Selasa, 2 Mei 2017

Tarik biasiswa pengkritik satu bentuk penindasan, kata Izzah

Keputusan JPA menarik balik biasiswa pelajar yang didapati mengkritik kerajaan melemahkan mereka daripada mempunyai sifat kritis dan analitikal
izzah-jpa
PETALING JAYA: Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menghentam Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai ancaman terhadap para pelajar yang mengkritik kerajaan.
Menjawab kenyataan terbaharu JPA yang mengancam untnk memotong biasiswa pelajar, Nurul menyifatkan ia sebagai satu bentuk penindasan di samping Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 atau Akta 30 yang dikenakan terhadap pelajar.
Beliau juga berkata keputusan itu melemahkan pelajar daripada mempunyai sifat kritis dan analitikal.
“Atau kita mahu generasi kepimpinan seterusnya hanya menjadi pak dunggu dan pak turut, hanya menuruti semua perintah tanpa memikirkan kesannya kepada masyarakat dan negara?” kata Nurul dalam kenyataan hari ini.
Beliau menambah sifat kritis dan analitikal harus diterapkan sejak awal persekolahan untuk melahirkan generasi kepimpinan masa depan yang lebih baik.
Aktivis mahasiswa Anis Syafiqah Mohd Yusof berkata pandangan mahasiswa seharusnya dijadikan sebagai elemen semak dan imbang untuk penambahbaikan pentadbiran kerajaan.
“Seharusnya pihak kerajaan tidak hanya menerima pujian dan anggukan, sebaliknya kritikan harus diambil kira untuk menatijahkan pelaksanaan dasar dan gagasan yang mesra rakyat dan anak muda,” kata Anis dalam kenyataan hari ini.

Saya berterima kasih kepada Presiden Pas, kata Mat Sabu


 Mohamad SabuMohamad SabuPresiden Amanah, Mohamad Sabu menghargai peranan Pas yang diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana dianggap memberi sumbangan secara tidak langsung kepada parti Islam generasi kedua itu.
Menurutnya, kenyataan Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang seperti disiarkan dalam akhbar pro Umno-BN, Mingguan Malaysia 16 April lalu merupakan salah satu sumbangan yang dimaksudkan.
"Saya berterima kasih kepada Presiden Pas kerana banyak membantu Amanah dan Pakatan Harapan.
"Diantaranya apabila Presiden Pas buat kenyataan mengatakan orang Melayu boleh mengundi sama ada Umno atau Pas.
"Tu dia, rupanya kamu (Pas) bersama (Umno). Ini yang syok ni. Kami cakap (sebelum ini), kamu tak percaya," ucapnya dalam nada berseloroh pada Ceramah Pakatan Harapan di Kijang, Pengkalan Chepa, Kelantan semalam.
Terdahulu, Abdul Hadi dalam wawancara khas bersama akhbar tersebut menegaskan kuasa politik orang Melayu ada pada Pas dan Umno.
"Jika mana-mana parti nak tadbir Malaysia, pilih Pas atau Umno. Kita terbuka kepada mana-mana parti nak bersama dengan Pas, syaratnya terima Islam," katanya seperti dipetik.
Mengulas lanjut, Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu kenyataan Abdul Hadi yang secara terbuka di pihak Umno itu bercanggah dengan apa yang ditekankan dalam perjuangan Pas sebelum ini untuk terus menentang Umno-BN.

PRU14: PAS bakal jadi pengacau, hampakan harapan rakyat

PAS boleh dianggap sebagai ‘spoiler’ atau pengacau pada PRU nanti dan bakal menghampakan harapan rakyat untuk melihat perubahan dalam kerajaan.

Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Mohd Tahir berkata, keputusan PAS untuk memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR juga tidak memberi manfaat kepada sesiapa, bahkan hanya menguntungkan kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Saya percaya apa yang dibuat oleh PAS adalah untuk menjadi spoiler pilihan raya ini, gagasan rakyat untuk melihat perubahan, berilah sekali rakyat peluang untuk membentuk sebuah kerajaan baru akan digugat oleh peranan PAS sebagai spoiler.

Jadi tiada siapa yang untung, yang untung ialah BN apabila PAS terus dengan dasar tiga penjuru ini tapi kita tidak ada pilihan kalau mereka ingin teruskan juga, tak kanlah kita nak berundur semata dengan ugutan PAS sahaja.

Umno sukar menang walaupun rakyat Kelantan tak puas hati - Tok Him

Kerana pemikiran mereka sudah dibentuk untuk tidak menerima Umno, kata Ibrahim Ali
ibrahim-ali-kelantan-1KUALA LUMPUR: Umno sukar memenangi Kelantan walaupun rata-rata rakyatnya tidak berpuas hati dengan kerajaan PAS, kerana pemikiran mereka sudah terbentuk untuk menolak parti Melayu itu.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata rakyat Kelantan akan tetap menolak Umno walaupun mereka menyedari keadaan ekonomi negeri yang mundur dan kezaliman terhadap Orang Asli di bawah kerajaan sedia ada.
“Rakyat gelisah tetapi pada masa yang sama sukar Umno ambil alih Kelantan kerana dah jadi ‘mindset’ orang Kelantan mereka tak menerima Umno,” katanya pada sidang medianya di Ibu Pejabat Perkasa hari ini.
Menurut Ibrahim, mentaliti “ulat dalam batu pun boleh hidup” akan mendorong rakyat Kelantan mengambil risiko meneruskan pemerintahan PAS untuk beberapa penggal lagi.
Ini kerana rakyat negerinya tidak boleh menerima kepimpinan lain di Kelantan selain PAS, walau banyak mana pun projek pembangunan dibawa Barisan Nasional ke negeri itu.
“Macam-macam yang mereka lemparkan tuduhan terhadap Umno Kelantan. Sebab mereka tak suka kepada cara kepimpinan Umno di bahagian-bahagian, mereka undi PAS,” katanya.

'Teh dapat 11A+ tapi gagal dapat biasiswa JPA'

Kerajaan digesa menjelaskan mengapa adik Teh Xin Yee, yang mendapat 11A+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) gagal memperoleh biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) seperti yang dijanjikan.
Pelajar yang berasal dari Ipoh itu telah memohon Program Khas JKPJ untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan di Jepun, Korea Selatan, Perancis dan Jerman.
Ahli Parlimen Seputeh dari DAP, Teresa Kok berkata, kegagalan Teh mendapat biasiswa bercanggah dengan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri S K Devamany mengenai keperluan minimum 7A untuk layak mendapat biasiswa JKPJ.
"Devamany dan JPA perlu menjelaskan bagaimana Teh gagal dalam permohonannya apabila terdapat 200 biasiswa di bawah Program Khas JKPJ dan Teh merupakan salah seorang daripada 102 pelajar yang mendapat semua A+ dalam peperiksaan SPM 2016," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Teh, yang berhasrat mengikuti kursus kejuruteraan di Jerman tidak terpilih walaupun mempunyai rekod aktiviti kurikulum yang baik.
Bapanya adalah seorang juruteknik manakala ibunya bekerja di bahagian pengeluaran di sebuah kilang, menurut laporan awal oleh The Star.
Program JKPJ adalah satu-satunya biasiswa JPA untuk pengajian peringkat sarjana muda di institusi luar negara bagi lepasan SPM.

