Sabtu, 10 Jun 2017

Tiada lagi ‘Amanat Haji Hadi’, kini zaman kerjasama Umno-PAS


Tiada lagi ‘Amanat Haji Hadi’, kini zaman kerjasama Umno-PAS
Era baru hubungan PAS dan Umno dapat dilihat jelas dengan kemesraan yang diperlihatkan pemimpin atasan kedua-dua parti. 
"KITA menentang Umno, bukan kerana namanya. Kita menentang Barisan Nasional (BN) bukan kerana ia lama memerintah kerajaan.
"Kita menentang kerana ia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah.
"Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Kalau kita mati melawan puak ini, mati kita adalah syahid."
Ucapan panas itu dibuat Abdul Hadi Awang di Kampung Banggol Peradong pada 1981. Presiden PAS ketika itu baru berumur 34 tahun dan mula dikenali ramai.
Ucapan itu dijadikan "Amanat Haji Hadi" oleh pengikut PAS bagi menentang Umno yang disifatkan sebagai tidak Islamik oleh pengikutnya.
Ia juga antara punca perpecahan dalam keluarga dan sembahyang dua imam di surau dan masjid antara pengikut PAS serta Umno di negeri pantai timur.
Ia berlaku 36 tahun lalu ketika Hadi di awal karier politiknya.
Namun kini, segala-galanya sudah berubah.
Hadi kini nampaknya lebih cenderung memuji Umno berbanding mengecam di depan ahlinya. Parti Islam itu menafikan sebarang hubungan rapat presiden dengan presiden Umno, berdasarkan pandangannya yang memberi keutamaan kuasa politik Melayu dan Islam di Malaysia mengatasi perkara lain.
Era baru yang mempunyai hubungan lebih selesa antara PAS dan Umno dapat dilihat apabila anak didik Hadi, Ahli Parlimen Kuala Nerus Khairudin Aman Razali, berkongsi menaiki kereta dengan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman.
Gambar mereka berdua menaiki kereta bersama tular di media sosial dan terpaksa dijelaskan panjang lebar oleh ketua penerangan Dewan Ulama PAS.
Sebelum itu, Hadi sendiri sudah boleh menaiki bot bersama ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga Menteri Pertanian, Ahmad Shabery Cheek dalam satu majlis di Marang.
Kedatangan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi ke daerah ini juga disambut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Hussein Awang.
Mereka berbuka puasa bersama di Masjid Tok Jembal, beberapa kilometer sahaja dari Masjid Batu 6, pusat aktiviti PAS ketika budaya kafir mengkafir membuak-buak di kalangan penyokong PAS 36 tahun lalu.
Ia juga beberapa kilometer sahaja dari Kampung Banggol Peradong, tempat Hadi memberikan ucapannya 36 tahun lalu.
"PAS sudah berubah sekarang dan Umno bukan lagi musuh PAS," kata Dr Syed Azman Ahmad Nawawi, Adun PAS dari Batu Burok.

SEMUA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG SKANDAL FGV

Krisis ini yang melibatkan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) bermula selepas Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Zakaria Arshad diarah bercuti awal minggu ini.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, FGV – pengendali ladang kelapa sawit ketiga terbesar di dunia itu – menyatakan bahawa cuti itu sehingga selesai penyiasatan terhadap urus niaga tertentu oleh anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn Bhd.
Selain Zakaria, turut diarah bercuti tiga pegawai kanan iaitu Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd, Kamarzaman Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar.
Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Abdul Samad dalam sidang media pada hari Selasa mengesahkan bahawa audit dalaman akan dijalankan dalam perkara itu. Beliau menegaskan bahawa keputusan untuk menggantung Zakaria telah dibuat oleh lembaga FGV dan bukan oleh beliau seorang sahaja.
Walau bagaimanapun, Isa mengancam untuk menyaman wartawan yang meminta respons beliau terhadap dakwaan penyalahgunaan kuasa. Wartawan itu meminta komen beliau mengenai satu artikel oleh penulis blog Raja Petra Kamarudin, yang mendakwa Isa mahu Zakaria disingkirkan dalam usaha untuk menutup dakwaan amalan rasuah dalam FGV.
Itu mungkin hanya spekulasi, tetapi berdasarkan apa yang telah dilaporkan, Zakaria dikatakan digantung selepas beliau dilaporkan menolak permintaan Isa supaya dia meletakkan jawatan berhubung dakwaan salah laku dalam pengaturan kredit antara Delima Oil Products dan Safitex Trading LLC yang berpangkalan di Dubai.
Safitex dilaporkan mempunyai hutang terkumpul sebanyak AS$8.3 juta (RM35.38 juta pada kadar semasa) dan tidak membuat sebarang pembayaran balik sejak akhir 2015.
Walau bagaimanapun, Zakaria, dalam surat kepada Isa, menafikan dia telah melanggar kod tadbir urus korporat.
Dalam surat bertarikh 5 Jun, Zakaria berhujah bahawa proses pembayaran dan syarat kredit yang digunakan oleh Delima, telah pun dibuat sebelum beliau menjadi ketua pegawai eksekutif.
Zakaria juga dilaporkan oleh The Star pada hari Selasa sebagai berkata dia telah cuba untuk menghentikan beratus juta ringgit pelaburan yang dibuat oleh lembaga pengarah syarikat tersebut, yang beliau sifatkan sebagai “tidak masuk akal”.
Ini dilaporkan termasuk rancangan pengembangan £100 juta (RM551 juta) bagi Felda Cambridge Nanosystems Ltd dan rancangan pelaburan RM300 juta untuk membeli 30 peratus pegangan dalam sebuah kilang krimer. Zakaria menegaskan semua itu bukan perniagaan teras FGV.
Berbekalkan beberapa dokumen, Zakaria keesokan harinya pergi ke  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan memberitahu pemberita bahawa beliau berada di sana untuk membantu siasatan terhadap dakwaan mengenai salah urus dalam syarikat tersebut.

SKANDAL FGV: SIASATAN DALAMAN SELESAI, CEO AKAN DIBERI SURAT TUNJUK SEBAB SELASA INI?

Siasatan dalaman terhadap CEO FGV, Zakaria Arshad berhubung urusniaga mencurigakan antara Safitex dengan Delima Oil Products Sdn Bhd sudah pun selesai dan keputusannya satu surat tunjuk sebab akan dikeluarkan terhadapnya.

Lembaga Pengarah FGV difahamkan sudah memperakukan dapatan siasatan dalaman itu dan bersetuju mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Zakaria untuk beliau menjawab tuduhan-tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Surat tunjuk sebab itu akan diberikan kepada Zakaria pada Selasa, 13 Jun ini.

Kewujudan sesuatu yang tidak kena dalam urusniaga antara Safitex dengan Delima Oil diperolehi melalui laporan tahunan audit FGV iaitu PriceWater House dan ia kemudian dilaporkan kepada Lembaga Pengarah.

Dalam dapatan itu dikatakan hutang tertunggak yang gagal dikutip oleh Delima Oil, anak syarikat FGV daripada Safitex dalam tahun kewangan 2014, 2015 dan 2016 sudah mencecah angka melebihi RM50 juta.

Dalam isu hutang tertunggak itu, bukan saja kegagalan mengutipnya yang menimbulkan masalah, malah Zakaria yang merupakan bekas Pengarah Urusan Delima Oil pernah mencadangkan agar RM50 juta itu dijadikan hutang lapuk saja oleh FGV.

Melalui dapatan PriceWater House itulah yang kemudian membawa  Isa meminta Zakaria meletakkan jawatan secara baik bagi mengelakkan nama baik FGV terus terjejas.

