Jumaat, 5 Mei 2017

Perubahan kerajaan di Putrajaya bukan Shah Alam, bidas Ezam


Datuk Mohamad Ezam Mohd NorDatuk Mohamad Ezam Mohd NorPerdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak didakwa mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab apabila menyebut hari ini kerajaan negeri Selangor tidak stabil, kata Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor.
Beliau berkata, kenyataan presiden Umno itu juga tidak akan memberi kesan yang besar kepada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamad Azmin Ali.
"Najib bukan seperti Tun Mahathir semasa menjadi PM dahulu yang dihormati kawan dan lawan dan setiap kenyataannya memberi kesan dan impak besar.
"Azmin bukan seorang MB yang sempurna tetapi jauh lebih baik daripada pemimpin Umno yang mengadaikan semua prinsip moral membiarkan seorang ketua seperti Najib terus memimpin mereka.
"Malah pada hemat saya ciri terpenting bagi kami sebagai pejuang anti rasuah ialah keberanian dan kelantangan Azmin walaupun dalam posisi sebagai seorang MB menyerang dan menggugat secara terbuka Najib dan kepimpinannya," ujarnya dalam kenyataan lewat petang ini.
Najib hari ini dalam blognya berkata, sejak tahun 1986, pembangkang sudah membentuk 9 pakatan seperti Barisan Alternatif yang ditubuhkan pada tahun 1998 tetapi dibubarkan pada tahun 2008.
"Kemudiannya Pakatan Rakyat yang hidup sejak 2008 hingga 2015. Pakatan-pakatan ini terpaksa dibubarkan selepas beberapa tahun.
"Yang lucunya, pembangkang kini didatangi parti kecil baru yang ingin menukar nama Pakatan Harapan. Pakatan apa pula yang akan timbul nanti?," soal Najib.
Kata Najib lagi, kepimpinan yang tidak sehaluan akan mendorong Kabinet bertukar dengan kerap. Kesannya, kelangsungan perkhidmatan asas yang disediakan kerajaan akan terhenti atau tergugat.
Manakala di Selangor pada masa ini, ujarnya lagi, keadaan politik sebenarnya tidak stabil sekiranya Pas atau DAP menarik diri daripada kerajaan, kedudukan Menteri Besar dan kerajaan negeri sudah tentunya akan terjejas.
Justeru Ezam yang juga Presiden Parti Generasi Baru itu berkata, demi selamatkan negara dari bahana rasuah dan keperitan rakyat, perubahan kerajaan adalah di Putrajaya, bukan di Shah Alam.
"Kenyataan PM Najib terhadap kerajaan Selangor yang didakwanya tidak stabil adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan tidak akan memberi kesan besar kepada pentadbiran MB Azmin di Selangor.
"Najib adalah seorang PM lemah, tidak ada integriti kerana lari dari tanggungjawab bukan sahaja menghalang dirinya disiasat secara telus dalam kes kleptokrasi terbesar malah lebih parah apabila beliau juga melindungi orang-orang seperti Jho Low daripada disiasat.
"Justeru kami ingin menyatakan secara jelas dan terbuka siap membantu mempertahankan kerajaan PH di Selangor dibawah kepimpinan Datuk Seri Azmin.
"Kami juga menyeru seluruh elemen reformasi didalam dan diluar parti untuk mempertahankan kerajaan pimpinan Azmin ini dari diserang oleh PM Najib dan kelompoknya.

Politik matang atau politik ambil kesempatan?

Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Tindakan Umno menjemput Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke program Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Marang semalam, seolah-olah Ahli Parlimen Marang itu bersetuju dan merestui sikap serta tindakan kerajaan selama ini menangani masalah-masalah nelayan.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, Program Pelepasan Tukun ‘Ring To Reef’ (R2R) dan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Jabatan Perikanan dan Petronas di perairan Pulau Kapas itu,semata-mata untuk menarik sokongan dan simpati penyokong Pas di Marang dimana komuniti Nelayan telah di abaikan begitu lama.
Beliau melahirkan rasa simpati kepada Abdul Hadi kerana tela diperalatkan Umno untuk keuntungan politik dalam menghadapai pilihan raya akan datang.
"Saya sebenarnya bersimpati dengan Presiden Pas yang telah di 'jemput' oleh Umno untuk keuntungan politik.
"Mungkin Datuk Seri Hadi tidak dimaklumkan sepenuhnya masalah utama nelayan yang tiada pembelaan daripada kerajaan sewajarnya selama ini," ujarnya lagi yang jelas kehadiran Abdul Hadi dalam program itu tidak diiringi pimpinan utama Pas lainnya dalam majlis diadakan itu.
Raja Bahrin berkata, beliau sebelum ini banyak kali membabitkan isu nelayan sehingga kerajaan menggunakan Persatuan Nelayan- Nekmat untuk menjawab soalan-soalan beliau di Parlimen, mengenai tahap kemiskinan nelayan yang sudah lama tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan.
"Kali ini kehadiran Presiden Pas pula di gunakan untuk "membantu" menangani isu-isu yang Umno telah gagal menyelesaikan begitu lama.
"Sebenarnya projek tukun tiruan itu tidak akan boleh mengatasi masalah sebenar nelayan tetapi hanyalah satu lagi "majlis sandiwara" Umno-BN untuk di kongsi dengan rakan baru "politik matang" Pas," ujarnya .
Raja Bahrin berkata, jika R2R ini secara bersendirian tanpa tindakan penguatkuasaan dari Polis Marin, Jabatan Laut serta Jabatan Perikanan tidak akan memulihkan kepupusan sumber ikan laut di Terengganu.
"Walaupun secara teorinya sumber ikan akan bertambah, tanpa kawalan penguatkuasaan yang berkesan tetapi kehadiran nelayan nelayan Vietnam dengan bot yang jauh lebih besar dan peralatan yang lebih canggih akan mengaut keuntungan yang jauh lebih besar dari nelayan tempatan.
"Mereka akan menikmati hasil projek tukun ini sementara nelayan tempatan akan terus berputih mata.
"Saya menyatakan projek tukun ini akan hanya kekal sebagai simbol selagi masalah penguatkuasaan, bekalan minyak mencukupi untuk rondaan, tindakan tegas ke atas nelayan Vietnam yang bersalah, dan kesungguhan azam politik berterusan Kerajaan untuk menyelesaikan masalah puluhan tahun ini tidak diatasi terlebih dahulu," ujarnya.
Katanya lagi, isu sama telah dikemukakan kepada beberapa Menteri dalam portfolio sama sebelum ini antaranya Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Ismail Sabri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan kini Shabery hanya sia-sia.
"Saya telah sangat mengharapkan sokongan di Parlimen membawa isu ini sejak beberapa tahun lepas dari ahli Parlimen lain, tetapi nampaknya minat hanya timbul pada musim pilihan raya.
"Menjelang pilihan raya Menteri baru kelihatan bersungguh-sungguh menangani isu ini yang sebelum ini hanya di pandang remeh.
"Isu ini tidak boleh di tangani secara bermusim.

WALAU TIDAK BERTANDING LAGI! RAFIZI TETAP BERBAKTI

Pada 14 November 2016 lalu, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli didapati bersalah kerana memiliki dan mendedahkan laporan audit 1MDB yang telah diOSAkan dan dihukum penjara selama 18 bulan.

Beliau dijatuhkan hukuman tersebut oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di bawah kesalahan Akta Rahsia Rasmi atau OSA 1972.

Bagaimanapun, hukuman itu ditangguhkan sementara Rafizi mengemukakan rayuannya ke Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan undang-undang, seseorang Ahli Parlimen akan hilang kelayakan atau tidak boleh bertanding dalam pilihanraya jika disabitkan dengan hukuman penjara lebih setahun atau denda melebihi RM2,000.

Dengan hukuman yang diterimanya itu dan tidak diketahui bila rayuannya akan didengar di Mahkamah Tinggi, dengan sendirinya bermakna Rafizi terhalang daripada bertanding untuk mengekalkan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Pandan dalam PRU 14 akan datang.

Hakikat yang nyata ialah hukuman itu membuktikan beliau tidak memfitnah atau berbohong, sebaliknya pendedahan yang dilakukannya berkaitan 1MDB adalah berdasarkan dokumen yang tulin dan sahih.

