Jumaat, 28 April 2017

Tahaluf Siyasi: PKR tunggu keputusan muktamad Pas

 Wan Azizah Wan Ismail PKR masih menunggu keputusan muktamad Pas untuk tahaluf siyasi dengan parti itu sebelum memutuskan sebarang tindakan.
Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihaknya sedia maklum Dewan Ulama telah bersepakat membuat keputusan itu, namun ia masih belum diputuskan oleh Majlis Syura Ulama Pas.
"Kita lihat dahulu apa keputusan Majlis Syura," katanya
"Adakah keputusan ini akan memberi kesan terhadap PKR, Pas di Selangor.
"Dari segi kerja, tiada masalah. Cuma dari segi polisi perlu tunggu keputusan muktamar," katanya.
Pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas Ke-56 di dewan Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU) di Alor Setar semalam, Muktamar Dewan Ulama Pas bersetuju untuk mengusulkan agar tahaluf siyasi antara Pas dan PKR diputuskan.
Usul itu kemudian mendapat persetujuan sebulat suara perwakilan namun ia tertakluk pada keputusan Majlis Syura Ulama menurut peruntukan Perlembagaan Pas.

Musuh sendiri kuatkan Pas - Khalil Abdul Hadi

Pimpinan baharu Pemuda Pas gesa Majlis Syura kaji isu PKR

Khalil: Ada parti lain bakal sertai Pas?

Tak ada sebab exco Pas Selangor ikut telunjuk PKR - Khalil Abdul Hadi

Sudi terima ahli Amanah nak kembali kepada Pas

Ramai tokoh korporat sokong Pas: Tuan Ibrahim

Biar rakyat nilai sendiri kejayaan Pas: Tuan Ibrahim

TALAK 3: HAHAHAHAHA...TAK TAHU BILA KETAWA INI MAHU BERHENTI!!

Ketua Pemuda Pas baru, Mohd Khalil Hadi iaitu anak Hadi Awang berkata, Exco Selangor tidak perlu meletakkan jawatan, meskipun jika parti itu memutuskan hubungannya dengan PKR.

Kata beliau, tiga jawatan Exco Kerajaan Negeri yang disandang oleh Pas ketika ini bukanlah lantikan PKR, malah kerusi PKR juga kurang berbanding Pas.

Sebagai rujukan, dalam PRU 2013 lalu, DAP menang 15 kerusi, Pas 15 kerusi, PKR 14 kerusi dan BN 12 kerusi. Jumlah keseluruhan kerusi DUN di Selangor ialah 56.

Bagaimanapun, berikutan bekas Menteri Besar, Khalid Ibrahim kini menjadi Adun Bebas, kerusi PKR tinggal 13 dan manakala dua Adun Pas iaitu Shaari Sungib dan Hasnul Baharuddin pula menyertai Amanah, kerusi Pas juga tinggal 13.

Kedudukan semasa kerusi di Selangor ialah DAP 15, PKR 13, Pas 13, BN 12,  Amanah 2 dan Bebas 1.

Mohd Khalid menambah lagi, "Exco PAS bukan lantikan oleh PKR dan DAP,  jadi mereka perlu meneruskan tugas masing-masing untuk rakyat."

"Tidak mustahil untuk Exco PAS bekerja dalam kerajaan negeri Selangor walaupun tanpa hubungan dengan PKR atau DAP iaitu satu lagi parti yang ada dalam kerajaan negeri.

"Setiap parti akan bekerja untuk kawasan masing-masing mengikut tanggungjawab yang diberikan oleh parti," tambah beliau.

Sejujurnya, saya tidak mampu berkata apa-apa atas kenyataan Mohd Khalil ini, selain ketawa, ketawa dan akan terus ketawa.

Hahahahahahahaha....

Ibarat kata, orang dah bercerai tapi masih mahu duduk serumah dengan bekas isteri...hahahahahahaha....

Nampaknya juga terlalu tinggi tahap pemikiran Ketua Pemuda Pas yang baru ini, kalah Nik Abduh Nik Aziz dibuatnya.

Oleh itu, kepada semua pembaca budiman dalam blog ini, tolonglah beri komen, reaksi dan maklum balas terhadap apa yang disebut oleh Mohd Khalil itu. 

Tolonglah saya, kali ini saya tidak mampu berkata apa-apa, selain ketawa saja.

Hahahahahahahaha...hahahahaha...hahahahahaha....tak tahu bila akan berhenti ketawa ini!!

Ayuh! rakyat tukar kerajaan bersama PH jika Pas tidak berminat


Mohd Sany Hamzan Mohd Sany Hamzan Rentetan kenyataan pimpinan Pas ketika ini menggambarkan parti itu tidak berminat untuk membuat perubahan terhadap pentadbiran negara, maka Pemuda Amanah Nasional mengajak rakyat bersama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk menumbangkaan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Ini termasuklah kenyataan Presiden Pas, Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang mengajak rakyat memilih sama ada Pas atau Umno dan menolak parti-parti yang lain.
Terbaru, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Ahmad Yaacob ketika Muktamar Tahunan Dewan Ulamak Pas Pusat di Kedah semalam berkata, tidak ada gunanya menjatuhkan kerajaan sekarang yang dipimpin BN.
Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian dengan memberi gambaran yang sangat negatif dengan mengatakan parti sekular sosialis akan memerintah sekiranya BN dijatuhkan.
Justeru Ketua Pemuda Amanah Nasional  Mohd Sany Hamzan berpandangan, tindakan Pas menakut-nakutkan rakyat untuk membuat perubahan hanya memberi nafas kepada BN untuk terus berkuasa sebagai pemerintgah.
"Pas tidak sewajarnya membuat persepsi jijik demi menggagalkan hasrat rakyat untuk membuat perubahan.
"Dalam keadaan negara dihantui krisis pentadbiran dan skandal besar, ditambah lagi hambatan ekonomi yang tenat, sewajarnya Pas sebagai parti yang meletakkan Islam sebagai dasar haruslah lebih mengetahui tuntutan menyelamatkan negara.
"Tidak sewajarnya Pas memberi nyawa kepada Barisan Nasional dengan memburukkan serta mewujudkan persepsi negatif terhadap parti-parti pembangkang," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Kata Mohd Sany lagi, hari ini nada serta pendekatan pimpinan Pas dakwanya adalah selari dengan pengumuman parti itu sebelum ini yang mengatakan akan bertanding kira-kira 80 kerusi parlimen secara bersendirian.
"Angka itu sudah menzahirkan bahawa sangat mustahil untuk parti itu memimpin negara sebaliknya hanya bertindak sebagai pihak ketiga yang mampu mengganggu kelestarian untuk melihat satu pentadbiran baharu dibina.

