Isnin, 8 Mei 2017

Gugur: Cikgu Pa sekarang 'puasa mulut'

Selepas digugurkan daripada arus perdana kepimpinan pusat, tidak banyak yang diketahui mengenai status bekas setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Tugas terakhir beliau sebelum muktamar di Kota Sarang Semut, Alor Setar akhir April lalu ialah pengarah pilihan raya, suatu jawatan yang penting terutama ketika demam pilihan raya semakin menghampiri.
Apabila barisan kepimpinan baru PAS diumumkan setiausaha agungnya pada 6 Mei lalu, nama Mustafa tidak kedengaran.
Sebaliknya Datuk Takiyuddin Hassan menyatakan tugas pengarah pilihan raya PAS kini disandang Setiausaha Politik Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Mustafa yang pernah menjadi timbalan menteri suatu ketika dulu bagaimanapun enggan memberikan sebarang bayangan.
Sebaliknya beliau mengambil pendekatan untuk 'berpuasa mulut'.
Diminta memberikan pandangannya dengan perkembangan terbaru PAS, beliau sekadar menjawab melalui mesej pesanan ringkas: "Maaf... untuk masa ini saya puasa... puasa mulut. Hehe."
Mustafa bukanlah tokoh biasa-biasa dalam PAS. Beliau dilihat antara orang yang rapat dan mendapat kepercayaan penuh Abdul Hadi suatu ketika dulu.
Sementelah kedua-duanya berasal dari Terenganu.
Mustafa bersama PAS sejak 1970-an dan beliau yang mesra dengan panggilan Cikgu Pa itu turut diberi kepercayaan menjadi setiausaha agung antara 2011 hingga 2015.
Jawatan Mustafa dalam PAS bermula sebagai ketua pemuda pada 1975 dan dilantik sebagai bendahari, naib presiden dan pesuruhjaya PAS Terengganu.
Malah, beliau juga turut berada dalam kerajaan campuran semasa PERIKATAN bersama PAS. Perkembangan itu membolehkan beliau diberi amanah sebagai timbalan menteri sains, teknologi dan alam sekitar.
Pernah ada nilai tambah
Penulis politik, Mohd Sayuti Omar, berpendapat pengguguran Mustafa adalah kerana beliau tidak bersetuju dengan kerjasama antara PAS dan Umno yang kini dilihat semakin mesra.
Sayuti berkata, Mustafa membayangkan perkara itu dalam ucapan penggulungannya semasa hari terakhir Muktamar Tahunan PAS ke-63 yang berakhir 1 Mei lalu.
Semasa menyampaikan ucapan penggulungan, Mustafa menyentuh sejarah bagaimana Kelantan - yang dikenali sebagai kubu kuat PAS - pernah kalah kepada BN pada 1978.
Parti itu hanya menang di negeri berkenaan pada pilihan raya umum kelapan pada 1990.
Malah, dalam ucapan penggulungannya, Mustafa turut mengingatkan PAS bahawa parti Islam itu sebelum ini pernah menang dan kalah dalam pilihan raya umum kerana adanya gabungan dengan parti-parti lain.

Ku Nan kepada PAS: Walaupun terlanjur, boleh pulang ke pangkuan

Umno sedia mendengar dan memberi peluang jika PAS ingin kembali kepada Umno dengan ikhlas dan jujur
ku-nan-pas-umno
PUTRAJAYA: “Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno,” kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung cadangan supaya kedua parti itu bersatu.
Beliau berkata Umno parti inklusif yang sedia mendengar dan memberi peluang jika PAS ingin kembali kepada Umno dengan ikhlas dan jujur.
“Kita sebuah parti inklusif seperti yang disebut timbalan perdana menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) di Sabah baru-baru ini dan belum terlambat lagi (untuk PAS kembali kepada Umno).
“Walaupun telah terlanjur, boleh pulang ke pangkuan,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Beliau ditanya mengenai cadangan supaya PAS kembali menjadi Biro Agama Umno sempena sambutan ulang tahun ke-71 Umno pada Khamis ini (11 Mei).
Menurutnya kedua-dua parti itu tidak mempunyai masalah dan terpulang kepada pucuk pimpinan PAS jika langkah itu difikirkan perlu untuk kebaikan negara, orang Melayu dan umat Islam.
Tengku Adnan berkata beliau juga pasti Anggota Majlis Tertinggi dan Lembaga Disiplin UMNO akan meneliti perkara itu.
Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui kehadiran beliau pada majlis pelancaran program tukun tiruan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada 4 Mei adalah permulaan kepada politik matang antara parti itu dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

'Penyingkiran saya hak prerogatif MOF Inc' - Arul

Pengerusi Bandar Malaysia Sdn Bhd dan Pengarah TRX City Sdn Bhd, Arul Kanda Kandasamy, hari ini berkata penyingkirannya daripada jawatan itu memang dijangkakan.
Kata Arul Kanda, perkembangan itu berlaku kerana kedua-dua syarikat berkenaan kini mempunyai pemilik baru.
Beliau menjelaskan, pelantikannya ke anggota lembaga pengarah kedua-dua syarikat dibuat berdasarkan pegangan saham 1MDB pada entiti itu.
Arul Kanda yang juga presiden 1MDB berkata, Bandar Malaysia dan TRX City dipindah milik kepada Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) berkuat kuasa 31 Mac 2017.
"Memang dijangkakan MOF Inc akan melantik pengarah baru mengikut budi bicaranya.
"Sebagai pengurus profesional, saya berkhidmat seperti yang diarahkan pemegang saham. Saya akan sentiasa dipandu dan menerima sebarang keputusan dibuat mereka," katanya.
Bagaimanapun Arul Kanda menjelaskan, beliau tidak menerima sebarang makluman rasmi mengenai kedudukannya bersama Bandar Malaysia dan TRX City itu.
Justeru, katanya, beliau tidak dapat memberikan komen lanjut mengenai sebarang spekulasi yang berbangkit daripadanya.
Sebelum ini The Malaysian Insight mendakwa Arul Kanda diketepikan daripada dua syarikat berkenaan ekoran kemungkinan berlaku "konflik kepentingan" selepas perjanjian Bandar Malaysia dengan konsortium Iskandar Waterfront Holdings (IWH) dan China Railway Engineering Corp (CREC) gagal dilaksanakan.

Skandal 1MDB: Kementerian Kewangan singkir Arul Kanda daripada lembaga pengarah Bandar Malaysia, TRX


Kementerian Kewangan singkir Arul Kanda daripada lembaga pengarah Bandar Malaysia, TRX
Keputusan penyingkiran Arul dilakukan menteri kewangan dan ketua setiausaha perbendaharaan. 

Putrajaya menyingkirkan Arul Kanda Kandasamy daripada lembaga pengarah syarikat Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange, menyifatkan kewujudan “potensi konflik kepentingan” selepas kegagalan urus niaga Bandar Malaysia dengan konsortium IWH-CREC.
Bagaimanapun, dia akan kekal sebagai presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), syarikat pelaburan negara yang bergelumang dengan skandal yang diambil alih Kementerian Kewangan (MoF) tahun lepas. Arul Kanda ialah pengerusi lembaga pengarah Bandar Malaysia Sdn Bhd dan ahli lembaga pengarah TRX City.

Sumber memberitahu The Malaysian Insight yang keputusan itu diambil Menteri Kewangan Najib Razak dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Irwan Siregar Abdullah, yang juga mengetuai lembaga pengarah 1MDB.

”Wujud potensi konflik kepentingan,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.
MoF ialah pemilik tunggal 1MDB, selepas aset hartanah Bandar Malaysia dan TRX dipindahkan kepada TRX City Sdn Bhd.

MoF membatalkan perjanjian perkongsian jualan tahun 2015 antara TRX City dan IWC-CREC Sdn Bhd pada 3 Mei lepas, mendakwa yang urus niaga itu gagal kerana usaha sama itu gagal memenuhi bayaran belian bernilai RM7.41 bilion untuk 60% kepentingan walaupun diberikan 12 kali penangguhan.

Malton nafi bersama Dalian, KWSP bida Bandar Malaysia

Pemaju hartanah Malton Bhd hari ini menafikan pihaknya berunding dengan Dalian Wanda Group dari China dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membuat tawaran bagi projek Bandar Malaysia.
"Syarikat ini, selepas siasatan yang sewajarnya dengan pengarah dan pemegang saham utama, ingin memaklumkan bahawa ia tiada dalam apa-apa perbincangan dengan pihak-pihak yang disebut dalam pembidaan untuk projek Bandar Malaysia seperti yang dilaporkan," kata Malton dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia.
Ia merujuk kepada artikel StarBiz berkenaan spekulasi bahawa firma China, yang diasaskan oleh seorang lelaki terkaya di negara itu, Wang Jianlin, sedang membida projek dengan Malton dan KWSP.
Malton diketuai oleh Tan Sri Desmond Lim yang dilaporkan rapat dengan keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sebelum ini, Malton dikaitkan dengan projek Bandar Malaysia, dengan spekulasi rakan kongsinya adalah dana harta negara, Qatar Investment Authority. Bagaimanapun perkara itu tidak menjadi kenyataan.
Projek itu akan mengeluarkan tender selepas pembatalan perjanjian bernilai RM7 bilion dengan konsortium yang terdiri daripada China Railway Engineering Corp (CREC) dan Iskandar Waterfront Holdings (IWH).
Anak syarikat kementerian kewangan, TRX City Sdn Bhd yang memiliki projek itu, berkata konsortium itu gagal menjelaskan pembayaran tetapi perkara itu dinafikan konsortium terbabit.
Projek ini pada mulanya dibangunkan oleh 1MDB.
Penganalisis percaya China mempertahankan Bandar Malaysia kerana ketegangan persaingan dengan Jepun bagi projek keretapi laju Kuala Lumpur-Singapura.
China pada mulanya membayangkan projek kereta api itu sebagai sebahagian daripada rangkaian kereta api serantau.
Kenanga Investment Bank Berhad menganggarkan nilai pasaran Bandar Malaysia adalah RM42 juta pada RM2,000 satu kaki persegi.

Tun Dr Mahathir: Tolonglah, orang Pekan..!!

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyampaikan mesej khusus kepada penduduk Pekan, kawasan parlimen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam mesej kira-kira empat minit itu, Mahathir berharap penduduk Pekan menolak Najib pilihan raya akan datang bagi “menyelamatkan negara” ini.
“Sebab itu saya berpendapat bahawa rakyat dan pengundi di Pekanlah yang boleh untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib,” katanya.

"Dia pada tahun 1999 hampir kalah tetapi kali ini penduduk dan pengundi di Pekan berpeluang untuk menyelamatkan negara ini dengan mengalahkan Datuk Seri Najib."
Pesanan hampir lima minit itu disiarkan dalam video di Facebook parti baru yang diasaskannya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini.
Mahathir juga mengingatkan bahawa Najib hampir kalah dalam pilihan raya umum kawasan parlimen itu sebelum ini.
Jika perkara itu benar-benar berlaku, anggota parlimen BN perlu melantik wakil rakyat lain sebagai perdana menteri, walaupun berjaya dalam pilihan raya umum.

