Selasa, 9 Mei 2017

Clare: Bukan saya dalang hendap Rosmah

Editor Sarawak Report tidak terkejut dengan perhatian kepada isteri perdana menteri itu
Clare-Rewcastle-Brown_london_repoter_600
KUALA LUMPUR: Editor Sarawak Report Clare Rewcaslte-Brown tidak terkejut isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menjadi sasaran wartawan dan jurugambar semalam, tetapi menafikan beliau mendalangi kejadian itu.
“Saya tidak terbabit dengan kejadian merakam Rosmah di London, walaupun saya terkejut beliau menganggap dirinya berhak untuk tidak menjadi objek perhatian berita,” kata Clare kepada FMT.
Beliau menyifatkan perhatian yang diterima Rosmah sebagai perkara biasa.
“Adakah terdapat seorang lagi isteri perdana menteri di dunia sekarang ini yang terkenal seperti beliau?” katanya.
Video dimuatnaik penulis blog kontroversi Raja Petra Kamarudin di Youtube menunjukkan beberapa pemberita menghendap Rosmah, yang ketika ini berada di United Kingdom bersama kumpulan pengajar dan pelajar di bawah program pendidikan awal Permata. Delegasi itu turut dihadiri 2 menteri.
Video menunjukkan seorang wartawan mengajukan soalan sinis keapda pegawai Rosmah: “Selamat datang ke London…Bagaimana rasanya bekerja dengan salah seorang penjenayah terbesar di dunia?”
Malam tadi, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata pemberita dari Sarawak Report mengherdik “dakwaan fitnah” terhadap Rosmah, menyifatkan tindakan mereka “sama sekali tidak sopan dan tidak beradab”.
Tetapi Clare berkata Salleh tidak sepatutnya bergantung kepada Raja Petra untuk mendapatkan maklumat, “terutamanya dalam perkara membabitkan Rosmah”.
Beliau juga membidas Salleh kerana mendakwa Sarawak Report belum mendedahkan sumber dana mereka.
“Kenyataan yang kamu laporkan itu, mengenai Sarawak Report tidak memfailkan akaun, adalah tidak benar, kerana Salleh boleh menyemaknya dengan mudah dalam talian.
“Jadi, barangkali beliau perlu menumpukan kepada akaun 1Malaysia Development Berhad 2015 yang belum dibentangkan.” katanya, merujuk kepada syarikat milik menteri kewangan itu.
“(Mungkin) sebab itu kru penggambaran mengekori beliau di London,” tambahnya.

Kesetiaan Salleh Keruak hanya untuk isteri Perdana Menteri?



KULAI, 9 MEI: Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mungkin terlupa bahawa Ketua Gerakan Merah, Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju pernah menganggu dan mengeluarkan kata-kata ugutan terhadap pemimpin Bersih, Maria Chin Abdullah.
Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching membangkitkan perkara ini selepas Menteri Komunikasi dan Multimedia itu mengecam tindakan wartawan yang didakwanya sebagai petugas Sarawak Report yang mengekori isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam lawatannya di London.
Salleh Keruak, dalam blognya semalam, menyifatkan tindakan wartawan yang hanya menjalankan tugas mereka itu sebagai biadap.
“Tetapi Salleh Keruak dengan mudahnya terlupa, ketika Maria Chin Abdullah diganggu oleh Ali Tinju, tidak ada seorangpun pemimpin UMNO yang menegur kelakuan Ali Tinju.
“Jadi saya nak tanya Salleh Keruak, adakah dia fikir bahawa kesopanan dan adab itu terpakai hanya untuk Rosmah sahaja dan bukannya orang biasa seperti Maria Chin?” Soal Nie Ching dalam kenyataan, hari ini.
Beliau turut memetik kata-kata berbaur ugutan yang dibuat Ali Tinju bahawa “Maria tidak akan berjalan di atas bumi” pada September tahun lalu, dua bulan sebelum berlangsungnya perhimpunan aman Bersih 5 di ibu kota.
Nie Ching yang juga Penolong Setiausaha Publisiti DAP mempersoalkan sama ada Salleh Keruak melihat ugutan Ali Tinju itu sebagai berkelas rendah dan biadap seperti yang didakwanya terhadap wartawan berkenaan.
“Adakah Sarawak Report melakukan ugutan fizikal terhadap Rosmah? Tidak. Dan jika ada, pihak berkuasa United Kingdom sudah lama menangkap mereka. Bukan seperti di negara ini, apabila kes (Ali Tinju) diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA),” ujarnya.
Justeru, menurut Nie Ching, jika Salleh Keruak percaya bahawa semua lapisan masyarakat berhak dilayan secara bersopan dan beradab, dia patut menyertai pihak pembangkang untuk sama-sama menggesa pihak Pendakwaraya membuka semula siasatan terhadap Ali Tinju.

Warkah Mimpi Yang Terganggu - buat Abdul Hadi Awang

SURAT TERBUKA
Dengan hormat agung,
Mengunjungi Al Fadhil Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.
Presiden Parti Islam seMalaysia (PAS), di tempat.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Syukur saya ke hadrat Allah swt kerana taufik dan hidayat, sir dan tajalli-Nya dapat saya siapkan surat ini yang dituju kepada Tuan Guru Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang. Izinkan saya membahasakan dirinya sebagai "Ayah Chik" pada sepanjang membicarakan isi surat ini.

Sebelum memulakan bicara dihamparkan sebidang doa panjang agar Ayah Chik diberikan kesihatan dan kesejahteraan oleh Allah swt serta dipelihara segala jasa pengorbanan perjuangannya menjadi pahala merenjisi lalu ke Jannah. Diberkati segala doa dan munajak Ayah Chik yang tidak pernah letih mengangkat tangan memohon keampunan dan kesejahteraan kepada sekalian kita hamba di Malaysia ini.

Allahyarham Tun Razak dan Mohd Asri Musa.
Mungkin ramai yang terkejut dengan pemaparan lembaran saya kepada Ayah Chik ini kerana sebelum ini saya dilihat kritikal dengan beliau. Prejudisnya kepada saya sangat besar sekali sehinggakan sebelum saya membuat surat ini sudah ada membimbangi saya menabur fitnah kering, lantas cuba menjarakkan kaki saya dengan lubang Neraka. Ah, jahil sangatkah saya ini.

Apapun itu terserah kepada pentafsiran masing-masing, saya bagaimana pun tetap dengan prinsip; "HANYA KITA MEMAHAMI DIRI KITA". Namun saya percaya masih tersisa orang ikhlas dan suci hati dengan saya serta mengenali saya, tidak akan terkaget dengan ulah saya ini.

Sesungguhnya saya tidak pernah peduli apa yang orang kata kepada saya apabila setiap kali saya menulis dan memperkatakan mengenai Ayah Chik. Itu adalah hak dan tanggungjawab mereka kepada Ayah Chik yang mereka juga sayang, sanjung dan hormati seperti mana saya juga. Tanggungjawab itu sesungguhnya saya hargai. Lagi pun saya walaupun sebagai pengulas politik, tetap dianggap atau diperhati umum seperti mana juga pengulas bola sepak dalam game bola sepak, walaupun tidak turun padang tetapi tetap dikritik.

Saya memahami itu semua. Mereka yang sayang dan kasih kepada Ayah Chik tidak dapat menerima teguran, hatta penggunaan bahasa kurang sopan sekalipun. Menyebut atau memanggil Ayah Chik dengan sebut Haji Hadi, atau Hadi, atau Guru Hadi, tidak memakai "Ustaz", pun sudah cukup membuatkan para penyayang Ayah Chik jadi berang. Belum lagi mengibaratkan Ayah Chik seperti "ikan keli dalam besen". Tindakan itu menunjukkan betapa sayang dan kasihnya mereka kepada Ayah Chik. Mahalnya rasa hormat dan menggunungnya rasa kagum kepada Ayah Chik. Baguslah.

Sebenarnya mereka yang marah itu tidak pernah tahu saya juga mempunyai perasaan dan naluri sama terhadap Ayah Chik. Sebahagian daripada adik-adik yang menyayangi dan menyanjungi Ayah Chik, hanya baharu muncul sehari dua ini sahaja. Mereka keluar bagaikan kelkatu selepas hujan dan tatkala malam disinar neon dari celah-celah lubang dan rongga-rongga busut.

Bahkan ada yang duduk sebaris dalam saf kepimpinan dengan Ayah Chik sendiri pun, mereka hanya baharu dapat menghidu wangi attar Ayah Chik belum pun sampai sedekad dua. Untuk pengetahuan, saya memuji dan memuja Ayah Chik sewaktu janggut dan misainya masih hitam dan dia masih sangat "kacak macak" lagi.

Wartawan kerdil.


Sewaktu Ayah Chik bersyarah dalam ceramah di Bukit Abal di Pasir Puteh tahun 1978/79, sayalah wartawan kerdil yang menjadi tukang lapor ucapan Ayah Chik dalam akhbar Watan. Kalau tidak salah saya isi ucapan beliau mengenai fahaman Assobiyyah itu disiarkan di muka hadapan tabloid tersebut. Saya menjaja berita itu ke segenap penjuru kampung.

Saya tidak mahu mengungkitkan kehebatan Ayah Chik dan pegangannya waktu itu mengenai bahaya fahaman Assobiyah. Kesungguhannya dalam serangan terhadap fahaman itu menyebabkan semua orang mengetahuinya, bahkan dunia mengetahuinya. Kehebatan dan keberanian Ayah Chik diiktiraf oleh media antarabangsa. Majalah berbahasa Inggeris (Time) yang terkenal juga pernah meramalkan Ayah Chik bakal menjadi pemimpin masa hadapan.

Dan ramalan itu menjadi kenyataan pun, apabila hari ini Ayah Chik adalah Timbalan Presiden Persatuan Ulama seDunia. Suatu pengikhtirafan yang belum pernah diterima oleh mana-mana tokoh agamawan di negara ini hatta oleh arwah "Murrabi zaman" Tokguru Nik Abdul Aziz sendiri. Ayah Chik bukan kebanggaan Malaysia sahaja tetapi se Nusantara tumpang rasa bertuah. Apakah apabila saya mengkritik Ayah Chik maka saya tidak pernah mengikhtiraf anugerah itu dan terbatal segala penyanjungan saya kepadanya sebelum ini? Begitulah secara simplistik dianggap oleh orang-orang mengasihi Ayah Chik.