Rafizi: Mana Pemuda PAS ketika saya dedah rasuah?

Menjawab ancaman 'digulingkan' PAS di Parlimen Pandan, Rafizi juga berkata beliau menerima sokongan Melayu yang lebih tinggi berbanding PAS pada PRU lalu.
rafizi-ramli_pas_6001
PETALING JAYA: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini membalas serangan Pemuda PAS Selangor terhadapnya, dengan mempersoalkan mereka yang menurut beliau tidak membantunya mendedahkan salah laku kerajaan.
Malah Ahli Parlimen Pandan itu berkata pemimpin PAS lebih sanggup “menerima wang rakyat terus dari perdana menteri”, mengulangi dakwaannya sebelum ini berhubung bekas Timbalan Presiden PAS Datuk Nasharuddin Mat Isa menerima wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menyifatkan kenyataan Pemuda PAS sebagai lucu, Rafizi tiada masalah menyahut cabaran mereka jika tidak dihadapkan ke mahkamah.
Rafizi tidak dapat bertanding pada PRU akan datang selepas dikenakan hukuman penjara 1 setengah tahun. Pada 2016, Rafizi didapati bersalah mendedahkan dokumen di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) berkaitan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
“Kalaulah Pemuda PAS sama-sama membantu saya menjalankan amanah melawan penyelewengan membabitkan Datuk Seri Najib Razak, mungkin mereka bersama-sama saya dalam kandang tertuduh.
“Mungkin juga tugas ini dapat diagih-agihkan agar tidaklah saya terpaksa berdepan sehingga 12 kes mahkamah kerana ada pemuda PAS yang berani juga membongkarkan penyelewengan dan rasuah dan berdepan hukuman penjara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas cabaran pembahas perwakilan Pemuda PAS Selangor Mohamed Sukri Omar di muktamar parti pagi tadi, yang mengancam akan “menggulingkan” Rafizi dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada pilihan raya akan datang.
“Adalah sangat lucu apabila Pemuda PAS mencabar saya bertanding di Pandan kerana saya bukannya takut atau mahu lari ke mana-mana,” katanya.
Mohamed Sukri melontarkan cabaran itu kerana merasakan mereka berdua sering menyerang partinya. Beliau juga percaya Rafizi dan Azmin mungkin tewas di kawasan masing-masing tanpa bantuan jentera PAS.
Rafizi mengingatkan yang beliau mendapat kemenangan dengan majoriti besar berbanding ahli Parlimen PAS.

Putus hubungan dengan PKR tapi tidak perlu letak jawatan di Selangor sembang Pemuda PAS

Muhammad Khalil Abdul Had (tengah)  dalam ketika mendengar ucapan Perwakilan pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Pusat kali ke-58 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut hari ini-Foto Bernama.Muhammad Khalil Abdul Had (tengah) dalam ketika mendengar ucapan Perwakilan pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Pusat kali ke-58 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut hari ini-Foto Bernama.'Sembang kencang' Pas sempena perhimpunan agung tahunan parti itu yang mahu memutuskan hubungan dengan PKR tidaklah sampai ke tahap angkat kaki daripada kerajaan negeri Selangor.
Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, pimpinan Pas di negeri itu tidak perlu berbuat demikian walaupun Pas memuktamadkan berakhirnya kerjasama politik dengan PKR.
Anak Presiden Pas yang menduduki jawatan berkenaan selepas menang tanpa bertanding itu mendakwa bukannya PKR atau DAP melantik exco dalam kerajaan negeri Selangor.
"Ahli-ahli jawatankuasa eksekutif (exco) dalam kerajaan negeri Selangor tidak dilantik oleh PKR atau DAP.
"Mereka dilantik oleh Pas, jadi tidak ada keperluan bagi mereka untuk meletak jawatan jika kami putuskan hubungan dengan PKR," katanya pada sidang media sulungnya di Alor Setar, hari ini.
Terdapat tiga anggota exco daripada Pas dalam kerajaan negeri Selangor iaitu Datuk Iskandar Abdul Samad yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar.
Dua lagi ialah Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang menjadi Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi serta Exco Infrastruktur Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib.
Mengulas lanjut gesaan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini supaya pimpinan Pas meletak jawatan jika memutuskan hubungan dengan parti tersebut, Khalil berkata, exco Pas di Selangor perlu kekal dalam jawatan untuk melaksanakan mandat rakyat.
"Kami bekerja untuk rakyat, dan bukan untuk parti dan mereka perlu menjalankan amanat parti itu, tidak perlu mengendahkan permintaan PKR," tambahnya lagi.

Pemuda PAS sembang akan ‘tendang’ pemimpin terima dana Umno

Seorang perwakilan Pemuda PAS Selangor berkata, tidak mungkin pemimpin mereka menerima dana daripada Umno kerana ada di kalangan pemimpin mereka yang menggunakan kereta dengan butang penyaman udara sudah tercabut.
Mohamed-Sukri-OmarALOR SETAR: Jika benar ada pemimpin PAS yang menerima dana daripada Umno, sayap Pemuda parti Islam itu tidak akan teragak-agak “menendang keluar” individu terbabit, kata perwakilan Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar.
“Kalau benar pemimpin kita terima duit dari Umno, perwakilan Pemuda paling awal akan keluarkan mereka dari barisan pimpinan kerana kita mengharamkan mereka memerangi agama Allah dan harta mereka untuk membantu perjuangan,” katanya ketika membahas ucaptama ketua Pemudanya pada muktamar sayap itu di Kompleks PAS Kedah, hari ini.
Beliau yang menolak sekeras-kerasnya dakwaan pemimpin parti itu menerima dana daripada Umno, termasuk tuduhan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mengaitkan dana 1MDB dengan partinya, yakin tiada pemimpin PAS yang menerima dana daripada Umno.
“Daripada kalangan pemimpin kita, kita boleh lihat ada kereta yang button air cond (penyaman udara) tercabut, mana mungkin pimpinan kita nak terima duit dari Umno,” katanya menjawab dakwaan Rafizi yang bekas timbalan presiden PAS, Datuk Nasharudin Mat Isa pernah menerima dana berkaitan 1MDB.