Dalam pilihan raya umum 1999, imej Pekan sebagai kubu kuat Najib tercalar apabila beliau hanya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti tipis 241 undi sahaja.
Beliau mendapat 13,148 undi manakala pencabarnya daripada PAS Ramli Mohamed mendapat 12,907 undi.
Sementara itu, Mahathir berpesan supaya pemilih menyokong mana-mana parti lawan yang akan bertanding di Pekan dalam pilihan raya depan.

Harap sihat, terus perjuangan
Di samping mendoakan kesihatan buat penduduk kawasan itu, Mahathir juga berharap golongan itu “meneruskan perjuangan” untuk bangsa dan negara.

PAS Selangor kekal dalam kerajaan Pakatan, mandat diberi rakyat

Exco Iskandar berkata mereka akan menyokong kerjasama dengan kepimpinan sedia ada demi kestabilan Selangor
iskandar-2
PETALING JAYA: PAS Selangor hari ini menepis khabar angin mendakwa mereka akan berundur dari kerajaan Selangor yang dipimpin PKR, susulan pertelingkahan antara kedua parti, dan berkata mereka mahu menunaikan mandat yang diberikan pada pilihan raya umum lalu.
Datuk Iskandar Abdul Samad, yang baru-baru ini digugurkan sebagai pesuruhjaya PAS Selangor, berkata beliau mahu terus kekal bagi memastikan semua program dan inisiatif kerajaan negeri dilaksanakan.
Iskandar adalah exco perumahan, pengurusan bangunan dan peneroka bandar.
Beliau bersama-sama Zaidy Abdul Talib (infrastruktur) dan Yunis Hairi (hal ehwal agama Islam) adalah 3 wakil PAS dalam pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Exco akan terus memainkan peranan yang aktif dan berkesan di dalam kerajaan selari dengan komitmen yang telah diberikan untuk mendukung prinsip serta dasar kerajaan negeri sejak Mac 2008,” katanya, merujuk kepada peristiwa pembangkang berjaya memenangi Selangor daripada Barisan Nasional.
Iskandar menambah PAS Selangor akan terus bekerjasama dengan kepimpinan sedia ada.
Pengisytiharaan hari ini menyusuli usul sebulat suara perwakilan PAS pada muktamar bulan lepas, yang mahu menamatkan “tahaluf siyasi” dengan PKR kerana bekerjasama dengan parti serpihan, Amanah.

Proses bantahan pengundi SPR jejas parti pembangkang

Ahli Parlimen Klang berkata kaedah membantah pengundi berdaftar baharu digunakan Umno untuk mengurangkan jumlah pengundi yang berpotensi mengundi pembangkang.
santiago-spr-malaysiaSHAH ALAM: Sistem Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membenarkan orang ramai membantah pengundi berdaftar menyukarkan parti pembangkang mendapatkan pengundi baharu.
Daripada 274 pengundi berdaftar di 2 kawasan Parlimen yang mendapat bantahan, hanya suku daripada mereka tampil mencabar bantahan itu, menurut Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.
Beliau berkata dalam tempoh masa 9.00 pagi ke 1.00 tengah hari yang diperuntukkan untuk mendengar bantahan di pejabat SPR di sini, hanya 49 pengundi terkesan dari kawasannya tampil antara 9.00 pagi dan 12.00 tengah hari manakala 28 pengundi dari Petaling Jaya Selatan.
Beliau menambah pegawai SPR enggan memberikan angka dikemaskini mereka yang tampil pada 1.00 tengah hari.
Apabila bantahan dibuat terhadap seorang pengundi, SPR akan mengeluarkan surat kepada pengundi untuk tampil ke pendengaran untuk mencabar kes itu. Sekiranya gagal tampil, nama mereka akan dikeluarkan daripada daftar pengundi.
Pendengaran hari ini bagi Klang dan PJS membabitkan mereka yang berdaftar sebagai pengundi antara Oktober dan Disember tahun lepas.
Santiago mewakili DAP di Klang sementara Hee Loy Sian mewakili PKR di PJS. Selain Santiago dan Loy Sian, penyelaras PKR bagi DUN Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri juga hadir ke pejabat SPR.
Santiago menuduh Umno menyalahgunakan sistem untuk mengeluarkan nama daripada daftar pengundi di kawasan yang dimenangi pembangkang.
Bercakap kepada pemberita di pejabat SPR, beliau berkata perbualan dengan seorang pegawai SPR menyebabkan beliau percaya Umno mendalangi bantahan itu dan kaedah yang digunakan terhadap pengundi dari kawasan Pakatan Harapan terbukti berkesan.
“Saya persoalkan mengapa pengundi yang dibantah perlu daftar (untuk pendengaran) sebelum 1.00 tengah hari pada Isnin dan saya beritahu (pegawai) tidak mungkin kesemua 274 pengundi boleh didengarkan antara 9.00 pagi dan 1.00 tengah hari.
“Pegawai itu beritahu secara purata, hanya separuh daripada pengundi terkesan akan datang untuk pendengaran. Ini menunjukkan pembantah berjaya mengurangkan jumlah orang yang mereka percaya akan mengundi Pakatan Harapan,” katanya.
Ditanya mengapa Pakatan Harapan tidak mengambil tindakan serupa terhadap pengundi pro-Umno, beliau berkata: “Saya tidak fikir Pakatan mahu menjadi sebahagian daripada itu.”

G25: PAS hanya parti politik, umat Islam tak perlu takut

Ahli Kumpulan G25, Johan Arriffin berkata, dakwaan kononnya pindaan Akta 355 tiada kaitan dengan pengenalan hukuman hudud adalah satu 'pembohongan terang-terangan'.
bukan-pas-parti-politik-gavelPETALING JAYA: Seorang ahli G25 menasihatkan umat Islam yang tidak bersetuju dengan rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355 yang dibawakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya tidak takut menyuarakan pendirian mereka.
Susulan kenyataan 20 rakyat Malaysia Timur berhubung alasan perlu menolak RUU 355, ahli G25, Datuk Dr Johan Arriffin A Samad yang juga seorang daripada jurucakap bagi kumpulan rakyat Timur Malaysia itu berkata, umat Islam tiada sebab untuk takut kepada PAS.
“Orang selalu salah faham dan rasa PAS sebuah parti agama atau keliru dan fikir mereka adalah ulama.
“Mereka lupa PAS ialah sebuah parti politik yang terdiri daripada sekumpulan ahli politik. Sama seperti Umno dan parti politik lain, mereka hanya memancing undi,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, salah satu sebab sesetengah umat Islam takut bersuara kerana mereka takut digelar anti-Islam atau kafir.
“Saya rasa kita perlu berhenti melabel orang yang tidak bersetuju dengan kita sebagai kafir, seperti cara PAS lakukan. Setiap orang ada pendapat sendiri dan kita perlu menghormatinya.
“Masalahnya orang tidak mahu hidup di sebuah negara Taliban, di mana segala-galanya adalah terhad.”
Bekas timbalan pengarah Yayasan Sabah itu berkata, Islam lebih daripada sekadar hukuman.
“Ketakutan dan ancaman bukan perkara baik untuk Islam. Kita perlu ikut ajaran Islam sebenar, yang penuh belas kasihan.
“Membantu orang dan melakukan perkara baik juga penting (dalam Islam). Ia bukan hanya mengenai hukuman.”
Kumpulan 22 rakyat Sabah dan Sarawak itu terdiri daripada bekas atau masih menjadi ahli politik mewakili parti pemerintah serta pembangkang, bekas pegawai tinggi kerajaan, ahli perniagaan dan profesional.
Mereka berpendapat RUU 355 perlu ditolak kerana Malaysia adalah sebuah persekutuan sekular dengan kedaulatan undang-undang berasaskan warisan undang-undang biasa.
“Jangan kita lupa, kebebasan beragama ditekankan dan diberi jaminan dalam rundingan penggabungan Malaysia. Hukuman hudud tidak pernah berada dalam agenda.
“Jika hukuman hudud dimasukkan, projek Malaysia itu mungkin ditolak rakyat Sabah dan Sarawak.
“Semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan yang membentuk kontrak sosial ketika negara kita ditubuhkan – perlu dihormati dan dipertahankan,” menurut kenyataan itu.
Ia seterusnya menyebut sekularisme bermakna sistem undang-undang kebanyakannya perlu berdasarkan undang-undang umum yang digunakan untuk semua rakyat, manakala undang-undang agama atau adat boleh digunakan untuk perkara peribadi dan keluarga bagi ahli masyarakat tertentu.
“Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan keadilan jenayah perlu dikendalikan mahkamah sivil, dengan membenarkan negeri (mencipta dan menghukum) kesalahan dilakukan orang beragama Islam yang bertentangan ajaran agama itu, kecuali berhubung perkara termasuk dalam Senarai Persekutuan.

Shahrir: NGO anak Felda ‘syok sendiri’ mahu banteras rasuah

Pengerusi Felda percaya Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan dan Hisbah Centre for Reform (Hisbah) cuma mahu menarik perhatian media.
Tan-Sri-Shahrir-Samad,-Anak,-HisbahPUTRAJAYA: Tan Sri Shahrir Samad menyifatkan kerjasama Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dan Pusat Reformasi Hisbah (Hisbah) untuk membanteras rasuah dalam Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sebagai “syok sendiri”.
Beliau tidak percaya inisiatif 2 badan bukan kerajaan itu lebih berkesan daripada kerjasama sedia ada antara Felda dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Tindakan 2 NGO itu hanya seronok dan syok sendiri. Mereka lebih kepada mahu menarik media untuk melaporkannya, dan media pun telah melaporkan,” katanya kepada FMT di Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) hari ini.
“Felda telah lebih awal mewujudkan cara dalam menangani rasuah. Adakah dengan kerjasama 2 NGO itu lebih baik daripada cara kita?” tambahnya, yang juga pengerusi Felda.
Shahrir diminta mengulas mengenai perjanjian persefahaman yang ditandatangani Pengerusi Anak Mazlan Aliman, yang juga ahli jawatankuasa Amanah nasional, dan Pengerusi Hisbah, bekas senator Datuk Ezam Md Nor semalam.
Mereka dijangka melancarkan kempen pendedahan dan kesedaran rasuah dalam Felda 21 Mei ini, bermula dengan kawasan Felda di Parlimen Pekan, Pahang.

