Rabu, 3 Mei 2017

Keikhlasan dan ketulusan seorang Mahfuz

Oleh Mohd Sayuti Omar

Saya mengangkat kedua belah tangan, tabik hormat kepada Mahfuz Omar bagi menyatakan kekaguman dan penghormatan kepada ahli Parlimen Pokok Sena itu atas sikap berani, ikhlas dan jujur yang ada kepadanya selaku pejuang politik.

Mengikuti ucapannya dalam ceramah di Kota Bharu malam tadi, bagi saya Mahfuz bukan sahaja berjiwa besar tetapi telah memperhambakan dirinya 100 peratus untuk merealisasikan cita-cita perjuangan yang ditarbiahkan kepadanya selama ini menerusi parti agama itu.
Malam tadi Mahfuz mendedahkan gelora keluh resah, kekecewaan dan kedukaan kepada partinya Pas dengan apa yang berlaku yang terkandung dalam fuadnya selama ini. Malam tadi Mahfuz mendedahkan sikapnya dalam mengharungi kemelut dihadapi Pas kini. Ia suatu ucapan paling autantik dalam penilaian saya.

Mungkin selama ini orang melihat bekas Naib Presiden Pas itu sebagai seorang humorist  kerana pembawaan dirinya, melihat kepada apa dituturnya tidak serius. Mahfuz dilihat seorang yang senantiasa happy go lucky yang tidak pernah menangis dan berdukacita. Ucapan malam tadi walaupun nadanya masih ceria tetapi bagi orang memahami ilmu kejiwaan dapat menyelami apa yang berladum dalam dirinya. Kata-kata Mahfuz semalam lahir dari celah dhamir yang bersih dan ia menumpahkan simpatis kita kepada nasibnya.

Ucapan malam tadi adalah ucapan yang tulus, ikhlas yang penuh kebenaran. Ia bukan suatu hipokrasi dan retorik jauh sekali pengkultusan kepada mana-mana tokoh atas sifat mengampu seperti banyak dilakukan orang.

Ini dapat dikesankan dari nada ucapannya, dan kalau beliau bukan seorang yang berjiwa kuat pasti Mahfuz akan menangis malam tadi kerana saking sedihnya mengenang nasib partinya yang kini berkecamukkan semacam anti klimeks. Dia sedih kerana bagaimana ahli-ahli dibawah yang berkorban dengan penuh keikhlasan untuk melihat Pas menjadi parti penuh berkat tetapi akhirnya semacam dipersenda oleh pemimpin dengan apa yang berlaku kini.

Sikap yang ditunjuknya sungguh mengkagumkan dan bukan mudah untuk dipraktikan. Hatta oleh mereka yang dianggap perfect, fakeh dengan ilmu Islam, tetapi belum tentu dapat bertahan dan sedia menghadapi tribulasi perjuangan khususnya dari dalaman sesama sendiri. Betapa tidak, dengan kemelut yang berlaku dalam parti agama (Pas) kini, dia dituduh dengan pelbagai tuduhan jelek dan jijik.

Mahfuz bukan sahaja dipecat dari jawatan dan jasa-jasanya diketepikan, malahan dicerca habis-habisan hanya kerana sejuring kesalahan, dia mengkritik pemimpin parti yang dilihatnya sudah melencong dari nawaitu asal. Walhal apa yang beliau lakukan masih dalam ajaran yang dibenarkan dan melaksanakan kewajiban berjemaah.

Paling menyedihkan beliau dihalau dari Pas. Ini satu hukuman dikira kejam dan tidak berperi kemanusiaan dilakukan ke atas bekas Naib Presiden Pas itu. Subhanallah, MasyaAllah... pun begitu bagi seorang pejuang berjiwa besar dan kental seperti Mahfuz beliau sedikit pun tidak terasa hati.

"Kalau Nabi Muhammad pun dihalau, apalah saya yang menjadi umatnya, kena halau itu adalah sebagai sunnahnya," begitulah selamba dan tenang Mahfuz memulangkan paku buah keras kepada para pembencinnya. Sukar untuk sesiapa menghadapi kecaman seperti mana diterima oleh Mahfuz. Di sinilah menyebabkan saya angkat tabik kepadanya dan menerima Mahfuz adalah seorang pejuang ulit yang bukan 10 orang ada dalam Pas.

Mungkin kalau beliau dikecam sebagai tiada prinsip, tidak wala', atau pun menjadi "harum manis" tidak menyedihkan kita mendengarnya. Itu semua adalah gurauan dan gelar-gelar yang selalu dihadapi oleh seorang pejuang dan pemain politik. Tetapi apabila dihalau macam anjing, ia satu penghinaan besar. Itu adalah tindakan paling sadis dan penuh keangkuhan.

Kalau hendak dikira, siapalah kalau dibanding dengan orang yang menghalaunya itu dengan Mahfuz. Orang berkenaan -- biarlah saya menyebut namanya, Mohd Amar Nik Abdullah, masih boleh dianggap berumur setahun jagung dan darah setampuk pinang berbanding dengan Mahfuz, tidak sepatut tergamak dilakukan begitu.