Pemuda PAS kata Guan Eng sesat lagi menyesatkan

Selepas dituduh sesat, Pemuda PAS hari ini mengembalikan dakwaan itu kepada Lim Guan Eng.
Lebih daripada itu, Pemuda PAS mendakwa setiausaha agung DAP itu turut menyesatkan "beberapa pihak" yang didakwa selama ini bersama PAS.
Naib Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari, berkata Lim juga beberapa kali menuduh bahawa sebarang undi yang diberikan kepada parti itu bermakna ia menyokong BN.
"Menyifatkan bahawa mengundi PAS sama dengan mengundi Umno secara realitinya telah mengisytiharkan PAS sebagai musuh, kerana bukankah selama ini tuan (Lim) tidak pernah berganjak daripada menyatakan bahawa Umno ialah musuh utama?
"Bermusuh dengan Umno sehingga tidak boleh sama sekali pemimpin PAS sepentas dengan pemimpin Umno (walaupun tuan sendiri kelihatan makan semeja dan ia halal di sisi tuan dan rakan-rakan)," katanya.
Itu pun, kata Ahmad Fadhli, belum mengambil kira pelbagai serangan yang ditujukan ketua menteri Pulau Pinang itu kepada PAS ketika mereka bermuktamar.
"Bukankah tuan yang memutuskan hubungan dengan Presiden PAS pada ketika kita masih bergelar 'rakan'? Bukankah itu nama tikam belakang ketika seluruh ahli PAS sedang menumpukan perhatian untuk bermuktamar?" katanya.
Berbahaya dan berisiko
Ahmad Fahdli mengulas kenyataan Lim yang disiarkan Malaysiakini semalam.
Lim membuat kenyataan berkenaan ekoran tindakan PAS mengisytiharkan DAP sebagai musuh utama mereka pada pilihan raya umum ke-14 ini.
Bagaimanapun untuk rekod berita Malaysiakini itu memetik laporan Bernama.
Ahmad Fadli berkata, kenyataan mengisytiharkan DAP Sebagai musuh utama PAS tidak dibuat mana-mana pimpinan utama di atas pentas muktamar.
"Ia hanyalah kenyataan yang disebut oleh salah seorang perwakilan sahaja dan tidak bererti ia merupakan pendirian parti.

PRU14: PAS 'terlalu yakin', berisiko hilang banyak kerusi

PAS berisiko kehilangan lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum ke-14 akan datang jika majlis syura ulama parti Islam itu menyokong usul untuk memutuskan hubungan politik dengan PKR, kata para penganalisis.
Antara lain, PAS akan kehilangan kerusi yang dimenangi sebelum ini atas sokongan pengundi bukan Melayu dan juga beberapa kerusi tradisional di kawasan majoriti Melayu.
Ia berikutan usul tersebut yang diterima sebulat suara oleh perwakilan PAS pada muktamar ke-63 parti tersebut yang berakhir Jumaat lepas.
Penganalisis politik Dr Jeniri Amir berkata, walaupun semua parti politik harus yakin mengenai peluangnya untuk memasuki pilihan raya, terdapat juga risiko menjadi 'terlalu yakin'.
"Pakatan Rakyat juga sebelum ini yakin bahawa mereka boleh memenangi pilihan raya umum.
"Tetapi saya rasa kali ini PAS terlalu yakin mereka boleh menang," kata beliau merujuk kepada kenyataan beberapa pimpinan PAS yang mahu 40 kerusi parlimen dan lima negeri pada pilihan raya umum ke-14.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi yang pertama mendedahkan cita-cita parti itu untuk mengekalkan Kelantan dan menawan Terengganu, Kedah, Pahang dan Selangor.
Ia merupakan rancangan induk daripada memenangi 40 kerusi Parlimen daripada 14 kerusi buat masa ini.
Pakar strategi PAS, Mohd Zuhdi Marzuki pula menegaskan matlamat itu bukan sekadar cakap kosong kerana ia adalah berdasarkan kepada data dan penyelidikan.
Jeniri, bagaimanapun, memberi amaran PAS nampaknya terkeluar dari sentimen akar umbi yang yang menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan parti itu di bawah Abdul Hadi.

Ingat, Melayu Kelantan bijak dan boleh berubah - Amanah

PAS diingatkan supaya jangan terlalu yakin kerana pengundi Kelantan adalah rakyat paling bijak dalam politik, kata Salahuddin Ayub.
Menurut beliau, sepanjang 40 tahun bergiat aktif dalam politik, pengundi Kelantan - sebahagian besarnya adalah Melayu - boleh membuat keputusan berbeza pada saat-saat akhir sebelum pilihan raya.
Katanya, orang Melayu Kelantan berbeza dengan Melayu di negeri lain yang kebanyakannya sukar berubah dalam pegangan politik.
"Saya lihat orang Melayu Kelantan ini sedang memerhatikan, menjadi pemerhati kepada kehadiran dan gelagat semua parti, termasuklah Parti Amanah Negara (AMANAH)," katanya kepada Malaysiakini.
Sebelum ini Malaysiakini menyiarkan laporan mengenai keyakinan seorang pemimpin PAS Kelantan tentang masa depan parti itu menghadapi pilihan raya umum (PRU) tidak lama lagi.
Kata Abdul Ariffahmi Abd Rahman, AMANAH tidak akan memenangi walau satu kerusi pun pada PRU akan datang.
Beliau yang kini menjawat tugas sebagai Ketua Penerangan PAS Machang berkata parti itu mempunyai strategi tersendiri untuk melanjutkan usia pentadbiran mereka yang bermula sejak 1990 lalu.
Pada masa sama, kata Ariffahmi, AMANAH pula bergantung kepada DAP untuk mendapatkan kerusi.
Untuk rekod, Ariffahmi adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan menantu kepada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Namanya menjadi perhatian pada fasa awal keretakan hubungan antara golongan konservatif dalam PAS dengan sebahagian pimpinan parti itu yang kemudian melahirkan AMANAH.
Salahuddin memang anak kelahiran Pontian, Johor, dan kini menjadi timbalan presiden AMANAH. Walaupun begitu, beliau mempunyai sejarah tersendiri dengan pengundi di Kelantan kerana pernah menjadi anggota parlimen Kubang Kerian.
Sekarang ada kelemahan
Jawatan terakhirnya sebelum tersingkir dari PAS ialah naib presiden parti berkenaan.
Mengulas lanjut kenyataan Ariffahmi, Salahuddin berkata, ia mungkin bertitik tolak daripada perasaan dendam.
"Kalau PAS nak tanamkan sentimen bahawa kami (AMANAH) khianat kepada parti, mereka boleh sebut apa saja tetapi dalam politik realitinya berbeza sama sekali.
"Kita perlu melihat pada gambaran lebih besar, secara menyeluruh dan perkembangan yang berlaku hari ini," katanya.

