Ahad, 14 Mei 2017

I-CPI: Panduan Bina Semula Negara



































                        CPI Policy Book – Panduan Bina Semula Negara | SHOP | INVOKE MALAYSIAshop.invokemalaysia.org
BUKU SUDAH BOLEH DIBELI ONLINE

Klik

https://shop.invokemalaysia.org/shop/cpi-policy-paper/

untuk beli online dan akan diposkan kepada pembeli.

Sebarkan.

PERBEZAAN ANTARA PM TAK POPULAR : NAJIB & TUNKU ABDUL RAHMAN

Bapa kemerdekaan Malaya dan Malaysia  Tunku Abdul Rahman Putra berakhir pemerintahannya dalam keadaan yang tidak popular di kalangan Melayu  kerana sikap tolak ansur dan pro Cina tetapi ketika itu rakyat melihat masa depan yang lebih terjamin di tangan beberapa pemimpin UMNO yang lain.
Mereka melihat ramai pemimpin UMNO yang lebih meyakinkan dan lebih berkaliber tanpa  pernah hilang kepercayaan pada UMNO.
Orang Melayu melihat masa depan mereka di tangan Tun Abdul Razak, Dr. Ismail, Hussein Onn dan Mahathir Mohammad. UMNO tidak kemiskinan pemimpin berwibawa dan berkaliber besar malah ada ramai  pemimpin yang lebih berupaya dari Tunku.
Tetapi  sekarang siapakah dalam UMNO yang dilihat  lebih baik dari  Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang sudah kehilangan keyakinan rakyat bukan sahaja di kalangan Melayu tetapi juga bukan Melayu.
Di kalangan ahli UMNO mungkin mereka yakin kepada beberapa orang dan tentunya Dr. Zahid Hamidi mengatasi populariti  Hishamuddin Onn.
Di kalangan rakyat umum Melayu dan bukan Melayu mereka melihat potensi Perdana Menteri  berada di luar UMNO. Mereka terdiri dari Azmin Ali,Mohd Rafizi Ramli, Mukhriz Tun Mahathir dan tidak menolak kemungkinan Khairy Jamaluddin sekiranya ia melompat keluar  bila  UMNO di gulingkan dalam pilihanraya 14 kelak.

Salah guna kuasa Apandi Ali dan Ketua Polis Negara harus disiasat

Pendakwaan terhadap bekas pemimpin UMNO, Khairuddin Abu Hassan dan peguam, Matthias Chang mengikut Seksyen 124L, Kanun Keseksaan atas tuduhan mensabotaj institusi kewangan dan perbankan dikecam Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, ia adalah contoh terburuk pendakwaan berniat jahat yang dilakukan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Apandi Ali untuk melindungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada skandal syarikat pelaburan bermasalah milik negara, 1MDB.
“Bagaimana boleh Peguam Negara dan Ketua Polis Negara memilih untuk mendakwa tanpa sebarang bukti dikemukakan kepada mahkamah.
“Apa yang lebih teruk adalah tindakan (kerajaan) sebelum ini yang menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) yang membolehkan seseorang itu ditahan tanpa bicara selama 29 hari terhadap mereka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan Khairuddin dan Chang daripada tuduhan mensabotaj institusi kewangan dan perbankan negara susulan laporan yang dibuat mereka di luar negara berhubung skandal 1MDB.
Laporan itu dibuat ekoran kecewa dengan keputusan Apandi Ali membebaskan Najib Razak daripada sebarang kesalahan membabitkan skandal 1MDB, ditengah-tengah pendakwaan pihak berkuasa antarabangsa berhubung skandal terbabit.
Mengambil iktibar negara yang mengangkat keluhuran undang-undang dan prinsip pentadbiran yang baik, Kit Siang berkata, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara sepatutnya melepaskan jawatan mereka atau memohon maaf atas tindakan penyalahgunaan kuasa sebegitu.

Enggan lepas jawatan, PAS tunjuk ‘wajah sebenar’

