Ahad, 7 Mei 2017

Hadi didakwa tidak puas hati dengan Iskandar

Pengguguran Datuk Iskandar Abdul Samad daripada jawatannya sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor memberi isyarat jelas tentang pendirian kepimpinan tertinggi parti tersebut, kata Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim.
Menurutnya, pengumuman Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan semalam berkenaan status Iskandar itu menggambarkan rasa tidak puas hati presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Walau apa sekali pun alasan Takiyuddin berhubung pertukaran PJ (Pesuruhjaya) Pas Selangor, kita tidak dapat mengelakkan bahawa langkah itu membayangkan ketidakpuasan Presiden Pas ke atas cara YB Iskandar mengendalikan hubungan dengan Pakatan Harapan di Selangor," ujarnya.
Pada sidang media semalam, Takiyuddin mengatakan Iskandar 'dinaikkan pangkat' kerana masih kekal sebagai Naib Presiden Pas walaupun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Cempaka tersebut digugurkan daripada jawatan nombor satu Pas di peringkat negeri itu.
Untuk rekod, jawatan Naib Presiden Pas dipilih melalui muktamar manakala jawatan bagi Pesuruhjaya negeri ditentukan oleh presiden parti.
Mengulas lanjut, Izham berkata, keputusan Pas 'menendang' Iskandar itu sekaligus mencerminkan sikap Pas untuk tidak bersama-sama dengan Amanah, DAP, PKR dan Bersatu pada pilihan raya akan datang.
"Pengguguran Iskandar juga menggambarkan Pas sudah hampir pasti tidak akan bersama Pakatan Harapan pada PRU14 kelak.
"PJ yang baharu dilihat akan memastikan calon-calon 'all president's men' dalam pilihan raya yang semakin hampir," tegasnya lagi ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Iskandar dilihat masih lagi menyokong kepimpinan kerajaan negeri Selangor walaupun Muktamar Tahunan Pas ke-63 yang berakhir 1 Mei lalu memutuskan untuk menamatkan hubungan politik dengan PKR.

Mustapa: Ahli PAS kian lunak pada Umno

Perpaduan dalam kalangan orang Melayu ketika ini bertambah kukuh menerusi kerjasama tidak formal yang terjalin antara Umno dan PAS, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan itu berkata anggota PAS kini semakin bersikap lunak terhadap Umno apabila tidak lagi memainkan isu kafir-mengkafir dan pulau-memulau antara penyokong sehingga menyebabkan pergeseran dalam masyarakat.
"Saya yakin orang Islam semakin insaf dan sedar bahawa kita perlu bersatu, dan apabila ada tanda-tanda menunjukkan bahawa kerjasama antara PAS dan Umno ini semakin banyak.
"Kita dah mula lama di Kelantan sejak dua tahun lepas selepas banjir (besar berlaku) dan dalam pelaburan, dan ini dialu-alukan oleh masyarakat. Kita nak buat kerja, kita nak mara, kita nak maju dan tiada pilihan melainkan kita bersatu," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Istiadat Konvokesyen ke-4 Politeknik Jeli yang turut dihadiri Pengarahnya, Wan Azlan Wan Ismail di Jeli, hari ini.
Seramai 136 pelajar dalam jurusan Diploma Agroteknologi dan Akuakultur menerima sijil dalam bidang masing-masing pada majlis tersebut.
Dalam pada itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri positif sokongan terhadap Umno semakin meningkat sejak kebelakangan ini.
Beliau berkata ini boleh dilihat menerusi sambutan masyarakat setempat terhadap pelbagai program yang dilaksanakan parti itu berbanding ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

Menteri Umno: Dakwaan ekonomi merudum hanya khabar angin

Mustapa Mohamed berkata, setakat ini, tiada pihak yang mampu membuat unjuran tepat terhadap ekonomi negara walaupun terdapat beberapa perkembangan global yang berlaku di luar jangkaan.
mustapa
JELI: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang ekonomi Malaysia akan merudum menjelang September depan.
Beliau berkata, dakwaan itu hanyalah khabar angin memandangkan negara sedang bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Mustapa berkata, setakat ini, tiada pihak yang mampu membuat unjuran tepat terhadap ekonomi negara walaupun terdapat beberapa perkembangan global yang berlaku di luar jangkaan.
“Yang pastinya ekonomi dunia (dan Malaysia) bertambah baik. Rekod perdagangan kita menunjukkan pada suku pertama tahun ini berkembang kira-kira 23% dan merupakan rekod tertinggi sejak 2010.
“Kita tak pernah jangka ia berlaku. Saya tak nampak apa-apa perubahan dalam landskap pelaburan dan perdagangan (ketika ini), malah dari sudut pelaburan ia meningkat begitu ketara,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Istiadat Konvokesyen ke-4 Politeknik Jeli yang turut dihadiri Pengarahnya, Wan Azlan Wan Ismail hari ini.
Seramai 136 pelajar dalam jurusan Diploma Agroteknologi dan Akuakultur menerima sijil dalam bidang masing-masing pada majlis tersebut.

Pengarah baru bakal bawa PAS 'terbang ke awan biru'

Kepakaran Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, dalam bidang penerbangan dilihat mungkin antara sebab kenapa Datuk Mustafa Ali digugurkan daripada jawatan Pengarah Pilihan Raya parti itu.
Bekas naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata ini kerana dengan kepakaran yang ada pada Ahmad Samsuri beliau dilihat mampu membawa parti terbabit 'terbang dengan lebih tinggi' selepas mereka memutuskan kerjasama politik dengan parti pembangkang lain.
"Pada saya ada bebebarapa kemungkinan (mengapa Mustafa digantikan).
"Tok Pa (Mustafa) mungkin dilihat sudah tidak lagi layak berbanding setiausaha politik Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana beliau adalah pakar penerbangan yang mungkin akan membawa penerbangan PAS jauh ke awan biru," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Semalam PAS mengumumkan barisan anggota jawatankuasa pusatnya yang baru serta pemimpin yang mengetuai beberapa posisi penting parti berkenaan.
Datuk Takiyuddin Hassan dikekalkan sebagai setiausaha agung manakala Anggota Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan, sekali lagi diberi amanah sebagai ketua penerangan.
Mustafa(gambar) yang menjadi seorang daripada tokoh paling berpengalaman dan kanan dalam PAS diketepikan daripada jawatannnya sebagai pengarah pilihan raya.
Jawatan itu dianggap kritikal kerana individu yang diberikan tugas berkenaan bertanggungjawab mengatur strategi dan berunding untuk menentukan calon yang bakal diturunkan pada sesuatu pilihan raya.
Tempat Mustafa digantikan oleh Ahmad Samsuri. Beberapa pihak mendakwa bekas timbalan menteri itu sengaja disingkirkan daripada PAS.
Seorang lagi pemimpin kanan yang dilihat tidak diberi tugas penting ialah naib presidennya, Datuk Iskandar Abdul Samad.
Iskandar yang juga exco Selangor sebelum ini ditugaskan sebagai pesuruhjaya PAS Selangor. Tempat beliau kini diambil alih Sallehen Mukhyi.
Rapatkan jurang generasi
Kata Mahfuz, Mustafa juga mungkin dianggap tidak lagi relevan dengan jawatan berkenaan sebaik sahaja PAS mengambil pendekatan memencilkan diri daripada parti pembangkang lain.
Tugas Iskandar sebagai pesuruhjaya PAS Selangor kini diambil alih Anggota Dewan Undangan Negeri Sabak, Sallehen Mukhyi.
Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga anggota parlimen Pokok Sena berkata tindakan PAS menggugurkan Mustafa dilihat kerana PAS sudah tidak lagi memerlukan beliau sebagai juru runding.
"Kemungkinan kedua adalah kerana Tok Pa dilihat sebagai seorang tokoh yang terbuka untuk perunding, membawa pendekatan perundingan dan lebih cenderung dengan pakatan pembangkang.
"Ia berbeza dengan pendekatan presiden PAS apabila memutuskan hubungan secara keseluruhan dengan parti-parti pembangkang," katanya.

Pakatan tak mampu tumbang BN, sembang PAS

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pihaknya tidak bimbang dengan Pakatan Harapan, sebaliknya yakin PAS mampu menghadapi pilihan raya dengan lebih kuat.
yaakob
PAS menolak andaian Pakatan Harapan mampu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Timbalan Mursyidul Am, Datuk Ahmad Yakob berkata, setakat ini tiada fakta kukuh yang menunjukkan gabungan DAP, PKR, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan menang dalam PRU 14.
Dipetik Utusan Online, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pihaknya tidak bimbang dengan Pakatan Harapan, malah sebaliknya yakin PAS mampu menghadapi pilihan raya dengan lebih kuat.
“Tidak ada ramalan pun mengatakan bahawa Pakatan Harapan akan menang. Kita lihat tiada fakta boleh menunjukkan DAP dan Pakatan Harapan akan berjaya seperti parti-parti lain,” kata beliau selepas Seminar Ahli Majlis dan Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Kelantan di Kota Bahru, hari ini.
Muktamar PAS minggu lalu meluluskan usul untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR selepas mengambil langkah yang sama membabitkan DAP 2 tahun lalu.
PAS juga mengambil pendirian tidak mahu menjalin kerjasama dengan PPBM dan Amanah. Parti itu mahu bertindak sebagai blog ke-3 dalam PRU14.
Bulan lalu, PAS mengulangi pendirian parti itu tidak akan sesekali menyertai Pakatan Harapan.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS juga tidak akan mengadakan sebarang kerjasama dengan DAP dan Amanah.
Berdasarkan pendirian itu, Tuan Ibrahim berkata, PAS akan terus mara dan memperkukuhkan parti sebagai blok ke-3.

