Rabu, 17 Mei 2017

3 Exco Pas letak jawatan jangan cakap ‘pusing-pusing’, tak perlu heret Istana Selangor bidas Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali menasihatkan Pas supaya tidak bercakap ‘pusing-pusing’ dengan mengatakan hanya Sultan Selangor berhak mengarahkan 3 exco mereka meletak jawatan.
Presiden Perkasa itu berkata, 3 exco terbabit – Datuk Iskandar Samad, Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib – perlu berani meletak jawatan jika mahu maruah Pas dipandang tinggi.
“3 exco Pas di Selangor patut letak jawatan mereka dan tidak perlu berdolak dalik mengatakan pegang jawatan itu atas mandat rakyat.
“Jangan guna institusi Diraja untuk selindung. Mana mungkin dah cerai tetapi duduk satu rumah. Ini dah jadi khalwat politik,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Perkasa, semalam.
Pas pada sidang medianya hari ini menegaskan exconya tidak akan berganjak dari tempat mereka selagi tidak diarah berbuat demikian oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan berkata, mereka akan mengabaikan sebarang arahan letak jawatan daripada menteri besar kerana exco mereka dilantik dan menjalankan tugas atas perkenan sultan.
Menurut Takiyuddin, ketetapan itu dibuat berdasarkan kepada perlembagaan dan undang-undang negeri.
Laporan Azmin meminta exco Pas melepaskan jawatan mereka bagaimanapun dinafikan setiausaha politik kepada menteri besar, Suhaimi Shafie.
“Itu ‘spin’. Sepanjang pengetahuan saya, ia tidak berlaku,” katanya.
Ibrahim berkata keputusan Pas memutuskan “tahaluf siyasi” dengan PKR sudah mengambarkan kedua-dua parti itu tidak sehaluan.

Setiausaha Agung Pas dakwa hanya Sultan Selangor boleh pecat 3 Exco daripada parti Islam itu

KUALA LUMPUR: Exco Pas tidak akan berganjak dari tempat mereka selagi tidak diarah berbuat demikian oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, kata pemimpin kanan parti itu semalam.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, mereka akan mengabaikan sebarang arahan letak jawatan daripada Menteri Besar kerana exco mereka dilantik dan menjalankan tugas atas perkenan sultan.
Menurut Takiyuddin, ketetapan itu dibuat berdasarkan kepada perlembagaan dan undang-undang negeri.
“Selagi Sultan Selangor perkenan 3 Exco Pas itu, mereka kekal kerana mengikut perlembagaan hanya sultan boleh arah mereka meletak jawatan walaupun mendapat nasihat oleh Menteri Besar,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Agung Pas di sini semalam.
Beliau berkata demikian berhubung laporan mendakwa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta 3 Exco Pas – Datuk Iskandar Samad, Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib – melepaskan jawatan mereka, dalam satu mesyuarat yang turut dihadiri Pesuruhjaya Pas Selangor Sallehen Mukhyi.
Takiyuddin dipercayai merujuk kepada Bab 3 Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor, di bawah perkara Majlis Mesyuarat Kerajaan, dimana LIII(7) menyatakan: “…seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan selain daripada Menteri Besar hendaklah memegang jawatan selama yang diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia, tetapi mana-mana ahli Majlis itu boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa”.
Mengikut LIII(2)(b) pula, seorang exco dilantik sultan atas nasihat Menteri Besar.

TIM cadang agar pemimpin isytihar harta pada SPRM

Akhbar SatarPresiden Transparency International Malaysia, Datuk Akhbar Satar mencadangkan agar kepimpinan tertinggi negara mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurutnya, perkara itu perlu dalam memastikan rakyat kembali percaya pada pemimpin negara.
"Untuk peringkat pertama, Perdana Menteri hendaklah mengisytiharkan harta kepada SPRM, selain itu, Ketua Polis Negara (IGP), Peguam Negara, Ketua Hakim Negara dan ketua-ketua jabatan juga harus berbuat demikian.
"Namun begitu, Ketua Pengarah SPRM dan Pesuruhjayamnya pula hendaklah mengsiytiharkan harta mereka pada Parlimen, kemudian untuk peringkat kedua pula, minta ahli-ahli politik isytihar harta mereka menerusi 'online'," katanya ketika Wacana Sinar Harian Siri ke-46 'Rasuah dan Penyelewengan: Di Mana Maruah Kita' di Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.
Tambah Akhtar lagi, beliau mendakwa pemimpin haruslah bersifat telus dengan rakyat.
"Pemimpin hendaklah bersikap telus dengan rakyat, tunjukkan contoh yang baik pada mereka supaya rakyat lebih percaya  seterusnya membuatkan keadan negara lebih baik.
"Dengan keadaan sekarang ini, maruah kita jatuh di tangga kebawah dan ramai orang dari negara lain memandang rendah pada Malaysia, justeru, kita haruslah memilih pemimpin yang betul, yang mengikut jejak langkah yang betul," katanya lagi.

Hannah komited jalankan amanah tanpa mengira kaum, agama – Nik Nazmi

KUALA LUMPUR, 17 MEI: Pegangan agama tidak pernah menghalang Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh untuk berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang politik.
Demikian luah Ketua Angkatan Pemuda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad yang terganggu dengan serangan tidak berasas yang cuba menggambarkan Hannah sebagai ahli politik yang kononnya mempunyai agenda tersembunyi.
Menyifatkan ia sebagai tidak berasas, Nik Nazmi berkata, tuduhan yang kemudiannya disebarkan media seperti Utusan dan Harakah serta blog pro-UMNO itu hanya bermotifkan politik dengan niat ingin mencalarkan imej wakil rakyat DAP itu.
“Untuk pengetahuan ramai, Hannah merupakan seorang sahabat yang saya telah lama kenali sejak bertanding bersama untuk Pilihan Raya 2008 di dalam Parlimen Kelana Jaya untuk kerusi DUN kami masing-masing.
“Kemudian kami juga bekerjasama di Dewan Negeri Selangor apabila beliau dipilih menjadi Speaker (Dewan Negeri Selangor) dan saya Timbalan Speaker selepas Pilihan Raya 2013,” coretnya dalam kemaskini status di laman sosial Facebook, semalam.
Katanya, Hannah merupakan seorang wakil rakyat yang amat disegani, malah berusaha keras memastikan sekolah agama di kawasan jagaannya mendapat peruntukan yang sewajarnya daripada kerajaan negeri.
“Malah beliau juga sering menghadiri program di masjid dan surau serta menghormati adab tempat ibadah sehinggakan pernah dikecam oleh MCA kerana memakai skaf di masjid.
“Hannah telah memperkenalkan banyak pembaharuan yang memberi ruang kepada UMNO di Dewan Negeri untuk memainkan peranan sebagai pembangkang,” katanya.
Beliau turut mengakui bahawa dirinya mudah bekerjasama dengan ahli politik yang terdorong nilai-nilai positif agama yang dianuti mereka.

