Khamis, 4 Mei 2017

Akur desakan umum, Pakatan Harapan pelawa orang ramai cipta logo

Akur dengan kritikan umum terhadap draf loga Pakatan Harapan yang dimuatnaik Naib Presiden PKR Rafizi Ramli di laman Facebook beliau, Media Pakatan Harapan mempelawa orang ramai untuk membantu merekacipta logo Pakatan Harapan.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, pihak Media Pakatan Harapan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi komen, maklum balas, kritikan serta cadangan yang membangun.
"Setelah mengambil kira dapatan dan pandangan umum yang telah diberi, serta berpandukan pandangan dari kalangan pimpinan Pakatan Harapan, pihak Media Pakatan Harapan mengalu-alukan cadangan balas reka bentuk logo Pakatan Harapan dari pihak yang berminat," kenyataan media itu dipetik.
Garis-garis panduan mencipta logo ini adalah seperti berikut:
  • Sebaik mungkin, logo perlulah terdiri daripada dua warna, dan perlu disertakan versi hitam-putih untuk tujuan paparan di kertas undi.
  • Logo mestilah menggunakan simbol yang mudah dikenali atau difahami ramai.
  • Logo perlu mempunyai rasional berteraskan konsep-konsep "harapan", "demokrasi", "keadilan", "integriti" dan "perpaduan".
  • Logo mestilah boleh dilihat sepenuhnya pada skala kecil (seperti pada lencana baju) dan besar (seperti bendera bersaiz besar)
  • Logo versi akhir sebaiknya adalah dalam format 'outlined vector' dan dibuat menggunakan Adobe Illustrator (.ai) atau program seumpamanya.
Orang ramai boleh menghantar cadangan logo Pakatan Harapan ke logo@pakatanharapan.my mulai hari ini sehingga jam 10 pagi, Selasa 9hb Mei 2017.
Sertakan sekali nama, nombor MyKad serta nombor telefon pereka logo.
Penganjur berhak ke atas logo yang diterima untuk kegunaan Pakatan Harapan, dan boleh membuat perubahan kepada corak asal.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi logo@pakatanharapan.my.

Penglibatan Presiden Pas dalam program kerajaan dipuji Exco Terengganu

(dari kiri) Datuk Seri Abdul Hadi Awang  bersama Datuk Seri Ahmad  Shabery Cheek(dari kiri) Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi dilihat meneruskan jalinan kerjasama dengan pemimpin Umno dalam penganjuran Program Pelepasan Tukun ‘Ring To Reef’ (R2R) dan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Jabatan Perikanan dan Petronas di perairan Pulau Kapas hari ini.
Sebelum ini dalam dua acara tahun lalu yang diadakan, Abdul Hadi bersama dengan Presiden Umno  yang juga  Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam program ‘Himpunan Selamatkan Rohingya’ dan turut  mengunjungi Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA2016) anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Hari ini bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dijangka Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang itu, akan menyempurnakan Majlis Pelancaran R2R antara Jabatan Perikanan Malaysia dan Petronas dai Jeti Perikanan Marang.
Penglibatan Presiden Pas, dalam beberapa program kerajaan wajar dicontohi dan dipuji kerana ia menunjukkan kematangan beliau dalam politik kata Exco Kerajaan Negeri A Latiff Awang dalam temubualnya dengan Bernama sebelum program berlansung hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi itu berkata dengan kehadiran Abdul Hadi ia menunjukkan suasana politik lebih baik dan lebih tenang.
"Umno sendiri sedia menerima siapa sahaja yang sanggup bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional (BN), yang penting rakyat perlu diutamakan.
"Abdul Hadi dilihat menyahut seruan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Kita boleh bersaing dalam politik tetapi tidak bermusuh...kenyataan beliau akhir-akhir ini juga menunjukkan beliau memberi sokongan terhadap agenda kerajaan yang memberi manfaat kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat mingguan Exco semalam.
Abdul Hadi yang juga Adun Rhu Rendang, turut membentangkan pindaan Rang Undang-undang

Tukun jadi acara simbolik jika tiada keazaman politik

RAJA BAHRIN SHAH

SAYA membaca tentang upacara pelancaran Tukun Rig to Reef (R2R) oleh Menteri Pertanaian Datuk Ahmad Shabery Cheek yang turut dihadiri Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi dan ingin mengucapkan tahniah atas majlis tersebut.
Saya juga berdoa semoga ini akan menyedarkan pihak berkuasa tentang banyaknya masalah nelayan tempatan dan janganlah menjadikan majlis tersebut semata-mata majlis simbolik yang tidak membantu nelayan dalam erti kata sebenarnya macam yang lepas-lepas.
Saya juga berharap menteri tidak menggunakan kehadiran Presiden Pas untuk mengiyakan kurang perhatian kerajaan sebelum dan selepas ini pada nasib nelayan yang sudah lama diabaikan.    
Saya pernah berbahas dengan Menteri Pertanian Datuk Ahmad Shabery Cheek di Parlimen tentang perlunya tindakan-tindakan tegas lain di ambil selain dari hanya menyediakan tukun kerana ini sahaja tidak akan menyelesaikan masalah sebenarnya. Isu-isu lain yang perlu di beri perhatian adalah:
a) Walaupun tukun akan menambah bilangan ikan di laut, ianya sia-sia sahaja jika aktiviti nelayan Vietnam yang beroperasi secara haram dan mengunakan cara penangkapan ikan yang haram tidak di benteras. Sebenarnya tukun ini hanya membantu mereka mendapat tangkapan ikan yang lebih banyak. Nelayan tempatan terus kerugian melihat hasil ikan terus di kaut orang asing.
b) Peruntukan minyak kapal ronda pihak berkuasa mesti ditambah kerana mereka tidak dapat mengadakan rondaan yang berkesan untuk membenteras aktiviti pencerobohan nelayan asing. Masalah minyak rondaan yang tidak mencukupi telah lama dibangkitkan. 
c) Operasi kapal kargo secara haram memunggah ikan di tengah laut yang melanggar peraturan pihak berkuasa mesti diambil tindakan tegas kerana banyak ikan dibawa lari keluar ke negara jiran.
d) Hukuman penjara yang tegas dan memusnahkan kapal nelayan asing yang menceroboh perairan Malaysia mesti dilakukan seperti dipraktikkan oleh pihak berkuasa Indonesia.  
Hanyalah bersama dengan tindakan-tindakan tersebut di atas, program tukun akan mendatangkan faedah yang menguntungkan nelayan tempatan.

Megadeth: Terima kasih PAS kerana tidak berdemo

Penyanyi utama Dave Mustaine berkata kumpulannya sedia untuk tidak menyanyikan lagu yang dianggap sensitif oleh rakyat Malaysia
megadeth--5
PETALING JAYA: Kumpulan trash metal Amerika Syarikat, Megadeth, berterima kasih kepada PAS kerana tidak menunjuk perasaan membantah konsert yang dijadualkan berlangsung malam ini di Stadium Negara.
Penyanyi utama Dave Mustaine di Twitter menjawab komen oleh seorang yang bernama Hasbullah Najib, yang berkata tiada tunjuk perasaan menanti konsert kumpulan itu malam ini.
“Terima kasih. Kalau ada lagu yang mengguris rakyat Malaysia atau agama, beritahu saya. Saya tidak mahu mengguris hati perasaan mana-mana pihak. Kami pernah potong lagu untuk China,” kata Mustaine.
Hasbullah berkongsi laporan Malaysiakini bertajuk “Pemuda PAS nafi anjur protes konsert Megadeth” di Twitter beliau, dan ditujukan kepada Dave.
PAS sebelum ini lantang langkah mengkritik pertunjukan beberapa artis antarabangsa, termasuk Selena Gomez, Metallica, Adam Lambert, Mariah Carey, Beyonce Knowles, Michael Learns to Rock, Rihanna, Avril Lavigne, Inul Daratista, Gwen Stefani, Scorpions dan Linkin Park.
Malah, konsert Selena Gomez tahun lepas disebutkan salah satu sebab PAS mahu memutuskan hubungan dengan PKR.
“Takkan kerana Selena Gomez kita nak berpecah belah,” kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dipetik sebagai berkata.
“Saya cakap betul, saya tak kenal sangat Selena Gomez ni,” katanya lagi, dan menambah beliau hanya kenal lagu nasyid sahaja.

Banyak air mengalir di bawah jambatan PAS


Oleh A Kadir Jasin
Kalau boleh saya meminjam ungkapan bahasa Inggeris dan menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu bolehlah saya katakan bahawa banyak air telah mengalir di bawah jambatan di muktamar Pas ke-63 baru-baru ini.
Dalam bahasa Inggeris, ungkapan itu berbunyi "A lot of water has flowed under the bridge."Banyak perkara dan hal diperkatakan, dibincangkan dan diputuskan dalam persidangan di Kota Sarang Semut berhampiran Alor Setar itu. Soalnya sekarang, adakah keputusan yang dibuat di muktamar itu muktamad dan pimpinan baru yang dipilih di persidangan itu berbeza daripada yang sebelumnya?
Mungkin tidak kerana ada proses-proses lain yang terpaksa dilalui sebelum ketetapan-ketetapan itu dikuatkuasakan dan kepimpinan baru pula tidaklah homogen dan monolitik.
PAS adalah antara parti politik paling banyak lapisan hierarkinya. Ada Muktamar, ada Majlis Syura, ada Mursyidul Am, Dewan Ulama, barisan kepemimpinan, Dewan Muslimat, Dewan Pemuda dan banyak lagi cabang yang tindih menindih dan sokong menyokong.
Di sebalik baju Melayu dan ketayap, jubah dan serban terdapat pelbagai pandangan dan pendekatan yang kadang kalanya umpama langit dengan bumi. Dalam kata lain, PAS adalah parti dalam parti.
Walaupun perwakilan dan pemimpin PAS mempamerkan sikap keras berkaitan kerjasama dengan parti-parti lain namun ia bukanlah sesuatu yang dipahat di atas batu dan tidak boleh diubah.
Unsur pragmatik
Sekalipun banyak tindak-tanduk, pidato serta retorik PAS sukar didalami dan difahami namun saya yakin PAS tidaklah dangkal atau keras seperti dipamerkan.
Tentunya setelah kebakaran semangat dan tunjuk berani (posturing) di Muktamar reda, kepemimpinan PAS terpaksa berfikir secara lebih rasional mengenai kelangsungan (survival) parti mereka.
Walaupun mereka bercakap besar di khalayak tentang kekuatan PAS, realitinya mereka tahu bahawa PAS lemah apabila bersendirian. Banyak kajian bebas dan analisis mengatakan PAS akan kalah teruk dalam pilihan raya umum akan datang jika ia bertanding bersendirian.
Kecuali PAS sudah mengambil sikap bunuh diri atau menjadi “suicidal” – tidak mahu hidup lagi – ia terpaksa menimbang semula pendiriannya.
Macam mana benci sekalipun PAS terhadap Pakatan Harapan (PH) kerana kehadiran Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) di dalamnya, PAS terpaksa mengakui bahawa kekuatan PH lebih besar daripada kekuatannya.
Bayangkanlah, kalau PH pun mendapati sukar menandingi kekuatan wang dan jentera Umno, bagaimana agaknya PAS yang bersendirian?
Suka atau tidak – kecualilah PAS telah sebulat suara memilih jalan kemusnahan – ia terpaksa memilih untuk berpakat sama ada dengan PH atau Barisan Nasional.
Atau ia boleh cuba menjalin kerjasama bersaingan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi mengelak pertandingan pelbagai penjuru.
Walaupun PAS sudah lafaz talak terhadap PKR dan DAP di peringkat pusat, di Selangor ia masih bersekedudukan dengan kedua-dua buah parti itu dalam kerajaan negeri.
Melainkan PAS secara diam-diam telah menjalin hubungan sulit dengan BN dan memperoleh sumber kewangan baru yang besar, ia memerlukan rakan kongsi yang ada kemampuan kewangan dan berpotensi untuk menang.
Bersendirian PAS akan kalah teruk. Perjuangan Islamnya selama ini akan tinggal nama saja. Jadi yang mana lebih baik bagi PAS – berpakat dengan parti-parti PH atau BN?
Jarum beracun Umno
PAS benci kepada AMANAH kerana parti baru itu adalah serpihan PAS. Tapi perwakilan PAS sendiri yang menolak pemimpin-pemimpin yang kini menganggotai AMANAH. PAS mahu menjadi parti yang khusus untuk golongan agama.

