Sabtu, 20 Mei 2017

PKR ada 3A lawan 3D BN

Pembangkang menghadapi cabaran yang serius dalam pilihan raya umum akan datang kerana lawan mereka mempunyai faktor tiga "D".
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, tiga D itu adalah 'duit, dakyah dan dalih'.
Wang dari BN, katanya boleh menggoda seseorang calon pilihan raya sehingga melemahkan perjuangan mereka.
"War chest (dana) dia (BN) bukan jumlah kecil, ia akan menggugat iman kita, niat kita untuk teruskan perjuangan," tegas beliau di kongres pemuda PKR (AMK) di Shah Alam hari ini.
Bagaimanapun, Fahmi berkata PKR boleh mengatasi perkara itu dengan faktor 'tiga A' iaitu Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Azmin Ali.
Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa 60 calon AMK yang akan dicadangkan kepada pucuk pimpinan parti akan disaring dan bukah individu yang 'mudah dibeli'.
Selain itu, Fahmi berkata BN telah membeli aset media baru sebagai alat propaganda kerajaan dan menonjolkan imeh bersih pemimpin BN seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Wanita PKR isytihar ‘perang’ terhadap Ku Nan

Ahli PKR tersinggung dengan kenyataan Tengku Adnan Tengku Mansor mengenai pemakaian wanita yang bimbang mengenai gangguan seksual.
wanita_kunah
PETALING JAYA: Wanita PKR hari ini mengisytiharkan perang terhadap Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kerana kenyataannya mengenai pemakaian wanita untuk elak diganggu.
Ratusan ahli di Kongres Wanita PKR ke-12 di Dewan Sivik Petaling Jaya hari ini mengangkat plakad membantah kenyataan menteri Umno itu di dialog Tansformasi Nasional 2050 (TN50) berkenaan keselamatan kelmarin.
Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin berkata: “Apa jenis menteri berkata seperti itu,” katanya semasa menggulung ucapan di hari terakhir kongres wanita.
Semasa dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) di ibu negara kelmarin, menteri Umno itu secara berseloroh menyarankan agar wanita berpakaian comot bagi mengelak diganggu di khalayak ramai.
Tengku Adnan berkata demikian ketika respon kepada pandangan seorang ahli Puteri Umno yang melahirkan rasa bimbang mengenai keselamatan, terutamanya 2 anak perempuannya memandangkan kes rompak, culik dan gangguan terhadap perempuan mutakhir ini, dan meminta kerajaan meningkatkan keselamatan.
Sementara itu, Zuraida menyeru wanita untuk tidak takut bersuara terhadap orang lelaki.
Ahli Parlimen Ampang itu berkata tidak ramai wanita ke depan apabila berpolitik.
wanita_kunah_baru“Wanita sekarang turun padang, laksanakan keputusan dan bekerja. Mereka juga patut di peringkat dasar membuat keputusan,” katanya kepada 800 yang hadir mendengar ucapannya.
Seruan itu disambut tepukan gemuruh daripada para perwakilan.

‘Syaitan’ atau kawan, musuh PH bererti musuh PKR

Pemuda PKR mengambil sikap serangan terhadap mana-mana parti komponen PH akan dianggap serangan terhadap PKR.
tan-kar-hingSHAH ALAM: Pemuda PKR berikrar serangan terhadap mana-mana parti komponen Pakatan Harapan akan dianggap serangan terhadap parti itu.
Naib Ketua Pemuda Tan Kar Hing berkata PKR akan mempertahankan Pakatan Harapan daripada serangan “syaitan” yang dikenali atau “kawan lama” parti itu.
“Pakatan Harapan adalah gabungan PKR, DAP, Amanah dan PPBM. Siapa musuhi DAP, Amanah dan PPBM adalah musuh PKR.
“Tidak kisah syaitan yang kita kenali atau kawan lama kita, kita akan lawan habis-habisan pertahan Pakatan Harapan,” kata beliau dalam ucapannya di mesyuarat agung tahunan pemuda PKR di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam di sini hari ini.
Majlis Syura Ulama PAS baru-baru ini menetapkan kerjasama dengan PKR terbatal, selepas mesyuarat agung tahunan parti Islam itu sebulat suara meluluskan usul memutuskan “tahaluf siyasi” dengan parti reformasi itu.
Pakatan Harapan kini dianggotai PKR; PPBM, yang ditubuhkan bekas pemimpin veteran Umno; Amanah, yang ditubuhkan bekas pemimpin veteran PAS; dan DAP.
Pakatan Harapan dijangka bertembung dengan Barisan Nasional dan Gagasan Sejahtera, yang dipimpin PAS, pada pilihan raya umum akan datang, terutamanya di Malaysia Barat.

Jauhi Taliban moden, kata wakil AMK

Seorang perwakilan Pemuda PKR (AMK) menggesa parti itu menjauhkan diri daripada pihak tertentu yang digelarkannya sebagai "Taliban moden".
Wakil AMK Pulau Pinang, Fahmi Zainol berkata, mereka yang digelar 'Taliban' boleh ditemui dalam mana-mana parti politik di negara ini.
"Wujud golongan Taliban moden. Juga ada dalam parti-parti politik di Malaysia. Yang saya sebut Taliban moden, kita perlu jauh dari mereka.
"Yang selalu tunggang agama untuk kepentingan diri sendiri. Saya tak payah sebut, tuan puan sendiri tahu," kata Fahmi pada Kongres AMK di Shah Alam hari ini.
Fahmi bagaimanapun tidak memberikan respon apabila diminta perwakilan lain menamakan pihak berkenaan.
Ucapan beliau bagaimanapun dipercayai merupakan sindiran halus kepada PAS yang minggu lalu memutuskan hubungannya dengan PKR.
PAS sebelum ini mendakwa PKR berusaha untuk menghalang pindaan Akta Mahkamah Syariah yang dibawa presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ucapan Fahmi adalah salah satu daripada beberapa serangan yang dibuat terhadap PAS sepanjang kongres AMK yang berlangsung hari ini.
Terdahulu, wakil AMK dari Wilayah Persekutuan, Ahmad Azri Zainal Nor menyindir keputusan PAS memutuskan hubungan dengan PKR.
"Baru-baru ini ada orang yang benci kita dah tak nak kawan. Tohmah kita dengan pelbagai tohmahan. Tohmahan-tohmahan itu telah akhirnya hasilkan putus hubungan.
"Kita la yang jahat, mereka semua baik masuk syurga," kata Ahmad Azri.
Sementara itu, wakil Kelantan Mohd Hafidz Rizal Amran berkata, walaupun PAS sudah memutuskan hubungan dengan PKR, masih ada masa untuk parti itu menyertai Pakatan Harapan.
Beliau berkata, mereka memiliki musuh yang sama iaitu Umno dan dengan itu tidak ada sebab untuk berlawan antara satu sama lain.

Pakatan Harapan yakin bawa 'pentadbiran 'islam' lebih baik di Kelantan banding PAS

RAFIZI RAMLI: RAKYAT KENA BERSATU BANGKIT SELAMATKAN MALAYSIA

PENDANG:Saifuddin Nasution-SIA SIA,Undi PAS Bermaksud NAJIB RAZAK PM Lagi

Jauhi 'Taliban moden', kata wakil AMK

Zuraida: 'Tidak pertahan jawatan tiada kaitan dengan Adam Rosly'

Tanpa PAS dan Melayu, UMNO tidak boleh dikalahkan? tanya PKR

AMK tetap mahu Anwar jadi PM

'Ingat..mereka berdepan dengan Azmin Ali' - Naib Presiden Keadilan

AMK: Penyokong pembangkang muak percakaran dalaman

'Letak jawatan...letak jawatan', seru perwakilan kepada Ketua AMK

'Letak jawatan...letak jawatan', seru perwakilan kepada Ketua AMK

AMK: 'Kalau PAS 'anak jantan' letak jawatan Exco sekarang!'