PBAKL 2017: Bebanan kos sara hidup beri tempias


Rombongan murid sekolah memadati ruang pameran PBAKL dalam tinjauan semalamRombongan murid sekolah memadati ruang pameran PBAKL dalam tinjauan semalam
Pengunjung ramai berasak tetapi majoritinya rombongan murid sekolah rendah dan menengah. Itu situasi yang ketara dilihat sepanjang tinjauan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2017 dua hari berturut-turut mulai 4 Mei lalu.
Zul Fikri ZamirZul Fikri ZamirKetua Pegawai Eksekutif Thukul Cetak, Zul Fikri Zamir mengakui kehadiran pengunjung yang mempunyai kuasa beli tinggi secara umumnya agak kurang berbanding PBAKL beberapa tahun lalu.
"Kalau sebelum ini, hari Sabtu dan Ahad orang yang datang berasak-asak tapi tidak lagi untuk tahun ini. Murid sekolah itu memang sudah sedia ramailah tapi pengunjung dewasa tidaklah ramai seperti diharapkan," ujarnya.
Pada masa sama, katanya, langkah kerajaan memperkenalkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M Debit) menggantikan baucar buku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada pembelian buku.
"Apa yang kita tahu, dengan kad itu pelajar universiti sekarang boleh beli apa sahaja selain buku. Akibatnya, pelajar universiti yang menjadi segmen penting kepada industri buku sudah tidak lagi menjadi penyumbang utama.
"Pembeli juga kita nampak lebih berhati-hati berbelanja mungkin kesan tempias kenaikan kos sara hidup pada masa ini," jelasnya ketika ditemui Malaysia Dateline.
Sementara itu, mengulas mengenai trend pembaca, beliau memberitahu pihaknya menyedari minat pembaca pada masa ini yang cenderung kepada genre bercorak Islam.
"Atas sebab itu, mulai tahun ini kita terbitkan buku 'Kisah-Kisah Melawan Dalam Al Quran' oleh Aina Wafi Ab Kadir.
"Buku penulis muda berusia 22 tahun itu memang jadi perhatian ramai pengunjung. Berhari-hari di tempat pertama jadi buku paling laris," kata penulis buku ‘Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang’ itu lagi.
Sementara itu pengunjung, Addy Samsudin mengajak golongan muda sepertinya merebut peluang untuk mendapatkan buku-buku bermutu dengan potongan harga yang berbaloi.
Walaupun anak muda semakin rapat dengan teknologi gajet, jelasnya, buku masih lagi wadah penting bagi penyaluran ilmu dan maklumat.

Amanah sangkal Nur Jazlan, yakin majoriti rakyat utamakan toleransi agama

Khalid Samad memberikan pandangan yang agak berbeza mengenai kejadian itu sambil menegaskan, apa yang berlaku di Taman Austin Perdana, Johor Bahru tidak mencerminkan yang majoriti rakyat Malaysia berkelakuan sedemikian.
nur-jazlan-khalid-samadPETALING JAYA: Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad mengingatkan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed agar tidak memberi gambaran umum seolah-olah kesemua rakyat Malaysia bertindak ganas, dengan merujuk kepada insiden di hadapan sebuah surau di Johor, Jumaat lalu.
Khalid memberikan pandangan yang agak berbeza mengenai kejadian itu sambil menegaskan, apa yang berlaku di Taman Austin Perdana, Johor Bahru tidak mencerminkan yang majoriti rakyat Malaysia berkelakuan sedemikian.
“Rakyat Malaysia secara umumnya sangat menentang sebarang bentuk keganasan antara kaum dalam apa jua keadaan,” kata beliau kepada FMT.
“Jika anda melihat video itu (mengenai insiden Jumaat lalu), walaupun terdapat beberapa orang menyerang pemandu, terdapat juga beberapa orang yang cuba menenangkan keadaan.”
“Saya tidak fikir semua orang yang mendapati jalan disekat akan bertindak dengan cara yang sama seperti yang satu kereta (pemandu) dan saya tidak fikir jika ada seseorang yang bertindak dengan cara itu, yang semua orang akan melakukan kekerasan,” kata Khalid.
Dalam kenyataannya semalam, Nur Jazlan berkata, kejadian itu membuktikan secara jelas betapa rapuhnya sikap toleransi dalam kalangan masyarakat negara ini.
Kata Nur Jazlan, masyarakat sepatutnya menjadikan peristiwa rusuhan pada 13 Mei 1969 sebagai iktibar untuk tidak mengulangi mana-mana kesilapan berkaitan toleransi termasuk mencetuskan insiden terbabit.
“Isu ini tidak akan berlaku jika ada sifat toleransi dan faham-memahami dalam kalangan masyarakat terutama golongan muda.
“Selain itu, pembangkang sering mengatakan ‘jangan cuba menakut-nakutkan rakyat dengan pertelingkahan kaum’, tetapi apa yang kita lihat semalam menunjukkan perkara itu mudah berlaku,” kata Nur Jazlan, yang juga Ahli Parlimen Pulai.
Khalid, Ahli Parlimen Shah Alam berkata, daripada membuat kenyataan umum mengenai kejadian itu, apa yang perlu dipertimbangkan adalah bagaimana boleh mengatasi seumpama daripada berulang.
“Kenal pasti isu. Salah satu isu utama ialah orang Islam yang pergi untuk solat Jumaat perlu lebih bertimbang rasa terhadap orang awam.
“Kita tidak tinggal di kampung. Jika kita tinggal di kampung dan kita tahu semua orang di masjid, maka ia tidak kira jika anda menyekat jalan raya, tetapi jika anda tinggal di bandar, anda perlu lebih bertanggungjawab dan bertimbang rasa.

Logo apa pun tak apa, kata Mohamad Sabu


Mohamad Sabu ketika ditemui pemberita di Wisma Parti Amanah Negara hari iniMohamad Sabu ketika ditemui pemberita di Wisma Parti Amanah Negara hari ini
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu tidak kisah mengenai logo Pakatan Harapan yang dikemukakan asalkan mendapat persetujuan ramai.
Beliau berkata, kritikan mengenai cadangan logo Pakatan Harapan baru-baru ini adalah perkara biasa.
"Bagi saya cap apa pun tak apa kerana itu hanya pandangan orang. Macam kami Amanah sebelum ini ada orang kata ini daripada televisyen Indialah, tapi sekarang dah tak ada masalah.
"Simbol PKR di peringkat awal pun begitu juga, tak ada masalah. Simbol ini apa pun boleh, cuma kita minta persetujuan lebih ramailah, itu sahaja," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Wisma Parti Amanah Negara hari ini.
Pakatan Harapan semalam mengumumkan telah menerima lebih daripada 130 cadangan logo bagi digunakan dalam pilihan raya akan datang selepas mengalu-alukan cadangan daripada orang ramai.
Baru-baru ini selepas naib Presiden PKR Rafizi Ramli memuat naik di laman facebooknya tiga contoh logo Pakatan Harapan untuk dipilih, ia mendapat kutukan dan sindirian warga maya.
Tiga cadangan logo Pakatan Harapan yang menerima kritikan warga mayaTiga cadangan logo Pakatan Harapan yang menerima kritikan warga maya
Kebanyakan mereka sependapat logo Pakatan Harapan tidak menepati citarasa anak muda dan tiada nilai artistik dari segi reka bentuk logo yang terlalu ringkas.

