Isnin, 1 Mei 2017

Parti lain punca terputus kerjasama, kata Hadi

Punca terputusnya jalinan kerjasama dengan parti lain bermula dari mereka, bukan PAS, kata Presiden Datuk Seri Hadi Awang.
hadi-pas
ALOR SETAR: Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyangkal tanggapan PAS sukar bekerjasama dengan parti lain melihat kepada sejarah kegagalan hubungan antara mereka dengan parti politik lain.
Hadi berkata sejarah membuktikan PAS sudah mematuhi syarat menghormati dasar parti rakan, tetapi parti lain yang menjadi pemula terputusnya kerjasama.
“Yang pecat PAS dari BN ialah Umno, bukan PAS keluar. Termasuk Semangat 46, ia singkirkan diri. Termasuk DAP tahun 2000 iaitu Barisan Alternatif, DAP yang keluar. Termasuk yang terakhir, DAP yang pecat PAS dengan tidak ada undang-undang. Bukan kita keluar, tidak,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan penggulungan Muktamar ke-63 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut hari ini.
Hadi turut menolak dakwaan PAS menjadi punca terputusnya kerjasama dengan parti politik lain sebelum ini.
“Kita di atas landasan kerjasama, tak sentuh dasar parti masing-masing. Itu sikap kita. Bila orang lain sentuh dasar, itu sudah langgar sempadan,” katanya.
Pilihan raya umum 1974 menyaksikan PAS bertanding di bawah bendera BN buat pertama kali dan kali terakhir. Konflik antara presiden PAS ketika itu, Tan Sri Asri Muda dan ketua menteri Kelantan Datuk Muhammad Nasir membawa kepada perpecahan dalam kerajaan gabungan di Kelantan, dan terkeluarnya PAS dari BN pada 1977.
Hubungan PAS dan DAP sewaktu dalam Barisana Alternatif dan Pakatan Rakyat terputus akibat pertelagahan antara lain mengenai pelaksanaan undang-undang Islam.

Kadar pertumbuhan gaji rendah, kos hidup tinggi

Pecahan daripada pendapatan keseluruhan negara menyatakan bahawa hanya sekitar 34.8 peratus sahaja yang diagihkan kepada golongan pekerja dan selebihnya kepada golongan korporat dan kerajaan (melalui cukai) - Gambar hiasan Pecahan daripada pendapatan keseluruhan negara menyatakan bahawa hanya sekitar 34.8 peratus sahaja yang diagihkan kepada golongan pekerja dan selebihnya kepada golongan korporat dan kerajaan (melalui cukai) - Gambar hiasan
Pakatan Harapan berpendapat kerajaan BN cuba menutup kelemahan besar polisi berkaitan kebajikan golongan pekerja sehingga kadar pertumbuhan gaji di negara ini jauh lebih rendah berbanding kadar produktiviti dan peningkatan aset hartanah.
"Lebih malang lagi, pecahan daripada pendapatan keseluruhan negara menyatakan bahawa hanya sekitar 34.8 peratus sahaja yang diagihkan kepada golongan pekerja dan selebihnya kepada golongan korporat dan kerajaan (melalui cukai).
"Keadaan ini membuktikan wujudnya masalah gaji di negara kita. Ditambah dengan kos sara hidup yang tinggi dan harga rumah yang meningkat, pekerja hari ini semakin tertindas dengan kekurangan pemilikan aset serta jurang kekayaan yang semakin melebar," dipetik daripada kenyataan bersama pemimpin PKR, Amanah dan DAP.
Kelemahan sistem pendidikan juga, tegas mereka, menyebabkan majoriti pekerja di negara ini merupakan lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan ke bawah dengan hanya sekitar 28 peratus golongan pekerja yang berpengalaman melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.
"Keadaan ini dikaitkan dengan pendapatan rakyat Malaysia yang rendah. Kelulusan pendidikan pada tahap-tahap tertentu begitu penting di Malaysia dalam memasuki alam pekerjaan.
"Pekerja tidak mahir di Malaysia seringkali ditindas dengan pendapatan kecil, bahkan terpaksa bersaing dengan enam juta pekerja asing yang sebahagian besarnya adalah pendatang asing tanpa izin (PATI)," jelas kenyataan tersebut hari ini.
PKR yang diwakili Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Abdullah Sani berkata, pada masa sama hanya lapan peratus pekerja di Malaysia bernaung dengan mana-mana kesatuan pekerja sekaligus bukti kerajaan BN kurang memberi perhatian pada kebajikan golongan pekerja.
"Kerajaan tidak memberikan insentif atau menekankan keperluan wujudnya kesatuan pekerja yang berusaha menjaga kebajikan ahli mereka.
"Daripada perspektif lain, kesatuan sekerja seharusnya lebih progresif dan inovatif dalam menuntut hak pekerja, bukannya membawa idea-idea lama seperti menaikkan usia persaraan.
"Dalam era industri, keperluan kesatuan pekerja perlu dititikberatkan dan dilindungi. Majikan harus memahami dan menerima kesatuan pekerja secara terbuka kerana merekalah yang menyumbang tenaga, masa dan idea untuk menggerakkan organisasi yang menyumbang pendapatan kepada majikan itu sendiri," ujarnya.

SEHINGGA MEMBIAYAI SAMAN PUN KENA DIKERAH, ADAKAH SEMUA DALAM PAS BELUM BANYAK BACA HARAKAH?

Berkata Ketua Penerangan Pas yang gagal merebut jawatan Naib Presiden, Nasaruddin Tantawi bahawa cawangan-cawangan PAS di seluruh negara perlu menjadi pelanggan tetap akhbar Harakah kerana dengan membeli akhbar tersebut, rezeki akan dimurahkan oleh Allah.
"Ada cawangan kata tak ada duit, tak mampu nak beli Harakah.
"Sebenarnya kalau cawangan itu tak ada duit, maka cawangan itu kena beli Harakah.
"Kaedahnya begitu, makin tak ada duit semakin kena infak (menyumbang)," kata beliau pada sesi penggulungan Muktamar Pas.
Fatwa barukah ini?
Adakah saranan ini benar-benar untuk tujuan rezeki murah atau untuk mengatasi Harakah yang bermasalah?
Yang mampu pakai Audi, Velfire dan Range Rover, berapa banyak agaknya akhbar Harakah yang mereka beli?
Adakah selama ini cawangan-cawangan Pas tidak cukup banyak membeli harakah sehingga mereka selalu tidak ada duit?
Adakah iuga pemimpin-pemimpin Pas sendiri tidak lebih banyak membeli Harakah?

Hubungan dengan PKR: PAS S'gor akan patuh arahan

PAS Selangor akan mematuhi keputusan majlis syura mengenai hubungan parti Islam itu dengan PKR, satu langkah yang akan menjejaskan kedudukan wakilnya dalam kerajaan negeri.
"Kepimpinan dan perwakilan dari Selangor berdiri teguh di belakang PAS Pusat, termasuk majlis syura.
"Kami akan patuhi apa-apa jua keputusan yang dibuat. Jika kami diminta bergerak ke hadapan, kami akan bergerak ke hadapan dan jika diminta berundur, kami akan berbuat demikian," kata Bendahari PAS Selangor Zaidy Abdul Talib dalam kenyataan.
Zaidy merupakan salah seorang anggota exco Selangor.
"Setakat ini, hubungan PAS dan PKR akan berjalan seperti biasa," katanya.

Hadi tak suruh anaknya bertanding ketua Pemuda

Hadi berkata keputusan itu dibuat oleh akar umbi bagi memilih anak sulungnya menerajui sayap Pemuda
hadi-khalil
ALOR SETAR: Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan beliau menggunakan kuasanya sebagai presiden untuk memilih anaknya, Muhammad Khalil Abdul Hadi sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat bagi sesi 2017-2019.
Sebaliknya, Hadi berkata keputusan itu dibuat oleh akar umbi bagi memilih anak sulungnya menerajui sayap Pemuda.
“Saya tidak calonkan dia, saya tidak minta dia atau ahli keluarga saya bertanding, apa yang berlaku ini adalah pencalonan dari akar umbi.
“Terpulang kepada ahli parti melantik sesiapa yang mereka mahu,” katanya dalam sidang media selepas ucapan penggulungan Muktamar PAS ke-63 di Kompleks PAS Kedah.
Khalil sebelum ini memegang jawatan timbalan ketua Pemuda, menggantikan bekas ketuanya Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz yang melepaskan jawatannya bagi memberi laluan kepada muka baharu pada pemilihan kali ini.
Hadi berkata, walaupun beliau tidak minta anaknya bertanding jawatan dalam parti, namun sebagai bapa beliau mahu melihat Khalil mengikut jejaknya berjuang dalam PAS.
“Semua orang mahu anak mereka mengikut perjuangan mereka,” katanya.