SKANDAL BANDAR MALAYSIA: SIASATAN TERHADAP JAWATANKUASA BUDIMAN BERMULA

PUTRAJAYA mengarahkan siasatan dijalankan terhadap kemungkinan adanya “potensi konflik kepentingan”  dalam Jawatankuasa Budiman berhubung urus niaga jualan saham untuk Bandar Malaysia yang dibatalkan, kata sumber.
The Malaysian Insight difahamkan Perdana Menteri Najib Razak mahu siasatan dibuat berhubung keputusan yang dibuat mengenai urus niaga bernilai RM7.41 bilion pada 2015 dengan konsortium Iskandar Waterfront Holdings-China Railway Engineering Corporation (IWH-CREC), yang dibatalkan dua minggu lalu.
“PM bertemu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan mengarahkan mereka menyiasat perkara kemungkinan berlakunya konflik kepentingan dan perkara lain yang boleh menjadi isu berkenaan keputusan itu dan pihak berkenaan lain,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.
Menteri Kewangan Kedua Johari Ghani dan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy berada dalam Jawatankuasa Budiman yang ditubuhkan tahun lalu bagi mengendalikan pelan rasionalisasi hutang syarikat pelaburan negara itu.
Najib yang juga menteri kewangan, sudah mengumumkan jawatankuasa itu dibubarkan walaupun pelan rasionalisasi hutang belum lengkap sehingga isu Bandar Malaysia diselesaikan.
Beliau juga berkata Arul Kanda kekal sebagai presiden 1MDB tetapi tidak lagi berada dalam lembaga pengarah Bandar Malaysia Sdn Bhd dan TRX City Sdn Bhd, yang mengendalikan projek pembangunan Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange (TRX).
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Irwan Siregar Abdullah kini bertanggungjawab dalam semua perkara berkaitan aset tanah 1MDB yang dipindahkan kepada pemegang saham tunggal, Kementerian Kewangan (MoF).
Irwan menerima kritikan daripada penyokong kerajaan sejak minggu lalu atas peranannya itu dalam pembatalan urus niaga Bandar Malaysia yang mengejutkan itu, di mana urus niaga itu tersenarai sebagai pelan ketiga dan terakhir dalam pelan rasionalisasi hutang untuk 1MDB.
1MDB, ditubuhkan pada 2009, mengumpul hutang kira-kira RM42 bilion dan terpaksa menjual unit utiliti tenaga dan air serta aset tanah bagi membolehkan Putrajaya menyelesaikan hutangnya.
The Malaysian Insight difahamkan siasatan “potensi konflik kepentingan” bermula selepas audit dan siasatan terhadap keputusan jawatankuasa Budiman yang fokus kepada transaksi Bandar Malaysia dan TRX.

Puteri Umno boleh sertai PKR jika pakaian jadi isu, Zuraida jawab Ku Nan

Wanita PKR menyindir ahli-ahli Puteri Umno berpakaian sopan sebagaimana disarankan oleh Setiausaha Agung mereka, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kelmarin, yang mengaitkan jenayah dengan cara wanita berpakaian.
zuraida-tengku-nanPETALING JAYA: Wanita PKR menyindir ahli-ahli Puteri Umno supaya berpakaian sopan sebagaimana disarankan oleh Setiausaha Agung mereka, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kelmarin, yang mengaitkan jenayah dengan cara wanita berpakaian.
Ketuanya, Zuraida Kamaruddin berkata, sekiranya ahli-ahli Puteri Umno masih berhadapan dengan masalah jenayah termasuk gangguan seksual, mereka boleh menyertai PKR di mana ahli-ahlinya berpakaian sopan.
“Wanita PKR ingin melihat Puteri Umno ikut nasihat fesyen Ku Nan supaya berpakaian lusuh untuk mengelakkan gangguan.
“Lagipun, Puteri Umno kelihatan mahu mendapatkan nasihat daripada Ku Nan dan juga memberi beliau tepukan gemuruh kerana mengatakan demikian semasa dialog TN50.”
Zuraida, yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, dalam Wanita PKR kaum wanita berpakaian sopan dan mengelakkan gangguan kerana lelaki nakal tidak mengganggu wanita yang bermaruah, yang yakin diri mereka sendiri.
“Jika Puteri Umno masih mempunyai masalah dengan gangguan, kami menjemput mereka untuk menyertai Wanita PKR atau Srikandi PKR,” kata beliau menerusi kenyataan media hari ini.
Zuraida menyertai pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang mengkritik Tengku Adnan, Menteri Wilayah Persekutuan yang melahirkan pandangan sedemikian ketika dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) di Kuala Lumpur kelmarin.
Tengku Adnan yang mesra dengan panggilan Ku Nan mencadangkan seorang ahli Puteri Umno Wilayah Persekutuan yang bertanya supaya berpakaian ‘comot’ bagi mengelakkan dirinya daripada diganggu.
“Awak ini cantik sangat, lain kali pakai comot-comot sikit,” kata beliau menjawab soalan ahli itu yang bimbang dengan jenayah yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.
Zuraida menambah, Wanita PKR juga ingin mengingatkan Tengku Adnan bahawa pakaian wanita tidak boleh dipersalahkan berhubung cara mereka dilayan.
“Jika anda menurunkan taraf berpakaian seseorang wanita daripada kemas kepada lusuh, dan dia masih diganggu selepas itu, maka apa yang akan berlaku lagi?
Katanya, jika anda melihat di beberapa negara, mereka hanya membenarkan wanita untuk keluar rumah dengan lelaki yang dibenarkan (ada pertalian) dan dilindungi sepenuhnya.

