Khamis, 8 Jun 2017

Skandal FGV : Penjenayah Arah Ceo bercuti Untuk Siasatan

Oleh Dato' Hj Mahfuz Hj Omar

1. Suatu yang sangat pelik berlaku mutakhir ini apabila pengurusan Felda Global Ventures Bhd (FGV) mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Zakaria Arshad (CEO) bercuti untuk siasatan.Arahan tersebut adalah dari keputusan mesyuarat lembaga pengarah FGV yang dipengerusikan oleh Tan Sri Isa Samad.

Sangat melucukan setelah umat Islam melalui fasa pertama ramadhan (awal ramadhan ialah rahmat) dan di hari pertama fasa keampunan tiba-tiba Isa Samad mengumumkan mesyuarat lembaga pengarah FGV yang dipengerusi oleh beliau sendiri telah mengambil keputusan mengarah CEO dan tiga lagi pegawai tinggi FGV bercuti dari tugas untuk proses siasatan audit dalaman.Arahan itu menyatakan mereka perlu bercuti berikutan siasatan dalaman ke atas tunggakan bayaran sebuah syarikat Afghanistan, Safitex kepada anak syarikat FGV iaitu Delima Oil Products Sdn Bhd.Ini umpama penjenayah arah CEO syarikat bercuti.

2. Yang peliknya Isa Samad yang dipersoalkan sejak dari awal beliau dilantik sebagai Pengerusi Felda dan FGV telah berlaku salahguna kuasa Isa Samad termasuklah usaha percubaan merampas kuasa dalam Koperasi Peneroka walaupun beliau sedar yang beliau sendiri bukan dalam kelumpok peneroka Felda sehingga isu tersebut terseret ke mahkamah.Begitu juga  paksaan pemilikan saham koperasi dalam Felda Holding diserahkan pada FGV serta penyenaraian FGV ke bursa yang dibantah oleh pegawai-pegawai tinggi Felda serta isu Felda Investman Corpration (FIC).Tapi Isa Samad bebas dari siasatan dan tindakan sehingga dia tidak disambung tugas sebagai Pengerusi Felda tetapi masih bermaharaja lela di FGV sebagai Pengerusi.Isu FGV menjadikan penjenayah mengarah CEO bercuti.

3. Masih tidak terjawab dalam persoalan apa yang menjadi ketakutan Najib untuk bertindak terhadap tingkah laku Isa Samad. Apakah ilmu kebal yang diamal Isa Samad sehinggakan beliau tak mampu disentuh oleh PM Najib.Ataupun hubungan Isa dengan Najib ibarat hubungan ketua penyamun (Cheif) dengan Sarjan seperti dalam filem "Ali Baba dan 40 penyamun".

FGV adalah syarikat GLC kedua selepas 1MDB yang diilhamkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Mohd Najib Abdul Razak, yang bergelumang dalam krisis.

Pelaburan “tidak masuk akal”: Apa yang Isa Samad cuba sembunyikan?

Sudahlah mencatatkan kerugian tahun demi tahun sejak ditubuhkan, kini Global Ventures Holdings (FGVH) nampaknya semakin kacau bilau apabila mengumumkan pengantungan empat pegawainya semalam kononnya atas dakwaan salah laku.
Pegawai Eksekutif (CEO) FGVH, Datuk Zakaria Arshad dan tiga lain digantung ahli lembaga pengarah sementara siasatan audit dalaman dilakukan terhadap urus niaga FGVH, membabitkan anak syarikatnya Delima Oil Production dan syarikat Afghanistan Safitex.
Bagaimanapun, Zakaria seperti dilaporkan media menafikan dakwaan yang mengatakan beliau membenarkan Satifex melakukan pembelian tanpa surat kredit yang menyebabkan berlakunya kelewatan bayaran dan mendakwa urus niaga itu diluluskan CEO yang terdahulu.
Beliau berpandangan perkara itu dibangkitkan hanya untuk menyingkirkan beliau daripada syarikat berkenaan ekoran membantah dalam beberapa pelaburan “tidak masuk akal” yang diluluskan ahli lembaga pengarah syarikat terbabit.
Menurut Zakaria, beliau diketepikan dalam membuat keputusan dalam pelaburan Felda Cambridge Nanosystems Ltd yang kini sedang mencari RM550 juta untuk mengembangkan operasinya selepas kerugian RM117 juta dalam tempoh empat tahun.
Selain itu, beliau juga mendakwa telah membantah untuk membayar RM300 juta untuk 30 peratus pegangan dalam sebuah kilang krimer di Klang.
“Mengapa saya hendak bagi RM300 juta untuk perniagaan bukan teras? Mereka juga ketepikan (keputusan saya dan) walaupun EXCO sendiri tidak bersetuju, pelaburan itu masih diteruskan,” katanya dipetik laporan media.