‘Kami akan guling Azmin, Rafizi jika terus sindir PAS’ ugut Pemuda PAS

Perwakilan Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, tanpa bantuan jentera PAS pada PRU13, Mohamed Azmin Ali dan Rafizi Ramli mungkin sukar memenangi kerusi Parlimen Gombak serta Pandan.
BM_18ALOR SETAR: Pemuda PAS hari ini memberi amaran keras akan “menggulingkan” Rafizi Ramli dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), jika 2 pemimpin PKR itu terus menyindir dan menyerang parti itu.
Perwakilan Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, tanpa bantuan jentera PAS pada PRU lalu, Azmin dan Rafizi mungkin sukar memenangi kerusi Parlimen Gombak serta Pandan.
“Saya ingatkan Rafizi, kalau terus-menerus menyerang kita dalam keadaan kita tidak gentar dengan hujah beliau, kalau Rafizi anak jantan, tempatkan diri di Parlimen Pandan pada PRU akan datang, barisan Pemuda Islam (PAS) yang akan lumpuh semangatnya.
“Demikian juga kepada menteri besar (Azmin), beliau boleh gelar kita lebai, ingat kalau tanpa jentera (PAS) yang bantu, kerusi (Parlimen Gombak) menteri besar akan menjadi kerusi penggal terakhir buat menteri besar Selangor itu,” katanya ketika membahas ucaptama ketua Pemudanya pada muktamar sayap itu di Kompleks PAS Kedah, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas serangan Rafizi secara berterusan kepada PAS dengan mendakwa dana berkait 1MDB yang didakwa dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut mengalir “kepada peguam tertentu” sebelum ia sampai kepada bekas timbalan presiden PAS, Datuk Nasharudin Mat Isa.
Azmin pula menerusi Twitternya menulis “Ada tok lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur” pada 21 Mac lalu, dipercayai sebagai reaksi kepada kenyataan Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz yang tewas dalam pemilihan kawasan Pengkalan Chepa untuk jawatan timbalan yang dipertua PAS kawasan berkenaan.
Nik Abduh sebelum itu mengesahkan PAS mahu menawan Selangor, selepas video memaparkan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyasarkan negeri itu selain Kelantan, Terengganu, Kedah serta Perak.

Pemuda PAS lulus usul ‘cerai talak 3’ dengan PKR

Usul itu dibawakan Perwakilan Pemuda PAS Terengganu, Abdul Rahman Che Mat berdasarkan sikap PKR terus menyerang dan tidak menghormati parti Islam itu sebagai rakan tahaluf siyasinya.
Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat 2017-2019 bergambar dengan AJK Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-58 yang berakhir hari ini. Turut berada dalam gambar ini ialah bekas ketua Pemuda PAS, Nik Muhamad Abduh Nik Aziz (dua dari kanan di baris pertama)
Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat 2017-2019 bergambar dengan AJK Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-58 yang berakhir hari ini. Turut berada dalam gambar ini ialah bekas ketua Pemuda PAS, Nik Muhamad Abduh Nik Aziz (dua dari kanan di barisan pertama)
ALOR SETAR: Selepas Dewan Ulama, kini giliran Pemuda PAS meluluskan usul menamatkan kerjasama dengan PKR.
Usul itu dibawakan Perwakilan Pemuda PAS Terengganu, Abdul Rahman Che Mat dan disokong Pemuda Shah Alam, sebelum ia diterima sebulat suara perwakilan tanpa bahas dan disahkan Timbalan Pengerusi Tetap, Dr Riduan Mohd Nor.
Rahman berkata, usul itu dikemukakan susulan sikap PKR terus menyerang dan tidak menghormati parti Islam itu sebagai rakan tahaluf siyasinya.
“Berlaku pelbagai jenis serangan dan tohmahan (oleh PKR) kepada batang tubuh presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Parti Islam SeMalaysia (PAS).
“Sebelum ini kita melakukan tahaluf siyasi dengan mereka dengan beberapa syarat yang ditetapkan dan berdasarkan syarat yang telah dilanggar, kami cadangkan untuk putuskan hubungan cerai talak tiga,” katanya ketika berucap pada Muktamar Pemuda PAS di Kompleks PAS kedah hari ini.
Keputusan disambut dengan laungan takbir daripada perwakilan.
Usul ini akan dibawa ke Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama yang mempunyai kata putus terakhir.
Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Usul, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali di Muktamar Dewan Ulama PAS mengumumkan usul memutuskan “tahaluf siyasi” (kerjasama politik) dengan PKR yang diluluskan tanpa bahas.
“Menyedari bahawa PKR telah melanggar begitu banyak syarat-syarat ‘tahaluf siyasi’ dengan PAS, maka Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat yang bersidang pada 27 April 2017 bersetuju untuk mengusulkan agar ‘tahaluf siyasi’ antara PAS dan PKR diputuskan tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulama,” menurut usul dikemukakan Dewan Ulama PAS Negeri Sembilan dan Perak.
Hari ini pula, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, PKR tidak terkejut, malah akan menghormati keputusan Muktamar PAS sekiranya menamatkan kerjasama dengan PKR, tetapi ia perlu disusuli peletakan jawatan adun PAS yang dilantik sebagai exco Selangor.

APA KATA PAS MULAKAN DENGAN EXCO SELANGOR HANTAR SURAT BERHENTI LEBIH DULU?

