Rabu, 26 April 2017

Pas lebih yakin kajian sendiri

Pas sama sekali tidak mempercayai kajian yang dilakukan oleh NGO, Invoke Malaysia, kata Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
Menurutnya, daripada mempercayai kajian yang dibuat oleh badan luar itu , adalah lebih baik Pas mempercayai kajian dalaman yang dilakukan parti itu.
“Rafizi Ramli (Naib Presiden PKR) seorang yang tidak boleh dipercayai, sudah banyak penipuan yang di buat. Begitu juga, Invoke Malaysia, bukan pusat kajian yang boleh dipercayai.
“Pas pun ada kajian sendiri, kita ada tiga pusat kajian. Tapi, kita buat untuk maklumat dalaman, bukan untuk hebahan umum,” ujarnya.
Pas Mohd Khairuddin berkata, kajian dilakukan Pas adalah strategi parti bagi memastikan parti Islam itu menang pada setiap kerusi yang ditandingi.
“Oleh sebab itu, kita tak hebah kajian kerana kita buat strategi berdasarkan kajian itu. Malah, kajian jentera Pas lebih telus, mereka turun padang pergi rumah ke rumah.
“Kita ada jentera tidak bergaji, yang hanya mengharapkan pahala dan kajian kita paling lengkap hingga ke akar umbi, berbanding kaji selidik guna telefon.
“Kita yakin Pas boleh menang meskipun Amanah akan bertanding menyebabkan pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya akan datang. Insya-ALLAH Pas masih boleh menang kerusi yang banyak,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, keyakinan Pas juga didorong sokongan rakyat setelah Pas tidak lagi bersama dengan Pakatan Rakyat.
“Rakyat sudah bersama Pas, orang Islam terutamanya bersama dengan Pas,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Pas juga menjalankan kajiannya.
"Tidak mengapa, kita tunggu pilihan raya. Kami pun ada kajian juga," katanya.
Bagi Ketua Muslimat Pas, Nuridah Salleh, beliau menyifatkan kenyataan Rafizi itu sekadar membina persepsi.

Rakyat Malaysia tak perlu percaya ahli nujum

Ahmad Fadhli Shaari KOTA BHARU – Ramalan 'nujum' tidak bertauliah mengenai sokongan kepada Pas yang semakin merudum hanyalah satu provokasi politik terhadap parti itu, kata Ketua Penerangan Pemuda Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari.
Menurutnya, rakyat Malaysia tidak perlu percaya kepada ahli nujum yang suka membuat ramalan-ramalan liar berhubung situasi politik akan datang memandangkan ia banyak kali tersasar dan hanya menjadi bahan sejarah yang dikenang sebagai lawak jenaka.
“Ahli nujum seperti ini jika diserahkan urusan mengatur strategi pun hanya akan tinggal langkah yang gagal semata-mata,”katanya kepada Sinar Harian di sini.

Muktamar: PAS jemput PKR, tak ajak BERSATU

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya tidak menjemput Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi menghadiri muktamar tahunan ke-63 parti Islam itu yang akan berlangsung mulai 29 April ini.
Beliau turut mengesahkan PAS menjemput kepemimpinan PKR yang merupakan salah satu daripada parti komponen dalam Pakatan Harapan (HARAPAN).
Selain PKR, parti Islam itu turut menjemput Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Parti Cinta Malaysia (PCM), Barisan Jemaah Islamiah Malaysia (BERJASA) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).
Jelas Takiyuddin, tindakan itu adalah selaras dengan keputusan parti yang menetapkan hubungan dengan BERSATU ‘digantung sementara’.
“Kita juga tidak lagi mengadakan program bersama BERSATU dan tiada lagi rundingan antara kedua-dua parti,” katanya dalam sidang akhbar hari ini, memetik laporan Utusan Online.
PAS akan mengadakan muktamar tersebut di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut di Alor Setar mulai 29 April hingga 1 Mei akan datang.
Muktamar itu dijangka menarik walaupun ia nampak bebas daripada kontroversi seperti sebelum ini dengan beberapa perkara berbangkit yang perlu diputuskan oleh parti menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Kenapa PM tak minat tuntut wang dari 'Aabar palsu'?

International Petroleum Investment Company (IPIC) milik Abu Dhabi melalui satu kenyataan mereka kepada Bursa Saham London telah mengesahkan mencapai persetujuan dan menyelesaikan prosiding timbang taranya dengan 1MDB dan kerajaan Malaysia (MOF Inc) di Mahkamah Arbitrasi Antarabangsa London.
Menurut persetujuan itu:
  • 1MDB akan membayar sejumlah AS$1.2 bilion (RM5.28 bilion) pada dua peringkat iaitu pada bulan Julai dan Disember tahun ini. Bawah syarat penyelesaian, IPIC akan menerima AS$602.7 juta (RM2.64 bilion) pada 31 Julai ini dan selebihnya AS$602.7 juta(2.64 bilion) pada 31 Disember akhir tahun ini.
     
  • 1MDB dan Kementerian Kewangan juga berjanji kepada IPIC untuk membayar bagi semua faedah masa depan dan prinsipal bawah dua bon yang dikeluarkan syarikat kumpulan 1MDB yang dijamin 1MDB dan IPIC. Bon pertama adalah AS$1.75 bilion (RM7.7 bilion) pada kadar tetap 5.75 peratus yang dikeluarkan 1MDB Energy (Langat) Limited dan kedua sebanyak AS$1.75 bilion (RM7.7bilion) pada kadar tetap sebanyak 5.99 peratus yang dikeluarkan oleh 1MDB Energy Limited. Kedua-dua bon hanya akan matang pada 2022.
Persetujuan 1MDB membuat bayaran kepada IPIC jelas menunjukkan syarikat itu mengaku membuat bayaran yang salah kepada satu syarikat yang tiada kaitan langsung dengan IPIC.
Persetujuan arbitrasi yang dicapai antara 1MDB dan IPIC ini juga jelas menunjukkan terdapat unsur-unsur penipuan apabila 1MDB telah membuat salah pembayaran kepada Aabar BVI.