Salahnya Rafizi cuma mendedahkan dokumen yang telah diletakkan di bawah OSA.

Tetapi, dari segi kepentingan kepada orangramai, Rafizi telah melakukan sumbangan dan pengorbanan yang besar seperti lilin yang membakar diri untuk memberi cahaya kepada yang lain.

Dari segi logiknya, berikutan hukuman yang diterimanya itu, tidak salah dan tiada siapa yang marah jika Rafizi hanya mendiamkan diri dan tidak berbuat apa-apa lagi selepas ini.

Tetapi tidak demikian pilihan Rafizi. Beliau terus lantang dan berjuang mendedahkan pelbagai isu lain berkaitan 1MDB.

Tumpuan terbaru beliau ialah berkaitan dana SRC International yang pernah dianggap oleh salah seorang bekas pegawai kanan SPRM sebagai kes yang "straight forward" kesalahannya.

Dana SRC RM43juta: Rafizi tidak sengaja dedah penipuan Muhyiddin, kata MT Umno


Naib Presiden PKR Rafizi Ramli didakwa tanpa sedar telah memalukan Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas dakwaan terbarunya menunjukkan bekas pemimpin Umno itu menipu mengenai RM42juta duit 1MDB masuk ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ahli Majlis Tertinggi Umno Malaysia, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Pandan itu melalui blog miliknya semalam, jelas membuktikan dakwaan pembangkang selama ini tidak bersandarkan bukti yang kukuh sebaliknya andaian semata-mata dan sentiasa berubah serta tidak konsisten.
"Dakwaan terbaru Rafizi jelas bercanggah dengan dakwaan pemimpin pembangkang, termasuk Mahathir dan Muhyiddin yang sebelum ini mendakwa bahawa sebanyak RM42 juta wang daripada bekas anak syarikat, SRC International telah dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib.
"Kenyataan Rafizi itu sekaligus mengesahkan kenyataan Najib pada 9 Mac 2016, yang menafikan RM42 juta dari SRC dimasukkan ke dalam akaun peribadinya amat tepat," katanya dalam satu kenyataan seperti dilaporkan Agendadaily hari ini.
Datuk Mohd Puad ZakarshiDatuk Mohd Puad ZakarshiMenurut Puad,susulan penafian yang dibuat Najib, Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali mengambil keputusan yang bijak untuk tidak membuat pendakwaan kerana siasatan kes ini tidak menemukan sebarang bukti kukuh untuk mengaitkan Perdana Menteri dengan wang RM42 juta SRC.
Rafizi dalam tulisan di blog bertajuk, "1MDB: RM43juta dana SRC dikeluarkan secara tunai, siapa dapat wang ini?" telah menerangkan secara detil aliran keluar wang tersebut.
"Dalam kenyataan tersebut, Rafizi menyebut Pada 24 Disember 2014, SRC memindahkan RM40 juta ke akaun Gandingan Mentari Sdn Bhd. Pada hari yang sama (24 Disember 2014), Gandingan Mentari Sdn Bhd memindahkan RM40 juta ke akaun Ihsan Perdana Sdn Bhd. Pada 29 Disember 2014, sejumlah RM8 juta dipindahkan ke akaun berlainan di dalam Ihsan Perdana Sdn Bhd."
"Pada 30 Disember 2014, RM8 juta yang dipindahkan ke akaun berlainan telah dipindahkan pula dari Ihsan Perdana Sdn Bhd kepada Mail Global Resources (milik Ariffin Ismail Shahul Hameed).
"Kedua-dua di atas menunjukkan bahawa dalam tempoh 3 minggu di antara 31 Disember 2014 hingga 20 Januari 2015, Ariffin Ismail Shahul Hameed telah mengeluarkan secara tunai sejumlah RM42 juta yang berasal dari SRC," katanya.
Tambahnya, secara jelas Rafizi telah menyebut dan menunjukkan jejakan wang dari SRC kepada Gandingan Mentari seterusnya kepada Ihsan Perdana dan kemudiannya kepada Mail Global Resources.
"Jumlah wang yang didakwa dipindahkan dalam transaksi ini bernilai RM42 juta dan ia diserahkan kepada Ariffin dalam bentuk cek dan TIDAK dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib," ujarnya.
Sebelum ini, Muhyiddin pernah memberi kenyataan kepada media bahawa bekas peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pernah bertanya Perdana Menteri, tentang wang dalam akaun peribadi pemimpin nombor satu negara itu.