Muktamar berakhir dengan amaran Hadi, harapan 1 lawan 1 hancur

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi laluan kepada pindaan akta mahkamah syariah.
hadi-muktamar--3
ALOR SETAR: Muktamar ke-63 berakhir hari ini dengan amaran keras Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada semua wakil rakyat supaya jangan “mempermainkan” Islam.
Beliau juga menghancurkan semua harapan pertandingan 1 lawan 1 antara parti pembangkang dan Barisan Nasional (BN) dengan mengetepikan parti komponen Pakatan Harapan (PH), mengatakan mereka kecil berbanding PAS, dengan kawasan dan cawangan yang terlalu sedikit.
Hadi dalam ucapan penggulungannya juga menyerang mereka yang menggunakan PAS untuk agenda tersendiri.
“Dahulu mereka kata boleh ‘agree to disagree’, tetapi rupanya nak memperalatkan kita untuk agenda mereka. Mana mungkin kita boleh ‘agree’ untuk orang menentang Islam?”
Hadi juga menyeru Jabatan Pendaftaran Persatuan Malaysia (JPPM) untuk menjalankan kajian melihat sama ada parti politik di negara ini mematuhi Perlembagaan Persekutuan.
“Islam sebagai agama persekutuan mereka hormat atau tidak? Raja sebagai ketua kerajaan mereka hormat atau tidak? Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi mereka hormat atau tidak? Hak istimewa Bumiputera yang perlu dihormati mengikut perlembagaan mereka hormat atau tidak?”
Dalam amarannya kepada semua wakil rakyat – yang mengangkat ikrar menegakkan Islam sebagai agama persekutuan – Hadi berkata PAS akan meneruskan agenda memartabatkan Islam, termasuk mendesak pindaan ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.
Mengenai pindaan itu, Hadi berterima kasih kepada kerajaan persekutuan kerana memberikan laluan kepada PAS membentangkan usul dan berkata mereka tidak akan melupakan kerjasama itu.
Pada sidang media kemudiannya, Hadi menegaskan PAS tidak mahu digunakan sebagai batu loncatan kepada mana-mana parti atau individu, bahkan di dalam partinya, individu seperti itu sudah dipecat atau meninggalkan parti atas kehendak sendiri.
Ketika ditanya adakah penghargaan kepada kerajaan bererti PAS terbuka kepada kerjasama dengan Barisan Nasional, Hadi berkata PAS secara konsisten sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam soal kebajikan rakyat dan akan menentang mana-mana pihak dalam perkara yang bertentangan dengan Islam.
“Contohnya, Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016 kita bangkang kerana tidak sesuai dengan realiti masyarakat di Malaysia.”

Rakyat Kelantan Bijaksana Kerana Kerap Tukar Kerajaan

PAS bukan parti 'kaki gaduh', tegas Hadi

RUU355: Hadi bersyukur, takkan lupa jasa k'jaan Umno@Bn

40 Parlimen: Hadi tak cakap 'kosong'

PAS mahu ROS siasat parti politik

"Istilah makan dedak ni, bukan saya buat," kata Hadi

Isytihar DAP sebagai musuh, Guan Eng kata PAS ‘sesat jalan’

Perjuangan politik PAS sesat jalan dan lupa siapa kawan siapa lawan, sepatutnya musuh utama PAS adalah BN
guan-eng
BUTTERWORTH: Tindakan PAS mengisytihar DAP sebagai musuh utama pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menunjukkan parti itu ‘sesat’ dalam berpolitik selain akan menguntungkan Barisan Nasional (BN).
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menganggap tindakan PAS sebagai tidak masuk akal.
“Jadi di sini, jelaslah PAS dari segi perjuangan politiknya sesat jalan dan lupa siapa kawan siapa lawan, sepatutnya musuh utama PAS adalah BN,” katanya kepada pemberita selepas sesi Penerangan Isu Semasa hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Perwakilan PAS Pulau Pinang Yusni Mat Piah yang dilaporkan sebagai berkata BN bukan lagi musuh utama PAS pada PRU14, sebaliknya DAP kerana secara jelas menentang agenda Islam.
Pada sesi perbahasan ucapan dasar presiden sempena Muktamar PAS Ke-63 di Kedah semalam, Yusni turut menganggap Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai DAP, PKR, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagai musuh utama parti Islam itu.
Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata PH tidak bercadang bertemu dengan kepimpinan PAS bagi membincangkan perkara itu sebaliknya mereka akan terus berusaha memperkukuh pakatan berkenaan.

Isu cukai: Jangan jual beli fatwa - Dr Asyraf Wajdi

GST haram: Hanya mufti layak keluar fatwa

Selepas tewas, Nasrudin ikrar tidak akan 'lari'

Hadi kata tak pernah calonkan anaknya

"Hangpa kebuloq ka?" soal Mahfuz

Nasrudin tewas, status quo Naib Presiden kekal

Takiyuddin kekal SU Agung PAS

Pas, Umno betul-betul bergabung?

Harun kanan, Amiruddin dua kiri bersama pimpinan Umno lain dalam program sukaneka hari ini.
Harun kanan, Amiruddin dua kiri bersama pimpinan Umno lain dalam program sukaneka hari ini.
BALING - Belum reda isu ribut yang melanda Muktamar Pas di Alor Setar, Pas Cawangan Teluk Sanau Batu 7 hari ini tampil dengan kisah berbeza apabila bersama Umno Cawangan kaki Bukit, Umno Cawangan Batu 7 dan Umno Cawangan Teluk Sanau Dalam menganjurkan sukaneka.
Difahamkan, penganjuran sukaneka itu adalah kali pertama dalam sejarah kedua-dua parti di negara ini.
Ketua Pas Cawangan Kampung Teluk Sanau Batu 7, Amiruddin Salleh berkata, penganjuran sukaneka itu bagi mengetepikan perbezaan politik.
"Kerana politik kita abai ukhuwah dan berpecah, jika seseorang itu penyokong kuat Umno atau kuat Pas, benda betul jadi salah benda salah jadi betul.
"Kita kena perlahan-lahan asuh dan didik masyarakat, lama kelamaan mereka faham, program hari ini pun berjaya diadakan sebab penduduk sudah bijak menilai," katanya di sini, hari ini.
Terdahulu, hampir 400 penyokong kedua-dua  parti menerima sumbangan berupa beras dan makanan keperluan daripada Pejabat Parlimen Baling.

SUA: PAS gagal capai sasaran 1 juta ahli..??

Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan mengarahkan semua bahagian di setiap negeri melakukan kempen mencari ahli baharu.
takiyuddin-1
ALOR SETAR: PAS menambah hampir 100,000 ahli baharu sejak muktamar Jun tahun lepas, umum Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan hari ini.
Takiyuddin dalam ucapan penggulungan muktamar induk PAS petang tadi berkata PAS sekarang ini mempunyai 897,800 ahli, kurang daripada sasaran 1 juta ahli sebelum muktamar tahun ini.
“Kita sudah keluarkan arahan kepada semua negeri untuk meningkatkan jumlah ahli sebanyak 15%.”
Beliau berkata Kedah memiliki jumlah ahli teramai iaitu 174,429 orang, diikuti Kelantan (128,856 ahli), Selangor (107,470 ahli), Perak (105,092 ahli) dan Terengganu (102,292 ahli).
Takiyuddin turut memuji kejayaan prosedur baharu kelulusan keahlian atas talian yang dterima daripada bahagian PAS di semua negeri.
“Dalam 4 bulan pertama tahun ini, kita meluluskan 19,877 ahli baharu sebulan, dengan purata hampir 5,000 ahli setiap bulan.”
Pada muktamar tahun lepas, Takiyuddin berkata PAS hanya mempunyai 800,000 ahli, sedangkan pada 2015 ia mempunyai 1 juta ahli.
Pada masa itu, beliau berkata kesusutan jumlah akibat lantaran kemas kini keahlian serta kematian dan peletakan keahlian ahli.

Bukan Islam dalam PAS mahu Hadi jadi PM ganti Najib

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS mahu Hadi Awang menjadi perdana menteri pertama dan Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai PM kedua kerana kedua-dua tokoh itu mewarisi perjuangan Nabi Muhammad.
bukan-islam-pas-awang-hadi-malaysia-1ALOR SETAR: Golongan bukan Islam dalam PAS mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi perdana menteri bagi menggantikan Datuk Seri Najib Razak selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), N Balasubramaniam berkata, pemilihan Hadi itu dapat menamatkan dinasti Umno dan Barisan Nasional (BN) daripada terus menjadi ketua kerajaan.
“Kita ingin melihat presiden PAS menjadi perdana menteri pertama dari PAS dan diikuti Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kerana 2 tokoh ini mewarisi perjuangan Nabi Muhammad.
“Semoga tiada lagi perdana menteri selepas ini dari Umno. Kenapa kami mahu PAS? Sebab ingin melihat PAS memerintah Malaysia dengan keadilan untuk semua rakyat Malaysia,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan perbahasan pada Muktamar PAS ke-63 di Kompleks PAS Kedah, hari ini.
Mengulas lanjut, Balasubramaniam menyeru orang bukan Islam di luar PAS tidak takut kepada PAS kerana parti itu tidak pernah memaksa penganut agama lain memeluk Islam.
“Rakan saya dari bukan Islam tidak perlu takut dengan Islam yang dibawa PAS dan kami dari DHPP sejak sekian lama bersama PAS, kami tidak pernah dipaksa ulama PAS supaya masuk Islam.