MEMENANGI PERANG MEDIA MENJELANG PILIHAN RAYA PRU14


PADA 15 Mei, 2013, sepuluh hari selepas pilihan raya umum, dua syarikat bergabung membentuk entiti besar dalam industri pengiklanan sosial. Lima bulan sesudah itu, entiti tersebut muncul dengan nama Rev Asia. Industri pengiklanan digital pun bertepuk sakan mengucapkan tahniah.
Rev Asia memiliki beberapa penerbitan yang mempunyai capaian hebat di media sosial – seperti OhBulan, KongsiResipi, SirapLimau, ViralCham, Rojaklah, JuiceOnline (sekadar menyebut beberapa nama) – selain Says sebagai portal kurator berita dan bahan online dengan capaian mencecah 2.5 juta setiap bulan.
Pada 8 Mei, 2017 Rev Asia dibeli secara borong oleh Media Prima Berhad. Pengambilalihan bernilai RM105 juta itu melibatkan pembelian 15.8 juta saham Rev Asia Holdings Sdn Bhd oleh anak syarikat Media Prima, Media Prima Digital Sdn Bhd.
Media Prima Berhad, seperti yang kita semua tahu memiliki capaian media terbesar dalam negara.
Ia memiliki stesyen televisyen, radio, akhbar dan juga syarikat pengiklanan. Ya, syarikat Big Tree yang menguruskan papan iklan gergasi itu semuanya milik Media Prima; selain TV3, TV9, 8TV, NTV7, Harian Metro, New Straits Times, Berita Harian, Fly FM, Hot FM dan Kool FM.
Pada 17 Mei, 2017, Says menyiarkan sebuah rencana bertajuk “20 Times Najib Proved That He Could Totally Become A Food Blogger” (20 kali Najib membuktikan beliau boleh jadi blogger makanan)
Nada rencana ini begitu berbeza sekali dengan beberapa rencana Says sebelum ini, antara lain – 7 Things Muhyiddin Said Recently That Reveal How Shaky Umno’s Future Is (Tujuh perkara diperkatakan Muhyiddin yang mendedahkan betapa goyahnya masa depan Umno) dan 5 New Videos By WSJ That Simplify 1MDB Scandal Issues In 48 Seconds (Lima video baru oleh WSJ mempermudahkan isu skandal 1MDB dalam masa 48 saat).
Pasca Media Prima, Says kelihatan memainkan peranan untuk menampilkan sisi peribadi Perdana Menteri Najib Razak yang gemar mengambil gambar makanannya. Tugas menampilkan sisi “manusia” Najib Razak ini tidak akan mampu dilakukan mana-mana portal media yang lain, selain Says.
Cuba kalau contohnya Buletin Utama menyiarkan footage perdana menteri mengambil gambar makanan, atau sedang bersenam dan bersukan, pastilah ramai akan maki TV3 sebagai alat propaganda parti pemerintah yang cuba menampilkan Najib sebagai comel, hip dan trendy.
Di sini bermulanya perbahasan mengenai penguasaan ke atas media massa, baik daripada segi kapital atau kawalan. Orang yang mempunyai kuasa ke atas media ialah orang yang memegang pengaruh maklumat dan tindak tanduk masyarakat berdasarkan maklumat yang mereka terima. Ini seni mengolah persetujuan. Tambah penting memandangkan kita begitu hampir dengan pilihan raya.
Penguasaan parti pemerintah ke atas media, bermakna media tidak bebas melaporkan dan menyiar apa yang ia rasakan perlu untuk dijamah audiensnya, tetapi menyiarkan apa yang diarahkan tuan punya dan penguasanya.
Ini sebabnya kita sudah jarang menonton Buletin Utama (contohnya) kerana kita loya dengan propaganda yang disiarkan secara berat sebelah tanpa hak menjawab daripada pihak lain. Padahal kita tahu hakikatnya jauh berbeza daripada apa yang dilaporkan.
Ini juga sebabnya kenapa akhbar yang membawa mesej politik Umno juga tidak lagi menjadi bacaan pilihan ramai orang yang menyedari Utusan Malaysia (contohnya) ialah akhbar lidah rasmi Umno dan berperanan menyebarkan maklumat yang dikehendaki pemerintah.
Ini zaman di mana media adalah king-maker politik dunia. Siapa memegang media, dia juara, kerana kita semua percaya kepada media. Meski menipu pun kita tidak kisah, kerana tanggungjawab memeriksa kesahihan itu kita pindahkan kepada media. Apa yang media suap, itulah yang kita telan.

'Perpaduan Umno-Pas macam sinetron'


Hasbie MudaHasbie Muda
Pemuda Amanah Terengganu menganggap kisah kerajaan perpaduan Umno-Pas tidak berlaku dalam tempoh singkat sebaliknya mengambil proses panjang seperti siri sinetron di stesen televisyen.
Ketuanya, Hasbie Muda berkata, kesepakatan politik antara kedua-dua parti terbabit telah lama berlangsung ekoran keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU) 2008 lagi.
"Isu UG (kerajaan perpaduan) ini sekarang sudah masuk tahun ke-10 bermula tahun 2008 dulu.
"Perpaduan Umno dan Pas ini cerita betul bukan rekaan tetapi bukan macam cerekarama dua jam dah tahu apa penamatnya.
"Dia ni (perpaduan Umno-Pas) macam sinetreon sampai 150 episod tidak tahu lagi penutupnya macam-macam," ujarnya dalam ceramah Pakatan Harapan di Paka baru-baru ini.
Menurutnya, isu kerjasama Umno-Pas di Perak pasca PRU 2008 muncul apabila terdapat pemimpin Pas menghubungi Penasihat Amanah, Ustaz Ahmad Awang yang ketika itu Pesuruhjaya Pas Perak mendesak supaya bergabung dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan Umno-Pas di negeri itu.
"Di Selangor pula ada rundingan antara Khir Toyo jamu dengan nasi beriani nak suruh Pas bersama dengan Umno. Biarlah Hasan Ali jadi Menteri Besar pun tak mengapa.
"Tetapi proses 'UG' ini digagalkan oleh pemimpin-pemimpin kita dalam Pas ketika itu yang kemudiannya mengakibatkan mereka ditendang keluar dari Pada pada 2015," jelasnya.
Mengulas keputusan Pas Pusat pada 6 Mei lalu menggantikan Satiful Bahri Mamat sebagai Pesuruhjaya Pas Terengganu dengan Datuk Husain Awang, beliau menyifatkan hal tersebut turut berkaitan dengan kerajaan perpaduan Umno-Pas.
"Satiful Bahri tidak disambung jawatan sebagai Pesuruhjaya ada kaitan dengan agenda UG ini sebab setakat yang saya kenal, Satiful tidak berapa suka dengan Umno.
"Waktu Ahmad Said nak gulingkan Ahmad Razif (melalui) undi tidak percaya beberapa tahun lalu, PJ (Pesuruhjaya) Pas ini sokong Ahmad Said tapi Presiden Pas tidak setuju.
"Tiba-tiba digantikan dengan tokoh veteran dengan ustaz yang sebaya dengan Presiden (Pas) dekat pilihan raya. Mesti ada agenda besar," dakwanya.
Bahkan, kata Hasbie, penukaran Pesuruhjaya Pas di Selangor dan pengguguran Datuk Mustafa Ali daripada Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat juga berkaitan dengan pelan kerajaan perpaduan Umno-Pas.
"Semua ini proses ke arah itu (kerajaan perpaduan Umno-Pas). Kalau umum secara terbuka nak gabung dengan Umno, nanti ahli Pas berpecah," katanya.

Penganalisis dakwa Pas Selangor langgar prinsip konvensyen politik dan raja berpelembagaan

KUALA LUMPUR: Penganalisis politik Dr Mazlan Ali berpandangan keputusan Pas untuk menunggu tindakan Menteri Besar dan perkenan Sultan Selangor bagi menentukan kedudukan tiga exco parti itu dakwanya bertentangan dari segi prinsip, konvensyen politik berperwakilan dan raja berperlembagaan.
Pensyarah Kanan dari Sekolah Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu berkata, Pas sudahpun memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR, bermaksud Pas bukan lagi rakan dalam gabungan majoriti Pakatan Harapan (PKR,DAP, AMANAH) dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor.
“Dari segi konsep kebertanggungjawaban Exco Pas kini menjadi sukar dipraktikkan.
“Bagaimana mungkin exco Pas mahu mempertahankan atau dipertahankan oleh rakan-rakan Exconya dari PKR, DAP dan AMANAH sekiranya berlaku ‘celaan’ di Dun, sedangkan Pas bukan lagi sebahagian dari komponen majoriti yang membentuk kerajaan dan penyokong di Dun Selangor.
“Tindakan Pas memutuskan tahaluf siyasi bermaksud Pas tiada lagi kepercayaan terhadap rakan tahalufnya, justeru segala bentuk kerjasama termasuk lantikan-lantikan politik harus dihentikan,” terangnya kepada Malaysia Dateline.
Semalam Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tiga Exco Pas dalam Kerajaan Selangor akan terus kekal dalam pentadbiran selagi Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tiada sebarang cadangan dan diperkenan Sultan Selangor.
Tiga Exco Pas di Selangor ialah Datuk Iskandar Abdul Samad yang memegang portfolio Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar; Datuk Dr Ahmad Yunus (Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi) dan; Zaidy Abdul Talib (Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani).
Isu Pas – PKR di Kelantan
Mengulas kedudukan PKR di Kelantan pula, Dr Mazlan juga berkata, tindakan PKR adalah wajar apabila membuat keputusan bagi semua lantikan politik membabitkan 39 ahli PKR dilantik sebagai ahli Majlis Daerah, 14 Penghulu Tanpa Mukim, Penyelia Parlimen dan Dun 6 orang, Pegawai Pejabat Tanah dan Galian 6 orang dan 10 lagi berada dalam syarikat milik kerajaan melepaskan jawatan berkuatkuasa serta merta.
“Tindakan pucuk pimpinan PKR di Kelantan menunjukkan pemahaman ahli-ahli politik PKR terhadap konvensyen (tahaluf siasi) politik, setelah Pas memutuskan hubungan politik dengan partinya,” ujarnya.
Bagaimanapun Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hasan semalam pula berkata, Pas Kelantan tidak akan memecat ahli PKR lantikan Politik Kelantan walaupun mendapat arahan dari pucuk pimpinan parti itu dan undang-undang tubuh negeri pula membolehkan mana-mana yang dilantik bebas meletakkan jawatan.

