Selasa, 16 Mei 2017

Ketua-Ketua Bahagian UMNO Dan Parti Dari Barisan Nasional Yang Menerima Wang Dari Dato’ Seri Najib Perlu Pulangkan Kembali Wang Kerana Itu Duit Rakyat


Laporan Malaysiakini semalam memetik bahawa Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali enggan mengulas apabila ditanya sama ada dokumen-dokumen yang saya dedahkan (berasal dari satu laman yang disekat di Malaysia iaitu SPRMInsider) adalah benar.
Apabila beliau enggan menjawab dan menukar topik kepada isu lain setelah ditanya mengenai dokumen itu, secara tidak langsung beliau mengesahkan kesahihan dokumen-dokumen itu.
Sebelum ini, pihak berkuasa tidak pernah berlengah untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap saya walaupun isu yang saya bawa itu adalah berkenaan kepentingan awam.
Minggu ini, saya menghabiskan masa selama seminggu secara berterusan untuk 2 kes berbeza yang dibawa Peguam Negara:
1) dakwaan di bawah BAFIA berkenaan pendedahan saya mengenai skandal NFC melibatkan keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil
2) dakwaan di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan kononnya menyebarkan berita buruk mengenai Tabung Haji atas pendedahan saya bahawa rizab Tabung Haji telah menjadi negatif seperti yang terkandung di dalam surat mantan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz
Oleh itu, jika ada sedikit pun yang tidak benar mengenai dokumen SPRMInsider dan pendedahan-pendedahan yang saya telah buat setakat ini, saya yakin saya telah pun ditangkap dan didakwa.
Bukan itu sahaja, tidak ada seorang pun yang saya telah dedahkan menerima wang dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib Tun Razak yang telah membuat laporan polis atau menyaman saya atau menafikan dengan bukti.
Individu-individu paling penting (seperti berikut) pun tidak menafikan pendedahan saya:
1) Dato’ Seri Najib tidak menafikan membelanjakan RM3.2 juta di kedai barang kemas mewah yang bernama De Grisogono di Itali dalam satu hari yang dibayar dengan wang yang berasal dari SRC
2) Dato’ Amhari Nazaruddin, pegawai khas Dato’ Seri Najib tidak menafikan syarikatnya Orb Solutions Sdn Bhd menerima RM2 juta dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib dari wang yang berasal dari SRC
3) Bank Negara Malaysia tidak menafikan bagaimana seorang yang bernama Ariffin Salleh telah menunaikan cek tunai bernilai RM43 juta dalam masa 3 minggu dalam Januari 2015 yang sudah tentu dikesan oleh Bank Negara; wang itu berasal dari SRC dan disyaki dari suntikan dana dari Tabung Haji
4) Tabung Haji sehingga kini tidak mengeluarkan satu pun kenyataan menafikan penglibatannya dalam keseluruhan pindahan wang keluar masuk ke akaun SRC melalui suntikan dana RM193.5 juta ke dalam Putra Perdana Berhad, yang mana anak-anak syarikatnya digunakan untuk “melapiskan” pindahan wang SRC ke akaun peribadi Dato’ Seri Najib
Apabila tidak ada seorang pun yang saya telah namakan secara terbuka menafikan atau membuat laporan polis, saya semakin yakin bahawa kesemua pendedahan itu dari dokumen SPRMInsider adalah benar.
Apatah lagi apabila Peguam Negara sendiri enggan menafikan kesahihan dokumen itu dan menukar tajuk perbualan apabila ditanya.
Maka, pada hari ini saya ingin meneruskan pendedahan mengenai individu dan pihak lain yang menerima wang secara terus dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib seperti yang didedahkan melalui dokumen-dokumen tersebut.
Rujuk paparan skrin yang ditunjukkan, iaitu senarai penerima-penerima dari kalangan pimpinan Umno dan Barisan Nasional.