Elemen penting boleh pengaruhi PRU14 - Mustafa Ali

Mustafa Ali ALOR SETAR - Ketua Pengarah Pilihan Raya Umum Pas, Datuk Mustafa Ali berpendapat terdapat tiga elemen penting yang boleh pengaruhi PRU14 nanti.
Menurutnya, sama ada menang atau kalah, elemen tersebut nyata mempunyai peranan penting bagi Pas menhadapi PRU14.
"Pertama ialah sokongan. Tanpa sokongan, sesebuah parti politik itu tidak akan dapat pergi jauh seterusnya memperolehi kemenangan.
"Kedua adalah strategi, di mana ia berperanan bagaimana hendak perbanyakkan sokongan daripada penyokong dan pengundi.
"Ketiga adalah jentera penggerak parti kerana kelebihan mereka ini ialah dapat menembusi kubu lawan dalam menyampaikan ideologi parti," katanya ketika ucapan pengulungan Muktamar Pas kali ke-63,di Kompleks Pas Pusat, Kota Sarang Semut.
Tambahnya lagi, elemen-elemen tersebut tidak bermakna bahawa calon adalah tidak penting.
"Adakalanya, kita letakkan calon terbaik namun tetap kalah kerana mesej tidak dapat disampaikan kepada pengundi.
"Namun begitu, calon kawasan tetap juga mempunyai kelebihan mereka sewaktu PRU14 nanti," katanya.

Khalil Hadi: PRU-14 dijangka pertembungan untuk agama

PAS tingkatkan bahang PRU-14 menjadi pertembungan antara kelompok memartabatkan Islam dan kelompok yang tidak mahu Islam dimartabatkan.
hadi
ALOR SETAR: Ucapan ketua pemuda PAS di hari terakhir muktamar membayangkan pertembungan antara Islam dan sekularisme menjadi naratif mereka sehingga pilihan raya umum ke-14.
Khalil Hadi membidas parti anti-Islam dan NGO yang meracuni pemikiran anak muda dengan idea liberalisme dan sekularisme, dan berkata PRU-14 dijangka menjadi medan pertembungan antara kelompok yang mahu memartabatkan Islam dan yang tidak mahu Islam dimartabatkan.
Khalil juga membayangkan pertembungan ini sebahagian daripada perlawanan yang lebih besar, menentang golongan yang mendapat biaya asing untuk menghancurkan usaha pendaulatan Islam, seperti yang berlaku dalam Arab Spring, cubaan rampasan kuasa di Turki dan cubaan mencabar politik Islam di Indonesia.
“Demi sesungguhnya, kita kini sedia menanti untuk memuktamadkan percaturan politik murahan mereka yang menentang Islam,” kata Khalil.
Khalil melihat PAS memainkan peranan sebagai benteng mempertahankan Islam, dan melaksanakan agenda memartabatkan Islam sebagai “Agama Negara” melalui demokrasi.
Beliau berkata PAS akan bergerak ke “medan tempur” bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) sebagai “blok politik ketiga”, berdepan blok pertama Umno dengan Barisan Nasional dan blok kedua DAP dengan Pakatan Harapan.
“Pemuda PAS mengambil ‘queue’ daripada barisan kepimpinan ulamak untuk meniupkan semboyan ke medan tempur.”
Khalil menggambil tempat Nik Abduh, anak kepada bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam pemilihan muktamar tahun ini.
Muktamar tahun ini merupakan mesyuarat agung tahunan kedua sejak pemilihan 2015 yang menyaksikan beberapa pemimpin veteran tewas dalam merebut jawatan tertinggi.
Mereka kemudian menubuhkan Amanah, yang kini sebahagian daripada Pakatan Harapan bersama PKR, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Khalil dalam ucapan penggulungan muktamar induk PAS ke-63 turut membidas mereka yang mengkritik PAS sebagai “Parti Pak Lebai”.

Syura Ulama bincang putus hubungan dengan PKR secepat mungkin

Majlis Syura Ulama PAS akan bertemu dalam waktu terdekat untuk membincangkan mengenai hubungan parti itu dengan PKR. "Insha Allah Majlis Syura Ulama akan mengadakan persidangannya dengan secepat yang mungkin bagi merungkai kekusutan tahaluf siyasi yang hubungkan parti kita dengan parti-parti yang lain," kata setiausaha Majlis Syura Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.
PAS hari ini sebulat suara meluluskan usul menggesa majlis syura untuk memutuskan hubungan dengan PKR.

Walak kunci PAS jadi kingmaker

Jika seluruh anggota PAS mengamalkan walak, tidak mustahil parti itu akan menjadi penentu utama pembentukan kerajaan Malaysia selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Setiausaha Majlis Syura PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh, berkata tanpa sikap berkenaan ia akan memberi kesan kepada kemampuan pemimpin merangka pelan pilihan raya.
"Kita sangat yakin, insya-Allah, jika kita terjemahkan ilmu syariah untuk mendepani arus politik dengan seluas-luasnya, parti kita akan menjadi kingmaker," katanya semasa menggulung perbahasan di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar hari ini.
Muktamar kali ke-63 akan melabuhkan tirainya petang ini selepas bermula sejak 29 April lalu.
Kata Nik Muhammad Zawawi, jika PAS menjadi parti yang disegani mereka boleh menentukan hala tuju negara.
Malah, lebih daripada itu, katanya, melalui walak PAS boleh menjadi kerajaan dalam negara ini.

ADUN PKR halang Umno T'ganu ambil tanah rizab Melayu

ADUN Terengganu dari PKR memfailkan petisyen di mahkamah bagi mencabar pindaan kepada undang-undang negeri yang membolehkan Umno Terengganu mengambil alih pemilikan tanah rizab Melayu di negeri ini.
ADUN Bandar Azan Ismail memberitahu Malaysiakini bahawa beliau mengambil keputusan untuk memfailkan petisyen itu kerana kurang "penjelasan logik" daripada kerajaan negeri Terengganu berhubung pindaan yang dibuat kepada Seksyen 9 Enakmen Tanah Rizab Melayu di negeri ini pada Mei 2015.
"Oleh itu, kita tidak mempunyai pilihan. Oleh kerana saya adalah satu-satunya ADUN yang membantah pindaan ini, saya fikir ia adalah tugas saya untuk memfailkan petisyen itu," katanya yang memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 23 April lalu.
Azan menjelaskan beliau memfailkan petisyen itu dengan harapan mahkamah akan menarik balik keputusan yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu.
Memetik perlembagaan negeri Terengganu dan Perlembagaan Persekutuan serta maklum balas daripada pengamal undang-undang, Azan berkata majoriti dua pertiga diperlukan untuk meminda undang-undang yang melibatkan urusan tanah.
Bagaimanapun, Azan mendakwa hanya separuh daripada Dewan Undangan Negeri telah mengundi untuk menyokong pindaan tersebut.
"Daripada 32 ADUN, hanya 17 mengundi untuk meluluskan pindaan tersebut, manakala 14 berkecuali dan satu menentang," katanya.

Najib pemenang besar pada muktamar PAS

MUKTAMAR tahunan PAS akan berakhir hari ini. The Malaysian Insight menyenaraikan 4 perkara menonjol pada perhimpunan parti itu di Alor Setar, Kedah.
1) Najib Razak adalah pemenang terbesar
Beliau berada 2,440km jauh dari dewan utama di Alor Setar di mana perhimpunan tahunan PAS sedang berlangsung, tetapi boleh dikatakan, Presiden Umno dan Perdana Menteri Najib Razak muncul sebagai pemenang terbesar pada majlis tahun ini.
Keputusan PAS untuk bergerak bersendirian sangat bertepatan dengan rancangan pilihan rayanya untuk memastikan berlakunya pertembungan banyak penjuru dan memecahbelahkan undi pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Sumber dalaman Umno mengatakan Najib, yang kini berada di Manila bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-30, menjalin hubungan peribadi yang kukuh dengan Presiden PAS Abdul Hadi Awang, yang pernah menganggap ahli politik Umno kafir. Mereka kerap dan sering bercakap tentang mempromosikan agenda Islam di Malaysia.
Dan walaupun Najib tidak dapat membentangkan rang undang-undang kontroversi untuk meningkatkan hukuman Syariah, Hadi menghargai perdana menteri kerana dikira sudah melakukan perkara yang terbaik: memberi peluang kepada PAS mempromosikan usul yang kemudian ditangguhkan pengundiannya di Dewan Rakyat yang pasti akan menolak rang undang-undang itu.
PAS dan Umno mungkin memburu bank undi Melayu yang sama tetapi Hadi tidak melihat Najib sebagai musuh politik. Apabila melihat Najib, beliau melihatnya sebagai seseorang yang akan dapat mengekalkan kekuatan kuasa Melayu dan mempertahankan Islam, serta mempertahankan hubungan saling menguntungkan dengan PAS. Beliau juga melihat seseorang yang berkongsi kebencian terhadap DAP, Dr Mahathir Mohamad dan Amanah.
1Malaysia Development Berhad (1MDB) mungkin menjadi isu besar di kawasan bandar tetapi ia tidak mendapat perhatian pada muktamar PAS. Azmin Ali, Dr Mahathir dan DAP dilemparkan kata-kata sebagai penjahat pada kongres tahunan kali ini.
Najib? Beliau tidak langsung berada di dalam senarai sesiapa pun pada muktamar PAS. Bagaimana masa mengubah segalanya?
2) Kekuasaan Abdul Hadi Awang
Jangan tersilap, ini adalah parti Hadi. Beliau begitu kuat dalam PAS hari ini walaupun beberapa veteran parti tahu strategi bergerak solo untuk menghadapi PRU14 boleh menyebabkan parti Islam itu dibelasah di Malaysia Barat dan kehilangan Kelantan dalam proses ini.
Anaknya adalah ketua Pemuda yang baru dan tulang belakang konservatif parti memegang semua jawatan penting dalam PAS.
Malah golongan daripada progresif yang masih kekal dalam PAS, mereka hanya menjadi sisa; tidak penting dan berada di bahagian bawah.
Hadi mempunyai kuasa mutlak dalam PAS hari ini – begitu kuat sehingga mampu membawa mereka ke jalan yang mungkin berakhir dengan kekalahan pada pilihan raya tanpa sebarang bantahan.
3) Momen “pelik”
Ingin tahu bagaimana kepimpinan PAS terpisah daripada orang lain di negara ini?
Hanya membaca 10 muka surat ucapan presiden PAS pada perasmian kongres. Beliau bercerita tentang "tsunami hijau" yang melanda Malaysia semasa PRU14 dan membayangkan Malaysia yang berbilang kaum dan agama menyokong PAS untuk membawa revolusi keharmonian.
Beliau nampaknya tinggal di Malaysia yang berbeza. Sebelum PAS bergabung dengan PKR dan DAP, kehadirannya tidak disedari di pantai barat Semenanjung Malaysia. Memikirkannya sahaja sudah cukup menakutkan pengundi bukan Islam.
Hanya apabila mereka menyertai Pakatan Rakyat (PR) dan menerima pakai agenda pembaharuan, barulah ramai rakyat Malaysia mengundi calon mereka. Ketika itu, Cina dan India membuang rasa tidak yakin  terhadap PAS hanya kerana parti itu bercakap mengenai perubahan yang sebagaimana Anwar Ibrahim.

