Khamis, 27 April 2017

Muktamar PAS ke-63 ‘tak ada class’, kata Zaid Ibrahim

PAS dilihat lebih berminat menyerang Amanah dan saman Clare berbanding bincang isu sekolah tahfiz.
zaid-muktamarPETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim hari ini menyifatkan mesyuarat agung tahunan pemuda, ulama dan wanita PAS yang berlangsung hari ini sebagai tiada “class”, kerana tidak membawa isu mendesak seperti keselamatan pelajar sekolah tahfiz dan peluang pekerjaan lepasan sekolah Arab.
Bekas menteri undang-undang itu berkata demikian setelah melihat PAS lebih berminat menyerang parti pembangkang lain dan tindakan undang-undang terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.
“PAS tak ada ‘class’. Di muktamar cakap lah pasal sekolah tahfiz, pasal peluang pekerjaan graduan sekolah Arab. Ini cakap (pasal) Amanah, (dan) Claire.
“Saman Claire pun masa di muktamar. Ini untuk impak maksimum,” katanya di Twitternya.
Keselamatan para pelajar sekolah tahfiz menjadi perbualan orang ramai selepas kematian Mohamad Thaqif Amin Gaddafi, 11, 2.06 petang semalam, seminggu selepas dimasukkan ke hospital selepas didakwa dipukul pembantu warden sekolah tahfiznya.

PAS tak benci bukan Islam, tentang DAP kerana perangi dasar Islam

PAS juga menentang Amanah kerana mengkhianati perjuangan Islam, dan Umno kerana menzalimi rakyat.
Nik-Bakri-dapALOR SETAR: Pembahas perwakilan ulama PAS hari ini menegaskan parti mereka tidak pernah membenci golongan bukan Islam semata-mata atas dasar berlainan agama.
Pembahas perwakilan ulama PAS Selangor Nik Bakri Nik Mat berkata mereka akan menentang mana-mana pihak yang menzalimi rakyat dan masyarakat, atau memerangi dasar Islam bawaan PAS.
“Kami tidak pernah benci bukan Islam atas nama kafir, tapi memerangi bukan Islam atau Islam yang menzalimi rakyat dan masyarakat.
“Kami memerangi DAP bukan atas dasar mereka bukan Islam tetapi DAP menzalimi umat Islam dengan memerangi dasar perjuangan PAS.
“Begitu juga, kami perangi Amanah atas dasar mereka khianati perjuangan Islam dan menzalimi perjuangan Islam.
“Kita juga tidak benci Umno kerana mereka Umno tetapi kita benci kezaliman yang ada pada mereka yang menzalimi rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucaptama Ketua Dewan Ulama Datuk Mahfodz Mohamed sempena mesyuarat agung tahunan ulama PAS di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum, Alor Setar, hari ini.
Sementara itu, pembahas perwakilan ulama PAS Pulau Pinang Ahmad Yusof menggesa sayap parti itu menggiatkan usaha dakwah kepada orang bukan Islam supaya mereka tidak takut dan faham maksud sebenar Islam.
“Kita tidak mesti bakulkan atau membakulkan semua bukan Islam dalam bakul orang jahat.
“Ada antara bukan Islam yang lembut hati dan ada masih kurang memahami Islam jadi tugas kita sebagai ulama memberi penerangan,” katanya.

Ulama PAS lulus usul putus kerjasama dengan PKR

Keputusan disambut dengan laungan takbir dari perwakilan ulama PAS seluruh negara.
khairudin-pas-pkrALOR SETAR: Dewan Ulama PAS hari ini meluluskan usul memutuskan ‘tahaluf siyasi’ (kerjasama politik) dengan PKR.
Pengerusi Jawatankuasa Usul Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali ketika mengumumkan keputusan itu berkata usul putus kerjasama diluluskan tanpa bahas.
“Menyedari bahawa PKR telah melanggar begitu banyak syarat-syarat ‘tahaluf siyasi’ dengan PAS maka muktamar Dewan Ulama PAS Pusat yang bersidang pada 27 April 2017 bersetuju untuk mengusulkan agar ‘tahaluf siyasi’ antara PAS dan PKR diputuskan tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulama,” katanya.
Keputusan disambut dengan laungan takbir daripada para perwakilan. Usul dikemukakan ulama PAS Negeri Sembilan dan Perak.
Usul ini akan diangkat ke Majlis Syura Ulama untuk diputuskan secara muktamad.
Sekiranya badan tertinggi ulama parti itu juga meluluskan usul tersebut, ia mungkin menyaksikan pertembungan antara PAS dan PKR pada pilihan raya akan datang, terutamanya di Selangor, yang bersama mereka membentuk kerajaan sejak penggal lepas.
Dalam usul ini, PKR antaranya dituduh mengkhianati syarat perjanjian antara parti dan tidak menghormati PAS dalam beberapa isu seperti isu rang undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355.
Perwakilan ulama PAS seluruh negara berhimpun di Alor Setar, Kedah untuk mesyuarat agung tahunan dewan mereka sempena mesyuarat agung tahunan PAS ke-63 yang berlangsung dari 29 April hingga 1 Mei.

Dewan Ulama setuju usul PAS putus tahaluf siyasi dengan PKR

Dewan Ulama PAS hari ini bersetuju untuk membawa usul agar parti itu memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.
Pengerusi Jawatankuasa Usul, Datuk Khairuddin Aman Razali berkata, ia bagaimanapun tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulama untuk membuat keputusan.
"Kalau kita buka (undi) setuju (untuk putus), ramai akan setuju.
"Menyedari PKR langgar banyak syarat tahaluf siyasi dengan PAS, Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat bersetuju untuk mengusulkan agar tahaluf siyasi antara PAS dan PKR diputuskan, (namun) tertakluk pada keputusan Majlis Syura Ulama menurut peruntukan Perlembagaan PAS," katanya.
Beliau berkata demikian pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Ke-56 di dewan Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU) di Alor Setar, hari ini, ketika membacakan kembali usul yang dibawa oleh perwakilan Perak dan Negeri Sembilan.
Usul itu kemudian mendapat persetujuan sebulat suara perwakilan.
Sementara itu, ketika membentangkan usul, perwakilan Negeri Sembilan Mohd Husaini Husin memberitahu, beliau mencadangkan agar PAS memberi kata dua sama ada untuk putus atau tidak dengan PKR.
Antara hujah yang diberikannya, PKR meruntuhkan semangat setiakawan apabila menerima anggota Parlimen Tumpat memasuki parti mereka.
"Usul saya ialah memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR. (Kalau) nak kaji, (itu) tiga tahun lepas. Kali ini kita nak putus. Nak keputusan nak putus atau tak.
"(PKR) meruntuh semangat setia kawan apabila menerima anggota parlimen kita ke parti dia. Dua tahun PAS bersabar. Sekarang bukan untuk kaji, tapi putus atau tak. Bercerai atau tak," tegasnya.

Kajian Invoke hanya perang psikologi sembang Dr Kamarul Zaman Yusoff

KOTA BHARU - Dapatan kaji selidik Invoke Malaysia mungkin sahaja akan ditafsirkan sebagai satu perang psikologi bagi melekakan BN atau untuk melemahkan semangat Pas.
Pengarah, Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), UUM Dr Kamarul Zaman Yusoff, berkata, dapatan  kaji selidik iaitu  10,523 pengundi mengenai kebolehpindahan undi antara parti pembangkang yang dilakukan oleh Invoke  for Policy Initiatives tidak perlu dipandang serius oleh rakyat.
Dr Kamarul Zaman Yusoff Ini kerana menurutnya, diketahui ramai bahawa Invoke adalah milik Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap keneutralan kaji selidik tersebut.
“Sebagai pemimpin tinggi PKR, tentu akan ada tuduhan bahawa dapatan kaji selidik tersebut berpotensi digunakan bagi melonjakkan imej PKR sebagai peneraju utama Pakatan Harapan.

“Tuduhan ini tidak boleh dipandang remeh kerana PKR didapati paling diterima oleh pengundi parti komponen Pakatan Harapan  lain, iaitu 87.2 peratus pengundi DAP, 80.4 peratus pengundi Amanah dan 80.3 peratus pengundi Bersatu,” katanya.
Katanya, berdasarkan dapatan kaji selidik itu, maka Amanah kelihatan paling menunjukkan semangat setia kawan yang tinggi tetapi tidak mendapat balasan sama dari ketiga-tiga parti komponen lain, khususnya PKR.
Tambahnya, masalah kelihatan berlaku di dalam hubungan antara PKR dan Amanah bila hanya 61.0 peratus pengundi PKR sahaja menerima Amanah berbanding 80.4 peratus pengundi Amanah yang menerima PKR.
Begitu juga katanya, dengan hubungan antara PKR dan Bersatu yang turut tidak seimbang bila hanya 66.3 peratus sahaja pengundi PKR menerima Bersatu berbanding 80.3 peratus pengundi Bersatu terima PKR.
Jelasnya lagi,hubungan antara DAP dan Amanah juga kelihatan tidak seimbang bila hanya 65.5 peratus pengundi DAP sahaja menerima Amanah berbanding 81.5 peratus pengundi Amanah yang terima DAP.

