Sabtu, 3 Jun 2017

PAS Johor sasar tanding 17 kerusi Parlimen 40 DUN

Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin berkata, pihaknya sudah mengenal pasti kesemua kerusi berkenaan, namun nama-nama kerusi terbabit belum boleh didedahkan buat masa ini.
Abdullah-Husin-pas1JOHOR BAHRU: PAS akan bertanding di 17 kerusi Parlimen dan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin berkata, pihaknya sudah mengenal pasti kesemua kerusi berkenaan, namun nama-nama kerusi terbabit belum boleh didedahkan buat masa ini.
“Kita (PAS) telah buat perbincangan dalam hadapi PRU kali ini iaitu memutuskan untuk bertanding di 17 kerusi Parlimen dan 40 kerusi DUN di negeri ini berbanding 8 kerusi Parlimen dan 31 kerusi DUN pada PRU lepas.
“Calon-calon yang akan bertanding pula terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk ulama, profesional, aktivis masyarakat dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Johor di sini, hari ini.
Abdullah yang juga Adun Puteri Wangsa berkata, pihaknya sudah bersedia menghadapi PRU dengan persiapan maksimum dan hanya menunggu ‘wisel’ dibunyikan.
“Walaupun PAS dalam keadaan bersendirian dan tidak bekerjasama dengan parti lain, ia tidak bermakna kita (PAS) akan bertanding di semua kerusi Parlimen dan DUN di Johor kerana kita ada perkiraan dan pertimbangan tersendiri,” katanya.

PAS akan bertanding 100% kerusi Kelantan - Ahmad Yakob

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata, PAS akan bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
“Di Kelantan mesti 100 peratus (PAS akan bertanding),” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama anak perantauan Kelantan di Dewan Bunga Kertas MBSA, Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah PAS akan bertanding di kesemua kerusi di Kelantan pada PRU14.
Ahmad yang juga Timbalan Murshidul Am PAS ketika ditanya kesediaan PAS meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut berkata akan merujuk perkara itu kepada PAS Pusat terlebih dahulu.
“Itu kita rujuk kepada PAS Pusat, jawatankuasa kerja PAS Pusat dia yang menentukan segalanya. Setakat ini kita tak buat apa-apa lagi keputusan. Jawatankuasa PAS Pusat pun belum lagi mesyuarat,” katanya.
Sementara itu, Ahmad ketika ditanya mengenai perkembangan kesihatan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) pada 16 Mei lalu berkata, keadaannya semakin pulih.

Jangan biarkan jualan Proton jadi 'penyelamat' DRB-Hicom

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menyokong pandangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan kerajaan tidak sepatutnya mengekalkan 'syarikat kerugian' dalam penjualan 49.9 peratus kepentingan Proton kepada pengeluar kereta China, Geely.
Bagaimanapun, Pua berkata, kerajaan telahpun melupuskan 100 peratus kepentingannya dalam Proton kepada DRB-Hicom Bhd pada tahun 2012.
"Najib sememangnya betul untuk bertanya 'Mahukah kamu kekalkan syarikat yang rugi' dalam justifikasi penjualan Proton.
"(Tetapi) soalan yang rakyat Malaysia minta perdana menteri jawab ialah mengapa kita membolehkan DRB-Hicom meraih manfaat berbilion ringgit dengan membantunya melupuskan separuh daripada syarikat itu," tanya Pua dalam kenyataan, hari ini.
Semalam, Najib berkata, adalah lebih baik untuk memiliki peratusan kepentingan yang lebih kecil dalam Proton kerana ia akan mewujudkan lebih banyak kekayaan dan pekerjaan.
Pua berkata, DRB-Hicom yang merupakan pemegang majoriti saham Proton mengalami kerugian lebih RM1 bilion dalam tempoh dua tahun kewangan lepas.

‘RM9.5 JUTA UNTUK SHAFIE’ – RAKYAT DENGAR, PANDANG SAHAJA?

Pendedahan ‘RM9.5 Juta Untuk Shafie’ - JIKA BENAR  - jelas perbuatan tidak bertanggungjawab  yang akan menggugat dan mengancam sistem politik dan pentadbiran negara.
Ini  kerana wang yang didakwa disalurkan kepada peguam kanan Tan Sri Shafee Abdullah sebelum kes rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan wang peribadi, sebaliknya wang kerajaan.
Pendedahan oleh Sarawak Report mengaitkan Perdana Menteri mengenai perkara ini pastinya amat mengejutkan semua pihak.
Wang yang digunakan itu adalah wang SRC International (SRC) yang dipinjam daripada dana awam Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) yang didakwa oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat sebagai wang yang telah diseleweng.
Bukti bertulis yang didedahkan Peguam Negara pada 27 Januari 2016 bahawa perdana menteri telah menerima wang daripada SRC adalah kes prima facie wujudnya salah laku jenayah pecah amanah oleh perdana menteri.
Perdana Menteri hingga saat ini tidak menafikan menerima wang tersebut, malahan tidak pula membayar balik kepada KWAP walaupun telah dibuktikan ianya wang KWAP.
Yang nyata kini, tiada seorang pun pemimpin UMNO yang berani memberikan reaksi – selain Datuk Seri Mohd Nazri Aziz - membela Najib memandangkan  bayaran jutaan ringgit itu menimbulkan pelbagai persepsi negatif terhadap kerajaan dan  UMNO sendiri.

Nazri yang juga  bekas menteri undang-undang pun 'lari daripada jawapan sebenar' sekadar mengatakan tidak tahu bayaran sebenar kepada Shafie.
Apa sebenarnya kesan daripada pendedahan Sarawak Report ini?
Pertama ialah kemungkinan sistem politik dan kehakiman di negara ini yang dilihat terpalit dengan rasuah ‘di siang hari’;
Kedua, ia membabitkan integriti pihak pendakwaan;
Ketiga, kebebasan badan kehakiman menjadi tanda tanya kerana Shafee adalah peguam yang dilantik Peguam Negara terdahulu; dan
Keempat, jika tiada tindakan, imej dan maruah Malaysia akan terjejas teruk dan kini sistem keadilan dan kehakiman kita pula akan diseret sebagai satu lagi kebubrukan negara, selain isu kleptokrasi.
Isu yang sebegini serius harus disiasat pihak polis dengan sedalam-dalamnya kerana Shafee mempunyai percanggahan kepentingan dalam kes tersebut.
Paling penting, pembayaran sebanyak RM9.5 juta kepada Shafie ini menimbulkan spekulasi negatif kerana dibimbangi boleh mencemar ketelusan dan keadilan keputusan rayuan tersebut.
Di pihak rakyat pula, ada yang terkejut tetapi langsung tidak tahu dan tidak mampu kaitkan kes ini dengan kebejatan Najib.
Di kalangan rakyat yang lain pula, mereka tahu tetapi kepada siapa mahu diaju dan ditunjukkan kemarahan mereka;
Ada sebilangan rakyat yang bertindak membuat laporan polis dan tuntutan siasatan dijalankan.
Sementara pemimpin yang sudah kenyang dengan dedak Najib akan terus membisu seribu bahasa.
Mereka mungkin takut atau berperasaan ‘lantaklah,  biar Najib yang jawab’ kerana ini kes politik peribadi beliau.

Dr M jadi PM? Nanti dulu, kata pimpinan HARAPAN

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk muncul semula sebagai perdana menteri, walaupun memendam hal itu sebelum ini.
Namun, beberapa pemimpin HARAPAN kelihatan tidak bersedia untuk mengharungi senario yang memungkinkan kembalinya seorang perdana menteri yang cuba untuk dihapuskan oleh ramai veteran pembangkang sebelum ini.
Ditanya sama ada mereka bersedia untuk mempertimbangkan Mahathir menjadi perdana menteri sekali lagi, kebanyakan pemimpin HARAPAN lebih suka mengambil sikap tunggu dan lihat.
Pemimpin HARAPAN seperti Setiausaha Penganjur DAP Anthony Loke, Naib Presiden PKR Tian Chua dan Ahli Parlimen PKR Johari Abdul berkata, belum masanya lagi untuk membincangkan perkara itu.
"Saya fikir kita perlu memberi fokus kepada menang dahulu," kata Tian Chua.
"Biarlah majlis pimpinan HARAPAN membuat keputusan," kata penasihat DAP Lim Kit Siang secara ringkas.