Empat tahun 505 berlalu, Harapan masih ada

Genap empat tahun sejak gabungan Pakatan Rakyat menjuarai hati dan akal rakyat Malaysia pada pilihan raya umum 5 Mei 2013. Meski sudah arwah, gabungan tersebut masih meniti di bibir orang ramai, malah kadang kala terlepas juga dari lidah pimpinan politik. Masih ada rindu, belum betul-betul ‘move on’.
Masakan tidak. Gabungan arwah Pakatan Rakyat bukan sahaja berjaya mencetuskan pengharapan politik yang tiada sepertinya, malah berjaya meraih majoriti undi popular sebanyak 52%. Kalau Malaysia ada pilihanraya presiden, dan hanya ada dua calon yang bertanding, sudah tentu lah calon Pakatan yang muncul juara. Tapi kita tidak memilih ketua kerajaan. Kita hanya pilih wakil rakyat ke Parlimen.
Tapi tak apa. Tak boleh ‘move on’ itu bagus, kerana kerja kita masih belum selesai; dan harapan kita sebenarnya masih belum berkecai.
“Rebellions are built on hope,” kata watak Jyn Erso dalam filem Rogue One: A Star Wars Story. Harapan adalah tiang seri perlawanan. Belum ada lagi mana-mana ‘rebellion’ dijayakan dengan rasa putus asa, mengalah dan berserah kepada takdir.
Tetapi benarkah masih ada harapan?
Ramai penganalisa politik kedai kopi menjangkakan bahawa kerajaan Barisan Nasional akan menang bergaya pada PRU ke-14 yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi, berbekalkan modal kesepakatan Melayu-Islam antara UMNO dan PAS.
Barangkali juga benar. Modal agama dan perkauman memang kombinasi ampuh untuk kekal berkuasa. Apatah lagi ketika sudah betul-betul berada di ambang luput, setelah hampir 60 tahun Merdeka.
Para pemodal politik tahu benar tentang keampuhan kombinasi ini, dan tidak akan teragak-agak untuk menggunakannya demi memastikan gerombolan mereka kekal di puncak rantaian makanan ekonomi Malaysia, posisi paling sedap untuk mengaut dan menjarah harta kekayaan negara tanpa peduli kesan dan akibat.
Politik kaum dan agama adalah cukup ampuh untuk mematikan isu sebenar pergulatan kita selama bertahun-tahun lalu untuk mengambil alih kursi kerajaan di Putrajaya.
Isu sebenar dalam konteks ini bukanlah soal pelaksanaan syariah atau pengekalan kuasa orang Melayu. Masalah sebenar umat Malaysia berpusat kepada perut, poket dan polisi yang menekan dan merosakkan fabrik masyarakat.
Tidak sedikit dari kalangan kita yang meski sedar ekonomi harian menjadi mangsa dasar-dasar kerajaan yang mencekik dan membelenggu; tetapi kerana lemah dengan pujukan sentimen agama dan kaum, kita tewas dan meletakkan kepedulian kepada isu-isu kecil, ketimbang perkara-perkara yang lebih penting seperti soal harga barang meningkat tinggi angkara cukai GST.