PRU14: TAK MENGUNDI, NAJIB MENANG, SEMUA KALAH

Dikatakan terdapat empat juta Gen Y yang sudah sampai umur untuk mengundi dalam PRU-14. Di masa yang sama terdapat lebih ramai yang sudah lama dewasa dan berhak mengundi. Pendapat dan perjuangan mereka tidak sama.
Sementara yang sudah lama dewasa masih ingin meneruskan perjuangan lama mereka, Gen Y tidak ambil kisah perjuangan lama dahulu. Bagi mereka yang relevan ialah keadaan sekarang.
Mereka dilahir setelah sudah lama merdeka. Perjuangan untuk kemerdekaan tidak relevan lagi. Datuk Onn, Tunku, Tun Razak dan Dr Mahathir hanyalah nama-nama dalam sejarah. Mereka tidak lagi boleh buat apa-apa untuk Gen Y.
Yang boleh ialah pemimpin sekarang. Tetapi pemimpin-pemimpin sekarang juga tua. Ada yang sudah menjangkau 90 tahun. Tak mungkin mereka faham masalah Gen Y.
Mereka semua sama. Sama ada dalam kerajaan atau dalam parti-parti pembangkang – mereka sama. Politik mereka adalah kuasa – politik cari duit – politik salah guna kuasa, politik mengekalkan kedudukan mereka.
Parti lawan pun sama, parti kerajaan pun sama. Yang berbeza parti lawan masih berebut-rebut untuk tempat berpura-pura bersatu, mengejar tempat dan kuasa. Ini pendapat Gen Y.
Parti kerajaan pula tidak membenar sebarang rebutan kuasa, taksub dengan kepimpinan mereka, menyokong secara buta tuli, menafikan kenyataan.
Antara dua pasukan yang akan bertanding ini, pada pendapat Gen Y, sama sahaja. Menang mati bapak, kalah mati emak.
Oleh itu apa perlunya Gen Y melibatkan diri, mengundi dalam PRU. Menang ke, kalah ke sama sahaja.
Yang tua akan undi – undi untuk muka lama – undi untuk perjuangan yang lama. Tetapi undi yang tua sahaja tidak mencukupi. Bermakna mereka akan kalah. Bermakna penerima dedak akan menang. Bermakna cash akan terus jadi king.
Yang tua tidak boleh ditinggal. Yang muda tidak boleh diketepikan.
Untuk kemenangan gandingan antara tua dan muda diperlukan. Yang tua mesti faham pemikiran yang muda. Yang muda mesti ambil kira keusangan minda yang tua dengan perjuangan lama mereka.
Najib boleh menang bukan kerana rakyat sokong dia. Najib boleh menang kerana rakyat sudah bosan dan “sinikal” terhadap politik.
Bosan! Mereka tidak undi. Tak undi samalah dengan undi Najib.
Najib menang; semua kalah.

PENAMPAR MAT OVER DAN WAJAH KITA

PROGRAM Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni yang berlangsung di Sri Perdana pada Rabu malam tidak semena-mena bertukar kecoh.
Seorang pelakon dan pelawak veteran, Sulaiman Yassin atau lebih popular dengan nama Mat Over menempeleng David Teo kerana menganggap penerbit filem prolifik itu kurang ajar.
Daripada reaksi umum tentang apa yang terjadi di Sri Perdana itu, ada beberapa hal yang nampak macam tidak kena. Sangat tidak kena.
Pertama, banyak orang yang kata “padanlah muka” kepada David Teo.
Dia jadi tetamu di rumah orang tetapi angkuh, biadap dan kurang ajar, dan kerana itu memang patutlah dia kena tampar. Kata mereka lagi, sebelum ini pun David Teo pernah buat hal apabila memperlekehkan P. Ramlee yang katanya hidup merempat pada hujung karier.
Kedua, Mat Over sendiri dalam kenyataannya selepas kejadian menyifatkan apa yang dia buat itu tidak salah dan dia sama sekali tidak menyesal.
Dia sebaliknya menganggap David Teo yang bersalah kerana biadap dan tidak hormat perdana menteri. Dia menyebut tentang adab, budi pekerti dan hormat kepada tuan rumah.
Tetapi apakah dengan bangun meluru ke tengah majlis dan menyerang orang di tengah khalayak ramai itu satu tindakan yang beradab, berbudi pekerti dan hormat kepada tuan rumah?
David Teo mungkin terkasar bahasa, dan kurang ajarnya itu mungkin menyebabkan ada yang rasa tidak puas hati. Tetapi apakah terhadap semua orang yang kita tidak puas hati kita boleh pergi tampar dengan suka-suka hati?
Reaksi umum yang mengiyakan tindakan Mat Over itu sebenarnya satu jenis penyakit yang selama ini kita tidak nampak. Bahawa tidak banyak dalam kalangan kita yang boleh berbincang secara matang dan dewasa, melawan hujah dengan hujah bukanlah sesuatu yang kita tidak tahu selama ini.
Selepas insiden lempang di Sri Perdana itu, kita jadi tahu satu perkara lagi: banyak dalam kalangan kita yang secara tanpa sedar menerima budaya ganas.
Yang baru kita tahu sejak kejadian itu ialah tidak mengapa agaknya seseorang menyerang seseorang yang lain hanya kerana tidak puas hati dengan apa yang orang itu lakukan.
Meminjam kata-kata Mat Over: sudah tidak adakah kita ini adab dan budi pekerti?
Kalau jawabnya sabar itu ada batas dan kelakuan David Teo itu melanggar batas sehingga menyebabkan Mat Over hilang sabar, lebihlah lagi malangnya.
Nampaklah kepada kita bahawa pegangan agama dan hidup beragama belum cukup kuat untuk menjadikan kita orang yang sabar dan mengawal diri, biarpun dalam keadaan yang sangat tertekan sekali.
Ironinya, sejak beberapa minggu lalu kita gempar dan marah dengan insiden pukul di sekolah termasuklah di beberapa buah sekolah agama dan tahfiz.
Tetapi apabila David Teo ditampar oleh Mat Over, bagi sesetengah orang perbuatan itu boleh diterima.