SPR didesak tarik balik keputusan larang edar Rang Daftar Pemilih Tambahan


SPRSPR
Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Melaka mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menarik balik keputusannya untuk tidak mengedarkan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) kepada semua pihak sama ada parti politik, NGO dan orang perseorangan.
Mohd Sofi Abdul WahabMohd Sofi Abdul WahabTimbalan pengerusi Amanah negeri Melaka, Mohd Sofi Abdul Wahab berkata rakyat mahukan SPR telus dan bersih dalam menguruskan pilihan raya.
"Bagaimana mungkin rakyat percaya kepada SPR jika SPR sendiri melanggar peraturan yang jelas dan termaktub dari dahulu lagi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tindakan ini katanya, jelas tersasar dari matlamat asal iaitu bagi memberi peluang parti-parti politik mengetahui jumlah pemilih baru, pemilih berpindah tempat mengundi serta pemilih yang dikeluarkan kerana hal-hal lain seperti meninggal dunia.
"Keputusan ini juga menyebab pemilih-pemilih baru tidak dapat memeriksa samada nama-nama mereka didaftarkan atau tidak kerana RDPT tidak dipamerkan kepada umum.
"Parti-parti politik juga tidak dapat memastikan samada RDPT itu bersih dari penyelewengan kerana tiada medium untuk mereka merujuknya.
"Sebelum ini parti-parti politik, NGO dan pemilih-pemilih boleh merujuknya bagi kepentingan masing-masing," katanya.
Menurutnya, jika RDPT ini tidak dipamerkan maka bagaimana bantahan boleh dibuat kerana pihak berkenaan tidak mengetahui samada RDPT itu bersih atau tidak.
"Tindakann SPR ini jelas menghalang pihak-pihak untuk mengakses maklumat pemilih baru dan dikhuatiri ada agenda tersembunyi untuk kepentingan pihak tertentu.
Lebih menimbulkan persoalan katanya, tindakan ini juga bertentangan dengan peraturan-peraturan sedia ada.
"Kami berasa pelik bagaimana SPR boleh membelakangkan peraturannya sendiri.

Rasuah: Dua NGO bergabung 'serang' Parlimen Najib

Dua NGO bergabung 'serang' Parlimen Najib
NGO Persatuan Anak Felda Kebangsaan, (Anak), dengan kerjasama NGO Hisbah Center For Reform (Hisbah), hari ini menandatangani memorandum bagi memerangi rasuah di kawasan Felda.
KUALA LUMPUR - NGO Persatuan Anak Felda Kebangsaan (Anak) dengan kerjasama NGO Hisbah Center For Reform (Hisbah), hari ini menandatangani memorandum bagi memerangi rasuah di kawasan Felda.
Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, persefahaman itu dimeterai selaras dengan usaha untuk memberi kesedaran dalam bentuk kempen dan mendedahkan perihal rasuah di kawasan Felda.
Menurut Mazlan, isu-isu berkait rasuah dan salah guna kuasa di Felda tidak mampu dibongkar oleh Anak sahaja secara bersendirian.
"Nak harapkan NGO Anak sahaja, kita tak mampu, dengan adanya Hisbah kita yakin usaha ini dapat dipertingkatkan lagi dan hasil perbincangan kita akan mulakan kempen memerangi rasuah di kawasan parlimen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,  iaitu di Parlimen Pekan," katanya di sidang medianya di Ibu pejabat Amanah, di sini.
Turut hadir pada sidang media sama, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir, Pengarah Komunikasi Amanah Abdul Khalid Samad dan pemimpin Amanah lain.
Dalam pada itu, mengulas mengenai pemilihan Parlimen Pekan sebagai tumpuan utama mereka, Mazlan berkata, "pemilihan Parlimen Pekan kerana Najib adalah orang yang bertanggungjawab dalam perjalanan Felda".
"Untuk permulaan kempen kita akan buat di kawasan PM  dan kita akan teruskan di kawasan lain Felda selepas itu.
"Hari ini tidak mahu dedah lagi rasuah di Parlimen itu, kita simpan sebahagian maklumat rasuah itu dan kita akan dedahkan secara berperingkat," katanya.
Sementara ketika ditanya, bila tarikh kempen akan diadakan, Mazlan berkata, tarikh cadangan adalah pada 21 Mei ini.

SPRM: 3 sindiket di KL beri penguat kuasa rasuah RM5 juta sebulan

Ketua Pesuruhjaya SPRM mendedahkan pihaknya ada bukti penguat kuasa di negeri di selatan tanah air melindungi sindiket judi dan pelacuran dengan bayaran RM1.2 juta sebulan.
sprm-judi-rasuahPETALING JAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad mendedahkan pihaknya mempunyai bukti terdapat penguat kuasa di negeri di selatan tanah air melindungi sindiket judi dan pelacuran dengan bayaran RM1.2 juta sebulan.
Menurutnya, bukti berbentuk dokumen itu ditemukan pihaknya ketika melakukan operasi negeri tersebut baru-baru ini.
Dalam pada itu, SPRM juga mempunyai maklumat terdapat 3 sindiket di ibu negara yang memperuntukkan RM5 juta sebulan kepada penguat kuasa untuk melindungi kegiatan haram mereka.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai kedua-dua kes tersebut, lapor Utusan Online.
“Kita tidak mahu mengganggu siasatan, namun kita bercakap berdasarkan dokumen yang kita jumpa.
“Kita tak cakap tanpa apa-apa bukti. Apa yang boleh dikatakan, kedua-dua kes ini adalah berbeza. Namun, penemuan siasatan ini amat membimbangkan. Ini berdasarkan jumlah (wang rasuah) terlibat amat besar,” katanya.

Penyokong setia Pas akan ‘nilai’ hubungan dengan Umno

Che Ibrahim Mohamed KOTA BHARU - Amanah Kelantan amat gembira dengan keberanian Pas menjelaskan sikap sebenar politik mereka terutama dalam konteks hubungan dengan Umno, kata Naib Pengerusi Amanah Negeri, Che Ibrahim Mohamed.
Menurutnya, walaupun begitu, perlu diingatkan, pengakuan Pas yang dilihat semakin mesra dan akrab dengan Umno berbanding dengan parti-parti pembangkang akan dinilai oleh semua pemerhati politik termasuk penyokong setia Pas sendiri.
“Pas tidak boleh selama-lamanya berselindung di sebalik sikap berpura-pura dalam politik mereka, menzahirkan permusuhan dengan Umno kepada pengikut bawahannya dan menonjolkan kemesraan dan sikap terbuka dengan Umno ketika bertemu pemimpin atasan parti pemerintah itu,”katanya kepada Sinar Harian di sini.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang didakwa menyifatkan tindak-tanduk Pas yang dilihat berlembut dengan Umno adalah contoh politik matang dan sejahtera.
Takiyuddin sebelum ini dipetik sebagai berkata, tindak-tanduk Pas yang dilihat berlembut dengan Umno adalah contoh politik matang dan sejahtera.
Jelasnya, budaya politik matang sejahtera yang menjadi teras parti itu bukan hanya diamalkan dengan parti pemerintah sebaliknya dengan parti pembangkang juga.
"Berkenaan pertemuan menteri pertanian dengan Datuk Seri Abdul Hadi, itu adalah program yang berlangsung di Marang dan beliau (Hadi) adalah ahli parlimen di situ. Ini pendekatan kita yang baharu," katanya.

Khairy tak mahu BN jadi parti 'jurassic'..!!!

Barisan Nasional (BN) perlu menampilkan imej yang lebih segar dan tidak boleh dipandang sebagai parti untuk orang lama sahaja, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Khairy berkata sehubungan itu setiap calon daripada BN yang akan dipilih pada pilihan raya umum (PRU) akan datang perlulah dilihat sebagai yang mampu mewakili bukan sahaja generasi muda, malah semua lapisan rakyat.
"Kena ada barisan calon yang mewakili semua generasi, kita tak mahu ada imej macam PRU lepas, BN ni parti lama. Parti yang tak nampak imej yang segar, parti "jurassic", kena tunjuk kita parti masa depan TN50 bukan dah parti 1957," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Permatang Pauh Fellowship Ride di Permatang Pauh, Bukit Mertajam hari ini.
Ditanya mengenai pemilihan calon di kalangan Pemuda, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata perkara itu diserahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan tertinggi parti, namun tetap berharap lebih ramai calon muda akan bertanding pada PRU akan datang.
"Sebab kita melihat golongan pengundi muda semakin ramai dan mereka mengharapkan calon muda," katanya.
Khairy berkata seperti mana Wanita Umno yang mahukan 30 peratus calon dipilih dalam kalangan mereka, Pemuda juga berharap agar 30 peratus calon termasuk wanita dan lelaki muda akan terpilih sebagai calon pada PRU akan datang.

Skandal 1MDB: Ketua Umno bahagian Kedah dikaitkan dengan dana SRC

Seorang ketua bahagian Umno Kedah digesa tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan syarikat Yayasan Al-Abrar menerima dana sebanyak RM5 juta yang berasal dari SRC International Sdn Bhd.
Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, rekod pendaftaran syarikat menunjukkan pemimpin bahagian itu dan anaknya disenaraikan sebagai pengarah Yayasan Al-Abrar.
"Sebagai pengarah Al Abrar merangkap ketua Umno bahagian perlu tampil memberi penjelasan atas dakwaan Rafizi Ramli.
"Jika dakwaan itu hanya rekaan atau fitnah, saya sarankan beliau menyaman ahli parlimen Pandan itu," kata Mahfuz dalam kenyataan hari ini.
Malaysiakini tidak dapat mendedahkan nama pemimpin bahagian itu sementara menunggu respon beliau.
Rafizi dalam sidang media minggu lalu mendakwa terdapat dokumen menyenaraikan individu yang menerima dana dikaitkan dengan SRC International melalui akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Antara lain, Rafizi menamakan Yayasan Al-Abrar menerima RM5 juta untuk menganjurkan program Malaysia Berselawat pada 7 Disember 2013.
Mahfuz, selain itu menggesa pemimpin Umno Kedah mendedahkah kos sebenar program tersebut dan sama ada dana itu juga digunakan untuk tujuan lain.
Pengerusi Yayasan Al-Abrar Syed Mehdar Syed Abdullah minggu lepas dilaporkan berkata beliau "tidak pasti" sama ada yayasan itu menerima RM5 juta seperti didakwa Rafizi.

