Sabtu, 29 April 2017

Tahaluf siyasi: PKR P Pinang sedia segala kemungkinan

Mansor Othman
SEBERANG JAYA - PKR Pulau Pinang bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya Pas membuat keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan parti itu.
Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman berkata, walaupun pihaknya tidak mempunyai masalah dengan pimpinan Pas di negeri ini namun keputusan kesemua 13 kawasan yang mahu memutuskan kerjasama dengan PKR sedikit sebanyak memberi kesan kepada hubungan kedua-dua parti berkenaan.
Mansor berkata, sehingga kini pihaknya masih menunggu keputusan akhir yang akan dibuat Pas mengenai isu tahaluf siyasi itu.
"Apa yang kita lihat hanya perwakilan sahaja yang membangkitkan mengenai perkara ini dan tiada serangan yang dilakukan oleh pimpinan mereka mengenai perkara ini.
"Kita berharap apabila sampai masanya mereka akan berfikiran secara matang sebelum membuat sesuatu keputusan," katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Konvensyen PKR Pulau Pinang di sini, hari ini.
Ditanya mengenai persiapan untuk menempuhi PRU14 akan datang yang berkemungkinan tanpa kerjasama dengan Pas, Mansor berkata kesemua jentera parti di negeri ini harus bekerja lebih kuat untuk memastikan PKR mampu mempertahankan kerusi dan memastikan Pakatan Harapan mengekalkan kemenangan di negeri ini.

Dulu diajar lawan asabiyyah, jangan cenderung kepada si zalim, kata Mohd Sabu

Mohamad Sabu berkata, dulu kita diajar jangan cenderung kepada orang zalim.Mohamad Sabu berkata, dulu kita diajar jangan cenderung kepada orang zalim.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyifatkan pendirian Pas pada masa ini jauh berbeza dengan apa yang pernah ditekankan dahulu.
Bekas Timbalan Presiden Pas itu berkata, parti berkenaan sebelum ini mendidik ahlinya supaya melawan asabiyyah atau perkauman serta menolak pihak yang membelakangi keadilan.
"Kita diajar lawan asabiyyah. Dalam usrah dan pengajian, kita ditekankan jangan cenderung kepada orang yang zalim. Sekarang, puak yang bercakap itu bersama Umno untuk memainkan isu sentimen Melayu Islam.
"Dulu parti lama (Pas) dituduh parti ajaran sesat, parti ajaran menyeleweng, parti menentang pembangunan.
"Kita pun terpaksa jelajah seluruh Malaysia terangkan bahawa kami bukan sesat, kami menentang penyelewengan bukan pembangunan, kami tidak salah guna agama.
"Sekarang? (Timbul) tuduhan 1MDB, RM90 juta, tuduhan RM200 juta, Q7," ujarnya pada Ceramah Pakatan Harapan di Kedah semalam.
Mengulas pendedahan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli tentang pihak yang terlibat dalam skandal 1MDB, beliau berpendapat sentimen kaum dan agama yang sedang diperalat berisiko untuk menghalang rakyat melakukan perubahan.
Tambahan pula, jelasnya, apabila Pas mengeluarkan kenyataan dibolehkan turut mengundi Umno pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Rafizi dedah kepincangan Najib, tiba-tiba pemimpin parti lama saya kata pilihan raya akan datang, boleh undi Umno atau undi Pas. Ini apa ini? Apa dah jadi?
"Saya yakin kalau rakyat malaysia berfikir secara emosional walaupun Rafizi dedah penyelewengan macam mana pun, tidak akan berani tukar (kerajaan)," tegas Mohamad yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu.
Beliau pada program di Pejabat BPR Dun Kubang Rotan, Taman Kekwa di Jalan Kuala Kedah itu turut mendedahkan isu yang diketengahkan sekumpulan intelektual Melayu yang mengunjungi pemimpin Amanah minggu lalu.
"Ada Tan Sri, bekas Ketua Pengarang Utusan, bekas pegawai kerajaan yang hebat. Mereka juga tidak lama lagi akan mengunjungi PKR.
"Mereka kata orang Melayu jangan berpecah sangat. Jangan terlalu keras melawan pemerintah yang ada. Salah seorang Tan Sri itu kata kalau berpecah begini, Kit Siang akan ambil alih pemerintahan Malaysia.
"Dia kata dia ada maklumat yang cukup, dia ada rakaman ucapan Kit Siang kalau Melayu berpecah, Cina akan perintah Malaysia.

Ribut di Muktamar Pas: Presiden Amanah berdoa semoga semua selamat

Ribut melanda muktamar Pas yang memusnahkan khemah-khemah utama yang menyebabkan beberap cedera dan ambulan meluru ke kawasan muktamar.Ribut melanda muktamar Pas yang memusnahkan khemah-khemah utama yang menyebabkan beberap cedera dan ambulan meluru ke kawasan muktamar.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu berharap ahli-ahli Pas yang menghadiri muktamar tahunan parti itu di Kompleks Pas Kota Sarang Semut, Alor Setar terhindar daripada bahaya akibat bencana ribut yang melanda di kawasn itu lewat petang tadi.
"Kejadian tidak disangka-sangka, angin ribut yang melanda Kedah dan turut melintasi Batu 9, di mana kawasan Muktamar Parti Islam sedang berlangsung sehingga ada kerosakan dan kecederaan, sangat mengejutkan kita semua.
Khemah muktamar rosak akibat serangan ribut lewat petang tadi.Khemah muktamar rosak akibat serangan ribut lewat petang tadi."Saya berharap semoga semua rakyat negeri Kedah, khususnya ahli-ahli Pas yang berkampung sempena muktamar agar bertenang dan saya berdoa semoga mereka semua berada dalam keadaan selamat," katanya dalam satu kenyataan segera sebentar tadi.
Bekas Timbalan Presiden Pas itu turut mendoakan mereka yang mengalami kecederaan agar pulih dan kembali sihat seperti sedia kala.
"Ujian daripada Allah berlaku kepada sesiapa jua mengikut takdir dan kehendak-Nya. Sebagai orang Islam, kita perlu redha dengan ketentuan dan sedikit ujian ini.
"Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada mangsa yang tercedera. Semoga Allah memberi ketenangan kepada kita semua. Kepada Allah jua tempat kita berlindung," tambahnya lagi.
Beberapa foto yang mulai tular di media sosial menyaksikan sejumlah khemah musnah dilanda ribut manakala kenderaan bomba dan penyelamat dilihat berada di lokasi kejadian.
Beberapa ambulan berkejaran ke kawasan muktamar manakala yang cedera di bawah ke Hospital Sultan Bahiyah, Alor Setar.

Membina semula Bangsa Malaysia

“Dan jika seorang antara orang-orang Musyrikin itu meminta perlindunganmu, maka lindungilah dia supaya dia sempat mendengar firman Allah, kemudian hantarlah dia ke tempat yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengerti”. (Au-Taubah:6)
Malaysia bagaimana yang kita mahukan?
Di dalam sebuah forum; Membina Bangsa Malaysia – Impian Anak Muda, yang dianjurkan oleh DAP cawangan USJ Subang Jaya di Bandar Sunway sekitar tahun 2015, sebagai panelis saya pernah mengungkapkan; bahawa setiap daripada kita tidak boleh menentukan apa jenis bangsa dan warna kulit sebelum kita dilahirkan.
Saya jelas dengan pendirian ini sejak dari dulu lagi. Malah, seingat saya, ketika itu saya turut menyebut; jika bangsa Yahudi yang sering didakwa tergolong daripada jenis bangsa pintar yang melahirkan jutaan manusia genius, suka saya memilih untuk menjadi bangsa Yahudi jika saya ada pilihan berbuat demikian. Atau jika saya mahukan rupa paras yang cantik – berhidung mancung bermata cantik – mungkin saja saya memilih untuk menjadi bangsa India dan menjadi superstar di Bollywood. Malah saya juga mahu menjadi bangsa Arab yang fasih berbahasa Al-Quran dan boleh menyanyikan lagu-lagu Arab yang sedang popular ketika itu. Tetapi ianya adalah ketentuan Allah dan bukannya atas usaha kita untuk menentukannya.
Lalu apa daya saya.
Tuhan telah menentukan segala-galanya dari awal atas sebab-sebab yang hanya Dia sahaja tahu dan kita tidak punyai apa-apa kudrat sedikitpun untuk mengatasi-Nya.
Jadi untuk apa selama ini kita berselisih, bergaduh siang-malam, menghina dan merendah dan menghina bangsa lain jika kita tahu ia bukannya atas ketentuan kita? Bukankah ia langsung tidak masuk akal?
Mengapa kita menjadi rasis dan memilih untuk menjadi hakim menentukan buruk-baik dan harga sesuatu bangsa sedangkan kita pun tidak berupaya memilih dan menentukan apa jenis bangsa kita sendiri?
Bangsa menjadi dagangan politik
Tidakkah dengan mendabik-dada dan mendakwa bangsa tertentu itulah yang lebih baik, atau bangsa inilah yang lebih mulia, seolah-olah kita sedang mempertikai kejadian Tuhan ini?
Maka dengan sebab itulah persoalan bangsa dan membeza-bezakan kedudukan atas sebab berlainan warna kulit ini adalah persoalan yang sia-sia.
Dan bagi saya pula, ad-deen Islam itu jauh lebih utama mendahului apa jua jenis bangsa yang membaluti tubuh badan kita. Bukankah bagi kita orang Islam, semua itu tidak langsung mempunyai nilai bandingan walau dengan isi bumi dan seluruh alam ini sekalipun?
Jadi mengapa kita terlalu memberat akal dengan persoalan-persoalan bangsa yang mustahil untuk kita sendiri bahaskan? Dan apa yang paling merbahaya adalah; persoalan bangsa ini telah bersekali menarik persoalan agama sehingga mencetus pertembungan politik yang dahsyat.
Lihat sahaja kepada mereka yang berjuang menjaga kebajikan rakyat, berjuang untuk mengangkat martabat rakyat dan memperbaiki ekonomi negara telah dipotret sebagai seburuk-buruk manusia dek kerana dia bukan Islam dan kafir yang telah dijatuhi hukum masuk neraka di atas dunia lagi.
Polemik ini semakin memburuk dengan sikap parti yang memimpin negara yang mengheret soal bangsa dan agama sebagai sebuah regu yang tidak boleh dipisahkan. Malah ianya dipasarkan tanpa berkesudahan.
Islam memuliakan semua bangsa dan agama
Dr Yusuf al-Qaradhawi melalui Ghair Muslimin Fi al-Mujtamal al-Islami, Kaherah Wahbah tahun 1997, mukasurat 5; beliau menjelaskan terdapat beberapa prinsip asas yang utama yang menjadi landasan membina hubungan bagi umat Islam dengan orang bukan Islam.
Pertamanya ialah dengan mempercayai kemuliaan insan sebagai manusia tanpa melihat kepada agama, bangsa dan warna kulit seperti yang dirakamkan oleh Allah di dalam Al-Quran menerusi surah al-Israk ayat 70;
“Kami muliakan anak cucu Adam.”

