Rabu, 10 Mei 2017

Apa kata rakyat jika Rafizi jadi Ketua Audit Negara

Berikutan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang menyatakan hasrat memegang jawatan sebagai Ketua Audit Negara sekiranya Pakatan Harapan berjaya memerintah negara pada PRU 14 nanti mendapat pelbagai reaksi dari netizen.
Menurutnya, jika diberi peluang, beliau ingin jawatan tersebut kerana mahu siasat 1MDB dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Rafizi Ramli Kenyataannya itu mendapat reaksi yang berbeza daripada netizen di mana ada yang menyatakan sokongan mereka namun ada juga yang tidak bersetuju.
Seorang pengguna Facebook, Din Jebat menyokong hasrat Rafizi.
"Beliau (Rafizi) bijak menggali penyelewengan dengan fakta-fakta yang diperlukan, pandai menilai antara komen membina dan juga komen sampah. Kematangan beliau juga di mana tidak melayan 'sampah-sampah' yang tidak inginkan kebersihan," katanya.
Pendapat tersebut turut disokong oleh seorang lagi pengguna Facebook, Sahlah Amin yang menyokong penuh hasrat Rafizi itu.
"Sokong sebab beliau adalah orang yang pintar, cerdik matematik dan akaun, pandai pula berbicara  dan berdebat dengan musuhnya siap disertakan dengan buktinya sekali. Beliau akan cari bukti hingga ke lubang cacing, sebab itu musuh takut dengannya," katanya pula.
Pengguna Facebook, Rahman Cho pula meminta agar Rafizi menyiasat semua menteri-menteri di Malaysia ini.
"Terbaiklah, siasat dan audit semua ahli politik dan menteri-menteri atas kekayaan melampau mereka," katanya.
Bagaimanapun, ada juga netizen yang mengkritik hasratnya itu dengan mendakwa berhenti cari kesalahan orang lain.
"Mencari kesalahan orang lain memang senang, hari ini kau dedah keburukan dan aib orang, esok lusa nanti, aib kau pula yang terdedah," kata pemilik Facebook, Jaslan Jaslan.
Bagi Roslan Salleh Roslan pula, beliau beranggapan bahawa pembangkang sudah ketandusan modal untuk dibangkitkan.

PRU14: Salleh Man serah nasib pada pimpinan PAS

Adun Permatang Pasir sudah lama mendengar desas desus kononnya PAS tidak akan meletaknya sebagai calon pada PRU-14
salleh-man
GEORGE TOWN: Wakil rakyat tunggal PAS di Pulau Pinang Datuk Mohd Salleh Man menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti sama ada masih mahu meletak beliau sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang atau sebaliknya.
Mohd Salleh yang merupakan Adun Permatang Pasir, berkata beliau sudah lama mendengar desas desus kononnya PAS tidak akan meletaknya sebagai calon pada PRU-14.
“…(saya) dengar lama dah. Tetapi bagi saya yang bukan seorang pimpinan parti, saya tak ada komen pasal isu itu. Saya serah kepada parti untuk buat keputusan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohd Salleh berkata pada masa ini, beliau akan terus berkhidmat sebagai Adun Permatang Pasir dan berharap kerajaan Pulau Pinang akan sentiasa menyokongnya dalam menjalankan tanggungjawab tersebut.
“Saya harap, kerajaan negeri tidak terlepas pandang dan sentiasa beri perkhidmatan yang baik khususnya di Permatang Pasir. Saya akan bertugas seperti biasa di Permatang Pasir dan akan terus berkhidmat sehingga habis tempoh,” kata yang dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang juga pengerusi Zakat Pulau Pinang itu.
Sebelum ini, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan Pulau Pinang akan mengadakan perjumpaan dengan Mohd Salleh bagi membincangkan kedudukannya dalam pentadbiran negeri berkenaan.
Lim dilaporkan berkata beliau tidak akan membuat sebarang kenyataan berhubung perkara itu sebelum berbincang dengan Mohd Salleh, namun mengakui hubungan kerajaan negeri dengan Adun berkenaan masih baik seperti dahulu.

Kajiselidik Deklarasi Rakyat : Responden mahu Mahathir, Anwar, Azmin terajui negara


Sekiranya Pakatan Harapan berani mengambil pendekatan ketengahkan calon Perdana Menteri untuk memberi bayangan secara jelas kepada rakyat peluang bagi memenangi pilihan raya umum  dan menawan Putrajaya amat cerah.Sekiranya Pakatan Harapan berani mengambil pendekatan ketengahkan calon Perdana Menteri untuk memberi bayangan secara jelas kepada rakyat peluang bagi memenangi pilihan raya umum dan menawan Putrajaya amat cerah.
Resipi terbaik untuk meyakinkan rakyat bagi Pakatan Harapan mencapai hasrat mengambilalih kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum dengan menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri secara interim sehingga keadaan sosio-politik dan ekonomi negara kembali stabil.
Setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan rakyat mahukan teraju kepimpinan negara dipindahkan kepada gandingan Anwar dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Ia adalah hasil dapatan kajiselidik yang dilakukan oleh kumpulan Deklarasi Rakyat.
Daripada dapatan kajiselidik itu menunjukkan 87% respon menyatakan Pakatan Harapan harus menamakan tokoh-tokoh mereka secara 'pre-emptive' dan jelas bagi meyakinkan rakyat untuk memberi undi secara mutlak kepada barisan pembangkang ke arah menawan putrajaya.
Deklarasi Rakyat telah mengadakan tinjauan kajilidik di seluruh negara bagi mendapatkan nama-nama tokoh pemimpin dari Pakatan Harapan yang boleh diterima baik oleh rakyat jelata bagi menunjangi kepimpinan negara selepas PRU14 kelak.
Hampir 87% dari responden-responden menyatakan Pakatan Harapan harus menamakan tokoh-tokoh mereka secara 'pre-emptive' dan jelas bagi meyakinkan rakyat untuk memberi undi secara mutlak kepada barisan pembangkang ke arah menawan Putrajaya.
Dari kajilidik ini ramai yang berpendapat bahawa resipi terbaik untuk meyakinkan rakyat bagi Pakatan Harapan mencapai hasrat mengambil-alih kerajaan baru selepas pru14 nanti ialah dengan menamakan tun dr mahathir mohamad selaku perdana menteri secara interim untuk seketika sehingga keadaan sosio-politik serta ekonomi negara kembali stabil.
Selain dapatan sebanyak 82% pula mahukan Anwar dibebaskan dan dibersihkan rekod penahanan beliau yang dipandang masyarakat umum sebagai 'political motivated' melalui sistem perundangan.
Ini kerana responden menyatakan setelah Anwar dibersihkan rekod penahanannya melalui sistem perundangan sehingga dibenarkan bertanding oleh undang-undang; maka pada waktu tersebut rakyat mahukan teraju kepimpinan negara dipindahkan kepada gandingan Anwar dan Datuk seri Mohamaed Azmin Ali.
Datuk  Seri Khairuddin Abu Hassan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan Koordinator Deklarasi Rakyat Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, barisan kepimpinan ini amat diyakini oleh rakyat pada masa ini.
"Rakyat mahukan Pakatan Harapan menamakan Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri sementara untuk menstabilkan lanskap politik dan ekonomi negara serta pada waktu keadaan menjadi tenteram maka kepimpinan negara mesti diserahkan pada Datuk Seri Anwar digandingkan dengan Datuk Seri Azmin Ali," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Dapatan kajiselidik itu juga menyebut 78% responden turut menyatakan bahawa Pakatan Harapan harus menamakan Dr Mahathir dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sekurang-kurangnya sebagai 'Pengerusi bersama' dalam Pakatan Harapan.
"Namun seramai 71% dari responden-responden turut menyatakan sekurang-kurangnya Tun Dr Mahathir dilantik sebagai 'penasihat eksekutif' bagi membolehkan tokoh negarawan tersebut bertindak secara effektif untuk menumbangkan kerajaan kleptokrasi memandangkan rekod cemerlang bekas perdana menteri itu memenangi pilihanraya umum sebanyak 5 kali dengan 2/3 majoriti dalam Parlimen.

Pembalakan antara sebab Gua Musang kerap banjir lumpur, kata Adun Umno

Orang Asli di beberapa kawasan tidak lagi selamat jika hutan melebihi 5 jam, kata Ab Aziz Yusof
Ab-Aziz-Yusof
GUA MUSANG: Aktiviti pembalakan untuk tujuan perladangan yang tidak terkawal di Gua Musang dikenal pasti sebagai antara penyebab utama banjir lumpur semakin kerap berlaku di jajahan ini.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Ab Aziz Yusof berkata aktiviti pembalakan berkenaan menyebabkan kawasan bukit mudah terhakis.
“Dahulu, jalan Gua Musang-Lojing ini tak pernah dilanda banjir lumpur tapi semalam bencana itu berlaku sehingga menyebabkan jalan terpaksa ditutup selama beberapa jam.
“Kita bimbang perkara tidak diingini akan berlaku pada masa depan jika kerajaan negeri tidak mengambil serius mengenai banjir lumpur ini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kesan banjir di kawasan berkenaan, hari ini.
Ab Aziz berkata keadaan Orang Asli di beberapa kawasan terutama di Kampung Jedip di Pos Brooke di sini, juga tidak lagi selamat terutama jika hujan melebihi 5 jam.
“Hujan berterusan akan menyebabkan paras air sungai meningkat dengan cepat kerana tiada lagi zon penampan selepas bukit-bukau digondolkan untuk tujuan pertanian.
“Saya telah beberapa kali bangkitkan perkara ini terutama ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) namun sehingga kini masih tiada jalan penyelesaian kukuh yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri,” katanya.

