melihat keseluruhan video “pengusiran” ini, saya hanya menjumpai video pendek ketika “aksi panas” sedang berlaku.
Mengapa petugas ini dihalau? Apa yang membuatkan “pak imam itu bertukar menjadi ganas ketika bulan Ramadan?
Jawapan paling logik adalah pak imam takut penerima kurma akan mengundi parti yang memberikan kurma. Jika itu merupakan sebab terjadinya insiden ini, persoalan saya yang seterusnya; adakah undi rakyat yang negaranya 2 bulan lagi mencapai kemerdekaan yang ke-60 mampu dibeli dengan sebungkus kurma? Saya tidak rasa begitu.
Jika kita beralih kepada sebab yang paling lazim dalam insiden pergaduhan itu, iaitu si pemberi adalah berbangsa Cina dan “menentang Islam”, saya masih juga tertanya-tanya.
Pertama, adakah orang yang tidak beragama Islam tidak dibenarkan sama-sekali untuk melakukan kebaikan kepada orang yang sedang berpuasa? Dapatkah mata kita menembusi hati seseorang untuk melihat niatnya?
Okay, andainya saya bersetuju dengan premis DAP tidak menyokong perkembangan Islam di Malaysia, adakah menggunakan taktik kekerasan untuk menghalau petugas yang ingin melakukan kebaikan itu selari dengan ajaran Islam?
Apa perasaan “tok imam” dan rakan-rakannya jika ahli politik yang mereka sanjungi dihalau secara “keras” ketika mengedarkan limau semasa perayaan Tahun Baharu Cina? Saya pasti mereka juga akan terkilan.
Tipikal golongan tua konservatif
Bagi mereka yang rajin memberi soalan panas kepada golongan agamawan tua yang bersifat konservatif, saya fikir jawapan seperti “jangan nak cerita pasal Islam, saya imam” merupakan antara jawapan yang popular.
Kita harus menghargai golongan agamawan tua konservatif ini, pastinya mereka mempunyai jasa yang banyak. Namun, sekali-sekala mereka mungkin akan melakukan kesilapan atau tidak mempunyai pengetahuan yang luas tentang isu generasi baharu.
Golongan muda pada hari ini pula didedahkan dengan pelbagai maklumat, proses untuk mencernakan maklumat ini memerlukan bantuan daripada ahlinya.
Lambakan maklumat yang diterima oleh golongan muda ini melahirkan soalan yang mungkin tidak pernah ditanya oleh generasi sebelum ini.
Sekali-sekala, soalan ini bersifat terlalu “sensitif” sehingga menimbulkan kontrovesi dalam kalangan sarjana agama.

Skandal 1MDB: Pejabat jenama pakaian dalam wanita dikaitkan Jho Low sasaran terkini DoJ

Ia merupakan antara 3 hartanah mewah yang mahu dirampas Jabatan Kehakiman AS atas dakwaan ia dibeli dengan dana berkait 1MDB.
dojs-jho-low
PETALING JAYA: Pihak berkuasa Amerika Syarikat minggu lalu memfailkan saman untuk merampas beberapa hartanah di London, termasuk sebuah “penthouse” dengan pemandangan Istana Buckingham dan sebuah unit pejabat menempatkan syarikat pengeluar pakaian dalam wanita, atas dakwaan ia dibeli dengan wang dilesapkan daripada 1MDB, lapor The Wall Street Journal (WSJ).
Menurut saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), semua hartanah itu terletak di daerah Mayfair di London dan dibeli dengan nilai £77 juta (RM418 juta) oleh ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low.
Menurut dokumen difailkan di sebuah mahkamah di California pada 7 Jun, Jho Low, yang namanya disebut dalam kertas siasatan DoJ tahun lalu mengenai kecurian dana 1MDB, membeli hartanah itu menggunakan wang dilesapkan daripada syarikat milik kerajaan Malaysia itu.
Hartanah di London itu merupakan antara beberapa aset yang menjadi sasaran pihak berkuasa AS, di samping beberapa bangunan di New York dan Los Angeles, yang menurut DoJ dibeli menggunakan wang 1MDB.
Menurut dokumen mahkamah yang dipetik WSJ, unit pejabat London itu menempatkan ibu pejabat Myla, sebuah syarikat pengeluar pakaian dalam wanita di United Kingdom, dan dibeli pada harga £42 juta (RM228 juta) pada 2014.
Dokumen mahkamah juga menyebut Jho Low membuat pemindahan wang £35 juta kepada sebuah akaun Royal Bank of Scotland Group di bawah nama “Macfarlanes LLP Client Account Number 1”, yang merupakan sebuah firma guaman di UK.
Dalam laporan siasatannya tahun lalu, DoJ berkata Jho Low berpakat memindahkan wang sebanyak AS$3.5 bilion (RM15 bilion) daripada 1MDB bagi membeli Park Lane, sebuah hotel di Beverly Hills, kondominium di New York, lukisan mahal di samping untuk membiayai penerbitan filem “The Wolf of Wall Street” yang diterbitkan sebuah syarikat diketuai anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz.

