Sabtu, 6 Mei 2017

Pakatan Harapan terima lebih 130 cadangan logo


Tiga logo sebelum ini mendapat kritikan warga maya Tiga logo sebelum ini mendapat kritikan warga maya
Pakatan Harapan telah menerima lebih daripada 130 cadangan logo selepas mengalu-alukan cadangan daripada orang ramai.
"Seperti yang umum sedia maklum, pada 4 Mei lalu Pakatan Harapan telah mengalu-alukan cadangan-cadangan logo Pakatan Harapan dari orang ramai.
"Untuk pengetahuan semua, sehingga jam 6 petang hari ini, iaitu lebih dari dua hari sejak makluman dibuat, kami telah menerima lebih daripada 130 cadangan logo," kata satu kenyataan.
Justeru Pakatan Harapan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pereka grafik, artis seni visual dan sesiapa sahaja yang telah meluangkan masa untuk membuat rekaan logo Pakatan Harapan.
"Jumlah cadangan yang besar ini adalah tanda sokongan moral serta minat begitu ramai rakyat Malaysia terhadap imej, perkembangan dan halatuju Pakatan Harapan sebagai sebuah pakatan politik menuju Pilihan Raya Umum ke-14," menurut kenyataan itu lagi.
Pakatan Harapan terus mengalu-alukan cadangan logo dari orang ramai, dan cadangan-cadangan logo ini boleh dihantar ke logo@pakatanharapan.my sehingga jam 10 pagi, Selasa 9 Mei 2017.
Baru-baru ini selepas naib Presiden PKR Rafizi Ramli memuat naik di laman facebooknya tiga contoh logo Pakatan Harapan untuk dipilih mendapat kutukan dan sindirian warga maya.
Kebanyakan mereka sependapat logo Pakatan Harapan tidak menepati citarasa anak muda dan tiada nilai artistik dari segi rekabentuk logo yang terlalu ringkas.

'Dr M beralih kepada DAP kerana gagal tarik Melayu' sembang Salleh

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad membuat 'pusingan-U' secara dramatik ke atas DAP disebabkan ketidak upayaan bekas perdana menteri itu untuk menarik sokongan Melayu dalam perjuangan beliau.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kehadiran Mahathir pada majlis makan malam mengumpul dana DAP di Gelang Patah semalam.
Empat tahun yang lalu, Mahathir pernah meminta pengundi di kawasan Parlimen itu untuk menamatkan kerjaya politik Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
"Mengapa secara tiba-tiba dan sangat drastik membuat pusingan U selepas lebih 44 tahun membenci DAP?
"Kita boleh menganggap bahawa dalam keadaan terdesak, Mahathir sedar melainkan mendapatkan sokongan orang Cina, mereka akan 'dihapuskan' pada pilihan raya umum akan datang kerana hilang sokongan pengundi Melayu," kata Salleh dalam blognya, hari ini.
Mahathir, pada majlis makan malam malam tadi, mengulangi DAP bukan parti cauvinis Cina dan beliau menjadikan DAP sebagai sasaran ketika menjadi perdana menteri kerana politik.
Salleh berkata, kutukan Mahathir terhadap DAP dan para penyokong Cina menjangkau empat dekad.
"Selama lebih 44 tahun, dari 1969 hingga 2013, Mahathir telah secara konsisten mengutuk DAP dan penyokong Cina parti itu.
"Pada tahun 1969, Dr Mahathir berkata beliau tidak perlu undi Cina untuk memenangi pilihan raya dan dengan undi Melayu semata-mata, boleh menang.

Logo Pakatan Harapan gagal penuhi cita rasa pengundi?

Eddie Khoo berkata logo yang disyorkan perlu ada simbolik yang kuat merangkumi apa Pakatan Harapan hendak tawarkan dan boleh kenal pasti dengan mudah oleh rakyat.
Eddin-Khoo_logo_harapan_600
PETALING JAYA: Pengarah Pusat Kajian dan Dokumentasi Pementasan Tradisional Malaysia (Pusaka), Eddin Khoo menyertai komuniti atas talian mengkritik reka bentuk logo Pakatan Harapan dengan menyifatkannya gagal mengetengahkan simbolik barisan pembangkang empat parti itu.
Ekoran itu, beliau memutuskan untuk menangguhkan daripada menyokong Pakatan Harapan selepas melihat tiga reka bentuk yang disyorkan baru-baru ini.
“Logo yang dicadangkan kelihatan seolah-olah Pakatan Harapan tidak membawa sebarang maksud,” kata beliau kepada FMT.
“Selepas melihat logo, walaupun saya mahu mengundi mereka, saya tidak akan,” kata beliau sambil mempersoalkan tahap imaginasi yang cuba dibawa oleh sebuah barisan yang mahu menggantikan kerajaan yang memerintah sekarang.
Pada masa yang sama beliau menganggap logo Barisan Nasional (BN) juga “hodoh” tetapi sekurang-kurangnya dacing membawa makna tertentu.
“Lambang dacing membawa maksud keseimbangan, kesaksamaan dan keadilan. Apa yang logo Pakatan Harapan cadangkan? Tidak ada sebarang simbolisme disertakan. Saya fikir mereka dari Invoke akan ada cita rasa yang lebih baik,” katanya yang merujuk kepada pemikir PKR.
Beliau memuji PKR dan Umno dalam menilai logo parti-parti politik Malaysia.
“PKR mempunyai logo yang baik, yang direka oleh Syed Ahmad Jamal dan Umno mempunyai logo yang baik yang direka oleh sarjana Islam Syed Naquib Al-Attas. Selain itu, kesemua parti politik kita mmpunyai logo yang amat dahsyat.
“Sudah terlalu lewat bagi logo BN untuk berubah sekarang kerana jika tidak, orang akan keliru, tetapi saya fikir Pakatan Harapan akan datang dengan sesuatu yang lebih baik.”
Selepas menerima kritikan daripada komuniti Internet, Pakatan menjemput orang ramai untuk tampil dengan reka bentuk alternatif.