Pemuda Amanah gesa SPR edar RDPT kepada parti politik


Khairuddin DaudKhairuddin DaudPemuda Amanah Sabah melahirkan kekesalan di atas tindakan pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang menafikan hak setiap parti politik di negara ini mendapatkan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) pada setiap suku daftar pemilih.
Umum mengetahui, salah satu akses parti-parti politik di Malaysia untuk mendapatkan maklumat mengenai pengundi baharu dan membantah pengundi yang meragukan pada setiap suku adalah melalui RDPT yang diedarkan pada setiap suku daftar pemilih.
RDPT ini diedarkan secara percuma kepada parti-parti politik dalam bentuk cakera padat.
Dalam tempoh masa sebulan, parti politik boleh menyemak dan menyatakan bantahan kepada SPR sekiranya terdapat sebarang keraguan dalam daftar pemilih tersebut sebelum digazetkan.
Ini ekoran tersebar menerusi surat (S.P.R 600-3/1/4) bertarikh 18 April 2017, yang bertajuk "Larangan Pengedaran Salinan Rang Daftar Pemilih Tambahan (Buku dan Cakera padat) kepada Parti Politik, pihak SPR menyatakan RDPT tidak lagi diedarkan kepada parti-parti Politik.
Ketua Pemudanya Khairuddin Daud menuntut penjelasan SPR sama ada benar ataupun tidak surat yang diedarkan.
"Sekiranya benar, Pemuda Amanah Nasional menggesa arahan tersebut ditarik balik. Selepas itu, pihak SPR mengesahkan kesahihan surat tersebut dan telah diedarkan disetiap negeri.
"Pemuda Amanah Sabah mengulangi pendirian untuk SPR menarik balik arahan tersebut. Pada hemat kami, akses terhadap RDPT adalah wajar diteruskan dan perlu diperluaskan tidak hanya kepada parti-parti politik malah kepada NGO untuk tujuan penilaian.
"Kami membantah sebarang usaha bagi menafikan hak rakyat bagi mendapatkan akses RDPT tersebut," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Pemuda Amanah Sabah juga mahu SPR memberikan tumpuan terhadap penguatkuasaan Akta Kesalahan Pilihanraya yang telah diluluskan di Parlimen itu.

'Pegawai awam' tak boleh ditafsir secara sempit, kata Hanipa

Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin tidak bersetuju dengan tafsiran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap perkataan pegawai atau penjawat awam.
Beliau mengulas keputusan mahkamah Jumaat lalu yang menolak saman difailkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Anggota parlimen dari Parti Amanah Negara (AMANAH) itu berkata, walaupun salah satu elemen dalam tort misfeasance di pejabat awam adalah defenden mesti merupakan pegawai awam, tetapi ia tidak harus ditafsir secara tegar.
Menurutnya, Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan pihak berkuasa awam termasuk kerajaan persekutuan.
"Oleh itu, Najib, yang merupakan perdana menteri, adalah anggota pihak berkuasa awam dan dengan itu layak disebut sebagai seorang pegawai awam.
"Dalam mentafsirkan elemen pertama tort misfeasans di pejabat awam, mahkamah biasanya memberikan tafsiran yang luas, yang pada dasarnya, pegawai itu tidak melaksanakan peranan swasta tetapi mesti menjalankan fungsi awam menggunakan dana awam.
"Sudah tentu perdana menteri berada di bawah kategori ini," katanya.
Hanipa, yang mengetuai bahagian perundangan AMANAH, berkata peguam Najib telah meminta mahkamah memasukkan 'perdana menteri' dalam takrif "anggota pentadbiran" dalam Perkara 160 (2).
"Ini menunjukkan beliau telah meminta mahkamah untuk memberi makna yang luas terhadap perkataan menteri. Seperti yang kita tahu bahawa di bawah Perkara 60 (2), 'perdana menteri' tiada dalam takrif 'anggota pentadbiran'.
"Jadi, pada pandangan saya, peguam Najib mengubah-ubahkannya," katanya.
Hanipa berkata terdapat banyak kes di mana mahkamah memutuskan bahawa perlembagaan tidak boleh ditafsirkan dengan cara yang tegar.

Logo Pakatan Harapan bakal muncul tiga minggu lagi


Pakatan Harapan yang terdiri dari 4 parti bakal mempunyai satu logo tidak lama lagi.Pakatan Harapan yang terdiri dari 4 parti bakal mempunyai satu logo tidak lama lagi.

Logo bersama yang akan digunakan oleh semua parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) pada PRU 14 nanti bakal dipamerkan kepada umum sekitar tiga minggu lagi.
"Semalam semua pimpinan utama PH telah bermesyuarat dan kita telah putuskan akan menggunakan logo yang sama," kata presiden Amanah, Haji Mohamad Sabu di majlis ceramah Pakatan Harapan di Pengkalan Chepa malam tadi.
Semua pemimpin utama hadir semalam termasuk Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan Tun Mahathir Mohamed dalam mesyuarat itu, katanya.
"Sekali lagi kita pertegaskan PH akan menggunakan satu logo, satu manifesto dan hanya satu calon PH untuk melawan Barisan Nasional," katanya.
Sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan semalam yang meluluskan struktor dan logo untuk didaftarkan kepada RoS.Sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan semalam yang meluluskan struktor dan logo untuk didaftarkan kepada RoS.Untuk pertama kali katanya mesyuarat bersetuju untuk menerima struktur gabungan pembangkang yang akan segera didaftarkan.
"Penasihat gabungan ini adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibarahim.
"Sementara beliau masih ditahan dipenjara, Datuk Seri Wan Azizah akan mewakilinya," katanya.
Pengerusi gabungan ini telah dipersetujui iaitu Datuk Seri Wan Azizah Ismail, manakala tiga timbalan pengerusi terdiri Mohamd Sabu (Amanah) Muhyidin Yasin (Bersatu) dan Lim Guan Eng (DAP).
"Tiga lagi pemimpin kanan setiap parti akan disenaraikan sebagai ahli jawatankuasa yang akan didaftarkan," katanya.
Beliau yakin dengan wujudnya gabungan baru ini satu sejarah besar bakal tercipta di negara ini.
"Dua tokoh besar yang bertembung hebat kini bergabung demi menyelamatkan Malaysia.
"Saya sendiri seperti tidak terfikir situasi ini menjadi kenyataan," katanya.
Beliau memuji semangat tinggi dan jiwa besar yang ditunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekeluarga.

‘SEKARANG BULAN DAH DUDUK ATAS DACING’

Penyanyi Datuk Zainal Abidin mendedahkan, suatu ketika dulu pernah lagu popular nyanyiannya, Hijau, kurang disenangi sebuah parti politik.
Katanya, antara faktor menyebabkan lagu Hijau yang diterbitkan pada 1991 itu tidak digemari mungkin disebabkan terdapat dialek Kelantan pada liriknya.
“Lagu Hijau saya pernah tidak disukai oleh parti politik berlambang bulan. Tetapi bulan itu sekarang sudah duduk di atas dacing,” katanya dengan nada berseloroh.
Itu adalah antara lawak ditonjolkan Zainal di depan kira-kira 100 penonton yang hadir di Konsert Double Trouble Muzik dan Komedi yang diadakan Comedy Planet, Kuala Lumpur, kelmarin.
Di konsert itu, buat pertama kali Zainal berkongsi pentas dengan pengarah, pelakon dan pelawak Afdlin Shauki yang juga pemilik Comedy Planet.
Namun, bahan jenaka tadi hanya sekadar perkongsian. Malah Zainal turut menegaskan lawak itu tidak pula mengandungi unsur-unsur politik.
Sebagai pengusaha restoran yang membawa tema komedi, Afdlin mengambil langkah bijak dengan menjemput Zainal untuk turut mewarnai persembahan pada malam itu.
Comedy Planet biasanya menghidangkan persembahan komedi daripada pelawak profesional dan amatur dari seluruh negara.
Pada malam itu nampak benar keserasian antara Afdlin dan Zainal dan ia tidak dibuat-buat. Lebih memeriahkan suasana, lawak dipersembahkan itu pula tidak hambar.
“Saya berada di sini kerana adik saya (Afdlin),” kata Zainal menggambarkan keakraban mereka yang bagaikan saudara kandung.
Disebabkan faktor itulah, terdapat peminat yang sanggup datang dari jauh seperti dari Singapura untuk menyaksikan ‘penangan’ Zainal dan Afdlin.
Zainal tidak ketinggalan untuk tampil membawa lagu Hanya Di Radio yang pernah popular semasa dia bersama kumpulan Headwind.
Sebenarnya ada kisah di sebalik pembabitan Zainal pada malam itu.
Cabar berbalas pantun
Katanya, Afdlin menghubungi isterinya untuk mempelawa menjadi penghibur di Comedy Planet pada 29 dan 30 April tetapi pelakon filem Soal Hati itu tidak berani bertanyakan harga perlu dibayar.
“Saya beritahu dia (Afdlin), ini bukan tentang wang. Saya lakukan ini kerana cinta saya kepada pentas dan kerana banyak yang saya boleh pelajari daripada dia,” katanya.
Mengakui bukan pelawak, Zainal memberitahu, Afdlin berjaya ‘mempersendakan’ dirinya dan dia melakukan persembahan itu dengan ikhlas.