Siasat segera skandal 1MDB, bukannya ‘korek bangkai gajah’ – Lim Kit Siang

PUTRAJAYA, 4 MEI: Apa yang cuba dilakukan kerajaan UMNO-Barisan Nasional apabila menubuhkan Pasukan Petugas Khas menyiasat skandal forex Bank Negara tahun 1990-an berbanding menyiasat penyelewengan puluhan billion 1MDB yang berlaku saat ini?
Menyifatkan ia umpama ‘mengorek semula bangkai gajah’, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mempersoalkan adakah penubuhkan pasukan penyiasat forex itu benar-benar berlandaskan prinsip ketelusan dan urus tadbir yang baik.
“Pengajaran terpenting kerugian forex Bank Negara Malaysia suku abad lalu ialah kegagalan menteri-menteri, pegawai-pegawai tertinggi kerajaan, Ahli-ahli Parlimen dan media untuk memainkan peranan mereka menegakkan prinsip ketelusan dan urus tadbir yang baik,” katanya.
Beliau berkata, tindakan kerajaan saat ini seolah-olah cuba mengulangi kesilapan yang sama apabila kerajaan gagal menyiasat skandal mega 1MDB yang sedang berlaku.
“Pasukan khas ini telah digambarkan sebagai ‘menggali semula bangkai gajah di era Dr Mahathir’.
“Mengapa kita tidak lihat masalah besar yang berlaku depan mata iaitu skandal penggubahan wang haram 1MDB yang telah memalukan nama Malaysia sebagai negara kleptokrasi global?
“Atau adakah kita akan menunggu suku abad lagi sebelum pasukan petugas khas ‘mengorek semula bangkai gajah’ skandal 1MDB, mungkin di tahun 2040?” soal Kit Siang.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu membuat kenyataan berkenaan selepas selesai pertemuan dengan Pasukan Petugas Khas Skandal Forex Bank Negara 1990-an diiringi peguam, Ram Karpal di luar lobi Kementerian Kewangan Malaysia, dekat sini sebentar tadi.
“Mereka tanya saya sama ada adakah saya terlibat?
“Apa yang saya katakan, apa pun maklumat daripada saya telah diketahui umum melalui ucapan saya di Parlimen pada tahun 1993 dan 1994,” katanya lagi.

Najib perlu jelaskan kegagalan urus niaga Bandar Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 MEI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mesti menjelaskan kegagalan syarikat milik penuh Kementerian Kewangan, TRX City Sdn Bhd dalam urus niaga penjualan 60 peratus daripada 486 ekar tanah prima di Bandar Malaysia yang bernilai RM7.42 bilion.
Ia, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, bagi mengembalikan semula keyakinan awam khususnya rakyat Johor ekoran kegagalan urus niaga itu yang melibatkan syarikat Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC) sebagai pihak pembeli.
Untuk rekod, 40 peratus saham IWH dimiliki kerajaan negeri Johor melalui Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd.
“Ia membangkitkan isu serius berhubung kebertanggungjawab dan ketelusan, terutamanya persoalan mengenai mengapa lanjutan tempoh pembayaran diberikan sejak 31 Disember 2015.
“Ia turut membangkitkan persoalan sama ada deposit yang dibayar IWH-CREC sebanyak RM741 juta akan hilang,” katanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam kenyataan hari ini.
IWH membentuk konsortium dengan CREC dengan masing-masing memegang 60 peratus dan 40 peratus saham.

Bandar Malaysia: Adakah kementerian kewangan akan selamatkan 1MDB sekali lagi?

KUALA LUMPUR, 4 MEI: Perjanjian usahasama RM7.41 bilion bagi memiliki 60 peratus kepentingan Bandar Malaysia antara kondortium Iskandar Waterfront Holdings (IWH) dan China Railway Engineering Cooperation (CREC) akhirnya tidak menjadi kenyataan.
Ia berikutan perjanjian Jualan Saham yang dimeterai pada 31 Disember 2015 oleh TRX City Sdn Bhd dengan konsortium itu kini telah luput walaupun tempoh lanjutan diberikan.
Namun, yang menjadi persoalan saat ini ialah, adakah 1MDB akan memulangkan semula deposit sebanyak RM741 juta yang dibayar syarikat consortium IWH-CREC soal Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee.
“Siapa yang akan membayar balik deposit RM741 juta yang dibayar kepada 1MDB oleh konsortium IWH?
“Adakah 1MDB akan mengembalikan bayaran deposit, atau adakah Kementerian Kewangan perlu sekali lagi menyelamatkan 1MDB dengan mengeluarkan RM741 juta hasil kemelut hartanah 1MDB?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Tony, pengumuman TRX City Sdn Bhd semalam itu tidak mengejutkan.
Beliau malah turut mempersoalkan alasan di sebalik cadangan penjualan ekuiti itu kepada sebuah konsortium dengan jumlah aset bersih sebanyak hampir RM3.8 bilion atau kurang daripada separuh nilai urus niaga berkenaan.
“Bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2015, keuntungan bersih syarikat itu sebelum cukai hanya RM170.4 juta.
“Walaupun IWH jelas cuba melakukan lebih daripada kemampuannya, 1MDB dengan bangga mengumumkan pada 31 Disember 2015 yang perjanjian penjualan IWH-Bandar Malaysia menandakan peristiwa penting terakhir dalam pelan rasionalisasi 1MDB seperti yang dikemukakan kepada kabinet Malaysia pada 29 Mei 2015,” katanya.

Berita yang sangat dinanti-nantikan

Ribut yang menghempas bumi Kota Sarang Semut di Kedah tempoh hari dipercayai sebagai takdir Allah yang datang mengiringi keputusan yang dibuat di dalam Muktamar Tahunan PAS kali-63 yang berlangsung sepanjang 29 April 2017 hingga 1 Mei 2017 yang lepas.
Ianya ditegaskan lagi oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai takdir Allah dan bukan bala bencana seperti yang didakwa sesetengah pencemburu PAS. Ia sekadar hujan lebat biasa bersekali ribut yang menumbangkan hanya beberapa buah khemah niaga di Tapak Expo dan mengutip seramai 17 mangsa.
Ia bukan bencana sebagai balasan dari Tuhan. Sudah tentu bukan. Ulamak dan pimpinan PAS tidak ada salah dan silap di mana-mana. Mustahil ribut yang datang tiba-tiba itu adalah signal untuk mereka.
Tetapi, yang tidak kita ketahui dengan takdir ribut ini adalah, ianya satu petanda besar untuk sebuah lagi keputusan penting dalam strategi perjuangan politik PAS. Itu sahaja. Bukan bala, bukan bencana.
PKR hari ini telah menerima nasib yang sama seperti DAP. Strategi kerjasama politik yang dipanggil sebagai tahaluf siyasi antara PAS dan PKR telah terputus melalui usul perwakilan Dewan Ulama PAS Pusat yang juga telah disokong sebulat tekad dan kemudiannya diterima tanpa bahas oleh para perwakilan.
Ia saling tak tumpah dengan apa yang diperlakukan ke atas DAP dalam muktamar PAS kali-61 di Kuala Selangor tahun 2015 dulu. Untuk rekod, kedua-dua usul memutuskan hubungan dengan DAP dan PKR di dalam muktamar ke-61 dan ke-63 itu, masing-masing dibawa oleh Dewan Ulama PAS Pusat.
Oleh kerana keputusan muktamar lebih tinggi daripada Majlis Syura, keputusan memutuskan hubungan dengan PKR ini hanya menunggu masa sahaja untuk dipateri. Putus tetap putus.
Langkah lebih mudah
Namun, perceraian antara kedua-dua parti pembangkang paling berpengaruh ini wajar diterima dengan senang hati oleh Pakatan Harapan sebagai sesuatu yang akan mempermudahkan langkah kita seterusnya.
Apa yang menjadi dakwaan ramai orang selama ini akan kewujudan sebuah ‘kerajaan gabungan’ atau popular sebagai UG (Unity Government) di antara PAS dan UMNO, sebenarnya telah mula menampakkan kebenarannya.
Ia mungkin bukanlah sebuah kerjasama politik di peringkat parti dengan parti. Tetapi ianya merupakan sebuah kerjasama atau perjanjian persefahaman yang boleh menyelamatkan dan memudahkan kedudukan antara satu sama lain.
Yang pasti apapun jenamanya, namun apabila tujuannya hanya untuk mengekalkan PM Najib Razak dan gerombolannya di Putrajaya, ia wajib ditolak.
Maka, serangan kepada UMNO-Barisan Nasional (BN) hari ini secara langsung akan menjadi serangan satu peluru untuk dua sasaran. Lebih jimat dan lebih berkesan. Lalu benarlah seperti yang pernah saya tulis di ruangan ini dulu; sudah semakin jelas, bukan sahaja UMNO-BN, malah PAS kini sudah sepatutnya ditewaskan juga.
Andaikata PAS masih berdegil mahu kekal di dalam kerajaan Selangor misalnya, tahulah kita PAS juga bertuhankan kuasa dan jangan kita tersilap congak mendakwa hanya UMNO-BN sahaja yang ada nafsu serakah seperti itu. Sifat maksum hanya ada pada Nabi dan bukan pewaris baginda.
Maju terus ke hadapan
Pakatan Harapan ditubuhkan dengan keanggotaan PKR, Amanah dan DAP wajar merebut peluang terbaik ini. Malah dengan penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), strategi memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-14 untuk menumpaskan UMNO-BN akan menjadi lebih tersusun, lebih fokus dan pastinya akan lebih berkesan. Pakatan Harapan tanpa PAS bagai bahtera yang lebih lancar meluncur laju.
Kini Pakatan Harapan terutamanya PKR akan lebih mudah untuk mengurus sikap politik PAS selepas usul tersebut. Segala persoalan sia-sia yang menyelubungi kedua mereka telah boleh dibuang jauh.
Yang tinggal sekarang hanyalah bagaimana Pakatan Harapan untuk maju terus ke hadapan merencana serta memberi penerangan supaya maklumat sampai ke semua segmen pegundi.