Hari ini juga orang tidak pernah jemu dan lekang menyebut nama Ayah Chik. Nama Ayah Chik setanding bahkan dari sisi tertentu lebih hebat daripada nama Tun Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Datuk Seri Mohd Najib Razak. Ayah Chik berada di takhta tersendiri.

Saya tidak mahu membicarakan akan ketinggian dan kehebatan Ayah Chik dalam lembaran rengkas ini. Apa yang saya hendak perkatakan memberi sedikit pandangan serta ulasan kepada cara Ayah Chik berkancah politik dalam situasi dan perkembangan politik kontemporari negara ini.

Mungkin pandangan kecil saya ini dianggap, melukut di hujung gantang, yang hadirnya tidak memberi apa-apa makna dan erti, ada pun tidak mengenapkan gantang, tiada pun tidak mengurang cupak. Tetapi atas hak dan kebebasan bersuara dengarlah.

Fahami politik Ayah Chik.
Saya sangat memahami pegangan dan iktikad politik Ayah Chik. Ianya bersendi dan bersandar serta bertunjang prisip dan dasar Islam. Islam adalah akidah politik Ayah Chik. Pegangan dan tunjang ini sama dengan saya juga. Cuma apa yang berbezanya ialah bagaimana cara akidah politik itu hendak dipertegakkan menerusi gerakan siasah. Itu sahaja yang berbezanya. Pun begitu saya tidak menolak dan menidak akan teknik dan pendekatan yang diambil oleh Ayah Chik, walaupun ia dilihat oleh saya khasnya, ianya agak sedikit "goyang" atau merugikan parti PAS.

Ayah Chik mempunyai pandangan basirah yang tinggi. Dapat melihat jauh ke hadapan mencecah ke dalam ghaibul ghaib. Saya hanya melihat dari luar pagar ke atas fizikal yang ada. Tentunya penglihatan kita berbeza sama sekali. Saya nampak sesuatu yang tersuluh dan mampu dijangkau dengan mata zahir, berbeza Ayah Chik melihat dengan basirah -- mata batin. Makanya kerana perbezaan alat (ilmu) ini jika ada perselishan orang lain tidak berhak mengatakan saya salah sama sekali dan Ayah Chik betul belaka.

Pakar ekonomi: Gugur China, lantik Jepun bina Bandar Malaysia

Hoo Ke Ping berkata Jepun akan menggunakan bahan dan tenaga tempatan, selain kadar faedah yang rendah, berbanding China.
ho-ke-ping-bandar-malaysia-3PETALING JAYA: Malaysia akan terima lebih banyak manfaat jika Jepun yang bina Bandar Malaysia berbanding China, kata seorang penganalisis ekonomi.
Ini kerana Jepun akan menyediakan pekerjaan dan membantu memacu ekonomi Malaysia, kata Hoo Ke Ping.
“Mereka hanya bawa masuk sistem, reka bentuk, rangka tindakan dan jurutera.
“Mereka akan beli besi keluli dari kita kerana harga besi keluli Jepun yang mahal. Mereka tidak akan bawa masuk jubin, bahan binaan atau pekerja mereka,” katanya kepada FMT.
Ke Ping mengulas langkah kementerian kewangan 3 Mei lalu yang membatalkan perjanjian penjualan saham antara TRX City dan konsortium Iskandar Waterfront Holdings (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (CREC).
TRX City berkata pembatalan itu kerana kegagalan IWH-CREC menunaikan pembelian bernilai RM7.61 bilion untuk 60% ekuiti, walaupun selepas 12 kali lanjutan diberikan.
Bercakap kepada FMT, Ke Ping berkata pelaburan China dalam Bandar Malaysia mungkin tidak akan menyumbang kepada pertumbuhan negara.
“Ini terbukti daripada pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang. Mereka bawa restoran, setiausaha, pekerja, besi keluli dan batu bata tersendiri.”
Beliau berkata pada masa ini, pinjaman bank di Malaysia untuk perumahan mewakili 30% daripada pinjaman kewangan. Sesetengah pinjaman itu untuk projek perumahan yang diletakkan harga terlalu tinggi, terutamanya pada 2014 dan 2015, tetapi kini dinilaikan pada harga yang lebih rendah.
Namun dengan TRX City, tambahnya, akan ada lebihan unit pejabat dan perumahan dalam kawasan bandar.
“Kerana itu, jika terdapat lebih banyak pinjaman infra jangka panjang, ia mungkin membawa kepada krisis.”
Kebanyakan krisis kewangan di dunia disebabkan pinjaman hartanah, katanya.
“Krisis hartanah membawa kepada krisis bank. Itu membawa kepada krisis mata wang.”
Kerana itu, katanya, projek Bandar Malaysia perlu dilaksanakan secara berfasa.
“Sesiapa pun yang masuk perlu meneruskan projek itu secara perlahan-lahan, supaya tidak terlalu banyak pembangunan atau lebihan hartanah di Lembah Klang,” katanya.
Lagipun, Jepun juga mempunyai wang tunai untuk menjayakan projek itu, tambahnya.

Calon PM kita akan lebih baik dari Najib, ikrar HARAPAN

Dengan pilihan raya umum dijangka diadakan tidak lama lagi, Pakatan Harapan masih belum menamakan calonnya untuk jawatan perdana menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya merampas Putrajaya.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berjanji bahawa mana-mana calon yang dikemukakan itu, adalah lebih baik daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah sempat mencelah dan secara berseloroh berkata “mudah untuk mencari calon yang lebih baik daripada perdana menteri sekarang."
Katanya, HARAPAN juga mengambil maklum terhadap cadangan Datuk Zaid Ibrahim supaya Tun Dr Mahathir Mohamad turut dinamakan sebagai calon perdana menteri.
Kedua-dua pemimpin itu bercakap kepada media selepas mesyuarat mingguan sekretariat HARAPAN di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Petaling Jaya petang ini.
Menurut Saifuddin Nasution, tumpuan utama gabungan itu dengan mengambil kira pilihan raya umum akan datang adalah untuk mencabar idea-idea dan dasar BN.
"Sebab itu, mesyuarat kita hari ini tertumpu pada rangka kerja dasar bersama (untuk HARAPAN)," katanya.
Dalam perkembangan lain, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata jawatankuasa media HARAPAN telah menerima 317 cadangan logo daripada orang ramai berhubung reka bentuk baru gabungan itu.

PRU14: PH akan letak calon PM lebih baik dari Najib

Majlis Setiausaha Pakatan Harapan mengadakan sidang media selepas mesyuarat mingguannya di Pejabat Bersatu Petaling Jaya hari iniMajlis Setiausaha Pakatan Harapan mengadakan sidang media selepas mesyuarat mingguannya di Pejabat Bersatu Petaling Jaya hari ini
Pakatan Harapan berjanji akan meletakkan calon perdana menteri yang jauh lebih baik daripada perdana menteri sebelum ini jika Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Saifuddin Nasution IsmailSaifuddin Nasution IsmailMenurut Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail Pakatan Harapan akan mengajak Barisan Nasional (BN) berhadapan dengan idea dan dasar Pakatan Harapan (PH).
"PRU14 kami akan ajak BN bertarung dari segi idea dan dasar. Sebab itu mesyuarat hari ini banyak tumpua membina dasar yang lebih kompiten dan lebih baik.
"Bakal PM yang akan diangkat dalam Pakatan Harapan jauh lebih baik daripada yang ada sekarang," ujarnya.
Beliau menjawab pertanyaan media berkaitan cadangan ahli DAP Datuk Zaid Ibrahim bahawa penglibatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai suntikan baru kepada pembangkang, sambil berkata ia memberikan pilihan calon perdana menteri sekiranya pembangkang berkuasa pada pilihan raya umum akan datang.
Malah ada desas-desus sebelum ini  mengatakan Pakatan Harapan perlu lebih awal mengumumkan siapa bakal menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan menang pilihan raya.
Manakala Setiasusaha Agung Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah berlainan pendirian dalam perkara itu dan menganggap masih terlalu awal bagi PH mengumumkan calon perdana menteri.
"Kita ambil maklum cadangan baik daripada sahabat (Zaid Ibrahim) kami.
"Kalau kita lihat sejarah PRU13 masa itu PR (Pakatan Rakyat) yang bertanding tiga logo walaupun satu manifesto dan sebagainya dan pengundi memberikan sokongan begitu besar 53% daripada undi popular diberi kepada PR pada masa itu.
"Kita sudah buktikan ketika itu dan kita harus melihat gambaran yang lebih besar. Ini kerana ada pengundi melihat kepada isu 1MDB dan ada juga soal kos sara hidup dan sebagainya, kita lihat semua sudut.
"Kami akan buat pengumuman secara beransur-ansur." ujarnya.
Sebelum itu beliau dan beberapa wakil daripada gabungan parti dalam Pakatan Harapan mengadakan mesyuarat mingguan Majlis Setiausaha Pakatan Harapan di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya hari ini.

Sebanyak 317 logo PH sudah diterima, akan diumumkan minggu depan


pakatan Harapan sedang meneliti cadangan logo yang akan digunakan gabungan itu pada pilihan raya umum ke-14pakatan Harapan sedang meneliti cadangan logo yang akan digunakan gabungan itu pada pilihan raya umum ke-14
Sebanyak 317 cadangan logo Pakatan Harapan telah diterima oleh Majlis Media Pakatan Harapan sehingga jam 11 pagi ini.
Fahmi FadzilFahmi FadzilMenurut Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil cadangan logo itu telah diterima daripada segenap lapisan masyarakat sejak penyertaan di bukan pada Jumaat lalu dan berakhir hari ini.
"Selepas ini proses pemilihan akan berlaku dan dalam beberapa hari lagi kami akan membuat pengumuman mengenainya.
"Ini perkara cukup memberangsangkan dengan sokongan moral kepada Pakatan Harapan yg dinyatakan secara terus terang orang ramai," ujarnya yang turut hadir dalam mesyuarat Majlis Secretariat Pakatan Harapan yang diadakan di Petaling Jaya hari ini.
Ditanya kemunginan Pakatan Harapan akan memberikan habuan kepada cadangan logo yang terpilih, Fahmi berkata buat masa ini ia tidak lagi dibincangkan.
Sebelum ini logo Pakatan Harapan mendapat kecaman penyokong parti-parti dalam gabungan itu berikutan tersiarnya tiga contoh logo yang disiarkan di laman facebook Rafizi Ramli yang dianggap tidak menepati konsep, tiada kreativiti dan tidak mengambarkaan perjuangan Pakatan Harapan.
Ditanya sama ada tiga logo awal itu sengaja dipaparkan untuk mendapatkan respon penyokong Pakatan Harapan, Fahmi berkata," logo-logo itu cadangan untuk mendapatkan pandangan daripada orang ramai. Kalau ada yang kata ia gimik maka gimiklah.
"Logo yang dipaparkan itu belum lagi muktamad.
"Sebenarnya usaha selari itu dilakukan daripada cadangan parti dan cadangan daripada orang ramai. Memang niatnya untuk mendapat pandangan orang ramai," ujarnya menjelaskaan dakwaan sesetengah pihak kononnya paparan  tiga logo itu hanya sebagai gimik.