Bagaimanakah 1MDB telah tersalah bayar wang sebesar itu? Wang itu sepatutnya dibayar oleh 1MDB kepada anak syarikat IPIC – Aabar Investments PJS tetapi sebaliknya pembayaran dibuat kepada Aabar BVI, sebuah syarikat palsu yang mempunyai nama yang hampir sama atau mirip dengan anak syarikat IPIC.

Skandal 1MDB: Rakyat tanggung beban berganda selepas keputusan prosiding timbang tara


Tan Sri Muhyiddin Yassin Tan Sri Muhyiddin Yassin Rakyat negara ini terpaksa menanggung beban berganda apabila pembayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dibuat dua kali setelah termeterinya perjanjian timbang tara antara kerajaan dengan syarikat dari Abu Dhabi itu di Mahkamah Abritasi Antarabangsa London.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beban itu akan ditanggung oleh rakyat melalui hasil kutipan cukai yang akan dikenakan ke atas mereka bagi meningkatkan pendapatan kerajaan untuk menanggun masalah kewangan 1MDB.
"Persetujuan 1MDB untuk membuat bayaran kepada IPIC jelas menunjukkan bahawa syarikat itu mengaku telah membuat bayaran yang salah kepada satu syarikat yang tiada kaitan langsung dengan IPIC.
"Persetujuan arbitrasi yang dicapai di antara 1MDB dan IPIC ini juga jelas menunjukkan terdapat unsur-unsur penipuan apabila 1MDB telah membuat salah pembayaran kepada Aabar BVI," ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat petang ini.
Muhyiddin mempersoalkan bagaimana 1MDB telah tersalah membayar wang kepada anak syarikat IPIC – Aabar Investments PJS tetapi sebaliknya 1MDB membuat pembayaran kepada Aabar BVI, sebuah syarikat palsu yang mempunyai nama yang hampir sama atau mirip dengan anak syarikat IPIC.
"Sebelum ini, pertikaian timbul di antara 1MDB dan IPIC apabila IPIC menyatakan 1MDB tidak pernah membuat apa-apa pembayaran kepada IPIC sebagaimana yang didakwa oleh 1MDB.
"Inilah yang telah menyebabkan IPIC dan Aabar Investments PJS meneruskan tuntutannya selepas beberapa kali mengeluarkan kenyataan 1MDB telah memungkiri komitmen mereka kepada IPIC. Abu Dhabi telah berulang kali berkata, IPIC atau anak syarikatnya itu tidak pernah menerima sebarang pembayaran atau deposit dari 1MDB walaupun 1MDB bertegas menyatakan bahawa Aabar BVI adalah anak syarikat Kumpulan IPIC.
"Mengapakah pembayaran sebesar ini dibuat kepada sebuah syarikat yang palsu? Mengapakah tidak ada satu pun tindakan diambil kepada mana-mana pihak yang bertanggungjawab yang telah membuat pembayaran yang salah ini? Atau adakah dari awal lagi pembayaran kepada syarikat Aabar yang palsu ini telah dirancang?
"Persoalannya, dari manakah sumber kewangan yang akan diperolehi oleh 1MDB dan MOF Inc untuk membayar sebanyak RM26.5 bilion kepada IPIC? Jika ianya menerusi penjualan sebuah unit pelaburan 1MDB bernama Brazen Sky Ltd, siapakah yang membeli unit pelaburan tersebut dan berapakah nilainya? Benarkah unit pelaburan ini wujud?," ujar bekas timbalan perdana menteri ini.
Justeru katanya sekiranya kerajaan dan Kementerian Kewangan tidak berminat untuk menuntut semula wang yang telah di bayar kepada syarikat Aabar palsu.
Ini bermakna jika 1MDB tidak mampu untuk membuat pembayaran, maka Kerajaan Malaysia terpaksa menanggung kesemua bayaran kepada IPIC.
Sebagai rekod IPIC milik Abu Dhabi melalui satu kenyataan mereka kepada Bursa Saham London telah mengesahkan mereka telah mencapai persetujuan dan menyelesaikan prosiding timbang taranya dengan 1MDB dan Kerajaan Malaysia(MOF Inc) di Mahkamah Arbitrasi Antarabangsa London.

Skandal 1MDB: ‘Duit kepada syarikat palsu pergi mana’, soal Dr M

Bekas perdana menteri berkata kita rugi 2 kali, iaitu bayaran kepada syarikat palsu dan sekali lagi bayaran kepada syarikat tidak palsu.
mahathir-1mdb1PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengkritik pengumuman penyelesaian pertikaian hutang antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan International Petroleum Investment Company (IPC).
Pengkritik lantang syarikat kerajaan tersebut berkata perjanjian antara 2 entiti itu tidak menyelesaikan masalah kerana 1MDB membayar hutangnya sebanyak 2 kali.
“Kena ingat, wang itu sudah disampaikan kepada (anak syarikat) IPIC (melalui anak syarikat) Aabar BVI, tetapi mereka kata itu bukan syarikat mereka.
“Nampaknya 1MDB bayar kepada syarikat palsu. Sekarang nak bayar sekali lagi kepada syarikat tidak palsu…Jadi kita rugi 2 kali,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini.
Namun Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani hari ini berkata Aabar Investment PJS Ltd (Aabar BVI) sememangnya anak syarikat IPIC yang sah, yang dinafikan syarikat milik kerajaan Abu Dhabi itu.
Menurut Malaysiakini, beliau berkata ia berdasarkan rekod yang diberikan 1MDB kepada PAC sebelum ini, dan disahkan oleh Pendaftar Hal Ehwal Korporat British Virgin Islands bertarikh 11 Ogos 2016.
Minggu ini, IPIC dan 1MDB mengumumkan mereka sudah menyelesaikan pertikaian hutang tersebut, melalui persetujuan yang menyatakan 1MDB akan membayar AS1.2 bilion (RM5.25 bilion) kepada IPIC.

