Jumaat, 9 Jun 2017

RM 9.5 Juta: Najib enggan komen saman pemula Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan mengulas berhubung saman pemula Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengketepikan sabitan kesalahan liwat terhadapnya hari ini.
"Saya tidak mahu memberikan sebarang komen berkaitan kes undang-undang," katanya.
Beliau diminta mengulas tindakan ketua umum PKR itu memfailkan saman itu hari ini berikutan wujud dakwaan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang dilantik sebagai ketua pendakwa raya menerima RM9.5 juta daripadanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC, Kuala Lumpur.
Dalam saman pemula hari ini, Anwar yang menamakan kerajaan sebagai defendan tunggal memohon pengisytiharan bahawa sabitan kesnya tidak sah dan ultra vires atau di luar bidang kuasa perlembagaan mengenai kebebasan.
Peguam N Surendran berkata, dakwaan Shafee menerima wang yang banyak itu daripada Najib menunjukkan Anwar dinafikan hak mendapat perbicaraan yang adil.

Malaysiakini tidak dapat untuk mengesahkan kesahihan laporan Sarawak Report itu.
Najib sebelum ini berulang kali menafikan beliau menyalahgunakan dana awam untuk kepentingan peribadi.

BERSATU terajui HARAPAN untuk cetus 'tsunami Melayu'

Cadangan supaya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memimpin gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN) adalah sebahagian daripada rancangan untuk mendapatkan sokongan masyarakat Melayu pada pilihan raya umum akan datang, kata sumber dalaman gagasan tersebut.
Bercakap dengan syarat namanya tidak didedahkan, sumber itu berkata, idea agar BERSATU mencetuskan "tsunami Melayu" telah memecahkan parti komponen gabungan itu meskipun ada mempercayainya sebagai kunci untuk menumbangkan kerajaan pemerintah yang diterajui Umno pada pilihan raya akan datang.
Malaysiakini difahamkan bahawa terdapat penyokong idea itu dalam semua parti komponen HARAPAN.
Penganalisis politik Prof Dr Ahmad Atory Hussain bersetuju bahawa ada kemungkinan BERSATU mampu untuk mencetuskan "tsunami Melayu" yang bakal memihak kepada HARAPAN.
"Jika (Pengerusi BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad menerajui HARAAPN, orang Melayu akan berasa lebih yakin," katanya kepada Malaysiakini.
Beliau berkata parti serpihan Umno itu semakin berkembang pada kadar yang cepat dan sudah mencapai kemajuan dengan menembusi kubu kuat Umno di kawasan Parlimen Felda.
Tidak semua setuju
Awal hari ini, BERSATU dilaporkan mencadangkan Mahathir dan presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, masing-masing dilantik sebagai pengerusi dan presiden HARAPAN, manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini di penjara diperuntukkan jawatan penasihat.
Selain itu, isteri Anwar dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi timbalan pengerusi dan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali juga dicadangkan sebagai timbalan presiden HARAPAN.
Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu pula dinamakan sebagai naib presiden.
Walau bagaimanapun, tidak semua dalam HARAPAN yakin dan bersetuju bahawa rancangan itu akan membuahkan keputusan yang dinanti-nantikan.
"Terdapat hujah bahawa BERSATU mampu meraih sokongan daripada orang Melayu luar bandar dan juga bandar.
"Mereka yang mahu menang memihak kepada cadangan ini. Tetapi orang yang mementingkan prinsip akan menentangnya," kata seorang pemimpin DAP.
Seorang pemimpin PKR pula berkata dengan membenarakan BERSATU menjadi peneraju akan menggagalkan nilai teras HARAPAN, yang memberi penekanan kepada konsensus.
"HARAPAN adalah mengenai kesaksamaan - semua parti sama, mempunyai suara sama, prinsip konsensus dan sebagainya.
"Setakat ini belum ada yang jelas bahawa terdapat perubahaan Melayu secara besar-besaran yang dipanggil sebagai tsunami Melayu kerana BERSATU," katanya.
Strategi hampir sama?
Mereka yang menentang idea itu percaya bahawa rakyat Malaysia lebih mengambil berat tentang isu-isu lain seperti keperluan seharian mereka berbanding sentimen perkauman.
"Saya fikir kita perlu meluangkan lebih banyak masa menjelaskan bagaimana kita boleh menjadikan kehidupan rakyat biasa lebih baik melalui tawaran dasar kami, dan kurangkan masa memikirkan strategi kewujudan bersama, dengan harapan tsunami akan berlaku," kata sumber lain.

Turki bersedia hantar tentera, pesawat pejuang pertahan Qatar

Undang-undang baharu untuk tujuan itu diluluskan dengan pantas dalam tempoh kurang 3 hari.
erdoganISTANBUL: Presiden Reccep Tayyip Erdogan meluluskan undang-undang membenarkan negara itu menghantar tenteranya ke Qatar, petanda sokongan untuk negara Teluk itu yang kini berdepan kempen jiran Arab untuk menyisihkannya.
Parlimen Turki mempercepatkan pembentangan rang undang-undang itu pada Rabu sebelum mendapat kelulusan segera Erdogan. Ia kemudian digazetkan hari ini, melengkapkan proses menggubal undang-undang.
Arab Saudi, UAE, Bahrain dan Mesir merupakan antara negara yang memutuskan hubungan dengan Doha pada Isnin, atas alasan ia menyokong kumpulan militan Islam dan juga musuh ketat Saudi iaitu Iran, tuduhan yang ditolak Qatar.
Qatar semalam berikrar akan melawan serangan diplomatik ke atasnya dan tidak akan berkompromi dengan dasar luarnya.
Akhbar Hurriyet dari Turki berkata tentera negara itu sudah pun dihantar ke sebuah pengkalan di Doha dan akan disusuli dengan pesawat pejuang dan kapal perang.
Rombongan Turki juga dijangka ke Qatar dalam beberapa hari akan datang.
Erdogan turut meluluskan satu lagi perjanjian antara Turki dan Qatar berkenaan latihan bersama.
Erdogan yang sekian lama cuba menjadi orang tengah di rantau Asia Barat berkata menyisihkan Qatar tidak akan menyelesaikan masalah, sambil menambah Ankara akan melakukan apa sahaja menamatkan krisis.
Kedua-dua Turki dan Qatar mempunyai hubungan baik dengan negara Teluk di samping turut menyokong Ikhwanul Muslimun, kumpulan politik yang dimusuhi Arab Saudi dan Mesir.