Rafizi: Krisis 1MDB akan berulang

Pembatalan perjanjian penjualan saham Bandar Malaysia juga menimbulkan persoalan mengenai hubungan antara Najib dan Beijing
rafizi-1mdb-3
KUALA LUMPUR: Pertikaian dalam IWH-CREC Sdn Bhd, sebuah usaha sama antara Iskandar Waterfront Holdings (IWH) dan China Railway Engineering Corp (CREC), serta syarikat milik kementerian kewangan TRX City Sdn Bhd, menimbulkan keraguan ke atas penstrukturan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli percaya pembatalan perjanjian penjualan saham (SSA) Bandar Malaysia, yang didakwa diperlukan untuk menstrukturkan hutang 1MDB nampak seperti akan menghantui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Saya percaya pentadbiran Najib akan terus menemui jalan buntu untuk menyelesaikan masalah hutang 1MDB terutamanya bila mana projek-projek yang disusun dengan pembiayaan dana kerajaan China mula bermasalah,” kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli pada sidang media di pejabat Invoke hari ini.
Semalam, TRX City mengumumkan penjualan 60% modal terbitan dan berbayar Bandar Malaysia, sebuah projek mega di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur, terbatal berikutan “kegagalan pembeli menunaikan tanggungjawab pembayaran”.
Oleh itu, TRX City akan segera menjemput pihak berminat untuk menjadi pemaju utama projek itu, sementara mengekalkan pegangan 100% kementerian kewangan dalam Bandar Malaysia.
Rafizi berkata kerajaan sebelum ini mempertahankan penjualan 60% pegangan dalam Bandar Malaysia kepada konsortium IWH-CREC sebahagian daripada pelan penstrukturan hutang 1MDB.
“Terbatalnya penjualan tersebut bermakna hutang yang ditanggung oleh Bandar Malaysia Sdn Bhd (anak syarikat 1MDB) dan 1MDB keseluruhannya masih kekal tidak diselesaikan.”
Beliau juga mendakwa ia mungkin memberi kesan kepada RM1.55 bilion yang perlu dibayar kepada Lembaga Tabung Haji (TH), yang melabur dalam terbitan sukuk Bandar Malaysia pada Februari 2014.
“Bayaran pokok pertama yang perlu dibuat kepada Tabung Haji ialah 2021 (4 tahun dari sekarang) dan bakinya dalam 2024,” katanya.
Jumlah pelaburan dalam 2 bahagian sukuk tersebut ialah RM920.8 juta, dan diterbitkan untuk membiayai pembinaan kemudahan penggantian berhubung penempatan semula pangkalan tentera udara Sungai Besi.

Skandal 1MDB: Jangan tunggu tahun 2040 baru siasat 1MDB

Ironi ialah perkataan yang menggambarkan apa yang terjadi kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini.
Sejak berdekad lamanya, dia tidak pernah gentar meminta kerajaan untuk memberikan jawapan kepada kerugian besar dialami Bank Negara dalam perdagangan spekulatif forex; mendesak kebertanggungjawaban dan meminta media untuk menyiasat dan membongkar pihak yang bertanggungjawab dalam skandal tersebut.
Hari ini, selepas lebih daripada 20 tahun, dia dipanggil menghadap pasukan khas yang ditugaskan untuk menyiasat kerugian forex itu, apa yang disifatkannya sebagai siasatan “menggali bangkai gajah” dari era pemerintahan Dr Mahathir Mohamad.
Dia merasakan aneh sekali yang pihak berkuasa bersungguh-sungguh menyiasat sesuatu yang terjadi berdekad lepas sedangkan ada kesilapan nyata yang sangat besar impaknya sedang berlaku dalam kerajaan Najib tetapi diabaikan kini.
“Kenapa kita tak nampak gajah depan mata- skandal antarabangsa pengubahan wang 1MDB yang menyebabkan Malaysia dikenali sebagai skandal kleptokrasi paling teruk di dunia?
“Atau adakah kita perlu menunggu suku abad lagi sebelum kita ada pasukan khas untuk “menggali” bangkai gajah skandal kleptokratik 1MDB- sekitar tahun 2040 mungkin?,” kata Kit Siang dalam kenyataan selepas perjumpaan dengan pasukan khas yang mengambil masa 30 minit itu.
Kata Lim lagi, kabinet, penjawat awam tertinggi, ahli Parlimen dan media gagal dalam mengangkat kebertanggungjawaban dan urus tadbir yang baik dalam skandal forex.
Dia mengatakan yang Perdana Menteri Najib Razak, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mustapha Mohamad dan Ahli Parlimen Barisan Nasional Othman Abdul ialah ahli kabinet sewaktu skandal itu berlaku.
Ketika itu, Najib ialah menteri pertahanan, Mustapha ialah setiausaha parlimen kementerian kewangan dan Othman ialah setiausaha parlimen di Jabatan Perdana Menteri.
“Adakah Najib, Mustapha dan Othman menjalankan tugas mereka kepada negara untuk menjunjung kebertanggungjawaban dan prinsip urus tadbir yang baik atau mereka juga sebenarnya terlibat dalam apa sahaja usaha untuk menutup skandal kerugian forex Bank Negara?

Skandal 1MDB: Projek Bandar Malaysia 'tak ada hal' sembang Pengerusi 1MDB

Pengerusi 1MDB, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, mengesahkan projek Bandar Malaysia masih berlangsung seperti biasa ketika berita melaporkan perjanjian jualan saham (SSA) mengenainya dibatalkan.
Ditemui media di Petaling Jaya hari ini, Mohd Irwan bagaimanapun tidak melayan soalan lanjutan yang dikemukakan kepadanya.
“Projek masih jalan, tak ada hal, (projek) masih jalan,” katanya selepas merasmikan Program i-Labs di Menara Sunway hari ini.
Beliau ditanya semasa meninggalkan majlis berkenaan. Mohd Irwan turut ditanya sama ada perjanjian berkenaan mendapat kelulusan daripada Beijing atau tidak.
Mohd Irwan juga Ketua Setiausaha Perbendaharaan bagaimanapun mengulangi jawapannya, iaitu “projek masih jalan”.
Namun Irwan yang juga ketua setiausaha perbendaharaan hanya mendiamkan diri ketika ditanya adakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan ke China lagi untuk mencari pelabur baru bagi Bandar Malaysia.
Semalam, TRX City Sdn Bhd mengumumkan SSA Bandar Malaysia dengan Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corperation (M) Sdn Bhd (CREC) terbatal berikutan kegagalan pihak pembeli menunaikan tanggungjawab pembayaran.
Dilaporkan konsortium IWH-CREC Sdn Bhd gagal melunaskan RM7.42 bilion untuk mendapat 60 peratus pegangan saham walaupun beberapa kali penangguhan diberikan sejak Disember 2015.
Menurut TRX City, Kementerian Kewangan akan terus mengekalkan pegangan 100 peratus hak dalam Bandar Malaysia dan akan memastikan pembangunan aset harta tanah itu benar-benarmemberi faedah kepada rakyat Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan hari ini berkata pembatalan SSA Bandar Malaysia tidak menggugat rancangan jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan 1MDB dan membangunkan projek berkenaan.
Kerajaan, katanya, akan mempelawa syarikat-syarikat tempatan dan luar negara yang mempunyai pelan lebih menarik serta komprehensif bagi menjadi pemaju utama projek pembangunan Bandar Malaysia

PEMBATALAN PERJANJIAN PENJUALAN BANDAR MALAYSIA: MASALAH 1MDB TIDAK AKAN SELESAI DAN AKAN TERUS MENGHERET NAJIB



Saya merujuk kepada laporan-laporan media mengenai pengumuman tarikh luput tempoh masa memenuhi syarat-syarat perjanjian jual beli tanah-tanah Pengkalan Udara Sungai Besi (yang kini dipanggil “Bandar Malaysia”) yang dibuat oleh TRX City Sdn Bhd, iaitu syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) yang mengambil alih projek itu dari 1MDB.
Pengumuman itu menyatakan bahawa syarikat usahasama milik Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd dan China Railway Engineering (M) Sdn Bhd (“CREC” yang dimiliki anak syarikat Kerajaan China) telah gagal membayar jumlah yang ditetapkan bagi pegangan 60% di dalam pembangunan Bandar Malaysia (yang diumumkan berjumlah RM7.42 bilion).
Pengumuman ini bermakna pengumuman-pengumuman sebelum ini bahawa kononnya pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak telah berjaya menstrukturkan kembali hutang-hutang 1MBD dengan sendirinya terbatal. Secara langsung, ia mengesahkan hakikat bahawa pentadbiran Dato’ Seri Najib masih belum ada jalan untuk menyelesaikan masalah hutang 1MDB yang kini ditanggung oleh rakyat dan bakal diwariskan.
Penjualan 60% pembangunan Bandar Malaysia semasa diumumkan dihujung tahun 2015 lalu telah mengundang kemarahan rakyat kerana ia pertama kali sebuah pengkalan udara yang sangat strategik dan bersejarah dipindahkan dan tanahnya dijual kepada syarikat yang dimiliki sebuah kerajaan asing. Alasan yang diberikan oleh pentadbiran Dato’ Seri Najib pada ketika itu ialah keperluan nasional untuk menstrukturkan semula hutang-hutang 1MDB.
Walau bagaimana pun, terbatalnya penjualan tersebut bermakna hutang yang ditanggung oleh Bandar Malaysia Sdn Bhd (anak syarikat 1MDB) dan 1MDB keseluruhannya masih kekal tidak diselesaikan.
Ini termasuklah sejumlah RM1.55 bilion yang perlu dibayar kepada Tabung Haji akibat kertas hutang sukuk yang diterbitkan Bandar Malaysia Sdn Bhd dan dibeli oleh Tabung Haji dalam tahun 2014. Bayaran pokok pertama yang perlu dibuat kepada Tabung Haji ialah 2021 (empat tahun dari sekarang) dan bakinya dalam tahun 2024.
Sebab itu, saya mendesak kepimpinan Tabung Haji untuk memberikan maklumbalas untuk menenangkan pendeposit di seluruh negara dalam keadaan belum ada tanda-tanda dana Tabung Haji berjumlah RM1.55 bilion itu akan dapat dibayar sepenuhnya tanpa melibatkan penggunaan dana awam yang lain.
Pembatalan perjanjian akibat kegagalan syarikat usahasama IWH-CREC ini membayar jumlah yang dipersetujui juga mempunyai kesan yang lebih besar kepada masa depan politik Dato’ Seri Najib. Pemerhati politik dan ekonomi sedia maklum bahawa kekuatan kewangan syarikat milik Kerajaan China (iaitu CREC) adalah sebab utama kenapa tanah yang begitu strategik dijual kepada satu syarikat usahasama asing. Malah kebelakangan ini, Dato’ Seri Najib dilihat cukup akrab dengan Kerajaan China sehingga menimbulkan spekulasi sebahagian besar dana yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah kewangan akibat 1MDB berkemungkinan datangnya dari China.

SKANDAL 1MDB: RM43 JUTA DANA SRC DIKELUARKAN SECARA TUNAI, SIAPA DAPAT WANG INI?