Izzah kesal hak pengundi dinafikan

SIDANG MEDIA Pakatan Harapan - 9-5-2017

Mahkamah putuskan Ahok bersalah hina Islam

PRU14 pilihan raya terkotor, dakwa PKR

Bekas pegawai khas MBMB didakwa pecah amanah RM19.3 juta

Dasar Bersama Pakatan Harapan sudah dirangka

Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Pakatan Harapan telah mempunyai kerangka dasar bersama Pakatan HarapanKetua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Pakatan Harapan telah mempunyai kerangka dasar bersama Pakatan Harapan
Pakatan Harapan hari ini mengumumkan gabungan itu kini mempunyai kerangka Dasar Bersama Pakatan Harapan untuk menetapkan matlamat,tujuan dan asas dasar gabungan itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.
Dimaklumkan kerangka dasar bersama gabungan itu adalah hasil daripada rundingan rasmi dan tidak rasmi dilakukan dalam beberapa pertemuan dengan pihak-pihak berkepentingan (stake holder) membabitkan masyarakat,institusi, golongan profesional, akademia, parti politik,golongan pekerja dan lain-lain pihak yang boleh membantu merangka dasar Pakatan Harapan.
Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Pakatan Harapan telah mempunyai kerangka dasar bersama Pakatan Harapan.
"Pakatan Harapan rangka kerja yang mencadangkan fallsafaha, matlamat, tujuan dan kandungan asas apa yang dipanggil sebagai dasar bersama Pakatana Harapan.
"Kami akan secara rasmi berunding dengan semua 'stake holder' antaranya thinktank, akademia dan sebagainya.
"Sebelum ini sudah ada beberapa siri perundingan tetapi tidak dilakukan secara formal. Kita menerima banyak input daripada pelbagai pihak yang tidak bersedia untuk dasar pakatan harapan tetapi sebagai parti inklusif kita ambil pandangan mereka," ujarnya selepas menghadiri mesyuarat minggu Majlis Setiausaha gabungan itu di pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Petaling Jaya hari ini.

"Dia nak kita attack sampai 8-0, player patah kaki main 90 minit" - TMJ

'Khurafat baru' anggap hanya Pas perjuang Islam, kata Faiz Fadzil


Faiz anggap Nik Abduh ulangi khurafat Umno Faiz anggap Nik Abduh ulangi khurafat Umno
Pas sekarang seperti mengulangi khurafat yang Umno mainkan selama ini, kata Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil.
"Jika dahulu hegemoni hanya Umno memperjuangkan Melayu adalah khurafat, tetapi hari ini hegemoni hanya Pas memperjuangkan Islam adalah khurafat baru," tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz kononnya kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti tidak menjamin usaha mendaulatkan Islam.
"Tuduhan bahawa kemenangan pembangkang akan membantutkan hasrat mendaulatkan Islam adalah satu pendirian yang tidak bertanggungjawab.
"Syariah dan syiar Islam tetap terpelihara apabila kerajaan ditadbir Pakatan Harapan seperti yang ditunjukkan di Pulau Pinang dan Selangor.
"Tiada beza antara syariah dan syiar Islam di Kelantan dan Pulau Pinang. Kedua-dua negeri ini tidak juga melaksanakan hukuman hudud yang diperjuangkan Pas atas faktor kekangan undang-undang dan pentadbiran," bidasnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Menurut Faiz, polisi bersama Pakatan Harapan adalah mempertahankan Perlembagaan negara dan ini termasuk kedudukan Islam sebagai agama rasmi.
"Jika Pas berhasrat menunjukkan mereka lebih Islam dengan bersandarkan pada RUU (Rang Undang-undang) 355, ianya juga masih tergantung selepas dua tahun dipolemikkan," tegas Faiz.
Semalam, Nik Abduh dalam wawancara yang dimuatkan lebih separuh halaman di akhbar Utusan Malaysia turut menganggap Pas dan Umno mempunyai kelebihan berbanding Pakatan Harapan jika berlaku pertembungan tiga penjuru dalam PRU14.
Mengulas lanjut, Faiz berkata, Pas sudah tidak lagi berminat untuk menjatuhkan rejim Umno-BN memandangkan sejarah demokrasi pilihan raya di negara ini menunjukkan tiada mana-mana parti politik mampu membentuk kerajaan jika bertanding secara bersendirian.
"Strategi paling ampuh untuk menjatuhkan Umno-BN ialah permuafakatan pembangkang (tahaluf siyasi) supaya seluruh kekuatan pembangkang digembleng dan digabungkan bersama bagi menentang parti pemerintah itu.
"Atas dasar ini, Pas dahulu bergabung dalam pakatan pembangkang yang menyaksikan Pas mampu membentuk kerajaan di negeri Kelantan melalui Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Terengganu melalui Barisan Alternatif (BA) dan Kedah melalui Pakatan Rakyat yang ditubuhkan selepas PRU12," jelasnya.
Sebaliknya, beliau memberitahu Pas kalah teruk apabila pakatan pembangkang berpecah seperti yang berlaku ketika Pilihan Raya Umum (PRU) pada 1995 dan 2004.

AMANAH parti tak tahu malu, kata PAS

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan Parti Amanah Negara (AMANAH) sebagai parti politik yang dianggotai oleh wakil rakyat yang tidak sedar diri tentang kedudukan mereka.
Wakil-wakil rakyat dalam AMANAH dipilih rakyat atas tiket parti Islam itu pada pilihan raya umum yang lalu, menurutnya.
Kata Tuan Ibrahim, keadaan di Selangor ketika ini masih baik kerana barisan pentadbiran sedia ada masih diterima oleh rakyat negeri itu, memetik laporan Utusan Malaysia.
“Kalau saya, rasa malu hendak minta jawatan, sebab kita (AMANAH) bertanding atas tiket parti lain kemudian minta hendak jadi Exco, payah nak sedar diri,” beliau dilaporkan sebagai berkata.
Kerajaan negeri Selangor kini berhadapan dengan pergeseran sehingga ada di antara parti yang mencadangkan supaya Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk merombak pentadbiran negeri.
AMANAH turut memberi bayangan bahawa mereka sudah bersedia untuk mengambil alih jawatan dalam negeri Selangor yang ketika ini disandang oleh PAS.
Tuan Ibrahim turut berkata, exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PAS telah menunjukkan prestasi yang baik sepanjang tempoh perkhidmatan.
“Saya melihat tidak ada isu dari segi pentadbiran, rakyat menerima dengan baik, pentadbiran berjalan dengan baik dan pencapaian oleh semua exco PAS juga sangat cemerlang.
“Bagaimanapun, apabila melibatkan soal parti khususnya hubungan antara PAS dan PKR, kita serah pada Majlis Syura untuk membuat keputusan apabila mengadakan perbincangan nanti. Pada masa ini, pentadbiran berjalan seperti biasa,” katanya.

Gugur: Cikgu Pa yang mahu undur diri, kata PAS

PAS menafikan pihaknya menggugurkan bekas pengarah pilihanraya parti Islam itu, Datuk Mustafa Ali, sebaliknya ia adalah permintaannya sendiri.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Mustafa telah mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menyatakan hasrat tersebut sebelum pemilihan berlangsung.
“Cikgu Pa minta supaya kalau boleh diberi laluan kepada tokoh baru kerana dia sudah lama dan pada pandangan beliau juga, sudah sampai masanya barisan pelapis diangkat.
“Beliau bersedia menjadi penasihat dan pembimbing kepada parti menjelang pilihan raya ini. Presiden juga telah melihat cadangan beliau ini sebagai positif dan kita wujudkan satu jawatankuasa untuk menjadi penasihat presiden,” katanya, memetik laporan Sinar Harian.
Kenyataan ini dikeluarkan sekaligus menepis dakwaan Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang mendedahkan bahawa kecenderungan ke arah Pakatan Harapan adalah punca sebenar Mustafa digugurkan daripada jawatan lamanya itu.
Tugas terakhir Mustafa sebelum muktamar di Kota Sarang Semut, Alor Setar akhir April lalu ialah pengarah pilihan raya, suatu jawatan yang penting terutama ketika demam pilihan raya semakin menghampiri.
Apabila barisan kepimpinan baru PAS diumumkan setiausaha agungnya pada 6 Mei lalu, nama Mustafa tidak kedengaran.
Sebaliknya Datuk Takiyuddin Hassan menyatakan tugas pengarah pilihan raya PAS kini disandang Setiausaha Politik Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

PKR dakwa PRU14 paling kotor kerana kegagalan SPR

Nurul Izzah Anwar berkata, pengundi yang melalui proses bantahan itu terpaksa menunggu sehingga 6 bulan sebelum namanya dimasukkan dalam daftar pemilih.
izzahSHAH ALAM: PKR mendakwa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan menjadi pilihan raya paling kotor disebabkan kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengendalikan bantahan siasatan awam melibatkan daftar pemilih, kata Nurul Izzah Anwar.
Naib presiden PKR itu berkata, pengundi yang melalui proses bantahan itu terpaksa menunggu sehingga 6 bulan sebelum namanya dimasukkan dalam daftar pemilih.
“Dan tidak ada jaminan sekiranya dia (pengundi) tidak hadir semasa namanya dibantah.
“Pada saya, apa yang amat saya bimbangkan PRU14 ini akan jadi pilihan raya paling kotor dan paling manipulasi dalam sejarah Malaysia.
“Saya harap pimpinan (SPR) harus faham isunya bukan mahu memperbaiki birokrasi, tetapi anda menafikan hak pengundi untuk memilih dan anda membuat ianya juga sukar kepada kami,” katanya pada sidang media di SPR Selangor hari ini.
Terdahulu, beliau bersama Pemuda Pakatan Harapan Selangor menyerahkan memorandum bantahan kepada Timbalan Pengarah SPR Selangor, Kamarul Azman Ahmad Sabri kerana tidak mengedarkan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RPDT) suku tahun kepada parti politik bertanding.