Rafizi Ramli berkata pengundi akan sedar parti itu hanya mahukan jawatan dan ganjaran.
rafizi-ramli-pas-cowardSUBANG JAYA: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mahu exco PAS kekal dalam kerajaan negeri kerana ia akan mendedahkan perhatian sebenar PAS kepada pengundi – jawatan dan ganjaran.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan tiada rombakan dalam barisan kepimpinan kerajaan negeri kerana pada pilihan raya lepas pengundi memilih PAS bersama DAP dan PKR untuk membentuk kerajaan negeri.
Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, berkata demikian menjawab seruan Pemuda Amanah yang mahu rombakan dilakukan selepas PAS meluluskan usul memutuskan “tahaluf siyasi” dengan PKR pada 30 April lepaS.
Rafizi berkata ia berita baik untuk Pakatan Harapan kerana wajah sebenar PAS akan tertunjuk lagi lama PAS kekal dalam kerajaan negeri.
“Pengundi atas pagar ambil masa untuk menilai parti politik. Setiap hari PAS kekal dalam jawatan mereka di Selangor ia hanya akan menunjukkan PAS hanya mahukan jawatan dan ganjaran, bukan perjuangan dan aspirasi rakyat.”
Beliau bercakap selepas pelancaran buku “Panduan Bina Semula Negara (Jilid 1)” di Hotel Empire Subang hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata alasannya mahu PAS kekal dalam kerajaan negeri mungkin berbeza daripada Azmin.
“Mengapa dan bagaimana menteri besar capai keputusan itu, itu hak beliau.
“Mungkin beliau mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kerajaan negeri bertahan.
“Saya pula mempunyai tanggungjawab lain dan paling berminat untuk memastikan kita menggantikan (Datuk Seri) Najib Razak (perdana menteri) pada pilihan raya akan datang.”

Isu pekerja jadi keutamaan penulis manifesto HARAPAN

Pembuat dasar dalam Pakatan Harapan percaya reformasi pekerja perlu menjadi keutamaan khususnya mengenai isu gaji minimum dan pekerja asing sekiranya membentuk kerajaan persekutuan kelak.
Bercakap pada pelancaran buku panduan Bina Semula Negara yang ditulis Rafizi Ramli hari ini, pemimpin HARAPAN memuji usaha naib presiden PKR itu dengan mengatakan banyak idea berkenaan memerlukan perhatian serius.
Antara lain, buku panduan itu mencadangkan sasaran bagi mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing sebanyak 80 peratus menjelang tahun 2035.
Rafizi berkata ini boleh dilakukan dengan mengenal pasti sektor dan sub-sektor yang sedang mencari pekerja asing walaupun dilarang berbuat demikian di bawah undang-undang.
Industri perkhidmatan makanan, sebagai contoh, hanya dibenarkan untuk mengupah tukang masak atau pencuci, tetapi amalan ini tidak berlaku, katanya.
Bercakap dalam forum selepas pelancaran buku itu, pengarah penyelidikan Parti Amanah Negara (AMANAH) Dr Dzulkefly Ahmad berkata reformasi pekerja perlu diteliti Jawatankuasa Manifesto dan Dasar HARAPAN.
Anggota Parlimen Serdang Ong King Ming berkata, pada masa ini, kerajaan kelihatan ragu-ragu mengenai isu-isu buruh, dengan merujuk skim insurans pekerjaan sebagai contoh.
Katanya, walaupun pekerja dan pembangkang menyokong skim ini yang bertujuan memberi bantuan kewangan kepada pekerja yang diberhentikan, kerajaan kelihatan terpengaruh dengan majikan yang menentang.
"Kedua-dua (majikan dan pekerja) tidak pernah berunding bersama-sama (pada masa yang sama)," kata Ong.

Stabilkan ringgit, kembalikan subsidi petrol, kata Rafizi


Stabilkan ringgit, kembalikan subsidi petrol, kata Rafizi
Rafizi Ramli berucap sewaktu pelancaran bukunya, Bina Semula Negara hari ini. 

PAKATAN Harapan, sekiranya berjaya menakluk Putrajaya dan dilantik sebagai kerajaan baru, akan melaksanakan lima dasar utama bagi memastikan mereka terus menerima sokongan rakyat, kata pengasas Invoke Rafizi Ramli.
Rafizi berkata dasar “perkara kecil yang menawan hati” perlulah perkara yang boleh diterima rakyat serta merta.
“Pertama, saya rasa kita benar-benar perlu menstabilkan ringgit, kerana kita mengimport banyak bekalan makanan kita.
“Kedua, kita mampu melakukan subsidi petrol dan bakal kerajaan perlu melakukannya.. Kita boleh mentadbir subsidi ini menggunakan MyKad untuk mengesan penggunaan subsidi setiap bulan.
“Ketiga semua bantuan secara terus termasuklah BR1M perlu digabungkan menjadi satu jabatan kebajikan tunggal, untuk memusatkan semua sumber dan tenaga manusia yang perlu bagi mengesan semua perkara dan mengelakkan kekeliruan,” kata Rafizi sewaktu pra-pelancaran bukunya Bina Semula Negara di Empire Hotel Subang hari ini.
Ahli Parlimen Pandan juga berkata yang perlunya pelan kebangsaan untuk mengurangkan kebergantungan Malaysia kepada bekalan makanan import.
Rafizi juga mencadangkan penghapusan cukai duti eksais kenderaan bagi mengurangkan harga kenderaan import.
Ahli politik berusia 39 tahun yang baru berkhidmat sepenggal itu berkata 35% penggundi atas pagar hanya akan mengundi sekiranya dasar yang dibentangkan kepada mereka mudah difahami.
“Tidak ramai daripada mereka yang peduli jika anda hanya bercakap soal Peguam Negara. Dan tak ramai juga yang faham tentang terminologi mengenai perdana menteri itu penjawat awam atau tidak.
“Anda perlu bercakap tentang gaji dan bagaimana anda akan menaikkan gaji mereka,” katanya.

