Selasa, 6 Jun 2017

SKANDAL RM9.5 JUTA: BUKANKAH LEBIH MUDAH SEPERTI INI?

Dua peguam yang didakwa oleh Rafizi Ramli menerima bayaran RM325,188 daripada Najib Razak yang dipercayai bersumberkan dana SRC International dengan pantas mengakui perkara itu, tetapi menjelaskan mereka tidak mengetahui punca wang tersebut.

Ghazi Ishak dan Salehuddin Saidin masing-masing memberitahu sebuah portal dalam perbualan telefon berasingan bahawa pembayaran RM325,188 itu telah diagihkan antara mereka dan dua firma guaman yang lain.

Bayaran tersebut adalah sebagai yuran guaman untuk mengenepikan sapina kepada Najib untuk tampil memberi keterangan dan disoal-balas semasa perbicaraan kes liwat II yang membabitkan Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, kedua-dua peguam itu menafikan sebarang pengetahuan bahawa wang berkenaan adalah berkaitan dengan SRC International
"Pada masa itu, saya fikir Najib tandatangan cek itu sendiri, ia tidak datang daripada mana-mana syarikat," kata Ghazi.
Salehuddin pula berkata "tidak ada sebab untuk beliau mempersoalkan sumber wang itu" dan mereka tidak diwajibkan untuk menjawab soalan itu.
Bukankah mudah seperti kedua-dua mereka ini?
Pantas untuk tampil dengan pengakuan yang jujur serta berterus-terang menerims bayaran daripada Najib.
Sebagai peguam, memang tidak menjadi kesalahan bagi mereka menerima bayaran atas khidmat yang diberikan, apatah lagi menyelidiki punca wang yang diterima daripada pelanggan, tetapi dalam soal ini wibawa Najib tentu saja terus menjadi persoalan.
Beliau dilihat dengan mudah dan sanggup membuat pembayaran sebegitu lumayan hanya untuk kes mengenepikan sapina yang dikenakan terhadapnya.
Tidakkah tindakan mudah dan sanggup membuat bayaran itu membayangkan betapa mudahnya juga wang itu diperolehi?
Adakah jika ia hasil titik-peluh atau tabungan hasil keringat, pembayaran selumayan itu sedia dibayar hanya untuk mengenepikan suatu sapina dan bukan untuk mengelakkan hukuman penjara atau sebagainya?
Secara tidak langsung, dengan kepantasan Ghazi dan Salehuddin memberikan reaksinya ini, jawapan daripada Najib sama-sekali tidak lagi diperlukan.

Tubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk siasat bayaran kepada peguam guna duit 1MDB, kata Rafizi

SEBUAH Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu diwujudkan untuk menyiasat laporan yang Perdana Menteri Najib Razak menggunakan wang yang dicuri daripada dana negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk menyerang musuh politiknya, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.
Rafizi berkata sudah tiba masanya untuk Majlis Raja-raja masuk campur, susulan laporan yang mendakwa Najib membayar sejumlah wang kepada peguam untuk menentang musuh politiknya, terutama sekali Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim yang dipenjarakan atas dakwaan liwat.
“Siasatan perlu tertumpu kepada banyak mana kesan dan pengaruh bayaran yang dibuat kepada pegawai mahkamah, terutama sekali pendakwaraya yang dilantik kerajaan, Shafee Abdullah, dalam keputusan mahkamah terutama sekali sehingga Anwar dipenjarakan,” kata Rafizi yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan.
Shafee dilantik sebagai pendakwaraya awam ketika peringkat rayuan perbicaraan liwat Anwar selepas Mahkamah Tinggi membebaskannya daripada dakwaan liwat.
“Saya merancang kempen kesedaran melalui media sosial untuk menjelaskan kepada penduduk kampung bagaimana wang mereka digunakan Najib untuk menamatkan kerjaya politik Anwar, yang menyebabkan dia dipenjarakan.
“Saya juga akan memberikan perhatian saya kepada semua fakta penting dalam kertas siasatan yang memberikan perincian bagaimana penjawat awam tinggi tahu mengenai dana yang disalurkan ke akaun peribadi Najib sebelum perkara itu didedahkan kepada umum,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Najib dan akaun bank peribadinya menjadi tumpuan selepas Sarawak Report menerbitkan artikel "Najib Paid Anwar's Prosecutor RM9.5 Million From 1MDB Slush Fund WHY?" pada 31 Mei lalu, menambah yang Shafee merupakan  “individu terbanyak menerima wang daripada akaun berkaitan 1MDB”.
Najib didakwa membayar Shafee sebanyak RM5.2 juta pada Febuari 2014 dan RM4.3 juta pada September 2013.

Skandal RM9.5 juta: ‘Pelik’ SPRM mahu lihat dulu

Kegagalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan berhubung skandal RM9.5 juta, membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipersoalkan.
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, isu berkait kredibiliti pemimpin tertinggi negara tidak seharusnya dilengahkan kerana ia akan menimbulkan lebih banyak persoalan umum.

tian-chua“Ia skandal yang sangat besar, namun saya pelik kenapa SPRM masih belum ambil tindakan begitu juga dengan pejabat Peguam Negara.
“Perkara ini berkait isu kredibiliti negara dan maruah jabatan Peguam Negara, justeru ia tidak seharusnya dibiarkan dan perlu diberi keutamaan supaya pesalah itu didakwa serta dikenakan tindakan,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.
Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad mengambil pendirian untuk ‘tunggu dan lihat’ sebelum sebarang kemungkinan lanjutan kes berkenaan dibuat.
Beliau berkata, SPRM juga belum membuat ketetapan untuk menyiasat kes berkenaan atau sebaliknya.
Pada masa sama, banyak pihak kini tampil membuat laporan polis supaya kes itu dibuka ekoran skandal penyaluran wang berkenaan ke dalam akaun peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Untuk rekod, siasatan kes berkenaan boleh dijalankan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 kerana penyalahgunakan dana awam jika aliran kewangan seperti didakwa berkaitan dengan 1MDB.
Pada 31 Mei lalu, Sarawak Report mendakwa RM4.3 juta didepositkan daripada akaun Ambank milik Datuk Seri Najib Razak, yang dikaitkan dengan skandal 1MDB ke akaun peribadi Shafee.
Media sama turut mendakwa wang itu dimasukkan selepas sebulan setengah Pengasas Kumpulan Perbankan Arab- Malaysian (AMBANK), Hussein Ahmad mati dibunuh, pada 28 Julai 2013.
Pembayaran kedua berjumlah RM5.2 juta pula didakwa dilakukan menerusi akaun sama, pada 17 Februari 2014 iaitu dua minggu sebelum keputusan rayuan kes Fitnah II Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kes rayuan itu menyaksikan Shafee bertindak sebagai Pendakwaraya mewakili Jabatan Peguam Negara.

Skandal FGV: CEO mahu SPRM perlu siasat pengurusan Felda Global Ventures

Zakaria Arshad menggesa suruhanjaya anti-rasuah menyiasat urusjanji syarikat itu, terutamanya yang melibatkan jabatan pemerolehan FGV.
Zakaria-Arshad_sprm_6001
PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Zakaria Arshad mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat syarikatnya, lapor New Straits Times hari ini.
Merujuk kepada pergelutan dalam lembaga pengarah FGV minggu lepas, Zakaria berkata ia membabitkan dakwaan serius dan beliau sendiri sedia disiasat.
“Sebab itu saya mahu perkara diselesaikan secara baik dan mencadangkan SPRM datang ke FGV dan siasat syarikat termasuk diri saya.”
“Melalui siasatan itu, kita akan tahu jika terdapat sebarang percanggahan dalam urusjanji yang dilakukan oleh saya, pengurusan atau mana-mana orang atasan,” katanya dalam temubual di pejabatnya pagi tadi, tidak lama sebelum beliau dipaksa bercuti serta merta oleh lembaga pengarah FGV.
Arahan itu menyatakan beliau perlu bercuti berikutan siasatan dalaman ke atas tunggakan bayaran sebuah syarikat Afghanistan, Safitex, kepada anak syarikat FGV.
Zakaria juga mencabar pihak berkuasa supaya mencari salah laku di pihaknya, melibatkan pembayaran lewat Safitex kepada Delima Oil Products, dan jika terbukti beliau akan meletakkan jawatan daripada syarikat itu.
Beliau berkata siasatan SPRM harus tertumpu kepada jabatan yang mengendalikan pemerolehan dalam FGV, secara tidak langsung menunjukkan di mana beliau percaya berlakunya perkara yang tidak kena dalam aktiviti syarikat.
“SPRM perlu datang dan periksa data kami. Kadang-kadang ia kelihatan lebih baik di atas kertas,” katanya, dan menambah beliau hanya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap FGV jika dirinya dipecat tanpa diberi peluang untuk didengari.
Semalam, NST melaporkan Pengerusi FGV Tan Sri Mohd Abdul Isa Samad meminta Zakaria meletak jawatan atas alasan beliau tidak bertindak mengikut amalan amalan korporat dengan membenarkan Safitex melakukan pembelian tanpa surat kredit, sehingga menyebabkan tunggakan.
Sementara itu, FGV dalam kenyataannya mengumumkan pelantikan Pengawal Kewangan Aznul Kama Azmir dari kumpulan sektor perladangan syarikat itu sebagai ketua pegawai kewangan interim kumpulan itu.