Qaradawi pengganas, kata Arab Saudi

Tokoh fiqh itu antara 59 orang yang dinamakan Riyadh dan beberapa negara Arab lain sebagai mempunyai kaitan dengan keganasan.
al-Qaradawi12
Arab Saudi, Mesir dan 2 lagi negara Arab yang memutuskan hubungan dengan Qatar hari ini menuduh ulama terkenal Dr Yusuf al-Qaradawi sebagai penyokong keganasan, dalam senarai yang menamakan 59 orang sebagai terlibat dengan keganasan.
Selain Qaradawi yang merupakan pakar fiqh dunia Islam yang dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah oleh kerajaan Malaysia pada 2009, mereka turut menamakan 12 pertubuhan termasuk 2 pertubuhan kebajikan anjuran kerajaan Qatar.
Dakwaan terbaru itu susulan tuduhan Arab Saudi yang Qatar menyokong aktiviti keganasan, dan juga rasa tidak puas hati beberapa pemerintah Arab disebabkan sokongan Qatar terhadap Ikhwanul Muslimin, pergerakan politik yang mengambil alih kuasa di Mesir untuk beberapa bulan selepas kejatuhan diktator Hosni Mubarak.
Keputusan Arab Saudi itu turut diikuti Yaman, Bahrain, UAE, Maldives dan Libya, dan merupakan antara usaha Riyadh untuk memencilkan gergasi ekonomi minyak itu di samping menguatkan pakatan Arab-Washington untuk berdepan Tehran.
Qaradawi merupakan ulama kelahiran Mesir yang menjadikan Doha pengkalannya selepas hidup dalam buangan untuk beberapa dekad.
Fatwa dan karangan beliau kerap dijadikan rujukan seluruh dunia bagi merungkai isu semasa melibatkan syariah dan masalah fiqh.
Berikut 59 individu dan warganegara mereka yang dituduh terlibat dengan keganasan oleh Arab Saudi:
  1. Khalifa Mohammed Turki al-Subaie – Qatar
  2. Abdelmalek Mohammed Yousef Abdel Salam – Jordan
  3. Ashraf Mohammed Yusuf Othman Abdel Salam – Jordan
  4. Ibrahim Eissa Al-Hajji Mohammed Al-Baker – Qatar
  5. Abdulaziz Bin Khalifa al-Attiyah – Qatar
  6. Salem Hassan Khalifa Rashid al-Kawari – Qatar
  7. Abdullah Ghanem Muslim al-Khawar – Qatar
  8. Saad Bin Saad Mohammed al-Kaabi – Qatar
  9. Abdullatif bin Abdullah al-Kawari – Qatar
  10. Mohammed Saeed Bin Helwan al-Sakhtari – Qatar
  11. Abdul Rahman bin Omair al-Nuaimi – Qatar
  12. Abdul Wahab Mohammed Abdul Rahman al-Hmeikani – Yaman
  13. Khalifa bin Mohammed al-Rabban – Qatar
  14. Abdullah Bin Khalid al-Thani – Qatar
  15. Abdul Rahim Ahmad al-Haram – Qatar
  16. Hajjaj bin Fahad Hajjaj Mohammed al-Ajmi – Kuwait
  17. Mubarak Mohammed al-Ajji – Qatar
  18. Jaber bin Nasser al-Marri – Qatar
  19. Yusuf al-Qaradawi – Mesir
  20. Mohammed Jassim al-Sulaiti – Qatar
  21. Ali bin Abdullah al-Suwaidi – Qatar
  22. Hashem Saleh Abdullah al-Awadhi – Qatar
  23. Ali Mohammed Mohammed al-Salabi – Libya
  24. Abdelhakim Belhadj – Libya
  25. Mahdi Harati – Libya
  26. Ismail Muhammad Mohammed al-Salabi – Libya
  27. Al-Sadiq Abdulrahman Ali al-Ghuryani – Libya
  28. Hamad Abdullah Al-Futtais al-Marri – Qatar
  29. Mohamed Ahmed Shawky Islambouli – Mesir
  30. Tariq Abdelmawgoud Ibrahim al-Zomor – Mesir
  31. Mohamed Abdelmaksoud Mohamed Afifi – Mesir
  32. Mohamed el-Saghir Abdel Rahim Mohamed – Mesir
  33. Wajdi Abdelhamid Mohamed Ghoneim – Mesir
  34. Hassan Ahmed Hassan Mohammed Al Dokki Al Houti – UAE
  35. Hakem Obeisan al-Humaidi al-Mutairi – Saudi / Kuwait
  36. Abdullah Mohammed Sulaiman al-Moheiseni – Saudi
  37. Hamed Abdullah Ahmed al-Ali – Kuwait
  38. Ayman Ahmed Abdel Ghani Hassanein – Mesir
  39. Assem Abdel-Maged Mohamed Madi – Mesir
  40.  Yahya Aqil Salman Aqeel – Mesir
  41. Mohamed Hamada el-Sayed Ibrahim – Mesir
  42. Abdel Rahman Mohamed Shokry Abdel Rahman – Mesir
  43. Hussein Mohamed Reza Ibrahim Youssef – Mesir
  44. Ahmed Abdelhafiz Mahmoud Abdelhady – Mesir
  45. Muslim Fouad Tafran – Mesir
  46. Ayman Mahmoud Sadeq Rifat – Mesir
  47. Mohamed Saad Abdel-Naim Ahmed – Mesir
  48. Mohamed Saad Abdel Muttalib Abdo Al-Razki – Mesir
  49. Ahmed Fouad Ahmed Gad Beltagy – Mesir
  50. Ahmed Ragab Ragab Soliman – Mesir
  51. Karim Mohamed Mohamed Abdel Aziz – Mesir
  52. Ali Zaki Mohammed Ali – Mesir
  53. Naji Ibrahim Ezzouli – Mesir
  54. Shehata Fathi Hafez Mohammed Suleiman – Mesir
  55. Muhammad Muharram Fahmi Abu Zeid – Mesir
  56. Amr Abdel Nasser Abdelhak Abdel-Barry – Mesir
  57. Ali Hassan Ibrahim Abdel-Zaher – Mesir
  58. Murtada Majeed al-Sindi – Bahrain
  59. Ahmed Al-Hassan al-Daski – Bahrain

GENERASI BARU FELDA TERBUNUH TIAP HARI DI SEBALIK UNTUNG FGV BERBILLION

Apabila Timbalan Perdana Menteri  sebagai Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Tun Abdul Razak melancarkan  rancangan pembangunan tanah yang pertama lebih 60  tahun lalu ,tentulah tidak termasuk  dalam visinya untuk membolehkan peneroka yang miskin mempunyai  empat isteri dan anak-anak mereka menjadi penagih dadah.
Tun juga tentulah tidak merancang ke peringkat  melibatkan peneroka meminjam untuk membeli saham  FELDA  yang menyebabkan mereka berada dalam keadaan berhutang dan bertambah hutang bila saham jatuh.
Mereka telah pun berhutang ketika menjalankan penerokaan dan membayarnya semula bila hasil titik peluh mereka mengeluarkan hasel yang lumayan.
Visi Tun Razak hanyalah sekadarkan untuk membolehkan orang Melayu miskin di kampung-kampung  yang tidak bertanah atau bidang tanah yang tidak ekonomik untk  memiliki tanah,rumah,kebun dan ladang getah sendiri dalam keadan tersusun.
Perancangan dan pengurusan  yang bijak  telah menjadikan FELDA jambatan kejayaan penebusan rakyat  miskin yang paling berjaya di dunia.
Bagaimanapun peneroka  yang berjaya  tidaklah pandai menguruskan kehidupan lumayan  dengan sewajarnya. Ramai yang lebih bijak  menguruskan penambahan isteri ,berseronok suka di bandar  dan tidak  mendisplinkan   anak mereka yang berada dalam keadaan mewah.
Tidak juga dapat dinapikan ibubapa  yang terbentuk dengan displin diri telah menjayakan kehidupan anak mereka sehingga mendapat pelajaran tinggi dan menjadi orang profesional yang hebat.
Diantara mereka ialah  Datuk Zakaria Arshad  CEO FGV  yang berasal dari anak peneroka yang sekarang berada di tengah-tengah  kemlut pergeseran dengan Tan Sri Mohd Isa Samad seorang veteran UMNO berhubung dengan pengurusan saham FGV.
FELDA adalah pemegang saham terbesar FGV(Felda Global Ventures Holding Berhad)  tetapi tidak dibenarkan untuk diwakili dalam FGV walaupun Penegerusinya Tan Sri Sharir Samad menuntutnya dengan sokongan dari Datuk Zakaria. Ini adalah rahsia politik.
FGV adalah visi Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang mahu  menyalurkan kehidupan ekonomi  moden kepada peneroka dengan melibatkan mereka dengan permainan saham supaya menjadi lebih kaya.
Sebenarnya peneroka-peneroka   sudah pun cukup selesa dengan keadaan hidup sederhana  walaupun tidak menjadi jutawan,berkereta mewah,berbarang berjenama besar, berbeg tangan  berharga RM10,000 atau RM30,000 dan berjet melancong keluar negara.
Disebalik visi hebat ini, peneroka-peneroka FELDA kembali  terhutang, meminjam membeli saham FGV dan bertambah hutang setiap kali saham jatuh.Masa depan mereka mereka tidak lagi stabil sedangkan FGV sudah pasti menjutawankan beberapa orang politik dan profesional .
Kebanyakan orang Melayu pada hakikatnya  selesa dengan kehidupan sederhana,Islamic dalam penilaian  tanpa didoktrinasikan tetapi kesesatan politik dan penanaman nilai baru  berasaskan peniruan hidup metrialistic telah turut  menyesatkan  mereka secara paksa atau sukarela.
Masalah besar yang sebenarnya dihadapi di setiap  rancangan FELDA di seluruh negara bukanlah kehidupan tanpa jenama tetapi berjenama dadahyang membunuh generasi baru FELDA . Setandan  pisang pun tidak selamat lagi,durian dan rambutan,nangka hilang dari pokok menyebabkan hilang keghairahan untuk bertanam cucuk  di kalangan veteran FELDA

RM9.5 JUTA: APA KHABAR MUSA HASSAN, BILA NAK BUAT SIDANG MEDIA SEKALI LAGI?

Apa khabar Musa Hassan, bekas Ketua Polis Negara?

Sudahkah membaca dan meneliti huraian panjang lebar oleh Rafizi Ramli tentang akuan bank Najib Razak yang  mana yang sudah ditutup dan yang mana pula yang masih aktif?

Jika belum, diperturunkan di bawah ini sebahagian daripada huraian tersebut atau jika ingin menelitinya dengan lebih detail beserta bukti-buktinya, sila berkunjung ke blog Rafizi iaitu rafiziramli.com.