Bagaimanapun Zakaria menolak permintaan Isa itu dan dengan tergesa-gesa menulis surat kepada Isa dengan salinannya kepada pelbagai pihak yang lain untuk mempertahankan dirinya, meskipun ketika itu belum lagi sebarang tuduhan secara rasmi ditujukan kepadanya.

Panel siasatan dalaman oleh sebuah syarikat audit bebas dengan dibantu oleh pihak guaman yang dilantik oleh FGV hanya ditwujudkan setelah Zakaria berkeras tidak mahu meletakkan jawatannya berdasarkan keraguan sesuatu yang tidak kena dalam laporan audit PriceWater House berhubung urusniaga Safitex dengan Delima Oil.

Sebelum ini, Pengerusi FGV, Isa Samad ada memaklumkan kepada media bahawa satu surat tunjuk sebab akan dikeluarkan kepada Zakaria berhubung urusniaga Safitex dengan Delima Oil yang menyebabkan syarikat itu menanggung kerugian besar.

Kata beliau, surat tunjuk sebab itu akan dikeluarkan sebaik saja siasatan dalaman selesai menjalankan tugasnya.

Kita ikut prosedur dan Lembaga Pengarah FGV akan menentukan kedudukan Zakaria berdasarkan jawapannya dalam surat tunjuk sebab itu nanti, katanya sebagaimana dipetik pada 8 Jun lalu.

Jangan malukan Anwar, pesan Ambiga pada pembangkang

Ambiga Sreenevasan berkata keghairahan penyokong mendesak Anwar Ibrahim dijadikan perdana menteri seolah-olah itu sahaja yang dimahukan bekas ketua pembangkang itu.
ambiga-anwar-bahasaKUALA LUMPUR: Aktivis hak asasi Datuk Ambiga Sreenevasan memberi amaran kepada Pakatan Harapan supaya jangan terlalu ghairah mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadikan perdana menteri.
“Mungkin saya akan kehilangan ramai kawan kerana kenyataan ini tetapi kelakuan mereka memalukan Anwar kerana seolah-olah jawatan perdana menteri sahaja yang beliau mahukan,” katanya di forum “Isu berbangkit di Malaysia menjelang PRU-14” di Pusat Legasi Wesley di sini hari ini.
“Saya tahu Anwar seorang insan yang mendahulukan negara jadi penyokong beliau mesti mendahulukan negara.”
Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) itu berkata pembangkang sepatutnya kemuka formula kemenangan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 dan mengapa rakyat perlu memilih mereka.
“Siapa yang mereka mahu pilih sebagai perdana menteri pada asasnya adalah keputusan mereka tetapi mereka perlu bertenang dan pertimbangkang semula kelakuan mereka. Saya cuma mahu formula kemenangan. Tunjukkan kamu ada strategi dan pasukan untuk menang pilihan raya.”
Beliau mengingatkan pembangkang untuk tidak mengambil mudah sokongan pengundi yang mahukan perubahan.
“Tidak kira betapa tidak cekapnya mereka, kita masih mengundi mereka kerana kita mahu melihat perubahan. Jangan ambil mudah sokongan kami.”
Meskipun begitu, Ambiga menggesa pengundi supaya memilih pembangkang pada pilihan raya nanti.
“Mesti ada perubahan. Saya memilih bukan kerana saya memihak kepada pembangkang tetapi kerana kita tidak lagi boleh kekalkan kerajaan yang sudah lebih 60 tahun memerintah.
“Saya kenal ramai orang yang marah dengan pembangkang dan begitu juga saya, tetapi hanya dengan menyingkirkan BN mereka akan sedar yang mereka boleh disingkir jika tidak baiki diri sendiri.”
Semalam ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Pakatan Harapan belum memutuskan calon perdana menteri mereka untuk pilihan raya umum akan datang.

Ambiga minta pembangkang elak pertandingan 3 penjuru

Ambiga Sreenevasan tidak yakin Barisan Nasional akan tewas dalam pertandingan 3 penjuru.
ambiga-pakatan1KUALA LUMPUR: Aktivis hak asasi Datuk Ambiga Sreenevasan menasihatkan Pakatan Harapan supaya mengelakkan pertembungan 3 penjuru pada pilihan raya umum ke-14.
Bercakap di forum “Isu berbangkit di Malaysia menjelang PRU-14” di Pusat Legasi Wesley hari ini, Ambiga berkata umum sepakat mengatakan Barisan Nasional akan menang dalam pertandingan 3 penjuru walau apa pun pandangan penganalisis mutakhir ini.
“Saya tak perlukan penghitungan dan tinjauan untuk beritahu saya mengenai bahaya pertandingan 3 penjuru ialah BN akan menang,” katanya.
Beliau berkata pendirian politik dan aspirasi PAS sekarang ini memungkinkan pertandingan 3 penjuru maka Pakatan Harapan tidak perlu menangani PRU-14 dengan hasrat meletakkan calon di semua kerusi.
“Itu bahaya permainan PAS dan Pakatan Harapan perlu mengurangkan bahaya itu.”
Ambiga bagaimanapun berkata Pakatan Harapan masih berpeluang kerana tidak mungkin ramai pengundi di kerusi kawasan bandar akan mengundi PAS.
“PAS tidak akan berjaya di kawasan bandar. Sebelum ini mereka berjaya kerana dinaungi Pakatan dan pengundi memilih mereka dengan harapan mereka akan membantu menyingkir kerajaan. Sekarang keadaan sudah berubah.”
Beliau berkata kehadiran PPBM terbukti memberi kelebihan kepada PH, membayangkan kemungkinan PPBM akan dapat menawan hati pengundi penyokong Umno.
“PPBM berjaya menembusi kawasan yang tidak dapat ditembusi Pakatan Harapan dan perkembangan itu sangat penting kerana selagi perubahan tidak akan berlaku jika gagal tembus kawasan Umno.”

Selepas PRU14, PAS mahu jadi penasihat kerajaan

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS pusat, Dr Zuhdi Marzuki berkata berdasarkan kedudukan kerusi, PAS mempunyai suara untuk memberi nasihat dan menjadi pencatur penting kepada politik Malaysia.
ZuhdiPAS, yang sebelum ini mengumumkan mahu bertanding secara bersendirian tanpa menganggotai pakatan pembangkang, menyasarkan untuk menjadi “pencatur penting politik” selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS pusat, Dr Zuhdi Marzuki berkata berdasarkan kedudukan kerusi, PAS mempunyai suara untuk memberi nasihat dan pandangan kepada kerajaan.
“Dalam kedudukan yang disasarkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin PAS, kita tidak memerintah, cuma kita sasarkan memerintah di beberapa negeri.
“Tetapi PAS menyasarkan selepas PRU14, PAS menjadi pencatur penting kepada politik Malaysia.
“Dengan kedudukam faktor kerusi, kita mempunyai suara untuk memberi nasihat dan pandangan kepada kerajaan,” kata beliau pada Munaqasyah Rakyat di sini, hari ini.
Dalam Muktamar PAS bulan lalu, mereka menyasarkan untuk menawan kembali 4 negeri iaitu Pahang, Terengganu, Selangor, Kedah dan mengekalkan kerajaan negeri Kelantan.
Zuhdi menegaskan, PAS mengambil pendekatan Islam untuk atasi masalah negara seperti integriti, moral dan perpaduan kaum yang rapuh.
“Kita jangka pendekatan ini akan diambil sehingga PRU15,” katanya.