SPRM siasat FGV jika ada unsur salah guna kuasa, rasuah


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia untuk membuat siasatan dalam isu membabitkan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) ketika ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki bagaimanapun berkata SPRM terlebih dahulu perlu meneliti laporan yang dibuat jika ada berlaku salah guna kuasa atau rasuah.
"Ya, SPRM akan teliti dahulu laporan sama ada ia di bawah bidang kuasa SPRM atau sebaliknya dan SPRM hanya menyiasat jika ia mempunyai unsur rasuah atau salah guna kuasa, " katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Hari ini, Lembaga Pengarah FGV mengarahkan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Zakaria Arshad dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Ahmad Tifli Mohd Talha, diarah bercuti susulan siasatan yang telah dilakukan oleh syarikat audit, PricewaterhouseCoopers yang tidak boleh dinyatakan kepada umum.

Skandal FGV: Kacau bilau di Felda ....

DI Malaysia, seringkali khabar angin yang bertiup ada benarnya.
Begitulah yang berlaku di Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) apabila bisik-bisik yang bertiup kencang selama ini mengenai situasi sukar syarikat itu terbukti dengan berita yang mengatakan CEO kumpulan itu dipaksa bercuti dan seorang lagi bekas pegawai kanan sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Hari ini, Presiden Kumpulan FGV dan CEO Zakaria Ahmad serta ketua pegawai kewangan (CFO) Ahmad Tifli Mohd Talha diarahkan bercuti serta merta.
Pengerusinya Isa Samad yang mengadakan sidang akhbar tengahari ini berkata FGV akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM sekiranya agensi pencegah korupsi negara itu memutuskan untuk melakukan siasatan.
"Terserah kepada SPRM. Dia nak masuk, masuklah, kita tiada masalah," kata Isa pada satu sidang media di Menara Felda di Kuala Lumpur hari ini.
"Buat masa ini, hanya Internal Audit (IA) sahaja yang melakukan siasatan."
Sebelum ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Zakaria Arshad yang diarahkan bercuti menggesa SPRM campurtangan.
"Saya juga bersedia untuk disiasat dan mengesyorkan SPRM datang menyiasat FGV supaya senang membuktikan jika ada apa-apa perkara yang tidak baik berlaku dalam FGV.
"SPRM boleh menyiasat saya atau pengurusan dan peringkat tertinggi pengurusan atasan untuk mendapatkan bukti yang sahih.
"Dengan ini, semua boleh mencapai keadilan," kata Zakaria seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.
Isa berkata, syarikat tidak akan menghalang jika agensi itu mahu masuk dan menyiasat urus niaga FGV, khususnya membabitkan urus niaga antara Delima Oil Products (DOP) dan Safitex.
Beliau berkata, hasil siasatan PricewaterhouseCooper (PwC) terhadap urus niaga yang menyebabkan arahan bercuti dikeluarkan kepada Zakaria dan tiga individu lain, mendapati terdapat beberapa kesalahan yang menjurus ke arah rasuah.
Isa bagaimanapun berkata FGV enggan terus menuding jari, sebaliknya meminta audit dalaman menjalankan siasatan lanjut.
"FGV juga tidak akan buat laporan kepada SPRM, tetapi bersedia jika SPRM mahu menyiasat. Tidak ada siapa boleh menahan SPRM jika agensi itu mahu masuk menyiasat," katanya.
Isa berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gesaan Zakaria yang mahu SPRM menyiasat urus niaga dan pengambilalihan dilaksanakan FGV.

Skandal FGV: PKR mahu Shahrir campur tangan, kekalkan CEO

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menasihatkan Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Shahrir Abdul Samad supaya campur tangan dan meredakan kemelut yang melanda firma perladangan itu.
Shahrir juga, kata beliau yang juga ahli Parlimen Pandan, perlu mengekalkan Datuk Zakaria Arshad selaku presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan itu.
"Saya memberi nasihat kepada Shahrir untuk campur tangan dan meredakan keadaan dengan mengekalkan Zakaria sementara segala isu disiasat dengan lebih lanjut.
"Berita penggantungan jawatan beliau oleh (Pengerusi FGV) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad diselubungi banyak isu yang perlu diselidik dan disiasat dengan lebih jelas.
"Saya mengambil kira rekod Zakaria sebagai seorang tokoh korporat dari generasi kedua Felda. Beliau juga berjaya memimpin FGV menunjukkan sedikit peningkatan kebelakangan ini," kata Rafizi dalam kenyataan.
Sebentar tadi, Isa mengadakan sidang akhbar mengenai tindakan FGV menjalankan siasatan audit dalaman membabitkan Zakaria dan bersedia untuk memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sekiranya diperlukan.
“Terserahlah pada SPRM nak masuk (siasatan), masuklah kita tak ada masalah. Buat masa ini kita cuma mengiyakan siasatan audit dalaman.
“Kalau SPRM nak masuk, siapa boleh tandingi kalau dia nak masuk. Kita nampak ada kesilapan sebab itu kita buat siasatan supaya lebih jelas,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Menara Felda, Kuala Lumpur.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, beliau kurang mengeluarkan kenyataan mengenai FGV sejak kebelakangan ini kerana mahu memantau firma tersebut yang berpotensi lebih maju di bawah kepimpinan Zakaria.
Sementara itu, Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Md Akin menyatakan sokongan terhadap Zakaria dengan mengucapkan tahniah atas tindakan Zakaria meminta SPRM untuk menyiasat FGV.
"Tahniah Zakaria di atas keberanian saudara mendesak SPRM untuk menyiasat penyelewengan FGV. Hak peneroka mesti terus dibela," kata Shamsul Iskandar dalam akaun Facebooknya.

Skandal FGV: Tanya macam nak tuduh....!! Isa marah wartawan

Sidang media Felda Global Venture Bhd (FGV) hangat apabila Pengerusinya Tan Sri Isa Samad mengugut mahu menyaman wartawan kerana bertanya soalan mengenai dakwaan salah laku.
Situasi itu bermula apabila salah seorang wartawan mengajukan soalan mengenai dakwaan Raja Petra Kamaruddin berkaitan dirinya.

Penulis blog itu dikatakan mendakwa Isa cuba menyingkirkan presiden dan ketua pegawai eksekutif kumpulan (CEO) FGV Datuk Zakaria Arshad bagi menutup dakwaan salah laku rasuah.

Isa kemudian mempertikaikan soalan itu dan mengugut mahu menyaman wartawan akhbar arus perdana itu.

“Kamu buat kenyataan ini, saya saman awak,” katanya ketika menjawab soalan itu dalam sidang media di Menara Felda, Kuala Lumpur hari ini.

'Itu Raja Petra dia punya hal'
Bagaimanapun, wartawan tersebut menjawab bahawa kenyataan itu adalah dakwaan Raja Petra dan beliau hanya bertanya soalan.
“Itu Raja Petra dia punya hallah. Jangan kamu pula tuduh saya.
“Tanya erti macam tuduh,” katanya.
Raja Petra antaranya mendakwa Isa mahu menyingkirkan Zakaria kerana dianggap terlalu lurus dan tidak mahu meluluskan urus niaga 'di bawah meja'.
Kemelut kepimpinan FGV dikatakan mempunyai kaitan dengan tunggakan bayaran kepada anak syarikatnya Delima Oil dengan sebuah syarikat pembeli minyak sawit luar negara.
Setelah dicutikan, Isa hari ini mengumumkan siasatan audit dalaman akan dibuat ke atas Zakaria serta mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Zakaria pula dilaporkan mahu SPRM menyiasat keseluruhan operasi FGV bagi menilai sekiranya berlaku sebarang penyalahgunaan kuasa.
Beliau setakat ini mempertahankan diri dan enggan berundur serta berhujah proses pembayaran dan syarat kredit yang digunapakai Delima Oil itu sudah dilaksanakan sebelum beliau menjadi CEO lagi.

Skandal FGV: Dato' Zakaria Wajar Dikekalkan Sebagai CEO FGV Sehingga Siasatan Penuh Berlaku

Saya memandang serius berita penggantungan Dato' Zakaria Arshad dari jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Global Ventures Berhad (FGV) atas alasan ada bayaran tertentu kepada syarikat yang berurusniaga dengan FGV.

Saya sedia maklum bahawa Dato' Zakaria Arshad mempunyai beberapa pandangan yang berbeza dengan Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad dalam beberapa isu besar, termasuklah urusniaga melibatkan pembelian saham-saham PT Eagle High Plantations di Indonesia.

Saya mengikuti dengan dekat beberapa cadangan terkini yang mengheret FGV untuk terlibat di dalam urusniaga dengan Tan Sri Peter Sondakh (pemilik PT Eagle High Plantations), termasuk cadangan terbaru untuk memansuhkan perjanjian pajakan tanah dengan Felda yang akan melibatkan pindahmilik saham menjadikan Tan Sri Peter Sondakh salah seorang pemilik saham terbesar FGV.

Sehingga kini tidak ada kepastian sama ada perkara ini akan diteruskan.

Saya juga mendapat maklumat ada beberapa projek yang melibatkan suntikan dana beratus juta ringgit ke syarikat luar negara yang menjadi perbezaan pendapat di antara Tan Sri Isa dan Dato' Zakaria.

Saya mengambil kira rekod Dato' Zakaria sebagai seorang tokoh korporat dari generasi kedua Felda. Beliau juga berjaya memimpin FGV menunjukkan sedikit peningkatan kebelakangan ini. Saya kurang mengeluarkan kenyataan mengenai FGV kebelakangan ini kerana mahu memantau bahawa FGV boleh lebih maju di bawah kepimpinan beliau.

