Jumaat, 12 Mei 2017

'Satu juta pekerjaan dalam 5 tahun' jika Harapan menang

Sayap pemuda Pakatan Harapan menjanjikan sejuta peluang pekerjaan dalam masa lima tahun jika pakatan pembangkang merampas kuasa Persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang.
Ketua Armada BERSATU Syed Saddiq Abdul Rahman berkata, gabungan itu menyasarkan untuk mencapai matlamat ini dengan menjadikan 'kerja kotor' lebih menarik dan mengurangkan tenaga kerja asing.
"Terdapat 3.3 juta pekerja asing yang sah pada 2016, kami berhasrat untuk mengurangkannya kepada 2.5 juta dalam tempoh lima tahun," katanya pada sidang akhbar di Petaling Jaya, hari ini.
Syed Saddiq berkata, dengan tawaran gaji yang betul, seorang warga tempatan boleh melakukan dua kerja warga asing.
Dyana Sofya Md Daud dari DAP, yang turut hadir pula berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang menggajikan 2,437 pekerja majlis perbandaran - kebanyakannya melibatkan pengurusan sisa - tahun lepas.
"Jadi untuk mengatakan belia tidak berminat dengan pekerjaan kotor, berbahaya, dan sukar (3D) adalah tidak benar. Dengan tawaran gaji yang baik, mereka berminat," katanya.
Beliau berkata, inisiatif tersebut akan menelan belanja RM20 juta kepada kerajaan negeri tetapi berbaloi bagi mewujudkan peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan.

Pas tidak akan bekerjasama dengan Umno - Mukhriz

 Pas tidak akan bekerjasama dengan Umno
Mukhriz menurunkan tanda tangan ketika merasmikan Pejabat Bersatu Tanah Merah.
TANAH MERAH - Bersatu yakin Pas tidak akan bekerjasama dengan Umno untuk berdepan dengan Pakatan Harapan dalam PRU14 walaupun parti Islam itu sudah memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.
Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kerjasama Pas dengan Umno akan membawa kepada pembahagian kerusi pilihan raya antara dua parti terbabit dan perkara itu tidak diyakini boleh berlaku.
"Jika berlaku agihan kerusi antara keduanya (Pas dan Umno) sebagai bentuk kerjasama, mereka akan berdepan dengan Pakatan Harapan yang akhirnya akan jadi satu lawan satu dan ini akan memudahkan kita," katanya pada sidang media sempena majlis perasmian Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tanah Merah di Wisma In, dekat sini, hari ini.
Mukhriz berkata, jika Pas tidak bekerjasama dengan Umno, kemungkinan besar pula akan berlaku pertembungan tiga penjuru antara dua parti itu dan parti komponen Pakatan Harapan pada PRU14.
"Jika tak bekerjasama dan berlaku tiga penjuru, kita kena lihat kenapa boleh berlaku sampai tiga pihak bertanding, sama ada dia (Pas) bertanding untuk menang dan tubuhkan kerajaan atau saja nak kacau keadaan kemudian serahkan kepada Umno," katanya.

Noh Omar: PAS parti oportunis, sanggup jadi ‘suami’ dayus

Noh Omar menyifatkan PAS dan PKR ibarat 'suami isteri' yang sudah bercerai, tetapi masih mahu tinggal bersama.
noh-omarSHAH ALAM: PAS Selangor dilabel sebagai parti “tidak bermaruah” dan oportunis kerana masih mahu berada dalam pentadbiran kerajaan Selangor walaupun hubungan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PKR ditamatkan semalam.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, alasan parti Islam itu untuk tetap kekal dalam pentadbiran Selangor kerana mahu menunaikan mandat diberi rakyat pada pilihan raya umum lalu adalah tidak munasabah.
Ini kerana katanya, mandat rakyat adalah berdasarkan manifesto DAP-PKR-PAS yang diterajui bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sudah dipecat.
“Kalau PAS kata PKR khianat syarat tahaluf siyasi, kenapa masih mahu berada dalam kerajaan Selangor? PAS dan PKR ibarat ‘suami isteri’ yang sudah bercerai, tapi masih mahu tinggal bersama…PAS sanggup jadi ‘suami’ dayus.
“Saya yakin ketiga-tiga anggota exco PAS ini tidak akan letak jawatan. Mereka mahu kekal menunjukkan mereka sanggup ketepikan perjuangan parti demi kuasa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Noh juga tidak menolak kemungkinan tindakan PAS Selangor itu akan menyebabkan berlaku tindakan lompat parti dalam kalangan ahli PAS, adun atau exco kerajaan negeri daripada parti Islam itu.
“Jika PAS keluar daripada kerajaan Selangor, Pakatan Harapan (DAP-PKR-Amanah) masih cukup untuk wujudkan komposisi pemerintahan baharu…PAS kini pembangkang di Selangor,” katanya.

PKR petik kata-kata Nik Aziz bidas exco PAS S'gor

Setiausaha Agung PAS, Datuk Saifudddin Nasution Ismail memetik kata-kata arwah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi membidas beberapa exco PAS yang enggan meletak jawatan daripada kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR.
Khususnya, Saifuddin merujuk reaksi Allahyarham Nik Abdul Aziz apabila ahli-ahli exco daripada parti Semangat 46 enggan meletak jawatan daripada kerajaan Kelantan walaupun terputus hubungan dengan PAS pada tahun 1996.
"Tindakan mereka (yang mengekalkan jawatan exco) adalah tidak bermoral dan tidak bermaruah kerana mereka telah memutuskan hubungan politik dengan PAS dan Angkatan Perpaduan Ummah," petik Saifuddin dalam catatan di Facebook.
Angkatan Perpaduan Ummah adalah gabungan antara PAS dan parti serpihan Umno, Semangat 46 yang membantu menawan kerajaan negeri Kelantan pada tahun 1990 dan 1995.
Bagaimanapun, pada tahun 1996, hubungan menjadi tegang dan Semangat 46 akhirnya dibubarkan dengan pemimpinnya, Tengku Razaleigh Hamzah dan sebahagian besar parti itu kembali kepada Umno.

TIDAK MALUKAH PAS DENGAN NOH OMAR?

Pengerusi UMNO Selangor, Noh Omar bukanlah tokoh yang ada wibawa sangat di mata rakyat. Gelagatnya di Parlimen dan dalam banyak kenyataan yang dikeluarkannya, hujah-hujah beliau lebih kerap disanggah dan kadangkala diperlekeh begitu saja.

Susah mahu mendengar ada orang, rakyat biasa atau ahli UMNO, memuji dan menyanjungnya, apatah lagi mahu meletakkan beliau sebagai antara pemimpin masa depan.

Kerap juga beliau diletakkan sekelompok seperti Hasan Malek atau Ahmad Maslan yang dilihat kerap mengeluarkan kenyataan-kenyataan lawak, tidak masuk akal dan menjadi bahan ketawa ramai.

Betapa tiada wibawa dan tokohnya Noh Omar sehingga ada rakan-rakan dalam UMNO Selangor pernah berkata, jika namanya diumumkan sebagai calon Menteri Besar Selangor, alamat lagi teruklah kalahnya BN dalam PRU 14 akan datang nanti.
Begitulah kedudukan Noh Omar secara amnya di mata, baik di mata rakyat mahu pun ahli UMNO sendiri. Pendeknya, beliau bukan pemimpin yang ada "kelas" sama-sekali.

Tetapi, dalam mengulas pendirian Pas yang memutuskan hubungannya dengan PKR, sedang dalam masa yang sama  ingin kekal lagi dalam kerajaan negeri Selangor, setidak-tidaknya Noh Omar "boleh pakai" juga sebenarnya.

Kata beliau, pendirian Pas itu tidak munasabah, menunjukkan mereka tidak bermaruah dan hanya pentingkan kedudukan dalam kerajaan negeri serta kuasa.