PKR masih mengharapkan Pas?

SEBERANG JAYA - PKR yakin Pas akan memuktamadkan keputusan mengenai isu tahaluf siyasi dengan semangat untuk mengukuhkan gabungan pakatan.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau yakin keputusan itu akan dibuat dengan sebaiknya kerana keputusan Majlis Syura Pas berbeza dengan parti politik lain.
Menurutnya, setakat ini PKR masih lagi menunggu keputusan Majlis Syura Ulama Pas berhubung isu berkenaan sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.
PKR masih mengharapkan Pas? "Kita tak boleh buat spekulasi..tunggu lah majlis syura buat keputusan rasmi, sebelum ini hanya segelintir ahli pas sahaja yang membangkitkan isu berkenaan.
"Saya yakin kepimpinan tertinggi Pas akan membuat keputusan atas semangat untuk mengukuhkan semangat pakatan," katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Konvensyen PKR Pulau Pinang yang diadakan di sini, hari ini.
Hadir merasmikan konvensyen berkenaan, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai nasib barisan Exco dari Pas di Selangor, Azmin berkata, sebarang keputusan mengenai kedudukan mereka hanya akan diputuskan selepas Majlis Syura Ulama membuat keputusan  rasmi mengenai usul tersebut.
Pada 27 April lalu, Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat sebulat suara meluluskan usul supaya tahaluf siyasi antara Pas dan PKR ditamatkan.
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali bagaimanapun berkata, keputusan usul itu tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulamak​ menurut peruntukan perlembagaan Pas.

18 cedera selepas ribut landa muktamar PAS

Lebih 30 khemah peniaga rosak dan beberapa mangsa mengalami kecederaan termasuk kanak-kanak.
Muktamar-PAS-ribut1ALOR SETAR: Kira-kira 18 orang disahkan cedera selepas ribut melanda kawasan sekitar Muktamar PAS yang sedang berlangsung di Komplek PAS Kedah petang tadi, yang turut merosakkan lebih 30 khemah jualan dan pameran.
Difahamkan, hujan lebat disusuli ribut kira-kira setengah jam kira-kira 7 petang menyebabkan beberapa khemah peniaga rosak.
Setiausaha Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamuddin ketika dihubungi FMT berkata, beberapa orang termasuk kanak-kanak mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Muktamar-PAS-ribut2
“Kejadian berlaku kira-kira jam 7 petang, mengakibatkan lebih 30 khemah peniaga dan pameran sekitar muktamar rosak teruk. Juga ada yang mengalami kecederaan,” katanya.
Beliau berkata, pihak bomba dan Jabatan Amal PAS menyediakan bantuan kepada mangsa.
Muktamar yang akan berakhir Ahad ini dihadiri lebih 1,200 perwakilan dari seluruh negara. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan ucaptama pagi tadi manakala muktamar sayap berlangsung semalam dan kelmarin.
Sementara itu, susulan insiden itu, program ceramah malam ini di kompleks itu dibatalkan.

PKR tunggu keputusan Majlis Syura PAS, kata Wan Azizah

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ketika ini masih terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan mengenai usul yang dibuat Dewan Ulama dan Dewan Pemuda PAS.
azizah-pasPETALING JAYA: Kepemimpinan PKR mahu menunggu keputusan Majlis Syura Ulama PAS berhubung usul memutuskan tahaluf siyasi dengan parti itu sebelum mengambil sebarang tindakan susulan.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ketika ini masih terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan mengenai usul yang dibuat Dewan Ulama dan Dewan Pemuda PAS.
“Kita tunggu dahulu apa kata Majlis Syura, baru kita akan buat keputusan mengenai perkara ini,” kata beliau dipetik BH Online selepas menghadiri Konvesyen PKR Pulau Pinang 2017 di sini, hari ini.
Perkara sama turut dipersetujui Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Mohamed Ali yang menolak sebarang spekulasi mengenai hubungan di antara PAS dan parti itu.
“Kita jangan buat apa-apa spekulasi sehingga keputusan Majlis Syura. PAS ini tidak sama seperti parti politik lain.
“Banyak keputusan besar mereka dibuat oleh Majlis Syura, yang akan bersidang selepas Muktamar selesai. Jadi, kita tunggu dulu,” katanya dipetik portal itu.
Kedua-dua pemimpin tertinggi itu berkata demikian mengulas usul memutuskan hubungan dengan PKR yang diluluskan secara berasingan oleh perwakilan di Muktamar Dewan Ulama PAS dan Dewan Pemuda PAS tanpa bahas kelmarin dan semalam.
Usul ini akan diangkat ke Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama untuk diputuskan secara muktamad.
Semalam, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, PKR mengambil sikap tunggu dan lihat perkembangan mesyuarat agung tahunan PAS sebelum memberi reaksi kepada usul putus kerjasama yang diluluskan oleh kedua-dua sayap itu.
Kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Usul PAS, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali di Muktamar Dewan Ulama PAS mengumumkan usul memutuskan “tahaluf siyasi” (kerjasama politik) dengan PKR diluluskan tanpa bahas.
“Menyedari bahawa PKR telah melanggar begitu banyak syarat-syarat ‘tahaluf siyasi’ dengan PAS maka muktamar Dewan Ulama PAS Pusat yang bersidang pada 27 April 2017 bersetuju untuk

PKR ramal PRU14 bulan Oktober

Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian menjangkakan pada awal adalah bulan Oktober dan ia masa terbaik bagi kerajaan pusat membubarkan Parlimen.
Hee-Loy-Sian-undiKUCHING: Suntikan sentimen positif dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Sukan SEA dilihat kemungkinan akan membawa kepada Datuk Seri Najib Razak memanggil Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Oktober ini, kata pemimpin PKR hari ini.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian berkata, sambutan berganda ulang tahun ke-60 hari merdeka pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September, dengan Sukan SEA di Kuala Lumpur dari 19 hingga 30 Ogos kemungkinan akan menjadi faktor suasana mesra yang tidak diketepikan oleh perdana menteri.
“Saya dimaklumkan masa yang paling dekat pilihan raya umum akan dipanggil adalah bulan Oktober. Ia adalah masa paling sesuai untuk mereka (kerajaan yang memerintah),” kata beliau semasa berucap pada majlis perasmian konvensyen PKR Sarawak di sini, hari ini.
“Mengapa? Ini kerana ia hanya selepas Sukan SEA. Ia adalah masa yang paling sesuai untuk mereka. Mereka mahu menggunakan peluang ini untuk mengambil kesempatan daripada perayaan selepas sambutan Hari Raya, selepas sambutan besar Hari Kebangsaan ke-60.”
“Dan, mereka merancang untuk mengadakan perhimpunan besar sempena sambutan 16 September atau Hari Malaysia. Mereka mahu menggunakan dengan betul selepas Sukan SEA, untuk memastikan mereka akan mendapat sokongan daripada orang muda,” kata beliau lagi.
Katanya, tanda-tanda lain menunjukkan pilihan raya umum boleh diadakan antara bulan Jun dan Ogos.
“Terdapat tanda-tanda PRU14 semakin dekat. Kita tahu kerana di Selangor kami mendapat petunjuk daripada Suruhanjaya Pilihan Raya yang mereka merancang untuk menyewa dewan dan memaklumkan ahli-ahli majlis tempatan mengenai persediaan. Semuanya telah siap dan mereka hanya menunggu tarikh,” kata beliau lagi.

Kata-kata kesat pemimpin PAS burukkan imej Islam

MENTAKAB, 28 APR: Cercaan pemimpin PAS dengan perkataan jelik terhadap saingan politiknya jelas tidak menggambarkan sikap seorang agamawan Islam yang baik kata Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji.
Kenyataan ini dibuat mengulas tindakan Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Mohd Rejab Md Akhir yang melaungkan ‘Jahanam PAN’ dalam perasmian Muktamar Dewan Ulama PAS ke-56 di dewan Sekolah Rendah Darul Ulum, Alor Setar, Kedah semalam.
“Apa yang diucapkan oleh Ketua Ulama PAS Kedah itu tidak mengambarkan seorang agamawan Islam, ia mencerminkan sikap fanatik.
“Seolah-olah pendapat daripada kumpulan lain yang tidak sehaluan dengan pendirian mereka dianggap musuh Islam atau mungkin juga kafir harbi dan sebagainya,” katanya kepada Roketkini.
Tindakan Ketua Dewan Ulama PAS itu melaungkan perkataan ‘Jahanam PAN’ sejurus membaca ikrar dan laungan takbir kata ADUN Mentakab itu, tidak mencerminkan kematangan pemimpin PAS berpolitik dan lari dari ajaran Islam.
“Ia hanya mengelirukan umat Islam khususnya pengikut PAS.