Jawatankuasa terima lebih 30 usul ke Muktamar PAS

Jawatankuasa Usul PAS Pusat sehingga kini telah menerima lebih 30 usul daripada 194 kawasan Parlimen untuk dibawa pada Muktamar PAS Ke-63 yang akan bermula esok, kata Setiausaha Agung parti Datuk Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan sedang dalam proses merumus dan membahagikan usul tersebut mengikut kategori sebelum dibawa pada Mesyuarat Khas PAS Pusat pada Jumaat ini.
"Kesemua usul berkenaan akan dibahagi kepada empat kategori iaitu usul yang ditolak, usul yang diterima tanpa bahas, usul yang diterima dan perlu dibahaskan jawatankuasa dan usul yang diterima kemudian diserahkan kepada Majlis Syura Ulama untuk diputuskan," katanya dalam sidang media di Alor Setar hari ini.
Seramai 1,231 perwakilan akan menghadiri muktamar bermula esok sehingga 1 Mei, di Alor Setar.
Mengenai agenda pemilihan yang akan menggunakan kaedah e-voting buat julung kalinya pada 29 April ini, beliau berkata kesemua keputusan hanya akan diumumkan pada 1 Mei agar ia tidak menganggu emosi calon-calon yang bertanding ketika muktamar sedang berlangsung.
Bagi jawatan naib presiden, katanya terdapat empat calon yang akan bertanding, manakala bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, sebanyak 26 calon menawarkan diri dan menurutnya kesemua calon berkenaan adalah mereka yang 'satu kepala' dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Amalan demokrasi dijamin di dalam PAS dan kita yakin pertandingan ini tidak akan menyebabkan apa-apa perpecahan dalam PAS sebagaimana yang diperkatakan," katanya.
Takiyuddin berkata kaedah pemilihan secara e-voting diyakini selamat memandangkan perisian tersebut dihasilkan oleh Jabatan Teknologi Maklumat PAS sendiri, dan pemilihan hanya dikendalikan oleh jawatankuasa pemilihan.

SKANDAL 1MDB: MASA UNTUK PEMIMPIN UMNO TURUT BERTANYA ATAU AZIZ SHEIKH FADZIR BAKAL JADI MANGSA?

Seorang pemimpin UMNO dan wakil BN dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC, Abdul Aziz Sheikh Fadzir, seperti kebanyakan rakyat Malaysia lain yang prihatin, akhirnya turut melontarkan soalan paling mudah - mana perginya wang yang sudah 1MDB kepada Aabar BVI sebelum ini?

Soalan daripada beliau yang merupakan Ketua UMNO dan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu menyusul berikutan penyelesaian luar mahkamah yang dicapai antara 1MDB dan IPIC untuk memikul tanggungjawan terhadap bon bernilai AS$3.5 bilion beserta dengan faedahnya sekali. 

Kata Aziz lagi, beliau menyokong penyelesaian yang dicapai itu, tetapi kerajaan perlu menjelaskan kepada PAC ke mana perginya wang AS$3.5 bilion yang dibayar sebelum ini.

Dalam pertikaian antara IPIC dengan 1MDB sehingga dibawa kepada Tribunal Timbangtara Antarabangsa, wang itu sepatutnya dibayar melalui anak syarikat IPIC, Aabar Investmet PJS tetapi telah dilencongkan kepada sebuah syarikat klon, Aabar Investment PJS Ltd atau Aabar BVI yang didaftarkan di British Virgin Island.
Soalan Abdul Aziz tambah relevan kerana berdasarkan rekod PAC, pembayaran AS$3.5 bilion itu sebenarnya dibuat sebanyak empat kali dalam tempoh yang berbeza.

Bayaran pertama dibuat sebanyak AS1.367 bilion, diikuti AS$993 juta, AS$885 juta dan akhir sekali AS$295 juta?

Bukan saja ke mana perginya wang itu perlu diperjelaskan, bahkan yang tidak kurang pentingnya ialah, adakah 1MDB langsung tidak menyedari pembayaran dibuat kepada syarikat klon, sedangkan ia dibuat sebanyak empat kali dan bukannya secara sekaligus?

Perumpaan mudahnya, katalah  jika kita tersalah meminum air yang telah basi atau masam, apakah sehingga empat kali hirupan, masih tidak disedari juga  ada sesuatu yang tidak kena pada minuman tersebut?

Pengkritik dialu-alukan tinggalkan BERSATU, kata Dr Mahathir

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, mereka yang ingin meninggalkan parti itu dialu-alukan untuk berbuat demikian.
"Ia kerana kita tidak mahu mereka (menyertai BERSATU) kerana mempunyai dendam atau mahu kedudukan,” kata Dr Mahathir pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau berkata bahawa menjadi pemimpin bahagian BERSATU tidak secara automatik melayakkan seseorang itu menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang.
“Kita ingatkan semua sekali lagi - menjadi ketua bahagian tak bermakna tetap jadi calon.
“Calon akan diberikan kepada ‘winnable candidates’ dan orang ini mungkin daripada parti-parti gabungan atau BERSATU,” kata Mahathir.

Tun M: Hanya calon boleh menang Bersatu-PH akan bertanding pada PRU-14


Tun Dr Mahathir Mohamad Tun Dr Mahathir Mohamad Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menetapkan pendirian hanya calon boleh menang sahaja akan berpeluang untuk menjadi calon dalam pilihan raya Umum ke-14 akan datang.
Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, calon pilihan raya itu pula sama ada daripada gabungan parti dalam Pakatan Harapan atau daripada Bersatu.
"Kita nak ingatkan sekali lagi sekiranya menjadi ketua bahagian tidak bermakna anda akan menjadi calon parti Pribumi.
"Kita beri kepada calon yang boleh menang. Orang yang dijangka boleh menang ini sama ada daripada calon dalam gabungan parti atau dari Parti Pribumi sendiri.
"Jika semua yang boleh menang dari DAP kita kena bersetujulah sebab kita nak cari kemenangan. Jika semua yang boleh menang dari PPBM, kita letak kita punya semualah ," ujarnya dalam sidang media di ibupejabat parti itu di Petaling jaya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Majlis Pimpinan Tertnggi parti hari ini.
Beliau berkata akar umbi ahli parti dalam gabungan Pakatan Harapan sudah boleh menerima konsep gabungan ini.
"Daripada akar umbi sudah boleh menerima konsep 'coalation' walaupun tidak nampak kita ada kerjasama yang rapat tetapi parti Prbumi tidak ada masalah dengan parti-parti dalam gabungan dan kerjasama ini telah berlansung di peringkat negeri-negeri," ujarnya.
Ditanya mengenai dakwaan pihak tertentu Bersatu meletakkan harga setiap jawatan dalam parti dan calon pilihanraya, bekas perdana menteri ini menafikan.
"Bukan sahaja nakkan jawatan. Mereka nak masuk parti ini kena bayar duit RM4 dan ahli seumur hidup RM100.
"Jika nak dapat jadi ketua bahagian dia punya hal lah...kita ngaku kita miskin ada sekatan oleh kerajaan.