PKR mahu Anwar jadi PM

Anwar menjadi pilihan Pemuda PKR berbanding Tun Dr Mahathir Mohamed atau Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disebut-sebut pemimpin PH sebagai calon alternatif.
kongres-pkr1SHAH ALAM: Pemuda PKR menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri daripada pembangkang walaupun bekas timbalan perdana menteri itu sedang menjalani hukuman penjara.
Desakan itu dibuat Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam ucapan dasar kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang mengusulkan nama Anwar sebagai perdana menteri seterusnya menjadi pimpinan Pakatan Harapan (PH).
“Tanpa ragu-ragu, AMK ingin mengusulkan kepada parti dan PH agar kita menamakan Anwar sebagai calon perdana menteri dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
“Kejayaan beliau membina gerakan massa yang luas, ‘big tent politik’ merentas ideologi serta berkomunikasi dengan rakyat tiada tandingan,” katanya.
Nik Nazmi juga berkata, kejayaan Anwar sebagai menteri kewangan semasa dalam kerajaan menjadi faktor mereka menamakan bekas ketua pembangkang itu sebagai perdana menteri berbanding pemimpin lain dalam PH seperti Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disebut-sebut pemimpin PH sebagai calon alternatif.
Beliau berkata kebijaksanaan Anwar membawa kebangkitan Islam yang sederhana dan berjaya menyatukan budaya serantau dalam gagasan gelombang kebangkitan Asia menjadikannya tokoh antarabangsa yang dihormati rakyat dalam dan luar negara.

Semakan rang 1/2017 sukar kesan pengundi hantu


SPRSPR
Semakan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Pertama tahun ini berdepan kesukaran ekoran tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak lagi memberi salinan digital seperti RDPT Suku Tahunan Keempat 2016.
Mohd Azam MektarMohd Azam MektarNaib Ketua Pemuda Amanah Johor, Mohd Azam Mektar memberitahu, semakan pada RDPT pada akhir tahun lalu mudah untuk mengenal pasti kesahihan nama pemilih baharu serta alamat yang dipamerkan bukan alamat palsu.
"Semakan RDPT lepas di Dun Permas mendapati seramai 18 pengundi berdaftar berkongsi alamat Pejabat Menteri Besar Johor.
"Dengan dibekalkan CD, bila kita lihat alamat yang sama didapati didiami sejumlah nama yang dilihat seolah-olah tidak mempunyai kaitan di rumah yang didiami Menteri Besar," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu penjelasan ringkas mengenai proses semakan RDPT dengan menjadikan N49 Nusa Jaya yang mempunyai 27 pusat mengundi sebagai contoh.
Rakaman video penerangan Azam itu dimuat naik di Youtube dengan tajuk, "Copy of CD file Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) membantu".
Mengulas lanjut, Azam memberitahu senarai RDPT dalam format Excel yang diserahkan SPR sebelum ini memudahkan kerja-kerja semakan termasuk jumlah pemilih yang meragukan apabila berkongsi alamat yang sama.
"Tapi dengan salinan buku yang diberi cukup menyusahkan dalam tempoh dua minggu untuk semakan dan bantahan (mulai 9 Mei lalu).
"Ini tidak adil kepada kami. Pentingnya SPR memberi salinan CD kepada kami," tambah Azam lagi di Pejabat Amanah Gelang Patah.
Antara keutamaan dalam proses semakan termasuk umur pemilih atau pengundi tua yang dipindahkan serta nama-nama pelik pemilih baru.

JANGAN LUPA JUGA PELUK DAN UCAP TERIMA KASIH KERANA DERMA RM2,600 JUTA...

Hari ini Perdana Menteri, Najib Razak dijadual berlepas ke Riyadh, Arab Saudi untuk menyertai pemimpin-pemimpin negara Arab dan Islam dalam satu sidang kemuncak dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Sidang tersebut dijadual diadakan pada hari Ahad di ibu negara Arab Saudi itu.

Kata Najib, di Riyadh nanti, beliau akan memeluk  Raja Salman sekali lagi sebagai tanda terima kasih kerana menambah kouta haji untuk Malaysia.

Kata beliau, penambahan kouta haji itu adalah satu lagi jasa UMNO kepada rakyat negara ini.

"Siapa wujudkan Tabung Haji? (kita beri) subsidi... itu tak masuk lagi program haji 1MDB yang percuma untuk ketua kampung dan imam.
"Kita tahu inilah cara kita bela rakyat. Esok (hari ini) saya pergi Riyadh, jumpa Raja Salman sekali lagi saya nak peluk dia sebab bagi kuota khas untuk Malaysia.
"Ramai orang berkat naik haji kerana perjuangan Umno," kata Najib dalam ucapannya dalam program Umno bantu rakyat di Sekolah Kebangsaan Taman Kosas, Ampang malam tadi.
Kouta haji Malaysia tahun ini ditambah daripada 27,900 kepada 30,200. Pertambahan itu dicapai dalam perbincangan ketika lawatan Raja Salman ke Malaysia baru-baru ini.
Dalam kunjungan Raja Salman ke Malaysia itu, Najib sempat memeluk dan berselfie dengan Raja Salman sebagai tanda keakraban hubungan antara mereka.
Para pembela Najib kemudian berkata, kedatangan Raja Salman itu turut membuktikan wang RM2,600 juta yang diterima Najib adalah benar-benar derma daripada kerabat Diraja Arab Saudi.
Jika tidak, mana mungkin Raja Salman sudi datang ke Malaysia, kata mereka berhujah walaupun ketika itu Raja Salman sebenarnya turut melawat beberapa negara lain dalam lawatannya ke Asia.
Namun, isu berkaitan wang yang dikatakan derma daripada kerabat Diraja Arab Saudi itu tidak kedengaran dibangkitkan dalam pertemuan Najib dengan Raja Salman ketika itu.
Oleh itu, dengan sekali lagi Najib bertemu Raja Salman, cukupkah beliau sekadar mahu Najib memeluk Raja Arab Saudi semata-mata kerana penambahan kouta haji saja?
Bagaimana dengan wang RM2,600 yang diterima Najib sebelum ini yang didakwanya derma daripada kerabat Diraja Arab Saudi, tidak mahukah beliau memeluk dan mengucapkan terima kasih secara khusus kepada Raja Salman atas wang yang diterimanya itu?
Sebagai tanda terima kasih, Najib dalam kunjungan ke Riyadh ini setidak-tidaknya harus memeluk Raja Salman sebanyak dua kali atau dalam sekali peluk beliau perlu mengucapkan terima kasih atas dua perkara iaitu kouta haji dan derma yang diterimanya.

Mahfuz: Tidak mungkin PAS mahu musuh sebagai ketua

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata partinya, PAS tidak mungkin mahu berketuakan seorang musuh parti itu.
Beliau berkata demikian merujuk kepada keengganan PAS untuk melepaskan jawatan exco kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Menter Besar Datuk Seri Azmin Ali yang juga adalah timbalan presiden PKR.
Ini susulan selepas PAS secara rasmi memutuskan tahaluf siayafi atau kerjasama politik dengan PKR.
“Ini secara tidak langsung jelas menampakan PAS telah isytihar Azmin Ali adalah Menteri Besar dari parti yang memusuhi PAS.
“Jadi apa lagi yang mewajarkan untuk PAS bekerja dan berketuakan musuh PAS?
“Tiada pilihan kepada PAS melainkan hanya melepaskan semua jawatan dalam kerajaan negeri termasuk exco,” kata bekas naib presiden PAS itu dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, bahawa tidak ada keperluan untuk menunggu Azmin atau perkenan daripada Sultan Selangor bagi mereka meletak jawatan.
“Perkenan Sultan pula hanya diperlukan pada waktu pelantikan.
“Tidak ada keperluan pun untuk peletakan jawatan exco memerlukan perkenan Sultan,” katanya.
Sebagai contoh, kata Mahfuz, apabila bekas ahli exco Johor, Datuk Abd Latif Bandi berdepan pertuduhan rasuah dan meletak jawatan bulan lalu, keputusan berkenaan tidak memerlukan perkenan sultan.
Mahfuz berkata, kerajaan Selangor masih boleh berfungsi walaupun tanpa tiga exco PAS itu kerana ia hanya memerlukan sekurang-kurangnya empat anggota exco untuk berfungsi.
Selain Azmin sebagai menteri besar, kerajaan negeri ketika ini dianggotai oleh empat exco PKR dan tiga masing-masing daripada DAP dan PAS.

