Ahad, 21 Mei 2017

"You Help Me, I Help You"


JASA NAJIB TERHADAP RAKYAT

Satu-satunya dlm sejarah Perdana Menteri M'sia yang hapus pelbagai subsidi rakyat, gadai aset2 negara & pencukaian GST iaitu di era pemerintahan Najib !!!

Jgn kaitkan Allah jika anda sendiri kerap mungkir janji & menipu rakyat... Allah murka bila pemimpin menipu & menzalimi rakyatnya.

MUSIM DEDAK BERKELIARAN

Sebelum PRU13 lagi Najib dah kata..
"Kami sudah insaf, beri BN peluang sekali lagi.."

Hakikatnya, anda boleh lihat & menilaikannya sendiri setiap kali Najib tabur janji & dedak-dedak kpd rakyat.

TIMBALAN PRESIDEN PAS TEMPELAK BERSATU

KOTA BHARU – Pas menempelak sikap pimpinan Bersatu berterusan menyerang parti Islam itu dengan bermodalkan maklumat yang dipungut di tepi jalan.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sudah cukup Bersatu menjaja hubungan baik Pas dan Umno sehingga menuduh parti bekerjasama dalam soal kerusi pada PRU14 nanti.
Menurutnya, Pas secara konsisten sejak dari dahulu lagi menerusi Majlis Syura Ulamak telah membuat penafian yang mana secara jelasnya tiada sebarang kerjasama dengan Umno.
“Bahkan semua kerusi kita lawan Umno. Di Kelantan pun tak ada menunjukkan kerjasama Umno dengan Pas, mereka pindahkan undi dan sebagainya, itu membuktikan tuduhan itu bohong.
“Saya fikir kalau kita pimpinan yang percaya kepada maklumat tepi jalan, kita tidak layak bercakap sebagai pemimpin. Saya fikir beliau sepatutnya dapatkan maklumat yang betul,” katanya kepada media semalam.
Terdahulu beliau menyampaikan Kuliah Jumaat di Medan Ilmu sempena perasmian Tabung Ihya Ramadan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar raya Islam (MPKB-BRI) yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menunjukkan Pas mahupun Umno tidak akan letakkan calon jika salah satu daripada parti itu bertanding di mana-mana kerusi pada PRU14 nanti.
Majlis Syura Ulamak juga telah mengeluarkan surat rasmi dalam soal hubungan dengan Umno dan Pas, oleh itu Tuan Ibrahim berkata, pihaknya akan terus memperkasakan blok ketiga tanpa menoleh ke belakang lagi untuk menghadapi pilihan raya umum.

'Bolehkah Umno dikalahkan tanpa sokongan Melayu, PAS?'

Bolehkah Umno dan BN dikalahkan tanpa perubahan dalam sokongan orang Melayu dan PAS?
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ia adalah satu pertimbangan yang munasabah dan menurutnya ia pernah dibangkitkan semasa PKR diasaskan pada 1999.
"Hakikatnya ialah Umno dan PAS dilihat kuat kerana orang Melayu memberi sokongan kuat.
"Namun, jangan dilupa bahawa orang Melayu juga mahukan keadilan. Masalah sebenar orang Melayu ialah mereka tidak mendapat keadilan," katanya di Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan di Shah Alam hari ini.
Oleh itu, Nik Nazmi berkata, PKR sebagai parti berbilang kaum, perlu menawarkan kepada orang Melayu sesuatu yang baru,  berdasarkan prinsip-prinsip keadilan - tanpa meminggirkan orang bukan Melayu - untuk meyakinkan bumiputera untuk meninggalkan Umno dan BN.

APA NAK UGUT-UGUT PULAK NI, KENAPA TAK KELUAR TERUS SAJA?

Kali ini giliran Bersatu Perak pula nampaknya bergolak. Sekumpulan mereka yang mendakwa sebagai pendaftar, wakil pendaftar dan ketua penaja di negeri itu menuntut perletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai Presiden Bersatu.

Mereka seterusnya memberi tempoh untuk Bersatu memberi respon dan jika tiada apa-apa maklumbalas, mereka mengugut mahu keluar meninggalkan Bersatu.

Adoiii...apa pulak ini?