Amanah yakin Pakatan Harapan akan tumbangkan Pas di Kelantan


 Parti Amanah Negara (Amanah) yakin Pakatan Harapan akan dapat merampas Kelantan daripada Pas dalam Pilihan raya Umum akan datang.
Timbalan Presidennya Salahuddin Ayub dipetik berkata, beliau dapat merasakan angin perubahan terhadap pengundi akan berlaku di negeri itu.
"Kami amat yakin dan kita dapat merasakan angin perubahan.
Salahuddin Ayub "Peranan kami adalah untuk mendidik pengundi mengenai tindakan Pas bersekongkol dengan Umno.
"Jadi adalah lebih baik untuk Pas terus bersama Umno supaya orang boleh melihat warna sebenar Parti itu,"katanya seperti dilapor Singapore Today hari ini.
Salahuddin berkata demikian selepas ditemui media Singapura  itu ketika hadir sebagai panel yang menyampaikan kertas kerjanya bertajuk :"Amanah: A Game-Charger in Malay-Muslim Politics" yang dianjurkan Yusof Ishak Institut (ISEAS) di republik itu pada Selasa lalu.
Salahuddin dalam temubual itu turut menekankan hala tuju Amanah sebuah jenama parti politik baharu ditubuhkan yang memberi fokus kepada tadbirurus baik, beriintegriti dan akauntabiliti.
Ini kerana katanya, ia adalah selari dengan corak politik yang digalakkan oleh pembangkang di bawah gabungan Pakatan Harapan di Malaysia.
Selain Salahuddin turut ditemubual Dr Norshahril Saat dari ISEAS.
Bagaimanapun beliau berpandangan agak mustahil Amanah dan Pakatan Harapan akan berjaya merampas Kelantan dari Pas yang sudah bertapak 27 tahun di negeri itu.
"Kita harus ingat bahawa ia sentiasa menjadi kubu kuat Pas sejak 1990 dan terdapat kubu kuat Umno di Jeli dan Gua Musang," katanya, merujuk kepada kerusi Parlimen yang dipegang oleh Datuk Mustapha Mohamed dan Tengku Razaleigh Hamzah.
"Amanah memerlukan sokongan dikalangan penyokong luar bandar dan konservatif untuk memecah akar umbi penyokong Pas." ujarnya.
Walau bagaimanapun, Pengarah Eksekutif Ilham Centre Mohd Hisomudin Bakar, berkata, ia tidak mustahil bagi Amanah untuk merampas Kelantan.
Ini kerana ujarnya, sudah ada rasa tidak puas hati di di kalangan akar umbi apabila gagal menunjukkan prestasi yang baik selepas kematian Mursyidul Am parti itu Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada tahun 2015.

Noh Omar: Azmin takut PAS, tak hormat DAP dan AMANAH

Keputusan Datuk Seri Azmin Ali mengekalkan barisan exco sedia ada di Selangor menunjukkan menteri besar itu takut kepada PAS, kata seorang pemimpin Umno hari ini.
Kata Tan Sri Noh Omar, pendirian Azmin itu dibuat kerana Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa itu sedar PAS memiliki kekuatan.
"Saya ada baca kenyataan menteri besar semalam yang menyatakan beliau masih mahu kekal exco yang ada.
"Ini menunjukkan bahawa Azmin lebih takut kepada PAS kerana dia tahu PAS ada kekuatan," katanya di Shah Alam hari ini.
PAS memutuskan untuk menamatkan kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan PKR yang terbina sejak 2008. Tindakan itu - yang perlu dimuktamadkan oleh Majlis Syura Ulama - meletakkan kedudukan exco PAS menjadi tanda tanya.
Hal itu kerana, jika PAS terus berada dalam kerajaan negeri, ia dilihat bercanggah sama sekali dengan pendirian muktamar yang memutuskan kerjasama dengan PKR.
Selain PKR, kerajaan Selangor turut dibentuk dengan kerjasama dua seteru ketat PAS, iaitu DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

PRU14: Pas Selangor sasar 45 kerusi Dun


Sallehen MukhyiSallehen Mukhyi
Pas Selangor akan bertanding sekurang-kurangnya 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada pilihan raya umum akan datang berbanding 20 kerusi sebelum ini.
Pesuruhjaya Pas Negeri itu Sallehen Muhyi berkata isu pembahagian kerusi dengan PKR bergantung kepada keputusan Majlis Syura Ulama dan sekiranya ''terpaksa'' berpisah, pihaknya akan berbincang untuk menambah jumlah kerusi yang akan dipertandingkan.
Sallehen baharu dilantik sebagai pesuruhjaya semalam, mengantikan Datuk Iskandar Samad.
Sallehen yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sabak dilantik hasil Mesyuarat Badan Perhubungan Pas Selangor yang pertama untuk penggal 2017/2019.
Selain pesuruhjaya, dua timbalan pesuruhjaya baharu turut dilantik pada mesyuarat itu, iaitu Mohd Haslin Hassan (Timbalan Pesuruhjaya II) dan Mohd Zamri Zainuldin (Timbalan Pesuruhjaya III), bagaimanapun, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi kekal sebagai Timbalan Pesuruhjaya I.
Menurut Sallehen, fokus utama jawatankuasa baharu itu adalah memastikan kemenangan PAS pada pilihan raya umum akan datang biarpun rakan sekutunya DAP telah memutuskan tahaluf siyasi dan kini menunggu keputusan Majlis Syura Ulama mengenai kedudukan hubungan dengan PKR.
Dilaporkan juga Majlis Syura Ulama parti itu dijangka akan bermesyuarat esok dan tahaluf siyasi dengan PKR antara agenda mesyuarat itu..
Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Ahmad Yakob berkata beliau akan menghadiri mesyuarat berkenaan.

Ceramah BERSATU di Felda Palong diteruskan walau diberi amaran

Ceramah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Felda Palong 7 di Jempol, Negeri Sembilan malam ini akan diteruskan walaupun dikatakan mendapat amaran daripada pengurusan Felda.
Ketua BERSATU Bahagian Jempol, Baharudin Ahmad berkata, mereka juga telah mendapat kebenaran polis untuk meneruskan acara tersebut.
Bagaimanapun, Baharudin tidak dapat mengesahkan kebenaran surat yang kononnya daripada pengurusan Felda Palong 7, kepada pemilik sebuah rumah yang menjadi tuan rumah kepada majlis ceramah berkenaan.
Surat itu memberi amaran kepada pemilik rumah itu agar bertanggungjawab jika berlaku kejadian yang tidak diingini, atau berdepan tindakan undang-undang jika penceramah pada majlis itu mengutuk dasar Felda.
Percubaan untuk menghubungi pengurusan Felda Palong 7 bagi mendapatkan komen tidak berjaya.
Tanpa mengira kesahihan surat itu, Baharudin berkata, pihak pengurusan Felda Palong 7 tidak mempunyai hak untuk menghalang peneroka daripada mengadakan majlis tersebut.
"Beliau sudah mempunyai hak milik tanah. Apa sahaja yang dia mahu lakukan dengan rumahnya adalah urusannya," kata Baharudin ketika dihubungi petang ini.
Acara di Felda Palong 7 malam ini akan turut menampilkan Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Kajian PPBM: Rakyat mahu Muhyiddin jadi PM

Kajian PPBM menunjukkan Dr Mahathir Mohamad berada di tempat ke-2 dengan 35.9% undi, disusuli Abdul Hadi Awang yang meraih 34.3% undi.
Rais-Hussin-muhyidinPETALING JAYA: Kajian yang dijalankan PPBM menunjukkan rakyat Malaysia mahu Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff berkata, ia disusuli pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad serta presiden PAS.
Katanya, seramai 3,000 responden di 30 kerusi Parlimen BN dan pembangkang, termasuk di Sabah dan Sarawak menyertai kajian itu.
Hasil kajian menunjukkan Muhyiddin mendahului dengan 37.3% undi setuju, 25.1% membantah dan bakinya tidak pasti.
Dr Mahathir yang mendapat 35.9% undi berada di tempat ke-2, manakala Datuk Seri Abdul Hadi Awang di tempat ke-3 dengan 34.3% undi.
Ia disusuli bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; bekas ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz; bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Bagaimanapun, lebih ramai responden yang membantah berbanding undi menyokong Anwar dan Hishammuddin sebagai perdana menteri.
Bagi Datuk Seri Najib Razak pula, seramai 52% responden membantah beliau menjadi perdana menteri, 27.9% tidak pasti dan hanya 20% menyokong pengerusi BN itu memegang jawatan nombor 1 negara.
“Tiada seorang pun pemimpin BN berada dalam senarai 5 calon teratas untuk PM dan ia jelas menunjukkan Najib berada jauh di belakang pemimpin lain, di tempat ke-9,” katanya ketika mengumumkan hasil kajian itu, hari ini.
Katanya, majoriti responden “tidak pasti” mengenai isu politik, pemimpin dan pucuk pimpinan.
Sebelum ini, Dr Mahathir berkata, Muhyiddin mungkin menjadi PM jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya, tetapi PKR bertegas yang Anwar – sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun atas kesalahan liwat – ialah calon PM mereka.