Berdasarkan dokumen itu, ada 8 urusniaga yang boleh dikenalpasti terus bahawa penerimanya adalah bahagian-bahagian Umno sendiri, atau parti Barisan Nasional atau pun individu yang merupakan pemegang jawatan di dalam Umno.
Saya senaraikan penerima-penerima wang SRC (yang bermula dari wang pencen rakyat) seperti yang terkandung di dalam dokumen SPRMInsider yang berkait dengan Umno:

Skandal SRC: Tiada tindakan undang-undang bermakna dokumen mesti betul

Setakat ini tiada seorang yang didakwa Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menerima dana SRC International membuat laporan polis terhadapnya.
rafizi-srcPETALING JAYA: Ketiadaan penafian berbukti daripada mereka yang dinamakan sebagai penerima dana SRC International menyebabkan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli percaya tuduhannya, berdasarkan dokumen yang diperoleh dari blog SPRMInsider, adalah benar.
“Jika ada sedikit pun yang tidak benar mengenai dokumen SPRMInsider dan segala pendedahan terperinci yang telah saya buat setakat ini, saya sepatutnya telah ditangkap dan didakwa,” katanya dalam siaran langsung di Facebook hari ini.
“Setakat ini tidak ada seorang pun yang telah saya dedahkan yang telah membuat laporan polis atau pun menyaman saya atau pun menafikannya dengan bukti.”
Ahli Parlimen Pandan itu bulan lepas, menggunakan dokumen yang diperoleh dari SPRMInsider mendakwa sejumlah dana disalurkan ke akan peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebelum dipindahkan ke individu lain.
Antaranya termasuk bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa. Nasharudin menafikan pernah menerima dana itu dan mendapatkan nasihat peguam untuk memulakan tindakan undang-undang atau tindakan yang dianggap wajar, bermanfaat dan mengikut undang-undang.
Rafizi dalam laporan Malaysiakini 3 Mei lalu dipetik sebagai berkata beliau belum terima surat tuntutan atau tindakan undang-undang dari Nasharudin.
“Individu-individu yang paling penting tidak ada seorang pun yang menafikan pendedahan saya,” kata Rafizi petang tadi.
Antara “individu penting” adalah Najib, pembantunya yang Rafizi dakwa menerima RM2 juta dari dana berkaitan SRC, Bank Negara Malaysia yang gagal menyiasat individu yang Rafizi dakwa menunaikan beberapa cek bernilai sehingga RM43 juta dalam masa 3 minggu pada Januari 2015, dan Tabung Haji.

MENANTI TEMPOH SEBULAN HASIL SIASATAN SPRM - MENDEBARKAN ATAU DALAM JANGKAAN?

Saya membaca laporan Malaysiakini mengenai keengganan Tan Sri Apandi Ali, Peguam Negara untuk mengesahkan sama ada dokumen dari laman SPRMInsider yang saya dedahkan selama lebih dua minggu ada benar atau palsu.

Apabila beliau enggan menjawab dan menukar topik kepada isu lain setelah ditanya mengenai dokumen itu, secara tidak langsung beliau mengesahkan kesahihan dokumen-dokumen itu.

Sebelum ini, pihak berkuasa tidak pernah berlengah untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap saya walaupun isu yang saya bawa itu adalah berkenaan kepentingan awam.

Minggu ini, saya menghabiskan masa selama seminggu secara berterusan untuk 2 kes berbeza yang dibawa Peguam Negara:

1) dakwaan di bawah BAFIA berkenaan pendedahan saya mengenai skandal NFC melibatkan keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil

2) dakwaan di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan kononnya menyebarkan berita buruk mengenai Tabung Haji atas pendedahan saya bahawa rizab Tabung Haji telah menjadi negatif seperti yang terkandung di dalam surat mantan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz

Oleh itu, jika ada sedikit pun yang tidak benar mengenai dokumen SPRMInsider dan pendedahan-pendedahan yang saya telah buat setakat ini, saya yakin saya telah pun ditangkap dan didakwa.

Bukan itu sahaja, tidak ada seorang pun yang saya telah dedahkan menerima wang dari akaun peribadi Dato' Seri Najib Tun Razak yang telah membuat laporan polis atau menyaman saya atau menafikan dengan bukti.