Putus Tahaluf Siyasi: Pamer lagak sombong, ego Pas


Sheikh Omar AliSheikh Omar AliPenolong Setiausaha Publisiti DAP Johor Sheikh Omar Ali mencabar Adun Pas dalam kerajaan Selangor meletakkan jawatan setelah usul 'putus hubungan tahaluf siyasi bersama PKR' di bawa dalam Muktamar parti itu semalam.
"Di Selangor, kita sedia maklum bahawa perjawatan exco adalah hasil lantikan diperingkat eksekutif Kerajaan Negeri.
"Pasca PRU 12 dan 13, Selangor diterajui oleh Pakatan Rakyat dan Menteri Besarnya adalah daripada PKR.
"Dalam hal ini, tidak ada guna terpekik-terlolong kononnya mahu putus hubungan dengan PKR.
"Sekiranya 'anak jantan' dan bermaruah, Adun PAS yang menyandang jawatan exco dalam Kerajaan Selangor letaklah sahaja jawatan," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Sheikh Omar yakin adun-adun Pas tidak akan berbuat demikian.
"Saya yakin bahawa apa hujah sekali pun yang dikemukakan Pas, akan 'terlondeh' jua saat bertembungnya soal kuasa.
"Pun begitu, saya menjangkakan hal ini tidak akan berlaku.
"Walaupun exco Pas dalam Kerajaan Negeri Selangor YB Zaidy Abdul Talib semasa sesi ucapan perwakilan di muktamar ada menyatakan kesediaan mereka untuk 'maju kedepan atau undur' berlandaskan ketaatan tak berbelah bahagi terhadap arahan kepimpinan PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama, ia saya anggap bakal menjadi gimik sahaja," ujarnya.
Semalam usul bersama 21 bahagian Pas, serta Dewan Ulama dan Dewan Pemuda, diluluskan secara sebulat suara oleh perwakilan untuk memutuskan 'tahaluf siyasi dengan PKR' seperti yang di bentangkan wakil Dewan Ulama Pas Zulkifli Ismail.
Dengan sokongan ini, usul seterusnya diangkat ke Majlis Syura Ulama untuk diputuskan secara muktamad.
Sekiranya kedua-dua badan tertinggi itu meluluskan dan melaksanakan usul tersebut, ia mungkin menyaksikan pertembungan antara Pasdan PKR pada pilihan raya umum akan datang, terutamanya di Selangor yang kerajaan negerinya turut dianggotai Pas, bersama DAP.

'Belilah Harakah rezeki akan murah' - Nasrudin Hassan

Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan, menyeru perwakilan muktamar dan seluruh anggota parti itu supaya melanggan akhbar rasmi mereka, Harakah.
Anggota parlimen Temerloh itu berkata, beliau ada mendengar keluhan sesetengah pimpinan di peringkat cawangan yang menyatakan mereka tidak mempunyai wang untuk membeli Harakah.
Justeru, Nasrudin tampil memberi cadangan yang menarik.
Kata beliau, cawangan PAS di seluruh negara perlu menjadi pelanggan tetap Harakah kerana dengan membeli Harakah, rezeki akan dimurahkan oleh Allah.
"Ada cawangan kata tak ada duit, tak mampu nak beli Harakah.
"Sebenar kalau cawangan itu tak ada duit, maka cawangan itu kena beli Harakah. Kaedahnya begitu, makin tak ada duit semakin kena infak," katanya pada sesi penggulungan Muktamar PAS Ke-63, di Alor Setar hari ini.
Harakah pernah menjadi media utama pembangkang dan mencapai kemuncak pengedarannya pada era reformasi penghujung 1990-an lalu.
Bagaimanapun jumlah edaran akhbar bersaiz tabloid itu dilaporkan merudum, terutama pada era selepas Pakatan Rakyat berkubur.
Perkembangan teknologi maklumat dan kewujudan pelbagai portal juga menjadi penyumbang kepada kemerosotan pengedaran media cetak di negara ini.
Terdahulu, Nasrudin yang juga calon naib presiden berkata, Harakah akan diperkasa dengan beberapa langkah pemuliharan diambil oleh peringkat kepimpinan parti.
Justeru katanya, semua perwakilan dan semua ahli parti diminta menjayakan program yang dilancarkan sebelum ini.

Pas ramal PRU-14 pada September ini


Datuk Mustafa AliDatuk Mustafa AliPas meramalkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) diadakan seawal September ini.
Ini berdasarkan beberapa petunjuk seperti Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) melalui proses akhir persempadanan semula yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada Julai ini.
Menurut Ketua Pengarah Pilihanraya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali, tempoh akhir PRU13 ialah pada Jun 2018 dan tidak mungkin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil pilihan raya pada tahun depan.
Pas, katanya, sudah membuat persiapan dan bersedia bila-bila masa menghadapi pilihan raya.
“Tentulah kita semua sudah bersiap kerana dalam kepala perwakilan dan pemerhai hari ini pun ialah pilihan raya,” katanya pada sesi penggulungan di Muktamar Tahunan Pas ke-63  hari ini seperti dilapor Malaysiagazette.
Menurut Mustafa, Jabatan Pilihanraya Pas Pusat (JPP) telah mengadakan lawatan kerja ke semua negeri berbincang dengan pimpinan untuk membuat persiapan.
“Kita dapat input dari mereka, waktu ini, seluruh negeri di Malaysia sudah pun melancarkan jentera pilihan raya masing-masing, bahkan di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pun sudah melancarkan jenteranya.

Hadi tidak berangan-angan sembang Dr Zuhdi

Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukan bercakap kosong apabila beliau menegaskan sasaran PAS untuk menguasai 40 kerusi parlimen dan menguasai sekurang-kurangnya empat negeri.
Anggota Jawatankuasa Pusat PAS, Dr Zuhdi Marzuki, berkata kenyataan dibuat presidennya itu berdasarkan kepada beberapa asas yang kukuh dan hasil daripada kajian tertentu.
Katanya, analisis itu dijalankan kepada beberapa bentuk dan dibuat di setiap kawasan parlimen serta kerusi peringkat negeri.
"Kajian yang dibuat ialah melalui simulasi Pusat Penyelidkan dan Startegi PAS.
"Kita ada 100 lebih senario (simulasi) dan bukan dua," katanya semasa ucapan penggulungan di hari terakhir muktamar PAS hari ini.
Beberapa pihak meramalkan masa depan PAS yang gelap ekoran keengganan mereka bekerjasama dengan parti pembangkang lain dalam Pakatan Harapan.
Sebaliknya, dalam keadaan itu PAS menzahirkan keyakinan mereka untuk mencatat keputusan terbaik pada pilihan raya umum akan datang.
Malah dalam salah satu ucapan Abdul Hadi, presiden PAS itu menyatakan sasaran mereka untuk menguasai lima negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor.
Bagaimanapun Abdul Hadi pada 18 Mac lalu menafikan kenyataan berkenaan.
Untuk rekod, PAS memang pernah mentadbir Kedah, Terengganu, Perak dan Kelantan tetapi dengan kerjasama parti lain.
Bisik-bisik dengan BN
Daripada lima negeri itu, PAS hanya bertahan lama di Kelantan manakala selebihnya hanya sepenggal.
Kata Zuhdi, PAS juga tidak memandang remeh kajian institusi lain dan mereka memberikan perhatian kepada semua dapatan berkenaan.
Menurutnya dapatan kajian itu digunakan untuk PAS merangka strategi dan memenuhi keperluan parti.
Bagaimanapun, katanya, keputusan analisis atau kajian itu tidak diumumkan kepada orang lain.
"Kita tahu status kita di mana sekarang," katanya.
Sementara itu Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata semua jentara parti di peringkat negeri sudah bersedia digerakkan bagi menghadapi PRU ke-14.
Katanya, PAS negeri juga diarahkan menghantar senarai nama calon yang akan diturunkan nanti untuk dinilai di peringkat pusat.