TIGA PENJURU – TUN MAHATHIR

1. Pilihanraya Umum ke-14 adalah yang terpenting dalam sejarah negara.
2. Tumpuan ialah kepada menjatuhkan rejim Najib. Seluruh rakyat sedar bahawa rejim pimpinannya telah merosakkan negara. Kerosakan ini berlaku dalam semua bidang.
Politik
3. Dalam politik negara Najib telah hancurkan demokrasi sehingga Malaysia dikenali sebagai kleptokrasi; iaitu Kerajaan dipimpin oleh penjenayah yang melesapkan kewangan negara; Kerajaan yang tidak berpandu kepada undang-undang; Kerajaan yang menekan rakyat secara zalim; yang membelakangkan keadilan; yang tidak hormati perpisahan antara legislative (pembentuk undang-undang) dengan executive (pelaksana dasar dan undang-undang) dan judiciary (kehakiman). Ketiga-tiga ini dikuasai oleh Najib sebagai ketua Kerajaan dari pihak pembuat undang-undang.
Dasar berkecuali sudah dihapuskan oleh Najib, diganti dengan ikatan ketenteraan dengan negara China.
Ekonomi
4. Ekonomi Malaysia rosak teruk kerana rasuah, peningkatan perbelanjaan pentadbiran dan penambahan kakitangan Kerajaan yang tinggi; belanjawan yang tidak bijak yang menumpu kepada mendapat sokongan popular kepada Perdana Menteri khususnya, pinjaman terlalu besar dan dasar yang menekan swasta. Hari ini beban hutang tidak dapat dibayar oleh Kerajaan.
Sosial
5. Kos sara hidup rakyat meningkat kerana cukai G.S.T. dan kejatuhan nilai Ringgit yang teruk. Pengangguran meningkat termasuk dikalangan lulusan universiti.
6. Pelaburan asing terhad kepada pembelian tanah untuk dibangun bandaraya oleh kontraktor luar dengan mengguna bahan dan pekerja dari negara kontraktor. Kos pelajaran dan rawatan meningkat tinggi dan tidak dapat ditanggung oleh kebanyakan rakyat.
7. Semua bidang-bidang politik, ekonomi dan sosial yang telah jadi buruk kerana dasar dan pengurusan Najib akan menjadi lebih buruk lagi jika Najib terus berkuasa.
8. Hanya jika Kerajaan pimpinan Najib diganti dengan kerajaan baru sahaja barulah boleh keadaan politik, ekonomi dan sosial dipulih semula.
9. Bolehkah kita yakin Kerajaan yang mengganti dapat mentadbir dengan lebih baik dari Najib? Sesungguhnya tidak ada Kerajaan yang begitu buruk dan berjenayah besar seperti Kerajaan Najib.
10. Kerajaan yang bercadang mengganti Najib ialah Kerajaan parti-parti campuran pembangkang yang akan dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang mahir dalam politik dan dibantu dengan mereka yang berpengalaman dalam pentadbiran negara. Mereka tidak ada rekod jenayah atau menyalahguna kuasa. Mereka terpelajar dan pernah menjadi anggota Kerajaan.

Wan Azizah akui pimpin sementara, Anwar bakal jadi PM


Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ketika diwawancara oleh pengacara Mehdi Hassan dari  stesen televisyen Al Jazeera.Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ketika diwawancara oleh pengacara Mehdi Hassan dari stesen televisyen Al Jazeera.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui hanya menjadi pemimpin sementara untuk menunggu suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar daripada penjara dan kemudiaan memberi laluan untuk menjadi perdana menteri.
Dalam wawancara dengan Al-Jazeera, Wan Azizah diasak pengacara terkenal Mehdi Hasan yang mempersoalkan langkahnya sanggup berundur bagi memberi laluan kepada Anwar yang ketika ini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun akibat kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Mehdi bertanya kepada Wan Azizah adakah beliau sanggup menjadi pemimpin sementara untuk suaminya dan mengekalkan jawatan selaku ketua pembangkang sekarang ini semata-mata untuk Anwar.
“Tidak mengapa. Jadi kamu menerima bahawa kamu pemimpin sementara untuk suami kamu? Kamu mengekalkan kerusi panas itu untuk beliau kembali semula? (That’s fine. So you’re accepting then you’re a seat warmer for your husband? You’re keeping the seat warm for him to come back?)” soal Mehdi seperti dilapor Malaysiagazette.
Wan Azizah dengan nada bersahaja menjawab “tidak kisah” dan mengakui itu sememangnya rancangan politik pembangkang untuk menjadikan Anwar sebagai perdana menteri.
“Saya tidak kisah. (I don’t mind. Yeah),” jawab Wan Azizah.
Mehdi juga bertanya kepada Wan Azizah mengapa sanggup membuat langkah sedemikian walaupun menyedari Anwar kini masih di penjara.
Wan Azizah menjawab ia tidak menjadi masalah kerana Anwar seorang pemimpin lebih baik dan seorang pentadbir yang berkelayakan.

Pakatan Harapan perlu siap siaga, rakyat semakin jelas buat pilihan



Hakikat pertandingan tiga penjuru perlu disedari oleh semua komponen parti dalam Pakatan Harapan setelah Majlis Syura Ulama Pas memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR semalam.
"Dengan keputusan Majlis Syura Ulama yang telah mengesahkan keputusan Muktamar untuk berpisah dengan PKR atas hujah-hujah yang dikemukakan, maka jelas pertandingan tiga penjuru tidak dapat dielakkan. PKR adalah ikatan terakhir hubungan Pas dengan pembangkang atau Pakatan Harapan.
"Hakikat pertandingan tiga penjuru ini mesti segera diinsafi  dan semua komponen parti-parti Pakatan Harapan  terutamanya Bersatu," ujar Pengarah Strategi Amanah Dr Dzukefly Ahmad.
Belia berkata, dengan keputusan Majlis Syura Ulama itu, semua usaha dilaukan PKR dan Bersatu sebelum ini untuk menwujudkan persefahaman pilihan raya dan persefahaman politik gagal dilaksanakan.
"Segala usaha, khasnya oleh pimpinan PKR dan Bersatu, terutama di negeri Selangor sehingga ke hari ini, untuk meyakinkan dan 'memujuk' Pas untuk mewujudkan 'Persefahaman Pilihanraya Raya' (Electoral Understanding) kalau tidak pun 'Persefahaman Politik' (Electoral Pact) hampir mustahil atau mudahnya gagal dicapai.
Dr Dzulkefly AhmadDr Dzulkefly Ahmad"Diingatkan pimpinan Pakatan Harapan, khasnya di Selangor, supaya segera menyusun strategi pilihan raya. Amat tidak bijak kerana suasana di Selangor khususnya, kita sekadar menyebutkan 'kita tengok selepas bubar parlimen dan izinkan pertandingan 'free for all'," ujarnya yang yakin usaha dilakukan oleh PKR dan Bersatu itu tidak akan dipersalahkan oleh penyokong masing-masing
Sebaliknya ujar beliau lagi, rakyat dan pengundi semakin jelas siapakah sebenarnya yang menolak formula 'satu lawan satu'.
"Rakyat juga harus tahu siapa yang akan memberikan kemenangan kepada Umno-BN dengan pertandingan tiga penjuru.
"Sememangnya bukan mudah tetapi kajian dan simulasi masih menunjukkan kejayaan mampu digapai dengan usaha yang gigih dan gandingan kerja yang berkesan.

Pemimpin Umno soal PAS sanggup jadi 'suami' dayus?