PAS parti paling popular, menurut tinjauan PPBM

Tinjauan juga mendapati BN kedua paling popular dan responden bersetuju hudud dijadikan sebahagian manifesto PAS,
Rais-Hussin
KUALA LUMPUR: Satu tinjauan seluruh negara yang dijalankan PPBM mendapati PAS parti politik paling popular di negara ini, diikuti Barisan Nasional dan PKR.
Responden juga menyukai PAS mengetengahkan lebih ramai calon ulama dan menjadikan hudud sebahagian daripada manifesto parti itu.
Pada sidang media mengumumkan hasil tinjauan itu, ahli majlis tertinggi PPBM Rais Hussin berkata tinjauan tidak mengambil kira PPBM kerana ia digerakkan sebelum parti ditubuhkan secara rasmi pada September tahun lepas.
Tinjauan mengambil pandangan 3,000 orang di 30 kawasan Parlimen yang dimenangi BN dan pembangkang, termasuk Sabah dan Sarawak. Responden ditanya mengenai pendirian mereka mengenai parti politik.
Ketika ditanya adakah mereka menyokong PAS, 44.4% jawab sokong, sementara 38.9% tidak pasti dan 16.7% tidak.
Ditanya adakah mereka menyokong BN, 36.2% jawab sokong, 36.6% tidak pasti dan 27.7% tidak.
Mengenai PKR pula, 25.9% jawab sokong, 46.9% tidak pasti dan 27.2% tidak.
Responden juga ditanya adakah mereka menyokong DAP. Hanya 18% jawab sokong, 41.4% tidak pasti dan 40.6% tidak.
DAP merupakan parti pembangkang yang mempunyai jumlah kerusi terbanyak di Malaysia iaitu 38 kerusi Parlimen dan 96 kerusi DUN.
Mengenai MCA dan MIC pula, responden rata-ratanya terbahagi antara “tidak pasti” dan “tidak”, dengan hanya 14.3% sokong MCA dan 11.4% sokong MIC.
Responden juga ditanya sama ada PAS perlu bekerjasama dengan Umno. Tinjauan mendapati 38.1% menyokong idea itu, 44.3% tidak pasti dan hanya 12.1% bantah.
Mengenai apa yang PAS perlu lakukan, 38.4% bersetuju parti itu perlu ketengahkan lebih ramai calon ulama, 35.2% bersetuju hudud perlu menjadi sebahagian daripada manifesto, dan 29.5% setuju PAS perlu bersendirian.
Hanya 21.1% bersetuju PAS bekerjasama dengan kem Tun Dr Mahathir Mohamad, sementara hanya 14.8% berkata mereka bersetuju PAS bekerjasama dengan Pakatan Harapan.
Menyentuh mengenai kerjasama PAS dengan Dr Mahathir dan pembangkang, lebih ramai responden membantah daripada menyokong, walaupun majoriti tidak pasti.
PAS berikrar untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan, dan baru-baru ini berkata mereka tidak akan bekerjasama dengan PPBM, menyifatkan parti itu “tidak tentu arah”.
Parti Islam itu juga menepis dakwaan ia akan bekerjasama dengan BN, dan berkata ia akan bergerak melalui blok Gagasan Sejahtera yang dibentuk bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

Tahaluf Siyasi: PAS muktamadkan hubungan dengan PKR esok..!!!

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob berkata, Majlis Syura Ulama parti Islam itu akan bermesyuarat esok bagi menentukan hubungan politik (tahaluf siyasi) dengan PKR.
Beliau yang juga menteri besar Kelantan berkata, ia merupakan susulan atas ketetapan yang dibuat pada Muktamar Tahunan Pas ke-36 di Alor Setar, Kedah baru-baru ini.
Jelas Ahmad, beliau akan turut menghadiri mesyuarat berkenaan yang berlangsung di Kuala Lumpur.
"Mesyuarat akan diadakan esok, kita akan bincang dahulu sebelum buat sebarang keputusan," katanya, memetik laporan Utusan Online.
Beliau dilaporkan berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pecah Tanah Bangunan Wakaf Raudhatul Barakah, Pondok Beta Hilir, hari ini.
Keputusan mesyuarat badan tertinggi dalam PAS itu dilihat penting kerana boleh memberi kesan kepada pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang kini diketuai oleh Datuk Seri Azmin Ali dari PKR bersama exco dari DAP dan parti Islam tersebut.
Selain Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin yang dilantik bagi menggantikan arwah Datuk Dr Haron Din yang meninggal dunia pada bulan September 2016, majlis syura tersebut dianggotai oleh 15 anggota yang lain.
Antaranya ialah Ahmad sendiri, Datuk Dr Nik Mohamad Zawawi Salleh, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Idris Ahmad, Datuk Nik Mohamad Amar Abdullah, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, Nasrudin Hassan dan Nik Mohamad Abdul Nik Abdul Aziz.

PAS MAHU TERUS KEKAL DI SELANGOR, APA AGAKNYA PENDIRIAN MAJLIS SYURA NANTI?

Muktamar Pas di Kedah baru-baru ini telah membuat keputusan sebulat suara agar hubungan parti itu dengan PKR ditamatkan.

Bagaimanapun,  keputusan muktamad masih terletak di tangan Majlis Syura Pas yang dikatakan akan bermesyuarat dalam tempoh terdekat ini.

Jika keputusan Majlis Syura senada dengan keputusan muktamar, bermakna terlerailah hubungan kerjasama politik atau tahaluf siyasi antara Pas dengan PKR.

Kesan paling ketara daripada keputusan itu ialah semua Exco Kerajaan Negeri, pegawai atau pengarah dalam GLC, ketua kampung dan pelbagai penerima jawatan lain daripada Pas dalam pentadbiran Selangor mesti melepaskan kedudukan masing-masing.

Tiada alasan lagi untuk mereka terus berada dalam pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Harapan dalam keadaan sudah "terjatuh talak", kecuali jika mereka bertindak menyertai PKR, Amanah dan lain-lain parti dalam gabungan tersebut.

Tempoh seminggu dua tentunya membuatkan semua perhatian tertumpu kepada tarikh mesyuarat Majlis Syura Pas untuk mengetahui pendirian sebenar Pas, seterusnya kedudukan wakil-wakil lantikan Pas dalam kerajaan negeri Selangor.
Selepas muktamar berakhir, apabila Pesuruhjaya Pas Selangor bertukar daripada Iskandar Samad kepada Solehan Mukhyi, gambaran yang muncul ialah ia dikatakan sebagai langkah awal Pas untuk " berpatah arang, berkerat rotan" dengan PKR.

Solehan yang dilihat sebagai pro Hadi Awang dikhabarkan paling bersetuju untuk semua wakil Pas melepaskan semua kedudukan mereka dalam kerajaan negeri sebagai langkah menjadikan pertembungan tiga penjuru dalam PRU 14 akan datang benar-benar menjadi realiti.

Namun, nada Solehan ternyata agak mengejutkan. Beliau dengan tegas menyatakan Pas tidak akan keluar daripada kerajaan negeri Selangor sehinggalah pilihanraya umum akan datang.

Hujah beliau ialah kerana mandat yang diberi rakyat bertempoh sehingga pilihanraya baru diadakan.

"Matlamat PAS hendak jaga dasar dalam parti tetapi tetap terus berada dalam kerajaan.

Ahmad Yakob: Pas tidak gentar, tiada fakta PH akan menang PRU14


Pas tidak sesekali gentar dengan kewujudan Pakatan Harapan kerana tiada fakta dan bukti khusus yang membayangkan gabungan itu akan berjaya menggantikan kerajaan sedia ada.
“Setakat ini tiada lagi ramalan kata Pakatan akan menang, ataupun mereka sekuat parti-parti lain,” kata Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob seperti dipetik Sinar Harian.
Ahmad YakobMengulas mengenai kenyataan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa yang menyatakan Umno dan Pas perlu meraikan persamaan yang ada di antara kedua-dua parti itu, beliau berkata, sehingga kini Pas dan Umno tidak mempunyai apa-apa persefahaman dan parti itu masih lagi musuh tradisi Pas.
Menteri Besar itu juga berkata, walaupun Pas meraikan hubungan kerajaan dan kerajaan dengan Umno dan BN, namun Pas masih kukuh bersama blok ketiga yang telah dibina dan bersedia segala kemungkinan pada PRU14 kali ini.
“Sememangnya kita meraikan hubungan (kerajaan dan kerajaan) itu demi kepentingan rakyat, apa pun yang melibatkan hubungan tersebut, kita hormatlah bagi memastikan hak rakyat dapat diperjuangkan, namun dari segi politik, kita masih seperti dulu,” katanya.
Beliau hadir pada Seminar Ahli Majlis dan Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Kelantan di Kota Bharu.