Calon PM: Guan Eng tegur cubaan PAS main sentimen perkauman

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini menzahirkan rasa sedih di atas satu usul PAS yang dilihat cuba membangkitkan ketakutan dan kebencian dalam kalangan rakyat pelbagai kaum khususnya orang Melayu dan Islam negara ini.
Kenyataan ini dibuat sebagai mengulas satu usul Dewan Ulama PAS dalam Muktamarnya di Kedah semalam yang menggambarkan seolah-olah ada tuntutan daripada masyarakat bukan Islam dan bukan Melayu untuk menjadi Perdana Menteri.
“Tidak ada satu orang bukan Islam atau bukan Melayu menuntut menjadi Perdana Menteri dan selama ini calon-calon untuk jawatan Perdana Menteri semuanya orang Melayu dan Islam.
“(Calon) dari pihak pembangkang adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dalam video yang dimuat naik di laman sosial Facebook miliknya, hari ini.
Menyifatkan tindakan PAS itu sebagai cubaan melagakan sentimen perkauman rakyat pelbagai kaum negara ini, Guan Eng berkata tindakan PAS itu tidak mencerminkan semangat Malaysia.
“Sungguhpun PAS hanya mahu mewakili yang beragama Islam atau orang Melayu, tapi ini bukanlah satu semangat Malaysia kerana Malaysia mempunyai penduduk terdiri dari pelbagai suku bangsa dan agama. Dan usaha (PAS) seperti ini saya rasa adalah tidak sihat.
“Saya rasa kita harus menuju kepada sebuah negara yang bersifat ke-Malaysia-an. Marilah kita bersatu berdasarkan nilai-nilai demokrasi, kebebasan, keadilan, dan melawan kemungkaran amalan rasuah,” ujar Setiausaha Agung DAP itu.

Bekas tentera tiada pembelaan, ramai yang melarat, kata Mejar (B) Anuar


Mejar(B) Anuar di Merbok malam tadiMejar(B) Anuar di Merbok malam tadi
Nasib ramai bekas tentera yang bersara amat menyedihkan kerana masih ada bekas-bekas tentera yang pernah berjuang sehingga terkena jarangkap samar, kaki dipotong tetapi kini hidup melarat tanpa pembelaan sewajarnya oleh kerajaan.
Akhirnya mereka terpaksa hidup miskin dan mengharapkan simpati orang ramai walaupun telah berjuang mempertaruhkan nyawa untuk bangsa dan negara.
Demikian diluahkan oleh Ketua Pendaftar Pertubuhan Parti Pribumi Bersatu Negeri Kedah, Mejar (B) Anuar Abdul Hamid ketika berucap pada program ceramah isu semasa yang telah diadakan di Taman Lembah Bujuang semalam.
"Ramai bekas tentera yang dipotong kaki, uzur, termasuklah di dalam Parlimen Merbok ini masih ramai tidak dibela.
"Kalau tidak percaya cuba semak buku akaun bank mereka baki tidak sampai RM100.
"Yang amat memilukan masih ada yang masih berhutang pinjaman perumahan serta anak yang masih belajar di universiti dan juga sekolah menengah, " jelasnya lagi.
Malah katanya pembelaan yang tidak serius oleh kerajaan terhadap bekas tentera seolah-olah khidmat mereka tidak dikenang dan dibalas.
"Sepatutnya selepas mereka berkhidmat melebihi tempoh yang begitu lama, bekas tentera seharusnya sudah mempunyai kediaman dan tanah sepertimana yang dijanjikan.
"Anak-anak bekas tentera turut diberi pembelaan memandangkan jasa yang begitu lama dicurahkan kepada negara sehinggalah mencapai usia pencen.
"Dalam sisa baki usia yang ada bekas tentera terpaksa mencari sesuap nasi lagi dengan berjaga siang dan malam sebagai pengawal keselamatan dan seumpamanya, " tegasnya.

Gagasan sejahtera lebih baik berbanding pakatan - Hadi Awang

Abdul Hadi Awang
ALOR SETAR - Pas bersama rakan blok ketiga melalui Gagasan Sejahtera akan dimantapkan dengan penyertaan kalangan rakyat, pimpinan masyarakat, mantan pegawai tinggi kerajaan, serta NGO sebagai asas mendepani suasana politik yang semakin hangat kini.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, agenda ini lebih sistematik dan dirangka sebaik sahaja selesai muktamar ini.
“Kita bentuk gagasan baharu ini yang lebih bersifat setiakawan dengan libatkan semua kaum dan pelbagai parti politik, NGO serta tokoh pelbagai kaum, di mana kita ambil kira masyarakat majmuk walaupun kita tonjolkan Islam sebagai penyelesaian,” katanya, pada sidang media hari ini.
Menurutnya, semua pihak wajar memahami Islam adalah agama yang sempurna, termasuk ideologi dan teori politiknya.
“Jika kaum lain boleh perjuangkan idelogi masing-masing, seperti Melayu, Cina, India dan Barat, kenapa tidak boleh terima pendekatan politik Islam dalam pelbagai cabang antaranya, ekonomi. Ini yang mahu kita perkenalkan sebagai alternatif kepada pakatan sedia ada,” katanya.
Abdul Hadi berkata, gagasan baharu ini diwujudkan susulan sebelum ini, terdapat rakan politik yang tidak menghormati pendirian Islam yang Pas perjuangkan.
“Kita tak ganggu pihak lain, tapi pihak lain yang ganggu kita. Mereka langgar sempadan, sebab itu itu kita wujudkan gagasan baharu yang lebih baik,” katanya.
Menurutnya, anggota gagasan ini terbuka kepada semua pihak namun belum tiba masanya untuk umum secara rasmi.

SPR henti edar salinan rang daftar pemilih untuk halang parti politik bermaklumat..!!

SPR berkata, keputusan itu dibuat memandangkan pameran RDPT memadai bagi membolehkan pihak berkepentingan memeriksa nama-nama pemohon yang terbabit.
Ghani-Salleh-sprPUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengesahkan telah mengeluarkan arahan kepada pengarah-pengarah pilihan raya negeri untuk pemberhentian pengedaran Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Tahun kepada parti-parti politik semasa Pameran RDPT dijalankan.
Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, ia adalah bagi pemakluman awal kepada pengarah-pengarah pilihan raya negeri sebagai persediaan sebelum surat pemakluman rasmi mengenainya kepada semua parti politik dikeluarkan dalam masa terdekat.
“Tindakan tersebut bukan hanya terpakai kepada parti politik tetapi juga kepada semua pihak lain yang berkepentingan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya, berdasarkan kepada Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, urusan pameran RDPT dijalankan di tempat-tempat yang diwartakan sebagai tempat pameran RDPT selama 14 hari dengan mempamerkan senarai nama pemohon yang memohon mendaftar sebagai pemilih baharu dan pemilih yang memohon tukar alamat bahagian pilihan raya.
“Dalam tempoh pameran ini, RDPT adalah terbuka untuk semakan oleh orang awam termasuklah parti-parti politik bagi mengemukakan tuntutan atau bantahan ke atas senarai nama yang dipamerkan dalam RDPT tersebut,” katanya.
Beliau menjelaskan sebelum ini adalah menjadi amalan SPR mengedarkan RDPT kepada parti-parti politik bagi tujuan pemakluman bahawa urusan semakan sedang dijalankan.
“Bagaimanapun, Mesyuarat SPR Kali Ke-773 pada 28 Mac lalu telah memutuskan agar RDPT (buku dan cakera padat) tidak lagi diedarkan kepada parti-parti politik mulai Pameran RDPT Suku Tahun Pertama Tahun 2017,” katanya.
Abdul Ghani berkata, keputusan itu dibuat memandangkan pameran RDPT memadai bagi membolehkan pihak berkepentingan memeriksa nama-nama pemohon yang terbabit.
Katanya, buat masa ini pihak berkepentingan masih lagi mempunyai akses sepenuhnya kepada RDPT yang dipamerkan bagi tujuan semakan, tuntutan dan bantahan.

PPBM: Pendirian Hadi bukti PAS tidak berminat tolak BN

Ketua Penerangan PPBM, Kamarudin Mohd Noor juga menolak dakwaan Hadi kononnya PPBM sebuah parti caca marba.
Datuk-Kamarudin-Md-Nor-PPBM-BersatuALOR SETAR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menolak kritikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar PAS hari ini dengan menegaskan, pihaknya akan terus bergerak ke hadapan bersama sekutu dalam Pakatan Harapan untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN).
“Nampaknya, PAS mempunyai objektif yang berbeza daripada pembangkang yang mahu menjatuhkan Barisan Nasional dan membentuk kerajaan persekutuan yang baharu.
“Apa yang kami cuba lakukan ialah membentuk blok pembangkang tunggal untuk menghadapi BN. Jika ini keutamaan PAS, mereka akan bersama kita. Tidak mengapa, kami akan berganding dengan sekutu kami dalam Pakatan Harapan,” kata Ketua Penerangan PPBM, Kamarudin Mohd Noor kepada FMT.
Kamarudin turut menyangkal dakwaan Hadi kononnya PPBM parti caca marba.
Dengan menekankan struktur objektif dan kepimpinan PPBM, kata Kamarudin, beliau hanya boleh sedih apabila pemimpin-pemimpin PAS tidak sedar tentang perkara itu.
Ketika ditemui wartawan pada muktamar PAS hari ini, parti itu mengulangi pendirian tidak akan menjalin kerjasama politik dengan PPBM.
Hadi berkata, penolakan itu disebabkan kedudukan PPBM dalam keadaan “caca marba” dan tidak mempunyai pendirian jelas.
Katanya, PAS melihat pemimpin PPBM dalam keadaan tidak menentu sehinggakan sukar untuk parti itu berbincang dan bekerjasama.
Sebelum ini, Hadi dilaporkan berkata, PAS tidak akan bekerjasama dengan PPBM jika parti itu menjalin hubungan dengan DAP dan Amanah.
Dalam pada itu, Kamarudin berkata, kajian terbaharu menunjukkan PAS akan kalah teruk dalam pertembungan pelbagai penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Kamarudin merujuk kepada kajian Invoke Malaysia, sebuah NGO diketuai Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, yang mendapati PAS akan menerima undian terendah daripada pengundi Melayu jika membabitkan pertandingan 3 penjuru.