RM9.5 Juta: Pasukan Anwar pertimbang tindakan pada Shafee

N Surendran, peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata mereka akan membincangkan tindakan lanjut, susulan dakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menerima RM9.5 daripada Datuk Seri Najib Razak.
Shafee adalah peguam yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam sabitan kes liwat melibatkan Anwar.

“Kami akan berjumpa Anwar tidak lama lagi dan akan segera meneliti tindakan lanjut susulan pendedahan itu.

“Kami akan umumkan tindakan segera untuk diambil,” kata Surendran ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Laman pendedah maklumat Sarawak Report sebelum ini mendakwa Shafee menerima RM9.5 juta daripada Najib pada 11 September 2013 dan 17 Februari 2014.

Anwar menuntut pihak berkuasa menyiasat dakwaan itu.

Malaysiakini sebelum ini tidak menyebut nama Shafee dalam laporan berkaitan dakwaan Sarawak Report itu dan setelah cuba menghubungi Shafee sejak Khamis lalu melalui perbagai cara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri pada Mac lalu memberitahu Dewan Rakyat bahawa Shafee dibayar RM1,000 untuk bertindak sebagai ketua pendakwa dalam kes itu.

RM9.5 Juta: Najib bayar atau tidak, keputusan bicara Anwar tidak terkesan, kata Nazri


SAMADA perdana menteri membayar atau tidak wang hampir RM10 juta kepada ketua pendakwaraya dalam kes perbicaraan liwat Anwar Ibrahim tidak relevan dalam perbicaraan itu, kata ahli Majlis Tertinggi Umno Nazri Abdul Aziz.
Didesak supaya menjawab soalan berkaitan dakwaan pembayaran daripada perdana menteri, sekiranya benar-benar berlaku, boleh memberi pengaruh kepada keputusan bicara, Nazri berkata pembayaran kepada pendakwaraya kes itu tidak mempunyai kesan kepada keputusan mahkamah.
“Tidak ada (kesan). Satu-satunya perkata yang boleh mengubah keputusan sekiranya hakim yang dibayar.
“Bukannya, macam bila anda bayar RM10 juta (kepada pendakwaraya) perbicaraan itu berlaku dengan lebih pantas, atau kalau bayar RM5 juta, perbicaraan jadi lambat,” katanya kepada Malaysiakini.
Bagaimanapun, menteri kebudayaan dan pelancongan itu berkata dia secara peribadinya tidak mempercayai laporan Sarawak Report yang mendakwa Perdana Menteri Najib Razak membayar peguam Muhammad Shafee Abdullah sebanyak RM9.5 juta.
“Saya tak percaya. Mengapa Najib perlu bayar dia? Kerajaanlah yang perlu bayar (Shafee) bukannya Najib. Sarawak Report tidak boleh dipercayai,” kata Nazri.
Nazri berkata pendakwaraya dibayar untuk mendakwa, tetapi mengatakan dia tidak mengetahui berapa banyak Shafee dibayar untuk peranannya dalam perbicaran itu.
Pada Mac 2015, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri memberitahu Parlimen yang Shafee dibayar gaji sebanyak RM1,000 untuk tugasnya sebagai ketua pendakwaraya dalam perbicaraan kes liwat Anwar, ketua umum pakatan pembangkang itu.
Dia juga memaklumkan dewan yang Shafee tidak meminta bayaran atas khidmatnya itu.
“Dia tidak mahu sebarang bayaran untuk khidmatnya tetapi kami mahu telus dan selepas memberikan dia terma rujukan, kami bersetuju dengan bayaran itu,” katanya.
Pada 31 Mei, Sarawak Report mendakwa yang Shafee menerima sejumlah RM 9.5juta yang dibayar terus daripada akaun yang dipercayai milik Najib daripada wang 1MDB.
Laporan itu mendakwa yang wang itu datang daripada akaun bank “yang telah dikenalpasti menerima dana daripada anak syarikat 1MDB, SRC yang meminjam RM4 bilion daripada dana pencen penjawat awam KWAP”.
Shafee didakwa menerima bayaran sebanyak RM4.3 juta pada September 2013 dan RM 5.1 juta pada Febuari 2014.
Kerajaan melantik Shafee sebagai ketua pendakwaraya pada 2013 berbanding menggunakan khidmat pendakwaraya awam dalam pendakwaan di Mahkamah Rayuan menentang keputusan Mahkamah Tinggi melepaskan Anwar daripada tuduhan liwat.

PKR Kelantan masih belum lepaskan jawatan lantikan politik sembang MB

Walaupun Biro Politik PKR memutuskan supaya lantikan politik parti itu dalam kerajaan negeri Kelantan melepaskan jawatan, tetapi sehingga kini masih belum ada sesiapa yang berbuat demikian.
“Mereka tidak letak apa-apa jawatan dan setakat ini berlaku seperti biasa. Satu persefahaman yang di luar daripada apa yang kita fikirkan,” kata Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.
Beliau juga timbalan mursyidul am PAS berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Buka Puasa Bersama Anak Perantauan Kelantan di Dewan Bunga Kertas MBSA, Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor hari ini.
Pada 16 Mei lalu, Biro Politik PKR memutuskan supaya semua lantikan politik PKR dalam kerajaan negeri Kelantan dilepaskan berkuatkuasa serta merta.
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata perkara itu juga telah disampaikan kepada pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan.

Sementara itu, ADUN PKR dari Guchil, Kuala Krai Mohamad Roslan Puteh yang turut hadir dalam majlis tersebut berkata pihaknya masih belum meletakkan jawatan kerana masih di peringkat rundingan.
“Lantikan politik (itu merujuk) ahli majlis, penghulu dan penyelia, sehingga hari ini belum lagi letakkan jawatan kerana masih di peringkat berunding antara pimpinan negeri Kelantan dan (PKR) pusat walaupun ada uar-uar letak jawatan tapi surat rasmi yang saya tahu belum dihantar,” katanya.

PAS mahu laksana hudud jika tawan semula Terengganu

Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata beliau pelik dengan kenyataan terbaharu menteri besar baru-baru ini sedangkan Umno dan BN Terengganu tidak menolak atau mengubah, bahkan menerima enakmen tersebut.
Husain-Awang-hududPAS Terengganu menegaskan akan melaksanakan undang-undang hudud yang telah diluluskan 15 tahun lalu jika menawan semula kerajaan negeri dalam pilihan raya umum akan datang.
Pesuruhjaya negeri, Datuk Husain Awang berkata, pihaknya akan meneruskan perancangan yang telah dibuat susulan kelulusan Enakmen Jenayah Syariah oleh Dewan Undangan Negeri pada 2002.
“Insya-Allah, sekiranya kita diberi mandat dan memerintah negeri Terengganu, kita akan terus melaksanakannya.
“Kita akan mewujudkan prasarana-prasarana yang membolehkan undang-undang atau enakmen yang telah diluluskan itu akan dilaksanakan dalam kalangan masyarakat,” kata beliau dipetik Harakah Daily hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman baru-baru ini bahawa Terengganu belum bersedia melaksanakan hukum hudud sebelum kajian mendalam terhadapnya dilaksanakan.
Beliau berkata, keputusan untuk melaksanakan hukum hudud juga hanya ditentukan Dewan Undangan Negeri dan seterusnya perlu mendapat persetujuan Sultan Terengganu.
“Kita sekarang memberi tumpuan kepada Rang Undang-undang (RUU) 355…jika ia diluluskan, baru kita boleh lihat apa yang boleh (hukum syariah) dilaksanakan di bawah RUU kerana tidak mahu terburu-buru dalam soal ini,” kata beliau.
Razif juga berkata, kadar jenayah di Terengganu juga semakin menurun hasil pelaksanaan undang-undang sedia ada.
Husain yang juga bekas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu berkata, menggubal dan meluluskan dalam sidang DUN adalah satu cabaran ketika beliau mengendalikan persidangan 15 tahun yang lalu.
“Di mana undang-undang ini adalah sesuatu yang baharu yang bagi kita, pihak PAS mempunyai keyakinan ia sesuatu yang terbaik yang kita kemukakan demi kepentingan rakyat dan demi kepentingan negeri dan juga demi kepentingan Allah SWT.
“Tetapi pada masa yang sama, perkara ini bercanggah dengan budaya yang sedia ada dengan negeri, dan bercanggah dengan minda yang telah diasuh oleh penjajah yang begitu lama,” kata Husain.
Namun begitu, beliau bersyukur walaupun ada 4 wakil Umno-BN ketika itu mereka tidak menentang dan menolak enakmen tersebut.
“Kita menjangkakan bahawa tentangan begitu keras, tiba-tiba kita dapati bahawa apa yang berlaku tentangan di dalam Dewan tidaklah seperti yang kita jangka.