Skandal 1MDB: DOJ mohon rampas hartanah 1MDB di London

Kerajaan Amerika Syarikat mengemukakan permohonan di mahkamah bagi merampas sebuah ‘penthouse’ di London yang didakwa diperolehi dengan dana yang diselewengkan daripada 1MDB, lapor The Wall Street Journal (WSJ).
Ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, membeli ‘penthouse’ berkenaan, sebuah bangunan pejabat dan sebuah lagi pangsapuri, yang semuanya terletak di daerah Mayfair dengan membelanjakan £77 juta (RM416 juta pada kadar semasa) milik firma pelaburan negara itu.
Ini adalah menurut dokumen mahkamah yang difailkan pada 7 Jun oleh Jabatan Keadilan (DOJ) di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi daerah California Tengah.
Pada Julai 2016, DOJ memfailkan saman sivil pelucuthakan di Los Angeles bagi memohon kebenaran merampas hartanah bernilai kira-kira AS$1 bilion (RM4.26 bilion pada kadar semasa) yang berkaitan dengan dana 1MDB.
Ia sebagai sebahagian daripada usaha bagi mendapatkan semula AS$3.5 bilion yang dikatakan telah diselewengkan daripada 1MDB.

Hartanah di London itu adalah yang terbaru menjadi sasaran penyitaan oleh DOJ yang bertaburan di seluruh dunia.
"Low membeli penthouse dan pangsapuri di Stratton menggunakan hasil 1MDB. Low menggunkan dana yang dikesan diselewengkan daripada 1MDB untuk membeli pejabat di Stratton," kata DOJ dalam kenyataannya.

Skandal FGV: Lebih 50 akan dipanggil

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyoal-siasat lebih 50 individu bagi membantu siasatan ke atas Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) yang sedang dijalankan, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Azam Baki.
Ini mungkin termasuk pengerusi syarikat FGV, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Zakaria Arshad, katanya.
"Kenyataan mereka adalah penting bagi membolehkan kami untuk melengkapkan siasatan, yang bermula minggu lepas.
"Pasukan siasatan juga akan sekali lagi ke pejabat Felda untuk merampas dokumen-dokumen yang berkaitan," katanya yang dipetik sebagai berkata oleh The Star.
"Kami percaya kenyataan itu akan membantu SPRM untuk menyelesaikan kes secepat mungkin. Ia juga bergantung kepada bukti yang dikumpul," katanya.
Menurut New Straits Times, Azam berkata, pegawai SPRM akan membuat satu lagi lawatan ke FGV untuk mendapatkan lebih banyak dokumen mengenai isu-isu yang dibangkitkan semasa proses siasatan pada minggu lalu.
Tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan siasatan, katanya bergantung kepada tahap kerjasama saksi.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Dzulkifli Ahmad juga mengesahkan suruhanjaya itu menerima beberapa laporan mengenai siasatan FGV.