Pada 21 Julai 2015, SPRM menahan seorang lelaki bernama Ariffin Ismail Shahul Hamid dalam siri tangkapan beberapa orang saksi untuk membantu siasatan ke atas 1MDB. Berita itu dilaporkan secara meluas di dalam dan luar negara, seperti mana laporan dari Straits Times yang boleh dicapai di http://www.straitstimes.com/asia/fourth-man-arrested-in-task-forces-probe
Beliau adalah salah seorang dari 5 orang yang ditahan oleh SPRM sepanjang siasatan ke atas 1MDB sebelum siasatan itu ditamatkan serta merta apabila Peguam Negara ditukar, kepimpinan siasatan ditukar dan akhirnya badan siasatan bersama 4 agensi (Peguam Negara, SPRM, PDRM dan Bank Negara dibubarkan.
Saya telah menyemak seberapa banyak sumber dan rujukan awam. Setakat ini tidak ada satu laporan pun yang memberi gambaran peranan Ariffin Ismail Shahul Hamid dan kenapa beliau ditahan di dalam siasatan tersebut.
Dengan bocornya dokumen yang dimuatnaik oleh SPRM Insider yang saya mula dedahkan sejak semalam, peranan dan penglibatan Ariffin Ismail Shahul Hamid menjadi begitu jelas dan mengesahkan kenapa beliau antara orang yang paling awal ditahan oleh SPRM dua tahun lalu.
Pada 9 Januari 2015, sebanyak RM39.7 juta dipindahkan dari akaun SRC ke akaun Gandingan Mentari Sdn Bhd.
Pada hari yang sama (9 Januari 2015), Gandingan Mentari Sdn Bhd memindahkan RM40 juta ke akaun Ihsan Perdana Sdn Bhd.
Pada 13 Januari 2015, Ihsan Perdana Sdn Bhd mengeluarkan 7 cek kepada sebuah perniagaan persendirian bernama Mail Global Resources, setiap satu cek bernilai RM5 juta menjadikan jumlah cek kepada Mail Global Resources bernilai RM35 juta pada hari itu.
Di antara 15 Januari 2015 hingga 20 Januari 2015, pemilik Mail Global Resources yang bernama Ariffin Ismail Shahul Hameed telah mengeluarkan secara tunai sejumlah RM35 juta dengan menunaikan cek tunai kepada diri beliau sendiri; iaitu 69 keping cek tunai bernilai RM500,000 setiap satu, 1 keping cek tunai bernilai RM400,000 dan 1 keping cek tunai bernilai RM100,000.
Pada 24 Disember 2014, SRC memindahkan RM40 juta ke akaun Gandingan Mentari Sdn Bhd.
Pada hari yang sama (24 Disember 2014), Gandingan Mentari Sdn Bhd memindahkan RM40 juta ke akaun Ihsan Perdana Sdn Bhd.
Pada 29 Disember 2014, sejumlah RM8 juta dipindahkan ke akaun berlainan di dalam Ihsan Perdana Sdn Bhd.
Pada 30 Disember 2014, RM8 juta yang dipindahkan ke akaun berlainan telah dipindahkan pula dari Ihsan Perdana Sdn Bhd kepada Mail Global Resources.
Pada 13 Januari 2015, Ihsan Perdana Sdn Bhd telah mengeluarkan 7 keping cek bernilai RM7 juta setiap satu kepada Mail Global Resources, menjadikan jumlah pindahan kepada Mail Global Resources sebanyak RM35 juta.
Pada 31 Disember 2014, pemilik Mail Global Resources iaitu Ariffin Ismail Shahul Hameed telah mengeluarkan secara tunai sejumlah RM8 juta dengan menunaikan 16 keping cek tunai bernilai RM500,000 setiap satu.

Skandal 1MDB: Rafizi namakan peniaga terima RM43 juta daripada SRC

Untuk siapa dia mengendalikan wang tunai sebanyak itu, dan mengapa tiada tindakan daripada Bank Negara, soal naib presiden PKR

rafizi-namakan-peniaga-srcKUALA LUMPUR: Selepas menamakan 3 pihak yang menerima wang berkait 1MDB semalam, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini meneruskan pendedahannya dan mendakwa seorang peniaga mengeluarkan RM43 juta yang didakwa berasal daripada SRC International Sdn Bhd (SRC).
Menurut beliau, wang berkenaan dikeluarkan dalam tempoh 3 minggu antara 24 Disember 2014 hingga 20 Januari 2015.
“Saya yakin dia terima arahan,” kata Rafizi pada sidang media di pejabat Invoke hari ini.
Rafizi kemudiannya menampilkan 2 gambar rajah menerangkan bagaimana wang tersebut mengalir daripada bekas anak syarikat 1MDB itu ke akaun syarikat milikan tunggal (enterprise) milik seorang “individu”.
Gambar rajah pertama menceritakan mengenai siri transaksi yang berlaku antara 24 Disember hingga 31 Disember 2014.
Ia menunjukkan SRC memindahkan RM40 juta kepada sebuah syarikat Sdn Bhd (syarikat A), yang menyalurkan wang itu ke syarikat Sdn Bhd (syarikat B).
Syarikat B kemudiannya menyalurkan RM8 juta ke akaun milik sebuah syarikat milikan tunggal (syarikat C), milik “individu” yang dinamakan itu.
“Individu” itu kemudian menunaikan RM8 juta berkenaan pada 31 Disember 2014, dengan mengeluarkan 16 cek RM500,000 untuk dirinya.
Gambar rajah kedua pula menceritakan mengenai siri transaksi yang berlaku antara 9 Januari 2015 hingga 20 Januari 2015.
Ia menunjukkan SRC memindahkan RM39.7 juta ke syarikat A pada 9 Januari 2015.
Pada hari yang sama syarikat A menyalurkan RM40 juta ke syarikat B, yang 4 hari kemudian mengeluarkan 7 cek RM5 juta kepada “individu” itu.
Antara 15 Januari hingga 20 Januari pula, “individu” itu menunaikan semua wang itu, mencecah RM35 juta, dengan mengeluarkan 69 cek untuk dirinya.
“Bayangkan, saya tak tau macam mana, dia bawa lori ke bas ke nak bawa keluar RM35 juta tunai,” kata Rafizi.
Rafizi mempersoalkan mengapa transaksi membabitkan wang sebesar itu boleh berlaku tanpa tindakan daripada Bank Negara Malaysia.
Malah, semua transaksi itu berlaku selepas tempoh pendaftaran syarikat C dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terluput pada 6 November 2014.
“Kenapa Bank Negara tidak mendakwa ‘individu’ ini atas kesalahan pengubahan wang haram, kerana tindakan beliau mengendalikan RM43 juta secara tunai dalam tempoh 3 minggu sudah tentu disedari oleh Bank Negara seawal Januari 2015 semasa cek-cek itu ditunaikan,” kata Rafizi.
Mengulas lanjut, Rafizi memberitahu pemberita “individu” berkenaan pernah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama 4 hari pada 21 Julai, dalam siasatan ke atas SRC.
“Saya yakin keterangan beliau boleh menjawab kenapa jumlah yang besar itu perlu diuruskan secara tunai? apa keperluan seorang peniaga kecil seperti beliau memegang RM43 juta secara tunai, dan sebenarnya siapakah yang telah menerima bayaran-bayaran tunai daripada jumlah RM43 juta wang rakyat itu?” kata Rafizi.
Semalam, Rafizi menamakan 3 pihak yang didakwa menerima wang berkait 1MDB daripada akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Beliau mahu pendedahan itu mendesak SPRM membuka semula siasatan terhadap Najib.

Skandal 1MDB: 'Kendali RM43 juta dalam 3 minggu tapi terlepas?'

Susulan pendedahan dakwaan jejak wang SRC International semalam, PKR membangkitkan persoalan berkaitan cara pihak berkuasa mengendalikan seorang peniaga yang dikaitkan dengan siasatan 1MDB.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli merujuk kepada dokumen-dokumen yang dimuat naik ke Internet, yang mendakwa RM43 juta telah ditunaikan daripada cek tunai dalam tempoh tiga minggu dua tahun lalu.
“Kenapa Bank Negara tidak mendakwa (peniaga itu) atas kesalahan pengubahan wang haram kerana tindakan mengendalikan RM43 juta secara tunai dalam tempoh tiga minggu.

“(Perkara ini) sudah tentu disedari oleh Bank Negara seawal Januari 2015 semasa cek-cek itu ditunaikan?” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Dakwanya, peniaga awal 30-an itu mengeluarkan RM8 juta melalui 16 cek tunai pada 31 Disember 2014 dan RM35 juta lagi melalui 71 cek tunai antara 15 Januari hingga 20 Januari 2015.
Rafizi juga mendakwa wang itu berasal daripada SRC International, bekas anak syarikat 1MDB, dan melalui beberapa syarikat sebelum disalurkan ke syarikat peniaga itu sebelum ditunaikan menggunakan cek tunai.
Dakwaan-dakwaan itu dibuat berasaskan dokumen daripada Sprminsider pada Oktober 2016. Akses ke blog itu kini telah disekat oleh kerajaan.
Malaysiakini tidak dapat mengesahkan keaslian dokumen-dokumen itu secara bebas.
Tidak kira dari mana pun sumber wang itu, Rafizi berkata, Bank Negara sebagai badan pengawal selia kewangan patut berwaspada apabila pengeluaran wang tunai dalam tempoh singkat berlaku.
Beliau juga menggesa pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara mendedahkan penerima wang tunai RM43 juga yang ditunaikan oleh peniaga itu.
“Apa keperluan seorang peniaga kecil seperti beliau memegang RM43 juta secara tunai?” soalnya.

Peniaga dirujuk Rafizi itu mirip dengan individu yang ditangkap SPRM pada Julai 2015 bagi dalam siasatan kes berkaitan SRC International.

Malaysiakini tidak menamakan individu itu buat masa ini sementara menunggu komen daripadanya.
Tutup kedai pada 2014
Semakan terhadap status syarikat peniaga itu dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati syarikat itu ditutup pada November 2014.
Lawatan ke alamat didaftar mendapati ia terletak antara barisan kedai dan di tingkat atasnya mempunyai penghuni.
Ia kini menjadi kedai kaca dan aluminium. Pintu pagar untuk menaiki tangga juga berkunci dan tiada balasan apabila dipanggil.

Semalam, Rafizi mendedahkan dokumen “bocor” menunjukkan dakwaan beberapa bahagian Umno dan BN serta badan berkaitan media menerima dana SRC.

Dakwaan aliran wang itu juga menunjukkan pembantu Datuk Seri Najib Razak merangkap perunding kerajaan untuk proses penyelesaian 1MDB-International Petroleum Investment Corporation (IPIC) Amhari Efendi Nazaruddin menerima RM2 juta.
Amhari tidak memberikan respons terhadap soalan Malaysiakini berkaitan perkara itu.
Malaysiakini juga sedang menghubungi badan-badan dan individu disenaraikan sebagai penerima wang seperti didakwa Sprminsider.
Ada 'penerima' tak pasti
Centre for Strategic Engagement Sdn Bhd, yang didakwa menerima RM300,000, mengesahkan menjalankan kajian dan pemantauan media untuk beberapa parti-parti BN dan berkata mengenakan bayaran untuk perkhidmatan itu.