Tak betul dakwaan negara perlukan GST, kata Rafizi

Beliau berkata kutipan cukai pendapatan sebenarnya lebih dari secukupnya.
rafizi-ramli-gstSUBANG JAYA: Naib Presiden Rafizi Ramli menghentam pakar ekonomi yang menyokong hujah negara perlukan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kerana statistik kementerian kewangan mengatakan tidak.
Januari lepas, Malay Mail Online memetik Firdaus Rosli, felo ekonomi di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia berkata “tidak munasabah” melayan idea memansuhkan GST apabila defisit belanjawan melebar lagi.
“Saya ingin tahu dari mana ahli ekonomi ini mendapat data mereka sebab saya dapat data dari perbendaharaan,” kata Rafizi.
Bercakap di majlis pelancaran bukunya “Panduan Bina Semula Negara (Jilid 1)”, Rafizi berkata statistik dari kementerian kewangan menunjukkan cukai pendapatan negara terbukti setanding negara lain, menyangkal “amat memerlukan” GST.
“Statistik menunjukkan kutipan cukai pendapatan sejak 2 tahun lalu meningkat. Tahun depan, ia dijangka naik. Begitu juga di negara lain.
“Jadi dari mana hujah mengatakan asas pendapatan kita terlalu kecil hinggakan kita perlu GST?
“Ia adalah satu pembohongan.”
Rafizi berkata seorang profesional tidak sepatutnya memberikan gambaran salah kepada rakyat.
“Saya faham kalau ia dari (Datuk) Ahmad Maslan (bekas timbalan menteri kewangan) dan (Datuk Seri) Najib Razak (perdana menteri dan menteri kewangan) kerana mereka tidak faham pun, tetapi bagaimana pula dengan para ahli ekonomi?”
Bulan lepas, theSundaily melaporkan Najib sebagai berkata janji pembangkang memansuhkan GST berdasarkan kepada keperluan politik bukannya realiti.

Rang 1/2017: PH, Invoke berkampung di pejabat SPR Terengganu


Raja Bahrin bersama wakil PKR DAP Bersatu dan Invoke berkampung di pejabat SPR Terengganu bagi mencetak Rang Daftar Pemilih di negeri ituRaja Bahrin bersama wakil PKR DAP Bersatu dan Invoke berkampung di pejabat SPR Terengganu bagi mencetak Rang Daftar Pemilih di negeri itu
Pakatan Harapan Dan Invoke berkampung di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Terengganu hari ini bagi membuat semakan dan salinan ke atas Rang Daftar Pemilih 1/2017 seluruh negeri.
Diketuai oleh ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Bahrin Shah dan disertai Invoke, PKR Bersatu dan Dap, mereka berbincang secara tertutup dengan pihak SPR yang diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Norlaila agar salinan digital dapat dibekalkan kepada Pakatan Harapan.
Walau bagaimanapun pihak SPR negeri tidak dapat membantu kerana terikat dengan arahan dalaman dari Putrajaya.
Sehingga habis waktu pejabat, para petugas Pakatan Harapan berjaya membuat salinan terhadap enamDun sahaja dan akan bersambung pada hari berikutnya untuk menyiapkan salinan untuk keseluruhan 32 Dun.
Mengikut maklumat pihak SPR, hanya Pakatan Harapan sahaja yang membuat bantahan dan memorandum mengenai larangan membekalkan salinan digital terhadap parti politik dalam urusan Rang Daftar Pemilih Suku 1/2017.
Parti-parti dari kompenan Barisan Nasional dan Pas tidak membuat bantahan langsung terhadap larangan tersebut.
Pakatan Harapan Terengganu amat kesal kerana tindakan SPR ini telah membawa kesusahan dan melibatkan kos yang tinggi kepada parti politik serta SPR sendiri untuk mencetak seluruh daftar pemilih tersebut.
Pakatan Harapan dan Invoke amat berharap SPR dapat mengembalikan keadaan seperti asal dengan membekal salinan digital pada pihak-pihak yang berkepentingan dalam urusan daftar pemilih ini.
Baru-baru ini, SPR mengeluarkan arahan kepada pengarah-pengarah Pilihan Raya Negeri untuk pemberhentian pengedaran Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Tahun kepada parti-parti politik semasa Pameran RDPT dijalankan.