SPR Selangor nafi beri kenyataan senarai pemilih tentera

SPR
Timbalan Pengarah Pilihan Raya Negeri Selangor Kamarul Azman Ahmad Sabri menafikan memberi sebarang kenyataan berhubung penambahan senarai nama pemilih tentera di Selangor seperti yang dilaporkan sebuah portal berita berbahasa Inggeris tempatan semalam.
Menegaskan beliau tidak pernah membuat apa-apa kenyataan atau penjelasan kepada pihak media berhubung senarai tuntutan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Tahun Pertama 2017 seperti yang dilaporkan portal berita itu.
"Saya menyatakan rasa kesal terhadap pelaporan (penulisan artikel) berkenaan yang melanggar etika kewartawanan dengan memetik nama saya sebagai sumber maklumat laporan berkenaan tanpa merujuk dan meminta kebenaran secara langsung dengan saya.
“Parkara ini telah menimbulkan kekeliruan dan salah tanggapan dalam kalangan pembaca," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kamarul Azman juga menuntut artikel berkenaan ditarik balik atau dibuat pembetulan dengan tidak meletakkan namanya sebagai sumber laporan.
Portal berita itu semalam memetik Kamarul Azman sebagai berkata bahawa sebanyak 1,170 daripada lebih 28,000 anggota tentera dan anggota keluarga yang ditambah dalam senarai pemilih adalah di Selangor.

Inilah Malaysiaku..

HINGGA KE HARI INI Najib & peguam Shafee masih terus sorok membisu di atas dakwaan peguam terkemuka terima RM9.5 juta daripada Najib Razak.. KENAPA ??!

Jika ia satu tuduhan tak berasas, beranikah Najib nak saman sekali lagi terhadap Sarawak Report ??!

Laporan polis telah dibuat. Adakah kita yakin polis Malaysia akan lakukan siasatan yg telus terhadap Najib ??!

Jika disiasat sekalipun, apa pengakhiran dakkwaan jika dibuat oleh Peguam Negara itu sendiri ??!

SEJARAH TAK PERNAH MENIPU. Najib pernah 'dibersihkan' oleh Peguam Negara itu sendiri...

NAJIB KATA KADAR KEMISKINAN TEGAR HAMPIR 0%, ANDA SETUJU?


Dato' Seri Najib sekali lagi ketika memberi ucapan kepada khalayak ramai telah menguar-uarkan bahawa kadar kemiskinan tegar di Malaysia sudah menghampiri 0%. Sememangnya beliau sedar bahawa ayat-ayat retorik seperti ini akan mendapatkan beliau tepukan yang amat gemuruh sekali daripada penyokong-penyokong dan ahli-ahli UMNO di bahawa pentas tersebut.
Reaksi rakyat kebanyakan di luar sana bagaimanapun amat berbeza sekali. Mereka mungkin sedikit keliru dengan kenyataan-kenyataan ini kerana ianya amat bercanggah sekali dengan realiti kehidupan di Malaysia tercinta ini. Mana-mana rakyat pun samaada mereka daripada golongan penyokong pembangkang ataupun Barisan Nasional semestinya pernah mengalami peristiwa di mana mereka bertemu dengan orang-orang fakir miskin, gelandangan, ataupun peminta sedekah di jalanan yang kini memang amat ramai sekali jumlahnya.
Sementara menyambut bulan Ramadhan yang amat mulia ini, saya harap semua mereka yang bersetuju bahawa masih terdapat sebegitu ramai keluarga fakir miskin di luar sana yang memerlukan pertolongan untuk menyumbang sekecil-kecil RM60 untuk menanggung kos pembelian barangan keperluan asas untuk mereka. Dengan kos barang yang semakin meninggi kerana GST, rasionalisasi subsidi, inflasi, kadar pengagguran yang tinggi, dan kadar kenaikan gaji yang tidak memadai, saya pasti ini adalah masa yang paling kritikal untuk kita menghulurkan sumbangan kepada mereka yang kurang bernasib baik.
Dalam masa terdekat saya akan membuat pengumuman untuk memanggil mereka yang telah berdaftar sebagai sukarelawan INVOKE Malaysia untuk bersama bertemu dan membantu menghulur barangan asas yang telah disumbangkan kepada keluarga-keluarga fakir miskin yang telah di kenalpasti untuk program ini.
Sumbangan boleh dibuat melalui link: http://bit.ly/HidupkanRamadhan atau terus kepada akaun bank INVOKE Malaysia (Maybank, 5622 0964 0698, INVOKE Solutions Sdn Bhd).
Setiap sumbangan yang diterima amatlah dihargai dan selamat menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan Al-mubarak ini kepada semua golongan muslimin dan muslimat.

Rafizi Ramli

Najib Bayar Shafie RM9.5 juta, ARMADA Lapor Polis

'Najib mesti dedahkan maklumat tunai jika telus'

Jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telus seperti yang mendakwa Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Sharkar Shamsudin, maka beliau perlu mendedahkan semua maklumat berkaitan wang yang dipindahkan ke dalam akaun bank peribadinya.
"Sharkar kata Najib telus. Persoalan seterusnya untuk Sharkar, apakah Najib bersedia mendedahkan jumlah keseluruhan wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya dan sumber dana itu.
"Beliau juga perlu menyenaraikan semua penerima dana sama ada di kalangan pemimpin Umno, bahagian Umno, parti-parti komponen BN atau mana-mana tokoh lain yang berkait rapat dengan Umno," kata Ketua Pemuda DAP Nasional (Dapsy) Wong Kah Woh dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Sharkar berkata, adalah menjadi tanggungjawab pemimpin untuk mencari dana untuk partinya dan Umno bernasib baik kerana mempunyai Najib sebagai presiden yang beliau disifatkan sebagai telus.
Wong menyifatkan kenyataan seperti itu sebagai "pemikiran biasa pembela Najib" dan Malaysia adalah malang kerana mempunyai Najib selaku perdana menterinya.

Fitnah Liwat 2: Nazri tepis dakwaan Shafee dibayar RM9.5 juta

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menepis dakwaan yang berkisar mengenai peguam Tan Sri Shafee Abdullah menerima bayaran sejumlah RM9.5 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bayaran tersebut dikatakan dilunaskan semasa perbicaraan kes liwat kedua membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya tidak percaya. Mengapa Najib kena bayar? Kerajaan perlu bayar (Shafee) bukan Najib. Sarawak Report tiada kredibiliti," kata Nazri kepada Malaysiakini.
Nazri yang merupakan bekas menteri undang-undang juga menolak apabila ditekan sama ada senario itu - jika benar - akan memberi kesan kepada keputusan perbicaraan Anwar.
"Tidak, tidak sepatutnya. Satu-satunya perkara yang boleh mengubah keputusan ialah jika hakim merasakan berbaloi.
"Ia bukan seperti jika kamu bayar RM10 juta (kepada pendakwa) maka perbicaraan akan menjadi cepat, jika kamau bayar RM5 juta, perbicaraan menjadi perlahan," jelas beliau menambah pendakwa dibayar untuk mendakwa.
Kata Nazri, beliau tidak tahu jumlah bayaran kepada Shafee.
Sebelum ini, kerajaan memberitahu Parlimen bahawa Shafee dibayar bayaran sebanyak RM1,000 untuk bertindak sebagai pendakwa utama dalam kes itu.