Najib batal perjanjian RM7.3 bilion Bandar Malaysia - Financial Times

Financial Times melaporkan rakan kongsi Malaysia dalam usaha sama membeli 60% ekuiti projek pembangunan hartanah KL itu 'berdepan kesukaran mendapatkan pembiayaan'.
Financial-Times_TRX-City_600new
PETALING JAYA: Susulan pembatalan perjanjian jualan saham (SSA) projek pembangunan Bandar Malaysia minggu lalu, Financial Times (FT) melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri yang mengarahkan SSA itu ditamatkan.
Sebelum ini, media melaporkan China Railway Engineering Corp (CREC) gagal mendapat kelulusan Beijing dan pembiayaan untuk projek itu. CREC ialah unit China Railway Group milik kerajaan China.
Bagaimanapun, Iskandar Waterfront Holdings (IWH) yang merupakan rakan kongsi Malaysia bagi CREC, juga dipercayai berdepan kesukaran mendapatkan pembiayaan.
“Satu faktor penting ialah kesukaran dihadapi Iskandar Waterfront Holdings, rakan kongsi Malaysianya, dalam mendapatkan pembiayaan, menurut 2 orang yang tahu mengenai proses itu.
“Najib sudah hilang kesabaran dan mengarahkan penamatan perjanjian itu sendiri, kata seorang daripadanya,” lapor FT.
Pada 3 Mei lalu, TRX City Sdn Bhd yang dimiliki Kementerian Kewangan mengumumkan SSA dengan IWH-CREC membabitkan penjualan 60% daripada modal terbitan dan berbayar Bandar Malaysia Sdn Bhd sudah luput dan terbatal.
Rabu lalu, TRX City Sdn Bhd yang dimiliki Kementerian Kewangan mengumumkan perjanjian yang dimeterai dengan IWH-CREC pada 2015 sudah luput dan terbatal kerana “gagal memenuhi obligasi pembayaran”.
IWH-CREC bagaimanapun menafikan dakwaan mereka gagal membuat pembayaran, sekalipun sudah diberikan penangguhan sebanyak 12 kali. Sebaliknya, konsortium kerjasama China-Malaysia itu menegaskan mereka sudah membuat semua bayaran itu kepada TRX City seperti termaktub dalam SSA.
IWH-CREC dalam satu kenyataan pada Jumaat lalu berkata, mereka mempunyai kemampuan dan sumber kewangan mencukupi untuk memastikan pembangunan Bandar Malaysia dilaksanakan secara lancar dan berjaya.
Dengan luputnya perjanjian itu, IWH-CREC bukan lagi pemaju induk projek Bandar Malaysia bernilai RM200 bilion.
Perjanjian Bandar Malaysia antara TRX City Sdn Bhd milik kerajaan Malaysia dan konsortium IWH-CREC dikatakan ialah bahagian penting dalam mesej Tahun Baru penuh yakin Najib yang “cabaran utama” 1MDB sudah berakhir.
TRX City sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Real Estate Sdn Bhd.
Perjanjian itu membabitkan pembayaran AS$1.7 bilion (RM7.3 bilion) daripada IWH-CREC untuk 60% ekuiti dalam projek pembangunan hartanah utama di Kuala Lumpur itu.

326,905 mohon daftar pemilih suku pertama 2017

Daripada jumlah, 242,691 adalah pendaftaran pemilih baru dan 84,214 bagi permohonan menukar alamat bahagian pilihan raya
Ghani-Salleh-spr
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 326,905 permohonan pendaftaran sebagai pemilih dalam suku pertama tahun ini, kata Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh.
Jumlah itu terdiri daripada 242,691 pendaftaran pemilih baru dan 84,214 permohonan pertukaran alamat bahagian pilihan raya daripada pemilih yang sedia berdaftar dengan SPR, katanya.
Selaras dengan Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, Rang Daftar Pemilih Tambahan (DPT) bagi Suku Tahun 1/2017 akan dipamerkan selama 14 hari mulai 9 -22 Mei ini di 960 tempat pameran di seluruh negara, katanya.
“Sepanjang tempoh pameran berlangsung, pemohon yang memohon untuk mendaftar sebagai pemilih baru atau menukar alamat bahagian pilihan raya pada bulan Januari, Febuari dan Mac 2017 dinasihatkan menyemak Rang DPT Suku Tahun 1/2017,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pemohon bagi pendaftaran baru jika mendapati namanya tidak tersenarai dalam Rang DPT itu, boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B dan diserahkan kepada Pendaftar iaitu Pengarah Pilihan Raya Negeri bagi kawasan pendaftaran berkenaan pada waktu pejabat pada hari bekerja dalam tempoh pameran itu, katanya.
Abdul Ghani berkata pemilih berdaftar di satu-satu bahagian pilihan raya yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang di dalam Rang DPT Suku Tahun 1/2017 di satu-satu bahagian pilihan raya, boleh berbuat demikian dengan mengisi Borang C.
Seorang pembantah boleh membantah tidak melebihi 20 orang selaras dengan subperaturan 15 (3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, katanya.

PKR wajibkan bakal calon PRU isytihar harta

Keadaan politik semasa sudah berubah kerana rakyat berhak memilih pemimpin yang bersih dan dilihat bersih dari sebarang salah laku.
nasution-pkr-isytihar-hartaPETALING JAYA: Calon yang dipilih PKR untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 nanti wajib mengisytiharkan harta masing-masing.
Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution berkata keadaan politik semasa sudah berubah kerana rakyat berhak memilih pemimpin yang bersih dan dilihat bersih dari sebarang salah laku.
“Itu ada dalam perbincangan kami. Itu antara pra syarat yang kami tetapkan. Sebabnya, keadaan kini sedikit berbeza, Barisan Nasional kerajaan memerintah manakala kami kerajaan yang menunggu,” katanya kepada FMT, hari ini.
PKR baru-baru ini mengundang perhatian media selepas kekayaan “luar biasa” ketua pemuda Ampang parti itu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lupur April lepas atas 6 pertuduhan berkait keterangan palsu.
Sehingga kini, hanya Naib Presiden Rafizi Ramli konsisten mengisytiharkan harta setiap tahun.
Saifuddin berkata tuntutan semasa mewajibkan PKR melakukan tapisan yang lebih teliti dalam memilih calon bertanding.
“Perkara lain yang kami ambil kira, semakan bankrap, rekod bersih dari rasuah. Beberapa faktor lain seperti bankrap memang menjadi proses tapisan yang kita ambil kira,” katanya.

ADUN DAP Johor mahu projek Bandar Malaysia dirunding semula

Dua wakil rakyat DAP menggesa kerajaan negeri Johor merundingkan semula dengan TRX City Sdn Bhd milik kerajaan persekutuan berhubung pembatalan perjanjaian dengan konsortium IWH CREC Sdn Bhd (ICSB) untuk membangunkan Bandar Malaysia.
ADUN Skudai Dr Boo Cheng Hau, dalam ucapan perbahasan menjunjung kasih ke bawah titah Sultan Johor di DUN Johor hari ini berkata, pembatalan itu memberi kesan kepada syarikat berkaitan kerajaan Johor iaitu Kumpulan Prasana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJSB).
Katanya, Iskandar Waterfront Holdings (IWH) yang memiliki 60 peratus ekuiti dalam ICSB manakala baki, 40 peratus dipegangan oleh China Railway Engineering Corporation.
KPRJSB, pula memiliki ekuiti 40 peratus dalam IWH, dan akan mempunyai kepentingan 14.4 peratus dalam projek Bandar Malaysia jika perjanjian itu menjadi kenyataan.
“Efek kegagalan projek ini telah sekurang-kurangnya membawa kerugian sekurang-kurangnya RM 178 juta bayaran deposit kepada KPRJ, dan pada jangka masa panjang kerugian ekonomi adalah melebihi RM 1.7 billion.
“Oleh itu, kesan perjanjian projek ini sewajarnya dikaji dengan teliti oleh semua pihak,” katanya.
Menurut ADUN Skudai itu, banyak persoalan tertimbul daripada kegagalan perjanjian projek berkenaan, termasuk keraguan terhadap dasar ekonomi, dasar kewangan dan sistem politik kita.
“Dua-dua kerajaan negeri dan persekutuan seharusnya berunding semula bagi menyelesaikan perselisihan berkenaan isu pembayaran kerana ini juga melibatkan kepentingan GLC kerajaan negeri Johor,” katanya.
Semenatara itu, ADUN Jementah Tan Chen Choon mahu kerajaan negeri Johor menyatakan pendirian berhubung perbatalan perjanjian Bandar Malaysia oleh kerajaan pusat itu.
Katanya, menurut laporan media, pihak gabungan IWH dan CREC telah memenuhi semua syarat-syarat perjanjian tersebut dan meminta kerajaan persekutuan meneruskan perjanjian tersebut.
“Menurut Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Johor Tahun 2015, KPRJ telah menyumbang dividen sebanyak RM30 juta dan RM20 juta kepada kerajaan negeri Johor pada tahun 2014 dan 2015 masing-masing.

Bila SPRM nak siasat Exco Kedah beri tanah pada anak pinak

Mejar (B)  Anuar Abdul HamidMejar (B) Anuar Abdul Hamid
Agaknya bila lagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM ) akan bertindak terhadap salah seorang exco Kedah yang telah menyalahgunakan kuasa dengan meluluskan tanah kepada anak pinaknya di Merbok, Kedah.
Janganlah apabila begitu hampir dengan pilihan raya umum barulah tindakan sandiwara akan bermula.
Demikian pertanyaan yang dilontarkan oleh Ketua Pendaftar Keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Kedah, Mejar (B) Anuar Abdul Hamid ketika berucap dalam program isu semasa di Taman Ria, Sungei Petani kelmarin.
Malah katanya, isu ini telah pun didedahkan sebelum ini, namun begitu belum ada apa-apa tindakan yang diambil terhadap exco yang masih berada dalam kabinet kerajaan negeri Kedah.
"Tanah yang dianugerahkan kepada anak-anak exco ini adalah tanah berdekatan dengan Universiti AIMST di Merbok.
"Exco ini sepatutnya disiasat dan dibawa ke muka pengadilan bagi diadili.
"Namun begitu, sehingga kini, tiada apa-apa perkembangan yang menunjukkan bahawa kerajaan sedang berusaha untuk mengmabil tindakan terhadap beliau, " jelasnya lagi.
Katanya lagi, selain itu siasatan juga harus dilakukan keatas dakwaan yang mendakwa sebanyak RM5 juta telah digunakan untuk program Selawat Nabi.
"Apakah program yang melibatkan pimpinan Umno Bahagian di Kedah ini juga akan terlepas dari siasatan dan diadili.
"Masakan program selawat pun menelan belanja yang begitu besar sehingga mencecah RM5 juta.
"Kerajaan tidak harus mengamalkan sikap 'double standard' apabila ada isu yang melibatkan salah laku pimpinan Umno dan BN," tegasnya lagi.

80 Kerusi: Bekas Pengarah Urusan Harakah persoal apa guna undi Pas

Dr Rosli Yaakob... apa guna undi Pas.Dr Rosli Yaakob... apa guna undi Pas.
Bekas Pengarah Urusan Harakah iaitu lidah rasmi Pas, Dr Rosli Yaakop mempertikai pendirian dan hala tuju parti tersebut menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.
Dr Rosli menamatkan khidmatnya dengan Harakah mulai 1 Mei lepas selepas berkhidmat kira-kira empat tahun dengan organisasi media milik Pas itu.
Tulisan itu dibuat seminggu selepas Muktamar Pas ke 63 yang berlangsung di Alor Setar yang membawa perubahan besar kepada hala tuju parti itu.
Tulisan beliau itu kini tular di media sosial apabila bekas Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan itu menganggap sia-sia untuk mengundi parti yang tidak berhasrat untuk menang.
"Pas yang bertanding 80 kerusi dan menjangkakan menang 40 tak boleh perintah Malaysia. Tentulah rakyat Malaysia mahu memilih parti yang berhajat nak perintah Malaysia.
"Jadi, pilihannya sama ada Umno-BN atau PH (Pakatan Harapan). Parti yang masuk PRU14 tanpa ada niat nak ambil alih kuasa tentunya berada di tahap second-rated. Tawar hati orang nak mengundi.
"Nak buat apo undi dia, kalau dia monang pun tak mengubah apa-apa. Lebih baik undi parti yang apabila dio monang boleh membentuk kerajaan," dipetik daripada kenyataan lima perenggan yang tular di media sosial hari ini.
Sebaliknya, bekas calon Pas bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Klawang pada Pilihan Raya Umum ke-13 itu menegaskan adalah lebih baik mengundi parti yang boleh membentuk kerajaan apabila memenangi pilihan raya.
"Dalam PRU14 dijangka dua parti sahaja yang bertanding, 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dun - Umno-BN dan PH. Jelas, yang mana menang majoriti ia akan memerintah Malaysia.
"Jadi, pilihan pengundi ialah A atau B. C akan jadi 'fallback' calon 'in case' dua-dua A dan B pengundi tu memang tak suka.
"Bermakna dengan memilih untuk bersendiri dan tidak bertanding 222 kerusi meletakkan Pas pada kedudukan disadvantaged.