PH lebih peluang tarik undi Melayu banding Pas, kata Mahfuz


Datuk Mahfuz Omar Datuk Mahfuz Omar Pakatan Harapan dijangka mempunyai peluang lebih besar untuk menarik pengundi Melayu dalam Pilihan Raya Umum akan datang berbanding Pas yang kini berjuangan bersendirian tanpa menyertai gabungan parti dalam Pakatan Harapan.
 Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, pengundi tidak akan mengambil risiko untuk mengundi Pas kerana parti itu tidak boleh mengubah keadaan dan keyakinan rakyat untuk memilih parti yang dilihat dari sudut keterbukaan untuk menjalinkan kerjasama sebagaimana Pakatan Harapan.
" Hari ini Pas dilihat memencilkan diri daripada arus perdana politik. Pas bukan dipencilkan oleh Pakatan Harapan atau rakyat sebaliknya Pas sudah memberikan isyarat kepada rakyat Pas terpelusok di satu sudut yang akhirnya orang tidak lagi melihat Pas sebagai parti yang harus diberi peluang pada PRU akan datang.
"Pas juga cuba membina keyakinan sokongan undi melayu bukan kepada bukan Melayu.
"Dengan memutuskan hubungan dengan PKR dan DAP - sudah tentu ini satu kesilapan Pas kerana undi Melayu mana yang akan diberikan kepada Pas kecuali undi tegar ahli Pas yang sudah tentu tidak dapat memberikan kemenangan kepada parti itu dalam PRU akan datang," ujarnya dalam satu temubual bersama pihak  media yang diadakan semalam di Alor Setar.
Bekas naib presiden Pas ini juga berkata, dalam PRU-14 undi orang Melayu telah berpecah kepada sokongan terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Amanah Negara (Amanah).
"Jika Pas mahu undi Melayu dari Umno... mereka sudah ada Bersatu dan undi Melayu dalam Pas pula sudah lari pada Bersatu dan Amanah dan ini sebenarnya memberi kerugian besar pada Pas jika mereka terus memencilkan diri dan tidak berada di arus perdana politik pembangkang," ujarnya.
Mahfuz turut melahirkan rasa terkilannya kerana beliau mengharapkan Pas akan kembali kepada arus perdana.

Pas masih 'terikat' dengan PKR


Pas nampaknya masih 'terikat' dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun muktamar ke-63 parti itu, yang berakhir hari ini, meluluskan usul untuk memutuskan hubungan dengan parti pembangkang itu yang pernah menjadi sekutunya.
Ini kerana, keputusan meleraikan hubungan Pas dan PKR hanya akan dimuktamadkan selepas Majlis Syura Ulama bermesyuarat mengenai tahaluf siyasi itu dalam masa terdekat.
Pas-PKRIsu tahaluf siyasi Pas dengan rakan sekutunya - DAP dan PKR - dalam gabungan pakatan pembangkang menjadi antara isu utama yang dibincangkan para perwakilan sejak muktamarnya yang ke-59 pada 2013 kerana dilihat sebagai tidak menguntungkan Pas. Pada 2015, Pas memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP.
Usul memutuskan tahaluf siyasi PAS-PKR itu penting kerana ia akan membabitkan masa depan kelangsungan politik Pas, yang kini 66 tahun, antara parti tertua di negara ini.
Mengikuti rapat perkembangan itu, Pengarah Institut Kajian Analisis Politik Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata memang jelas terdapat perlanggaran tahaluf siyasi oleh PKR dan berlaku pengkhianatan sehingga merugikan Pas.
"Berdasarkan kepada beberapa insiden jelas pengkhianatan tahaluf siyasi ini, memang Majlis Syura akan buat keputusan. Hanya yang menjadi persoalan ialah mengenai penglibatan wakil rakyat PAS (dalam pentadbiran Selangor) iaitu kalau putus, mereka perlu kekal atau berundur meletak jawatan (Exco)," katanya kepada Bernama selepas berakhirnya muktamar tiga hari itu.
Beliau turut menjangka isu itu mungkin berlarutan selain perlu ditangani dengan berhati-hati kerana ia turut melibatkan 'restu' pihak Istana Selangor dan kemaslahatan syariat Islam di negeri itu.
Setiausaha Dewan Ulama Pas Datuk Dr Mohd Nik Zawawi Salleh pula meminta anggota parti supaya menerima, patuh dan wala' atau setia terhadap apa jua keputusan majlis tertinggi berhubung tahaluf siyasi dengan PKR.
"Waima, keputusan yang dibuat tidak masyhur atau pun tidak popular atau pun presiden Majlis Syura Ulama buat keputusan dengan pendekatan-pendekatan tertentu bagi menghadapi arus politik.
"...terutamanya apabila berlaku, (sebab) kita belum mesyuarat lagi putuskan hubungan dengan PKR,

Hubungan PAS-PKR ditentukan dalam dua minggu - Majlis Syura

Majlis Syura Ulama PAS akan bertemu dalam masa dua minggu daripada tarikh usul untuk memutuskan hubungan dengan PKR yang diluluskan di Muktamar PAS ke-63, Ahad lalu.
"Belum ada tarikh lagi, tapi ia akan diadakan dalam masa seminggu dua ini sebab kita pun baru habis muktamar," kata Setiausaha Majlis Syura Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh ketika dihubungi Malaysiakini.
PAS kelmarin sebulat suara meluluskan usul untuk menggesa agar Majlis Syura Ulama PAS memutuskan hubungan dengan PKR.
Parti Islam itu kini masih menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR, dengan beberapa wakilnya dilantik sebagai exco.
Langkah itu jika diluluskan Majlis Syura Ulama bakal memberi kesan terhadap kedudukan exco PAS di bawah pentadbiran Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.
Salah seorang exco PAS Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata pihaknya akan mematuhi sebarang keputusan yang dibuat oleh kepimpinan ulama PAS.
Selain itu - sekiranya PAS memutuskan hubungan dengan PKR - keadaan itu bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara BN dan parti-parti pembangkang.
PAS bagaimanapun bertegas untuk membentuk blok ketiga serta yakin parti itu merupakan pilihan lebih baik berbanding BN dan Pakatan Harapan.