Dewan Ulama PAS dilaporkan telah bersetuju untuk membawa usul agar parti itu memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR dalam Muktamar Pas kali ini.
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Usul dewan tersebut,  Khairuddin Aman Razali berkata, oleh kerana menyedari terlalu banyak tahaluf siyasi dilanggar oleh PKR, mereka bersetuju dengan usul memutuskan hubungan itu.
Bagaimanapun, tambahnya, usul tersebut masih tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulama untuk membuat keputusan muktamad.
Dengan bernada sedikit cakap besar, Khairuddin juga berkata, “Kalau kita buka (undi) setuju (untuk putus), ramai akan setuju”.
Hmmmm…..
Dalam waktu yang sama, ramai perwakilan Dewan Ulama juga meluahkan pandangan dengan nada yang sama.
Menyoroti perkembangan itu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, Pas perlu membuat keputusan muktamad tentang tahaluf siyasi dan kedudukan mereka dalam kerajaan negeri Selangor sekarang ini.
“Saya sentiasa memantau perjalanan Muktamar PAS memandangkan ia berkait dengan strategi PKR dan Pakatan Harapan dalam PRU14 akan datang.
“Tambahan pula, sebarang keputusan PAS mengenai tahaluf siyasi dengan PKR akan ada kesan kepada penyertaan PAS dalam Kerajaan Selangor.
“Saya juga ambil maklum usul yang diluluskan tanpa bahas oleh Dewan Ulama PAS dan tidak terkejut jika usul yang serupa akan terus diluluskan sepanjang berlangsungnya Muktamar PAS,” ujar beliau lagi.
Maka, apa perlu Pas buat sekarang?
Bawa usul, bahas, kutuk sana kutuk sini, kemudian setuju putus hubungan tapi akhirnya keputusan muktamad masih di tangan Majlis Syura.
Berapa lama selepas itu Majlis Syura mahu buat keputusan?
Tidakkah ia terlalu lambat dan banyak membuang masa?
Kenapa tidak Pas sendiri bertindak lebih tegas dan menampakkan keseriusan untuk berpisah dengan langkah permulaan tiga Exco Pas dalam kerajaan Negeri Selangor menghantar surat perletakan jawatan mereka terlebih dahulu?
Jika mahu dan benar-benar serius, hari ini pun boleh dihantar surat perletakan jawatan itu atau buat dahulu pengumuman melalui sidang akhbar sempena muktamar yang sedang berlangsung di Kedah?
Putus, putus, putus…tapi apa tindakan konkritnya?
Susah sangatkah membuat surat berhenti itu atau sebenarnya masih mengharap tahaluf siyasi berpanjangan lagi?

PKR tak berhak minta PAS tinggalkan kerajaan Selangor sembang Pemuda PAS

Pemuda PAS berkata keputusan berundur atau tidak dari kerajaan Selangor terletak pada kepimpinan PAS induk.
Syarhan-Humaizi-Abdul-Halim_pas_pkr_600ALOR SETAR: Pemuda PAS Selangor membidas PKR kerana meminta mereka berundur daripada kerajaan Selangor jika memutuskan kerjasama dengan PKR.
Bercakap kepada FMT, Ketua Pemuda PAS Selangor Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata mandat membentuk kerajaan Selangor daripada pengundi pada pilihan raya umum 2013.
Oleh itu Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail tidak berhak meminta PAS berundur.
“Tetapi kalau kepimpinan PAS meminta kami berundur, kami tidak akan bantah kerana kami tak gila kuasa,” katanya di tepian muktamar PAS hari ini.
PAS menganggotai pentadbiran kerajaan Selangor sejak pilihan raya umum 2008 apabila PKR, DAP dan PAS menawan majoriti kerusi daripada Barisan Nasional.
Ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat mengekalkan kuasa pada pilihan raya umum 2013.
Sebelum ini, Saifuddin meminta PAS melakukan perkara “terhormat” dan berundur dari kerajaan Selangor jika mereka memutuskan kerjasama dengan PKR.
Ketua Pemuda PAS Gombak Md Noor Husin lebih tajam menjawab kenyataan Saifuddin.
“Kerajaan Selangor bukan milik PKR dan dia tiada hak minta kami berundur.”

Rafizi: Kenyataan Balas Cabaran Pemuda PAS Saya Bertanding di Pandan


Saya membaca laporan serangan yang dibuat oleh perwakilan-perwakilan Pemuda PAS terhadap KEADILAN, terutamanya saya dan Timbalan Presiden KEADILAN, YAB Dato' Seri Azmin Ali.
Secara khusus, perwakilan Pemuda PAS dari Selangor iaitu Mohd Sukri Omar dilaporkan mencabar saya supaya "berani menjadi anak jantan" dan bertanding sekali lagi di Parlimen Pandan.
Saya berasa lucu dengan cabaran itu kerana jika tidak kerana tindakan pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak yang secara berterusan mengheret saya ke mahkamah (sama ada pertuduhan jenayah atau saman sivil), saya sudah tentu akan mempertahankan kerusi Parlimen Pandan.
Lagi pun saya adalah wakil pembangkang pertama yang memenangi kerusi itu dengan majoriti yang besar iaitu sekitar 27,000 undi (atu 67% undi popular). Malah, kemenangan PRU13 lalu menjadikan saya ahli parlimen Melayu pembangkang yang mempunyai saiz majoriti paling besar di seluruh negara, jauh meninggalkan sahabat-sahabat dari PAS.
Di Pandan juga, undi Melayu yang saya menangi di peringkat Parlimen Pandan jauh meninggalkan undi Melayu yang dimenangi Naib Presiden PAS, Dato Iskandar Abdul Samad yang bertanding di DUN Cempaka di dalam parlimen saya. Maknanya ada pengundi Melayu di Pandan yang mengundi saya tetapi tidak mengundi PAS.
Sebab itu adalah sangat lucu apabila Pemuda PAS mencabar saya bertanding di Pandan kerana saya bukannya takut atau mahu lari ke mana-mana!
Masalahnya saya telah dijatuhkan hukuman penjara satu setengah tahun atas pertuduhan membongkar Laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan bagaimana 1MDB tidak membayar anak syarikat LTAT dan geran kerajaan diambil 1MDB walaupun ia dikeluarkan untuk anak syarikat LTAT.
Atas sabitan itu, saya tidak dapat bertanding lagi dalam pilihanraya akan datang.
Malah, saya mengikuti laporan serangan Pemuda PAS terhadap saya dari kandang tertuduh di Mahkamah Sesyen 8, Mahkamah Shah Alam atas pertuduhan berhubung pendedahan saya mengenai skandal NFC dahulu.
Kalaulah ada anak-anak muda dan pemimpin Pemuda PAS yang sama-sama membantu saya menjalankan amanah melawan penyelewengan dan rasuah besar yang membabitkan pentadbiran Dato' Seri Najib, mungkin di sebelah saya di dalam kandang tertuduh adalah anak-anak muda pimpinan Pemuda PAS ini. Mungkin juga tugas itu dapat diagih-agihkan supaya tidaklah saya terpaksa berdepan sehingga 12 kes mahkamah kerana ada anak muda pimpinan Pemuda PAS yang berani juga membongkarkan penyelewengan rasuah pemerintah dan berdepan dengan hukuman penjara.