Skandal FGV: Lembaga Pengarah nafi 'tuduhan' CEO

Lembaga Pengarah Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) hari ini menafikan tuduhan "perjanjian tidak masuk akal" dibuat ketua pegawai eksekutif syarikat (CEO) itu yang kini diarah bercuti, Datuk Zakaria Arshad.
"(Lembaga) ingin menjelaskan bahawa perluasan FGV Cambridge Nanosystems Ltd (FGV CNS) bernilai £100 juta adalah tidak benar dan tidak pernah dibentangkan kepada lembaga seperti yang didakwa dalam artikel berita yang dipetik Zakaria Arshad.
"Kerugian RM117 juta direkodkan FGV CNS dalam tempoh tiga hingga empat tahun lalu juga tidak benar.
"FGV mengambil alih FGV CNS pada Disember 2013 dan kerugian yang ditanggung dari 2014 hingga April 2017 adalah £5 juta (RM27.5 juta), iaitu sebagai syarikat awal pada peringkat pembangunan produk," kata jawatankuasa eksekutif FGV lembaga itu dalam satu kenyataan hari ini.
Lembaga pengarah FGV itu juga menafikan dakwaan Zakaria mengenai rancangan pelaburan RM300 juta untuk menguasai 30 peratus saham dalam sebuah syarikat kilang krimer.

Pilihan Raya UK: Politik Britain berubah, pengundi muda bangkit



Keputusan pilihan raya di United Kingdom (UK) pada Khamis memberi kejutan dan “mimpi ngeri” kepada Perdana Menteri Theresa May kerana parti Konservatif pimpinannya gagal memperoleh majoriti yang diperlukan untuk membentuk kerajaan.
Theresa MayBagaimanapun, pilihan raya itu membawa kegembiraan kepada pemimpin parti Buruh Jeremy Corbyn kerana parti yang diterajuinya mencatatkan pencapaian yang agak memberangsangkan.
Keputusan itu bakal melakar sejarah dengan Corbyn mempunyai peluang yang hampir sama rata dengan May untuk menjadi perdana menteri.
Perkembangan ini berlaku ketika UK, dalam masa 11 hari, dijangka mengadakan rundingan dengan negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EU) mengenai pengunduran Britain daripada blok itu.
Para pemerhati meletakkan jumlah kerusi yang kemungkinan dimenangi oleh Konservatif ialah 314 (Konservatif dapat 312) dan Parti Buruh 266 ( Buruh peroleh 260).
Pada satu ketika semasa liputan oleh BBC, pengulas pilihan raya veteran BBC David Dimbleby mencemuh Emily Thornberry yang dinamakan sebagai setiausaha dalam negeri dalam kabinet bayangan Parti Buruh apabila membayangkan tentang kemungkinan Parti Buruh membentuk kerajaan.
Situasi sekarang menyebabkan May kini bergantung kepada pengundi di Ireland Utara untuk mengekalkan cengkaman selepas pilihan raya.
Ahli-ahli politik kanan parti Buruh berpendapat bahawa masanya sudah tiba bagi Corbyn membuktikan kemampuannya bagi mengenepikan saingannya.
Jika ada apa-apa yang menjadi pengajaran daripada pilihan raya ini ialah politik telah berubah dan bahawa media arus perdana tidak lagi memainkan peranan seperti sebelumnya. Corbyn telah lama berjuang sebagai “underdog” di peringkat akar umbi dengan bersuara melalui Twitter.
Seorang pengulas politik membuat kesimpulan mengenai perkembangan sekarang seperti keadaan politik negara itu seolah-oleh kembali seperti tahun 1970.
Istilah Corbynistas digunakan untuk merujuk kepada pengundi muda yang menunjukkan kebangkitan dan pelajar yang sudah bosan dengan politik “orang besar” dan pembayaran bonus yang lumayan sedangkan rakyat tidak mempunyai perumahan dan menikmati perumahan yang selesa.
Mereka bersuara bukan mengenai proses Brexit tetapi mengenai isu perumahan, potongan perbelanjaan dan kesihatan negara.

Iktibar pilihan raya umum UK untuk Pakatan Harapan

Sama ada Parti Buruh telah memenangi pilihan raya umum UK atau tidak, sama ada pemimpinnya Jeremy Corbyn menjadi Perdana Menteri atau tidak, ia telah mencatatkan satu kejayaan besar kepada golongan progresif.
Sebelum Parlimen UK dibubarkan tujuh minggu lalu, Konservatif menerajui tinjuan pendapat dengan 21 mata. Ia adalah jurang yang amat luas. Banyak pihak meramalkan Buruh akan kalah teruk. Namun, beberapa minggu sepanjang kempen, Buruh mengejutkan banyak pihak apabila berjaya merapatkan jurang tersebut.
Tiada siapa menyangka Buruh pimpinan Corbyn – yang dituduh oleh Konservatif, malah di kalangan elit Buruh sendiri, sebagai pemimpin lapuk, ketinggalan zaman serta tidak faham ekonomi semasa – berjaya menarik perhatian pengundi, khususnya golongan muda.
Antara keberanian Corbyn ialah mengemukakan manifesto Buruh yang jelas dan berani. Ia tidak segan-silu untuk kembali kepada asas perjuangan sosialis, termasuk mencadangkan usaha memiliknegarakan semula perkhidmatan-perkhidmatan asas seperti keretapi, pos, kesihatan dan air.
Antara lain, Buruh juga mahu:
  • Menurunkan umur pengundi daripada 18 kepada 16 tahun;
  • Menghapuskan yuran pendidikan universiti untuk menjadikannya percuma;
  • Mengiktiraf Palestin sebagai negara berdaulat;
  • Menghentikan jualan senjata kepada Arab Saudi;
  • Mengenakan cukai tinggi kepada kelab bolasepak yang membayar gaji tinggi kepada pemain.
  • Menambah peruntukan perkhidmatan kesihatan awam (NHS) serta menarik balik penswastaan program-program NHS;
  • Menaikkan cukai korporat dan mengurangkan cukai perniagaan kecil;
  • Menyediakan makanan berkhasiat percuma untuk kanak-kanak sekolah;
  • Meluaskan khidmat percuma jagaan anak;
  • Menyediakan jaminan bayaran pencen yang lebih adil;
  • Membina 100,000 unit rumah mampu milik setiap tahun;
  • Menanam sejuta pokok; dan
  • Memberi hak yang lebih kepada penyokong pasukan bolasepak menentukan cara kelab ditadbir.
Dalam hal ini, apa erti kejayaan kempen Buruh kepada politik Malaysia?
Sudah tentu politik Britain berbeza dengan Malaysia. Amalan demokrasi dan kebebasan di negara kita masih di takok lama, dan perkauman serta politik agama yang sempit semakin menjadi-jadi.
Namun, yang boleh dijadikan teladan adalah untuk menguji sejauh mana kesungguhan Pakatan Harapan mahu memenangi pilihan raya umum yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Untuk menarik perhatian pengundi, Pakatan Harapan perlu berani keluar daripada gelanggang binaan BN. Peraturan ciptaan BN biasanya memaksa semua pihak menggunakan politik kaum dan agama yang disempitkan maknanya.
Kesan propaganda media BN sejak lebih separuh abad akhirnya melahirkan minda pengundi yang dikuasai dengan hegemoni UMNO berteraskan kaum dan agama serta taktik menakutkan pengundi yang berbeza pandangan dengan mereka. Kejadian ancam, ugut, tampar, tumbuk, tendang, terajang sejak pilihan raya umum 2008 semakin menjadi-jadi.
Pimpinan Pakatan tidak harus takut untuk melawan arus. Di Britain, Buruh tetap mara walaupun media di negara itu mengutuk cadangan memiliknegarakan kembali aset-aset awam. Malah, pakar ekonomi mengkritik cadangan menyediakan perkhidmatan percuma kepada rakyat, atas alasan ia akan meningkatkan hutang dan defisit negara.
Parti Buruh tenang sahaja menjelaskan bahawa semua pelaksanaan cadangan itu mampu ditampung dengan kenaikan cukai korporat dan cukai terhadap pihak-pihak yang mengaut keuntungan besar. Ia juga bercadang untuk menubuhkan tabungan tertentu bagi melaksanakan cadangan-cadangan tersebut.
Ini akan membolehkannya menyediakan khidmat-khidmat percuma, termasuk menghapuskan yuran pendidikan universiti. Malah, cukai nilai tambahan VAT akan dikenakan kepada sekolah swasta bagi membolehkan hasil kutipannya digunakan untuk menyediakan makanan percuma kepada murid-murid sekolah awam.
Di Malaysia, Pakatan Harapan perlu mengetepikan politik kaum dan agama. Yang harus menjadi tumpuan adalah penyediaan keperluan-keperluan ekonomi untuk semua rakyat, terutama mereka yang makan gaji dan mereka yang mempunyai perniagaan kecil; dan tentunya untuk mereka yang masih bersekolah dan menuntut di pusat pengajian tinggi.
Semua ini mampu dilaksanakan jika pimpinan Pakatan Harapan tidak cepat melatah mahu menonjolkan ego setiap kali diserang oleh parti lawan. Masanya sudah tiba untuk ketepikan gangguan dan alihan pandangan tersebut, dan tumpukan kepada cadangan serta cara untuk memulihkan ekonomi dan kos sara hidup rakyat.

