Jumaat, 19 Mei 2017

LAMA & BARU – TUN M

1. Dikatakan terdapat 4 juta Gen Y yang sudah sampai umur untuk mengundi dalam PRU 14. Di masa yang sama terdapat lebih ramai yang sudah lama dewasa dan berhak mengundi. Pendapat dan perjuangan mereka tidak sama.
2. Sementara yang sudah lama dewasa masih ingin meneruskan perjuangan lama mereka, Gen Y tidak ambil kisah perjuangan lama dahulu. Bagi mereka yang relevan ialah keadaan sekarang.
3. Mereka dilahir setelah sudah lama merdeka. Perjuangan untuk kemerdekaan tidak relevan lagi. Dato Onn, Tunku, Tun Razak dan Dr Mahathir hanyalah nama-nama dalam sejarah. Mereka tidak lagi boleh buat apa-apa untuk Gen Y.
4. Yang boleh ialah pemimpin sekarang. Tetapi pemimpin-pemimpin sekarang juga tua. Ada yang sudah menjangkau 90 tahun. Tak mungkin mereka faham masalah Gen Y.
5. Mereka semua sama. Sama ada dalam Kerajaan atau dalam parti-parti pembangkang – mereka sama. Politik mereka adalah kuasa – politik cari duit – politik salahguna kuasa, politik mengekalkan kedudukan mereka.
6. Parti lawan pun sama, parti Kerajaan pun sama. Yang berbeza parti lawan masih berebut-rebut untuk tempat berpura-pura bersatu, mengejar tempat dan kuasa. Ini pendapat Gen Y.
7. Parti Kerajaan pula tidak membenar sebarang rebutan kuasa, taksub dengan kepimpinan mereka, menyokong secara buta tuli, menafikan kenyataan.
8. Antara dua pasukan yang akan bertanding ini, pada pendapat Gen Y, sama sahaja. Menang mati bapak, kalah mati emak.

Mahathir : Dasar ‘Najib’ punca pengangguran tinggi

Dasar dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mampu meningkatkan jurang pendapatan masyarakat Malaysia, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu berkata, pentadbiran ‘Kerajaan Najib’ gagal memberi tumpuan terhadap aspek peluang pendapatan penyebab berlakunya pengangguran tinggi.

tun-m“Dasar Najib ialah untuk mendapatkan pendapatan tinggi. Tetapi cara ini tidak mampu menyelesaikan masalah kerana jika pendapatan bertambah, kos hidup juga menjadi tinggi.
“Ini berlaku di negara-negara inflasi tinggi kerana kejatuhan nilai mata wang seperti di Malaysia.
“Caranya untuk atasi pengangguran ini dengan kekalkan keamanan bagi menarik peluang pelaburan tempatan dan luar negara bagi menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak,” katanya pada sesi siaran langsung di Facebook miliknya, hari ini.
Tun Mahathir berkata, keberhasilan saranan itu diyakini mampu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara dominan dan bersifat ‘friendly country’ terhadap kebajikan rakyat seluruh negara.
Sebelum ini, Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) dalam kajian antarabangsa mendedahkan isu pengangguran dunia dijangka berterusan buat satu jangka masa panjang.
Sementara laporan dalam negara yang memetik butir-butir daripada Jabatan Perangkaan menunjukkan pengangguran dalam kalangan siswazah memuncak pada September lalu, kepada 34 peratus berbanding 30 peratus tiga tahun lalu.
Sehingga kini, di peringkat Kerajaan tiada sebarang pelaksanaan dasar yang mampu membantu golongan siswazah mendapatkan pekerjaan selepas tamat belajar.

TN50 - SEPATUTNYA TANYA NAJIB, MANA RM50 BILION? JIKA BUKAN NAJIB, SIAPA LAGI PUNCA KECELARUAN DALAM NEGARA?

1. TN50 - Insiden tampar. Satu jenayah dan mesti dihukum melalui saluran undang-undang.

2. Sehari ini kecoh cerita David Teo ditampar Mat Over. Ianya bukan soal David Teo atau Mat Over. Ianya soal jenayah menampar orang.

3. Lebih parah apabila ada yang mula cerita hal Cina ditampar Melayu.Ini bukan soal Cina atau Melayu. ini soal jenayah.

4. Inilah masalah kita rakyat Malaysia. Selalu melihat dalam perspektif yang salah. Sebab itulah kita sahaja satu-satunya  negara di dunia  ini yang syarikat milik negara hilang berpuluh bilion ringgit tapi tiada dakwaan, tiada siapa dihukum kerana ianya bukan jenayah.