‘PARTI NYAMUK BANG MAT JUGA MAMPU MEMBUNUH’

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, beliau tidak terkesan dengan kata-kata yang mengaibkan partinya.
Katanya, selepas dua tahun partinya ditubuhkan, kini ia dilihat mampu ‘menyegat’ arena politik negara.
“Parti nyamuk…Bang Mat senyum, bagi Bang Mat nyamuk juga mampu membunuh.
“Mampu bertahan dua tahun sahaja..Bang Mat senyum, sambil arahkan ahli-ahli gandakan lagi usaha…,” katanya dalam satu kenyataan.
Justeru, katanya yang juga mesra disapa Mat Sabu, “Kata-kata orang ini jika terlalu dilayan akan merencatkan usaha kita”.
“Oleh itu, kita ambil segala kata-kata ini untuk kita baiki diri dan parti kita ini. Jalan terus mara ke medan masyarakat. Amanah mampu lakukannya. Terus bekerja!!!,” katanya.
Parti Amanah didaftarkan sebagai Malaysia Workers’ Party (Parti Pekerja-Pekerja Malaysia) dan kemudiannya dijenamakan semula sebagai (Parti Amanah Negara).
Amanah telah dilancarkan secara rasmi pada 16 September 2015 di peringkat kebangsaan.

Terimalah hakikat PAS parti besar, kata Nasrudin

Sekiranya PAS bukan apa-apa, kenapa pembangkang lain perlu resah, soal Nasrudin Hasan
Nasrudin-Hasan-pasKUALA LUMPUR: Bekas sekutu seperti PKR dan ketua umum mereka perlu menerima hakikat PAS parti politik yang besar dan berpengaruh, kata Ketua Penerangan Nasrudin Hasan.
Beliau berkata demikian ketika diminta pendapat mengenai kekesalan pemimpin PKR, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengenai keputusan menamatkan “tahaluf siyasi”.
Nasrudin ditanya sama ada kekesalan Pakatan Harapan tidak yakin berdepan pilihan raya akan datang tanpa sokongan PAS.
“Mungkin satu keadaan mereka nak tunjuk ego tapi realitinya PAS parti besar dan ada pengaruh yang besar,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Konvensyen Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan hari ini.
“Sekiranya PAS bukan apa-apa pada mereka, kenapa perlu resah? Kenapa perlu persoalkan keputusan PAS? Bukan kita angkuh dan sombong, tapi saya sekali lagi nak menafikan pihak yang selalu meremehkan kedudukan PAS.”
Sementara itu, Nasrudin berkata Umno tidak perlu mengambil kesempatan daripada keputusan PAS memutuskan “tahaluf siyasi” dengan PKR.
Beliau berkata pihaknya juga berwaspada dengan Umno, dan oleh itu mahu fokus menguatkan gabungan Gagasan Sejahtera, yang kini dianggotai PAS, Parti Ikatan Rakyat Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).
“Kami tidak mudah untuk diperdaya atau dipengaruhi untuk mengikut haluan dan telunjuk pihak yang berkepentingan sebab kita ada dasar kita sendiri,” katanya.
“Amaran ini bukan sahaja kepada Umno tetapi semua parti politik.”
Nasrudin turut diminta reaksi mengenai saranan pemimpin Umno termasuk tokoh politik Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah yang mengesyorkan Umno dan PAS mengulangi kerjasama 1970-an bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Kerjasama dengan pelbagai pihak yang kita nyatakan adalah secara umum,” katanya.
“Dalam mana-mana kerjasama yang boleh memberi kebaikan kepada Islam, rakyat dan negera kita terbuka dan boleh bekerjasama, tapi dalam perkara merugikan Islam itu tidak boleh.”