PAS dakwa Umno, BN punca kos saman Sarawak Report tinggi

Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, yuran guaman itu tinggi susulan kejatuhan nilai ringgit Malaysia berbanding pound.
tuan-ibrahim-gavel-2-sarawak-reportALOR SETAR: PAS menyalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai punca yuran guaman untuk menyaman Sarawak Report di United Kingdom melambung tinggi.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, yuran guaman itu tinggi susulan kejatuhan nilai ringgit Malaysia berbanding pound.
Katanya, proses permulaan saman itu menelan belanja RM200,000 dan jumlah itu dijangka meningkat kerana saksi dari Malaysia perlu dibawa ke London.
“RM200,000 bukan banyak sebenarnya tetapi memandangkan duit kita jatuh kerana proses urusan saman kita adalah di London dan kita juga akan bawa saksi dari Malaysia ke sana.
“Siapa yang buat duit jatuh, tu…Umno dan Barisan Nasional,” katanya semasa melancarkan tabung dana khas bagi menyaman Sarawak Report secara rasmi di Kompleks PAS Kedah hari ini.
Menerusi pelancaran itu, ahli PAS disaran menyumbang minimum RM5 seorang dan pemimpin parti RM100 seorang.
“PAS pusat telah membuat keputusan setiap ahli RM5 seorang dan kita minta dengan pucuk pimpinan RM100 seorang paling minimum,” katanya.
Khamis lalu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memfailkan saman fitnah terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown di Mahkamah Tinggi London pada 21 April lalu.
Ia susulan laporan Sarawak Report pada Ogos 2015 yang mendakwa RM90 juta dimasukkan ke akaun pemimpin atasan PAS sebagai usaha Datuk Seri Najib Razak “menarik” kepimpinan parti Islam itu menyokong BN dan Umno.
Takiyuddin berkata, PAS menuntut ganti rugi “besar”, tetap enggan mendedahkan jumlahnya. Parti itu turut memohon injunksi terhadap artikel bertajuk “As Najib Denies All Over 1MDB, Let’s Not Forget His Many Other Criminal Connections – COMMENT”.

PAS: GST bercanggah Islam, Majlis Fatwa silap

PAS menegaskan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah bercanggah dengan Islam walaupun difatwakan sebagai harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Ketua Penerangan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, kerajaan memberikan alasan untuk mengutip GST demi kebaikan negara berdasarkan muzakarah jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada Oktober 2014.
Bagaimanapun, menyifatkan fatwa berkenaan sebagai suatu kesilapan, Mohd Khairuddin yang juga anggota Parlimen Kuala Nerus menegaskan cukai dalam Islam hanya boleh dikutip menerusi beberapa syarat termasuk hanya boleh diambil daripada golongan kaya.
"Pertama bila jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa hanya melihat kepada tujuan cukai diambil (untuk kebaikan negara) di situlah bermula segala kepincangan dan kesilapan dalam mengeluarkan fatwa," katanya  pada sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS Ke-63, di Alor Setar hari.
Terdahulu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengeluarkan kenyataan bahawa Islam mengharuskan pemerintah mengutip cukai termasuk GST selagi terdapat keperluan berbuat demikian selain mendatangkan kebaikan kepada negara serta rakyat.
Ketua Pengarahnya, Tan Sri Othman Mustapha berkata, sebelum GST dilaksanakan, ba­nyak kajian telah dijalankan secara terperinci untuk melihat tahap keperluannya.
"Pelaksanaan GST adalah untuk memenuhi tujuan ekonomi, sosial dan kepentingan rakyat meliputi aspek kesihatan, pendidikan, rekreasi, kebajikan serta keselamatan, justeru, kerajaan dibenarkan mengutipnya untuk memenuhi kepentingan umum," katanya seperti dilaporkan hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin berkata, prinsip cukai dalam Islam hanya boleh dikutip oleh kerajaan melalui tiga syarat.
"Pertama, boleh diambil cukai apabila baitumal atau pendapatan negara kekurangan pendapatan untuk menampung keperluan negara.
"Kedua, mestilah kekurangan hasil itu berlaku bukan kerana faktor ketirisan dan pembaziran. Dan ketiga, cukai yang diambil itu mestilah diambil daripada orang kaya sahaja," jelasnya.

Jakim nafi dakwaan lulus konsert Selena Gomez


Tan Sri Othman MustaphaTan Sri Othman MustaphaJabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafi sekeras-kerasnya dakwaan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa kelulusan konsert artis luar negara, Selena Gomez dikeluarkan pihaknya.
Ketua Pengarahnya, Tan Sri Othman Mustapha berkata, ini kerana kelulusan penganjuran konsert berkenaan di luar bidang kuasa Jakim.
“Susulan laporan Malay Mail Online bertarikh 30 April 2017 yang bertajuk “Azmin tidak tahu, Jakim luluskan konsert Selena Gomez”, selaku saya dengan ini menafikan kenyataan Menteri Besar Selangor tersebut.
“Ini adalah kerana kelulusan persembahan seperti konsert dan sebagainya bukan di bawah bidang kuasa Jakim,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, Kerajaan Negeri Selangor meluluskan konsert ‘Selena Gomez – The Revival Tour’ yang berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam pada 25 Julai 2016.
Susulan tindakan itu, Ketua Dewan Ulama Pas Selangor, Riduan Rahmat; Timbalan Ketua Pemudanya, Hanafi Zulkapli dan Ketua Muslimatnya, Wan Hasrina Wan Hassan menghantar memorandum bantahan di pejabat kerajaan negeri Selangor di Shah Alam pada 20 Julai 2016.
Insiden itu menjadi salah satu faktor kerjasama politik antara Pas dan PKR diputuskan kerana tindakan itu tidak menghormati parti Islam itu dalam Muktamar Pas di Kompleks Pas Kedah di Kota Sarang Semut, Kedah, Sabtu lalu.
Mengulas lanjut, Othman juga berkata, tuduhan melulu Azmin itu telah menjejaskan reputasi dan kredibiliti Jakim sebagai agensi yang bertanggungjawab menyelaras dalam pengurusan hal ehwal Islam di negara ini.
“Saya memohon kerjasama pihak yang berkaitan agar dapat merujuk terlebih dahulu kepada pihak Jakim sebelum membuat sebarang kenyataan berkaitan Jakim,” ujarnya.

Muktamar lancar derma khas biaya saman Sarawak Report

PKR tunggu Majlis Syura PAS buat keputusan

'Tak salah pun Pas bekerjasama dengan pengkhianat' - Mahfuz

Saya masih setia dengan Pas: Mahfuz

PKR tunggu Majlis Syura PAS buat keputusan

PAS Pasir Mas senarai '5 dosa besar' PKR..!!!

Tuan Ibrahim: Umno tak boleh diharap jaga Islam..!!

Pendirian bercanggah kerajaan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 menunjukkan bahawa Umno tidak boleh diharapkan untuk menegakkan Islam, kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.
"Keyakinan untuk jaga Islam pada PAS. Harap pada Umno tak boleh harap.
"(Dalam isu) RUU355, TPM (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) kata kerajaan akan bawa (bentang di parlimen). PM cakap kerajaan tak bawa.
"Nak harap macam mana, tak boleh," kata Tuan Ibrahim dalam satu ceramah di Alor Setar, Kedah malam tadi.
Bulan lepas, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membaca rang undang-undang ahli persendirian untuk meminda Akta 355 di Parlimen.
Zahid pada Mac lalu mengesahkan kerajaan akan mengambil alih pembentangan pindaan tetapi selepas mesyuarat majlis tertinggi BN, Najib mengumumkan keputusan sebaliknya.

'Kalau ada RM90 juta, tak mungkin PAS pungut derma' - Nasrudin Hasan

PAS tidak perlu mengutip derma daripada anggota parti sekiranya benar dakwaan bahawa presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerima RM90 juta, kata seorang pemimpin parti itu.
Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hasan berkata demikian ketika sukarelawan parti itu mengumpul derma daripada kira-kira 500 penyokong yang menghadiri satu ceramah di Alor Setar, Kedah.
"Saya ajak derma, fisabilillah untuk biayai kos Muktamar, di samping kita diuji oleh Allah dengan musibah kita tak jangka. Saya harap semua derma.
"Kalau tidak kita, siapa nak biayai. Kita semua tau RM90 juta tu dongengan golongan terdesak dalam politik. Ia bukan satu realiti. Kalau betul ada RM90 juta tak mungkin kita pungut derma hari ini.
Tahun lalu, laman web Sarawak Report mendakwa Hadi menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Pas tidak boleh ketepikan pandangan luar - Dr Rusdi Omar