5. Kalau perspektif kita betul TN50 sepatutnya bukan Transformasi Nasional 2050. Ianya lebih tepat menjadi Tanya Najib: 50 bilion mana?

6. Kalau kita betul-betul  mahu negara maju tahun 2050 perkara asas ialah prinsip "rule of law". Keluhuran undang-undang. Penjenayah  mesti dihukum.

7. Singapura negara maju jauh tinggalkan kita. Forex mereka jauh tinggi. Ekonomi  mantap. Mengapa?  Kerana mereka  bersungguh-sungguh pamerkan kepada dunia mereka akan hukum siapa saja yang lakukan jenayah curi wang walaupun bukan wang mereka kerana 1MDB syarikat Malaysia bukan syarikat Singapura.

8. Malaysia juga bersungguh-sungguh tetapi  bersungguh-sungguh bukan menangkap penjenayah tetapi bersungguh-sungguh melindungi penjenayah!

9. Mat Over mungkin berani melakukan jenayah tampar orang kerana dia merasakan di negara ini penjenayah boleh lepas bebas. Formula paling berkesan ialah mainkan sahaja isu bangsa, isu agama - lupalah orang pada isu jenayah yang sebenar.

10. Dia belajar dari pemimpin yang lepas bebas dari jenayah mencuri wang rakyat dengan isu bangsa dan agama. Ramai perasuah hari ini pun mungkin dapat inspirasi begitu.

11. Bagi orang Islam lupakah kita pada kisah Saidina Ali memberitahu Saidina Umar Al Khattab setelah Umar takjub melihat Saad Ibn Waqqas berlaku jujur membawa pulang kesemua rampasan perang dari Persia diserah kepada Perbendahaan negara. Tiada satupun diambil untuk dirinya. Kata Saidina Ali kepada Saidina Umar, mereka jujur kerana belajar dari kamu yang jujur. Kalau kamu sebagai khalifah tidak jujur dan menyamun pasti jenderal dan orang bawahan kamu juga jadi penyamun.

12. Kita mungkin tidak lupa tetapi kita selalu melihat dalam perspektif salah. Kalau perspektif kita betul dari awal lagi wujud TN50  ianya bukan isu pertanyaan David Teo. Ianya seharusnya pertanyaan kita semua kepada Najib. Mana hilangnya hampir 50 bilion duit dalam kes 1MDB?

14. Makanya yang betul sepatutnya TN50 bukan Transformasi Nasional : 2050 tapi Tanya Najib : 50 billion mana? Barulah nampak jalan kearah membina negara maju.

Mohamad Ezam Mohd Nor
Pengerusi Hisbah.

Sejujurnya saya memang kurang berminat mengulas panjang isu berkaitan David Teo yang ditampar oleh Mat Over. Sama seperti dua kejadian sebelumnya - pemandu membunyikan hon di depan masjid di Johor Bahru serta dipukul dan laporan polis oleh seorang pensyarah berkaitan buku Hannah Yeoh, semuanya ingin dijuruskan kepada sentimen bangsa, agama dan akhirnya DAP yang cuba disalahkan.

