Khamis, 11 Mei 2017

Ribuan pelajar UiTM dikerah ke Sambutan Hari Umno

Surat kerahan UiTM untuk para pelajarnya menghadiri program sambutan Hari Umno di Stadium Bukit Jalil menjadi tular di media sosial.Surat kerahan UiTM untuk para pelajarnya menghadiri program sambutan Hari Umno di Stadium Bukit Jalil menjadi tular di media sosial.
UiTM mengerahkan ribuan pelajarnya bagi menghadiri program sambutan 71 tahun Umno di Stadium Nasional Bukit Jalil yang dijadual berlangsung petang ini.
Dalam surat yang tular disebarkan di media sosial, Timbalan Naib Canselor (HEP) UiTM Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said memohon Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UiTM Prof Sr Ir Dr Suhaimi Abd Talib agar mengecualikan kuliah para pelajar pada 10 dan 11 Mei 2017.
Ini katanya, bagi membolehkan para pelajar terbabit terlibat dalam penganjuran bersama 'agensi luar' untuk 'Program Kesukarelawanan UiTM' di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Dr Abdullah juga memohon pengecualian kuliah pelajar yang terlibat dalam program itu mulai 8 Mei hingga 11 Mei 2017.
Umno menganjurkan Sambutan Hari Umno hari ini di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula jam 6.30 petang hingga tengah malam.
Program yang dimulai dengan solat Maghrib berjemaah bersama anak-anak tahfiz itu turut mengundang kehadiran parti-parti komponen BN.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi akan menyampaikan hadiah bagi karnival sukan dan pertandingan kreatif esei dan video pendek.
Manakala Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak akan melancarkan pembangunan menara 70 tingkat KL Putra dan anugerah Tokoh Melayu Terbilang.

Peralat pelajar universiti untuk sambutan Umno tindakan jijik


Surat yang tular di media sosial berhubung kerahan pelajar UiTM menyertai sambutan hari Umno di Stadium Bukit JalilSurat yang tular di media sosial berhubung kerahan pelajar UiTM menyertai sambutan hari Umno di Stadium Bukit Jalil
Tindakan pihak pengurusan UiTM memperalatkan para pelajar universiti tersebut bagi sambutan Hari Umno di Stadium Nasional Bukit Jalil dikecam Armada dan Angkatan Muda Keadilan (AMK).
Ketua Armada Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui menerima lebih 300 laporan bahawa mahasiswa telah dipaksa untuk menghadiri sambutan 71 tahun Umno.
"Berdasarkan pelbagai maklumat dan laporan yang dimaklumkan terus kepada kami, puluhan ribu mahasiswa dari IPTA seluruh negara telah dikerah untuk menghadiri program itu tanpa kerelaan.
"Armada mengecam tindakan menjengkelkan ini kerana bukan sahaja ianya tanpa kerelaan mahasiswa, malah dikhabarkan ada yang diugut untuk diambil tindakan tatatertib ataupun disahkan tidak hadir ke kelas setelah arahan 'pemaksaan' untuk wajib hadir dikeluarkan sendiri melalui pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPTA-IPTA di seluruh Malaysia ibaratnya program Umno ini adalah program wajib di bawah universiti," tegas beliau.
Syed Sadiq juga mendapat maklumat kelas pengajian pelajar terpaksa ditangguh malah ada beberapa universiti yang sedang dalam musim peperiksaan turut diganggu bagi mengerah pelajar ke program Umno dengan kelas atau peperiksaan digantikan kepada suatu masa yang lain.
"Bagi IPTA luar dari Kuala Lumpur dan sekitar, mereka terpaksa hadir awal, sebagai contoh rungutan mahasiswa dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang terpaksa hadir sehari awal sebagai persediaan dan meninggalkan kelas serta menginap di salah sebuah UiTM di sekitar Selangor," katanya.
Beliau turut mendapat maklumat bahawa para plajar turut diberikan wang  untuk hadir dan berdepan ugutan sekiranya mengelak untuk turut serta.
Malah para pelajar terbabit, kata Syed Sadiq dipaksa menghafal lagu 'Sayangi Najib' kononnya tanda sokongan penuh mereka yang hadir ke Stadium Bukit Jalil.
Mengulas isu yang sama, Timbalan Ketua AMK Dr Afif Bahardin mengakui menerima mesej WhatsApp daripada seorang warga kerja UiTM bahawa satu usaha tersusun telah dijalankan bagi memanipulasi dan memobilisasi mahasiswa UiTM Shah Alam ke Stadium Bukit Jalil.

Batal tahaluf siyasi: PKR mahu dapatkan kepastian dari PAS

Ia akan dibincangkan di peringkat majlis tertinggi parti untuk kita putuskan tindakan selanjutnya, kata ketua penerangan
Syed-Ibrahim-Syed-Noh
PETALING JAYA: PKR mahu mendapatkan kepastian daripada PAS berhubung ketetapan Majlis Syura Ulama membatalkan “tahaluf siyasi” sebelum memberikan sebarang komen.
Ketua Penerangan Syed Ibrahim Syed Noh berkata PKR tidak boleh memberi komen sehingga mendapat sesuatu yang rasmi dari PAS.
“Tak boleh bincang lagi (dengan FMT), sekarang sebab sekarang ini ia sedang dibincangkan di peringkat majlis tertinggi PKR,” katanya ketika dihubungi.
“Biar kami dapatkan kepastikan dari PAS. Setelah itu kita bincang dalam kalangan PKR untuk kita putuskan tindakan selanjutnya.”
Majlis Syura Ulama PAS hari ini membuat ketetapan “tahaluf siyasi” antara PAS-PKR terbatal serta-merta, “kerana begitu banyak pelanggaran syarat menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam”.
Majlis menyenaraikan 3 pelanggaran, dipercayai sebab utama, yang menyebabkan keputusan itu.
“Antara perlanggaran tersebut ialah tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa PAS seperti RUU355.
“Melanggar adab-adab kerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakkan imej PAS,”
“PKR juga dilihat bekerjasama dengan pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Kelantan. Malah, menentang PAS dalam pilihanraya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar,” kata Setiausahanya Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di ibu negara.
Ia sudah dijangka, kerana ia diangkat daripada usul yang diluluskan perwakilan PAS dengan sebulat suara di mesyuarat agung tahunan parti di Kedah baru-baru ini.
Dengan keputusan ini, pintu terbuka kepada pertembungan antara PAS dan PKR di semua kerusi PKR, terutamanya di Selangor dan Pulau Pinang.
Mengenai kedudukan PAS di Selangor, Zawawi mengumumkan majlis mengambil keputusan untuk menyerahkan sebarang tindakan politik termasuk urusan pentadbiran di negeri itu kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Bekas VC: Tak salah mohon UiTM hantar pelajar ke sambutan Umno