Individu-individu paling penting (seperti berikut) pun tidak menafikan pendedahan saya:

1) Dato' Seri Najib tidak menafikan membelanjakan RM3.2 juta di kedai barang kemas mewah di Itali dalam satu hari yang dibayar dengan wang yang berasal dari SRC

2) Dato' Amhari Nazaruddin, pegawai khas Dato' Seri Najib tidak menafikan syarikatnya Orb Solutions Sdn Bhd menerima RM2 juta dari akaun peribadi Dato' Seri Najib dari wang yang berasal dari SRC

3) Bank Negara Malaysia tidak menafikan bagaimana seorang yang bernama Ariffin Salleh telah menunaikan cek tunai bernilai RM43 juta dalam masa 3 minggu dalam Januari 2015 yanh sudah tentu dikesan oleh Bank Negara; wang itu berasal dari SRC dan disyaki dari suntikan dana dari Tabung Haji

4) Tabung Haji sehingga kini tidak mengeluarkan satu pun kenyataan menafikan penglibatannya dalam keseluruhan pindahan wang keluar masuk ke akaun SRC melalui suntikan dana RM193.5 juta ke dalam Putra Perdana Berhad, yang mana anak-anak syarikatnya digunakan untuk "melapiskan" pindahan wang SRC ke akaun peribadi Dato' Seri Najib

Umno, BN terima RM10.2 juta duit SRC dari Najib

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini mendakwa Umno, termasuk ibupejabat dan beberapa bahagian, serta parti-parti komponen BN, menerima sejumlah RM10.02 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Rafizi mendakwa wang yang disalurkan oleh Najib itu adalah dana daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
Dakwaannya itu dibuat berdasarkan dokumen siasatan yang bocor yang kemudiannya dimuat naik di sprminsider.blogspot.com, tetapi disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
SRC International kemudian diambil alih oleh kementerian kewangan yang diterajui oleh Najib, pada tahun 2012.
Rafizi, dalam satu kenyataan hari ini, mendakwa transaksi berlaku di antara 22 Julai 2014 dan 3 Mac 2015.
Beliau menyenaraikan wang yang didakwanya disalurkan daripada akaun peribadi perdana menteri seperti berikut:
22 Julai 2014 - RM170,000 kepada BN Bandar Tun Razak
22 Julai 2014 - RM1.5 juta kepada ibu pejabat Umno
24 Jul 2014 - RM1 juta kepada Umno Pulau Pinang
26 Ogos 2014 - RM5 juta kepada ibu pejabat Umno
Feb 17, 2015 - RM1 juta kepada Upko
17 Feb, 2015 - RM50,000 kepada Ketua Umno Padang Serai, Asmadi Talib
Feb 26, 2015 - RM1 juta kepada Umno Pulau Pinang
3 Mac 2015 - RM300,000 kepada Umno Johor Bahru
“Saya dengan ini mendesak supaya semua yang dinamakan di atas memberi maklumbalas mengenai dokumen ini dan membersihkan nama mereka.
“Saya juga menggesa supaya mereka memulangkan kembali wang ini kepada SRC, terutamanya Upko yang berisiko tinggi berkemungkinan besar menerima wang Tabung Haji untuk perbelanjaannya; jika mereka tidak dapat membuktikan mereka tidak menerima wang ini seperti yang didedahkan dokumen,” katanya.
Pada 3 Mei lalu, Rafizi membuat dakwaan sama berdasarkan blog sama, dengan mendakwa pelbagai organisasi berkaitan media, syarikat dan individu termasuk seorang pembantu kepada perdana menteri, menerima dana SRC daripada Najib.
Antara lebih daripada 30 penerima yang dinyatakan di dalam dokumen berkenaan, termasuk kedai barangan kemas De Grisogono di Arzachena, Itali, yang kononnya menerima 10 bayaran berasingan yang berjumlah 763.500 Euro (RM3,595,916.53 berdasarkan kadar pertukaran semasa) pada tahun 2014.
Ketika dihubungi kemudian, pemimpin Padang Serai, Asmadi menafikan dakwaan terbaru Rafizi itu.
Naib Presiden Upko Datuk Marcus Mojigoh juga menafikan menerima wang daripada perdana menteri, tetapi berkata adalah "normal" untuk parti menerima dana.
Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan ulasan daripada mereka yang lain yang dinamakan itu.
Najib dipercayai menerima sehingga RM74 juta daripada dana SRC International pada tahun 2014.
Sebahagian daripada wang berkenaan yang berjumlah RM32 juta, diperincikan menerusi dokumen yang dipegang oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali apabila beliau membersihkan Najib daripada sebarang salah laku pada Januari tahun lalu.