Kos hidup makin tinggi bakal hakis undi BN

Kenaikan harga adalah faktor utama mendorong pengundi bandar dan bukan Melayu untuk menjauhi gabungan yang diketuai Umno sejak 2 pilihan raya umum lalu.
naik-taraf-hidup-bn-undiKUALA LUMPUR: Seramai 1.6 juta penjawat awam Malaysia sudah lama menjadi salah satu bank undi paling boleh dipercayai oleh parti pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tetapi sementara mahu menghadapi pilihan raya umum, beliau berhadapan dengan risiko kos sara hidup melambung tinggi boleh menghakis sokongan itu.
Harga meningkat secara mendadak sejak Malaysia mengurangkan subsidi kerajaan dan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan untuk menutup lompong sumber pendapatan negara yang berpunca daripada kemerosotan pendapatan minyak dan gas, dan pekerja-pekerja kerajaan peringkat bawah mendakwa mereka kini merasai keperitan hidup.
“Isteri saya peroleh pendapatan sampingan dengan melakukan kerja-kerja bebas. Tetapi kami tidak boleh simpan,” kata Mohd Nizam, 28, yang menyokong parti Najib, Umno masa-masa lalu tetapi, seperti sebahagian kakitangan awam yang bercakap kepada Reuters, tidak mahu mengatakan sama ada dia berbuat demikian lagi atau tidak.
“Saya tidak tahu bagaimana kami akan menguruskan jika kami ada anak,” kata Nizam, yang menunggang motosikal untuk bekerja setiap hari di pusat pentadbiran Putrajaya, di mana dia memperoleh RM3,000 sebulan sebagai seorang kerani kerajaan.
Kenaikan harga adalah faktor utama mendorong pengundi bandar dan bukan Melayu untuk menjauhi gabungan yang diketuai Umno sejak 2 pilihan raya umum lalu.
Tetapi Umno berpegang kepada pengundi-pengundi Melayu Islam di kawasan-kawasan luar bandar dan undi kakitangan awam – kebanyakan daripada mereka adalah kaum Melayu kerana dasar diskriminasi positif sejak beberapa dekad lalu yang memberi mereka keutamaan dalam pasaran kerja sektor kerajaan.
Mandat semasa hanya akan berakhir tahun depan. Bagaimanapun selepas berhadapan dengan skandal membabitkan 1MDB, Najib dijangka mengambil kesempatan daripada keadaan kucar-kacir dalam barisan pembangkang dan mengadakan pilihan raya umum tahun ini.
Penganalisis meramal Najib akan menang, tetapi beliau hanya ada sedikit ruang untuk bergerak.
Pada tahun 2013, Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno hilang undi popular tetapi memenangi kebanyakan kerusi Parlimen dan jika majoriti terhakis kali ini, Najib bakal menghadapi cabaran kepimpinan dalaman.
Rizalman Mokhtar, pemimpin akar umbi dengan Umno berkata, beliau bimbang penjawat awam, yang membentuk kira-kira 15% daripada keseluruhan pengundi, boleh berubah terhadap parti itu jika tiada apa-apa dilakukan mengenai kos sara hidup yang meningkat.
“Kita perlu menangani isu ini atau ia akan memberi impak besar kepada sokongan kepada kita,” katanya.
Inflasi tahunan Malaysia mencecah paras tertinggi dalam 8 tahun lalu iaitu sebanyak 5.1% pada bulan Mac lepas, antara yang paling cepat di rantau Asia Tenggara dan jauh mengatasi Singapura, Indonesia, Filipina dan Thailand.
Pertumbuhan gaji sektor swasta dijangka purata 5.7% di antara tahun 2013 dan 2017, berdasarkan data Persekutuan Majikan-majikan Malaysia.
Tetapi pertumbuhan gaji sektor awam adalah antara 2% dan 3% dalam tempoh yang sama, menurut Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuecpacs).
Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata, penjawat awam berhadapan dengan masalah banyak berhutang bagi menghadapi masalah kos hidup yang semakin meningkat, sehingga lebih 60,000 bakal hadapi risiko muflis.
“Ini adalah kesan langsung daripada kenaikan kos sara hidup. Kakitangan awam akhirnya mengambil banyak hutang dan ini adalah tidak mapan dan mereka tidak dapat menguruskan kewangan mereka,” Azih kepada Reuters.

Ketepi Mustafa dan Iskandar untuk cepatkan perkahwinan Pas Umno..!!

Mustafa diketepikan terus dari Pas manakala Iskandar diketepikan dari mengetuai Pas Selangor.Mustafa diketepikan terus dari Pas manakala Iskandar diketepikan dari mengetuai Pas Selangor.
Tindakan mengenepikan Datuk Mustafa Ali sebagai ketua pengarah pilihan raya dan Datuk Iskandar Samad sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor adalah sambungan usaha untuk mempastikan Pas boleh bekerjasama dengan Umno, kata penganalisis.
Mohd Sayuti Omar melalui blognya menulis, tindakan ini dibuat selepas 18 rakan mereka yang menentang kerjasama dengan Umno dibuang dua tahun lalu sehingga tertubuhnya Amanah.
"Dua tahun lepas Pas telah membuang 18 orang hulubangnya dalam muktamarnya di Kuala Selangor. Mereka itu boleh dianggap sebagai adik abang yang menentang percintaan haram Pas dengan Umno.
"Kerana penentangan itu maka mereka dibuang atau dihalau dari rumah Pas menerusi muktamar. Dengan pemergian para penentang itu ia menyenangkan kerja-kerja untuk mempersandingkan Pas dengan Umno," tulis Sayuti dalam blognya.
Mustafa terkenal dengan usahanya untuk merapatkan Pas dengan pembangkang lain khasnya PKR dan Bersatu. Beliau dan timbalan presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat selalu bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad (penasihat Bersatu), Tan Sri Muhyidin Yassin (presiden Bersatu) dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (timbalan presiden PKR yang juga MB Selangor.)
Mohd Sayuti Omar...'perkahwinan' antara Pas dan Umno akan berlangsung.Mohd Sayuti Omar...'perkahwinan' antara Pas dan Umno akan berlangsung.Bagi Sayuti yang banyak mengamati politik Pas, pengumuman pelantikan pegawai eksekutif (kabinet) parti dibuat semalam yang menyaksikan perubahan tidak disangka-sangka itu bolehlah dianggap sebagai penyempurnaan segala kerja yang dirancang selama ini.
"Perkembangan ini -- pembentukan eksekutif itu menyebabkan sesiapa yang tahu kilasan ikan di air dapat meneka jantan atau betina, tidak dapat menafikan yang Pas akan bersanding dengan Umno," tulisnya.
Bagi beliau, mereka yang tidak menunjukkan restu perkahwinan itu adalah Mustapa Ali, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas.
Semasa dalam muktamar baru lalu ketika menyampaikan ucapan penggulung, beliau membayangkan akan ketidak-setujuannya dengan perkahwinan Pas - Umno dengan memberi sedikit ingatan dan nasihat penuh ikhlas.
Antara lain katanya parti yang berpecah biasanya akan lemah dan kalah pilihan raya.
Dipercayai beliau merujuk kepada perpecahan Pas sehingga tertubuh Amanah dan Pas pula bermusuh sampai sudah dengan Amanah, DAP dan PKR, katanya.
Katanya, kesan dari keberanian dan anti kerjasama yang beliau pamerkan itu, semalam beliau sudah menerima akibatnya dipenggal daripada menjadi Pengarah JPP dan tempatnya diganti dengan Ahmad Samsuri Mohkhar, yang sebelum ini adalah Setiausaha Politik Presiden Pas.
Sesiapa pun yang waras dalam Pas dan sayang kepada Pas, juga yang berada di luar terkejut dengan perubahan berkenaan. Pembuangan dan penggantian penjawat jawatan itu sangat tidak praktikal, katanya lagi.
"Bagi saya tindakan itu suatu tindakan berani yang terpaksa dibuat," katanya.
Bagi Sayuti, Mustapa adalah satu-satu veteran yang boleh dianggap sebagai "Bendahara tua" dalam Pas yang penuh pengalaman ditukar dengan "Juragan muda" yang pengalamannya masih cetek, darah baharu setampok pinang.
"Samsuri semua orang kenal tidak pernah terlibat dengan sebarang pilihan raya sebelum ini, namun mempunyai peranan dan "kerja besar" dalam Pas.
"Apakah dengan pengalaman yang kering itu dia mampu untuk mengendalikan jabatan yang dianggap nadi dalam Pas itu? Itulah kalau tidak ada mengadakan untuk apa beliau dilantik menduduki jabatan itu.
"Apakah Samsuri sedang mengatur untuk menguruskan pilihan raya nanti bersama rakan dalam Umno?" tanya Sayuti dalam tulisan itu.