PRU14: Tiada bayangan HARAPAN mampu menang sembang PAS

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob berkata, tidak ada sebarang fakta dan bukti khusus yang boleh membayangkan Pakatan Harapan (HARAPAN) boleh menumbangkan kerajaan sedia ada dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Malah, katanya, tiada sebarang ramalan dibuat mengenai perkara itu dan PAS tidak sesekali gentar dengan perkara itu, malah terus optimis dengan kekuatan yang ada, memetik laporan Sinar Harian.
“Setakat ini tiada lagi ramalan kata pakatan akan menang, ataupun mereka sekuat parti-parti lain,” beliau dilaporkan sebagai berkata.
Sementara itu, Ahmad Yakob berkata sehingga kini PAS dan Umno tidak mempunyai apa-apa persefahaman dan parti itu masih lagi musuh tradisi PAS.
Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa yang menyatakan Umno dan PAS perlu meraikan persamaan yang ada di antara kedua-dua parti itu.
Katanya, walaupun PAS meraikan hubungan dengan Umno dan BN, namun parti Islam itu masih kukuh bersama blok ketiga yang telah dibina dan bersedia segala kemungkinan pada PRU14 kali ini.
“Sememangnya kita meraikan hubungan (kerajaan dan kerajaan) itu demi kepentingan rakyat, apa pun yang melibatkan hubungan tersebut, kita hormatlah bagi memastikan hak rakyat dapat diperjuangkan, namun dari segi politik, kita masih seperti dulu,” kata beliau.

Pensyarah cadang tubuh RCI cari punca ketegangan kaum

Insiden pergaduhan di Plaza Low Yat pada Julai 2015 dan di luar sebuah surau di Johor Bahru minggu lalu menunjukkan ketegangan antara kaum mudah tercetus.
Tajuddin-Rasdi-malaysiaPETALING JAYA: Seorang ahli akademik mencadangkan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengenal pasti punca utama ketegangan kaum di Malaysia.
Ketika dihubungi FMT, pensyarah seni bina Islam di Universiti USCI, Dr Tajuddin Rasdi bimbang konflik antara kaum akan meruncing ke tahap “bencana”.
Beliau berkata, kerajaan tidak boleh mengetepikan konflik sedemikian sebagai masalah sementara, apatah lagi beberapa insiden kebelakangan ini menunjukkan masalah tersebut semakin teruk.
“Saya ingat insiden Low Yat sebagai penanda arasnya, tetapi kejadian di Johor Bahru minggu lalu adalah sesuatu yang harus kita fokuskan secara khusus,” katanya yang banyak mengulas isu agama dan kaum di media.
Beliau merujuk kes kecurian telefon di Plaza Low Yat pada Julai 2015 yang hampir mencetuskan rusuhan, serta pergaduhan di sebuah surau di Taman Austin Perdana, Johor Bahru, Jumaat lalu.
Dalam insiden minggu lalu, sekumpulan jemaah surau dalam keadaan berang memukul pemandu dan merosakkan keretanya, dipercayai berpunca daripada tindakan pemandunya membunyikan hon ketika jemaah sedang solat Jumaat kerana keretanya dihalang kenderaan diletakkan di luar surau itu.
Tajuddin berkata, beliau bercakap mengenai kejadian dengan ramai orang dan mereka setuju orang Melayu kurang sensitif terhadap masalah dan perasaan kaum lain.
“Di kalangan masyarakat Islam Melayu – jika anda mengganggu Islam, anda akan terima padahnya,” katanya yang berharap khutbah Jumaat minggu ini akan menyentuh isu tersebut dan memberi pemahaman kepada umat Islam.
Beliau juga memetik hadis Nabi Muhammad yang menasihatkan sembahyang berjemaah perlu dipermudahkan dan tidak terlalu lama kerana ada di kalangan jemaah terdiri daripada warga emas, kanak-kanak dan mereka yang mempunyai urusan lain untuk diselesaikan.

BERSATU: Rakyat Malaysia tak pasti skandal 1MDB

Satu kaji selidik yang dijalankan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendapati bahawa kebanyakan rakyat Malaysia tidak pasti mengenai pelbagai aspek dalam skandal 1MDB.
Walaupun begitu, hanya 15 peratus daripada responden percaya bahawa RM2.6 bilion yang telah dipindahkan ke akaun bank Datuk Seri Najib Razak, datang daripada seorang penderma, seperti yang didakwa perdana menteri dan peguam negara.
Sebaliknya, 51.2 peratus daripada responden tidak percaya dakwaan itu, manakala 33.8 peratus tidak pasti.
Kaji selidik terhadap 3,000 responden itu telah dijalankan pada bulan Julai dan Ogos tahun lepas, meliputi sampel yang mewakili 30 kawasan parlimen di seluruh Malaysia.
Ia didahului oleh beberapa siri perbincangan kumpulan dan kajian awal yang bermula pada bulan April tahun yang sama.
Kajian ini telah dijalankan oleh beberapa ahli pengasas BERSATU sebelum parti itu secara rasmi didaftarkan pada bulan September.
Sejak itu kajian berkenaan diambil alih oleh Biro Dasar dan Strategi BERSATU.
Hasil daripada kajian itu disampaikan oleh ketua biro berkenaan, Datuk Rais Hussin pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Johari: Apakah 'jerung' masih kebal dari tindakan SPRM?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disaran mengambil tindakan terhadap kes-kes berprofil tinggi yang melibatkan ahli politik tanpa perlu menunggu Pilihan Raya Umum ke-14.
Anggota Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, sekiranya terdapat bukti kukuh, SPRM tidak perlu menunggu sehingga PRU untuk mengheret ahli politik yang terlibat dengan rasuah.
“Mengapa perlu menunggu sehingga parlimen dibubarkan untuk mengeluarkan kenyataan keras?
“Mengapa perlu tunggu selepas PRU14? Sedangkan jika mempunyai bukti kukuh, tindakan segera perlu dilakukan,” soal Johari dalam kenyataannya hari ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, Datuk Dzulkifli Ahmad semalam berkata pihaknya sedang menyiasat beberapa kes berprofil tinggi melibatkan ahli politik namun agensi itu perlu berhati-hati sebelum bertindak bagi mengelak dituduh terlibat dalam politik.
Beliau juga berkata tindakan tegas akan diambil tanpa teragak-agak selepas PRU14 kerana SPRM perlu kekal sebagai agensi yang melindungi kepentingan rakyat.
Menurut Dzulkifli, apabila parlimen dibubarkan untuk membolehkan PRU14 diadakan, beliau akan mengeluarkan kenyataan keras.
Mengulas lanjut, Johari turut mempersoalkan sama ada ‘jerung-jerung’ yang terlibat dengan rasuah terlalu kebal sehingga SPRM tidak mampu bertindak ke atas mereka.
"Apakah 'jerung-jerung' masih kebal dan berkuasa sehingga (SPRM) tidak mampu untuk bertindak? Bukankah ini akan mencalarkan identiti SPRM yang sepatutnya melindungi kepentingan rakyat dan negara," soalnya..

Kongres Anak Muda bukan mengampu seperti TN50


Tidak seperti TN50 KAMM2017 fokus kepada realiti yang membelenggu golongan mudaTidak seperti TN50 KAMM2017 fokus kepada realiti yang membelenggu golongan muda
Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin berpendapat penganjuran Kongres Anak Muda Malaysia 2017 (KAMM2017) bukan bersifat mengampu seperti Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang diperkenalkan Perdana Menteri.
Shazni Munir Mohd IthninShazni Munir Mohd IthninMenurutnya, KAMM2017 yang akan berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada 13 dan 14 Mei ini melibatkan ratusan organisasi anak muda dari seluruh negara.
"KAMM2017 bakal memperlihatkan kesatuan anak-anak muda dalam mengemudi hala tuju bersama bagi menggerakkan perubahan.
"Kongres ini tidak akan membincangkan hal-hal atas angin yang tidak menjejak. Kalau Khairy Jamaluddin (Menteri Belia dan Sukan) mahu hanyut dengan TN50 bertujuan semata-mata mahu mengampu Najib, itu tidak ada kena-mengena dengan anak muda," tegasnya.
KAMM2017 membolehkan individu yang mendaftar menjadi peserta membahaskan usul sepanjang kongres berkenaan berlangsung dengan 10 usul yang mendapat undian tertinggi diangkat menjadi Deklarasi Anak Muda.
Sementara itu, TN50 yang diumum ketika pembentangan Bajet 2017 pada 22 Oktober tahun lalu dikendalikan Kementerian Belia dan Sukan kononnya bagi menyediakan generasi baharu berjaya dalam tempoh 30 tahun akan datang.
Mengulas lanjut, Shazni menyifatkan kongres inisiatif dari Gerakan Anak Muda Demi Malaysia (Demi Malaysia) itu digerakkan ketika politik dan simpang-siur urus tadbir negara semakin membungkam.
"Tentang TN50 yang dibawa Najib Razak, hakikatnya anak muda Malaysia tidak buta. Apakah yang ditawarkan TN50 boleh membawa kembali puluhan billion wang negara yang hilang?
"Masakan segala permasalahan yang membelenggu anak muda ketika ini boleh selesai dengan gagasan yang langsung tidak menyentuh pelan mengembalikan wang negara yang lesap?" bidasnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Sehubungan itu, Shazni menegaskan pelbagai isu melibatkan anak muda dan negara yang akan dibahas dalam kongres tersebut adalah langkah awal bagi reformasi tulen dalam mewujudkan negara berintegriti.