PAS Selangor dilabel sebagai parti 'tidak bermaruah' dan oportunis kerana masih mahu berada dalam pentadbiran kerajaan Selangor walaupun hubungan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PKR ditamatkan semalam.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Noh Omar berkata alasan parti Islam itu untuk tetap kekal dalam pentadbiran Selangor kerana mahu menunaikan mandat diberi rakyat pada pilihan raya umum lalu adalah tidak munasabah.
Ini kerana katanya mandat rakyat adalah berdasarkan manifesto DAP-PKR-PAS yang diterajui bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah dipecat.
"Kalau PAS kata PKR khianat syarat tahaluf siyasi, kenapa masih mahu berada dalam kerajaan Selangor? PAS dan PKR ibarat 'suami isteri' yang sudah bercerai tapi masih mahu tinggal bersama...
"PAS sanggup jadi 'suami' dayus?
"Saya yakin ketiga-tiga anggota exco PAS ini tidak akan letak jawatan. Mereka mahu kekal menunjukkan mereka sanggup ketepikan perjuangan parti demi kuasa," kata Noh yang dipetik Bernama ketika bercakap kepada pemberita di Shah Alam hari ini.
Lompat parti
Noh juga tidak menolak kemungkinan tindakan PAS Selangor itu akan menyebabkan berlaku tindakan lompat parti dalam kalangan anggota PAS, ADUN atau anggota exco kerajaan negeri daripada parti Islam itu.
"Jika PAS keluar daripada kerajaan Selangor, Pakatan Harapan (DAP-PKR-Parti Amanah Negara) masih cukup untuk wujudkan komposisi pemerintahan baharu...
“PAS kini pembangkang di Selangor," katanya.
Disebabkan itu katanya, rakyat Selangor harus membuka mata dan bijak membuat perbandingan sama ada mahu memilih pakatan parti politik dengan krisis dan perpecahan tidak berkesudahan atau solidariti dan kebersatuan yang ditunjukkan BN.
Dalam perkembangan yang sama, wartawan Malaysiakini, Zulaikha Zulkifli melaporkan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini melahirkan rasa bersyukur berhubung tindakan PAS yang memutuskan kerjasama politik dengan PKR.

Kerajaan campuran ganti kerajaan Najib makin tipis kerana 'pengkhianatan'



Kerajaan campuran dikatakan akan mengantikan kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri  Najib Razak sekiranya  Pakatan Harapan akan menang dalam pilihan raya akan datang,  'pengkhianatan' yang berlaku agak mustahil menjadi kenyataan kerana berlaku pertandingan tiga penjuru.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad  menegaskan adakah rakyat dapat diyakini kerajaan yang baharu itu kelak boleh mengantikan pentadbiran negara lebih baik berbanding kerajaan Najib?
"Sesungguhnya tidak ada Kerajaan yang begitu buruk dan berjenayah besar seperti Kerajaan Najib.
"Kerajaan yang bercadang mengganti Najib ialah Kerajaan parti-parti campuran pembangkang yang akan dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang mahir dalam politik dan dibantu dengan mereka yang berpengalaman dalam pentadbiran negara.
"Mereka tidak ada rekod jenayah atau menyalahguna kuasa. Mereka terpelajar dan pernah menjadi anggota Kerajaan," jelasnya dalam tulisan terbaru di blognya hari ini.
Beliau juga mempersoalkaan apakah mungkin gabungan parti-parti lawan menang dalam PRU14?
Terkini semalam  keputusan Majlis Syura Ulama Pas sudah pasti akan berlaku pertandingan tiga penjuru .
"Besar kemungkinan mereka menang jika pertandingan hanyalah antara mereka dengan Barisan Nasional.
"Tetapi ada parti-parti yang kononnya akan letak calon untuk melawan Najib dan BN. Dengan ini akan berlakulah pertandingan tiga atau empat penjuru.
"Kesannya ialah pengundi yang berhasrat mengalahkan Najib akan berpecah dua atau tiga. Penyokong Najib, kerana sebab-sebab tertentu akan bersatu mengundi BN. Najib akan menang kerana berpecahnya undi pembangkang.

Kalau bermaruah, exco PAS S'gor letaklah jawatan

Ahli Parlimen Raub dari DAP, Datuk Mohd Ariff Sabri berkata, exco PAS dalam kerajaan negeri Selangor patut meletak jawatan jika bermaruah dan bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama parti Islam itu yang memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.
“Jika exco PAS ada maruah, mereka harus meletakkan jawatan kecuali yang berada dalam kerajaan Selangor memutuskan enggan patuh kepada keputusan majlis syura ulama PAS.
“Atau, jika mereka pentingkan rakyat, mereka boleh keluar PAS dan menyertai salah satu parti Pakatan Harapan (HARAPAN).
“Dengan cara itu, Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali boleh kekalkan mereka dalam kerajaan negeri,” katanya, memetik laporan Roketkini.
Sebelum ini, Naib Ketua Pemuda Nasional AMANAH, Shazni Munir Mohd Ithnin mencadangkan Mohamed Azmin supaya segera melakukan rombakan kabinet dengan mengetepikan PAS.
Kata Shazni, ‘bola’ kini berada di kaki Mohamed Azmin sama ada mahu terus bersangka baik dengan PAS atau merombak kabinet Selangor bagi mengukuhkan HARAPAN dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
"Muktamar terima untuk putus tahaluf siyasi dengan PKR, setelah berkerat rotan dengan AMANAH dan DAP sebelumnya, maka di mana relevannya untuk PAS kekal dalam kabinet negeri,” katanya kepada Malaysiakini.
Mengulas lanjut, Mohd Ariff berkata, pihaknya berpandangan PKR tidak perlu ‘memujuk’ PAS negeri itu malah kerajaan HARAPAN Selangor akan terus bertahan tanpa PAS.
“Bilangan majoriti Azmin masih boleh bertahan, bentuk kerajaan tanpa PAS,” ujar beliau yang juga yang juga ahli jawatankuasa DAP Pahang.

Pas keliru, hadapi prestasi buruk jika bersendiri


Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran kepada Pas bahawa ia akan mengalami prestasi buruk jika memutuskan untuk bertanding bersendirian pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Mengulas keputusan Majlis Syura Pas memutuskan hubungan politik dengan PKR semalam, bekas perdana menteri itu menyifatkan parti Islam itu sebagai "keliru".
"Saya tidak tahu, saya fikir adalah sangat mengelirukan bagi Pas, kerana di satu pihak mereka tidak mahu bekerja dengan sesiapa, dan di sisi lain mereka mahu bekerja dengan seseorang. Saya tidak tahu dasar mereka.
"Pada mereka sendiri, Pas tidak pernah menunjukkan prestasi yang baik. Jika mereka bertanding pilihan raya sendiri, tanpa perlu bekerja dengan orang lain, sebagai contoh dengan DAP khususnya, prestasi mereka akan menjadi sangat buruk," katanya ketika ditemui di mahkamah Jalan Duta kompleks di Kuala Lumpur hari ini seperti dilapor Malaysiakini.
Mahathir mengingatkan bahawa Pas hanya menang satu kerusi apabila bertanding sendirian. Bagaimanapun, semasa bersama DAP, katanya, mereka pernah memiliki 27 kerusi parlimen.
"Itu adalah skor tertinggi dan jelas (jika mereka bertanding sendiri) mereka tidak boleh membentuk kerajaan."
Mahathir merujuk kepada pilihan raya umum pada tahun 1986 apabila Pas hanya menang satu kerusi parlimen. Semalam, Majlis Syura Pas secara rasmi mengumumkan telah memutuskan hubungan dengan PKR.
Pas, PKR dan DAP sebelum ini membentuk gabungan politik yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Berikutan kejatuhan Pakatan Rakyat, DAP dan PKR membentuk Pakatan Harapan bersama-sama dengan Amanah.

Azmin tiada rancangan jumpa Hadi dalam masa terdekat

Timbalan presiden PKR itu berkata, ia bertujuan memberi masa kepada Hadi Awang berehat sebelum beliau menjalani pembedahan pada minggu depan.
azmin-ali_hadi-awang_600RAWANG: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak akan menemui Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membincangkan hubungan PKR dan PAS dalam masa terdekat untuk memberi masa presiden parti Islam itu berehat sebelum menjalani pembedahan pada minggu depan.
“Tida ada rancangan untuk mengadakan pertemuan (dengan Hadi) dalam masa terdekat kerana saya dimaklumkan beliau sedang berehat kerana alami masalah kesihatan.
“Beliau akan menjalani pembedahan pada awal bulan depan,” katanya selepas menghadiri perasmian Masjid Perodua oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Selasa lalu, menteri besar Selangor itu dilaporkan berkata, beliau sedia menemui Hadi atau mana-mana kepimpinan parti Islam itu untuk membincangkan “masalah” mereka dengan PKR di Selangor menjelang pilihan raya umum akan datang.
“Kita mesti merendahkan hati untuk duduk dan berbincang. Walaupun ada perbezaan, tetapi saya fikir masalah boleh diselesaikan melalui perbincangan dan konsensus,” kata Azmin yang juga timbalan presiden PKR.
Semalam, Majlis Syura Ulama PAS membuat ketetapan menamatkan hubungan dengan PKR serta-merta “kerana begitu banyak pelanggaran syarat menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam”.