Cubaan ‘gegar’ Selangor petanda PRU-14 makin dekat – MB

SEPANG, 5 MEI: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pentadbiran Kerajaan Selangor tidak stabil menggambarkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kian hampir.
IMG_7780Katanya, Umno sentiasa bercakap tanpa melihat kepada realiti walhal pentadbiran Kerajaan Negeri berjalan lancar seperti biasa.
Katanya, keadaan ini diperkukuhkan dengan laporan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) yang menyatakan faktor kesatuan menjadi penyumbang kepada kekuatan pentadbiran Kerajaan Negeri.
“Umno merasakan dengan membuli dan mengasak Kerajaan Negeri kita akan menghadapi masalah tetapi terbukti pada hari ini Kerajaan Negeri Selangor cukup stabil.
“Laporan terbaru MIER mengatakan faktor kekuatan Kerajaan Negeri adalah kesatuan di dalam pentadbiran.
“Saya rasa ada pihak cemburu kejayaan Negeri Selangor bukan sahaja kedudukan ekonomi tetapi perpaduan yang cukup utuh dalam pentadbiran Kerajaan Negeri,” katanya.
Ketika ditemui sejurus tiba dari lawatan kerja lima hari ke Timur Tengah, Mohamed Azmin menegaskan, Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor tidak berminat melayan provokasi musuh politik sebaliknya mahu terus melaksanakan tanggungjawab dari mandat rakyat.
“Kita merasakan mandat rakyat itu satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dan ia (mandat) sudah diberikan dalam pilihan raya yang lepas dan kita akan pastikan ia diterjemahkan dalam bentuk program yang memberikan manfaat kepada rakyat keseluruhannya,” katanya.

Skandal TRX: Konsortium dakwa semua bayaran dijelaskan

Konsortium ICSB yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings dan China Railway Engineering Corporation menyangkal dakwaan bahawa mereka gagal untuk membuat bayaran yang diperlukan untuk mengambil alih 60 peratus kepentingan dalam Bandar Malaysia.
Menurut konsortium itu, semua pembayaran setakat ini seperti yang digariskan dalam Perjanjian Jualan Saham (SSA) sudah dipenuhi dan mereka juga mampu memenuhi pembayaran pada masa hadapan.
"Setakat ini, ICSB telah memenuhi semua obligasi pembayaran seperti mengikut SSA kepada TRX.
"ICSB mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan keupayaan untuk memastikan pelaksanaan dan kejayaan pembangunan Bandar Malaysia secara lancar," kata konsortium itu dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan itu adalah sebagai mengulas kenyataan TRX City Sdn Bhd, syarikat milik Kementerian Kewangan, pemegang tanah Bandar Malaysia, pada Rabu lalu yang mengumumkan perjanjian itu telah luput.
TRX City mendakwa perjanjian itu telah terbatal dan tidak lagi sah kerana konsortium ICSB gagal membuat pembayaran walaupun beberapa lanjutan telah diberikan.
Walau bagaimanapun, ICSB mempertikan kenyataaan itu.
"ICSB berpendapat dakwaan TRX bahawa SSA telah luput bercanggah dengan kendalian pihak-pihak SSA bagi melengkapkannya, mengikut semangat SSA.
"Sebelum ICSB menerima surat TRX (mendakwa perjanjian telah luput), TRX sedar bahawa ICSB telah mematuhi syarat-syarat sewajarnya mengikut SSA.
"ICSB secara rasmi meminta TRX untuk memastikan SSA dilengkapkan," kata konsortium itu.

Nafsu Buas Di Sebalik Nama Jihad

MOHAMAD SABU: Rakyat malaysia kini Tak Sensitif dengan RASUAH

Wakil rakyat nak lompat parti, ini komen Azmin

Exco PAS sambut Azmin Ali di KLIA

GENAPNYA EMPAT TAHUN PASCA PRU-13: MANIFESTO BN MASIH TIDAK MENEPATI JANJI

Hari ini, rakyat dalam keadaan yang semakin dihimpit kesusahan ekonomi terpaksa menyambut ulang tahun keempat pasca pilihan raya umum ke-13 yang telah berlangsung pada 5 Mei 2013.

Meskipun keputusan membuktikan bahawa gabungan kompenen Pakatan Rakyat masa itu memperoleh undi populariti majoriti sebanyak 51 peratus, namun hakikatnya Barisan Nasional yang dibantu oleh sistem Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak adil dan telus tetap memerintah dan memperbodohkan rakyat.

Suka saya ingatkan kepada rakyat hari ini untuk menyemak semula manifesto-manifesto yang pernah Barisan Nasional menjanjikan untuk memperoleh mandat dalam terus mentadbir negara selepas PRU 13.

Di peringkat nasional, terdapat 17 aspek yang ditekankan dalam manifesto berkenaan. Ayuh kita imbas kembali isu-isu rakyat dan sejauh mana BN berusaha merealisasikannya ataupun sekadar bercakap kosong.