Hadi, Shabery bermesra nelayan terus derita

Walaupun berhujah dengan alasan politik matang dan sejahtera, seorang pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) beranggapan kebersamaan pemimpin PAS dan Umno akhir-akhir ini cuma sandiwara.
Pengerusi AMANAH Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, berkata apa yang lebih penting dan diabaikan adalah nasib rakyat bawahan dan nelayan di negeri berkenaan.
Katanya, politik matang dan sejahtera - yang dipopularkan oleh PAS - sepatutnya bukan terhad kepada pertemuan dengan Umno pada majlis tertentu.
"Tetapi yang lebih besar daripada itu ialah memahami dengan sebenar-benarnya masalah dihadapi rakyat dan nelayan di Terengganu," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut anggota parlimen Kuala Terenganu itu, masalah dihadapi rakyat dan nelayan sudah berlanjutan berlaku, dan begitu lama sebelum Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bersama-sama menghadiri majlis rasmi kerajaan pada 4 Mei lalu.
Pada majlis menurunkan tukun tiruan itu, Abdul Hadi menjadi seorang daripada tetamu kehormat program kerajaan pusat itu.
Ahmad Shabery turut menjelaskan kehadiran Abdul Hadi mendapat restu daripada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun, penyokong PAS berhujah, kehadiran Abdul Hadi itu adalah sebahagian daripada amalan politik matang dan sejahtera parti berkenaan.
Kata Raja Kamarul Bahrin, beliau pernah membangkitkan pelbagai isu berkaitan masalah nelayan di parlimen, termasuk dengan Ahmad Shabery yang bertugas sebagai menteri pertanian dan industri asas tani.
Menurut beliau, tindakan yang perlu diambil kerajaan bukanlah sekadar meletakkan tukun tiruan di lautan kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah yang melanda.
"Walaupun tukun akan menambah bilangan ikan di laut, tetapi tindakan ini akan sia-sia sahaja jika aktiviti haram nelayan Vietnam tidak dibenteras.
"Tukun hanya membantu nelayan Vietnam mendapat tangkapan ikan yang lebih banyak ketika nelayan tempatan terus kerugian dan berputih mata melihat hasil negara dikaut orang asing," katanya.
Turut wajar diberi penekanan, kata Raja Kamarul Bahrin, ialah penambahan peruntukan untuk minyak kapal peronda pihak berkuasa negara.

Sabah paling miskin, tapi bukan penerima BR1M terbesar, kata Shafie Apdal

Shafie Apdal berkata tidak semua orang di Sabah mendapat bantuan tunai dari Putrajaya itu.
shafie-apdal_br1m_sabah_600
PETALING JAYA: Bekas menteri luar bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mendakwa walaupun Sabah merupakan negeri paling miskin, ia bukan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang terbesar di Malaysia.
“Bagi BR1M, satu tahun RM1,000 sahaja, satu bulan RM90. Itu pun tidak semua orang sini dapat. Negeri Sabah negeri yang paling miskin tapi negeri Sabah bukan penerima BR1M yang terbesar di Malaysia,” kata presiden Parti Warisan Sabah itu di sebuah cerama di Pensiangan, semalam.
“Saya difahamkan, saya tidak tahu betul atau tidak… penerima BR1M yang terbesar di negeri Pahang, Kelantan. Tapi Sabah tidak. Kita merupakan negeri paling miskin, paling besar bagi sumbangan kepada negara dan kita paling kurang dapat,” kata Shafie.
Pada 17 Februari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan sebanyak 5,153,238 permohonan BR1M bagi 2017 diluluskan kerajaan.
Selangor mencatatkan kelulusan tertinggi dengan 666,316 permohonan serta Sabah dan Sarawak masing-masing 477,482 dan 537,588 permohonan.
Shafie yang juga ahli Parlimen Semporna berkata partinya lebih berminat mencipta peluang pekerjaan kepada masyarakat luar bandar.
“Kalau orang kampung dapat kerja, gaji satu bulan RM1,000 dapat RM1,000 BR1M untuk setahun. Berikan kerja untuk anak-anak kita di peringkat luar bandar.
“Macam mana kita hasilkan kerja untuk masyarakat luar bandar? Kita kena berikan pendidikan dan latihan. Maka dengan itu kita akan wujudkan Kementerian Pelajaran di peringkat negeri Sabah,” katanya.
Beliau turut mempertikaikan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang baru-baru ini mengkritik cadangan mewujudkan Kementerian Pelajaran untuk Sabah.
“Mereka ingat kita tak mampu buat Kementerian Pelajaran. Siapa cakap kita tak boleh wujudkan Kementerian Pelajaran? Kalau dia boleh buat Kementerian Pertanian kenapa Kementerian Pelajaran tidak boleh wujud?
“Saya uruskan Mara dahulu. Mara jabatan kerajaan. Dia (Mara) boleh wujudkan MRSM, Kolej Polytech Mara dan Universiti Risda saya wujudkan.
“Kalau jabatan boleh kita wujudkan, inikan negeri. Kerajaan ini jauh lebih besar daripada jabatan. Kenapa tidak boleh? Jangan kata kepada saya kita tak boleh sedangkan kita telah buat sebelum ini. Ada cara dia, bukan tidak ada cara,” katanya.

TIADA PUTRAJAYA TANPA MAHATHIR,TIADA 1MDB TANPA NAJIB..!!!

RAKYAT LEBIH INGAT ERA MEWAH DAN BEMERTABAT
Saya tweet hari ini:
Tak ada Putrajaya tanpa Mahathir
Tak ada Jambatan Pulau Pinang tanpa Mahathir,
Tak hidup Langkawi Tanpa Mahathir
Tak ada Proton Saga tanpa  Mahathir
Tak ada F1 tanpa Mahathir dan 
Tak ada 1MDB tanpa Najib.
Tambahan: Tak ada PM Najib tanpa Mahathir – komen Rusty Blade
Herannya semua fakta  ini membangkitkan  kemarahan di kalangan penyokong-penyokong Najib seolah-olah 1MDB itu suatu kesalahan.

Bacalah apa kata mereka:

The Auditor:
Segala bencana perbuatan Madey(Mahathir) kini dipikul bebannya oleh kerajaan dan rakyat.Mamak Madey Kutty hanya kayakan kroni

Auditor: 
Tanpa Mahathir juga tiada zamkata. Bila ini berlaku,rahmat sekalian alam tanpa pembohongan kesat.
People Voice:
Tak ada Madey,tak ada kerugian Bank Negara,BMF,Bank Bumiputra bangkrap,bayaran kepada IPP,ERL hutang ke anak cucu. Zam yang tah apa apa.
Alan:
Sekurang-kurangnya projek Tun M nampak juga hasilnya tapi projek Najib cuma nampak HUTANG ja- tu pon lembu-lembu sokong macam babi gila
Norazniza abd karim:
Betul tu.Kalo tak ada semua tu tak ada Najib tanggung hutang berbillion untuk dilangsaikan. Dan juga jangan lupa tol kena bayar sampai sekarang.
Zaim:
KLIA2,MRT,LRT extend,Pan Borneo,Kedai rakyat 1 Malaysia,Jambatan Kedua Penang,Menara Warisan siapa buat?
Sebenarnya rakyat tidak hiraukan apa  juga pembongkaran terhadap kesilapan Mahathir di masa lalu  kerana sekarang mereka berhadapan dengan berbagai kesulitan yang mengingatkan  mereka tentang  era Mahathir lebih baik; mewah, senang, rakyat bemertabat  dan negara berdaulat.

ZAM

GLC akan rugi jutaan ringgit, kata DAP mengenai pembatalan IWH-CREC

Adun Skudai Dr Boo Cheng Hau berkata sekiranya konsortium gagal menunaikan tanggungjawab kontrak mereka, KPRJ akan kerugian deposit RM178 juta.
boo-cheng-hauPETALING JAYA: Adun Skudai Dr Boo Cheng Hau berkata pembatalan pelaburan konsortium ICSB dalam Bandar Malaysia akan memberi impak buruk kepada syarikat milik kerajaan negeri, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).
Dalam ucapannya pada sesi pembukaan dewan undangan negeri di Johor Bahru hari ini, Cheng Hau berkata Iskandar Waterfront Holdings (IWH) memegang 60% ekuiti ICSB sementara baki 40% lagi dipegang China Railway Engineering Corporation (CREC).
Melalui 40% ekuiti dalam IWH, katanya, KPRJ mempunyai 14.4% kepentingan dalam projek Bandar Malaysia jika rundingan tersebut menjadi kenyataan.
Mengingatkan KPRJ dijangka memikul RM1.7 bilion pelaburan dalam Bandar Malaysia daripada keseluruhan RM7.41 bilion yang dilakukan ICSB, beliau berkata syarikat pelaburan kerajaan negeri itu dijangka memikul RM178 juta daripada deposit RM740 juta ICSB.
“Jika ICSB gagal memenuhi tanggungjawab kontrak seperti yang diumumkan TRX City Sdn Bhd, bahagian KPRJ daripada deposit RM178 juta itu boleh dilucuthakkan, dan kerugian dalam pulangan masa depan daripada pelaburan jangka masa panjang dijangka RM28.8 bilion jika rundingan itu menjadi kenyataan,” katanya.
“Ini akan memberi impak kepada status kewangan KPRJ dan reputasinya.”
Pada 3 Mei lepas, TRX City berkata perjanjian penjualan saham (SSA) dengan IWH dan CREC berhubung penjualan 60% daripada modal berbayar dan terbitan Bandar Malaysia terbatal.
Ia dikatakan kerana kegagalan pihak pembeli menunaikan tanggungjawab pembayaran.
Dalam kenyataannya, TRX City berkata walaupun lanjutan diberikan, IWH-CREC gagal menunaikan tanggungjawab pembayaran sepertimana yang termaktub dalam syarat SSA, yang ditandatangani pada 31 Disember 2015.

"Akhirnya Gobalakrishnan kembali kepada MIC"

Selepas 18 tahun meninggalkan MIC, bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) merangkap bekas Anggota Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan, hari ini kembali menyertai parti itu.
Pengumuman penyertaan Gobalakrishnan bersama MIC dibuat Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam, sewaktu berucap pada Majlis Pecah Tanah dan Meletakkan Batu Asas Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Taman Keladi, di Sungai Petani, hari ini.
Subramaniam berkata, hasrat Gobalakrishnan menyertai semula MIC disuarakan dalam satu pertemuan beberapa minggu lalu, dan hari ini secara rasminya beliau kembali bersama MIC.
"Beliau (Gobalakrishnan) memaklumkan kepada saya beberapa minggu lalu dan minggu lepas dia hantar surat kepada saya, hari ini saya beri kelulusan kepada beliau menjadi anggota MIC.
"Beliau tidak meminta apa-apa jawatan sebaliknya hanya mahu menyumbang kepada masyarakat bersama MIC," katanya pada sidang media, di Sungai Petani hari ini.
Subramaniam berkata, beliau mengalu-alukan sesiapa juga yang berhasrat menyertai MIC dan bersama-sama bekerja bagi mengukuhkan lagi parti.
Sementara itu, Gobalakrishnan berkata, beliau menceburi politik sejak 1987 dan aktif dengan Pergerakan Pemuda MIC, sehinggalah keluar parti dan menyertai PKR pada 1999 akibat hilang keyakinan terhadap kepimpinan Barisan Nasional (BN) ketika itu.