Satu kerusi pun AMANAH takkan menang di Kelantan, kata menantu Nik Aziz

"Mereka adalah kemuncup. Satu kerusi pun AMANAH takkan menang di Kelantan," tegas salah seorang menantu kepada bekas mursyidul am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Abdul Ariffahmi Abd Rahman yang merupakan Ketua Penerangan PAS kawasan Machang berkata, beliau yakin kemampuan PAS untuk terus menerajui Kelantan selepas Pilihan Raya Umum ke-14.
"PAS mempunyai ‎strategi tersendiri untuk terus kekal memerintah Kelantan," katanya ketika diminta mengulas senario politik di negeri itu dengan kewujudan parti serpihan PAS, AMANAH.
Untuk rekod, Ariffahmi pernah mencetuskan kontroversi apabila dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan pada September 2009.
Pelantikan itu mengundang siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa membabitkan amalan nepotisme, namun tiada sebarang pendakwaan dibuat terhadap beliau.
Menurut Ariffahmi, selain AMANAH tidak mendapat sokongan rakyat Kelantan, parti itu hanya bergantung kepada sokongan DAP untuk menang pilihan raya.
"Mereka hanya bergantung kepada DAP, jika diberikan kerusi (DAP) untuk bertanding bolehlah menang di kawasan DAP," katanya sinis.
Selain itu, katanya PAS sudah memiliki pengalaman lima kali bertanding pilihan raya dengan menghadapi pelbagai serangan dilakukan pihak lawan.
"Alhamdulillah kita yakin dapat menghadapi serangan (ujian) PRU14 dengan baik. Gerak kerja bersepadu dan pertolongan Allah SWT, insya-Allah akan memberi kemenangan kepada kita," katanya.

Duhai Hadi, siapa nak jadikan PAS hotel persinggahan?

Parti pembangkang manakah yang mahu jadikan PAS sebagai ‘hotel persinggahan’ untuk dijadikan batu loncatan demi pilihan raya?
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti hilang akal apabila menyifatkan parti pembangkang lain sebagai hanya mahu menggunakannya untuk menang pilihan raya.
Begitu angkuh dan sombong sekali Abdul Hadi meletakkan PAS seolah-olah sebagai parti pembangkang yang dominan segala-galanya berbanding parti lain.
Atas kekuatan apa Abdul Hadi menunjukkan kesombongannya?
Apakah dengan bertanding 80 kerusi parlimen pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 Abdul Hadi boleh mendabik dada dengan menjangkakan PAS boleh memenangi 50 daripadanya?
Apakah jumlah itu mempu mengatasi DAP atau parti lain dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) pada pilihan raya kali ini?
Isunya ialah, apakah kemenangan PAS yang mendapat 21 kerusi (kini tinggal 14 saja selepas enam menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) dan seorang ke PKR) daripada 73 kerusi yang dipertandingkan olehnya pada PRU ke-13 lalu hasil usaha dan sokongan ahlinya semata-mata?
Bagaimana pula dengan PKR yang menang 27 kerusi (kini 28 selepas seorang melompat dari PAS) berbanding 99 kerusi yang ditandinginya. Apakah prestasinya kurang baik kerana tidak mendapat kerjasama PAS?
PAS mendabik dada mereka ada di 165 kawasan, dan 7,000 cawangan, sementara pembangkang lain pula tidak ada kawasan serta tidak ada cawangan.
PAS mendakwa mempunyai ahli hampir sejuta orang dan parti lain tidak sehebatnya. Namun bukankah keputusan PRU ke-13 boleh dijadikan ukuran yang lebih benar?
Kenapa DAP yang bertanding di 51 kerusi menang 37 kerusi?
Tidakkah PAS menang di kebanyakan parlimen di Pantai Barat kerana bantuan bukan Melayu?
Mengapa berleter panjang
Apa akan terjadi kali ini dengan bantahan banyak pihak kepada keputusan PAS membentangkan usul pindaan ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di Dewan Rakyat?
Juga, apakah PAS sedar wujud bantahan rakyat hasil kempen AMANAH terhadapnya, selain penolakan rakyat kepada PAS - atas beberapa sebab lain - akan menjejaskan undinya pada PRU ke-14?
Apakah Abdul Hadi kini hanya bermimpi di siang hari dan sedang menyukarkan jentera PAS di beberapa negeri tertentu kerana bertanding sendirian?
Selain itu, atas kekuatan apa Abdul Hadi berani mengingatkan ahli parti dan entiti politik lain bahawa PAS bukanlah "hotel persinggahan" untuk dijadikan batu loncatan?
Bukankah dalam setiap bentuk kerjasama, khususnya bertanding dalam pilihan raya, setiap parti akan berunding untuk menentukan kerusi serta calon yang diletakkan dalam pilihan raya?
Apakah DAP, AMANAH, PKR atau parti paling baru - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) cuba menipu PAS dalam setiap rundingan?
Kenapa kali ini, sebelum rundingan muktamad Abdul Hadi sudah ‘berleter panjang’? Kenapa kemarahannya menjadi-jadi, sedangkan banyak perkara masih boleh dibincangkan.
Apakah ini bermakna bahawa kenyataan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, sudah tidak boleh dipakai lagi dan Abdul Hadi menggunakan kuasa vetonya untuk menghentikan perbincangan dan perundingan itu?

Skandal 1MDB-IPIC: Pengerusi PAC patut letak jawatan


Pengerusi Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin harus meletak jawatan ekoran sikap berdiam diri berhubung keputusan kes timbang tara antara 1MDB dan International Petroleum Investment Corporation (IPIC)
1MDB-IPICAhli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, Hasan patut memberi laluan kepada individu yang serius tentang integriti, kebertanggungjawaban dan bersedia untuk menjawab kepada rakyat Malaysia.
"Di sebalik menjawab permintaan agar siasatan dibuka semula, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam, Datuk Hasan Arifin kekal berdiam diri.
"Malah, bukan sahaja beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu penting itu yang melibatkan lebih RM15 bilion wang pembayar cukai, beliau juga telah mengelakkan pertanyaan media," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tony berkata demikian mengulas keengganan Hasan membuka semula siasatan PAC terhadap syarikat bermasalah milik negara itu ekoran perkembangan terbaru melibatkan keputusan kes timbangtara di London.
Hasil keputusan itu, IPIC akan menerima bayaran berjumlah US$1.205 bilion, manakala 1MDB dan Kementerian Kewangan akan bertanggungjawab ke atas faedah masa depan dan bayaran pokok bagi bon bernilai US$3.5 bilion yang sebelum ini dijamin IPIC.
Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP, dalam kenyataannya sebelum ini mendakwa rakyat Malaysia terpaksa membayar dua kali ganda hutang yang ditanggung 1MDB kepada IPIC.

Skandal 1MDB: Penyelesaian atas kertas

Adalah kebiasaan dalam dunia politik dan korporat bagi pesertanya mengalu-alukan berita baik kerana berita baik memberi keuntungan.
Satu perkembangan yang diura-urakan mempunyai ciri baik atau positif itu adalah berita Malaysia capai persetujuan dengan Abu Dhabi untuk selesaikan kes saman timbang tara di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa, London.
Kalau kita masih ingat, pihak berkuasa Abu Dhabi saman kerana 1MDB tidak bayar balik hutang.
Di bawah penyelesaian itu, 1MDB melalui kerajaan Malaysia akan bayar kerajaan Abu Dhabi AS$2.5 bilion (kira-kira RM11.25 bilion pada kadar tukaran hari ini) bagi melupuskan sebahagian hutang 1MDB.
Menurut laporan media antarabangsa, kedua-dua buah negara juga bersetuju untuk tidak menggunakan saluran undang-undang sebelum Disember 2020 dalam merundingkan pertikaian mengenai AS$3.5 bilion (kira-kira RM15.75 bilion) lagi hutang yang bersangkut-paut dengan dua bon lain yang dikeluarkan oleh 1MDB.
Penyelesaian itu digambarkan sebagai baik. Tapi apalah baiknya kena bayar balik hutang bilion ringgit dan pada masa yang sama berbilion hilang dalam kecurian.
Yang sudah disahkan adalah lebih AS$600 juta masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Arab Malaysia Bank, Kuala Lumpur pada tahun 2013.
Dalam kadar tukaran masa itu jumlahnya RM2.6 bilion. Najib dan konco-konconya cuba kelentong kata duit itu derma Arab dan sebahagian besarnya dipulangkan.
Selesai atau tidak, beban hutang 1MDB tetap terpikul di atas bahu rakyat jelata dan pembayar cukai. Ini adalah kerana semua hutang dan tanggungan 1MDB telah dipindahkan kepada Kementerian Kewangan.
Bagi orang politik, terbabit dalam berita baik memberikan mereka keuntungan politik dan bagi ahli perniagaan, berita baik mungkin menyebabkan harga saham mereka naik.
Jadi adalah kebiasaan bagi mereka tumpang sekaki. Kalau boleh mereka akan mengaku terlibat membawa perkhabaran baik itu. Paling-paling busuk pun mereka akan mengalu-alukannya.
Menteri sendiri tak percaya
Tapi apabila Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani, sendiri menafikan penglibatan dengan “penyelesaian” itu, jelaslah ia bukan penyelesaian sebenar atau meyakinkan apatah lagi menguntungkan negara.
Kalau ia penyelesaian sebenar dan diyakini, orang politik macam Johari tentulah akan cuba tumpang sekaki.
Sebaliknya, dia berkata dia tidak terlibat dengan penyelesaian itu sambil menambah bahawa ia adalah kerja 1MDB dan Jabatan Perdana Menteri.
Dia sekadar berkata angka-angka yang dia tengok mengenai penyelesaian itu meyakinkan. Satu hujah yang selamat sekadar melepas batuk di tangga.
Mudah cakap, saya kata macam ini. Jentera propaganda kerajaan dan panglima siber A9 Umno boleh berbohong kepada sesetengah orang kampung, orang Felda dan orang PPRT tetapi mereka tidak boleh kelentong orang dalam kelas Johari.