1. Menangani kos sara hidup: Hampir dua tahun selepas pilihan raya, Kerajaan Umno BN melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikatakan memperoleh wang 30 juta rakyat Malaysia dengan anggaran RM30 bilion setahun.

Kerajaan beri BR1M sebanyak RM7 bilion hanya kepada 8 juta rakyat Malaysia. Akhirnya rakyat yang terus rugi dengan tanggungan inflasi yang lebih tinggi daripada kadar biasa.

Mana janji harga kereta akan turun? Kebanyakan rakyat Malaysia masih berhutang untuk tempoh sembilan atau tujuh tahun untuk membeli sebuah kereta (berbanding negara maju yang berhutang 3-5 tahun sahaja disebabkan kemampuan membayar ansuran bulanan lebih tinggi).

2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar: Realitinya, penduduk bandar yang berpendapatan rendah masih tinggal di rumah flat yang kurang diselenggara.

Tahukah kerajaan BN bahawa masih wujud satu keluarga yang memiliki anak seramai 7 orang yang terpaksa tinggal berhimpit dalam rumah yang sempit? Paling malang, warga kota terpaksa hadapi kesesakan jalan raya mahupun menaiki pengangkutan awam yang harga tambangnya begitu mahal.

3. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar: Najib Razak berjanji akan kurangkan bayaran tol antara bandar. Yang rakyat lihat, tambang tol dalam bandar dinaikkan harga demi memberi keuntungan kepada konsesi dan akhir-akhir ini berita yang didengari adalah penukaran mod pembayaran, bukannya pemansuhan mahupun pengurangan bayaran tol.

4. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif: Mungkin yang BN maksudkan adalah bagaimana untuk menjana pendapatan peribadi dengan menggunakan terma-terma korporat seperti 1MDB, penjualan ekuiti, pembelian aset yang mewah dan sebagainya. Tiada guna Najib mahukan pendapatan per kapita RM45,000 menjelang 2020, jika yang selalu mendapat kekayaan negara adalah golongan kaya termasuklah kumpulan kleptokrat.

5. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama: Sejauh manakah institusi-institusi agama Islam di Malaysia bebas menyuarakan pandangan mengenai isu gejala rasuah, tatakelola buruk dan juga perihal ekonomi membabitkan Kerajaan Persekutuan?

Dalam tempoh akhir-akhir ini, kerap sahaja berlakunya semula suara-suara ekstremis yang menggugat keharmonian negara. Malangnya, kerajaan BN kurang peduli hal ini, bahkan cakna pula mengenai soal wala’ dan juga indeks maqasid syariah yang tidak menyelesaikan masalah besar negara.

6.Memerangi Gejala Rasuah: Laporan dari Transperancy International menunjukkan bahawa gejala rasuah semakin membarah, bermula dari peringkat atasan politik hingga ke peringkat masyarakat yang melibatkan badan penguatkuasaan.

Rafizi dedah butiran dana RM2.7 juta tak sampai 3 jam

Walaupun diberi masa 48 jam, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli petang ini mendedahkan butiran kewangan dua badan diasaskannya – pusat tinjauan Invoke dan Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW).
Butiran itu didedahkan kira-kira dua jam selepas pemimpin muda PKR Adam Rosly, yang terpalit dakwaan rasuah, menuntut perkara itu secara terbuka awal petang ini.
Rafizi, dalam butiran bersama kenyataan medianya, antaranya mendedahkan pendapatan Invoke sejak ditubuhkan hingga 30 April 2017 adalah sebanyak RM2,780,652.
Daripada jumlah itu, RM787,049 dikatakan disuntiknya secara peribadi daripada dana berpunca daripada simpanan Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera.