PAS, UMNO BERTAHALUF? MUNGKIN…


Selepas kerjasama politik dengan PKR terkubur secara rasmi, PAS dilaporkan bersikap terbuka untuk mengadakan tahaluf baru dengan sesiapa yang dirasakan sesuai.
Menuru Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, parti itu memang sentiasa bersikap terbuka dan sedia berbincang dengan mana-mana parti.
Bagaimanapun, seperti yang selalu ditekankan pemimpin parti itu, Hashim menegaskan, setiap kerjasama yang ingin dijalankan mestilah “dipimpin oleh Islam”.
Dipetik Utusan Online, Hashim dilaporkan berkata, PAS tidak menolak kemungkinan mengadakan tahaluf siyasi dengan Umno pada masa depan.
Katanya, tindak-tanduk Umno serta presidennya, Datuk Seri Najib Razak yang meletakkan konsep Islam dalam pentadbiran memungkinkan perkara itu berlaku.
“Kita bersedia bertahaluf siyasi bukan sahaja dengan Umno tetapi dengan pertubuhan bukan kerajaan, lain termasuk Parti Cinta Malaysia yang menunjukkan minat,” katanya diperti portal berkenaan hari ini.
Parti Cinta Malaysia ialah sebuah pertubuhan politik yang ditubuhkan pada 2009 oleh bekas pemimpin Gerakan, Huan Cheng Guan.
Huan pernah terpilih sebagai anggota parlimen Batu Kawan selama satu penggal pada 2004.

CHINA MASIH WASPADA DENGAN NAJIB


Kegagalan Putrajaya untuk menjamin sebarang bentuk komitmen daripada Kumpulan Dalian Wanda dari China bagi membangunkan Bandar Malaysia menunjukkan warga China masih berwaspada dengan Malaysia, kata Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.
Lim berkata bukti itu ditunjukkan dengan pendirian tanpa komitmen oleh pengasas Dalian Wanda, Wang Jianlin semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Beijing baru-baru ini.
“Mungkin pentadbiran Najib tidak pernah mendengar pisang takkan berbuah dua kali.
“Berapa kali mereka mengharapkan untuk menipu masyarakat perniagaan China dengan projek kontroversi Bandar Malaysia?” soal Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, Wang mungkin bimbang perjanjian dengan Putrajaya akan mengalami nasib yang sama seperti perjanjian Iskandar Waterfront Holdings dan China Railway Engineering Corporation (IWH-CREC).
“Selain itu, kumpulan Dalian Wanda merupakan antara konglomerat terbesar di dunia dan mereka tidak mempunyai sebab untuk terlibat dengan projek Bandar Malaysia, yang dikaitkan dengan skandal 1MDB,” katanya.
Projek Bandar Malaysia, yang merangkumi keluasan kira-kira 200 hektar, terletak di bekas lapangan terbang Sungai Besi dan digambarkan sebagai sebuah daerah kewangan dengan teknologi moden.
Kerajaan menjual tanah kepada 1MDB pada tahun 2010. Syarikat itu yang kini dibebani dengan hutang berbilion ringgit, cuba untuk menjual tanah bagi menangani masalah aliran tunai.
IWH-CREC memasuki perjanjian untuk membangunkan Bandar Malaysia tetapi perjanjian itu dibatalkan oleh Putrajaya pada awal bulan ini, walaupun konsortium itu telah membayar deposit lebih daripada RM700 juta.

Kenapa Najib beria-ria mahu syarikat China bangunkan Bandar Malaysia?

KUALA LUMPUR, 14 MEI: Pelabur China nampaknya sudah mula menyedari sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dilihat suka mempermainkan mereka.
Hasilnya, acara yang dinantikan Najib untuk syarikat Dalian Wanda Group yang dimiliki hartawan China, Wan Jianlin menandatangani perjanjian pelaburan sejumlah AS$10 bilion (RM43.4 bilion) dalam projek Bandar Malaysia tidak menjadi kenyataan.
Meskipun majlis menayangkan perjanjian persefahaman (MoU) kepada media, Wang bagaimanapun tidak menandatanganinya seperti yang diharapkan Najib.
“Mungkin ada dua sebab kenapa Wang kecewakan Najib dalam projek Bandar Malaysia,” kata Ahli Parlimen Segambut, Lip Lim Eng dalam kenyataan, hari ini.
“Pertama, Wang mungkin mengambil isyarat daripada episod IWH-CREC dan bimbang pentadbiran Najib akan mencari masalah dengan kontrak baru mereka dan enggan mematuhi tanggungjawab di bawah kontrak terbabit.
“Kedua, Dalian Wanda Group sebagai salah sebuah konglomerat terbesar dunia langsung tidak ada sebarang sebab untuk masuk campur dalam projek Bandar Malaysia yang terkait dengan skandal 1MDB.”
Beliau merujuk tindakan TRX City Sdn Bhd membatalkan urus niaga penjualan 60 peratus ekuiti Bandar Malaysia dengan konsortium Iskandar Waterfront Holdings (IWH)-China Railway Engineering Cooperation (CREC).
TRX City adalah syarikat yang dimiliki sepenuhnya Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc), manakala, CREC adalah syarikat 100 peratus milik kerajaan China.