Tiada pihak boleh paksa PAS nyata pendirian, kata Hadi

Hadi berkata, untuk menjadi sebuah parti yang mampu memerintah negara, PAS perlu berusaha mendapatkan sokongan pengundi di pantai barat, termasuklah pengundi bukan Melayu dan Islam.
awanghadi-pasALOR SETAR: Tiada orang boleh memaksa atau mengugut PAS menyatakan pendiriannya, lebih-lebih lagi membabitkan strategi politik parti Islam itu, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Katanya, PAS akan menggerakkan Gelombang Tsunami Hijau pada waktu dan saat paling sesuai sebagai panggilan kepada rakyat untuk bersama parti itu melakukan perubahan dalam negara ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Beliau berkata demikian dalam ucaptama Muktamar PAS ke-63 yang bermula di Kompleks PAS Kedah di sini, hari ini.
Awal tahun ini, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad memberi tempoh sebulan kepada PAS untuk menyatakan pendirian sama ada mahu menyertai gabungan pembangkang dan Pakatan Harapan bagi memastikan pertandingan 1-lawan-1 menentang Barisan Nasional (BN) pada PRU14.
Timbul juga spekulasi PAS menjalin kerjasama politik dengan Umno, tetapi pimpinan parti Islam itu pernah menyatakan kerjasama dengan Umno terhad kepada isu membabitkan Islam seperti rang undang-undang meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355, bagi meningkatkan hukuman kesalahan syariah.
Pada Muktamar PAS 2015, parti itu memutuskan hubungan dengan DAP. Ia juga berkeras tidak akan bekerjasama dengan parti serpihannya, Amanah.
Dewan Ulama dan Pemuda PAS pula meluluskan usul menamatkan hubungan PKR tanpa bahas dalam muktamar masing-masing pada Khamis dan Jumaat lalu.
Pada 18 April lalu, Dr Mahahir menerusi catatan di blognya menyifatkan PAS “malapetaka” terhadap perpaduan Melayu kerana keputusan parti itu mahu bertanding sendiri di luar kerjasama parti pembangkang lain hanya bertujuan membantu BN dengan cara memecahkan undi pembangkang.
Sementara itu, Hadi berkata, PAS memerlukan pendekatan yang boleh menyatukan rakyat pelbagai kaum tetapi memahami keperluan masyarakat Islam untuk terus mengamalkan kehidupan beragama di negara ini.
“PAS akan meneruskan pendekatan dengan mengamalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang diperkenalkan sebelum ini.
“Pendekatan ini bukan sahaja lebih berkesan terutama dalam masyarakat Malaysia yang bencikan budaya keras – kasar dan politiking melampau sehingga semua perkara dilihat dalam perspektif negatif dan penuh kebencian, sedangkan rakyat tidak berubah keadaan hidup mereka.”

Mengapa PKR tenang dengan amukan PAS


Mengapa PKR tenang dengan amukan PAS
PKR banyak bergantung kepada PAS untuk membolehkan calonnya sampai kepada pengundi Melayu sejak dua pilihan raya lalu. 
APABILA PAS menghamburkan amukan terhadap bekas sekutu mereka DAP dua tahun lalu, parti itu segera bangkit dan melawan.
Respons sebaliknya berlaku apabila PKR menerima hentaman daripada perwakilan PAS pada kongres tahunan parti itu dan ia sudah dijangka.
Puncanya, kata penganalisis politik dan orang dalam, tidak seperti DAP, PKR berhadapan banyak kerugian kesan PAS yang kini bertukar daripada rakan menjadi lawan.
Bagi dua pilihan raya lalu, calon PKR bergantung kepada struktur bawahan PAS yang kuat untuk sampai kepada pengundi Melayu.
Ini mengapa pemimpin de-facto PKR, Anwar Ibrahim berkata parti itu masih berkata "mempunyai hubungan baik dengan kepimpinan PAS" walaupun hakikatnya ia dibelasah selama dua hari berturut-turut.
Respons paling tegas adalah daripada pemimpin PKR adalah Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail dan ia juga sudah dijangka.
Aktivis akar umbi PAS seperti Md Noor Hussin dari Gombak, Selangor memberi gambaran tepat hubungan dinamik di antara PAS dan PKR, yang menjadi sekutu sejak ia ditubuhkan pada 1999.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, beliau adalah seorang daripada ratusan pekerja pilihan raya PAS yang bekerja gigih berkempen untuk Azmin Ali, menteri besar Selangor daripada PKR.
"Saya dan pasukan memasang poster dan kain rentang bagi Azmin. PKR mempunyai petugas pilihan raya mereka sendiri tetapi ia kecil berbanding kami. Kita lakukan kebanyakan kerja," katanya ketika menerangkan saiz jentera pilihan raya PAS yang membantu Azmin dipilih sebagai ahli Parlimen Gombak.
"Malah ejen mengira undi di pusat mengundi Gombak adalah daripada PAS," kata ketua Pemuda PAS Gombak.
Semalam, Md Noor menyertai rakannya dalam Pemuda PAS menuntut parti menamatkan hubungan dengan individu yang pernah beliau bantu itu.
Hubungan PAS-PKR bukan sahaja tentang perkongsian petugas pilihan raya dan ejen pengundian.
Penganalisis Mohamad Hisomuddin Bakar berkata matlamat PAS untuk memenangi 40 kerusi Parlimen pada PRU akan datang bermakna beberapa calon akan berakhir bertanding dengan PKR dan Barisan Nasional.
"Sebahagian kerusi ini dipinjamkan PAS kepada PKR tetapi di beberapa kerusi lain, PAS dan PKR ada kerusi masing-masing," kata Hisomuddin Ilham Centre.

Anwar: Putrajaya hendak guna skandal BNM serang Dr Mahathir


Anwar: Putrajaya hendak guna skandal BNM serang Dr Mahathir
Bekas timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim berkata beliau tahu keterangannya berhubung skandal pertukaran mata wang asing Bank Negara mungkin digunakan terhadap Dr Mahathir Mohamad.
BEKAS timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim bertegas beliau sentiasa konsisten dengan keterangannya berhubung skandal pertukaran mata wang asing (forex) Bank Negara (BNM), hari ini.
Katanya, sekarang Putrajaya mahu menggunakan keterangannya itu untuk menyerang bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang sedang berjuang menjatuhkan pentadbiran Najib Razak.
“Saya memang konsisten dengan keterangan saya. Mereka mahu guna ia menentang Dr Mahathir. Tetapi saya kata tidak, hanya perlu respons terhadap fakta itu,” katanya.
Katanya, beliau ada meminta kakitangan BNM pada masa itu, Nor Mohamed Yakcop dan gabenor untuk meletak jawatan.
“Saya minta Nor Mohamed Yakcop letak jawatan kerana dia terlibat. Kami letak syarat dia tidak boleh berada dalam institusi kewangan itu,” kata Anwar.
Anwar pada masa itu ialah menteri kewangan di bawah pentadbiran perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang memegang jawatan itu selama 22 tahun sebelum melepaskannya kepada A bdullah Ahmad Badawi, dan beberapa tahun kemudian meletak jawatan untuk memberi laluan kepada perdana menteri sekarang Najib Razak.
Beliau berkata sesiapa yang hendak memahami isu itu dengan lebih mendalam, boleh membaca laporan tahunan BNM dan juga hansard.
Anwar berkata demikian sebagai respons kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Salleh Said Keruak yang menuduhnya flip flop dalam memberi keterangan berhubung skandal forex BNM itu.
Salleh menerusi artikel dalam blognya pada Khamis mengulas mengenai kenyataan media dikeluarkan Anwar berhubung kes itu.
Katanya, kenyataan itu kelihatan seperti dibuat untuk disesuaikan dengan situasi politik Anwar sekarang.

PAS hilang separuh kerusi jika bertanding di Selangor sendirian

BAGI memahami bagaimana sukarnya untuk PAS mengulangi prestasi cemerlangnya di Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 jika ia berjuang sendirian, Sri Serdang menjadi contoh terbaik.
Pada 2008, Mohamad Satim Diman daripada Barisan Nasional (BN) menewaskan calon PAS, Ahamad Idzham Ahmad sebanyak 45 undi di kawasan hampir 50,000 pengundi.
Lima tahun kemudian, ia keadaan sebaliknya berlaku apabila pendatang baru PAS Noor Hanim Ismail memenangi kerusi itu dengan majoriti 16,251. Sri Serdang adalah kerusi campuran – 46% Melayu, 36% Cina dan 16% India.
Jika PAS meneruskan rancangannya bertanding pada PRU14 sendirian, orang bukan Melayu, yang menyokong parti itu kerana ia sebahagian daripada Pakatan Rakyat, pasti akan meninggalkan parti Islam itu.
Sri Serdang dan sebahagian besar kerusi lain di negeri paling kaya di Malaysia akan hilang.
Penganalisis politik dan peninjau pendapat awam berkata jika PAS bertanding pada pilihan raya akan datang di bawah panji-panjinya sendiri dan terdapat lebih banyak pertandingan tiga penjuru, PAS akan menjadi pihak paling rugi.
Dr Prof Mohammad Redzuan Othman berkata, aritmetik mudah menunjukkan PAS akan mengalami lebih banyak kekalahan jika mereka meninggalkan pakatan pembangkang di Selangor pada pilihan raya akan datang.
"Di atas kertas, dengan sentimen anti-BN masih kuat di Selangor, yang PAS pembangkang tolak masih perlu diguna pakai.
"Pembangkang hanya akan memperoleh majoriti lebih kecil dalam kerajaan. Saya menjangkakan DAP dan PKR mengekalkan 14 kerusi mereka tetapi PAS akan mengalami penurunan kepada separuh.
"Jika terdapat perlawanan 3 penjuru, penyumbang terbesar adalah BN dengan kira-kira 20 kerusi. Tetapi pembangkang masih akan dapat mempertahankan Selangor," kata timbalan pengerusi Institut Darul Ehsan itu.
Redzuan berkata PAS akan berisiko di kerusi campuran jika ia meninggalkan pakatan pembangkang.

Kelemahan PAS
Daripada 13 kerusi yang dipegang PAS di Selangor, hanya dua "majoriti kuat Melayu". Selebihnya terdiri tiga majoriti Melayu, tujuh "majoriti lemah Melayu " dan satu kerusi campuran.
Pakar sains politik dan Felo Institut Pulau Pinang Dr Wong Chin Huat mentakrifkan kerusi kuat Melayu sebagai kawasan pengundi Melayu lebih daripada 66% manakala lemah adalah lebih sedikit daripada 50%.
"Jika ada majoriti etnik yang kuat dalam mana-mana satu kerusi, terdapat kecenderungan undi terbahagi dua di antara BN dan pembangkang. Ia memberi peluang kepada minoriti menentukan siapa yang akan memenangi kerusi itu,” kata Wong.
"Jika PAS tidak bersama pembangkang dalam PRU14, kaum lain mempunyai sebab yang sangat sedikit untuk menyokong mereka. Ia menjadi sesuatu yang sukar untuk menangani kehilangan undi bukan Melayu," kata Wong kepada The Malaysian Insight.
Jadi mengapa PAS meneruskan pendirian tentang memutuskan hubungan dengan PKR, terutama di Selangor di mana kerajaan dan exco negeri memberinya akses kepada sumber, mengawal masjid dan membiayai program sendiri?
Kerana empat tahun selepas prestasi baik di Selangor, ternyata pemimpin parti terlupa rekod mereka dahulu – sewaktu menentang kekuatan BN sendirian. 