Upah Pelobi AS: Sukarelawan Invoke ditahan polis Johor

Seorang sukarelawan Invoke dilaporkan ditahan polis Johor berhubung dakwaan Putrajaya mengupah pelobi AS, kata penyelaras pertubuhan itu, Rafizi Ramli.
Kata Rafizi, Gerald Tang membantunya mengesahkan alamat Florence Goh, pengarah Godfrey Group Ltd, iaitu firma yang didakwa terlibat mendapatkan khidmat pelobi berkenaan.
"Tang memang telah mendapat panggilan daripada pihak polis sejak seminggu lalu. Hari ini, dia hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejebat Polis Seri Alam di Johor Bahru diiringi oleh Anggota parlimen Bukit Batu yang juga Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Pua, sebagai peguamnya.
"Dia kini ditahan polis dan akan dibawa ke mahkamah majistret esok untuk membolehkan pihak polis mendapat perintah tahanan reman," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Rafizi penahanan Tang dibuat selepas Goh membuat aduan terhadap sukarelawan terbabit.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Jokhiri Abdul Aziz, mengesahkan penahanan Tang.
Bagaimanapun kata Jokhiri penahanan itu dibuat ekoran kes kehilangan surat dan dokumen dari peti surat di Taman Molek, Johor Bahru.
Taman itu adalah kawasan menempatkan pejabat Godfrey Group.
Kata Jokhiri kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu membabitkan kesalahan mencuri.
Jika disabitkan kesalahan, seseorang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekali.
Bulan lalu sebuah portal AS mendakwa Putrajaya mengupah seorang bekas pembantu Donald Trump, Healy Baumgardner-Nardone, untuk melakukan kerja-kerja melobi bagi pihak kerajaan Malaysia.
Rafizi yang juga naib presiden PKR mendakwa, berdasarkan dokumen Jabatan Keadilan AS, Baumgardner-Nardone diupah melalui syarikat Goh.
Goh sudah dihubungi Malaysiakini untuk mendapatkan komennya namun belum berhasil.

Skandal FGV: Urus niaga RM850 juta meragukan, Putrajaya patut gantung Isa

PUTRAJAYA didesak menggantung tugas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) Isa Samad bagi membolehkan siasatan terhadap urus niaga yang “dipertikaikan” ditandatangani oleh syarikat perladangan itu dijalankan dengan telus. Urus niaga itu termasuk pelaburan tambahan £100 juta (RM550 juta) dalam Felda Cambridge Nanosystems Ltd yang kerugian RM117 juta dalam tempoh beberapa tahun lalu dan RM300 juta yang lain untuk membeli pegangan saham 30 dalam kilang krimer, yang bukan sebahagian perniagaan teras Felda.
“Lebih menakutkan, Zakaria turut mendedahkan campur tangan langsung oleh lembaga pengarah dalam FGV untuk memberikan kontrak rundingan terus tanpa tender yang mahu ditolaknya sejak dilantik setahun lalu pada April 2016,” kata Pua dalam satu kenyataan.
“Selepas hampir seminggu pendedahan skandal itu, pengerusi lembaga pengarah Isa Samad enggan memberi penjelasan mengenai tuduhan itu,” katanya.
Zakaria digantung tugas pada Selasa atas tuduhan pembabitan dalam transaksi tidak teratur bernilai RM46 juta. FGV menggantung CEO itu dan tiga yang lain dalam pengurusan syarikat sehingga selesa siasatan audit dalaman.
Semalam, Edge Financial Daily melaporkan Isa mendakwa tuduhan Zakaria bukan satu isu, dan perkara yang membimbangkan ialah transaksi tidak teratur antara anak syarikat FGV, Delima Oil Sdn Bhd syarikat Afgan berpangkalan di Dubai, Safitex Trading LLC.
Isa dilaporkan berkata, “Saya tidak mahu buat kenyataan mengenai perkara itu. Jangan simpangkan isu. Kita bercakap fasal perkara ini (Safitex). Topik lain boleh dibincangkan hari lain, selepas yang ini selesai. Bagi kami, fokus sekarang ialah tindakan yang diambil Zakaria.”
Pua berkata walaupun Safitex mempunyai hutang tertunggak AS$11.7 juta (RM46 juta) kepada FGV yang amat membimbangkan, perkara lebih besar ialah urus niaga RM850 yang meragukan ditimbulkan oleh Zakaria.

Skandal FGV: Langkah drastik perlu untuk selamatkan FGV, kata Shahrir

Tan Sri Shahrir berkata, tindakan drastik perlu dilakukan untuk memastikan syarikat tersebut kembali stabil dan langkah terbaik adalah untuk menempatkan wakil Felda dalam Lembaga Pengarah FGV.
shahrir-fgvPETALING JAYA: Felda mampu menyelesaikan kemelut yang sedang melanda Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), sekali gus membantu mengembalikan keyakinan masyarakat dan pelabur terhadap syarikat itu, kata Pengerusinya Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang dimiliki Felda dalam industri berkenaan.
FGV, syarikat berkaitan kerajaan yang disenaraikan di Bursa Malaysia, kini dilihat berhadapan dengan isu kepimpinan dan pengurusan serius.
Lembaga Pengarah FGV mengarahkan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zakaria Arshad bercuti mulai 6 Jun lalu. Zakaria yang sebelum itu enggan meletakkan jawatan dilaporkan berhadapan dengan krisis pengurusan.
Badan itu mengeluarkan arahan kepada Zakaria untuk melepaskan 2 jawatan dipegangnya susulan siasatan tunggakan bayaran Safitex kepada Delima Oil Products.
Selain Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha turut dilaporkan dipaksa bercuti serta-merta berhubung siasatan tunggakan bayaran Safitex.
Tan Sri Isa Samad merupakan pengerusi FGV.
Isu FGV sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memberi tumpuan ke atas 6 perkara. Zakaria berada di ibu pejabat SPRM 2 hari yang lalu.
Shahrir yang dilantik sebagai pengerusi Felda tahun lalu berkata, tindakan drastik perlu dilakukan untuk memastikan syarikat tersebut kembali stabil dan langkah terbaik adalah untuk menempatkan wakil Felda dalam Lembaga Pengarah FGV.
“Pada 26 Mei lalu, Felda telah menghantar surat kepada FGV untuk menempatkan 3 orang dalam Lembaga Pengarah FGV dengan 2 daripadanya wakil pengurusan manakala seorang lagi Ahli Lembaga Pengarah Felda sendiri, namun hingga hari ini masih belum ada jawapan balas.