Oleh sebab itu, berita penggantungan jawatan beliau oleh Tan Sri Isa Samad diselubungi banyak isu yang perlu diselidik dan disiasat dengan lebih jelas.

Saya memberi nasihat kepada Tan Sri Shahrir Samad untuk campur tangan dan meredakan keadaan dengan mengekalkan Dato' Zakaria sementara segala isu disiasat dengan lebih lanjut.

Rafizi Ramli
Ahli Parlimen Pandan
Naib Presiden KEADILAN

SPR tak kerjasama dengan Bersih 2.0 kerana ia bukan NGO

Mohd Hashim Abdullah berkata, SPR hanya bekerjasama dengan NGO dan Bersih 2.0 berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, bukannya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.
Mohd-Hashim-Abdullah-bersihSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan bekerjasama dengan Bersih 2.0 untuk memantau dan memastikan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berlangsung secara adil.
Ini kerana kata Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah kepada Oriental Daily, Bersih 2.0 berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), bukannya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
“SPR hanya akan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan, Bersih 2.0 bukannya NGO,” katanya kepada akhbar itu semalam.
Katanya, SPR kini bekerjasama dengan banyak NGO dan sudah membuka permohonan untuk mengambil sukarelawan bagi memantau proses pengundian.
Beliau percaya parti pemerintah dan pembangkang juga akan menghantar wakil mereka untuk melakukan pemantauan di pusat mengundi.
Dalam pada itu itu, Hashim berharap peti undi bergerak dapat dilaksanakan kelak untuk memudahkan pengundi yang tinggal di kawasan pedalaman, menghadapu kesukaran bergerak dan warga emas menunaikan tanggungjawab mereka.
Katanya, perkara itu akan dibincangkan dengan parti pemerintah serta pembangkang selepas kertas cadangan disiapkan dan beliau berharap mereka akan menyokongnya.
Beliau berkata, SPR juga akan meneruskan penggunaan dakwat kekal pada PRU14 dan menambah bilangan pusat mengundi, selain menyediakan pengangkutan untuk menghantar pengundi di kawasan pedalaman, khasnya di Sabah dan Sarawak.
Sementara itu, Hashim bertegas keputusannya tidak mengumumkan daftar pemilih baru tidak melanggar undang-undang kerana tiada peraturan mewajibkan SPR berbuat demikian.
Katanya, pengumuman daftar pemilih baru pada setiap penggal ialah bonus yang diberikan pengerusi SPR terdahulu berdasarkan budi bicara mereka.

Keluarga marah selepas hakim bebaskan 3 lelaki kes bunuh Bill Kayong

Mahkamah bagaimanapun mengarahkan lelaki ke-4 yang dituduh menembak mati Bill untuk membela diri.
bill-kayong-murder-pkrMahkamah Tinggi Miri hari ini melepaskan Datuk Stephen Lee Chee Kiang dan 2 lelaki lain yang dituduh membunuh aktivis Bill Kayong tahun lalu.
Ia mengejutkan ahli keluarga dan kenalan Bill yang mengadakan protes membantah keputusan untuk membebaskan Lee di luar bangunan mahkamah.
Lee, 45, dibebaskan bersama pembantu peribadinya Chin Wui Ching, 50, dan pemilik pub Lie Chang Loon, 37, daripada pertuduhan membunuh Bill, atau nama Islamnya Mohd Hasbie Abdullah, pada 21 Jun tahun lalu.
Bill yang juga merupakan setiausaha PKR Miri ditembak mati di persimpangan lampu isyarat berhampiran sebuah pasar raya di lencongan Jalan Kuala Baram.
Tiga lelaki yang dibebaskan itu dituduh bersubahat dengan Mohamad Fitri Pauz, 30.
Hakim Mahkamah Tinggi Ravinthran N Paramaguru bagaimanapun memerintahkan Fitri membela diri.

FGV lantik CEO, CFO interim selepas paksa Zakaria Arshad bercuti

PRESIDEN kumpulan dan CEO Felda Global Ventures (FGV) Zakaria Arshad dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (CFO) Ahmad Tifli Mohd Talha diberikan cuti bermula hari ini.
Kedua-dua mereka diberikan cuti, sementara menunggu siasatan yang sedang berlangsung mengenai transaksi dalam Delima Oil Products Sdn Bhd, sebuah unit FGV,  kata FGV dalam pengumuman kepada Bursa Malaysia hari ini.
“FGV akan meneruskan operasi seperti biasa. Dalam peralihan ini, Jawatankuasa Lembaga Eksekutif terdiri daripada dua pengarah FGV Dr Omar Salim dan Mohd Zafer Mohd Hashim bersama-sama dengan Azman Ahmad (ketua kluster logistik) akan mengambil alih tanggungjawab dan menjalankan peranan sebagai presiden kumpulan dan CEO.
 ”Lembaga Pengarah juga melantik Pengawal Kewangan Kumpulan (Sektor Perladangan) Aznur Kama Azmir sebagai ketua pegawai kewangan kumpulan interim,” kata kenyataan itu.
Saham FGV jatuh 7 sen kepada RM1.66 ketika ditutup tengahari tadi.
Menurut laporan Reuters, Zakaria Arshad enggan meletakkan jawatan memaksa syarikat itu mengarahkan dia bercuti.
Laporan turut menyebut yang dia diminta meletakkan jawatan sementara siasatan kepada isu kelewatan pembayaran syarikat Afghanistan kepada anak syarikat FGV.

Dr Mahathir: Lebih mudah gadai Proton daripada pertahan maruah negara


Dr Mahathir: Lebih mudah gadai Proton daripada pertahan maruah negara
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata lebih mudah untuk menggadaikan Proton kepada syarikat asing kerana kos mempertahankan maruah memiliki kereta nasional memang tinggi. 
DR Mahathir Mohamad hari ini berkata lebih mudah untuk menggadaikan Proton kepada syarikat asing kerana memang tinggi kos mempertahankan maruah bagi mempunyai kereta nasional sendiri.
“Tak usahlah pertahan kita masih ada kereta nasional. Kereta milik orang lain, dikeluar dan dijayakan oleh orang lain, tidak boleh diiktiraf sebagai nasional,” katanya, yang merintiskan Proton pada 1983 ketika baru dua tahun menjadi perdana menteri.
Bekas perdana menteri berusia 91 tahun itu berkata salah satu sebab di sebalik kejatuhan Proton ialah kerana Malaysia terlalu mudah membenarkan kereta diimport untuk menembusi pasaran tempatan.
“Kita terbuka. Siapa saja boleh pasar kereta mereka di Malaysia. Kereta kita tidak boleh masuk negara mereka kerana pelbagai sebab. Dan kita akur,” katanya.
Bulan lepas, jutawan China Li Shufu dari Zhejiang Geely Holding Group bersetuju untuk membeli 49.9% pegangan dalam Proton Holdings Bhd daripada konglomerat DRB-Hicom Bhd.
Mahathir mengkritik tindakan itu dan menafikan mahu menjual Proton walaupun beberapa kali membuat lawatan ke China melawat kilang Geely.
“Saya mengaku saya lawat Geely di negara China. Saya juga melawat Volvo di Sweden, Jaguar di Britain, Nissan dan Toyota di Jepun dan Volkswagen di Jerman.
Saya melawat banyak syarikat automotif di dunia untuk menjual Syarikat Proton. Tetapi saya gagal. Ternampak orang lain lebih berjaya, Syabas dan tahniah, saya ucapkan kepada mereka,” katanya.
Mahathir meletakkan jawatan sebagai pengerusi Proton pada Mac lepas. Pembuat kereta China itu memberli Volvo Cars dari Sweden pada 2010 dengan ASD1.5 bilion.
Dalam urus niaga yang dilakukan bulan lepas pula, Geely bersetuju untuk membeli 51% pegangan dalam Lotus Cars daripada Proton.
DRB-Hicom dimilik ahli perniagaan terkenal Syed Mokhtar Al-Bukhary. Proton yang ditubuhkan pada 1983 ialah projek gagasan Dr Mahathir.
“Mungkin saya gagal kerana bercakap berkenaan pembelian enjin dari Geely. Geely memiliki Volvo dan saya dapati enjin design Volvo cukup baik,” kata Dr Mahathir.
Katanya lagi Proton tidak mempunyai enjin yang diterima di pasaran Eropah: “Jika dipasang enjin Geely/Volvo mungkin kita akan menepati spec Euro 6.”
Mahathir berkata yang dia cuba menaiktaraf enjin Proton.
“Tetapi Proton tolak,” katanya, menambah yang cadangannya untuk trak “pick-up” juga ditolak.
Cadangan lain yang ditolak termasuklah naik taraf enjin Campro 1,600cc dengan “turbo charger” yang mempunyai kuasa sama dengan enjin Perdana 2,000cc.