KOTA BHARU - Ketika mana Pas masih ghairah dengan mood muktamarnya, parti itu tidak boleh membakul sampahkan dan mengetepikan sahaja dapatan kajian Invoke baru-baru ini.
Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Rusdi Omar berkata, biarpun hangat dengan pelbagai isu yang dibangkitkan di Kedah, parti pembangkang kena sedar, sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru nanti sudah pasti keputusan akan memihak kepada BN.
 Dr Rusdi Omar “Saya berpandangan, parti pembangkang kena sedar dan jangan terlalu yakin dengan kekuatan parti mereka masing-masing. Pas sebagai contoh sepatutnya kena ambil iktibar mengenai kajian ini.
“Mereka janganlah memperkecilkan atau kurang percaya tentang kajian-kajian seperti ini kerana setiap kajian penyelidikan, pelbagai method kajian boleh digunakan yang bertujuan mengesahkan reliability dan validity sesuatu kajian,” katanya.
Selain itu katanya, sama ada pendekatan politik sejahtera dan matang boleh direalisasikan oleh Pas bagi mencapai kemenangan nanti juga bergantung kepada sejauh mana kekuatan jentera pilihan rayanya.
Keadaan ini katanya, boleh diibaratkan seperti pendekatan ‘harakiri’ Pas sama ada mereka boleh ‘survive’ atau sebaliknya dalam kancah politik Malaysia yang terlalu banyak kucahnya.
“Sama ada Pas akan mencapai kejayaan yang lebih baik atau tidak dengan bertanding bersendirian nanti, hanya ALLAH SWT boleh tentukan. Jika diimbas dari segi sejarah kemenangan Pas, kalau mereka bersendirian adalah agak mengecewakan berbanding bila mereka bekerjasama dalam pembangkang,” katanya.
Menurutnya, pendekatan Pas dengan cara Pas atau sebaliknya, Pakatan Harapan dengan caranya menunjukkan ketidaksepaduan antara mereka.
"Bila ini berlaku, parti-parti yang ada dalam pembangkang merasakan mereka hebat dan ia ditunjuk dengan gelagat kurang cerdik dalam tindakan pemimpin-pemimpin mereka,” katanya.
Menurutnya, sebagai contoh, Pas merasakan mereka boleh menang sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru dalam PRU14 nanti walaupun kebanyakan penganalisis politik berfikir sebaliknya.

Kerajaan Selangor perlu segera singkirkan duri dalam daging

Muktamar sayap utama Pas telah jelas memilih untuk memutuskan tahaluf siyasi bersama PKR sekaligus menjadikan Pas tidak ada lagi sebarang hubungan dengan mana-mana parti dalam Pakatan Harapan.
Dalam arti kata lain juga, Pas secara umumnya telah menjadi musuh politik Pakatan Harapan dan kemungkinan untuk berlaku pertembungan tiga penjuru termasuklah di Selangor adalah cukup tinggi.
Mengetahui Pas merupakan musuh politik yang jelas bagi Pakatan Harapan, adalah langkah yang tidak cermat untuk kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Harapan untuk mengekalkan mana-mana pemimpin dari Pas, atau pun ahli Pas untuk terus memegang jawatan dalam kerajaan negeri sama dalam Exco kerajaan negeri mahupun jawatan lantikan politik yang lain kerana kumpulan mereka jelas merupakan duri dalam daging kerajaan Pakatan Selangor.
Sekiranya, pentadbiran menteri Besar Datuk Seri Seri Azmin Ali bertindak mengekalkan pimpinan dan ahli Pas dalam jawatan lantikan politik di Negeri Selangor, ia akan memberi kelebihan kepada Pas untuk mendekati seramai mungkin rakyat di atas kelebihan mereka sebagai exco, atau ahli majlis.
Namun, apa yang akan berlaku melalui pertemuan itu pastinya tidak akan menguntungkan musuh politik Pas, tidak kiranya samada AMANAH, PKR atau DAP kerana hari ini sudah jelas bahawa ketiga parti ini yang menjadi sasaran serangan dan tohmahan Pas.
Langkah yang paling wajar diambil Datuk Seri Azmin Ali adalah dengan mengarahkan semua ahli Pas yang memegang jawatan diatas lantikan politik, untuk meletak jawatan mereka selari dengan resolusi dewan ulama dan sayap Pemuda parti itu untuk memutuskan hubungan dengan PKR yang sekaligus meruntuhkan kerjasama "Pakatan Rakyat" yang sebelum ini masih nyawa nyawa ikan.
Dalam situasi pilihan raya umum ke-14 boleh diadakan bila bila masa sahaja lagi, ketiadaan atau sebarang penangguhan tindakan terhadap perkara ini akan merugikan Pakatan Harapan, apatah lagi jika jawatan yang dikosongkan mampu diisi oleh mana mana individu dalam Pakatan Harapan yang pastikan boleh manfaatkan ruang yang ada untuk mengukuhkan sokongan rakyat Selangor kepada Pakatan Harapan.

Pakatan: Konsert Selena Gomez punca putus hubungan alasan remeh

PAS mendakwa penyanyi itu terlalu seksi dan PKR di Selangor tidak cukup komited untuk mengukuhkan Islam.
yusof-rawa-2-selena-gomezPETALING JAYA: Pakatan Harapan membidas tindakan Pemuda PAS menamatkan kerjasama dengan PKR hanya disebabkan konsert Selena Gomez serta menyifatkan ia alasan remeh dan sekadar untuk mewajarkan hubungan mereka dengan Umno.
Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, ada yang menyangkakan ia disebabkan perselisihan dasar atau perbezaan dalam aspirasi parti.
“Ia adalah isu amat remeh. Saya sangka ia mengenai dasar atau sesuatu yang (PAS) kehendaki,” katanya merujuk konsert penyanyi terkenal dari Amerika Syarikat di Shah Alam, pada Julai 2016.
PAS mendakwa penyanyi itu terlalu seksi dan PKR di Selangor tidak cukup komited untuk mengukuhkan Islam.
Usul menamatkan kerjasama dengan PKR diluluskan sebulat suara pada Muktamar Dewan Ulama Khamis lalu, disusuli Muktamar Pemuda keesokannya dan Muktamar PAS ke-63 di Alor Setar, Kedah, semalam.
Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, Malaysia ialah negara berbilang kaum dan rakyat mempunyai pilihan sama ada mahu pergi ke sebuah konsert.
“Kita bercakap tentang kebebasan memilih, di mana kita tidak boleh menyekat pilihan orang lain. Mereka yang tidak mahu pergi, ada pilihan untuk tidak pergi.”
Wakil rakyat Amanah itu berkata, tiada undang-undang dalam syariah yang melarang umat Islam menghadiri konsert.
“(Jika) mereka mahu larang, jadikan ia undang-undang. Tetapi, ia mungkin terlalu banyak cubaan untuk membendung segala-galanya.”
Katanya, ia jauh lebih baik mewujudkan kesedaran dalam jangka panjang untuk mendidik orang ramai tidak menghadiri konsert sedemikian kerana ia tidak Islamik, bukannya menyekat pilihan rakyat.
“Dengan adanya kesedaran itu, tidak mungkin ada permintaan untuk konsert itu dan artis berkenaan mungkin tidak akan datang ke sini juga.”
Sementara itu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, sudah tiba masanya untuk membuat keputusan mengenai kerjasama dengan PAS dalam kerajaan Selangor.
Katanya, beliau kurang bimbang mengenai alasannya berbanding penangguhan terhadap keputusan itu yang mungkin menjadi punca sesetengah pengundi tidak mengundi Pakatan Harapan.
“Sebab itu lebih cepat kita buat keputusan, lebih baik,” katanya sambil mentertawakan alasan PAS untuk memutuskan hubungan dengan PKR.
Setiausaha Eksekutif Pemuda DAP, Muhammad Shakir Ameer berkata, konsert itu sekadar alasan untuk mewajarkan hubungan baru PAS dengan Umno.

Sejahterakah PAS dengan blok ketiga?

Akhirnya, Muktamar Tahunan PAS ke-63 semalam meluluskan usul untuk memutuskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik bersama PKR.
Walaupun keputusan tersebut hanya akan ditentukan oleh Majlis Syura Ulama, usul pada muktamar boleh dianggap sebagai 'keputusan bersama' yang telah dipersetujui sebulat suara perwakilan.
Keputusan drastik itu dibuat selepas PAS memutuskan hubungan dengan DAP dua tahun lalu dan keluar dari gabungan Pakatan Rakyat, tetapi pada masa yang sama mengambil sikap yang lebih lunak terhadap PKR.
Selain itu, kedudukan exco-exco PAS di Selangor juga sudah tentunya akan mencuri tumpuan banyak pihak selepas 'perceraian' dengan PKR.
Seperti yang dikatakan exco Selangor, Zaidy Abdul Talib semasa perbahasan ucapan dasar presiden semalam, kesemua exco PAS di Selangor akan patuh dan taat terhadap apa jua keputusan parti itu nanti.
"Apa juga keputusan kita akan akur dan patuh. Insha Allah, kita akan patuh dan akur apa sahaja keputusan oleh pimpinan kita.
"Kalau kata maju ke depan, kita maju. Kalau suruh undur, kita undur. Dengar dan patuh," kata Zaidy.
Justeru, apa yang menjadi tumpuan selepas ini ialah perjalanan politik PAS sebagai parti pembangkang bagi membentuk blok ketiga bersama Parti Ikatan Malaysia (IKATAN) yang digelar sebagai Gagasan Sejahtera.
Bagaimanapun pertembungan antara BN, Pakatan HARAPAN dan blok ketiga itu tentunya tidak banyak memberikan kelebihan kepada parti-parti pembangkang.
Melihat kepada perkembangan terbaru itu, bekas naib presiden PAS dan Anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar beranggapan, sekiranya hubungan PAS dan PKR benar-benar putus, ia akan merugikan parti itu.

Pas sudah siapkan lubang besar untuk menimbus dirinya

MENURUN BULAN

Muktamar parti agama ke 63 yang sedang berlangsung di Kedah adalah kemuncak kepada pencapaian BN khasnya Umno untuk menghancurkan parti compingannya yang ditubuh tahun 1951 itu.