PAS mahu bawa RUU persendirian dana politik

Selepas menjadi fokus susulan RUU menaikkan bidang kuasa Mahkamah Syariah, PAS mahu mengambil langkah yang sama jika Putrajaya tidak mempercepatkan usaha menggubal Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik.
Zuhdi-Marzuki_ruu_600
SHAH ALAM: Selepas menjadi fokus susulan rang undang-undang persendirian (RUU) menaikkan bidang kuasa Mahkamah Syariah, PAS mahu mengambil langkah yang sama jika Putrajaya tidak mempercepatkan usaha menggubal Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS pusat, Dr Zuhdi Marzuki berkata, pihaknya mahu undang-undang itu digubal segera dengan membentangkan pada sidang Parlimen akan datang bagi menyelesaikan masalah rasuah.
“Kita akan desak kalau kerajaan tidak bawa RUU itu, kemungkinan 1 lagi RUU akan di bawa PAS yang melibatkan RUU Sumbangan dan Pembiayaan Politik.
“Ini pendekatan kita. Kita bercakap hal perubahan yang perlu dilakukan. Walau mereka dapat modal politik tetapi PAS utamakan penyelesaian masalah negara,” kata beliau pada Munaqasyah Rakyat di sini hari ini.
Sesi Dewan Rakyat akan datang dijadual untuk berlangsung dari 24 Julai hingga 10 Ogos.
September lalu, Pengerusi Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP), Senatpr Datuk Paul Low Seng Kuan mengumumkan cadangan agar Putrajaya menggubal satu akta khusus yang akan menetapkan semua ahli politik supaya mengisytiharkan dana yang diterima atau disiasat dan dikenakan tindakan.
Akta itu membawa peruntukan mengharamkan sumbangan tunai daripada sumber asing sama ada kepada parti mahupun ahli politik, termasuk individu, syarikat, yayasan atau persatuan yang berdaftar atau tidak berdaftar serta tidak berpejabat di Malaysia.
Akta itu juga melarang perniagaan milik kerajaan dan syarikat terima kontrak kerajaan atau konsesi membuat sumbangan politik secara langsung, tidak langsung atau berupa barangan.
Semua sumbangan yang dibenarkan perlu disalurkan ke dalam akaun parti atau akaun peribadi baharu berasingan untuk transaksi itu

Mungkin ada agenda tersembunyi di sebalik dakwaan RM9.5j sembang Musa

Bekas ketua polis negara berkata, beliau mengesyaki ada agenda tersembunyi di sebalik dakwaan Datuk Seri Najib Razak mengeluarkan bayaran sebanyak RM9.5 juta kepada peguam terkemuka, Tan Sri Shafee Abdullah.
Menurut Tan Sri Musa Hassan, agenda itu mungkin boleh menyebabkan negara kucar-kacir atau musnah.
"Saya sangsi. Mungkin ada kepentingan tertentu dan agenda tersembunyi di sebalik dakwaan ini yang boleh membawa kehancuran atau huru-hara kepada negara," katanya pada sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.
Musa menjawab soalan media mengenai kemungkinan ada kaitan antara dakwaan portal Sarawak Report berhubung bayaran didakwa dibuat perdana menteri kepada Shafee, dan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengemukakan permohonan mengetepikan sabitan kes liwat keduanya.
Shafee - seorang peguam persendirian - dilantik kerajaan mengetuai pasukan pendakwa ketika perbicaraan kes Anwar di peringkat Mahkamah Persekutuan.
Bekas timbalan perdana menteri dan pemimpin PKR itu sebelumnya dibebaskan daripada tuduhan berkenaan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Februari 2012.
Bagaimanapun keputusan itu dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan pada Mac 2014.
Malaysiakini tidak boleh mengesahkan dakwaan laporan Sarawak Report itu secara bebas atau menentukan sama ada bayaran yang dikatakan itu berkaitan dengan peranan Shafee dalam kes Anwar.
Shafee pula dipetik portal FMT sebagai berkata, beliau akan mengeluarkan kenyataan mengenai dakwaan berkenaan pada suatu hari nanti.

RM9.5 JUTA: KETUA POLIS NEGARA TAK HARUS TOLAK TAWARAN TERBUKA SARAWAK REPORT

Dalam reaksinya berkaitan bayaran RM9.5 juta yang dibuat oleh Najib Razak kepada peguam Shafee Abdullah sebagaimana yang didedahkan oleh Sarawak Report, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar menjemput pengendali portal berkenaan, Claire Rewcastle Brown untuk datang ke Malaysia bagi membantu siasatan.
Reaksi Khalid itu secara langsung memberi gambaran bahawa pihak polis mula tergerak hati untuk melakukan siasatan, barangkali bukan saja kerana sudah banyak laporan polis dibuat mengenainya, bahkan sebenarnya itulah juga keinginan majoriti rakyat.
Rakyat hanya ingin melihat kebenaran akhirnya terungkai dan tidak lagi diselindungkan.
Tetapi, untuk Claire datang ke negara ini tentunya agak mustahil kerana ada beberapa waran tangkap terhadapnya atas dakwaan “mengganggu demokasi berparlimen” dan “menyebarkan berita palsu”.
Jika beliau setuju datang ke Malaysia untuk membantu siasatan sebagaimana yang diminta oleh Khalid, pastinya sesampai saja di KLIA sudah ada anggota polis yang akan mencekupnya.
Ia tidak ubah seperti beliau “menyerah lehernya sendiri” kepada pihak polis.
Dengan bersetuju menerima jemputan Khalid itu, belum tentu kehadirannya dapat membantu siasatan, sebaliknya penangkapan dan pendakwaan akan berjalan terlebih dahulu.
Akhirnya, mungkin siasatan tidak akan ke mana-mana.
Lantaran itu, sesiapa pun yang berada di tempat Claire, mereka tidak mungkin akan memenuhi jemputan Khalid itu.
Tetapi Khalid nampaknya telah menunjukkan kepada rakyat keinginan beliau untuk melakukan penyiasatan berhubung dakwaan wang RM9.5 juta yang melibatkan Najib dan Shafee itu.
Dalam itu, jika Khalid kekal dengan keinginan untuk melakukan penyiasatannya, beliau yang sebaliknya kena bersetuju dengan tawaran Claire iaitu pihak polis Malaysia yang kena datang ke UK untuk menemubualnya.
Kata Claire, beliau sedia untuk menjawab apa juga soalan daripada polis Malaysia sekiranya Khalid menghantar anggotanya untuk bertemunya di UK.
Saya juga percaya detektif Bukit Aman tidak sukar mencari jalan untuk berhubung dengan saya sekiranya mereka mahu, katanya lagi.
Selain itu, Claire juga mengatakan maklumat yang didedahkannya selama ini bukanlah rahsia bagi Khalid sebagai salah seorang anggota pasukan petugas khas menyiasat 1MDB kerana “tiada apa yang beliau tidak tahu mengenainya.”
Dokumen berkaitan juga pasti ada di atas mejanya dan beliau memiliki salinannya, walaupun keputusannya sebelum ini….menutup siasatan, tambah Claire.
Namun demikian, sekiranya benar Khalid ingin melakukan siasatan dan membuat perbandingan antara dokumen yang dimilikinya dengan apa yang ada dalam pengetahuan Claire, beliau tidak ada pilihan lain selain segera menghantar anggota polis ke UK bertemu dengan pengendali Sarawak Report itu.
Segala-galanya kini di tangan Khalid kerana Claire sudah membuat tawaran terbuka untuk membantu siasatan, tetapi ia mesti dilakukan di UK, bukan di Malaysia.
Khalid tiada alasan untuk menolak tawaran Claire jika beliau masih kekal dengan keinginan yang sama untuk melakukan penyiasatan dan memberitahu kebenaran kepada 31 juta rakyat Malaysia tentang wang RM9.5 juta itu.
Selebihnya, bank yang terlibat, Najib dan Shafee – semuanya ada di Malaysia dan tidak sukar untuk melakukan penyiasatan.
 