Kos RM4.1 bilion terlalu besar bagi projek Lebuhraya DASH - Khalid


Projek Lebuhraya Bertingkat Damansara Shah AlamProjek Lebuhraya Bertingkat Damansara Shah Alam
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mempersoal kos RM4.1 bilion bagi membina Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) yang didakwa terlalu besar bagi jajaran sepanjang 21 kilometer (km).
Khalid SamadKhalid SamadBeliau berkata, jumlah itu menunjukkan RM190 juta akan dibelanjakan bagi setiap kilometer laluan yang menghubungkan Puncak Perdana dan Penchala itu.
“Pembinaan lebuh raya ini memberikan kesan yang sangat baik seperti yang telah diperjelaskan kepada umum sebelum ini. Cuma kos itu agak tinggi. Dalam kiraan saya sendiri dengan jumlah RM4 bilion untuk jarak 21km, akan menjadikan hampir RM190 juta setiap kilometer.
“Mungkin kos itu ada penjelasan yang kita sendiri tidak tahu,” kata beliau seperti dipetik Free Malaysia Today.
Beliau berkata demikian pada pertemuan sesi taklimat bersama penduduk Villa Suria dan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) di Cahaya SPK Clubhouse, malam tadi.
Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Villa Suria, Jamaludin Ismail berkata, pihaknya menyuarakan permasalahan itu kerana projek itu melibatkan kawasan perumahan mereka.
“Dari segi strukturnya terdapat tiang yang termasuk di dalam kawasan sekarang ini. Keselamatan bukan sesuatu yang kita tengok pagar dah selamat atau tidak, kami nak tengok apa perancangan keselamatan dan pemantauan daripada pihak pemaju," katanya.
DASH merupakan lebuh raya bertingkat enam lorong dengan 12 persimpangan yang merentasi deretan rumah dan kedai di kawasan kejiranan, menghubungkan pengguna Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Sprint.

Tiada Tun disiasat SPRM

SPRM sentiasa mempertingkatkan siasatannya dan telah menahan beberapa individu bergelar Tan Sri, Datuk Seri dan Datuk namun belum ada kertas siasatan dibuka terhadap mereka yang mendapat gelaran tertinggi kerajaan itu.
Dzulkifli-Ahmad-maccLANGKAWI: Tiada individu bergelar Tun yang tersenarai dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini bagi penyalahgunaan kuasa mahupun amalan rasuah, kata Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad.
Katanya, SPRM sentiasa mempertingkatkan siasatannya dan telah menahan beberapa individu bergelar Tan Sri, Datuk Seri dan Datuk namun belum ada kertas siasatan dibuka terhadap mereka yang mendapat gelaran tertinggi kerajaan itu.
“Kadang-kadang (memang) ada aduan (diterima) tetapi kami tidak buka kertas siasatan. Aduan itu tidak semestinya cukup bukti untuk (membolehkan kami) membuka kertas siasatan,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucaptama di Seminar Graduan Holistik 2017 di sini.
Dzulkifli berkata kenyataannya dalam ucapan itu bagi menggambarkan SPRM tidak memilih dalam menjalankan tanggungjawabnya untuk mengheret sesiapa sahaja yang terlibat rasuah dan salah guna kuasa ke muka pengadilan.
“(Kenyataan dalam ucaptama) itu cuma perumpamaan ataupun kata-kata sambil lalu sahaja. Bukan bermaksud kami ada siasatan terhadap mana-mana (individu bergelar) Tun,” katanya.
Seramai kira-kira 120 anggota Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dari beberapa universiti seluruh negara mengambil bahagian dalam seminar yang dianjurkan bersama Universiti Malaysia Perlis, Kementerian Pendidikan Tinggi dan SPRM.

Kajian: Semakin ramai pelajar universiti sanggup terlibat rasuah


Dzulkifli Ahmad Dzulkifli Ahmad
Peningkatan peratusan pelajar universiti yang sanggup menerima dan memberi rasuah berdasarkan kajian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membimbangkan ketua pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad.
Dzulkifli berkata Kajian Persepsi Keberkesanan Tindakan Pencegahan Rasuah yang dibuat SPRM tahun lepas menunjukkan 16 peratus daripada 1,000 orang mahasiswa yang menjadi responden sanggup menerima rasuah jika mempunyai peluang dan kuasa.
“Angka ini membimbangkan kerana kajian (yang sama pada) 2015 menunjukkan 10.7 peratus manakala pada 2014 hanya 11.3 peratus pelajar yang menyatakan kesanggupan untuk menerima rasuah,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucaptamanya di Seminar Graduan Holistik anjuran bersama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Kementerian Pendidikan Tinggi dan SPRM di sini.
Menurutnya kajian itu turut mendapati 18.2 peratus pelajar bersedia memberi rasuah agar mereka tidak dikenakan tindakan dan angka ini meningkat berbanding 17.4 peratus pada tahun 2015.
Dzulkifli berkata statistik SPRM bagi tempoh di antara 2013 dan Oktober 2016 menunjukkan 1,045 orang daripada 1,092 orang pesalah rasuah yang ditahan adalah mereka yang berumur 40 tahun ke bawah.
Bercakap kepada media selepas program itu, beliau berkata SPRM sekarang telah meningkatkan lagi perhatian mereka untuk mendidik golongan muda ini bagi menyemai semangat membenci amalan rasuah.
“Penekanan juga diberi bukan sahaja di peringkat universiti tetapi kita juga akan cuba untuk memastikan usaha-usaha pendidikan (pencegahan rasuah) ini dijalankan daripada peringkat awal lagi,” katanya.
Di Kuala Lumpur, Dzulkifli dalam kenyataan medianya berkata golongan muda khususnya mahasiswa harus teguh berdiri bersama-sama SPRM dan menggembleng tenaga bagi mencegah gejala rasuah daripada terus menghakis nilai-nilai masyarakat yang mencacatkan kemakmuran negara.

Senarai penuh AJK PAS Pusat, PJ & portfolio



PAGI tadi telah berlangsung Mesyuarat Khas PAS Pusat dengan agenda perlantikan jawatan-jawatan utama, perlantikan AJK PAS Pusat tambahan dan pembentukan portfolio-portfolio.
Mesyuarat Khas Pas Pusat: Lantikan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Dan Pengerusi/ Timbalan Pengerusi Lajnah-Lajnah
Berikut merupakan lantikan yang telah dibuat:
Setiausaha Agung: YB Dato' Takiyuddin Hassan
Bendahari: Tuan Haji Razman Zakaria
Ketua Penerangan: YB Ustaz Nasrudin Hassan
Ketua Pengarah Pilihanraya: Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
Penolong Setiausaha Agung 1: Sdr Khairul Faizi Ahmad Kamil
Penolong Setiausaha Agung 2: Sdr Khairul Fahmi Mat Som
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (Lantikan):
1. Tuan Haji Mohd Sanusi Md Nor
2. YB Ustaz Saiful Bahri Mamat
3. Tuan Haji Mohamad Husain
4. YB Dr. Mohd Khalid Kassim
5. Tuan Haji Zainal Abidin Kidam
6. Dato' Dr. Abdul Hakeem Johari
7. Sdr Wan Rohimi Wan Daud
Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeri:
1. Perlis: YB Haji Mohd Shukri Ramli
2. Kedah: Ustaz Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurrazi
3. Perak: Tuan Haji Razman Zakaria
4. Pulau Pinang: Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff
5. Selangor: YB Ustaz Haji Sallehen Mukhyi
6. Negeri Sembilan: Ustaz Haji Mustaffa Daharun
7. Melaka: Ustaz Haji Kamaruddin Sidek
8. Johor: YB Ustaz Haji Abdullah Hussin
9. Pahang: YB Ustaz Haji Rosli Abdul Jabar
10. Terengganu: Dato' Ustaz Haji Husin Awang
11. Kelantan: YAB Dato' Bentara Kanan Ustaz Haji Ahmad Yakob
12. Wilayah Persekutuan: Tuan Haji Mohamad Noor Mohamad
13. Sabah: Tuan Paumin @ Aminuddin Aling
14. Sarawak: Tuan Haji Jofri Jaraiee
Naib-Naib Presiden turut diamanahkan sebagai Koordinasi Zon seperti berikut:
Zon Utara: YB Ustaz Idris Ahmad
Zon Tengah dan Selatan: YB Dato' Iskandar Abdul Samad
Zon Pantai Timur, Sabah & Sarawak: YB Dato' Mohd Amar Nik Abdullah.
Perlantikan AJK PAS Pusat (Lantikan) adalah sebagai tambahan kepada AJK yang telah dipilih oleh Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-63 di Kompleks PAS Kedah baru-baru ini seperti berikut:

Tak perlu endahkan Adam Rosly – Nurul Izzah

Sebarang kritikan dibuat pemimpin muda PKR, Datuk Adam Rosly terhadap mana-mana pimpinan tertinggi dalam parti termasuk kepada Rafizi Ramli tidak seharusnya dilayan.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, Adam kini bercuti dari parti ekoran berdepan dengan siasatan rasuah dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Adam Rosly sedang bercuti, maka tak perlu lah kita endahkan apa-apa kenyataan memandangkan tumpuan bagi pimpinan untuk melawan Barisan Nasional (BN),” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di sebuah kolej di Kajang hari ini selepas diminta mengulas serangan yang dilakukan Adam terhadap Rafizi yang menuntut supaya Anggota Parlimen Pandan itu telus berkaitan dana Invoke dan NOW.
Malah, Nurul Izzah turut dilihat mempertahankan ahli Parlimen Pandan itu yang disabitkan bersalah kerana mendedahkan dokumen-dokumen yang tertakluk bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).’
“Rafizi Ramli dikenali dan tersohor dengan komitmen beliau mendedahkan rasuah BN.
“Kita ketahui beliau menjadi mangsa kepada salah seorang pembocor matlamat yang penting dalam pembinaan, pengukuhan demokrasi dalam negara kita,” katanya.
Semalam, Adam memberi Rafizi masa selama 48 jam untuk mendedahkan butiran dana melibatkan NOW dan Invoke kerana katanya ia adalah koleksi wang daripada orang awam secara berterusan.
Gesaan itu menyebabkan Rafizi tampil mendedahkan pendapatan Invoke sejak ditubuhkan hingga 30 April 2017 adalah sebanyak RM2,780,652.
Daripada jumlah itu, RM787,049 dikatakan disuntiknya secara peribadi daripada dana berpunca daripada simpanan Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera.
Berdasarkan butiran itu, sebahagian besar dana Invoke berpunca daripada majlis kutipan dana, iaitu sebanyak RM857,369.

Ku Nan: Calon BN wajib isytihar harta sebelum bertanding..!!! boleh percaya kah..???

Setiausaha agung BN itu berkata, mana-mana ahli parti atau wakil rakyat yang terpalit skandal dan kes rasuah sama sekali tidak akan dibenarkan bertanding atas tiket BN.
tengku-nan-bn2KUALA LUMPUR: Semua calon Barisan Nasional (BN) wajib mengisytiharkan harta masing-masing sebelum diberi “lampu hijau” untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Selain itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Nan berkata, mana-mana ahli parti atau wakil rakyat terpalit skandal dan kes rasuah sama sekali tidak akan dibenarkan bertanding atas tiket BN.
“Saya sendiri turut berbuat demikian (mengisytiharkan harta) sebelum saya menjadi wakil rakyat pada 2004.
“Kami akan menyiasat jika ada calon yang dikaitkan dengan rasuah dan sekiranya bebas daripada dakwaan rasuah, kami akan membenarkan calon berkenaan bertanding,” katanya selepas merasmikan Karnival KL Xtravaganza dan pusingan ke-2 Kejohanan SuperMoto Malaysia (MSMC) di Taman Tasik Permaisuri, Cheras, hari ini.
Tengku Adnan yang juga menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian ketika diminta mengulas seruan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad kepada parti politik untuk tidak meletakkan calon terbabit kes rasuah pada PRU14.
Khamis lepas, Dzulkifli menegaskan adalah penting untuk parti politik bukan sahaja memilih calon benar-benar bebas daripada sebarang sabitan atau kes rasuah, tetapi pada masa sama menghantar isyarat jelas kepada rakyat, mereka tidak berkompromi dengan rasuah.

TGNA Dikhianati Ketika Beliau Masih Hidup Lagi

Nurul Izzah- Tak perlu 'layan' kenyataan Adam Rosly

Skandal 1MDB: Siapa yang bercakap benar mengenai Bandar Malaysia?


Siapa yang bercakap benar mengenai Bandar Malaysia?
Kementerian Kewangan membatalkan urus niaga projek Bandar Malaysia dengan konsortium China-Malaysia baru-baru ini mencetuskan pelbagai perkara berbangkit. 
ADA seseorang yang menipu. Ia semudah itu saja.
Ia sama ada Kementerian Kewangan (MoF) yang bercakap tidak benar mengenai ketidakmampuan konsortium IWH-CREC membuat bayaran berkalanya bagi projek Bandar Malaysia, kerap mengulangi kesilapan hingga menyebabkan kerajaan membatalkan urus niaga itu.
Atau ahli perniagaan itu Lim Kang Hoo dan rakan kongsi dalam konsortium itu bersalah kerana menyembunyikan kebenaran.
Semalam, IWH-CREC mengeluarkan kenyataan yang pada asasnya mencabar naratif pentadbiran Najib.
Ia berkata ia sudah menyempurnakan permintaan bayaran di bawah terma perjanjian penjualan saham yang ditandatangani pada 31 Disember, 2015. Ia tidak bersetuju dengan kenyataan MoF yang perjanjian itu luput dan berkata ia ada hak dalam perkara itu.
Maksudnya dalam perkara ini ialah peguam cakap yang konsortium itu ada hak untuk menyaman kerana berlaku perlanggaran kontrak.
Asasnya, Kang Hoo dan rakan kongsinya – iaitu termasuk kerajaan negeri Johor – memberitahu seluruh dunia yang kenyataan Putrajaya salah. Mereka memberitahu rakyat Malaysia yang versi kerajaan tidak boleh dipercayai.
Sumber kerajaan memberitahu The Malaysian Insight yang perjanjian IWH-CREC perlu dibatalkan kerana mereka gagal membuat bayaran penting sebanyak lebih 10 kali.
Putrajaya percaya konsortium itu tidak mempunyai kekuatan kewangan untuk membangunkan Bandar Malaysia dengan cepat, di mana hab pengangkutan turut dibina di situ selain bangunan ikonik.
Amat ketara, ada yang sedang menipu. Sudah tiba masanya pelakon utama yang mengendalikan rundingan itu dan merancang pembangunan Bandar Malaysia memberitahu perkara sebenar mengapa kontrak dengan IWH-CREC perlu dibatalkan.