Tiba-tiba nama Ikram dikaitkan dengan 'suasana aman' muktamar Pas


Dr Supyan Hussin Dr Supyan Hussin Tiba-tiba saja nama  Pertubuhan Ikram Malaysia  (Ikram), sebuah NGO Islam dikaitkan dengan keharmonian muktamar Pas, kononnya ia berlaku selepas tidak diganggu lagi oleh ahlinya dalam parti itu.
 Salah seorang penasihat presiden Pas, Dr Supyan Hussin dalam posting di facebooknya menulis, "Sudah masuk musim ke-2 muktamar Pas tanpa gangguan dari ahli Ikram dalam Pas. Aman," kata Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.
Menurut Supyan yang duduk banyak dalam jawatankuasa penasihat Pas, hari ini Ikram pecah dua... satu setuju dengan DAP satu tak setuju Ikram terlibat politik dan mahu kekal badan dakwah.
"Sejarah berulang... dulu Jim (Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia)  satu badan dakwah, kemudian pecah dua sebab ahli Jim  diprogram masuk Umno bantu Anwar nak jadi PM, lepas tu Jim pecah dua selepas Anwar kena buang, satu Ikram, satu Isma (Ikatan Muslim Malaysia). ...sekarang pecah lagi," tulis beliau lagi tanpa menyebut kaitan Ikram dengan Amanah.
Ramai bekas pemimpin Ikram  kini menyertai Amanah selepas parti itu ditubuhkan ekoran perpecahan dalam Pas.
Antaranya timbalan presiden Ikram, Hasanuddin Mohd Yunus yang kini menjawat naib presiden Amanah.
Menjelang perpecahan Pas 2015, Ikram  didakwa menyusup masuk ke dalam Pas menyebabkan parti itu bergolak dan akhirnya berpecah.
Muktamar Pas ke 63 di Alor Setar tahun ini, walaupun tahun pemilihan tetapi tidak ada pertandingan dalam mana-mana jawatan utamanya termasuk di dewan-dewan.
Presiden, timbalan presiden, pengerusi tetap, timbalannya serta pemeriksa kira-kira menang tanpa bertanding. Hanya jawatan naib presiden dan AJK saja yang ada pertandingan.
Di peringkat dewan-dewan juga begitu. Semua ketua, timbalan dan naib ketua dewan UlamakPemuda dan Muslimat dalam Pas menang tanpa bertanding. Semua AJK Dewan Ulamak pula menang tanpa bertanding.

PKR jadi sasaran perwakilan Pemuda PAS

Perwakilan Pemuda PAS menjadikan sekutu politik mereka, PKR sebagai bidasan dan sasaran tertumpu kepada naib presiden Rafizi Ramli dan timbalan presiden Datuk Seri Azmin Ali.
Serangan dimulakan oleh perwakilan Johor, Mohd Azlan, yang bangkit dan menyelar Rafizi melalui serangkap pantun.
“Harum manis masak sedikit, makan sebiji rasa tenang.
“Datanglah jutaan fitnah Rafizi, kami Pemuda istiqamah hingga menang.”
Mohd Azlan, juga berkata bahawa Pemuda PAS bukan sahaja akan bangkit menentang Pakatan Harapan tetapi sedia berdepan dengan BN.
Serangan itu dibuat susulan dakwaan Rafizi, dua minggu lalu bahawa bekas Timbalan Presiden PAS Datuk Nasharudin Mat Isa menerima dana SRC International yang adalah bekas anak syarikat 1MDB.
Perwakilan Selangor, Mohamed Sukri Omar pula memberi amaran kepada Ahli Parlimen Pandan bahawa beliau akan berdepan tentangan hebat jika terus memfitnah PAS.
“Saya ingatkan Rafizi, kalau beliau terus menerus serang kita, kita tidak gentar sedikitpun.
“Kalau dia anak jantan, letakkan dirinya di Pandan pada pilihan raya umum akan datang.
“Kalau dia anak jantan bersedialah hadapi barisan Pemuda Islam yang tidak akan luntur semangat,” kata Mohd Sukri dengan berkobar-kobar.
Beliau kemudiannya menjadi Azmin sebagai sasaran dan mengingatkan timbalan presiden PKR itu bahawa ini mungkin penggal terakhirnya sebagai menteri besar Selangor.
“Dia (Azmin) boleh gelar kita lebai.. Tapi ingat kalau tanpa jemaah ini membantu, apatah lagi bantu Pakatan Rakyat, kerusi MB akan jadi penggal terakhir buat MB Selangor,” katanya yang juga Exco Pemuda PAS Selangor.
Azmin sebelum ini yang menggelarkan bekas Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Mat sebagai 'tok lebai yang kalah tersungkur' kerana menyuarakan aspirasi parti itu untuk merampas Selangor.
Mohd Sukri juga berkata, mereka telah sebulat suara bersetuju dengan usul untuk PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.
Turut menjadi sasaran pada muktar Pemuda PAS adalah exco negeri Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim.

PKR jadi sasaran perwakilan Pemuda PAS di muktamar..Umno kini boleh tersenyum...!!!

'Selena Gomez' punca PAS putus dengan PKR

‘Blok ketiga PAS dapat sokongan ratusan NGO, tokoh korporat’

PAS cuba bangkit sentimen kaum di muktamar - Guan Eng

Selepas putus dengan PKR, PAS digesa letak jawatan di Selangor

Putus hubungan PKR: PAS terbuka dengar keluhan akar umbi

Kajian Invoke penuhi piawaian antarabangsa


Kajian yang dijalankan oleh Invoke Malaysia memenuhi piawaian yang ditetapkan dan juga mematuhi spesifikasi antarabangsa.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, pihak Invoke mempunyai kakitangan seramai 30 orang yang bekerja selama 12 jam sehari bagi menjalankan analisis dan mengumpul data yang diperlukan bagi melengkapkan kajian.
“Kalau Pas mahu kata (kajian Invoke) ramalan ahli nujum, silakan. Saya terima dengan hati terbuka. Kaedah yang saya guna pakai mengikut piawaian dan agregat yang ditetapkan.

“Kami jalankan kajian mengikut hak sokongan berdasarkan negeri, umur, jantina dan sebagainya. Jumlah responden yang turut serta adalah paling besar berbanding kaji seleidik sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya lagi, kajian yang dibuat oleh pihaknya memang tidak pernah menggembirakan mana-mana parti kerana ia menggambarkan sentimen sebenar rakyat negara ini.
“Suka atau tidak. Itu adalah keputusan (kajian) yang masing-masing (parti politik) perlu terima. Invoke sudah cuba yang terbaik supaya kita dapat bentangkan sentimen sebenar rakyat, terutamanya pengundi atas pagar.
“Pengalaman saya sebagai ahli politik, saya hanya dapat maklum balas daripada penyokong kita sahaja.
“Pengajaran daripada PRU lepas adalah penting bagi parti politik menyelami sentimen sebenar pengundi atas pagar. Isu rakyat yang mungkin terlepas pandang, mungkin boleh diketengahkan,” katanya lagi.