Sediakan bantuan, bukan bergantung pada BR1M - Rodziah Ismail


Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dilakukan kerajaan hari ini dilihat majoriti isi rumah miskin bandar amat terkesan dengan peningkatan kos sara hidup dan bebanan hutang yang terpaksa ditanggung, demikian menurut Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail.

Rodziah Ismail Beliau berkata, kerajaan Umno-BN sepatutnya bertindak dengan menyediakan bantuan kepada rakyat dan bukannya hanya bergantung dengan pemberian BR1M sahaja.
“Saya meneliti kenyataan Pakar Perancang Pembangunan Bandar, Ng Mun Yen yang mendakwa akibat kos sara hidup yang semakin tinggi menjadi faktor penghijrahan warga Kuala Lumpur ke Selangor pada masa kini.
“Apa yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan Umno-BN dalam mengurangkan beban kos sara hidup rakyatnya?” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Rodziah berkata, berbeza dengan kerajaan Pakatan Harapan Selangor yang jelas berupaya untuk mentadbir negeri dan mengurus ekonomi dengan berkesan berteraskan prinsip kewangan yang berhemah, tatakelola yang baik dan prinsip 'value for money' yang membuatkan penduduk negeri lain berminat untuk berhijrah ke negeri ini.
“Yang menjadi permasalahan buat rakyat negara ini ialah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan dan sepatutnya cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dihapuskan kerana Pakatan Harapan ada alternatifnya.
“Antara kaedah alternatif bagi menampung perbelanjaan dan pembayaran hutang sekiranya GST dihapuskan ialah dengan membanteras rasuah dan kurangkan ketirisan, mengurangkan faedah hutang dan memperkenalkan cukai keuntungan,” katanya.
Jelasnya, tatakelola yang baik dan kecekapan pengurusan ekonomi serta masa hadapan rakyat yang terjamin adalah bergantung kepada kerajaan yang amanah serta sentiasa memberikan keadilan untuk rakyatnya.

Terdahulu, laporan Sinar Harian menerusi ruangan Dari Media Cina, Mun Yen berkata, penghijrahan berlaku akibat kos sara hidup semakin tinggi, pembangunan terhad dan faktor sistem pengangkutan, antara punca ramai warga Kuala Lumpur berhijrah ke negeri lain.

Selepas ditegur sultan, Sivarasa dihujani kecaman netizen

Selepas ditegur sultan, Sivarasa dihujani kecaman netizen
Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa kini berdepan kontroversi kerana didakwa memberi ceramah dalam masjid dan mengundang rasa tidak senang Sultan Selangor. 
AHLI Parlimen Subang R. Sivarasa tidak mendapat simpati daripada pengguna media sosial selepas menerima teguran daripada Sultan Selangor.
Beliau menerima banyak sindiran dan dimarahi kerana bersikap "biadab" mengabaikan perintah daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang ahli politik tanpa tauliah agama memberi ceramah di surau dan masjid.
Sivarasa daripada PKR diselar minggu lepas kerana menghadiri majlis penyerahan bantuan di Masjid An Nur, Kampung Melayu di kawasannya. Beliau didakwa memberi ucapan politik pada majlis itu dan mengundang kemurkaan Sultan.
Beliau kini turut berdepan satu lagi kontroversi: Kenyataan mengandungi namanya yang tular di media sosial di mana beliau didakwa berkata teguran daripada Sultan terlalu keras dan bertentangan dengan kebebasan bersuara.
Awal hari ini, Sivarasa membuat penafian di laman Facebook, tetapi kebanyakan pengguna media sosial sama ada tidak percaya kepadanya atau berpendapat beliau sengaja mengundang masalah sejak awal.
The Malaysian Insight cuba menghubungi Sivarasa tetapi ahli Parlimen itu tidak menjawab panggilan atau membalas pesanan teks.
Zambri Adom bertanya sama ada ahli Parlimen itu mabuk manakala Ayi Ke mengulas: "Sekarang mcm2 tektik dn teknik utk melepaskn diri...
Amy berkata: "Ayoyoooo...Sultan sudah murka baru nak nafi ka?...semalam apa u bikin?.. Sultan sudah murka ....elok letak jawatan la.
"Tq untuk penjelasan anda, saya berkira-kira membeli telur busuk untuk melontar anda kerana berlagak biadab," kata MohdHussin Abugau.
Dalam komen seterusnya, pengguna Facebook berkata, beliau secara peribadi berpendapat ahli Parlimen perlu lebih bijak di masa akan datang.
"... semua publisiti buruk ini masih publisiti, dan sebagai seorang ahli politik saya mengucapkan tahniah kepada anda kerana ketabahan menggunakan apa juga publisiti demi keuntungan politik.
"Tetapi demi tuhan, fikirkan rakyat dan kesan permainan kecil anda kepada mereka tuan. Ini adalah permintaan saya kepada anda, tuan," tulis MohdHussin Abugau.
Kenneth Wong juga berasa Sivarasa "menimbulkan masalah tidak sepatutnya" dan berpendapat beliau "lebih bijak daripada itu".
Seorang lagi pengguna Facebook, Tengku Mustapah Tengku Tahir berkata Sivarasa perlu pergi ke masjid itu dan membuat permohonan maaf secara terbuka di luar. Mudah tetapi sukar untuk dilakukan, katanya.

Majlis Peguam gesa polis siasat peguam terima dana Najib RM9.5 juta

Presiden Majlis Peguam berkata, terlalu awal bagi merujuk peguam itu kepada Lembaga Disiplin Peguam Bela dan Peguam Cara kerana belum ada bukti yang cukup menunjukkan beliau melakukan salah laku profesional.
George_Varughese-polisPETALING JAYA: Majlis Peguam mahu polis menyiasat tanpa rasa takut dan pilih kasih dakwaan Sarawak Report seorang peguam terkemuka menerima RM9.5 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Polis perlu menyiasat kes itu dengan mendalam kerana dakwaan itu sangat serius,” kata Presidennya, George Varughese.
Ketika bercakap kepada FMT, beliau berkata, terlalu awal bagi Majlis Peguam untuk merujuk peguam itu kepada Lembaga Disiplin Peguam Bela dan Peguam Cara kerana belum ada bukti yang cukup menunjukkan beliau melakukan salah laku profesional.
Varughese berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang turut membuat laporan polis semalam mendakwa peguam terkemuka itu, yang pernah bertindak sebgai pendakwa raya ad-hoc dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerima wang daripada perdana menteri.
Syed Saddiq berkata beliau membuat laporan itu demi mengelak sebarang persepsi negatif terhadap sistem kehakiman Malaysia.
Laporan polis itu dibuat susulan laporan Sarawak Report awal minggu ini yang mendakwa RM9.5 juta telah dibayar dari akaun Najib.

Sikap perpuakan pemimpin PAS api-apikan hubungan orang Islam, bukan Islam

Sikap perpuakan dan perpecahan yang semakin menonjol di kalangan sebahagian pemimpin dan pengikut PAS kepada rakyat Malaysia amat dikesali.
Malang lagi apabila ada pemimpin PAS seolah-olah mengeluarkan ‘fatwa’ bahawa mereka yang tidak menyokong agenda parti itu untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (RUU355) tidak layak memasuki masjid.
“Adalah sangat memalukan buat seorang ustaz tidak tahu bahawa Islam itu bertapak dengan sifat-sifat universal yang sinonim dengan semua lapisan masyarakat.
“Bulan Ramadan merupakan bulan yang mulia, inilah masanya kita ingin memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat dan tempayan yang terbaik adalah sebuah masjid,” kata Bendahari DAPSY Selangor, Mohamad Shakir Ameer.
Beliau menempelak kenyataan Setiausaha Dewan Ulama PAS Selangor, Muhammad Najhan Halim seperti dilapor FreeMalaysiaToday semalam bahawa orang bukan Islam yang tidak menyokong RUU355 tidak patut memasuki masjid.
“Ini adalah sesuatu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan tidak masuk akal
“Saya sangat pelik dengan Pan-Malaysian Islamic Party (PAS) sekarang, dahulu mereka yang mengajak bukan islam berbuka puasa sekali, kini lain pula ceritanya.
“Bagi saya, PAS kini menunjukkan belangnya dengan menggunakan alasan kekurangan sokongan terhadap RUU355 untuk melagakan hubungan di antara orang Islam dan bukan Islam,” katanya.
Menurut Shakir, sikap tidak bertanggungjawab yang semakin ditonjolkan pemimpin PAS kononnya demi menegakkan Islam melalui cara sedemikian amat berbahaya kepada masyarakat berbilang kaum dan agama.