Kamarul Zaman perlekeh kebijaksanaan rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR, 17 MEI: Kamarul Zaman Yusuff digesa menarik balik laporan polis terhadap Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh, sekaligus memohon maaf atas tindakannya itu.
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata, laporan polis yang dibuat Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) itu menghina kebijaksanaan rakyat Malaysia.
Kamarul, dalam laporannya mendakwa Naib Ketua Wanita DAP itu kononnya mempengaruhi orang bukan Kristian untuk memeluk agama berkenaan melalui buku biografinya, “Becoming Hannah”.
Mengikut logik itu, Lip Eng justeru mengajukan soalan: “Adakah Kamarul akan membuat laporan polis terhadap pelajarnya yang berkata ‘Oh my God!’ (Oh Tuhanku!) di hadapan mukanya?
“Atau adakah dia akan membuat laporan polis secara bersiri pada Disember nanti apabila dia mendengar lagu Krismas berkumandang di mana-mana menerusi radio dan televisyen?”
Beliau yang juga Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan menegaskan bahawa orang bukan Kristian tidak akan memeluk agama itu hanya kerana membaca buku yang merakamkan pengalaman peribadi Hannah sebagai penganut Kristian.
“Kebanyakan ulasan di media sosial mencemuh pensyarah UUM tersebut kerana bersikap seolah pelampau dan berfikiran sempit.
“Ramai orang awam bimbang dengan kualiti pensyarah universiti tempatan berikutan kenyataan Kamarul tersebut.

Petrol naik 7 sen, diesel 4 sen

Berikut harga minyak seluruh negara bermula tengah malam ini.
Harga-Minyak-chart1
Harga runcit minyak 18-24 Mei 2017
HARGA LAMA HARGA BAHARU +/-
RON95 RM2.01 RM2.08 0.07 sen
RON97 RM2.29 RM2.36 0.07 sen
DIESEL RM1.95 RM1.99 0.04 sen

Awas, musuh Islam mahu rampas kuasa sembang PAS

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin bin Hassan memberi amaran bahawa musuh-musuh Islam sedang cuba merampas kuasa.
Oleh itu, beliau berkata, umat Islam perlu berhenti bertelingkah sesama sendiri dan bersatu.
"Musuh Islam telah bersatu biarpun berbeza ideologi dan parti untuk menguasai ekonomi dan politik negara.
"Mereka lupakan sempadan dan batas antara mereka untuk melampiaskan dendam dan merealisasikan kebencian terhadap Islam," tambahnya dalam kenyataan yang diedarkan melalui WhatsApp.
Bagaimanapun, Nasrudin tidak mengulas lanjut mengenai musuh-musuh Islam berkenaan dan berkata, ia hanya satu peringatan kepada umat Islam.
Dalam mesej itu, beliau turut menggesa umat Islam mengetepikan perbezaan politik dan kepercayaan yang berbeza dalam cara amalan agama Islam.
"Jangan hanya kerana beza mazhab feqah dan fahaman politik, kita bertelagah tanpa noktah.
"Bercakar tidak sudah dalam perkara remeh dan furu', akhirnya ummah hilang kekuatan lantas binasa.

Putus Tahaluf: 'Terpulang pada PKR jika mahu letak jawatan' - SUA PAS

PAS memberi kebebasan sepenuhnya kepada anggota PKR sama ada untuk meletak jawatan atau pun kekal berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan Kelantan.
Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata ia terpulang kepada pemegang jawatan masing-masing walaupun mesyuarat Biro Politik PKR mengarahkan mereka supaya meletakkan jawatan.
"Bagi kita dalam konteks PAS, kita di Kelantan kita buat keputusan untuk mengekalkan mereka (anggota PKR dalam pentadbiran kerajaan negeri). Tapi kalau mereka mengambil keputusan tarik diri atau letak jawatan, itu adalah pilihan mereka.
"Sama ada mereka sendiri ataupun mereka diarahkan oleh parti, (letak jawatan), itu dibenarkan oleh undang-undang," katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Kota Bharu, hari ini.
Semalam, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan dipetik sebagai berkata bahawa parti itu memutuskan supaya semua lantikan politik anggota PKR dalam kerajaan Kelantan melepaskan jawatan berkuat kuasa serta-merta dan keputusan itu telah disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan.
Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika ditemui pemberita di Kompleks Kota Darul Naim di sini berkata PAS Kelantan berharap agar mana-mana anggota PKR yang dilantik dalam pentadbiran kerajaan negeri tidak meletakkan jawatan.
Mohd Amar, yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, berkata beliau mengalu-alukan anggota PKR berkenaan terus kekal dengan jawatan masing-masing dan terus dapat menjalankan perkhidmatan kepada rakyat.
"Kita tidak merasakan sebagai keperluan untuk mengarahkan anggota PKR meletak jawatan. Jadi sekarang ini terserah kepada mereka, kalau mereka memilih untuk kekal itu lebih baik dan kita mengalu-alukan keputusan itu.
"Kami di Kelantan ini berharap kawan-kawan kita (anggota PKR) masih kekal dengan pelantikan mereka untuk terus memberi khidmat kepada rakyat," katanya.
Mengulas perkara sama, Pengerusi PKR Kelantan Ab Aziz Ab Kadir berkata, pihaknya sedang menunggu surat rasmi daripada ibu pejabat parti berhubung hal berkenaan sebelum sebarang tindakan diambil.

Muhyiddin Tempelak PAS Yang Bersokongkol Dengan UMNO

Letak Jawatan: PAS terkejut dengan tindakan PKR..!!

'Pendaftaran pengundi baru naik 8 kali ganda' - Khalid

Pensyarah pertahan dakwaan, lapor polis terhadap ADUN DAP

Amanah: "Adakah salah Hannah Yeoh ingin jadi Kristian yang baik?"

Manifesto HARAPAN: Kuasa pendakwaan pada SPRM

PSM perlukan PH untuk menang PRU14

'PAS tak jujur, tak berani tegur MCA Pulau Pinang'

Selepas MIC, PERKASA 'gasak' MCA pula

Nafikan Hak Pengundi: Pakatan Harapan mahu jumpa Pengerusi SPR

Rasuah: Dua ketua polis daerah, seorang pegawai direman

Rafizi Dedah Kempen Maya (Cyber-campaign) Terima Wang SRC

Umno dan Bohong Berpisah Tiada !!!

Inilah punca pelajar UiTM dikerah ke Himpunan 71 Tahun Umno

Walaupun TV3 melaporkan ratusan ribu hadirin membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil, namun itu hanyalah propaganda politik murahan media pengampu.

HANYA YANG BODOH TEGAR SAHAJA YANG PERCAYA media2 pro Ameno !!!

TIPS berguna nak cepat kaya. Hanya perlu modal menipu

"Potongan subsidi gula baik untuk kehidupan seks anda..." -PM Najib Razak, 26/10/2013.

Harga gula naik apa menteri kesah.. sebab menteri2 di M'sia sememangnya dah kaya raya. Kalau setakat naik 11 sen mcm celah taik gigi jer.

BR1M Penawar Kencing Manis

JANGAN tak tahu, BR1M yang selama ini jelas digunakan sebagai gula-gula untuk meraih sokongan kepada Barang Naik (BN) rupanya boleh menjadi penawar kecing manis.

Sayangnya #BR1M tak mampu jadi penawar sakit bodoh..

ZAMAN KERAJAAN RAJA BUGIS NIE......

Inilah yang berlaku semenjak Rosmah naiki takhta jadi First Lady Of Malaysia (FLOM)..

Biarlah anak2 bangsa rakyat marhaen kekurangan keperluan pendidikan. Bajet pendidikan dipotong saban tahun... Janji nama Rosmah diangkat, dipuja, disanjung ke seluruh dunia disebalik penubuhan PERMATA itu..

CHINA-KOMUNIS MAKIN BERKUASA.....


Fulus Jangan Ditolak, Kerusi Takyah Cari Lagi


Sangat Di Alu-alukan.......

Jika benar-benar sepakat, Alhamdulillah...

Jgnkan 100 kerusi, malah 222 kerusi pon PAS boleh balun semuanya..