Jika putus, sila berundur dari Selangor, PKR beritahu PAS

Tidak masuk akal PAS mahu kekal sebagai kerajaan bersama parti yang tidak ada kerjasama dengannya.
Saifuddin-NasutionPETALING JAYA: PKR hari ini berkata ia tidak akan terkejut, malah akan menghormati keputusan Muktamar PAS hari ini sekiranya menamatkan kerjasama dengan PKR, tetapi berkata ia perlu disusuli dengan peletakan jawatan semua ahli PAS yang kini merupakan sebahagian daripada kerajaan Selangor.
“Adalah lebih molek sebarang keputusan dimuktamadkan segera dan tidak dilengah-lengahkan kerana jika PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan Keadilan (PKR) secara muktamad, perkara bermaruah dan terhormat yang perlu dibuat ialah bagi semua ahli PAS yang mempunyai jawatan di dalam kerajaan Selangor meletakkan jawatan sejurus selepas keputusan memutuskan hubungan itu dimuktamadkan,” kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.
Menurutnya, tidak masuk akal sekiranya PAS yang memutuskan hubungan dengan DAP sebelum ini, masih mahu kekal dalam kerajaan Selangor setelah putus dengan PKR.
Semalam, Muktamar Dewan Ulama PAS meluluskan tanpa bahas usul untuk memutuskan “tahaluf siyasi”, istilah Arab yang diguna pemimpin PAS bagi merujuk kerjasama politik dengan parti lain.
“Menyedari bahawa PKR telah melanggar begitu banyak syarat-syarat ‘tahaluf siyasi’ dengan PAS maka Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat yang bersidang pada 27 April 2017 bersetuju untuk mengusulkan agar ‘tahaluf siyasi’ antara PAS dan PKR diputuskan tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulama,” menurut usul dikemukakan Dewan Ulama PAS Negeri Sembilan dan Perak.
PKR antaranya dituduh tidak menghormati PAS dalam beberapa isu seperti isu rang undang-undang meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.
Usul itu hampir pasti diluluskan secara rasmi hari ini. Muktamar PAS kali ini yang diadakan di Alor Setar dihadiri kira-kira 1,200 perwakilan, dan akan berakhir 1 Mei.
Saifuddin berkata PKR tidak terkejut sekiranya usul itu diluluskan hari ini, bagaimanapun kesal dengan tuduhan terhadap Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang juga timbalan presiden PKR.

DI MANA PARTI AHMAD YAKOB BERADA?


Sekular nasionalis : Rembat duit RM2.6 bilion buat modal tabur dedak pada puak Islam khawarij dan zalimi rakyat guna GST siap hutang lebih RM700 bilion dengan 10 negara siasat @NajibRazak skandal 1MDB, terbaharu nun di Australia!
Sekular sosialis : Lawan rasuah tak kira siapa dan mansuh GST (0%) termasuk pulihkan ekonomi dan bantu rakyat yang dizalimi sekular nasionalis masuk 60 tahun
Islam khawarij : Sesah balak ribuan ekar siap perabis duit rakyat melencong ke luar negara sampai kumpul hutang RM1.34 bilion dan bekap kejahatan sekular nasionalis isu skandal 1MDB bila mintak empat saksi sebab dedak dah masyukk

Sejarah Tak Pernah Menipu.. Tak serik-serik dah berapa byk kali kena kencing sama Umno..

PAS sungguh2 amat yakin kali ini akan tawan 4 negeri lain selain kekal Kelantan.

Siapa agaknya bakal..
MB kelantan - ???
MB Terengganu - ???
MB Pahang - ???
MB Kedah - ???
MB Selangor - ???

APAKAH "UMNO@BN" LEBIH BAIK DARI PAKATAN HARAPAN?

Foto Zulimran Nasution Abdullah Omar. "Tidak guna jatuhkan kerajaan sekarang kerana apabila jatuh sekular nasionalis, tetapi yang menggantikannya ialah sekular sosialis'.
Adakah Ahmad Yakob lebih rela Kelantan jatuh ke tangan 'sekular nasionalis' (Umno BN) daripada 'sekular sosialis' (Pakatan Harapan - PH) semata-mata 'dendam' kesumatnya terhadap Amanah yang melondehkan kurap kerajaannya 24 jam?
Jika benar, Ahmad mesti memohon maaf secara terbuka kepada rakyat negerinya kerana sanggup membiarkan rakyat sendiri lebih dizalimi oleh Umno daripada PH apabila partinya kalah tidak lama lagi.
Jangan salahkan Amanah atas kelemahan kamu mentadbir urus khazanah dan amanah rakyat tetapi renungkan apa yang kamu dan Exco kamu telah lakukan terhadap rakyat sejak 6 Mei 2013 hingga sekarang.
Jangan kerana kamu berniat mahu melindungi pemimpin tertentu yang korup merembat balak dan cuba klepet hasil lombong mangan maka kamu biarkan kezaliman makin berleluasa sekiranya Umno berkuasa (nauzubillah).
Sekiranya kamu pernah terdetik berniat sedemikian maka tunggulah saat-saat kehancuran yang amat memalukan malah sangat-sangat menyakitkan.

Pemuda Pas gesa Rafizi henti serang Pas

Rafizi Ramli ALOR SETAR - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli diberi peringatan untuk berhenti menyerang Pas.
Perwakilan Pemuda Pas Selangor, Mohamed Shukri Omar berkata, beliau dan ahli lain tidak teragak untuk ambil tindakan jika Rafizi terus-menerus menyerang parti itu.
"Di sini saya ingin beri peringatan pada Rafizi jika beliau terus-menerus menyerang Pas dalam keadaan kita tidak memberi penentangan.
"Jika dia anak jantan, kita jumpa di Parlimen dan beliau harus bersedia hadapi barisan pemuda Islam yang tidak pernah lumpuh dalam mempertahankan Islam," katanya ketika perbahasan ucaptama Muktamar Dewan Pemuda Pas di Kompleks Pas Pusat, Kota Sarang Semut, hari ini.
Sebelum ini, Rafizi yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan, mendakwa bekas pemimpin Pas, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa menerima dana 1MDB daripada akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Sementara itu, Shukri juga turut memberi peringatan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
"Ingat, tanpa Pas yang membantu pada PRU lalu, parti itu tidak dapat memerintah negeri Selangor," katanya lagi.