Skandal FGV: Persatuan anak peneroka dakwa Zakaria jadi mangsa Isa Samad

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan mendakwa Zakaria menjadi mangsa terbaru Mohd Isa Abdul Samad kerana tidak disenangi pengerusi FGV.
mazlan-aliman-isa-samad-zakaria-arshadPersatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) menyifatkan Presiden merangkap Ketua Pengarah Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad yang dipaksa bercuti sebagai mangsa terbaru Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
Presidennya, Mazlan Aliman mendakwa Isa ketika menjadi pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bertindak “menyejuk bekukan” pengarah besar ketika itu – Datuk Zulkifli Abdul Wahab yang tidak disenanginya.
Katanya, ia disusuli dengan pengganti Zulkifli, Datuk Faizoull Ahmad yang turut “disejuk bekukan” sehingga beliau didakwa di Mahkamah Sesyen baru-baru ini.
“Dan saya mendapat maklumat daripada awal, Isa memang tidak menyenangi Zakaria.
“Maka, apa sahaja yang dibuat dahulu oleh Zakaria sebelum kehadiran Isa di situ akan dikorek kembali, antaranya isu Delima Oil Products Sdn Bhd itu.
“Walhal, apa-apa keputusan yang dibuat Zakaria itu adalah keputusan bersama dalam board (Lembaga Pengarah),” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Mazlan mengulas laporan Zakaria dipaksa bercuti berkuat kuasa serta-merta oleh Lembaga Pengarah FGV.
Arahan itu dikeluarkan bagi membolehkan siasatan berhubung isu tunggakan bayaran oleh sebuah syarikat Afghanistan bernama Safitex yang juga anak syarikat FGV.
Mengulas lanjut, Mazlan berkata, tindakan ke atas Zakaria ialah satu kesilapan kerana beliau sedang melaksanakan misinya untuk memperbetulkan kepincangan dalam syarikat itu.

Peguam sahkan terima wang dari Najib, tapi tak tahu puncanya

Peguam Datuk Ghazi Ishak menafikan sebarang pengetahuan bahawa bayaran yang diterima daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2011, adalah daripada dana berkaitan SRC International.
Sementara itu, peguam Datuk Salehuddin Saidin mengesahkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menyiasat bayaran bersama yang diterima oleh firmanya daripada Najib pada tahun 2011.
Ghazi dan Salehuddin masing-masing memberitahu Malaysiakini dalam perbualan telefon berasingan bahawa pembayaran RM325,188 telah diagihkan antara mereka dan dua firma guaman yang lain.
Bayaran sebagai yuran guaman itu adalah untuk mengketepikan sepina kepada Najib untuk tampil memberi keterangan dan disoal-balas semasa perbicaraan kes liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Walau bagaimanapun kedua-dua peguam itu menafikan sebarang pengetahuan bahawa wang berkenaan adalah berkaitan dengan SRC International
"Cek ditandatangani oleh Najib, jadi ia bukan dari mana-mana syarikat," kata Ghazi kepada Malaysiakini.
Salehuddin pula berkata "tidak ada sebab untuk mempersoalkan sumber wang itu" dan bahawa mereka tidak diwajibkan untuk menjawab soalan itu.
Najib melantik Ghazi dan Salehuddin pada tahun 2011. Ketika itu, skandal 1MDB masih belum didedahkan.
Mereka mengulas dakwaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli awal hari ini mendakwa Najib menggunakan dana berkaitan SRC International untuk membayar seorang peguam.
Sementara itu, Salehuddin berkata, SPRM mengambil keterangannya tahun lalu dan menyoalnya mengenai pembayaran itu.

CEO FGV Zakaria Arshad digantung tugas serta merta


CEO FGV Zakaria Arshad digantung tugas serta merta
FGV ialah IPO kedua terbesar di dunia pada 2012 dan terjerat dalam skandal kewangan sejak itu. 
PRESIDEN kumpulan dan CEO Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Zakaria Arshad diarahkan mengambil cuti berkuatkuasa serta merta.
Laporan menyebut yang Zakaria menerima surat hari ini, ditandatangani pengerusi Isa Samad, memaklumkan yang dia dilepaskan daripada semua jawatan dalam FGV dan anak syarikat serta merta.
Dia diminta melepaskan jawatannya, kerana siasatan sedang dilakukan tentang kelewatan pembayaran syarikat Afghanistan, Safitex kepada anak syarikat FGV.
Dia memberitahu wartawan yang buat masa ini dia tidak akan mengambil tindakan undang-undang kepada FGV.
“Bukan pada tahap ini. Saya akan memikirkan tentang perkara ini terlebih dahulu,” katanya seperti dipetik NST Online.
“Saya perlu pertahankan diri saya,” katanya ketika ditemui di luar Menara Felda hari ini.
BH Online pula memetik Zakaria sebagai berkata yang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat FGV.
"Saya juga bersedia untuk disiasat dan mengesyorkan SPRM datang menyiasat FGV supaya senang membuktikan jika ada apa-apa perkara yang tidak baik berlaku dalam FGV.
"Dengan ini, semua boleh mencapai keadilan," tambahnya.
NST sebelum ini melaporkan tentang catatan blog Raja Petra Kamaruddin pada Sabtu lepas yang mengatakan Zakaria dipersalahkan kerana kegagalan Safitex menjelaskan bayaran untuk perkapalan pada September tahun lepas.
Harga saham FGV jatuh 7 sen kepada RM 1.66 pada masa dagangan tengahari ini.

Peguam sahkan siasatan SPRM berhubung bayaran Najib

Peguam Datuk Salehuddin Saidin mengesahkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menyiasat bayaran yang diterima oleh firmanya daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2011.
Bercakap kepada Malaysiakini, Salehuddin yang adalah bekas seorang timbalan pendakwa raya, berkata pembayaran RM325,188 itu adalah untuk yuran guaman untuk mengketepikan sepina kepada Najib untuk tampil memberi keterangan dan disoal-balas semasa perbicaraan kes liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Empat peguam dilantik untuk mewakili Datuk Seri (Najib), dan bayaran diagihkan di kalangan mereka," kata Salehuddin.
Beliau berkata SPRM menyoalnya mengenai pembayaran itu.
"Mereka menyoal tujuan pembayaran, dan dari mana wang itu datang," katanya.
Bagaimanapun peguam itu berkata beliau tidak tahu asal usul wang berkenaan, dan SPRM juga tidak menyebut bahawa kemungkinan ia adalah dana berkaitan SRC International.
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli awal hari ini mendakwa Najib enggunakan dana berkaitan SRC International untuk membayar firma Salahudin.

Rafizi dakwa Najib bayar seorang lagi peguam RM325,000

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membayar seorang lagi peguam yang terlibat dalam perbicaraan kes liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dana berkaitan SRC International.
Memetik dokumen siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang bocor, beliau berkata Najib membayar RM325,188 kepada peguam itu pada tahun 2011.
Bayaran itu, kononnya untuk mengketepikan sepina kepada perdana menteri untuk tampil memberi keterangan dan disoal-balas semasa perbicaraan kes liwat II.
Rafizi mendakwa SPRM telah mengesahkan pemindahan wang berkenaan dan menyoal firma undang-undang di mana peguam itu bekhidmat.
Malaysiakini tidak mendedahkan nama peguam dan firma undang-undang berkenaan sementara menunggu ulasan mereka berhubung dakwaan itu.
Dokumen-dokumen yang dirujuk oleh Rafizi, adalah dari sprminsider.blogspot.com blog yang aksesnya telah disekat oleh Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SKMM).
Minggu lalu, Sarawak Report mendakwa bahawa perdana menteri membayar peguam terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebanyak RM9.5 juta.
Portal itu mendakwa bahawa wang berkenaan disalurkan melalui dua bayaran dari akaun yang sama di mana dana SRC dimasukkan ke dalamnya. SRC adalah sebuah firma milik negara, dan bekas anak syarikat 1MDB.
Muhammad Shafee bertindak sebagai ketua pendakwa dalam kes liwat II yang membabitkan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila kes itu dibicarakan di mahkamah rayuan dan persekutuan.
Malaysiakini tidak dapat untuk mengesahkan kesahihan dakwaan Rafizi mahupun Sarawak Report.
Portal berita ini juga telah menghubungi SPRM dan setiausaha akhbar Najib, Datuk Seri Tengku Shariffudin Tengku Ahmad untuk maklum balas mereka mengenai dakwaan Rafizi.

ANTARA JIMAT RAKYAT DAN BOROS NAJIB..!!!

Sementara rakyat digalakkan untuk jimat berbelanja di bulan Ramadan ini terdapat dua kes “pemborosan” berlaku yang didakwa melibatkan pemimpin nombor satu negara. Pertama, dakwaan bahawa Pejabat Perdana Menteri pernah melantik bekas pembantu Presiden Trump untuk melobi Kerajaan Amerika Syarikat dengan bayaran sebanyak RM1.125 juta (atau USD250,000) dan kedua, wang berjumlah RM 9.5 juta dari syarikat SRC International Sdn Bhd telah didakwa disalur Dato' Seri Najib Razak ke dalam akaun peribadi peguam UMNO Tan Sri Shafee Abdullah.

Dalam kes pertama, walaupun terdapat penafian terhadap lantikan pelobi oleh Pejabat Perdana Menteri, namun menurut Rafizi Ramli, Naib Presiden KEADILAN, dokumen pengisytiharan tambahan yang telah difailkan oleh firma pelobi 45 Group mengesahkan sebaliknya. Persoalan utama yang timbul ialah apakah 45 Group telah berbohong apabila menamakan Perdana Menteri sebagai pegawai Kerajaan Malaysia yang berurusan dengannya dan dari mana datangnya dana RM1.125 juta (atau USD250,000) untuk membayar 45 Group bagi kerja-kerja melobi bagi pihak Kerajaan Malaysia?

Kemungkinan ini satu kes pemborosan amat membimbangkan, terutama jika ia melibatkan dana rakyat, malah ia lebih “berat nanang” jika ada elemen penyelewengan. Sehingga sekarang, belum kedengaran penjelasan oleh Perdana Menteri atau 45 Group.