Selepas muktamar, musuh PAS bertambah

PAS jelas bermusuhan dengan lebih ramai pihak seperti dilihat pada muktamar baru-baru ini.
pas_muktamar_600
PETALING JAYA: Muktamar PAS kali ke-63 yang berakhir Isnin lalu meninggalkan 1001 pertanyaan.
Pembukaannya menyaksikan maki hamun pihak lawan, antaranya “jahanam PAN”. PAS merujuk parti serpihan PAS, Amanah.
Serangan juga dihalakan terhadap DAP, PKR, Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM), di samping musuh tradisi Umno dan Barisan Nasional (BN).
Boleh dikatakanm PAS dan “maki hamun” tidak boleh dipisahkan pada muktamar yang diadakan di Alor Setar itu.
Walaupun dikecam pihak luar yang menganggap ia menunjukkan PAS ekstrem, pemimpin PAS masih menganggap muktamar kali ini paling aman kerana tidak ada lagi kumpulan “cai” dalam jemaah itu, seperti mana 2015.
Seperti dijangka, keputusan Pemilihan Jawatankuasa Kerja PAS bagi penggal 2017-2019 menyaksikan lebih 90% muka lama kekal menerajui kepimpinan parti itu.
Jangkaan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub bahawa PAS kini berdepan dengan krisis perpecahan ekoran kerjasama dan hubungan baik dengan Umno, dan ia diterjemahkan dalam pemilihan kali ini, terbukti meleset.
Barisan kepimpinan PAS yang baharu bakal menjadi calon pilihan raya umum ke-14 nanti.
Sehaluan dengan cita-cita PAS yang mensasarkan hanya 5 negeri, rata-rata majoriti pucuk pimpinan mewakili negeri teserbut: Kelantan, Terangganu, Perak, Kedah dan Selangor.
Usul cerai dengan PKR
Seperti yang dijangka, isu putus hubungan dengan PKR menjadi topik paling hangat dalam persidanan muktamar kali ini, apabila PAS ia meluluskan usul “cerai talak tiga dengan PKR” selepas 18 tahun bersama.
Sejak hari pertama muktamar menyaksikan kelantangan Dewan Ulama dan Dewan Pemuda PAS menggesa agar proses “penceraian” dipercepatkan sebelum ia secara rasmi dilulus muktamar PAS Pusat untuk diputuskan Majlis Syura secara muktamad.
Dengan menyerahkan kepada Majlis Syura sebagai pembuat keputusan muktamad, ia menimbulkan persoalan sama ada keputusan Majlis Syura lebih penting daripada muktamar.
Ini kerana, secara teknikalnya, PAS sudah menjatuhkan cerai talak tiga ke atas PKR selepas usul itu diterima sebulat suara pada sesi perbahasan.
Sekiranya muktamar sebulat suara bersetuju, maka secara dasarnya keputusan itu akan diterima Majlis Syura. Sudah boleh disimpulkan hubungan PAS dan PKR berakhir.
Memandangkan proses penceraian PAS-PKR hanya menunggu keputusan rasmi Majlis Syura, timbul lagi satu persoalan tentang kedudukan PAS dalam kerajaan Selangor.
Adakah exco PAS sanggup melepaskan jawatan sebagai tanda kesetiaan kepada parti atau menyertai Amanah untuk mengekalkan jawatan yang disandang.

Pas terkeluar dari sentimen akar umbi yang tidak puas hati terhadap Hadi

KUALA LUMPUR: Pas berisiko kehilangan lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum ke-14 akan datang jika majlis syura ulama parti Islam itu menyokong usul untuk memutuskan hubungan politik dengan PKR, kata para penganalisis.
Antara lain, Pas akan kehilangan kerusi yang dimenangi sebelum ini atas sokongan pengundi bukan Melayu dan juga beberapa kerusi tradisional di kawasan majoriti Melayu.
Ia berikutan usul tersebut yang diterima sebulat suara oleh perwakilan Pas pada muktamar ke-63 parti tersebut yang berakhir Jumaat lepas.
Penganalisis politik Dr Jeniri Amir berkata, walaupun semua parti politik harus yakin mengenai peluangnya untuk memasuki pilihan raya, terdapat juga risiko menjadi ‘terlalu yakin’.
“Pakatan Rakyat juga sebelum ini yakin bahawa mereka boleh memenangi pilihan raya umum.
“Tetapi saya rasa kali ini Pas terlalu yakin mereka boleh menang,” kata beliau merujuk kepada kenyataan beberapa pimpinan Pas yang mahu 40 kerusi parlimen dan lima negeri pada pilihan raya umum ke-14.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi yang pertama mendedahkan cita-cita parti itu untuk mengekalkan Kelantan dan menawan Terengganu, Kedah, Pahang dan Selangor.
Ia merupakan rancangan induk daripada memenangi 40 kerusi Parlimen daripada 14 kerusi buat masa ini.
Pakar strategi Pas, Mohd Zuhdi Marzuki pula menegaskan matlamat itu bukan sekadar cakap kosong kerana ia adalah berdasarkan kepada data dan penyelidikan.
Jeniri, bagaimanapun, memberi amaran Pas nampaknya terkeluar dari sentimen akar umbi yang yang menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan parti itu di bawah Abdul Hadi.