Graduan universiti semakin ramai, peluang pekerjaan terhad

GEORGE TOWN, 8 MEI: Laporan kajian tenaga buruh 2016 Malaysia menunjukkan 27.5 peratus golongan pekerja di negara ini mempunyai pendidikan tinggi.
Daripada jumlah itu, peratusan pekerja rakyat Malaysia yang berpendidikan berkurang kepada 26.7 peratus setelah ditolak 0.8 peratus pekerja asing berpendidikan di negara ini.
Ia bermakna, hampir tiga suku pekerja di Malaysia tidak memiliki pendidikan formal atau hanya menamatkan persekolahan di tingkatan lima manakala hanya 12.4 peratus pekerja memiliki ijazah sarjana musa, sarjana dan PhD.
Sebaliknya, satu pertiga penganggur di Malaysia atau 33.6 peratus pula memiliki pendidikan tinggi.
Menurut Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong, angka-angka ini menunjukkan peluang pekerjaan graduan universiti negara ini terhad.
“Ramai graduan universiti kita juga masih menganggur dan sebahagiannya pula bekerja di tempat yang tidak memerlukan sebarang kelayakan universiti.
“Kesimpulannya, semakin tinggi pendidikan seseorang itu di Malaysia, semakin kurang peluangnya untuk mendapatkan pekerjaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Keadaan yang sedang berlaku ini ujarnya amat ganjil memandangkan kerajaan meletakkan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
“Adakah kita akan mencapai status negara berpendapatan tinggi tanpa pekerjaan untuk graduan?” soalnya.
Berdasarkan laporan kajian pendapatan 2016 pula ujarnya, purata gaji mereka yang berpendidikan tinggi negara ini ialah RM3,274 iaitu lebih dua kali ganda dengan pendapatan golongan berpendidikan menengah iaitu RM1,600.

UNTUK MENANG PRU 14 DAN JADIKAN ANWAR PM, HANYA TUN M BOLEH MELAKUKANNYA

Tun Mahathir Mohamad sudah beberapa kali menyatakan beliau tidak mahu menjadi Perdana Menteri semula. Alasannya, beliau sudah terlalu tua, selain pernah menduduki kerusi tersebut selama 22 tahun sebelum ini.

Tetapi, melimpahnya sokongan rakyat kepada pakatan pembangkang sekarang ini sebahagian besarnya ialah kerana pengaruh dan aura Tun Mahathir. Ke mana-mana beliau pergi, kehadiran 3,000, 5,000 dan melebihi 10,000 adalah jumlah yang biasa.

Dengan Anwar Ibrahim di penjara dan jika Tun Mahathir tidak bermusuh dengan Najib berikutan skandal 1MDB yang tidak boleh diterimanya, Pakatan Harapan tidaklah segagah seperti yang ada sekarang ini.

Seorang pensyarah UTM, Dr. Mazlan Ali berkata, realitinya Najib akan berhadapan detik getir dalam PRU 14 akan datang disebabkan tsunami Mahathir yang sedang berlaku di seluruh negara sehingga menghadapi kesukaran memilih tarikh yang sesuai untuk mengadakan pilihanraya.

UMNO dan BN ketika ini, jelasnya, berhadapan tentangan kuat dari kalangan orang Melayu yang menyokong perjuangan Tun Mahathir, Bersatu serta bersama Pakatan Harapan untuk menolak kerajaan pimpinan Najib.

Dengan perubahan sokongan Melayu yang sedemikian rupa, di tambah keadaan bukan Melayu yang memang sedia menolak MCA, MIC dan Gerakan, Pakatan Harapan sebenarnya sedang berada di landasan yang betul untuk membentuk kerajaan baru selepas pilihanraya akan datang.

Satu-satunya usaha menonjol Najib untuk menghalang rakyat daripada menyingkirkannya ialah dengan membesar-besarkan perpecahan di kalangan Pakatan Harapan dengan harapan  keyakinan rakyat akan goyah dan mereka juga kononnya tiada agenda untuk membangunkan negara.

Najib turut kerap mengulang-ulang kononnya gambaran kedudukan ekonomi dan keadaan negara yang selalu diperkatakan oleh pihak pembangkang adalah tidak benar,  mengelirukan dan jauh daripada realiti sebenar.

Namun, di waktu yang sama, Najib terus berhadapan dengan kemarahan daripada pelbagai lapisan rakyat tentang kenaikan kos sara hidup, tiada peluang perniagaan, pengangguran, ekonomi merudum,  cengkaman GST, selain deretan skandal dirinya yang berpunca daripada 1MDB.

Pemberian tunai BR1M yang sebelum ini digembar-gemburkan turut tidak lagi berbisa kerana rakyat akhirnya sedar pemberian itu asalnya adalah duit mereka dan daripada GST yang dicukai setiap hari.

Pilihanraya tidak terlalu lama tempohnya lagi. Apa yang Pakatan Harapan perlu lakukan ialah mengekalkan momentum penolakan sedia ada terhadap Najib, di samping menambah keyakinan rakyat kepada gabungan itu.

Keyakinan rakyat pasti tambah mengukuh lagi, di samping terus menghimpit Najib ke dinding jika Pakatan Harapan dapat segera menamakan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri mereka.

Untuk berlawan dan menyingkirkan Najib, bukan saja Tun Mahathir satu-satunya calon paling layak di kalangan pemimpin-pemimpin pembangkang sedia ada, bahkan dengan menonjolkan beliau juga mampu membangkitkan keyakinan yang menyeluruh di kalangan rakyat.

Berdasarkan rekod beliau memimpin negara selama ini, siapa yang tidak yakin dengan Tun Mahathir?

Melayu, Cina, India, kakitangan kerajaan, orang muda, orang bawahan, orang dapur dan segala lapisan rakyat lebih yakin kepada Tun Mahathir berbanding Najib.

Agenda ekonomi Najib lemah, ketirisan berleluasa

KUALA LUMPUR, 9 MEI: Pakatan Harapan hari ini menempelak kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menuduh pembangkang kononnya tidak mempunyai agenda untuk memakmurkan rakyat dan negara.
Menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak berasas, Pakatan Harapan sekali lagi menegaskan bahawa gabungan itu komited dalam memperjuangkan isu rakyat dan menentang amalan UMNO-Barisan Nasional (BN) seperti rasuah, kronisme serta dasar yang menindas.
“Hari ini, dunia mentertawakan Malaysia kerana terpalit dengan skandal besar 1MDB, di mana sebahagian wang 1MDB telah masuk ke akaun Najib Razak ‘tanpa disengajakan’.
“Perlabelan Malaysia sebagai negara yang mengamalkan dasar kleptokrat adalah perkara yang memalukan atau adakah ini sebenarnya sebahagian agenda Barisan Nasional pada hari ini?” soal Pakatan Harapan dalam kenyataan, hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tsee; Ketua Pengarah Pilihan Raya Parti Amanah Negara (Amanah), Dr Mohd Hatta Ramli; dan Pengerusi Biro Parlimen Felda DAP, Datuk Mohd Ariff Sabri.
Dalam pada itu, Pakatan Harapan juga menyenaraikan beberapa agenda yang telah lama diperjuangkan gabungan itu demi kepentingan rakyat antaranya memperkenalkan semula subsidi minyak dan penghapusan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
“Kewujudan Pakatan Harapan jelas untuk menumbangkan UMNO-BN dalam pilihan raya umum yang akan datang, serta mewujudkan pentadbiran yang mengutamakan rakyat melalui penentangan kezaliman,” kata Pakatan Harapan.
Pakatan Harapan turut melahirkan kebimbangan dengan tindakan UMNO-BN yang memberikan tanah pegangan bebas (tanpa had tempoh pajakan) untuk pemaju – yang sebahagian besarnya syarikat China – untuk membangunkan projek Forest City di Johor.
“Situasi ini amat membimbangkan rakyat mengenai penguasaan tanah oleh warganegara asing,” ujar mereka.

Penjawat awam tidak lagi sokong BN...

Cina belum tentu sokong BN GOLONGAN penjawat awam sememangnya menjadi penyokong setia kepada BN setiap kali PRU.
Namun akibat kos sara hidup tinggi, BN kemungkinan dilihat tidak begitu selamat lagi pada PRU kali ini kerana ramai pekerja kerajaan, terutama sekali peringkat bawahan mendakwa mereka kini hidup dalam keadaan tertekan.
Penjawat awam, yang berjumlah 15 peratus daripada keseluruhan pengundi bakal tentukan nasib BN dalam PRU yang dijangka diadakan seawal-awalnya September ini.
Menurut laporan China Press, sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen dan mengadakan PRU14, apakah BN akan hilang lebih banyak kerusi berbanding PRU lalu?
"Seperti dilapor dalam Reuter, kehidupan rakyat jelata semakin perit sejak kerajaan mengurangkan subsidi kerajaan dan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
"Kerajaan terpaksa melakukan demikian akibat kemerosotan pendapatan minyak dan gas.
"Jika penjawat awam dihimpit masalah kos hidup, kemungkinan dia tidak akan lagi beri sokongan kepada BN,"  lapor akhbar ini.