UiTM diwujudkan Umno untuk Melayu dan Bumiputera, jadi sambutan ulangtahun sebuah parti Melayu sebahagian 'learning process' para pelajar.
sahol-uitm-umnoPETALING JAYA: Jika betul sekalipun, Umno berhak memohon Universiti Teknologi MARA (UiTM) menghantar pelajarnya ke Sambutan ulang tahun ke-71 parti itu di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini, kata Prof Emeritus Tan Sri Sahol Hamid Abu Bakar.
Lagipun, bekas naib canselor UiTM itu menegaskan universiti itu diwujudkan Umno, untuk orang Melayu dan Bumiputera.
“UiTM universiti yang diwujudkan oleh Umno. Tak salah Umno memohon UiTM untuk menghantar pelajar. ‘Its a learning process’. Sebahagian daripada pengetahuan yang perlu tahu.
“Asal usul UiTM perlu diketahui pelajar. UiTM universiti untuk orang Melayu dan Bumi (Bumiputera). Umno parti Melayu. Logiklah ia dihadiri pelajar Melayu,” katanya kepada FMT.
Beliau mengulas dakwaan PKR hari ini yang mempersoalkan tindakan UiTM di Shah Alam mengarahkan pelajar menyertai sebuah perhimpunan di Stadium Nasional Bukit Jalil petang ini, yang kebetulannya menjadi lokasi sambutan ulang tahun ke-71 Umno malam ini.
Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin berkata beliau dimaklumkan oleh ibu bapa penuntut mengenai surat pekeliling kepada pelajar aktiviti ko-kurikulum supaya berkumpul di padang UiTM pagi tadi.
Satu lagi kumpulan pelajar dari pasukan berseragam pula diarahkan berkumpul pada 2.00 petang tadi.
Afif mahu Naib Canselor UiTM Datuk Dr Hassan Said memberi penjelasan, dan berkata sekiranya benar, ia merupakan “usaha tersusun… memanipulasi dan memobilisasi mahasiswa”.
Sahol berkata parti pembangkang tidak perlu dwistandard dalam perkara ini.
“Semua parti berbuat demikian. Parti pembangkang berbuat demikian tanpa pengetahuan dengan kemahuan pelajar,” katanya.

SPRM tak patut ucap tahniah pada Umno

Bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, menuntut ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maaf secara terbuka kerana mengucapkan tahniah kepada Umno hari ini.
Selain itu Khairuddin juga mendesak Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad menarik balik kenyataan agensi antirasuah berkenaan.
Katanya, tindakan SPRM itu dianggap "bodoh, tidak beretika dan tidak bermoral".
Menegaskan bahawa sebagai institusi awam, SPRM tidak boleh dilihat berpihak dan agensi itu tidak wajar membuat kenyataan politik.
"Kenapa tak ucap tahniah juga kepada Tony Pua, Rafizi Ramli dan Lim Kit Siang yang banyak mendedahkan skandal rasuah sebelum ini?" katanya hari ini.
Khairuddin merujuk kepada tiga pemimpin pembangkang yang banyak membuat kenyataan atau pendedahan mengenai dakwaan rasuah melibatkan pemimpin kerajaan.
Mereka masing-masing ialah Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Pandan dan Ipoh Timur.
Pagi tadi, SPRM mengeluarkan kenyataan media mengucapkan selamat ulang tahun kepada Umno yang meraikan penubuhannya yang ke-71.
Parti itu akan mengadakan sambutan besar-besaran di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Dianggarkan 140,000 anggota dan penyokong Umno akan menghadirinya. Acara sambutan itu turut dimeriahkan tawaran cabutan bertuah yang menawarkan hadiah lumayan.
Condong kepada kerajaan
Menurut SPRM, pemimpin Umno perlu memastikan tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan rakyat kepada mereka, dilaksanakan dengan penuh berintegriti, serta menjauhkan diri daripada sebarang perbuatan rasuah serta salah guna kuasa.
SPRM turut mengajak Umno menyertai mereka dalam gerakan memerangi rasuah.
Khairuddin menambah, kenyataan SPRM kepada Umno itu menjejaskan integriti pasukan beruniform seperti badan berkenaan.
Beliau yang kini menjadi seorang daripada pemimpin Parti Generasi Baru menjelaskan, kenyataan SPRM itu dibuat ketika banyak laporan mengenai skandal 1MDB dibuat namun tiada tindakan diambil terhadapnya.

'LHDN, kenapa tak bertindak ke atas Jho Low?'

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dikritik kerana tidak mengambil tindakan terhadap 'jerung, buaya besar' seperti mereka yang didakwa terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram berkaitan skandal 1MDB.
Menyifatkannya sebagai 'penjenayah besar ekonomi', Ketua Menteri Lim Guan Eng menggesa LHDN menghentikan amalam pilih kasih dan menjejaki ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang, Low Taek Jho berkaitan skandal 1MDB.
Lim berkata, kegagalan LHDN untuk bertindak ke atas Low, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, hanya menunjukkan agensi itu mengamalkan pilih kasih dan menimbulkan syak orang ramai jika benar-benar menjalankan tugas dalam mengekang pengelak cukai.
"Awam akan bertanya mengapa hanya ambil tindakan ke atas ikan kecil dan bukan jerung atau buaya besar," sindir setiausaha agung DAP itu dalam sidang akhbar di Pulau Pinang, hari ini.
Beliau merujuk kepada rampasan terkini LHDN sebanyak RM126 juta daripada Pengerusi Country Heights Holdings Bhd, Tan Sri Lee Kim Yew.
LHDN juga telah memberi amaran kepada pemimpin korporat dan ahli perniagaan untuk tidak mengelak daripada membayar cukai.