ANALISIS: MUKTAMAR PAS MEDAN TIMBULKAN PERSOALAN

TIADA apa yang menarik melainkan timbulnya persoalan demi persoalan. Bunyinya mungkin aneh tetapi demikian gambaran yang sesuai diberikan terhadap keseluruhan Muktamar Tahunan PAS ke-63 yang berlangsung di Kedah, baru-baru ini.
Manakan tidak, beberapa isu penting yang masih belum terjawab sepanjang berlangsungnya muktamar itu selama lima  hari, antara acara tahunan PAS paling lama diadakan sejak parti Islam itu ditubuhkan pada 1951.
Sebagai pengamal media yang pertama kali mengikuti muktamar parti yang sudah berusia 66 tahun ini, penulis mengakui  teruja untuk menghadiri sesi ‘bertikam lidah’ antara perwakilan ketika membahaskan usul, selain kehangatan perebutan jawatan dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat termasuk naib presiden.
Apatah lagi, muktamar kali ini dihiasi isu-isu kritikal seperti tahaluf siyasi politik antara PAS dan PKR, Rang Undang-Undang 355 (RUU355), kritikan ahli terhadap parti sendiri dan kekalahan mengejut Nik Mohamad Abduh Niz Abdul Aziz, anak kepada bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS Pengkalan Chepa pada Mac lalu.
Sudah semestinya, penulis dan rakan-rakan media lain mengharapkan kehangatan muktamar itu sendiri menjelmakan berita yang menarik untuk dilaporkan kepada umum, bukan bermaksud berita yang tidak enak khususnya kepada PAS sendiri tetapi setidak-tidaknya sesi perbahasan yang lebih dramatik atau paling penting tidak mengantuk ketika mendengarnya.
Polemik Tahaluf Siyasi
Perlu diakui bahawa hanya ketika perbahasan tahaluf siyasi dan keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat menjadi tumpuan kebanyakan media dan penulis yakin ahli PAS sendiri kerana dua perkara itu berkait rapat dengan hubungan retak PAS-PKR.
Sejak hari pertama muktamar yang menyaksikan kelantangan Dewan Ulama dan Dewan Pemuda PAS menggesa agar proses ‘penceraian’ dipercepatkan namun Dewan Muslimat seolah-oleh mengambil pendirian ‘tidak mengambil peduli’ berhubung isu itu apabila usul memutuskan hubungan kerjasama politik dengan rakan sekutunya itu tidak disentuh dalam muktamar tahunan Dewan Muslimat PAS.
Bagaimanapun, menjawab persoalan itu, Ketua Dewan Muslimat, Nuridah Mohd Salleh berkata Dewan Muslimat kelihatan ‘senyap’ berhubung isu itu kerana ia sudah dibincangkan pada muktamar tahunan dewan itu tahun lepas.
“Isu ini, Dewan Muslimat yang bawa pada muktamar tahun lalu. Kami lebih maju. Usul ini telah dibawa dalam muktamar di Kelantan supaya Majlis Syura Ulama membuat kajian tentang hubungan dengan PKR,” katanya.
Mungkin di situ kelihatan seperti ketiga-tiga sayap parti tidak sepenuh hati mahu memutuskan hubungan dengan PKR yang terjalin sejak 1999, sebaliknya hanya pasrah menyerahkan keputusan muktamad tahaluf siyasi kepada Majlis Syura.

Di sini timbulnya persoalan pertama, adakah Majlis Syura penentu keputusan penceraian tersebut? Kemudian timbul persoalan kedua, sekiranya ditolak, apa perancangan lain Dewan Ulama, Dewan Pemuda PAS mahupun Dewan Muslimat PAS?
Adakah mereka sanggup menjilat semula ludah selepas segala tomahan yang dilemparkan kepada PKR semata-mata akur dengan keputusan Majlis Syura?
Malah Presidennya sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil langkah selamat dengan memberi kenyataan yang positif apabila ditanya tentang isu tersebut dan hanya menyerahkan Majlis Syura untuk menentukannya.
Siapa Lebih Berkuasa?
Menyentuh tentang persoalan pertama, adakah keputusan Majlis Syura lebih penting daripada muktamar kerana secara teknikalnya, PAS sudah menjatuhkan cerai talak tiga ke atas PKR selepas usul tahaluf siyasi itu diterima sebulat suara pada sesi perbahasan usul Muktamar Tahunan PAS.
Itu disahkan sendiri ahli PAS, Datuk Mahfuz Omar atau yang diberi gelaran sebagai Abang Pokok Sena oleh Dewan Himpunan Penyokong PAS.
Menurut Mahfuz, sebenarnya Muktamar PAS memiliki kuasa lebih tinggi daripada Majlis Syura yang hanya akan memikirkan tentang bagaimana pelaksanaan dan bila hubungan PKR-PAS akan diputuskan.

Perjanjian Bandar Malaysia gagal, Putrajaya cari pemaju baru


Rancangan bercita-cita tinggi untuk membangunkan hartanah terbesar Malaysia serta pada masa yang sama  mengurangkan hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) gagal terlaksana.
Hari ini, Putrajaya mengumumkan yang ia sedang mencari pelabur baru untuk Bandar Malaysia selepas konsortium IWH-CREC Sdn Bhd gagal membayar RM7.42 bilion untuk pegangan saham 60 peratus walaupun beberapa kali penangguhan diberikan sejak Disember 2015.
Penangguhan terakhir tamat pada Ahad, 30 April, kata TRX City Sdn Bhd di Putrajaya, yang merupakan syarikat Kementerian Kewangan (MoF) yang memgambil alih Bandar Malaysia daripada syarikat sarat hutang 1MDB.
The Malaysian Insight difahamkan yang pembatalan perjanjian itu kini membolehkan Putrajaya mencari pihak lain yang berminat menggunakan harga semasa berbanding harga 2015, dan bergerak ke arah pembayaran sepenuhnya hutang 1MDB dan melindungi kepentingan negara melalui pemilikan penuh hartanah itu.
“TRX City Sdn Bhd mahu mengumumkan yang Perjanjian Perkongsian Jualan (SSA) yang dimeterai pada 31 Disember 2015 antara Iskandar Waterfront Holdings (IWH) dan China Railway Engineering Cooperation (CREC) berkenaan penjualan pemilikan sebanyak 60% dan pembayaran kapital Bandar Malaysia Sdn Bhd tidak lagi dapat dipenuhi.
”Walaupun perjanjian itu melalui penangguhan berulang kali, IWH CREC tidak mampu memenuhi tanggungjawab sepertimana digariskan dalam Persetujuan Keadaan menerusi SSA mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Kerana itu, perjanjian perkongsian jualan antara kedua-dua belah pihak adalah terbatal dan tidak sah serta merta,” kata TRX City dalam satu kenyataan hari ini.
TRX City menambah yang pemilik tunggal sahamnya iaitu Kementerian Kewangan akan mengekalkan 100% pemilikan tapak Bandar Malaysia dan akan menjemput pembida lain untuk menjadi pemaju utama yang baru.
“Proses pemilihan akan melibatkan kriteria yang sangat ketat, termasuklah rekod kerja, masa penyampaian dan kemampuan kewangan untuk pembangunan projek mega. Ini bagi memperhebatkan semua aspek Bandar Malaysia, termasuklah peranannya dalam perniagaan, pengangkutan, kediaman penduduk dan pusat pelancongan.
”Langkah yang diambil hari ini akan memastikan tiada kesan buruk berterusan dalam jangka masa panjang pembangunan Bandar Malaysia dan sebaik sahaja ia disiapkan, projek itu akan memberikan manfaat terbaik kepada negara, lebih baik berbanding sebelumnya,” tambahnya.
Menurut kenyataan itu, Bandar Malaysia akan menjadi katalis kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negaran. Tapak pembangunan terbesar di Malaysia itu
Dengan lokasi utama strategik akan menawarkan pelbagai peluang perniagaan, pelaburan dan pekerjaan, termasuklah Kuala Lumpur Internet City, iaitu Kawasan Bebas Perdagangan Digital terbaru.
Dikhabarkan juga yang Bandar Malaysia akan menjadi titik tumpuan pengangkutan Malaysia, menghubungkan kereta kelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura, landasan MRT, KTM Komuter, Express Rail Link dan 12 lebuhraya.
Iskandar Waterfront Holdings Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corp Sdn Bhd menandatangi perjanjian pada 31 Disember, 2015 dengan pemilik projek iaitu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan sepatutnya menyiapkannya pada Jun 2016 sebagai rancangan tahap ketiga dan terakhir proses rasionalisasi untuk menyelesaikan hutang tertunggak 1MDB.