Penyelesaian 1MDB-IPIC: Pua persoal sikap berdiam pengerusi PAC

Anggota parlimen DAP Tony Pua mempersoalkan sikap berdiam diri Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam, Datuk Hasan Arifin berhubung perkembangan terkini 1MDB dan Petroleum Investment Company (IPIC).
Dalam satu kenyataan, Pua menyebut mengenai penyelesaian yang dicapai antara 1MDB dan IPIC selepas setahun proses timbang tara yang melibatkan berbilion-bilion ringgit.
Beliau juga merujuk surat yang didedahkan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani minggu lalu, yang mengesahkan bahawa Aabar Investments PJS Ltd (BVI) adalah anak syarikat IPIC.
Pua berkata, perkembangan terkini itu telah mendorong sekali lagi gesaan agar Ketua Audit Negara Tan Sri Madinah Mohamad dan PAC membuka semula siasatan ke atas 1MDB.
"Di sebalik menjawab permintaan agar siasatan dibuka semula, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam, Datuk Hasan Arifin kekal berdiam diri.
"Malah, bukan sahaja beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu penting itu yang melibatkan lebih RM15 bilion wang pembayar cukai, beliau juga telah mengelakkan pertanyaan media," dakwa anggota parlimen Petaling Jaya Utara itu.
Jumlah melebihi RM15 bilion itu merujuk kepada bayaran AS$3.51 bilion yang dibuat 1MDB kepada IPIC atau anak syarikatnya, Aabar Investment PJS Limited (Aabar BVI).
Di samping itu, Pua menegaskan Anggota Parlimen BN Putatan Marcus Mojigoh turut mempersoalkan mengenai surat berkenaan, manakala Anggota Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Seri Aziz Sheikh Fadzir juga bertanya ke mana pergi bayaran lalu yang dibuat kepada Aabar (BVI).
"Walaupun kewujudan sebarang surat yang mungkin sah masih tidak dengan sendirinya membuktikan bahawa Aabar (BVI) bukan palsu, ia menyerlahkan fakta bahawa keputusan kerajaan mencabar semua logik.
"Lagipun, mengapa kerajaan dalam segala keadaan rasional, mengalah kepada tuntutan IPIC jika tiada apa yang memberatkan di pihak 1MDB? Seperti pepatah Melayu, mesti ada 'udang di sebalik batu'," kata Pua.

Mufti: Adakah GST itu tanda kasih pemerintah pada rakyat?

Jawapan kepada status hukum cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mungkin terletak di tangan pengguna secara keseluruhan.
Ketika beberapa pihak mempertahankan pandangan masing-masing mengenai cukai itu, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, menjelaskan jawapan kepada status cukai itu perlu melihat kepada kesan pelaksanaannya.
"Sebelum menjawab persoalan itu, hendaklah dikaji apakah GST telah memberikan kemaslahatan kepada rakyat ataupun sebaliknya?
"Mungkin rakyat boleh menjawab terlebih dahulu, dan pemerintah (kerajaan) menjelaskan sejauh manakah GST benar-benar merealisasikan kemaslahatan rakyat.
"Apakah GST itu tanda simpati dan kasih pemerintah kepada rakyat ataupun sebaliknya?" kata Mohd Asri melalui kemas kini di Facebook malam tadi.
Semalam Malaysiakini melaporkan penegasan PAS terhadap pelaksanaan GST yang didakwanya bercanggah dengan Islam walaupun di dihukum harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata kerajaan menggunakan alasan muzakarah jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada Oktober 2014 untuk melaksanakan GST.
Menyifatkan fatwa berkenaan suatu kesilapan, Mohd Khairuddin yang juga anggota parlimen Kuala Nerus menegaskan cukai dalam Islam hanya boleh dikutip menerusi beberapa syarat termasuk hanya boleh diambil daripada golongan kaya.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, turut bersependapat GST ketika ini menimbulkan banyak masalah dan menyukarkan kehidupan golongan berpendapatan rendah.
Ulama kena bantah
Dipetik Sinar Harian, Wan Salim berkata, sebarang tindakan dan polisi membebankan serta menganiayai rakyat adalah haram kerana bercanggah dengan nilai keadilan yang dikehendaki Islam.
Mohd Asri berkata mengikut Islam sesuatu tindakan kerajaan mestilah berdasarkan kepada kepentingan rakyat dan tidak bercanggah dengan syarak.
"Jika ada tindakan penguasa yang menyanggahi kepentingan rakyat dan negara, sebaliknya sekadar (untuk) kepentingan beberapa pihak tertentu sahaja sehingga mengorbankan kepentingan rakyat, maka itu jelas menyanggahi Islam.
"Timbul persoalan - bolehkah pemerintah mengambil cukai daripada rakyat? Jawapan hal itu hendaklah dilihat kepada aspek apakah cukai itu untuk kepentingan rakyat atau menyebabkan kesusahan kepada rakyat?'
"Jika cukai itu kembali kepada kepentingan hidup rakyat maka ia dibolehkan. Jika ia membebankan dan tidak kembali kepada kemaslahatan rakyat, maka ia sesuatu yang haram," katanya.
Menurut Mohd Asri, jika cukai itu mengembalikan faedah kepada rakyat maka ia wajib disokong.
"Jika zahir daripada cukai itu menjadi bebanan ke atas rakyat ataupun (berlaku) penyalahgunaan wang awam, maka ia sesuatu yang mungkar dan hendaklah ulama membantahnya," kata beliau.