‘SPRM, bagaimana dengan gaya hidup mewah Najib?’

Susulan penahanan seorang pegawai imigresen semalam yang gaya hidup mewahnya menimbulkan syak wasangka rasuah, seorang ahli parlimen DAP mempersoalkan gaya hidup mewah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya.
"Saya memuji usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memerangi rasuah. Tetapi mereka tidak boleh mengabaikan gajah di depan mata.
"Tidak ada guna menjadikan pegawai rendmuda dan pembantu pentadbiran sebagai sasaran, tetapi tidak ambil peduli bahawa perdana menteri dan keluarganya juga terkenal kerana memiliki gaya hidup mewah yang tidak setimpal dengan emolumen rasminya," kata Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, beliau telah membuat laporan kepada SPRM Johor dua tahun lalu menggesa suruhanjaya itu untuk menyiasat kekayaan Najib dan keluarganya.
Menurut Teo, SPRM memaklumkan kepadanya, bahawa memiliki barangan mewah bukan suatu kesalahan melainkan jika barangan itu diperoleh melalui rasuah dan bahawa mereka tidak boleh memulakan siasatan.
"Tetapi, jika SPRM boleh merampas barangan milik pegawai imigresen itu kerana disyaki diperolehi melalui cara haram, mereka tentu boleh merampas beg tangan Birkin, barangan kemas dan semua barangan mewah milik Najib dan keluarganya untuk menyiasat sama ada ini diperolehi daripada rasuah 1MDB," katanya.
Semalam, seorang pegawai imigresen berusia 37 tahun ditahan oleh SPRM atas dakwaan rasuah melibatkan lebih daripada RM27.9 juta.
Beliau dilaporkan memiliki lima kereta mewah, 13 jam tangan mahal dan 13 beg tangan berjenama serta akaun simpanan tetap bernilai kira-kira RM1 juta.
Rampasan SPRM itu dianggarkan berjumlah RM2.5 juta, termasuk rumah pegawai berkenaan di Jitra, Kedah.

KEKUATAN PALSU DI SAMBUTAN ULANGTAHUN UMNO KE-71?

Sebagaimana yang tersebar luas di media sosial, terdapat bukti yang menunjukkan wujud kerahan untuk memaksa pelajar-pelajar UiTM menghadiri sambutan ulangtahun UMNO yang ke-71 di Bukit Jalil, malam ini.

Berdasarkan apa yang tersebar di media sosial itu, sekurang-kurangnya 10,000 yang hadir di Bukit Jalil malam ini adalah mahasiswa UiTM yang seolah-olah dipaksa untuk hadir ke sana.

Bagaimana pula dengan universiti yang lain serta pusat-pusat pengajian seperti IKM, Giat Mara, IKBN, Politeknik, Vokasional, Institut Pendidikan Guru dan sebagainya, adakah mereka turut dikerah hadir ke Bukit Jalil malam ini?

Kenapa kerahan ke atas pelajar ini dilakukan, adakah kerana UMNO sudah sedia maklum mereka bakal menerima sambutan yang dingin di majlis sambutan ulangtahunnya kali ini?

Berapa jumlah pelajar yang hadir keseluruhannya?
Jika sudah dilakukan kerahan di sana-sini, berapa sebenarnya ahli UMNO yang benar-benar secara sukarela hadir ke Bukit Jalil atas nama mahu mempertahankan perjuangan parti?

Akhirnya, harap-harap tidak adalah pekerja Bangladesh dan Indonesia yang dipaksa balik awal petang ini dan kemudian diborong dengan bas untuk sama-sama memeriahkan Stadium Bukit Jalil dan kemudian turut berteriak "Hidup Melayu" walaupun tidak memahami maksudnya.

"Tak ada masalah PAS kekal," kata Exco DAP

Noh patut bimbang 12 kerusi DUN mereka, kata Exco DAP

Sah, hubungan PAS-PKR terbatal serta-merta

PAS kata panel forum RUU355 buat andaian jahil

PAS berpendapat bekas ketua hakim Syarie Terengganu dan pihak lain tidak "mengelirukan masyarakat" dengan membuat andaian dan persepsi "jahil" mengenai rang undang-undang meminda Akta 355 (RUU355).
Kata Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan, itu adalah langkah paling minimum dapat dibuat jika tidak mahu membantu "usaha murni" mereka meminda akta berkenaan.
Mengulas kenyataan dibuat Datuk Ismail Yahya pada 9 Mei lalu, Nasrudin berkata, pemimpin PAS sudah memberikan penjelasan panjang lebar dan dari perspektif yang pelbagai mengapa parti itu mencadangkan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 - nama lain bagi Akta 355 - itu perlu dipinda.
"Tujuan PAS membentangkan RUU355 adalah untuk memartabatkan institusi mahkamah syariah di negara ini bagi membolehkannya menjatuhkan hukuman selari dengan syariat Islam yang sebenar.
"Usaha PAS ini bertepatan dengan peruntukan perlembagaan dan bersesuaian dengan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Anggota parlimen Temerloh itu mengulas kenyataan dibuat Ismail yang mempersoalkan sama ada pindaan dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat lalu.
Melalui cadangan dibawa Abdul Hadi itu, PAS mencadangkan supaya peruntukan hukuman maksmimum bagi kesalahan jenayah ditingkatkan kepada penjara 30 tahun, denda RM100,000 dan sebat 100 kali.
Ismail mempersoalkan sama ada cadangan dibawa itu benar-benar dapat memberi keadilan dan kesaksamaan sehingga Islam dapat dilihat lebih menarik atau sebaliknya.
Beliau juga mengingatkan, walaupun undang-undang syariah adalah adil, pelaksanaan yang salah hanya akan membuat masyarakat menjauhi Islam.
Tetap bersikap terbuka
Ismail - bersama seorang lagi panel, pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr Rozaimi Ramle - turut membangkitkan isu sama ada RUU355 itu akan menjadi undang-undang walaupun mendapat sokongan semua anggota parlimen.
Ia merujuk kepada proses penggubalan undang-undang yang memerlukan ia dibawa oleh kerajaan sendiri dan bukannya secara persendirian oleh anggota parlimen bukan kerajaan.
Ismail dan Rozaimi bercakap pada forum Terus Terang anjuran Invoke di Kuala Lumpur. Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh, menjadi pengerusi forum berkenaan.
Nasrudin berkata, sokongan ulamak, cendekiawan Islam, pertubuhan bukan kerajaan dan orang awam kepada usul PAS itu memperlihatkan kepentingan dan kewajarannya.
Justeru, katanya, ia tidak harus diremeh atau diperlecehkan.