Antara fakta penting yang didetailkan oleh Rafizi adalah seperti berikut:-

i. Akaun asal yang digunakan oleh Dato’ Seri Najib untuk menerima pemindahan wang yang besar dibuka dalam pada 13 Januari 2011 dengan no akaun 2112022009694 atas nama beliau sendiri di AmIslamic Bank Berhad di Ambank Jalan Raja Chulan (dirujuk sebagai Akaun -9694)
ii. Dalam tahun 2011, sebanyak RM304,329,765.75 dana dari luar negara dimasukkan ke Akaun -9694 ini

iii. Dalam tahun 2012, sebanyak RM831,789,454.53 dana dari luar negara dimasukkan ke Akaun -9694 ini

iv. Dalam tahun 2013, sebanyak RM2,081,476,926.00 dana dari luar negara dimasukkan ke Akaun -9694 ini

v. Jumlah terkumpul dana yang dimasukkan ke Akaun -9694 di antara 2011 dan 2013 ialah RM3,217,596,146.28 sebelum sejumlahnya mula dipindahkan balik ke luar negara
vi. Di antara 2 Ogos 2013 hingga 23 Ogos 2013, wang dari Akaun -9694 telah dipindahkan beransur-ansur dalam 5 pindahan dengan jumlah setiap pindahan di antara USD55 juta ke USD200 juta. Jumlah keseluruhan yang dipindahkan keluar negara adalah USD620 juta; bersamaan RM2,034,350,000
vii. Sebelum penutupan Akaun -9694 dibuat pada 31 Ogos 2013, ada tiga akaun baru yang dibuka atas nama Dato’ Seri Najib pada 31 Julai 2013; iaitu AmPrivate Banking 2112022011880 (“Akaun -1880”), AmPrivate Banking 2112022011898 (“Akaun -1898”) dan AmPrivate Banking 2112022011906 (“Akaun -1906”).
viii. Sebelum Akaun -9694 ditutup, bakinya (selepas pemindahan wang sebanyak RM2.034 bilion seperti diterangkan di atas) sebanyak RM162,436,711.80 telah dipindahkan ke Akaun -1880 yang baru dibuka.
ix. Antara 27 Ogos 2013 ke 26 Mac 2014, Dato’ Seri Najib memindahkan pula sejumlah RM160 juta dari Akaun -1880 ke Akaun -1906 dan Akaun -1898.
Ketiga-tiga Akaun -1880, Akaun -1906 dan Akaun -1898 adalah akaun-akaun yang sama yang terkandung di dalam satu carta aliran dana wang SRC International Sdn Bhd yang mengalir ke akaun Dato’ Seri Najib yang ditunjukkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali.
Oleh yang demikian, kita boleh sahkan bahawa:

PRU14: Tak perlu bekerjasama dengan BERSIH sembang SPR

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Hashim Abdullah menolak keperluan untuk bekerjasama dengan pemantau pilihan raya, BERSIH buat masa ini.
Beliau berkata, ini kerana anggota dan pegawai SPR telah dihantar ke luar negara untuk belajar tentang proses pilihan raya di negara-negara lain, dan oleh itu memiliki pengalaman mencukupi untuk mengendalikan pilihan raya di Malaysia.
"Kami menghantar panel pilihan raya kami ke luar negara, mereka ke sana (luar negara) untuk meneliti dan belajar. Kami akan melaksanakan (amalan diperhatikan luar negara) yang baik,” katanya.
Hashim juga berkata SPR tidak terlibat atau terikat dengan mana-mana NGO lain.
"Apabila tiba masanya dan (apabila) perlu, maka kita akan berbincang," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Dalam wawancara dengan akhbar Oriental Daily awal minggu ini, Hashim berkata SPR tidak akan bekerjasama dengan BERSIH kerana ia adalah sebuah pertubuhan yang diharamkan.
Walau bagaimanapun, BERSIH kemudian mengingatkan pengerusi SPR itu bahawa ia adalah entiti yang sah, dan menekankan keperluan untuk suruhanjaya itu untuk bekerjasama dengan badan pemantau itu bagi membendung penyelewengan pilihan raya.

Azam: SPRM tumpu 6 isu dalam siasatan skandal FGV

Suruhanjaya juga akan memanggil saksi dan individu yang terlibat dalam tempoh terdekat susulan rampasan dokumen semalam.
azam-baki-fgvPETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menumpukan 6 isu dalam siasatan rasuah dan salahguna kuasa ke atas kemelut Felda Global Ventures Berhad (FGV).
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Azam Baki berkata mereka akan memanggil saksi dan individu terlibat dalam tempoh terdekat susulan rampasan dokumen di Menara Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) semalam.
“SPRM mengesahkan telah memulakan siasatan berhubung isu FGV yang melibatkan beberapa individu dalam organisasi tersebut,” kata Azam Baki dalam kenyataan hari ini.
SPRM kini dalam proses mengkaji dokumen yang dirampas dari ibu pejabat FGV yang digeledah semalam untuk mengumpul bukti, tambahnya.
“Siasatan SPRM tertumpu kepada 6 isu yang melibatkan FGV dan kesemua isu itu akan dikaji secara terperinci untuk memastikan sama ada wujudnya unsur rasuah dan salahguna kuasa sebelum tindakan lanjut diambil mengikut peruntukan undang-undang,” kata Azam.
Semalam, SPRM yang diketuai pegawai kanan Sazrul Sazreen bersama 40 penguatkuasa lain membawa turun 4 bekas kotak, 3 beg tarik dan beberapa bungkus plastik yang mengandungi dokumen FGV.
SPRM memasuki Menara Felda selama 8 jam bermula dari jam 10.00 pagi dan meninggalkan bangunan itu pada 5.58 petang.
Zakaria diarahkan bercuti serta-merta bagi membolehkan siasatan berhubung tunggakan bayaran sebuah syarikat Afghanistan, Safitex, kepada anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn Bhd.
Selain Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV Ahmad Tifli Mohd Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd Kamarzaman Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading Ahmad Salman Omar turut diarahkan bercuti.
Kelmarin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Datuk Zakaria Arshad hadir di ibu pejabat SPRM di Putrajaya dengan membawa beberapa dokumen syarikat itu, selepas dipanggil badan anti-rasuah berkenaan.
“Saya sedia bekerjasama kepada SPRM. Saya tidak takut untuk berdepan situasi ini kerana yakin tidak melakukan apa-apa kesalahan. Mungkin banyak perkara yang boleh disiasat oleh SPRM,” katanya.

RM9.5 Juta: IGP belum tengok semua dokumen berkaitan 1MDB?

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar diminta untuk menyatakan sama ada beliau dan pasukan petugas 1MDB telah meneliti semua dokumen berkaitan dalam siasatan mereka ataupun tidak.
Ini susulan gesaan Khalid yang mahu editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown yang berpangkalan di London untuk datang ke Malaysia menyerahkan dokumen berkaitan berhubung dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membayar peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebanyak RM9.5 juta.
"Tidak masuk akal untuk mempercayai bahawa mereka tidak mempunyai dokumen-dokumen asas dan fakta berkenaan.
"Ini akan menjejaskan kredibiliti mereka. Ia juga menimbulkan persoalan sama pasukan petugas itu berguna atau tidak selama ini," kata Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo dalam satu kenyataan.
"Pasukan petugas khas ini diwujudkan tahun lalu. Sudah tentu, pihak polis dan SPRM seharus selepas selama ini, melihat semua urus niaga dalam akaun SRC International Ltd dan juga akaun milik perdana menteri."
Gobind berkata adalah penting bagi IGP dan pasukan petugas untuk menjelaskan perkara itu kerana ia berkaitan dengan bagaimana teliti siasatan ke atas 1MDB dan bekas anak syarikatnya, SRC International.
"Setelah ditubuhkan untuk menyiasat perkara sebesar 1MDB dan SRC serta dianggotai oleh ketua-ketua institusi utama seperti PDRM, SPRM, Bank Negara dan Peguam Negara, kami menjangkakan siasatan berkualiti tinggi daripada pasukan ini.
"Jika ada keraguan, mereka harus jawab. Dalam kes ini, jelas terdapat (keraguan).
"Oleh itu, IGP atau sesiapa sahaja daripada pasukan petugas itu perlu bersuara untuk membetulkan keadaan.
"Jika mereka mempunyai dokumen-dokumen, mereka mesti menyatakan jika dakwaan itu benar atau tidak.
"Jika mereka tidak (berbuat demikian), maka mereka mesti menjelaskan mengapa sehingga sekarang, dokumen asas dan fakta-fakta seperti ini belum diperolehi untuk membantu siasatan mereka," kata Gobind.
Laporan Sarawak Report mengenai pembayaran kepada Shafee, mencetuskan kontroversi selepas peguam itu dilantik sebagai pendakwa raya utama dalam rayuan kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia mengundang dakwaan berlakunya konspirasi politik.
Anwar hari ini memfailkan saman pemula dalam usaha terbaru mengketepikan sabitan kesalahannya itu.