Dalam kes kedua, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Pembangkang dan Presiden KEADILAN, dalam kenyataannya bertarikh 4 Jun 2017 melahirkan rasa kesal beliau kerana Dato’ Seri Najib dan Tan Sri Shafee belum menjawab atau memberi reaksi terhadap dakwaan wang berjumlah RM 9.5 juta dari syarikat SRC International yang telah disalur Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak ke dalam akaun peribadi peguam UMNO Tan Sri Shafee Abdullah.

“Setakat ini, rakyat Malaysia hanya mendengar alasan remeh yang diberi menteri Dato' Seri Nazri Aziz. Ini amat tidak memadai, kerana persoalan pokok tidak terjawab, iaitu mengapa dana dari SRC International ini berada di dalam akaun peribadi Dato' Seri Najib dan mengapa RM 9.5 juta dipindahkan ke dalam akaun peribadi Tan Sri Shafee,” ujarnya.

Menurutnya, dakwaan ini menimbulkan tanda tanya apakah dana ini berkait kes Fitnah 2 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan apakah ada mana-mana individu berkait dengan kes Fitnah 2 yang menerima wang daripada Dato’ Seri Najib serupa seperti yang diterima Tan Sri Shafee. Malah menurut Dr Wan Azizah, dakwaan ini menimbulkan persoalan sekiranya Dato’ Seri Najib telah melanggar Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA 2014).

Terdahulu, Anwar Ibrahim melalui kenyataan ringkasnya pada 2 Jun 2017 juga menganggap dakwaan Sarawak Report itu sebagai dakwaan yang amat berat. “Perkara ini perlu disiasat pihak berkuasa pada kadar segera. Apakah tujuan dana besar ini disalur oleh Najib kepada akaun peribadi seorang peguam swasta yang dilantik oleh kerajaan Najib untuk mengendalikan pendakwaan terhadap saya?” tegas beliau. “Yang menjadi persoalan lebih serius: siapa lagi yang turut menerima duit dari SRC International melalui akaun peribadi Najib?” tambahnya.

Persoalan saluran dana dari SRC International, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ini masih berselirat dan melibatkan berpuluh juta ringgit. Pada Januari 2016, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, telah membersihkan Dato’ Seri Najib daripada sebarang kesalahan berhubung kes SRC International dan dana RM2.6 bilion atas alasan Perdana Menteri tidak sedar kemasukan dana berkenaan dan ia merupakan sumbangan peribadi daripada keluarga diraja Arab Saudi yang telah diberikan tanpa sebarang balasan. Malah menurut Tan Sri Apandi, wang sejumlah USD620 juta (RM2.03 bilion) telah dikembalikan semula oleh Najib kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.

Hati sedih, hati pedih… Francissca ratapi ‘kehilangan’ Proton

Satu masa dulu dia terkenal dengan lagu mempromosikan Proton sebagai 'kejayaan Malaysia'. Kini semuanya hanya kenangan indah baginya.
francisca4
PETALING JAYA: Francissca Peter kini memendam rasa sedih, dan seperti lagunya yang satu masa dulu menjadi siulan ramai, barangkali hanya mampu bertahan “sekadar di pinggiran”.
Selepas pengumuman kepentingan Proton dijual kepada sebuah syarikat China, Francissca kini meratapi “kehilangan” kereta nasional itu, dan mempersoalkan statusnya sebagai “Kejayaan Malaysia”, lagu yang dinyanyikannya untuk Proton lebih 3 dekad lalu.
“Apakah ia akan dikenali sebagai kereta kebangsaan? Apa lagi akan dijual seterusnya?” soal penyanyi suara emas itu yang kini sudah menjangkau usia 55 tahun, dalam wawancara bersama FMT baru-baru ini.
Soalan yang dilontarkan itu hampir sama dengan luahan hati Tun Dr Mahathir Mohamad, yang secara terbuka berkata beliau menangisi penjualan Proton kepada Kumpulan Geely Holding dari China, umpama kehilangan anaknya.
“Kita harus tanya, apa lagi nak dijual?” kata bekas perdana menteri yang mengasas industri kereta nasional itu pada awal 1980-an, ketika berucap di Kampung Baru beberapa jam selepas pengumuman DRB-Hicom menjual kepentingan 49.9% kepada Geely pada 24 Mac.
Hancurkan hati
Tetapi kaitan antara Proton dan Francissca, atau Fran, sedikit berbeza.
Wanita ini meminjamkan aset suaranya, diabadikan dalam lagu untuk mempromosikan Proton Saga, model pertama Proton yang dilancarkan pada 1985.
Fran menyifatkan apa yang berlaku terhadap Proton sebagai “menghancurkan hati” beliau.
“Saya hadir pada majlis perasmian di kilang Proton ketika itu di Shah Alam.
“Saya melambai tangan dari dalam kereta Proton, seperti Ratu England sambil menyanyikan lagu Proton Saga.
“Saya amat teruja, teruja kita ada kereta sendiri, untuk mewakilinya, menyanyi lagu temanya.
“Ia kebanggaan negara,” katanya.
Fran merupakan penyanyi di sebalik puluhan lagu yang kerap memecahkan rekod pada 1980-an, dengan lebih 20 lagunya mencapai tempat pertama dalam carta lagu Malaysia. Ia termasuk
Suaranya bukan sahaja diabadikan dalam sejarah Proton.
Peranan Fran sebagai patriot negara turut dilihat dalam mempromosikan industri pelancongan negara seperti dalam lagu “To Know Malaysia is to Love Malaysia”, di samping lagu “Setia” yang merupakan antara projek pentadbiran Dr Mahathir dulu meraih sokongan rakyat menggunakan tema perpaduan.
‘Kisah duka’ 2 syarikat diwakili Fran
Kini, 2 syarikat kebanggaan negara yang diwakili Fran, sama ada berdepan atau sudah melalui krisis yang melunturkan kegemilangan silamnya.

Persempadanan Gagal: SPR mungkin guna peta lama pada PRU14

Mohd Hashim Abdullah berkata, SPR tidak boleh menggunakan peta persempadanan semula yang baharu, tanpa Selangor dan Melaka.
spr-guna-peta-lama-pru14Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mungkin perlu menggunakan peta lama persempadanan untuk semua kawasan Parlimen serta negeri pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), memandangkan ada pihak sudah membawa pertikaian berhubung cadangan persempadanan semula ke mahkamah.
Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dipetik Oriental Daily berkata, SPR tidak boleh menggunakan peta persempadanan semula yang baharu, tanpa Selangor dan Melaka yang sudah memfailkan permohonan di mahkamah.
Beliau tidak pasti jika proses persempadanan semula untuk kawasan tertentu sempat disiapkan menjelang PRU14.
“Jika tidak sempat, PRU akan datang perlu menggunakan peta asal persempadanan.”
Penggunaan peta baru atau lama persempadanan semula pada PRU14 akan mendatangkan kesan mendalam.
Sesetengah pemimpin pembangkang seperti Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin penyandang kerusi Parlimen Pagoh, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar di kerusi Parlimen Lembah Pantai dan bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering mungkin tewas disebabkan persempadanan semula.
Pada 19 Oktober 2016, kerajaan Selangor yang diwakili Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran mencabar cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan negeri di Selangor oleh SPR.
Azmin turut memohon mendapatkan perisytiharan kegagalan SPR menggunakan rang daftar pemilih terbaru dalam melaksanakan persempadanan semula itu adalah tidak mengikut Seksyen 3 Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan, dan oleh itu tidak sah dan terbatal.
Pada 13 April lalu pula, 7 pengundi kawasan Kota Melaka memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan DUN di negeri itu oleh SPR.
Aktivis sosial, Chan Tsu Chong yang mewakili 6 lagi plaintif dilaporkan berkata, tindakan SPR itu menyebabkan berlaku jurang jumlah pengundi yang ketara di beberapa kawasan di Melaka, khususnya di Parlimen Kota Melaka dan DUN Taboh Naning.
Mengenai pelaksanaan sistem pendaftaran pengundi secara automatik atau dalam talian, Hashim berkata, 2 sistem itu tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat kerana mempunyai banyak kelemahan dan tidak boleh dipercayai.

Jerusalem’s Jubilee: Teresa buat laporan polis sanggah sebaran fitnah macai Umno..!!

KUALA LUMPUR, 6 JUN: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok membuat laporan polis di Balai Polis Sri Petaling dekat sini hari ini berhubung penyebaran kenyataan palsu yang menggunakan nama beliau melibatkan acara ‘Jurusalem’s Jubilee’ di Melaka.
Beliau dalam kenyataannya yang diedarkan kepada pemberita selepas membuat laporan itu menafikan dan mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan berbaur fitnah berkenaan dan pihak yang telah mengedarkannya kepada orang ramai.
“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak terlibat langsung dalam penganjuran program ‘Jerusalem’s Jubilee’ dan saya juga tidak mempunyai keinginan untuk hadir ke program berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Malah, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan itu percaya kenyataan palsu yang turut dimuatkan dalam laman web pro-UMNO itu bertujuan untuk memburuk-burukkan imej DAP dan dirinya selaku wakil rakyat.
“Apa yang menghairankan ialah kesemua tuduhan palsu dan fitnah terhadap saya ini berlaku dalam bulan Ramadan, bulan suci bagi umat Islam,” katanya sambil menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak beretika dan berniat jahat.
Beliau justeru menggesa pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar segera menyiasat dalang di sebalik penyebaran fitnah tersebut.
Teresa turut diiringi peguam Khairil Khalid dan pemimpin Pakatan Harapan.
Ia bukanlah kali pertama dalam bulan Ramadan Teresa difitnah. Pada September 2008, beliau telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negari (ISA) ekoran dakwaan bahawa kononnya beliau melarang azan dikumandangkan di Bandar Kinrara Puchong.
Pada Ogos 2013 pula, Teresa telah membuat laporan polis terhadap blogger pro-UMNO berhubung dakwaan fitnah kononnya beliau meminta wang zakat diberikan kepada orang Cina.