Untuk Melepaskan Jawatan Exco Tidak Perlu Perkenan Sultan

Oleh Mahfuz Omar
1. Jika PAS mahu melepaskan jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor, tidak perlu untuk PAS bersandar pada persetujuan atau arahan Menteri Besar dan amat tidak wajar untuk PAS sandarkan kepada Tuanku Sultan samada perkenan atau tidak.

 Apabila PAS telah memutuskan hubungan dengan PKR atas alasan  PKR telah menentang agenda Islam yang diperjuangkan PAS dan PKR menjadi 'duri dalam daging'  kepada PAS dalam PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar yang lalu,ianya secara jelas membawa maksud  PAS tidak lagi boleh bekerjasama dan berketuakan dengan mana-mana batang tubuh pimpinan dari PKR.

2. 'Sudah terang lagi bersuluh' dalam isu PRK Sg Besar, YAB Datuk Seri Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor merangkap Timbalan Presiden PKR turun berkempen menyokong calon parti Amanah dan menolak calon PAS.Isu PRK di tempat tersebut juga menjadi alasan PAS untuk putuskan hubungan dengan PKR. Mana mungkin PAS boleh berketuakan Azmin Ali dan PKR untuk sama-sama mentadbir Kerajaan Negeri Selangor..Apakah PAS boleh menerima Azmin Ali dan PKR yang memusuhi PAS.Ini secara tidak langsung jelas menampakan PAS telah istihar Azmin Ali adalah Menteri Besar dari parti yang memusuhi PAS.Jadi apa lagi yang mewajarkan untuk PAS bekerja dan berketuakan musuh PAS.Tiada pilihan kepada PAS melainkan hanya melepaskan semua jawatan dalam kerajaan negeri termasuk Exco.

3. Untuk melepaskan jawatan Exco tidak perlu untuk PAS menunggu keputusan MB Azmin Ali atau perkenan Tuanku Sultan. Keputusan MB Azmin Ali hanya diperlukan pada waktu menyenarai pendek nama mana-mana Ahli Dewan bagi perlantikan Exco Kerajaan Negeri untuk diangkat kepada Tuanku Sultan bagi mendapat perkenan dengan mengeluarkan watikah perlantikan. Perkenan Sultan pula hanya diperlukan pada waktu perlantikan.Tidak ada keperluan pun untuk perletakan jawatan Exco memerlukan perkenan Sultan.Apabila jawatan Exco dilepaskan maka berlakulah kekosongan dan jika Menteri Besar merasakan keperluan mengisi jawatan tersebut baru lah nama-nama Ahli Dewan diangkat oleh Menteri Besar kepada Sultan untuk mendapatkan perkenan.Jika MB merasakan tidak perlu diisi dengan kekosongan yang ditinggalkan 3 orang Exco dari PAS,namun Kerajaan Negeri Selangor masih boleh ditadbir dan bergerak dengan jumlah yang minimum.            
        
4. Perletakan jawatan Exco Johor yang tidak mengaku bersalah atas tuduhan rasuah tidak pun dengan mendapat perkenan Sultan terlebih dahulu. Beliau melepaskan jawatan untuk menjaga imej parti Umno dan hingga kini kekosongan tersebut tidak pun diisi oleh MB Johor. Sebagai ahli biasa dalam parti,saya berpendapat  sewajarnya pimpinan tertinggi PAS menjaga intergriti serta maruah parti agar tidak dilihat 'terumbang ambing' dalam  keputusan yang telah dibuat iaitu "putus hubungan dengan PKR". Amat tidak masuk akal setelah PAS memutuskan hubungan dengan DAP dan PKR tetapi pada masa sama mahu terus berada dalam kerajaan dan berketuakan PKR yang dilabel sebagai menentang agenda Islam yang dibawa PAS serta menentang PAS dalam PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar.

 Dato' Hj Mahfuz Hj Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena

Kongres Nasional Ke-12: KEADILAN fokus menang PRU-14

KEADILAN bakal menganjurkan Kongres Nasional Tahunan kali ke-12 yang akan diadakan pada 21 Mei ini bertempat di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia, Seksyen 7 Shah Alam, Selangor.
Menurut Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Kongres kali ini mengangkat tema ‘Menuju Pilihanraya Umum ke-14’ di mana fokus utama parti itu adalah untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.
logo-01“Kongres tahunan KEADILAN kali ini akan mengangkat satu sahaja tema iaitu persediaan dan persiapan parti menghadapi pilihan raya.
“Jadi tema kali ini adalah ‘Menuju Pilihanraya Umum ke-14,” ujarnya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya.
Pada sidang media itu juga, Pengarah Komunikasi, Fahmi Fadzil turut memperkenalkan logo rasmi Kongres KEADILAN ke-12.
Dijangka seramai 2,167 perwakilan dan 2,000 pemerhati dari seluruh negara turut hadir.
Kongres bermula jam 9 pagi hingga 6 petang itu turut diselitkan dengan acara majlis makan malam bagi meraikan perwakilan dan pemerhati.
Sementara itu, pada 20 Mei 2017 akan berlangsung Kongres Tahunan Angkatan Muda KEADILAN bertempat di IDCC, Shah Alam manakala Kongres Tahunan Wanita pula di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya.
Perasmian Kongres AMK dan Wanita akan disempurnakan oleh Timbalan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

PRU14: Saya nak peluk Raja Salman sekali lagi - Najib

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berkata beliau akan memeluk Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud sebagai tanda terima kasih atas penambahan kuota haji rakyat Malaysia tahun ini.
Katanya, penambahan kuota haji itu merupakan salah satu jasa Umno kepada rakyat di negara ini.
"Siapa wujudkan Tabung Haji? (kita beri) subsidi... itu tak masuk lagi program haji 1MDB yang percuma untuk ketua kampung dan imam.
"Kita tahu inilah cara kita bela rakyat. Esok (hari ini) saya pergi Riyadh, jumpa King Salman sekali lagi saya nak peluk dia sebab bagi kuota khas untuk Malaysia.
"Ramai orang berkat naik haji kerana perjuangan Umno," kata Najib dalam ucapannya dalam program Umno bantu rakyat di Sekolah Kebangsaan Taman Kosas, Ampang malam tadi.
Kuota haji rakyat Malaysia tahun ini ditambah daripada 27,900 kepada 30,200 orang.
Penambahan itu adalah hasil perbincangan antara Raja Salman dan Najib semasa lawatan negara Raja Arab Saudi itu ke Malaysia baru-baru ini.
Sementara itu, Najib dalam ucapannya turut mengulangi jasa baik Umno terhadap negara sempena ulang tahun yang ke- 71 tahun parti itu.
Katanya selama 71 tahun, Umnolah parti yang membantu rakyat dari segala sudut tanpa mengira musim.
"Sambut 71 tahun Umno bererti bukan saja maksud melangsungkan kekuasaan dalam konteks kepimpinan negara, tapi tanda 71 Umno bela untung nasib rakyat Malaysia.
"Jika kita himpunkan dan hitungkan apa kerajaan buat dan apa Umno buat, tentu skali sukar untuk menilai jumlah terbesarnya kerana bantuan dalam pelbagai bentuk terlalu besar.
"Kita buat bukan ikut musim tapi sepanjang tahun, saban tahun malah selama usia Umno kita terus menerus bantu rakyat," katanya.
Najib turut membidas pembangkang yang didakwanya hanya pandai menabur fitnah terhadap kerajaan tanpa memberikan sebarang jasa kepada rakyat.