Kenapa main-main ugut pulak? 

Siapa mereka nak desak Presiden Bersatu untuk meletakkan jawatan?

Kenapa tidak mereka saja yang terus keluar meninggalkan Bersatu jika sudah hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin?


Jelas bahawa sama sebagaimana individu atau kelompok tertentu yang berperangai sama seperti sebelum ini, mereka ini juga adalah "hamlau-hamlau" yang hanya mementingkan jawatan serta kedudukan dan bukan benar-benar ikhlas dalam perjuangan mahu menyingkirkan Najib Razak, mengalahkan UMNO dan seterusnya menyelamatkan negara.

Calon PM PRU14: Pemuda PKR mahu PH pilih Wan Azizah

Wan Azizah memainkan peranan penting dalam membentuk pakatan pembangkang baharu selepas terkuburnya Pakatan Rakyat.
Nik-Nazmi-Nik-Ahmad_Wan-Azizah_600
SHAH ALAM: Pemuda hari ini cuba menetapkan nada PKR dalam soal siapa calon perdana menteri pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.
Ketuanya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata sayap pemuda parti memilih presiden mereka, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai perdana menteri sehingga Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara.
“Beliau telah buktikan sebagai ketua pembangkang yang mainkan peranan dalam membentuk Pakatan Harapan bila terburainya Pakatan Rakyat,” kata Nik Nazmi dalam ucapan pergulungan kongres pemuda PKR ke-12 di Pusat Konvensyen Ideal di sini hari ini.
“Tidak ada masalah untuk letak Wan Azizah sebagai perdana menteri peralihan sekaligus menjadi perdana menteri wanita pertama,” tambahnya.
Pendirian yang tidak mengejutkan ini diajukan selepas pemerhati politik mempertikaikan keengganan Pakatan Harapan mengumumkan calon perdana menteri pakatan pembangkang untuk PRU-14.
Timbalan presiden PKR sendiri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, sebelum ini enggan menamakan pilihannya, dan berkata keutamaan perlu diberikan kepada memenangi pilihan raya.
Antara nama yang disebutkan dalam spekulasi calon perdana menteri pakatan pembangkang adalah Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pas dicabar bertanding kerusi PKR PRU14


Angkatan Muda Keadilan cabar Pas bertanding kerusi PKR pada PRU14Angkatan Muda Keadilan cabar Pas bertanding kerusi PKR pada PRU14
Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mencabar Pas supaya bertanding di kerusi yang ditandingi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Perwakilan Wilayah Persekutuan, Ahmad Azri Zainal Nor berkata Pas kini melontarkan pelbagai tohmahan kepada PKR sedangkan parti itu sentiasa cuba menjaga hubungannya dengan Pas.
“Kita selama ini cuba nak pertahankan hubungan suci ini tetapi apa yang kita dapat? Kerusi kita dia nak?, Jika mereka bertanding di kerusi kita lagi pastikan mereka hilang deposit," katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad pada Kongres Nasional AMK, di Shah Alam, hari ini.
Majlis Syura Ulamak Pas pada 11 Mei lalu mengesahkan pembatalan kerjasama politik dengan PKR.
Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang mengumumkan perkara itu berkata, begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat tahaluf siyasi yang menyebabkan hubungan politik antara Pas dan PKR terbatal.
Antara perlanggaran tersebut, ujar beliau adalah kegagalan PKR untuk menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa Pas seperti usul Rang Undang-undang 355 (RUU 355).
PKR juga, jelas Zawawi telah melanggar adab-adab kerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan Pas dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakkan imej Pas.
Malah parti itu dianggap mengkhianati hubungan politik dengan Pas apabila bekerjasama dengan pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan negeri Kelantan dan menentang Pas dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Pemuda PKR cabar Pas letak jawatan di Selangor jika 'anak jantan'