Umno P Pinang nafi terima wang dari Najib

Umno Pulau Pinang menafikan parti itu menerima RM2 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seperti didakwa Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini.
Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid ketika dihubungi menyangkal dakwaan Rafizi bahawa Umno menerima dana itu pada 24 Julai 2014 dan 26 Februari 2015.
"Minta dia (Rafizi) tunjukkan bukti dan laporkan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)," katanya, sambil menambah Umno Pulau Pinang gentar dengan siasatan.
"Bila nak dekat pilihan raya umum, pembangkang keluar dengan semua jenis karut. Mereka mengatakan banyak perkara yang mereka tak dapat buktikan," katanya.
Beliau juga menolak pendapat adalah salah bagi perhubungan Umno negeri menerima dana daripada presiden parti.
"Ini adalah kerja-kerja parti, kamu tahu? Kami bayar keahlian parti dan Umno memberikannya semula kepada kami untuk membiayai kerja-kerja parti," katanya.
Selain Umno Pulau Pinang, Rafizi juga menamakan lima penerima lain - iaitu ibu pejabat Umno, Parti Upko di Sabah, Ketua bahagian Umno Padang Serai, Asmadi Talib serta Umno Johor Bahru dan BN Bandar Tun Razak.
Kesemua pihak itu menerima RM10.02 juta pada tahun 2014 dan 2015.
Memetik dokumen yang dimuat naik di blog sprminsider.blogspot.com, Rafizi mendakwa wang itu datang daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
Sementara itu, Asmadi juga menafikan menerima RM50,000 daripada akaun Najib pada 17 Februari 2015.
"Saya tidak tahu. Saya tidak pernah menerima (wang dari akaun Najib). Bagi saya, ini adalah (taktik) politik untuk rosakkan saya. Saya tak mahu layan. Maaflah," katanya.

Meneka-neka apa yang dicari Pas dalam PRU14

“UMNO TIDAK DAMBAKAN TAHALUF SIYASI DENGAN PAS", itulah salah satu tajuk berita akhbar Sinar Harian Ahad, tanggal 14 Mei 2017. Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (DSAZ) dilaporkan berkata ahli Umno perlu menghormati setiap keputusan Pas dan mengiktiraf parti itu dalam senario politik di negara ini. Seterusnya beliau berkata pertandingan tiga penjuru dalam Pilihan raya Umum (PRU) Ke-14 itu nanti adalah bakal menjadi suatu realiti. Sepertinya teka teki corak pertandingan PRU Ke-14 semacam sudah dimuktamadkan.
Sekurang-kurangnya untuk setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun), pertandingan tiga penjuru sudah pasti akan berlaku. Umno-BN sepertinya sudah memperoleh apa yang telah dirancang dan diharapkan oleh mereka. Banyak orang berpendapat strategi tiga penjuru ini sudah dirancang selepas PRU12 lagi, di mana BN telah dinafikan majoriti 2/3 di Parlimen untuk kali pertama dalam sejarah PRU Malaysia!
Umno-BN mungkin berpendapat, strategi ampuh untuk terus menguasai tampok kuasa di Putrajaya adalah dengan merobehkan kesepakatan Pakatan Rakyat (PR) yang telah menjadi saingan utama kepada Umno-BN selepas PRU12. Langkah awal strategi menghuru-harakan PR yang telah berjaya menawan 82 kerusi Parlimen dan lima Dun adalah dengan melontarkan idea Kerajaan Perpaduan @ Unity Government di Perak. Agak menghairankan juga idea Kerajaan Perpaduan ini tidak diteruskan untuk negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dan Kedah. Akhirnya jatuh juga Kerajaan PR di Perak setelah sempat berkuasa untuk tempoh sekitar dua tahun.
Sebenarnya, gagasan Kerajaan Perpaduan ini ditentang kuat oleh Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat (TGNA), Mursyidul Am Pas ketika itu yang juga Menteri Besar Pas Kelantan. Presiden Pas, Tuan Guru Datuk Seri Hadi Awang tidak pula begitu mempromosikannya mungkin kerana disibukkan dengan tugasnya sebagai Menteri Besar Terengganu atau pun kerana masih punya rasa hormat terhadap TGNA.
Rupanya setelah Pas gagal mempertahan Kedah dan Terengganu dalam PRU13, strategi menghuru-harakan PR terus dilaksanakan secara diam. Daripada parti-parti dalam gabungan PR, PKR dan DAP agak sukar untuk diperalatkan kerana pemimpin-pemimpinnya bijak dari sudut menyusun strategi politik. Matlamat utama mereka adalah lebih jelas, untuk mengambil alih Putrajaya dan menawarkan gaya pentadbiran baru untuk rakyat Malaysia.
Pas yang masih mampu bertahan di Kelantan, dilihat dalam keadaan yang lemah dan diterajui oleh pemimpin yang juga lemah. Melihat keadaan ini, tanpa disedari, Pas telah dijadikan sasaran oleh Umno BN dalam grand design mereka menghuru-harakan PR. Maka berlakulah apa yang telah kita ketahui bersama. PR akhirnya terkubur pada 16 Jun 2015. Umum berpendapat, keberhasilan grand design ini sebenarnya adalah hasil kerja kuat bekas orang kuat Pas juga yang telah diperalatkan oleh Umno-BN. Bekas orang kuat Pas ini dikatakan menerima banyak manfaat peribadi daripada Putrajaya.