Jika ekonomi berkembang, kenapa fakir miskin meningkat?

Mimbar Jumaat di Selangor memaklumkan bahawa jumlah fakir miskin negeri itu naik akibat peningkatan kos sara hidup.
Selain kos sara hidup, peningkatan jumlah fakir miskin itu juga disebabkan berlakunya pemberhentian kakitangan secara beramai-ramai oleh majikan yang mahu menurunkan kos operasi.
Ekoran situasi itu, jumlah asnaf dan fakir miskin di Selangor mencatatkan peningkatan sebanyak 2,207 keluarga yang direkodkan pada tahun 2016 menjadikannya berjumlah 46,500 berbanding sebelumnya.
Apa yang pasti, angka-angka itu sudah tentu mengecewakan kita seolah-olah pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak awal tahun lalu mengenai pertumbuhan ekonomi yang dijangka berkembang sebanyak 4.5 hingga 5 peratus tidak memberi kesan kepada rakyat biasa khususnya kelas pekerja.
Ia diikuti dengan laporan-laporan media April lalu mengenai jumlah eksport negara yang dicatatkan pada Februari sebanyak RM71.77 bilion dengan peningkatan 26.5 peratus berbanding tahun lepas.
Sebagai rakyat biasa, kita tentu berbangga dengan pengumuman-pengumuman ekonomi negara yang berkembangan ini.
Tetapi, jauh di suatu sudut, realiti kehidupan rakyat Malaysia nampaknya makin terbeban dengan peningkatan kos sara hidup dan risiko pemberhentian kerja.
Tambahan pula, dalam masa yang sama, kita terus terpaksa menanggung pelbagai beban hutang piutang, termasuk cukai GST enam peratus, dan ‘hutang-piutang kerajaan’ yang lain.
Bayangkan jika semakin ramai rakyat Malaysia menjadi fakir miskin, bayangkan semakin ramai yang diberhentikan kerja, bagaimana hendak dibayar segala hutang kenderaan, rumah, pinjaman pendidikan itu? Ah Long pun akan takut nak beri hutang apatah lagi bank.
Maka, timbul satu persoalan lain, apa dan ke mana segala ‘pencapaian’ ekonomi yang dibangga-banggakan kerajaan sebelum ini? Kenapa kejayaan itu macam tak sampai kepada kita di bawah?
Abang Noor – Apa kerajaan buat dengan duit-duit kita?

BN pilih kasih, salah guna institusi awam untuk tujuan politik



MCA dinasihatkan agar tidak menyalah gunakan institusi awam sewenang-wenangnya demi kepentingan politik sebagaimana yang sering berlaku di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan negeri ini.
Menyifatkan ianya sebagai budaya tidak wajar, Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong berkata, parti komponen Barisan Nasional (BN) itu harus sedar garis pemisah antara institusi awam dan parti politik.
Sebagai contoh, katanya, Timbalan Pengerusi MCA, Wee Ka Siong mendapat layanan istimewa untuk mengadakan mesyuarat di dewan persidangan Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) sedangkan ia dihadkan untuk kegunaan dalaman PBT sahaja.
“Sebaliknya, pihak Majlis Perbandaran Kluang (MPK) sering kali menolak permohonan pejabat kami untuk mengadakan aktiviti di ruang awam seperti di dataran di Kluang.
“MPK biasanya memberi alasan tidak munasabah untuk menghalang program kami seperti aktiviti kesenian, kebudayaan dan aktiviti hari keluarga,” kata Chin Tong dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya yang juga Pengerusi DAP Johor, ruang awam yang di bawah tanggungjawab PBT sepatutnya dibuka untuk kegunaan orang ramai kerana ia adalah hak milik rakyat dan bukannya ruang persendirian parti pemerintah.
“Menteri Besar Johor Khaled Nordin perlu memberi penjelasan kepada orang ramai tentang keputusan MDYP membenarkan Pengerusi MCA Johor, Wee Ka Siong untuk mengadakan mesyuarat MCA Johor di dewan persidangan MDYP,” tegasnya.

Amalan politik bebankan rakyat

 SAYA berasa agak terganggu dengan perkembangan budaya politik mutakhir ini. Ia bermula dengan isu penggunaan masjid atau surau sebagai institusi awam yang dikatakan dipergunakan parti politik untuk tujuan politik, sama ada parti di sebelah kerajaan, mahupun oposisi.
Bagi pemimpin atau parti politik, memang semua pihak mendakwa ada justifikasinya, malah mendakwa niat mereka ikhlas, itu kita tahu.
Namun dalam politik, keikhlasan itu bukan perkara mudah untuk diukur atau dijustifikasikan secara objektif kepada semua pihak, apatah lagi kepada penyokong oposisi atau kerajaan.
Maka soal niat atau tujuan ahli politik (bukan penjawat awam) cukup terdedah dengan salah faham hingga membawa persepsi yang salah kepada semua pihak.
Baru-baru ini di Johor juga berlaku perkara yang sama. Muhyiddin Yassin baru tahu beliau kini sudah tidak boleh memasukki surau untuk membuat program, walaupun beliau wakil rakyat yang sah, bekas menteri besar dan bekas timbalan perdana menteri. Malah dakwaan beliau ia program kebajikan, tetap tidak boleh diterima pihak berkuasa.
Kes seumpama ini sebenarnya sudah lama berlaku, ia menjadi budaya hingga masyarakat tidak berasa ia perkara yang menyimpang asas demokrasi.
Agensi kerajaan
Sebelum budaya ini, bertahun-tahun kita melihat bagaimana parti politik kerajaan menggunakan aset, jentera, agensi dan kakitangan awam untuk tujuan politik mereka. Baik di musim kempen pilihan raya atau tidak.
Terbaru, MCA menggunakan premis Majlis Daerah Yong Peng (PBT) untuk menjalankan mesyuarat partinya dengan cukup mudah. Tiada rasa malu dan bertanggungjawab.
Saya melihat, jika perkembangan ini dibiarkan, ia akan merosakkan sistem amalan tadbir urus yang telus (good governance).
Parti politik, pemimpin, kakitangan awam dan pembayar cukai akan berbalah siapa lebih berhak menggunakan premis awam dan agensi ini. Perbalahan ini akan mengheret kita semua hingga kepada hujah perkauman dan kepercayaan agama.
Bagi saya ini bukanlah budaya politik yang waras, apatah lagi politik yang boleh membangunkan minda. Sebaliknya, hanya akan terus memerangkap persepsi buruk kita tentang politik dan fungsi premis atau agensi awam ini.
Dalam konteks ini, kita semua harus memahami satu garis politik yang jelas, dimana had mereka berpolitik.
Patuh dan hormati undang-undang
Menghormati undang-undang, adalah termasuk menghormati dan memahami fungsi aset dan jentera kerajaan sebagai hak pembayar cukai. Malah, ia termasuk menghormati konvensyen amalan "kerajaan sementara" (caretaker government) ketika Parlimen atau Dewan Negeri dibubarkan.
Undang-undang yang kita ada cukup banyak, tetapi kita yang menguasai kerajaan (pihak berkuasa), melaksanakan undang-undang tersebut secara selektif.