Pas dicabar meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri Selangor jika mereka 'anak jantan' ekoran parti itu menamatkan kerjasama politik dengan PKR.
Perwakilan Johor di kongres Pemuda PKR ke-12 hari ini berkata demikian dengan merujuk keputusan parti itu baru-baru ini mengarahkan semua lantikan politik PKR dalam kerajaan negeri Kelantan melepaskan jawatan mereka.
“PKR sudah mulakan (arahkan ahli parti di Kelantan letak jawatan) dan mereka harus berani letak jawatan sekarang sekiranya mereka sebagai anak jantan,” kata pembahas Naim Jusri ketika membahaskan ucapan dasar ketua pemuda PKR.
Dalam sidang media semalam, Pas menetapkan pendirian untuk mengekalkan tiga Exco di Selangor sehingga Menteri Besar membuat cadangan dan diperkenan Sultan Selangor.
Timbalan presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man yang memangku jawatan presiden berkata, pengekalan tiga exco Pas di negeri itu sejajar dengan peruntukan undang-undang tubuh negeri Selangor.
"Mereka dilantik oleh ke bawah Duli Sultan Selangor dan kita akan tunggu perkembangan berikutnya.
"Kita rasa dengan mengekalkan tiga exco, pentadbiran negeri boleh berjalan lancar kita tidak mahu mengganggu sehingga keputusan baru dibuat," ujarnya.
Tiga Exco Pas yang menganggotai majlis mesyuarat kerajaan negeri ialah Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

Pas Kelantan gembira, lega keputusan PKR lepaskan jawatan


Dr Wan Nik Wan YussofDr Wan Nik Wan Yussof
Tindakan PKR mengarahkan lantikan politik daripada parti itu di Kelantan agar melepaskan jawatan diibaratkan sebagai satu kelegaan besar di peringkat akar umbi PAS, kata Pengarah Pusat Kajian Strategik Kelantan Dr Wan Nik Wan Yussof.

Pas Kelantan gembira dan lega terhadap keputusan PKR mengarahkan semua lantikan politik parti itu melepaskan jawatan, kata Pengarah Pusat Kajian Strategik Kelantan Dr Wan Nik Wan Yussof.
Beliau berkata, akar umbi Pas di Kelantan sudah lama menantikan perkara tersebut sejak sekian lama bekerjasama dengan anggota PKR dalam pentadbiran.

"Dari sudut mood ataupun selera ahli-ahli PAS di peringkat akar umbi bergembiralah dengan keputusan itu.

"Lebih gembira lagi bila majlis pimpinan PKR sendiri buat keputusan itu untuk keluar daripada kerajaan negeri Kelantan bagi mana-mana ahli lantikan mereka," katanya kepada Antarapos.

Beliau diminta mengulas keputusan PKR yang mengarahkan semua lantikan politik parti itu dalam kerajaan negeri Kelantan melepaskan jawatan mereka serta-merta ekoran keputusan Pas memutuskan kerjasama politik dengan PKR.
Justeru, PKR Kelantan menerima dengan hati terbuka keputusan jawatankuasa pusat parti supaya ahli PKR yang memegang jawatan lantikan politik di negeri itu melepaskan jawatan masing-masing.

Pengerusi PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir berkata sebagai ahli parti, semua keputusan parti akan dilaksanakan.

Untuk rekod, antara jawatan lantikan politik PKR di Kelantan ialah seperti Penyelia Dewan Undangan Negeri (Dun), Penyelia Parlimen, ketua kampung, Ahli Majlis Daerah dan beberapa jawatan melibatkan anak syarikat kerajaan negeri.

Mengulas lanjut, Wan Nik yang juga bekas Ahli Parlimen Bachok berkata, kerjasama itu telah menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan akar umbi Pas bahkan turut membebankan mereka.

"Itulah yang ditunggu-tunggu di peringkat akar umbi sebelum ini pun kerana sebahagian melihat adanya PKR dalam kerajaan negeri Kelantan pada masa sebelum ini dianggap sudah tidak selesakan sebahagian ahli Pas.

"Kerana mereka ini sudah berada bersama sejak sekian lama daripada tahun 1999 lagi menjadi pembantu pembimbing dan kadang-kadang mereka terpaksa bertindak sebagai ahli PKR semata-mata untuk menghidupkan cabang atau cawangan PKR di Kelantan," katanya.

Beliau memberitahu, keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR adalah tindakan paling tepat.

"Jadi dengan keputusan yang ada ini mereka (ahli Pas) puas hatilah kerana selama ini pun PKR hidup atas inisiatif sama daripada ahli Pas.