Usaha Umno untuk memporak perandakan Pas sememangnya bermula sejak lama dahulu, tetapi usaha itu lebih kepada memelihara Pas untuk menjaga kepentingannya.

Sebelum ini Umno menjadikan Pas laksana sebagai "monyet" atau "kera" untuk memanjat nyiurnya sahaja. Mana-mana nyiur tinggi digunakan "Pas" untuk gugurkan manakala nyiur rendah dipetik dengan tangan.

Dalam kata lain Pas dijadikan barang gadaian Umno untuk kepentingan parti nasionalis itu. Tidak lebih dan tidak kurang daripada itu. Pas hanya bantal guling Umno di malam sepi.

Apabila Umno mula kehilangan darah yang banyak di era gerakan Refomasi tahun 1999 dan kesan besarnya mulai dirasai tahun 2008 dengan wujud gabungan pembangkang apabila UBN kehilangan majoriti 2/3 dalam parlimen. Dari sinilah menyebabkan Umno cemas dan gelisah.

Umno mula nampak Pas dan menyedari akan menjadi pemain utama dalam gabungan pembangkang dimana kalau ia tidak dikawal menyebabkan Umno akan hilang kuasa dan kerajaan. Maka dengan apa cara usaha dan tektik kena dilakukan segera. Umno bangkit dengan segala tektik dan strategi dengan lebih berani lagi sanggup merompak dan mengirimkan hasil rompakan kepada Pas.

Bertolak dari kesedaran dan kebimbangan itu maka pada tahun 2008 tindakan Umno makin ketara dan agresif untuk menghancurkan Pas. Umno menyedari kalau ia melawan Pas dari luar ia tidak akan berjaya, kerana ahli Pas umpama pahlawan perang Uhud dan Badar, tidak akan berganjak setapak dari medan juang.

Maka bermula tahun selepas itu, 2009 hingga ke hari ini Umno mengubah tektik serangan dan kerja-kerja melumpuhkan Pas. Umno mulai menyusuk masuk ke dalam Pas dan mengaturkan perancanaan dalam muktamar Pas. Umno mula melaksanakan pendekatan berbaik bukan lagi menyerang dan mendera Pas. Untuk ini agen-agen Umno mengenali individu atau pemimpin Pas yang boleh dipanggang dan direbus, mereka bantu untuk diangkat menjadi pemimpin. Mana-mana yang berprinsip dan bijak dihapuskan seperti dilakukan kepada Hang Nadim.

Sebab itu pada tahun 2009 Umno menyokong Nasharuddin Mat Isa untuk mempertahankan jawatan timbalan presiden apabila kedudukannya dicabar oleh Mohamamd Sabu. Umno menggunakan media massanya yang selama ini haram untuk Pas, berkempen untuk memenangkan Nasharuddin. Umno sudah dapat mengenali DNA dalam tubuh Nasharuddin sama dengan DNA nya.

Umno juga menjalinkan hubungan dengan golongan pemuda Pas, menjinakan mereka dengan pelbagai umpan dan tawaran termasuk ke peringkat tertinggi menjadi anggota kabinet.

Malangnya "mancukari" itu kalah. Kekalahan itu menyebabkan Umno memperhebatkan lagi usahanya untuk menghancurkan Pas, kali ini menerusi pihak ketiga yang berupa Ngo berorentasikan Islam yang diuruskan oleh Jakim dan bantuan kewangan dari pelbagai korporat yang menjadi hamba Umno.

HARAPAN lebih teruk dari BN kerana bertunjangkan DAP - Dr Zuhdi

Pakatan Harapan (HARAPAN) lebih teruk daripada BN kerana bertunjangkan DAP, kata Pengarah  Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.
Bercakap dalam konteks cita-cita PAS untuk menawan semula Kedah, Zuhdi berkata HARAPAN tidak layak untuk mentadbir negeri ini.
"Pakatan Harapan lebih teruk dari BN. Kalau BN tunjang dia adalah Umno, Pakatan Harapan tunjang dia DAP. Tak ada beza," kata Zuhdi di ceramah yang diadakan sempena Muktamar PAS di Alor Setar malam tadi.
Zuhdi kemudian menyenaraikan semua aspek-aspek negatif komponen HARAPAN.
Beliau menyifatkan DAP mengamalkan rasuah, mendakwa mereka telah merampas Pulau Pinang "seperti Umno" selepas penggal kedua pada tahun 2013.
Beliau memberi contoh dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, serta penglibatan seorang ahli perniagaan dalam projek penambakan tanah kontroversi di negeri ini.
Dalam pada itu Zuhdi turut mendakwa pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin yang menentang Islam.
Beliau mendakwa Mahathir telah melindungi Kassim Ahmad, seorang tokoh yang didakwa anti-hadith yang telah menyekat Kelantan daripada melaksanakan enakmen jenayah syariah pada tahun 1993.
Beliau juga mengaitkan Mahathir dengan kejadian Memali yang menyaksikan 14 orang terbunuh pada 1985.
"1985, kejadian Memali, siapa PM masa tu?," soalnya sambil disambut teriakan penyokong yang menjawab "Mahathir".
"Ni senja lupa ni. Jumpa Mahathir hero, hero, hero," kata Zuhdi.
Beliau juga menyebut dakwaan bahawa Mahathir telah menghina Nabi Muhammad pada tahun 1997 dengan mengatakan baginda tidak memotong janggut kerana tidak mempunyai pisau cukur pada zaman itu.

KEPUTUSAN PAS PUTUS HUBUNGAN SEPATUTNYA DISAMBUT DENGAN RASA SYUKUR

Usul Pas untuk memutuskan hubungan dengan PKR akhirnya diterima sebulat suara oleh Muktamar Pas dan ia kini terletak di tangan Majlis Syura untuk membuat keputusan akhir mengenainya.

Selain dikata mengingkari banyak perkara dalam perjanjian kerjasama, tindakan mahu berpisah itu juga meletakkan Selena Gomez sebagai salah satu puncanya.

Sebelum itu, muktamar juga diberitahu Pas tidak akan bekerjasama dengan Bersatu kerana parti itu dianggap celaru dan tidak tentu hala tuju, meskipun kita tahu ke mana saja Tun Mahathir Mohamad pergi, ribuan rakyat akan hadir menunggu.

DAP, seperti biasa dianggap oleh Pas sebagai parti yang anti Islam dan  didakwa menghalang perkembangan Islam di negara ini.

Muktamar Pas di Kedah yang semalam dilanda ribut turut dibisingkan dengan jeritan "Jahanam Amanah" sebagai suatu bentuk serangan terhadap parti itu.

Hanya Najib Razak, UMNO dan BN yang bebas daripada serangan Pas kali ini. MCA, MIC dan Gerakan yang diketahui umum menjadi penghalang kepada hasrat kerajaan menjadikan usul Akta 355 sebagai usul kerajaan, tidak pula dijadikan sebagai bahan. Di mata Pas, hanya DAP yang nampaknya anti Islam.

Dengan semua gambaran ini, di mana kedudukan Pas dalam pilihanraya akan datang tidak perlu lagi diperkatakan. Segala-galanya umpama bersuluh dalam terang.

Tetapi, bolehkah Pakatan Harapan menang dan UMNO serta BN dapat ditumbangkan?

Seperti isu 1MDB yang hanya di atas kertas nampak macam sudah selesai, sedangkan d hati rakyat masih banyak bersarang kekeliruan, begitu juga dengan kedudukan  Najib, UMNO dan BN yang kini seolah-olah sudah ada Pas sebagai pemberi bantuan untuk mengekalkan kemenangan.

Di atas kertas, mungkin ramai yang melihat laluan UMNO dan BN sudah selesa dan terang, namun hakikatnya tiada lagi Pas bersama Pakatan Harapan akan menjadikan gabungan itu lebih fokus menentang kebatilan serta tidak berdepan kekeliruan.

Pakatan Harapan yang disertai PKR, DAP, Amanah dan Bersatu kini boleh bergerak tanpa menoleh ke balakang lagi dengan fokus utama untuk menyelamatkan negara daripada kepimpinan Najib yang merosakkan negara sehingga di dunia sekarang ini hanya Malaysia di bawah kepimpinnanya satu-satunya negara yang dicop sebagai kleptokrasi gaya pentadbirannya.

Pas sudah boleh dianggap secara rasmi sebagai sekutu UMNO, walaupun mereka juga menyanyikan lagu untuk mengalahkan UMNO dan BN. Dalam hal ini, Pas bukan saja menipu rakyat, malah sedang menipu diri mereka sendiri kerana dengan hanya bertanding 80 kerusi, tentulah mustahil sebarang perubahan kerajaan dapat dilakukan.