Otai Reformis lancar kempen Bebas Anwar seluruh negara

Aktivis Reformasi, Otai Reformis bakal menggerakkan badan bukan kerajaan (NGO) seluruh negara bagi menuntut pembebasan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketuanya Saari Sungib berkata, ia sebagai sebahagian daripada usaha memberi kesedaran kepada masyarakat atas keperluan pembebasan Anwar yang dianggap sebagai negarawan terulung.

OTAI REFORMIS (10)“Kita akan gerakkan jelajah ke seluruh negara melibatkan penyertaan badan bukan kerajaan (NGO) bagi penganjuran ceramah, kempen dan proses petisyen.
“Ini adalah usaha memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa masalah yang berlaku dalam negara dapat diselesaikan dengan menukar kerajaan.
“Namun, fokus dan keutamaan kami adalah ke arah pembebasan Anwar,” katanya yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Hulu Kelang.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum memohon perkenan Yang DiPertuan Agong, Sultan Muhammad V bagi proses pengampunan di raja terhadap Anwar.
Terdahulu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerusi Kumpulan Kerja Penahananan Arbitrari mengesahkan Anwar adalah tahanan politik.
Pendirian sama turut dinyatakan Working Group United Nations bahawa pemenjaraan Anwar dilaksanakan bagi menyekat pengaruh politik bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
BEBAS ANWARAnwar kini menjalani hukuman penjara 5 tahun selepas didapati bersalah atas sabitan liwat ke atas bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhary.
Untuk rekod, lanjutan permohonan pembebasan Anwar telah dikemukakan kepada mahkamah dan Istana untuk tempoh ketiga sepanjang penahanannya di Sungai Buloh.
Sebelum ini, rayuan oleh Anwar dan anggota keluarganya terhadap keputusan Lembaga Pengampunan yang menolak petisyen atas sabitan meliwat di dengar di Mahkamah Rayuan, 19 Januari lalu.

Tukar pinjaman PTPTN kepada geran pemberian - Wong Chen


Pembangkang mencadangkan supaya kerajaan menukar status pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi universiti awam, terus kepada geran pemberian.
Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen daripada PKR berkata, dengan kadar pembayaran semula peminjam yang terlalu rendah iaitu sekitar 14 peratus, mereformasi PTPTN adalah perkara penting dalam mengurangkan beban anak muda.
"Langkah ini, sekali gus mewujudkan Malaysia sebagai model negara berkebajikan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata demikian berdasarkan hasil kajian yang dilakukan oleh pihaknya mendapati kerajaan Persekutuan mampu melaksanakan cadangan itu.
Katanya berdasarkan kajian baharu itu juga, menunjukkan bahawa berdasarkan data bilangan pelajar dan kos pengajian semasa, kerajaan hanya memerlukan belanja tambahan sebanyak RM1.77 bilion setahun untuk melaksanakan pendidikan percuma.
PTPTN telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997.
Fungsi utama penubuhan perbadanan ini adalah untuk menguruskan pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran pengajian tinggi kepada para siswa dan siswi yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia.
Bertitik tolak dari pinjaman kewangan yang diberikan, PTPTN juga bertanggungjawab untuk memungut kembali bayaran balik dari para peminjam yang telah melakukan pinjaman mereka dengan perbadanan tersebut.

ADUN Johor bantah jualan aset berharga GLC

Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak perlu menjual aset yang baik serta berpotensi, kata ADUN Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid.
“Maka Kempas berharap tidak ada rancangan senang di masa-masa akan datang untuk menswastakan atau menjual aset-aset yang baik dan berpotensi kepada mana-mana pihak lebih-lebih lagi jika GLC itu sendiri mampu untuk memajukan projek tersebut,” kata ADUN Umno itu.
Beliau berkata demikian di Dewan Undangan Negeri Johor ketika perbahasan titah Sultan Johor yang dibacakan oleh Tunku Mahkota Johor.
Tengku Putra Haron berkata aset dan projek yang baik serta menguntungkan dijual kepada orang lain sedangkan anak syarikat kerajaan dibiarkan dengan hanya aset kurang berpotensi dan projek yang merugikan sahaja.
Beliau merujuk kepada titah ucapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang dibuat pada perasmian DUN Johor pada Khamis lalu.
Selain mengingatkan GLC supaya tidak menjalankan perniagaan di luar bidang yang ditetapkan, Sultan Ibrahim bertitah, anak-anak syarikat milik kerajaan negeri juga harus mempunyai urus tadbir yang teratur dan mengikut garis panduan ditetapkan.
Baginda juga bertitah kepada mereka yang bertanggungjawab dalam GLC supya jangan hanya pandai meminta bayaran gaji yang tinggi tetapi tidak memberi apa-apa pulangan kepada kerajaan.

Impian berkecai buruh China-Komunis di Forest City

Terpikat gaji mahal, ratusan warganegara China menghabiskan pinjaman masing-masing untuk membayar agen bagi mendapatkan kerja di Forest City Johor.
Malah, ada yang terpaksa meminjam wang untuk tujuan itu.
Bagaimanapun, memasuki Malaysia dengan pas lawatan sosial, pekerja-pekerja itu terpaksa pulang ke negara asal apabila mungkin terpaksa bekerja secara haram atau dibayar lebih rendah daripada yang dijangkakan.
Dalam tempoh dua bulan terakhir, terdapat antara mereka yang tersadai di lapangan terbang Senai, Johor, dan di jalanan sementara menunggu penerbangan pulang ke China.
Anggota Dewan Undangan Negeri Senai Wong Shu Qi berkata, kumpulan itu kini tiada lagi wang setelah membayar antara 10,000 yuan (RM6,288) hingga 24,000 yuan (RM15,092) kepada agen di negara mereka.
“Saya difahamkan oleh media tempatan bahawa seramai 50 orang daripada wilayah Jilin (di China) terkandas di lapangan terbang. Ini berlaku hampir tiap hari,” katanya kepada Malaysiakini dua minggu lalu.
Forest City dibangunkan bersama oleh Country Garden Holdings (CG) dariapda China dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).
Projek itu dilaporkan melibatkan lebih 70 pemaju, kontraktor dan subkontraktor China, termasuk Huaxi, Shen Teng and Hua San International.

Pekerja-pekerja asing itu diupah oleh individu-individu di China,yang dilantikan oleh subkontraktor projek.
Wang Xiaowei, pekerja 40 tahun dari Shaanxi, China, berkata beliau datang ke negara ini setelah dijanjikan gaji sehingga RM9,432 – tiga kali ganda daripada gajinya sekarang.
Terpesona dengan bayaran itu, Wang dan tiga rakannya imeminta jang untuk membayar agen.
Bagaimanapun, setiba sahaja di hotel, mereka terkejut apabila mendapati terdapat pekerja-pekerja lain telah beberapa bulan tidak mendapat gaji.
Akhirnya, kata Wang, dia terpaksa bekerja enam bulan di Malaysia semata-mata untuk membayar pinjaman untuk membayar agen.
Bagaimanapun, tidak semua daripada mereka pulang ke Tanah Besar, katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di lapangan terbang Senai, Johor Bahru.

Selepas kabinet baru, laluan kerjasama Pas-Umno lebih mudah

AHMAD LUTFI OTHMAN
Mustafa dan Iskandar yang pro pembangkang terpinggir dalam kabinet baru Pas.Mustafa dan Iskandar yang pro pembangkang terpinggir dalam kabinet baru Pas.
Politik di Selangor memang menarik tetapi saya tidak bercadang mengulasnya -- selepas menulis tentang situasi di Kedah, Johor dan Perak -- sehinggalah muktamar tahunan Pas baru-baru ini mengambil ketetapan sebulat suara untuk memutuskan hubungan dengan KeADILan.
(Sebenarnya saya lebih berminat untuk membuat tinjauan di Kelantan, dengan membayangkan kemungkinan berlaku arus perubahan pada akar umbi, selain keistimewaan faktor Husam Musa dan kesediaan Parti Amanah Negara untuk mengambil alih kerajaan negeri daripada Pas, yang memerintah sejak 1990).
Dalam muktamar 2015 di Kuala Selangor, Pas meluluskan usul -- tanpa bahas -- menamatkan kerjasama politik dengan DAP, ekoran resolusi muktamar Dewan Ulama, seterusnya menguburkan Pakatan Rakyat. Bagaimanapun Parti Islam itu kekal dalam kerajaan negeri Selangor, dengan tiga Adunnya dilantik anggota exco, kerana, antara lain, masih ada hubungan dengan KeADILan.
Majoriti lebih besar
Dalam PRU13, Pakatan Rakyat menang besar dengan majoriti lebih dua pertiga, iaitu 44 kerusi Dun (KeADILan, 14; Pas, 15; DAP, 15). Berbanding pilihan raya 2008, prestasi Pas melonjak hampir dua kali ganda, KeADILan kurang satu dan DAP menambah dua kerusi. Bagaimanapun atas persefahaman bersama tiga parti, wakil KeADILAN tetap dilantik menteri besar.
Dalam PRU1999, Pas sudah menunjukkan keupayaannya sebagai pembangkang utama di Selangor apabila menguasai empat kerusi Dun, manakala KeADILan dan DAP masing-masing satu. Adun Pas Sungai Burong, Dr Hasan Ali dilantik ketua pembangkang dan berjaya menggegarkan sidang Dewan Negeri dengan isu salahguna kuasa MB Dr Khir Toyo.
Sebenarnya hubungan dingin di antara Pas dan KeADILan ini sudah dikesan sejak lama. Ya, bukan mudah untuk memastikan kerjasama politik kedua-dua parti yang tertumpu kepada konstituensi hampir sama, iaitu kerusi majoriti pengundi Melayu. (Ia juga terjadi dalam BN dahulu, antara Pas dan Umno, yang hanya bertahan dalam satu pilihan raya, 1974). Maka berlakulah pertandingan melibatkan pertembungan sesama sendiri calon Pas dan KeADILan, di beberapa kerusi Dun, khususnya pada 2013, menyebabkan Umno memperolehi keuntungan besar.
Lebih sukar bertahan 
Hubungan Pas dan PKR telah diputuskan oleh muktamar, namun apa yang akan dibuat oleh Majlis Syura untuk mengurangkan kesan buruk kepada Pas.Hubungan Pas dan PKR telah diputuskan oleh muktamar, namun apa yang akan dibuat oleh Majlis Syura untuk mengurangkan kesan buruk kepada Pas.
Saya secara peribadi pernah meramalkan hubungan Pas-KeADILan lebih sukar dipertahankan berbanding persefahaman Pas-DAP. Ini kerana kerusi tumpuan Pas tidak bertindan dengan DAP, walaupun dari segi dasar perjuangannya cukup berbeda. Malangnya, rakaman sejarah menunjukkan tanggapan saya meleset.
Kematangan dan pengalaman kepemimpinan kedua-dua parti juga meyakinkan saya bahawa hubungan unik itu tidak mudah retak, apatah lagi untuk putus terus, sehingga dianggap musuh utama pula! Saya teringat pertemuan pada bulan Ramadan 2010 di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), dengan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Waktu itu, saya masih uzur selepas beberapa bulan menjalani operasi pembedahan jantung.
Setiausaha Agung DAP itu memberitahu saya, beliau yakin hubungan baik antara Pas-DAP mampu dipertahankan sekurang-kurangnya jika masih ada dua tokoh, iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Lim Kit Siang.
"Kedua-duanya berkongsi susah-senang bersama, terutama berdepan tindakan keras dan zalim Umno-BN. Mereka tahu betapa sukarnya untuk kita bekerjasama dan tentu sekali tidak mudah untuk membiarkannya putus," kata Guan Eng, sementera menunggu pesawat ke Pulau Pinang, sambil menasihatkan saya menjaga kesihatan "agar dapat bersama membantu Pakatan Rakyat berdepan PRU13".
Keluar BA tapi tetap berkawan 
Perselisihan pada 2001, yang membawa DAP keluar Barisan Alternatif tidak seteruk sekarang apabila Pas-DAP masih menjalin hubungan tidak rasmi dan di sesetengah negeri kerjasama terus berjalan baik.
Selagi parti-parti pembangkang utama bercakaran, dan terus berbalah atas perbedaan masing-masing, Umno-BN boleh tidur lena. Keupayaan elit pemerintah mengekalkan kuasa lebih difaktorkan oleh perpecahan sesama oposisi, berbanding prestasi baik kerajaan.
Dan hanya berpunca daripada faktor remeh-temeh atau sengaja dimanipulasi seteru politik, tanpa pengurusan konflik dalaman yang berkesan, gabungan pembangkang boleh terburai dengan senang. Apatah lagi bagi strategis BN, survival kuasa hanya boleh dipertahankan jika persefahaman dua parti berlainan kutub, iaitu Pas-DAP, dapat dipisahkan kembali.
Dalam konteks Selangor, apakah sekiranya Pas menarik diri susulan keputusan muktamar di Kota Sarang Semut, Kedah, kerajaan negeri boleh ditumbangkan? Saya kira Majlis Syura Ulama Pas tidak mempunyai pilihan selain menurut usul yang dipersetujui itu. Ruang yang ada kepada mereka hanyalah menentukan bila ia akan dikuatkuasakan; satu pertimbangan strategi politik dan bukan lagi soal hukum-hakam.
Nilai-tambah buat Amanah
Amanah pimpinan Izham Hashim kini mempunyai peluang cerah di Selangor.Amanah pimpinan Izham Hashim kini mempunyai peluang cerah di Selangor.
Banyak pihak berpendapat, sukar bagi wakil-wakil Pas mengosongkan beribu-ribu jawatan politik di Selangor, bukan hanya atas kepentingan peribadi, tetapi ia akan memberi nilai-tambah yang besar kepada saingan utamanya, iaitu Parti Amanah Negara. Ia boleh dianggap satu bonus tambahan kepada Amanah yang cukup bermakna menjelang PRU14.