'Sindrom membisu jadi ancaman baru M'sia'

 Pendedahan Sarawak Reports mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menyalurkan sejumlah RM9.5 juta ke akaun peguam kanan Tan Sri Shafee Abdullah sebelum kes rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibicarakan amat mengejutkan semua pihak.
Kejutan (shocking) berkaitan berita tersebut telah melahirkan 2 reaksi berbeza. Segmen rakyat yang cintakan negara berasa marah, bertindak membuat laporan polis dan tuntutan siasatan dijalankan.
Segmen pemerintah yang cintakan habuan dunia pula membisu seribu bahasa. Tidak pasti sama ada sikap membisu ini disebabkan oleh perasaan takut atau masih teraba-raba mencari helah.
Tiada seorang pun pemimpin UMNO yang berani memberikan reaksi membela bos mereka yang kini terkapai-kapai mencari Syeikh Arab bagi melepaskan diri.
Bayaran jutaan ringgit tersebut menimbulkan pelbagai persepsi negatif terhadap integriti pihak pendakwaan dan kebebasan badan kehakiman kerana Shafee adalah peguam yang dilantik Peguam Negara terdahulu.
Isu yang sebegini serius harus disiasat pihak polis kerana Shafee mempunyai percanggahan kepentingan dalam kes tersebut dan ia menimbulkan spekulasi negatif kerana dibimbangi boleh mencemar ketelusan dan keadilan keputusan rayuan tersebut.
Pendedahan ini juga memberikan impak negatif terhadap profesion peguam kerana peguam perlu bertindak secara integriti dan digniti sepertimana yang termaktub dalam Legal Profession (Practice and Etiquette) Rules 1978.

RM9.5JUTA: BOLEHKAH SEMPENA RAMADAN INI NAJIB BERSIKAP JUJUR DAN BERKATA BENAR?

Beberapa hari lalu, sempena Ramadan, Najib Razak menyeru umat Islam agar menjaga tutur kata dan mengelak tuduh-menuduh atau menyebarkan fitnah.

Dalam catatan di blognya, beliau berkata umat Islam seharusnya  mengambil peluang untuk menghayati Ramadan yang penuh keberkatan dan keampunan ini.

Beliau seterusnya mengingatkan bahawa tuduhan liar atau menyebarkan fitnah adalah perbuatan yang merugikan serta boleh membawa kepada kemusnahan.

Itu pesan yang dititipkan Najib sebelum Sarawak Report muncul dengan pendedahan beserta beberapa bukti tentang bayaran sebanyak RM9.5 juta melalui akuan peribadinya kepada peguam, Shafee Abdullah yang dilantik kerajaan sebagai ketua pendakwaraya dalam kes liwat 2 membabitkan Anwar Ibrahim.
Dalam kes perlantikan Shafee sebagai ketua pendakwaraya mengendalikan kes itu di Mahkamah Persekutuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri pernah  memberitahu Parlimen pada 11 Mac 2015 bahawa bayaran yang dikenakan kepada peguam berkenaan cuma RM1,000 sahaja.

Dalam mempertahankan perlantikan Shafee itu, Najib turut memberitahu bahawa kes liwat 2 itu tidak melibatkan UMNO, kerajaan atau dirinya, sebaliknya adalah antara Saiful Bukhari selaku pengadu dengan Anwar semata-mata.

Tetapi, dengan pendedahan Sarawak Report bahawa Najib didapati membayar RM9.5 juta kepada Shafee, apakah tujuan wang sebanyak itu dibayar kepada seorang ketua pendakwaraya melalui akuan peribadi Najib sendiri?

Benarkah kes liwat itu hanya semata-mata kes antara pengadu iaitu Saiful dengan Anwar saja?

Jika ia hanya kes yang melibatkan Saiful dengan Anwar, buat apa Najib sanggup membayar sehingga RM9.5 juta kepada Shafee?

Ataukah bayaran itu melibatkan tugas-tugas perundangan lain yang perlu dilakukan oleh Shafee bagi pihak Najib?

Dari segi moral dan pertanggungjawaban, berbanding Shafee yang menerima bayaran lumayan itu, beban untuk bersikap jujur, berkata benar dan berterus-terang adalah lebih memihak kepada Najib yang membuat pembayaran tersebut.

Ia bukan saja kerana kedudukannya sebagai Perdana Menteri, tetapi juga kerana kadangkala Najib terlihat begitu licik bermain dengan kata-kata seperti menasihati rakyat menjaga kata-kata, tidak membuat tuduhan melulu dan mengelakkan fitnah, semata-mata untuk menjelmakan dirinya terlihat suci dan bersih.

Tambahan lagi, wang dalam akuan peribadi Najib itu juga didakwa bersumberkan daripada dana SRC International yang pernah menjadi anak syarikat 1MDB sebelum ia dipindahkan ke Kementerian Kewangan.

Musim ‘jangan’ sudah tiba.....

Semakin hampir Pilihan Raya Umum ke-14, semakin panjang senarai larangan yang akan rakyat saksikan bagi menutup isu negara seperti 1MDB. 
KEADAAN sekarang sudah menjadi musim "jangan".
Jangan menghadiri majlis berbuka puasa. Jangan membuat spekulasi kes penculikan Pastor Raymond Koh. Jangan mempersoalkan kemasukan pelaburan dari China.
Jangan mempersoalkan mengapa hanya penjawat awam sahaja ditangkap dalam operasi anti-rasuah dan bukannya ahli politik, memandangkan ramai ahli politik kita gagal ujian "hidup di luar kemampuan".
Jangan mempersoalkan mengapa pihak berkuasa Malaysia menutup siasatan 1MDB tanpa sebarang pendakwaan sedangkan Singapura mengenakan tindakan kepada bank dan individu kerana melanggar undang-undang pengubahan wang haram yang berkaitan dengan transaksi 1MDB.
Dijangka senarai larangan itu akan bertambah lebih panjang menjelang pilihan raya umum. Turut dijangkakan lebih banyak ancaman akan dikeluarkan Putrajaya dan pengampu kerana keinginan menutup isu yang semakin diperbincangkan.
Oh, dan dijangkakan juga mereka akan mengeluarkan larangan bagi membenarkan dekri dan arahan atas alasan mengekalkan keharmonian kaum, kestabilan politik dan kesucian agama.
Tetapi kita lebih tahu.
Bagi berdepan percubaan untuk mendiamkan rakyat Malaysia dengan senarai larangan, kita perlu bertanya kepada diri sendiri beberapa soalan:
* Adakah berdiam diri lebih menarik daripada mendapatkan kebenaran?
* Adakah mendapat pengiktirafan lebih didambakan berbanding mempertahankan perbuatan baik dan mencari kebenaran?
* Adakah keselamatan dan kesejahteraan kita lebih penting daripada menderita demi kebenaran?

Pentadbiran Najib Razak terus tekan rakyat

Majoriti isi rumah miskin bandar amat terkesan dengan peningkatan kos sara hidup dan bebanan hutang yang terpaksa ditanggung, kata Rodziah Ismail.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga itu berkata, kenyataan itu jelas disokong kenyataan Pakar Perancang Pembangunan Bandar, Ng Mun Yen yang mendakwa kos sara hidup tinggi sebagai faktor penghijrahan warga Kuala Lumpur ke Selangor.
Katanya, Kerajaan Umno BN sepatutunya bertindak dengan menyediakan bantuan kepada rakyat secara lebih komprehensif dan holistik.
“Bukannya hanya bergantung dengan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sahaja.
“Apa yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan Umno BN dalam mengurangkan beban kos sara hidup rakyatnya? Contohilah Pakatan Harapan,” katanya dalam kenyataan.
Rodziah berkata, Kerajaan Pakatan Harapan jelas berupaya untuk mentadbir negeri dan mengurus ekonomi dengan berkesan berteraskan prinsip kewangan yang berhemah, tatakelola yang baik dan prinsip ‘value for money’.
“Yang menjadi permasalahan buat rakyat negara ini ialah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan dan sepatutnya cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dihapuskan kerana Pakatan Harapan ada alternatifnya.
“Antaranya dengan membanteras rasuah dan kurangkan ketirisan, mengurangkan faedah hutang dan memperkenalkan cukai keuntungan.
“Tatakelola baik dan kecekapan pengurusan ekonomi serta masa hadapan rakyat yang terjamin adalah bergantung kepada kerajaan amanah serta sentiasa memberikan keadilan untuk rakyatnya,” katanya.
Semalam, Mun Yen berkata ramai penduduk Kuala Lumpur beranggapan ibu kota itu sudah tidak lagi sesuai untuk diduduki dan lebih suka tinggal di kawasan pinggir seperti di Selangor.
Terdahulu, kajian migrasi Jabatan Perangkaan 2016 menunjukkan Selangor sebagai negeri utama penerima migran, manakala negeri utama penghantar migran ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