Pas enggan kerjasama jika bukan untuk rakyat

Himpunan tsunami hijau Pas Julai ini

Guan Eng aju soalan, mahu PAS jawab

Perjuangan politik PAS 'sesat', dakwa Guan Eng

PAS tentang GST tapi serang DAP, kata Guan Eng

PAS jarang kekal dalam kerjasama besar


Oleh Fathi Aris Omar
PAS jarang kekal dalam kerjasama besar. Pengalamannya memerintah lama di Kelantan secara solo meyakinkan PAS bahawa rakan gabungan tidaklah terlalu terdesak dan tidaklah terlalu mustahak.
Memerintah satu parti memang seronok, sebab tidak perlu belajar mencari titik persefahaman di tengah pelbagai konflik idea, ideologi dan dinamika parti-parti gabungan.
Jika PAS tidak pernah menguasai Kelantan secara solo, saya percaya lebih mudah ia belajar meraikan orang lain.
Selain itu, ia suka mendominasi. Kalau orang lain dengar cakap PAS macam di Kedah dan Terengganu, PAS suka. Kalau masing-masing keras kepala, jadi macam nasib PAS dalam BN atau Semangat 46 bersama PAS.
Celakanya bermula di sini. Terlalu lama entrenched di Kelantan, terlalu lama bergerak solo!
Kita tunggu PAS hilang kuasa, tiada lagi Kelantan, barulah generasi baru mereka terhegeh-hegeh belajar meraikan rakan gabungan dalam kerjasama.
NOTA: Tetapi jangan lupa, rekod kerjasama PAS paling lama dengan PKR, 1999 hingga 2017 (?

Armada: Jangan masuk perangkap Umno, BN!

"Suara anak-anak muda ini sepatutnya dihargai bukan disekat," demikian Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Beliau berkata demikian selepas mendakwa dihalang untuk bersyarah di universiti selain diharamkan untuk memasuki mana-mana universiti awam untuk mengajar atau pun menerima jemputan para pelajar.
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Ia susulan surat terbuka yang ditulisnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pemerintahan di bawah pentadbiran Najib.
Menurut Syed Saddiq lagi, beliau lebih rela berdialog dengan mereka yang tidak sependapat dan ideologi yang berlainan bagi meraikan idea-idea anak muda ini kerana bagi dirinya ini adalah platform yang terbaik bagi memberanikan anak-anak muda melontarkan suara bukan sahaja bagi mengkritik kerajaan tetapi juga pembangkang.
"Jangan jatuh dengan perangkap kerajaan Umno dan BN yang ingin mencipta budaya takut kepada pelajar-pelajar tajaan kerajaan.
"Ini semua hanyalah budaya lapuk yang hanya untuk menakut-nakutkan pelajar bagi mendiamkan mereka. Saya telah jumpa beribu-ribu pelajar di luar negara yang telah mengkritik kerajaan secara terbuka akan tetapi mereka tidak dikenakan apa-apa tindakan.
"Sebelum ini, saya sudah pergi road tour di United Kingdom (UK). Saya telah berjumpa dengan ratusan pelajar di London, Edinburgh, Manchester, tidak ada masalah langsung, biasiswa mereka pun tidak ditarik. Jika ditarik, you can challenge them in the court of law," katanya dalam satu kenyataan.
Syed Saddiq berkata, dalam kerajaan Pakatan Harapan, budaya ugut mengugut anak muda seperti ini sudah semestinya tidak akan berlaku.

Wakil rakyat PAS pantai barat risau masa depan mereka


Wakil rakyat PAS pantai barat risau masa depan mereka
Wakil rakyat PAS di kawasan pantai barat Semenanjung yang mewakili undi 30% bukan Melayu di kerusi DUN dan Parlimen bimbang dengan kedudukan masa depan mereka jika parti Islam itu bergerak sendirian pada pilihan raya. 
KETIKA PAS begitu beria-ia berjuang sendirian dan mahu menjadi kuasa penentu dalam pilihan raya akan datang, sekurang-kurangnya ada lima wakil rakyat bergelut dengan kedudukan mereka.
Mereka ialah sebahagian daripada 31 ahli Parlimen yang kebanyakannya di kawasan pantai barat Semenanjung dan mewakili undi sehingga 30% bagi pengundi bukan Melayu di kerusi DUN dan Parlimen.
Sejak PAS memutuskan hubungannya dengan Pakatan Harapan (PH), parti Islam itu dilihat bergelut untuk menarik pengundi bukan Melayu, yang menjadi asas kepada penyokong PH.
Malah tambah memberi cabaran apabila kini parti Islam itu kemungkinan bertembung dengan dua lawan kuat bagi merebut undi Melayu hingga menjadikan peluang menang di pilihan raya makin sukar.
Ia disokong dengan kajian dan pengalaman lepas di mana apabila wujud pertembungan tiga penjuru, BN akan menang. Kaji selidik baru-baru ini yang dijalankan Invoke menunjukkan PAS akan mendapat kedudukan paling bawah jika berlaku pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya.
Ketika The Malaysian Insight bertanya kepada lima ahli politik itu mengenai ramalan masa depan berhubung kerusi mereka dan bagaimana mahu memenangi pengundi bukan Melayu yang skeptikal, sekurang-kurangnya tiga daripada mereka tidak pasti.
Seorang enggan menjawab dan dua lagi tidak mahu mendedahkan bagaimana mereka akan memenangi undi bukan Melayu.
Meskipun berulang kali presiden PAS mengeluarkan kenyataan yakin dengan kekuatan parti, tetapi wakil rakyat terbabit mengakui bukan mudah bagi mereka mempertahankan jawatan di peringkat DUN dan Parlimen.
Faktor PH
Lima wakil rakyat itu ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad, Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan serta Adun Selat Kelang Dr Halimah Ali, Adun Meru Dr Rani Osman dan Adun Chempaka Iskandar Abdul Samad.
Bagi Nasrudin dan Rani, pengundi bukan Melayu di kawasan mereka antara 33% (Temerloh) hingga 39% (Meru).
Jumlah itu boleh dikatakan agak kritikal untuk mereka mempertahankan kerusi jika undi Melayu berpecah dan berlakunya pertandingan tiga penjuru.

Bila Hadi saman Sarawak Report, penipuan 1MDB mungkin terbongkar


Bila Hadi saman Sarawak Report, penipuan 1MDB mungkin terbongkar
Presiden PAS Abdul Hadi Awang memfailkan saman terhadap pengarang Sarawak Report, Clare Brown di Mahkamah Tinggi di London kerana memfitnahkan menerusi satu artikel. 
DALAM menyaman pengarang Sarawak Report, Clare Brown atas kes libel di Mahkamah Tinggi di London, Presiden PAS Abdul Hadi Awang mahu mematahkan tuduhan yang beliau menerima rasuah daripada Perdana Menteri Najib Razak untuk menjejaskan kebebasan parti Islam itu.
Beliau mungkin berjaya mencapai matlamatnya tetapi dalam proses itu, saman berkenaan mungkin menyediakan platform baharu untuk meneliti tuduhan salah urus dan penipuan membabitkan skandal syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Respons kepada soalan The Malaysian Insight, Brown berkata memandangkan PAS sudah pun membawa perkara itu ke mahkamah di London, beliau menyerahkan segala-galanya kepada peguam dan tidak sepatutnya memberi komen pada peringkat ini.
“Akan ada respons mengikut keadaan,” katanya.
Peguam yang mahir dengan kes fitnah berkata jika Brown bergantung pada justifikasi pembelaan, beliau akan dibenarkan melakar gambaran lengkap 1MDB, dan ia termasuk mendapatkan saksi, termasuk perdana menteri untuk memberi keterangan.
Mereka akan menjangkakan peguamnya menggariskan kisah lengkap syarikat bermasalah itu, termasuk aliran wang dan sebagainya.
Secara ringkasnya, jika saman Hadi dicabar, ini akan menjadi kali pertama di mana lapisan rahsia meliputi 1MDB mungkin terbuka kepada umum.
Dalam tuntutan samannya, Hadi berkata reputasinya terjejas teruk di England dan Wales, Malaysia dan Singapura akibat artikel disiarkan di Sarawak Report bertajuk "As Najib Denies All Over 1MDB, Let's Not Forget His Many other Criminal Connections"
Antara lain, artikel itu mendakwa Najib memikat PAS menjauhi pembangkang dengan menyalurkan RM90 juta kepada pemimpin tertinggi dalam parti Islam itu.
Dalam maksud biasa, artikel itu mendakwa Hadi secara peribadi menerima atau meluluskan PAS menerima sejumlah besar rasuah daripada Najib sebagai pertukaran untuk menjejaskan kebebasan politik parti itu.
Presiden PAS berpendapat artikel itu merosakkan pendiriannya sebagai seseorang yang komited kepada proses demokrasi dan rukun Islam.