Sediakah Khalid berbuat demikian?

Pegawai SPRM peras ugut polis, minta rasuah direman 3 hari

Seorang pegawai SPRM ditahan kerana didakwa memeras ugut dan meminta wang daripada pegawai polis yang bertugas di Pulau Pinang.
Nik-Ros-Azhan_polis_sprm_600
BUKIT MERTAJAM: Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan kerana didakwa memeras ugut serta meminta wang daripada pegawai polis yang bertugas di Pulau Pinang.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata pegawai yang bertugas di Unit Risikan Zon Utara SPRM Putrajaya berusia 38 tahun itu ditahan di sebuah restoran di Taman Machang Bubok di sini, pukul 10.20 malam tadi.
“Berdasarkan siasatan, mangsa yang merupakan pegawai polis cawangan Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT telah dihubungi melalui aplikasi WhatsApp oleh pegawai SPRM itu pada Mac lepas untuk berjumpa.
“Pegawai polis yang memang mengenali lelaki itu memberitahu tidak dapat berjumpa kerana berada di Putrajaya dan sejak itu suspek kerap menghubungi mangsa, namun pegawai (polis) tersebut enggan bertemu kerana tahu dia (suspek) akan memeras ugut,” katanya di sini hari ini.
Nik Ros Azhan berkata, pada 5 Jun lepas, mangsa dimaklumkan oleh rakannya bahawa pegawai SPRM itu ingin bertemu dengannya dan menetapkan wang bulanan sebanyak RM3,000 setiap bulan kononnya bagi menjaga pegawai polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT.
“Mangsa kemudiannya berjumpa dengan suspek di sebuah stesen minyak di Seberang Jaya pada Khamis malam dan diberitahu jika enggan memberi wang, pegawai polis itu berisiko ditangkap SPRM kerana mangsa bertanggungjawab membuat laporan perkembangan aktiviti perjudian haram,” katanya.

Mahfuz persoal PAS harap bukan Islam akan undi kerana takut

Kata Mahfuz, orang bukan Islam hanya akan mengundi parti yang benar-benar mahu menggantikan pentadbiran sekarang.
mahfuz-omar-pas
PETALING JAYA: Datuk Mahfuz Omar, satu-satunya pemimpin yang lantang mengkritik kepimpinan PAS, mempunyai mesej khusus untuk partinya: Jangan berharap orang bukan Islam akan mengundi anda kerana sentimen takut.
“Orang bukan Islam hanya akan mengundi parti yang benar-benar mahu menggantikan pentadbiran sekarang,” kata Mahfuz, Ahli Parlimen Pokok Sena dan bekas naib presiden PAS.
Beliau mengulas laporan akhbar yang memetik Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi sebagai berkata, parti itu percaya ia boleh memenangi undi di kawasan bandar kerana orang bukan Islam akan menyokongnya kerana takut akan dilihat sebagai anti-Islam.
Dipetik Malay Mail, Khalil berkata, sesetengah orang Cina dan India dilihat bimbang dengan serangan DAP terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung usaha beliau membawa hukuman yang lebih berat di bawah undang-undang syariah.
Beliau percaya mereka berpendirian sedemikian akan mengundi PAS supaya akan dilihat sebagai tidak bertentangan dengan Islam.
Mahfuz berkata, beliau menghormati hak Khalil untuk melahirkan pendapatnya, tetapi menambah, PAS akan terjejas peluang pada pilihan raya umum akan datang jika ia bergerak dengan kepercayaan ketua pemuda itu.
Mahfuz memberitahu FMT, bukan Islam akan menjadi tidak bersedia untuk mengundi PAS kerana parti itu sebelum ada memaklumkan yang ia akan bersaing di 80 kerusi parlimen dan menyasarkan untuk menang 40 daripadanya.
Kini terdapat 222 kerusi Parlimen.

Siasatan FGV bakal pengaruhi indeks utama Bursa

Pelabur juga dijangka mengambil sikap berhati-hati menjelang beberapa acara penting, oleh itu pergerakan indeks utama mungkin terhad dalam jajaran kecil minggu depan.
fgv-sahamKUALA LUMPUR: Pengukuhan dan belian giliran dalam kaunter berkaitan indeks, murah dan sederhana di Bursa Malaysia dijangka berterusan dalam dagangan pada minggu depan yang pendek disebabkan cuti.
Dari segi teknikal, kata peniaga, sokongan penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada paras 1,780 dan 1,760 mata.
Peniaga ekuiti berkata, kebanyakan petunjuk menyatakan paras psikologi 1,800 mata akan dijui bila-bila masa sahaja tidak lama lagi.
“Minat belian yang lemah dilihat sekitar 1,783 mata telah mencetuskan minat belian sokongan dan pasaran mungkin telah membentuk asas yang kukuh sekitar paras 1,760 mata.
“Ketika Bursa berada dalam fasa pengukuhan dan memasuki minggu dagangan yang pendek, belian giliran dengan minat dalam saham berharga rendah dan sederhana, dijangka berterusan,” kata peniaga kepada Bernama.
Bursa Malaysia dan anak syarikatnya akan ditutup pada 12 Jun sempena cuti umum Nuzul al-Quran.
Dagangan akan kembali pada 13 Jun dan peniaga berkata, trend pada Selasa akan seiring dengan prestasi di Wall Street dan bursa serantau.
Peniaga lain berkata, dana institusi dalam saham bermodal besar, tempatan dan asing dijangka terus membantu FBM KLCI untuk kekal positif minggu depan, dipacu oleh kestabilan ringgit dan tanda-tanda pemulihan ekonomi global.
“Tetapi pelabur juga dijangka mengambil sikap berhati-hati menjelang beberapa acara penting, oleh itu pergerakan indeks utama mungkin terhad dalam jajaran kecil minggu depan.
“Pelabur menjadi lebih berhati-hati ketika menunggu perkembangan siasatan ke atas Felda Global Ventures Holdings Bhd, kesan keputusan dasar Bank Pusat Eropah, keputusan pilihan raya United Kingdom dan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS pada 13 dan 14 Jun,” tambah beliau.
Sementara itu, Hong Leong Investment Bank Research berkata, aktiviti pengambilan untung mungkin berterusan di bursa.
“Saham di Bursa Malaysia mungkin diniagakan lebih rendah, berikuatan harga minyak mentah Brent yang lebih lemah, yang didagang di bawah AS$50 setong.
“Sokongan FBM KLCI akan dilihat pada sekitar 1,760. Bagaimanapun, kami berpendapat tumpuan dagangan akan kekal pada sarung tangan, semikonduktor dan keluli ketika volum telah meningkat dalam kalangan industri terlibat,” katanya dalam 1 nota.
Pada asas minggu ke minggu, FBM KLCI naik 11.94 mata kepada 1,788.89, Indeks Emas FBM menambah 82.43 mata kepada 12,764.69, Indeks FBMT 100 menokok 77.81 mata kepada 12,403.14 manakala Indeks Syariah Emas FBM melonjak 120.79 mata kepada 13,015.14.
FBM 70 meningkat 77.11 mata kepada 15,255.82 manakala FBM Ace naik 29.75 mata kepada 6,382.23.