RM9.5 Juta: Saya akan keluar kenyataan, tetapi bukan hari ini - Shafee

Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata beliau akan mengeluarkan satu kenyataan mengenai dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membayarnya sebanyak RM9.5 juta.
Beliau berkata demikian selepas disoal pemberita mengenai perkara itu di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur hari ini.
"Saya akan keluarkan kenyataan, tetapi bukan hari ini," kaatnya yang dipetik oleh portal FMT, sebelum menuju ke keretanya dan meninggalkan kompleks mahkamah.
Minggu lalu, Sarawak Report mendakwa Shafee telah menerima dana RM9.5 juta itu melalui dua bayaran - iaitu pada 11 September, 2013 dan 17 Februari, 2014.
Shafee bertindak sebagai ketua pendakwa raya dalam kes liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila perkara itu dibawa ke mahkamah rayuan dan persekutuan.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bersalah pada 10 Feb 2015.
Pembangkang mendakwa laporan Sarawak Report membuktikan wujudnya konspirasi politik terhadap Anwar, yang berulang-kali mendakwa pertuduhan berkenaan adalah direkayasa.
Awal hari ini, Anwar, melalui peguamnya, memfailkan saman pemula untuk mengketepikan sabitan bersalah itu berdasarkan dakwaan bahawa Shafee telah dibayar RM9.5 juta.
Anwar menamakan kerajaan sebagai responden tunggal dalam permohonan itu.

RDPT 1/2017: Puluhan ribu dipindah, 40,000 alamat gagal dikesan?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa memberi penjelasan terhadap isu melibatkan perpindahan pengundi secara besar-besaran seperti yang dakwaan Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Shamsul mendakwa, di Melaka sahaja terdapat 40,000 nama pengundi baru dengan alamatnya tidak dapat dikesan.
“Kita lihat pengundi luar kawasan masuk Bukit Katil menggunakan satu alamat sama atau alamat tidak dapat dikesan. Di Melaka sahaja ada 40,000 alamat yang gagal dikesan.
“Undi pos pula, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tangga Batu, ada dua kem.
“Sehari sebelum tarikh tutup pameran rang daftar pengundi tambahan atau pengundi baru pada 22 Mei, kita saksikan masuk 3,000 lagi pengundi baru yang kita tak tahu daripada kem mana,” kata Iskandar ketika dihubungi SelangorKini di sini, hari ini.
Jelasnya, beliau percaya langkah ini diambil ekoran rang daftar pengundi tambahan yang sedang dicabar di mahkamah hampir tidak sempat digunakan pada PRU-14 nanti apabila kes bantahan itu masih berjalan di mahkamah.
“Adakah ini satu rekayasa atau satu perancangan yang teliti untuk sekali lagi memastikan parti pemerintah terus berkuasa dan apabila ada bantahan rakyat, akan dibatalkan atau apa?
“Pengerusi SPR sepatutnya lebih maklum syarat dan undang-undang yang perlu dipatuhi,” katanya lagi.
Katanya, kepincangan ini menyebabkan pilihan raya itu tidak lagi bebas, adil dan tidak ada nilai satu orang satu undi seperti dituntut perlembagaan.

SPR kongsi kejadian PH kunci pintu pejabat SPR

Pengerusi Hashim Abdullah berkata wakil Pakatan Harapan mereka hadir ke ibu pejabat SPR di Putrajaya dengan rantai dan mangga.
daftar-pengundi,-kunci-pintu-pagarKUALA LUMPUR: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah akhirnya menceritakan kejadian penunjuk perasaan mengunci pintu pagar ibu pejabat SPR di Putrajaya.
Beliau berkata SPR membuat laporan polis pada 23 Mei, hari yang sama wakil sayap Wanita dan Pemuda PH “menyerbu” pejabat SPR untuk menyerahkan memorandum.
Hashim berkata perwakilan itu menunjukkan kepada para pegawai SPR gambar beberapa rumah kosong yang alamatnya didakwa digunakan beberapa orang untuk mendaftar sebagai pengundi.
“Mereka datang kerana mahu tunjukkan gambar itu kepada kami, tetapi bukan begitu bagaimana sistem kami berfungsi, tak memadai dengan menunjukkan gambar kepada kita pada bila-bila masa,” katanya pada sidang media di sesi dialog bersama pelajar kolej komuniti Selangor.
“Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, sistem kami menetapkan kamu buat bantahan dalam tempoh bantahan selepas pendaftaran diproses. Mengapa kamu tunjukkan gambar kepada saya?”
Beliau berkata penunjuk perasaan datang dengan rantai dan mangga, dengan misi untuk mengunci pintu pagar.
Kumpulan PH itu mengunci pintu gerbang ibu pejabat SPR selepas suruhanjaya dilaporkan enggan menerima memorandum mereka.
Kumpulan itu berhimpun di ibu pejabat SPR di Putrajaya selama 1 jam dan cuba untuk menyerahkan memorandum mereka.
Sementara itu, Hashim berkata usaha SPR untuk menarik orang ramai mendaftar sebagai pengundi jauh lebih berkesan berbanding parti politik.
Beliau berkata SPR sedang menumpukan kempen di universiti dan kolej dalam usaha menarik pelajar berusia 21 ke atas mendaftar sebagai pengundi.
Di peringkat pertama, setakat ini, beliau berkata ribuan pelajar sudah mendaftar.

Mahathir, Muhyiddin pimpin PH hanya perbincangan dalaman Bersatu, kata Mukhriz


 Sidang media Pakatan Harapan
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berdolak dalik berkaitan kononnya parti itu  mencadangkan agar Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Pengerusi dan Presiden Pakatan Harapan.
Menurut Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir, senarai nama yang dikatakan akan menerajui barisan pimpinan Pakatan Harapan itu tidak pernah dirujuk atau didedahkan oleh mana-mana wakil Bersatu.
Sebaliknya Mukhriz menegaskan ia hanya perbincangan dalaman parti itu yang tidak seharusnya didedahkan.
"Senarai itu tidak dirujuk atau didedahkan oleh mana-mana wakil PPBM. Ini soal perbincangan dalaman Pakatan Harapan yang tidak sepatutnya didedahkan oleh mana-mana pihak.
" Mesyuarat hari ini kita bincang panjang lebar mengenai perkara ini dan dalam masa seminggu lagi kita akan dapat kata sepakat," ujarnya dalam sidang media selepas mengadakan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pagi ini di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya.
Ketika diasak pertanyaan sama ada nama-nama yang disebut itu sama seperti apa yang dibincangkan dalam Pakatan Harapan, Mukhriz menegaskan: "Kita mempunyai struktur yang berlainan daripada yang asal, yang saya boleh pastikan ia tidak tepat seperti apa dilaporkan," ujarnya.
Turut hadir Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Majlis Presiden Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah.
Mengulas mengenai perkara ini Saifuddin turut berkata, beliau dimaklumkan oleh Muhyiddin yang juga menafikan apa yang disiarkan oleh media itu dari sumber dalaman Bersatu.
"Tan Sri Muhyiddin dalam mesyuarat menafikan apa yang disiarkan itu dari PPBM," ujarnya.
Difahamkan mesyuarat Pakatan Harapan Majlis Presiden yang berlansung hari ini membincangkan cadangan Bersatu itu.
Baru-baru ini dilaporkan Bersatu mencadangkan  Dr Mahathir dan  Muhyiddin  dilantik sebagai pengerusi dan presiden Pakatan Harapan, manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat Pakatan Harapan.
Dalam cadangan Bersatu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan dan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden Pakatan Harapan; Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu sebagai naib presiden Pakatan Harapan.
"Ini adalah format yang dikemukakan oleh Bersatu," kata seorang pemimpin Pakatan Harapan seperti dilapor Malay Mail Online dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

RDPT 1/2017: Demonstrasi depan pejabat SPR, Shazni ditahan polis


Shazni Munir (dua dari kiri) ketika diiringi tiga pegawai polis untuk dibawa ke IPD Putrajaya.
Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional Shazni Munir  Mohd Ithnin telah ditahan oleh polis kira-kira jam 12.20 tengah hari ini dan dimaklumkan akan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Putrajaya.
Terdahulu, Sahzni memaklumkan bahawa pihak polis akan hadir ke Wisma Amanah Negara hari ini untuk merakam percakapan beliau.
Bagaimanapun 3 anggota polis yang hadir jam 12.00 tengahari memaklumkan kehadiran mereka untuk menahan Shazni.
Anggota polis memaklumkan Shazni ditahan mengikut Syeksyen 341 Kanun Keseksaan dipercayai berkaitan dengan aksi protes di hadapan bangunan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di Putrajaya pada 23 Mei lalu.
Demonstrasi itu dilakukan bagi membantah keengganan SPR mengedarkan salinan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) suku tahun kepada parti politik.
Bagaimanapun keenganan SPR menerima memorandum  daripada Pemuda Pakatan Harapan berhubung akses kepada DRPT suku tahun itu, dikalangan demonstran telah bertindak mengunci pintu pagar pejabat SPR sebagai simbol protes rakyat untuk meluahkan kemarahan dalam usaha menegakkan keadilan.
Lebih 50 demonstran termasuk dari Kelantan dan Terengganu berkumpul di perkarangan Menara SPR itu selama sejam bagi menyerahkan memorandum berkenaan.