Rafizi: Laporan polis untuk heret saya dalam isu agama, Melayu

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa laporan polis dibuat terhadapnya atas dakwaan memfitnah mahkamah syariah adalah suatu cubaan mengheret beliau dalam isu melibatkan agama dan isu-isu berasaskan Melayu.
"Saya fikir objektifnya adalah untuk cuba mengheret dan melibatkan saya dalam isu berasaskan Melayu dan agama yang merupakan gangguan daripada (isu) besar yang kami lakukan," kata Rafizi kepada pemberita di Sungai Besi hari ini.
Awal hari ini, Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan, Datuk Mahamad Ibrahim dan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Datuk Muhamad Abdul Karim Wahab membuat laporan polis berasingan terhadap Rafizi.
Mereka mendakwa Rafizi melakukan fitnah terhadap mahkamah syariah semasa sesi "parlimen olok-olok" oleh ahli parlimen Pakatan Harapan pada 10 April lalu bagi membahaskan rang undang-undang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.
Dalam perbahasan itu, Rafizi berkata, tumpuan untuk menaikkan had hukuman mahkamah syariah tanpa melibatkan kenaikan gaji hakim boleh membuka ruang kepada rasuah.
Beliau juga mendakwa jumlah hakim mahkamah syariah yang terlibat dengan rasuah adalah lebih tinggi berbanding hakim mahkamah sivil.
Rafizi berkata, beliau akan menunggu langkah seterusnya daripada pihak berkuasa susulan laporan yang dibuat dan bersedia untuk menjawab perkara itu di mahkamah.
"Saya mempunyai hujah yang akan saya bentang di mahkamah apabila sampai waktu itu," katanya.
Enggan komen pasal Adam
Mengenai isu berasingan, Rafizi enggan mengulas terhadap kenyataan Ketua Pemuda PKR Ampang, Adam Rosly Abdullah yang didakwa memberikan kenyataan dan dokumen palsu berkaitan hartanya.
"Saya tak fikir saya perlu menumpukan banyak perhatian kepada Adam kerana jika saya memberi perhatian kata-kata kecewa ketua pemuda cabang itu, saya perlu jawab lagi 50 orang setiap hari.

Tekanan Ekonomi: Penjawat awam berhutang, muflis akan disiasat

Terdapat lebih 49,000 penjawat awam melakukan pinjaman peribadi melebihi kemampuan gaji mereka daripada institusi kewangan.
Zainal-Rahim-penjawat-awamJASIN: Penjawat awam berisiko muflis berikutan kegagalan menguruskan hutang pinjaman akan disiasat, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Zainal Rahim Seman.
Beliau berkata isu berkenaan semakin meruncing berikutan terdapat penjawat awam bertindak berani memalsukan slip gaji ketika membuat pinjaman hingga melebihi kemampuan mereka.
Zainal berkata sehingga kini terdapat lebih 49,000 penjawat awam melakukan pinjaman peribadi melebihi kemampuan gaji mereka daripada institusi kewangan yang dikenal pasti.
“Adakalanya ‘kebijaksanaan’ penjawat awam itu mungkin atas desakan hidup hingga mereka tidak dapat berfikir secara rasional,” katanya kepada pemberita hari ini.
Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Penutupan Kursus Asas melibatkan 272 anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menamatkan latihan di Akademi Pengangkutan Jalan, Tiang Dua yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan dan Ketua Pengarah JPJ Datuk Nadzri Siron.
Latihan itu berlangsung selama 3 bulan dan meliputi modul perkhidmatan teras jabatan iaitu penguatkuasaan, kejuruteraan automotif, pelesenan kenderaan dan pemandu serta pendakwaan.
Bernama pada 30 April lepas melaporkan setakat ini lebih 3,000 penjawat awam diisytiharkan muflis dan dikhuatiri jumlah itu akan terus meningkat jika tidak dibendung.
Sementara itu Zainal berkata dengan kebergantungan masyarakat terhadap teknologi semakin meningkat, penjawat awam diminta berhati-hati mengenal pasti kesahihan sesuatu maklumat yang diperoleh dan diberi terutama di media sosial bagi mengelak penularan berita palsu hingga mencemar imej perkhidmatan awam.
Beliau berkata pihaknya memandang serius isu penjawat awam yang tidak berintegriti sehingga mencemar nama baik jabatan dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka.

Berapa kos lawatan Rosmah dan dua menteri pengiring ke UK?

Ketika perbelanjaan kerajaan bagi sektor-sektor kritikal seperti kesihatan dan pelajaran dipotong, perbelanjaan mewah Jabatan Perdana Menteri yang membabitkan lawatan ke luar negara menjadi persoalan umum.
Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin dalam satu kenyataan menggesa PERMATA mendedahkan perbelanjaan lawatan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri itu ke London, United Kingdom (UK) selama tujuh hari bermula hari ini hingga 10 Mei depan.
Gesaan itu dibuat kerana bimbang wang pembayar cukai digunakan secara berwewenang sedangkan pelbagai peruntukan bagi sektor perkhidmatan awam dan subsidi dipotong.
"Jika ia didanai wang cukai rakyat, adakah patut kerajaan mengeluarkan belanja besar untuk lawatan ini sedangkan pelbagai bajet hampir semua sektor perkhidmatan awam dan subsidi dipotong? Malah, adakah lawatan ini sebenarnya perlu?" soalnya.
Beliau turut mempersoalkan kehadiran dua menteri iaitu Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Datuk Seri Azalina Othman mengiringi Penaung PERMATA, Datin Seri Rosmah Mansor dalam lawatan tersebut.
“Adakah kita perlukan dua menteri untuk menyertai lawatan ini? Apa yang mereka buat di UK selama seminggu?
“Gaji menteri dibayar menggunakan wang pembayar cukai jadi mereka perlu bertanggungjawab terhadap kita mengenai lawatan rasmi tersebut,” katanya.
Selain itu, beliau turut mempersoalkan program Minda Nobel anjuran PERMATA pintar dengan Royal Society of London yang sebelum ini dilakukan di Malaysia namun diadakan di UK untuk kali ini.

Skandal 1MDB: Projek Bandar Malaysia pula dirundung masalah

Projek Bandar MalaysiaProjek Bandar Malaysia
Bagaikan jatuh ditimpa tangga. Itulah yang dihadapi syarikat pelaburan kedua negara apabila projek Bandar Malaysia yang menjadi kebanggaannya pula dilanda masalah.
Ini kerana perjanjian usahasama RM7.41 bilion bagi memiliki 60 peratus kepentingan Bandar Malaysia antara konsortium Iskandar Waterfront Holdings (IWH) dan China Railway Engineering Cooperation (CREC) tidak menjadi kenyataan.
Ia berikutan perjanjian jualan saham yang dimeterai pada 31 Disember 2015 oleh TRX City Sdn Bhd dengan konsortium itu kini telah luput walaupun tempoh lanjutan diberikan.
Namun yang menjadi persoalan saat ini, adakah 1MDB akan memulangkan semula deposit sebanyak RM741 juta yang dibayar syarikat consortium IWH-CREC soal Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee.
“Siapa yang akan membayar balik deposit RM741 juta yang dibayar kepada 1MDB oleh konsortium IWH?
“Adakah 1MDB akan mengembalikan bayaran deposit, atau adakah Kementerian Kewangan perlu sekali lagi menyelamatkan 1MDB dengan mengeluarkan RM741 juta hasil kemelut hartanah 1MDB?” ujarnya dipetik Roketkini.
Menurut Tony, pengumuman TRX City Sdn Bhd semalam tidak mengejutkan malah beliau turut mempersoalkan alasan di sebalik cadangan penjualan ekuiti itu kepada sebuah konsortium dengan jumlah aset bersih sebanyak hampir RM3.8 bilion atau kurang daripada separuh nilai urus niaga berkenaan.
“Bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2015, keuntungan bersih syarikat itu sebelum cukai hanya RM170.4 juta.

Skandal 1MDB: Pelan menyelamat 1MDB gagal bila projek China bermasalah


Projek Bandar MalaysiaProjek Bandar Malaysia
Pembatalan perjanjian penjualan Bandar Malaysia akan menjejaskan pelan menyelamatkan 1MDB dan memberi isyarat bahawa projek-projek kepentingan China di negara ini tidak seindah dibayangkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Naib presiden PKR Rafizi Ramli berkata, pentadbiran Najib akan terus menemui jalan buntu untuk menyelesaikan masalah hutang 1MDB terutama bila projek-projek yang disusun dengan pembiayaan dana Kerajaan China mula bermasalah.
"Ini bermakna, Datuk Seri Najib akan terus dihantui oleh masalah hutang akibat 1MDB yang akan mengheret beliau dan rakyat Malaysia terus berdepan dengan risiko kehilangan berpuluh bilion ringgit untuk menutup lubang hutang tersebut," katanya.
Rafizi yang juga ahli parlimen Pandan merujuk kepada laporan-laporan media mengenai pengumuman tarikh luput tempoh masa memenuhi syarat-syarat perjanjian jual beli tanah-tanah Pangkalan Udara Sungai Besi yang kini dipanggil 'Bandar Malaysia'.
Ia membabitkan TRX City Sdn Bhd, iaitu syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) yang mengambil alih projek itu dari 1MDB.
Pengumuman itu menyatakan syarikat usahasama milik Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd dan anak syarikat Kerajaan China, China Railway Engineering (M) Sdn Bhd telah gagal membeli pegangan 60% di dalam pembangunan Bandar Malaysia, projek yang diumumkan bernilai RM7.42 bilion.
"Ini bermakna pengumuman-pengumuman sebelum ini bahawa kononnya pentadbiran Datuk Seri Najib Razak telah berjaya menstrukturkan kembali hutang-hutang 1MBD dengan sendirinya terbatal.
"Secara langsung, ia mengesahkan hakikat bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib masih belum ada jalan untuk menyelesaikan masalah hutang 1MDB yang kini ditanggung oleh rakyat dan bakal diwariskan," tegas Rafizi.
Menurutnya, penjualan 60% pembangunan Bandar Malaysia pada hujung 2015 telah mengundang kemarahan rakyat kerana tanah pangkalan udara yang sangat strategik dan bersejarah dijual kepada syarikat asing.
"Alasan yang diberikan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib pada ketika itu ialah keperluan nasional untuk menstrukturkan semula hutang-hutang 1MDB.
"Walau bagaimana pun, terbatalnya penjualan tersebut bermakna hutang yang ditanggung oleh Bandar Malaysia Sdn Bhd (anak syarikat 1MDB) dan 1MDB keseluruhannya masih kekal tidak diselesaikan.
"Ini termasuklah sejumlah RM1.55 bilion yang perlu dibayar kepada Tabung Haji akibat kertas hutang sukuk yang diterbitkan Bandar Malaysia Sdn Bhd dan dibeli oleh Tabung Haji dalam tahun 2014," jelas Rafizi lagi.
Bayaran pokok pertama yang perlu dibuat kepada Tabung Haji, ujar beliau adalah pada 2021 dan bakinya pada 2024.
Sehubungan itu, beliau menggesa peneraju Tabung Haji memberi maklum balas kepada para pendeposit berhubung pembelian sukuk tersebut memandangkan belum ada tanda-tanda dana Tabung Haji berjumlah RM1.55 bilion itu akan dapat dibayar sepenuhnya tanpa melibatkan penggunaan dana awam.
Beliau menambah, pembatalan urusniaga syarikat usahasama IWH-CREC ini juga mempunyai kesan yang lebih besar kepada masa depan politik Najib.
"Pemerhati politik dan ekonomi sedia maklum bahawa kekuatan kewangan syarikat milik kerajaan China (iaitu CREC) adalah sebab utama kenapa tanah yang begitu strategik dijual kepada satu syarikat usahasama asing.