PKR: Hubungan Umno-PAS dahulu hanya ‘ijab’, sekarang ‘kabul’

Ketua penerangan PKR mempersoalkan tindakan PAS masih kekal dalam kerajaan negeri pimpinan parti itu selepas Majlis Syura Ulama parti Islam itu menetapkan hubungan mereka ditamatkan.
Syed-Ibrahim-Syed-Noh
PETALING JAYA: Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh mempersoalkan sikap “aneh” PAS yang masih kekal dalam kerajaan pimpinan parti reformasi itu selepas menamatkan hubungan kerjasama dengannya, tetapi dilihat mula menjalin kerjasama dengan Umno yang merupakan lawan politik PKR.
“Bukankah kerajaan negeri dipimpin menteri besar dan exco yang mana tahaluf (siyasi) dan rundingan politik dengan parti mereka telah terbatal menurut PAS?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
“Datuk Seri Najib Razak dengan bangga turut mengumumkan pembatalan ‘tahaluf siyasi’ antara PAS dan PKR dalam ucapannya (ketika sambutan ulang tahun Umno ke-71, Khamis lalu). Saya juga terbaca ada yang mendakwa kedua-dua Najib dan (Datuk Seri Abdul) Hadi (Awang) telah bertemu sejurus sebelum itu.
“Ini seolah-olah menggambarkan ‘tahaluf siyasi’ antara Umno dan PAS telah termeterai. Jika dahulu hanya ‘ijab’, sekarang semacam sudah ‘kabul’.”
PAS sebulat suara meluluskan usul memutuskan “tahaluf siyasi” dengan PKR pada muktamarnya 30 April lepas. Keputusan itu kemudiannya dimuktamadkan Majlis Syura Ulama PAS pada Khamis lepas menyebabkan 3 exco parti Islam itu berdepan tekanan untuk melepaskan jawatan mereka dalam kerajaan negeri.
Ketua Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, mereka akan kekal dalam kerajaan negeri untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan memastikan DAP “tidak membuat kerja jahat”.
Hari ini, Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin yang dipetik Oriental Daily berkata, parti itu mungkin mencapai “kata sepakat” dengan Umno untuk tidak melawan satu sama lain di kerusi sama pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Bagaimanapun, parti komponen BN termasuk MCA, MIC dan beberapa sekutu BN di Sabah dan Sarawak sebelum ini dilihat tidak senang dengan hubungan mesra Umno dengan PAS, terutama dalam menyokong pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
PAS dan Umno sejak kebelakangan ini berkongsi pentas dalam beberapa isu sejagat, termasuk dalam membantu etnik Rohingya Disember 2016.