Sudah putus hubungan, Adun Pas terus terima peruntukan


Dr Halimah bergambar bersama penerima skim-skim bantuan kerajaan negeri di Klang 10 Mei lalu.Dr Halimah bergambar bersama penerima skim-skim bantuan kerajaan negeri di Klang 10 Mei lalu.
Walaupun telah memutuskan hubungan politik dengan PKR, ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas masih lagi menerima peruntukan ratusan ribu ringgit daripada kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR.
Budaya ini berlawanan dengan apa yang berlaku di negeri-negeri lain termasuk Kelantan apabila Adun-Adun pembangkang tidak diberi sebarang peruntukan.
Mungkin inilah budaya 'politik matang dan sejahtera' yang diamalkan menteri besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Di Dewan Telok Pulai, Klang, 10 Mei lalu, Adun Selat Klang Dr Halimah Ali sebagai contoh menyerahkan RM561,600 kepada penerima pelbagai sumbangan kerajaan negeri di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor(MES) yang sekaràng ini dikenali sebagai Inisiatif Peduli Rakyat.
Seramai 20 orang penerima RM1000 khairat kematian Skim Mesra Warga Emas (SMUE) fasa 1 dan 79 waris warga emas menerima RM1,500 SMUE fasa 2 yang kesemunya berjumlah RM118,500.
Seramai 219 pelajar dari 12 Tadika menerima RM43,800 di bawah Skim Tunas, dua Taska menerima Skim Si Kembar, 30 penerima pinjaman mikro kredit tanpa riba fasa 1 hingga 4 antara RM3,000 hingga RM50,000 dengan jumlah keseluruhan RM328,000.
Sumbangan bulanan makanan asas 'food stamp' juga disampaikan kepada 100 penduduk miskin di Selat Klang dan kad rawatan percuma yang bernilai RM500 setahun diserahkan kepada 92 penerima.

PAS belakangi aspirasi rakyat – MB Selangor



SHAH ALAM, 12 MEI: Tindakan Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kerjasama politik dengan PKR membelakangi aspirasi rakyat untuk perubahan kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.
“Saya kecewa kerana keputusan untuk membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR, (tindakan itu) adalah keputusan dan pilihan yang dibuat PAS sendiri.
“Ini sedikit sebanyak keputusan yang membelakangkan aspirasi rakyat yang mahukan perubahan demi negara dan rakyat keseluruhannya,” katanya kepada media di bangunan SUK Shah Alam hari ini.
Menurut beliau, pertemuan telah diadakan bersama ketiga-tiga exco PAS dan pesuruhjaya PAS Selangor untuk mendapatkan penjelasan dan akan dibincangkan dengan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail sebelum sebarang tindakan diambil.
Azmin sebelum ini dilihat berusaha keras untuk memastikan kerjasama politik PKR dan PAS di Selangor dipertahankan setelah berkuburnya Pakatn Rakyat.
Bagaimanapun, usaha mengekalkan muafakat Pakatan Harapan bersama PAS Selangor yang menerajui kerajaan negeri mendapat tamparan hebat apabila Majlis Syura Ulama PAS membat keputusan muktamad memutuskan kerjasama mereka dengan PKR.
Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua menzahirkan rasa lucu dengan keputusan PAS yang mengekalkan kedudukan mereka dalam kerajaan negeri.
“Kalau tak ada kerjasama politik, macam mana anda boleh berada dalam kerajaan gabungan? Duduk dengan pembangkang UMNO lah,” katanya dalam kemaskini Facebook.

Kini PKR pula jadi mangsa 'melabel' Pas


Sheikh Omar AliSheikh Omar Ali
Keputusan Pas memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR turut mendapat komen pemimpin muda DAP.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor Sheikh Omar Ali menyifatkan PKR kini turut menjadi mangsa tabiat melabel Pas apabila majlis syura ulamak parti itu menuduh PKR  menentang sebahagian daripada agenda Islam yang dibawa Pas.
"Bagi saya ini adalah satu tuduhan yang cukup berat. Nampaknya bukan sekadar DAP sahaja yang menjadi mangsa labelan Pas kononnya menentang Islam, rupanya PKR juga dihukum hal yang sama," ujarnya.
Bagaimanapun beliau tertarik dengan 'penghakiman' berbeza Pas terhadap situasi kerjasama parti itu dengan PKR di Selangor.
Menurut Sheikh Omar, dengan menggunakan istilah 'maslahah' sebagai alasan, pendirian Pas terhadap kedudukan perjawatan ahli dewan undangan negeri (Adun) parti itu dalam kerajaan negeri Selangor khususnya exco negeri tidak setegas keputusan membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR.
"Hal ini membenarkan kenyataan yang pernah saya lontarkan pada 1 Mei lalu bahawa 'Tuhan bukanlah sekala-galanya bagi Pas saat bertembung soal kuasa'," katanya.
Tambah beliau, dengan menggunakan hujah apa sekalipun, sukar bagi Pas untuk berundur setelah merasai nikmat berada di tampuk kuasa.
"Masakan Pas mahu lepaskan jawatan-jawatan mereka dalam kerajaan negeri? Tidak mungkin.
"Pas tidak peduli semua ini biarpun bakal digelar 'muka tak malu', ibarat 'sudah ditalak, tapi masih mahu duduk serumah'!" ujarnya sinis.
Beliau bagaimanapun berkata, bola kini terletak di kaki Pakatan Harapan khususnya PKR untuk menilai dan membuat keputusan khususnya Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
"Bagi saya, usaha Pas mencucuk hidung Azmin bakal kita saksikan dalam percaturan parti itu memposisikan diri mereka sebagai 'kingmaker' menjelang PRU ke-14 yang kian hampir," ujarnya.

UMNO71: "Kami datang baca yasin, tak terlibat politik" - Warden tahfiz

PAS-PKR 'putus': Ini respon Wan Azizah

Tiada lagi portfolio Menteri Kewangan untuk PM, kata Nurul Izzah

"Saya bersama DAP tentang kerajaan kleptokrasi" - Tun M

Prestasi PAS teruk jika berjuang sendiri - Tun M

Khairuddin, Chang bebas penuh tuduhan sabotaj ekonomi negara

ADUN DAP Pujut hilang kerusi

Azmin kecewa

Putus Hubungan: Azmin kecewa dengan PAS

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali hari ini melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang membuat keputusan untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR.
Azmin yang juga timbalan presiden PKR itu berkata, tindakan PAS itu membelakangkan aspirasi rakyat yang mahukan perubahan terhadap negara.
"Saya kecewa kerana keputusan untuk membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR, (ia) adalah keputusan dan pilihan yang dibuat PAS sendiri.
"Dan ini sedikit sebanyak satu keputusan yang membelakangkan aspirasi rakyat yang mahukan perubahan demi negara dan rakyat keseluruhannya," katanya ketika ditemui pemberita di bangunan SUK Shah Alam.
Beliau sebelum itu bermesyuarat bersama tiga exco PAS dan pesuruhjaya baru parti itu.