SKANDAL 1MDB: JOHARI GHANI, BERDIRILAH DENGAN BERANI DAN LUAHKAN SUARA HATIMU

Johari Abdul Ghani, atas kapasitinya sebagai Menteri Kewangan Kedua, adalah tumpuan terbaru dalam kemelut yang belum menemui titik nokhtahnya berhubung penyelesaian luar mahkamah antara 1MDB dan IPIC.
Beberapa kenyataannya yang berbeza nada segera menimbulkan persoalan, apakah isi hati beliau yang sebenarnya, setujukah beliau dengan penyelesaian antara 1MDB dengan IPIC dan jika apa yang berlaku sekarang berlawanan dengan prinsip dirinya, apakah yang akan dilakukannya selepas ini?
Ketika berita awal masih dalam bentuk khabar angin berkenaan penyelesaian luar mahkamah itu, Johari lantas mengatakan beliau dan Kementerian Kewangan sama sekali tidak terlibat dalam perundingan tersebut.
Semuanya, kata beliau, dilakukan oleh pihak 1MDB dengan dibantu pegawai daripada Pejabat Perdana Menteri.
Ia lantas menimbulkan rasa pelik lagi hairan kerana 1MDB itu sendiri terletak di bawah Kementerian Kewangan.
Kemudian, apa pula peranan dan keperluan pegawai daripada Pejabat Najib Razak terlibat dalam rundingan dengan IPIC itu.
Siapa yang diwakilinya dan apa mandat yang dibawanya dalam mesyuarat untuk mencari titik penyelesaian yang akhirnya membuatkan 1MDB seperti melupakan wang lama berjumlah AS$3.5 bilion yang hilang serta sanggup mengeluarkan wang baru dengan jumlah yang sama untuk membuat bayaran kepada 1PIC?
Ketika penyelesaian sudah sah dan menjadi berita diseluruh dunia, Johari sekali lagi bersuara dengan mendedahkan terdapat bukti yang mengesahkan Aabar BVI adalah anak syarikat IPIC.
Malah kata Ahli Parlimen Titiwangsa itu lagi, berdasarkan rekod yang dibekalkan 1MDB kepada PAC sebelum ini,  syarikat pelaburan milik kerajaan itu juga mengesahkan Aabar BVI ialah anak syarikat IPIC.
“Fakta itu kemudian disahkan lagi oleh Pendaftar Hal Ehwal Korporat British Virgin Islands melalui suratnya bertarikh 11 Ogos 2016,” kata Johari.
Berdasarkan bukti-bukti yang dimiliki itulah, tegas Johari, Kementerian Kewangan bertegas dengan pendirian untuk menuntut keadilan di Tribunal Timbangtara Antarabangsa sejak awal lagi.
Berdasarkan dua kenyataan itu, sepertinya Johari tidak bersetuju dengan langkah penyelesaian luar mahkamah yang dicapai antara 1MDB dengan IPIC itu.
Namun demikian, disebalik Najib tidak berkata apa-apa dan pihak media juga mungkin dilarang bertanya soalan mengenainya, semua makhluk di dunia ini tahu bahawa Petdana Menteri pasti gembira dengan penyelesaian yang telah dimuktamadkan itu.
Johari pun tentunya tahu dan faham perkara itu.

BATALKAN KERAKYATAN SAYA SEKALI, CABAR SYED SADDIQ

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Syed Saddiq Abdul Rahman hari ini menyatakan kebersamaannya dengan 1.75 juta orang rakyat Malaysia yang dipertikaikan taraf kewarganegaraan mereka.
Menyatakan “jijik” dengan “provokasi” , Syed Saddiq berkata langkah Barisan Bertindak Melayu Islam (BERTINDAK) itu sama sekali tidak mewakili kehendak kolektif masyarakat Melayu.
“Mereka ini sebenarnya merupakan sebuah penghinaan kepada orang Melayu. Saya orang Melayu tetapi kewarganegaran sebagai rakyat Malaysia tetap diutamakan,” katanya
BERTINDAK, gabungan baru beberapa kumpulan Melayu semalam, mengumumkan rancangannya untuk mencabar proses pemberian kerakyatan terhadap 1.75 juta orang antara tahun 1957 hingga 1970.
Jurucakap BERTINDAK Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata langkah itu akan diambil selepas proses itu didakwa mencabul syarat-syarat dalam Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, Jadual 1 Perlembagaan Persekutuan berkaitan sumpah kesetiaan warganegara tidak berlaku dalam proses pemberian kerakyatan antara tempoh itu, melibatkan angka sehingga 1.75 juta orang.
Dalam kenyataan hari ini, Syed Saddiq melibat perkembangan itu sebagai merisaukan memandangkan hubungan kaum yang terbina selama ini.
“Kita sudah hidup bersama-sama selama berdekad. Kita juga makan bersama-sama, pergi ke sekolah bersama-sama, bekerja bersama-sama, malah berjuang menentang peperangan dan konflik bersama-sama.

"Jahanam PAN" bukan ikrar, cuma sampingan, sembang PAS

Perwakilan Terengganu Nik Nasri Nik Malek minta media jadi baik dan jangan memutar belitkan laungan itu.
BM_4ALOR SETAR: PAS tampil membetulkan “kekhilafan” mengenai laungan jahanam Amanah pada pembukaan mesyuarat agung tahunan dewan ulama pagi tadi, dipercayai kerana kekeliruan orang ramai yang mengikuti liputan perjalanan muktamar yang berlangsung hari ini.
Perwakilan Terengganu Nik Nasri Nik Malek berkata laungan “jahanam PAN” yang dilaungkan delegasi ulama PAS dari seluruh negara bukanlah sejenis ikrar, sebaliknya cuma laungan sampingan.
PAN merupakan singkatan tidak rasmi yang digunakan PAS untuk merujuk kepada serpihannya, Parti Amanah Negara, yang ditubuhkan bekas pimpinan PAS yang tewas pemilihan parti 2015.
Media melaporkan tirai himpunan ulama hari ini dibuka dengan “ikrar” jahanam Amanah, yang dilaungkan dalam bahasa Arab.
“Saya nak kata matlamat ikrar kami sebenarnya ialah Allah matlamat kami, rasul ikutan kami, al-Quran perlembagaan kami dan mengikut jalan Allah cita-cita tertinggi kami.
“Kalau tuan tidak faham bahasa Arab, tuan boleh tanya apa yang kami sampaikan, adapun ‘jahanam PAN’ itu hanyalah kata-kata sampingan bukannya ikrar.”
Pagi tadi, Ketua Dewan Ulama PAS Kedah Mohd Rejab Md Akhir meminta para perwakilan supaya berdiri dan mengetuai ikrar yang diakhiri dengan laungan jahanam Amanah, diikuti laungan takbir.
“Sebelum saya memulakan ucapan, saya minta semua berdiri kita baca ikrar ‘Jahanam PAN’,” katanya ketika menyampaikan ucapan pembukaan himpunan ulama PAS yang dirasmikan Timbalan Mursyidul Am Datuk Ahmad Yakob.
FMT belum dapat memastikan sama ada laungan sampingan ini pernah dilakukan terhadap parti lain sebelum ini.

Jangan celupar hina ulama, kata PAS S'gor pada Azmin

Perwakilan Dewan Ulama PAS Selangor hari ini memberi 'nasihat' kepada Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali agar tidak bermulut celupar dengan menghina ulama.
Menurut Nik Bakri Nik Mat, beliau berkata demikian sebagai merujuk tindakan Azmin sebelum ini yang menggelarkan seseorang sebagai 'tok lebai yang kalah tersungkur'.
"Menteri besar Selangor dari PKR hina dengan bahasa memanggil lebai. Bagi kami, kami tak boleh terima.
"Kalau boleh nak putus segera (dengan PKR) kerana dari segi berpolitik, menyinggung lawan adalah benda biasa tapi menyinggung dengan benda penghinaan pada tuan-tuan guru di sekitar kita terutama presiden kami (tidak boleh diterima).
"Atas dasar Islam suatu agama nasihat, maka sekali lagi, kami nasihat menteri besar dari PKR, Azmin Ali, tolong pada masa akan datang jangan celupar mulut hina para alim ulama," katanya ketika berucap di Muktamar Dewan Ulama di Kedah.

Apa itu 'pembangunan Islam' wahai Datuk Seri Najib?