#BebasAnwar atur jelajah terangkan bayaran RM9.5 juta kepada rakyat


#BebasAnwar atur jelajah terangkan bayaran RM9.5 juta kepada rakyat
Penyokong Anwar Ibrahim menggesa pembebasan ketua pembangkang itu di depan Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta, hari ini. 
SATU siri jelajah seluruh negara anjuran badan bukan kerajaan (NGO), #BebasAnwar akan didadakan susulan pendedahan bayaran RM9.5 juta oleh Perdana Menteri Najib Razak kepada pendakwa raya Muhammad Shafee Abdullah.
Menurut kenyataan itu, siri jelajah forum rakyat itu akan diadakan pada Selasa depan pada jam 8.30 malam bermula di Petaling Jaya bagi mengupas pendedahan dibongkarkan Sarawak Report itu.
"Sehingga hari ini, tiada apa-apa maklum balas dibuat oleh peguam Umno tersebut. Yang peliknya menteri Umno Nazri Aziz serta bekas ketua polis negara Musa Hassan pula yang tampil ke depan bagi mempertahankan Shafee serta Najib," kata kenyataan tersebut.
Tambahnya, sejak pendedahan tersebut, puluhan laporan polis dibuat di seluruh negara dan agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai contoh, didesak menyiasat perkara ini.
"Namun, tiada apa-apa tindakan diambil sehingga hari ini.
"Oleh itu, kami tidak akan duduk diam sementara menunggu agensi kerajaan yang dikongkong Umno untuk mengambil tindakan.
"Kami akan bawa isu ini kepada rakyat melalui beberapa siri forum," katanya.
Selain Selangor, siri jelajah tersebut akan turut dibawa ke negeri lain seperti Pulau Pinang, Pahang, Melaka, Johor dalam dua hingga tiga minggu lagi.
Pada 31 Mei lepas, Sarawak Report melaporkan yang peguam Umno yang juga ketua pendakwa raya dalam perbicaraan Anwar, dibayar RM9.5 juta, yang disalurkan terus daripada akaun Najib yang berpunca daripada syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Umno@BN berhenti kelirukan rakyat dengan putar belit data ekonomi



Para pemimpin Umno-BN dinasihati berhenti mengelirukan rakyat dengan mengemukakan data-data ekonomi yang kononnya  positif sedangkan rakyat secara realitinya berhadapan dengan suasana yang sukar.
Henti kelirukan rakyat dengan putar belit angka ekonomi, gesa SaifuddinPeringatan ini diberikan setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang merujuk kenyataan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan bahawa Malaysia boleh menjadi negara maju menjelang tahun 2020 hanya dengan berpandukan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebagai petunjuk ekonomi.
"Rahman Dahlan masih tidak serik cuba mengelirukan rakyat dengan memanipulasi data ekonomi semata-mata untuk meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap Umno-BN yang imejnya kian tercemar dengan budaya pembaziran, rasuah dan tatakelola yang buruk.
"Dengan menjaja nama Bank Dunia yang membuat unjuran bahawa pertumbuhan KDNK Malaysia akan berada pada paras 4.3 peratus, angka ini sebenarnya tidak cukup untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju atau negara berpendapatan tinggi," jelas beliau.
Menurut Saifuddin, Bank Dunia mendefinisikan negara berpendapatan tinggi apabila KDNK per kapita (jumlah tahunan KDNK dibahagikan bilangan penduduk Malaysia) mencecah USD12,475 atau lebih kurang RM53,181; sedangkan pada tahun 2016, KDNK per kapita Malaysia sekadar mencecah sekitar RM37,104 sahaja.
Ujar beliau, dengan suasana ekonomi yang muram, ditambah peningkatan kadar pengangguran dan inflasi, negara akan semakin sukar untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.
"Seperkara lagi adalah peningkatan dan kejatuhan kadar matawang ringgit Malaysia yang mempengaruhi pengiraan KDNK," ujarnya.
Beliau turut menyentuh amalan boros dan pembaziran kerajaan Umno-BN yang dapat dilihat dalam dasar fiskal yang diamalkan.
"Acapkali pembentangan bajet tahunan, Kerajaan Persekutuan akan mengusulkan belanjawan defisit iaitu jumlah perbelanjaan akan melebihi pendapatan.

Punyalah rakus gelojoh nak kutip cukai....dah tak de sumber ke..!!!

TU DIA !!!.. Pada mulanya Jabatan Kastam mengumumkan pelaksanaan Cukai Hotel berkuatkuasa pada 1 Ogos ini. Tiba-tiba Nazri kata pada 1 Julai...

RM9.5 JUTA TIADA PEMILIK...ATAU UNTUK YANG MEMUTUSKAN...???

DAH HAMPIR 10 HARI Shafee masih lagi membisu atas dakwaan terima RM9.5 juta daripada akaun Najib, kenapa ?

Adakah skripnya masih blom siap disediakan ?

ATAU bersedia nak saman Sarawak Report ??!

Arahan untuk letak jawatan PKR di Kelantan bukan serta merta, kata Shaharuddin

"Puad Zarkashi ni siapa, PM ke?" soal Nazri

"Hari ini saya tak boleh jawablah," kata Muhyiddin

Biar BERSATU pimpin PRU14, kata Zaid

PKR Kelantan belum letak jawatan, ini jawapan Wan Azizah

Anwar mohon mahkamah ketepikan sabitan liwat

"Orang kata saya macai parti politik," luah bos SPR

PAS tolak budaya samseng, kata Hadi Awang

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menjaga keharmonian dan perpaduan antara kaum dan bangsa di tanah air tercinta.
"Rakyat Malaysia adalah sinonim dengan budaya ketimuran yang lemah lembut dan sopan santun bersesuaian dengan Rukun Negara iaitu kesopanan dan ketatasusilaan.
"Amat tidak wajar budaya samseng wujud dan membiak dalam negara ini yang tidak memberi faedah dan kebaikan kepada pembangunan negara dan bangsa Malaysia," kata beliau dalam kenyataan itu.
Ahli Parlimen Marang itu melahirkan kerisaukan setelah berlakunya beberapa insiden yang 'viral' di media sosial tentang gejala baru dalam masyarakat seperti pukul sebelum dibawa kepada pihak berkuasa dan tanpa soal siasat sehingga membawa kes kematian dan budaya membuli.
Mengulas lanjut, jelas Abdul Hadi, gejala seperti itu telah mengundang suasana tidak harmoni dalam masyarakat dan menimbulkan ketegangan antara kaum dan bangsa.
"Lapor dan serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan masalah yang berlaku.
"Bertindak sendirian seperti memukul kerana marah tanpa usul periksa dan siasatan boleh mengundang insiden yang mengakibatkan kecederaan parah dan kematian," tambah beliau lagi.

Agama baru ke ni...!!!

Sesungguhnya puok2 anti-Najib telah disahkan 'BERDOSA' sbbnya tak sokong Najib...

Nak bersihkan dosa tu mudah saja.. JILAT NAJIB pasti gugurlah dosa-dosa tersebut..

Anrara Dekoder & Gaji Setimpal...!!

Najib kata..
"Malaysia satu-satu negara berbanding negara-negara maju & Asean utk beri dekoder percuma utk rakyat yg memerlukan bantuan."

Bertuah rakyat Malaysia kerana milik pemimpin negara yg suka perbodohkan rakyatnya..

Maklumat orang hilang.......!

Hilang sejak pendedahan RM9.5 juta.

Mohon bantuan orang ramai sebarkan supaya senang sikit cari Shafee.

Siapa boleh jawab...??!


Undi rosak, protes atau sudah bosan?