Ada siswa mengaku dikerah ke acara Umno cara 'kotor'

Semalam merupakan ulang tahun Umno yang ke-71. Dalam ribuan hadirin yang menghadiri upacara penuh bersejarah itu, siapa sangka ada hati yang terluka.
Itulah yang dihadapi oleh sesetengah mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang pada awalnya didakwa dimaklumkan mereka diwajibkan hadir ke “Program Sukarelawan Patriotisme Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Seawal jam 10 pagi sebanyak 110 buah bas dengan ke muatan 44 orang mahasiswa mereka bergerak ke Bukit Jalil secara berperingkat, namun setibanya di situ, tiada program seperti yang dimaklumkan sebaliknya ia adalah sambutan ulang tahun Umno yang ke-71.
Menurut mahasiswa yang hanya mahu dikenali sebagai Syafiq, UiTM mewajibkan mahasiswa yang mengikuti kelas kokurikulum untuk menghadiri program itu dan sekiranya ingkar, mereka akan diambil tindakan.
“Pihak UiTM kata ini program sukarelawan tapi kami kena tipu. kami datang dari pagi lagi duduk bawah pokok, dah dua kali periksa darah dan sekarang duduk balik bawah pokok.
“Sekarang ni dah letih sangat, tak tahu nak buat apa-apa dah sekarang ni,” katanya kepada Malaysiakini.
Seorang anggota lembaga pengarah UiTM Datuk Irmohizam Ibrahim menyifatkan dakwaan itu sebagai “fitnah” yang boleh mencemarkan nama institusi itu.
Sementara Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa juga dilapor menafikan dakwaan itu, dengan berkata sambutan malam tadi "terbuka" kepada sesiapa yang berminat.
Ia bagaimanapun selari dengan dakwaan Pemuda PKR dan Pemuda DAP yang mendedahkan dakwaan rakaman skrin WhatsApp dan surat menyurat berkaitan.
Kesemua mahasiswa yang ditemui Malaysiakini semalam enggan nama penuh mereka disiarkan.

'Kami ada parti sendiri'
Mahasiswa yang mahu dikenali sebagai Razak pula mempersoalkan mengapa kerajaan sebelum ini melaungkan mahasiswa tidak boleh terlibat dengan politik namun bertindak sebaliknya.
“Sudahlah macam program yang dia kata pada awalnya itu tak ada. Saya rasa program hari ni kurang sesuai, sebab kerajaan kata pelajar tak boleh terlibat dengan politik tapi ini dah lain dah ni,” katanya.
Bagi Ismail, UiTM tidak boleh memaksa pelajar yang sudah berusia 21 tahun ke atas ke program Umno memandangkan mereka sudah boleh mengundi.
“Kami dah berusia 21 tahun, tak bolehlah paksa macam ini. Kami pun ada parti yang kami pilih dan lebih-lebih lagi undi ini rahsia,” kesalnya.
Namun lain pula yang dihadapi oleh pelajar sebuah kolej apabila mereka pada awalnya hanya diberitahu untuk hadir ke program “Kadet Pispa” dalam program sukarelawan bersama menteri.
Menurut pelajar yang mahu dikenali sebagai Faiz, beliau dan rakan-rakannya tidak menyangka akan dikerah ke program ulang tahun Umno.
Katanya, ketika dalam perjalanan ke Bukit Jalil hari ini, seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai urus setia majlis ulang tahun Umno ke-71 tiba-tiba memberi baju parti yang berwarna merah untuk dipakai.
Malah lelaki tersebut turut mengingatkan semua pelajar supaya tidak mengambil gambar dengan memakai baju Umno serta memuat naiknya di laman sosial.

Meskipun sudah putus, PAS mahu kekal dalam kerajaan Pakatan negeri Selangor

MENTERI Besar Azmin Ali hari ini memberi mandat kepada wakil rakyat PAS untuk terus perkukuhkan kerajaan negeri, walaupun parti Islam itu secara rasmi memutuskan hubungan dengan PKR semalam.
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi berkata exco PAS juga akan terus berada dalam kerajaan negeri untuk berkhidmat kerana ia mandat yang diberikan rakyat menerusi pilihan raya umum lalu.
“Kami tidak berbincang mengenainya (PAS memutuskan hubungan politik dengan PKR). Keputusan itu merujuk kepada perbincangan untuk PRU14.
“Tetapi dalam konteks kerajaan negeri, kami masih bekerjasama kerana ini mandat rakyat,” katanya selepas pertemuan dengan Azmin di Pejabat Menteri Besar hari ini.
The Malaysian Insight difahamkan dua exco PAS Dr Yunus Hairi dan Zaidy Talib turut serta dalam pertemuan itu.
Yunus ketika ditemui di Bangunan SUK Shah Alam hari ini berkata: "Menteri besar cuma minta kita kukuhkan kerajaan negeri."
PAS mengakhiri kerjasama dengan PAS semalam selepas Majlis Syura, badan tertinggi parti Islam itu memutuskan ia perlu bagi mempertahankan agenda Islam.
Majlis Syura berkata alasan mereka mahu mengakhiri hubungan politik dengan PKR ialah kerana PKR membuat kenyataan tidak benar terhadap pemimpin PAS, bekerjasama dengan musuh mereka untuk menjatuhkan kerajaan negeri Kelantan dan tidak menyokong usul RUU 355.

Dakwaan bertemu Najib sama macam poster palsu, kata setiausaha Hadi

Ia susulan dakwaan blogger Umno yang berkata tokoh 2 parti berteras Melayu itu berjumpa selama 45 minit.
Samsuri-Mokhtar-najib-hadiPETALING JAYA: Desas desus Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini dinafikan oleh setiausaha politik presiden PAS itu.
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, dakwaan kedua-dua tokoh itu “bertemu empat mata” pada hari sama Majlis Syura PAS memutuskan hubungan dengan PKR hanya “berlegar di peringkat saraf”.
“Tidak betul. Maksud saya, ia hanya saraf yang berlegar-legar. Itu sahaja tarafnya,” kata Samsuri kepada FMT.
Ahmad Samsuri turut menunjukkan kepada FMT sebuah poster aturcara sambutan ulang tahun ke-71 Umno semalam, yang mendakwa kononnya Hadi akan tiba ke Stadium Bukit Jalil bersama-sama Najib, sedangkan perkara itu tidak berlaku.
Penafian itu menepis dakwaan seorang blogger Umno yang berkata pertemuan 4 mata antara Hadi dan perdana menteri berjalan selama 45 minit kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.
Sebelum ini, spekulasi timbul PAS dan Umno akan bergabung untuk mentadbir Selangor susulan keputusan PAS menamatkan kerjasama dengan PKR.

Najib, Hadi bertemu di KL sebelum PAS putus hubungan PKR?

Seorang blogger Umno mendakwa pertemuan berlaku beberapa jam sebelum Majlis Syura mengumumkan kerjasama PAS-PKR tamat secara rasmi.
hadi-awang_najib_600
PETALING JAYA: Pada hari Umno menyambut ulang tahun ke-71 semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak, menurut sumber yang memberitahu perkara itu kepada FMT.
Bagaimanapun, sumber dalaman PAS ketika ditanya mengenai perkara itu tidak dapat mengesahkan pertemuan 2 presiden parti terbesar berteras Melayu itu berlaku.
“Tak pasti. Saya difahamkan Ayah Chik berada di hospital,” katanya, merujuk Hadi dengan panggilan mesra di kalangan penyokong kuatnya.
Sumber juga tidak dapat memastikan sama ada pertemuan itu diadakan di pejabat Najib di Putrajaya.
Ia turut dilaporkan seorang blogger Umno, yang berkata pertemuan “empat mata” antara Hadi dan perdana menteri itu berjalan selama 45 minit di kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.
“Harap Najib Razak akan umumkan hasil perbincangan itu malam ini sempena Umno 71 tahun. Mungkin biduk lalu, kiambang bertaut, sirih pulang ke ganggang,” kata Zaharin Mohd Yasin dalam catatan Facebook semalam.
Pertemuan itu, sekiranya benar berlaku, dilihat signifikan kerana diadakan beberapa jam sebelum Majlis Syura PAS memberikan lampu hijau memutuskan hubungan dengan PKR seperti mana didesak perwakilan pada muktamar yang baru berlalu di Kedah.
Keputusan semalam oleh Majlis Syura, badan didominasi “ulama” PAS dan mempunyai kuasa tertinggi dalam hala tuju parti, sekaligus mengakhiri kerjasama PAS selama hampir 18 tahun dengan PKR, sejak kelahiran parti itu sebagai Parti Keadilan Nasional pada 1999.
Sebelum ini, spekulasi timbul PAS dan Umno akan bergabung untuk mentadbir Selangor. Bagaimanapun, gandingan wakil rakyat PAS dan Umno masih belum mampu memberikan jumlah kerusi yang diperlukan untuk menjatuhkan Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali.