LKS: Berapa ramai rakyat percaya saya mahu jadi PM?

Dalam tempoh 24 jam lalu, saya terserempak dengan tiga perkara di media sosial dalam kempen fitnah ganas yang dilancarkan oleh tentera siber Umno/BN dalam propagandanya menjelang pilihan raya umum ke-14.
Semuanya, menggambarkan saya sebagai syaitan, puaka, jembalang dan kononnya bahawa saya adalah anti-Melayu, anti-Islam; punca 13 Mei 1969; komunis; tali barut kuasa asing.
Tuduhan juga termasuk saya yang menguasai Pakatan Harapan dan menjadikan pemimpin lain seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Azmin Ali dan Mohamad Sabu sebagai tali barut dan boneka saya.
Kecaman pertama melalui WhatsApp tertera dengan kata-kata: "Bola kristal menunjukkan bahawa Lim Kit Siang akan menjadi perdana menteri selepas PRU14."
Kedua adalah klip video seminit 15 saat di YouTube dengan tajuk "Apa Untong Rakyat Dengan DAP", yang memaparkan saya dalam seragam komunis, serta menuduh saya punca rusuhan 13 Mei pada 1969 dan kuasa di belakang DAP yang menerajui Pakatan Harapan.
Ketiga adalah tuduhan bahawa saya mahu menjadi perdana menteri selepas pilihan raya umum ke-14 supaya saya boleh menamakan anak saya, Guan Eng sebagai timbalan perdana menteri.
Berapa ramai rakyat Malaysia yang percaya bahawa cita-cita politik saya adalah untuk menjadi perdana menteri Malaysia dan untuk melantik Guan Eng sebagai timbalan perdana menteri?
Saya telah berkecimpung dalam politik Malaysia selama 51 tahun dan cadangan untuk menjadi perdana menteri Malaysia tidak pernah terlintas dalam fikiran saya.

Zaid: Dr Mahathir layak jadi PM, kalau dia mahu

Bekas menteri itu berkata penglibatan Dr Mahathir Mohamad dalam Pakatan Harapan akan menyaksikan pengundi Melayu buat pertama kali memacu kemenangan pembangkang.
zaid-ibrahim-mahathir
KUALA LUMPUR: Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan penglibatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai suntikan baru kepada pembangkang, sambil berkata ia memberikan pilihan calon perdana menteri sekiranya pembangkang berkuasa pada pilihan raya umum akan datang.
Zaid, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri yang kini menyertai DAP, bagaimanapun berkata sama ada menerima pelawaan untuk kembali semula memegang jawatan perdana menteri merupakan pilihan Dr Mahathir.
Zaid berkata ramai yang mempertikaikan perpaduan di kalangan parti pembangkang, tetapi dengan adanya Dr Mahathir, ia tidak lagi menjadi kebimbangan.
“Dengan penglibatan Dr Mahathir, kita kini ada calon perdana menteri yang serius, sekiranya beliau mahu.
“Kalau pun beliau tidah mahu menjadi perdana menteri, beliau tahu boleh menjawatnya kerana beliau pernah melaluinya dulu.
“Beliau memiliki kredibiliti untuk membuat keputusan,” kata Zaid.
Menurutnya, penyertaan Dr Mahathir dalam pembangkang bakal menyemarakkan sokongan pengundi Melayu kepada Pakatan Harapan.
Zaid berkata Dr Mahathir memilih bersama pembangkang atas kemahuannya sendiri dan bukan kerana hilang jawatan dalam kerajaan seperti ramai bekas pemimpin Barisan Nasional (BN) lain yang pernah berubah menjadi pembangkang.
“Dr Mahathir secara sukarela berdiri bersama pembangkang, memberikan kepercayaan kepada mereka dan menghilangkan keraguan di kalangan mereka yang berhati-hati terhadap pembangkang.
“Dan beliau bukan berbuat demikian untuk suka-suka atau untuk menjadi hebat,” katanya.
Zaid berkata orang Melayu kini semakin mendekati Pakatan Harapan disebabkan penglibatan Dr Mahathir.
“Inilah kali pertama kita akan saksikan sokongan utama pembangkang datang dari kalangan orang Melayu,” katanya.
Pakatan Harapan dianggotai 4 parti, termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipengerusi Dr Mahathir. Tiga parti lain ialah PKR, DAP dan Amanah.

Umum hapus dasar Kabotaj malukan BN Sabah


Khairudin DaudKhairudin Daud
Pengumuman Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak untuk menghapuskan Dasar Kabotaj memalukan BN Sabah kerana janji ini telah menjadi manifesto pembangkang sejak 2013 lagi, namun diperlekehkan BN Sabah ketika itu.
Ketua Pemuda Amanah Amanah, Khairudin Daud dalam satu kenyataannya berkata, sewaktu PRU-13, BN Sabah memperlekehkan manifesto ini dan menyifatkannya sebagai janji bulan dan bintang pembangkang di Sabah.
"Namun, kali ini Dato' Seri Najib sendiri yang mengumumkan akan menghapuskan dasar ini bermula 1 Jun 2017 dan ini sangat memalukan BN Sabah dibawah kepimpinan Dato' Seri Panglima Musa Hj Aman," kata Khairudin dalam satu kenyataaannya.
Najib sewaktu menyampaikan ucapan dalam program Ekspresi Negaraku di Padang Bandaran Sandakan kelmarin, telah mengumumkan akan menghapuskan dasar kabotaj bermula 1 Jun tahun ini.
Dalam ucapan beliau, penghapusan ini dibuat selepas Kementerian Pengangkutan (MoT) bersetuju membincangkan semula isu itu. Walau bagaimanapun, penghapusan polisi ini tidak termasuk urusan pelabuhan dalam negeri Sabah, Sarawak dan Labuan.
"Pemuda Amanah Sabah berpandangan pengumuman yang disebut oleh Dato' Seri Najib Razak ini adalah satu janji manis pilihanraya yang dijangka akan berlangsung dalam masa terdekat," katanya.

Umum mengetahui, penghapusan Dasar Kabotaj adalah manifesto pembangkang Sabah sejak 2013.
Tidak kiralah parti pembangkang lokal mahupun nasional, kesemuanya secara terbuka, menolak Dasar Kabotaj di Sabah.
Dan kini diteruskan dalam koalasi politik baru iaitu Pakatan Harapan Sabah sebagai salah satu agenda besar sejurus selepas Pakatan Harapan memenangi pilihanraya umum ke-14.
Dalam pada itu, Pemuda Amanah Sabah turut menggesa harga barangan diturunkan berikutan langkah kerajaan menghapuskan dasar kabotaj ini.