Oleh Dr Siva
BAHANG pilihan raya umum (PRU) semakin terasa. Saban hari ramai bercakap mengenainya dalam kalangan masyarakat baik di kedai kopi mahupun media sosial. Ia sudah pasti membabitkan undi yang bakal diperoleh oleh parti politik atau calon pilihan mereka. Namun, tidak ramai memberi tumpuan ke atas undi rosak dan kertas undi yang tidak dipulangkan untuk melihat sama ada ia adalah undi protes atau undi bosan de­ngan per­caturan politik yang tidak per­nah berakhir sejak PRU Ke-13. Para strategis tidak terkecuali.
Menjadi satu kebiasaan di dalam pilihan raya, kita sering melihat kehadiran undi ini yang sama ada berbentuk rosak ataupun tidak di­pulangkan. Dalam PRU 2008, sebanyak 324,120 kertas undi didapati rosak yang ditolak manakala di dalam PRU Ke-13, 332,297 kertas undi adalah rosak. Sebanyak 171,556 undi adalah bagi kerusi Parlimen dan 151,741 adalah untuk Dewan Undangan Negeri (DUN).
Fenomena undi rosak sudah berlaku dalam siri pilihan raya dan ini boleh dilakukan kerana tidak dianggap songsang dengan tingkah laku pengundian atau satu kesalahan dan juga bukan diketahui awal kerana hanya ­ketara sewaktu pengiraan dilakukan.
Ada empat kumpulan ma­sya­rakat yang sama ada aktif atau pasif dalam arena politik. Ini termasuk sebilangan yang tidak melakukan apa-apa tindakan; sebilangan lagi terlibat dalam partisipasi ritual seperti pilihan raya termasuk mengundi, berkempen dan menjadi ahli parti politik.
Ada pula yang dikategorikan di bawah politik ganas dan yang terakhir adalah partisipasi protes atau bersifat konfrontasi yang sebenarnya memberi gambaran me­ngenai pengundi kertas undi rosak.
Yang tidak berpartisipasi adalah kumpulan yang tidak percaya pada sistem; kurang maklumat mengenai kepentingan pilihan raya; tidak percaya undi mereka penting; tidak yakin adanya pilihan yang munasabah dan sebilangan yang merasakan kekura­ngan sumber untuk terlibat secara efektif.
Namun, setiap kertas undi penting kepada calon yang bertanding di pilihan raya baik PRU atau pilihan raya kecil (PRK) kerana ia menjadi penentu kepada kemenangan mereka baik calon Barisan Nasional (BN) mahupun calon parti pembangkang serta calon Bebas.
Banyak cara untuk menggolongkan kertas undi rosak termasuk tidak menandakan mana-mana pilihan dan dibiarkan kosong; menggunakan tanda-tanda yang tidak diiktiraf oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR); menandakan lebih dari satu calon; menggunakan ungkapan yang tidak dibenarkan sebagai pengganti kepada tanda yang dibenarkan.
Ada juga yang mengoyakkan kertas undi sebagai protes atas sebab-sebab yang hanya diketahui oleh pengundi tersebut. Ada juga me­nunjukkan rasa bosan mereka de­ngan menggunakan kerahsiaan mengundi sebagai perlakuan yang tidak menyokong mana-mana pihak ­kerana dirasakan sama sahaja.
Ada pengundi yang menunjukkan mereka bertanggungjawab ke atas demokrasi berpartisipasi de­ngan mendaftar sebagai pengundi dan hadir di hari pilihan raya tetapi membuat keputusan untuk sama ada merosakkan kertas undi ataupun membawa pulang kertas undi tersebut yang sekali gus memberi kesan ke atas tanggungjawab mereka pada struktur perjalanan pilihan raya negara ini.

PRU14 tangguh hingga tahun depan?

PRU14 yang dipercayai akan diadakan pada Oktober ini mungkin tidak menjadi kenyataan dan terpaksa ditangguhkan sehingga tahun depan.
Sumber dalaman memberitahu Sin Chew Daily, penangguhan itu dibuat kerana pada Oktober ini, Presiden China, Xi Jinping akan mengadakan lawatan kerja ke Malaysia.
Antara atur cara yang akan dihadiri pemimpin utama China itu ialah menyaksikan majlis perasmian Xiamen University Malaysia, Sepang yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Semasa lawatan kerja Presiden China di Malaysia, perdana menteri dan jemaah Kabinet perlu hadir. Oleh itu, Parlimen tidak boleh dibubarkan pada ketika itu," kata akhbar ini.
Sebelum ini, Najib pernah membayangkan PRU14 kemungkinan jatuh pada September atau Oktober ini dan jika tidak, ia akan ditangguhkan sehingga tahun depan.
"Melihat kepada perkembangan politik semasa dan kedudukan kewangan negara, tahun ini bukanlah waktu yang sesuai untuk mengadakan PRU.
"Oleh itu, PRU14 besar kemungkinan diadakan selepas Tahun Baharu Cina tahun depan iaitu pada Mac 2018," tulis akhbar ini lagi.

RM9.5 Juta: Anwar fail mohon batal sabitan kes liwat ekoran pendedahan Sarawak Report


Bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memfailkan permohonan untuk membatalkan sabitan serta membebaskan beliau dari penjara ekoran sabitan kes liwat, berikutan pembongkaran bayaran rahsia  RM9.5 juta oleh Perdana Menteri kepada pendakwaraya bebas Tan Sri Shafee Abdullah oleh laman portal Sarawak Report.
Permohonan akan difailkan di Mahkamah Jalan Duta jam 11 pagi esok.
Anwar IbrahimBiro Komunikasi PKR dalam satu kenyataan menyebut, sidang media akan diadakan di lobi mahkamah esok.
Pelbagai pihak mendesak agar siasatan segera dilakukan berhubung dakwaan Sarawak Report bahawa sejumlah RM9.5 juta wang bersumberkan syarikat SRC International telah digunakan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membayar khidmat guaman Shafee dalam kes liwat Anwar Ibrahim.
Malah ahli parlimen Parit Buntar yang juga naib presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mahu pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara segera menjalankan siasatan.
"Jika siasatan tidak dibuat dengan segera, maka keyakinan rakyat terhadap badan-badan semak-imbang ini akan terus terhakis, kredibiliti Malaysia juga akan terhakis. Bertindak segera atas laporan Sarawak Report tersebut," tegas beliau.
Timbalan ketua pemuda Amanah Muhammad Faiz Fadzil pula menggesa Majlis Peguam mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Shafee berhubung dakwaan itu bagi membersihkan nama baik profesyen guaman.

Tanpa GST, tiada pembangunan, sembang Najib


Tanpa GST, tiada pembangunan, kata Najib
Perdana Menteri Najib Razak menyifatkan kutipan GST banyak membantu pembangunan negara. 
Perdana Menteri Najib Razak mengakui kerajaan membuat keputusan yang sukar sewaktu melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Bercakap pada sesi dialog TN50 bersama Prasarana di Bangsar, beliau berkata kutipan GST sebanyak RM42 bilion adalah antara sumber yang menyumbang untuk pembangunan negara.
"Jumlah bajet kerajaan untuk pembangunan berjumlah RM48 bilion. Kalau kita tiada RM42 bilion itu maknanya tiada pembangunan dalam negara," katanya.
Beliau turut membidas pembangkang yang mahu menghapuskan GST supaya memberikan kaedah lain untuk mendapatkan pendapatan sebesar itu.
"Pembangkang kata jika mereka ada kuasa, tiada GST. Kutipan ini untuk pembangunan. Untuk bayar perkhidmatan.
"Jadi bagaimana mereka (pembangkang) hendak dapatkan wang RM42 bilion?," soalnya.
GST diperkenalkan kerajaan pada 1 April 2016 dengan kadar enam peratus dan memperolehi kutipan berjumlah RM42 bilion.
Pada 26 Mei lalu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata rakyat tidak akan dibebani GST jika Pakatan Harapan merampas Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.
PH dilihat sepakat memansuhkan GST sekiranya mereka membentuk kerajaan baharu.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Najib berkata pulangan dijana Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) tahun ini diunjur pada kadar RM17 bilion.
Katanya, lonjakan pulangan 27.8 peratus atau RM3.7 bilion berbanding tahun lalu adalah berdasarkan penggunaan pengangkutan awam pada kadar 21 peratus.

Skandal FGV: Gantung juga lembaga pengarah FGV

Oleh Datuk Ruslan Kassim
Isu Felda Global Ventures (FGV) terbaharu berkaitan penggantungan tugas ketua pegawai eksekutifnya (CEO) dan pendedahan portal Malaysia Today.Amat wajar satu badan bebas ditubuhkan bagi menyiasat secara menyeluruh, selain menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera masuk menyiasat FGV kerana pengerusi Felda dan CEO, yang diarah bercuti, itu sendiri mahukan SPRM masuk menyiasat.
Perkasa berhak menuntut satu badan bebas ditubuhkan bagi menyiasat FGV kerana tidak sedikit ahli Perkasa daripada keluarga peneroka Felda yang mempunyai kepentingan dalam FGV. Pendedahan portal Malaysia Today perlu disiasat kerana telah tersebar meluas cerita tindakan terhadap CEO itu atas sebab kepentingan pihak tertentu.
Perkasa bukan mahu membela atau menuduh mana-mana pihak tetapi masyarakat kini mengikuti isu FGV dari mula ia ditubuhkan. Sejak ditubuhkan, FGV tidak sunyi daripada pelbagai isu.
Semalam berita berkaitan seorang penolong pengarang satu akhbar ternama didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah yang ada kaitan bekas CEO sebelum ini. Beliau dikata cuba membantu bekas CEO itu untuk menghentikan siasatan SPRM ke atas FGV.
Sekali lagi Perkasa menggesa:
(i) Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan untuk menyiasat, mengkaji permasalahan dan mencadangkan penyelesaian bagi isu-isu yang berkaitan dengan tadbir urus, perkembangan dan prestasi FGV.