TUAN IBRAHIM JUGA DIBUANG

Umno yang sama inilah yang kini didekati Pas..!!

Dasar, prinsip perjuangan Umno tidak pernah berubah termasuklah perjuangan assabiyah yang menjadi amalan mereka begitu lama.
Pengarah Pilihan Raya Amanah, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, Umno juga telah ditentang oleh Pas begitu lama atas polisi yang mereka laksanakan kerana tidak adil dan wujudnya unsur-unsur kezaliman terhadap rakyat yang diperintah.
Atas dasar tersebutlah tentangan demi tentangan dibuat sejak begitu lama, katanya.
Namun begitu sejak kebelakangan ini, kata beliau, wujudnya kelainan yang amat diragui oleh rakyat mengenai sikap yang berubah seratus peratus.
"Kini Pas memberi oksigen kepada Umno untuk terus hidup setelah hayat mereka tercungap-cungap.
"Lebih mendukacitakan apabila harapan rakyat untuk melihat Umno dan BN tumbang telah dikhianati.
"Bersekongkol dengan Umno atas polisi yang mana perjuangan berbeza dan mezalimi rakyat, tetapi didakwa memperjuangkan hak rakyat," kata Ahli Parlimen Kuala Krai ketika berucap pada program isu semasa di Taman Ria, Sungai Petani, malam tadi.
Malah katanya, Parti Amanah Negara telah pun menyedari sebelum ini bahawa akan ada sesuatu yang tidak kena akan berlaku dalam negara.
"Akhirnya terbukti orang lama dalam parti lama kami akan sekongkol dengan Umno.
"Umno yang mereka tentang dan diamanatkan sejak tahun 1985/86 kini sudah dapat tidur sebantal.
"Atas kesedaran inilah Amanah tidak lagi ingin harapan rakyat dikhianati serta sanggup untuk mengambil alih pemerintahan negara bersama Pakatan Harapan (PH), " tegasnya lagi.
Beliau juga berkata, PH cuma tinggal sedepa sahaja lagi untuk ke Putrajaya dan bukannya langkah yang agak jauh.

'Politik matang' Abdul Hadi ahli Pas Kelantan protes akan keluar parti

Pendekatan politik matang Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Umno mengundang reaksi tidak puashati dikalangan ahli Pas yangakan  bertindak keluar parti.
Sudah tersebar sekeping foto menunjukkan sebuah batu tanda Pas berlambangkan logo parti sudah ditukar kepada logo Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Kejadian itu berlaku di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Pasir di bawah Parlimen Pasir Mas Kelantan.
Foto yang menjadi viral itu disahkan Ketua Penerangan  Bersatu Datuk Kamaruddin Md Nor kepada Malaysia Dateline.
" Ya  foto itu di Dun Pengkalan Pasir. Protes ahli-ahli Pas terhadap pendekatan 'politik matang.
"Yang menariknya ialah mereka pilih PPBM tidak Amanah" ujarnya yang juga Pengerusi Bersatu Negeri Kelantan melalui whatapps hari ini.
Kamaruddin juga tidak menafikan akan ada lagi protes di kalangan ahli Pas di negeri itu terhadap tindakan Presiden Pas berbaik-baik dengan Umno yang dahulu pernah menjadi musuh ketat parti itu, katanya lagi," ura-ura itu ada kedengaran," ujarnya.
Pada 4 Mei lalu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir dalam program tukun tiruan di perairan laut Pulau Kapas, Marang bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Abdul Hadi dalam kenyataannya dipetik berkata Kerjasama hari ini (Pas dan Umno) adalah politik matang, politik yang tidak berkelahi, politik kepentingan bersama. Politik boleh berbeza pendapat tapi untuk apa sahaja isu kepentingan rakyat.
Manakala Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa pula dipetik berkata,kemunculan Abdul Hadi dalam majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Jabatan Perikanan dan Petronas itu dilihat sebagai pendekatan untuk menguji persepsi politik pengundi Melayu.

Berdosakah Hadi hadir program kerajaan Umno..??

Semua perkara menjadi tidak kena apabila Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir dalam program kerajaan walaupun bukan anjuran Umno, kata Naib Presiden PAS Idris Ahmad.
"Salahkah PAS, berdosakah PAS yang hadir dalam program anjuran kerajaan. Salahkah PAS mengambil pendekatan politik matang dan sejahtera untuk bersama agensi kerajaan, bukan program parti," katanya dalam satu kenyataan media.
Beliau merujuk kehadiran Presiden PAS sebagai tetamu kehormat majlis rasmi kerajaan yang diadakan di Marang, Terengganu pada Khamis lalu.
Dalam majlis berkenaan, Hadi menjadi sebahagian daripada tokoh yang menjayakan sidang media bersama pemimpin kanan Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, serta beberapa pegawai kanan Jabatan Perikanan Malaysia serta Petronas.
Idris yang juga anggota parlimen Bukit Gantang berkata, PAS tidak pernah cemburu sekiranya ada dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan bertemu pemimpin Umno.
"Malahan kita tahu ada pertemuan di London satu masa ketika dahulu bersama dengan pimpinan tertinggi Umno. Malah hendak ajak Tuan Guru Haji Hadi bersama di dalam pertemuan tersebut, tetapi beliau tidak pergi, kalau tidak nahaslah.
"PAS tidak ambil kisah hal pertemuan itu, kerana kita faham ini pertemuan biasa. Almaklumlah, kita rai kerana mereka masih ada DNA dengan Umno sebelumnya," katanya merujuk dakwaan pertemuan sulit antara pemimpin PKR dan Umno, empat tahun lalu.

Zahid: PRU14 peluang terbaik tebus kecewa 2008, 2013

Zahid juga yakin tsunami Melayu dan Umno yang diramalkan akan memihak parti itu dalam PRU14.
zahid-hamidi-pru-umno-bnPETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Umno berada dalam kedudukan lebih baik berbanding 2 pilihan raya umum yang lalu, sekali gus yakin Barisan Nasional (BN) akan merekodkan prestasi lebih baik kali ini.
Katanya, Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah medan yang baik bagi menebus kekecewaan yang dialami pada tahun 2008 dan 2013.
“Kita berada di 1 perjalanan yang tidak lagi sesukar dahulu dan pada hemat saya, inilah ketika bagi kita menebus kekecewaan dalam PRU12 dan PRU13,” kata beliau dalam wawancara khas kepada Mingguan Malaysia.
BN yang dibentuk bagi menggantikan Perikatan selepas prestasi buruk PRU 1969 menghadapi prestasi mengecewakan pada tahun 2008 apabila kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen dan hilang kuasa di 5 negeri. Kedudukannya di peringkat Parlimen tidak berubah dalam PRU13 meskipun dapat menawan semula Kedah dan mengekalkan Perak.
Zahid, yang kini menjalankan tugas-tugas sebagai timbalan presiden Umno berkata, “ini adalah 1 ketika paling baik untuk kita buktikan bahawa agenda agama, bangsa dan negara mengatasi agenda peribadi.”
“Kita ketepikan perbezaan kalangan kita demi kemenangan Umno dan BN keseluruhannya. Inilah waktunya,” kata timbalan pengerusi BN dalam wawancara sempena sambutan ulang tahun ke-71 kelahiran Umno.
Mengenai tsunami Melayu dan Umno yang diramalkan berlaku ketika PRU14, Zahid berkata, beliau berharap tsunami itu berlaku dan “memihak kepada Umno.”
“Dan memihak kepada realiti kepentingan perpaduan dalam kalangan orang Melayu sendiri, atas nama agama, atas nama bangsa, demi kepentingan negara.”
Berhubung soalan sama ada tindakan PAS keluar pakatan pembangkang 1 kelebihan kepada Umno dan BN dalam PRU14, Zahid berkata, beliau tidak melihat semudah itu kerana “harus mengikut hakikat.”