Azmin: Nasib 3 exco PAS ditentukan selepas bincang dengan Wan Azizah

Azmin Ali berkata, tiada krisis di Selangor dan nasib 3 exco PAS itu bukan isu memandangkan mereka mendapat mandat daripada rakyat pada pilihan raya umum lalu.
azmin-azizahPETALING JAYA: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, nasib 3 exco PAS di Selangor akan ditentukan selepas beliau berbincang dengan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Menteri besar Selangor itu mengulangi kenyataannya sebelum ini, tiada krisis di negeri itu dan nasib 3 exco PAS itu bukan isu memandangkan mereka mendapat mandat daripada rakyat pada pilihan raya umum lalu.
“Ia bukan isu, kita mendapat mandat daripada rakyat dan mandat itu akan kita kembalikan. Tidak ada krisis di Selangor, kita mahu fokus kepada pilihan raya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kongres Nasional Wanita dan Pemuda PKR ke-12 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.
Pada 11 Mei lalu, Majlis Syura Ulama PAS sebulat suara memutuskan hubungan dengan PKR, atas alasan pelanggaran syarat oleh PKR serta bantahannya terhadap agenda Islam yang dibawakan PAS.
Susulan itu, 3 exco PAS berdepan desakan pelbagai pihak untuk melepaskan jawatan mereka dalam kerajaan negeri Selangor yang turut disertai PKR dan DAP.
Bagaimanapun, Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib akan kekal berkhidmat dalam kerajaan negeri sehingga Dewan Undangan Negeri dibubarkan seperti dinyatakan Azmin.
Selasa lalu, Dr Wan Azizah berkata, kedudukan PAS dalam kerajaan Selangor akan diputuskan bersama Azmin sekembalinya dari lawatan rasmi ke luar negara.
Bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat dilaporkan berkata, masih ada ruang untuk membincangkan kedudukan PAS dalam kerajaan Selangor, walaupun parti Islam itu sudah menamatkan hubungan kerjasama dengan PKR.
“Saya harap kita masih boleh membincangkannya. Kita perlu tunggu Azmin pulang,” kata Anwar.
Mengulas lanjut, Azmin yang baru pulang dari Brussels, Belgium berkata, beliau sudah menerima mesej ketua umum PKR itu dan akan memberi perhatian serius terhadap perkara itu.
“Bagi pihak Keadilan, sudah menjadi ketetapan kita untuk terus berbincang dan sesudah saya sampai ke KLIA, saya dapat mesej Anwar yang mahu saya terus membuka pintu kepada PAS,” kata timbalan presiden PKR itu.

Freedom Fest 2017 bakal menjulang kembali perjuangan Anwar

Freedom Fest 2017 dengan tema #FreeAnwarNow yang akan berlangsung bersempena Konvensyen KEADILAN peringkat nasional di Shah Alam pada 21 Mei ini akan menjulang semula perjuangan Ketua Umum KEADILAN, saudara Anwar Ibrahim di persada pemikiran rakyat.
AnwarPengerusi Freedom Fest 2017, Yusmadi Yusoff berkata, program itu dianjurkan bertujuan untuk mengingatkan kembali perjuangan Anwar sejak era reformasi tahun 1998 serta memastikan beliau kekal relevan sebagai pemimpin masa hadapan.
“Tujuan utama program ini untuk memberitahu rakyat bahawa Anwar Ibrahim sehingga ke hari ini masih insan yang relevan sebagai calon Perdana Menteri. Saya rasa perkara ini perlu diketengahkan kembali terutama kepada anak muda yang masih kecil ketika reformasi 1998.
“Freedom Fest ini juga bertujuan untuk memperjuangkan apa sahaja agenda kebebasan seperti kebebasan berkarya, bersuara, hak OKU (Orang Kelainan Upaya) dan juga perjuangan kebebasan yang lain.
“Setakat ini, program kami telah berjaya mendapat kerjasama dari semua kelompok reformis, anak muda dan lain-lain. Saya selaku koordinator juga mengalu-alukan penyertaan dari semua rakyat Malaysia,” kata Yusmadi kepada Suara Keadilan.
Selain pengisian perjuangan Anwar, kata beliau, program tersebut juga akan diselitkan pelbagai acara persembahan termasuk nyanyian, pameran lukisan dan deklamasi puisi.
“Kita dapat penyertaan daripada kartunis politik iaitu Zunar yang akan membuat pameran manifestasi seni lukis berdasarkan pembebasan rakyat dari tirani, penyajak dari anak muda dan sebagainya.
“Juga ada penyertaan dari penulis-penulis buku, ada booth untuk buku dan barang seni serta booth khas tentang perjuangan Anwar Ibrahim,” katanya lagi.
Menurut Yusmadi lagi, program berkenaan turut mendapat kerjasama yang baik daripada Institut Wanita Berdaya di bawah pimpinan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin, Generasi Keadilan di bawah pimpinan Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin serta ahli keluarga Anwar.
“Kita dapat kerjasama dari pihak keluarga Anwar. Satu koloborasi menarik antara politik dan NGO, anak muda dan wanita.
“Kita akan menayangkan filem istimewa bertajuk ‘A Whisper To A Roar’ yang menampilkan Anwar, Tun Mahathir, isteri Anwar (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) dan lain-lain dalam mendepani perjuangan,” katanya.
Program Freedom Fest 2017 akan berlangsung pada 21 Mei dari pukul 9 pagi hingga 12 malam.