Skim pelaburan forex: RM500 juta hilang ke mana ?

Lim Lip Eng berkata, Johnson Lee sepatutnya tampil membuat penjelasan dan laporan polis jika benar RM500 juta sudah dipindahkan 'penggodam'.
lim-lip-eng
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng bersama badan bukan kerajaan (NGO) dikenali “Selamatkan orang biasa yang sebenar” (ZZJPTR) menggesa pengasas syarikat pelaburan “JJ Poor to Rich” (JJPTR) menjelaskan mana RM500 juta yang dilaburkan dalam syarikatnya.
Katanya, tidak ada sebab Johnson Lee tidak membuat laporan polis mengenai kehilangan wang pelabur dalam syarikatnya yang didakwa dipindahkan “penggodam”.
“Bagi saya, dia (Johnson Lee) mesti buat laporan polis sama ada di Malaysia atau negara yang beliau dakwa duit berkenaan hilang.
“Dia mengaku RM500 juta hilang di negara luar. Saya mahu tanya negara mana dan adakah dia mendapat kelulusan Bank Negara? Atau adakah melalui cara pengubahan wang haram,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat DAP Segambut hari ini.
JJPTR mula menjadi perhatian media sejak minggu lalu selepas Lee mendakwa dananya dipindahkan “penggodam” mengakibatkan kerugian lebih AS$50 juta (RM217 juta). Bagaimanapun, ada yang mendakwa kerugian itu melebihi AS$400 juta (RM1.736 bilion).
Mstar pada 25 April lalu melaporkan berpuluh-puluh ribu pelabur dari seluruh dunia, termasuk Kanada, Amerika Syarikat dan China, mungkin bakal mengalami kerugian RM500 juta selepas JJPTR yang merupakan salah sebuah pengendali “permainan wang” terbesar di negara ini dilaporkan gulung tikar.
Bagaimanapun, Lee yang berusia 28 tahun menerusi Facebook JJPTR Malaysia pada Isnin lalu berjanji akan membuat pembayaran balik kepada pelabur (baharu) pada pertengahan Mei ini.
Dalam pada itu, Lim menggesa Lee mendedahkan akaun syarikatnya menerusi Facebook, khasnya kehilangan RM500 juta itu dan tampil bersemuka serta memberi penjelasan kepada pelaburnya.
“Macam mana RM500 juta akan diaudit daripada syarikatnya tanpa membuat laporan polis.
“Kami ZZJPTR mahu Johnson Lee keluar daripada tempat persembunyiannya kerana dia menyorok daripada orang awam, daripada media sejak seminggu lalu. Tidak ada orang tahu dia di mana,” katanya.
Wakil rakyat DAP itu berkata, beliau akan membawa pelabur menemui Lee yang menyatakan beliau akan membuat pengumuman pada 1 Mei ini.

Sri Ram: Keputusan batal saman Mahathir salah sama sekali

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Abu Bakar Jais telah salah sama sekali apabila membuat keputusan membatalkan saman difailkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Gopal Sri Ram yang pernah berkhidmat di Mahkamah Rayuan selama 15 tahun, berkata tindakan yang dibawa oleh Mahathir adalah berdasarkan tort misfeasans yang biasa bagi pejabat awam.
"Ia tidak dibawa di bawah Akta Parlimen. Ia juga bukan sesuatu tindakan yang diambil kerana pelanggaran oleh eksekutif oleh jaminan hak perlembagaan.
"Oleh itu sama ada Perlembagaan Persekutuan atau Akta Interpretasi tidak relevan untuk menunjukkan siapa pegawai awam bagi maksud tort misfeasans di pejabat awam.
"Terdapat oleh itu, satu kesilapan asas dalam penghakiman. Dan hakim adalah benar-benar salah,"katanya.
Sri Ram, yang telah melihat salinan penghakiman itu, diminta mengulas mengenai keputusan itu semalam.
Dilaporkan hakim Abu Bakar menolak saman RM2.642 bilion oleh Mahathir dan bekas pemimpin akar umbi Umno, Datuk Khairuddin Abu Hassan dan Anina Saadudin terhadap Najib, atas alasan bahawa seorang perdana menteri bukan pegawai awam, sebaliknya adalah anggota pentadbiran.
Beliau berkata hujah itu berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Akta Interpretasi 1948 (1967).
Sri Ram berkata hakim Mahkamah Tinggi KL itu sepatutnya tidak merujuk perlembagaan persekutuan dan Akta Interpretasi untuk menentukan siapa pegawai awam.

Hadi: PPBM caca marba, PAS tolak parti tiada ‘imam’

Abdul Hadi Awang berkata, PAS melihat pemimpin PPBM dalam keadaan tidak menentu sehinggakan sukar untuk parti itu berbincang dan bekerjasama.
hadi-awang_ppbm_600
ALOR SETAR: Selepas usul menamatkan hubungan dengan PKR, kini PAS mengulangi pendirian tidak akan menjalin kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, penolakan itu disebabkan kedudukan PPBM dalam keadaan “caca marba” dan tidak mempunyai pendirian jelas.
Katanya, PAS melihat pemimpin PPBM dalam keadaan tidak menentu sehinggakan sukar untuk parti itu berbincang dan bekerjasama.
“Kita tidak boleh layan parti yang tidak sama, kita sudah nilai PPBM tiada ketentuan arah dan pemimpin pun kita tidak tahu siapa.
“Siapa imam, siapa makmum? Sebab itu kita buat keputusan tidak ada hubungan dengan parti itu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Muktamar PAS di Kompleks PAS Kedah, hari ini.
Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini kerjasama PAS dengan PPBM.
Sebelum ini, Hadi dilaporkan berkata, PAS tidak akan bekerjasama dengan PPBM jika parti itu menjalin hubungan dengan DAP dan Amanah.
“Terpulang kepada dia (PPBM) untuk bekerjasama dengan DAP atau Amanah, tetapi PAS ada garis panduan, iaitu kita tidak bekerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan kedua-dua parti tersebut,” kata ahli Parlimen Marang itu.
Jawatankuasa Induk Bersama PPBM dan PAS sebelum ini pernah mengadakan pertemuan untuk membentuk kerjasama, persefahaman dan muafakat politik.
Malah, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah memberi tempoh sebulan kepada PAS untuk menyatakan pendirian sama ada mahu menyertai gabungan pembangkang dan Pakatan Harapan.

‘PKR sudah sebati perjuangan PAS, harap tak putus hubungan’ - Dr Shaharuddin

Naib Presiden PKR itu berkata, Biro Politik parti itu tidak pernah meminta exco PAS meletak jawatan dalam kerajaan Selangor, sebaliknya ia pandangan peribadi setiausaha agungnya.
Syarhan-Humaizi_pkr_pas_600
ALOR SETAR: PKR masih menaruh harapan PAS tidak akan menamatkan kerjasama selama 18 tahun dengan PKR, walaupun Dewan Ulama dan Pemudanya sudah meluluskan usul memutuskan tahaluf siyasi dengan parti itu tanpa bahas.
Naib Presidennya, Dr Shaharuddin Badaruddin berkata, PKR sudah sebati dengan perjuangan PAS yang menjalin kerjasama dengannya sejak 1999.
Bagaimanapun katanya, PKR akan menunggu keputusan akhir Majlis Syura Ulama PAS.
“Bagi kami, kita telah bersama PAS selama 18 tahun sejak 1999 lagi dan sejak itu kita masih kekal bertahaluf siyasi.
“Jadi, kami merasakan ianya wajar dikekalkan kerana ianya merupakan penghubung antara PKR dengan Pakatan Harapan,” katanya selepas menghadiri perasmian Muktamar PAS ke-63 di Kompleks PAS Kedah, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas usul memutuskan hubungan dengan PKR yang diluluskan secara berasingan oleh perwakilan di Muktamar Dewan Ulama PAS dan Dewan Pemuda PAS tanpa bahas, pada Khamis dan Jumaat lalu.
Usul ini akan diangkat ke Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama untuk diputuskan secara muktamad.
Semalam, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menggesa exco PAS dalam kerajaan Selangor meletak jawatan sekiranya muktamar parti itu membuat keputusan menamatkan hubungan dengan PKR.
Saifuddin dilaporkan berkata, tidak masuk akal sekiranya PAS yang sudah memutuskan hubungan dengan DAP dan Amanah, masih mahu kekal dalam kerajaan Selangor setelah putus dengan PKR.
Ada 3 exco kerajaan Selangor daripada PAS iaitu Datuk Iskandar Abdul Samad (perumahan, pengurusan bangunan dan kehidupan bandar); Zaidy Abdul Talib (infrastruktur dan kemudahan awam, pemodenan pertanian dan industri asas tani) serta Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (hal ehwal agama Islam, adat Melayu dan warisan, pembangunan desa dan kampung tradisi).
Mengulas desakan meletak jawatan itu, Shaharuddin berkata, kenyataan Saifuddin itu bukan pendirian PKR.