Syed Saddiq cabar Najib cuba hidup dengan RM1,500 sebulan

Ia bagi membuktikan kos sara hidup di Malaysia rendah seperti yang dinyatakan perdana menteri sebelum ini.
syed-saddiq-najib2KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencabar Datuk Seri Najib Razak cuba hidup dengan gaji RM1,500 sebulan bagi membuktikan kos sara hidup di Malaysia terendah di kalangan negara Asean.
Beliau yang dipetik Sinar Harian berkata, perdana menteri hanya perlu melaluinya cara hidup itu selama sebulan untuk menilai sendiri bebanan ditanggung rakyat.
“Cuba beliau hidup dengan gaji RM1,500 seperti kebanyakan rakyat Malaysia. Cuba berbelanja dengan gaji sebanyak itu…boleh hidup tak, senang tak?” soalnya yang memilih jumlah itu kerana mendakwa ia adalah purata gaji kebanyakan rakyat Malaysia.
Beliau mengulas kenyataan Najib yang memetik dapatan tinjauan “Economist Intelligence Unit” tahun ini yang menunjukkan kos sara hidup di Malaysia adalah terendah di rantau Asean.
Tinjauan badan berpusat di Britain itu meliputi 133 bandar raya di seluruh dunia yang mengambil kira harga barangan dan perkhidmatan.
Mengulas dapatan itu, Najib menerusi catatan di blognya pada 21 April lalu berkata, ia hasil pelbagai usaha kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat.
“Namun saya ingin tegaskan pengiktirafan itu tidak bermakna usaha kita meringankan sudah selesai. Malah, masih banyak lagi sedang dan akan kita lakukan untuk meningkatkan pendapatan dan mengurangkan kos barangan,” tulis Najib.
Indeks Harga Pengguna – ukuran inflasi, meningkat 4.5% kepada 119.7 pada Februari lalu berbanding 114.5 pada bulan sama 2016.

M'sia maju: Siapa makin kaya, siapa terus miskin

Kajian mendapati 34.8 peratus daripada pendapatan keseluruhan Malaysia diagihkan kepada golongan pekerja di negara ini manakala bakinya, lebih 65 peratus mengalir ke poket golongan korporat dan kerajaan (melalui cukai).
Di sebalik pendedahan tersebut, Jabatan Perangkaan melaporkan, jumlah pekerja di Malaysia setakat bulan Oktober 2016 berjumlah 14.77 juta orang dengan majoritinya merupakan lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan ke bawah.
Secara logiknya, ia membawa maksud bahawa peratusan kecil daripada pendapatan negara ini dikongsi oleh sebilangan besar rakyat negara ini dengan para majikan serta kerajaan 'menikmati' bahagian kek yang lebih besar walaupun bilangannya sangat sedikit.
Di samping itu, bagi mereka yang berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading pula, gaji permulaan di kalangan graduan adalah rendah dengan purata gaji sekitar RM2,200 walaupun ramai meminta lebih daripada RM3,000.
Persaingan tempatan dan asing

Ekoran tawaran gaji sedemikian, menurut Jobstreet, ia menjadi salah satu sebab kepada penghijrahan rakyat berkemahiran tinggi ke luar negara di Malaysia selain menyebabkan lebih 20,000 graduan menganggur di pasaran pada masa ini.
Lebih dari itu, tenaga kerja tempatan terpaksa bersaing dengan 6 juta pekerja asing yang sebahagian besarnya adalah pendatang asing tanpa izin (PATI) dengan majikan pastinya memberi 'keutamaan' kepada pekerja asing.
Ini kerana pekerja asing sanggup menerima gaji lebih rendah, tidak merungut mengenai hak-hak sebagai pekerja, sanggup bekerja bila-bila masa diperlukan, tidak banyak karenah terutama dalam hal cuti perayaan mahupun kenaikan gaji tahunan dan sebagainya.
Justeru, dengan 90 peratus pendapatan isi rumah di negara Malaysia bersumberkan gaji dan hasil perniagaan peribadi yang masih begitu kecil bilangannya, persekitaran ekonomi menjadi semakin mencabar dengan lonjakan kos sara hidup yang menyaksikan kadar inflasi melonjak ke paras 5.1 peratus pada bulan Mac yang lalu.
Masalah gaji di Malaysia
Keadaan ini sekaligus membuktikan wujudnya masalah penggajian di Malaysia dengan hakikat semasa menunjukkan sebahagian besar kek ekonomi negara dibolot oleh pihak majikan dan kerajaan.

Majikan mampu berbuat demikian mungkin kerana berjaya menyekat kemaraan kesatuan sekerja atau bertindak tidak membenarkan wujudnya kesatuan di tempat kerja manakala kerajaan pula boleh mengenakan pelbagai jenis cukai termasuk GST atas nama membangunkan negara.
Jika keadaan ini berterusan, jurang pendapatan antara golongan yang berpendapatan rendah dan mereka yang bergaji tinggi akan semakin lebar yang menjurus kepada golongan berpendapatan sederhana yang semakin mengecil.
Apabila keadaan seperti itu berlaku, Malaysia semakin terjerumus kepada fenomena golongan kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin seperti yang pernah terjadi di Great Britain dan dialami oleh India, Indonesia, China dan banyak lagi.
Walaupun Malaysia diwar-warkan menjadi antara negara berpendapatan tinggi dalam masa beberapa tahun lagi, namun hakikatnya, pendapatan boleh dibelanjakan oleh rakyat semakin berkurangan.
Ini dibuktikan oleh kemampuan rakyat untuk membeli kediaman sendiri setelah gaji bulanan yang diterima tidak meningkat sejajar dengan kadar inflasi ke atas barangan harian dan lonjakan harga rumah semasa terutama teres.


Keadaan ini sejajar dengan penemuan kajian oleh HSBC Holdings plc, London baru-baru ini yang mendapati 93 peratus rakyat Malaysia masih tidak memiliki rumah sendiri.
Kos sara hidup tempatan
Selain itu, kos pendidikan yang semakin mahal akan menyekat lebih ramai golongan muda untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sekurang-kurangnya sarjana muda dan hanya mampu memulakan kehidupan dengan gaji setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ahli akademik cabar Hadi jelas kewajaran RUU 355

Rozaimi Ramle berkata, al-Quran mahupun mana-mana hadis tidak menyatakan hukuman penjara 30 tahun atau denda RM100,000.
rozaimi-hadi-lawKUALA LUMPUR: Seorang ahli akademik mencabar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan kewajaran cadangannya untuk meningkatkan hukuman bagi kesalahan syariah.
Cabaran itu dibuat Pensyarah Kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Muhamad Rozaimi Ramle pada sebuah forum mengenai rang undang-undang persendirian Hadi untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.
Beliau yang juga ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis merujuk cadangan untuk meningkatkan hukuman penjara maksimum terhadap pesalah syariah kepada 30 tahun, 100 sebatan dan denda RM100,000.
Katanya, Al-Quran mahupun mana-mana hadis tidak menyatakan penjara 30 tahun ialah hukuman berat.
“Jadi, adakah adil melabelkan saya anti-hudud jika saya meminta justifikasi di sebalik hukuman penjara dan denda itu? Saya tak fikir begitu,” katanya yang berkelulusan doktor falsafah dalam bidang hadis.
Merujuk cadangan sebat, beliau berkata, rang undang-undang itu tidak menyatakan jumlah sebatan bagi jenayah tertentu.
“Di bawah hudud, sangat jelas anda mendapatkan 100 sebatan jika anda berzina, 80 untuk qazaf dan 40 sebatan jika anda minum alkohol, tetapi rang undang-undang ini tidak membiarkannya (tidak menyatakan secara spesifik).
“Oleh itu, ini bukan undang-undang tuhan dan anda tidak boleh melabelkan mereka yang menentang rang undang-undang itu sebagai kafir.”
Rozaimi mencadangkan Hadi menyemak semula cadangan untuk menjadikannya lebih khusus.
“Penyokong rang undang-undang ini berhujah jika tidak boleh melaksanakan semua hukum Allah, ia bukan alasan untuk melaksanakan apa yang anda mampu. Baiklah, tetapi anda tidak boleh membuat semua umat Islam bersetuju dengan rang undang-undang Hadi.
“Dengan menggunakan hujah sama, jika anda menyatakan 100 sebatan untuk zina, 80 untuk qazaf dan 40 untuk minum alkohol, maka saya percaya umat Islam boleh bersetuju dengannya, menjadikan rang undang-undang itu lebih senang untuk diluluskan.”