SAYA turut terkejut, apabila membaca berita mengenai Perdana Menteri Najib Razak yang menggesa rakyat untuk tidak mengundi "orang-orang yang tidak mahu membangunkan Islam". Malangnya beliau tidak mengulas lanjut siapa dan bagaimana cara sebenarnya untuk membangunkan Islam.
Namun omongan Najib ternyata berlawanan dengan kerja buat beliau mutakhir ini. Pelbagai kemungkaran ekonomi dan tadbir-urus kewangan kerajaan beliau, bahkan sosok-tubuh beliau itu sendiri, yang sarat dengan dakwaan unsur-unsur rasuah, ketirisan, salah-guna kuasa dan pecah amanah meletakkan beliau calon teratas untuk ditolak dan disingkirkan mengikit nasihatnya sendiri.
Najib juga pura-pura lupa atau sengaja ingin menutup segala dosa mengenai rompakan dan pengsonglapan dana 1MDB,  khasnya. Keputusan 'Timbangtara' atau 'Arbitration' di London beberapa hari lalu amat mengaibkan Najib dan negara seluruhnya!
IPIC atau International Petroleum Investment Company milik kerajaan Adu Dhabi menang. 1MDB kalah. Ternyata segala dakwaan dusta 1MDB tentang bayaran USD3.51 bilion kepada IPIC yang palsu, khasnya oleh Arul Kanda kepada Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara (PAC) dan Ketua Audit Negara terbukti salah dan gagal dipertahankan.
Sangat mengaibkan. Sekarang 1MDB terbeban dengan bayaran USD1.205 bilion sehingga selewatnya 31 Disember 2017. IMDB akan menanggung semua bayaran faedah dan pinjaman pokok USD3.5 bilion yang dulu dijamin IPIC.
Disamping itu rakyat telah didedahkan pelbagai penyalahgunaan dana dan salah urus oleh beberapa orang kanan beliau di agensi-agensi kerajaan yang tertentu dan GLC seperti FGV, MARA dan tidak ketinggalan Tabung Haji.
Apakah Najib berasa telah 'membangunkan Islam' dengan mengizinkan wakil Pas membentangkan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU355 di Dewan Rakyat?
Najib sebenarnya telah 'mengumpan' Pas atau Presiden Pas selalu Ahli Parlimen Marang untuk membentang buat kali ketiga, tetapi liciknya kemudian mengarahkan Speaker Dewan Rakyat untuk tidak membenarkan perbahasan, jauh lagi untuk mengundi.
Apakah Najib rasa membenarkan RUU355 dibentangkan tanpa perbahasan itu "membangunkan atau memajukan Islam"?
Najib ternyata dalam alam ilusi dan angan-angan. Rakyat, terutamanya majoriti Islam, tidak lagi  mudah tertipu atau naif seperti dulu. Najib kononnya hendak berdakwah dengan anjuran dan gesaan supaya tolak golongan yang tolak RUU 355 agaknya. Yang menjalankan kemungkaran ekonomi dan fasad kewangan adalah beliau.
Biar saya ingatkan Najib dan kawan barunya Pas  bahawa objektif perlaksanaan syariah di peringkat kerajaan adalah untuk menguruskan seluruh sumber negara secara bertanggungjawab, mampan dan berhemah.

PAS: Tidak ada guna jatuhkan kerajaan Umno@Bn...!!

PAS bimbang Malaysia bakal diterajui oleh parti yang berpaksikan kepada perjuangan sosialis jika kerajaan sedia ada tumbang pada pilihan raya umum akan datang.
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob berkata, tidak ada guna menjatuhkan kerajaan sekarang tetapi membiarkan parti sekular sosialis memerintah.
"Apa yang dibimbangkan, jatuhnya sebuah kerajaan sekular nasionalis tetapi diganti dengan sekular sosialis, kalau itu terjadi, PAS kena ambil masa 60 tahun untuk jatuhkan kerajaan sekular sosialis dan diganti dengan kerajaan Islam.
"Tidak guna dapat jatuhkan kerajaan yang ada sekarang tetapi yang naik ialah kerajaan sosialis, saya harap saudara memahami tuntutan semasa yang memerlukan kita buat persiapan secukupnya," katanya.
Beliau berkata demikian, ketika berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Ke-56 di dewan Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU) di Alor Setar, hari ini.
Bagaimanapun Ahmad tidak mengulas lanjut mengenai parti sekular nasionalis dan parti sekular sosialis yang disebutnya tetapi jelas merujuk masing-masing kepada Umno/BN dan DAP.
Sehubungan itu, Ahmad yang juga adalah menteri besar Kelantan bagi mengelakkan perkara itu daripada berlaku, PAS perlu bekerja keras bagi menjadi parti pemerintah.
“Saya harap kita semua memahami tuntutan ini dan bersedia sepenuhnya bagi menghadapi cabaran untuk berjuang memastikan gerakan Islam berjaya di negara ini,” katanya.

Putar belit skandal 1MDB akhirnya makan tuan




Usaha beberapa pemimpin Umno untuk menggunakan isu penyelesaian luar mahkamah antara 1MDB dan International Petroleum Investment Company (IPIC) sebagai menandakan berakhirnya skandal kewangan membabitkan syarikat pelaburan negara itu sebenarnya memakan diri sendiri, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Malah cubaan mereka untuk mempertahankan 1MDB telah membangkitkan semula persoalan asas yang sehingga kini masih belum terjawab.
Beliau memberi contoh kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan bahawa kononnya penyelesaian antara 1MDB dan IPIC membuktikan perdana menteri tidak bersalah.
Malah tambah Kit Siang, Rahman Dahlan juga mendakwa dana 1MDB wujud dalam bentuk 'unit' di Singapura dan boleh ditukarkan ke dalam bentuk matawang untuk dibayar kepada syarikat Abu Dhabi berkenaan.
"Terima kasih Abdul Rahman, kerana beliaulah soalan-soalan ini telah dibawa semula kepada perhatian masyarakat umum, bersekali dengan pertanyaan yang dibangkitkan Tony Pua dan pemimpin yang lain," katanya dalam satu kenyataan media.
Tony yang juga ahli parlimen Petaling Jaya Utara dalam kenyataan beliau sebelum ini membangkitkan persoalan mengapa rakyat Malaysia perlu menanggung pembayaran sebanyak dua kali ganda 1MDB kepada IPIC.
Hasil penyelesaian timbangtara antarabangsa di London memutuskan bahawa IPIC akan menerima bayaran berjumlah USD1.205 bilion.
1MDB dan Kementerian Kewangan juga diarahkan bertanggungjawab ke atas faedah bon bernilai USD3.5 bilion yang dijamin IPIC.
Semalam Kit Siang turut mengulas kenyataan ketua pengarah Jabatan Hal Ehwan Khas (Jasa), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berhubung penyelesaian secara timbang tara antara 1MDB dan IPIC yang kononnya telah ‘melemahkan’ dakwaan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) bahawa wang 1MDB telah diselewengkan.

MB Kelantan yakin Kedah akan kembali kepada PAS

INVOKE NEWS:Rakyat Malas Atau Menteri Yg Malas Nak Faham Rakyat

AMANAH 'ganggu' usaha tumbangkan Umno-BN, kata PAS

PAS yakin tadbir 5 negeri - Tuan Ibrahim Tuan Man

Abdul Hadi fail saman fitnah terhadap Sarawak Report

Laungan "JAHANAM PAN" Makan Diri PAS Semula..!!!

Ikrar 'Jahanam PAN' buka tirai Muktamar Dewan Ulama PAS sejak mesra Umno...!!!

Dewan Ulama PAS tegur isu 1MDB dalam muktamar, dalam parlimen berkecuali...!!!

PAS: Tak apa belanja besar asal dapat saman Sarawak Report

SKANDAL 1MDB: KALAU DI TANGAN SUDAH ADA BUKTI, KENAPA MASIH MEMILIH SELESAI LUAR MAHKAMAH?