Rakyat Malaysia beri Idris Jala dua minggu selesaikan kemelut FGVH – Tony Pua

KUALA LUMPUR, 8 JUN: DAP mengalu-alukan pelantikan Datuk Seri Idris Jala sebagai “pihak bebas” bagi menyelesaikan kemelut Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) dengan menyarankan beliau menyemak amalan pentadbiran korporat syarikat terbabit sebagai langkah awal.
Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua berkata, Idris harus menyiasat dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FGVH, Datuk Zakaria Arshad berhubung tindakan ahli lembaga pengarah meluluskan pelaburan “tidak masuk akal” dengan mengenepikan pandangan jawatankuasa eksekutif.
“Masalahnya ialah tidak ada seorang pun daripada ahli lembaga pengarah, selain CEO ada tugas ‘eksekutif’. Ini bermakna mereka (ahli lembaga pengarah) tidak boleh membawa sebarang ‘pelaburan’ secara terus kepada lembaga pengarah untuk diluluskan.
“Selain Pengarah Bebas, Tan Sri Isa Samad dan tiga lagi pengarah bukan eksekutif harus menjelaskan kuasa apa yang ada pada mereka untuk mengarahkan FGVH melakukan transaksi terus yang mana telah ditolak oleh pengerusi jawatankuasa eksekutif (exco)?” soalnya dalam kenyataan hari ini.
Zakaria dilaporkan media berkata beliau diketepikan dalam membuat keputusan dalam pelaburan Felda Cambridge Nanosystems Ltd yang kini sedang mencari RM550 juta untuk mengembangkan operasinya selepas kerugian RM117 juta dalam tempoh empat tahun.
Selain itu, beliau yang kini digantung tugas oleh ahli lembaga pengarah FGVH juga mendakwa telah membantah untuk membayar RM300 juta untuk 30 peratus pegangan dalam sebuah kilang krimer di Klang yang dianggap sebagai bukan peniagaan teras syarikat perladangan tersebut.
Ia, kata Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, membangkitkan persoalan mengenai siapa sebenarnya yang menjalankan operasi FGVH, ahli lembaga pengarah atau jawatankuasa eksekutif.
Ini kerana, menurutnya, sebarang cadangan transaksi haruslah diteliti terlebih dahulu oleh exco untuk dibawa kepada ahli lembaga pengarah bagi mendapatkan sebarang keputusan.
“Bukanlah bidang tugas ahli lembaga pengarah, malahan pengerusi bukan eksekutif, untuk

Praktikal bagi HARAPAN putuskan PM sementara

Tiada siapa mempertikaikan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi Pakatan Harapan perlu praktikal dalam menentukan siapa yang patut mengetuai gabungan itu pada pilihan raya umum akan datang (PRU14), kata Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mujahid Yusof Rawa.
Beliau berkata semua parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak melupakan kisah kejayaan Anwar malah pemimpin-pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sendiri tidak mempersoalkan peranan bekas ketua pembangkang itu dalam HARAPAN.
Antara lain, kejayaan Anwar menyatukan parti-parti pembangkang sehingga memperoleh 52 peratus undi popular pada pilihan raya 2013, ketika beliau disebut-sebut sebagai Perdana Menteri.
HARAPAN menerima BERSATU kerana parti itu seolah-olah berkongsi visi yang sama dalam membanteras rasuah dan menggantikan BN di Putrajaya, kata Mujahid.
Bagaimanapun, BERSATU tidak boleh melihat kemasukkannya ke dalam HARAPAN sebagai "segala-galanya".
Ahli Parlimen Parit Buntar selama dua penggal itu berkata demikian semasa majlis berbuka puasa bersama media di Pulau Pinang malam tadi.
Menurut Mujahid, secara moral, Anwar boleh memimpin di penjara tetapi mempersoalkan siapa yang akan memimpin mereka "di medan pentempuran".
Katanya, sebab Itu pembangkang perlu tampil dengan idea mewujudkan PM sementara.
Mujahid, bagaimanapun, enggan menyatakan sama ada partinya akan menerima bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai PM sementara jika HARAPAN menang dalam PRU-14, yang perlu diadakan menjelang Ogos tahun depan.