'Kami akan putuskan langkah seterusnya dakwaan RM9.5j untuk peguam'

Peguam mantan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, N Surendran berkata mereka akan membincangkan tindakan undang-undang seterusnya, susulan dakwaan bahawa Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menerima RM9.5 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Shafee adalah peguam yang mengetuai pihak pendakwaan yang berjaya mensabitkan tuduhan liwat terhadap Anwar.
"Kami akan bertemu dengan Anwar dan segera melihat langkah seterusnya susulan dakwaan itu.
"Kami akan umumkan tindakan yang akan diambil tidak lama lagi," kata Surendran ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Beliau berkata mereka akan bertemu dengan Anwar awal minggu depan untuk membincangkan perkara itu.
Katanya, beliau juga difahamkan laporan polis telah dibuat berhubung dakwaan itu dan mereka sedang menunggu pihak polis untuk segera menyiasatnya.
"Ia adalah suatu perkara yang sangat serius. Khususnya ia memberi kesan kepada anak guam kami, Anwar," katanya.
Sarawak Report sebelum ini telah membuat dakwaan bahawa Shafee menerima RM9.5 juta daripada Najib dalam dua bayaran - pada 11 September 2013 dan pada 17 Februari 2014.
Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Abdul Rahman telah membuat laporan polis berhubung dakwaan itu.
Anwar juga menggesa supaya perkara itu disiasat oleh pihak berkuasa.
“Perkara ini perlu disiasat pihak berkuasa pada kadar segera. Apakah tujuan dana besar ini disalur oleh Najib kepada akaun peribadi seorang peguam swasta yang dilantik oleh kerajaan Najib untuk mengendalikan pendakwaan terhadap saya?” soal Anwar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui PKR.

Politik rahmah lawan politik perkauman


Menghampiri PRU14, propaganda kaum dan agama yang dijelmakan Umno dan giat pula didukung oleh cybertrooper Pas bukanlah sesuatu yang baharu. Bezanya, menuju PRU13 lalu, Umno menggunakan Majlis Profesor Negara, kini muncul watak baharu bernama Kamarul Yusof.
Shazni Munir Mohd IthninKamarul jelas menjadi frontier Umno dan Pas dalam menunggang politik jijik ini di tengah khalayak. Malangnya, dalam beliau terlalu sibuk memomokkan Pakatan Harapan melalui serangan terhadap Hannah Yeoh, beliau lupa bahawa dalam kabinet Najib Razak sendiri terdiri daripada penganut Kristian, Buddha dan Hindu.
Sebagai contoh, Datuk Dr Yap Kain Ching atau lebih dikenali sebagai Mary Yap. Beliau merupakan Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia (Federation of Councils of Christian Mission Schools Malaysia) sewaktu dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan (Pengajian Tinggi) pada 2013. Mengapa Kamarul tidak bising-bising ketika ini? Adakah 'war room' Umno belum bagi arahan lagi ketika itu?
Amanah, sebagai parti Islam bertunjangkan "Rahmatan Lil Alamin" sama sekali tidak akan mempertikaikan kedudukan Mary Yap sebagai Timbalan Menteri hanya semata-mata latar belakang agama beliau. Kalau wujud pun percanggahan atau bantahan, ianya berakar daripada sokongan beliau terhadap kerajaan kleptokrasi Najib Razak, atau mungkin ketempangan polisi dan dasar kementeriannya.
Dalam sistem dwi parti, paling utama adalah perkumpulan politik yang dipilih. Pemimpin-pemimpin beragama Islam, Buddha, Hindu dan Kristian wujud dalam Pakatan Harapan dan Barisan Nasional. Apa yang membezakan keduanya adalah menyokong atau menolak kleptokrasi Najib Razak. Menerima atau menolak kerajaan rasuah dan terpalit dengan salahguna kuasa.

Dr M sudah lepasi zaman, tak sesuai jadi PM, sembang PAS

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pakatan pembangkang perlu memilih calon lain yang lebih muda dan sesuai dengan perubahan pentadbiran negara.
Mohd-Amar-Nik-Abdullah_mathir_600
Pakatan pembangkang mempunyai ramai pemimpin muda yang lebih sesuai daripada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk dijadikan calon perdana menteri, kata naib presiden PAS.
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dipetik Sinar Harian Online mengakui bekas perdana menteri itu mempunyai kelebihan tersendiri, tetapi beliau tidak lagi sesuai dicalonkan sebagai perdana menteri kerana sudah melepasi zaman.
Timbalan menteri besar Kelantan itu berkata, pakatan pembangkang perlu memilih calon lain yang lebih muda dan sesuai dengan perubahan pentadbiran negara.
“Ini memandangkan Mahathir sudah melepasi zaman dan sepatutnya perlu ada calon lebih baik, memandangkan kita sudah masuk era ‘litar sepang’ (zaman baru) jadi mesti ada calon muda dan berwibawa.
“Lagipun pembangkang mempunyai ramai lagi calon yang sesuai dan muda yang boleh diketengahkan,” katanya selepas merasmikan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan “free market for asnaf” di Masjid As-Salam Pengkalan Chepa, hari ini.
Isu bakal calon perdana menteri pakatan pembangkang menjadi rumit dengan penyertaan PPBM dalam gabungan itu. Sebelum ini, PKR, DAP dan Amanah dilihat tiada masalah mengangkat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri mereka.
Pada Kongres PKR ke-12 bulan lalu, semua pemimpin utama Pakatan Harapan mengangkat sepanduk “Anwar PM ke-7, kecuali Dr Mahathir dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Gimik itu mengundang rasa tidak senang sesetengah pihak, termasuk Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menggesa satu tinjauan dijalankan badan bebas bagi mengenal pasti calon perdana menteri pilihan orang ramai.
Pada 24 Mei lalu, Invoke Malaysia – badan kaji selidik yang diketuai naib presiden PKR, Rafizi Ramli membentangkan hasil tinjauan menunjukkan Anwar kekal sebagai calon perdana menteri “pilihan pengundi” dengan 23.5% undi, meninggalkan Dr Mahathir (16.5%) dan Muhyiddin (12.6%).
Khamis lalu, Dr Mahathir mengulangi pendiriannya tidak berminat memegang jawatan nombor 1 negara yang pernah disandangnya selama 22 tahun, selain perlu mengambil kira rakan kongsi lain dalam Pakatan Harapan, gabungan PPBM dengan PKR, DAP dan Amanah.
“Setelah saya bersara, saya tak akan jadi perdana menteri lagi. Saya tak boleh belakangkan kawan-kawan dalam PH, kalau mereka mempunyai cadangan begitu, mungkin saya terpaksa menimbang,” katanya menjawab soalan pengguna Facebook pada sesi “live” bersama Syed Saddiq.
Mengulas lanjut, Amar berkata, pembangkang sepatutnya lebih fokus terhadap usaha menjatuhkan BN, bukannya membincangkan calon perdana menteri.