Skandal 1MDB: SRC akan jual aset untuk bayar balik pinjaman k’jaan

SRC International Sdn Bhd akan menjual aset-aset syarikat untuk menyelesaikan hutang yang diambil daripada kerajaan, kata Kementerian Kewangan.
"Tahun 2015 dan 2016 adalah merupakan tahun yang amat mencabar untuk SRC.
"Namun demikian, SRC sentiasa berusaha untuk menyelesaikan semua hutang syarikat.
"Antara langkah yang akan diambil adalah untuk menjual aset-aset syarikat untuk menyelesaikan hutang kepada Kementerian Kewangan," katanya dalam jawapan bertulis Parlimen.
SRC International adalah bekas anak syarikat 1MDB tetapi kemudiannya diletakkan di bawah Kementerian Kewangan.
Menurut jawapan parlimen, SRC International masih berhutang RM310 juta dengan kerajaan pada kadar faedah empat peratus setahun.
Selain itu, SRC International juga berhutang dengan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) RM4.385 bilion pada kadar faedah antara 4.3 hingga 5.1 peratus setahun.
Kementerian Kewangan mengulangi bahawa SRC International akan membayar hutangnya kepada KWAP mengikut jadual yang ditetapkan.
Jawapan bertulis Parlimen itu adalah merujuk kepada soalan Ahli Parlimen Selayang, William Leong yang menyoal mengenai hutang tertunggak SRC International.

Permulaan baik, sekarang Pakatan Harapan perlu nyatakan dasar


Permulaan baik, sekarang Pakatan Harapan perlu nyatakan dasar
Pakatan Harapan sudah memperkenalkan kepimpinan Majlis Presiden, sekarang masa untuk umum dasar dan manifesto.
Pakatan Harapan mengatasi halangan pertama apabila bersetuju dengan barisan kepimpinan yang akan menerajui pakatan pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang. Sekarang, mereka hanya perlu menyatakan dengan jelas dasar-dasar mereka, kata dua kumpulan yang mewakili pergerakan sivil dan perunding perniagaan.
Kedua-dua kumpulan itu memberitahu yang memandangkan barisan kepimpinan sudah diumumkan kepada masyarakat, PH tidak lagi perlu membuang masa untuk menyakinkan rakyat Malaysia bahawa mereka tahu apa yang akan dilakukan nanti untuk mengubah negara.
“PH perlu membentangkan dasar-dasar mereka kerana rakyat mahukan sebuah kerajaan yang tahu apa yang perlu dilakukan,” kata Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.
“Kita mahui sebuah kerajaan yang tahu apa yang mereka buat bukan untuk kepentingan sendiri, tetapi untuk negara dan rakyat.
“Dasar-dasar mereka perlu mencerminkan strategi bersepadu dan menyeluruh sebagai kerajaan di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan, melibatkan kerangka ekonomi dan pemerkasaan undang-undang, bertujuan memastikan kerajaan mampu memenuhi keperluan masyarakat.”
Maria memberitahu The Malaysian Insight, memandangkan pilihanraya umum semakin hampir, barisan kepimpinan itu ialah “permulaan yang baik”, walaupun mungkin bermaksud yang ia tidak akan menjadi kabinet bayangan, sekiranya PH berjaya menakluk Putrajaya.
Kerajaan baru nanti- walau siapa pun- perlu menunjukkan yang mereka boleh membantu menyusun kembali Malaysia, bukan hanya tertumpu kepada kejayaan jangka pendek.
“Pengukuhan ia (kerajaan) melalui institusi seperti polis, kehakiman dan suruhanjaya anti korupsi boleh mengembalikan semula keyakinan politik dan pelabur.
“Kita memerlukan perubahan paradigma dan sekarang ialah masa terbaik untuk Malaysia yang pelbagai bangsa dan agama ini,” katanya lagi.
Dalam laporan ekslusif pagi ini, The Malaysian Insight menerbitkan senarai pemegang jawatan PH yang diputuskan dalam mesyuarat majlis gabungan presiden yang diadakan pada pagi Ahad lepas.
Pasukan harapan PH menamakan Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat dan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengerusi.
Dr Wan Azizah akan menjadi pengerusi majlis dan dia akan dibantu tiga naib pengerusi.
Senarai pemimpin tertinggi dan logo PH akan dihantar ke Pendaftar Persatuan.

Penyelesaian IPIC-1MDB tambah kerugian negara


Pemuda Amanah Nasional yang diketuai Faiz Fadzil menyerahkan memorandum ke pejabat perdana menteri berhubung penyelesaian IPIC-1MDB yang merugikan negara.Pemuda Amanah Nasional yang diketuai Faiz Fadzil menyerahkan memorandum ke pejabat perdana menteri berhubung penyelesaian IPIC-1MDB yang merugikan negara.
Pemuda Amanah Nasional hari ini mengemukakan memorandum kepada perdana menteri bagi menuntut penjelasan berhubung skandal penyelesaian tuntutan arbitrasi IPIC-1MDB yang disifatkan sebagai merugikan negara.
Malah sikap berdiam diri Datuk Seri Najib Razak dalam menjawab isu dan persoalan berkaitan skandal 1MDB tidak mencerminkan sikap akauntabiliti beliau sebagai Perdana Menteri yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.
Memorandum itu diserahkan timbalan ketua Pemuda Amanah Nasional Faiz Fadzil di pejabat perdana menteri di Putrajaya dan diterima setiausaha sulit kanan perdana menteri, Nik Mohd Husin.
IPIC dan anak syarikatnya Aabar Investment PJS (Aabar) telah membuat tuntutan arbitrasi di Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London terhadap 1MDB dan Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) pada 14 Jun 2016.
Memorandum Pemuda Amanah diterima setiausaha sulit kanan perdana menteri Nik Mohd Husin.Memorandum Pemuda Amanah diterima setiausaha sulit kanan perdana menteri Nik Mohd Husin.Dalam permohonannya, IPIC menuntut sejumlah USD6.5 bilion (RM26.5 billion) di atas kegagalan 1MDB dan Kementerian Kewangan menunaikan obligasi kontrak.
Bagaimanapun pada 24 April 2017, IPIC melalui kenyataan kepada Bursa Saham London mengesahkan satu persetujuan telah dicapai antara IPIC dan 1MDB dengan 1MDB dan MOF Inc akan membayar sejumlah USD1.2 bilion (RM5.3 bilion) sebagai penyelesaian awal kepada IPIC dan bertanggungjawab terhadap dua bon berjumlah USD3.5 billion (RM15.5 bilion) yang dikeluarkan 1MDB Energy Limited.
Dalam memorandum tersebut, Pemuda Amanah melahirkan kebimbangan terhadap ketelusan penyelesaian tuntutan arbitrasi yang secara langsung menunjukkan jumlah USD3.5 bilion telah dibayar secara curang (fraud) kepada Aabar BVI yang disahkan bukan anak syarikat IPIC.
Tambah Faiz, jika Aabar BVI didakwa sebagai syarikat yang sahih, mengapa 1MDB dan Kerajaan Malaysia bersetuju menyelesaikan tuntutan IPIC.
Pemuda Amanah turut mempersoalkan ketidakhadiran Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani dalam tuntutan arbitrasi tersebut sedangkan beliau bertanggungjawab menyelia pelan rasionalisasi 1MDB.
Malah penyelesaian tuntutan arbitrasi itu dibuat Pejabat Perdana Menteri bagi pihak 1MDB dan Kerajaan Malaysia sedangkan perdana menteri didakwa menerima USD30 juta daripada transaksi licik Aabar BVI di saat beliau ialah Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.
Pemuda Amanah juga mempertikaikan mengapa tiada sebarang tindakan diambil terhadap dua individu iaitu Jho Low dan Riza Aziz yang didakwa menyeleweng wang 1MDB yang dibayar kepada Aabar BVI.

Amanah mahu penjelasan hutang 1MDB, serah memo kepada PM

Pimpinan Pemuda Amanah dan penyokong pergi ke pejabat perdana menteri untuk menyerahkan memorandum menyuarakan kebimbangan mengenai hutang syarikat milik kerajaan itu.
amanah-demands-1mdb-1
PUTRAJAYA: Pemuda Amanah hari ini menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menuntut penjelasan mengenai isu berkaitan hutang melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Muhammad Faiz Fadli berkata isu berkaitan 1MDB akan diajukan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pejabat Peguam Negara dan Majlis Raja-Raja dalam masa 10 hari.
Pimpinan Pemuda Amanah dan penyokong pergi ke pejabat perdana menteri dan menurut Faiz memorandum diterima pembantu Najib, Nik Mohd Hussin.
Faiz menyoal kelewatan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab dalam jejak wang 1MDB.
“Mengapa polis dan SPRM belum mengambil tindakan terhadap Riza Aziz (anak tiri Najib), Jho Low (ahli perniagaan tempatan) dan wang yang dihantar ke Aabar (BVI). Mana mereka?” soal Faiz.
Beliau merujuk kepada penyelesaian antara 1MDB dan International Petroleum Investment Company (IPIC) sebelum prosiding timbang tara di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London.
1MDB sebelum ini mendakwa ia membayar anak syarikat IPC, Aabar Investment PJS Limited (Aabar BVI) yang berdaftar di Pulau Virgin British, sejumlah RM3.51 bilion antara 2012 dan 2014, tetapi IPIC menafikan perkara itu tahun lepas, mendakwa pihak mereka tidak terima wang itu.
“1MDB mendakwa mereka sudah membuat pembayaran tetapi mengapa 1MDB bersetuju untuk membuat pembayaran lain?
“Tempoh 10 hari yang kami berikan kepada beliau sudah memadai untuk menjawab kepada orang ramai. Ia melibatkan dana rakyat dan Najib perlu memberi penjelasan kepada rakyat. Kami mahu penjelasan yang kukuh dan boleh dipercayai daripada beliau,” kata Faiz.
“Kami bimbang akan pembayaran lain ini. Ia melibatkan wang yang banyak. Bagaimana hutang akan dilangsaikan?” katanya, dan menambah keadaan ini berlaku ketika rakyat Malaysia dihimpit kos hidup yang tinggi.

CHINA-KOMUNIS SEKAT PELABURAN KE BANDAR MALAYSIA.??