Skandal FGV: Bolehkah Idris selesaikan kemelut FGV?


BUKAN orang bijak pandai pun tahu yang bau busuk dalam Felda Global Ventures Berhad (FGV) datang daripada lembaga pengarahnya dan bukan dari kilang kelapa sawitnya.
Bau busuk itu kini menyebabkan tawaran awam permulaan (IPO) kedua terbesar dunia pada 2012 itu dengan cepat menjadi skandal kedua terbesar selepas syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Terdapat dakwaan rasuah oleh kedua-dua pihak, pengerusi lembaga pengarah FGV Isa Samad dan ketua pegawai eksekutif (CEO) Zakaria Arshad, yang dipaksa bercuti. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah pun memulakan siasatan terhadap perkara itu. Tuduhan itu berterusan sejak dua tahun lalu yang menyaksikan saham syarikat perladangan terbesar dunia menjunam daripada RM5.55 seunit kepada hanya RM1.66 sekarang.
Persoalannya sekarang ialah bagaimana dengan meletakkan Idris Jala di situ dapat membantu menyelesaikan pergelutan dalam lembaga pengarah? Bagaimana beliau boleh bawa FGV keluar daripada masalah pengurusannya.
Pengumuman Pejabat Perdana Menteri itu tidak menyatakan yang lembaga pengarah syarikat dalam senarai awam itu meluluskan peranan bebas Idris untuk memeriksa fakta dan mengesyorkan penyelesaian terhadap penggantungan CEO dan dua lagi pegawai kanan.
Mengapakah pula Putrajaya yang perlu melihat apa sebuah syarikat yang tersenarai di bursa lakukan dengan kakitangannya? Bukankah ini perkara antara pekerja dan majikan.
Bagaimanakah ia akan dapat membantu FGV keluar daripada kekecohan ini? Adakah pemeriksaan faktanya dan syor yang akan dibuat nanti melangkaui lembaga pengarah yang ada isu dengan Zakaria?
Dan adakah ia akan campur tangan dalam siasatan SPRM terhadap urus niaga perniagaan FGV? Atau hanya sekadar sembang-sembang dan menyanyi Kumbaya?
Mudahnya ialah kedua-dua, Isa dan Zakaria diletakkan di tepi dan SPRM masuk buat siasatan terhadap semua tuduhan dan memeriksa dokumen untuk melihat siapa sebenarnya yang bercakap benar.

SKANDAL FGV: PUTRAJAYA ARAH TUTUP MULUT?


SHAH ALAM – Kemelut yang berlaku dalam pengurusan Felda Global Ventures Holding dikatakan cuba diredakan apabila kedua-dua pihak sudah menerima arahan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media.
Sumber memberitahu Sinar Harian, Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria telah dipanggil ke Putrajaya semalam dan beliau difahamkan agar tidak membuat atau memberi sebarang komen berkaitan kemelut itu sehingga diberitahu kelak.
Difahamkan juga, Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Abdul Samad turut dipanggil dan menerima arahan sama.
“Memang Datuk Zakaria diminta ke Putrajaya tengahari ini (semalam) dan selepas itu beliau beritahu sudah diminta tidak buat sebarang kenyataan,” kata sumber itu.