Rasuah: SPRM tahan reman dua OPCD Melaka

Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan reman dua ketua polis daerah (OCPD) dan seorang pegawai polis berpangkat inspektor dari kontinjen negeri (IPK) Melaka.
Perintah reman enam hari itu dikeluarkan oleh Majistret Muhamad Safuan Azhar selepas membenarkan permohonan SPRM.
Mereka yang ditahan itu adalah Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah dan Ketua Polis Daerah Jasin Sakri Yusoff.
Masing-masing berusia antara 46 hingga 54 tahun, dan direman bermula hari ini hingga 22 Mei bagi membolehkan siasatan rasuah membabitkan kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di beberapa lokasi sekitar Melaka.
Akhbar harian berbahasa Inggeris, The Star melaporkan, seorang lagi pegawai polis, yang berpangkat inspektor, turut ditahan dalam serbuan awal pagi ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Seri Azam Baki dikatakan telah mengesahkan tangkapan berkenaan.
Terdahulu mahkamah sama pagi tadi mengeluarkan perintah reman bagi kes sama terhadap tiga pegawai polis dan tiga orang awam selepas mereka ditahan di sekitar Melaka semalam.
Semua suspek disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) dan 17(a) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

‘PAS tak halang letak jawatan, tapi lebih baik kekal’- Mohd Amar

PAS tidak menjangkakan Biro Politik PKR membuat keputusan drastik dengan mengarahkan semua lantikan politik dari parti itu dalam kerajaan negeri Kelantan melepaskan jawatan mereka serta-merta.
Walau bagaimanapun, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata keputusan untuk kekal adalah lebih baik, meskipun parti itu tidak menghalang jika mereka mahu melepaskan jawatan masing-masing.
"Kami mengalukan mana-mana ahli PKR yang mahu kekal dengan lantikan itu supaya dapat bersama-sama memberi khidmat kepada rakyat... itu lagi penting.
"Bagaimanapun, kita tidak menghalang jika mereka mahu meletak jawatan, namun keputusan kekal (jawatan dalam kerajaan negeri) adalah lebih baik.
"Apa pun, ia terserah kepada mereka dan kita mengalu-alukan apa saja keputusan yang dibuat," katanya yang dipetik portal Berita Harian Online selepas mesyuarat exco negeri, di Kota Bharu, hari ini.
Menurut Mohd Amar, keputusan itu adalah tindakan drastik pucuk kepemimpinan PKR, memandangkan pihaknya menjangkakan ketika ini adalah tempoh bertenang susulan isu hubungan kedua-dua parti terbabit.
Beliau yang juga timbalan menteri besar, turut dipetik berkata setakat ini, pihaknya masih belum menerima sebarang surat daripada ahli PKR di negeri ini berhubung keputusan berkenaan.
"Bagi kerajaan, apa saja keputusan tidak menjejaskan pentadbiran negeri, cuma mereka akan rugi kerana tidak boleh berkhidmat kepada rakyat.
"Kami harap supaya mereka kekal sekurang-kurangnya hingga hujung tahun atau sehingga pilihan raya umum nanti," katanya.
Malaysiakini sebelum ini melaporkan bekas senator PKR, Saiful Izham Ramli, berkata parti itu perlu mengarahkan semua anggotanya yang mendapat lantikan politik daripada Kota Darulnaim meletakkan jawatan.

'Pendaftaran pengundi baru naik 8 kali ganda' - Pakatan

Pendaftaran pengundi baru semasa suku ketiga 2016 menunjukkan peningkatan lapan kali ganda berbanding pada masa biasa, kata anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad.
Angka itu juga lima kali ganda lebih tinggi berbanding suku keempat tahun lalu dan suku pertama tahun ini.
Perkara itu justeru menimbulkan keraguan, kata pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) itu.
Katanya, pendaftaran pengundi baru kebiasaannya berada pada angka 70,000 untuk setiap suku tahunan sejak 2013.
“Ini menimbulkan banyak persoalan dan kita mahu bincangkannya dengan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya dalam sidang media hari ini.
Tambahan lagi, katanya, pembangkang semakin sukar mendaftarkan pengundi apabila SPR tidak lagi membenarkan parti politik bertindak bagi pihak pegawai pembantu pendaftar badan itu.
“Jadi siapa buat pendaftaran sekarang? Dari mana mereka datang?

“Kalau kami bantu pendaftaran pun, kita hanya dapat 70,000 orang,” katanya.

PH: 'SPR sepatutnya jadi pengadil yang adil'

'SPR sepatutnya jadi pengadil yang adil'
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengharapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat menjalankan tugas dengan adil tanpa berpihak dengan mana-mana pihak.
Menurutnya, ini adalah 'perlawanan' dalam bidang politik.
"SPR perlu jadi referee (pengadil) yang adil dengan tidak memihak terhadap mana-mana parti," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.
Dalam pada itu, beliau turut mendakwa ramai anak muda yang gagal mendaftar pengundi di pejabat pos kerana kehabisan borang.
Katanya, sejak tahun 2013 hingga kini, begitu susah kita hendak mendaftar pengundi baharu. Ramai orang muda yang sedar hendak daftar undi dan bila mereka datang ke pejabat pos dapati borang habis seterusnya tidak dapat mendaftar.
Selain itu tambahnya, malah Pakatan Harapan yang hendak bertemu dengan pimpinan SPR juga susah.
"Kenapa SPR 'bersih' untuk berjumpa. Bagaimana SPR jalankan tugas dengan adil?," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, SPR perlu membantu permintaan parti-parti politik untuk membuat semakan daftar pemilih selain menentukan proses pilihan raya berjalan dengan baik.
"Mungkin sekarang falsafah dan berubah dan pilihan raya ini untuk menentukan BN menang. Ini agak terkilan sekiranya ia benar berlaku," katanya.

PSM bertanding 20 kerusi, seru Pakatan ‘jangan angkuh’

Parti itu yang sebelum ini bertanding di bawah tiket PKR kali ini bersedia bertembung dengan parti lain tetapi tidak menolak perbincangan.
a-sivarajan-psmKUALA LUMPUR: Parti Sosialis Malaysia (PSM) bercadang meletakkan 20 calon, kali ini atas namanya sendiri, pada pilihan raya umum akan datang.
Setiausaha Agung PSM A Sivarajan berkata selain 4 kerusi yang ditandinginya pada PRU ke 13 – Sungai Siput, Kota Damansara, Jelapang dan Semenyih – PSM akan bertanding di kawasan di mana parti itu “sekian lama menjalankan kegiatan dan memiliki sokongan akar umbi”.
“Buat masa ini kita melihat untuk bertanding di kira-kira 20 kawasan (DUN dan Parlimen). Misalnya ramai sudah tahu salah satunya adalah Cameron Highlands.
“Kawasan lain masih dalam perbincangan dengan cawangan dan pengumuman rasmi akan dibuat tidak lama lagi. Tapi memang kami akan bertanding di lebih banyak kawasan kali ini,” katanya di pejabat parti itu di Brickfields, hari ini.
Selain Cameron Highlands, parti itu disebut-sebut akan meletakkan calon di Parlimen Subang dan Batu Gajah.
Sivarajan juga tidak menolak kemungkinan PSM akan bertembung dengan Pakatan Harapan.
“Ada 222 kerusi (Parlimen) di negara ini dan semuanya dibahagikan di kalangan mereka, maka pertembungan pasti akan berlaku,” katanya.
PSM kini menyandang kerusi Sungai Siput yang dimenangi Dr Devaraj atas tiket PKR. Calon parti itu yang bertanding di bawah lambang PSM bagaimanapun tewas di Semenyih disebabkan pertandingan 3 penjuru melibatkan PKR dan Barisan Nasional.
Sementara di kerusi DUN Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim, pemimpin PSM yang bertanding atas tiket PKR, tewas selepas pertembungan 3 penjuru disebabkan kehadiran calon PAS.
Manakala di kerusi DUN Jelapang, calon PSM, M Sarasvathy tewas kepada calon DAP.
‘Jangan angkuh’
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, Dr Michael Jeyakumar Devaraj berkata pertembungan boleh dielakkan melalui perbincangan, dan partinya sentiasa terbuka mengadakan “kerjasama pilihan raya” walaupun bukan ahli rasmi gabungan itu.