TAMPIL MENJELASKAN, NAFI DENGAN AKUAN BERKANUN ATAU SAMAN?

Dalam sidang akhbar oleh Rafizi Ramli sebagai menunaikan janjinya untuk terus mendedahkan aliran wang daripada akuan peribadi Najib Razak yang dananya didakwa berpunca daripada SRC International, anak syarikat 1MDB yang memperolehi pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen atau KWAP, tiga pihak lagi dinamakan sebagai penerimanya.

Janji Ahli Parlimen Pandan untuk meneruskan pendedahannya mengenai wang SRC International yang diterima Najib setelah sebelum ini menamakan Nasaruddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden Pas sebagai salah seorang penerimanya.

Tiga penerima yang disebut Rafizi hari ini ialah:-

Pertama, Amhari Effendi Nazaruddin, seorang penasihat di Pejabat Perdana Menteri yang dikatakan berperanan membangunkan aplikasi "NajibRazak"  dalam telefon pintar serta terlibat dalam rundingan penyelesaian hutang antara 1MDB dengan IPIC, baru-baru ini.

Beliau didakwa menerima RM2 juta daripada Najib.

Kedua, Najib sendiri yang didakwa membelanjakan RM3.28 juta untuk pembayaran kepada sebuah kedai barang kemas di Italy.

Rafizi mempersoalkan pembayaran itu untuk pembelian apa dan untuk siapa kerana katanya, "Najib sudah tentu tidak membeli barang kemas di Italy itu."

Ketiga, Yayasan Al-Abrar, sebuah badan yang menganjurkan program "Malaysia Berselawat"  pada 7 Disember 2013 di Kuala Lumpur.

Rafizi mendakwa yayasan tersebut menerima RM5 juta melalui akaun peribadi Najib di Ambank Islamic Berhad.

Nama dan jumlah wang yang diterima atau dibelanjakan telah disebut secara jelas oleh Rafizi dan ia tentunya sudah tersebar luas ke seluruh negara ketika ini, termasuk ke pengetahuan makcik Felda dan pakcik-pakcik di kedai kopi.

GUAN ENG LEBIH BAIK DARIPADA NAJIB – TUN MAHATHIR


1. Banyak sudah yang diperkatakan berkenaan DAP, terutama kesanggupan Parti Pribumi Bersatu Malaysia bekerjasama dengan parti itu. Hampir semua cemuhan terhadap DAP diasaskan kepada kebencian terhadapnya sebagai parti totok Cina. DAP dipercayai berjuang semata-mata untuk bangsa Cina.
2. Yang anehnya parti MCA yang 100% Cina, dan berjuang hanya untuk kepentingan orang Cina tidak ditolak oleh orang Melayu. Walaupun MCA mempunyai hubungan rapat dengan Parti Komunis China, dan kita menolak fahaman Komunis dan telah berperang dengan mereka, ini pun tidak menjadikan MCA musuh kepada UMNO dan ramai orang Melayu.
3. Walaupun MCA yang menuntut supaya diberi jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua bagi menjadinya lebih kuat dalam Parti Barisan Nasional, ini juga tidak menarik bantahan dari ahli UMNO dan ramai orang Melayu.
4. Sebenarnya Parti DAP bukan parti perkauman Cina. Ia adalah parti berbilang kaum walaupun majoriti dari ahlinya Cina. Terdapat Melayu, India dan suku kaum Sabah Sarawak dalam DAP. Ada wakil rakyat DAP yang terdiri dari orang Melayu dan India. Pemimpin besar DAP dahulu ialah Karpal Singh.
5. DAP banyak mengguna bahasa kebangsaan dalam mesyuaratnya. Lagu partinya juga dinyanyi dalam bahasa kebangsaan.
6. Sebagai anggota dalam Pakatan Harapan DAP telah menyatakan secara terbuka dan menandatangani penyataan sokongan Pakatan Harapan kepada Perlembagaan Malaysia.
7. DAP bersama Pakatan Harapan, dan secara bersendirian menyokong dan mengiktiraf:
1) Institusi Raja-Raja Melayu
2) Hak Istimewa Melayu dan Bumiputera
3) Bahasa Melayu ialah Bahasa Kebangsaan
4) Agama rasmi Malaysia ialah Islam
8. Kepimpinan DAP tidak pernah tuntut jawatan Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri. Pimpinan tertinggi DAP mengaku bahawa oleh kerana penduduk Cina adalah minoriti di Malaysia, tidak mungkin DAP mendiri Kerajaan diperingkat pusat di Malaysia, jauh sekali dari menjadi Perdana Menteri walaupun jika DAP menang semua kerusi yang ditandingi.
9. Dari 222 kerusi parlimen hanya 52 sahaja yang mempunyai majoriti Cina. Untuk mendiri Kerajaan DAP perlu miliki lebih daripada 111 kerusi. Jelaslah DAP tidak memiliki cukup kerusi. Tetapi ia boleh menganggotai Kerajaan campuran walaupun kurang dari kerusi Melayu. Demikian juga MCA dan Gerakan.