China ceroboh Sarawak, mengapa diam, soal PKR

Pemuda PKR berkata sikap Malaysia seolah-olah tidak menghiraukan kedaulatan Malaysia dicerobohi.
Nik-Nazmi-chinaPETALING JAYA: PKR hari ini mempersoalkan sikap berdiam diri Malaysia selepas laporan beberapa kapal pertahanan China kerap menceroboh perairan Sarawak.
“Hal ini jelas merupakan satu cabaran ke atas kedaulatan negara kita dan Putrajaya sepatutnya mengambil pendirian lebih tegas untuk membantah kehadiran kapal-kapal negara China ini,” kata Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataannya.
Beliau mengulas laporan Malaysiakini yang memetik 2 badan pemikir berpusat di Amerika Syarikat, Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa dan Pusat Kajian Lanjutan Pertahanan, yang mendapati Pasukan Pengawal Pantai China (CCG) menceroboh perairan Sarawak.
Menurut laporan itu, 3 kapal milik pasukan itu berada dalam perairan yang dituntut Malaysia dalam tempoh 2 bulan antara Disember 2016 dan Februari tahun ini.
Kapal tersebut dikesan di sekitar Gugusan Beting Raja Jarun and Gugusan Beting Patinggi Ali yang merupakan sebahagian Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia, kira-kira 160 km dari persisiran Sarawak.
Kedua-dua gugusan itu turut dituntut China dan seterunya Taiwan.
Nik Nazmi membandingkan sikap kerajaan kali ini dengan bantahan diplomatik terhadap China pada 2015, selepas kapal CCG memasuki zon tersebut.
“Sejak bantahan pada 2015 itu, dilaporkan sebanyak 11 kapal CCG telah meronda berdekatan perairan Malaysia — seolah-olah langsung tidak menghiraukan bantahan tersebut.
“Jika kita terus berdiam adakah ini bermakna kita terus akur dengan pencerobohan China ke tanahair kita?” soal beliau.
Hubungan ekonomi Malaysia-China sejak kebelakangan ini menjadi perdebatan, di sebalik kontrak berbilion ringgit melibatkan syarikat besar China memajukan infrastruktur seperti kereta api dan pelabuhan.
Pengkritik menyifatkan kebanjiran syarikat gergasi China di Malaysia bakal memberikan kesan buruk kepada syarikat tempatan yang tidak mampu bersaing.
Nik Nazmi berkata pencerobohan China di perairan Malaysia menunjukkan kelemahan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Johari mesti jelaskan AS$3.51b yang dibayar kepada IPIC

Ogos lalu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani berkata beliau amat yakin bahawa 1MDB akan menang kes timbang tara dalam pertikaiannya dengan International Petroleum Investment Company (IPIC), yang berpangkalan di Abu Dhabi.
Keyakinan itu, katanya memandangkan dokumen yang dibekalkan oleh 1MDB kepada dirinya.
"Setakat yang saya tahu, saya amat yakin bahawa kita akan menang (kes), berdasarkan dokumen-dokumen yang saya ada, dibekalkan oleh 1MDB kepada saya," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat kumpulan fokus Bajet 2017.
IPIC menuntut sejumlah AS$6.5 bilion daripada 1MDB, termasuk dua bon bernilai AS$3.5 bilion yang diterbitkan oleh firma pelaburan Malaysia itu tetapi dijaminnya.
Johari menegaskan bahawa 1MDB telah membayar AS$3.51 bilion kepada IPIC atau apa yang dikatakan sebagai anak syarikatnya, iaitu Aabar Investment PJS Limited (Aabar BVI), sebuah syarikat yang berdaftar di Kepulauan British Virgin.
IPIC di sisi lain, menafikan secara terbuka bahawa Aabar BVI bukan subsidiarinya walaupun mempunyai nama yang hampir sama dengan anak syarikatnya, Aabar Investment PJS, syarikat yang didaftarkan di Abu Dhabi.
1MDB mendakwa ia telah membayar Aabar BVI jumlah berikut: -
1) AS$1.367 bilion sebagai "cagaran" untuk bon AS$3.5 bilion pada tahun 2012.
2) AS$ 993 bilion bagi pampasan yang diberi kepada IPIC atau Aabar pada November 2014; dan

3) Jumlah wang tambahan sebanyak AS$855 juta dan AS$295 juta sebagai "top-up” deposit keselamatan pada bulan September dan Disember 2014.
"Tidak betul bagi bagi mereka untuk tidak mengakui bahawa (Aabar BVI), kerana mengikut rekod, syarikat itu dimiliki oleh mereka (IPIC). Kini mereka secara tiba-tiba mengatakan bahawa syarikat itu bukan milik mereka. Oleh itu, kita mahu membawa kes ini ke mahkamah dan biar timbang tara menngesahkan dokumen kami," kata Johari ketika itu.
Malah dalam surat terbuka kepada saya, bulan lalu, Johari mengisytiharkan bahawa "mengenai pertikaian AS$ 3.5 bilion, yang telah dibayar kepada syarikat kumpulan IPIC oleh 1MDB, IPIC tidak boleh terus menafikan bahawa mereka telah menerima wang apabila 1MDB telah membayar kepada mereka.”
Jadi persoalannya ialah, Johari kini perlu menjelaskan mengapa pegawai perundingan Malaysia "berputus asa" dengan kes mereka terhadap IPIC dalam "penyelesaian" yang diumumkan dua hari lalu.