PAS AKHINYA MENGAKU NIATNYA HANYA UNTUK MENGEKALKAN UMNO


Pas akhirnya mendedahkan niat dan isi hatinya yang sebenar iaitu tidak guna menjatuhkan kerajaan yang sedang memerintah negara sekarang ini.
Kalau tidak guna menjatuhkan, bermakna yang berguna ialah mengekalkannya. Jika tidak guna untuk dikekalkan, ertinya lebih baik dijatuhkan.
Pilihan tidak boleh lebih daripada satu, ia mesti antara dua, pilih salah satu.
Apabila Pas sudah mengatakan tidak guna menjatuhkan kerajaan sedia ada, hakikatnya itulah tujuan sebenar mereka mewujudkan blok ketiga yang dinamakan Gagasan Sejahtera.
Dan itulah juga sebabnya Pas bagai nak gila mahu bertanding di 80 kerusi Parlimen tanpa mengendur walau sedikit pun dengan mana-mana parti yang ingin berunding dengannya.
Dengan hanya 80 kerusi, menang dah tentu tak ke mana, tetapi kalah tak mengapa, yang penting, Najib Razak, UMNO dan BN dapat dibantu untuk terus kekal berkuasa.
Ehem, ehem, ehem…
Setelah berdolak-dalik dan menyembunyikan hasrat sebenar mereka sejak sekian lama, hari ini segala-galanya terdedah dengan sendirinya.
Ia bukan saja dilafazkan oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Ahmad Yaakob, bahkan juga diucapkan di hadapan golongan ulama parti itu iaitu ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas.
Ahmad Yaakob menjelaskan, tidak guna menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang kerana yang akan menjadi penggantinya nanti ialah kerajaan yang berfahaman sekular sosialis.
“Apa yang dibimbangkan, jatuhnya sebuah kerajaan sekular nasionalis tetapi diganti dengan sekular sosialis.
“Kalau itu terjadi, PAS kena ambil masa 60 tahun untuk jatuhkan kerajaan sekular sosialis dan diganti dengan kerajaan Islam,” ujar beliau yang juga Menteri Besar Kelantan.
Soalnya, benarkah kerajaan baru nanti betul-betul berfahaman sekular sosialis? Apakah semata-mata kerana ada DAP di dalam Pakatan Harapan, lalu ia semudah itu digelar sekular sosialis?
Apakah sekular nasionalis lebih baik daripada sekular sosialis, maka Pas sebagai parti Islam ingin mempertahankannya?
Tidakkah Ahmad Yaakob sedar, kerajaan yang ada sekarang juga lebih dikenali sebagai kerajaan kleptokrasi?


Dalam pada itu, jika tidak dalam pilihanraya akan datang, bila lagi masa yang sesuai untuk kerajaan yang ada boleh dijatuhkan?
Mengapa tidak mahu diinsafi, kiranya dalam PRU 14 ini UMNO dan BN tidak mampu dikalahkan, waktu terbaik untuk berbuat demikian mungkin tidak muncul lagi sampai bila-bila?
Ini kerana, kiranya mampu melepasi garisan PRU 14, kerajaan sekular nasionalis yang juga dikenali di seluruh dunia mengamalkan gaya pemerintahan kleptokrasi dan begitu ingin dikekalkan kuasanya oleh PAS, mereka pasti akan bertindak dengan lebih keras lagi bagi mengekalkan kuasa yang ada.
Sudahnya, bila dapat ditumbangkan lagi?

Editor Sarawak Report sahkan terima surat saman PAS

Bagaimanapun, Clare Rewcastle Brown menyerahkan perkara itu kepada peguamnya dan mengelakkan membuat sebarang kenyataan pada peringkat ini.
BM_3PETALING JAYA: Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown menyerahkan kepada peguamnya untuk mengendalikan saman fitnah yang difailkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Ia di tangan peguam saya. Ia tidak sesuai untuk membuat kenyataan pada peringkat awal ini,” katanya kepada FMT menerusi e-mel.
Clare yang juga pengasas portal berita itu berkata, beliau menerima writ dan pernyataan tuntutan itu Jumaat lalu.
Beliau berkata demikian susulan pengumuman Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan semalam yang Hadi sudah memfailkan saman fitnah itu terhadap wanita berkenaan di Mahkamah Tinggi London, pada 21 April lalu.
Ia susulan laporan Sarawak Report pada Ogos 2015 yang mendakwa RM90 juta dimasukkan ke akaun pemimpin atasan PAS sebagai usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak “menarik” kepimpinan parti Islam itu menyokong Barisan Nasional dan Umno.
Takiyuddin dilaporkan berkata, PAS menuntut ganti rugi “besar”, tetapi enggan mendedahkan jumlahnya. Parti itu turut memohon injunksi terhadap artikel bertajuk “As Najib Denies All Over 1MDB, Let’s Not Forget His Many Other Criminal Connections – COMMENT”.
Katanya, peguam PAS di London, Carter-Ruck sudah menghantar notis undang-undang kepada Clare Disember tahun lalu bagi menuntut permohonan maaf dan menarik balik artikel berkenaan.