KEBURUKAN NAJIB DAN PAS SEKUTU UMNO MEMANG PERLU DIULANG-ULANG

Menjelang PRU 14 akan datang, sekurang-kurangnya tiga perkara perlu dilakukan oleh Pakatan Harapan ke arah mencipta kemenangan.

Pertama, mengimbas semula semua keburukan, salah laku dan kecurangan Najib Razak dalam memimpin negara sejak beliau menjadi Perdana Menteri bermula 2009 yang lalu.

Bermula dengan amalan suka bermewah, melakukan pembaziran, meningkatkan hutang, menghapuskan subsidi, membebankan rakyat dengan GST dan sehinggalah kepada tercetusnya skandal 1MDB yang akhirnya mendedahkan lebih banyak keburukan mengenai kepimpinan dan keperibadiannya.

Tanpa Najib, negara kita mungkin tidak bermasalah seperti sekarang dan oleh kerana beliau dalam keadaan sangat bermasalah dalam mendepani pilihanraya akan datang, mengekalkannya lagi hanya memungkinkan semua masalah itu ditutup dengan cara mengalihkan isu saja, bukan melalui penyelesaian yang hakiki.

Akhirnya, rakyat akan terus terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi dan hanya mampu memandang saja segala kepincangan terus dilakukan oleh mereka yang berkuasa dalam negara ini.

Jika kepimpinan Najib tidak terlalu teruk, tentulah mustahil adiknya sendiri, Nazir Razak sampai beberapa kali meluahkan pandangan yang berbeza yang menggambarkan tidak setujunya beliau terhadap cara abangnya memimpin negara ini.

Semua perkara mengenai Najib itu perlu diberitahu secara jelas, tersusun, konsisten dan berulang-ulang agar rakyat faham bahawa hampir semua beban dan masalah dalam negara ini adalah berpunca daripada Najib. Najib, Najib, Najib dan tiada lain selain Najib.

Kedua, memberikan rakyat harapan bahawa pertukaran kerajaan daripada BN kepada Pakatan Harapan adalah pilihan tunggal yang terbaik untuk masa depan mereka.

Pakatan Harapan tiada lain tujuannya selain berhasrat mahu memulihkan negara dari segi imej, ekonomi, perpaduan dan kepercayaan antarabangsa agar Malaysia mampu muncul gemilang sepertimana era sebelum Tun Abdullah Badawai dahulu.

Jika ketika itu kita bangga dan gembira dengan imej serta keadaan negara, tiada sebab kita tidak boleh mempercayai sekali lagi apabila Tun Mahathir Mohamad mengatakan beliau ada cara untuk memulihkan semula ekonomi, selain janji untuk memansuhkan GST secara beransur-ansur.

Mat Sabu: Dulu miskin, sekarang pemimpin PAS naik ‘business class’

Presiden Amanah itu berkata tuduhan PAS kini berkisar mengenai gaya hidup pemimpinnya, bukan lagi mengenai soal aqidah atau dakwaan menolak pembangunan.
mat-sabu
PETALING JAYA: PAS yang satu masa dulu dituduh menolak pembangunan material dan sesat akidah, kini berdepan dengan tuduhan baharu yang berkait dengan gaya kehidupan mewah pemimpinnya, kata Presiden Amanah, Mohamad Sabu.
Bekas timbalan presiden PAS itu berkata, perubahan tersebut mula dirasakan beberapa tahun lalu, apabila gaya hidup mewah beberapa wakil rakyat parti itu menimbulkan tanda tanya di kalangan ahli.
“Kita melihat kelainan setahun dua tahun sebelum 2015. Kita melihat pimpinan yang baru wakil rakyat sepenggal, tetapi hidupnya begitu mewah. Boleh pergi London naik kapal terbang business class, duduk di hotel, kalau di Indonesia, hotel 5 atau 6 bintang,” katanya pada sebuah program ceramah di Kota Bharu malam tadi.
Mohamad, atau Mat Sabu, berkata perkembangan itu sesuatu yang baru untuk PAS yang satu masa dulu terkenal sebagai parti “miskin”.
“Dulu tidak ada tuduhan ini. Sekarang boleh hadiah kepada isteri (Audi) Q7,” kata Mat Sabu, dipercayai merujuk kritikan terhadap pemimpin Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Khairuddin Aman Razali, yang menghadiahkan kereta mewah kepada isterinya.
“Dulu tuduhan PAS dituduh parti miskin, parti menyeleweng aqidah, tolak pembangunan, ini tuduhan kepada kami dulu,” katanya, dan berkata tuduhan seumpama itu giat dilawan oleh pemimpin PAS terdahulu.
“Masakan pohon bergoyang tiada angin,” tambahnya.

PAS yakin menang 40 kerusi Parlimen pada PRU14


PAS yakin menang 40 kerusi Parlimen pada PRU14
Pertambahan keahlian PAS meningkatkan keyakinan parti itu untuk memenangi 40 kerusi Parlimen kerana ia sekali gus meningkatkan sokongan orang ramai. 
PAS yakin dengan hasil kajian daripada dalaman yang dijalankannya sendiri yang menunjukkan mereka mempunyai peluang cerah memenangi 40 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Presidennya Abdul Hadi Awang berkata kajian dilakukan PAS bukan seperti institut penyelidikan lain seperti Invoke tapi sebaliknya kajian berdasarkan maklum balas daripada jentera pimpinan seluruh negeri.
"Kita ada kajian sendiri dan tidak menerima yang lain. Kajian kami bukan berdasarkan telefon, rambang tetapi ia (maklum balas) daripada jentera seluruh negara," katanya pada sidang media di Kota Sarang Semut, Kedah hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kajian yang menyatakan PAS akan kalah jika bertegas meneruskan hasrat untuk bertanding pada pilihan raya secara sendirian.
Tambahnya lagi, keyakinan semakin kuat apabila kajian menunjukkan jumlah ahli parti Islam itu bertambah sekali gus akan meningkatkan sokongan daripada orang ramai.
"Kita lebih maju ke depan kerana ahli kita makin bertambah dan sokongan juga bertambah, itu yang penting,” kata beliau yang sebelum itu mengumumkan bilangan ahlinya melebihi 897,000.
Muktamar PAS menyaksikan parti itu mengukuhkan rancangan mengetuai blok pembangkang ketiga yang dinamakan Gagasan Sejahtera bersama Parti Ikatan Bangsa.
PAS berkata blok itu tidak akan bekerjasama sama ada dengan Pakatan Harapan atau Barisan Nasional pada PRU14.

RUU355: Hadi berterima kasih pada kerajaan

Parti pak lebai ini terbukti bersih: Khalil

Kena cari pengundi Umno, parti lain untuk menang: Ulama Pas

Mat Sabu: Terima Kasih Kepada Kenyataan Hadi Awang & Mursyidul AM PAS,Ramai Masuk AMANAH

PAS Bagi Nafas Baru Kepada Najib Dan UMNO