Tiga sebab Pas batal tahaluf siyasi dengan PKR

Majlis Syura Ulamak Pas hari ini memutuskan untuk membatalkan hubungan politik tahaluf siyasi parti itu dengan PKR.
Setiausahanya, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, terdapat banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat tahaluf siyasi menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam yang membawa kepada pembatalan ini.
Nik Muhammad Zawawi Salleh “ PKR tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawakan oleh Pas seperti isu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355.
“Selain itu, PKR turut melanggar adab-adab kerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan Pas dan membuat tuduhan palsu yang merosakkan imej parti ini dan khianat dalam hubungan politik Pas dengan bekerjasama dengan pihak yang ingin menjatuhkan Pas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, semua perwakilan sebulat suara menyokong usul memutuskan tahaluf siyasi bersama PKR, selepas usul itu dibentangkan wakil Dewan Ulamak Pas Pusat, Zulkifli Ismail sewaktu Muktamar Pas kali ke-63 baru-baru ini.
Sebaik perbahasan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari selesai, Pengerusi Tetap Muktamar, Hussin Ismail bertanya kepada perwakilan dan kesemuanya bangun menyatakan sokongan dengan melaungkan, ‘setuju’ beramai-ramai.
Terdahulu, pada pembentangan usul, Zulkifli merujuk kepada perlembagaan Pas, Fasal 5 (Tujuan Pas), Fasal 6 (Usaha-Usaha) dan Fasal 7 (Hukum dan Kekuasaan) sebagai hujah agar Pas memutuskan hubungan dengan PKR.
Tambah Nik Muhammad lagi, mengenai isu urusan pentadbiran negeri Selangor diserahkan kepada JawatanKuasa Kerja Pas Pusat.
“Sebarang tindakan politik termasuk urusan pentadbiran negeri Selangor diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dengan merujuk kepada maslahah dan kepentingan Islam dan rakyat,” katanya lagi.

Tahaluf Siyasi Terbatal: PAS Kekal dalam Selangor demi maslahah rakyat

Walaupun kerjasama politik PAS-PKR secara rasminya terbatal, PAS tetap kekal dalam kerajaan Selangor demi “maslahah” atau kebaikan rakyat, kata Sallehen Mukhyi.
"Kita bersetuju dan akan ikut keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Syura Ulama bahawa tidak akan ada lagi pakatan politik atau tahaluf siyasi dengan antara PAS Selangor dan PKR.
"Kalau (di peringkat) kerajaan negeri, PAS akan terus berada dalam kerajaan Selangor sebab kerajaan itu bertujuan untuk menjaga maslahah rakyat.
"Oleh sebab itu kerajaan yang ada sekarang ini, yang dibina melalui mandat rakyat dalam pilihan raya yang lalu antara PAS, PKR dan DAP bersetuju untuk berada dalam kerajaan," kata pesuruhjaya PAS negeri yang baru dilantik itu.
Majlis Syura Ulama PAS petang ini melaksanakan keputusan muktamarnya awal bulan ini untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR.
Keputusan itu dibuat atas alasan berlaku begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat kerjasama menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam.

Tiga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS kini berada dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor iaitu Datuk Datuk Iskandar Abdul Samad, Zaidy Abdul Talib dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.
Bercakap kepada Malaysiakini hari ini Sallehen menjelaskan tidak lagi perbincangan politik dengan PKR akan dibuat, seperti berkaitan pembahagian kerusi dalam pilihan raya umum.
"Perbincangan berlaku dalam kerajaan sahaja.

“Ia akan berakhir apabila DUN dibubarkan kecuali menteri besar tak mahu, dia boleh bawa kepada Tuanku Sultan Selangor," katanya.