FAKTA ATAU AUTA?

Berikut adalah fakta tentang pencapaian Pas dalam sejarah pilihanraya Malaysia sejak 1959 sehingga 2013.

Pilihanraya 1959 (13 kerusi) - bersendirian.

Pilihanraya 1964 (9 kerusi) - bersendirian.

Pilihanraya 1969 (12 kerusi) - bersendirian.

Pilihanraya 1974 (14 kerusi) - bergabung dengan UMNO dalam BN.

Pilihanraya 1978 (5 kerusi) - bersendirian.

Pilihanraya 1982 (5 kerusi) - bersendirian.

Pilihanraya 1986 (1 kerusi) - bersendirian.

Pilihanraya 1990 (7 kerusi) -bergabung dengan Semangat 46.

Pilihanraya 1995 (7 kerusi) - bergabung dengan Semangat 46.

Pilihanraya 1999 (27 kerusi) - bergabung dalam Barisan Alternatif (Pas,PKR dan DAP).

Pilihanraya 2004 (7 kerusi) - bergabung dalam Barisan Alternatif (Pas dan PKR).

Pilihanraya 2008 (23 kerusi) - bergabung dalam Pakatan Rakyat (Pas,PKR, DAP).

Pilihanraya 2013 (21 kerusi) - bergabung dalam Pakatan Rakyat (Pas,PKR, DAP).

Entah kenapa dan berdasarkan kajian yang bagaimana, dalam PRU 14 mendatang ini, meskipun kembali bersendirian, Pas tetap mendabik dada mengatakan ia mampu menang 40 kerusi Parlimen daripada 80 yang bakal ditandinginya serta menguasai lima negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak dan Selangor.

Apakah cita-cita Pas itu merupakan hasil pemikiran luar kotak atau sekadar gembar-gembur untuk membuai penyokong mereka saja?

Transparency International tuntut PRU14 adil, bersih

Presiden Transparency International Malaysia menggesa 'toleransi sifar' terhadap rasuah dan akauntabiliti lebih berhubung pembiayaan politik.
akhbar-election-2017PETALING JAYA: Transparency International Malaysia (TI-M) menuntut kempen pilihan raya yang bersih dan adil pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang perlu diadakan menjelang Jun 2018.
Presidennya, Datuk Akhbar Satar juga mahu “toleransi sifar” untuk “politik wang”, naungan politik, pilih kasih, nepotisme dan konflik kepentingan dalam pemberian konsesi, kontrak atau projek kerajaan.
Beliau menekankan isu pembiayaan parti politik kerana cadangan itu dikemukakan Jawatankuasa Perundingan Kebangsaan mengenai Pembiayaan Politik pada September lalu.
“Mempunyai 1 set undang-undang untuk mengawal selia pembiayaan politik akan memberi kesan positif kepada Malaysia kerana ia akan meningkatkan imej negara dari segi ketelusan, integriti dan akauntabiliti,” kata Akhbar dalam kenyataan hari ini.
TI-M berkata, wujud kebimbangan integriti serius berhubung kempen penguatkuasaan pembiayaan kerana ahli politik memerlukan sejumlah besar wang untuk menggerakkan kempen mereka.
Mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, had perbelanjaan berkempen setiap calon ialah RM200,000 untuk kerusi Parlimen dan RM100,000 untuk kerusi Dewan Undangan Negeri.
“Hanya perbelanjaan antara tarikh penyiaran notis pilihan raya dan hari pilihan raya tertakluk kepada had kewangan. Oleh itu, tidak ada kewajipan untuk calon mendedahkan sebarang pendapatan atau perbelanjaan di luar tempoh kempen.
“Persoalan kami ialah dana kempen ini datang dari mana dan berapa banyak wang yang sebenarnya dibelanjakan setiap calon?”
TI-M berkata, akses kepada maklumat itu penting untuk menjaga integriti kerana ia menggalakkan ketelusan dan meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap proses pilihan raya.
TI-M turut menggesa akses media yang adil kepada calon daripada kedua-dua belah parti politik dan perdebatan secara profesional mengenai manifesto politik.