Gerak geri politik PAS

Apa yang pasti, keputusan memutuskan kerjasama dengan PKR tidak mampu menghalang pembentukan sistem dwiparti yang sedang bergerak di negara ini. Apa sedang berlaku bukan sangat melibatkan cita-cita satu-satu parti atau individu, tetapi merupakan proses sejarah yang sedang membentuk apa yang disebut sebagai “grand coalition”.
Walaupun PAS cuba menjalinkan kerjasama dengan parti pembangkang lain seperti Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dan yang terbaru dengan Parti Cinta Malaysia (PCM), namun bentuk tahaluf siyasi baharu itu tidak lebih ibarat sebuah pertunjukan pentas bagi memaparkan kononnya PAS boleh membentuk blok sendiri tanpa PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP.
Sama ada Parti Ikatan yang dipimpin Kadir Sheikh Fazdil mahupun PCM, keduanya adalah parti nyamuk yang tidak mempunyai apa-apa kekuatan. Keduanya tidak mempunyai walau seorang wakil rakyat di parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Bahkan berita tentang kedua parti itu juga sukar diperoleh dalam mana-mana media, termasuklah di Internet.
Barang diingat, tanpa Dr Mahathir Mohamad sekali pun, kesedaran dan proses untuk mewujudkan sistem dwiparti sudah berjalan secara natural khususnya selepas PRU 2004.
Usaha tersebut telah dicetuskan dengan inisiatif beberapa pihak, termasuklah oleh badan-badan bukan kerajaan, aktivis dan para cendekiawan prodemokrasi beberapa tahun sebelum itu lagi. Ia juga mula digerakkan dengan serius apakala Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara pada September tahun yang sama.
PKR yang lebih muda dari PAS dan DAP, misalnya cukup sedar bahawa tanpa pembangkang yang benar-benar bersatu, cita-cita menjejakkan kaki ke Putrajaya adalah mustahil. Tokoh seperti Anwar, dan kini Dr Mahathir hanya ibarat ‘takdir’ yang mempercepatkan proses membentuk sistem dwiparti itu.
Apa yang disebut sebagai “sistem dwiparti” bukanlah bermakna hanya akan ada dua buah parti sahaja di negara ini. Sistem dwi parti bermaksud pengwujudan dua blok politik yang jelas. Satu gabungan bersama kerajaan, dan satu blok lagi bersama pembangkang. Dua blok ini jugalah yang menjadi asas belahan dalam sistem parlimen dan DUN di negara ini. Di sana, tak ada tempat untuk pihak ketiga atau yang kononnya hendak berkecuali.
Di UK, blok-blok parti dikenali dengan panggilan “Konservatif” dan “Buruh”. Di bawah dua gabungan tersebut barulah wujud sejumlah parti-parti lain. Hanya ketika tercetus Perang Dunia Pertama, semua parti-parti di UK membentuk kerajaan bersama yang dikenali sebagai “Kerajaan Kebangsaan”.
Keperluan semasa waktu itu adalah kepentingan untuk menyelamatkan UK daripada kalah dalam perang. Apabila perang tamat, keadaan asal di mana dua blok “Konservatif” dan “Buruh” pun wujud kembali.
Tahaluf 120 tahun Konservatif-Liberal
Tahaluf siyasi paling lama adalah antara Parti Konservatif dengan Parti Liberal, yakni selama 120 tahun. Ia lebih lama daripada semua bentuk kerjasama dalam BN yang kini berusia 60 tahun.
Pada 1977, Parti Liberal memecahkan tradisi apabila menghulurkan tangan bekerjasama dengan Parti Buruh untuk membentuk kerajaan. Tiga tahun sebelumnya, Parti Buruh berjaya menewaskan Parti Konservatif tetapi dengan majoriti tipis.
Oleh itu, bagi menyelamatkan diri, Parti Buruh memerlukan Parti Liberal terutama dalam perkara meluluskan urusan di parlimen seperti belanjawan dan rang undang-undang tertentu. Walaupun diputuskan hubungan oleh Parti Liberal yang menyertai Parti Buruh, Parti Konservatif yang dipimpin Margaret Thatcher kembali menang besar dalam pilihan raya 1979.
Keputusan berkenaan membuatkan pengaruh Parti Liberal menjadi mengecil. Walaupun dengan dasar perjuangan yang hebat, Parti Liberal dilihat sebagai kawan yang sangat tak boleh dipercayai lagi. Meninggalkan parti bagi seseorang ahli politik pun sudah dianggap keji, apatah lagi untuk sebuah parti secara keseluruhannya memutuskan tahaluf siyasi dengan satu parti lain, atau, meninggalkan seluruhnya sebuah gabungan besar.

Skandal SRC: Amanah tunggu keputusan Peguam Negara

Amanah sedang menunggu sebarang keputusan yang akan dibuat oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung isu yang melanda syarikat SRC International (SRC).
Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya akan mengambil beberapa tindakan yang perlu supaya Peguam Negara memberikan keputusan berhubung isu terbabit.
Salahuddin Ayub "Kita ingin memberi penegasan bahawa Peguam Negara perlu bertindak. (Ini kerana) negara lain telah mempunyai bukti kukuh (berhubung kes itu), (jadi) mengapa Peguam Negara tidak mengambil tindakan terhadap isu ini.
"Kita akan tengok tindakan apa yang boleh kita ambil (berhubung isu ini)," katanya dalam satu sidang media di Wisma Amanah Negara, di sini, hari ini.
Isnin lalu, Apandi menyatakan SPRM dijangka melengkapkan siasatan terhadap dana SRC dalam tempoh sebulan lagi.
Sebelum ini, Apandi telah mengkelaskan kes SRC sebagai NFA (Tiada Tindakan Lanjut) yang bermakna kes itu belum ditutup lagi.
Sementara itu, Salahuddin meluahkan rasa kesal terhadap jawapan yang diberikan oleh Peguam Negara apabila wartawan bertanyakan soalan mengenai isu SRC itu.
Jelasnya, Apandi dilihat tidak menonjolkan sikap serius terhadap kes berkenaan, sebaliknya memberikan jawapan bahawa isu Pulau Batu Puteh daripada isu SRC.
"Apabila Peguam Negara menonjolkan sikap sebegini, saya sangat bimbang beliau akan (menggunakan terma) NFA dalam isu SRC apabila SPRM menyerahkan kertas siasatan kes itu kepadanya," ujarnya.