Maslahah jari tengah

Seorang lelaki membatalkan sidang medianya selepas mendapati hampir tiada wartawan yang hadir untuk mendengar kata-katanya. Hanya ada dua orang wartawan.
Dia pun membatalkan sidang media itu. Untuk menghalalkan tindakannya, lelaki terbabit berkata dia memikirkan maslahah umum dan mahu berlaku adil kepada wartawan lain yang tidak hadir.
Masalahnya ialah, lelaki itu mungkin terlupa bahawa dia sepatutnya berlaku adil juga kepada wartawan yang bersusah payah hadir ke tempat dan waktu yang dijanjikannya.
Dia membuat keputusan itu atas alasan maslahah dan adil, tetapi mengikut definisi dia sendiri tentunya.
Tidak ada perkembangan yang lebih ditunggu-tunggu semalam selain mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS yang akan membincangkan isu tahaluf siyasi dengan PKR.
"Mengapa guna tahaluf siyasi?" kata seorang pegawai tadbir dan diplomatik yang handal menulis karya sastera namun dia selalu enggan.
Dia kami doa-doakan menjadi ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka suatu hari nanti walaupun ketika ini kerjanya adalah memantau bencana alam dalam negara. Kami yakin tidak ada salahnya pemantau cuaca menjadi ketua pengarah DBP ketika seorang yang mempunyai latar belakang pendidikan pun boleh menjadi ketua audit negara.
Itulah masalahnya. Dengan bahasa kita selalu menjadi keliru. Sehingga kini masih ramai yang beranggapan setiap ungkapan Arab atau huruf-huruf jawi adalah Islam. Mereka barangkali lupa dengan huruf jawi dan bahasa Arab itu jugalah ramai yang mencarut.
Cuma bagi kebanyakan orang Melayu di negara ini, sesuatu ungkapan yang dilafazkan dalam bahasa Arab menjadikan sesuatu itu sakral. Samalah seperti tahaluf siyasi itu. Sedangkan bahasa mudahnya ada - kerjasama politik. Namun kerana ingin menjadikan ia suci, digunakanlah bahasa yang bukan bahasa Melayu.
Kemudian diumumlah bahawa tahaluf siyasi PAS dengan PKR berakhir. Putus begitu. Maknanya tiada lagi kerjasama antara kedua-dua parti itu.
Masih nak berkendak
Dengan dua seteru ketat PAS - DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) jangan ceritalah. Menyebut perkataan atau nama parti itu saja - bagi petegar PAS - seakan-akan meletakkan najis di atas lidah.
Dalam ranggi, tegas dan baran itulah tiba-tiba untuk kedudukan mereka di Selangor, PAS berhujah lain. Untuk mengabsahkan keputusan itu mereka bercakap tentang maslahah.
Demi maslahah rakyat, katanya, PAS kekal bersama PKR dan DAP yang membentuk kerajaan negeri.
Situasi itu kira-kira samalah dengan seorang suami sudah melafaz talak kepada isterinya, tetapi masih hendak berkendak. Alas bagi kecurangan itu adalah dua perkataan Arab juga: maslahah dan ra'ayah (rakyat).
Ia disambut pula oleh parti lain di Selangor dengan menggunakan hujah rakyat juga. Sedangkan rakyat di bawah ini bukan semuanya bersetuju dengan mereka.
Dengan langkah yang boleh dianggap keji itu, rakyat seolah-olah diletakkan begitu murah jika pun tidak dilacurkan secara politik oleh pihak yang kononnya berjuang demi kesejahteraan orang ramai.
Memanglah jika PAS menarik diri daripada kerajaan, kedudukan di PKR, DAP dan AMANAH di Selangor berubah. Pilihan raya umum (PRU) pula akan datang pada bila-bila masa. Rakyat - kata mereka - harus terus dibela. Sama ada kita masih rela dibela (dengan bacaan 'e' taling) atau dibela (dengan bacaan 'e' pepet) itu adalah isu lain.
Namun dengan mengandaikan hujah itu benar, tidak salah pula kita bertanya mengenai kedudukan pegawai-pegawai lantikan politik dalam jabatan, agensi kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.
Adakah jika mereka meletakkan jawatan - selepas kerjasama politik antara parti yang dibina selama ini ditalkinkan Majlis Syura Ulama PAS petang semalam - akan menyebabkan rakyat berkecamuk dan sukar diurus? Adakah rakyat tidak dapat dibela tanpa orang parti politik tertentu di GLC sana?
Maslahah cabutan bertuah
Kemudian menjelmalah malam nisfu Syaaban. Bagi orang Islam ia adalah detik berakhirnya 'buku' lama untuk tahun lalu dan bermulanya 'buku' baru bagi tahun mendatang.

KEPUTUSAN MAJLIS SYURA PAS YANG PELIK DAN KELAKAR....

Tentunya semua orang sudah sedia maklum dengan keputusan Majlis Syura Pas semalam yang secara sah memutuskan hubungan parti itu dengan PKR.
Berikut adalah keputusan penuh berkenaan:-
Majlis Syura Ulamak yang bersidang pada hari ini, 14 Sya’ban 1438 bersamaan 11 Mei 2017 memutuskan bahawa:
1. Dengan merujuk kepada begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat Tahaluf Siyaasi menurut pertimbangan hukum Syarak dan Akhlak Islam, maka hubungan politik Tahaaluf Siyaasi antara PAS dan PKR telah terbatal.
Antara perlanggaran tersebut ialah;
a. Tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa oleh PAS seperti RUU 355.
b. Melanggar adab-adab berkerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakkan imej PAS.
c. Khianat dalam hubungan politik dengan PAS antaranya dengan bekerjasama dengan pihak-pihak yang mahu menjatuhkan Kerajaan Negeri Kelantan dan menentang PAS dalam Pilihanraya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
2. Sebarang tindakan politik termasuk urusan pentadbiran Negeri Selangor diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan merujuk kepada maslahah dan kepentingan Islam dan rakyat.
‘SEJAHTERA BERSAMA ISLAM’
Dato Ustaz Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh
Setiusaha, 
Majlis Syura Ulamak Pas
11 Mei 2017/14 Sya’ban 1438 Hijrah.
Bagaimanapun, jika diperhalusi keputusan itu adalah pelik, malah kelakar bagi sebuah parti yang berdiri atas nama Islam kerana Pas hanya memutuskan kerjasama berbentuk politik saja dengan PKR, tetapi tidak berkaitan kedudukan dalam kerajaan negeri Selangor.

Untuk kedudukan dalam kerajaan Selangor yang melibatkan 3 Exco serta dianggarkan kira-kira 5,000 ahli Pas yang turut menerima pelbagai jawatan dan gaji, Majlis Syura seperti dalam keputusan nombor 2 menyebut, "urusan pentadbiran Negeri Selangor diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan merujuk kepada maslahah dan kepentingan Islam dan rakyat."

Bukankah selama ini kita diberitahu, selepas muktamar membuat sesuatu keputusan, pihak yang paling tinggi untuk memberi kata putus ialah Majlis Syura Pas?

Tetapi, kenapa dalam soal kedudukan dalam kerajaan negeri yang melibatkan 3 Exco dan kira-kira 5,000 penerima gaji daripada kerajaan negeri, keputusan akhir diserahkan balik kepada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diketuai oleh Hadi Awang sendiri untuk membuat keputusan?