Jahanam PAN!: Maafkan mereka, doakan mereka, kata Amanah


Ustaz Hasanuddin Mohd YunusUstaz Hasanuddin Mohd Yunus
Kecaman Dewan Ulamak Pas terhadap Amanah dalam muktamar sayap utama parti itu semalam tidak langsung mendatangkan kesan kepada para pemimpin parti gabungan Pakatan Harapan tersebut, malah naib presiden Amanah menasihati anggota parti itu supaya memaafkan dan mendoakan kebaikan terhadap mereka.
Naib presiden Amanah Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus dalam pesanan yang tular di media sosial mengemukakan pertanyaan, "Adakah anda semua boleh dan mampu tersenyum puas kalau ada rakan anda tersasul memaki orang lain?"
Beliau lantas memetik firman Allah SWT dalam surah Al-Hujarat ayat 11 yang bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik; dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan; seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
Hasanuddin juga memetik hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud:
"Memadai seseorang dikira berbuat keburukan jika dia merendahkan saudaranya sesama muslim."
Beliau juga mengingatkan tentang sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Sesungguhnya darah kalian, harta kalian dan kehormatan kalian haram atas kalian...” (HR Bukhari Muslim)
Hasanuddin turut mengingatkan ahli Amanah bahawa setiap kumpulan umat Islam mempunyai maruah dan kehormatan walaupun cara mereka tidak dipersetujui kelompok yang lain.
Malah katanya, Rasulullah s.a.w. menghalang umat Islam mencela saudara Islamnya yang lain berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:
"Mencela seorang muslim adalah kefasikan, dan membunuhnya kekufuran."
"Semoga semua yang membaca coretan sedia memaafkan mereka.
"Tuhan akan tinggikan kemuliaan dan maruah kita apabila kita bersabar, memaafkan dan mendoakan keampunan buat mereka yang melaknat dan mencerca kita," ujarnya.
Semalam, Ketua Dewan Ulama Pas Kedah Mohd Rejab Md Akhir meminta para perwakilan supaya berdiri dan mengetuai ikrar yang diakhiri dengan laungan 'jahanam PAN' (Amanah), diikuti laungan takbir.
“Sebelum saya memulakan ucapan, saya minta semua berdiri kita baca ikrar ‘Jahanam PAN’,” kata Rejab ketika menyampaikan ucapan pembukaan yang dirasmikan Timbalan Mursyidul Am Datuk Ahmad Yakob.
Bagaimanapun, rata-rata pengguna media sosial mengecam sikap Pas tersebut sekaligus mempersoalkan sejauh mana parti yang memusuhi Pakatan Harapan itu mengamalkan 'budaya politik matang dan sejahtera' seperti yang dilaungkan.
Sementara itu, penganalisis politik yang juga pensyarah universiti awam, Dr A Zachary S memandang berat kecenderungan pemimpin Pas mengutuk dan melaknat lawan politik mereka.
Menurut beliau, perkataan 'laknat' boleh dilihat dari dua makna iaitu cerca, kutuk dan pengusiran dari rahmat Allah.

Pas berdalih 'Jahanam PAN' hanya laungan sampingan

Mohd Rejab Md AkhirMohd Rejab Md Akhir
Selepas Muktamar Dewan Ulamak Pas mengakhiri ikrar dengan pekikan "Jahanam PAN", parti itu tampil berdalih kononnya kecaman yang ditujukan kepada Amanah itu hanya laungan sampingan.
Perwakilan Terengganu, Nik Nasri Nik Malek berkata, laungan “jahanam PAN" oleh delegasi ulamak Pas dari seluruh negara pada pembukaan mesyuarat agung tahunan sayap parti berkenaan bukanlah sejenis ikrar.
“Saya nak kata matlamat ikrar kami sebenarnya ialah Allah matlamat kami, rasul ikutan kami, al-Quran perlembagaan kami dan mengikut jalan Allah cita-cita tertinggi kami.
“Kalau tuan tidak faham bahasa Arab, tuan boleh tanya apa yang kami sampaikan, adapun ‘jahanam PAN’ itu hanyalah kata-kata sampingan bukannya ikrar," ujarnya.
Semalam, Ketua Dewan Ulama Pas Kedah Mohd Rejab Md Akhir meminta para perwakilan supaya berdiri dan mengetuai ikrar yang diakhiri dengan laungan jahanam Amanah, diikuti laungan takbir.
“Sebelum saya memulakan ucapan, saya minta semua berdiri kita baca ikrar ‘Jahanam PAN’,” kata Rejab ketika menyampaikan ucapan pembukaan yang dirasmikan Timbalan Mursyidul Am Datuk Ahmad Yakob.
Bagaimanapun, rata-rata pengguna media sosial mengecam sikap Pas tersebut sekaligus mempersoalkan sejauh mana parti yang memusuhi Pakatan Harapan itu mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera seperti yang dilaungkan.

PKR tunggu hari penentu hubungan dengan PAS

Ia selepas usul memutuskan hubungan dengan PKR diluluskan sayap Ulama PAS semalam.
saifudin-pkr-pasPETALING JAYA: PKR mengambil sikap tunggu dan lihat perkembangan mesyuarat agung tahunan PAS hari ini sebelum memberi reaksi kepada usul putus kerjasama yang diluluskan Dewan Ulama PAS semalam.
“Saya akan tunggu apa yang berlaku pada muktamar esok (hari ini) sebelum memberikan respon yang sewajarnya,” kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution ketika dihubungi FMT semalam.
Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Usul, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali di Muktamar Dewan Ulama PAS mengumumkan usul memutuskan “tahaluf siyasi” (kerjasama politik) dengan PKR diluluskan tanpa bahas.
“Menyedari bahawa PKR telah melanggar begitu banyak syarat-syarat ‘tahaluf siyasi’ dengan PAS maka muktamar Dewan Ulama PAS Pusat yang bersidang pada 27 April 2017 bersetuju untuk mengusulkan agar ‘tahaluf siyasi’ antara PAS dan PKR diputuskan tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulama,” menurut usul dikemukakan Dewan Ulama PAS Negeri Sembilan dan Perak.
PKR antaranya dituduh mengkhianati syarat perjanjian antara parti dan tidak menghormati PAS dalam beberapa isu seperti isu rang undang-undang meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355.
Keputusan disambut dengan laungan takbir daripada para perwakilan.
Usul itu akan diangkat ke Majlis Syura Ulama, badan yang mempunyai kata putus muktamad.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man lewat tengah hari semalam menegaskan PAS tidak berhasrat menyertai kerajaan yang melibatkan DAP sekiranya pembangkang mengekalkan Selangor pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau juga mengesahkan PAS menyasarkan Selangor selain Kedah, Terengganu, Kelantan dan Pahang pada pilihan raya umum akan datang.
Muktamar PAS kali ini yang diadakan di Alor Setar dihadiri kira-kira 1,200 perwakilan, dan berakhir pada 1 Mei.

Dewan Ulama PAS kecam dasar ekonomi BN amal riba

Tak ada hubungan politik dengan UMNO, tegas Majlis Syura PAS

Usul PAS putus dengan PKR, Dewan Ulama setuju

DIALOG:Husam Musa - Tolak PAS Selamatkan KELANTAN

Mat Sabu: Anda Tanya Saya Jawab

The Usrah Show - Bersama Ustaz Wan Ji Wan Hussin

Pemuda Pas dah susun strategi PRU14

Putus PKR, pimpinan tunggu kata putus Majlis Syura

DAP tak payah tunjuk hero!

Ada 100 kerusi Parlimen, jangan kacau Pas punya!

Pas tekad rampas Selangor dari PKR

Pintu kerjasama PAS masih terbuka, tapi ada 1 syarat

Tidak ada guna jatuhkan kerajaan sekarang - PAS

"Azmin, jangan celupar hina ulama," kata PAS Selangor

Kenapa perangi DAP, AMANAH? Ini jawapan Ulama PAS