Lepas jawatan politik: Pas harus faham isyarat PKR


Salahuddin Ayub...PKR tunjuk sikap bermaruah, isyarat jelas kepada PasSalahuddin Ayub...PKR tunjuk sikap bermaruah, isyarat jelas kepada Pas
Parti Amanah Negara (Amanah) menyifatkan keputusan PKR mengarahkan semua lantikan politik parti itu dalam Kerajaan Negeri Kelantan melepaskan jawatan sebagai sikap bermaruah dan berintegriti.
Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, sikap itu wajar dicontohi oleh mana-mana parti politik apabila memutuskan kerjasama politik dengan parti lain.
"Amanah sangat menghormati keputusan yang dibuat oleh mesyuarat Biro Politik PKR. Saya yakin segala keputusan yang dibuat mengambil kira pandangan ahli mesyuarat selepas Pas megambil sikap memutuskan tahaluf (siyasi) dengan PKR.
"Kenyataan yang dikeluarkan (Datuk Seri) wan Azizah (Wan Ismail) mengarahkan Ahli Majlis Kelantan meletakkan jawatan adalah sikap yang bermaruah dan berintegriti.
"Apabila sesebuah parti membuat keputusan untuk memutuskan hubungan, PKR mengambil sikap berintegriti," katanya dalam sidang media di Wisma Amanah Negara hari ini.
Mesyuarat Biro Politik PKR malam tadi membuat keputusan bahawa semua lantikan politik parti itu dalam Kerajaan Negeri Kelantan diminta melepaskan jawatan-jawatan tersebut berkuatkuasa serta merta.
Sehubungan itu, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir hari ini berkata, PKR Kelantan akur dengan keputusan itu dan akan melaksanakan semua keputusan itu.
Mengulas mengenai kedudukan exco Pas di Selangor pula, Salahuddin berkata parti itu seharusnya faham terhadap isyarat yang diberikan oleh PKR dan mengambil keputusan sama di negeri itu.
"Sebagai orang politik yang berintegriti saya rasa isyarat (PKR) malam tadi memberi gambaran yang jelas kepada Pas untuk membuat tindakan yang sama di Selangor," katanya.
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail malam tadi berkata, kedudukan Pas dalam Kerajaan Negeri Selangor akan diputuskan pimpinan PKR selepas Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR kembali daripada lawatan kerja di luar negara.
"Kedudukan Pas dalam Kerajaan Negeri Selangor telah dibincangkan pada malam ini dan akan diputuskan pimpinan PKR bersama Datuk Menteri Besar Selangor sekembalinya beliau dari lawatan rasmi ke luar negara," katanya.

Pakatan Harapan mohon jumpa pengerusi SPR

R Sivarasa menyifatkan tindakan Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah enggan menemui parti politik yang merupakan pelanggan SPR sebagai tidak profesional.
sivarasa-pakatan-harapanPETALING JAYA: Pakatan Harapan hari ini mahu mengadakan perjumpaan dengan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membincangkan proses pilihan raya yang didakwa tidak bebas dan adil.
Ia termasuk ketidaktelusan daftar pemilih yang merupakan dokumen paling penting untuk pilihan raya.
Wakil pakatan pembangkang itu, R Sivarasa menyifatkan keengganan Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah menemui parti politik yang merupakan pelanggan SPR sebagai tindakan tidak profesional.
“Pengerusi SPR terkini menampilkan tingkah laku amat tidak profesional dalam sejarah SPR yang secara tidak langsung merendahkan taraf badan itu daripada sebuah suruhanjaya yang sepatutnya bebas dan adil.
“Proses pilihan raya demokratik di negara ini tidak mencerminkan kebebasan dan keadilan.
“SPR tidak harus dan tidak boleh sama sekali menjadi kuda tunggangan Barisan Nasional untuk memastikan parti itu dipilih semula dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),” kata ahli Parlimen Subang itu pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.
Naib Pengerusi PPBM, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, parti politik perlu dibenarkan membeli salinan daftar pemilih pada harga munasabah.
“Juallah. Apa salahnya? Buat salinan dan jual. Kalau parti politik tiada peruntukan, tidak akan membelinya.
“Ini adalah kebebasan untuk parti politik membuat semakan. Itu adalah tanggungjawab parti politik dan perlu dihormati,” kata bekas pengerusi SPR dari 2000 hingga 2008 itu.
Pada 29 April lalu, Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh dilaporkan berkata, pengarah pilihan raya negeri sudah diarahkan menghentikan pengedaran Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Tahun kepada parti politik semasa Pameran RDPT.

Pendirian PKR kukuhkan Pakatan Harapan


Shazni Munir Mohd IthninShazni Munir Mohd Ithnin
Pemuda Amanah Nasional menyambut baik keputusan PKR mengarahkan semua lantikan politik parti itu dalam Kerajaan Negeri Kelantan meletakkan jawatan.
Naib Ketuanya Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, keputusan itu memperlihatkan ketinggian maruah PKR dalam menanggapi 'politik tak tahu malu' rakan lama mereka, yang dipercayai merujuk kepada Pas.
"Ketika rakan lama terus tebal muka mempertahankan jawatan politik di Selangor, pendirian PKR benar-benar mewajahkan kematangan dalam berpolitik.
"Tidak berhujah remeh-temeh menyalahkan pihak lain, sebaliknya PKR nekad mengarahkan peletakan jawatan serta-merta bagi semua lantikan politik di Kelantan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mesyuarat Biro Politik PKR malam tadi membuat keputusan bahawa semua lantikan politik parti itu dalam Kerajaan Negeri Kelantan diminta melepaskan jawatan-jawatan tersebut berkuatkuasa serta merta.
Beliau juga berkata, Pemuda Amanah juga sangat menghargai komitmen PKR untuk memperkukuh Pakatan Harapan.
"Bagi seluruh pendukung perubahan, pendirian ini amat bermakna bagi memudahkan rakyat membuat pilihan yang jelas.
"Pakatan Harapan yang sarat dengan idea perubahan, atau kleptokrat Barisan Nasional yang mengkhianati amanah rakyat," katanya.
Pada 11 Mei lalu, Majlis Syura Ulamak Pas sebulat suara menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR serta merta kerana parti itu dikatakan melanggar beberapa syarat kerjasama politik yang terjalin sekian lama.

Manifesto HARAPAN: Kuasa pendakwaan pada SPRM

Pakatan Harapan (HARAPAN) akan memberi kuasa penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan pendakwaan dalam penyiasatan kes rasuah sekiranya diberi mandat selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU) nanti.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Salahuddin Ayub berkata, perkara itu antara reformasi yang akan diperkenalkan dalam manifesto HARAPAN.
"Insya-Allah kita akan letakkan dalam manifesto bahawa kita tetap akan memperjuangkan apabila kita mendapat mandat daripada rakyat melalui PRU akan datang bagi memelihara integriti sistem pengasingan kuasa negara untuk praktis pemisahan kuasa.
"Kita tetap akan membawa pandangan dan cadangan hak pendakwaaan kepada SPRM‎," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau mengulas perkara itu, sebagai respon terhadap sikap Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali‎ yang disifatkan seolah-olahnya ingin memperkecilkan siasatan SPRM terhadap syarikat SRC‎ International (SRC).
Terdahulu, Apandi enggan mengulas mengenai kandungan didedahkan blog SPRMInsider yang mendakwa dana SRC itu turut disalurkan ke beberapa individu serta syarikat yang berkaitan dengan Umno.
Kesal dengan perkara itu, Salahuddin berkata sikap Apandi itu cuba untuk mengalih perhatian rakyat kepada isu Pulau Batu Putih yang sekarang ini dibawa kembali ke ICJ.
"Bagi seorang peguam negara saya sangat kesal dengan sikap yang ditunjukkan oleh beliau yang sekali lagi saya cukup bimbang hasil penyiasatan SPRM ini akan dipandang kecil dengan sikap yang ditunjukkan oleh Tan Sri Apandi ini.
"Rakyat Malaysia sangat kecewa kerana isu SRC itu merupakan isu yang bukan sekadar menarik perhatian masyarakat tempatan tetapi telah menular di peringkat antarabangsa.