‘Mahathir gagalkan rundingan BERSATU-PAS’ - Tuan Ibrahim

PAS menafikan dakwaan Ketua Biro Strategi dan Dasar BERSATU, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff bahawa terdapat lima individu dalam parti itu yang bertanggungjawab menggagalkan rancangan mereka untuk bersatu.
Sebaliknya Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kerjasama itu gagal disebabkan sikap pimpinan BERSATU sendiri terhadap parti itu dan kenyataan mereka berhubung agenda memperkasa Islam dalam pentadbiran, termasuk RUU355.
“Adalah tidak benar meletakkan kegagalan perundingan kepada anggota Jawatankuasa Perundingan.
“PAS menggantung perundingan disebabkan beberapa kenyataan Tun Dr Mahathir (Mohamed) khasnya yang bertentangan dengan dasar dan perjuangan PAS,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya hari ini.
Katanya, rundingan itu adalah mandat daripada Jawatankuasa PAS Pusat di mana beliau menjadi pengerusi manakala lima nama yang disebut oleh Rais Hussin adalah ahli jawatankuasanya.
Pagi tadi pemimpin BERSATU itu mendakwa wujud sekumpulan lima individu PAS yang bertanggungjawab menggagalkan rancangan mereka.
Menganggap mereka sebagai "bekerja keras untuk Umno" Rais berkata mereka adalah Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Ketua Penerangan, Nasrudin Hassan; Anggota Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, Anggota Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, dan Pengarah Penyelidikan PAS, Ahmad Zuhdi Marzuki.
Bagaimanapun, Rais mengingatkan, apa yang dilakukan kelima-lima pemimpin PAS itu adalah mengkhianati kepercayaan yang diberikan rakyat kepada mereka.

PAS DAN SEJARAHNYA – TUN MAHATHIR


1. Seperti yang disangka, PAS tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia; parti Melayu Islam dan Pribumi. Samada PAS akan adakan kerjasama dengan UMNO atau tidak, penyertaan PAS dalam PRU 14 tetap akan menghakis sokongan kepada Pakatan Harapan dan kepada PAS sendiri.
2. Pakatan Harapan dan PAS akan kalah dan Barisan Nasional akan menang. Inilah sebenarnya perjuangan PAS. Ia bukan untuk bangsa dan agama. Ia bertujuan melemahkan orang Melayu.
3. Sejak penubuhannya lagi hasilnya ialah untuk melemahkan politik Melayu. Diwaktu UMNO ditubuh semua orang Melayu selain dari ahli Malay Nasional Party (MNP) menyertai parti itu. Orang yang berpelajaran agama semuanya menyertai UMNO. Mereka dikenali sebagai ulama UMNO.
4. Sehingga penubuhan Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu atau nama Inggerisnya United Malays National Organisation atau UMNO, tidak ada pertubuhan yang diiktiraf sebagai parti politik orang Melayu.
5. Kesatuan Melayu Muda dan Parti Kebangsaan Melayu bukanlah parti politik tetapi hanyalah kumpulan-kumpulan kecil intelek Melayu yang memberi perhatian kepada beberapa masalah yang dihadapi oleh orang Melayu. Mereka bukan gerakan massa yang memiliki ideologi tertentu dan berusaha untuk mempengaruhi sistem pemerintahan Tanah Melayu. Mereka juga tidak memberontak melawan penjajah.
6. Sebaliknya UMNO ditubuh khusus untuk menentang cadangan British merampas Semenanjung Tanah Melayu untuk menjadikannya tanah takhluk yang diperintah secara langsung oleh mereka.
7. Demikianlah kuatnya tentangan orang Melayu melalui UMNO sehingga British terpaksa akur kepada kehendak UMNO dan membatalkan Malayan Union.
8. Demikianlah kehormatan British kepada UMNO sehingga Tunku Abdul Rahman, sebagai Yang diPertua UMNO diberi hak untuk melantik beberapa ahli dalam Majlis Perundangan Persekutuan (Federal Legislative Council) dan juga dalam state council negeri-negeri.
9. Tunku memilih individu yang berpengalaman dalam bidang pentadbiran. Kebanyakannya berpelajaran Inggeris. Hanya beberapa orang sahaja dari ulama-ulama UMNO dipilih oleh Tunku.
10. Di waktu ini ramai dari ulama UMNO pilih untuk keluar UMNO dan menubuh PMIP (Pan Malayan Islamic Party).
11. Dengan kononnya PMIP akan perjuang Islam ramailah ahli dan penyokong UMNO terpikat. Dalam PRU untuk 52 dari 98 kerusi pada 1955, PMIP menang hanya 1 kerusi. 51 kerusi dimenangi oleh Perikatan (UMNO, MCA dan MIC).
12. Dalam PRU 1959, yang pertama selepas merdeka, PMIP memperalatkan agama Islam sepenuhnya. Orang UMNO dikafirkan kononnya kerana bekerjasama dengan orang kafir MCA dan MIC.
13. Ramai orang Melayu terpengaruh dengan dakwaan ini sehingga ada yang mengkafir ibubapa mereka, dan ada yang berkahwin semula kerana perkahwinan mereka sebelum menjadi ahli PAS tidak sah dan anak mereka menjadi anak haram.