Warga Felda bimbang nasib makin terjejas jika ‘syarikat asing’ kuasai FGV

Warga Felda bimbang nasib makin terjejas jika ‘syarikat asing’ kuasai FGV
Kebanyakan peneroka Felda mengakui terpaksa melalui kehidupan sukar dengan belenggu hutang dan keadaan ekonomi negara yang teruk terutama sejak GST diperkenalkan. 
KHABAR tentang Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bakal menamatkan perjanjian pajakan tanah (LLA) dan kemungkinan munculnya “syarikat asing” sebagai pemegang saham baharu Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) membimbangkan warganya.
Rata-rata yang ditemui The Malaysian Insight khuatir sekiranya saham dan pengurusan FGV diambil alih ahli perniagaan Indonesia, nasib peneroka serta warga Felda akan semakin terjejas.
Abdul Rahman Ramli, 57, dari Felda Raja Alias di Jempol, Negeri Sembilan berkata, langkah ini sudah pasti akan memberikan kesan langsung kepada peneroka terutama dari segi keuntungan dan kerugian hasil.
“Hasil ladang atau buah tandan baik (BTB) dihantar ke kilang sawit Felda. Kilang tersebut sekarang sudah beralih tangan daripada milik Felda kepada kilang sawit milik FGV.
“Jika ini berlaku, mereka (ahli perniagaan Indonesia) akan menguasai hasil jualan, penentuan harga dan sebagainya mengikut keperluan dan keuntungan mereka,” katanya.
Sebelum ini media melaporkan, Felda terbuka kepada idea untuk menyelesaikan LLA dan mendapatkan semula tanah yang kini dipajak dan diuruskan FGV dalam usaha memperoleh pulangan lebih tinggi dan kemungkinan munculnya pemegang saham baharu.
Pemegang saham baharu dikatakan ahli perniagaan Indonesia, Martua Sitorus, pengasas bersama Wilmar International Ltd, melalui suntikan aset ke dalam FGV sebagai balasan untuk saham dan penguasaan pengurusan.
Kepentingan Felda dalam FGV kira-kira 34% dan syarikat senaraian awam itu menguruskan kira-kira 335,000 hektar daripada 850,000 hektar tanah mereka.
“Mengapa nak jual saham FGV kepada ahli perniagaan Indonesia? Mengapa perlu berkongsi Felda dengan Indonesia pula?” soal Abdul Karim Masri, 48, yang sudah menetap di Felda Sungai Tengi di Hulu Selangor, Selangor selama 45 tahun.
“Sudah pasti ini akan mendatangkan masalah kepada peneroka Felda. Peneroka kini hidup dengan banyak hutang. Selama ini Felda sudah bagus. Semenjak wujudnya Felda Technoplant dan FGV, kehidupan orang Felda semakin teruk.”
Samsudin Ishak dari Felda Sungai Tengi bimbang nasib peneroka bertambah buruk sekiranya berlaku kesilapan dalam menguruskan FGV. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 8 Mei, 2017.
Samsudin Ishak dari Felda Sungai Tengi bimbang nasib peneroka bertambah buruk sekiranya 
berlaku kesilapan dalam menguruskan FGV.
Peneroka tanggung beban
Felda Technoplant Sdn Bhd adalah anak syarikat Felda – ditubuhkan pada 2005 untuk menguruskan kebun peneroka yang sudah mengeluarkan hasil dan tanaman semula.
Samsudin Ishak, 49, dari Felda Sungai Tengi berkata, sebarang kesilapan dilakukan warga asing yang menguruskan FGV, peneroka juga bakal menanggung beban.
“Saya rasa Felda ini seolah-olah mahu ‘cover’ balik duit yang sudah hilang.
“Sekarang ini peneroka sudah berhutang banyak. Dengan keadaan ekonomi yang teruk dan pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST), keperitan hidup makin terasa bagi warga Felda,” katanya.
Bernama melaporkan baru-baru ini, Felda perlu membayar minimum RM3 bilion kepada FGV dan memberi notis 11 bulan jika mahu menamatkan LLA.
Presiden dan Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Zakaria Arshad berkata disebabkan masalah sebenar yang mencetuskan pilihan LLA adalah berkaitan aliran tunai Felda, kedua-dua pihak perlu berbincang lagi bagi menangani perkara itu.

DAP jadi kambing hitam kempen fitnah ganas UMNO

DAP sering menjadi kambing hitam dengan pelbagai dakwaan tidak masuk akal untuk mengelirukan rakyat terhadap isu-isu kritikal yang melanda negara seperti isu rasuah skandal terbesar 1MDB, ekonomi, alam sekitar, pengangguran dan sebagainya.

Antara dakwaan yang sering dilontarkan kepada DAP khususnya Lim Kit Siang ialah mengaitkan beliau kononnya anti-Melayu, anti-Islam, pencetus tragedi 13 Mei 1969, komunis, tali barut kuasa asing dan sebagainya.
Ini termasuklah dakwaan mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia dan menguasai gabungan pembangkang dalam Pakatan Harapan kononnya negarawan dan pemimpin seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Azmin Ali dan Mohamad Sabu sekadar boneka.
Semua dakwaan karut ini bagaimanapun dijawab Ahli Parlimen Gelang Patah itu menyifatkan ia sebagai kempen fitnah ganas yang dilancarkan tentera siber UMNO – BN menjelang pilihan raya umum ke-14.
“Saya telah berkecimpung dalam politik Malaysia selama 51 tahun dan cadangan untuk menjadi perdana menteri Malaysia tidak pernah terlintas dalam fikiran saya.
“Berapa ramai rakyat Malaysia yang percaya bahawa cita-cita politik saya adalah untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dan untuk melantik Lim Guan Eng sebagai Timbalan Perdana Menteri?”  soalnya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Kit Siang, beliau menyertai politik untuk memperjuangkan Impian Malaysia di mana semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama atau wilayah, semuanya bersatu dan bangga mereka adalah rakyat Malaysia

ULAMA AGAMA, ULAMA POLITIK

Ulama kerap disebut sebagai pewaris para Nabi. Ungkapan itu dengan sendirinya bermaksud kedudukan ulama ialah untuk menyampaikan risalah-risalah kebenaran tentang kehidupan berpandukan Al-Quran dan Hadis setelah wafatnya Nabi-Nabi.

Memang kita menghormati para ulama atas ketinggian ilmu agama yang dimiliki serta kesungguhan mereka berdakwah, mengajar kebaikan dan mengajak untuk menjauhi kejahatan.

Tentunya setiap kita tidak terlepas daripada mendapat bimbingan para ulama dalam menjalani kehidupan, baik secara langsung dengan menghadiri kelas-kelas pengajian dan kuliah di majid serta surau atau secara tidak langsung melalui tontonan di televisyen, youtube, kaset, cakera padat pembacaan buku-buku dan sebagainya.

Secara umumnya, oleh kerana agama itu sebahagian daripada keperluan dalam kehidupan, kita memang menghormati para ulama. Tidak saja kerana ilmu dan dakwah yang disampaikannya, malah kadangkala seseorang yang berpakaian seperti kebiasaan para ulama pun kita terlangsung menghormati mereka, walaupun tidak mengenali atau mengetahui namanya.

Begitulah tingginya rasa hormat dan kekaguman kita secara semulajadinya kepada ulama.

Tetapi, kita juga mesti sedar bahawa meskipun ulama adalah pewaris para Nabi, mereka sebaliknya tidaklah maksum seperti Nabi. Ulama tetap manusia biasa yang ada keinginan, nafsu serta kehendak tertentu dalam kehidupan seharian mereka.

Sebab itu, di samping ramai yang jujur, ikhlas dan menjalani kehidupan semata-mata untuk mencari redha Allah atas kedudukan sebagai ulama dan ilmu yang dimiliki, terdapat juga segelintir lain yang menjalani kehidupan mewah, mengenakan bayaran tinggi untuk berceramah serta longgar dalam mendidik keluarga sendiri untuk hidup sepertimana yang mereka ajarkan di kuliah di sana-sini.

Selain itu, terdapat juga ulama yang menceburi politik, sama ada bersama dengan kerajaan atau menentang kerajaan. Tidaklah menjadi kesalahan bagi para ulama untuk terjun ke dunia politik, malah tentunya memberi lebih kebaikan kepada negara dan masyarakat jika mereka sentiasa berpegang kepada ajaran agama serta tidak membiarkan diri tunduk merendah terhadap kepentingan politik atau parti di mana mereka bernaung.

Sepertimana yang kerap terjadi, tidaklah di Malaysia, tetapi di sebuah negeri lain di benua Afrika, ulama kebanyakannya mula "rosak" apabila terjun berkecimpung dalam politik. Selalunya kepentingan diri dan keduniaan akan sentiasa mengatasi kepentingan agama dalam kehidupan seharian selepas mereka menceburi politik.

Baik yang bersama kerajaan atau yang menentang kerajaan, perangai dan kelakuan mereka hampir sama saja. Tuan politik atau kepentingan politik akhirnya jadi lebih besar daripada Tuhan yang Maha Esa yang menciptakan langit, bumi dan segala isi dunia ini.

Nurul Izzah persoal peguam negara bela menteri Umno dalam saman fitnah

Mahkamah menangguhkan saman fitnah naib presiden PKR itu ke atas ketua polis dan menteri atas tuduhan khianat selepas pertemuan di Filipina pada hujung 2015.
nurullaw1
KUALA LUMPUR: Saman fitnah Nurul Izzah Anwar berhubung tuduhan beliau seorang pengkhianat ditangguhkan hari ini selepas peguam mempersoalkan kewajaran Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diwakili peguam kerajaan.
Peguam Sivarasa Rasiah berkata anak guamnya mempersoalkan kewajaran Ismail, yang disaman bersama-sama Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, diwakili oleh Jabatan Peguam Negara.
“Dia (Ismail) buat kenyataan yang kita anggap fitnah dalam satu majlis anjuran Umno, bukannya majlis rasmi dan bukan apa-apa yang berkaitan dengan tugas rasminya sebagai menteri.
“Isu yang disentuh dalam percakapan dia tidak ada kena mengena dengan tugasnya sebagai menteri. Dalam konteks itu, ada persoalan yang wajar kenapa peguam negara mewakilinya dalam kes ini,” katanya.
Khalid dan Ismail disaman Nurul Izzah susulan kenyataan mereka mengenai pertemuan naib presiden PKR itu dengan Puteri Jacel Kiram III, anak kepada Jamalul Punjungan Kiram III, orang yang mengaku pewaris takhta kesultanan Sulu yang pernah memerintah Sabah, dan menjadi dalang serangan ke atas Lahad Datu pada awal 2013.
Susulan pertemuan itu dilaporkan, Khalid pada 22 November 2015 berkata beliau akan memanggil Nurul Izzah untuk mengetahui sama ada terdapat pihak tertentu di negara ini yang merancang pencerobohan di Lahad Datu pada 2013.
Khalid turut menyatakan Nurul Izzah mungkin disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.
Pada hari sama, Ismail berkata pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel adalah pengkhianatan kerana ahli keluarga terlibat dengan tragedi Lahad Datu.
Pertempuran di Lahad Datu antara sekumpulan pemisah dari Filipina tercetus pada 11 Feb 2013, dan tamat pada 24 Mac 2013, mengorbankan 56 militan dan 10 anggota tentera Malaysia.
Sivarasa berkata mahkamah hari ini mengarahkan plaintif dan defendan mencari penyelesaian melalui proses mediasi sebelum perbicaraan dilakukan.
“Kes ini belum dihantar kepada mediasi, ia amalan di Mahkamah Tinggi yang mana semua kes sebelum sampai ke bicara penuh perlu dihantar kepada mediasi. Ia satu percubaan untuk selesaikan kes,” katanya, dan menambah pihaknya bagaimanapun sedia untuk perbicaraan.

NGO hantar petisyen pada Agong agar ampunkan Anwar

Beberapa kumpulan hari ini menyerahkan petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bagi memohon baginda memberikan pengampunan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jurucakap Otai Reformis, Ronnie Liu berkata, sekiranya Anwar diampunkan, ketua umum PKR itu masih boleh mengambil bahagian untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14.
"Jika tidak, Anwar hanya boleh dibebaskan pada 10 Jun tahun depan, yang lama lagi," katanya selepas menyerahkan memorandum itu kepada Pengerusi Otai Reformis, Saari Sungib dan ADUN Port Dickson M Ravi (PKR).
Otai Reformis yang terlibat aktif dalam gerakan Reformasi 1998 berkata, selain itu mereka juga akan mengadakan siri jelajah kempen "Bebaskan Anwar" di seluruh negara.
Saari yang juga ADUN Hulu Kelang, berkata siri jelajah itu akan diadakan di seluruh negara sehingga tokoh itu dibebaskan.
Sebanyak 18 kumpulan lain turut menandatangani memorandum itu.
Kira-kira 60 orang hadir menyerahkan memorandum tersebut yang diterima pegawai istana, Cik Hilmi Cik Musa.