20,000 syiling untuk SPR akibat suka susahkan parti pembangkang


Nga menyerahkan borang bantahan dan bayaran dalam bentuk syiling kepada pegawai SPR Perak.Nga menyerahkan borang bantahan dan bayaran dalam bentuk syiling kepada pegawai SPR Perak.
Tidak pernah berlaku dalam sejarah mana-mana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri 'dihadiahkan' sejumlah wang syiling daripada parti politik.
Namun, hari ini SPR Perak di Bangunan Persekutuan Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh mahu tidak mahu terpaksa menerima lebih 20,000 kepingan duit syiling 5 sen, 10 sen, 50 sen daripada Pakatan Harapan.
Mesej protes daripada Amanah, DAP, PKR dan Bersatu itu ekoran arahan SPR bulan lalu kepada seluruh pengarah pilihan raya negeri untuk memberhentikan pengedaran Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT).
Mengulas pendekatan 'mengajar' pihak SPR berkenaan, Ketua Mobilisasi dan Kebajikan Amanah Perak, Mohd Saad Ismail menyifatkan Pakatan Harapan bukan sengaja memusuhi badan yang bertanggungjawab bagi memastikan proses pilihan raya di negara ini berjalan lancar.
"SPR yang mula-mula menyusahkan pembangkang terutamanya Pakatan Harapan. Sebelum ini, parti politik tidak ada masalah untuk mendapatkan salinan RDPT. Namun, kita setakat ini tidak dengar pula rungutan daripada pihak Umno dan Pas.
"Jadi, hari ini kami di Pakatan Harapan Perak setuju kalau SPR boleh menyusahkan kita, mengapa tidak kita pun buat hal yang sama.
"Kita mahu SPR rasa susah sebagaimana mereka menyusahkan rakyat yang menuntut pilihan raya yang adil dan bersih daripada penipuan," tegasnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Ditanya tentang reaksi pihak SPR apabila menerima ribuan kepingan duit syiling itu, Ketua Amanah Taiping itu berkata, pegawai terbabit pada awalnya menolak tetapi kemudiannya terpaksa akur.
"Mulanya mereka tidak mahu terima. Kita kata kita bayar dalam bentuk duit dan boleh dikira dan duit syiling pun wang juga, barulah mereka terima.
"Apapun, kita akan jumpa dengan pihak SPR pada sesi pendengaran yang dijangka dalam tempoh sebulan lagi." ujarnya.
Mengulas kes paling ketara pada senarai pengundi yang diperoleh, beliau memberitahu proses bantahan antaranya di Taiping dan Ipoh berlaku kerana wujudnya pengundi hantu.
"Pengundi tidak duduk di alamat yang diberi sehingga tuan rumah pun tidak tahu ada boleh ada daripada lima sampai 11 orang penghuni dalam rumahnya.
"Nama pemilih ada tapi bukannya tinggal di alamat dalam senarai itu," jelas Mohd Saad lagi.
Mengusung syiling menaiki tangga ke Pejabat SPR Perak.Mengusung syiling menaiki tangga ke Pejabat SPR Perak.
Tiga hari tiga malam

Kos ECRL terlalu tinggi, SPAD digesa dedah kos setiap 7 segmen landasan

Perdana Menteri ketika melancarkan pemeriksaan awam projek ECRL.Perdana Menteri ketika melancarkan pemeriksaan awam projek ECRL.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) digesa mendedahkan pecahan kos bagi setiap segmen dan aliran cawangan dalam projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).
Gesaan itu dibuat Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming selepas menyemak Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) untuk projek yang menelan belanja RM55 bilion itu.
“Ia (pendedahan pecahan kos) akan meningkatkan lagi ketelusan (kerajaan dalam) perbelanjaan projek ini,” katanya yang juga Penolong Setiausaha DAP Selangor pada sidang media di Ibu Pejabat SPAD di sini, hari ini, lapor Roketkini.
ECRL merupakan projek membabitkan pembinaan laluan sepanjang kira-kira 600 kilometer (km) yang akan menghubungkan Lembah Klang dengan Kuantan, Pahang sehingga ke Terengganu serta Tumpat di Kelantan yang terbahagi kepada tujuh segmen dan enam aliran cawangan.
Tujuh segmen itu adalah, Kelantan, Terengganu Utara (Besut ke Setiu ke Kuala Nerus ke Kuala Terengganu), Terengganu Selatan (Marang ke Dungun ke Kamaman), Pahang Timur (Kuantan ke Maran), Pahang Barat (Temerloh ke Bentong), Selangor Timur (Pahang ke Terminal Bersepadu Gombak, ITT Gombak) dan Selangor Barat (ITT Gombak ke Pelabuhan Klang).
Manakala enam aliran cawangan berkenaan adalah Bukit Besi, Kerteh, Kemaman, Pelabuhan Bandar Kuantan, Kuantan Sentral dan Mentakab.

NGO tuntut Najib jelaskan penyelesaian 1MDB-IPIC

Gerakan Anak Muda Tolak Najib (GANT1) menyerahkan surat tuntutan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menggesa penjelasan mengenai 1MDB dan urusannya dengan International Petroleum Investment Co (IPIC).
GANT1, yang diketuai Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Faiz Fadzil ingin mengetahui apakah tindakan undang-undang yang telah atau akan diambil terhadap pegawai IPIC seperti Khadem Al Qubaisi dan Mohamed Badawy Al Husseiny.
Ia bagi mendapatkan semula AS$ 3.5 bilion (RM15.5 bilion) yang dibayar oleh 1MDB sebelum ini kepada Aabar Investments PJS Ltd.
Mereka juga mahu tahu apakah tindakan undang-undang yang telah atau akan dimulakan oleh 1MDB terhadap pengurusan sebelum ini tidak hanya terhad kepada bekas lembaga pengarah 1MDB dan lembaga penasihat.
Dalam surat tuntutan yang dihantar oleh peguam GANT1, Mohamed Haniff Khatri Abdulla bertarikh 18 Mei, responden diberi masa 14 hari untuk memberikan jawapan kepada soalan tersebut.
Surat tuntutan yang diterima Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada pukul 3.15 petang itu turut diterima empat responden lain; Kementerian Kewangan, 1MDB dan Pengerusi 1MDB, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Ini susulan memorandum oleh pemuda AMANAH kepada perdana menteri pada 4 Mei untuk meminta penjelasan mengenai perjanjian yang telah dicapai antara 1MDB dan IPIC selepas proses timbang tara dimulakan IPIC pada 2016.