'Ada pekerja tidak mampu beli makanan di Forest City'

Asrama pekerja yang tersergam luas itu juga mempunyai sebuah kantin. Namun harga makanan yang dijual adalah jauh dari kemampuan sebahagian besar pekerja.
Sepinggan nasi berlauk daging boleh mencecah harga antara RM8 dan RM10, manakala buah-buahan dijual pada harga RM2 setiap potong dan segelas teh herba pula berharga RM5.
Bagi pekerja asing, yang belum dibayar gaji dan terpaksa menyara diri dengan duit saku sendiri yang terdiri antara RM300 dan RM600, harga berkenaan adalah terlalu mahal.
Pengendali kantin, yang hanya mahu dikenali sebagai Mah, menyedari masalah mereka.
"Kasihan, sebahagian daripada mereka tidak mempunyai wang untuk membeli makanan," katanya kepada Malaysiakini yang melawat lokasi itu, baru-baru ini.
Mah, yang sewa kantinnya mencecah lebih RM10,000 sebulan, mendakwa bahawa setiap hari, kira-kira 20 hingga 30 pekerja akan meninggalkan asrama, yang menempatkan mereka ketika bekerja di projek Forest City itu.
"Saya dan rakan saya akan membawa mereka ke lapangan terbang dengan bayaran RM60 atau RM80," katanya, merujuk kepada lapangan terbang antarabangsa Senai, yang terletak kira-kira 40km dari asrama itu.
Mah bercakap tentang warga China yang tiba dengan pas lawatan sosial tetapi terpaksa pulang selepas mendapat tahu tentang eksploitasi dan juga mendengar pengalaman rakan-rakan yang telah lama bekerja tetapi memutuskan untuk kembali ke tanah air mereka.
Pengendali kantin itu percaya terdapat individu atau kumpulan yang diupah oleh subkontraktor untuk bersekongkol dengan ejen haram di China, bagi memancing warga di sana untuk datang bekerja di projek Forest City dengan tawaran gaji lumayan.
Peningkatan penerbangan terus dari Sichuan dan Guangdong sejak beberapa bulan lalu membuka peluang kepada ejen-ejen ini untuk mengambil pekerja, terutama lelaki pertengahan umur yang dikenakan bayaran antara 10,000 yuan (RM6,288) hingga 24,000 yuan (RM15,092).
Sebahagian besar tenaga kerja asing ini datang dari China dan Bangladesh, manakala selebihnya adalah dari Sri Lanka, Indonesia, India Nepal dan Myanmar.
Kawasan ini menempatkan lebih 100 unit penginapan satu tingkat dan beberapa blok tiga tingkat, dan banyak lagi sedang dalam pembinaan. Selain daripada kantin, terdapat juga kedai runcit, kedai menjual pakaian terpakai dan juga kedai menjual telefon mobil.

Ketua strategi dedah perbincangan Hadi-BERSATU

Mengakui dirinya sebagai seorang ahli politik yang menceburkan diri bukan dengan kerelaan sendiri, Ketua Biro Strategi dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff tidak suka dengan kempen memburuk-burukkan sesama lawan, apatah lagi dengan kawan.
Namun, beliau mengakui tidak boleh menerima atau berdiam diri apabila parti dan pemimpinnya diserang dan difitnah berterusan.
Beliau amat kurang senang dengan laporan akhbar di mana setiausaha politik presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar dipetik sebagai berkata bahawa pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad beralih kepada DAP selepas beliau ditolak oleh PAS.
"(Kini) tiba masanya untuk kita berkongsi cerita, juga, supaya rakyat tahu siapa PAS sebenarnya,” kata Rais.
Merujuk kepada satu mesyuarat yang diadakan antara BERSATU dan PAS, Rais berkata empat orang hadir pada mesyuarat pada tahun lepas.
Prinsip Islam
Menurutnya, mereka yang hadir termasuk dirinya, bersama-sama dengan Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali.
"Dalam perbincangan itu kami bersetuju dan tidak bersetuju dengan beberapa perkara tertentu.
"Saya tidak pernah dedahkan perbincangan ini sebelum ini. Tetapi Samsuri mula mendedahkan perbincangan peribadi dan merangka perbincangan dengan cara yang tidak mencerminkan kebenaran.
"(Katanya) Mahathir beralih kepada DAP selepas ditolak oleh PAS. Ini adalah sangat tidak adil, ia jauh daripada kebenaran," kata Rais, merujuk kepada laporan akhbar bahasa Inggeris itu.
Samsuri dilaporkan berkata bahawa Mahathir beralih kepada DAP untuk mendapatkan sokongan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas beliau ditolak oleh PAS.
Disoal sama ada beliau berdepan dengan Samsuri berhubung perkara itu, Rais berkata beliau masih belum bercakap dengan kedua-dua Samsuri mahupun Hadi berikutan laporan berita.
"Tetapi saya fikir sebagai sebuah parti Islam yang sepatutnya menghormati perbincangan peribadi, mereka harus tahu prinsip-prinsipnya. Saya tidak mahu mengajar mereka apa itu Islam."
Malaysiakini telah menghubungi Samsuri dan sedang menunggu ulasannya berhubung perkara itu.
Merungkai Umno
Sementara itu, mengulas butiran mesyuarat dengan Hadi, Rais berkata beliau menyoal pemimpin PAS itu bagaimana parti - yang dibentuk berdasarkan prinsip-prinsip Islam - dapat bekerjasama dengan Umno yang dituduh oleh sesetengah pihak sebagai kleptocrat.
"Jawapannya sangat mengejutkan. Dengan senyuman sinis, beliau kata, PAS bekerjasama dengan Umno untuk merungkaikannya.

MELAKSANAKAN PENDIDIKAN PERCUMA BUKANLAH MUSTAHIL DENGAN MENGHAPUSKAN KETIRISAN

Foto Zulimran Nasution Abdullah Omar. Perjuangan Pakatan Harapan dalam isu pendidikan percuma tetap diteruskan dalam membawa arus reformasi pendidikan tinggi dan industri pekerja.
Di Malaysia, hampir 77 peratus pekerja mempunyai tahap kelulusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan juga kebawah. Hal ini disebabkan oleh kekurangan peluang mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari, antaranya disebabkan oleh faktor kekangan kewangan.
Impaknya, majoriti pekerja terpaksa menghabiskan masa dan tenaga untuk bekerja dalam sektor produktiviti rendah, di mana hasil pendapatan yang diperoleh mereka tidak sepadan dengan kenaikan kos sara hidup.
Pada masa yang sama, graduan-graduan di universiti tempatan menghadapi keadaan ekonomi semasa di mana lebih kurang 273,000 graduan sedang menganggur.
Lebih teruk lagi, sebahagian mereka memerlukan wang untuk membayar hutang pinjaman pendidikan, antaranya adalah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Pendidikan percuma telah dilaksanakan di sebahagian negara-negara Nordic seperti Denmark dan Finland. Asasnya adalah, pendidikan percuma dapat menghapuskan kitaran ganas kemiskinan, melalui peluang yang diberikan kepada anak muda dari kelompok berpendapatan rendah untuk menempatkan diri dalam kerjaya yang berpendapatan lebih tinggi berbanding keluarga asalnya.
Pendidikan percuma merupakan pelaburan terbaik kerajaan untuk menghasilkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif, seterusnya memberi pulangan hasil lebih tinggi kepada kerajaan dalam bentuk cukai pendapatan.
Malangnya, Kerajaan Barisan Nasional tidak memahami idea ini, bahkan sanggup memotong peruntukan Bajet Kementerian Pengajian Tinggi dengan membiarkan pelbagai program-program yang tidak berfaedah untuk terus memperoleh peruntukan.
Kertas kerja baharu yang disediakan oleh pihak saya menunjukkan bahawa berdasarkan data bilangan pelajar dan kos pengajian semasa, kerajaan hanya memerlukan belanja tambahan sebanyak RM1.77 bilion setahun untuk melaksanakan pendidikan percuma.
Manakala merujuk pada pengumpulan Laporan Ketua Audit Negara dan juga data National Oversight & Whistleblowers (NOW), KPT mempunyai anggaran tahunan ketirisan sebanyak RM1.92 bilion.
Dengan mensifarkan ketirisan, saya percaya Kerajaan Pakatan Harapan mampu menyediakan pendidikan percuma untuk pelajar universiti awam tempatan.
Kajian saya juga mencadangkan bahawa Kerajaan Persekutuan seharusnya menukar pinjaman PTPTN bagi universiti awam sebanyak RM2 bilion setahun terus kepada geran pemberian.
Dengan kadar pembayaran semula peminjam yang terlalu rendah iaitu sekitar 14 peratus, mereformasikan PTPTN adalah perkara penting dalam mengurangkan beban anak muda, seterusnya mewujudkan Malaysia sebagai model negara berkebajikan.
Dengan kajian ini, maka semakin jelas polisi Pendidikan Percuma dapat diadaptasikan apabila Pakatan Harapan memperoleh mandat untuk mentadbir negara pada masa yang akan datang. Selain memperkenalkan polisi ini, Pakatan Harapan juga komited dalam mengkaji status autonomi universiti, kerelevenan Akta Universiti dan Kolej Universiti dan juga kebolehpasaran graduan.
Perkara-perkara penting sebegini tidak dipedulikan oleh Barisan Nasional yang semakin jelas terarah kepada korupsi, rasuah dan tatakelola buruk.