Muktamar PAS ke-63 kanvas catur strategi PRU14

Berlatarbelakangkan pilihan raya umum ke-14 (PRU14), yang diramal diadakan tahun ini, parti-parti politik termasuk PAS tentunya menjadikan perhimpunan tahunan parti untuk mencatur strategi politik bagi menghadapi amalan demokrasi yang menjadi penentu pemerintahan negara.
Pemerhati politik, terutama sekutu dan seteru parti, tentunya mengikuti teliti perkembangan Muktamar PAS ke-63, bermula Khamis ini bagi melihat bagaimana parti yang berteraskan Islam dan antara parti utama orang Melayu, menetapkan pendirian dalam hal-hal berkaitan kelangsungan PAS dan perjuangannya dalam landskap politik negara.
Banyak pihak menanti apakah keputusan muktamar akan memperlihatkan ketegasan PAS untuk menamatkan hubungan kerjasama politik dengan parti pembangkang terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR)? PAS tidak menganggotai gabungan Pakatan Harapan, yang dibarisi DAP, PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Parti Amanah Negara (AMANAH), yang merupakan parti serpihan PAS.
Atau mungkinkah pula PAS menjalin kerjasama dengan BERSATU, khususnya untuk menawan Kedah? Sehingga kini, tiada keputusan konkrit oleh PAS mengenainya. Satu lagi persoalan ialah kerjasama PAS, yang pada 16 Mac 2016, mengumumkan membentuk blok ketiga politik dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), sebuah parti pelbagai kaum pimpinan bekas menteri Kabinet Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzil.
Ramai juga yang ingin menebak apakah PAS, yang dilihat berbaik-baik dengan Umno dalam hal-hal berhubung dasar kepentingan Melayu dan Islam, memberi keuntungan kepadanya untuk meraih sokongan jika ia bergerak sendirian pada PRU14.
Nada muktamar

Jika pada muktamar tahun lepas, barisan pemimpin PAS tampil berpakaian baju Melayu, lengkap bersamping, bertanjak dan berkeris semasa muktamar tahunan di Kota Bharu simbolik ketegasannya dalam memperjuangkan kepentingan Melayu, apakah yang akan dipersembahkan pada kali ini. Berbezakah nada muktamar PAS kali ini?
Mengulas tahaluf siyasi PAS-PKR, Pengarah Institut Kajian Analisis Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata keputusan menamatkan kerjasama politik dengan PKR bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sebelum itu perwakilan di peringkat kawasan PAS lebih awal mencadangkan usul berkenaan.
"Namun yang menarik perhatian apakah jika muktamar membuat keputusan untuk memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR, bagaimana nasib mereka di Selangor," katanya.
Beliau berpendapat PAS akan terus mengekalkan kerjasama politik di Selangor kerana khuatir tindakan memutuskan hubungan dengan PKR hanya akan merugikan PAS.
"Ia berkait dengan mandat rakyat apatah lagi beberapa ADUN PAS turut menjadi Exco kerajaan negeri di Selangor. Jika hubungan ini diputuskan di Selangor kemungkinan ia tidak direstui pihak Istana dan juga rakyat yang membuat keputusan pada PRU lalu," katanya.
Keputusan penting

Bagi pemerhati politik keputusan berkenaan juga penting kepada PAS Kedah yang kini turut menaruh harapan dan keyakinan parti itu akan kembali merampas Negeri Jelapang Padi pada PRU akan datang.
Apakah PAS akan bekerjasama dengan BERSATU, yang dikatakan membina kubu berikutan barisan kepimpinan kukuh di negeri itu, bagi merampas Kedah daripada Umno dan Barisan Nasional (BN), penganalisis itu berpendapat perkara itu sukar direalisasikan.
Menurut Kamarul Zaman, bacaan politik melihat PAS selesa bergerak sendirian bagi menghadapi PRU14 tetapi akan mengalu-alukan parti lain yang mahu bekerjasama dengan PAS atas nama Islam.
"Pada PRU kali ini masing-masing akan mempunyai strategi tertentu dan kali ini rakyat atau pengundi di Kedah sudah tentu akan membuat penilaian parti manakah yang mahu dipilih," katanya
Kamarul Zaman berkata pemimpin-pemimpin PAS awal-awal lagi menolak PPBM setelah parti itu menjalin kerjasama dengan DAP untuk PRU akan datang.
"Mana mungkin ia boleh berlaku di Kedah. Tetapi apa pun dalam politik semuanya boleh berlaku dan keputusan muktamar akan menjadi penentunya nanti," katanya.
Pemilihan parti
Muktamar tahunan, yang menyaksikan pemilihan parti, bermula dengan muktamar Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat sebelum muktamar PAS Pusat bermula pada Sabtu, dilihat bebas daripada kontroversi kepimpinan mahupun isu besar yang lain.
Gandingan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Tuan Ibrahim Tuan Man, masing-masing telah menang tanpa bertanding. Abdul Hadi, 69, memegang jawatan Presiden PAS sejak 2002 menggantikan allahyarham Datuk Dr Fadzil Noor manakala Tuan Ibrahim , 56, memegang jawatan nombor dua parti sejak 2015.
Legasi kepimpinan Abdul Hadi turut diperkukuh apabila anaknya Muhammad Khalil turut menang tanpa bertanding untuk menerajui Dewan Pemuda PAS