RUU355 DAN PENAMBAHBAIKAN MAHKAMAH SYARIAH: PANDANGAN BUKAN PARTISAN

RUU355: Jenayah hanya sebahagian daripada syariah, kata bekas hakim

Ismail Yahya berkata, ada cara lain untuk memperkasakan Mahkamah Syariah dan kenapa hanya fokus kepada undang-undang jenayah.
Ismail-Yahya-hadi-lawKUALA LUMPUR: Bekas ketua hakim syarie Terengganu, Datuk Ismail Yahya mengkritik penyokong rang undang-undang persendirian yang dibawakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana hanya mengiktiraf 1 daripada pelbagai cabang syariah.
“Kenapa mereka hanya fokus kepada undang-undang jenayah?” soalnya dalam sebuah forum mengenai rang undang-undang meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355, malam tadi.
RUU 355 yang bertujuan memperkasakan Mahkamah Syariah, mencadangkan hukuman penjara maksimum kepada pesalah syariah dinaikkan kepada 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 sebatan.
Ismail berkata, syariah merangkumi beberapa aspek kehidupan termasuk ibadah, perkahwinan, muamalat (peraturan berkaitan perkara duniawi seperti perniagaan, perdagangan dan perdagangan), peraturan, jenayah, hubungan antarabangsa dan akhlak.
Beliau memberi contoh muamalat sebagai 1 cabang yang boleh ditingkatkan.
“Kita suka kata perbankan Islam kita hebat, tetapi sebenarnya apa yang kita lakukan ialah mengambil perbankan konvensional dan menggunakan istilah Islam.
“Mengapa tidak beri tumpuan kepada (perkara) ini? Kita mengabaikannya sama sekali dan terus ke cabang jenayah.”
Katanya, penyokong RUU Hadi perlu sedar ada cara lain untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.
“Tanya diri anda, adakah meningkatkan hukuman untuk jenayah satu-satunya cara memperkasakan Mahkamah Syariah?
“Adakah keadilan benar-benar berlaku di Mahkamah Syariah? Tanya golongan wanita jika mereka fikir mahkamah adalah adil dan mereka akan beritahu anda tidak.”

Bekas mufti T'ganu, ulama persoalkan pindaan Akta 355

Dua pakar syariah mempersoalkan rancangan pelaksanaan dan tujuan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminda rang undang-undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) @ Akta 355.
Bekas mufti Terengganu, Datuk Ismail Yahya dan ulama Dr Rozaimi Ramle sebaliknya mencadangkan kaedah alternatif untuk mengukuhkan mahkamah syariah dan undang-undang Islam, sama ada dengan mempunyai sistem mahkamah bersepadu untuk undang-undang syariah dan sivil atau 'mengislamkan' mahkamah sivil.
Abdul Hadi mahu meminda Akta 355 untuk menaikkan hukuman atas kesalahan syariah kepada denda RM100,000, penjara selama 30 tahun dan 100 kali sebatan.
Bercakap pada forum PKR berkaitan mengenai cadangan pindaan Akta 355, Rozaimi mempersoalkan antara lain, kekurangan butiran mengenai keperluan untuk meningkatkan hukuman.
"Saya tidak nampak justifikasi yang jelas untuk laksanakan 30 tahun penjara, RM100,000 denda. Memperkasakan mahkamah syariah bukan sahaja dengan hukuman. Perlu untuk letakkan kewajaran.
"(Ia) bebanan atas golongan yang usulkan, golongan yang pro. Saya belum lihat kewajaran itu ada," kata Rozaimi dalam forum anjuran Invoke di Kuala Lumpur, malam tadi.
Jelas beliau, meningkatkan tempoh hukuman penjara dan jumlah denda pastinya bukan hudud (undang-undang yang berdasarkan al-Quran dan hadith), tetapi sebaliknya ijtihad (undang-undang berdasarkan hujah perundangan).
"Yang hudud yang sebatan 100 kali, tetapi itupun disebut umum. Patutnya 100 sebatan (bagi) zina, 80 sebatan (bagi) qazaf (tuduhan berzina), 40 sebatan untuk minum (arak)," ujar beliau.
Hadi dan PAS bertegas pindaan berkenaan bukan undang-undang hudud, namun, Rozaimi mendakwa, ramai penyokong Akta 355 mengatakan ia sebagai hudud.

Entiti misteri k'jaan Umno beli sebahagian tanah TRX dari 1MDB..!!

Sebuah entiti berkaitan kerajaan membeli sebahagian daripada 70 ekar tanah di Tun Razak Exchange (TRX), yang pada mulanya dijual kerajaan kepada 1MDB pada nilai yang rendah.
Keseluruhan Tun Razak Exchange di bawah TRX City Sdn Bhd sejak itu telah dipindahkan dari 1MDB kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc), berkuat kuasa 31 Mac lalu.
Pembelian itu didedahkan oleh kementerian kewangan dalam jawapan bertulis parlimen yang diedarkan kepada anggota parlimen ketika persidangan yang berlangsung dari 6 Mac hingga 6 April lalu.
Jawapan bertulis itu menyenaraikan enam pembeli yang telah membeli tanah di TRX.
Ia menamakan semua pembeli kecuali pembeli berkaitan kerajaan itu, yang dirujuk sebagai "syarikat milik MOF Inc", yang telah membeli sebidang tanah komersial.
Lima pembeli lain dikenal pasti sebagai Mulia Development Property Sdn Bhd, Affin Bank Bhd, Lembaga Tabung Haji, WCT Previous Development Sdn Bhd dan Lendlease.
Jawapan bertulis itu menjelaskan 30.45 ekar tanah dijual dengan nilai RM3.5 bilion.
Menurut 1MDB, kerajaan sebelum ini menjual 70 ekar tanah kepada 1MDB dengan hanya RM230 juta.
Jawapan bertulis itu berikutan soalan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang secara khusus bertanya mengenai saiz dan nilai tanah TRX yang dibeli oleh entiti itu di bawah MOF.
Ia bagaimanapun tidak menjawab khusus soalan Pua.

Kabinet baru Pas sesuai bantah konsert Salena Gomez je, kata Hanipa

Hanipa anggap Pas kehilangan tokoh hebat apabila membuang Mustafa Ali.Hanipa anggap Pas kehilangan tokoh hebat apabila membuang Mustafa Ali.

Kabinet baru PAS dilihat sebagai kabinet yang mampu membantah konsert Salena Gomez sahaja bukan untuk melawan BN dalam pilihan raya umum ke 14 nanti, kata ahli parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin.
Dalam satu posting di facebook, peguam itu menulis, "itu pun kalau Pas masih lagi nak lawan BN!"
Katanya, apabila beliau melihat kabinet baru Pas, "maaf saya tak nampak kabinet ini lah yang sesuai untuk kemudi Pas dalam PRU14 nanti."
Apa pun alasan Pas, katanya, ketiadaan tokoh hebat dan berpengalaman seperti Datuk Mustafa Ali yang mesra di Cikgu Pa je, ia satu kerugian besar pada Pas.
"Bila diganti Cikgu Pa dengan setiausaha politik Presiden Pas sebagai pengarah pilihanraya Pas Pusat, saya hanya boleh geleng kepala je.
"Saya dan kawan-kawan dalam Amanah tahu sangat kemampuan dan kehebatan Cikgu Pa dibandingkan dengan mantan SU Presiden Pas.
"Maaf, macam langit dan bumi," kata peguam yang selama ini banyak membela PAS di mahkamah termasuk membela presiden PAS sendiri dalam satu kesnya di London.
Pas sebelum ini membantah konsert Salena Gomez yang dianjurkan di Shah Alam.
Penganjuran konsert ini telah dijadikan antara sebab oleh pembahas dalam muktamar Pas ke 63 mengapa PAS perlu memutuskan hubungannya dengan PKR yang menjadi rakan kongsi utama kerajaan negeri Selangor.

PKR bantah tindakan SPR henti edar RDPT

PKR bantah tindakan SPR henti edar RDPT
Naib Presiden PKR menyerahkan memorandum bantahan kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia Wilayah Persekutuan berkaitan pemberhentian pengedaran Rang Daftar Pemilih Tambahan suku tahun kepada parti-parti politi.
KUALA LUMPUR – PKR terus membantah tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah tidak lagi akan mengedarkan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Tahun kepada parti-parti politik.
Terbaharu Ahli-ahli Parlimen PKR Wilayah Persekutuan menghantar bantahan kepada suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Wilayah Persekutuan, petang tadi.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, senarai rang daftar pemilih kini hanya dipertontonkan di lokasi-lokasi awam bermula hari ini hingga 22 Mei 2017 dan melibatkan 960 tapak pameran seluruh negara.
"Terbukti hampir mustahil bagi petugas-petugas parti untuk menyemak satu demi satu nama pemilih yang terkandung dalam RDPT. Ternyata langkah SPR ini bukan sahaja menghadkan, menyukarkan proses semakan ini daripada dilaksanakan seakan melaksana strategi Umno-BN.
"Adakah SPR mahu sukarelawan-sukarelawan parti berdiri sepanjang hari dan menyemak nama-nama pengundi yang tersenarai di sini secara manual? Haruskah kami pindahkan kerusi meja untuk memudahkan sukarelawan-sukarelawan kami membuat semakan?,"katanya.
Terdahulu, beliau menyerahkan memorandum bantahan kepada Ketua Unit Pendaftaran Pemilik SPR WPKL Ropiah Ismail.
Nurul Izzah, menambah, proses semakan senarai daftar pemilih ini penting bagi memastikan senarai yang dikeluarkan SPR bersih dari sebarang perkara yang meragukan atau penipuan.
"Sebagai contoh, ia merupakan salah satu cara kami untuk mengenal pasti sekiranya wujud pengundi ‘hantu’ di sesebuah kawasan. Proses semakan yang kami lakukan sebelum ini dibuat secara teliti, satu demi satu nama pemilih disemak kesahihannya.
"Saya khuatir tindakan SPR ini mendekatkan lagi demokrasi di negara kita kepada penipuan. Ia menyukarkan ketelusan dalam proses demokrasi dicapai," katanya.