Dr Mahathir sekali lagi gesa pengundi Pekan singkir Najib

Bekas perdana menteri itu menggesa pengundi di Pekan 'menyelamatkan negara' kerana kampung halaman Najib Razak antara kawasan paling penting pada PRU14.
mahathir-najibPETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi merayu pengundi di Pekan menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Beliau menggesa pengundi di bandar Pahang itu, di mana Najib sudah berkhidmat sebagai ahli Parlimen selama 9 penggal berturut-turut, untuk “menyelamatkan negara” dengan membantu menyingkirkan perdana menteri itu daripada jawatannya.
Ini bukan kali pertama bekas perdana menteri itu membuat rayuan berkenaan.
Pada Oktober 2015, ketika menghadiri majlis minum petang anjuran sebuah cawangan Umno di Kuala Lumpur, Dr Mahathir yang masih berada dalam Umno meminta pengundi di Pekan memberi keutamaan kepada isu negara dan mengundi dengan bijak, menolak dorongan tunai yang mungkin diberikan Najib kepada mereka untuk mendapatkan undi.
Dalam video tidak bertarikh yang dilihat FMT, Dr Mahathir memberitahu rakyat Pekan mereka mewakili “perjuangan” negara dan bangsa Melayu untuk menjatuhkan Najib yang mengetuai Malaysia sejak Mac 2009.
“Saya berpendapat Pekan ialah salah sebuah kawasan paling penting pada PRU14.
“Penduduk dan pengundi di Pekan berpeluang menyelamatkan negara dengan menyebabkan kekalahan Datuk Seri Najib.
“Apabila tiba masanya, jangan sama sekali sokong Datuk Seri Najib atau mengundi beliau pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.
Beliau sebaliknya menggesa pengundi menyokong parti menentang Najib yang terbabit dalam usaha menamatkan pemerintahannya.
Dr Mahathir berkata, Najib, yang juga menteri kewangan pertama, didakwa membawa dasar yang akan memudaratkan negara.
Beliau berkata, bapa Najib – Abdul Razak Hussein yang merupakan perdana menteri ke-2 dari 1970 sehingga 1976, merupakan ikonnya.
Razak menyokong Dr Mahathir dengan membawa ahli Umno yang digantung itu kembali ke parti berkenaan dan akhirnya membuka jalan bagi pemimpin dari Kedah itu menjadi perdana menteri ke-4 dari 1981 sehingga 2003.
“Dengan itu, saya turut menyokong Datuk Seri Najib supaya beliau juga boleh menjadi perdana menteri. Tetapi, selepas beliau menjadi perdana menteri, kelakuan dan tindakannya sangat berbeza daripada bapanya.”
Beliau berkata, Najib menghilangkan “berbilion” ringgit wang negara yang gagal dikesan sekarang.
“Kami dapati RM2.6 bilion diletakkan dalam akaun peribadinya dan sejak itu ia sudah dikeluarkan.”
Katanya, beliau sedih dengan tindakan itu.
“Saya cuba menasihatinya, tetapi beliau tidak mendengar nasihat itu,” kata Dr Mahathir sambil menambah, Najib berkelakuan seolah-olah beliau boleh membeli apa sahaja dengan wang, termasuk sokongan untuk dirinya pada pilihan raya.

MUSTAPA ALI TERPELANTING, ISKANDAR DIGUGUR JADI PESURUHJAYA, HADI AWANG BENTUK KABINET PAS MESRA UMNO

Parti agama telah membentuk eksekutif parti hari ini yang menyaksikan tokoh veteran dalam Pas, Mustapa Ali sudah "dipenggal" ke luar. Tempat Mustapa sebagai Pengarah Pilihan Raya diisi oleh Ahmad Samsuri Mokhtar orang yang sudah lama mengidamkan jawatan tersebut.

Sebelum ini Samsuri jadi Setiausaha Politik kepada Presiden Abdul Hadi Awang oang yang dilihat menjadi enjin kepada politik Hadi Awang dan menyusunkan langkah Hadi dengan Umno.

Bukan sahaja Mustapa ditendang keluar tetapi nasib ketua Pas Selangor juga dicabut nyawanya. Orang itu telah diganti dengan Salehen Mukhyi yang dilihat mudah untuk dijinakkan bagi menuruti apa sahaja kehendak presiden. Angan-angan orang berkenaan untuk jadi MB Selangor sudah habis. Apakah pelantikan Salehen Mukhyi itu berkat dia dibawa melawat ke Timur Tengah oleh Azmin Ali.

Demikian juga dengan kemasukan dua orang jawatankuasa yang kalah dalam pertandingan dalam muktamar lalu, Nasruddin Hassan memegang semula jadi ketua penerangan, dan orang bernama Sanusi Mohd Noor melengkapkan suara baharu dalam Pas.

Tidak cukup dengan itu timbalan presiden yang dilihat "teweng" tidak sehaluan dengan presiden juga dilempar jauh ke luar negara untuk menguruskan hal ehwal pelajar negara. Kedudukan Tuan Ibrahim itu dilihat mengasingkan dirinya dari peta politik baharu Pas.

Pembentukan eksekutif Pas itu diumumkan oleh Takiyuddin Hassan yang disambung tugasnya sebagai Setiausaha Agung dan sekaliguas menjadi "kapten" dalam eksekutif Pas kini.

Pembentukan itu bagi saya demi merapatkan lagi hubungan Pas dengan Umno. Tanpa prejudis saya mengambil kesempatan mengucapkan syabaas kepada bekas parti cik ambo.
MSO

"Maka muncul anak muda bertuala, berus gigi datang pejabat," cerita Azmin

Muhyiddin Yassin: Kepala Hotak Najib Razak,Ingat Rakyat Bodoh

YB Khalid Samad - "Pas yang berubah bukan saya"

Kit Siang percaya PRU14 medan p'raya terakhir baginya

"Kita tidak mengkhianat sesiapa", Mahathir lawat Gelang Patah

Akhirnya Iskandar digugurkan dari kerusi pesuruhjaya S'gor

Pas dari dulu teringin hadir program kerajaan: Takiyuddin

POLITIK MATANG ATAU POLITIK MALANG?