Mahasiswa gesa PM bersuara isu 1MDB, IPIC

Fadhli Umar AminolhudaFadhli Umar Aminolhuda
Mahasiswa Amanah mengajak seluruh gerakan mahasiswa lain untuk terus bersuara mengenai isu 1MDB ini sehingga semua pihak yang terlibat dihadapkan ke muka pengadilan.
Fadhli Umar Aminolhuda berkata, walaupun kerajaan berkata siasatan terhadap 1MDB telah selesai namun timbul pendedahan baharu bahawa kerajaan Malaysia bertanggungjawab untuk membayar hutang beserta interest kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dalam jumlah hampir 25 billion USD.
"Sebelum ini heboh diperkatakan bahawa siasatan terhadap 1MDB telah selesai. Dengan melihat pada perkembangan ini, Mahasiswa Amanah dengan ini mendesak sekeras-kerasnya supaya siasatan terhadap 1MDB ini diteruskan dan disiasat hingga ke lubang cacing.
"Jika isu Forex yang sudah hampir 20 tahun berlalu pun disiasat dengan begitu mendalam, bagi kami, siasatan terhadap 1MDB ini perlulah lebih mendalam dan teliti," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kegagalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menjelaskan isu ini membuktikan bahawa beliau telah gagal dan beliau perlu bertanggungjawab dalam menanggung segala kerugian negara ini.
"Bayangkan sahaja bagaimana dengan jumlah 25 billion USD ini pelbagai manfaat dapat dinikmati oleh rakyat. Sudah tentu peruntukan pendidikan yang mengalami pemotongan 1.45 billion ringgit tidak dipotong bahkan dinaikkan.
"2,000 pensyarah sudah pasti tidak dibuang atau diberhentikan. Biasiswa pelajar juga pasti ditingkatkan," katanya.
Dalam perkembangan terbaru, 1MDB berdasarkan satu keputusan berbentuk 'Arbitration' oleh London Courts of Arbitration melalui satu surat yang dikeluarkan oleh IPIC atau International Petroleum Investment Company telah mendedahkan bagaimana 1MDB dan Kerajaan Malaysia bertanggungjawab untuk membayar hutang beserta interest kepada mereka dalam jumlah hampir 25 billion USD.

GST 0% bila Pakatan tawan Putrajaya, kata Guan Eng

Setiausaha agung DAP menegaskan pengguna tidak perlu bayar cukai barangan dan perkhidmatan walaupun seni bina GST dikekalkan
guan-eng4GEORGE TOWN: Rakyat tidak akan dibebani GST jika Pakatan Harapan menewaskan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab laporan yang memetik Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar sebagai berkata cukai barangan dan perkhidmatan itu akan kekal di bawah kerajaan PH.
Laporan tersebut mendorong Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan membidas pakatan pembangkang itu.
Guan Eng berkata PH sepakat untuk memansuhkan GST sekiranya mereka membentuk kerajaan baharu.
“Saya sudah mengatakan perkara ini berulang kali. Kami akan ambil jalan berkadar sifar. Malah Nurul pernah menjelaskan kami akan lakukannya apabila kami ambil alih.
“Saya tak tahu mengapa BN tak faham ilmu hisab. Tak tahu sifar itu apa? Sifar ertinya kosong, ‘ling su’ dan ‘suzhiyam’,” kata Guan Eng pada sidang media di Komtar hari ini, melontarkan sifar dalam bahasa Mandarin dan Tamil.
GST berkadar sifar bererti orang ramai tidak perlu membayar sebarang cukai ke atas barangan atau perkhidmatan. Ia juga bererti tidak cukai dikenakan ke atas harga akhir yang terhasil daripada sebarang cukai yang dibayar perniagaan dan pengeluar.
Ini kerana perniagaan dan pengeluar boleh menuntut balik sebarang GST yang dibayar untuk aset, pembelian atau perbelanjaan perniagaan mereka, daripada kerajaan sebagai input kredit cukai.
Guan Eng menjelaskan kadar GST lebih wajar diturunkan ke paras 0% daripada 6% memandangkan sistem GST sudah dilaksanakan dan perniagaan sudah mengeluarkan belanja untuk melaksanakan sistem percukaian itu,
“Menjadikan GST berkadar sifar sama kesannya seperti memansuhkan GST,” katanya.
Rahman baru-baru berkata pembangkang nampaknya keliru mengenai pelaksanaan GST, melihat kepada kenyataan bercanggah mengenai perkara itu.
“Terdapat begitu banyak isyarat daripada pembangkang sehinggakan rakyat Malaysia menjadi keliru dengan apa yang mereka perkatakan.
“Sekejap mereka mahu memansuhkannya, selepas itu, mereka mahu kadar sifar pula. Jelas bahawa pembangkang tidak mempunyai dasar ekonomi yang konkrit jika mereka menang pilihan raya,” kata Rahman menurut laporan Bernama.

Siti Aishah pencinta ilmu yang diperalat, kata Raja Bahrin

Siti Noor Aishah AtamSiti Noor Aishah Atam
Siti Noor Aishah Atam yang dihukum penjara lima tahun kerana didapati bersalah atas dakwaan memiliki 12 buku mempromosi fahaman militan seperti IS adalah mangsa keadaan, kata ahli parlimen Kuala Terengganu Raja Bahrin Shah.
Beliau berkata, Aishah 'diperalatkan' oleh pensyarah dan pelajar lain di universiti beliau untuk kepentingan peribadi mereka.
Raja Bahrin Shah Raja Bahrin Shah "Ini patut menjadi iktibar pada pelajar muda di universiti untuk lebih berhati-hati oleh anasir yang bergiat di kampus yang boleh memangsakan dengan mengaitkan anak muda yang tidak tahu atau sedar implikasinya. Aishah adalah mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Raja Bahrin yang juga ketua Biro Antarabangsa Amanah berkata, Aishah merupakan contoh anak muda yang mencintai ilmu namun kerana mempunyai buku-buku yang dianggap salah, dia terperangkap dalam undang-undang seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).
"Penting diingatkan kepada orang umum supaya berhati-hati memiliki bahan bacaan yang boleh membawa kepada kesalahan yang serius. Dalam kes Aishah ini buku-buku yang meyebabkan beliau didapati bersalah tersebut sehingga hari ini masih boleh dibeli di mana-mana kedai buku.
"Itulah bahaya terhadap orang awam yang didedahkan ke atas mereka hari ini dengan undang-undang negara termasuk undang undang SOSMA, POCA dan POTA," katanya.
Sementara itu, beliau melahirkan rasa terharu apabila Aishah yang berasal dari Dungun, Terengganu itu menyampaikan hasrat untuk belajar di dalam penjara sewaktu menjalani hukuman.
"Dalam menanti saat dijatuhkan hukuman di mahkamah, Aishah minta ayahnya memanggil saya untuk memberitahu saya beliau ingin memohon kebenaran belajar dalam penjara.
"Ini amat menyayat hati saya yang terasa begitu terharu. Saya berjanji kepada beliau untuk berusaha membolehkan beliau terus belajar. Inilah minda innocent anak muda Aishah," katanya.