Rakyat jadi raja dalam pilihan raya


Oleh Adam A Kadir
RAKYAT hanya berpeluang menjadi raja dalam pilihan raya. Undinya menjadi kuasa penentu. Baik suka atau tidak, pilihan raya akan datang harus berlaku sebelum Ogos 2018. Untuk menggunakan kuasa sebaik-baiknya, rakyat perlu mempunyai maklumat atau informasi atau info yang tepat
Kini ialah era segala keputusan dibuat berdasarkan info. Ini adalah amalan manusia dan mesin. Telefon pintar kita hanya berfungsi menurut info yang diterima. Panggillah dia Facebook, Twitter, Flipboard dan sebagainya. Jika dulu info datangnya dalam bentuk lurus atau propaganda, kini info bukan saja dipanggil 'disinfo' atau 'a-info' malah dilabelkan dengan panggilan 'fake' atau palsu, ataupun 'diversion' yang bererti 'loklak' menurut pelat daerah. Justeru adalah menjadi tugas rakyat yang mahu menjadi raja memastikan adanya info yang tepat dan betul. Memang untuk mendapatkannya memerlukan usaha, seperti kita berusaha memastikan bukan kaca menjadi intan, atau sebaliknya.
Kini kalau kita mengikuti media biasa (akhbar, majalah, TV, radio dan lain-lain) serta media sosial, kita tidak boleh lari dari info yang pelbagai. Dalam senario rakyat hendak menjadi raja ini, konteksnya ialah politik. Istilah politik mencakupi satu bidang yang luas, dari ekonomi, geografi dan seluruh saujana tamadun.
Maka apabila politik yang menjadi inti dalam pilihan raya, maka yang tercungkil ialah apa yang menjadi isu antara kerajaan dan pembangkang. Bila disebut kerajaan, kita tidak salah menyebut YAB DS Najib Razak, selaku Perdana Menteri Malaysia, dan pemimpin-pemimpin lain di bawahnya, di satu pihak, dan tokoh-tokoh di luar kerajaan, seperti Tun Dr Mahathir Mohamed, Lim Kit Siang, Rafizi Ramli, Dr Azizah, DR Azmin, TS Mahyuddin Yassin dan lain-lain lagi, di pihak lain, sebagai wadah percaturan dalam menghadapi pilihan raya. Sewajarnya kerajaan mahu mengekalkan pemerintahannya; sewajarnya pula pembangkang mahu merampas tampuk kerajaan sebagai pengganti pemerintah yang ada.
Dalam pertentangan itu, rakyat akan menentukan keputusan, tegasnya menjadi hakim. Jika di mahkamah, seorang hakim atau satu grup mereka, selepas meneliti semua sudut maklumat, pro dan kontra, akan membuat keputusan, sama ada yang didakwa bersalah, tidak bersalah - atau dibuang kes saja, kerana kekurangan maklumat. Namun rakyat lebih gagah daripada itu. Rakyat mahu tidak mahu tidak boleh mengundi untuk 'buang kes'. Ini adalah fungsi angka: A yang mendapat 99 undi adalah pemenang apabila B mendapat 98 undi.

Demam pilihan raya di Kelantan mulai merebak

Oleh Mohd Sayuti Omar
Minggu lepas saya berada di Kelantan empat hari, bermula 26 hingga 29 April 2017. Jarang saya ke Kelantan mencecah tiga malam. Paling-paling lama pun dua malam. Selepas menemui ibu, merasa masakan, melihatan tanamannya di belakang rumah atau bermanja dengannya serta bertanya khabar waris warah saya akan balik ke Kuala Lumpur bergelumang dengan dunia rutinan saya.

 Saya tidak betah di Kelantan akhir-akhir ini. Semacam sudah hilang keseronakan yang ada selama ini. Kelantan seakan tidak berseri lagi, bau wangi cempaka suntingan Cik Siti Wan Kembang seakan sudah sirna entah ke mana. Terasa juga diri terasing. Keadaan itu menyebabkan berada di negeri itu penuh dengan kesunyian dan keterkilanan.

Pengembalian hari itu, saya memaksa diri untuk berada di Kelantan melebihi 80 jam.  Semasa di Kelantan saya sempat memasuki tujuh kawasan parlimen. Bermula di Gua Musang, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kota Bharu, Pengkalan Chepa dan berakhir di Pasir Puteh.

Perjalanan santai sahaja bersama isteri dan seorang anak lelaki bongsu yang sedang menanti untuk menempuh hidup baharu selepas tamat SPM. Seperti biasa kalau memandu jauh saya suka berhenti beberapa kali untuk makan dan minum. Setiap 100 km saya akan beradu atau lebih kerap kalau ternampak kedai makan atau tempat-tempat menarik untuk dirakam gambar dikongsi dengan rakan media sosial.

Sepanjang perjalanan ke Kelantan keadaan atau panorama yang menyentuh deria lihat sudah tidak ada lagi kerana sudah acap sangat. Alah bisa tegal biasa, kata bidalan orang tua-tua. Sesuatu itu kalau berkali-kali dilalui dan dilihat menyebabkan keindahannya menghilang dan bosan.

Orean menguasai lapangan.
Apa yang menjadi tumpuan kali ini ialah melihat perkembangan politik yang berlaku di Kelantan. Umum tahu penerimaan -- kegilaan orang Kelantan dalam politik berbeza dengan masyarakat negeri lain. Sebab itu Kelantan dianggap jaguh atau pun madrasah politik. Bagi orang Kelantan politik bukan tanggungjawab setiap lima tahun sekali, tetapi ia merupakan suatu budaya yang dihayati sepanjang jam berdetik.

Orang Kelantan macam orang Eropah.

Orang Kelantan tegar dalam politik. Politik bagi mereka persis orang Eropah yang menggilai bolasepak sehingga bola sepak dianggap sebagai satu pemujaan. Demikian bagi orang Kelantan politik menjadi "nasi makan air minum" bagi mereka. Mereka akan bercakap politik di mana-mana sahaja; kedai kopi, kedai gunting, setesen teksi hatta terbawa ke dalam surau-surau atau balaisah juga di tempat-tempat kenduri.

Mereka juga berani dan suka menunjukkan parti mana yang mereka sokong. Bagi saya orang negeri saya tidak, atau kurang hipokrit dalam berpolitik. Mereka tidak main secara sembunyi-sembunyi. Mereka benar-benar jantan dan berterus terang. Walaupun cara itu boleh dianggap melampau, tetapi itulah cara Kelantan. Ini keunikan dan kegedebelannya.

Selain itu orang Kelantan juga mempunyai sikap berani serta mempunyai pemikiran tersendiri. Mereka tidak mudah terpengaruh dengan keadaan atau pegangan politik orang di negeri lain. Merek payah bergoyang. Jika mereka rasakan perlu bertindak mereka akan bertindak tanpa sepakat dan terikut dengan masyarakat di negeri lain. Sebagai bukti tindakan (kesedaran) untuk menukar kerajaan Kelantan, mereka akan lakukan walaupun negeri lain kekal dengan kerajaan lama. Sebab itu Kelantan menyaksikan negeri yang berlaku pertukaran kerajaan.
Kerana sikap inilah menyebabkan kita mudah untuk melihat arah dan aliran politik semasa di Kelantan. Orang Kelantan tidak reti berdiplomasi dan suka "mengecong". Bila mereka menyokong sesuatu parti mereka nyatakan dengan jelas begitu juga kalau mereka menolaknya. Banyak indikator menjelaskan kedudukan atau sikap itu selain bersembang dengan mereka, ianya dapat dilihat dengan pemasangan bendera parti atau pun pembelian bahan bacaan untuk mengetahui perkembangan politik.

K'jaan boleh lucut kerakyatan Jho Low, kata Zahid

Kerajaan boleh melucutkan kerakyatan tokoh perniagaan berkaitan 1MDB, Jho Low jika beliau didapati juga memiliki pasport Amerika Syarikat.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian dalam jawapan bertulis Parlimen kepada Dr Azman Ismail (PKR-Kuala Kedah) yang memintanya menyatakan jika Low melakukan kesalahan imigresen dengan memegang dua pasport Amerika Syarikat dengan nama berlainan.
Menurut Azman, kenyataannya itu adalah berdasarkan testimoni perbicraaan kes 1MDB di Singapura.
Zahid berkata, Malaysia tidak mengiktiraf dua kerakyatan dan mereka yang ingin memilih kewarganegaraan lain perlu melepaskan kerakyatan Malaysia.
"Dalam kes Low, kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri boleh mengambil tindakan melucutkan kewarganegaraan beliau sekiranya terbukti beliau sememangnya memegang dua pasport Amerika Syarikat dengan nama yang berlainan," kata Zahid.
Menteri Dalam Negeri itu pada Mac lalu memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa Low masih seorang rakyat Malaysia kerana kementeriannya tidak menerima sebarang permohonan daripada ahli perniagaan itu untuk melepaskan kewarganegaraannya.
Sarawak Report melaporkan Low mempunyai dua pasport Amerika Syarikat, yang dibenarkan mengikut undang-undang negara itu.
Pada Januari lalu, sebuah mahkamah di Singapura dimaklumkan bahawa Low menggunakan nama "Eric Tan Kim Loong" ketika berurusan dengan pengurus Falcon Private Bank cawangan Singapura, iaitu Jens Sturzeneggar.

Kepada Najib: Agenda PAKATAN tumbangkan kezaliman BN

Pakatan Harapan tertarik dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan pembangkang tidak mempunyai agenda masa depan negara adalah tidak berasas, memandangkan Pakatan Harapan komited dalam memperjuangkan isu-isu rakyat dan melawan agenda Umno BN yang mengamalkan rasuah, kronisme dan tatakelola buruk yang menindas rakyat.
Hari ini, dunia mentertawakan Malaysia kerana terpalit dengan skandal besar 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), di mana sebahagian wang 1MDB telah masuk ke akaun Najib Razak ‘tanpa disengajakan’.
Perlabelan Malaysia sebagai negara yang mengamalkan dasar kleptokrat adalah perkara yang memalukan atau adakah ini sebenarnya sebahagian agenda Barisan Nasional pada hari ini?
Pakatan Harapan sedia menjawab beberapa pertuduhan yang dikeluarkan Perdana Menteri melalui kenyataan tersebut:
1. Isu harga minyak naik dan turun – Pakatan Harapan telah lama menegaskan bahawa kerajaan perlu memperkenalkan semula subsidi minyak.
Mekanisme ‘harga siling’ memerlukan subsidi dalam mengekalkan harga minyak di pasaran nasional atau sebarang kenaikan harga minyak secara mengejut dan tanpa subsidi akan menyebabkan berlakunya inflasi lebih tinggi.
Semasa harga minyak dunia turun, kerajaan Umno BN dalam diam telah mencukai rakyat dengan menetapkan harga pada kadar lebih sedikit penurunan berbanding kadar kejatuhan harga minyak mentah.
Ke manakah pergi wang cukai tersebut, jika tidak lagi wujudnya subsidi minyak?
2. Perjanjian pelaburan dengan China – Umno BN cuba mengelirukan rakyat apabila menggunakan terma ‘pelaburan’, walhal kebanyakan projek-projek mega dengan negara China merupakan hutang negara yang bakal ditanggung oleh kesemua rakyat Malaysia.
Projek ECRL yang menelan belanja RM55 bilion langsung tidak munasabah apabila kos asalnya adalah sekitar maksimum RM27 bilion ringgit.
Bertambah malang lagi, mengapa kerajaan Umno BN memberikan tanah pegangan bebas (tanpa had tempoh pajakan) untuk pemaju Forest City?
Situasi ini amat membimbangkan rakyat mengenai penguasaan tanah oleh warganegara asing.
Mengenai isu pembatalan perjanjian pelaburan, Pakatan Harapan melihat daripada perspektif kaca mata pelabur itu sendiri.
Sudah tentu pelabur tidak akan mengambil risiko untuk menyuntik modal atau liabiliti dalam projek yang tidak menguntungkan, atau berhadapan dengan faktor-faktor lain seperti kedudukan kewangan kerajaan, kestabilan politik, persepsi rasuah serta tatakelola kerajaan yang buruk.
3. Kepentingan politik Pakatan Harapan – Melalui gabungan komponen pembangkang, kewujudan Pakatan Harapan jelas untuk menumbangkan Umno BN dalam pilihan raya umum yang akan datang, serta mewujudkan pentadbiran yang mengutamakan rakyat melalui penentangan kezaliman.
Agenda pembangkang ini bahkan lebih kuat keazamannya berbanding situasi BN di Selangor, di mana pembangkangnya rapuh dan lebih sedih lagi, tiada ketua pembangkang yang sesuai untuk memperkasakan agenda BN mereka.