Tidak cukup dengan berpakaian sedondon dan hadir dalam beberapa program bersama Perdana Menteri, Najib Razak sebelum ini, Presiden Pas, Hadi Awang seterusnya menyifatkan kehadiran beliau bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Shabery Cheek dalam majlis pelancaran tukun tiruan di Pulau Kapas baru-baru ini adalah permulaan kepada politik matang antara Pas dengan BN.

“Terima kasih kerana beri peluang untuk saya sama-sama menyertai program ini yang sangat bermakna untuk semua, untuk orang politik, dapat kembali semula kepada politik matang.

“Kerjasama ini  (antara Pas dan Umno) adalah politik matang, politik yang tidak berkelahi, politik kepentingan bersama. Politik boleh berbeza pendapat tapi untuk apa sahaja isu kepentingan rakyat, kita mesti bersama.

"Insya Allah rakyat akan faham bila mereka menyedari yang kepentingan dan hak mereka dijaga dengan baik. Rakyat boleh berfikir dengan matang di dalam perkara ini kerana pelaksanaan secara praktikal itu lebih penting berbanding teori," kata beliau sebagai mengulas kehadirannya dalam program tersebut.
Susulan kehadiran Hadi yang menjadi perbualan ramai itu, Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassin turut mengesahkan bahawa berbaik-baik dengan UMNO adalah satu contoh politik matang dan sejahtera yang akan diamalkan Pas sekarang ini.

"Dulu lagi sebenarnya kita memang hendak hadir program-program kerajaan Persekutuan tapi tak dijemput,  selain keadaan tidak mengizinkan," kata Takiyuddin lagi.

Ooooo....kesimpulan mudah daripada kenyataan Hadi dan Takiyuddin itu ialah berbaik-baik dengan UMNO dan kerajaan adalah lambang politik matang!

Ooooo....Bermakna juga bahawa bermusuh dengan UMNO dan kerajaan bukanlah berpolitik secara matang!

Oooo....rupa-rupanya sejak dulu Pas memang hendak hadir program-program kerajaan Persekutuan, namun tidak hadir kerana tidak dijemput!

Oooo....agaknya kalau dulu lagi dijemput, berebut-rebutlah pemimpin Pas hadir dalam program-program anjuran kerajaan!

Bagaimanapun, ingin juga ditanyakan kepada Pas dan Hadi beberapa soalan:-

Siapa yang selama ini bergaduh dengan UMNO dan melabel pemimpin UMNO sebagai kafir, taghut, assabiyah, sekular, munafik dan macam-macam lagi?

Siapa yang mengeluarkan "Amanat Hadi Awang" yang mencetuskan permusuhan selama bertahun-tahun sesama Melayu dan Islam antara UMNO dan Pas?

Jika benar matang dan dan sejahtera, pernahkah Hadi menarik balik amanat tersebut, mengakui ia sesuatu yang salah ataummeminta maaf?

Jika tidak pernah menarik balik atau meminta maaf, adakah Hadi masih berpegang kepada amanatnya itu sehingga sekarang?

Mesra dengan Umno cara politik matang PAS....

Takiyuddin Hassan
KUALA LUMPUR - Tindak-tanduk Pas yang dilihat berlembut dengan Umno adalah contoh politik matang dan sejahtera.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pendekatan tersebut adalah mengikut keadaan.
Jelasnya, budaya politik matang sejahtera yang menjadi teras parti itu bukan hanya diamalkan dengan parti pemerintah sebaliknya dengan parti pembangkang juga.
"Berkenaan pertemuan menteri pertanian dengan Datuk Seri Abdul Hadi, itu adalah program yang berlangsung di Marang dan beliau (Hadi) adalah ahli parlimen di situ. Ini pedekatan kita yang baharu.

"Dulu sebenarnya kita memang hendak hadir program-program kerajaan persekutuan tapi tak dijemput selain tidak mengizinkan," katanya dalam sidang media di ibu negara, hari ini.
Terdahulu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meluangkan masa bersama bersarapan dengan warga nelayan di Marang, Terengganu.
Abdul Hadi hadir sebagai jemputan sempena Majlis Pelancaran Tukun Rig To Reef dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan Petronas di Marang Waterfront, Khamis lalu.
Dalam perkembangan lain, mengulas tentang dakwaan bahawa Pas menjadi parti yang rugi kerana tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan, Takiyuddin berkata, itu hanya andaian dan sesiapa boleh membuat analisa terbabit.
"Kita tahu apa kita lakukan. Kita faham dan kaji semua ini.
"Pas ada plan dan alternatif lain bila kita ambil tindakan dalam politik. Kita adalah parti politik yang telah berusia 66 tahun," katanya.

RASUAH: SPRM TERUS BERTINDAK, TIDAK PERLU TUNGGU PRU, KATA MUJAHID


Bagi Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Mujahid Yusof Rawa, kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad bahawa tindakan kepada kes berprofil tinggi yang melibatkan ahli politik akan diambil selepas pilihan raya adalah sangat mengecewakan.
“Saya menyeru kepada pihak SPRM untuk sentiasa bertindak proaktif kepada mana-mana kesalahan.
“Tindakan badan penting ini tidak seharusnya mengikut waktu, tidak perlu mengenal siapa, hatta perdana menteri sekalipun, tidak perlu mengira kecil atau besar nilai rasuah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan
“Bertindaklah sebagai sebuah badan yang berintegriti, bermaruah dan tidak diskriminasi kepada apa jua keadaan,” tambanya.
Menurutnya, rasuah perlu dilihat sebagai suatu tindakan yang paling kotor dalam urusan kehidupan.
“Maka tindakan tangkas dan tepat perlu segera dilakukan, jangan tangguh!
“Saya tidak takut dan gentar sekiranya pesalah tersebut dari kalangan rakan-rakan politik sekumpulan dengan saya, apatah lagi dengan seteru politik saya.
“Tetapi apa yang penting kita dapat mendidik orang ramai bahawa perlu sentiasa amanah dalam urusan pentadbiran dan kehidupan,” tambahnya.

PAS kembali ke era 80-an "Keras Keng"..!!!