Menyanggah Presiden Pas

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak seharusnya melihat hanya dirinya atau partinya saja yang mahukan syariah tertegak di negara ini. Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak seharusnya melihat hanya dirinya atau partinya saja yang mahukan syariah tertegak di negara ini.
Dalam proses pelaksanaan syariah di Malaysia, pendekatan yg digunapakai oleh Amanah ialah "bersendikan Maqasid Syariah".
Pendekatan ini oleh sebahagian pihak (seperti dlm ucapan Presiden Pas) telah dianggap sebagai pengabaian atau pencuaian terhadap syariah. Anggapan itu adalah meleset dan jauh daripada realiti sebenar serta sembrono.
Ungkapan syariah perlu difahami secara holistik yang tentunya tidak merujuk kepada hukuman dan deraan yang terkandung dalam nas wahyu sahaja.
Apa saja arahan wahyu termasuk arahan berlaku adil, ihsan, berkasih sayang dan memuliakan manusia juga adalah syariah.
Begitu juga larangan bertindak zalim dan menindas manusia lain, termasuk sebahagian daripada syariah. Semua arahan ini terkandung secara jelas dalam al-Quran.
Meninjau syariah hanya dalam aspek hukuman saja bercanggah dengan identiti syariah itu sendiri yang disifatkan oleh Allah dengan lengkap dan menyeluruh. Aspek hukuman hanyalah salah satu daripada aspek syariah yang ditampilkan dalam beberapa ayat tertentu dan hanya merujuk kepada kesalahan tertentu dalam situasi tertentu dengan syarat dan mekanisme pelaksanaan tertentu. Jika syariah ditinjau dari sudut hukuman saja, syariah akan kelihatan hanya suka menghukum padahal hukuman bukan satu-satunya kaedah menangani persoalan kehidupan manusia dalam ruang lingkup yang luas seluas buana ini.
Syariah keseluruhannya adalah keadilan, rahmah, hikmah dan maslahah. Sebarang dakwaan pelaksanaan syariah tetapi tidak mencapai tujuan yg ditetapkan oleh syariah itu sendiri sebenarnya adalah pengabaian terhadap syariah.
Syariah apa sekiranya pelaksanaan sesuatu hukum yang didakwa hukuman syariah tetapi pelaksanaan hukuman itu tidak mencapai tujuan yang ditetapkan oleh syariah iaitu keadilan dan maslahah? Syariah mana yang mengajar umat ini berbalah, bersengketa bahkan menerakakan pihak yang mahukan pelaksanaan syariah itu mencapai maksudnya?
Maqasid adalah roh syariah. Mengabaikan maqasid menjadikan syariah lesu, beku, tidak realistik bahkan kelihatan kejam dan ganas. Misalnya, gambarkan jika begitu banyak ayat perintah berperang melawan orang kafir yang terkandung di dalam al-Quran dipraktiskan oleh umat Islam Malaysia pada hari ini, apa akan jadi dengan negara ini? Tercapaikah maslahah dengan amalan syariah tanpa maqasid?
Perintah berperang adalah syariah. Jika perintah itu dilaksanakan tanpa mengambil kira tujuan Allah mensyariatkan perintah itu, tentulah negara menjadi rosak dan huru-hara. Padahal, syariah datang membawa kebaikan bukan kerosakan, bahkan al-Quran melarang keras sebarang tindakan yang mencetuskan kerosakan sama ada kepada manusia, alam atau makhluk lain. Jadi, pelaksanaan syariah mesti bersendikan maqasid syariah.

Pas dan Maqasid Syariah

Pimpinan Pas kelihatan tidak mesra Maqasid Syariah ketika bercakap soal perlaksanaan al-Quran dan hadis atau syariah.Pimpinan Pas kelihatan tidak mesra Maqasid Syariah ketika bercakap soal perlaksanaan al-Quran dan hadis atau syariah.

Syariah diturunkan untuk memastikan manusia mencapai kebaikan. Ekoran itu, syariah dan maqasid syariah perlu berjalan seiringan. Ini kerana, syariah tanpa maqasid syariah, akan memberi implikasi pengamalan syariah tidak memberi kebaikan kepada manusia.

Bagi orang yang cenderung kepada syariah tanpa maqasid syariah akan menekankan perlaksanaan tanpa melihat kepada implikasi kebaikan, malahan jika melahirkan keburukan pun tidak mengapa, dan tetap meletakkan kepercayaan bahawa ia sudah mendapat pahala.

Khawarij adalah kalangan yang menekankan perlaksanaan syariah, dengan abaikan kepentingan mencapai kebaikan kepada manusia. Ekoran itu, ketika berlawan dengan Saidina Ali, mereka membaca al-Quran, iaitu ayat “tiada hokum kecuali hokum Allah”(Surah al-An’am, ayat 57; Surah Yusuf ayat 40 dan 67), “barangsiapa yang tidak berhukum dengan hokum Allah, maka dia adalah kafir” (Surah al-Maidah, ayat 44).
Namun, memandangkan mereka mengabaikan tujuan perlaksanaan syariah untuk mencapai kebaikan kepada manusia, menyebabkan Saidina Ali mengeluarkan perkataan popular, “perkataan itu adalah benar, sedangkan tujuannya adalah kebatilan”.

Di Malaysia, menerusi banyak kenyataan pimpinan Pas, kelihatan mereka akan negative dengan pendekatan maqasid syariah ketika mereka bercakap berkenaan syariah. Dengan pendekatan ini, sudah pasti memberi banyak kesan buruk pada masyarakat. Atas nama perlaksanaan syariah, tidak semestinya memberi implikasi tindakan selaras dengan syariah. Hal ini pernah terjadi pada Khawarij dahulu, dan terbaru diamalkan oleh ISIS di Syria dan Iraq.

Pendekatan tanpa maqasid syariah ketika bercakap soal syariah bakal melahirkan banyak bahaya kepada umat. Sudah pasti, lebih bahaya jika diamalkan di Malaysia, sebuah Negara yang mempunyai peratusan bilangan rakyat muslim dan non muslim hampir setara.

Antara bahaya-bahaya itu adalah seperti berikut;

Pertama, akan wujud peperangan persenjataan yang melibatkan nyawa antara muslim dan orang bukan Islam. Mereka bakal merujuk kepada firman Allah;

فَإِذَا انْسَلَخَ الْأَشْهُرُ الْحُرُمُ فَاقْتُلُوا الْمُشْرِكِينَ حَيْثُ وَجَدْتُمُوهُمْ وَخُذُوهُمْ وَاحْصُرُوهُمْ وَاقْعُدُوا لَهُمْ كُلَّ مَرْصَدٍ فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ فَخَلُّوا سَبِيلَهُمْ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

“Apabila sudah habis bulan-bulan Haram itu, maka bunuhlah orang-orang musyrikin itu dimana saja kamu jumpai mereka, dan tangkaplah mereka. Kepunglah mereka dan intailah ditempat pengintaian. Jika mereka bertaubat dan mendirikan sholat dan menunaikan zakat, maka berilah kebebasan kepada mereka untuk berjalan. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi maha Penyayang” (Surah al-Taubah, ayat 5)

فَإِنْ تَوَلَّوْا فَخُذُوهُمْ وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ وَجَدْتُمُوهُمْ وَلَا تَتَّخِذُوا مِنْهُمْ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا

“Maka jika mereka berpaling, tawan dan bunuhlah mereka di mana saja kamu menemuinya, dan janganlah kamu ambil seorangpun di antara mereka menjadi pelindung, dan jangan (pula) menjadi penolong” (Surah al-Nisa’, ayat 89)

Tanpa maqasid syariah, ayat ini bakal digunakan untuk lakukan serangan persenjataan dan pembunuhan terhadap orang bukan islam. Terutama, ayat perang adalah suruhan, sedangkan kaedah usul al-Fiqh menyatakan bahawa sesuatu suruhan adalah wajib.

Justeru, melihat al-Quran tanpa maqasid syariah, menjadikan kesimpulan bahawa perangi orang bukan islam adalah wajib di Malaysia. Keadaan ini sudah pasti bercanggah dengan maqasid syariah. Ini kerana, dari sudut maqasid syariah, sesuatu ayat perlu dilihat pada konteks tertentu disamping kepentingan sesuatu perlaksanaan syariah adalah memberi kebaikan kepada rakyat dan menolak sebarang elemen dan unsur kerosakan dari tertimpa kepada rakyat. Ekoran itu, dalam konteks Malaysia perangi orang bukan islam tidak boleh dilaksanakan, malahan haram kerana ia boleh memberi implikasi buruk kepada rakyat.

Kedua, berdasarkan kepada syariah tanpa maqasid syariah, sudah pasti pengamalan bughah mendapat tempat. Ini kerana, pengamalan bughah ini terdapat dalam al-Quran, iaitu firman Allah;

إِنَّمَا جَزَاءُ الَّذِينَ يُحَارِبُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا أَنْ يُقَتَّلُوا أَوْ يُصَلَّبُوا أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُمْ مِنْ خِلَافٍ أَوْ يُنْفَوْا مِنَ الْأَرْضِ ذَلِكَ لَهُمْ خِزْيٌ فِي الدُّنْيَا وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ

“Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerusakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik, atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka didunia, dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar” (Surah al-Maidah, ayat 33)

Ayat ini, memberi gambaran pengamalan bughah boleh dikenakan hukuman bunuh, atau disalib, ayat memotong tangan dan kaki secara bersilang atau buang kawasan. Tanpa maqasid syariah, pengamalan hukuman bughah akan memberi implikasi wujud kerosakan dalam pentadbiran sesuatu negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan konsep negara bangsa seperti Malaysia.

Politik matang: Siapa diMelayukan, siapa diIslamkan?