Skandal FGV: SPRM ke Menara Felda ambil dokumen

Lebih 10 pegawai SPRM tiba di Menara Felda berhampiran KLCC, kira-kira 10 pagi ini.
menara-felda2KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengambil dokumen dari Menara Felda berhubung siasatan membabitkan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).
Lebih 10 pegawai SPRM tiba di Menara Felda berhampiran KLCC, kira-kira 10 pagi tadi.
Semalam, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad hadir di ibu pejabat SPRM di Putrajaya dengan membawa beberapa dokumen syarikat itu, selepas diopanggil badan anti-rasuah berkenaan.
“Saya sedia bekerjasama kepada SPRM. Saya tidak takut untuk berdepan situasi ini kerana yakin tidak melakukan apa-apa kesalahan. Mungkin banyak perkara yang boleh disiasat oleh SPRM.
“Dengan penglibatan SPRM sendiri, mungkin banyak persoalan boleh dirungkai dan diselesaikan,” kata Zakaria semalam.
menara-felda
Kelmarin, Lembaga Pengarah FGV mengarahkan Zakaria bercuti serta-merta bagi membolehkan siasatan berhubung tunggakan bayaran sebuah syarikat Afghanistan bernama Safitex kepada anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn Bhd.
Selain Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd, Kamarzaman Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar turut diarahkan bercuti.

Dari Banggol Peradong ke Tok Jembal, terakam kisah perjuangan


Khairudin naik kereta bersama Razif ketika pra pembukaan jambatan baru. Satu fenomena baru dalam konteks politik Terengganu antara PAS dan Umno.
Bermula dengan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Marang, kini hubungan antara pemimpin Pas dan Umno semakin intim dari hari ke hari di Terengganu, negeri yang sebelum ini merekodkan tragedi sembahyang dua imam antara Umno dan Pas.
Pada 28 Mei lalu, Pesuruhjaya Pas Terengganu yang baru, Datuk Husein Awang menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan berbuka puasa bersama di Masjid Tok Jembal, Kuala Nerus.
Turut serta adalah Timbalan Pesuruhjaya, Dr Alias Razak dan Datuk Dr Khairudin Aman Razali, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat.
Zahid berpelukan dengan Khairudin di Masjid Tok Jembal.Di majlis ini, Zahid kelihatan berpelukan dengan Khairudin tanda kemesraan antara kedua-duanya.
Keesokan harinya, pada 29 Mei, sekali lagi Khairudin menampakkan kemesraan antara Pas dan Umno.
Beliau menyertai Menteri Besar Datuk Ahmad Razif melancarkan jambatan baru dan kemudiannya kelihatan kedua-duanya menaiki kereta bersama.
Kesemua perubahan ini berlaku seolah-olah satu pusingan 180 darjah hubungan antara Umno dan Pas di Terengganu.
Perkembangan ini dilihat membuka lembaran baharu kepada politik Terengganu khususnya ke arah kerjasama Pas-Umno menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) selepas Pas tidak mahu bersama-sama Pakatan Harapan.
Umno pula dilihat senang dengan perkembangan ini dan menyambut baik jika Pas ingin bekerjasama dengan parti itu.
Pada 7 April 1981, Abdul Hadi memberikan ucapan penting di Banggol Peradong, Kuala Nerus dan seterusnya dijadikan Amanat Haji Hadi oleh penyokongnya.
Teks amanat itu adalah:
Amanat Haji Hadi 1981."Saudara-saudara sekalian percayalah, kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia Umno. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
"Percayalah saudara-saudara sekalian.
"Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan "politik suku, agama suku?."
Kalau dahulu mereka bersengketa kini kedua-duanya mesra. Namun begitu, penyokong akar umbi Pas tetap mempertahankan bahawa mereka berlawan dengan Umno.