Selesai tapi tak selesai – barangkali itulah ungkapan paling sesuai untuk menggambarkan kemelut terbaru berkaitan 1MDB sekarang ini.
Di sebalik 1MDB berjaya dan berbangga dapat menyelesaikan pertikaian di luar mahkamah dengan IPIC berhubung bayaran bagi terbitan bon  yang dituntut oleh syarikat daripada Abu Dhabi itu, rentetan daripadanya nampak lebih membingungkan.
Bukan saja penyelesaian luar mahkamah itu dilihat sebagai bukti pengakuan daripada 1MDB bahawa pembayaran AS$3.5 bilion sebelum ini memang diselewengkan daripada Aabar PJS kepada Aabar BVI, pertanyaan juga bertalu-talu berkaitan ke mana perginya wang yang telah dibayar itu.
Persetujuan luar mahkamah jelas memperlihatkan 1MDB akan membayar dua kali kepada IPIC dan seperti ingin melupakan begitu saja wang yang telah dibayar kepada syarikat klon, Aabar BVI sebelum ini.
Bukan saja pemimpin-pemimpin pembangkang yang riuh menuntut penjelasan berkaitan perkara itu, malah wakil BN dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC, Abdul Aziz Sheikh Fadzir turut menuntut penjelasan yang sama.
Kita setuju dengan penyelesaian yang dicapai antara 1MDB dengan IPIC itu, tetapi  kerajaan perlu menjelaskan kepada PAC ke mana perginya wang yang sudah dibayar sebelum ini, demikian permintaan Abdul Aziz yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Kedah.
Dalam pada itu, di ketika ramai masih bingung memikirkan kenapa penyelesaian luar mahkamah menjadi pilihan sedangkan Najib Razak pernah mengatakan kerajaan tidak terikat dari segi undang-undang untuk mengambil alih bon tersebut serta Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan Kedua pula melahirkan keyakinan 1MDB boleh menang dalam prosiding timbangtara dengan IPIC, apa yang terus didedahkan oleh Johari lebih memeningkan lagi.
Johari memberitahu, sebenarnya terdapat sepucuk surat yang mengesahkan Aabar BVI adalah anak syarikat milik IPIC, namun beliau tidak menyebut ia daripada siapa.
Malah kata Ahli Parlimen Titiwangsa itu lagi, berdasarkan rekod yang dibekalkan 1MDB kepada PAC sebelum perjanjian penyelesaian,  mereka juga mengesahkan Aabar BVI ialah anak syarikat IPIC.
“Ia kemudian disahkan oleh Pendaftar Hal Ehwal Korporat British Virgin Islands dalam surat bertarikh 11 Ogos 2016,” kata Johari.
Berdasarkan bukti yang dimiliki itu jugalah, tegas Johari, Kementerian Kewangan bertegas dengan pendirian meneruskan menuntut keadilan di Tribunal Timbangtara Antarabangsa.
Melihat kepada penjelasan Johari mengenai bukti tersebut, apa yang menjadi persoalan ialah mengapa penyelesaian luar mahkamah masih menjadi pilihan?
Jika bukti sudah cukup kuat dalam tangan, kenapa masih  tidak berani terus berjuang ke arah kemenangan, sebaliknya memilih untuk menyelesaikannya di luar mahkamah?
Tidakkah, jika menang, tiada apa-apa pembayaran perlu dibuat oleh 1MDB kepada 1PIC?
Siapa yang berkehendakan penyelesaian luar mahkamah yang membuatkan 1MDB terpaksa membuat bayaran sebanyak dua kali kepada IPIC?
Adakah hanya Kementerian Kewangan saja yang mahu terus dengan prosiding timbangtara, manakala pihak lain termasuk Najib, tidak berminat dengannya?
Kenapa dalam rundingan penyelesaian itu, sebagaimana yang disebut sendiri oleh Johari beberapa hari sebelum ini, Kementerian Kewangan tidak dilibatkan sama-sekali, sebaliknya hanya diwakili oleh 1MDB dan pegawai daripada Pejabat Perdana Menteri sahaja?

'Kempen tazkirah' jadi alat Umno jika PRU14 pada Ramadan


Aminolhuda HassanAminolhuda HassanPengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan bimbang sentimen agama akan digunakan secara meluas oleh Umno-BN dalam kempen pilihan rayanya jika pembuangan undi berlangsung pada bulan Ramadan.
"Kemudahan surau dan masjid akan digunakan Umno-BN yang berkuasa untuk membuat 'kempen tazkirah' atas nama agama dan bangsa untuk memburukkan parti lawan ketika lawannya tidak dibenarkan menggunakan kemudahan atau premis tersebut.
"BN selaku kerajaan peralihan dalam pilihan raya akan mengambil kesempatan di atas kuasa dan kemudahan jentera yang besar serta lengkap.
"Propaganda Umno-BN dalam memburukkan Pakatan Harapan melalui medium sedia ada akan lebih mudah, pantas, meluas untuk membohongi rakyat akan realiti sebenar yang dialami," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dijangkakan sesetengah pihak akan dilakukan pada bulan Ramadan iaitu akhir Mei depan.
Mengulas lanjut, beliau berkata paling ketara Umno-BN akan mengambil kesempatan dengan musim ibadat masyarakat Islam itu dengan menyasarkan kelompok pengundi Melayu di lokasi luar bandar.
"Atas nama 'sumbangan Ramadan kepada asnaf', Umno-BN akan mengeksploitasi segala jentera kerajaan melalui mana-mana jabatan kerajaan seperti Majlis Agama dan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat).
"Program sumbangan untuk asnaf tentunya akan lebih rancak dan besar-besaran di kawasan Felda dan luar bandar yang sasarannya adalah pengundi Melayu," tegasnya.
Pada masa sama, pemilihan PRU14 pada bulan Ramadan dikhuatiri akan menjejaskan peluang untuk pengundi luar pulang ke kampung masing-masing ekoran langkah penjimatan kos.
"Umno-BN mengambil kesempatan dengan menghalang pengundi luar dari balik mengundi memandangkan tidak lama selepas itu menyambut Hari Raya Puasa.
"Balik hanya untuk mengundi hanya akan membebankan mereka ketika kos sara hidup sedia ada sudah melambung," jelasnya.
Sehubungan itu, Aminolhuda menyifatkan Ramadan adalah tempoh ibadat umat Islam yang tidak harus dicemarkan dengan dengan kempen pilihan raya.
"Ramadan sepatutnya bulan untuk mengukuhkan silaturahim sesama umat bukan masa yang sesuai untuk pilihan raya," tegasnya lagi.
Najib Razak yang juga Presiden Umno sepanjang bulan ini dilihat mengumumkan pelbagai agihan peruntukan puluhan juta ringgit kepada segenap segmen masyarakat sekaligus menandakan PRU14 bakal berlangsung dalam tempoh terdekat.
Pada 25 April lalu, Najib mengumumkan dana sebanyak RM80 juta kepada Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), sekolah pondok dan institusi tahfiz berdaftar dengan paling banyak di Kelantan mencecah RM20.9 juta.
Dua hari sebelum itu, Najib melancarkan Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB) dengan peruntukan sebanyak RM500 juta bagi skim dana saham di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB) serta menubuhkan dana pusingan berjumlah RM500 juta bagi memenuhi keperluan pinjaman perniagaan kaum itu.

Adakah Johari persalahkan Najib bagi 'penyelesaian' 1MDB?

Dalam satu ulasan eksklusif kepada Malaysiakini semalam, Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani menegaskan bahawa beliau mempunyai bukti bahawa Aabar Investment PJS Limited (Aabar BVI), sebuah entiti yang diperbadankan di Kepulauan British Virgin yang menerima bayaran AS$3.51 bilion daripada 1MDB, adalah anak syarikat milik International Petroleum Investment Corporation (IPIC) Abu Dhabi.
"Setakat saya tahu, berdasarkan rekod oleh 1MDB kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebelum perjanjian penyelesaian, Aabar Investments PJS Ltd (BVI) adalah anak syarikat IPIC.
"Fakta itu disahkan oleh Pendaftar Hal Ehwal Korporat di Kepulauan British Virgin melalui surat bertarikh 11 Ogos 2016," kata Johari kepada Malaysiakini.
Persoalannya, jika apa yang didakwa itu sebagai "bukti" yang tidak boleh dipertikaikan, maka adalah benar-benar tidak masuk akal untuk tunduk dan menyerahkan AS$3.5 bilion, atau lebih daripada RM15 bilion, berdasarkan kadar pertukaran hari ini.
Sebalik daripada bertindak berani dengan keyakinan akan memenangi timbang tara yang dipohon IPIC itu, menteri kewangan kedua berkata beliau tidak terbabit dalam rundingan penyelesaian berkenaan pada satu sidang media semalam.
Skop lebih besar
Johari kini membuat satu pusingan U lengkap, dengan mendakwa bahawa kerajaan memutuskan untuk melihat dari "skop lebih besar”.
"Kerajaan melihat kepada skop yang lebih besar, dari segi hubungan antara Malaysia dan Abu Dhabi. Rundingan bagi penyelesaian itu dibuat antara 1MDB dan pejabat Perdana Menteri," katanya.
Malah, menteri kewangan kedua itu secara tidak langsung menyalahkan Najib.
“Perdana Menteri telah membuat keputusan untuk negara," katanya.
Tetapi itulah apa yang sebenarnya membimbangkan rakyat - bahawa perdana menteri membuat keputusan yang dirinya sendiri terpalit.
Berdasarkan dokumen yang didedahkan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat dan disokong oleh bukti-bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan Singapura terhadap tokoh perbankan penyangak, daripada dana yang dipindahkan kepada Aabar (BVI), ('Malaysian Official 1') secara peribadi menerima bayaran AS$30 juta dalam akaun bank peribadinya di AmBank pada tahun 2012.
Lebih memilukan, anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz menerima AS$238 juta menerusi kumpulan syarikat Red Granite miliknya. Kira-kira AS$100 juta daripada jumlah yang didakwa itu digunakan untuk menerbitkan filem Hollywood, 'The Wolf of Wall Street' yang dibintangi oleh Leonardo DiCaprio.
Tujuan sebenar 'penyelesaian'
Sebagai tambahan, tidakkah Johari berminat untuk mengetahui, walaupun "bukti" yang tidak boleh dipertikaikan dalam gengamannya, yang Aabar (BVI) mungkin ditubuhkan secara tidak sah oleh pegawai IPIC - Khadem Al-Qubaishi dan Mohamed Badawy Al-Husseiny, yang kedua-duanya telah dipecat oleh IPIC - bersubahat dengan pegawai 1MDB untuk menipu kedua-dua kerajaan Abu Dhabi dan Malaysia?