'Tak usahlah panggil saya Raja Bomoh' - brahim Mat Zin

BN tak faham ilmu hisab, kata Guan Eng

INVOKE NEWS:Tumbangkan Najib Razak Di PRU 14(TN14) Bukannya Tahun 2050 (TN 50)

Mahkamah benar Anwar hadir perbicaraan saman SPR

Najib Razak Syok Sendiri,Pengangkutan Awam Di Malaysia Terbaik Di Dunia

Itali siasat 'dagangan orang dalamam' berkaitan 1MDB

Bapa Siti Aishah sebak, anak dihukum penjara 5 tahun kerana pemilikan 12 buku

KAJISELIDIK INVOKE - BUANG MASA SAJA PAS BERTANDING PILIHANRAYA

Kajiselidik ini memberi gambaran yang nyata bahawa PAS adalah pengacau, merudum sokongan dan tidak diperlukan untuk agenda perubahan menyelamatkan negara.

Daripada 80 kerusi yang mahu ditandinginya, barangkali 8 kerusi pun Pas sukar untuk mencapai kemenangan.

Maka, yang sepatutnya berlaku bukanlah Pakatan Harapan tidak meletakkan calon di kerusi-kerusi yang Pas bertanding sebagaimana yang diseru oleh beberapa pemimpin parti itu, sebaliknya Paslah yang sepatutnya tidak bertanding langsung dalam pilihanraya akan datang ini.

Pas, dengan hanya bersama Ikatan, sebuah parti cilik yang dengar khabarnya mempunyai keahlian tidak sampai pun 1,000 orang, adalah entiti kecil lagi terpencil berbanding Pakatan Harapan yang dianggotai oleh PKR, DAP, Amanah dan Bersatu.

Pakatan Harapan juga jelas perjuangan dan arah yang mahu ditujunya iaitu menyingkirkan Najib Razak, mengalahkan BN serta menyelamatkan negara daripada kleptokrasi yang berterusan.

Apa agenda perjuangan Pas? Penasihat kepada kerajaan?

Lagi pula, dengan hasrat bertanding di 80 kerusi Parlimen saja, itupun terhad di kawasan luar bandar dan perkampungan Melayu, apakah perubahan yang mampu Pas janjikan untuk rakyat dan negara secara keseluruhannya?

Sekadar ingin menjadi kuasa penentu atau "king maker"  di ketika rakyat sedang meluap-luap dahagakan perubahan, boleh juga dikira suatu bentuk pembelotan dan pengkhianatan, apa lagi kalau nama agama dijual sama di merata-rata.

Di Muktamar Pas bermula 28 April ini di Kedah, memuktamadkan tidak bertanding pada PRU 14 adalah pilihan terbaik bagi Pas sementara mereka melakukan muhasabah dan koreksi diri atas kecelaruan yang didatangkan oleh kepimpinan Hadi Awang yang membingungkan ahli dan penyokongnya sendiri selama ini.

Untuk apa Pas menyertai pertandingan kiranya sebelum, semasa atau selepas keputusan pilihanraya nanti, hanya cemuhan dan kejian saja yang mereka terima?

Mana perginya bayaran 1MDB kepada Aabar ?

Apa yang berlaku kepada pembayaran sebelum ini dari 1MDB kepada Aabar Abu Dhabi?
Soalan ini dibangkitkan oleh MP Kulim Bandar Baru, Datuk Aziz Sheikh Fadzir yang juga salah seorang wakil BN dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Aziz berkata demikian berikutan pengumuman penyelesaian antara 1MDB dan International Petroleum Investment Co (IPIC), yang dimiliki oleh kerajaan Abu Dhabi.
"Saya menyokong penyelesaian itu... tetapi Kementerian Kewangan mesti menjelaskan kepada PAC mana perginya pembayaran yang dibuat oleh 1MDB kepada Aabar sebelum ini," kata Aziz (gambar) ketika dihubungi Malaysiakini.
IPIC memulakan prosiding timbang tara tahun lepas untuk menuntut AS$6.5 bilion daripada 1MDB. Penyelesaian itu diumumkan semalam.
Menurut pemfailan yang dibuat kepada Bursa Saham London, IPIC berkata ia akan menerima AS$1.2 bilion dalam dua bayaran yang sama pada 31 Julai dan 31 Disember
Pemfailan itu juga menyatakan bahawa kedua-dua pihak telah bersetuju untuk "membuat baik perbincangan iman berhubung dengan pembayaran yang dibuat oleh Kumpulan 1MDB kepada entiti tertentu ".
Walaupun ia tidak menyebut siapakah "entiti tertentu", namun ia mungkin merujuk kepada pembayaran AS$3.5 bilion yang dibuat oleh 1MDB kepada Aabar Investments PJS Ltd (Aabar BVI), yang diperbadankan di Kepulauan British Virgin.
Menurut laporan PAC mengenai 1MDB yang diterbitkan tahun lepas, AS$3.5 bilion tersebut adalah daripada empat transaksi berasingan kepada Aabar BVI - atau Aabar Ltd seperti yang dinamakan dalam laporan itu.
Yang pertama adalah AS$1.367 bilion deposit sekuriti bagi AS$3.5 bilion bon 1MDB dengan bantuan IPIC, diikuti dengan pembayaran AS$993 juta
bagi penamatan opsyen bon.
Terdapat juga dua bayaran sebanyak AS$885 juta dan AS295 juta, yang menurut PAC, ia tidak dapatpastikan sama ada ianya deposit sekuriti atau sebahagian daripada bayaran opsyen penamatan.
IPIC telah berkata bahawa ia tidak mempunyai kaitan dengan Aabar BVI dan ia juga tidak menerima pembayaran itu
1MDB berkata ini mengejutkan, dengan mendakwa bahawa rekodnya menunjukkan Aabar BVI dimiliki oleh IPIC dan Aabar Investments PJS (Aabar).