Adakah Umno masih komited pertahan ideologi Melayu-Islam mereka?

OLEH SYED IBRAHIM SYED NOH
Sempena sambutan ulang tahun Umno ke 71, saya merasa terpanggil untuk menceritakan imej Umno sebenar hari ini yang cukup berbeza dengan apa yang diperjuangkannya pada tahun penubuhan 1946.
Jika rakyat masih beranggapan bahawa Umno ialah ‘pembela Melayu Islam’, maka sudah pasti mereka ialah golongan yang tertipu dengan golongan yang menggunakan nama bangsa dan agama untuk terus mendapat kuasa yang menzalimi rakyat sendiri.

NAJIB-1MDBPertama, rakyat diperlihatkan hari ini beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan organisasi yang beridentitikan bumiputera dan Islam telah terpalit dengan skandal rasuah dan salahguna kuasa yang semakin membarah.
Antaranya, pertama ialah skandal Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) pada tahun 2015 yang membabitkan kumpulan wang infak yang seharusnya diberikan kepada anak-anak yatim.
Malangnya, sebanyak RM 410,978.56 telah didakwa digunakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir untuk membiayai perjalanan ke Amerika Syarikat bersama isterinya, bermain golf dan lawatan ke pusat membeli belah.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki telah membidas dakwaan tersebut. Menurutnya, YaPEIM hanya menggunakan wang hasil penjanaan perniagaan untuk menampung segala kos perbelanjaan melibatkan program di luar negara.
Mungkin benar pendapatan tahunan YaPEIM besar iaitu RM1.034 bilion hasil daripada perniagaan anak syarikatnya tetapi soalnya, mengapa perlu dibelanjakan sehingga setengah juta ringgit untuk aktiviti yang sebahagian besarnya tiada kaitan dengan anak yatim?
Bukan itu sahaja, empat individu termasuk tiga sekeluarga di YaPEIM didakwa memperolehi pendapatan mencecah RM2 juta setahun, dedah Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), Akmal Nasir pada November 2015. Adakah ini satu fitnah?
Baru-baru ini, pada 26 April 2017, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat kebenaran Mahkamah Majistret Putrajaya untuk menahan reman seorang pengarah kanan YaPEIM.
Lelaki berusia 47 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan membabitkan kesalahan pecah amanah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.
Saya fikir mata boleh menjadi gelap melihat dana begitu besar dan tidak terbit rasa bersalah walaupun dana bertujuan untuk kebajikan anak-anak yatim.
Kedua, Majlis Amanah Rakyat (MARA) – Institusi berjenama bumiputera ini telah dikaitkan dengan skandal pembelian hartanah di Melbourne, Australia yang didedahkan pada tahun 2015 melibatkan dana sejumlah RM129 juta.
Terbukti kes ini dalam proses siasatan apabila pada akhir April lalu, SPRM telah mengambil dokumen dari tujuh lokasi bagi melengkapkan siasatan pembelian hartanah oleh MARA Incorporated Sdn Bhd di Australia.
Seorang bekas menteri juga dijangka dipanggil untuk membantu siasatan. Lebih malang tetapi mungkin dijangka, terdapat dakwaan penglibatan pemimpin Umno dalam skandal berkenaan.
Pada tahun yang sama, saudara Rafizi Ramli telah mempersoalkan pengurangan biasiswa pendidikan MARA untuk bumiputera. Adakah wang yang disalahgunakan akhirnya memangsakan golongan bumiputera sendiri?
Ketiga, Tabung Haji – Rakyat pernah dikejutkan dengan transaksi penjualan tanah Tun Razak Exchange (TRX) yang dijual oleh 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Tabung Haji melibatkan sejumlah dana RM 188.5 juta yang juga wang pendeposit.
Walhal kerajaan memberikan tanah tersebut kepada 1MDB sebelumnya dengan harga yang jauh lebih murah. Ditambah lagi dengan kerugian anak syarikat Tabung Haji iaitu TH Heavy Engineering Berhad. Adakah Umno masih bersungguh untuk mempertahankan ideologi mereka?
Ke-empat, FELDA – Isu kerugian Felda Global Ventures (FGV) sehingga berlakunya pertukaran Pengerusi FELDA mendapat respon daripada pelbagai pihak.

Deja vu gandingan Mahathir-Anwar

Dari pertembungan pertama mereka, ke zaman Anwar menjadi timbalan Dr Mahathir, sehinggalah kini, Malaysia terus dicorakkan kedua-dua tokoh ini.
mahathir-anwar-pakatan-harapan
Pakatan Harapan (PH) baru-baru ini mengumumkan anggota Majlis Presiden terdiri daripada Penasihat, Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan 3 naib pengerusi iaitu Lim Guan Eng, Mohamad Sabu dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Semua pemimpin itu mewakili 4 anggota PH iaitu PKR, DAP, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Tidak lama kemudian tersiar poster dengan gambar gandingan Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ikon PH dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14 yang dijangka semakin hampir.
Minggu ini Pakatan Harapan dijangka mengemukakan permohonan untuk didaftar dengan logo bersama.
Anwar yang masih dalam penjara difahami tetap menjadi ketua umum PH. Juga dipersetujui, jika PH menang pilihan raya dan mampu menubuhkan kerajaan, Anwar akan dicalonkan sebagai perdana menteri setelah proses pembebasannya dilakukan. Maka kehadiran Dr Wan Azizah adalah untuk mewakili Anwar.
Namun, apa yang akan benar-benar berlaku bergantung pada jumlah kerusi yang mereka raih kelak. Pembahagian kerusi belum diputuskan. Tetapi dapat dipercayai PKR akan terus bertanding di kerusi yang selama ini mereka tanding. DAP akan bertanding di kawasan majoriti Cina. Amanah akan bertanding di kawasan yang dimenangi PAS. PPBM akan bertanding di kawasan Umno.
Di sini akan berlaku juga pembahagian kerusi antara PKR dan PPBM. Tetapi matlamat mereka adalah untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) walaupun PH terpaksa juga menghadapi PAS.
Pastinya Dr Mahathir tidak akan bertanding. Beliau tidak akan menjadi perdana menteri lagi. Beliau akan memberi laluan pada Anwar.
Tetapi Anwar dalam penjara. Beliau juga tidak bertanding walaupun usaha akan dilakukan untuk beliau menjadi perdana menteri jika PH menang.
Apa yang jelas, PH menampilkan dua ikon popular tetapi kedua-duanya tidak bertanding. Dr Mahathir berusia 91 tahun dan Anwar menjalani hukuman penjara.
Jadi jika PH menang dengan pemimpin utamanya memperoleh kerusi, maka yang jadi perdana menteri adalah Dr Wan Azizah jika diambil kira beliau adalah pengerusi.
Jika tidak, maka jawatan itu jatuh pada Datuk Seri Azmin Ali selaku naib pengerusi PH dari PKR.
Kalau kerusi PPBM lebih banyak, Muhyiddin akan menjadi perdana menteri. Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu tidak boleh jadi perdana menteri kerana bilangan kawasan yang parti mereka tandingi adalah kecil.
Namun, jika PH berpecah selepas pilihan raya dengan penyusunan semula hubungan parti politik melibatkan Umno dan PAS, maka ia menjadi cerita lain. Tetapi jika mandat rakyat adalah kepada PH, mereka menolak BN dan PAS, bukan sekadar tidak mahu pemimpin tertentu.
Nostalgia
Tetapi apapun pergolakan politik yang sedang dan akan berlaku, gandingan Mahathir-Anwar ini bukan saja menggamit nostalgia generasi yang hidup pada zaman itu tetapi mewujudkan suatu rasa deja vu.
Siapa sangka berlaku sekali lagi gandingan politik Mahathir-Anwar walaupun kini pada pihak pembangkang.

Pemuda Pas jangka ada lagi parti sertai Gagasan Sejahtera

Khalil jangka Gagasan Sejahtera akan semakin membesar.Khalil jangka Gagasan Sejahtera akan semakin membesar.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi menjangkakan terdapat parti lain akan menyertai Gagasan Sejahtera iaitu blok ketiga parti politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Kita sudah ada parti sedia ada dan Pemuda jangkakan ada penyertaan daripada parti lain lagi pada masa terdekat ini," dipetik daripada wawancara di Berita Harian hari ini.
Setakat ini, gabungan kelompok tersebut terdiri daripada Pas, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) and Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).
Pas pada 16 Mac 2016 telah mengumumkan pembentukan blok ketiga politik itu bersama parti pimpinan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Menurut Khalil, tahaluf siyasi atau kerjasama politik yang kerap disebut parti itu adalah bersifat fleksibel dan akan dilihat dari semasa ke semasa.
"Apa yang penting dalam tahaluf yang dipersetujui Pas, di sana ada syarat-syarat iaitu yang penting mesti menguntungkan Islam," ujarnya sambil menegaskan gabungan Gagasan Sejahtera akan diperkasakan.
Pada Muktamar Tahunan Pas ke-63 baru-baru ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga ayah kepada Khalil dalam ucapan dasarnya memberitahu Gagasan Sejahtera akan diperkemas dengan penyertaan kalangan rakyat awam, pimpinan masyarakat, bekas pegawai tinggi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO).
Dalam hal berkaitan, Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan pada 30 April lalu dilapor memberitahu partinya telah membincangkan kemungkinan untuk bekerjasama dengan Pas selepas muktamar.