“Saya juga terpaksa menambah suntikan setiap bulan dari gaji saya dan dengan membayar beberapa perbelanjaan Invoke menggunakan kad kredit saya,” katanya.
Berdasarkan butiran itu, sebahagian besar dana Invoke berpunca daripada majlis kutipan dana, iaitu sebanyak RM857,369.
Sebahagian besar dana itu dibelanjakan untuk gaji kakitangan (RM888,487), talian telefon dan Internet pusat panggilan (RM326,301) dan aset tetap (RM300,341).
Beliau sendiri, kata Rafizi, tidak menerima gaji daripada badan itu.
“Tidak ada satu sen pun perbelanjaan peribadi saya dibayar oleh Invoke,” katanya.
Adam hari ini mendakwa Rafizi gagal mendedahkan butiran pengumpulan dananya, walaupun sering menyeru semua pihak mengisytiharkan aset.

JAWAPAN BUAT ADAM: PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN INVOKE SEJAK DITUBUHKAN



Saya menghormati hak Saudara Adam Rosly yang membuat kenyataan menuntut INVOKE (dan juga NOW, atau National Oversight & Whistleblowers) untuk mendedahkan sumber pendapatan dan perbelanjaan. Walaupun saya berpendapat secara politik saya tidak wajar melayan karenah Saudara Adam Rosly yang telah pun direhatkan dari jawatannya di dalam KEADILAN dan sedang disiasat Lembaga Disiplin kerana kesnya, saya juga percaya seorang penjawat awam seperti saya perlu tangkas memberi jawapan dalam semua isu bersabit ketelusan.

Oleh yang demikian, saya sertakan penyata pendapatan dan perbelanjaan bagi INVOKE dan NOW seperti yang ditunjukkan di Lampiran A dan B.

Penyata tersebut perlu dibaca dengan berlatar belakangkan maklumat-maklumat berikut:

1.     INVOKE adalah sebuah syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tertakluk kepada Akta Syarikat. Tahun kewangan INVOKE Solutions Sdn Bhd adalah bagi tempoh berakhir 31 Disember 2017. Laporan kewangan yang telah diaudit perlu difailkan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut undang-undang. Penyata kewangan INVOKE hanya boleh diaudit selepas 31 Disember 2017 dan selepas itu, orang ramai boleh menyemak kedudukan kewangan INVOKE dari semasa ke semasa mengikut carian di SSM.

2.    NOW adalah sebuah syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tertakluk kepada Akta Syarikat. Tahun kewangan Oversight and Whistleblowers Sdn Bhd adalah bagi tempoh berakhir 31 Disember 2017. Laporan kewangan bagi tahun kewangan 31 Disember 2015 yang telah diaudit dan difailkan dengan SSM mengikut undang-undang disertakan di dalam Lampiran B. Laporan kewangan bagi tahun kewangan 31 Disember 2016 sedang disediakan dan diaudit.


Dikeluarkan oleh: RAFIZI RAMLI

Bagi pihak INVOKE


 

LAMPIRAN A

PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN INVOKE

sejak ditubuhkan sehingga 30 April 2017

Semua angka dalam RM

PENDAPATAN


Suntikan dana oleh Rafizi Ramli Nota 1

Jualan meja, tiket & barangan semasa majlis
787,049

kutipan dana
857,369

Jualan barangan secara online melalui eShop
56,923

Jualan laporan bulan INVOKE secara online
16,245

Jualan perkhidmatan sukarelawan secara online
dan pemindahan bank Nota 2

1,063,066

Jumlah pendapatan

2,780,652

PERBELANJAAN

Aset tetap (ubahsuai pejabat di 17 lokasi pejabat,
kelengkapan bukan elektronik)

268,434
Aset tetap (kelengkapan elektronik)
49,391
Aset tetap (kelengkapan Call Centre dan sistem kajiselidik elektronik)

300,341
Gaji kakitangan (80 kakitangan tetap)
888,487
Talian telefon dan internet untuk Call Centre
326,301


Perbelanjaan kempen lapangan (field campaign)
di 50 kerusi marginal

187,661

Bayaran pemasaran media sosial
21,871
Bayaran penganjuran majlis kutipan dana termasuk makanan dan sewaan

237,929
Kos barangan (t-shirt, kole minuman dan lain-lain)
36,131
Sewa 17 pejabat
44,654
Elektrik, air, internet dan lain-lain
15,412
Percetakan dan pos
17,828

Jumlah perbelanjaan


2,394,440
BAKI DI BANK DAN DI TANGAN

386,212