Majlis Setiausaha PH desak Pandikar Amin letak jawatan Speaker Dewan Rakyat

Majlis Setiausaha Pakatan Harapan yang mengadakan sidang media di ibupejabat PKR  di Petaling Jaya hari ini.-Foto Wan Zahari Wan Salleh.Majlis Setiausaha Pakatan Harapan yang mengadakan sidang media di ibupejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.-Foto Wan Zahari Wan Salleh.
Majlis Setiausaha Pakatan Harapan hari ini sebulat suara mendesak Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk melepaskan jawatannya kerana beliau gagal melaksanakan reformasi kepada institusi Parlimen di negara ini.
Pendirian sebulat suara diwakili Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah, Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Rais Hussin.
Menurut Saifuddin tindakan Pandikar menolak cadangan beberapa sistem Jawatankuasa Pilihan Parlimen dan kecenderungan Pandikar untuk kembali membabitkan diri dalam politik, membayangkan beliau tidak lagi bebas daripada  kehendak kerajaan dan tidak lagi dianggap berkesan sebagai Speaker Dewan.
"Pembaharuan institusi yang paling penting telah ditolak Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi, iaitu sistem Jawatankuasa Pilihan Parlimen.
"Bagaimanapun 9 jawatankuasa itu telah ditolak membabitkan Jawantankuasa Pengangkutan dan Bandar; Pendidikan; Makanan dan Kesihatan; KesejahteraanLuar Bandar; Ekonomi;Hal Ehwal Wanita; dan Integriti.
"Semasa Tan Sri Pandikar jadi Speaker ada dua perkara yang telah berjaya dilakukannya iaitu wujudkan Kamar Khas (Second Chamber)
dan Waktu Pertanyaan Menteri kepada Perdana Menteri.
"Tetapi ada sedozen lagi permintaan daripada proposal kami yang ditolak.
"Juga ditolak Jawatankuasa Menimbang Rang Undang-undang kerana  akan ada kelewatan dalam proses pengubalan Rang Undang-undang dari segi logistik  sebelum dapat dibawa ke Mesyuarat Dewan Rakyat.
"Jawatankuasa Peruntukan Perbelanjaan telah ditolak dan mencadangkan bahawa fungsinya dilaksanakan melalui Jawatankuasa Dewan sedia ada.
"Jawatankuasa Urusan Mesyuarat ditolak oleh Jawatankuasa Zahid Hamidi.
"Oleh yang demikian, pada pandangan kami Pandikar terlepas peluang keemasan untuk reformasikan institusi parlimen," ujarnya dalam sidang media yang diadakan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Zaid: Hubungan Umno-PAS baik untuk Najib, buruk bagi negara