Daripada menjadi penentang keras nasionalisme sempit Melayu, PAS kini memeluk agenda ketuanan Melayu yang bercampur aduk dengan Islam.
islam-pas
Oleh Rozhan Othman
Pemikiran yang menyamakan agenda Melayu dengan agenda Islam bukanlah suatu yang baru.
Namun, golongan yang merupakan sebahagian dari gerakan Islam umumnya menunjukkan sikap dingin terhadap ideologi ketuanan Melayu-Islam ini.
Pada 1984, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ketika itu naib yang dipertua PAS, menegaskan perjuangan nasionalisme berasaskan sentimen kebangsaan yang sempit bercanggah dengan ajaran Islam.
Beliau menyatakan perjuangan kebangsaan yang dipegang Umno sehingga menzalimi orang bukan Melayu adalah perjuangan kebangsaan yang sempit dan ditolak Nabi Muhammad.
Sebaliknya, beliau mengatakan Islam menjamin keadilan untuk semua, termasuk terhadap musuh. Hadi menegaskan PAS berpegang kepada Islam, sedangkan Umno bertunjangkan ideologi kebangsaan.
Namun, ideologi ketuanan Melayu-Islam ini mula mendapat tempat di kalangan kumpulan Islam tertentu. Pada mulanya ia dipelopori NGO Islam tertentu.
Sejak kebelakangan ini, ideologi ini sudah tersemai di jiwa dan pemikiran parti politik berlabelkan Islam. Hujah mempertahankan ideologi ketuanan Melayu-Islam ialah kedudukan Islam akan tergugat jika orang Melayu berpecah. Ini akan membolehkan bukan Islam menjadi dominan dalam Parlimen dan dengan itu menggugat kedudukan Islam.
Untuk menguatkan lagi hujah ini, mereka yang beriman dengan ideologi ini turut memaparkan senario ancaman terhadap Islam. Ini dilakukan dengan menjembalangkan DAP. Kedudukan Islam dipaparkan sebagai diancam oleh DAP.
Jika sebelum ini ada pemimpin negara yang suka menjembalangkan George Soros dan ancaman luar untuk meraih sokongan rakyat, kini pendokong ketuanan Melayu-Islam menggunakan muslihat yang sama dengan menjembalangkan DAP.
Angau PAS mengenai Umno
Natijah daripada haluan ideologi ketuanan Melayu-Islam ialah formula politik yang melihat perlunya PAS bekerjasama dengan Umno.
Selain daripada sikap PAS yang semakin lunak dengan Umno, satu inisiatif untuk mengukuhkan kerjasama ini ialah usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, menerusi rang undang-undang dibawa Hadi, atau RUU 355.
RUU 355 sepatutnya menjadi “showcase” gandingan 2 harimau gagah yang akan membela Islam.
Ramai pemerhati melihat RUU 355 hanyalah muslihat Umno untuk memisahkan PAS daripada Pakatan Harapan. Namun, PAS mula menganggap mereka adalah rakan setara Umno.
Semua pada Umno mula dilihat sebagai indah oleh PAS. Kentut UMNO pun dirasakan wangi. Angau ini menjadi kitaran yang menarik PAS semakin jauh ke dalam lubuk pusar muslihat Umno.
Label “politik matang” digunakan oleh lebai PAS untuk menjadikan muslihat ini kelihatan positif.
Apabila timbalan perdana menteri menyatakan kerajaan sendiri yang akan membentangkan usul RUU 355, ia sudah tentu dilihat sebagai satu kejayaan besar oleh PAS.
Ngauman kedua-dua harimau Melayu-Islam kuat kedengaran di seluruh tanah air. Namun, apabila parti komponen lain Barisan Nasional membantah, Umno akhirnya akur dengan kehendak mereka.
Bila perbincangan menjadi desakan, Umno akhirnya berundur dan meninggalkan PAS keseorangan dengan RUU 355.
Perdana menteri kemudiannya mengumumkan kerajaan tidak akan membentangkan RUU 355. Rupa-rupanya harimau ketuanan Melayu-Islam ini hanyalah anak kucing. Akhirnya, yang menggagalkan RUU 355 dan menghalang kerajaan daripada membentangkan usul ini dalam Parlimen ialah parti komponen BN, bukan DAP.
Nyata sekali, Umno tidak bersedia mempertahankan RUU 355. Hujah masa depan Islam bergantung pada gandingan PAS dan Umno nyata meleset. Ideologi ketuanan Melayu-Islam tersungkur apabila Umno tunduk pada desakan parti lain dalam BN. PAS ditinggalkan syok sendiri.
Ketuanan Melayu dan 1MDB
Kerapuhan perjuangan ketuanan Melayu-Islam semakin nyata apabila Rafizi Ramli mendedahkan penyaluran wang daripada perdana menteri kepada seorang bekas pemimpin PAS.
Sebenarnya, ia bukanlah kali pertama PAS dituduh mendapat sokongan kewangan melalui sumber berkait dengan 1MDB dan perdana menteri.

Lubang besar Pas hampir siap?

KABINET PAS

Umpama perjalanan rombongan membawa anak teruna (pengantin) menuju ke pelamin untuk dipersandingkan, semakin lama ia semakin dekat menghampiri pelamin yang dibina bersebelahan kamar tidur. Pembawa bunga manggar dan penjunjung pulut kuning dan segala macam barangan (mahal hantaran) atas "par" juga bersemangat mengiringi perjalanan pengantin.


Mustapa dibuang ke laut.
Tuan Ibrahim bersedih?
Kompang juga semakin rancak dibunyikan. Tum tum tum... bertalu-talu diselang dengan tepuk tangan bergemuruh. Dibantu pula dengan cuaca dan suasana yang "ceria-mera" sekali. Perjalanan sang pengantin lurus dan lawas tiada tersekat-sekat lagi apabila setelah segala onak dan duri menghalang jalan laluan sudah ditebas tebang dan dibuang lempar jauh.


Begitulah anologi boleh dibuat terhadap parti agama (Pas), yang sudah dibayangkan akan bernikah dengan Umno; kedua pengantin kini sedang menanti saat manis penuh bahagia itu. Si pengantin perempuan sudah lama menanti "gelenyer geledik" di pelamin, manakala pengantin lelaki segak bergaya sedang menuju menghampirinya.

Sekejap sahaja lagi akan berlangsung upacara pembatalan air sembahyang diikuti dengan
merenjis air mawar dan makan beradat. Lagu Selamat Pengantin Baru nyanyian biduwanita Saloma sudah lama dikemundangkan.

Pengumuman pelantikan pegawai eksekutif (kabinet) parti dibuat hari ini yang menyaksikan perubahan tidak disangka-sangka itu bolehlah dianggap sebagai penyempurnaan segala kerja yang dirancang selama ini. Perkembangan ini -- pembentukan eksekutif itu menyebabkan sesiapa yang tahu kilasan ikan di air dapat meneka jantan atau betina, tidak dapat menafikan yang Pas akan bersanding dengan Umno.

Dua tahun lepas Pas telah membuang 18 orang hulubangnya dalam muktamarnya di Kuala Selangor. Mereka itu boleh dianggap sebagai adik abang yang menentang percintaan haram Pas dengan Umno. Kerana penentangan itu maka mereka dibuang atau dihalau dari rumah Pas menerusi muktamar. Dengan pemergian para penentang itu ia menyenangkan kerja-kerja untuk mempersandingkan Pas dengan Umno.

Dan pembentukan kabinet Pas hari ini sesungguhnya mengemaskan lagi "pintu pagar" rumah pengantin itu agar tidak dicerobohi oleh mereka yang tidak mahu lihat perkahwinan itu berlaku. Mereka yang dicurigai akan kesetiaan kepada Pas menjadi penghalang semuanya diketepikan, dan ada yang diikat tangan dan kaki serta disumbat mulut dan disandarkan di jerung dinding. Penentangan semuanya kena dibuang.

Mereka yang tidak menunjukkan restu perkahwinan itu adalah Mustapa Ali, Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas. Semasa dalam muktamr baru lalu ketika menyampaikan ucapan penggulung, beliau membayangkan akan ketidak-setujuannya dengan perkahwinan Pas - Umno dengan memberi sedikit ingatan dan nasihat penuh ikhlas. Antara lain katanya parti yang berpecah biasanya akan lemah dan kalah pilihan raya.

Dipercayai beliau merujuk kepada perpecahan Pas sehingga tertubuh Amanah dan Pas pula bermusuh sampai sudah dengan Amanah, DAP dan PKR.

Kesan dari keberanian dan anti kerjasama yang beliau pamerkan itu, nah hari ini beliau sudah menerima akibatnya dipenggal daripada menjadi Pengarah JPP dan tempatnya diganti dengan Ahmad Samsuri Mohkhar, yang sebelum ini adalah Setiausaha Politik Presiden Pas. Sesiapa pun yang waras dalam Pas dan sayang kepada Pas, juga yang berada di luar terkejut dengan perubahan berkenaan. Pembuangan dan penggantian penjawat jawatan itu sangat tidak praktikal.