Anggapan Pas lantik sendiri Exco Selangor mengelirukan, kata peguam


Khalil Abdul HadiKhalil Abdul HadiHujah Katua pemuda Pas, Mohd Khalil Abdul Hadi bahawa exco kerajaan negeri Selangor dari parti itu tidak perlu meletak jawatan kerana dilantik Pas dianggap mengelirukan.
"Kenyataan beliau bahawa exco Pas tidak perlu meletak jawatan kerana lantikan mereka dibuat oleh Pas. Kenyataan ini begitu naif tanpa merujuk kepada peruntukan undang-undang terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negerj Selangor 1959," kata naib ketua pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil yang juga seorang peguam.
Ketua Dewan Pemuda Pas yang baru dilantik itu dipetik sebagai berkata bahawa exco Pas tidak perlu meletak jawatan kerana lantikan mereka dibuat oleh Pas.
"Beliau patut mengambil nasihat peguam Pas atau mana-mana pakar undang-undang sebelum mempertahankan kedudukan 3 orang exco Pas dalam Kerajaan Selangor.
"Kenyataan ini begitu naif tanpa merujuk kepada peruntukan undang-undang terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negerj Selangor 1959," kata Faiz dalam satu kenyataan hari ini.
Lantikan Exco katanya dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor atas nasihat Menteri Besar Selangor,Dato' Seri Azmin Ali sepertimana diperuntukkan Perkara LIII (53) Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959.
"Perkara LV (55) pula memperuntukkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan bertindak di atas nasihat salah seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri iaitu Menteri Besar dalam konteks perlantikan Exco," katanya.

Hadi: 'Tak tahu siapa makmum, siapa imam' dalam BERSATU

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan sekali lagi bahawa parti itu tidak akan mengadakan sebarang hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU).
Menurutnya, ia berikutan PAS melihat BERSATU tidak mempunyai arah ketentuan dalam aspek kepimpinan.
"Dah buat penilaian, BERSATU tak ada ketentuan arah kepimpinan. Tak tahu siapa makmum, siapa imam.
"Sebab itu kita buat keputusan tak ada hubungan dengan BERSATU," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar presiden di Muktamar Tahunan PAS Ke-63 di Alor Setar hari ini.
Penegasan oleh anggota Parlimen Marang itu sekali gus dilihat menamatkan tanda-tanya mengenai nasib kerjasama antara kedua-dua parti terbabit.
Sebelum ini keputusan mengenai hubungan PAS dan BERSATU diberi gambaran berbeza di kalangan pemimpin PAS yang bertentangan dengan kenyataan Hadi.
Terdahulu, Timbalan Presidennya Datuk ‎Tuan Ibrahim Tuan Man memberi gambaran bahawa PAS masih berunding dengan BERSATU.
Bagaimanapun, Hadi kemudiannya memaklumkan PAS sudah membuat keputusan untuk tidak bertahaluf siyasi dengan BERSATU.

Terpulang kepada Exco PAS, kata bekas MB Selangor

PAS mahu putus hubungan, ini pandangan Naib Presiden PKR

Sidang Media Hadi : Tahalluf Dengan PKR, Sarawak Report, Nanyang Siang Pau

Hadi: PAS tangani rasuah, 1MDB dengan cara tersendiri

'Tak tahu siapa makmum, siapa imam' dalam BERSATU - Hadi

PAS hanya tentang parti bersikap chauvinis, kata Hadi

Mat Sabu: PAS Hentam AMANAH Sebab AMANAH Kuat

Haji Mohamad Sabu -"Pemimpin parti lamo saya mengatakan "Sama ada mengundi UMNO atau PAS""

'Letak calon ketiga, mereka adalah penyokong Najib'

'Tanya ustaz, salahkah tinggal Umno masuk BERSATU?'

Hadi: PAS tangani rasuah, 1MDB dengan cara tersendiri

PAS mempunyai cara mereka tersendiri untuk berdepan dengan pelbagai masalah negara seperti isu BMF dan 1MDB.
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS juga komited memperjuangkan agar negara ini terus bebas rasuah serta mempunyai pentadbiran yang telus.
"PAS akan terus komited memperjuangan Malaysia yang bebas rasuah dan pentadbiran yang telus dengan cara yang membina sebagaimana yang kita tunjukkan selama ini.
"Selama puluhan tahun ini juga lah PAS telah menentang penyelewengan sumber dan dana negara dalam isu BMF, skandal matawang asing Bank Negara (forex), PKFZ, Skandal MAMINCO, Perwaja Steel, 1MDB dan lain lainnya, dengan cara kita sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar presiden di Muktamar Tahunan PAS ke-63 hari ini.
Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu dalam ucapannya di muktamar tersebut yang berlangsung di Alor Setar, Kedah.

PKR tetap hadir Muktamar PAS, selepas usul putus hubungan

PKR menghantar Naib Presidennya, Dr Shaharuddin Badaruddin bagi memenuhi jemputan PAS.
pkr-muktamarALOR SETAR: Di sebalik desakan Dewan Ulama dan Pemuda supaya PAS menamatkan kerjasama dengan PKR, wakil parti itu tetap hadir ke Muktamar PAS ke-63 yang bermula hari ini.
PKR menghantar Naib Presidennya, Dr Shaharuddin Badaruddin bagi memenuhi jemputan PAS.
Kehadiran pemimpin PKR ke muktamar kali ini menjadi tanda tanya, selepas usul memutuskan hubungan dengan PKR yang diluluskan secara berasingan oleh perwakilan di Muktamar Dewan Ulama PAS dan Dewan Pemuda PAS tanpa bahas, kelmarin dan semalam.
Usul ini akan diangkat ke Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama untuk diputuskan secara muktamad.
Sekiranya badan tertinggi PAS meluluskan usul tersebut, ia mungkin menyaksikan pertembungan PAS dengan Pakatan Harapan yang turut dianggotai PKR pada Pilihan Raya Umum ke-14, terutamanya di Selangor yang kerajaan negerinya turut dianggotai wakil PAS sejak penggal lepas.
Semalam, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menggesa exco PAS dalam kerajaan Selangor meletak jawatan sekiranya muktamar parti itu membuat keputusan menamatkan hubungan dengan PKR.
Saifuddin dilaporkan berkata, tidak masuk akal sekiranya PAS yang sudah memutuskan hubungan dengan DAP dan Amanah, masih mahu kekal dalam kerajaan Selangor setelah putus dengan PKR.
Ketua Pemuda PAS yang baharu, Muhammad Khalil Abdul Hadi bagaimanapun menolak gesaan itu dengan berkata, parti Islam itu tidak perlu mengikut telunjuk pemimpin PKR kerana kuasa melantik exco Selangor bukan terletak kepada parti berkenaan.
Selain wakil PKR, turut dijemput ke perasmian Muktamar PAS hari ini ialah Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan.
Turut hadir ialah Datin Tuan Sabariah Tuan Isyak yang merupakan isteri bekas mursyidul am PAS dan menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Barisan pemimpin dan perwakilan PAS menyambut kedatangan wakil pemimpin parti politik lain, termasuk PKR ke muktamar kali ini dengan hati terbuka.

PAS Kesal Dengan Sikap Parti Politik Yang Menentang Agenda Islam


KOTA SARANG SEMUT, 29 April – PAS kesal dengan parti politik yang berlumba-lumba menentang agenda meninggikan syariat Islam.
“Apa yang kita kesalkan ialah, ada juga dikalangan parti politik yang berlumba-lumba untuk menjadi penentang agenda meninggikan syiar Islam di kalangan rakyat beragama Islam dalam negara kita ini.” kata Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Tegas beliau lagi, parti-parti politik ini saling cabar-mencabar siapa yang lebih dahulu dan paling kuat menentang syiar Islam.
Ini berikutan penentangan hebat daripada parti-parti politik yang menentang Rang Undang-Undang 355 yang berjaya dibentangkan di parlimen pada awal April yang lalu.

Tidak wajar kenakan cukai kepada rakyat - Mufti Perak

Harussani Zakaria Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berpendapat, pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak sewajarnya dikenakan kepada rakyat negara ini berikutan kaedah tersebut hanya membebankan.
Beliau berkata, kaedah pencukaian sebenarnya tidak wujud dalam hukum syarak dan kerajaan tidak sewajarnya mengenakan GST kepada rakyat yang terbeban dengan pelaksanaan itu bagi memberi keuntungan kepada negara.
“Walaupun ia menguntungkan kerajaan, namun ia telah membebankan rakyat dan kaedahnya adalah tidak kena,” katanya, semalam.
Harussani berkata, sekiranya kerajaan ingin melaksanakan GST, ia sewajarnya hanya dikenakan kepada peniaga tanpa melibatkan rakyat negara ini.
“Jika nak laksanakan GST, sewajarnya ia dikenakan kepada golongan peniaga dan usahawan.
“Jangan kenakan kepada pembeli kerana mereka akan semakin terbeban dengan pelaksanaan oleh kerajaan ini,” katanya.

MT UMNO: Tindakan PAS putuskan hubungan dengan PKR tepat

HULU TERENGGANU - Keputusan Pas memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR bukan sahaja satu tindakan tepat tetapi sudah pun dijangka berikutan percanggahan serta ketidaksehaluan matlamat perjuangan antara kedua-dua parti berkenaan.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, ia juga menunjukkan Pas mulai sedar yang selama ini hanya diperalatkan rakan politik mereka apatah lagi perjuangan PKR lebih kurang sama sahaja dengan DAP.
Tajuddin Abdul Rahman “Sejak dari awal lagi, kita telah lihat perjuangan antara kedua-dua parti politik ini berbeza. Jika  agenda Pas memperjuangkan agama Islam. PKR  pula seperti DAP yang mahukan kesamarataan agama serta agenda bukan Melayu.
“Macam mana hendak bersama menjayakan matlamat perjuangan jika ia tidak sama. Eloklah Pas putuskan tahaluf siyasi kerana mereka telah sedar, ‘sesat dihujung jalan balik ke pangkal jalan, lebih baik daripada terus sesat’.
“Perjuangan PKR dilihat sama dengan DAP ekoran 80 peratus ahli PKR adalah bukan Melayu dan lebih ke arah agenda bukan Melayu serta bukan Islam, cuma ada 20 peratus sahaja ahli PKR adalah orang Melayu. Macam mana hendak tentukan halatuju.
“Disebabkan takut hilang sokongan politik daripada kaum lain, pemimpin-pemimpin Melayu PKR selalu liberal dalam ucapan atau ceramah mereka, kata-kata itu sebenarnya tanda-tanda mereka (pemimpin Melayu PKR) tunduk kepada ahli yang ramai,” katanya.

MALAPETAKA 1MDB RANGSANGAN TERBAIK KE ARAH PERUBAHAN

Dalam kita meluangkan banyak masa menyaksikan pelbagai berita yang muncul di Muktamar Pas kali ini, kita seharusnya tidak lupa tentang skandal 1MDB yang boleh dikata suatu malapetaka besar kepada negara.