Kementerian Kewangan mesti jelaskan sebab pemecatan Arul Kanda

KUALA LUMPUR, 9 MEI: Kementerian Kewangan digesa menjelaskan sebab sebenar di sebalik pemecatan Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bandar Malaysia Sdn Bhd dan TRX City Sdn Bhd.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee berkata, ini kerana menurut laporan portal, The Malaysian Insight yang memetik sumber sebagai berkata, Arul Kanda dipecat ekoran terdapat “konflik kepentingan”.
“Ini amat mengejutkan kerana Arul sepatutnya bertindak dalam lingkungan kepentingan Kerajaan Malaysia atau pembayar cukai di negara ini.
“Apakah ‘konflik kepentingan’ itu sehingga menyebabkan dia disingkirkan daripada Lembaga Pengarah?” soal Tony dalam kenyataan, hari ini.
Arul Kanda dipecat sebagai anggota lembaga pengarah Bandar Malaysia dan TRX City dua hari selepas 60 peratus ekuiti Bandar Malaysia gagal dijual kepada Konsortium Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH)-China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC).
Bandar Malaysia dan TRX City diambil alih oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF) daripada 1MDB pada 31 Mac lepas.
Justeru, Arul Kanda beralasan bahawa adalah menjadi hak istimewa (prerogatif) MoF untuk menyingkirkan beliau sebagai anggota lembaga pengarah kedua-dua syarikat berkenaan ekoran pengambilalihan tersebut.
Namun, menurut Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP, tidak ramai yang akan percaya dengan penafian Arul Kanda bahawa pemecatannya itu kononnya bukan disebabkan oleh kegagalan urusniaga projek pembangunan Bandar Malaysia.

Aktivis selar SKMM cuba tutup mulut pengguna media sosial

KUALA LUMPUR: Kumpulan aktivis yang memperjuangkan kebebasan bersuara menyifatkan “peringatan untuk pentadbir kumpulan” yang dikeluarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ialah satu bentuk sekatan terhadap pengguna media sosial oleh kerajaan.

Article 19 cawangan Malaysia yang dinamakan sempena Perkara 19 Perkara 19 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 itu mendesak SKMM menarik balik peringatan itu serta-merta.
Mereka juga mahu SKMM memberitahu pengguna sosial media tidak perlu bertanggungjawab terhadap kandungan disebarkan pihak ke-3.
Kumpulan itu dalam satu kenyataan menyifatkan peringatan SKMM itu sebagai “cubaan menyampaikan ugutan tersirat kepada pengguna media sosial”.
“Nasihat SKMM itu adalah peringatan jelas kepada pengguna internet yang mereka dijangka menguatkuasakan sekatan tegas terhadap kebebasan bersuara secara online melalui penapisan persendirian,” kata kumpulan itu.
Peringatan yang dikeluarkan SKMM pada 3 Mei lalu sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia menyasarkan pentadbir kumpulan (Group admin) untuk platform komunikasi seperti Facebook, WhatsApp, Wechat, Viber, dan Telegram, atau perkhidmatan seumpamanya.
SKMM menasihatkan pentadbir kumpulan berperanan proaktif dalam memantau dan membuang kandungan dimuat naik orang lain ke halaman mereka.
Menurut Article 19, peringatan itu menggunakan bahasa tidak jelas untuk mengarahkan mereka tidak patut menjadi “pentadbir kumpulan tidak aktif atau senyap”, “menggalak, menghasut atau bersubahat terhadap komen jelik”, “membenarkan perbincangan keluar daripada topik” atau “melanggar standard komuniti” (ditetapkan penyedia platform).
Peringatan itu turut menggalakkan pentadbir kumpulan “sentiasa semak komen” dan “mempertimbangkan untuk mengeluarkan atau menyekat mereka yang terus membuat komen jelik”.
“Walaupun tiada peraturan sedemikian yang boleh dikuatkuasakan, tetapi 1 amaran dalam Facebook SKMM disertakan dengan nasihat itu yang menyatakan pengguna internet perlu ‘bijak menggunakan media sosial untuk perlindungan diri’.
“Ini menunjukkan kegagalan mematuhi nasihat itu boleh menyebabkan pentadbir kumpulan bertanggungjawab terhadap posting orang lain, walaupun liabiliti untuk kandungan pihak ke-3 tiada dalam peruntukan undang-undang Malaysia.”
Menurut Article 19, peringatan SKMM itu dikeluarkan susulan individu “kerap ditahan, disiasat dan didakwa kerana luahan kritikal atau mempersoalkan kerajaan secara online”, khususnya di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Hasutan 1948 dan peruntukan dalam Kanun Keseksaan yang tidak mematuhi undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.
“Sehubungan itu, Article 19 berpendapat nasihat SKMM untuk menyampaikan ugutan tersirat kepada pengguna media sosial, walaupun mereka bukan pengarang mesej menyinggung perasaan itu, tetapi mereka masih boleh didakwa atas dasar asosiasi.
“Ini mungkin memberi kesan kepada pengguna internet persendirian yang dipilih untuk berperanan menguatkuasakan sekatan kandungan zalim dalam talian, dengan mangsa penapisan itu tiada jalan lain untuk mencabar atau merayu penarikan balik itu.”

Pengamal media cuba ditakut-takutkan, kata Pemuda Amanah


Pemuda Amanah Nasional menganggap pengamal media cuba ditakut takutkan menjelang PRU14Pemuda Amanah Nasional menganggap pengamal media cuba ditakut takutkan menjelang PRU14
Pemuda Amanah Nasional menyifatkan tindakan pihak polis mengarahkan seorang watawan hadir ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi bagi membantu siasatan sebagai satu usaha menakut-nakutkan pengamal media menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Ketuanya Mohd Sany Hamzan berkata, pihak polis tidak sewajarnya melakukan tindakan sedemikian sebaliknya meneliti serta menyiasat isi kandungan laporan wartawan serta para wartawan sewajarnya diberikan kebebasan sepenuhnya dalam membuat liputan terhadap apa jua isu khususnya hal berkaitan kepentingan serta kepincangan negara.
"Perkara 10 Perlembagaan negara dan Deklarasi Universal Hal Asasi Manusia 1948 yang menjamin hak pengamal media dan wartawan haruslah dipertahankan. Semua pihak wajar menghormati hak wartawan seperti apa yang termaktub di dalam perlembagaan negara itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata ekoran wartawan Malaysia Dateline, Arif Atan semalam dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi membantu siasatan terhadap satu laporan berita yang diterbitkan portal itu tahun lalu.
Menurut Arif, siasatan dibuat terhadap laporan yang diterbitkan 28 Februari 2016 bertajuk “Selamatkan Malaysia: Husam akan ziarah Muhyiddin” di bawah Seksyen 111, Prosedur Kanun Jenayah.
Ia antara lain melaporkan ucapan Datuk Husam Musa dalam satu majlis mengulas tindakan Majlis Tertinggi (MT) Umno yang menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden Umno.

Cubaan Ganggu Tugas Wartawan Tidak Demokratik



Saya menganggap tindakan polis yang mengarahkan wartawan Malaysia Dateline, Mohd Arif Atan supaya hadir ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi bagi membantu siasatan sebagai satu usaha terbaharu untuk menakut-nakutkan pengamal media dalam negara ini.

Saya difahamkan arahan itu diberikan ekoran laporan berita bertarikh 28 Februari 2016 bertajuk, "Selamatkan Malaysia: Husam akan ziarah Muhyiddin".
Ini bukan kali pertama pengamal media dalam negara ini cuba diganggu bertugas kerana laporan berita yang cenderung berpihak kepada pembangkang dan mendedahkan kebobrokan pentadbiran yang dipimpin Umno-BN.
Dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, tiada siapa boleh menentukan kepada siapa wartawan patut berpihak. Saya mendesak pihak berkuasa hormati hak dan pilihan itu.
Dalam suasana yang menghampiri musim pilihan raya, saya juga khuatir jika kumpulan wartawan pula dijadikan sasaran untuk mencegah lebih banyak laporan berita diterbitkan yang mendedahkan kelemahan pentadbiran Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Sepatutnya polis menyiasat pelbagai pendedahan penyelewengan seperti skandal 1MDB yang menjatuhkan imej negara di seluruh dunia tetapi saya juga memahami kesukaran polis untuk bertugas dalam kes-kes seperti ini.
Saya menggesa pihak berkuasa supaya hormat pengamal media. Mereka bukan orang suruhan yang mudah dijinakkan dengan dedak sebaliknya mereka terpaksa berhadapan pelbagai cabaran dan risiko untuk memastikan maklumat yang tepat sampai kepada pengetahuan seluruh rakyat Malaysia.

DR SITI MARIAH MAHMUD
Ahli Parlimen AMANAH Kota Raja
Ketua Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN) Nasional

Adakah Umno masih komited pertahan ideologi Melayu?