PAS perlu "derma" RM200,000 untuk saman Sarawak Report

|PAS menubuhkan tabung bagi membayar kos-kos tuntutan saman oleh parti Islam itu ke atas laman pendedah maklumat, Sarawak Report di United Kingdom.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man - ketika mengumumkan mengenai tabung itu pada Muktamar Pemuda PAS hari ini - berkata, urusan saman itu dijangka menelan belanja RM200,000.
"PAS memutuskan untuk meminta setiap ahli menyumbang sekurang-kurangnya RM5 untuk menampung kos menyaman Sarawak Report," kata Tuan Ibrahim.
Beliau memetik kata-kata bekas mursyidul am PAS, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat yang berkata, tidak perlu bimbang tentang wang dalam PAS.
"(Nik Aziz berkata) walaupun ahli-ahli PAS tidak mempunyai wang, tidak kaya tetapi mereka sanggup berkorban untuk mempertahankan parti," kata Tuan Ibrahim.
PAS mahu menyaman editor Sarawak Report, Claire Rewcastle-Brown kerana mendakwa parti itu menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

1MDB, satu Malaysia dalam bahaya sembang Dewan Ulama PAS

Dewan Ulama PAS hari ini mendesak agar siasatan penuh dijalankan semula ke atas skandal firma pelaburan negara 1MDB yang menyaksikan negara kehilangan jumlah wang tang teramat besar.
Ketuanya, Datuk Mahfodz Mohamad, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak seharusnya terus berada dalam sindrom penafian.
"1MDB, satu Malaysia dalam bahaya. Pelabur mula hilang kepercayaan terhadap ketelusan kerajaan dalam menangani krisis 1MDB.
"Ini apabila ia sukar membayar hutangnya yang diselaputi riba yang diharamkan. Dewan Ulama PAS mendesak kerajaan agar tidak terus berada dalam sindrom penafian.
"Penyiasatan sangat diperlukan dan mereka yang bersalah dituntut dihukum jika sabit kesalahan," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama perasmian Muktamar Dewan Ulama PAS di Sekolah Rendah Darul Ulum, Kedah.
Turut hadir merasmikan muktamar Dewan Ulama ialah Timbalan Mursyidul Am Datuk Ahmad Yaakob.

Konsep Muwatinun dalam menolak fikrah Khawarij moden

Ada yang tidak berpuas hati  terutama dalam kalangan yang mempunyai fikrah takfiri atau khawarij moden ini.Ada yang tidak berpuas hati terutama dalam kalangan yang mempunyai fikrah takfiri atau khawarij moden ini.

Khawarij adalah ketakutan yang berlaku dalam kalangan umat Islam. Kewujudan mereka, memberi bahaya kepada muslim. Sudah pasti, amat bahaya kewujudan mereka untuk non muslim.

Khawarij menampilkan sikap mengkafirkan sesama muslim. Dikenali dengan istilah takfiri. Kalangan yang berbeda pendapat dengan mereka, dianggap sebagai terkeluar dari Islam. Modus operandi mereka, bermula dengan menuduh taghut, kemudiannya kafir. Kalau yang jenis berani, mereka sanggup isytihar halal darah dan percaya mendapat pahala jika membunuh, dan dianggap jihad jika mereka ditangkap dan dikenakan hukuman dari pihak kerajaan.

Di Syria dan Iraq, amalan khawarij ini ketara diamalkan oleh satu kalangan yang dikenali sebagai ISIS. Cita-cita mereka adalah negara Islam. Jika khawarij dahulu, mengungkapkan “tiada hukum kecuali hukum Allah” menjadikan mereka berani “takfir” terhadap Saidina Ali, khawarij moden pula berani mengungkapkan dengan ungkapan yang sama untuk mengkafirkan kalangan yang berbeda pendapat dengan mereka. Jika kurang berani, mereka menggunakan ayat berlapik seperti munafiq haraki, tanam di jirat dan sebagainya.

Tuduhan Harbi

Penggunaan istilah Kafir Harbi dan Zimmi tidak pernah wujud dalam nas secara sareh. Ia adalah istilah yang diwujudkan pada era Dinasti Islam yang beroreantasikan konsep monarki. Ia tidak lebih kecuali konsep kewarganegaraan pada era dinasti. Seseorang non Muslim yang masuk ke dalam sesebuah kerajaan, dianggap sebagai warganegara kelas pertama dengan memeluk agama Islam. Jika tidak mahu, diminta membayar jizyah, makanya dianggap sebagai kafir zimmi. Jika ingkar dari membayar jizyah, maka ia dikenali sebagai kafir harbi.

Kafir Harbi diwujudkan untuk ambil sikap berhati-hati. Ini kerana, keingkaran mereka membayar jizyah menampilkan wujud sifat mahu memberontak di masa akan datang.

Era kini, terutama di Malaysia, pengamalan kewarganegaraan tidak lagi beroreantasikan anutan agama, sebaliknya berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan berdasarkan perlembagaan yang dipersetujui secara majoriti menerusi ahli-ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya.

Memandangkan ini bentuknya, sudah pasti istilah kafir Harbi dan Zimmi sudah tidak relevan diamalkan. Diamalkan juga dalam kerangka negara bangsa adalah sama seperti memberi ubat sakit perut kepada orang yang pening kepala. Sakit perut tidak hilang, kepala yang tidak sihat akan ditimpa penyakit pula.

Ekoran itu, pendekatan yang benar adalah konsep muwatinun, iaitu kewarganegaraan sepertimana yang diamalkan sedia ada. Justeru, pengamalan ini sudah pasti menjadikan pengamalan kafir harbi dan zimmi tidak diguna pakai lagi.

Pengamalan sebegini tidak disetujui bagi kalangan khawarij moden. Mereka mengembalikan cara pengamalan konsep khilafah dalam era Dinasti dahulu atas wajah baru, iaitu diatas namakan Daulah Islamiyyah atau negara Islam. Walaupun pengamalan Daulah Islam  tidak wujud sama sekali dalam teks wahyu, tetapi mereka tetap mempertahankannya. Kesannya, dalam kerangka negara bangsa pun, mereka boleh menuduh non Muslim dengan tuduhan harbi. Non Muslim yang bersetuju dengan mereka disebut sebagai zimmi, walaupun pengamalan jizyah tidak diamalkan lagi dalam sesebuah negara.

Dengan sikap sebegini, sudah pasti keamanan yang wujud dalam negara bangsa tidak tercapai, sebaliknya sikap sebegini melahirkan kekacauan dalam sesebuah negara atas nama agama. Prejudis terhadap non muslim tetap membeku dalam diri mereka. Kalangan muslim yang tidak setuju dengan mereka dituduh sebagai kafir (Takfir), sedangkan non Muslim yang tidak bersetuju dengan mereka akan dituduh sebagai kafir harbi.
Muwatinun

Muwatinun, atau konsep kewarganegaraan, setakat ini adalah solusi terbaik untuk memastikan keamanan dalam sesebuah negara boleh kekal atas asas agama. Konsep ini juga tidak memberikan peluang menggunakan nama agama untuk melakukan serangan terhadap non muslim yang berbeda pendapat dengan pihak kerajaan.

Dalam konsep dinasti khalifah Islam dahulu, rakyat yang tidak bersetuju dengan pemerintah boleh dibunuh, dianggap sebagai pemberontak atau bughah. Pembunuhan secara persenjataan dianggap halal, malah diinstitusikan. Justeru, pembunuhan akan dianggap sebagai tidak salah dan dianggap bertepatan dengan agama.