Skandal FGV: Susah FGV sama susahnya 1MDB

Oleh Subky Latif
PECAH lagi syarikat kerabat Felda apabila FGV bergolak antara Pengerusinya Tan Sri Isa Samad dan Presidan/Ketua Pegawai Ekskutif Kumpulannya, Datuk Zakaria Ahmad yang dilantik di situ setahun lalu.
    
Yang jadi pecah itu teruk sekarang TS Isa menggantung Datuk Zakaria daripada jawatannya bagi tempoh yang tidak ditentukan bagi membolehkan dia disiasat. Datuk Zakaria enggan melepaskan jawatan dan TS Isa enggan meninggalkan FGV.
     
Apakah mencutikan Datuk Zakaria akan menyelesaikan masalah dan beban yang melanda FGV? Rasanya tidak dan ia menjadikan Felda dan FGV bertambah payah.
    
Selagi TS Isa di situ, menyelesaikan beban FGV samalah payahnya menyelesaikan masalah yang menimpa 1MDB. Selagi Najib Perdana Menteri 1MDB amat payah diselesaikan. Apa juga yang diusahakan tidak akan berjaya selagi Najib di situ.
    
Isa yang selagi dikehendak Najib akan kekal di situ, maka FGV akan hidup seperti hidupnya 1MDB.
    
Hanya MARA setakat ini lebih senang diselesaikan kerana ia mencutikan Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa. MARA tidaklah sesusah dan sekusut FGV dan 1MDB. Tetapi payah juga menyiasatnya jika Pengerusinya tidak dicutikan.
    
Anuar Musa tidaklah sekebal Isa Samad, tetapi Anuar adalah perisai baru Najib menghadapi ribut yang melandanya dalam politik parti dan kerajaan.
    
Najib kekurangan panglima dalam Umno untuk mempertahannya. Panglimanya yang lain tidak dapat membantu Najib terutama selepas ketiadaan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menjadikan Anuar sebagai Ketua Penerangan Umno nampak dapat memberi nafas kepada Najib dan Umno.
   
Tidaklah Najib bergantung pada TPM Datuk Seri Zahid Hamidi saja. Setiausaha Agung, Tengku Adnan Mansor tidak mampu memberi bantuan yanag diperlukan Najib dibandingkan dengan Zahid. Dengan menjadikan Anuar panglima baru boleh meringankan penggantungan kepada Zahid.
    
Dengan kedudukan demikian Anuar bertambah penting di MARA. Sebelum ini Anuar mulai dilihat seorang Umno yang terbiar di Kelantan. Umno jenuh sejak dari zaman Mahathir mencari orang yang menghidupkan Umno Kelantan. Umno gantikan dia dengan Datuk Mustapa Mohamed dan Awang Adek.

Skandal FGV: Nazri Aziz tempelak Puad

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mempersoalkan kedudukan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas, Datuk Dr Puad Zarkashi yang menyarankan dua orang besar yang berseteru di Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) supaya meletak jawatan.
"Puad dia siapa, perdana menteri ke. (Puad) bukan PM. Apa penting kenyataan dia. Kamu mesti dengar kenyataan PM, kita hanya ada satu PM je, (Datuk Seri) Najib Razak. Yang lain itu tak penting.
"Saya lebih besar daripada Puad Zakarsi," kata menteri pelancongan dan kebudayaan ketika ditemui pada majlis pembukaan Seminar Insentif China di di KLCC, sebentar tadi.
Semalam, Puad yang juga anggota majlis tertinggi Umno menyarankan Tan Sri Isa Samad dan Datuk Zakaria Arshad perlu mengambil jalan lebih bermaruah dengan berundur dari FGV.
"Sewajarnya kedua-dua mereka meletak jawatan secara sukarela. Ambil jalan yang lebih bermaruah. Biarkan muka baru dan tenaga baru mengambil alih dan meneruskan usaha agar FGV menguntungkan shareholders (pemegang saham) terutamanya para peneroka.
"Ini episod memalukan kerana amat ketara sekali tidak ada musyawarah sesama mereka. Mana mungkin mereka boleh bekerjasama selepas ini," katanya.
Mengulas lanjut mengenai kemelut yang melanda FGV, Nazri menambah, beliau mahu hal itu diselesaikan dan biarlah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjalankan tugas mereka.
"Biar mereka selesaikan. Benda ini tidak ada untung untuk berbalah dalam surat khabar, kita ada prosedur dan biarlah proses berjalan. Kalau dah lapor SPRM, biarlah mereka siasat," katanya lagi.
Berkenaan cukai pelancongan yang bakal diperkenalkan kerajaan, Nazri berkata, rancangan tersebut berjalan seperti yang dirancang dan tiada pembatalan mengenainya.

Skandal FGV: Anak peneroka Felda akan hantar memorandum desak Isa letak jawatan

Oleh Amin Iskandar
DESAKAN meminta Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) Isa Samad meletakkan jawatan berhubung kemelut syarikat itu semakin memuncak, kali ini daripada anak peneroka Felda.
Jawatankuasa Bertindak Suara Generasi Ke 2 Felda akan menghantar sebuah memorandum kepada Perdana Menteri Najib Razak bagi mendesak Isa disingkirkan selepas menyebabkan "kekacauan" dalam FGV dengan menggantung Ketua Pegawai Eksekutif Zakaria Arshad.
"Sekarang bukan macam dulu. Dulu, lembu kalau pakai baju Barisan Nasional (BN) pun boleh menang.
"Kami nampak, jikalau perkara ini tidak diambil perhatian oleh PM, jangan besok kita menyesal.
"Kerana kalau kita lihat dalam Facebook setiap hari, itulah dia cerita. Anak peneroka Felda setiap hari tak berpuas hati," kata Pengerusinya Zulkefli Nordin dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Zulkefli menjelaskan Jawatankuasa Bertindak Suara Generasi Ke 2 Felda merupakan kumpulan mewakili anak peneroka Felda daripada pebagai parti politik.
Semalam Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Perkasa dan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) turut menggesa agar Isa meletakkan jawatan bagi menyelesaikan kemelut FGV.
Zulkefli berkata, adalah tidak adil ketika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat FGV, hanya Zakaria dipaksa bercuti dan Isa tidak turut diminta bercuti..
"Daripada segi track record, semasa Isa jadi pengerusi Felda dulu, berjela-jela email saya hantar kepada dia, langsung tidak jawab.
"Sekali tu dah janji nak jumpa kami anak peneroka Felda, dia batalkan. Berbeza dengan pengerusi baharu Felda Shahrir Samad. Dia bagus," katanya.
Beliau berkata, sebulan selepas Shahrir menjadi pengerusi Felda, anak kepada peneroka sudah boleh berhubung secara langsung dengannya.

‘Mengaku atau nafi sahaja kamu bayar Shafee RM9.5 juta. Apa yang susah?’

KUALA LUMPUR, 8 JUN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya perlu mengaku atau menafikan sama ada beliau memilik tiga akaun Ambank yang aktif sewaktu pembayaran dibuat kepada peguam, Tan Sri Shafee Abdullah.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, pendirian berdiam diri bukanlah pilihan jika Najib mahu rakyat Malaysia malahan masyarakat dunia mempercayai bahawa beliau sememanganya berpegang pada prinsip kebertanggungjawaban, ketelusan dan urus tadbir yang baik.
Justeru, katanya, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu hanya perlu mengesahkan atau menafikan dakwaan mengenai pembayaran sebanyak RM9.5 juta yang dibuat melalui akaun peribadi miliknya kepada Shafee.
“Kenapa Najib rasa begitu susah untuk buat perkara yang begitu senang?” soalnya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah dalam kenyataan hari ini.
31 Mei lepas, laman pembocor maklumat, Sarawak Report mendakwa Najib membayar Shafee sebanyak RM9.5 juta menerusi akaun Ambank miliknya – yang mana turut menerima wang daripada anak syarikat 1MDB, SRC International.
Pembayaran itu dikaitkan dengan lantikan Shafee sebagai ketua pendakwaraya semasa rayuan bagi menentang keputusan tidak bersalah melibatkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam dakwaan liwat pada 2014.
Pihak kerajaan sebelum ini mendakwa kononnya Shafee hanya menerima RM1,000 sahaja bagi tugasnya itu.