Muktamar hasil persepsi buruk kepada Pas, kata Mahfuz


Mahfuz Omar Mahfuz Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan muktamar tahunan Pas yang berakhir Isnin lalu sebagai gagal dan menjadikan Pas semakin terpinggir.
"Sebagai ahli yang amat sayangkan Pas, saya sungguh sedih kerana apa yang berlaku pada muktamar itu menyebabkan persepsi orang ramai terhadap Pas semakin buruk," katanya ketika berceramah di program menuju Kelantan baru di Kota Bharu malam tadi.
Menurutnya kini Pas semakin dilihat mahu bermusuh dengan semua orang dan semakin lunak dan mesra dengan Umno dan Barisan Nasional.
"Dengan keputusan bercerai talak tiga dengan PKR, kini semua parti-parti pembangkang dianggap musuh dan dilabel dengan perkataan-perkataan yang buruk," katanya.
Kepimpinan Pas kini, katanya, bersifat songsang berbanding dengan kepimpinan terdahulu.
"Arwah Ustaz Fadhil, Yusuf Rawa serta Tuan Guru Nik Abdul Aziz mencari kawan seramai mungkin sementara Tuan Guru Haji Hadi menghalau kawan-kawan yang sudah lama bersama," katanya.
Mengambil semangat Israk dan mikraj, Mahfuz berkata Allah SWT membuka kaedah siasah dan dakwah kepada Rasululullah SAW.
"Ketika baginda bersedih kerana kematian isteri dan bapa saudara yang banyak membatu, Allah menunjuk jalan.
'Peristiwa perjalanan malam ini membawa nabi bertemu nabi-nabi terdahulu.
"Ini untuk gambarkan usaha dakwah dan siasah ini bukan kita keseorangan tetapi ada ramai kawan yang menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan.
"Sebab itu dalam melaksanakan kerja besar dan berat mesti kita ramaikan kawan bukan cipta permusuhan dengan semua orang," katanya.
Mengenai tuduhan kepada Amanah sebagai parti pengkhianat, beliau mengingatkan Pas supaya meneliti sejarah.
"Dulu sudah ada orang Pas keluar parti tubuh Berjasa dan Hamim.

PRU14: Tsunami Mahathir akan berlaku, kata penganalisis


Dr Mazlan AliDr Mazlan AliPerdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak berhadapan waktu getir untuk menentukan tarikh Pilihan Raya Umum ke -14 masuk penggal ketiga pemerintahannya kali ini kerana bakal berhadapan dengan 'tsunami Mahathir', kata penganalisis politik Dr Mazlan Ali.
Pensyarah Kanan dari Sekolah Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu berkata, ini kerana kerajaan Umno-BN berhadapan tentangan kuat dikalangan orang Melayu yang menyokong perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang kini menyertai gabungan Pakatan Harapan yang dianggotai PKR, DAP dan Amanah untuk menolak kerajaan BN.
Beliau menjangkakan waktu paling kondusif pilihan raya umum akan diadakan pada Ogos atau September tahun ini dan waktu efektif pada Mac 2018.
"Hari ini situasi tidak memihak kepada perdana menteri dan kerajaan Umno-BN.
"Kalau boleh petunjuk ekonomi, harga minyak, penyelesaian 1MDB dan jika kerajaan boleh buat inisiatif dalam bajet memainkan peranan untuk kerajaan kembali menambat hati rakyat.
"Kerajaan ada masa lagi dan saya percaya waktu kondusif antara Ogos dan September tahun ini.
"Jika ia tidak berlaku maka waktu efektif pada Mac tahun hadapan pilihan raya umum akan diadakan.
"Ini kerana cabaran sangat getir dan meletihkan dihadapi oleh perdana menteri kerana tentangan daripada Tun Mahathir  dan penyokongnya di kalangan dalam Umno dan gabungan parti dalam Pakatan Harapan kini," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Tun Dr Mahathir MohamadTun Dr Mahathir MohamadDaripada kajian yang pernah beliau lakukan, Mazlan menjelaskan, sokongan orang Melayu terhadap Dr Mahathir adalah petanda rakyat mahukan perubahan terhadap kerajaan sedia ada.
Petanda-petanda sokongan rakyat terhadap Dr Mahathir dari segi penilaian sains politik, ujarnya lagi, apabila kehadiran ramai penyokong di kalangan orang Melayu yang diluar kelaziman.
"Petanda bahawa rakyat mahukan perubahan apabila kita melihat orang perempuan bawa anak kecil dan ada golongan muda berseluar pendek hadir mendengar ceramah. Petanda ini antaranya dapat dilihat dalam ceramah-ceramah Tun Mahathir.
"Beberapa perhimpunan dilakukan Tun Mahathir di kawasan majoriti pengundi Melayu boleh mencecah 3,000-5,000 orang misalnya di Jerantut, Pasir Puteh dan beberapa kawasan lain.
"Potensi Tun Mahathir ini 'merbahayakan'  kepada sokongan rakyat terhadap Umno-BN," ujarnya.
Mazlan berkata sudah pasti kali ini perdana menteri akan lebih berhati-hati kerana potensi Dr Mahathir dalam mencipta tsunami (gelombang rakyat) sebagaimana yang pernah tercetusnya gelombang rakyat  pada PRU11 (2008) lalu, apabila lima negeri pernah jatuh ke tangan pembangkang.

Badan pemikir cadang logo PKR sebagai alternatif PH


Pakatan Harapan harus menyediakan pelan alternatif bagi menghadapi situasi kemungkinan pendaftaran gabungan dengan satu logo baharu ditolak atau dilengah-lengahkan sehingga parlimen dibubarkan.
Pengarah Eksekutif Badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) Ooi Heng berkata, dalam situasi sedemikian, harus ada satu logo alternatif supaya Pakatan Harapan dapat menampilkan dirinya sebagai gabungan parti yang bersatu padu dalam PRU14.
"Pimpinan Pakatan Harapan sedang berusaha menuju ke arah pendaftaran gabungan dengan satu logo dan satu manifesto. Ini satu perkembangan yang positif.

"Tetapi pelan alternatif harus ada. Pelan alternatif yang dimaksudkan adalah apabila pendaftaran gabungan dengan satu logo baru ditolak atau dilengah-lengahkan sehingga parlimen sudah dibubarkan tetapi pendaftaran logo baru masih belum dimuktamadkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, apabila logo baru gagal didaftarkan sebelum PRU14, secara praktikalnya, salah satu logo daripada kalangan parti-parti pembangkang yang membentuk Pakatan Harapan hendaklah digunakan sebagai logo calon Pakatan Harapan dalam PRU14.

Daripada empat logo sedia ada katanya, logo Amanah dan Bersatu masih baru buat pengundi seluruh pelosok negara sebaliknya yang dikenali pengundi adalah logo KeADILan (PKR) dan DAP.