Hubungan PAS-PKR tamat serta merta, kata Majlis Syura

PKR dilihat bekerjasama dengan pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Kelantan, menentang RUU 355 dan membuat tuduhan palsu yang merosakkan imej PAS.
zawawi-pas-pkr
KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama PAS membuat ketetapan “tahaluf siyasi” antara PAS-PKR terbatal serta merta, kata Setiausahanya Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh hari ini.
Zawawi berkata kerjasama mereka terbatal kerana begitu banyak pelanggaran syarat menurut pertimbangan “hukum syarak” dan “akhlak Islam”.
Majlis menyenaraikan 3 pelanggaran, dipercayai sebab utama, yang menyebabkan keputusan ini.
“Antara perlanggaran tersebut ialah tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa PAS seperti RUU355.
“Melanggar adab-adab kerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakkan imej PAS,” katanya dalam sidang media, di Ibu Pejabat PAS, hari ini.
“PKR juga dilihat bekerjasama dengan pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Kelantan. Malah, menentang PAS dalam pilihanraya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar,” kata Zawawi pada sidang media di ibu pejabat PAS petang tadi.
Ia sudah dijangka, kerana ia diangkat daripada usul yang diluluskan perwakilan PAS dengan sebulat suara di mesyuarat agung tahunan parti di Kedah baru-baru ini.
PKR membentuk gabungan Pakatan Harapan dengan parti serpihan PAS iaitu Amanah, DAP dan PPBM. PAS sebelum ini berkata mereka tidak mahu bekerjasama kesemua parti rakan PKR itu.
Dengan keputusan ini, pintu terbuka kepada pertembungan antara PAS dan PKR di semua kerusi PKR, terutamanya di Selangor dan Pulau Pinang.
Mengenai kedudukan PAS di Selangor, Zawawi mengumumkan majlis mengambil keputusan untuk menyerahkan sebarang tindakan politik termasuk urusan pentadbiran di negeri itu kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
“Ia juga dilakukan dengan merujuk kepada maslahat dan kepentingan Islam dan rakyat,” katanya.
PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan Selangor sejak pilihan raya umum 2008 apabila mereka dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP berjaya menawan negeri itu daripada Barisan Nasional.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dan PAS Selangor sebelum ini menolak semua cadangan merombak pentadbiran kerajaan negeri.
Sewaktu diserbu pemberita, Zawawi berkata, mesyuarat berkenaan berjalan dengan lancar dan PAS tidak melihat sebarang masalah dengan hasrat Azmin untuk bertemu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membincangkan masalah antara kedua parti di Selangor.

Tahaluf siyasi PAS dengan PKR kini sah terbatal

Majlis Syura Ulama PAS hari ini menerima usul dibawa dalam muktamar parti itu baru-baru ini bagi memutuskan bahawa tahaluf siyasi mereka dengan PKR terbatal.
Perkara itu diumumkan setiausahanya, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.
"Majlis Syura Ulama memutuskan bahawa dengan merujuk begitu banyak pelanggaran syarat tahaluf siyasi, maka hubungun politik telah terbatal," katanya.
Beliau berkata keputusan itu dibuat dengan merujuk kepada begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat tahaluf siyasi menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam.
Antaranya, kata beliau, tindakan PKR tidak menyokong - malah menentang - sebahagian daripada agenda Islam dibawa PAS.
Beliau memetik usaha PAS meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 sebagai contoh tindakan PKR itu.
Katanya, PKR juga melanggar adab berkerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakkan imej parti berkenaan.
"Khianat dalam hubungan politik dengan PAS.
"Antaranya dengan bekerjasama dengan pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Kelantan dan menentang PAS dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.
Antara anggota Majlis Syura Ulama PAS yang hadir hari ini ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Anggota Parlimen Pasir Mas yang juga ahli jawatankuasa pusat parti itu, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan ketua penerangan, Nasrudin Hassan.
Bagaimanapun, mengenai isu di Selangor, Majlis Syura Ulama PAS berkata, keputusan lanjut mengenainya diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja Pusat.
Majlis Syura Ulama menjelaskan, keputusan itu dibuat dengan merujuk kepada maslahah dan kepentingan Islam dan rakyat.
Sementara itu, ditanya sama ada pintu rundingan dengan PKR masih terbuka, Nik Muhammad Zawawi berkata, PAS sedia bertemu dengan parti itu.
"Ya, boleh berjumpa (untuk rundingan)," katanya.
Sebelum ini seorang daripada pemimpin tinggi PKR menyatakan kesanggupannya bertemu dengan PAS bagi membincangkan perancangan masa depan mereka.
Pada 9 Mei lalu Malaysiakini melaporkan, Datuk Seri Azmin Ali sebagai berkata, beliau sanggup bertemu presiden PAS walaupun kedua-dua parti kini mempunyai perbezaan.
"Kita mesti mempunyai kerendahan hati untuk duduk dan berbincang," kata timbalan presiden PKR itu.

Kajian: 50% berpendapat rakyat tanggung hutang 1MDB

SPRM ucap tahniah pada Umno

Pendakwa tarik balik tuduhan sabotaj ekonomi terhadap Khairuddin dan Matthias

Pesan SPRM buat Umno: Bersama perangi rasuah

Sempena sambutan ke-71 tahun Umno hari ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyampaikan ucapan tahniah kepada parti politik utama negara itu.
Bagaimanapun dalam mesej yang disampaikan itu, SPRM sempat memberi peringatan kepada anggota parti terbabit supaya sentiasa melaksanakan tanggungjawab dan kepercayaan yang diberi rakyat.
"Justeru, pemimpin-pemimpin ini perlulah memastikan tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan dilaksanakan dengan penuh berintegriti, serta menjauhkan diri daripada sebarang perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
"SPRM berharap pemimpin-pemimpin ini akan mengambil serius tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka dan melaksanakannya sebaik mungkin supaya masyarakat dapat menikmati manfaat yang disediakan oleh kerajaan untuk mereka," kata agensi antirasuah itu hari ini.
Umno mengadakan perayaan besar-besaran sempena memperingati sambutan penubuhan parti itu pada 71 tahun lalu.
Untuk meraikannya, Umno berkumpul di Stadium Nasional Bukit Jalil dan kira-kira 140,000 anggota dan penyokongnya akan hadir pada malam ini.
Orang ramai berpeluang memenangi cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah lumayan, termasuk kereta dan motosikal dalam acara cabutan bertuah.
Perayaan itu dibuat ketika semua parti politik sedang bersiap sedia meraih sokongan pengundi menjelang pilihan raya umum ke-14 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.
Pemimpin Umno juga, kata SPRM, perlu memberi penekanan terhadap aspek memerangi rasuah dan salah guna kuasa agar dapat menjadi contoh yang baik kepada generasi yang akan memimpin negara ini pada masa akan datang.