“Dan pendedahan demi pendedahan telah dibuat cuma di Malaysia ini kes-kes melibatkan 1MDB dan SRC ini terhalang oleh kerana ia tidak didakwa ataupun diterima untuk didakwa oleh peguam negara," katanya.
Dua hari lalu SPRM dilaporkan akan menghantar hasil laporan siasatan terhadap SRC dalam masa sebulan lagi dan Apandi enggan mengulas mengenai perkara itu.
Salahuddin berkata, sangat penting untuk beliau beritahu kepada rakyat Malaysia bahawa kenyataan dikeluarkan oleh peguam negara ini seolah-olah satu isyarat yang cukup dibimbangi oleh kerana hak pendakwaan itu akhirnya akan sampai ke meja peguam negara.
"Dengan jawapan yang cuba menunjukkan sikap untuk mengalih pandangan itu saya sangat bimbang sekali lagi penyiasatan yang telah dilakukan dengan penuh kesungguhan oleh pihak SPRM ini akan diketepikan sekali lagi oleh peguam negara.

Pakatan Harapan ada peluang lebih baik jika Pas-Umno bergabung

(dari kiri) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir(dari kiri) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz MahathirPakatan Harapan akan mempunyai peluang lebih baik untuk menang pada pilihan raya umum akan datang jika Pas bergabung dengan Umno, kata Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ini kerana, katanya, Pakatan Harapan akan berdepan dalam pertandingan satu lawan satu dan bukannya pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum akan datang.
“Kita dalam Pakatan Harapan akan terus mengatur langkah, untuk menerima hakikat bahawa Pas tidak lagi bersama kita, kita mungkin berhadapan tentangan tiga penjuru.
“Tetapi baik juga kalau mereka (Pas) nak bergabung dgn Umno, kita tentang dua penjuru, peluang lebih besar untuk menang.
“Apa-apa pun, strategi akan kita susun untuk mendapatkan kejayaan,” katanya pada sidang akhbar di Kedah  hari ini.
Katanya melalui kajian yang telah dibuat Bersatu, jelas jika berlaku satu lawan satu ia lebih mudah.
"Jika berlaku tiga penjuru kita akan berhadapan dengan persaingan.
"Jika kita mengatur strategi yang betul jika berhadapan tiga atau empat penjuru cara bagaimana kita akan usahakan apa jua situasi kita ada peluang untuk menang.
"Setakat hari ini Pas tidak mahu bekerjasama dengan kami dan sudah tidak ada lagi kerjasama yang disebutkan jika merujuk kenyatan Hadi sebelum ini, kita kena atur strategi lainlah," ujarnya.
Muhyiddin juga membidas Pas kerana sanggup bekerjasama dengan Umno.

Putus Tahaluf: Kami akan tarik diri dari jawatan politik, kata PKR Kelantan

Pas memutuskan hubungannya dengan PKR. Langkah pertama dibuat PKR adalah lepaskan semua lantikan politik di Kelantan.Pas memutuskan hubungannya dengan PKR. Langkah pertama dibuat PKR adalah lepaskan semua lantikan politik di Kelantan.

PKR Kelantan akan mematuhi keputusan Biro Politik PKR malam tadi yang memutuskan kesemua lantikan politik di negeri itu melepaskan jawatan-jawatan tersebut.
Aziz Kadir... kami akan patuh keputusan pucuk pimpinan.Aziz Kadir... kami akan patuh keputusan pucuk pimpinan.Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir berkata, PKR Kelantan akur dengan keputusan itu dan akan melaksanakannya semua keputusan itu.
Mesyuarat Biro Politik PKR semalam membuat keputusan bahawa semua lantikan politik parti itu di dalam Kerajaan Negeri Kelantan diminta melepaskan jawatan-jawatan tersebut berkuatkuasa serta merta.
"Perkara ini telah disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan," kata Datuk Seri Dr Wan Azizah dalam satu kenyataannya.

TI-M: PM, anggota kabinet & ketua institusi perlu isyihar harta

Transparency International-Malaysia (TI-M) menggesa Perdana Menteri, anggota kabinet dan ketua-ketua institusi utama perlu mengisytiharkan harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Presiden TI-M, Datuk Akhbar Satar berkata ia untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti di peringkat atasan.
Katanya manakala Ketua pesuruhjaya SPRM pula perlu mengisytiharkan hartanya kepada Parlimen.
“Ini perlu sebagai langkah pertama, sebelum akhirnya, semua orang-orang ini mengisytiharkan secara terbuka harta melalui talian.
“Tidak ada bahaya, kerana setiap tahun senarai teratas 10 orang terkaya di Malaysia (dan nilai bersih mereka) disiarkan dalam media,” katanya dalam satu kenyataan.
Akhbar berkata harta perlu diisytiharkan oleh semua anggota eksekutif, peguam negara, ketua polis negara, panglima Angkatan Tentera Malaysia dan pihak pengurusan tertinggi dalam perkhidmatan awam.
Perisytiharan itu perlu dilakukan sebelum dan selepas memegang jawatan, dengan analisis nilai bersih dijalankan secara berkala.
“Proses itu harus merangkumi harta pasangan, tanggungan dan lain-lain anggota keluarga terdekat, serta kepentingan komersial atau institusi yang disertainya,” katanya.
Akhbar berkata satu bahagian khas yang terdiri daripada pakar perakaunan forensik dan penyiasat perlu ditubuhkan untuk melakukannya.
Katanya, mereka akan menyiasat dan mendakwa mereka yang gagal mematuhinya.
“Amalan seperti ini juga boleh mengelakkan tuduhan palsu dan meningkatkan kepercayaan orang ramai,” katanya.

DRB-Hicom bincang jual Proton kepada Geely, PSA Jumaat ini

Geely yang memiliki jenama Volvo dari Sweden dikatakan mahu mengambil alih sebahagian besar saham minoriti dalam Proton dan membeli majoriti ekuiti dalam anak syarikat Proton, Lotus.
proton_geely_psa_600
PETALING JAYA: Selepas perbincangan selama berbulan-bulan, syarikat induk Proton Holdings Bhd, DRB-Hicom Bhd akan mengadakan mesyuarat minggu ini untuk membincangkan cadangan Zhejiang Geely Holding Group Co (Geely) dan PSA Group menjadi rakan kongsi strategik pengeluar kereta nasional itu.
Seorang individu yang mengetahui situasi itu memberitahu Bloomberg, mesyuarat itu akan diadakan Jumaat ini.
DRB-Hicom bagaimanapun enggan mengulas proses jualan 51% kepentingan dalam Proton kepada rakan kongsi asing bagi memastikan kilangnya terus beroperasi dan membangunkan model baharu.
Individu yang mengetahui situasi semasa itu berkata, Geely yang merupakan pengeluar teksi Britain – The London Taxi Company, mahu mengambil alih sebahagian besar saham minoriti dalam Proton dan membeli majoriti ekuiti dalam anak syarikat Proton, Lotus.
Seorang lagi individu yang tahu mengenai proses itu berkata, PSA Group pula lebih berminat mengambil alih majoriti pegangan Proton.
Kedua-dua syarikat itu bagaimanapun enggan mengulas berhubung perkara itu.
Pengarah Eurasia Group untuk rantau Asia Tenggara, Peter Mumford yang dipetik Bloomberg berkata, mencari rakan kongsi asing untuk Proton yang mempunyai kira-kira 12,000 pekerja ialah penyelesaian logik untuk “sebuah syarikat yang menjadi lambang negara, tetapi tidak cekap dan mengalami kerugian”.
“Jika jenama ini dan pekerjaan dapat dikekalkan, ini mungkin ialah satu keputusan popular.”
Proton ditubuhkan pada 1983 oleh perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang meletak jawatan sebagai penasihatnya pada Mac 2016 selepas beliau bertindak keluar daripada Umno.
Syarikat itu kemudiannya diswastakan pada 2012, sebelum diambil alih DRB-Hicom – sebuah konglomerat dikawal jutawan Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary.
Pencarian rakan kongsi Proton bermula tahun lalu, selepas ia menerima suntikan pinjaman RM1.5 bilion daripada kerajaan pada April 2016, dengan syarat ia melaksanakan pelan pemulihan dan mencari rakan kongsi asing untuk membantu dalam penyelidikan dan pembangunan.
Proton dilaporkan mengalami kerugian RM1.4 bilion (atau 72 sen sesaham) pada tahun kewangan ke-3 2016 sehingga mempengaruhi kerugian bersih yang dialami DRB-Hicom berjumlah RM821.3 juta.
Bagi tahun kewangan berakhir Mac 2016, DRB-Hicom merekodkan kerugian bersih berjumlah RM991.90 juta, juga disebabkan prestasi Proton yang lemah.