"DAP telah berusia 51 tahun sementara KeADILan telah berusia 18 tahun. Apabila faktor penerimaan oleh pengundi pelbagai etnik diambil kira, seharusnya logo KeADILan digunakan sebagai logo calon Pakatan Harapan jika tiba PRU-14 nanti, logo baru Pakatan Harapan masih gagal didaftarkan," katanya.

Dalam hal berkaitan manifesto, beliau berkata, adalah penting Pakatan Harapan menyambung tradisi manifesto era Pakatan Rakyat yang menunjukkan imej Pakatan Harapan sebagai sebuah gabungan parti yang menawarkan kebijaksanaan secara inklusif, mengangkat kepedulian rakyat, bertanggungjawab dan membawa pembaharuan.

"Namun, manifesto sebaik mana pun tidak mampu membawa impak yang diingini jika sekiranya pemimpin, ahli atau penyokong yang dilihat sebagai mewakili mana-mana parti dalam Pakatan Harapan membawa mesej yang berlainan dengan manifesto Pakatan Harapan apabila mereka berdepan dengan kumpulan masyarakat yang berbeza," jelasnya.

Bukan saya buat logo Pakatan, kata Rafizi

Rafizi bagaimanapun menyambut baik kritikan netizen yang disifatkannya jujur.
rafizi-ramli-logo-pakatan-2017KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menafikan beliau mereka bentuk 3 logo Pakatan Harapan yang disindir netizen.
Beliau menjelaskan 1 daripada logo itu direka Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), manakala 2 lagi dihasilkan PKR.
“Ada di antara kami yang mahu diberi masa dan dicuba melalui netizen dan saya sambut baik netizen kerana (memberi komen) jujur.
“Saya tak tahu reaksi pimpinan lain, sama ada mereka teruskan juga (memilih 1 daripada 3 logo itu) atau fikirkan mengenai komen ini. Saya tak tahu,” katanya pada sidang media di Invoke Malaysia hari ini.
Pagi tadi, Rafizi memuat naik 3 reka bentuk logo di Facebooknya dengan 2 daripadanya menunjukkan grafik separa matahari dengan perkataan “Harapan” di bawahnya dan masing-masing berlatar belakang kuning serta merah.
Satu lagi logo menunjukkan gambar ibu jari menuding ke atas (thumbs up) dengan perkataan “Pakatan Harapan”.
Tiga reka bentuk logo Pakatan Harapan yang disenarai pendek Majlis Presiden gabungan itu minggu lalu, mendapat pelbagai reaksi netizen dengan kebanyakannya tidak bersetuju, malah memberi sindiran tajam.
Gabungan itu dijangka membuat keputusan dalam masa 2 minggu.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, beliau memuat naik 3 logo itu di Facebook kerana berpendapat ahli politik tidak sepatutnya memilih reka bentuk logo.
“Kerana reka bentuk berdasakan cita rasa, lain orang lain cita rasa,” katanya sambil menambah Sekretariat Pakatan Harapan yang memilih 3 logo itu.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, Sekretariat Pakatan Harapan akan memuktamadkan pemilihan logo itu, beberapa hari lagi.

Cadangan logo Pakatan Harapan dicemuh warga maya


Cadangan tiga logo Pakatan Harapan yang mengundang bidasan warga maya.Cadangan tiga logo Pakatan Harapan yang mengundang bidasan warga maya.
Rata-rata warga maya  melahirkan rasa tidak puashati terhadap cadangan logo Pakatan Harapan yang dijangka akan digunakan parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
Baru semalam Naib Presiden PKR Rafizi Ramli memuat naik di laman facebooknya tiga contoh logo Pakatan Harapan untuk dipilih oleh penyokong sebaliknya mendapat kutukan dan sindirian warga maya.
Kebanyakan mereka sependapat logo Pakatan Harapan tidak menepati citarasa anak muda dan tiada nilai artistik dari segi rekabentuk logo yang terlalu ringkas.
Ramai juga yang membandingkan logo 'ibu jari' itu seperti label bungkusan kacang cap NanNgin.
Ada juga yang mempersoalkan tiga logo yang dipaparkan Rafizi itu adakah senarai pendek dan mendesak logo lain dibuat.
Kata Hantwo Dimana:" Ini shortlistkah? Langsung takda seni...kenapa tak buka penyertaan rakyat dalam menyumbang idea?...nak buat logo bukan jenis tangkap muat...ini logo zaman 80-an takde kreativiti lansung...mohon open balik," ujarnya dengan menambah #CapKacangNanNgin.
Bagi Mohd Hazri Ramli pula memberi respon kepada Rafizi dengan berkata: "Maaf cakap YB... logo macam tidak menarik pengundi untuk pangkah nanti perlu ada ciri-ciri perpaduan parti-parti dalam pakatan harapan dalam logo tersebut supaya menarik minat pengundi.
Dan bagi Nurul Fakhri pula berkata:" Walauun saya hampir pasti menyokong Pakatan Harapan, tapi saya tidak sokong logo-logo ipamerkan . Logo terlalu backdated," ujarnya.
Dalam statusnya Rafizi menyebut Pakatan Harapan akan mendaftarkan satu logo yang akan digunakan bersama oleh semua parti dalam gabungan itu dalam tempoh dua minggu lagi.
Ini kerana minggu lalu Majlis Presiden telah katanya telah bersetuju untuk menyenarai pendek logo-logo berikut untuk dikonsi dengan rakyat Malaysia untuk mendapatkan maklumbalas.
Bagaimanapun daripada 1.2k komen majoritinya  tidak siapa yang memilih logo yang disenaraian sebagai #A, #B dan #C itu sebaliknya dipenuhi dengan komen-komen rasa tidak puas hati netizen dan mendesak Pakatan Harapan mencipta logo lain.