Kerajaan China dikatakan enggan meluluskan perjanjian firma milik negara itu dengan Iskandar Waterfront Holdings (IWH) yang berpangkalan di Johor Iskandar Waterfront Holdings (IWH) untuk mengambil alih 60 peratus kepentingan dalam Bandar Malaysia, lapor Wall Street Journal.
Akhbar itu menyifatkan kegagalan perjanjian RM7.41 bilion berkenaan sebagai satu tamparan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang semasa perutusan Tahun Baru berkata “isu 1MDB yang saya janjikan pada rakyat tempoh enam bulan sudah pun nampak penyelesaian,”
WSJ melaporkan 1MDB masih belum mengemukakan penyata kewangan bagi tahun 2015 atau 2016, jadi keadaan kewangan semasanya adalah tidak jelas.
“Namun, kegagalan ushasama itu mungkin menambah tekanan kepada Najib, yang juga menteri kewangan, untuk mencari cara lain membayar hutang 1MDB,” kata laporan itu.
WSJ juga mendakwa melihat dokumen dalaman daripada kementerian kewangan Malaysia, yang kononnya menyatakan bahawa sebab utama kegagalan ushasama itu adalah bahawa kerajaan China enggan memberikan lampu hijau kepada China Railway Engineering Corporation (CERC) untuk membuat pelaburan.
Akhbar tersebut juga mendakwa bahawa “sumber yang rapat dengan perkara itu” telah mengesahkan perkara berkenaan.
“Dokumen Kementerian Kewangan mengatakan bahawa konsortium itu diberikan 12 lanjutan, dengan yang terakhir luput pada 30 April ..,” katanya.
WSJ berkata pejabat Perdana Menteri dan 1MDB tidak bertindak balas terhadap permintaan mereka untuk mendapatkan ulasan, manakala pejabat maklumat kerajaan China juga tidak menjawab.
Malaysiakini tidak dapat untuk mengesahkan kesahihan dakwaan dalam laporan ini.
Semalam, TRX City Sdn Bhd, yang dimiliki oleh kementerian kewangan, dalam satu kenyataan berkata bahawa perjanjian jualan saham (SSA) yang dimeterai pada 31 Dis 2015 dengan konsortium berkenaan telah luput.

Kes Berprofil Tinggi: Tunggulah lepas PRU14 kata SPRM..!!!

Tunggu sehingga selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) - itu janji Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada rakyat negara ini.
Mengesahkan ada beberapa kes berprofil tinggi melibatkan ahli politik sedang disiasat Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, berkata agensi itu perlu berhati-hati sebelum bertindak bagi mengelak dituduh terlibat dalam politik.
“Siasatan telah pun dimulakan, tetapi kami tidak mahu diheret dalam kancah politik kerana setiap kes pasti akan jadi modal pilihan raya,” ujarnya dipetik Astro Awani.
Dzulkifli membuat kenyatan itu ketika bertemu ketua-ketua pengarang media tempatan di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau juga berkata tindakan tegas akan diambil tanpa teragak-agak selepas PRU14 kerana SPRM perlu kekal sebagai agensi yang melindungi kepentingan rakyat.
Katanya, apabila parlimen dibubarkan untuk membolehkan PRU14 diadakan nanti, beliau akan mengeluarkan kenyataan keras.
“Ini kerana ahli politik perlu terus bersih, dan ada yang dapat kuasa kemudian jadi korup,” katanya.
Beliau turut menegaskan mana-mana pemimpin yang terlibat dalam salah guna kuasa akan diheret ke muka pengadilan walaupun mereka memenangi kerusi dalam PRU nanti.
Dzulkifli turut menasihati orang ramai supaya bijak menilai dan memilih calon supaya hanya yang benar-benar bersih serta bebas daripada unsur rasuah atau salah guna kuasa diangkat menjadi pemimpin.
Katanya, nasihat itu dibuat tanpa sebarang pengaruh atau agenda peribadi.
“Saya tidak ada apa-apa agenda peribadi dan saya mahu SPRM dihormati dan disegani. Saya juga tidak mendapat apa-apa arahan daripada mana-mana pemimpin atau ahli politik,” katanya.
Bagaimanapun berita itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai. Seorang daripadanya ialah pelakon dan penyanyi Adibah Noor.
Penyanyi Terlalu Istimewa itu memberikan reaksi ringkas terhadap kenyataan Dzulkifli itu.
"Sebelum (PRU14) larrr..." katanya di Twitter.
Seorang lagi pengguna Twitter, @apizglaxo88 turut mempersoalkan mengapa SPRM perlu menunggu
sehingga PRU14 berakhid sebelum bertindak.
"Kenapa mesti tunggu selepas PRU?.. Berani kerana benar.. Amanah dan jujur dalam pekerjaan.. Takut pada Allah SWT," katanya.

Khairuddin cabar najib debat tentang isu 1MDB

Skandal 1MDB: "Tunjuklah bukti," kata Nazri

Skandal 1MDB: Rafizi dakwa bekas 'rakan sekolah' terima wang dari Najib

'Dengar cakap orang, terjun masuk lubuk' - Sultan

Penasihat Kerajaan BN: PAS mungkin 'untung', kata Abdul Hadi

"Terpulang kepada Tuanku Sultan Selangor," kata Abdul Hadi

Sultan Johor selar akhbar 'pembungkus nasi lemak'

Ketua hakim syarie lapor polis terhadap Rafizi

Rafizi Ramli - RM43 juta dana rakyat dikeluarkan secara tunai. Siapa dapat!?

Bandar Malaysia: Adakah 1MDB akan kembalikan deposit IWH-CREC ?

Berikutan laporan tawaran RM7.41 bilion bagi memiliki ekuiti 60 peratus dalam Bandar Malaysia yang tidak menjadi kenyataan, ahli parlimen DAP Tony Pua mempersoalkan sama ada 1MDB akan membayar balik depositi RM741 juta yang dibayar oleh konsortium IWH-CREC.
Konsortium itu adalah usahasama antara Iskandar Waterfront Holdings (IWH) yang berpangkalan di Johor dan China Railway Engineering Cooperation (CREC).
"Kini terdapat soalan yang sangat penting mengenai siapa yang akan membayar balik deposit RM741 juta yang dibayar kepada 1MDB oleh konsortium IWH?
"Adakah 1MDB akan mengembalikan bayaran deposit, atau adakah MOF (kementerian kewangan) perlu sekali lagi menyelamatkan 1MDB dengan mengeluarkan RM741 juta hasil kemelut hartanah 1MDB?" soalnyta dalam satu kenyataan.
Pua berkata demikian ketika mengulas pengumuman TRX City Sdn Bhd melalui satu kenyataan semalam bahawa perjanjian jualan saham (SSA) yang dimeterai pada 31 Disember, 2015, dengan konsortium itu, telah luput selepas ia gagal untuk membuat pembayaran di sebalik beberapa lanjutan yang diberikan,
Sambil menyifatkan pengumuman itu sebagai tidak mengejutkan, Pua berkata beliau sebelum ini mempersoalkan alasan di sebalik cadangan penjualan ekuiti itu kepada sebuah konsortium dengan jumlah aset bersih sebanyak hampir RM3.8 bilion atau kurang daripada separuh nilai urus niaga berkenaan.
"Bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2015, keuntungan bersih syarikat itu, sebelum cukai hanya RM170.4 juta.
"Walaupun IWH jelas cuba menggigit lebih daripada apa yang ia mampu, 1MDB dengan bangganya mengumumkan pada 31 Disember 2015 yang perjanjian penjualan IWH-Bandar Malaysia menandakan peristiwa penting terakhir dalam pelan rasionalisasi 1MDB seperti yang dikemukakan kepada kabinet Malaysia pada 29 Mei 2015," katanya.
Pua menegaskan bahawa beliau telah mengemukakan soalan tambahan di Parlimen mengenai status projek itu pada November tahun lalu dan April tahun ini.
Jawapan yang diberikan, katanya, hanya mendedahkan bahawa konsortium IWH akan membayar faedah 6 peratus ke atas pembayaran yang belum dijelaskan sehingga jumlah berkenaan dibayar sepenuhnya pada 2023.
Dengan penamatan perjanjian itu, Pua berkata kementerian kewangan kini terpaksa menangung faedah sukuk RM2.4 bilion yang diambil oleh 1MDB bagi projek Bandar Malaysia.

SKANDAL 1MDB: Konsortium IWH-CREC pertikai dakwaan TRX City

IWH CREC Sdn Bhd, sebuah konsortium usahasama antara Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering (M) Sdn Bhd (CREC), mempertikaikan dakwaan TRX City Sdn Bhd semalam berhubung penjualan kepentingan ekuiti 60 peratus dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd.
Menurutnya, kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh TRX City tidak sepenuhnya tepat.
Dalam satu kenyataan, ia berkata IWH CREC mengambil berat dengan kandungan notis penamatan dan siaran akhbar berikutnya yang dikeluarkan oleh TRX City, yang tidak mencerminkan dengan lengkap dan tepat keadaan dan pihak-pihak dalam perkara ini.
"IWH-CREC mengambil perkara ini dengan serius dan pada masa ini sedang mengkaji kandungan notis penamatan dan siaran akhbar itu dengan penasihat dan pihak peguam," katanya sambil menambah bahawa pengumuman lanjut mengenai perkara ini akan dibuat dalam masa terdekat.
IWC CREC Sdn Bhd ialah syarikat usaha sama 60-40 antara IWH dan CREC.
TRX City, yang dimiliki oleh kementerian kewangan dalam kenyataan media semalam, mengumumkan  bahawa Perjanjian Jualan Saham (SSA) yang ditandatangani pada 31 Disember 2015 dengan konsortium IWH CREC telah luput.
"Ini adalah kerana, walaupun lanjutan diberikan, IWH-CREC gagal untuk membuat pembayaran yang digariskan dalam syarat di bawah SSA.
"Hasilnya, Perjanjian Jualan Saham antara pihak-pihak ini terbatal dan tidak sah berkuatkuasa serta merta," kata kenyataan dari TRX sambil menambah kerajaan kini akan menangguhkan rancangan TRX City untuk menjual tanah berkenaan.
Perjanjian Bandar Malaysia sebelum ini disebut-sebut sebagai sebahagian daripada pelan rasionalisasi 1MDB bagi tujuan mengurangkan hutang firma pelaburan negara itu.
Tanah prima atau utama seluas 486 ekar di Sungai Besi, atau Bandar Malaysia, telah pun dipindahkan dan diletakkan di bawah kementerian kewangan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak semalam dijadualkan melawat tapak Bandar Malaysia  tetapi secara tiba-tiba majlis itu dibatalkan.
Sebaliknya, kenyataan TRX City dikeluarkan tidak lama kemudian.

Mat Taib yakin Pakatan Harapan akan kuasai Putrajaya selepas PRU14

Tan Sri Muhammad Mohd TaibTan Sri Muhammad Mohd TaibBekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib meyakini gabungan empat parti dalam Pakatan Harapan bakal menguasai Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 ini.
"Pakatan Harapan semakin menghampiri untuk menguasai Putrajaya melalui PRU14.
"Kejayaan ke empat parti dalam Pakatan Harapan iaitu PKR, Amanah, Bersatu dan DAP bergabung di bawah satu lambang adalah satu kejayaan besar dalam usaha untuk mewujudkan gabungan parti di dalam Pakatan Harapan (PH) untuk menjadi kerajaan alternatif kepada Barisan Nasional(BN).
"PH boleh membentuk sebuah kerajaan yang lebih berwibawa di peringkat persekutuan menggantikan BN seperti yang mereka tunjukkan di Pulau Pinang dan Selangor," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau yang mesra dipanggil Mat Taib mengulas mengenai kesediaan Pakatan Harapan menggunakan satu logo dan akan didaftarkan di Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak lama lagi.
Muhammad berkata, BN kini dilihat sudah hilang keupayaan untuk mentadbir negara dengan baik.
" Terlalu banyak kelemahan didapati di pelbagai bidang dan BN sudah tiada upaya untuk membaikinya lagi.
"Misalnya harga barangan yang semakin meningkat sekarang serta pembatalan bantuan kewangan dalam bidang pelajaran dan kesihatan untuk rakyat.
"Pendedahan Rafizi dua hari yang lepas berkaitan wang SRC dan siapa yang memperolehinya memeranjatkan ramai pihak.