PAS mahu berdialog dengan golongan ‘liberal’

PAS berharap dialog itu akan dapat menyelesaikan sebarang masalah antara PAS dan golongan liberal secara tertib.
tuan-ibrahim-pas
KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengumumkan akan menggiatkan dialog dengan golongan “liberal” yang sering mengkritik mereka.
Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berharap dialog itu akan dapat menyelesaikan sebarang masalah antara PAS dan golongan liberal secara tertib.
“Kita perlu duduk berbincang bersama sebab kalau kita bertembung dalam media, tak akan selesaikan masalah,” katanya dalam sesi soal jawab majlis berbuka puasa PAS Pusat besama media di sini hari ini.
Tuan Ibrahim mengakui dialog antara PAS dan golongan itu akan menemukan 2 kutub yang mempunyai pendirian yang bercanggah dalam beberapa perkara.
“Kita boleh toleransi dalam perkara yang tidak bercanggah dengan prinsip,” kata beliau, seiring dengan dasar Budaya Politik Matang Dan Sejahtera yang diterajui PAS di bawah Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Tetapi kalau soal Lesbian, Gay, Transgender dan Transeksual (LGBT) sudah tentu bercanggah dengan Islam. Kita tidak boleh pertahan nilai yang tidak bermoral. Tidak ada orang menganggap benda itu bermoral.”
Beliau berkata demikian selepas ditanya bagaimana PAS mahu menangani menangani golongan liberal yang mengkritik beberapa agenda parti seperti usul Hadi yang mahu meningkatkan hukuman maksimum kesalahan syariah melalui pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dan sikap terhadap isu LGBT.

Protes SPR: Naib Ketua Pemuda Amanah direman empat hari


Shazni Munir direman
Naib Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin (berbaju oren) direman empat hari bermula hari ini, bagi siasatan kes di bawah Seksyen 341/143 Kanun Keseksaan.
Seksyen 341 merujuk kepada kesalahan "menghalang mana-mana orang dengan salah" dengan memperuntukkan hukuman penjara sehingga sebulan, atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.
Shazni ditahan polis ekoran protes termasuk merantai dan mengunci pagar Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya pada 23 Mei lalu.
Himpunan itu berhubung bantahan kepada SPR yang memberhentikan pengedaran Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) kepada parti-parti politik.
Wan Anwar Wan Ibrahim 1Bagaimanapun, peguam yang mewakili Shazni, Wan Anwar Wan Ibrahim (gambar) berkata pihak polis seharusnya tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menyiasat Shazni memandangkan himpunan itu berlangsung tidak sampai satu jam dan tidak ada kekecohan berlaku.
"Saya sebagai peguam Shazni berhujah bahawa tidak masuk akal kalau kes yang sebegini mudah, perhimpunan tak sampai sejam, secara aman dan tak ada kekecohan berlaku, tak munasabah polis tak dapat melakukan siasatan dalam masa yang singkat," katanya ketika ditemui di luar Mahkamah Majistret Putrajaya, tengah hari tadi.
Justeru, beliau meminta agar polis menyelesaikan siasatan secepat mungkin walaupun diberi kebenaran menahan Shazni sehingga 13 Jun ini.
"Saya kesal dengan tindakan polis yang kurang kesungguhan menyelesaikan siasatan yang sepatutnya tak ada prosedur terlalu banyak.
"Walaupun diberikan masa empat hari, saya beritahu polis tadi kalau boleh cuba selesaikan siasatan paling lewat sehingga esok untuk sama-sama simpulkan hasil siasatan," katanya yang juga Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional.
Dalam pada itu, beliau turut kesal terhadap SPR yang dilihat semakin merumitkan proses demokrasi.
"Saya kecewa tindakan SPR kerana mengambil jalan lebih menyukarkan lagi proses demokrasi dalam negara kita dengan membuat laporan polis.

MENGEKALKAN BN YANG BERSATU LEBIH BAHAYA DARIPADA MEMILIH PH YANG TIDAK BERSATU

Kata mereka yang ragu, Pakatan Harapan tidak boleh dipilih sebagai kerajaan kerana tiada parti yang dominan dan tidak tahu siapa ketua dalam gabungan itu.
Juga kata yang ragu, Pakatan Harapan tidak boleh jadi kerajaan yang baik kerana mereka selalu berbalah dan sukar mencapai kata sepakat, waima dalam perkara yang mudah.
Lagi kata yang ragu, Pakatan Harapan adalah gabungan yang tidak kukuh dan tidak mungkin mampu memberi khidmat yang baik kepada rakyat.
Lagi-lagi kata yang ragu, lebih baiklah kita kekalkan UMNO dan BN daripada memilih Pakatan Harapan yang selalu celaru serta tidak keruan hala tuju.
Benarkah begitu?
Pemilihan kerajaan adalah berkaitan kehidupan masa depan. Baik kerajaan yang dipilih, maka terang dan terbukalah laluan untuk membina kehidupan.
Jika masih ada yang sukar dan ragu dalam membuat pilihan dalam pilihanraya akan datang, pertimbangkan dulu fakta-fakta ini:-
– siapa yang hilangkan duit rakyat dalam kes 1MDB dan rakyat menanggung bebannya?
– siapa yang mencekik poket rakyat dengan cukai GST sambil menabur janji “harga barang akan turun kerana GST”?
– siapa yang mengurangkan bajet pendidikan dan kesihatan?
– siapa yang menyebabkan ekonomi merudum dan angka-angka yang selalu ditunjukkan hanya bagai jenaka, sedangkan rakyat tidak merasa apa-apa?
– siapa yang menghapuskan subsidi atas nama rasionalisasi?
– siapa yang menyerah banyak kontrak, menjual tanah, pelabuhan dan segala macam yang lain kepada China?
– siapa yang menyebabkan kehidupan dan poket rakyat terus terjejas, tetapi yang diberi bukan penyelesaian, sebaliknya cuma dekoder untuk melekakan?
– siapa yang menyebabkan hutang negara mencecah hampir 1 trilion sehingga setiap bayi yang lahir, bukan cahaya kehidupan, tetapi hutang yang lebih dulu menunggu?
Adakah Pakatan Harapan yang celaru dan tidak bersatu melakukan semua perkara di atas itu?
Apa guna memilih BN yang lebih bersatu dan padu, tetapi mereka juga “bersatu dan padu” dalam merompak kekayaan negara dan meninggalkan sengsara buat rakyat jelata?
Bayangkan pula akan berlaku seterusnya jika BN yang “bersatu dan padu” itu dikekalkan lagi kuasanya?
Pakatan Harapan, ambil saja contoh di Selangor dan Pulau Pinang, sebelum menang pada piliharaya 2008 dulu, memang mereka tidak menamakan siapa jadi bakal jadi ketua dan bagaimana bentuk kerajaan yang akan dibina.
Tetapi, lihat bagaimana hasilnya hari ini?
Adakah rakyat Selangor dan Pulau Pinang lebih derita?
Bandingkan pula dengan Kedah, Negeri Sembilan atau Melaka misalnya, adakah ketiga-tiga negeri itu terlalu berbeza dengan Selangor dengan Pulau Pinang?
Berapa rezab yang ada di negeri-negeri berkenaan dan berapa bonus yang mampu mereka bayar untuk kakitangan awamnya?