Implikasi selepas PAS dan PKR sah ‘bercerai’


Implikasi selepas PAS dan PKR sah ‘bercerai’
Pada muktamar PAS bulan lalu perwakilan mengusulkan putus hubungan dengan PKR, dan ia dimuktamadkan di Majlis Syura semalam.
PAS secara rasminya memutuskan hubungan dengan PKR, dan itu bukan berita sebenarnya bagi sesiapa yang sudah pun menjangkakannya sejak dulu lagi.
Perpecahan itu tidak dapat dielakkan selepas parti Islam itu menguburkan Pakatan Rakyat (PR) apabila ia memutuskan ikatan dengan sekutu DAP pada Julai tahun lalu, dan kemudian bulan lalu ia mengisytihar parti pembangkang baharu Bersatu sebagai “tiada pemimpin” pada muktamar yang turut mengusulkan supaya hubungan dengan PKR diakhiri.
Jadi apa akan berlaku sekarang kerana PAS bertegas ia masih dalam kerajaan Selangor di mana kira-kira 5,000 ahlinya, masih memegang pelbagai jawatan dalam pentadbiran negeri sehingga pilihan raya umum akan datang?
Bolehkah parti yang diterajui presiden Abdul Hadi Awang terus memegang kuasa, dengan meninggalkan pakatan pembangkang dan menjadi kuasa ketiga, walaupun kerjasama bersama Umno semakin berkembang?
The Malaysian Insight mendapatkan reaksi beberapa penganalisis yang menjelaskan implikasi perpecahan itu dan apa akan berlaku menjelang pilihan raya umum akan datang yang perlu diadakan sebelum Ogos 2018.
Pertandingan 3 penjuru pada PRU14 tidak dapat dielakkan
Dalam dua PRU lalu, PR menang lebih banyak kerusi Parlimen dan DUN, kerana pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN). Ia juga menyebabkan BN hilang undi popular pada PRU 2013.
Tidak lagi. PAS dijangka kalah di kerusinya jika bertanding melawan bekas sekutunya dan juga BN, terutama Umno kerana parti itu memegang undi Melayu. Akibatnya Umno mungkin akan menang kerusi berkenaan kerana PAS dan parti pembangkang lain berebut untuk mendapatkan undi.
Pengarah Strategi Amanah Dzulkefly Ahmad berkata rakyat dan pengundi semakin jelas siapakah sebenarnya yang menolak formula “Satu Lawan Satu”.
“Rakyat juga harus tahu siapa yang akan memberikan kemenangan kepada Umno-BN dengan pertandingan tiga penjuru,” katanya.
Katanya, segala usaha khasnya pimpinan PKR dan Bersatu sehingga ke hari ini untuk meyakinkan dan “memujuk” PAS mewujudkan “persefahaman pilihan raya” atau “persefahaman politik” hampir mustahil atau gagal dicapai.
PAS bertegas kekal dalam Selangor kerana ia mengawal masjid dan surau
Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar berkata PAS berkemungkinan besar tidak akan keluar daripada kerajaan Selangor kerana mereka mempunyai kira-kira 5,000 jawatan di negeri itu sehingga ke peringkat akar umbi.
“Jawatan lantikan politik seperti ahli majlis, ahli jawatankuasa masjid/surau dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di seluruh Selangor yang punyai elaun bulanan," katanya.

Tony Pua gesa PAS S'gor sertai Umno sebagai pembangkang

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua geli hati dengan keputusan PAS Selangor untuk kekal dengan kerajaan negeri Selangor tanpa kerjasama politik dengan PKR.
Menulis di Facebook, Pua menggesa PAS Selangor melepaskan kedudukan dalam kerajaan negeri dan duduk dengan Umno di bangku pembangkang.
"Jika tiada hubungan politik, kenapa duduk dalam kerajaan campuran? Duduk dalam pembangkang dengan Umno lah," tulisnya di Facebook.
Selepas majlis syura PAS mengumumkan ia mengekalkan keputusan muktamar parti itu untuk memutuskan hubungan politik dengan PKR, Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi berkata semalam bahawa mereka bersetuju dengan keputusan itu.
Sallehan, bagaimanapun berkata anggota exco parti itu dalam kerajaan negeri akan kekal dalam kedudukan masing-masing tetapi tidak akan mempunyai hubungan politik dengan PKR.
Wakil PAS di Selangor tidak akan mengambil bahagian dalam perbincangan politik dengan parti-parti Pakatan Harapan mengenai perkara yang berkaitan dengan pilihan raya umum, termasuk peruntukan kerusi, katanya.
Rakan Pua dalam DAP, Datuk Teng Chang Khim, yang juga exco kanan kerajaan negeri berkata semalam bahawa beliau tidak mempunyai masalah dengan PAS kekal dalam exco negeri.

Jelaskan kos, butiran Rosmah ke London

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tunku dari DAP, Lau Weng San memohon pejabat perdana menteri untuk menjelaskan kos dan butiran perjalanan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke London pada minggu lepas.
"Khususnya antara 4 hingga 7 Mei kerana dua menteri kabinet yang sepatutnya mengiringi Rosmah dalam lawatan ke London tidak bersama dengan beliau dalam tempoh empat hari ini.
"Selain itu, tujuan saya menimbulkan soalan ini adalah kerana media Malaysia dan United Kingdom nampaknya kurang melaporkan aktiviti-aktiviti beliau selama seminggu di London.
"Maka, ada keperluan untuk pihak perdana menteri memberi penjelasan yang lebih lanjut terhadap kos perjalanan tersebut," kata Lau dalam kenyataannya.
Rosmah yang merupakan penaung program PERMATA mengadakan lawatan ke London mulai 4 hingga 10 Mei 2017 bagi memperluaskan program berkenaan dengan diiringi oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.
Menurut kenyataan Kementerian Luar, antara aktiviti Rosmah di London ialah menyampaikan ucapan serta merasmikan Majlis Nobel Minda atau Nobelist Mindset.
Selain itu, Rosmah juga menyaksikan majlis menandatangani dua Surat Hasrat (LOI) iaitu antara PERMATA Pintar dan Cambridge University, dan PERMATA Insan dengan Oxford Centre for Islamic Studies, University of Oxford.

PKR tolak tohmahan majlis syura Pas dakwa parti itu khianati tahaluf


Saifuddin Nasution IsmailSaifuddin Nasution Ismail
Dengan nada yang lebih tegas, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menolak tohmahan  Majlis Syura Ulamak Pas kononnya PKR menentang agenda Islam, melanggar adab-adab bekerjasama dalam politik dan khianat dalam hubungan politik dengan Pas.
Saifuddin turut menzahirkan kekesalan partinya terhadap keputusan Majlis Syura Ulamak Pas untuk memutuskan hubungan dengan parti itu namun menghormatinya atas kebebasan politik.
Menurut beliau, rekod PKR kekal sebagai sebuah parti multiracial, komited memperjuangkan agenda rakyat, membanteras rasuah dan penyelewengan, mendedahkan salah urus dan tatakelola pemerintah dan teguh memupuk dan memelihara kerjasama akrab dan solidariti sesama rakan-rakan pembangkang.
"Pimpinan PKR akan segera berbincang dan mengambil pendirian terhadap keputusan Majlis Syura Ulamak Pas," katanya dalam satu kenyataan.
Semalam Majlis Syura Ulamak Pas mengesahkan pembatalan kerjasama politik dengan PKR, namun kedudukan parti itu dalam kerajaan negeri Selangor diserahkan kepada Jawatankuasa Pas Pusat.
Pengumuman dibuat Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh dalam sidang media di Pejabat Agung Pas.
Menurut Zawawi, begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat tahaluf siyasi yang menyebabkan hubungan politik antara Pas dan PKR terbatal.
Antara perlanggaran tersebut, ujar beliau adalah kegagalan PKR untuk menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa Pas seperti usul Rang Undang-undang 355 (RUU 355).

PKR tidak khianati tahaluf siyasi, komited perangi kleptokrasi


Dr Wan Azizah IsmailDr Wan Azizah Ismail
Sebagai reaksi kepada keputusan majlis syura ulamak Pas memutuskan hubungan politik, PKR menegaskan bahawa ia tidak sama sekali mengkhianati tahaluf siyasi yang dimeterai dengan Pas malah tetap komited untuk menentang budaya rasuah dan kleptokrasi kerajaan Umno-BN.
Malah Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mengajak semua parti politik yang progresif untuk bergabung tenaga dan bersatu menyelamatkan Malaysia dengan mengenepikan kepentingan parti masing-masing dan meletakkan agenda rakyat sebagai kerangka kepentingan bersama.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, PKR katanya mengambil maklum keputusan Majlis Syura Ulamak Pas yang membatalkan hubungan politik tahaluf siyasi walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengekalkan muafakat politik demi memenuhi aspirasi rakyat.
"PKR tidak pernah mengkhianati prinsip tahaluf siyasi semenjak terbentuknya muafakat politik.
"PKR mendukung secara prinsip usaha pemerkasaan mahkamah syariah seperti yang ditegaskan oleh kenyataan media Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 April 2017 yang juga merupakan pendirian rasmi PKR," ujarnya.
Menurut Dr Wan Azizah, matlamat dan tindakan PKR dalam semua pilihan raya termasuk pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah untuk menentang Umno dan BN.
Mengulas tentang kedudukan kerajaan negeri Selangor ekoran pembatalan kerjasama Pas dan PKR, beliau berkata perkembangan terbaru itu tidak sama sekali menjejaskan kerajaan negeri yang diterajui PKR memandangkan ia mendapat mandat penuh rakyat Selangor.