Sistem Felda jadikan peneroka hamba kerajaan Umno@Bn


Sistem hutang dalam Felda menjadikan peneroka hamba kepada tanah rancangan itu dan kerajaan, kata ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk A Kadir Jasin.
Beliau berkata, keadaan ini kemudiannya dieksploitasi oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk memeras ugut peneroka supaya mengundi mereka pada pilihan raya.
Peneroka Felda“Lingkaran ganas (vicious cycle) ini akan pecah hanyalah jika peneroka berani membebaskan diri daripada belenggu hegemoni Umno dan BN,” katanya menulis dalam blog beliau.
Menurut Kadir, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein mewujudkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP/Felda), bertujuan menghapuskan kemiskinan, keberhutangan dan cengkaman tuan tanah, ceti dan orang tengah ke atas petani miskin namun keadaan sebaliknya berlaku hari ini.
“Sekarang petani miskin sudah jadi peneroka. Mereka ada tanah dan terlepas daripada cengkaman kemiskinan. Tapi mereka terus berhutang. Malah hutang mereka lebih besar. Kalau dulu mereka berhutang kepada ceti, sekarang mereka berhutang kepada Felda.
“Ada yang sampai RM100,000 atau lebih sedangkan usia mereka sudah lanjut dan hasil ladang tidak banyak mana. Peneroka berhutang hampir RM5 bilion kepada Felda setakat bulan Disember 2015.
“Ini termasuklah pinjaman membeli saham FGV yang jatuh merudum, dana pembukaan tanah, tanam semula, pendidikan tinggi, beli komputer, insentif usahawan dan ubah suai rumah,” katanya.
Hakikatnya, Kadir berkata, insentif yang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak umumkan itu sebenarnya ditanggung sendiri oleh peneroka dan oleh pembayar cukai, namun ia akan meringankan sikit beban peneroka yang rata-rata berhutang besar dengan Felda.

INIKAH KONSEP RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN VERSI NAJIB?


PM Najib telah mengumumkan pemberian dekoder percuma kepada 4.2 juta penerima BR1M. Pemberian dan pengunaan dekoder ini adalah sebahagian dari projek peralihan sistem penyiaran dari analog kepada digital.
Harga dekoder tersebut ialah sebanyak RM199. Persoalannya apakah pemberian dekoder percuma dengan kos yang besar boleh membantu menyelesaikan hidup rakyat khususnya 4.2 juta penerima BR1M?
Rakyat kini tertekan dengan kenaikan kos sara hidup akibat dari harga barang keperluan meningkat naik angkara GST, tetapi kerajaan UmnoBN seperti langsung tidak menghiraukan penderitaaan rakyat.
Pemberian BR1M sebanyak RM1200 setahun atau RM3.28 sehari tidak pun dapat merubah kehidupan rakyat yang makin terbeban, inikan pula dekoder yang tidak boleh menjadi juadah berbuka puasa serta penerima BR1M terpaksa juga menanggung kos pemasangan dengan harga RM180.
Perbelanjaan dekoder percuma yang diberi kerajaan berdasarkan harga RM199 X 4.2 juta bersamaan RM834 juta. Satu angka yang sangat besar tetapi tidak membantu penerima BR1M keluar dari bebanan hidup yang menghimpit kehidupan mereka sekeluarga.
Jika Malaysia mempunyai PM yang bijak berfikir untuk rakyat sudah tentu dengan RM834 juta itu, Malaysia boleh mendapatkan 18,533 mesin dialisis bagi membantu pesakit buah pinggang yang memerlukan.
Dengan RM834 juta juga Malaysia boleh membiayai pembinaan 27,800 buah rumah bagi orang miskin yang tiada rumah dengan harga RM30 ribu sebuah atau memberi bantuan RM10 ribu sebuah bagi membaiki 83,400 buah rumah daif di luar bandar.
Kerajaan juga sepatutnya memilih menggunakan wang RM834 juta itu untuk membantu pembiayaan pendidikan kepada pelajar IPT dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah supaya mereka tidak terus terbeban dengan hutang.
Malang untuk Malaysia kerana memiliki PM umpama musang yang akan menghabiskan ayam satu ‘lau’ (reban) dan menteri dari ‘parti kitchen kebinet’ (UmnoBn) yang ‘berotak selut dan belemoih dengan korupsi’.
Rakyat pun rasa pelik apabila lain yang diminta dan diharapkan oleh rakyat lain pula yang diberikan oleh kerajaan.
Dato’ Hj Mahfuz Hj Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena.
Ulasan Blog – Siapa kroni yang dapat projek RM834 juta untuk membekalkan dekoder itu?
Inikah rupa bentuk konsep rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan yang selalu dibanggakan oleh Najib Razak?
Mengapa lain yang rakyat harapkan dalam keadaan kos sara hidup terus meningkat ini, tetapi benda lain yang diberikannya?
Siapa pernah pergi ke Pekan, kawasan Parlimen Najib?

Kecoh di bazar: 'Orang tak bagi, kenapa masuk juga' - MP Umno

Wakil PKR letak jawatan, Kelantan tidak akan terjejas

Jangan sekat ahli politik berkhidmat untuk rakyat - MT UMNO

DS Najib 'Ambil iktibar perang Badar, wala' pada pemimpin'

Umno akan menang lebih baik PRU14, kata Syed Hamid