Najib bawa Malaysia ke dalam 'pelukan' Saudi


Hubungan rapat Najib dan pemimpin Saudi menjerumuskan negara ke dalam blok diketuai Arab Saudi.
Kecenderungan perdana menteri bersikap memihak dalam isu-isu membabitkan konflik antarabangsa menggugat dasar aman, bebas dan berkecuali negara, tegas presiden Amanah Mohamad Sabu.
Malah tindakan Datuk Seri Najib Razak membawa Malaysia ke dalam 'pelukan' Arab Saudi, ujar Mohamad menyukarkan negara untuk menjadi orang tengah dalam konflik diplomatik Qatar kerana Malaysia telah berpihak kepada blok yang diketuai Arab Saudi.
"Seringkali saya ingatkan bahawa Malaysia adalah salah sebuah negara dihormati peranannya khususnya dasar  berkecuali yang diamalkan sejak sekian lama.
"Malah dalam Pergerakan negara-negara berkecuali (NAM) itu menjadikan Malaysia mahsyur dengan dasar berkecuali itu. Begitu juga dalam konflik antarabangsa, apabila Malaysia banyak terlibat dalam mencari penyelesaian.
"Namun sejak kebelakangan ini, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak cuba membawa Malaysia keluar dari dasar negara berkecuali," ujarnya.
Mohamad memberi contoh sikap Najib ketika menghadiri himpunan 50 negara Arab dan Islam yang menyaksikan presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengisytiharkan Iran sebagai musuh kepada Amerika, Arab Saudi dan Israel.
Apa yang dikesalkan, tambah beliau, Najib ketika berucap turut menggambarkan bahawa Iran terlibat dalam membiayai keganasan sedangkan para pemimpin negara bukan Arab tidak membuat kenyataan sedemikian rupa.
Ekoran tindakan Najib yang membawa Malaysia ke dalam 'pelukan' Saudi, Malaysia gagal memainkan peranan sebagai anggota OIC yang dihormati untuk melegakan ketegangan antara Arab Saudi dan Qatar.
"Sikap Malaysia sepatutnya menjadi negara pendamai, bukannya negara yang turut terlibat dan memihak kepada pihak yang bersengketa.
"Imej Malaysia yang begitu harum dalam OIC dan NAM tercemar di bawah pimpinan Najib Razak," ujarnya.
Sehubungan itu, Mohamad menggesa agar imej Malaysia di peringkat antarabangsa sama ada di bidang ekonomi, diplomatik atau hubungan antarabangsa dipulihkan.

SKANDAL FGV: BERAPA LAMA LAGI ISA SAMAD MAMPU BERTAHAN?

Tidak lama selepas CEO Felda Global Ventures atau FGV, Zakaria Arshad hadir memberi keterangan di pejabat SPRM di Putrajaya semalam, Pejabat Perdana Menteri pada lewat petangnya mengumumkan perlantikan Idris Jala sebagai pihak berkecuali untuk meneliti penggantungan beliau bersama tiga yang lain.
Idris yang juga Presiden dan CEO Pemandu Associates Sdn Bhd dipertanggungjawabkan untuk meneliti fakta kes itu dan seterusnya mencadangkan jalan penyelesaiannya.

Menteri Kewangan Kedua, Johari Abdul Ghani dalam kenyataan selepas itu memberitahu, penggantungan Zakaria bersama tiga yang lain oleh Lembaga Pengarah adalah sesuatu yang salah.
Kata beliau, keputusan sedemikian tidak boleh dilakukan secara membuta-tuli kerana ia membabitkan risiko kepada pelabur awam dan asing dalam syarikat itu.

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi kemudian pula berkata, kedudukan Isa Samad sebagai Pengerusi FGV terserah kepada pemegang saham menentukannya.

Menurut Zahid, Isa dilantik dengan persetujuan Lembaga Pengarah dan kini terserah kepada pihak yang berautoriti membuat keputusan mengenainya.
Pemegang saham majoriti FGV ialah Felda dan Felda dimiliki oleh kerajaan serta diletakkan "di bawah dagu" Najib sejak beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi.

Dalam isu bekaitan, Pengerusi Felda, Shahrir Samad selain melahirkan kebimbangan terhadap kemelut yang melanda FGV, turut mengatakan isu yang sedang berlaku sekarang akan lebih mudah ditangani jika ada wakil Felda dalam Lembaga Pengarah FGV.
Katanya, beliau hairan mengapa permohonan Felda selama ini untuk menempatkan tiga wakil dalam FGV, masih belum diluluskan.

Krisis FGV berpotensi jejas keyakinan pelabur, kata Shahrir

Felda mahu memasukkan 3 wakilnya dalam lembaga pengarah FGV bagi meningkatkan sentimen dan minat pelabur.
shahrir-fgv
KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) perlu memulihkan kembali keyakinan pelabur ekoran kemelut pengurusan syarikat berkenaan, kata Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Beliau yakin kemelut antara Pengerusi FGV Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Zakaria Arshad berpotensi menjejaskan peneroka serta sentimen pasaran.
“Tiada keyakinan. FGV kena ambil langkah untuk mengembalikan keyakinan pasaran kepada syarikat itu.
“Sebab itu, pada hemat saya penyelesaian kepada perkara ini perlu kita buat dengan cepat dan tidak dilengah-lengahkan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata masalah itu juga memberi kesan ke atas pendapatan dan kepentingan peneroka yang membekalkan buah sawit kepada FGV.
Zakaria diminta bercuti sejak Selasa lepas apabila kumpulan berkenaan mula menyiasat transaksi yang dilakukan oleh anak syarikatnya, Delima Oil Products Sdn Bhd.
Turut diarah bercuti ialah Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Ahmad Tifli Mohd Talha dan 2 pegawai lain, berkuat kuasa serta merta.
Saham FGV susut 7 sen kepada RM1.66 pada 12.04 tengah hari pada hari yang sama dengan 27.12 juta saham didagangkan sebelum dagangan dihentikan pada 12.05 tengah hari.
Dagangan pulih pada 2.30 petang dengan harga saham susut dan ditutup pada RM1.62 dengan 96.74 juta saham bertukar tangan.
Saham FGV ditutup pada RM1.66 pada Rabu dan turun 1 sen kepada RM1.65 pada Khamis dengan 15.07 juta saham diurusniagakan.
Shahrir berkata Felda, sebagai pemegang saham terbesar dengan pemegangan 33% kepentingan dalam FGV, mahu siasatan dijalankan secara menyeluruh, adil dan telus, memandangkan ia secara tidak langsung memberi impak kepada agensi itu.
“Setakat ini kita tidak nampak lagi impak dari isu ini. Tetapi sebagai sebuah syarikat, FGV kena berterusan untuk menjadi efisien kerana keuntungan dia bermakna lebih dividen bagi kita (Felda),” katanya
Shahrir berkata Felda melabur jumlah wang yang besar dalam FGV dan pulangan ke atas pelaburan itu merupakan sumber pendapat Felda.
Beliau berkata sumber utama pendapatan membabitkan pajakan tanah Felda kepada FGV, dengan agensi itu menerima pendapatan tetap RM250 juta setahun, dan 15% keuntungan.

RM9.5 Juta: IGP patutnya ada dokumen yang sama, dakwa S'wak Report

Sebagai anggota peringkat tinggi pasukan petugas khas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar seharusnya memiliki dokumen sama yang dipetik Sarawak Report, dakwa editornya Clare Rewcastle-Brown.
"Saya perlu nyatakan, secara realitinya, tiada apa-apa yang dapat kongsikan dengan IGP kerana tiada apa yang belum diketahuinya.
"Dokumen-dokumen pasti telah berada mejanya dan beliau seharusnya mempunyai salinan walaupun membuat keputusan...untuk menutup siasatan," katanya kepada Malaysiakini dalam e-mel.
Rewcastle-Brown mengulas kenyataan Khalid, pagi ini yang mahu beliau datang ke Malaysia untuk membantu polis dalam menyiasat dakwaan Sarawak Report mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membayar peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebanyak RM9.5 juta.
Khalid mahu Rewcastle-Brown membantu dalam menyediakan polis dengan bukti dan dokumen sokongan.
Malaysiakini tidak dapat mengesahkan secara bebas dakwaan Sarawak Report dan cubaan berulang kali untuk mendapatkan komen daripada Muhammad Shafee dan pegawai Najib menjadi sia-sia, setakat ini.

Najib tertekan rakyat selalu salahkan PM

Skandal FGV: "Pilih Isa atau saya," kata Zakaria pada pemegang saham

Skandal FGV: 'Saya tak salah kenapa saya kena letak jawatan' - Zakaria

Skandal FGV: 'Kalau SPRM nak jumpa, saya jumpalah' - Isa

Skandal FGV: Fokus kumpul bukti, kata Idris Jala

Skandal FGV: 'Terserah pada Lembaga Pengarah tentu kedudukan Isa' - Zahid

Skandal FGV: Anak Felda Tuntut Isa Samad Letak Jawatan

Skandal FGV: Sepatutnya dah lama Isa Samad letak jawatan

Skandal FGV: 'Pasal apa nak letak jawatan? Bukan saya yang salah' - Isa

Skandal FGV: "Dia dah bayar ke hutang kita," soal Isa

'Jangan bocorkan rahsia kita' - TSMY

Skandal FGV: "Tak paham kenapa Idris Jala dilantik," kata Muhyiddin

Rafizi Ramli Jawab Musa Hassan & Bukti Najib Razak Ada Akaun Lain

Skandal FGV: Geledah 8 jam, SPRM ambil 4 kotak, 3 beg dari ibupejabat FGV

Hujah Musa Hassan tak boleh pakai, salah - Rafizi