ADUN DAP pertikai soalan harta tanah Johor ditolak

Anggota Dewan Negeri (ADUN) Pengkalan Rinting Cheo Yee How mempertikaikan tindakan kerajaan negeri menolak soalannya dalam dewan negeri, antaranya berkaitan isu hartanah Johor.
Beliau menuntut kerajaan negeri menyenaraikan bilangan pejabat penjualan di luar negeri untuk pemasaran harta tanah di zon antarabangsa, mengikut negara masing-masing.
Wakil rakyat DAP itu juga mahu tahu senarai kesemua lokasi tanah yang dikurniakan untuk tujuan perswastaan kepada syarikat berkaitan kerajaan negeri dari permulaan penswastaan sehingga kini.
“Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan telus, jawapan mestilah diberikan,” katanya.
“Sehubungan dengan itu, saya beranggap kerajaan negeri tidak bertanggungjawab, dan ingin menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan awam.”
Beliau berkata soalan-soalan beliau itu penting kerana ia bersabit kepentingan awam.
Johor berdepan kritikan berkaitan isu kedaulatan dan perubahan demografik oleh pembangkang dalam isu harta tanah Forest City yang dibina atas tanah tambak.

Projek itu bagaimanapun disangkal oleh kerajaan negeri dan pemimpin-pemimpin parti pemerintah BN.
Dalam kenyataan hari ini, Cheo berkata soalan beliau ditolak Perintah tetap dewan negeri Johor bilangan 25 (3).
Peruntukan itu antaranya membenarkan menteri besar tidak mengendahkan soalan-soalan ditujukan atas alasan “bagi faedah am”, dengan persetujuan speaker.

Bebas Anwar: Otai Reformasi hantar memo pada Agong

Surat terbuka Ezam kepada Majlis Syura Ulamak Pas

Kehadapan Al Fadhil Tuan-tuan Guru, Ustaz-ustaz dan Tuan-tuan ahli Majlis Syura Pas yang saya muliakan.
Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor 1.Pertamanya saya memohon maaf kerana menemui Tuan-tuan hanya menerusi warkah terbuka ini.
2.Surat ini lahir dari hati sanubari saya sendiri setelah mengikuti perkembangan Pas akhir-akhir ini dan keputusan-keputusan yang telah diambil dan akan diambil oleh Pas dalam meneruskan perjuangan sebagai sebuah parti.
3.Saya mengikuti perkembangan Pas kerana seperti ramai rakyat Malaysia lain di negara ini melihat Pas sebagai sebuah parti besar dan panjang sejarahnya dan tentunya relevan dalam konteks perjalanan Malaysia sebagai sebuah negara secara keseluruhannya.
4.Lebih penting bagi saya sendiri kerana secara peribadinya saya kenal dekat dengan ramai kalangan pimpinan Pas kerana pada era awal Reformasi saya memimpin pemuda KeADILan bersama Pemuda Pas dan lain2 bergerak keseluruh pelosok tanahair bersama.Seingatan saya tidak ada kawasan Pas ditanahair ini yang saya dan rakan-rakan  tidak kunjungi.
5.Pada masa itu juga saya mengetuai jentera pilihanraya KeADILan dan berkesempatan dekat dengan pimpinan utama Pas termasuk Presiden Almarhum Ustadz Fadzil Nor.Justeru semasa saya dan rakan-rakan  ditahan ISA dan selepas itu saya dibawah OSA Almarhum Presiden Pas sendiri mengetuai kempen membebaskan kami.
6.Semasa saya berjuang melawan rasuah menerusi wadah GERAK selepas tidak aktif lagi didalam politik parti, saya dan pimpinan GERAK menganugerahkan tokoh politik paling bersih kepada Almarhum Tuan Guru Nik Aziz yang pada masa itu menjadi MB Kelantan.Saya percaya pada ketika itu dan sehingga hari ini Almarhum merupakan tokoh politik negara yang paling bersih dan bebas rasuah.
7.Ramai dari kalangan Tuan-tuan  mengenali saya dan obsesi saya kepada setiap usaha melawan rasuah.Saya menyertai Umno kembali juga atas asas yang sama.Pada ketika itu Tun Abdullah Badawi menjadi PM dan merancang melakukan rombakan besar-besaran BPR kepada SPRM.Sebagai Pengerusi GERAK saya diminta terlibat dan membantu.Saya percaya pada ketika itu usaha PM Pak Lah dalam rombakan Akta BPR kepada Akta SPRM adalah suatu langkah perubahan melawan rasuah paling signifikan bagi pihak kerajaan.
8.Surat ini juga maudu' nya juga tetap soal rasuah.Fitnah atau dalam bahasa kita cabaran dan masalah terbesar ummat.Dan hari ini cabaran rasuah paling besar kerana ia berlaku secara terang-terangan dan besar-besaran di kalangan pemimpin tertinggi bersama keluarga dan kroninya.Malaysia dikenali sebagai model kleptokrasi terbesar dunia terkini.
9.Maruah negara,agama dan bangsa kita parah dengan hakikat ini.Lebih parah apabila Umno sebagai parti terkuat Melayu yang melahirkan PM sejak merdeka dipaksa terus mendokongnya juga dengan sogokan rasuah.Saya bersama mereka pada ketika itu.Saya tahu mereka tahu tetapi mereka tetap menyokong pemimpin rasuah ini kerana mereka juga dirasuah wang dan jawatan ataupun kerana mereka juga melakukan rasuah dan diancam sekiranya melawan.
10.Oleh kerana itu saya bertindak keluar dari Umno  dua  tahun lalu dan meletakkan jawatan JUSA tertinggi di Kementerian Kewangan walaupun kontrak saya masih panjang.Tentunya ianya bukan keputusan yang mudah tetapi hakikat yang ditampilkan jelas menunjukkan perlakuan rasuah,salahguna kuasa,kecurian wang rakyat dalam jumlah besar dan berleluasa dan tindakan-tindakan menutup pekung-pekung ini dengan mengorbankan penjawat2 awam yang berintegriti dan jujur adalah sesuat yang tidak boleh sama sekali kita kompromi.
Tuan-tuan Guru, Ustadz-Ustadz dan Tuan-tuan yang saya muliakan,
11. Saya meninggalkan jawatan JUSA tertinggi didalam kerajaan dan parti Umno kerana bahana rasuah sudah menjadi barah didalam Umno dan kerajaan yang dipimpin Umno.Kalau tidak esok,lusa atau satu hari nanti pastinya pekung ini akan terbongkar jua.Mereka hanya bertahan kerana berselindung dibawah akta seperti OSA, penjawat awam utama yang dirasuahkan dengan jawatan untuk melindungi mereka., dan media utama milik mereka yang terus menutup cerita kebenaran.Namun semuanya ini pasti akan lenyap dan pada waktu itu segala-galanya akan timbul dipermukaan.

Kontroversi Bandar Malaysia: Sekadar cari duit, pancing undi PRU14


Datuk A Kadir Jasin berpendapat  keputusan kerajaan membatalkan perjanjian dengan Waterfront Holdings (IWH) dan China Railway Enginering Cooperation (CREC) sangat mengejutkan dan mencurigakan mengenai ketelitian kerajaan merancang dan tujuan sebenar projek Bandar Malaysia itu ingin dibangunkan.
Datuk A Kadir JasinBeliau selaku Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu juga, mempersoalkan tindakan Kementerian Kewangan sebagai pemegang saham penuh Bandar Malaysia apabila  kini membuka tawaran tender kepada pemaju utama yang baharu bagi mengantikan IWH dan CREC sedangkan sebelum itu ia tidak dilakukan sedemikian  ketika melantik IWH dan CREC.
"Soalnya pasal apa Kementerian Kewangan tergesa-gesa dan diam-diam bagi kontrak Bandar Malaysia kepada pakatan Cina Malaysia dengan syarikat kerajaan China?
"Pasal apa baru sekarang cakap mengenai tawaran terbuka untuk cari pemaju utama yang baru?
"Pasal apa baru sekarang Kementerian Kewangan janji akan kenakan syarat-syarat ketat macam rekod pencapaian, kepantasan siapkan projek dan kemampuan kewangan?
"Ini bagi gambaran pemilihan IWH dan CREC tak ikut syarat-syarat yang ketat. IWH bukanlah syarikat hartanah yang besar dan lama. Ia baru beberapa tahun diasaskan dan kegiatannya terhad kepada Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor.
"Kementerian Kewangan kata IWK dan CREC gagal patuhi syarat. Tapi IWK CREC dakwa ia telah patuhi semua syarat. Siapa bohong?
"Pasal apa CREC yang dimiliki oleh kerajaan China dan amat 'disanjung' oleh kerajaan kita tiba-tiba didakwa langgar syarat pembayaran?," soalnya dalam tulisan di blognya hari ini.
Pada 3 Mei lalu TRX City Sdn Bhd dalam satu kenyataan memaklumkan Perjanjian Jualan Saham yang dimeterai pada 31 Disember 2015 dengan konsortium ICSB itu kini telah luput kerana IWH-CREC gagal membuat pembayaran.
Kata Kadir lagi, IWH dan CREC digambarkan oleh TRX sebagai tidak mengikut syarat. Sedangkan IWH bukanlah syarikat hartanah yang besar dan lama bertapak.
"Ia baru beberapa tahun diasaskan dan kegiatannya terhad kepada Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor.
"Kementerian Kewangan kata IWK CREC Sdn Bhd gagal patuhi syarat. Tapi IWK dan  CREC dakwa ia telah patuhi semua syarat. Siapa bohong?
"Pasal apa CREC yang dimiliki oleh kerajaan China dan amat disanjung oleh kerajaan kita tiba-tiba didakwa langgar syarat pembayaran?
"Apakah ini kerana kerajaan China telah ketatkan syarat bawa keluar modal untuk dilaburkan di luar negara atau ada sebab-sebab lain yang dirahsiakan?
"Baru-baru ini kerajaan China telah ketatkan kawalan ke atas pengaliran keluar modal dalam usahanya sekat kejatuhan nilai mata wang yuan.
"Kita semua tahu banyak urus niaga yang libatkan syarikat China sejak setahun dua ini ada kaitan dengan usaha bayar balik RM50 bilion hutang 1MDB bagi elak diisytiharkan muflis," dakwanya.
Justeru Kadir berkata, terdapat banyak syarikat pembinaan dan hartanah tempatan, termasuk yang dimiliki oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Khazanah Nasional Berhad dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), telah buktikan kemampuan mereka majukan projek hartanah bersepadu sebelum ini.
"Kita nak tengok siapa akan dilantik jadi pemaju utama (master developer) Bandar Malaysia bagi menganti IWH CREC Sdn Bhd.
"Saya tak terkejut kalau China dapat balik projek ini tapi dengan rakan kongsi baharu dari Malaysia atau dibagi projek lain yang sama besar sebagai ganti. Ini kerana China kawan istimewa Najib.
"Sekitar tahun 2010, syarikat yang disebut-sebut sebagai bakal dipilih memajukan Bandar Malaysia adalah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Malton Berhad.