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, kerjasama antara 2 parti Islam terbesar di negara ini akan memberi mereka peluang besar untuk mendapat undi paling banyak pada PRU14.
Zaid-IbrahimPETALING JAYA: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak mungkin menyebabkan kelahiran semula satu daripada sekutu paling kuat melalui kerjasama dengan PAS, kata Datuk Zaid Ibrahim.
Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, parti pembangkang perlu bimbang dengan hubungan itu kerana peluang mereka memenangi pilihan raya umum akan datang semakin tipis.
Zaid yang menyertai DAP pada Februari lalu berkata, alasan itu jelas kerana umat Islam merupakan majoriti populasi di negara ini.
“Umno ialah parti Islam terbesar di negara ini. Dan PAS ialah ke-2 (terbesar). Secara logiknya, apabila kedua-duanya bergabung, mereka akan menjadi satu kuasa amat kuat.
“Jadi, pembangkang perlu melihat ini secara serius. Itu sebabnya saya minta pembangkang tidak terlalu yakin dengan berkata sesiapa sahaja merupakan calon perdana menteri lebih baik daripada Najib.
“Kami kini berdepan lawan kuat dan ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Selama ini, PAS bersama pembangkang. Jadi, ia adalah dinamik berbeza sama sekali sekarang,” katanya kepada FMT.
Untuk itu, Zaid mengucapkan tahniah kepada Najib kerana melakukan perkara betul untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Tetapi, beliau turut memberi amaran kerjasama itu akan menyebabkan keputusan pilihan raya tertumpu kepada faktor kaum dan agama, yang dalam jangka panjang mungkin “memusnahkan negara”.
“Dalam jangka panjang, Malaysia akan menjadi sangat radikal dan sebuah negara seperti Taliban.
“Bagaimanapun, dari sudut pilihan raya, Najib melakukan perkara betul kerana ia (bergabung tenaga dengan PAS) akan menjadikan beliau lebih kuat.”
Ditanya mengenai reaksi parti komponen BN terhadap kerjasama Umno-PAS, Zaid berkata, bantahan hanya akan berlaku jika kedua-dua parti Melayu itu membentuk perikatan secara rasmi.
Katanya, disebabkan kemungkinannya tipis, parti komponen BN seperti MIC, MCA dan Gerakan mungkin membiarkan Umno dan PAS percaturan senyap mereka yang boleh menjamin kelangsungan politik mereka.

10 logo Pakatan Harapan akan disenarai pendek untuk dinilai penyokong




Majlis Setiausaha Pakatan Harapan hari ini mengumumkan sebanyak 10 logo Pakatan Harapan telah dipilih daripada 330 penyertaaan di seluruh negara.
Ketua Setiausaha Majlis Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Pakatan Harapan sejak membuka penyertaan khalayak pada April lalu, telah mendapat sambutan mengalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat.
"Kita telah terima sejumlah 330 logo penyertaan dan cadangan logo di seluruh negara.
"Daripada pelbagai lapisan masyarakat dan profesional, perekabentuk dan ada yang kirimkan logo beserta dengan proposol termasuk rekaan t-shirt, bendera untuk bahan-bahan kempen pilihan raya," ujarnya dalam sidang media diadakan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
Pakatan Harapan kata beliau turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak terlibat untuk menghantar logo.
"Kami sangat terkesan kerana ada juga di kalangan yang menghantar itu menyatakan kesediaan mereka untuk membantu kami dalam kerja pilihan raya nanti.
"Jika ada keperluan untuk rekabentuk manifesto dan bahan kempen secara sukarela mereka bersedia untuk membantu kami, teima kasih dan kami terharu dengan sokongan dan dokongan itu.
"Kami akan memilih 10 logo dan ia akan dipaparkan kepada khalayak dilaman sesawang rasmi Pakatan Harapan beberapa hari lagi untuk mendapat maklumat balas khalayak kesesuaian logo Pakatan Harapan," ujarnya.
Saifuddin berkata daripada 10 logo tersebut Majlis Media Pakatan Harapan akan memilih antara yang terbaik menjadi pilihan khalayak sebagai logo rasmi Pakatan Harapan yang akan diumumkan secara rasmi.

Pemuda PH anjur demo depan SPR 23 Mei ini

Nurul Izzah ada bukti SPR salah guna kuasa?

Izzah: SPR buang 505 pengundi baharu sehari?

Rosmah lawat Kota Larangan di Beijing

'Situasi di Kelantan tak sama dengan Selangor' - Khalid Samad

Rafizi dakwa Umno, BN terima RM10.2 juta duit SRC dari Najib

Kata dua pada Pandikar: Aktif politik atau letak jawatan

RAFIZI: DEDAHKAN PEMIMPIN UMNO & BN YANG TERIMA WANG SRC

HUTANG 1MDB: RAKYAT YANG KENA BAYAR??

PIDATO HAPUSKAN KLEPTOKRAT, SELAMATKAN MALAYSIA

RAFIZI: Pembentangan Panduan Bina Semula Negara

Mahfuz Minta Rakyat Undi Calon Pakatan Harapan Dalam PRU14

PAS Gila Kerusi?

Ezam cerita sebab 'cabut' dari Kementerian Kewangan

Dedah misteri '6 kotak', ini jawapan Ezam

Bandar Malaysia: 'Dia buat salah, kita kena bayar balik'

Reformasi Pilihanraya: Kunjungan BERSIH ke SPR tak akan berakhir..