"SPRM adalah milik rakyat," kata Ketua Pesuruhjaya

Ulangtahun Umno ke-71: Mukhriz ajak rakyat tolak Umno


 Seramai 529 ahli Umno dari Felda Palong 7 telah mengisytiharkan keluar Umno menyertai Bersatu malam tadi. Seramai 529 ahli Umno dari Felda Palong 7 telah mengisytiharkan keluar Umno menyertai Bersatu malam tadi.
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Mukhriz Mahathir mahu ahli Umno dan rakyat negara ini menolak Umno kerana parti itu kini menyimpang daripada matlamat asal penubuhannya.
Sambutan ulang tahun Umno ke-71 itu dijangka akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak di Stadium Bukit Jalim malam ini, dilihat sebagai sambutan yang luar biasa berbanding sambutan sama sebelum ini diadakan oleh Umno keramat orang Melayu itu.
" Sambutan ulang tahun Umno ke-17 diraikan gilang gemilang majlis paling besar pernah berlaku yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil.
" Sudah tiba masanya Umno perlu diganti oleh Pakatan Harapan.
"Pada waktu sama saya terpaksa mengakui banyak jasa Umno taburkan sepanjang hayat 71 tahun itu," ujarnya ketika hadir ceramah Semarak Muafakat Pemimpin dan Rakyat yang diadakan di Felda Palong malam tadi.
Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, apa bila disebut jasa Umno, pmimpin dan ahli Umno perlu ingat siapa pemimpin Umno dalam tempoh 71 tahun itu.
"Bagi mengiktiraf jasa Umno ada gambar yang saya terima mengenai banner yang dipasang di luar stadium antaranya wajah PM tahun 1981-2003 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad
"Sambil kita mengiktiraf kehebatan parti itu kerana salah seorang yang pernah memimpin Umno adalah pemimpin dalam PPBM  kini ( Dr Mahathir).
"Ia adalah hakikat yang mana pemimpin dan ahli Umno perlu sedar.
"Kalau pun banyak jasa Umno ditaburkan kepada orang Melayu kepimpinan dahulu sudah bersama kita (PPBM) di sini- maka seharusnya dilihat parti ini mewarisi perjuangan asal Umno untuk bangsa agama dan negara.
"Malangnya parti yang dulu saya dokong dan sayangi ini telah jauh menyimpang dari tujuan asal. Hari ini Umno pertahankan Najib dan Rosmah," ujarnya.
Justeru  dengan tertubuhnya Bersatu, Mukhriz mengharapkan semua pihak terutama dikalangan orang Melayu dan dikalangan ahli Umno untuk menyokong perjuangan Bersatu pada hari ini.
"Jika benar nak tegak syiar Islam, bangsa Melayu dan nak majukan tanahair marilah bersama dengan PPBM.

Tiba masa institusi zakat setiap negeri ‘dibedah’

Sudah terlalu lama lagu 'lembaga zakat tidak cekap' dinyanyikan. Masalah ini perlu diubati dengan segara.
zakat
Oleh Rahman Imuda
Tiga tahun lepas saya membaca kritikan Daruk Asri Zainul Abidin (kini mufti Perlis) berkenaan institusi zakat di negara ini.
Beliau mempersoalkan ke mana perginya wang kutipan sebanyak RM1 bilion. Jika negara ini mampu mengutip wang zakat sebanyak itu, mengapa masih terlalu ramai fakir miskin yang menderita?
Anehnya, apabila kita melihat statistik agihan-kutipan yang dikeluarkan kebanyakan Pusat Zakat negeri, statistik itu menunjukkan prestasi cemerlang. Jumlah wang yang diagihkan akan menghampiri wang kutipan, lebihan wang zakat amat sedikit.
Pada Seminar Kebangsaan Ekonomi Malaysia 2008, satu kertas kerja menyimpulkan ramai pembayar zakat tidak berpuas hati dengan kecekapan pusat zakat mengagihkan kutipan zakat. Saya berpandangan isu ini harus dipandang serius.
Sudah terlalu lama lagu “lembaga zakat tidak cekap” dinyanyikan. Masalah ini perlu diubati dengan segara, supaya kepercayaan rakyat kepada institusi zakat dapat dikembalikan, sekali gus memberi manfaat kepada golongan asnaf.
Ketelusan
Saya berasa kesal apabila membaca berita 4 pegawai tinggi termasuk seorang yang berpangkat “Datuk” dari Zakat Pulau Pinang ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terkait dengan jenayah rasuah.
Menurut SPRM, jenayah yang dilakukan 4 pegawai ini mencecah jutaan ringgit. Cuba bayangkan dengan nilai jutaan ringgit yang disalah gunakan ini, berapa ramai golongan asnaf yang boleh dibantu?
Inilah masalah utama kebanyakan orang yang diberi amanah memegang dana awam di Malaysia, mereka fikir mereka sedang memegang duit kurniaan “mak bapak” mereka.
Ini membuktikan institusi yang memakai “jenama” agama di Malaysia tidak semestinya bersih daripada unsur jenayah dan rasuah.
Untuk meningkatkan keberkesanan pengagihan zakat, pegawai yang dilantik perlulah mempunyai integriti yang tinggi dan berkelayakan. Insitusi zakat di setiap negeri pula perlu selalu dipantau dengan rapi untuk mengelakkan sebarang penyelewengan.
Sudah tiba masanya institusi zakat di setiap negeri “dibedah” secara terbuka oleh masyarakat awam, memandangkan pembayar zakat mempunyai hak untuk mengetahui ke mana wang yang mereka amanahkan itu disalurkan.
Statistik institusi zakat perlu lebih lengkap dan menyeluruh, bukan setakat mempamer nombor yang banyak. Pada zaman serba-serbi muslihat ini, tidaklah terlalu sukar untuk menipu menggunakan nombor.
Birokrasi dan bantuan
Institusi zakat kita terkenal dengan birokrasi yang tinggi dan sekali-sekala menyusahkan para asnaf. Borang penting dan bukti sememangnya perlu untuk mengelakkan penipuan, tapi mengapa perlu menyusahkan asnaf?
Salah satu contoh yang mudah adalah kekurangan kaunter zakat di luar bandar. Untuk membayar zakat, kita mempunyai pelbagai platform yang boleh digunakan: membayar terus kepada amil, e-zakat, SMS, potongan gaji dan terkini, pandu-lalu bayaran zakat.
Malangnya, untuk menuntut zakat yang sememangnya milik asnaf, pemohon yang terutamanya datang daripada luar bandar perlu berulang-alik ke pusat zakat untuk melakukan permohonan.
Sekali-sekala saya terfikir, adakah jumlah zakat yang diterima nanti mampu menanggung kadar tambang yang dibelanjakan untuk ke pusat zakat memandangkan mereka datang dari jauh.
Bukankah sepatutnya menjadi tugasan institusi zakat untuk mencari asnaf? Jika tidak, apalah gunanya membelanjakan wang zakat untuk membeli pelbagai kenderaan?
Saya juga berpandangan sudah tiba masanya badan zakat meminimakan bantuan kewangan secara terus dan menggantikan kaedah itu dengan skim yang boleh memberi pendapatan kepada asnaf.
Saya ingin memuji beberapa institsi zakat negeri yang memberi modal dan kursus kemahiran untuk para asnaf memulakan perniagaan. Hal ini akan membantu golongan asnaf ini untuk keluar daripada status fakir atau miskin, sekali gus mengurangkan kebergantungan mereka kepada institusi zakat. Ini akan memberi ruang kepada orang yang lebih memerlukan untuk mendapatkan bantuan zakat.
Jika pengagihan zakat cekap…