Hudud: Apabila pemimpin Melayu terpaksa berjoget ikut rentak PAS

Hakikatnya, hanya PAS yang jujur mengenai hudud, sementara parti lain terus berdalih seperti dilihat dalam wawancara presiden PKR dengan Al Jazeera minggu lalu.
Wan-Azizah-pas-hududDitelan mati emak, diludah mati bapak. Nampaknya peribahasa ini paling sesuai menggambarkan dilema ahli politik Malaysia berkenaan hukum hudud, sama ada Islam mahupun bukan Islam.
Kali ini, ketua Pakatan Harapan sendiri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, terperangkap dengan persoalan dalam temuramah yang amat licik dengan wartawan Al Jazeera, Mehdi Hassan.
Mehdi bertanya Wan Azizah tentang kerjasama PKR dengan PAS walaupun PAS sedang berusaha gigih untuk meluluskan rang undang-undang (RUU) meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 untuk meningkatkan had hukuman.
Wan Azizah cuba berdalih dengan mengatakan PKR tidak lagi bekerjasama dengan PAS tetapi Mehdi dapat mengesan “mangsanya” itu dalam keadaan terdedah, sambil menekan “butang” itu lagi dengan mengingatkan yang PKR bekerjasama dengan PAS sudah sekian lama.
Wan Azizah mungkin tidak sedar yang perangkap sudah sedia untuknya, lalu menjawab yang pada masa itu, PAS bersetuju membelakangkan hudud.
Mehdi pun menerkam dengan soalan tentang hudud. Dia terus bertanya kepada Wan Azizah, adakah beliau akan melaksanakan hukum hudud jika menjadi perdana menteri.
Wan Azizah membuka ruang untuk Mehdi menggunakan taktik logika iaitu “appeal to emotion” (menggunakan hujah yang akan menaikkkan emosi) dan bertanya, adakah Wan Azizah akan menginstitusikan hukuman kejam seperti memotong tangan dan merejam sampai mati. Di sinilah Wan Azizah terkandas dan menjawab, “Bukan dalam masa terdekat”.
Dengan jawapan ini, Wan Azizah menjadikan dirinya sasaran kepada media sosial yang mengkritik dan mencemuhnya bertubi-tubi.
Mengapa Wan Azizah begitu lemah menjawab soalan ini?
Jawapannya amat mudah – kerana ahli-ahli politik Malaysia selain daripada PAS, menjadi tebusan kepada hukum hudud.

PAS guna istilah Arab raih sokongan orang Melayu, kata Dr M

Bekas perdana menteri berkata ahli PAS sukar berubah kerana terlalu taksub dengan pemimpin mereka.
mahathir-pasPETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menyerang PAS, mendakwa parti itu pintar menggunakan agama dengan pelbagai istilah Arab bagi menghalalkan segala aktiviti politiknya.
Bekas perdana menteri itu memberi contoh istilah “tahaluf siyasi”, atau kerjasama politik, yang kerap digunakan pemimpin PAS untuk menyifatkan kerjasama dengan parti lain yang berbeza ideologi.
“Penggunaan bahasa Arab jelas bertujuan untuk menunjuk kerjasama PAS dengan parti kafir DAP diterima oleh agama Islam,” tulis pengerusi PPBM itu dalam catatan blog terkini.
“Tahaluf Siyasi hanya bermakna bekerjasama (pakatan) politik dalam bahasa Melayu atau ‘political cooperation’ dalam bahasa Inggeris. Ayat-ayat Al-Quran yang disebut dalam kertas Tahaluf Siyasi itu tidak menentukan kerjasama politik seperti itu halal atau tidak.”
Sambil memberikan sejarah ringkas PAS ketika berada dalam Barisan Nasional sehinggalah perkembangan terkini yang menyaksikan hubungan lebih mesra dengan Umno, Dr Mahathir berkata ahli PAS sentiasa taksub kepada pimpinan mereka dan ia menyukarkan usaha mengubah hala tuju parti itu.
“Mereka begitu taksub dengan pemimpin dan parti mereka sehingga dakwaan Nik Aziz bahawa Tuhan mencarut pun diterima baik oleh mereka,” tulisnya merujuk bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Nik Aziz pada 1999 mencetuskan kontroversi selepas ceramahnya mempertahankan novel satira “SHIT” karangan Sasterawan Negara Datuk Shahnon Ahmad, di mana beliau dilaporkan berkata Tuhan juga “mencarut” dalam Al-Quran melalui ayat-ayat menyumpah.
Dr Mahathir berkata ketaksuban ahli PAS ialah kerana mereka diikat dengan bai’ah (sumpah taat setia) “sehingga mereka sanggup membelakangkan Islam dan Al-Quran”.
Bekas presiden Umno selama 2 dekad itu mengulangi sengketa awal Umno dan PAS, di mana pemimpin PAS didakwa mengkafirkan pemimpin Umno pada pilihan raya umum 1959.
“Ramai orang Melayu terpengaruh dengan dakwaan ini sehingga ada yang mengkafir ibubapa mereka, dan ada yang berkahwin semula kerana perkahwinan mereka sebelum menjadi ahli PAS tidak sah dan anak mereka menjadi anak haram.

SPR didesak siasat 'operasi gonggong' pindah pengundi di Kelantan


Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menunjukkan memorandum Bersih kepada SPR ketika bergambar bersama rombongan Pakatan Harapan KelantanDatuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menunjukkan memorandum Bersih kepada SPR ketika bergambar bersama rombongan Pakatan Harapan Kelantan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didesat menyiasat segera usaha dilakukan pihak tertentu memindahkan pengundi secara terancang di beberapa kawasan di Kelantan.
"Operasi memindahkan pengundi kerana bakal calon parti tertentu yang nak bertanding di kawasan baru kini dapat dikesan," kata pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Dalam penemuan awal pihaknya, beliau berkata 454 orang dikesan dipindahkan daripada kawasan parlimen Tumpat ke Pasir Puteh.
"Di Kelantan kita namakan tindakan ini sebagai 'operasi gonggong" di mana pengundi dipindahkan bukan sebab perpindahan tempat tinggal," katanya.
Beliau bimbang operasi ini ada kaitan dengan desas desus seorang bekas pemimpin Umno Tumpat yang bercadang untuk bertanding di kawasan Pasir Puteh dalam pilihan raya kali ini.
"Kita mendapat maklumat terdapat kemasukan hampir 500 pengundi ke kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Gaal yang dikatakan berasal dari Tumpat.
"Kami mendesak SPR segera menyiasat perkara ini supaya sejarah lama operasi gonggong yang selalu dilakukan Umno satu kembali berjalan, Katanya pada sidang media sebelum menyerahkan memorandum tuntutan Bersih di pejabat SPR Kelantan semalam.
Menurutnya, kawasan Pasir Puteh Machang, Tanah Merah dan Bachok dikesan terlibat dengan kemasukan pengundi baru yang mencurigakan ini.
Berkenaan memorandum Bersih beliau berkata penyerahan itu dijalankan serentak di selurun negara.
"Perkara paling pokok adalah tuntutan supaya SPR diletakkan di bawah kuasa parlimen dan bukannya di bawah perdana menteri seperti sekarang.