Politikus tunggu impak muktamar ke-63

ALOR SETAR - Sebahagian besar jalan-jalan utama negeri Kedah dihiasi bendera Pas bagi menyambut kehadiran para perwakilan dan pemerhati seluruh negara ke Muktamar Pas ke-63, di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut.
Kali terakhir muktamar diadakan di negeri Jelapang Padi adalah pada 2006, dua tahun sebelum PRU12.
Namun pastinya situasi ketika itu jauh berbeza dengan masa kini, di mana peranan media sosial, cyber trooper parti masing-masing lebih agresif menyerang dan menangkis segala tohmahan.
Politikus tunggu impak muktamar Muktamar Pas kali ini dinantikan ramai pihak yang mahu melihat sejauh mana kekuatan parti itu mahu berdiri sendiri atas pentas politik, pencatur politik tanah air begitu ghairah mahu melihat hala tuju Pas mendepani isu politik semasa tanpa sokongan rakan-rakan pembangkang lain.
Mampukah Pas mencipta kegemilangan tersendiri atau bakal tersungkur pada PRU14, ia bergantung kepada beberapa percaturan yang akan diputuskan pada muktamar ini.
Politikus tempatan tidak sabar menantikan keputusan muktamar, untuk melihat bagaimana Pas menangani isu tahaluf siyasi; apakah kaedah berkesan memperkasakan blok Gagasan Sejahtera (GS) serta persiapan PRU14.
Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi berkata, agenda muktamar bukan sahaja bertumpu pada hubungan antara parti, sebaliknya berkaitan dengan perkara Islam, polisi ekonomi negara yang menekan rakyat seperti sistem percukaian GST, rasionalisasi subsidi petrol/diesel, serta isu integriti kerajaan.
“Antara topik yang akan dibahaskan perwakilan termasuk persediaan negeri-negeri tertentu untuk ditadbir Pas jika diberikan mandat oleh rakyat termasuk di Kedah,” katanya.
Tiup semboyan PRU14
Muktamar kali ini juga menyaksikan jawatan presiden dan timbalan presiden dianggap syura oleh semua ahli Pas, apabila diumumkan menang tanpa bertanding oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti.
Namun, terdapat pertandingan bagi jawatan naib presiden dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang menyerlahkan amalan demokrasi dalaman parti itu masih subur.
Pas dijangka mendapat kepimpinan baharu selewatnya 30 April atau 1 Mei melalui kaedah pemilihan secara ‘e-voting’.
Bagi pemilihan di peringkat pusat, ia melibatkan jawatan presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden dan 18 anggota jawatankuasa, manakala peringkat sayap, melibatkan ketua, timbalan dan naib.
Ahmad Fakhruddin berkata, ahli parti yang memiliki pelbagai kepakaran akan membantu presiden menterjemahkan hasrat parti selaras dengan syariat berasaskan saluran betul.

SKANDAL 1MDB: PENYELESAIAN ATAS KERTAS....


ADALAH kebiasaan dalam dunia politik dan korporat bagi pesertanya mengalu-alukan berita baik kerana berita baik memberi keuntungan.
Satu perkembangan yang diura-urakan mempunyai ciri baik atau positif itu adalah berita Malaysia capai persetujuan dengan Abu Dhabi untuk selesaikan kes saman timbang tara di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa, London.
Kalau kita masih ingat, pihak berkuasa Abu Dhabi saman kerana 1MDB tidak bayar balik hutang.
Di bawah penyelesaian itu, 1MDB melalui kerajaan Malaysia akan bayar kerajaan Abu Dhabi AS$2.5 bilion (kira-kira RM11.25 bilion pada kadar tukaran hari ini) bagi melupuskan sebahagian hutang 1MDB.
Menurut laporan media antarabangsa, kedua-dua buah negara juga bersetuju untuk tidak menggunakan saluran undang-undang sebelum Disember 2020 dalam merundingkan pertikaian mengenai AS$3.5 bilion (kira-kira RM15.75 bilion) lagi hutang yang bersangkut-paut dengan dua bon lain yang dikeluarkan oleh 1MDB.
Penyelesaian itu digambarkan sebagai baik. Tapi apalah baiknya kena bayar balik hutang bilion ringgit dan pada masa yang sama berbilion hilang dalam kecurian.
Yang sudah disahkan adalah lebih AS$600 juta masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak di Arab Malaysia Bank, Kuala Lumpur pada tahun 2013.
Dalam kadar tukaran masa itu jumlahnya RM2.6 bilion. Najib dan konco-konconya cuba kelentong kata duit itu derma Arab dan sebahagian besarnya dipulangkan.
Selesai atau tidak, beban hutang 1MDB tetap terpikul di atas bahu rakyat jelata dan pembayar cukai. Ini adalah kerana semua hutang dan tanggungan 1MDB telah dipindahkan kepada Kementerian Kewangan.
Bagi orang politik, terbabit dalam berita baik memberikan mereka keuntungan politik dan bagi ahli perniagaan, berita baik mungkin menyebabkan harga saham mereka naik.
Jadi adalah kebiasaan bagi mereka tumpang sekaki. Kalau boleh mereka akan mengaku terlibat membawa perkhabaran baik itu. Paling-paling busuk pun mereka akan  mengalu-alukannya.
Menteri Sendiri Tak Percaya
Tapi apabila Menteri Kewangan Kedua, Johari Abdul Ghani, sendiri menafikan penglibatan dengan “penyelesaian” itu, jelaslah ia bukan penyelesaian sebenar atau meyakinkan apatah lagi menguntungkan negara.
 
Johari: Saya tidak terlibat
Kalau ia penyelesaian sebenar dan diyakini, orang politik macam Johari tentulah akan cuba tumpang sekaki.
Sebaliknya, dia berkata dia tidak terlibat dengan penyelesaian itu sambil menambah bahawa ia adalah kerja 1MDB dan Jabatan Perdana Menteri.
Dia sekadar berkata angka-angka yang dia tengok mengenai penyelesaian itu meyakinkan. Satu hujah yang selamat sekadar melepas batuk di tangga.
Mudah cakap, saya kata macam ini. Jentera propaganda kerajaan dan panglima siber A9 Umno boleh berbohong kepada sesetengah orang kampung, orang Felda dan orang PPRT tetapi mereka tidak boleh kelentong orang dalam kelas Johari.
Busuk-busuk pun Johari ada pengalaman korporat. Saya kenal dia sejak dia bekerja dengan anak syarikat Kumpulan New Straits Times Press (M) Berhad sehinggalah dia jadi Pengarah Urusan CI Holdings Berhad. Jadi dia tahu hal korporat dan hutang-piutang.
Maaflah kalau saya terlepas pandang. Saya tidak terbaca berita orang politik dan korporat mengalu-alukan berita penyelesaian itu, kecuali sekarat dua.
Hatta panglima A9 Umno yang baru saja diarah “attack attack attack attack” oleh Najib pun nampaknya tidak berapa ghairah menguar-uarkan penyelesaian ini.
Adakah mereka tidak faham, tidak yakin, tidak menghargai sumbangan JPM atau mereka tidak mahu terus terpalit dengan najis 1MDB? Boleh jadi.
Masalah 1MDB Belum Selesai
Hutang 1MDB sebanyak RM11.25 bilion yang setuju dibayar kepada Abu Dhabi dengan bantuan kerajaan itu hanyalah sebahagian daripada hutangnya yang menggunung.
Menurut laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Parlimen (PAC), hutang 1MDB pada bulan Januari 2016 berjumlah RM50 bilion dan bukan lagi RM42 bilion seperti yang didakwa oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Nik Abduh yakin PAS menang paling kurang 40 kerusi parlimen, 5 negeri

BM_1ALOR SETAR: Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hari ini meluahkan keyakinan parti Islam itu akan memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen, di samping memerintah 5 negeri, pada pilihan raya umum ke-14.
“Pemuda PAS mampu merealisasikan hasrat Presiden PAS untuk memenangi minima 40 kerusi Parlimen dan mentadbir 5 buah negeri; dengan komitmen Pemuda PAS untuk meletakkan lebih ramai calon muda dan menguasai 60% undi anak muda di setiap kerusi yang ditandingi,” kata Nik Abduh dalam ucaptama pada Muktamar Dewan Pemuda PAS di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Alor Setar.
Nik Abduh, yang bakal melepaskan jawatannya kepada Muhammad Khalil Abdul Hadi, anak presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bagaimanapun tidak menamakan negeri yang dimaksudkan, tetapi menambah:
“Kita meletakkan keyakinan bahawa negeri tuan rumah, Kedah Darul Aman, pastinya termasuk di dalam negeri bertuah itu, dan insya Allah akan kembali ditadbir oleh PAS dalam PRU14 ini.”
PAS memerintah Kedah untuk satu penggal selepas pilihan raya umum 2008, sebelum ia ditawan kembali Barisan Nasional pada 2013.
Pada masa ini, PAS mengekalkan pentadbirannya di Kelantan, yang ditawan sejak 1990.
Sebelum ini, kaji selidik badan berkait PKR, Invoke Malaysia, yang melibatkan lebih 10,000 pengundi Melayu, mendapati PAS bakal menerima undi paling rendah, sekiranya berlaku pertembungan 3 penjuru.
PAS bukan merupakan sebahagian Pakatan Harapan yang menggabungkan PKR, DAP, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), dan membayangkan akan menyertai pilihan raya bersendirian sebagai “blok ketiga”.