Imej Umno hari ini dilihat cukup berbeza dengan apa yang diperjuangkan ketika tertubuhnya parti itu pada tahun 1946.
Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh, berkata terdapat beberapa isu yang membuatkan parti itu berfikiran sedemikian.
Syed Ibrahim Syed Noh "Pertama, hari ini kita melihatkan beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan organisasi yang beridentitikan bumiputera dan Islam terpalit dengan skandal rasuah dan salah guna yang semakin membarah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tambahnya lagi, Syed Ibrahim turut mempersoalkan isu ekonomi rakyat Malaysia terutama mengenai jurang kekayaan dalam kalangan bumiputera sendiri.
"Umno dilihat kurang prihatin dan pengetahuan mengenai isu ini, memandangkan Umno dikatakan lebih tertumpu pada wang dan kuasa dan memandang isu ini sebagai tidak relevan pada masa kini," katanya lagi.
Sementara itu, beliau mendakwa Pakatan Harapan mempunyai matlamat dalam membentuk sebuah negara yang memperjuangkan kesemua rakyat Malaysia berasaskan kepada idealisme perjuangan yang tulen dan kesatuan politik yang utuh.
"Pendirian teguh Pakatan Harapan iaitu reformasi menyeluruh tata kelola negara berasaskan perlembagaan negara dan prinsip-prinsip keadilan, kebenaran, kebebasan, inklusif dan telus.
"Rakyat dan negara berhak ditadbir jauh lebih baik daripada pemerintah Umno/ BN sekarang. Pembelaan dana bumiputera dan Islam perlu dijamin tanpa menindas mana-mana kaum atau agama apatah lagi mengkayakan kroni," katanya.

SEMPENA ULANGTAHUN 71 BERSIAPLAH UMNO HADAPI TSUNAMI RAKYAT


UMNO merayakan ulangtahunnya yang ke 71 Khamis ini, tidak sahaja dalam kehilangan keyakinan rakyat kepada pemimpin tertingginya tetapi juga diatas keruntuhan keyakinan rakyat kepada UMNO sendiri ke taraf yang sangat parah.
Kehilangan keyakinan orang Melayu pernah berlaku terhadap pucuk pimpinan UMNO tetapi tidak kepada UMNO maka itu bila Tun Abdul Razak menggantikan Tunku Abdul Rahman maka UMNO pulih dan kekuatannya bertambah.
Dalam perayaan kali ini seluruh ahli UMNO wajib berada dalam kesedaran bahawa UMNO akan ditimpa Tsunami Rakyat pada Pilihanraya ke 14 kerana mereka tidak melakukan apa yang telah dilakukan oleh ahli UMNO terdahulu untuk menyelamatkan UMNO.
Kehilangan keyakinan seumpama ini tidak pernah berlaku dari sejak era lima Perdana Menteri yang lalu; Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak,Tun Hussein Onn, Tun Mahathir dan Tun Abdullah Badawi.
Hakisan keyakinan ini mulai berlaku tidak lama selepas Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri kerana hendak melakukan experiment Demokrasi Barat yang tidak secara langsung memberikan implikasi Tun Mahathir adalah authoritarian. Beliau menjanjikan kebebasan yang lebih luas.
Beliau memberikan tamparan yang hebat kepada Mahathir dengan membayar saguhati sejumlah RM10.5 juta kepada enam hakim termasuk Ketua Hakim Salleh Abas yang dipecat dalam masa krisis kehakiman pada 1988.
Demokrasi Barat Ini cuba disuburkan lagi oleh Najib Abdul Razak yang meggantikan Abdullah bila beliau menjanjikan penghapusan ISA yang belum pun dihapuskan telah menerima berbagai cabaran dari pembangkang yang dahagakan demokrasi.Ia digantikan dengan SOSMA yang dianggap oleh pembangkang sebagai lebih menekan dari ISA.
SOSMA memperuntukan langkah-langkah khas berhubung dengan kesalahan keselamatan.
Flip flop dalam dasar-dasar asas negara yang menyentuh Perlembagan telah berlaku . Terkini ialah membenarkan PAS membawa usul pindaan Akta 355 berhubung dengan Jenayah Syariah yang bertentangan dengan semangat liberal dan keharmonian UMNO sehingga menimbulkan prasangka buruk di kalangan bukan Islam. Rakyat melihat ini lebih kepada kepentingan survival UMNO dan Najib, bukannya kepentingan negara.
Najib demoralisekan dirinya sendiri bila sebaik sahaja Tsunami berlaku dalam pilihanraya 2013 yang dipimpinnya, beliau mengecapnya sebagai Tsunami China bila kehilangan majoriti tetapi bantahan dari orang Cina menyebabkan dia tidak lagi berani mengulangi ungkapan ini.
Dalam keadaan desperate untuk mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, Najib sanggup bertolak ansur dengan Pas yang pernah mengkafirkan UMNO tetapi Pas bukanlah sebuah parti yang naive yang tidak dapat menciumi bahawa nama Najib berada ditaraf yang paling rendah di kalangan rakyat seluruh negara. Ia tidak sehebat ketawanya.
Apa pun janji-janji manis Pas untuk kerjasama dengan UMNO tetapi bukanlah diluar kemungkinan ia akan menikam dari belakang bila sampai masanya.

KATA POLITIK MATANG DAN SEJAHTERA…KENAPA DITEMPELAK SARANAN KU NAN UNTUK BERSATU?


Pas dilaporkan menempelak Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung kenyataannya bahawa masih belum terlambat bagi parti Islam itu untuk kembali ke pangkuan UMNO.
Ketua Penerangan Pas, Nasaruddin Hassan berkata, kenyataan Tengku Adnan itu menggambarkan seolah-olah Pas ingin kembali ke pangkuan UMNO selepas didakwa lahir daripada sayap parti tersebut.
“Pas bukan semata-mata lahir daripada UMNO, tetapi juga daripada Hizbul Muslimin selepas ia diharamkan pada 1948,” ujar Nasaruddin lagi.
Ketua Penerangan Pas yang juga Ahli Parlimen Temerloh itu tampil dengan kenyataan demikian berikutan Tengku Adnan semalam mengalu-alukan jika Pas ingin kembali ke pangkuan UMNO sebagai Biro Agama UMNO sempena ulangtahunnya yang ke 71 pada 11 Mei ini.
Kata Ku Nan, sebagai parti yang inklusif, UMNO sedia memberi peluang jika Pas ingin kembali ke pangkuan mereka, meskipun mereka sudah terlanjur sebelum ini.
“Semuanya terpulang kepada kepimpinan Pas, walaupun sudah terlanjur, mereka masih boleh pulang ke pangkuan,” tambah Ku Nan.
Baik dan terlalu murni apa saranan Ku Nan itu?
Jadi, kenapa Pas perlu melenting serta menempelak beliau kerana kenyataannya itu?
Adakah politik matang dan sejahtera membenarkan tindakan menempelak rakan sendiri yang sudah kerap digauli, lebih-lebih lagi jika ianya bertujuan baik dan murni?
Siapa berani menyatakan penyatuan atau kembalinya Pas ke pangkuan UMNO seperti yang disebut oleh Ku Nan itu bukan sesuatu yang baik untuk Melayu dan Islam?
Jika begitu, bukankah Pas seharusnya menyambut baik kenyataan Ku Nan itu, bahkan tentunya lebih terpuji jika menyatakan memang hasrat  Pas untuk kembali bersatu dengan UMNO demi Islam dan Melayu di negara ini?
Lagi pula, bukankah Pas sendiri sejak kebelakangan ini selalu mengatakan ingin mempertahankan kuasa Melayu dan Islam serta amat memusuhi DAP di sebalik pendekatan politik matang dan sejahtera yang kian merapatkan lagi hubungannya dengan UMNO?
Apa lagi langkah terbaik yang harus dilakukan oleh Pas untuk mencapai semua matlamat barunya itu kalau bukan bergabung atau kembali terus ke pangkuan UMNO?
Dengan yang demikian, tentulah cadangan Ku Nan itu suatu saranan yang baik, bukan saja untuk mengekalkan kuasa Melayu dan Islam, tetapi juga sebagai menepati amalan politik matang dan sejahtera yang sememangnya menjadi dambaan Pas sejak kebelakangan ini.
Maka, tidak manis sungguh sebenarnya apabila Pas marah-marah atau menempelak Ku Nan seolah-olah menolak ajakannya untuk bersatu, berpadu dan bersilaturrahim sebagaimana yang dituntut oleh agama itu.
Tambahan lagi, selain kerap tampil kasar sehingga pernah menyifatkan Pas sebagai sesat sebelum ini, bukan selalu sebenarnya Ku Nan tampil dengan saranan yang baik dan murni seperti kali ini.
 
Apa salahnya jika Pas terima dengan baik apa yang disarankan oleh Ku Nan itu. Tambahan lagi, daripada tidak menentu kedudukan melalui Gagasan Sejahtera dan jika bertanding sendirian dalam PRU 14 akan datang, tidakkah lebih baik Pas bergabung terus dengan UMNO demi masa depan yang lebih terjamin dan gemilang?

Personaliti TV dilantik Timbalan Pesuruhjaya III PAS S'gor

PAS Selangor: Fitnah dah jadi 'makanan harian' AMANAH

PEMANDU tidak diswastakan, bubar pada Mac 2017

Siapa PM? Tunggu menang PRU, kata Azmin

Azmin tolak cadangan AMANAH, tiada rombakan Exco S'gor

Timbalan Presiden PKR sedia jumpa Hadi

YB khalid Samad - Perbezaan Pas & Amanah