Skandal FGV: Mengapa saya pula perlu letak jawatan, soal Zakaria

Zakaria Arshad FGV
Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Zakaria Arshad Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) tidak akan meletakkan jawatan dan tidak sabar untuk terus menerajui syarikat itu.
Zakaria, yang telah diminta untuk mengambil cuti mempersoalkan mereka yang mencadangkan bahawa dia perlu melepaskan jawatannya untuk meringankan krisis dalam FGV.
"Mengapa saya perlu meletakkan jawatan? Hanya jika saya melakukan sesuatu yang salah sahaja saya akan meletak jawatan. Tetapi saya tidak berbuat apa-apa yang salah, "katanya kepada media selepas disoal siasat selama empat jam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Puad Zakarshi semalam telah mencadangkan bahawa Zakaria dan Pengerusi FGV Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad meletak jawatan.
"Ia sudah setahun (sejak pelantikannya). Kontrak saya adalah selama tiga tahun dan saya masih mempunyai kira-kira setahun dan 10 bulan lagi untuk berkhidmat," ujarnya.
Ditanya sama ada beliau dan Isa boleh menyelesaikan pertikaian mereka dan bekerja bersama-sama sekali lagi, Zakaria hanya ketawa dan berkata: " Ini, saya tidak dapat menjawab"
Beliau berharap bahawa isu ini akan berakhir dalam satu atau dua minggu lagi, Zakaria berkata beliau telah bertemu Datuk Seri Najib Tun Razak berbincang mengenainya tetapi tidak mendedahkan apa yang berlaku semasa pertemuan beliau dengan Perdana Menteri.
Pada hutang tertunggak syarikat Afghan Safitex Trading LLC sebanyak AS$11.7juta (RM49.8juta), Zakaria yakin jumlah itu "boleh pulih 100%".
Beliau juga mengalu-alukan pelantikan Datuk Seri Idris Jala sebagai pihak yang bebas untuk menyiasat isu FGV, menggambarkan langkah kerajaan sebagai satu yang bijak.
Menjawab soalan mengenai harga saham FGV Zakaria berkata keadaan ini adalah sementara dan akan melihat aliran meningkat semula tidak lama lagi.

SKANDAL FGV: ADAKAH HARI-HARI TERAKHIR ISA DI FGV SUDAH SEMAKIN HAMPIR?

Pantas dan cekap, barangkali itulah ungkapan paling tepat untuk menggambarkan mengenai tindakan SPRM terhadap kemelut yang melanda Felda Global Ventures Holding atau FGV ketika ini.

Baru semalam CEO FGV, Zakaria Arshad diarahkan bercuti sementara untuk berdepan siasatan dalaman sebagaimana yang diumumkan oleh  Pengerusi Lembaga Pengarah syarikat itu, Isa Samad dan kemudian Zakaria pantas bertindak balas dengan mahukan SPRM menyiasat keseluruhan perjalanan urusniaga FGV, tidak sampai 24 jam agensi penguatkuasa anti rasuah itu sudah pun memulakan tindakannya.

Menurut laporan media,  Zakaria dan Isa akan hadir secara berasingan ke pejabat SPRM di Putrajaya petang ini untuk diambil keterangan mereka.

Zakaria dijadualkan hadir memberi keterangan pada jam 2.30 petang, manakala Isa pada jam 5.00 petang.

Dengan ini bermakna, belum pun audit dalaman FGV memulakan penyiasatannya terhadap Zakaria, beliau telah terlebih dahulu berjaya mengheret Isa ke dalam penyiasatan SPRM yang dilaporkannya.

Sudah tentu kehadiran Zakaria lebih dulu ke pejabat SPRM ialah untuk diambil keterangannya berkaitan salah laku Isa sepanjang beliau menjadi Pengerusi FGV, manakala kedatangan Isa pula ialah lebih untuk dilihat bagaimana jawapannya terhadap maklumat-maklumat yang sudah sedia ada di tangan SPRM itu.
Ini berikutan semalam juga Zakaria ada memberitahu beliau sebelum ini cuba menghentikan beberapa pelaburan yang tidak masuk akal yang cuba dibuat oleh FGV.

RM9.5 JUTA: FAKTA ATAU AUTA?

Entah kenapa, tiba-tiba saja bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan tampil mempertikaikan bayaran RM9.5 juta kepada Shafee Abdullah yang didakwa daripada akaun peribadi Najib Razak seperti yang didedahkan oleh Sarawak Report, baru-baru ini.

Kata beliau, bagaimana bayaran itu boleh dibuat sedangkan akaun peribadi Najib sudah ditutup sejak 2013 lagi?

Sebelum itu, beberapa puak pro Najib turut menggunakan hujah yang sama untuk menafikan bayaran tersebut meskipun Perdana Menteri dan Shafee sehingga ini kekal membisu dan berdiam diri daripada memberi sebarang reaksinya.

Benarkah perkara itu?