Mesra Umno: Ikrar ‘Jahanam PAN’ buka tirai muktamar Ulama PAS

Ia ditujukan kepada bekas pemimpin PAS yang keluar parti dan menubuhkan Amanah selepas tewas dalam pemilihan muktamar 2015.
ulam_ucap
ALOR SETAR: Muktamar Dewan Ulama PAS hari ini bermula dengan doa ikrar “Jahanam PAN”, merujuk kepada singkatan untuk Amanah yang digunakan pemimpin PAS.
Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Mohd Rejab Md Akhir meminta perwakilan berdiri dan mengetuai ikrar yang diakhiri dengan “Jahanam PAN”.
“Sebelum saya memulakan ucapan, saya minta semua berdiri kita baca ikrar. Jahanam PAN,” katanya ketika menyampaikan ucapan pembukaan Muktamar Dewan Ulama parti itu yang dirasmikan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob, di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum, di sini, hari ini.
Ikrar itu kemudiannya disusuli laungan takbir sebanyak 3 kali oleh perwakilan.
Amanah ditubuhkan sekumpulan bekas pemimpin PAS susulan pemilihan parti 2015 yang menyaksikan kebangkitan penyokong Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan puak yang mahu PAS keluar daripada Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR dan DAP.
Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mahfodz Mohamed menyifatkan perjuangan bekas pemimpin parti Islam itu yang bertindak menubuhkan parti baharu, sama dengan perjuangan Umno yang menjadi musuh tradisi parti berkenaan sejak sekian lama.
“Rakan politik pernah bersama kita dahulu, kini perjuangannya sama dengan Umno,” katanya.
Mahfodz turut meminta pemimpin PAS terus menegak dan memperbetulkan akidah umat Islam yang terpesong dengan mengambil contoh tindakan peguam kontroversi, Siti Kasim yang mempersoalkan kewujudan Tuhan.
“Menegakkan akidah Islam amat penting demi memastikan negara berada dalam keadaan sejahtera,” katanya.
Pada masa sama, beliau turut menggesa pihak berkuasa mengenakan hukuman setimpal kepada pihak terbabit dalam salah laku skandal 1MDB.
“Rakyat telah hilang kepercayaan kepada kerajaan Umno dan BN yang gagal menangani isu hutang 1MDB.
“PAS mendesak kerajaan tidak terus berada dalam penafian melibatkan isu 1MDB, jika ada pihak yang terlibat, mereka perlu dihukum jika disabit kesalahan,” katanya sambil menambah isu 1MDB mengandungi unsur riba yang dilarang agama Islam.

Tadbir 5 negeri, PAS mahu pinda enakmen syariah sembang Nik Abduh

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz memberi gambaran betapa parti itu akan mempunyai kuasa untuk meminda enakmen undang-undang syariah di peringkat negeri jika berjaya mentadbir lima negeri selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Bagaimanapun, kata beliau yang juga ahli Parlimen Pasir Mas, ia bergantung kepada 'takdir' seandainya pindaan Akta 355 diluluskan di Parlimen.
"Cukuplah untuk saya gambarkan di sini, andai ditakdirkan pindaan Akta 355 di Parlimen dan PAS berjaya mentadbir minima lima buah negeri pada PRU14.
"Kita sebenarnya mempunyai kuasa untuk meminda enakmen undang-undang syariah di peringkat negeri," katanya ketika menyampaikan ucaptama di Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS di Alor Setar, hari ini.
Jelas beliau, Pemuda PAS yakin dengan berkat usaha dan pertolongan Allah Taala, mereka dapat merealisasikan hasrat presiden parti Islam itu untuk memenangi 40 kerusi Parlimen dan mentadbir lima negeri.
"Dengan komitmen Pemuda PAS untuk meletakkan lebih ramai calon muda dan menguasai 60 peratus undi anak muda di setiap kerusi yang ditandingi," katanya.

Guru pondok tidak akan terpedaya dengan Najib, kata Husam


Datuk Husam MusaDatuk Husam Musa
Guru-guru pondok dan sekolah agama rakyat tidak akan tertipu dengan helah Najib yang memberikan sumbangan RM80 juta untuk mendapat sokongan politik, dakwa Naib Presiden Amanah Datuk Husam Musa.
Menurutnya pusat pengajian agama seperti itu sepatutnya mendapat peruntukan lebih besar dari kerajaan jika tiada pembaziran wang negara.
"Mereka sudah faham itu hak mereka dan tentu semua masih ingat pesanan almarhum Tok Guru Nik Aziz, beri gula pakai, beri kain pakai tapi jangan undi BN bila tiba pilihan raya
"Dalam skandal tersalah bayar kepada IPIC melalui anak syarikatnya Aabar saja 1MDB kehilangan wang berjumlah US1 bilion.
"Kalau ditukar kepada ringgit nilai ini sekarang RM4.3 bilion.
"Kalau gunakan wang ini saja sekolah agama yang terima wang itu semalam akan dapat 58 kali ganda daripada jumlah yang diberi semalam," kata Adun Salor itu  pada  program Dialog Amanah di Jalan Yaakubiah Kota Bharu malam tadi.
Selasa lalu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menyerahkan peruntukan sebanyak RM80 juta kepada sekolah pondok berdaftar, Sekolah Menengah Agama Rakyat (Smar) dan institusi tahfiz.
Perdana Menteri berkata peruntukan di bawah Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah sepertimana yang diumumkan dalam Bajet 2017 itu bertujuan memperkasa dan memperkukuhkan institusi pendidikan agama ke arah lebih cemerlang.
Daripada jumlah itu kata Najib , sebanyak RM30 juta diperuntukkan bagi menyelaraskan dan membangunkan pendidikan tahfiz melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN), kali pertama peruntukan seumpamanya diberikan kerajaan dalam sejarah pendidikan tahfiz negara.
Menurut Husam, seluruh rakyat perlu sepakat untuk menggantikan kerajaan BN dalam pilihan raya ini dengan memilih Pakatan Harapan.
"Semasa saya di tingkatan enam kita berbangga dengan Malaysia ketika itu dari segi ekonomi kerana kita terkedepan berbanding rakan-rakan lain di Asia kerana ekonomi kita jauh lebih baik.
"Negara seperti Korea, China, Filipina, Hong Kong, Indonesia kita pandang lekeh kerana dianggap ketinggalan.
"Namun sekarang kita pula jauh ketinggalan sedangkan negara.negara lain bergerak maju meninggalkan kita," katanya,

'Jingga' bersama 'biru' demi rampas Kelantan sembang PAS

Setelah dituduh bekerja bersama-sama dengan BN, PAS hari ini membayangkan Parti Amanah Negara (AMANAH) sebenarnya yang bersekongkol dengan parti pemerintah.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kedua-dua parti itu bekerja bersama-sama untuk menawan Kelantan daripada PAS.
"Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) umumkan di Kelantan, hasrat untuk menjadikan negeri itu biru (BN).
"Sekarang, kita tidak lagi menghadapi musuh lama. Muncul mereka yang berbaju jingga, yang juga mengisytiharkan mahu Kelantan.
"Ia kelihatan seperti mereka bekerja dengan 'biru'," kata Tuan Ibrahim di Muktamar Pemuda PAS di Alor Setar, Kedah hari ini.
Jingga merujuk kepada warna rasmi AMANAH manakala biru pula adalah warna BN.
Sebelum ini, para pengkritik parti Islam itu menuduhnya sebagai menjalinkan kerjasama dengan BN ekoran keengganan PAS untuk mengadakan jalinan dengan parti pembangkang lain.

'Lebih ringgit ke poket anda‎' jadi manifesto Pemuda PAS

"Memberi lebih ringgit kepada poket anda," itulah antara tujuh agenda ‎'Anak Muda Sejahtera' sebagai asas pembentukan tawaran manifesto PAS yang akan dilancarkan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.
Ketua Pemudanya, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, tawaran itu sebagai menyahut hasrat anak muda Malaysia yang mendambakan kehidupan lebih sejahtera.
"Pendapatan boleh guna - memberi lebih ringgit kepada poket anda," katanya ketika menyampaikan ucaptama sempena Muktamar Pemuda PAS ke-58, di Alor Setar hari ini.
Bagaimanapun anggota parlimen Pasir Mas itu tidak menghuraikan secara terperinci mengenai tawaran tersebut.
Berikut tujuh tawaran manifesto Pemuda PAS:
1) Pendapatan boleh guna - Memberi lebih ringgit kepada poket anda.
2) Keupayaan sara hidup - Membebaskan anda daripada kesempitan hidup.
3) Pendidikan berkebajikan - Meningkatkan kualiti hidup melalui pendidikan insani.
4) Keusahawanan belia - Membantu membina kerjaya dan pendapatan sendiri.
5) Rumah mampu milik - memiliki rumah idaman sebagai tempat berteduh.
6) Capaian pengangkutan - Mobiliti dalam dunia serba pantas.
7) Kesejahteraan hidup - Menjamin kesihatan dan keselamatan yang tersayang.