PRU14: PH tak perlukan Pas untuk menang


Pakatan Harapan mampu buat kejutan pada PRU akan datang.Pakatan Harapan mampu buat kejutan pada PRU akan datang.
DALAM pilihan raya umum ke-13 (PRU13), Umno memenangi 88 kerusi parlimen (termasuk 8 kerusi dimenangi UMNO Sabah), tidak cukup 24 kerusi untuk mendapat majoriti mudah.  Bila dicampur dengan kerusi yang dimenangi rakan gabungannya di Semenanjung – MCA (7 kerusi), MIC (4) dan Gerakan (1) - gabungan Umno-MCA-MIC masih kekurangan 12 kerusi untuk membentuk kerajaan.
Simpanan Tetap
Hanya bila dicampur dengan kerusi yang dimenangi rakan parti gabungannya di Sabah (22/25 termasuk 8 dimenangi Umno Sabah) dan Sarawak (25/31), barulah gabungan pelbagai parti Umno-BN dapat membentuk kerajaan. Itulah sebabnya kerusi di Sabah dan Sarawak itu dipanggil “simpanan tetap” buat Umno yang tanpanya, Umno-BN sudah pun menjadi parti pembangkang pasca PRU13.
Sekaligus ini menunjukkan bahawa politik yang berdaya maju di Malaysia ialah politik bergabung. Hakikatnya, mustahil bagi mana-mana parti secara bersendirian boleh memerintah Malaysia. Inilah hakikat politik dalam negara Malaysia pelbagai etnik ini. Kalau parti gergasi seperti Umno tidak boleh memerintah Malaysia tanpa bergabung dengan parti-parti lain, apatah lagi parti-parti lain.
Menang Tipis
Di Semenanjung Tanah Melayu (jumlah kerusi parlimen 165), Umno-BN menang tipis - 85 kerusi berbanding PR 80 kerusi.
Pengkaji pilihan raya membahagikan parlimen di Semenanjung kepada 81 kerusi luar bandar, 44 separa bandar dan 40 bandar (jumlah 165). Umno-BN memenangi 66 daripada 81 kerusi luar bandar atau  81.5%, 14 kerusi separa bandar (31.8%) dan 5 kerusi bandar (12.5%).  Oleh itu, sangatlah ketara bahawa Umno-BN memang jaguh kampung. Kalau ia kalah di kampung maka kalahlah ia di Semenanjung.
Kerusi FELDA
Dalam kategori parlimen luar bandar, 54 kerusi berada dalam kawasan FELDA, mewakil 67% daripada keseluruhan kerusi luar bandar.
Dalam PRU13, daripada 54 kerusi FELDA ini, 6 telah ditawan oleh Pakatan Rakyat iaitu Kuala Nerus, Dungun dan Temerloh (Pas), Raub dan Kulai (DAP) dan Sungai Siput (PSM). Ini bermakna dari 85 kerusi parliamen  yang dimenangi Umno-BN di Semenanjung, 48 datangnya dari kawasan FELDA. Ini mewakili 56.5% dari keseluruhan kerusi yang dimenangi Umno-BN di Semenanjung. Jelas, FELDA adalah simpanan tetap Umno-BN yang membolehkan ia terus bernafas.
Melihat kepada keputusan PRU13, Umno-BN memiliki 110 kerusi simpanan tetap – 54 FELDA, 31 Sarawak dan 25 Sabah. Daripada 110 kerusi ini,  95 kerusi kekal di tangan Umno-BN sementara 15 kerusi lagi telah disambar pembangkang. Umno-BN hilang 6 kerusi FELDA, 6 kerusi Sarawak dan 3 kerusi Sabah.
Memandang ke hadapan, ini bermakna selama mana kerusi simpanan tetap ini dapat dipertahankan maka selama itulah Umno-BN akan memerintah.  Oleh itu, tidak sukar untuk menjangkakan bahawa kubu simpanan tetap inilah yang dengan cara apa sekalipun akan dipertahankan oleh Umno-BN sehingga titisan darah terakhir.  Ini adalah medan jihad bagi Umno-BN.
Bila ini hakikatnya, maka tidak juga sukar untuk menjangkakan bahawa dua musuh Umno-BN dalam PRU14 nanti – gabungan pelbagai parti Pakatan Harapan (PH) dan Gagasan Sejahtera (khabarnya terdiri daripada Pas, Ikatan, Parti Cinta Malaysia dan Berjasa) - akan melancarkan serangan tubi ke atas kubu simpanan tetap ini. Sebabnya, di saat kubu ini dapat ditawan, di saat itulah Umno-BN akan kecundang. 

Pakatan Harapan mampu ke Putrajaya tanpa Pas - Dr Rosli Yaakob


Dr Rosli Yaakob
Dengan menguasai kerusi campuran dan kerusi majoriti Cina serta memecahkan monopoli Umno di kawasan Felda, kebarangkalian Pakatan Harapan (PH) merampas Semenanjung Tanah Melayu dari Umno-BN dalam PRU14 cukup tinggi.
Dalam senario ini, PH sebenarnya tidak memerlukan Pas untuk bersama pakatan pembangkang, bahkan lebih molek seandainya Pas dan Umno-BN cepat-cepat bersatu, kata penganalisis ekonomi dan politik, Dr Rosli Yaakob.
Beliau menjelaskan, daripada 29 kerusi campuran, 10 dimenangi PKR, diikuti DAP (9), MCA (3), MIC (4), Gerakan (1), PSM (1) dan Pas (1).  Ini bermakna Pakatan Rakyat (PR) mendapat sokongan kuat di parlimen campuran dengan memenangi 21 daripada 29 kerusi atau 72%.
"Kebarangkaliannya cukup tinggi bahawa dalam PRU14 nanti kesemua kerusi ini boleh ditawan oleh PH terutamanya jika trend pengundi bukan Melayu menyokong PH berterusan seperti mana yang berlaku dalam PRU13 dahulu.
"Malahan jika berlaku pertandingan tiga penjuru di kerusi ini peluang calon PH menang lebih cerah berbanding calon Umno-BN apatah lagi calon Pas," ujar bekas ahli jawatankuasa Pas Pusat itu.
Menurut beliau,semua kerusi majoriti Cina di Semenanjung dimenangi DAP (22 kerusi) dan parti itu dijangka mengekalkan kemenangan total itu dalam PRU14 memandangkan parti-parti Cina yang lain masih lemah.

Sentimen anti-Cina yang kini menjadi mantera harian Umno dan Pas juga, jelas beliau mendorong pengundi Cina memilih DAP berbanding MCA atau Gerakan.
"Jadi hakikatnya, PH pun ada 'simpanan tetap' – kerusi majoriti Cina dan kerusi campuran berjumlah 51 kerusi (22 + 29) – hampir sama bilangannya dengan simpanan tetap Umno di kawasan Felda," ujarnya.

SATU LAGI HARAPAN BARU....

Pagi tadi, selang dua hari selepas Dialog TN50 di Seri Perdana yang menyaksikan berlakunya kejadian tampar oleh Mat Over terhadap David Teo, Tun Mahathir Mohamad meluangkan masa kira-kira selama setengah jam menjawab pelbagai persoalan dalam program "hangpa tanya, #chedet jawab"  yang disiarkan secara langsung melalui Facebook.

Pelbagai soalan ditanya dan semuanya dijawab dengan terang dan jelas oleh Tun Mahathir - daripada berkaitan Islam, Pas, hubungan kaum, dasar ekonomi, pelaburan China, 1MBD dan sampailah kepada cara beliau menjaga kesihatannya sehingga mampu kekal sihat di usia menjangkau 92 sekarang ini.

Meskipun semua  ulasan yang disampaikan Pengerusi Bersatu itu,  sebagaimana biasa, amat meyakinkan sesiapa saja yang mendengarnya, tetapi jawapan beliau mengenai 1MDB dilihat mampu memberi harapan baru buat rakyat untuk memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan.
Kata Tun Mahathir, pihaknya tahu siapa yang bersalah dalam skandal 1MDB dan akan memburu mereka sehingga ke depan pintu kediaman Perdana Menteri.

"Kita tahu di mana duit itu, dan kita akan cuba mengambil balik semua duit itu, walaupun sampai ke pintu Najib,

"Kami (Pakatan Harapan) mungkin tidak akan dapat semua tetapi kami akan berusaha dapatkannya sebanyak mungkin,” kata Tun Mahathir lagi.

Seterusnya, selain berjanji tidak akan membenarkan wujud satu lagi skandal mirip 1MDB, Pakatan Harapan juga tambahnya, akan mencari jalan penyelesaian yang mampu menghalang kehilangan wang negara sepertimana berlaku dalam 1MDB dan Bandar Malaysia.

Tidakkah jaminan itu menggembirakan kita?

Jika semua orang sedar bahawa skandal 1MDB inilah punca segala kesulitan rakyat seperti pemansuhan banyak subsidi, perlaksanaan cukai GST dan negara akhirnya terperangkap menjadi "pengemis" kepada China, mereka tentunya mahu melihat akhirnya semua yang terlibat dalam skandal kewangan itu dapat ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.

Maka, berpegang kepada janji Tun Mahathir itu, memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan adalah sesuatu yang logik, munasabah dan mampu membawa kebaikan kepada kehidupan rakyat sendiri.

Ini kerana, selepas negara dipulihkan, wang yang hilang dikembalikan dan tiada lagi kehilangan wang berlaku, kehidupan rakyat dengan sendirinya akan jadi lebih baik berikutan negara tidak lagi ketandusan wang dengan banyak subsidi boleh dikembalikan serta GST dimansuhkan secara beransur-ansur.