1 Mei, asalnya mengenai hak pekerja, bukan produktiviti

Kini, Hari Buruh dikenali Hari Pekerja, dan melencong tujuan asal daripada membela hak buruh kepada tanggungjawab pekerja.
hari-pekerja-2017-1
Dulu sambutan Hari Mei atau May Day pada 1 Mei dipanggil Hari Buruh, bukannya Hari Pekerja. Ia merupakan terjemahan perkataan Labour Day.
“Buruh” merujuk pekerja yang menggunakan tenaga tulang empat kerat. Contohnya orang yang kerjanya mengangkat barang, membuat jalan, melombong, menoreh dan sebagainya. Bagaimanapun dalam bahasa Inggeris, “labour” bermaksud bekerja atau menghasilkan sesuatu.
Hari Buruh mula disambut di Malaya pada 1921, selepas Perang Dunia Pertama, sebelum Perang Dunia Kedua. Ketika itu Malaya adalah tanah jajahan Inggeris yang kaya dengan menyumbang pendapatan Britain melalui hasil pelombongan bijih timah dan peladangan getah. Ia dikerjakan melalui tenaga buruh melibatkan pekerja dari China dan India.
Kini Hari Buruh dikenali sebagai Hari Pekerja. Pekerja di sini bermaksud mereka yang makan gaji, termasuklah yang bekerja di pejabat, dan menggunakan tenaga mental.
Asalnya, Hari Pekerja bertujuan memperingati perjuangan para pekerja menuntut hak, iaitu 8 jam bekerja sehari dan cuti rehat seminggu sekali, di samping gaji setimpal.
Hari Pekerja disambut dengan para pekerja mendapat cuti rehat sebagai penghargaan serta perarakan bagi menyatakan tuntutan hak mereka. Pada mulanya, sambutan ini dianjurkan oleh kesatuan sekerja dan parti politik yang menyokong mereka, tetapi akhirnya ia menjadi arus perdana dengan kerajaan turut menganjurkannya.
Di Malaysia merdeka, pihak berkuasa yang mengambil perhatian terhadap pekerja ialah Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat. Kini ia dikenali sebagai Kementerian Sumber Manusia. Perubahan nama kementerian juga menunjukkan perubahan perhatian terhadap pekerja.
Dahulu apabila ada perkataan buruh, maka ia merujuk kepada pekerja yang menggunakan tenaga manusia. Sememangnya pada masa itu ekonomi negara bergantung pada tenaga fizikal manusia. Namun begitu, ia juga mengambil perhatian terhadap pekerjaan lain, itulah yang disebut sebagai tenaga rakyat.
Kini istilah sumber manusia merujuk pada keseluruhan pekerjaan dan kementerian ini mengumpul data serta merancang mengenainya bagi tujuan pembangunan negara.
Maka apabila sambutan Hari Pekerja dibuat oleh kerajaan, ia bukan saja ditujukan pada buruh atau pekerja makan gaji tetapi keseluruhan pekerjaan yang dilakukan oleh rakyat. Maka orientasi sambutan Hari Pekerja sudah berubah daripada berbentuk tuntutan hak kepada soal produktiviti, mutu kerja dan sumbangan pada negara.
Sementara di pihak berkuasa agama, sambutan Hari Pekerja dilihat dari sudut nilai bekerja itu sendiri. Dalam khutbah Jumaat menjelang Hari Pekerja umpamanya, ia menekankan soal bahawa agama menggalakkan seseorang itu bekerja dan tidak meminta-minta atau mengemis.
Para pekerja pula diingatkan tentang kepentingan pendapatan halal. Pekerja Islam dilarang bekerja dalam perniagaan haram. Umpamanya membuat dan menjual arak. Selain itu para pekerja diseru supaya bersifat jujur dan amanah. Rajin dan tidak curi tulang. Di atas segalanya pekerja diingatkan supaya tidak mengambil rasuah.
Tujuan asal
Walaupun seruan itu baik tetapi tujuan asal Hari Pekerja adalah mengingat tentang perjuangan hak mereka. Maka pada hari itu, apa yang perlu diingatkan adalah pada majikan.
Dalam agama juga, majikan diminta jujur dalam membayar ganjaran. Bayaran upah tidak boleh ditangguh. Pekerja tidak boleh ditindas dan mereka mesti dilayan dengan adil.

Dr Mahathir tetap yakin Pakatan boleh menang tanpa PAS

Dr Mahathir melahirkan keyakinan itu sambil merujuk kepada kehadiran orang Melayu dalam perjumpaan yang diadakan oleh Pakatan Harapan.
mahathir-pakatan-pas
PETALING JAYA: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad tetap yakin Pakatan Harapan boleh memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) walaupun tanpa PAS.
Dr Mahathir melahirkan keyakinan itu sambil merujuk kepada kehadiran orang Melayu dalam perjumpaan yang diadakan oleh Pakatan Harapan.
“Kalau kita mengikuti kehadiran orang Melayu dalam perjumpaan-perjumpaan yang telah diadakan oleh Pakatan Harapan, jumlah mereka begitu besar sehingga meningkat kepada 12,000 dan 15,000 walaupun mengikut TV3 suku cuma 200 sahaja. Itu pasal, dia tak boleh bilang.”
Dr Mahathir juga berkata, sambutan positif itu juga menggambarkan yang orang Melayu khususnya ahli-ahli Umno memberi sokongan kepada PPBM dan Pakatan Harapan.
“Tapi kita nampak ramai orang Melayu yang keluar dan kita juga lihat ramai daripada mereka itu terdiri dari Umno.
“Jadi nampak ahli Umno pun berminat dengan kita, sebab itu kita yakin kita boleh menang,” kata bekas perdana menteri ini pada sidang medianya bersama kepimpinan Pakatan Harapan di ibu pejabat PPBM di sini hari ini.
Abdul Hadi semalam mengulangi pendirian parti itu tidak akan menjalin kerjasama politik dengan PPBM.
Kata Abdul Hadi, pihaknya menolak kerana kedudukan PPBM dalam keadaan “caca marba” dan tidak mempunyai pendidikan jelas.

Abdul Hadi kurang teliti perkembangan Bersatu, kata Muhyiddin


Tan Sri Muhyiddin Yassin Tan Sri Muhyiddin Yassin Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)  Tan Sri Muhyiddin Yassin beranggapan  Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang  kurang teliti dengan perkembangan parti itu sejak ditubuhkan sebaliknya mendakwa  Bersatu pula tidak tentu arah dari segi kepimpinannya.
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sejak ditubuhkan Bersatu lengkap dengan perlembagaan, dasar dan perjuangan yang  bergerak di seluruh negara dengan amat baik dan memberangsangkan  di kalangan ahli akar umbinya  dalam menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.
“Bagi saya mungkin presiden Pas tidak mengetahui situasi dan keadaan sebenar, tidak ikuti kerana ada anggapan yang tidak betul.
“Saya tidak tahu pula mengapa Presiden Pas tidak tahu, mungkin dia yang tak teliti. Dia kata kita celaru, mungkin dia yang celaru.
“Agaknya dia fikir parti kita baharu sebab tu dia ada tanggapan sebegitu,” katanya ketika ditanya dalam sidang media Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan,  di Petaling Jaya hari ini. .
Semalam Abdul Hadi ketika sidang media di Muktamar Tahunan Pas di Kota Sarang Semut Kedah , dilaporkan berkata, Pas memutuskan tiada hubungan dengan Bersatu kerana parti itu bercelaru.
“Bersatu tak ada ketentuan arah kepimpinan. Tak tahu siapa makmum, siapa imam,” katanya.
Kata Muhyiddin lagi,  tanggapan Abdul Hadi itu tidak menjadi masalah besar kepada Bersatu kerana kerjasama parti itu dalam Pakatan Harapan semakin baik.
“Ini jelas membuktikan mereka, rakan-rakan dalam Pakatan Harapan juga tahu matlamat perjuangan kami,” katanya.

Harapan Baru buat Pekerja Malaysia


Perutusan sempena Hari Pekerja.
Pakatan Harapan  mencari penyelesaian untuk mengatasi masalah peningkatan kos sara hidup, mengurangkan pengangguran di kalangan anak muda, mempertahan hak pekerja sambilan, dan membantu rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara .
Pimpinan Pakatan Harapan dalam satu kenyataan bersama diwakili Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan Selamat Hari Pekerja yang menjadi cuti umum pada 1 Mei setiap tahun.
Pakatan Harapan cukup prihatin tentang kebajikan pekerja di Malaysia.Kejayaan yang dinikmati negara hari ini adalah hasil daripada keringat dan usaha para pekerja, dan tanpa mereka ekonomi tidak akan berjaya. Amatlah penting hak dan kebajikan pekerja di Malaysia dipertahan demi masa depan negara malah juga ekonomi.
Untuk Hari Pekerja 2017, Pakatan Harapan mengetengahkan empat fokus isu pekerja di Malaysia untuk mencari penyelesaian lebih baik sekiranya berjaya memegang tampuk kuasa nanti.
1. Kos sara hidup
Kos sara hidup merupakan satu isu penting buat semua pekerja di Malaysia, terutama bagi mereka yang mempunyai gaji yang mendatar atau tidak meningkat pada kadar melebihi kadar inflasi terutama bagi dua tahun kebelakangan ini, yang berlaku antara lain akibat pengenalan GST dan kejatuhan nilai matawang ringgit.
Kami akan:
* Menghapuskan GST yang merupakan satu cukai regresif yang menzalimi rakyat terutamanya golongan miskin;
* Meningkatkan mutu pengangkutan awam secara menyeluruh untuk mengurangkan kos pengangkutan bagi rakyat terbanyak, oleh kerana kos pengangkutan - terutama bagi pemilik kenderaan - merupakan antara kos (malah juga hutang) terbesar bagi sesebuah keluarga;
* Menghapuskan kapitalisme kroni (crony capitalism) dan memastikan persaingan sihat dalam penyediaan pelbagai barangan dan perkhidmatan, seperti beras, jalan bertol, perkhidmatan telco dan internet.
2. Pengangguran di kalangan anak muda