KETIKA UMNO RAI ULANG TAHUN KE-71, TIMBUL KEBIMBANGAN IA TEWAS DI JOHOR


KETIKA Umno berkumpul untuk menyambut ulang tahunnya ke-71 dengan perhimpunan besar-besaran, sesetengah pemimpinnya kelihatan bimbang di Johor, negeri paling selatan di mana parti Melayu itu ditubuhkan.
Kemungkinan kehilangan lebih banyak kerusi negeri dan Parlimen di kubu Umno itu dibincangkan oleh pemimpin Johor secara tertutup.
Sebab bermulanya sentimen seperti itu ialah: kemarahan dalam kalangan ahli parti Johor terhadap kepimpinan Umno Pusat di bawah Presiden Najib Razak dan percaya yang pentadbirannya tidak mengendalikan isu kehidupan harian seperti inflasi dan pengangguran golongan belia.
Seorang sumber dalaman Umno berkata pemberontakan itu diterjemahkan kepada lebih banyak sokongan orang Melayu kepada gabungan pembangkang, Pakatan Harapan (PH) terutama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Bersatu ditubuhkan oleh bekas pemimpin parti termasuk bekas presidennya Dr Mahathir Mohamad, bekas timbalan presiden Muhyiddin Yassin dan bekas menteri besar Kedah Mukhriz Mahathir.
Ketua Penerangan Umno Johor Samsol Bari Jamali bagaimanapun menafikan perkara itu, berkata momentum yang dibina “Team Johor” di bawah Menteri Besar Khaled Nordin tidak akan terpecah oleh PH dan Bersatu.
Bersatu pada masa ini meletakkan dirinya sebagai satu parti alternatif berdaya maju untuk Melayu Johor, dan ia sesuatu yang agak mengagumkan memandangkan Umno dilahirkan di negeri itu dan wakil rakyatnya tidak pernah ditewaskan sehinggalah pada pilihan raya umum (PRU) 2008.
“Umno akan terjejas teruk pada PRU akan datang tetapi ia mungkin tidak akan karam,” kata seorang sumber dalaman parti menggambarkan prospek Umno pada PRU akan datang.

BERSATU: Bertegas terhadap pemaju China ambil pekerja rakyat sendiri

Kerajaan Johor perlu bertegas terhadap pemaju China yang menggunakan sejumlah besar pekerja dari kalangan rakyat China dan bukannya penduduk tempatan, kata anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tariq Ismail.
Tariq berkata laporan khas oleh Malaysiakini yang mendapati pekerja dari China dibawa masuk menggunakan pas lawatan sosial untuk projek Forest City, dan menguatkan lagi kebimbangan ianya berleluasa.
"Kami memang ada menasihati kerajaan negeri bahawa kami mengesyaki kejadian ini berleluasa.
"Sekarang ini, saya ingin mencabar kerajaan negeri supaya menyahut cabaran kami agar menyokong saranan kami untuk mengulas dasar kerajaan berkenaan pengambilan pekerja asing dan menguatkuasakan kawalan lebih ketat ke atas pengambilan pekerja dari negara China untuk projek-projek tempatan.
"Ini baru isu berkenaan pekerja bagi projek Forest City. Bagaimana pula projek mega lain yang dikendalikan pihak dari negara China?" katanya dalam satu kenyataan
Tariq berkata China, melalui strateginya "One Belt, One Road" akan menghubungkan negara China dengan terus, merangkumi seluruh Asia Tenggara.
Beliau menambah bahawa harus juga diambil kira bahawa China adalah negara berideologi Sosialis/Komunis.
"Di sini kita harus bertanya, apakah ideologi negara Malaysia?" katanya.
Beliau menegaskan tentang perlunya bagi Malaysia untuk mengimbangi unsur-unsur sedemikian.
"Kita harus ingat, negara yang tergadai akan melupuskan maruah kita semua.
"Jangan kita terlalu ghairah mengayakan pihak tertentu, jika akhirnya kita akan kepapaan maruah kita," katanya.