Skandal FGV: Adakah krisis FGV satu perang proksi?

Kemelut antara pegawai tertinggi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Tan Sri Isa Samad dan Datuk Zakaria Arshad menimbulkan persoalan sama ada 'perang' antara pengerusi dan ketua pegawai eksekutif (CEO) itu mungkin merupakan satu 'perang proksi'.
Zakaria pada Selasa lalu diarahkan bercuti oleh lembaga pengarah syarikat bagi membolehkan siasatan berhubung tunggakan bayaran daripada syarikat Safitex untuk produk Delima Oil Products Sdn Bhd, sebuah anak syarikat FGV.
Bagaimanapun, Zakaria dilaporkan enggan berundur sebaliknya mempertahankan dirinya dengan mendakwa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.
Ekoran itu juga, Zakaria kemudian mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mengemukakan dokumen bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengenai salah urus dalam FGV.
Keberanian Zakaria dalam memperjuangkan isu ini serta kesediaannya bercakap kepada media tentang kemelut berkenaan menimbulkan persoalan kemungkinan beliau mendapat sokongan daripada pihak tertentu.
Persoalan yang paling utama, siapa dibelakang Zakaria? Bagaimana pula dengan Isa? adakah beliau kini bergerak sendirian atau sebaliknya?
Sehubungan itu, Malaysiakini telah mendapatkan komen daripada beberapa individu yang mengikuti perkembangan Felda serta kemelut FGV ini.
Seorang sumber yang tidak mahu namanya disebut merasakan bahawa krisis antara Zakaria dan Isa merupakan 'pergaduhan' dalaman yang turut melibatkan penasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun, sumber berkenaan belum bersedia untuk mendedahkan perkara ini lebih lanjut.
"Ini pergaduhan dalaman (melibatkan) kem penasihat-penasihat Najib. Zakaria, CEO itu sebelah penasihat Najib dan sekarang sedang melawan geng-geng ahli politik macam Isa.
"Sebab itu Zakaria berani semacam," kata sumber berkenaan.
Bagaimanapun, bagi Ketua Strategi Biro dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Dr Rais Hussin
Mohamed Ariff, beliau percaya Zakaria merupakan seorang lelaki yang berintegriti.
Ini kerana, menurut Rais, tindakan Zakaria menyerahkan dokumen kepada SPRM merupakan satu tindakan berbeza
sekiranya ia melibatkan ahli korporat lain.
"Pujian harus diberikan kepada Zakaria. Dia tak pergi (SPRM) secara senyap-senyap seperti anggota korporat yang lain kerana dia tahu apa yang berlaku. Bila dia ke SPRM dan menyerahkan dokumen-dokumen itu, dia tahu apa yang dia lakukan," kata Rais.
'Mangsa ketiga'
Menurut Rais lagi, Zakaria bukan seorang CEO yang dilantik atas lantikan politik, sebaliknya beliau tahu 'luar dan dalam' Felda memandangkan beliau merupakan anak peneroka.
"Beliau dah lihat segalanya yang berlaku dalam beberapa tahun yang lalu. Dia tidak mahu menjadi orang yang akan dipersalahkan atas kesalahan yang bukan dibuat olehnya," katanya lagi.

Mengulas mengenai isu kelewatan pembayaran Safitex kepada Delima Oil Products - sebab utama yang menjadi punca penggantungan Zakaria - Rais percaya Isa mungkin cuba mencari alasan untuk 'menyingkirkan' Zakaria.

Bagi Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman pula berkata, Zakaria merupakan 'mangsa' ketiga
Isa dalam FGV.
Menurut Mazlan, sebelum ini, penyandang CEO FGV, Datuk Zulkifli Abdul Wahab pernah mengalami nasib sama apabila
tidak bersependapat dengan Isa.
Malah, pengganti Zulkifli, Datuk Faizoull Ahmad turut 'disejuk bekukan' oleh Isa.
"Sebenarnya Zakaria adalah mangsa ketiga yang terlibat dengan penyingkiran. Sebelum penyenaraian FGV, pengarah FGV masa itu Datuk Zulkifli Wahab. Bila dia ada pandangan berbeza dengan Isa, maka Datuk Zulkifli di singkirkan dengan dihantar ke luar negara sampai pencen.
"Selepas itu Datuk Faizoull, dia juga menjadi mangsa," dakwa Mazlan.
'Zakaria Gentleman'
Justeru, Mazlan berpendapat, Zakaria tidak mewakili sesiapa dan berkata, Zakaria kini bergerak sendirian memandangkan beliau seorang yang berpengalaman dalam Felda.
"Mungkin dia di pihak yang benar kerana dia mempunyai integriti. Saya tahu, Isa mempunyai sikap iaitu bila dia tak suka seseorang, dia akan kerjakan (orang berkenaan). Ini telah berlaku pada Datuk Zulkifli dulu.
"Mungkin Zakaria berada di pihak yang benar jadi dia bersedia ke depan. Bagi saya, dia gentleman. Saya salute dia dan harap beliau dapat bertahan atas kebenaran," katanya lagi.

Rakyat akan jatuhkan Pas Kelantan, bukan Amanah - Husam


Rakyat Kelantan sudah cukup hujah untuk menjatuhkan Pas dalam pilihan raya akan datang dan Amanah hanyalah berusaha mengganti bagi meneruskan pentadbiran Islam yang diasaskan oleh almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dahulu.
Naib presiden Amanah Datuk Husam Musa berkata demikian ketika mengulas dakwaan kononnya beliau mendapat dana dari seorang Cina untuk menjatuhkan Pas Kelantan.
Husam menyampaikan kuliah di Wisma Tok Guru Salor"Seorang pengguna facebook yang menggunakan nama Wan Zawawi W Ismail telah memfitnah saya dalam status yang dimuatkannya.

"Ini satu fitnah dan saya sedang menyiasat akaun sebenar pemilik fb ini walaupun ramai memberitahu akaun ini milik ketua eksekutif PKINK, Datuk Wan Zawawi." katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Wisma Tok Guru, Salor, semalam.

Menurut Husam, pelbagai tindakan yang dilakukan kerajaan Pas sekarang sudah cukup untuk ditolak rakyat dalam pilihan raya akan datang.

"Pengendalian pembangunan dibuat dengan cara merugikan rakyat dan begitu menyebelahi pihak pemaju.

"Di Lembah Sireh perjanjian untuk kemudahan rakyat dilupuskan begitu saja.

"Di Kampung Laut, rakyat tidak dirundingi dahulu sebelum tanah mereka diambil.

"Kini di Lembah Binjai pula kerajaan terang-terang menipu apabila memberitahu tuan-tuan tanah telah bersetuju tanah mereka diambil sedangkan sebenarnya mereka tidak pun diberitahu di peringkat awal," katanya.
Kerajaan juga katanya gagal merancang untuk menjaga kebersihan dan alam sekitar.
"Pengurusan sampah begitu teruk dan keluhan orang ramai tidak dipeduli malah diancam kononnya mereka yang mempersoalkan hal sampah akan masuk neraka.

AMANAH BERPAKAT DENGAN KAFIR HARBI ??

Nasaruddin Daud-Tun Mahathir(Tun M),Anwar Ibrahim Bila Susah Cari PAS,Husam Musa PELAWOK