Elemen "keras" mungkin disukai di Kelantan, Terengganu dan Kedah, tetapi akan menyukarkan PAS berdepan pengundi di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
Mohamad-Hisomuddin-Bakar_pas_600
PETALING JAYA: Berakhirnya muktamar PAS ke-63 Ahad lepas, sebuah firma kajian bebas percaya PAS kini kembali ke era 80-an parti itu, dengan mengambil elemen “jalur keras” dalam retorik politik mereka.
Pengarah Eksekutif Ilham Centre Mohamad Hisomuddin Bakar berkata ia boleh dilihat ketika pimpinan PAS menggambarkan lawan mereka.
Hisomuddin berkata perkataan seperti “butir tahi” dan “barua” mungkin disukai ahli PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah, tetapi tidak akan menguntungkan mereka di negeri seperti Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.
“Sukar untuk PAS mendepani pengundi-pengundi di Pantai Barat yang lebih lunak, tidak sukakan elemen menyerang, sukakan kepada pembentukan kerjasama yang harmoni,” katanya kepada FMT.
Selain itu, pengundi turut memerhatikan serangan PAS terhadap parti rakan mereka dalam kerajaan Selangor.
“PAS tidak ada etika apabila mereka berada dalam kerajaan tapi dalam masa yang sama menyerang parti yang bekerjasama. Ini sebenarnya memberikan isyarat kepada pengundi, sebagaimana mereka menilai sikap PAS yang lebih mementingkan diri,” katanya.
Muktamar tahun ini merupakan mesyuarat agung tahunan kedua selepas pemilihan 2015, yang menyaksikan beberapa pemimpin veteran parti tewas dan keluar parti untuk menubuhkan Amanah, yang kini bersama DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PKR dalam Pakatan Harapan.
PAS selepas menegaskan tidak akan bekerjasama dengan parti yang mempunyai kerjasama dengan DAP dan Amanah kemudian meluluskan usul memutuskan “tahaluf siyasi” dengan PKR.
PAS juga meluluskan usul untuk meletakkan calon di semua kerusi PKR, sekiranya tiada persefahaman politik dicapai sehingga berlakunya PRU-14. Ia dijangka memastikan pertembungan 3 penjuru di semua kerusi PKR, yang penganalisis percaya akan memberi kelebihan kepada BN.
Melihat kepada contoh pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, yang menyaksikan PAS sekadar mampu meraih bawah 5% undi bukan Melayu, Hisomuddin membayangkan PAS akan kehilangan 3/4 kerusi sedia ada.

Nik Abduh sembang impian HARAPAN kuasai Putrajaya semakin 'jauh' tanpa PAS

Impian Pakatan Harapan semakin jauh untuk menguasai Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-14 apabila PAS keluar daripada gabungan parti pembangkang itu.
Ahli Parlimem Pasir MAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dipetik Utusan Malaysia sebagai berkata, hanya dalam 'dua keadaan' sahaja DAP yang didakwanya mengetuai gabungan parti pembangkang itu, boleh menawan Putrajaya.
“Pertama, menjadikan bukan Islam sebagai majoriti dalam negara kita namun bagi saya jauhlah memandangkan statistik umat Islam di negara kita bertambah.
“Kedua, DAP hanya boleh menang apabila umat Islam ini hidup dalam keadaan hanyut, hanyut tidak jaga agama, mereka hanya hendak jaga duit, ekonomi, perut maka di sini mereka akan terkesan dengan umpan DAP.
"Tetapi kita yakin usaha dakwah yang dibuat oleh PAS, orang Melayu tidak sampai tahap lalai sehingga menerima perjuangan DAP,” Utusan memetiknya sebagai berkata.
Nik Abduh mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyifatkan PAS telah sesat kerana bermusuh dengan DAP dan berbaik-baik dengan Umno.
Nik Mohamad Abduh yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat berkata, matlamat utama PAS adalah untuk mendaulatkan Islam di negara ini dan kerana itu, ia tidak boleh bersama Pakatan Harapan kerana mendakwa DAP cuba menjadikan Malaysia sebuah negara liberal.
“Dengan sikap dan polisi DAP, matlamat mereka yang semakin jelas ‘Malaysian Malaysia’ yang dulunya difahami secara kabur oleh orang Melayu.

Dr M janji kembali asas demokrasi, PM Pakatan bekerja untuk rakyat

Dr Mahathir berkata Pakatan Harapan akan memastikan Malaysia ditadbir oleh kerajaan yang mengutamakan rakyat, bukannya perdana menteri seperti diamal kepimpinan Najib sekarang.
mahathirJOHOR BAHRU: Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan akan kembali kepada prinsip asas demokrasi iaitu kerajaan yang akan bekerja untuk rakyat, bukan sebaliknya jika Pakatan Harapan diberi mandat memerintah negara ini.
Ketika berucap di hadapan kira-kira 1,600 orang pada majlis makan malam mengumpul dana di Gelang Patah dekat sini malam tadi, bekas perdana menteri berkata, semua parti komponen Pakatan Harapan akan bekerja bersama-sama untuk rakyat, bukannya rakyat yang bekerja untuk mereka.
“Anda akan mempunyai seorang perdana menteri yang akan bekerja sebagai pekerja kita, yang akan bertindak untuk kita.
“Kami akan memastikan negara kita akan ditadbir oleh kerajaan yang memberi perhatian kepada apa yang rakyat benar-benar memerlukan.
“Sekarang seluruh kerajaan bekerja hanya untuk (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak),” kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Dr Mahathir yang keluar Umno, parti yang beliau mengetuai selama lebih 22 tahun dan kemudiannya membantu membentuk PPBM berkata, Umno telah lari dari perjuangan asalnya.
Bagaimanapun Dr Mahathir mengakui keputusannya untuk bekerjasama dengan bekas musuh beliau tidak disambut baik oleh sesetengah pihak.
“Ada orang Melayu yang marah pada saya apabila duduk di sebelah (veteran DAP) Lim Kit Siang. Tetapi ada juga beberapa orang Cina yang mengecam Lim kerana untuk duduk di sebelah saya.”
Oleh itu, kata beliau, apa pun tindakan diambil, “kami akan menjadi salah.”
“Bagi kaum Cina, Lim telah mengkhianati mereka, untuk orang Melayu, saya telah mengkhianati mereka.
“Tetapi sebenarnya kami tidak mengkhianati sesiapa, kita di Malaysia. Ini adalah negara kita dan kerana kita cintakan negara kita, kita perlu memastikan negara ini ditadbir dengan baik,” katanya disambut sorakan gemuruh.