Skandal Forex: Nor Yakcop jadi menteri kewangan walau dilarang terlibat institusi kewangan - Anwar

Bekas menteri kewangan itu menjelaskan apa yang berlaku sebelum dan selepas pemecatan beliau pada 1998.
anwar-Mohamed-YakcopKUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, dilantik sebagai menteri kewangan II walaupun ada larangan dikenakan ke atasnya.
Anwar yang menjawat menteri kewangan sebelum dipecat pada September 1998, memaklumkan perkara tersebut dalam keterangannya kepada pasukan petugas yang menyiasat kerugian akibat spekulasi tukaran mata wang asing (forex) oleh BNM pada 1990-an.
“Setelah saya dipenjarakan pada September 1998, Nor Mohamed Yakcop dilantik sebagai penasihat ekonomi kepada perdana menteri, dan lebih serius lagi apabila beliau dilantik menteri kewangan II pada 2008; walaupun ketika diberhentikan pada tahun 1998, Kementerian Kewangan telah mengemukakan syarat beliau tidak boleh lagi terlibat dalam mana-mana institusi kewangan negara,” kata Anwar dalam kenyataan hari ini.
Anwar menjelaskan keterangan yang diberikan kepada kepada pasukan petugas melibatkan wakil pelbagai agensi, diketuai bekas ketua setiausaha negara Tan Sri Sidek Hassan, 20 April lalu.
Katanya, sebaik menyandang jawatan menteri kewangan pada 1991, ketua setiausaha perbendaharaan ketika itu, Tan Sri Zain Azraai Zainal Abidin, ada menyentuh mengenai urusan dagangan mata wang BNM.
“Menurutnya, sejak 1989, Perbendaharaan Amerika Syarikat; Bank Pusat England dan Tabung Kewangan Antarabangsa telah memaklumkan bahawa penglibatan BNM dalam urusan tersebut dianggap membimbangkan,” kata Anwar.
Menurut Anwar, masalah mula dikesan oleh media antarabangsa dan pasaran Zurich, Switzerland, sekitar penghujung 1991 dan awal 1992.
“Perkara tersebut dikemukakan semula kepada gabenor BNM. (Gabenor) Tan Sri Jaafar (Hussein) memberikan keterangan yang sama dan memaklumi bahawa pengarah urusan tersebut di BNM adalah Nor Mohamed Yakcop.”
“Memandangkan saya dan kementerian kewangan tidak dimaklumkan mengenai hal tersebut, gabenor sendiri yang menjelaskan kepada media dengan menyebut ‘kerugian atas kertas’.”

Skandal 1MDB: Johari diminta dedah surat dakwa bukti Aabar BVI milik IPIC

Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani patut mendedahkan surat dari Pendaftar Hal Ehwal Korporat yang mendakwa membuktikan bahawa British Virgin Island (BVI) mendaftar Aabar sebagai milik International Petroleum Investment Corporation Abu Dhabi (IPIC), kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
1MDB telah membayar AS$3.5 bilion kepada Aabar BVI bagi perkhidmatan dalam penerbitan dua bon, tetapi IPIC berkata ia tidak ada kaitan dengan firma tersebut, yang mempunyai nama yang hampir sama dengan sebuah anak syarikat IPIC.
Dalam satu kenyataan, Rafizi berkata Johari patut mendedahkan surat yang didakwa pengesahan daripada Pendaftar Hal Ehwal Korporat BVI supaya orang ramai boleh membantu beliau dan kerajaan berkaitan isu itu.
Johari juga, katanya, patut mendedahkan jejak aliran wang yang didakwa secara penipuan dipindahkan kepada syarikat yang salah, supaya orang ramai boleh menentukan siapakah yang merupakan benefisiari akhirnya.
Beliau menambah Johari patut meletak jawatan jika beliau tidak boleh mendedahkan surat itu, seperti bekas Menteri Kewangan II Datuk Husni Hanadzlah, yang selepas peletakan jawatannya, menimbulkan persoalan mengenai 1MDB di Parlimen.
"Jika tidak, usaha berterusan beliau untuk cuci tangannya semakin menyedihkan.
"Beliau dibayar untuk mengesan wang itu dan bawa balik apa yang tinggal di luar sana.
"Sebaliknya, negara terus kehilangan wang kerana 1MDB dan apa yang beliau boleh katakan ialah 'Saya tidak tahu," kata Rafizi.
Johari semalam memberitahu Malaysiakini bahawa kerajaan pasti bahawa Aabar BVI adalah milik IPIC kerana ada surat daripada Pendaftar Hal Ehwal Korporat BVI untuk membuktikannya.
Rafizi berkata, pemilikan surat itu patut mendorong Johari untuk cuba menghentikan penyelesaian itu daripada disahkan oleh kabinet.

Kita tidak pengaruhi muktamar mereka, kata Dr Mahathir


Tun Dr Mahathir Mohamad Tun Dr Mahathir Mohamad Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan mempengaruhi sebarang keputusan perwakilan dan pemimpin Pas mengenai jalinan kerjasama dengan Bersatu dalam muktamar parti itu yang akan diadakan pada Sabtu ini.
Sebaliknya Dr Mahathir mengulangi pandangannya, parti Islam itu akan kalah jika mengambil keputusan bersendirian tanpa menyertai Pakatan Harapan.
"Kita tidak mahu pengaruhi muktamar mereka - terpulang pada mereka.
"Mereka tentu sedar jika mereka bertanding satu parti sahaja bukan mereka akan kalah tetapi BN akan menang. Seolah-olah mereka menolong BN.
"Perkara ini disedari ramai ahli akar umbi Pas - mungkin pemimpinnya berpendapat lain.
"Tetapi hakikatnya ialah mereka yang ingin jatuhkan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri, jika berpecah antara Pas dengan Pakatan Harapan besar kemungkinan BN menang," ujarnya dalam sidang media yang diadakan di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang harapan parti itu terhadap kebarangkalian Pas akan memutuskan hubungan langsung dengan Bersatu dan Pakatan Harapan dalam Muktamar Tahunan Pas ke-63 yang akan diadakan di Kota Sarang Semut di Alor Setar pada 29 April hingga 1 Mei ini.
Semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan berkata, parti itu tidak menjemput Bersatu bagi menghadiri muktamar tahunan itu.
Beliau turut mengesahkan Pas hanya menjemput pemimpin PKR yang merupakan salah satu daripada parti dalam gabungan Pakatan Harapan.
Jelas Takiyuddin, tindakan itu adalah selaras dengan keputusan parti yang menetapkan hubungan dengan Bersatu ‘digantung sementara’ yang mana Pas tidak lagi mengadakan program bersama parti yang baharu lapan bulan ditubuhkan itu.

GST dihapuskan, kerajaan Umno@Bn hilang RM50 bilion dari poket rakyat..!!!

Ini disebabkan banyak perkhidmatan yang diberi oleh kerajaan hari ini yang diberi oleh kerajaan untuk rakyat ridak boleh dilaksanakan.
najib-gstKUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak boleh berfungsi tanpa cukai barangan dan perkhidmatan (GST), dan akan memberi kesan terhadap pelbagai perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.
“Kalau kita tolak GST bererti kita tolak lebih daripada RM50 bilion setahun. Kalau kita tolak RM50 bilion daripda bajet, memang kerajaan tak boleh fungsi sebenarnya,” katanya selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi.
“Cuba bayangkan bajet hari ini tolak RM50 bilion, RM260 bilion bajet tolak RM50 bilion, tinggal berapa? RM210 bilion sahaja.
“Memang tak cukup. Nak bayar elaun penjawat awam pun tak cukup. Jadi itu realiti yang sebenarnya,” katanya.
Semalam, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dilaporkan berkata Pakatan Harapan (PH) konsisten terhadap pendiriannya mengenai GST dengan komitmen untuk tidak mengenakan cukai pengguna itu sekiranya gabungan itu berkuasa.

PH ada strategi tersendiri jika RoS tolak pendaftarannya


Pakatan Harapan hanya akan menggunakan satu  logo dalam PRU 14 nanti walaupun mempunyai 4 parti.Pakatan Harapan hanya akan menggunakan satu logo dalam PRU 14 nanti walaupun mempunyai 4 parti.
Pakatan Harapan sudah mempunyai strategi tersendiri jika permohonan mereka untuk mendaftarkan badan gabungan itu ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah berkata, pendekatan itu telah dipersetujui oleh pimpinan Pakatan Harapan di peringkat pusat.
"Kalau logo yang kita daftarkan nanti ditolak, kita sudah ada strategi sendiri dan akan gunakan satu logo juga sebagaimana yang telah dipersetujui," kata Wan Rahim dalam ceramahnya di Jalan Yaakubiah, Kota Bharu malam ini.
Datuk Wan RahimDatuk Wan RahimWan Rahim berkata demikian ketika menjawab soalan penonton yang mahu tahu perkembangan tentang penggunaan satu logo oleh Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum akan datang.
Majlis Sekretariat Pakatan Harapan telah bermesyuarat hari ini bagi membuat persiapan dari segi struktor, perlembagaan dan logo gabungan empat parti politik itu.
Ketiga-tiga perkara itu akan dibawa kepada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dijangka akan bermesyuarat minggu depan untuk diluluskan.
Selepas ia diluluskan, Pakatan Harapan akan didaftarkan kepada RoS lengkap dengan struktor, perlembagaan dan logo barunya.
Sebelum ini, Pakatan Harapan telah mencapai kata sepakat untuk menyertai pilihan raya umum ke 14 nanti dalam satu pasukan yang mempunyai satu logo, satu manifesto dan satu calon bersama.
Usaha untuk membuat perkara itu seringkali ditekankan oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu yang pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagi Tun Mahathir, itulah formula kemenangan BN selama ini iaitu mempunyai satu logo, satu calon dan satu manifesto bersama.