11 MEI – DISENGAJAKAN ATAU KEBETULAN?


Hari ini , 11 Mei adalah hari ulangtahun kelahiran UMNO yang ke 71. Kali ini sambutannya diadakan secara besar-besaran di Stadium Bukit Jalil di mana bukan saja ahli seluruh negara diangkut beramai-ramai untuk memeriahkannya, bahkan cabutan bertuah dengan hadiah kereta juga turut diadakan.
Sambutan ulangtahun kali ini diadakan dengan begitu meriah kerana PRU 14 mungkin akan diadakan sebelum hujung tahun ini atau awal tahun depan. Oleh itu, sambutan ulangtahun ini adalah medan terakhir untuk UMNO mahu menunjukkan kekuatan sambil memberitahu kononnya ia masih relevan di mata rakyat.
Semakin UMNO menunjuk-nunjuk kononnya ia masih kuat dan relevan, secara tidak langsung bermakna parti itu semakin jauh daripada denyut nadi rakyat.
Jika dalam PRU 14 akan datang, UMNO kalah pilihanraya, bermakna sambutannya ke-71 pada tahun ini adalah yang terakhir ia dirayakan ketika kuasa masih dalam genggaman.
Ekok juga sambutan ulangtahun UMNO ke-71 ini diadakan besar-besaran kerana mana tahu tahun depan tiada lagi sambutan semeriah seperti tahun ini.
Kalau sudah hilang kuasa, tahun depan ketika ulangtahun ke-72 bukan saja tiada lagi sambutan yang meriah dan gah, bahkan pasti tiada lagi hadiah Proton Perdana untuk cabutan bertuah.
Maka itu, biarlah UMNO bermeriah-meriah tahun ini.
Itulah nasib UMNO sempena ulangtahunnya ke-71 ini. Ulangtahun kali ini, walaupun cuba diraikan dengan meriah dan hadiah cabutan bertuah, ia juga berada di antara terus hidup atau menuju rebah.
Selagi UMNO dipimpin oleh Najib Razak dan kerananya Malaysia lebih dikenali sebagai negara kleptokrasi berbanding demokrasi, sepuluh rakyat yang ditanya, mungkin hanya satu dua yang masih mahu menyokongnya.
Pada tarikh 11 Mei juga, Majlis Syura Pas akan mengadakan mesyuaratnya untuk menentukan hubungannya dengan PKR. Sebelum ini Muktamar Pas sudah pun membuat keputusan setuju sebulat suara agar hubungan dengan PKR diputuskan.
Tarikh mesyuarat Majlis Syura ini baru dihebahkan lewat tengahari semalam oleh Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob.
Jika esok, Majlis Syura senada pendiriannya dengan keputusan muktamar, bermakna terlerai dan terputuslah hubungan Pas dengan PKR.
Bagaimanapun, sebagaimana yang disebut sebelum ini, Pas Selangor tetap berpendirian untuk kekal dalam kerajaan negeri sehingga pilihanraya akan datang.
Namun, tarikh 11 Mei yang dipilih untuk Majlis Syura Pas membuat keputusan muktamad tentang hubungannya dengan PKR menimbulkan pelbagai persoalan lain kerana bersamaan dengan tarikh ulangtahun UMNO.

Sudah ubah? Persoalan di hari jadi Umno ke-71

Bagi sejarawan Khoo Kay Kim, tidak banyak berubah kerana ia masih berpaut kepada Melayu dan Islam.
khoo-1
PETALING JAYA: Parti politik terbesar dalam sejarah moden Malaysia hari ini menyambut ulang tahun kelahiran ke-71.
Di tengah-tengah seruan pembangkang, termasuk bekas pemimpinnya untuk menamatkan “dinasti Umno”, parti Melayu itu dijangka menayangkan kekuatan dan perpaduan pada malam sambutan ulang tahun di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Pengkritik Umno sebelum ini pernah mengatakan saf kepimpinannya tidak lagi seperti dahulu, menyifatkan parti dan pemimpinnya tidak lagi mendakap nilai yang serupa.
Benarkah Umno sudah berubah?
Sejarawan Tan Sri Khoo Kay Kim tidak percaya Umno, selepas 71 tahun, benar-benar sudah berbeza dan pemimpinnya sudah “berubah” daripada mereka yang terdahulu.
Khoo berkata perspektif pemimpin Umno tidak berubah sejak awal.
“Sejak bertahun ahli Umno terikat pada 2 faktor utama iaitu, ‘Melayu’ dan ‘Islam’,” kata Khoo.
“Selagi seorang pemimpin terus memberi keutamaan kepada 2 faktor itu, dia akan selamat.
“Onn Jaafar – pengasas Umno – cuba mengubah Umno kepada sebuah parti ‘Malaya’ tetapi ditolak orang Melayu,” kata Khoo.
Pemikir berusia 80 tahun itu bagaimanapun berkata perbezaan besar antara 2 generasi pertama pemimpin Umno dengan generasi hari ini adalah pemimpin Umno yang lampau lebih terdedah kepada idea Barat.
Kerana itu, beliau berkata Umno sebelum ini dapat berfungsi dengan “lebih baik” kerana mereka faham sistem tadbir urus dan perundangan yang diperkenalkan British berbanding pemimpin sekarang yang lebih fokus kepada masyarakat setempat.
“Satu-satunya kecacatan yang boleh berlaku adalah mereka kadang-kadang meletakkan keperluan peribadi mengatasi rakyat yang tentu sekali akan menyebabkan kejatuhan mereka. Tetapi asalkan mereka benar-benar faham apa yang rakyat mahukan mereka akan terus kekal.”
Khoo berkata pemimpin Umno mesti sedar apa yang orang Melayu mahukan sejak lebih seabad lalu, iaitu mengekalkan kedudukan Melayu dalam Umno dan memastikan pengundi akan terus menyokong parti itu.

[Full] Sesi Soalan Forum Satukan Tenaga Malaysia

Khalid Samad: Politik PAS Politik Main Main,Irihati Sebab Kerusi DAP Lebih Banyak

PALONG: Mukhriz Tun Mahathir - Warga FELDA Dah Muak,Moh Keluar UMNO

Rafizi Ramli: Wajah Sebenar PAS,Kerana Duit Yang Haram Jadi Harus