Pilih calon jujur, berintegriti, kata G25 pada parti politik menjelang PRU14


Pilih calon jujur, berintegriti, kata G25 pada parti politik menjelang PRU14
Umno perlu memulakan proses saringan calon bagi menjadi tauladan kepada parti politik yang lain, kata G25.
G25, kumpulan profesional orang Melayu mendesak supaya parti politik menyaring kejujuran dan integriti bakal calon mereka sebelum meletakkan mereka untuk bertanding dalam pilihan raya.
Kumpulan itu berkata ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) perlulah terdiri daripada mereka yang mempunyai karakter cemerlang dan bebas daripada amalan tidak beretika yang boleh menjadikan mereka “tawanan” korupsi apabila mereka memegang kuasa dan jawatan kelak, kata kumpulan itu.
“Perlu ada proses dalam semua parti politik untuk memastikan calon yang bertanding dalam pilihan raya memenuhi kriteria kejujuran dan integriti sebelum nama mereka dihantar untuk bertanding dalam pilihan raya.
“Ini selaras dengan seruan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada Umno yang perlu menjadi tauladan kepada parti politik lain supaya tidak terjebak dalam korupsi dan salah guna kuasa dalam semasa pilihan raya umum akan datang,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan media hari ini.
Peperangan memerangi korupsi perlu dilakukan pada peringkat politik bagi memastikan pilihan raya yang bebas dan saksama, tambah G25 lagi.
Politikus tidak boleh terlepas daripada tindakan bersesuaian, yang sekiranya berlaku akan merosakkan kewibawaan SPRM, kata kumpulan itu.
Bagi memerangi politik wang, kumpulan itu juga mendesak kerajaan untuk menilai semula undang-undang pembiayaan pilihan raya dan mengambil kira cadangan G25 dan gabungan 70 badan bukan kerajaan (NGO) sebelum ini yang mahukan undang-undang baru diwujudkan bagi mengurangkan tekanan daripada sumbangan badan korporat dan memastikan pilihan raya yang adil saksama.
Kumpulan itu juga berkata disebabkan Pilihan raya Umum Ke 14 semakin hampir, cadangan itu perlu dilaksanakan dengan “ mendalam dan menyeluruh bagi memastikan proses itu berwibawa dan dihormati rakyat negara ini dan dunia.”
“Apabila politikus terlibat dalam politik wang haram untuk memenangi pilihan raya, mereka cenderung untuk terjebak dalam perangkap pemalsuan dan penipuan, dan akhirnya mereka mendapati sukar sekali hendak melepaskan diri daripada perangkap ini.
“Akhirnya, negara terjejas kerana mempunyai reputasi buruk dalam aspek tadbir urus kerajaan sepertimana boleh dilihat dengan kedudukan kita yang rendah dalam Indeks Persepsi Rasuah,” kata kumpulan itu lagi.
G25 berkata wujudnya peningkatan inisiatif rakyat yang dilakukan pelbagai kumpulan bagi menyedarkan rakyat Malaysia tentang budaya korupsi.
Antaranya ialah pelancaran e-platform yang dilakukan Centre to Combat Corruption & Cronyism (C4) yang membolehkan rakyat melaporkan mereka yang disyaki hidup melampaui kemampuan mereka terus kepada SPRM.
“Penyertaan rakyat akan membantu SPRM menyiasat lebih banyak kes, terutamanya melibatkan mereka yang mempunyai jawatan dan kuasa.”

G25: Lindung penjawat awam yang lapor rasuah pihak atasan

Penjawat awam yang membuat laporan terhadap pegawai atasan mereka yang menerima rasuah perlu dilindungi melalui pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, kata G25, kumpulan pemimpin Melayu Islam yang sederhana.
"Adalah penting bahawa kakitangan kerajaan yang membuat laporan terhadap pegawai atasan mereka dilindungi daripada gangguan seperti didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Rahsia Rasmi 1972. Akta Perlindungan Pemberi Maklumat tidak boleh semata-mata wujud sekadar hiasan," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.
"Adalah imperatif supaya akta itu dikaji semula dengan seberapa segera yang mungkin bagi menghapuskan sekatan berhubung jenis maklumat pemberi maklumat dibenarkan untuk dedahkan dan kepada siapa mereka boleh berbuat demikian,” kata kumpulan itu.
G25 juga berkata bahawa usaha memerangi rasuah perlu ditangani di peringkat politik bagi memastikan wakil rakyat berkelakuan baik, dan bebas daripada rasuah.
Ahli politik tidak seharusnya terlepas daripada tindakan sewajarnya dalam apa jua keadaan, kata mereka, kerana jika tidak, ini akan menjejaskan usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.
"Apabila ahli politik terjebak dengan politik wang haram untuk memenangi pilihan raya, mereka cenderung terheret ke kancah tipu muslihat dan kejahatan, serta kemudiannya mendapati diri mereka sukar untuk keluar," kata G25.
Itulah sebabnya, mereka berkata, Malaysia mengalami reputasi buruk berkaitan dengan tadbir urus yang baik.
Mereka berharap agar cadangan oleh jawatankuasa teknikal mengenai pembiayaan politik, yang ditubuhkan oleh kerajaan, dan cadangan oleh G25 serta gabungan 70 NGO akan digubal menjadi undang-undang tidak lama lagi.
Ini akan mengurangkan tekanan ke atas sumbangan perniagaan dan memastikan pilihan raya yang adil, kata mereka.

SPRM: Tindakan akan diambil terhadap ‘Datuk’ dalam koperasi

Empat lelaki berkenaan didakwa menyalahgunakan koperasi di bawah tanggungjawab mereka.
Dzulkifli-Ahmad-macc-3
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil tindakan terhadap 4 lelaki, termasuk 3 bergelar “Datuk”, kerana didakwa menyalahgunakan koperasi di bawah tanggungjawab mereka, beberapa hari lagi.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad ketika mengulas laporan mengenai perbuatan menyalahguna kuasa dalam koperasi itu berkata: “Tunggu dalam masa terdekat untuk SPRM ambil tindakan.”
Ditanya sama ada 4 lelaki itu akan ditahan atau direman dalam masa beberapa hari lagi, tanpa memberi maklumat terperinci, Dzulkifli menjawab: “InsyaAllah”.
Menurut laporan, lelaki berkenaan, kebanyakan mereka anggota lembaga pengarah sebuah koperasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC), didakwa menyalahgunakan kedudukan mereka bukan sahaja untuk memperkenal sistem pemasaran bertingkat (MLM) dalam koperasi itu, tetapi juga secara teknikal memaksa anggotanya menyertai sistem berkenaan.
Menurut laporan, mereka yang memohon pinjaman akan hanya diberi kelulusan sekiranya mereka menyertai MLM itu.
Ini akan melibatkan RM6,700 wang mereka dan sebagai pulangan, mereka akan mendapat produk kecantikan yang dikatakan bernilai sebanyak itu.

Pekerja Proton tak dibenar jumpa Dr M?

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau kini sukar bertemu dengan warga Pronton selepas tidak lagi menjadi pengerusi syarikat kereta itu.
“Sejak saya tinggal Proton, pegawai dan kakitangan Proton tidak dibenar bercakap dengan saya, jauh sekali bertemu,” katanya.
Mahathir pada 30 Mac mengambil langkah drastik meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Proton Holdings, yang diasaskannya sebagai syarikat kereta negara kira-kira 30 tahun lalu.

Keputusan itu dibuat kira-kira dua minggu selepas kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menamatkan perkhidmatan Mahathir selaku penasihat Petronas kerana tidak lagi mendukung kerajaan sedia ada.

Skandal FGV: Zakaria enggan berundur, diarah bercuti

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad telah diarahkan bercuti berkuat kuasa serta merta oleh lembaga pengarah syarikat.
Memetik laporan bharian.com.my, arahan bercuti itu dikeluarkan bagi membolehkan siasatan berhubung tunggakan bayaran daripada syarikat Safitex bagi produk Delima Oil Products Sdn Bhd, sebuah anak syarikat FGV.
Bagaimanapun, tempoh arahan bercuti itu tidak dinyatakan.
Akhbar News Straits Times hari ini turut melaporkan, Zakaria tidak akan berundur dan akan mempertahankan dirinya dengan mendakwa tidak melakukan sebarang kesalahan.
"Jika mereka mahu keluarkan saya, mereka boleh memecat saya dan saya akan heret perkara ini ke mahkamah," kata Zakaria.
Sementara itu, dalam salinan surat yang dihantar kepada Pengerusi FGV, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan turut diedar kepada beberapa media, Zakaria mengemukakan tiga hujah dalam mempertahankan tindakannya.
Yang pertama ialah proses pembayaran dan syarat kredit kepada sebuah syarikat diluluskan dan diguna pakai oleh CEO sebelum beliau, yang membeli kelulusan kepada firma tersebut dengan syarat bayaran dan terma kredit selama 90 hari selepas produk dihantar, katanya.
Selain itu, syarikat tersebut adalah pe­langgan anak syarikat FGV berkenaan selama 20 tahun dengan rekod kredit yang baik, tambahnya.
Hujah kedua pula ialah kelewatan pembayaran juga berpunca daripada pemilik syarikat itu yang kini berdepan de­ngan masalah larangan perjalanan dan kini berada di Afghanistan, katanya.
Pada masa sama, ujarnya, Delima Oil masih berusaha mendapatkan semua bayaran tertunggak, terma­suk mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat itu.
Manakala hujah ketiga pula, jelasnya, sebagai Presiden/CEO sejak 1 April 2016, beliau mendapati sukar baginya menguruskan semua anak syarikat Kumpulan FGV termasuk Delima Oil secara mikro dan secara keseluruhan­nya beliau tidak harus dipertanggungjawabkan dalam isu hutang tertunggak.
"Tambahan, jumlah tunggakan syarikat itu hanya 0.2 peratus daripada jumlah perolehan Kumpulan FGV," katanya.