Berdosa untuk Pas kekal dengan 'pengkhianat'..!!

Hubungan PKR dan Pas kini tidak ada lagi tetapi Pas mahu kekal dalam kerajaan Selangor.Hubungan PKR dan Pas kini tidak ada lagi tetapi Pas mahu kekal dalam kerajaan Selangor.

Jika pengkhianatan PKR diyakini oleh Pas dan pimpinannya, tentulah berdosa untuk Pas terus bersubahat dengan parti yang khianat dalam kerajaan negeri Selangor, kata penulis politik.
Mohd Sayuti Omar dalam satu tulisannya berkata, kalau PKR itu mungkir janji dan orang yang tidak boleh dipercayai, tidak wajar kalau Pas tidak mengarahkan tiga Exconya melepaskan jawatan.
Sayuti OmarSayuti Omar"Begitu juga dengan 5,000 ahlinya yang dilantik memegang jawatan dalam kerajaan?
"Membiarkan mereka berada dalam kerajaan Selangor seperti menghimpun dosa buat mereka," katanya.
Beliau mengulas keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang mengesahkan keputusan untuk memutuskan hubungan dengan PKR tetapi Pas Selangor pula membuat keputusan untuk terus kekal dalam kerajaan negeri sehingga pilihan raya.
Ketika membuat keputusan itu, Majlis Syura memberikan tiga pelanggaran tahaluf siasi yang dibuat oleh PKR iaitu:
a. Tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa oleh PAS seperti RUU 355.
b. Melanggar adab-adab berkerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakkan imej PAS.
c. Khianat dalam hubungan politik dengan PAS antaranya dengan bekerjasama dengan pihak-pihak yang mahu menjatuhkan Kerajaan Negeri Kelantan dan menentang PAS dalam Pilihanraya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Menurut Sayuti, wakil rakyat Pas seramai 13 orang itu tidak perlu melepaskan jawatan kerana mereka dipilih oleh rakyat dan kemenangan mereka bukan bersebab besar daripada PKR.
"Mereka boleh kekal. Tetapi kedudukan Exco dan penjawat dalam semua agensi kerajaan itu membabitkan kerajaan yang mana MBnya daripada PKR?" kata Sayuti.
Bagi beliau, perlu dan patut sengat Pas mengarahkan Adunnya yang menjadi Exco agar mengosongkkan kerusi.

Pengaruh Mahathir hilangkan undi Umno dalam PRU 14

Pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad sangat besar dalam menentukan siapakah yang akan mendapat undi dalam pilihan raya ke 14 akan datang terutama di kalangan pengundi Umno sebelum ini.
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Mazlee Malik berkata, setiap kali pulang ke Kedah di utara dan Johor di selatan tanahair, beliau dapat rasai pengaruh bekas perdana menteri selama 22 tahun itu.
Dr Mazlee Malik..mitos politik Melayu hanya Umno dan Pas kini boleh dicabar.Dr Mazlee Malik..mitos politik Melayu hanya Umno dan Pas kini boleh dicabar."Kalau kita pergi ke Jitra dan naik sampai ke Arau, kita dapat rasainya. Langkawi sudah gone case," kata Mazlee merujuk kepada Mahathir yang mengetuai parti Bersatu bahagian Langkawi.
Mazlee berkata demikian dalam sessi bual bicara 'Perspektif Semasa' bersama Datuk Mahfuz Omar, ahli parlimen Pokok Sena yang diterbitkan oleh Media Oren.
Ia kini menjadi tular di kalangan pengguna laman sosial khasnya Youtube dan Facebook serta Whatsapp.
Katanya, pengaruh Mahathir di Kedah dan Perlis, dari Arau hingga ke Sungai Petani sangat besar. Begitu juga di Johor khasnya di kalangan golongan veteran Umno.
"Saya orang Johor, isteri saya orang Kedah. Bila kami pulang ke kampung, saya buat servey dan mengesan arus ini," kata Mazlee.
Mahathir, pengerusi Bersatu kini dilantik sebagai penasihat Pakatan Harapan yang menggabungkan empat parti iaitu PKR, DAP, Amanah dan Bersatu.
Mahfuz dalam rancangan itu berkata, orang Melayu sudah berubah dengan taraf pendidikan yang sudah meningkat kini.
"Kalau dulu 3R iaitu race, religious dan royal (kaum, agama dan raja), kini ia sudah tidak begitu lagi," katanya.
Bagi beliau, sejarah politik di negara ini sentiasa dipengaruhi oleh gabungan antara peristiwa dan tokoh semasa.
"Kali ini kita akan lihat gabungan antara 3 tokoh besar iaitu Tun Dr Mahathir, Datuk Seri Anwar dan Lim Kit Siang yang mewakili masyarakat Cina," kata Mahfuz.

Najib sindir negarawan 'bercium mulut' dengan musuh


Najib membacakan doa sambil diaminkan para pemimpin dan anggota Umno yang hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil.Najib membacakan doa sambil diaminkan para pemimpin dan anggota Umno yang hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Tanpa menyebut nama, amanat Datuk Seri Najib Razak sempena hari ulang tahun Umno ke-71 malam tadi dilihat sempat menyindir bekas 'bos' Presiden Umno itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menggunakan perlambangan berbaur lucah, Najib menganggap tindakan 'negarawan yang pernah kita sanjung' itu telah mengkhianati Umno demi kepentingan diri sendiri.
"Namun, sayang seribu kali sayang setelah lebih 70 tahun Umno berjuang dalam menentukan untung nasib orang Melayu dan rakyat Malaysia, setelah 60 tahun kita meraih kemerdekaan dan bersusah payah BN membawa kemajuan di negara ini, sungguh tidak disangka tidak pernah diduga ada satu, dua bekas pimpinan negara termasuk seorang negarawan yang pernah kita sanjung tergamak dan sanggup bersubahat berbuat khianat terhadap parti kita.
"Sanggup menjatuhkan pimpinan kita, sanggup memerangi Umno dan BN. Yang menyedihkan, beliau sanggup menjilat lidah, berdamping dan 'bercium mulut' dengan musuh, memerangi parti Umno yang pernah dipimpin beliau selama berpuluh tahun kerana agenda peribadi," tegas Najib.
Pengerusi BN itu selanjutnya mengaitkan negarawan berkenaan dengan doktrin memusuhi DAP sekaligus membenarkan tanggapan banyak pihak selama ini tentang orientasi politik Umno yang sengaja memainkan sentimen kaum dan agama.
"Kita tidak lupa, siapa yang mengajar kita selama ini, DAP itu parti perkauman. Siapa orang itu?
"Siapa yang mendidik kita selama puluhan tahun menanamkan kebencian terhadap parti DAP sebagai parti cauvinis dan rasis yang membenci Melayu dan Islam?" soal Najib lagi.
Mahathir, 92, kini merupakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang secara rasmi telah bersama-sama Pakatan Harapan untuk menentang Umno-BN pada PRU14 nanti.
Program di Stadium Nasional Bukit Jalil itu turut menyaksikan pengakuan Najib yang penuh bersedia menghadapi pilihan raya umum (PRU).

Sidang Media Majlis Syura Ulamak 11 Mei 2017

Nurul Izzah tayang gambar Tun M di Forum Ekonomi Dunia

Berbaris ambil roti, air kotak percuma di ulang tahun 71 Umno...!!

Mahasiswa 'bengang' diheret dalam kancah politik Umno..!!

PERSPEKTIF SEMASA: BOLEHKAH MELAYU BERUBAH

Mengapa Mereka Pilih AMANAH?

SESI DIALOG: PAS Paling Banyak Langgar Tahaluf Siyasi