Masuk Masjid: Dulu ajak, kenapa sekarang tidak, soal Pemuda DAP pada PAS

Bagi Shakir Ameer, masjid bukan sekadar tempat beribadah tetapi tempat komuniti meraikan program muhibah.
muhammad-shakir_buka-puas_6003
 Seorang pemimpin Pemuda DAP Selangor mempertikaikan pendirian PAS sekarang yang berkata orang bukan Islam tidak layak memasuki masjid. Bendahari Muhammad Shakir Ameer berkata sikap PAS sekarang sama sekali berbeza dengan PAS dahulu yang mahu orang bukan Islam berbuka puasa bersama mereka.
“Saya sangat pelik PAS sekarang, dahulu mereka yang mengajak bukan Islam berbuka puasa sekali, kini lain pula ceritanya.
“PAS kini menunjukkan belangnya dengan menggunakan alasan kekurangan sokongan terhadap RUU 355 untuk melagakan hubungan di antara orang Islam dan bukan Islam.
“Sikap yang tidak bertanggungjawab PAS yang kononnya ingin menegakkan Islam amat merbahaya bagi masyarakat kita yang berbilang kaum dan agama,” katanya dalam kenyataan.
Shakir menjawab Setiausaha Dewan Ulama PAS Selangor Muhammad Najhan Halim yang berkata penentang rang undang-undang meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355, yang diusulkan presiden mereka, tidak layak memasuki masjid.
Beliau bagaimanapun tidak secara langsung merujuk kepada bantahan beberapa NGO pro-Umno terhadap Ahli Parlimen PKR Sivarasa Rasiah kerana hadir di program penyerahan sumbangan di sebuah masjid di kawasan Parlimennya.
Menurut Najhan, masjid hanya berhak diimarahkan oleh mereka yang beriman kepada Islam, dan oleh mereka yang tunduk “sujud” terhadap nilai Islam sama ada dalam bidang “ekonomi, sosial, dan termasuk urusan undang-undang, politik dan pemerintahan”.
“Seorang yang bukan Islam tersebut yang jelas ketika di luar masjid, dialah yang kuat menentang Islam, menghalang usaha memartabatkan Islam, menghina Islam, memperkecilkan Islam dan undang-undangnya, mengajak dan bersekongkol dengan penentang Islam agar masyarakat Islam keliru dengan hakikat Islam yang sebenar, dialah juga kononnya hadir mengajak dan menyeru orang Islam melakukan kebaikan,” tulisnya dalam artikel diterbitkan laman berita PAS, Harakahdaily, di bawah tajuk “Antara ahli parlimen dan imarah masjid”.

SPR dipersoal 20 pengundi India 'tinggal' di rumah Melayu


Pakatan Harapan Perak membawa bantahan senarai pengundi mencurigakan kepada SPR
Tindakan Adun Hutan Melintang, S Kesavan mengusung tikar dan bantal ke pejabat SPR di Ipoh adalah simbolik kepada penegasan untuk tidak berganjak selagi bantahan berhubung senarai pengundi hantu enggan diterima SPR.
Ahli jawatankuasa Amanah Perak, D.S. Nali Raja berkata, Pakatan Harapan negeri berkenaan menemui fakta mengejutkan apabila menyiasat lebih 3,000 pengundi baharu yang didaftarkan di Hutan Melintang hanya dalam tempoh dua bulan itu.
Hasil semakan, ujarnya, mendapati seramai 321 pemilih berketurunan India yang dibawa dari luar kawasan seperti Taiping dan Parit Buntar dikesan didaftarkan di Dun Hutan Melintang.
"Difahamkan hal ini berkaitan dengan kemungkinan BN mahu letak Ketua MIC Perak sebagai calon bertanding di Hutan Melintang.
"Kita juga ada kes pasangan warga emas Melayu yang sudah pun membuat laporan polis di Hutan Melintang apabila alamat rumahnya turut menjadi 'tempat tinggal' 20 pengundi India.
"Terdapat juga kes tiga, empat rumah Cina yang berkongsi alamat dengan pengundi India. Pelik, bukan?" ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Turut hadir di pejabat SPR Ipoh itu Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar, Adun Buntong, S. Sivasubramaniam dan Adun Sungkai, A. Sivanesan.
Nali memberitahu sebanyak 2,300 nama pemilih meragukan yang diperoleh daripada senarai rang daftar pemilih tambahan (RDPT) telah dibawa kepada pihak SPR.
"Kita susun satu demi satu kes. Kita tiba di pejabat SPR pukul 2 petang bukan waktu pejabat tutup. Kerani SPR kata mereka tidak terima sebab tempoh bantahan sudah tamat.
"Kata kerani itu lagi, tanpa resit mereka boleh terima tapi kalau dengan resit mereka tidak terima.
"Masalahnya tanpa resit, alamatnya dia buang ke longkanglah," tegas Timbalan Biro Integrasi Amanah Perak itu.
Mengulas lanjut aksi Kesavan, beliau berkata, seorang pegawai SPR Perak pun enggan menemui wakil rakyat itu walaupun Kesavan 'berkampung' di pejabat tersebut sehingga pukul 7 petang.
"Semalam, kita sudah pun kumpul RM3,000 sedia untuk bayar kepada SPR tetapi seorang pegawai pun tak muncul," keluhnya.
Sehubungan itu, Nali berkata, pihaknya kecewa dengan sikap dan integriti SPR yang dilihat berat sebelah.
"Adakah SPR bekerja untuk kepentingan satu pihak saja? Sepatutnya, SPR berperanan adil sebagai badan bebas. Kami di pejabat SPR tidak berganjak walaupun kira-kira 50 anggota polis dan FRU datang jerit dari luar.

GST BOLEH MENURUNKAN HARGA BARANG DAN KOS SARA HIDUP...!!!


Antara menteri Ameno yang 'TAK PERNAH MENIPU' rakyat..

HARGA BARANG NAIK.....MAKAN RASUAH NAIK TAK ??!

4 tahun lalu Menteri KPDNKK [dah pencen] kata, elak makan ayam kalau harga naik.. makan ikan & daging. Kini semua dah naik..makan apa pula?

SKIM CEPAT JUTAWAN: RM1K JADI RM9.5 JUTA DALAM MASA 3 TAHUN...!!!

3 TAHUN LEPAS..(11/3/2015)
Menteri JPM Nancy Shukri bgtau.. Peguam Shafee Terima RM1,000 bayaran Ketua Pendakwa Raya kes liwat Anwar.

KINI..
Dokumen dari pemberi maklumat menunjukkan bukti bahawa sejumlah RM9.5 juta telah disalurkan kepada Shafee Abdullah menerusi akaun Ambank 2112022011906 yang dimiliki Najib Razak.

Jumlah tersebut diasingkan kepada dua pembayaran, iaitu RM4.3 juta pada 11 September 2013 dan selebihnya RM5.2 juta pada 17 Februari 2014.

KRONOLOGI:
5 Mei 2013: PRU13 Pakatan Rakyat menang 52% undi popular.

22 Julai 2013: Shafee dilantik sebagai Timbalan Pendakwaraya mewakili Saiful Bukhari.

11 September 2013: RM4.3 juta dibayar oleh Najib kepada Shafee.

17 Februari 2014: RM5.2 juta dibayar oleh Najib kepada Shafee.

27 Februari 2014: Anwar dimaklumkan pendengaran kesnya diawalkan dari 7 April 2014 ke 7 Mac 2014.

7 Mac 2014: Mahkamah Rayuan mendengar rayuan timbalan pendakwaraya, membuat keputusan untuk tidak mengekalkan keputusan tidak bersalah Mahkamah Tinggi. Anwar dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun.

29 Oktober 2014: Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan terakhir Anwar.

10 Februari 2015: Mahkamah Persekutuan membuat keputusan untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan, Anwar dipenjarakan 5 tahun.

17 Februari 2015: Shafee membuat roadshow kes Anwar bersama Khairy Jamaluddin.
__________

"Kalau Mahkamah bebas, saya bebas," -Anwar Ibrahim.

WAJAH PAS ZAMAN JIBBY...!!!

Siapa bantah RUU 355 Hadi tak layak masuk masjid.
- Setiausaha Dewan Ulama PAS Selangor, Muhammad Najhan Halim.

Wajah PAS hari ini selepas ketiadaan Almarhum Tok Guru Nik Abd Aziz..