Mahkamah tolak rayuan pesuruhjaya Pas Perak, arah bayar RM6,000

Razman hari ini membuat rayuan keapda Mahkamah Tinggi Ipoh
Mahkamah sekali lagi mengarahkan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria membayar kos kepada Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.
Razman sebelum ini diarahkan oleh Mahkamah Sesyen untuk membayar kos sebanyak RM8,500.
Kali ini Mahkamah Tinggi Ipoh mengarahkan beliau membayar kos sebanyak RM6,000 dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh keputusan semalam.
Ini setelah Hakim Anselm Charles Fernandis semalam menolak rayuan Razman terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang membatalkan Tuntutan Balas yang dikemukakan oleh Bendahari Pas Pusat itu.
Di dalam keputusan semalam, Mahkamah Tinggi Ipoh bersetuju dengan dapatan Mahkamah Sesyen bahawa Tuntutan Balas Razman tersebut adalah cacat.
"Oleh itu, Mahkamah Tinggi Ipoh menolak rayuan Razman dengan kos sebanyak RM6,000 yang perlu dibayar oleh Razman dalam tempoh tujuh hari dari tarikh keputusan," kata peguam Mohammad Nizar, Mohd Fitri Asmuni.
Namun beliau mendapati terdapat sedikit kekeliruan dalam keputusan hakim semalam apabila Razman diarahkan untuk meminda Tuntutan Balasnya dengan memasukkan kenyataan fitnah yang didakwa telah diterbitkan oleh Mohammad Nizar yang ketika itu sebagai Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak.
"Saya mendapati terdapat sedikit kekeliruan dalam keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh semalam.
"Secara dasarnya, Hakim telah menolak rayuan Razman untuk menghidupkan kembali Tuntutan Balas yang telah dibatalkan oleh Mahkamah Sesyen sebelum ini.
"Ertinya, Tuntutan Balas tersebut sudah tidak wujud lagi tetapi dalam masa yang sama, beliau mengarahkan Razman membuat pindaan ke atas Tuntutan Balas tersebut.
"Di sini yang saya maksudkan adanya kekeliruan kerana ada percanggahan," jelasnya lagi.
Kata Fitri, beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada Mohammad Nizar dan anak guamnya itu telah mengarahkan beliau untuk memfailkan segera rayuan terhadap keputusan hakim berkaitan isu pindaan tersebut.

DATO’ SERI NAJIB GUNA WANG 1MDB BAYAR PEGUAM KETEPI SAPINA ANWAR IBRAHIM (KES FITNAH LIWAT II)

Sejak lebih sebulan yang lalu, saya telah mendedahkan pelbagai maklumat mengenai aliran wang dari dana awam yang dipinjamkan kepada SRC International Sdn Bhd (bekas anak syarikat 1MDB) yang kemudiannya masuk ke akaun peribadi Dato’ Seri Najib Razak, seterusnya digunakan untuk perbelanjaan peribadi, wang politik dan membeli belah.

Di antara perbelanjaan-perbelanjaan yang telah saya dedahkan setakat ini:

1.   Bayaran RM2 juta kepada syarikat pembangunan aplikasi milik pegawai khas Perdana Menteri (Datuk Amhari Effendi Nazaruddin) iaitu Orb Solutions Sdn Bhd
http://rafiziramli.com/2017/05/sprm-perlu-sahkan-senarai-penerima-dana-src-yang-masuk-dari-akaun-peribadi-dato-seri-najib-tun-razak/

2.   Berbelanja membeli barang kemas mewah bernilai RM3.28 juta dalam sehari di sebuah gedung barang kemas mewah bernama De Grisogono
http://rafiziramli.com/2017/05/sprm-perlu-sahkan-senarai-penerima-dana-src-yang-masuk-dari-akaun-peribadi-dato-seri-najib-tun-razak/

3.   Bayaran RM5 juta kepada Yayasan Al Abrar untuk menganjurkan acara “Malaysia Bersalawat”
http://rafiziramli.com/2017/05/sprm-perlu-sahkan-senarai-penerima-dana-src-yang-masuk-dari-akaun-peribadi-dato-seri-najib-tun-razak/

4.   RM43 juta yang dipercayai dana yang disuntik dari Tabung Haji dipindahkan ke akaun seorang yang bernama Ariffin Ismail Shahul Hamid dan kemudiannya ditunaikan dalam bentuk wang tunai
http://rafiziramli.com/2017/05/rm43-juta-dana-src-dikeluarkan-secara-tunai-siapa-dapat-wang-ini/

5.   RM10 juta dipindahkan dari akaun Perdana Menteri dan dibayar kepada pelbagai pimpinan Umno/Barisan Nasional di peringkat pusat, negeri dan peribadi
http://rafiziramli.com/2017/05/ketua-ketua-bahagian-umno-dan-parti-dari-barisan-nasional-yang-menerima-wang-dari-dato-seri-najib-perlu-pulangkan-kembali-wang-kerana-itu-duit-rakyat/

6.   Berjuta ringgit dibayar oleh Perdana Menteri kepada syarikat pengamal media dan syarikat media sosial
http://rafiziramli.com/2017/05/wang-rakyat-digunakan-oleh-dato-seri-najib-untuk-membayar-pengamal-media-dan-biaya-kempen-media-sosial/

Semua maklumat ini diperolehi dari satu dokumen yang dimuatnaik ke laman http://sprminsider.blogspot.co.uk yang capaiannya disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Setakat ini, semua pihak berkuasa yang terbabit dan penerima yang dinamakan tidak menafikan atau mengambil apa-apa tindakan undang-undang. Lebih penting lagi, pihak SPRM sendiri tidak menafikan bahawa dokumen yang dimuatnaik ke laman tersebut adalah dokumen siasatan SPRM sendiri seperti yang digambarkan oleh dokumen-dokumen itu.

Laman SPRMInsider memuatnaik dua dokumen penting:

  i.   Aliran tunai dari SRC International Sdn Bhd ke akaun peribadi Dato’ Seri Najib dan syarikat-syarikat yang digunakan untuk menyembunyikan pemindahan wang – saya telah dedahkan sebelum ini

  ii.   Kertas siasatan yang diberi nama “Ulasan Kes dan Cadangan Pegawai Penyiasat” yang bernombor IPJ NO: 0300/2015, IPJ/SPRM/KS: 178/8/2015 – yang saya kini sertakan bersama dan akan saya dedahkan bermula hari ini

Kertas siasatan setebal 19 mukasurat ini memberi latar belakang kes, bagaimana akaun-akaun peribadi Dato’ Seri Najib dibuka di Ambank, siapa individu terbabit, berapa wang yang dipindahkan ke akaun-akaun peribadi tersebut, dari mana wang dipindahkan, dan bagaimana wang-wang ini dibelanjakan.

Kertas siasatan ini memberi maklumat terperinci saksi-saksi yang telah diambil keterangan, dokumen-dokumen yang telah diambil oleh SPRM sebagai bukti dan ulasan siasatan SPRM terhadap keterangan-keterangan yang diambil oleh saksi-saksi.

Pendedahan saya pada hari ini ditumpukan kepada satu bayaran dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib yang disiasat oleh SPRM kepada seorang peguam dalam satu kes melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam tahun 2011.

Bayaran ini menjadi penting kerana buat pertama kali, ada bukti nyata bahawa seawal tahun 2011, Dato’ Seri Najib telah menggunakan wang yang dipercayai berasal dari dana 1MDB yang dipindahkan ke akaun peribadinya, untuk membayar peguam bagi tujuan berhadapan dengan Dato’ Seri Anwar di mahkamah.