Anwar: Masih ada ruang bincang hubungan PAS-PKR

Bekas ketua pembangkang itu berkata, PKR perlu menunggu menteri besar Selangor kembali daripada kunjungan luar negara untuk membincangkan keputusan PAS menamatkan kerjasama dengan PKR.
Anwar-IbrahimKUALA LUMPUR: Bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengharapkan hasil positif berkata, masih ada ruang untuk membincangkan kedudukan PAS dalam kerajaan Selangor, walaupun parti Islam itu sudah menamatkan hubungan kerjasama dengan PKR.
“Saya harap kita masih boleh membincangkannya. Kita perlu tunggu Azmin pulang,” katanya merujuk Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dalam rangka lawatan rasmi di luar negara.
“Kami ada perjanjian (dengan PAS) untuk membincangkan perkara ini dengan lebih terperinci,: katanya kepada wartawan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.
Anwar diminta mengulas status 3 wakil rakyat PAS yang merupakan exco kerajaan negeri, walaupun Majlis Syura Ulama PAS membuat ketetapan memutuskan “tahaluf siyasi” dengan PKR, pada 11 Mei lalu seperti yang diluluskan perwakilan pada Muktamar PAS ke-63, 30 April lalu di Kedah.
Mereka menyenaraikan 3 pelanggaran dilakukan parti reformasi itu iaitu menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa PAS seperti rang undang-undang persendirian meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, bekerjasama dengan pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Kelantan dan menentang PAS dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Selasa lalu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan berkata, parti itu cuba sedaya upaya melindungi hubungan itu dan nasib 3 exco PAS akan ditentukan selepas perbincangan bersama dengan Azmin.
Tiga exco PAs itu Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.
Berbanding pendirian PAS untuk 3 exconya kekal dalam pentadbiran Selangor, PKR sebaliknya mengarahkan semua lantikan politiknya di kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS untuk meletak jawatan serta-merta.

Khairy dicabar anjur dialog TN50 babitkan PH, jamin tiada insiden lempang


Rafizi RamliRafizi Ramli
Ekoran insiden melempang dalam dialog TN50 perdana menteri dengan golongan artis di Putrajaya malam tadi, ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli menuntut menteri belia dan sukan, Khairy Jamaluddin yang diberikan mandat oleh kerajaan pimpinan Najib untuk memimpin kempen TN50 memenuhi dua tuntutan.
Pertama, ketua pemuda Umno itu diminta mendedahkan secara terperinci perbelanjaan setiap penganjuran sesi temu pemimpin TN50 dan semua perbelanjaan lain bersabit dengan kempen TN50 ini.
Kedua, berani berdepan dengan semua golongan rakyat dalam melaksanakan program dialog TN50 dan bukan berdepan dengan jemputan yang telah dipilih semata-mata.
Sehubungan itu, Rafizi mencabar Khairy menganjurkan satu sesi bertemu beliau (townhall session) dengan 300 orang wakil pembangkang yang disiarkan secara langsung oleh RTM.
"Saya jamin tidak akan ada sebarang peristiwa melempang dalam sesi itu dan akan betul-betul memberi tumpuan kepada perbincangan masalah rakyat, bukan lakonan dan drama yang dicipta untuk melindungi imej seorang Perdana Menteri yang semakin ditolak rakyat," ujarnya.
Rafizi menambah, jika Datuk Seri Najib Razak berani berdepan dengan ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan dengan selalu hadir menjawab dan berbahas di Parlimen, wang negara tidak perlu dibazirkan untuk menganjurkan acara penuh drama seperti TN50.
Menurutnya, kerajaan perlu menjelaskan jumlah peruntukan keseluruhan untuk menjalankan kempen TN50 ini termasuk penganjuran sesi 'townhall', pengiklanan dan lain-lain.
"Berapa yang telah dibelanjakan setakat ini dan berapa yang akan dibelanjakan selepas ini? Peruntukan kementerian mana yang telah digunakan untuk menganjurkan sesi propaganda ini?" ujarnya.