PAS ada pelan alternatif jika putus dengan PKR, kata Takiyuddin

PAS mempunyai pelan alternatif walaupun parti Islam itu memutuskan hubungan dengan sekutunya PKR, demikian menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.
Takiyuddin mengulas ramalan oleh pelbagai penganalisis politik bahawa PAS akan menjadi "kalah paling teruk" jika Majlis Syura PAS membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan PKR.
"Sesiapa sahaja boleh membuat ramalan atau analisis tetapi kita tahu apa yang kita lakukan.
"Kami mempunyai rancangan alternatif apabila kita mengambil keputusan tertentu dalam politik. Kami tidak hanya membuat keputusan, semuanya telah diambil kira," katanya kepada pemberita di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur selepas mesyuarat jawatankuasa kerja pusat, hari ini.
Memetik pengalaman parti dan kewujudan pusat penyelidikan sendiri, Takiyuddin juga menegaskan, saf kepimpinan baru PAS terdiri daripada golongan profesional.
"Daripada 18 anggota jawatankuasa pusat PAS, empat adalah doktor perubatan manakala lima adalah pemegang PhD," katanya.

Najib makin takut dengan Pakatan

Kata Presiden Amanah, dengan Dr Mahathir sekarang di pihak mereka, keyakinan pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-14 adalah di paras yang tinggi.
mat-sabu_pakatan-harapan_baru_600_new
JOHOR BAHRU: Presiden Amanah Mohamad Sabu mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berada dalam keadaan takut dengan sokongan yang semakin meningkat kepada Pakatan Harapan khususnya sejak kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kata Mohamad, dengan Dr Mahathir sekarang di pihak mereka, keyakinan Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah pada paras yang tinggi.
“Apabila kita melihat bekas perdana menteri itu, yang kini penasihat Pakatan Harapan, disambut oleh orang ramai yang berbilang kaum pada malam ini, saya pasti Najib takut.
“Dan, jika orang Melayu di kawasan luar bandar dan Felda tidak lagi takut untuk membawa perubahan, pentadbiran Najib akan berakhir,” katanya.
Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata demikian pada majlis makan malam di Gelang Patah dekat sini, malam tadi.
Lebih 1,600 orang hadir bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang lain Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim.
Dalam ucapannya, Mohamad berkata, Umno mungkin terpaksa mengambil jalan keluar dengan bergantung kepada politik perkauman bagi meraih sokongan tetapi Pakatan Harapan akan terus bergerak dengan memperjuangkan pentadbiran bersih dan telus.
Tambah Mohamad, Pakatan Harapan akan menghadapi PRU14 dengan bersandarkan kepada isu-isu utama seperti rasuah dan keadaan ekonomi negara ini.
“Isu-isu perkauman masih meluas dan banyak dimainkan. Kami juga mempunyai intelek Melayu yang datang ke pejabat kami, mereka berkata mereka bimbang jika Barisan Nasional (BN) jatuh, Lim Kit Siang akan menjadi perdana menteri.
“Ini perasaan takut yang Umno telah tanam dalam kalangan kaum Melayu, untuk mendapatkan mereka menyokong parti itu. Mereka menanam rasa takut Cina akan mengambil alih negara ini.
“Tetapi sementara permainan kaum telah berjaya sebelum ini, saya pasti ia tidak lagi pada pilihan raya umum akan datang kerana umum mengetahui jika BN jatuh, Pakatan Harapan akan mentadbir Malaysia.”

Iskandar digugurkan dari kerusi pesuruhjaya S'gor

Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad digugurkan daripada jawatannya sebagai pesuruhjaya PAS Selangor, namun, Setiausaha Agung parti itu, Datuk Takiyuddin Hassan pula berkata sebaliknya.
Takiyuddin mengatakan Iskandar 'dinaikkan pangkat'.
"Beliau dikekalkan sebagai naib presiden dan oleh itu, 'dinaikkan pangkat'," kata Takiyuddin dalam sidang media di ibu pejabat parti itu selepas mesyuarat jawatankuasa kerja pusat, hari ini.
Beliau mengulas pertanyaan sama ada Iskandar telah digantikan sebagai pesuruhjaya negeri itu ekoran situasi semasa dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Diminta untuk mewajarkan langkah itu, Takiyuddin berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah meminta agar Iskandar memberi perhatian yang lebih kepada negeri ini.
"Ketiga-tiga naib presiden telah diberi tanggungjawab untuk menjaga negeri-negeri tertentu."
Takiyuddin berkata, Iskandar akan bertanggungjawab ke atas zon 'tengah dan selatan' - Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Naib Presiden yang lain iaitu Idris Ahmad dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah akan masing-masing mengawal selia zon utara dan pantai timur.
"Idris akan menjaga Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang manakala Mohd Amar akan menjaga Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak," katanya.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula ditugaskan untuk mentadbir hubungan luar parti.
"Selangor bukan satu-satunya negeri yang pesuruhjayanya digantikan. Kami menggantikan pesuruhjaya Terengganu dan Johor juga," jelas Takiyuddin.

Bersatu terlepas peluang bawa perubahan dalam lanskap politik Msia, kata bekas MPT


Kamarulazman Habibur Rahman Kamarulazman Habibur Rahman Setelah meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Kamarulazman Habibur Rahman terus mengkritik barisan kepimpimpinan yang dakwanya har ini sedang berhadapan dengan pelbagai masalah dalaman parti.
 Kamarulazman yang juga Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia(GKCM) itu berkata, gerakan perubahan yang cuba di bawa Bersatu mula pudar dan lesu apabila parti ini dibanjiri oleh bekas ahli Umno dan ini menjadikan Bersatu sebagai 'carbon copy' bagi Umno.
"Jelas isu ini menjadikan orang ramai mual dengan janji kosong para pemimpinnya untuk menjadikan Bersatu serba baru. Ramai yang rasa tertipu.
"Bersatu tidak mempunyai agenda jitu yang boleh meyakinkan rakyat. Selain daripada menumbangkan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri, Bersatu 'clueless' tentang perancangan masa depan untuk negara," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Menurut Kamarulazman lagi, sehingga kini parti itu tidak dapat menentukan siapa yang akan diangkat sebagai bakal Perdana Menteri, apatalah lagi untuk dibincangkan bersama dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan.
"Sampai ke hari ini, isu jawatan Perdana Menteri merupakan persoalan yang amat sensitif.
"Bersatu mempunyai idea tersendiri siapa yang patut di ketengahkan untuk memenuhi jawatan itu. Ada yang bawa idea jawatan PM sementara.
"Namun adakah parti komponen dalam Pakatan Harapan akan terpedaya dengan idea PM sementara ini? Memandangkan ramai penggerak awal dalam Bersatu sendiri sudah rasa tertipu dengan gerakan belakang tabir beberapa pemimpin tertinggi parti, pasti parti parti komponen Pakatan Harapan akan amat berwaspada dengan Bersatu," ujarnya.
Kamarulazman adalah salah seorang daripada tujuh pengasas Bersatu telah mengambil keputusan keluar parti dan meletakkan semua jawatannya pada April lalu kerana mendapati parti itu masih kabur dalam perjuangan.
Beliau juga tidak berhasrat untuk kembali menyertai Umno dan mahu fokus bersama NGO seperti GKCM yang akan terus berjuang untuk rakyat.
Justeru katanya lagi, rakyat ingin tahu siapa yang benar benar akan dilantik menjadi Perdana Menteri untuk membolehkan mereka membuat keputusan parti mana yang akan diundi dalam PRU 14.
"Saya berpendapat bahawa jawatan PM merupakan penentu kemenangan.
"Namun saya tidak yakin Pakatan Harapan sanggup mengambil risiko menamakan calon PM kerana pasti semua berkeinginan.
"Malahan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM sendiri, calon PM berubah ubah dari Muhyiddin kepada Tun dan ia sering bertukar dari hari ke hari.
"Adakah ini menunjukkan ada kelompok Tun dan Muhyiddin? Bersatu pasti akan mengatakan 'tiada'," dakwanya.