SPRM PERLU SAHKAN SENARAI PENERIMA DANA SRC YANG MASUK DARI AKAUN PERIBADI DATO’ SERI NAJIB TUN RAZAK

 Walaupun tumpuan kepada kes yang melibatkan wang dari akaun SRC International Sdn Bhd (“SRC”) masuk ke akaun peribadi Dato’ Seri Najib Tun Razak semakin pudar, saya secara berterusan mengumpul maklumat untuk memastikan kes ini akan tetap dibawa ke muka keadilan satu hari nanti.
Foto Rafizi Ramli. Saya tahu selagi Dato’ Seri Najib berkuasa, kes ini tidak akan diambil tindakan. Tetapi ia tidak wajar dibenarkan mati begitu sahaja kerana ia melibatkan RM4 bilion dana pencen rakyat yang kesannya pasti akan dirasai oleh warga emas dan keluarga mereka kelak.
Saya secara berterusan mengumpul maklumat dan menyemak maklumat-maklumat yang ada untuk membawanya kepada rakyat. Saya tahu jika rakyat dilalikan dengan isu-isu lain (baik politik, kesusahan hidup atau hiburan), rakyat akan lupa dan kes ini boleh berkubur begitu sahaja.
Sebab itu saya menamakan Dato’ Dr Nasharuddin Mat Isa sebagai salah seorang penerima dana SRC yang masuk melalui akaun peribadi Dato’ Seri Najib kerana saya mahu melihat reaksi pimpinan kanan SPRM. Saya yakin bahawa maklumat itu benar dan telah membuat Akuan Berkanun mengenainya, jika saya membuat cerita SPRM sudah tentu menafikannya dengan sekeras-kerasnya dan terus menahan saya untuk didakwa.
Sehingga sekarang, tidak ada penafian atau sebarang reaksi dari pimpinan kanan SPRM kecuali kemaskini kes melalui sistem atas taliannya yang memaklumkan bahawa SPRM sedang mengambil tindakan ke atas maklumat mengenai aliran dana yang saya telah berikan kepada SPRM baru-baru ini.
Pada pandangan saya, ini bermakna bahawa dokumen-dokumen lain mengenai kes-kes melibatkan Dato’ Seri Najib dan dana 1MDB/SRC yang sebelum ini pernah cuba disiarkan tetapi dihalang dari disebarkan; wajar dibawa kembali untuk diketengahkan kepada rakyat supaya SPRM membuka kembali kes dan membuat siasatan lanjut.
Salah satu dari dokumen yang paling lengkap mengenai aliran dana yang mengalir dari akaun SRC ke akaun peribadi Dato’ Seri Najib pernah disiarkan oleh satu laman SPRM Insider di capaian sprminsider.blogspot.co.uk
Laman ini telah lama dihalang capaiannya oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Jika orang ramai cuba melayari laman tersebut sekarang, anda akan mendapat notis berikut:
Walau bagaimana pun, laman tersebut masih boleh dicapai dengan cara tertentu dan saya telah mengambil petikan skrin untuk menunjukkan ia masih lagi beroperasi dan belum ditutup:
Dokumen yang dimuatnaik pada 1 Oktober 2016 itu mempunyai 10 mukasurat itu diedarkan kepada pihak media dan orang ramai pada hari ini. Dokumen itu memperincikan transaksi wang keluar masuk dari pelbagai syarikat dan individu yang membabitkan Dato’ Seri Najib dan dana SRC (yang diambil dari Kumpulan Wang Amanah Persaraan).
Saya telah menyemak perkara-perkara berikut untuk memastikan maklumat di dalam dokumen itu bukan rekaan:

1. Segala transaksi telah disemak satu persatu kepada kertas yang dipegang oleh Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali yang memperincikan aliran dana dari SRC melalui beberapa syarikat sebelum sampai ke akaun Dato’ Seri Najib. Semua maklumat di dalam dokumen yang dimuatnaik di SPRM Insider ini tepat seperti yang terkandung di dalam kertas yang dipegang Tan Sri Apandi Ali
2. Nama-nama syarikat dan individu yang dinamakan telah dikenalpasti dan disemak dengan maklumat umum (baik dengan Suruhanjaya Syarikat atau keratan berita atau carian lain). Semua individu yang dinamakan wujud dan sebahagian besarnya ada kaitan dengan Umno; atau Dato’ Seri Najib; atau merupakan syarikat-syarikat pembekal

Oleh yang demikian, berdasarkan pengalaman profesional saya, maklumat-maklumat yang terkandung di dalam dokumen yang didedahkan oleh laman SPRM Insider itu berkemungkinan besar adalah benar berdasarkan perkara-perkara berikut:

i. Jika ia tidak benar, tiada sebab kenapa SKMM mengambil keputusan untuk menghalang capaian ke laman tersebut
ii. Semua maklumat yang terkandung setakat ini konsisten dan sepadan dengan maklumat-maklumat sulit yang telah diketahui umum termasuk nama-nama syarikat yang digunakan untuk “melapiskan” pindahan wang ke akaun Dato’ Seri Najib iaitu Gandingan Mentari SB, Ihsan Perdana SB dan anak-anak syarikat kumpulan Putra Perdana Berhad
iii. Maklumat yang terkandung di dalam dokumen ini merupakan maklumat rumit yang begitu sulit seperti nombor akaun, nama syarikat yang khusus, individu yang khusus dan pemindahan wang pada tarikh-tarikh yang khusus. Maklumat seperti ini adalah begitu rumit dan tidak mudah untuk direka-reka kerana angka dan maklumatnya perlu konsisten dan sepadan di dalam semua dokumen. Setakat ini semua angka ini adalah sepadan

Apa faedah kamu benci sangat dengan DAP..??


Hanipah Maidin Hanipah Maidin
Ahi Parlimen Sepang Hanipah Maidin menempelak sikap sebilangan penyokong Pas yang turut salah menafsirkan kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guang Eng yang menganggap parti itu 'sesat' kerana menyokong Barisan Nasional (BN).
Hanipah dalam kenyataan di laman facebooknya hari ini berkata, daripada komen-komen balas yang dilemparkan oleh beberapa pemimpin Pas, beliau tafsirkan sebagai "salah fahaman".
"Daripada komen-komen itu saya rasa wujudnya persepsi salah memahami istilah sesat yang digunakan oleh LGE (Lim Guan Eng).
"Org Arab kata 'hukum kita ke atas sesuatu adalah cabang kepada tasawwur kefahaman kita atas sesuatu itu'. Ini maknanya jika tasawwur kefahaman kita atas sesuatu perkara itu salah ,maka kita juga akan tersalah hukum.
"Bila saya baca kenyataan LGE yang saya faham istilah sesat yg beliau gunakan tidaklah dalam konteks sesat dalam beragama yang selalu difahami sebagai 'al-dholal'. Ia lebih kepada istilah 'astray' dalam bahasa Inggeris yang lebih kurang maknanya melencong atau tersasar," terangnya.
Hanipah mengulas mengenai kenyataan Perwakilan Pas Pulau Pinang Yusni Mat Piah di dalam muktamar lalu, dilaporkan sebagai berkata, bahawa BN bukan lagi musuh utama Pas pada PRU-14 sebaliknya ia adalah DAP kerana secara jelas menentang agenda Islam.
Namun pada Isnin Guan Eng menganggap tindakan Pas sebagai tidak masuk akal.Guan Eng dipetik berkata, Pas dari segi perjuangan politiknya telah sesat jalan dan lupa siapa kawan siapa lawan.Sepatutnya musuh utama Pas adalah BN.
Menurut Hanipah lagi, terdapat pemimpin Pas dari Pahang  turut memberikan komen di dalam facebook mereka yang mengatakan, Guan Eng meminjam istilah Abu Jahal yang menuduh Nabi Muhammad saw sesat dan pemimpin dari Kelantan yang cuba berlagak bijak turut mengatakan kenyataan perwakilan Pas  itu tidak mewakili pendirian parti.
"Saya makin yakin dia silap faham maksud  LGE.
"Mungkin pemimpin Pas Pahang tu tidak sedar kenyataannya itu mengundang persepsi yang amat bahaya.
"Ia seolah olah letakkan Pas dan LGE dalam dua penjuru iaitu ibarat Pas seolah-olah semulia Nabi Muhammad saw dan LGE sesesat Abu Jahal. Perlu ke komen sampai tahap tu?

Dun Selangor: PKR, Pas tergugat..??

PKR, Pas PKR dan Pas Selangor pastinya akan terus berada dalam kedudukan tertekan jika kedua-dua parti itu bertembung sesama sendiri PRU akan datang.
Pengurus Penyelidikan Merdeka Centre, Tan Seng Keat berpendapat, apabila Muktamar Pas ke-63 baru-baru ini meluluskan usul supaya tahaluf siyasi dengan PKR diputuskan, sudah jelas hubungan antara kedua-dua parti itu menjadi lebih tegang sekali gus menyebabkan kerajaan negeri Selangor goyah.
"Jika PKR dengan Pas memutus hubungan, ia bukan sahaja merugikan kedua-dua pihak, malahan turut menjejaskan Bersatu untuk memenangi beberapa kerusi di Selangor," katanya kepada Oriental Daily.
Menurut beliau, dengan pertembungan tiga penjuru, selain kerusi Dun, ia turut membabitkan kerusi Parlimen di Selangor.
"Adalah diramalkan lebih separuh kerusi parlimen milik PKR akan terjejas. Parti itu sukar mempertahankan kerusi mereka sama ada Dun ataupun parlimen dalam PRU kali ini," katanya.
Seorang lagi penganalisis politik, Lim Hong Siang pula berkata, kedudukan PKR di Selangor tidak syak lagi boleh tergugat kerana pengaruh Pas di negeri itu tetap tidak boleh dipandang ringan.
"Sekiranya Pas meletak calonnya di semua kerusi yang ditandingi oleh PKR, tentu sekali sokongan yang diberikan kepada calon PKR sebelum ini sedikit sebanyak akan beralih kepada calon Pas.
"Selain itu, perpecahan dalaman yang berlaku dalam PKR turut dikatakan akan menyebabkan Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terjejas.
"Difahamkan Azmin masih memerlukan Pas sedangkan kajian simulasi yang dilakukan Invoke di bawah kendalian Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menunjukkan mendapati Pas tidak akan menang satu kerusi parlimen pun dalam PRU14 sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru. Inilah konflik yang wujud dalam PKR ketika ini," kata Hong Siang.