Bagi saya tindakan itu suatu tindakan berani yang terpaksa dibuat. Mustapa adalah satu-satu veteran yang boleh dianggap sebagai Bendahara tua dalam Pas yang penuh pengalaman ditukar dengan Juragan muda yang pengalamannya masih cetek, darah baharu setampok pinang. Samsuri semua orang kenal tidak pernah terlibat dengan sebarang pilihan raya sebelum ini, namun mempunyai peranan dan "kerja besar" dalam Pas.

Apakah dengan pengalaman yang kering itu dia mampu untuk mengendalikan jabatan yang dianggap nadi dalam Pas itu? Itulah kalau tidak ada mengadakan untuk apa beliau dilantik menduduki jabatan itu. Apakah Samsuri sedang mengatur untuk menguruskan pilihan raya nanti bersama rakan dalam Umno? Mereka yang sayang tanpa usul periksa dalam Pas patut menilai dan memikir perubahan ini. Pokok tidak akan bergoayang kalau tidak ada angin.

NIK ABDUH AKHIRNYA JADI LEBIH UMNO DARIPADA UMNO

Dahulu Utusan adalah akhbar yang paling dimusuhi dan dijauhi oleh Pas. Tidak saja dikempen agar diboikot kerana segala beritanya dianggap jahat dan berupa fitnah, malah acara membakar akhbar Utusan juga pernah diadakan.

Tapi, itu dulu. Bak kata bidalan, Lain hulu lain parang, lain dulu lain sekarang. Dulu dibenci, sekarang disayang.

Sekarang ini, Pas bukan saja banyak diberikan tempat dalam akhbar yang semakin tak laku dan terpinggir itu, malah pemimpin Pas juga nampaknya macam begitu gembira dapat mengisi ruang di dada akhbar berkenaan.

Dulu, kata mereka Utusan akhbar fitnah. Sekarang, di dada fitnah itulah mereka turut sama-sama bermain dan mengunyah.

Dalam satu serangan kepada Pakatan Harapan, tetapi DAP yang disasarkan, Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz berkata, tanpa Pas,  gabungan pembangkang itu semakin jauh daripada impian untuk mengalahkan UMNO dan BN.

Tambah beliau, hanya dalam dua keadaan saja Pakatan Harapan boleh menguasai Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang.
Pertama, katanya ialah dengan menjadikan bukan Islam sebagai majoriti dalam negara ini, namun dalam masa yang sama menganggap ia sebagai sasaran yang mustahil memandangkan statistik umat Islam yang terus bertambah.

Kedua, tambah beliau, DAP hanya boleh menang apabila umat Islam negara ini hidup dalam keadaan hanyut, hanyut tidak jaga agama, mereka hanya hendak jaga duit, ekonomi dan perut, maka di sini mereka akan terkesan dengan umpan DAP.

Betul atau tak betul apa yang disebut oleh Nik Abduh yang disiarkan melalui Utusan itu?

Secara jelas dan nyata, daripada kenyataan tersebut Nik Abdul sekarang sudah tak ubah seperti pemimpin UMNO totok yang selalu menjadikan isu perkauman dan setimen kebencian untuk meraih undi dan sokongan.

Mengapa beliau masih bermain dengan sentimen "jika bukan Melayu jadi majoriti"  dalam hujah-hujahnya?

Sejak bila Pakatan Harapan sebuah gabungan bukan Melayu?

Bukankah Penasihat Pakatan Harapan ialah Tun Mahathir Mohamad, manakala Pengerusinya pula ialah Dr. Wan Azizah Wan Ismail?

Selain itu, dengan dua parti Melayu ialah Bersatu dan Amanah serta PKR yang majoritinya Melayu, ditambah dengan DAP yang turut ada Melayu di dalamnya, di mana karutnya Nik Abduh masih perlu mengajak rakyat Malaysia bimbang dengan Pakatan Harapan?

Hubungan mesra Pas-Umno merosakkan, kata Husam


Datuk Husam Musa ketika membicarakan karyanya Cinta Yusuf A.S bersama Hasbie Muda sebagai moderator di PBAKL semalamDatuk Husam Musa ketika membicarakan karyanya Cinta Yusuf A.S bersama Hasbie Muda sebagai moderator di PBAKL semalam
Hubungan mesra Pas dan Umno menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebenarnya tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat ketika pelbagai isu penyelewengan dan salah guna kuasa masih berterusan, kata Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa.
"Kerjasama seperti ini adalah merosakkan apabila satu pihak menyokong satu pihak yang lain ketika rakyat gelisah dibebani peningkatan kos hidup.
"Hubungan baik Umno-Pas juga tidak bermakna apabila penjenayah 1MDB (1Malaysia Development Berhad) dibiarkan tidak dihukum selain banyak kes rasuah mega terus berlanjutan," ujarnya ketika ditemui di reruai Ilham Books sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) semalam.
Beliau diminta mengulas kehadiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam majlis melabuhkan tukun tiruan di perairan laut Pulau Kapas, Marang bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, 4 Mei lalu.
Menurutnya, kemunculan Abdul Hadi dalam majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Jabatan Perikanan dan Petronas itu dilihat sebagai pendekatan untuk menguji persepsi politik pengundi Melayu.
"Ini semua adalah percubaan untuk mukadimah hubungan politik antara Pas dan Umno. Mereka mahu melihat minda siasah orang Melayu sama ada kerjasama itu diterima atau tidak.
"Pada asasnya, kerjasama politik atas apa nama sekalipun sama ada atas nama Melayu, Islam dan demi kepentingan negara itu tidak menjadi satu kesalahan.
"Namun, kerjasama politik itu tidak lebih hanya menambahkan kerosakan sedia ada akibat kepimpinan negara pada masa ini yang korup sekaligus ini bercanggah dengan prinsip Islam, kenegaraan dan demokrasi," tegasnya.
Penasihat Amanah Kelantan itu berkata, Islam tidak menerima serbarang bentuk kerjasama yang memudaratkan umat.
"Sesuatu kebaikan itu mesti lebih baik daripada keburukan. Pada hari ini, keburukan yang berlaku lebih besar daripada kebaikan," jelasnya.
Tidak kurang pentingnya juga, tambah Husam, hal berkaitan kedudukan sosio-ekonomi nelayan tempatan serta masa depan industri perikanan sepatutnya benar-benar ditangani.
"Bila kedua-dua pemimpin itu turun ke laut, saya berharap bukan sahaja untuk sesi bergambar, (Abdul Hadi) pakai terendak dengan menonjolkan kemesraan dua pemimpin yang dulunya bertentangan.
"Tetapi juga mengetahui laut kita telah dicerobohi nelayan asing akibat penguatkuasaan undang-undang yang lemah sehingga peluang nelayan tempatan meraih rezeki terjejas dan bekalan ikan di dalam negara terancam.

Pakatan Harapan: 2 hari terima lebih 130 cadangan logo

Pakatan Harapan berkata, cadangan itu tanda sokongan moral dan minat rakyat terhadap imej, perkembangan dan hala tuju Pakatan Harapan sebagai sebuah pakatan politik menuju PRU14.
pakatan-flagPETALING JAYA: Lebih 130 cadangan logo Pakatan Harapan diterima dalam tempoh 2 hari, sejak orang ramai dipelawa membantu mereka bentuk logo gabungan itu selepas ia mendapat kritikan netizen.
Menurut laporan Oriental Daily, lebih 130 cadangan logo diterima Pakatan Harapan setakat jam 6 petang tadi.
Pakatan Harapan dalam satu kenyataan hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua pereka grafik, artis seni visual dan mereka yang meluangkan masa untuk mereka bentuk logo gabungan itu.
Gabungan itu berkata, cadangan yang banyak itu tanda sokongan moral dan minat rakyat terhadap imej, perkembangan dan hala tuju Pakatan Harapan sebagai sebuah pakatan politik menuju Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Orang ramai masih boleh menghantar logo reka bentuk mereka ke logo@pakatanharapan.my sehingga 10 pagi 9 Mei ini.
Tiga reka bentuk logo Pakatan Harapan yang disenarai pendek Majlis Presiden gabungan itu minggu lalu, menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai, kebanyakannya tidak bersetuju malah memberikan sindiran tajam.
Rabu lalu, 2 daripada 3 logo yang dimuat naik Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli ke Facebooknya menunjukkan grafik separa matahari dengan perkataan “Harapan” di bawahnya, masing-masing dengan latar belakang kuning dan merah.
Satu lagi logo menunjukkan gambar ibu jari menuding ke atas (thumbs up) dengan perkataan “Pakatan Harapan”.
Pakatan Harapan merupakan gabungan antara DAP, PKR, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Ia dijangka menyertai PRU14 menggunakan satu logo, kali pertama pembangkang berbuat demikian dalam sejarah pilihan raya.

Ucapan Abg Mat Di Majlis Makan Malam DAP Petaling Jaya

Tony Pua: Najib Razak Dan Misteri Kehilangan Wang 1MDB Berbilon Ringgit

Rafizi Ramli: Perkembangan Terkini Dana Rakyat Dalam Akaun Najib Razak