Nik Abduh anggap Umno dan Pas dapat markah, Pakatan Harapan kosong

Selepas menyiarkan wawancara Presiden Pas Utusan Malaysia semalam menampilkan pula Nik AbduhSelepas menyiarkan wawancara Presiden Pas Utusan Malaysia semalam menampilkan pula Nik Abduh
Tampil mengisi lebih separuh halaman Utusan Malaysia semalam, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menganggap partinya dan Umno mempunyai kelebihan berbanding Pakatan Harapan jika berlaku pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Dalam situasi sekarang Pas dapat satu (markah), Umno dapat satu dan Pakatan Harapan kosong. Mungkin Umno akan rasa lega kerana pertandingan dua penjuru tidak berlaku, itulah yang mereka harapkan supaya pakatan pembangkang pecah.
"Pas pula mendapat markah apabila Umno terpaksa berlembut dalam isu agama. Mereka (Umno) hari ini telah menunjukkan sikap yang lebih baik berbanding sebelum ini terutama ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad," ujarnya dalam wawancara itu.
Nik Abduh turut menyalahkan DAP kononnya menjadi punca perpecahan kesepakatan parti pembangkang sekaligus mengundang pertembungan tiga penjuru walaupun Pas, tambahnya, telah berusaha untuk mengelak situasi itu berlaku.
"DAP keras dengan sikapnya yang tidak boleh kita terima, jadi di situ markah dia pada Umno," dipetik daripada halaman 11 akhbar pro-Umno-BN itu.
Menyentuh era Mahathir, beliau berpendapat suara politik Islam ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri itu ditekan begitu kuat sehingga menakutkan rakyat untuk mendekati Pas.
"Pimpinan Pas kini boleh hadir dalam program-program kerajaan, diberi ruang bercakap di televisyen dan akhbar," ujarnya yang sebelum diwawancara dilihat oleh wartawan terbabit dari muka pintu Masjid Pulau Melaka membaca al-Quran selama 30 minit.

Umno - Pas bersatu: Terpulang kepada kepimpinan


Tengku Adnan Tengku Mansor

PUTRAJAYA - "Semuanya terpulang kepada kepimpinan Pas sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung cadangan supaya kedua-dua parti itu bersatu.
Beliau berkata, Umno adalah parti inklusif yang sedia mendengar dan memberi peluang jika Pas ingin kembali kepada Umno dengan ikhlas dan jujur.
"Kita sebuah parti inklusif seperti yang disebut Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) di Sabah baru-baru ini dan belum terlambat lagi (untuk Pas kembali kepada Umno).
"Walaupun telah terlanjur, boleh pulang ke pangkuan," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Beliau ditanya mengenai cadangan supaya Pas kembali menjadi Biro Agama Umno sempena sambutan ulang tahun ke-71 Umno pada Khamis ini (11 Mei).
Menurutnya kedua-dua parti itu tidak mempunyai masalah dan terpulang kepada pucuk pimpinan Pas jika langkah itu difikirkan perlu untuk kebaikan negara, orang Melayu dan umat Islam.
Tengku Adnan berkata, beliau juga pasti Anggota Majlis Tertinggi dan Lembaga Disiplin Umno akan meneliti perkara itu.
Sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui kehadiran beliau pada majlis pelancaran program tukun tiruan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada 4 Mei adalah permulaan kepada politik matang antara parti itu dan kerajaan BN.

PAS gesa Arul tampil elak dirinya dipersalahkan

Presiden 1MDB itu digesa memberikan penjelasan mengenai peranannya di belakang tabir di sebalik beberapa perkembangan melibatkan Bandar Malaysia.
tuan-ibahim
PETALING JAYA: PAS hari ini menyeru Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, untuk tampil menjelaskan peranannya dalam kemelut Bandar Malaysia dan sama ada beliau dipinggirkan dalam keputusan kerajaan membatalkan perjanjian dengan konsortium IWH-CREC minggu lalu.
“PAS mengulangi gesaan agar Arul dapat mendedahkan segalanya sebelum dikambing-hitamkan. Itu pembebasan sebenar daripada tanggungjawab yang beliau pikul terhadap 1MDB ini,” kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata Arul pada tahun lalu pernah mendakwa kemungkinan orang dalam 1MDB melakukan penipuan dalam isu kemelut 1MDB dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investment PJS (Aabar BVI).
Dan yang terkini, kata Tuan Ibrahim, Arul menjanjikan “pengumuman penting”, tetapi tiba-tiba mendapati dirinya hilang jawatan dalam lembaga pengarah Bandar Malaysia Sdn Bhd dan Tun Razak Exchange (TRX), dua projek utama 1MDB.
“Persoalannya apakah yang bakal diumum oleh Arul? Apakah pengumuman Arul ini tidak direstui oleh perdana menteri?” soal Tuan Ibrahim.
Semalam, Arul berkata tidak dimaklumkan mengenai keputusan mengeluarkan beliau daripada lembaga pengarah Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange (TRX).
Bagaimanapun, beliau bersedia menerima keputusan itu memandangkan pelantikannya atas kapasiti 1MDB sebagai pemegang saham kedua-dua syarikat, itu.
“Oleh kerana syarikat-syarikat telah dipindahkan oleh 1MDB ke MOF Inc berkuatkuasa dari 31 Mac, 2017, ia hanya munasabah untuk menjangkakan bahawa MOF Inc mahu melantik pengarah baru, itu budi bicaranya,” kata Arul semalam.

Bandar Malaysia: Arul Kanda tak setuju pembatalan perjanjian...

Arul Kanda Kandasamy mungkin agak diplomatik apabila bercakap mengenai penggugurannya daripada jawatan penting dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd dan TRX City Sdn Bhd, tetapi spekulasi mengenai sebab-sebab sebenar di sebalik ini kekal bertiup kencang.
Menurut The Insight Malaysia, kedudukan Arul Kanda, yang juga Presiden 1MDB, menimbulkan "konflik kepentingan" dalam syarikat.
Namun, sumber kerajaan memberitahu Malaysiakini bahawa sebab sebenar di sebalik nasib Arul Kanda adalah kerana bantahannya terhadap pembatalan perjanjian Bandar Malaysia dengan konsortium Iskandar Waterfront Holdings (IWH) dan China Railway Engineering Corp (CREC).
"Secara tidak langsung, beliau menentang pembatalan itu. Beliau berpendapat ini adalah tidak wajar," kata sumber itu.
Menurut sumber itu, perjanjanjian usaha sama bagi membangunkan Bandar Malysia bernilai RM7.41 bilion itu ditamatkan tanpa memaklumkannya kepada Arul Kanda, yang adalah seorang ahli lembaga bagi kedua kedua-dua syarikat - Bandar Malaysia Sdn Bhd dan TRX City Sdn Bhd.
Apabila disoal oleh Malaysiakini sama ada dirinya membantah pembatalan perjanjian tersebut, Arul Kanda enggan mengulas.
Masalah sebenar?
Pembatalan perjanjian Bandar Malaysia itu dianggap satu kejutan di kalangan tokoh perniagaan kerana keputusan dibuat secara tiba-tiba meskipun ia dimeterai dengan penuh kemeriahan pada tahun 2015.
Malah, Prdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sepatutnya dijadualkan melawat tapak projek itu - yang terletak di bekas lapangan terbang Sungai Besi dan bakal menjadi hab pengangkutan dan zon perdagangan bebas digital - Rabu lalu, tetapi dibatalkan tanpa sebarang alasan.
Pada hari sama, pemilik tanah TRX City Sdn Bhd mengumumkan bahawa perjanjian dengan konsortium IWH-CREC telah luput kerana mereka tidak memenuhi obligasi pembayaran untuk kepentingan 60 peratus dalam Bandar Malaysia.
Konsortium itu bagaimanapun mempertikaikan kenytaan tersebut.
Bagi Arul Kanda, mengikut kata-katanya kepada wartawan, semalam, kedua-dua Bandar Malaysia Sdn Bhd dan TRX City Sdn Bhd kini mempunyai pemilik baru - Menteri Kewangan Diperbadankan - dan bahawa mereka mempunyai hak untuk memilih sesiapa yang mereka mahu untuk menganggotai lembagai pengarahnya.

Lelaki terkaya China bakal ambil alih Bandar Malaysia?

Akhbar Singapura berkata syarikat China itu menyasarkan separuh daripada projek itu untuk pelancongan dan hiburan dengan nilai hampir RM35 bilion.
Wang-Jianlin
PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka melawat China minggu ini di sebalik desas desus pengganti untuk memajukan Bandar Malaysia sudah dikenal pasti, lapor akhbar Singapura, The Straits Times (ST) hari ini.
Malah, ST memetik sumber “pegawai kerajaan Malaysia” berkata perjanjian baharu yang bakal diadakan lebih tinggi nilainya daripada RM12.3 bilion sebelum ini.
Ia mendakwa Kumpulan Dalian Wanda yang dimiliki Wang Jianlin, lelaki terkaya di China, disebut-sebut sebagai pengganti untuk memajukan projek mega di Kuala Lumpur itu, susulan pembatalan perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan sebuah konsortium melibatkan China Railway Engineering baru-baru ini.
Akhbar itu berkata Putrajaya sedang dalam rundingan dengan Dalian Wanda untuk mengambil alih projek mega itu, dan kini menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa China memandangkan ia melibatkan pengaliran keluar dana dari China.
Satu daripada perbincangan itu, menurut ST, ialah cadangan Wanda untuk menyasarkan separuh daripada pembangunan Bandar Malaysia kepada sektor pelancongan dan hiburan dengan nilai anggaran AS$8 bilion (RM34.6 bilion).
Najib dijangka melawat China pada Khamis ini bagi menghadiri sebuah forum di Beijing mengenai kerjasama antarabangsa.

BERSAMA PRESIDEN AMANAH, ANDA TANYA SAYA JAWAB SIRI KE 2