Muslim, Kristian buka puasa lepas seminggu ancaman kumpulan Melayu dan Parti Agama


Muslim, Kristian buka puasa lepas seminggu ancaman kumpulan Melayu
Pemimpin agama daripada Kristian dan Islam bergambar bersama pada acara berbuka puasa di Shah Alam, semalam.
MUFTI Wilayah Persekutuan dan wakil rasmi beberapa organisasi Islam menepis kekecohan yang dicetuskan beberapa kumpulan agama minggu lalu, dengan menyertai program berbuka puasa bersama pemimpin Kristian, malam tadi.
Mereka duduk bersebelahan dengan penganut Kristian, makan dan saling bertukar pendapat di sebuah hotel di Shah Alam.
Selepas berbuka puasa pada program anjuran Global Unity Network (Unity) dan Christians for Peace and Harmony in Malaysia, beberapa pemimpin kedua-dua pihak bergilir membangkitkan kepentingan keharmonian antara agama di negara ini.
Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata Islam juga menggalakkan idea menjemput bukan Islam, golongan miskin dan memerlukan untuk berbuka puasa bersama bagi memahami makna sebenar Ramadan.
“Bila saya makan bersama orang di sini, mereka ini orang Kristian. Kami tidak cuba mencetuskan isu yang akan menyebabkan ketidakharmonian agama.
“Kita patut melihat ke depan, membuang rasa kekok antara agama dan hidup bersama dalam harmoni,” katanya.
Di hujung ucapannya, Zulkifli berkata tidak sukar untuk rakyat Malaysia hidup bersama dalam negara majmuk ini jika masyarakat pelbagai kepercayaan mengetepikan perbezaan mereka dan fokus pada perkara baik daripada agama masing-masing.
Presiden Unity Shah Kirit Kakulal Govindji berkata majlis itu menunjukkan bagaimana kedua-dua agama boleh saling bertukar idea secara aman.
“Sepanjang acara ini, umat Islam dan Kristian dapat bersama berbincang mengenai perbezaan mereka dan saling berkenalan.
“Kami dapat melangkaui perpecahan agama menerusi mendapatkan maklumat tepat dan berkenalan antara satu sama lain,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Mengulas mengenai kekecohan baru-baru ini oleh kumpulan Islam di Pulau Pinang mengenai acara berbuka puasa, Shah Kirit berkata mereka patut lebih bertimbang rasa terhadap agama lain.
Timbalan Pengerusi CPHM Lee Min Choon bagaimanapun lebih diplomatik dan berkata adalah lebih baik isu itu diselesaikan sendiri oleh umat Islam.
“Ia perkara membabitkan pemahaman Islam. Saya tidak tahu banyak mengenai Islam, jadi saya tidak sesuai untuk bercakap mengenainya,” katanya.
Katanya, acara malam tadi membuktikan Kristian dan Islam boleh bekerjasama untuk hidup bersama dalam harmoni.
Shah Kirit juga memberi amaran kepada kumpulan Muslim yang prejudis terhadap agama lain dan mereka sepatutnya memastikan mempunyai maklumat tepat sebelum mengongsinya.

Bukankah Cuepacs janji minta bonus 2 bulan?

Kerajaan Persekutuan mengumumkan bonus RM500 kepada setiap penjawat awam menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Pada Ogos tahun lalu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda telah berjanji untuk membuat permohonan bonus dua bulan gaji untuk penjawat awam.
Kini janji hanya tinggal janji dan hanya retorik semata-mata kerana Cuepacs dilihat banyak mengikut telunjuk kerajaan dan gagal memainkan peranan sebagai wakil suara pekerja awam di negara ini.
Bagaimana pula dengan nasib pekerja sektor swasta di negara ini?
Golongan pekerja swasta di Malaysia tidak dijaga kebajikan dengan baik oleh pihak kerajaan terutama Kementerian Sumber Manusia.

Beberapa faktor yang membuktikan kerajaan mengabaikan golongan pekerja termasuk:
1. Pecahan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menunjukkan bahawa 34.8 peratus sahaja hasil dikongsi oleh golongan pekerja, selebihnya dipunyai oleh kumpulan korporat dan kerajaan.
2. Kekurangan usaha kerajaan dalam menggesa penguatkuasaan gaji minimum yang setimpal dengan kos sara hidup. Gaji minimum RM1,000 untuk sebulan adalah tidak relevan bagi pekerja yang tinggal di kota raya terutama di Kuala Lumpur.
3. Kerajaan membawa masuk pekerja asing secara besar-besaran. Alasannya adalah untuk memenuhi permintaan majikan, tanpa melihat desakan golongan pekerja tempatan untuk mengurangkan kebergantungan pekerja asing melalui penggunaan teknologi dan kenaikan gaji pekerja tempatan.
4. Kerajaan gagal membendung kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menyebabkan mereka berpeluang untuk bekerja di semua sektor tanpa kekangan pihak berkuasa. Keadaan ini menyebabkan berlakunya persaingan tidak sihat antara pekerja asing dan tempatan.
5. Sebanyak 77 peratus pekerja tempatan tidak memiliki sijil pendidikan tinggi (diploma, ijazah dan lain-lain). Sistem pendidikan yang kucar-kacir tidak relevan dengan keperluan pasaran kerja semasa.
6. Polisi percukaian kerajaan Umno-BN lebih membebankan golongan pekerja terutama cukai GST. Manakala pemotongan cukai korporat masih diteruskan serta ketiadaan cukai progresif seperti cukai laba modal dan warisan yang menguntungkan golongan kaya yang menguasai perniagaan.
7. Hanya lapan peratus daripada keseluruhan pekerja di negara kita yang bernaung dengan mana-mana kesatuan sekerja. Keadaan ini menyebabkan kebajikan pekerja kurang diambil berat. Malangnya, kerajaan tidak memberi galakan dan insentif kepada swasta untuk menubuhkan kesatuan sekerja.

LAGI PENDEDAHAN TENTANG WANG 1MDB JAM 1.30 PETANG INI - NAJIB DIPERSILAKAN TERUS MEMBISU

Saya memerhatikan bagaimana Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak memberi sebarang maklum balas apabila laman Sarawak Report menyiarkan laporan bagaimana sejumlah wang RM9.5 juta telah dibayar kepada peguam Tan Sri Shafee Abdullah dari akaun peribadi beliau (Najib), yang disyaki menerima dana 1MDB dan syarikat-syarikat berkait dengannya.

Sementara pendedahan itu akan terus mendapat liputan meluas, saya merasakan Dato’ Seri Najib akan berdiam diri dengan harapan berita-berita itu akan mati begitu sahaja.

Beliau mungkin lupa bahawa sebelum pembayaran sebanyak RM9.5 juta itu dibuat dalam bulan September 2013 dan Februari 2014, Dato’ Seri Najib pernah membayar peguam-peguam beliau dari akaun peribadi (yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM kerana dituduh menerima dana dari 1MDB) dalam tahun 2011 lagi.

Oleh itu, bukanlah satu perkara yang baru atau mengejutkan bagaimana Dato’ Seri Najib boleh menggunakan dana 1MDB yang masuk ke akaun peribadi beliau untuk digunakan membayar peguam-peguam yang menguruskan kes-kes Dato’ Seri Najib yang melibatkan musuh-musuh politik beliau. 

Dengan kata lain, bukan sahaja dana rakyat masuk ke akaun peribadi beliau, dana itu digunakan pula untuk berhadapan dengan pemimpin pembangkang di mahkamah.

Saya akan mendedahkan esok bagaimana sejumlah wang yang masuk ke akaun peribadi Dato’ Seri Najib (yang disiasat oleh SPRM kerana dipercayai wang 1MDB) telah dibayar kepada peguam dalam kes yang bersabit dengan pemimpin pembangkang dalam tahun 2011.

Sementara itu, saya menyeru Dato’ Seri Najib supaya berterus terang sahaja dengan menyatakan peguam-peguam yang telah dibayar menggunakan wang yang masuk ke dalam akaun-akaun yang disiasat SPRM; kerana punca dana itu dipercayai dari 1MDB.

Jika beliau terus berdiam diri sedangkan bukti ditunjukkan satu persatu, itu hanya akan terus mengukuhkan keyakinan rakyat bahawa beliau mengamalkan politik “cash is king” sehinggakan peguam-peguam pun dibayar menggunakan wang dari akaun-akaun yang disiasat berhubung skandal 1MDB.

Sidang media saya akan diadakan pada jam 130 petang esok (hari ini) dan disiarkan secara langsung melalui akaun Facebook Page saya.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN


Maka, jangan ke mana-mana dan luangkanlah masa jam 1.30 petang ini untuk kita sama-sama mengetahui ke mana lagi wang yang dipercayai berasal daripada 1MDB disalurkan.

SPRM tutup mulut isu siasatan RM9.5 juta

Datuk Dzulkifli Ahmad berkata agensi sedang melihat 'perkembangan' isu itu.
Dzulkifli-Ahmad-macc
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tutup mulut ketika ditanya adakah mereka akan menyiasaat dakwaan sebuah portal kononnya seorang peguam yang dilantik mewakili pendakwa raya untuk sebuah kes menerima RM9.5 juta.
“Kita akan lihat bagaimana keadaan kes tersebut,” kata Ketua Pesuruhjaya Datuk Dzulkifli Ahmad hari ini.
“Saya difahamkan laporan dibuat di pihak polis,” katanya kepada pemberita selepas mengedarkan bubur lambuk di bazar Ramadan Presint 3 di sini hari ini.
Khamis lalu, portal itu menerbitkan artikel mendakwa seorang peguam menerima bayaran dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ia mendakwa wang itu dibayar dari akaun dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sebelum ini dikaitkan dengan Najib, yang juga menteri kewangan.
Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat laporan polis berhubung dakwaan itu 2 Jun lalu.
Beliau berkata seorang pendakwa raya tidak sepatutnya menerima wang dari perdana menteri kerana ia boleh menyebabkan berlakunya percanggahan kepentingan.
Beliau berkata sekiranya dakwaan itu benar, ia boleh membawa kepada tindakan menghina mahkamah kerana pendakwaraya tidak boleh menerima bayaran langsung dari pihak yang mempunyai kepentingan dalam satu-satu kes.
Pemuda PKR juga membuat laporan polis hari ini dan menggesa peguam itu bercuti dari tugasnya.
Cubaan FMT menghubungi peguam itu tidak berjaya walaupun beberapa pesanan WhatsApp dihantar kepadanya.