Kerjasama Pas-PKR: JK Pusat akan buat keputusan


Keputusan akhir mengenai tahaluf siyasi Pas dengan PKR akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pas Pusat, kata ahli Majlis Syura Ulamak Pas , Idris Ahmad.
Beliau berkata, majlis syura hanya membuat keputusan berdasarkan hukum selepas sesuatu usul itu diterima di peringkat muktamar.
“Selepas majlis dapat keputusan, ia akan diserahkan kepada Jawatankuasa Pas Pusat untuk menentukan sama ada mahu melaksanakan keputusan itu ataupun tidak.
Pas-PKR“Ini kerana Jawatankuasa Pas Pusat menguruskan dari aspek strategi politik, manakala majlis pula buat keputusan berdasarkan hukum,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.
Muktamar Tahunan Pas ke-63 minggu lalu menerima usul bagi memutuskan tahaluf siyasi antara Pas dengan PKR tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulamak berdasarkan perlembagaan Pas.
Mengulas lanjut, Idris yang juga Naib Presiden Pas, Jawatankuasa Pas Pusat dua tahun lalu telah bersetuju memutuskan hubungan dengan DAP setelah mendapat keputusan hasil kajian daripada majlis itu.
Katanya, proses memutuskan hubungan dengan PKR dijangka mengambil sedikit masa sama seperti dilakukan ke atas DAP sebelum ini.
Sementara itu katanya, Majlis Syura Ulamak belum menetapkan tarikh untuk bermesyuarat bagi membincangkan mengenai kerjasama politik antara parti Islam itu dengan PKR.
Dalam pada itu, tindakan Pas Selangor yang tidak konsisten dengan keputusan Pas Pusat disindir ahli Parlimen Sepang dari Amanah, Hanipa Maidin.

Dr Samsuri ganti Mustafa sebagai pengarah pilihan raya Pas yang baru


Mustafa kini tidak mempunyai sebarang jawatan dalam  Pas lagi.Mustafa kini tidak mempunyai sebarang jawatan dalam Pas lagi.
Pas hari ini melantik Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai ketua pengarah pilihan raya yang baru bagi menggantikan Datuk Mustafa Ali manakala Sallehen Muhyi mengambilalih pesuruhjaya Pas Selangor dari Datuk Iskandar Samad.
Setiausaha agung Pas, Datuk Takiyudin Hassan dalam sidang medianya hari ini berkata, keputusan penukaran jawatan itu diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa kerja Pas pusat hari ini.
Senarai pesuruhjaya Pas negeri-negeri yang baru.Senarai pesuruhjaya Pas negeri-negeri yang baru.Dalam kabinet baru itu, Razman Zakaria dilantik sebagai bendahari Pas yang baru selain kekal sebagai pesuruhjaya Pas Perak. Nasrudin Hassan, ahli parlimen Temerloh kekal sebagai ketua penerangan.
"Jawatan naib presiden lebih tinggi dari pesuruhjaya, jadi Sallehen boleh memberikan tumpuan jaga Pas di Selangor sebab dia juga bukan exco," kata Takiyudin ketika menjawab persoalan yang dibangkitkan media.
Terengganu pula mendapat pesuruhjaya baru apabila ketua ulama negeri, Datuk Hussein Awang dipilih menggantikan Satiful Bahri Mamat.
Selain tidak terpilih sebagai pengarah pilihan raya, Mustafa juga hilang terus dari barisan kabinet Pas kali ini.
Dalam pengumuman hari ini, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Khairul Fahmi Mat Som dilantik sebagai penolong setiausaha agung.
Tujuh dilantik sebagai AJK tambahan iaitu Sanusi Md Nor, Satiful Bahri Mamat, Mohammad Husein, Dr Mohd Khalid Kassim, Zainal Abidin Kidam, Datuk Dr Abdul Hakeem Johari dan Wan Rohimi Wan Daud.

KEADILAN TERENGGANU SELAR TINDAKAN SPR MELARANG PENGEDARAN RANG DAFTAR PEMILIH.

Pimpinan KEADILAN TERENGGANU amat terkejut dengan tindakan terkini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang melarang pengedaran salinan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) kepada parti-parti politik.

Surat Pekeliling oleh Setiausaha SPR Datuk Haji Abdul Ghani Bin Salleh, nombor rujukan: S.P.R.600-3/1/4(27), yang mengarahkan semua Pengarah SPR Negeri untuk mematuhi arahan untuk melarang pengedaran RDPT dalam bentuk buku dan cakera padat kepada parti politik berikutan keputusan di mesyuarat suruhanjaya pada 28 Mac 2017 adalah tidak patut.

Sebelum ini, RDPT boleh didapati pada setiap suku pertama hingga keempat setiap tahun dalam bentuk cakera padat di pejabat SPR. RDPT ini diberikan secara percuma bagi memberi kemudahan kepada parti-parti politik membuat sebarang bantahan keatas mana-mana pemilih yang diragui sebelum digazetkan.

Justeru kami mempersoalkan tindakan SPR melarang pengedaran itu sedangkan sebelum ini salinan rang daftar pemilih boleh didapati oleh mana-mana parti politik samada dalam bentuk PDF melalui cakera padat mahupun buku? Dan apa yang lebih meragukan adalah arahan ini keluar bila kita hampir kepada Pilihanraya Umum dan selepas beberapa pendedahan pengundi meragukan oleh Bersih 2.0.

Tindakan SPR ini menyukarkan lagi pihak tertentu untuk memastikan senarai daftar pemilih adalah bersih kerana sebaik sahaja daftar pemilih diwartakan, Seksyen 9A Akta Pilihan Raya menghalang sebarang cabaran terhadapnya.

Khalid Samad: Keputusan BN Tidak Mahu Bentangkan RUU 355

Tun Mahathir: Ucapan Di Makan Malam DAP Parlimen Gelang Patah

Muhyiddin: Najib Tak Boleh Dibiarkan Bermaharajalela