Secara realitinya, isu 1MDB tidak akan padam selagi pengkhianat-pengkhianatnya tidak dibawa ke muka pengadilan, tetapi dalam masa yang sama rakyat akan cuba dikesampingkan atau dilalaikan daripada membicarakan, apatah lagi mengingatinya.

Sementara satu demi satu perkembangan baru muncul  mutakhir ini yang menyerlahkan hakikat bahawa lagi banyak mahu ditutup, lagi banyak benda baru yang timbul, peranan kita yang sebaiknya ialah terus menyedarkan seberapa boleh dan tanpa henti kepada rakyat tentang hakikat sebenar buruknya 1MDB itu.
Untuk itu, saya kongsikan kembali di blog ini beberapa coretan yang saya paparkan di dinding FB dalam sehari dua ini mengenai perkara terbaru yang muncul berkaitan1MDB itu.

Dalam masa yang sama, munculnya isu-isu terbaru tentang 1MDB itu dan dicampur dengan pelbagai perkara lama, di Malaysia serta di Amerika Syarikat, United Kingdom, Switzerland, Hong Kong, Luxembourg, Australia, Scotland dan terbaru Italy, hakikatnya syarikat pelaburan itu adalah ciptaan yang benar-benar memalukan kita.
Mudah-mudahan juga lebih menginsafi betapa kita sebagai pembayar cukai, sebenarnya sentiasa atau setidak-tidaknya banyak sekali, dicurangi oleh mereka yang bergelar pemimpin.
Tetapi, selagi namanya demokrasi, kita bukan saja boleh menaikkan pemimpin ke mercu kuasa atau setelah mereka menjadi pemimpin, menyaksikan kecurangan itu berlaku, sebaliknya  juga mampu menurunkan mereka.  

AMANAH: Jika PAS ada maruah, tarik diri dari k'jaan PH S'gor

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH), Faiz Fadzil berkata jika PAS mempunyai maruah, ia harus bersedia menarik diri daripada pentadbiran kerajaan Selangor selepas berusaha untuk memutuskan hubungan dengan PKR, yang memimpin kerajaan negeri itu.
"Janganlah masih mengintai bumbung rumah janda setelah bercerai," tambahnya.
Beliau mengingatkan PAS bahawa Sultan Selangor yang melantik ahli-ahli PAS dalam kabinet negeri.
Faiz mengingatkan demikian selepas Ketua Dewan Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata ahli exco parti itu dalam kerajaan Selangor tidak akan meletak jawatan walaupun PAS memutuskan hubungan dengan PKR kerana menurutnya, mereka dilantik oleh PAS, bukan PKR.
Faiz menyifatkan kenyataan Muhammad Khalil sebagai "begitu naif" tanpa merujuk kepada peruntukan undang-undang.
"Lantikan exco dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor atas nasihat Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali sepertimana diperuntukkan Perkara LIII (53) Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959.
"Perkara LV (55) pula memperuntukkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan bertindak di atas nasihat salah seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri iaitu menteri besar dalam konteks perlantikan exco," katanya.
Justeru, katanya, secara praktikal dan konvensyen, ketiga-tiga exco tersebut dilantik oleh menteri besar dan bukannya PAS.
"Atas dasar inilah, empat orang exco PAS dikurangkan kepada tiga orang setelah Datuk Seri Azmin dilantik sebagai menteri besar dan tiada bantahan oleh PAS ketika itu," katanya.

Apakah isu panas berterusan dalam sesi utama Muktamar PAS ke 63?

Muktamar Tahunan PAS ke-63 dipanaskan dengan pelbagai isu ketika sidang muktamar dewan-dewan yang diadakan pada hari Khamis dan Jumaat.
Antara isu 'panas' ketika sidang muktamar dewan-dewan apabila seorang pemimpin ulama PAS negeri melaungkan 'Jahanam PAN' selepas beliau memimpin bacaan ikrar.
Turut menjadi topik hangat ialah apabila terdapat perwakilan-perwakilan yang terus menerus 'menghentam' PKR.
Terdapat juga perwakilanmenggesa agar pimpinan tertinggi parti memberi kata putus sama ada untuk terus bersama atau 'bercerai' dengan PKR.
Hampir kesemua sayap dewan - Dewan Ulama, Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda - menyentuh isu sama ada untuk meneruskan tahaluf siyasi dengan PKR.
Jadi, tumpuan adalah kepada sesi utama Muktamar Tahunan PAS yang bermula hari ini hingga Isnin, sama ada isu-isu akan terus berlanjutan. Muktamar kali ini berlangsung di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Kedah.
Malam tadi, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara tertutup mengingatkan pimpinan dan perwakilan agar tidak bercakap tentang isu sensitif.
Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan, Abdul Hadi memberi peringatan itu supaya perwakilan dan pimpinan tidak bercakap perkara yang boleh merugikan parti terutama menjelang pilihan raya umum akan datang.
"Jadi perkara itu (telah) diarahkan dan ia tak boleh banyak dipersoalkan," katanya kepada pemberita malam tadi.
Persoalannya berkaitan peringatan presiden PAS itu akan terjawab dalam sesi utama yang bermula hari ini.

Ini pula kereta milik ahli politik BN…

Minggu lepas, FMT menyenaraikan kereta yang dipakai sejumlah ahli politik pembangkang. Bagaimana pula pemimpin parti pemerintah?
bn-cars-1PETALING JAYA: Kereta sememangnya menjadi cerminan gaya hidup seseorang, dan bagi ahli politik, tersilap “memilih” kereta boleh merosakkan imej mereka.
Misalnya Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali yang dikritik hebat selepas terdedah tindakannya menghadiahkan kereta mewah Audi Q7 – yang berharga kira-kira setengah juta ringgit – kepada isteri.
Gaya hidup Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly yang memiliki beberapa kereta mewah, selain rumah banglo, menyebabkan ramai yang tertanya-tanya punca pendapatannya sehingga menyebabkan laporan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat ke atasnya.
Beliau kini didakwa berbohong kepada SPRM yang menjalankan siasatan ke atas kekayaannya.
Bagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low berkata, kereta merupakan simbol status dan antara perkara pertama yang dibeli kebanyakan orang jika memiliki wang.
“Tetapi perlu ingat, bukan semua yang mendaftarnya atas nama sendiri. Ada pelbagai cara, seperti memakai nama ahli keluarga dan syarikat,” katanya yang menjaga hal-ehwal integriti, ketika dihubungi.
Pada 19 April lalu, FMT menyiarkan senarai kereta dimiliki sejumlah ahli politik pembangkang.
Kali ini, kami menghubungi beberapa ahli politik Barisan Nasional. Ini daripada mereka yang menjawab pertanyaan kami.
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Timbalan Menteri Luar dan Ahli Majlis Tertinggi Umno: Saya memiliki sebuah Audi Q7, selain kereta rasmi kerajaan. Biasanya saya gunakan pada waktu malam, ketika pemandu sudah tidak bertugas.
Datuk Sim Kui Hian, Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak dan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP): Saya memakai kereta rasmi kerajaan negeri, BMW (model tidak terperinci). Kereta milik peribadi pula Honda City (2016) dan Toyota Vellfire (2011).
Datuk Nawawi Ahmad, Ahli Parlimen Langkawi dan Ketua Umno Bahagian Langkawi: Hanya sebuah kereta didaftar bawah nama saya, Toyota Vellfire. Memang saya gunakan sebuah ini sahaja.
Datuk Liang Teck Meng, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Setiausaha Agung Gerakan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN): Kereta peribadi milik saya adalah Volvo XC60 yang dibeli pada 2013. Selain itu, kereta yang didaftarkan dengan nama saya adalah Toyota Estima untuk kegunaan keluarga, dan Proton Saga untuk kerja di kawasan. Kedua-duanya dibeli 11 tahun lalu.
Datuk Seri Jamal Yunos, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar: Sekarang saya pakai Toyota Land Cruiser. Saya pakai kereta tidak lama, biasanya selepas setahun saya akan jual. Saya memang ada perniagaan kereta, lebih 10 tahun dan sebelum menyertai politik.
Datuk Johan Abdul Aziz, Adun Semenyih dan Setiausaha Umno Selangor: Sudah hampir 3 tahun saya pakai Toyota Fortuner (2015).