Putus hubungan dengan PKR gusarkan akar umbi PAS


Putus hubungan dengan PKR gusarkan akar umbi PAS
Keputusan Majlis Syura memutuskan hubungan dengan PKR menjadikan satu kehilangan besar buat akar umbi PAS. 
MEREKA bekerjasama dengan baik pada dua pilihan raya umum (PRU) lalu dan berganding bahu ketika demonstrasi jalanan menentang Barisan Nasional (BN).
Ramai di antara mereka menjadi kawan.
Tetapi kini, akar umbi PAS terpempan selepas muktamar PAS di Alor Setar baru-baru ini mendesak hubungan dengan bekas sekutu mereka, PKR diputuskan.
Majlis Syura, badan tertinggi parti Islam itu pada minggu lalu mewartakan perpecahan PAS dengan PKR.
"Ini akan menyusahkan PAS kerana pengalaman lalu mengajar kita apabila sendiri, kita tidak akan ke mana," kata Mohamad Khairudin dari Selayang Indah, Selayang.
Pada PRU13, rumah Khairudin dijadikan markas gerak kerja PAS untuk kawasan DUN Taman Templer, Selayang.
Beliau dan isterinya rela berkorban apa saja untuk membantu jentera PAS termasuk menjadikan rumahnya sebagai markas PAS dan menempatkan petugas parti itu di luar kawasan yang datang membantu.
Dengan bantuan beliau dan kerjasama jentera PKR dan DAP di kawasan itu, calon PAS Zaidy Talib buat pertama kalinya menang di DUN Taman Templer.
Zaidy menang dengan majoriti 7,467 mengalahkan calon BN, Subahan Kamal yang menang pada 2008 di mana pada masa itu calon PAS masih kalah kerana kurang sokongan Cina.
Zaidy sendiri mengaku, beliau menang dengan majoriti 7467 kerana sokongan pengundi bandar khasnya masyarakat Cina.
"Sekarang hampir semua pengundi Cina tidak akan bersama PAS lagi," kata Khairudin yang menjadi penggerak kempen untuk PAS pada PRU13.
Selepas PAS berpecah dan tertubuhnya Amanah dan kini PAS memutuskan hubungannya dengan PKR pula, Khairudin antara pihak yang bersedih.
"Keputusan Majlis Syura memutuskan hubungan dengan PKR menyebabkan satu kehilangan besar buat kami di akar umbi," kata Muhamad Kassim, AJK Pemuda PAS Padang Terap.
Katanya, PAS dan PKR bekerjasama dengan PKR sejak 1999 dalam PRU dan pelbagai aktiviti lain termasuk demonstrasi.
"Sudah pasti bila PAS bergerak sendirian, kita jadi lebih lemah. Macam manusialah, kalau seorang tak berapa kuat, kalau berdua semakin kuat, kalau bertiga bertambah lagi kuat," katanya kepada The Malasian Insight.
Apa yang dirasai Khairudin dan Muhammad turut dirasai bekas ketua Pemuda PAS Johor, Ahmad Abdullah yang sudah 58 tahun bersama PAS.
Kerana tidak berpuas hati dengan hala tuju parti itu selepas putus dengan PKR dan kelihatan mesra Umno, beliau bersama 16 lagi ahli keluarga dan rakannya keluar meninggalkan parti itu.
Dengan keluarnya Ahmad, 83, PAS cawangan Parit Medan, Semerah, Batu Pahat yang diketuainya akan lumpuh kerana hampir semua ahli jawatankuasa keluar parti bersamanya.
"PAS sekarang sudah caca marba dan bingung. Saya tahu mereka masih sayang kerjasama dengan PKR bahkan DAP serta Amanah. Mereka tahu, kalau bercerai PAS yang akan mati.
"Tetapi kerana malu dan ego, mereka ambil jalan sendiri. Bila dah bercerai dengan yang lain, mereka hendak dengan tidak hendak pula dengan Umno," katanya yang pernah menjadi ketua Pemuda PAS Johor pada 1964.
Ahmad antara ribuan ahli PAS yang meninggalkan parti itu selepas Muktamar PAS ke-63 di Alor Setar.

KEPUTUSAN TEPAT PKR YANG PERLU DICONTOHI PAS

Berikutan tindakan Pas membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR, Biro Politik  parti itu yang bermesyuarat semalam telah membuat beberapa keputusan seperti berikut:-
1. KEADILAN menerima keputusan PAS yang telah membuat ketetapan muktamad untuk membatalkan tahaluf siyasi dengan KEADILAN, tetapi KEADILAN menolak alasan-alasan yang telah mereka berikan. Ini walaupun KEADILAN telah berusaha untuk menjaga dan melunakkan hubungan di antara kedua-dua parti.
2. KEADILAN akan segera mengatur langkah berikut bersama Pakatan Harapan dan sekutu lainnya yang mendokong agenda reformasi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.
3. KEADILAN juga telah membuat keputusan bahawa semua lantikan politik KEADILAN di dalam Kerajaan Negeri Kelantan diminta melepaskan jawatan-jawatan tersebut berkuatkuasa serta merta. Perkara ini telah disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan.
4. Kedudukan PAS di dalam Kerajaan Negeri Selangor telah dibincangkan pada malam ini dan akan diputuskan pimpinan KEADILAN bersama YAB Dato’ Menteri Besar Selangor sekembalinya beliau dari lawatan rasmi ke luar negara.
Khamis ini pula, Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dijangka akan bermesyuarat buat pertama kalinya selepas muktamar yang antaranya akan memutuskan kedudukan tiga Exco serta semula lantikan politiknya di negeri Selangor.
Mesyuarat kali ini difahamkan akan dipengerusikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man yang kini diberi amanah memangku tugas jawatan Presiden Pas berikutan Hadi Awang sedang menjalani rawatan rapi selepas menjalani pembedahan jantung di IJN.
Mesej daripada mesyuarat Biro Politik PKR ini tentunya merupakan pedoman yang terbaik bagi Pas untuk mesyuaratnya, Khamis nanti dan secara tidak langsung merupakan ujian kepada Tuan Ibrahim.
Pas tidak perlu terus berdolak-dalik, berselindung di sebalik Istana atau sebagainya berhubung tindakan mereka sendiri memutuskan hubungan dengan PKR.
Tidak perlu tunggu Pas menunggu Menteri Besar Azmin Ali memecat semua lantikan politik itu atau masih berharap Sultan Selangor terus memberi perkenan mereka menikmati gaji dan kemudahan, sebaliknya parti itu perlu tegas mengeluarkan arahan sebagaimana yang telah dilakukan oleh PKR terhadap wakil mereka di Kelantan.
Ini adalah keputusan politik dan di bawah sistem Raja Berperlembagaan yang menjadi amalan negara – mengeluarkan arahan melepaskan semua jawatan atau menghantar surat perletakan jawatan tidak memerlukan Pas mendapatkan perkenan Sultan Selangor terlebih dahulu.
Ia hanya perlu diputuskan dalam bilik mesyuarat yang memerlukan keberanian dan jiwa besar saja.

Pas Berbaik Dgn UMNO Untuk Selamatkan Najib, Bukan Mahu Selamatkan Malaysia

Mahathir Bidas PAS Kerana Sekongkol Dgn Najib Penyangak

Keadilan Kelantan letak jawatan serta merta di Kelantan, kata Wan Azizah