Skandal 1MDB: Rafizi dakwa penasihat PM, penganjur zikir terima wang akaun Najib

Beliau turut menyebut sebuah kedai menjual barang kemas mewah di Itali dalam dakwaanya yang lebih RM10 juta wang daripada akaun peribadi Najib.
rafiziKUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini menamakan tiga pihak yang menurutnya menerima wang berkait 1MDB daripada akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, sambil berkata pendedahannya supaya memberi tekanan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula siasatan terhadap perdana menteri.
“(Ia) sebagai tindakan nekad agar SPRM buka semula siasatan terhadap berhubung skandal 1MDB,” kata Rafizi kepada wartawan di badan kaji selidiknya Invoke Malaysia.
Memetik blog “SPRM Insider”, Rafizi menamakan Datuk Amhari Effendi Nazaruddin, yang menurutnya menerima sebanyak RM2 juta.
Rafizi berkata carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati Amhari merupakan pengarah dan memegang 50% saham dalam Orb Solution Sdn Bhd, syarikat yang bertanggungjawab membangunkan aplikasi telefon pintar “Najib Razak” yang dilancarkan Oktober tahun lalu.
Rafizi berkata Amhari, yang merupakan rakan sekolahnya dahulu, merupakan penasihat kanan di Pejabat Perdana Menteri, dan turut terlibat dalam rundingan menyelesaikan hutang 1MDB dengan IPIC baru-baru ini.
“Sekiranya beliau penerima wang 1MDB, sudah tentu beliau tidak layak terlibat dalam rundingan penyelesaian hutang 1MDB, kerana wujud pertembungan kepentingan,” katanya sambil menyeru Amhari tampil menjawab dakwaan itu.
Pihak kedua dinamakan oleh Rafizi adalah Najib, di mana beliau mendakwa transaksi sebanyak RM449,586.95 berlaku daripada kad kredit di bawah akaun peribadi di Ambank Islamic kepada Amhari.
Satu lagi transaksi dibuat daripada kad kredit Najib sebanyak RM2,833,147.21, kata Rafizi.
Menurutnya, kedua-dua transaksi itu berjumlah RM3.28 juta dibelanjakan dalam hari sama di sebuah kedai barang kemas mewah di Itali.
Beliau mahu Najib tampil menjawab sama ada pembayaran itu berlaku dan untuk siapa.
“Ini soalan mudah. Kerana sudah tentu Najib tidak beli barang kemas di Itali.”
Pihak ketiga yang dinamakan Rafizi ialah Yayasan Al-Abrar, badan yang menganjurkan majlis zikir “Malaysia Bersalawat” di Kuala Lumpur pada 7 Disember, 2013.
Rafizi berkata yayasan tersebut menerima RM5 juta daripada akaun peribadi Najib di Am Islamic Bank Berhad.
Dakwaan Rafizi hari ini hampir sebulan selepas beliau menamakan bekas timbalan presiden PAS, Datuk Nasharuddin Mat Isa, menerima sejumlah wang berkait 1MDB, menerusi peguam Najib, Datuk Hafarizam Harun.
Nasharuddin bagaimanapun menafikan dakwaan itu.
Rafizi berjanji meneruskan pendedahan lebih ramai pihak yang menerima wang didakwa berasal dari dana 1MDB.
“Supaya SPRM tidak ada pilihan kecuali memberi maklum balas tentang perkara ini. SPRM tidak boleh berdiam diri.

Skandal 1MDB: Rafizi tumpu kepada senarai penerima wang SRC

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini memberi tumpuan kepada beberapa dokumen yang didakwa  menyenaraikan penerima bayaran daripada dana SRC International, bekas anak syarikat 1MDB yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dokumen-dokumen berkenaan dimuat naik pada blog sprminsider.blogspot.my pada 2016. Bagaimanapun, Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah menyekat akses kepada laman web itu.
Bercakap pada sidang akhbar di Kuala Lumpur petang ini, Rafizi berkata beliau memutuskan untuk membangkitkan isu berkenaan kerana mempercayai bahawa dokumen tersebut adalah sahih.
"Semua urus niaga diperiksa satu persatu berbanding kertas yang dipegang oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali (semasa sidang media pada 26 Jan 2016) yang memperincikan aliran wang dari SRC melalui beberapa syarikat sebelum berakhir dalam akaun Najib.
"Semua maklumat dalam dokumen itu yang dimuat naik ke sprminsider adalah tepat, seperti yang dinyatakan dalam kertas yang dipegang oleh Apandi," katanya.
Rafizi berkata, beliau bertambah yakin dengan kesahihan dokumen-dokumen tersebut selepas menyiasat nama-nama syarikat dan individu yang dinamakan dalam dokumen itu.
Beliau mendakwa semua mereka dikaitkan dengan Umno atau Najib sendiri.
Antara penerima yang dinyatakan di dalam dokumen itu adalah syarikat barangan kemas De Grisgono di Arzachena, Itali, yang didakwa menerima 10 bayaran berasingan berjumlah Euro 763,500 (RM3,595,916.53 berdasarkan kadar pertukaran semasa) pada tahun 2014.
Penerima lain dalam senarai itu, termasuk beberapa agensi yang berkaitan dengan media, firma-firma lain, bahagian Umno dan BN serta pelbagai individu.

SPR tipu, kata PKR selepas langkah tidak edar rang daftar pengundi

PAS Tambahkan Musuh Selepas Muktamar

Salahuddin Ayub: TERBUKTI,PAS Ambil Alih Peranan UMNO Hentam Pembangkang

Tiada pilihan raya mengejut di Selangor

PKR mulakan kempen #SPRPenipu

Isu YB letak jawatan propaganda bagi Umno syok: Jamal

Mahkamah benar penduduk cabar persempadanan SPR

'Melayu patut takut dengan Najib bukan Kit Siang' - Tun M

RAFIZI RAMLI BONGKAR PENERIMA WANG SRC