ORANG MELAYU DALAM BAHAYA KALAU MEMILIH NAJIB DAN UMNO


Sebelum saya meneruskan tulisan, saya ingin menyertai jutaan rakyat Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga Mohd Thaqif Amin.
Kanak2 ini meninggal dunia setelah menjalani pembedahan keatas kedua kaki nya. Saya harap kita jangan mempolitikkan perkara ini. Ini kes pembunuhan atau mencedera menyampai kepada kematian. Pihak polis mesti dibenarkan menyiasat sepenuh nya.
Dalam pada itu sekolah itu sendiri patut ditutup sementara. Ikutlah undang2 dan tuntutan kepatutan. Kalau dinegara barat, sekolah ini akan ditutup untuk jangka waktu yang tidak ditetapkan. Ibu bapa yang lain berhak bertanyakan kebajikan anak2 mereka. Ada sebab untuk risau dan runsing.
Kepada kita, amat menyedihkan jika yang muda daripada kita, kerana sakit atau dalam kes seperti ini pergi dahulu dari kita yang tua. Saya amat faham perasaan yang dilalui oleh keluarga arwah Mohd Thaqif Amin. Tidak ada yang meyedihkan seorang bapa atau ibu daripada melihat anaknya pergi dahulu. Semoga Allah mencucuri rahmatNya kepada roh Mohd Thaqif.
Sepatutnya sekarang kita baca talqin keatas kerajaan Najib, bukan Mohd Thaqif. Bagaimana dia boleh bertahan lagi? Kerajaan nya penuh dengan gangrene rasuah. Rasuah menular kesegala genap lapisan pembuat keputusan.
Habis segala wang dan asset negara dicuri. Segala pelabuhan, jalan keretapi – yakni asset2 stratejik akan dikontrol oleh China. Asset2 yang stratejik ialah segala yang memberi kelebihan kepada kita. Apabila asset2 ini dikuasai oleh orang lain, maka kelebihan kepada kita akan hilang. Hilang kelebihan, kita tinggal dengan kelemahan.
Teluk Sepanggar di Sabah misalnya akan dikuasai oleh China. 2 kapal selam kita yang entah bagaimana tahap kesiapsiagaan nya tidak boleh beroperasi bebas jika teluk itu dan perairan sekitarnya, dikuasai oleh China.
Dengan banyak nya pelabuhan yang dibina oleh China, tentulah mereka nanti mahu melindungi harta2 ini. Mereka tidak akan percaya kepada kapasiti perlindungan Malaysia akan membawa ejensi perlindungan mereka sendiri. Mungkin bawa tentera atau menggunakan ejensi sekuriti sendiri. Najib yang termakan budi akan menggadai body.
Jangan kita hairan China akan meminta Malaysia kebenaran menjaga dan melindungi pelaburan mereka yang berbilion Ringgit itu. China tahu bahawa segala institusi di Malaysia sudah dimusnahkan oleh rasuah dan sudah di compromised.
Tapi hanya beberapa minggu lalu, saya macam para pembaca juga. Dengar cakap besar presiden UMNO didepan cybertrooper. Dia kata dia tidak takut dengan Mahathir, Kit Siang dan Rafizi. Tapi seperti yang saya kata, ini lah dia orang yang menciput lari bila mahu berdebat dengan Mahathir. Mahathir 92 tahun lawan Najib 65 tahun.
Tapi dibelakang Mahathir bukan main hentam lagi orang tua. Ini bukan budaya Melayu. Tidak hormat dan muliakan orang tua. Jka kita membuang Najib, kita tidak akan kerugian apa2 sebab dia kurang keMelayuan nya.
Saya sudah beritahu, hari ini kita berdepan dengan dua ideologi fascism. Fascism yang dimulakan di Itali oleh Mussolini ialah suatu system pemerintahan dimana kuasa terhimpun kepada seorang dictator. Atau suatu ekonomi yang tertakluk kepada kawalan2 kerajaan, penindasan keatas pembangkang. Dan biasanya ia suatu system pemerintahan yang bersandarkan ketuanan bangsa dan ketuanan agama.
Inilah apa yang terjadi kepada Malaysia dengan berPMkan Najib. Kita menuju kepada negara fascist.
Pertama ialah ketuanan Melayu. Kedua ialah ketuanan Islam. Melayu tidak ada masaalah. Yang bermasaalah ialah ketuanan. Islam pun tidak ada masaalah. Yang masaalah ialah ketuanan itu.
Kedua dua nya, berasaskan kepercayaan yang tidak rasional. Ketulenan Melayu hanya boleh dijamin dengan bermusuhan dengan segala bangsa lain yang dirasa sebagai ancaman kepada ketulenan tersebut. Melayu itu dikatakan diancam oleh peningkatan kuasa politik orang Cina. Orang Cina ancam kedudukan orang Melayu, agama orang Melayu dan institusi raja Melayu.
Demikian juga, Islam dikatakan terancam dengan orang bukan Islam  terutama bangsa cina di Malaysia.
Orang yang berfikiran rasional, terdiri dalam majority orang Melayu juga, menolak penceritaan UMNO. Sebab ianya bercanggah dengan reality politik Negara ini.
Pertama demografi orang Melayu. Mereka merupakan bangsa majority dan mana2 kerajaan yang anti orang Melayu akan ditumpaskan. Mustahil parti2 yang mewakili bangsa Cina dapat mengatasi demografi orang Melayu. Lama kelamaan demografi orang Melayu semakin kukuh. Pada tahun 2035, jumlah orang Melayu ketika itu mencecah 85%.
Jadi bagaimana kuasa politik orang Melayu digugat?
Yang bertanggung jawab keatas keadaan ekonomi orang Melayu misalnya ialah kerajaan. Mereka ada kuasa dan menguasai perbendaharaan. Segala kemajuan dan pemajuan, kerajaan lah yang menjalankan nya. Jika perjalanan nya pincang, yang menyebabkan kepincangan itu ialah kerajaan yang dikuasai oleh orang Melayu. Pemerintah yang tidak amanah, berketuakan pencuri, tidak jujur, lembab dan rasuah.
Cuba kita bandingkan kualiti kerajaan yang ada di Selangor dan Pulau Pinang. Negeri ini tidak berkerajaankan UMNO, tapi ekonomi mereka yang terbaik di Malaysia. Orang Melayu yang tinggal dalam dua negeri tersebut menikmati kebajikan ekonomi yang lebih baik berbanding dengan negeri2 yang ditadbir oleh UMNO.
Apa ertinya ini? Ertnya, kualiti kerajaan UMNO lebih rendah dari kualiti kerajaan di Pulau Pinang dan Selangor. Tahap kepedulian kerajaan terhadap kebajikan orang Melayu dalam dua negeri tersebut lebih tinggi dari yang ada dalam negeri2 yang dikuasai oleh kerajaan UNMNO.

‘Usul putus hubungan bukti formula politik pembangkang amat rapuh’ - Annuar Musa

Annuar Musa menyelar tindakan sesetengah pemimpin pembangkang yang mengkritik usul PAS, sebaliknya mereka perlu menghormati pendirian parti Islam itu.
annuar-musaTEMERLOH: Tindakan PAS menamatkan kerjasama dengan PKR membuktikan formula politik pembangkang yang berasaskan kepada mengambil peluang berdasarkan politik kebencian dan “musuh bersama” sebagai sesuatu yang amat rapuh.
Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, formula itu perlu dielakkan di negara ini kerana kestabilan merupakan perkara paling utama diperlukan rakyat, selain sebuah kerajaan yang mampu mengotakan janji dan mentadbir secara baik.
“Formula itu bukan formula yang mampan untuk memberi pembelaan kepada rakyat dan kita telah melihatnya berlaku berkali-kali. Formula pembangkang adalah formula yang amat rapuh.
“Kalau tiada kestabilan, ertinya mereka tidak boleh melaksanakannya. Mereka terus mencari-cari satu formula dalam hubungan dan politik mereka,” katanya selepas menghadiri program Ceramah Rakyat Parlimen Temerloh bertemakan “Negaraku Generasiku” di Mentakab, semalam.
Ahli Parlimen Ketereh itu berkata demikian semasa diminta mengulas keputusan Muktamar Dewan Ulama PAS kelmarin, yang meluluskan tanpa bahas usul memutuskan tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan PKR.
Annuar juga melihat keputusan itu akan membawa perubahan kepada landskap politik negara kerana PAS menjadi “kuasa ke-3″ selepas Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan serta perlu bergerak sendirian selepas memutuskan hubungan dengan sekutu mereka sebelum ini, iaitu DAP, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Annuar juga menyelar tindakan sesetengah pemimpin pembangkang mengkritik tindakan PAS itu dan menyifatkan mereka seharusnya menghormati pendirian PAS memandangkan setiap parti politik berhak membuat keputusan sendiri.

Putus Tahaluf, PKR Tiada Hak Untuk Desak PAS Tinggalkan Kerajaan Negeri Selangor


ALOR SETAR, 28 April 2017 – Usul untuk PAS memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) diterima oleh seluruh perwakilan Dewan Pemuda PAS Malaysia sebulat suara dengan disambut tiga kali laungan Takbir di Dewan Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut pagi tadi.
Muktamar kali ini menjadi tumpuan media seluruh negara kerana nasib sebuah kerajaan Negeri akan ditentukan oleh Muktamar PAS kali ini setelah usul-usul yang sama diterima melalui kebanyakan Negeri termasuk juga Negeri Selangor agar kerjasama politik dengan PKR ini ditamatkan.
“Pengkhianatan paling besar PKR bila mereka bekerjasama membantu calon PAN semasa PRK Sungai Besar tahun lepas” ujar Ustaz Hanafi Zulkapli Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor.
Pembahas perwakilan pemuda dari Selangor Ustaz Muhammad Shukri Omar yang juga merupakan Ketua Penerangan Pemuda PAS Selangor pagi tadi menjadi tumpuan setelah menyatakan pendirian Pemuda PAS Selangor untuk menolak PKR sebagai rakan tahaluf setelah pengkhianatan yang berterusan dilakukan oleh PKR.
Setelah selesai sahaja perbahasan tersebut, Saifudin Nasution Ismail, Setiausaha PKR dipetik telah mengeluarkan kenyataan “kalau putus sila keluar dari kerajaan” merujuk pada status Pakatan Rakyat yang dibentuk sebelum ini bersama PAS di dalam kerajaan Negeri Selangor.
Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor Ustaz Syarhan Humaizi pula dalam memberi respon kenyataan tersebut menyatakan “mandat PAS dalam kerajaan Selangor yang ada pada hari ni adalah hasil PRU 13, ini mandat rakyat apa hak PKR nak suruh keluar dari kerajaan”.
Sebelum itu Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat semalam juga sebulat suara bersetuju untuk putus hubungan tahaluf dengan PKR, dengan tertakluk kepada keputusan Majlis Syura. Usul putus dengan PKR dilihat menjadi usul yang paling banyak dikemukakan dalam sejarah muktamar PAS dan ia membuktikan suara akar umbi PAS yang sangat jelik dan muak dengan tindakan-tindakan PKR sebelum ini.
Menjadi persoalan kini adalah nasib kerajaan negeri Selangor yang sehingga kini PAS masih berkongsi kuasa dengan PKR malah DAP juga. “Namun andai keputusan PAS Pusat minta supaya PAS Selangor perlu keluar dari kerajaan, secara jelas tidak ada masalah langsung untuk kita keluar dari Kerajaan bahkan kita bukan gila kuasa sehingga sanggup melanggari arahan pimpinan PAS Pusat” tambah Syarhan lagi dalam respon beliau terhadap kenyataan Saifudin.
Sekali lagi masa depan agama dan kestabilan negeri menjadi persoalan dalam pemikiran rakyat, walaupun begitu Ketua Pemuda PAS Serdang yang juga Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Negeri Selangor, Saudara Rosli Jusoh berpendapat “putus dengan PKR sama seperti mana putus tahaluf dengan DAP sebelum ini, ia septutnya tidak menjejaskan kerajaan negeri jika mereka mengutamakan rakyat” kata beliau. PAS kini memegang tiga exco utama dalam negeri Selangor.