BN laksana GST biaya kerugian RM39 bilion 1MDB

OLEH: NURUL IZZAH ANWAR
Tatkala kerajaan BN berterusan cuba mengalihkan pandangan umum daripada fakta mengenai ketirisan dalam pengurusan dana awam melalui ‘berita palsu’ yang diterbitkan di media arus perdana, rupa-rupanya ada dapatan menarik mengenai GST yang sengaja disenyapkan.
Perolehan kerajaan RM39 bilion menerusi GST adalah sama dengan jumlah kerugian yang dicatatkan akibat skandal penyelewengan 1MDB. Menerusi kadar GST 6%, rakyat menjadi mangsa kepada penyelewengan kerajaan.
Sementara, pimpinan Pakatan Harapan (PH) kekal konsisten dengan pendapat bahawa beban akibat GST harus dihentikan segera.
Awal bulan ini, Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4) mendedahkan bahawa 1MDB mengalami kerugian RM39 bilion akibat penyelewengan dan pengurusan yang lemah dan pada masa sama, kerajaan BN dijangka mengumumkan kutipan RM39 bilion menerusi GST pada 2016.
Ini jelas menunjukkan cukai yang tinggi kepada rakyat – terutamanya golongan B40 dengan kadar 6%, boleh dielak sekiranya 1MDB tidak perlu diselamatkan.
Pakatan Harapan kekal konsisten dengan pendapat kami bahawa GST tidak sepatutnya dilaksanakan secara terburu-buru dan beban yang diakibatkan oleh GST harus dihentikan segera.
Saya sekali lagi menegaskan komitmen Pakatan Harapan seperti yang dinyatakan dalam Belanjawan Alternatif 2017 bahawa semua barangan dan perkhidmatan akan dikenakan kadar sifar GST sekiranya PH diberi mandat pada pilihan raya akan datang.
Langkah ini bertujuan mengalihkan beban rakyat yang sengsara akibat kenaikan kos sara hidup susulan pelaksanakan GST 6 peratus.
Apapun, tindakan kerajaan BN berterus-terusan mengenakan cukai yang membebankan rakyat menerusi GST pada kadar 6% sejak dua tahun yang lalu jelas membuktikan rakyatlah yang sebenarnya menyelamatkan kerajaan pusat.

‘MENGAPA JOHARI TAK TERLIBAT RUNDINGAN 1MDB?’


Apa sebenarnya yang dirundingkan pegawai Pejabat Perdana Menteri dan mengapa Menteri Kewangan tidak terlibat dalam penyelesaian pertikaian antara 1MDB dengan International Petroleum Investment Co (Ipic) – itu dipersoalkan Anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Mempertikaikan mengapa tiada pembabitan menteri, Mahfuz berkata, persoalan yang timbul daripada perkembangan itu juga menyebabkan orang ramai bertanya, apakah yang cuba disembunyikan pihak terbabit daripada pegawai di Kementerian Kewangan.
“Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata beliau tidak terlibat dalam rundingan penyelesaian hutang antara 1MDB dan syarikat Abu Dhabi itu.
“Katanya, rundingan dan penyelesaian itu dilakukan oleh Lembaga Pengarah 1MDB dan Pegawai Pjabat Perdana Menteri.
“Suatu yang menghairan saya, 1MDB ialah anak syarikat Perbadanan Menteri Kewangan. Tiba-tiba rundingan penyelesaian hutang kepada IPIC tidak melibatkan Menteri Kewangan dan Kementerian Kewangan.
“Apa sebenarnya yang dirundingkan dan (apa) yang cuba disembunyikan daripada pegawai kementerian kewangan?” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada 22 April lalu Malaysiakini melaporkan Johari sebagai berkata, beliau tidak terlibat dalam rundingan penyelesaian antara 1MDB dan IPIC.
Johari diminta mengulas kebimbangan mengenai wang pembayar cukai digunakan dalam penyelesaian awal sebanyak AS$1.2 bilion seperti dibangkitkan oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
“Saya tidak terlibat dalam rundingan. Ia dilakukan oleh pengurusan dan lembaga 1MDB dengan pegawai PMO (Pejabat Perdana Menteri),” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Menurut Mahfuz, sebelum ini 1MDB terletak di bawah kuasa penuh perdana menteri. Justeru, katanya,semua perkara yang melibatkan kewangan dan pelaburan mesti mendapat persetujuan dan kelulusan perdana menteri.
Tiada jawapan PM
Tetapi, katanya, selepas berlaku kekecohan kerajaan meminda kuasa merujuk kepada perdana menteri ditukar kepada menteri kewangan, serta lembaga penasihat dimansuhkan.
“Jadi kenapa perlu melibatkan pegawai Pejabat Perdana Menteri dan tidak menteri kewangan, khususnya menteri kewangan II.
“Mana boleh menteri mewangan II berkata beliau tidak terlibat dalam rundingan kerana ia dilakukan oleh pengurusan dan lembaga 1MDB dengan pegawai Pejabat Perdana Menteri,” katanya.
Mahfuz berkata, rundingan penyelesaian hutang 1MDB kepada IPIC adalah berkaitan pinjaman dan faedah terkumpul berjumlah AS$3.5 bilion.
Mengikut 1MDB pula, katanya, jumlah AS$3.5 bilion (RM15.3 bilio) telah dibayar kepada anak syarikat IPIC iaitu Aabar Investmen PJS Ltd (Aabar BVI) iaitu “syarikat samaran palsu” yang diperakui dalam laporan Ketua Audit Negara.

Madinah digesa deklasifikasi laporan 1MDB

Ketua Audit Negara Tan Sri Madinah Mohamad digesa supaya mendeklasifikasikan laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB menjelang 100 hari beliau memegang jawatan tersebut.
Ketua komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata Madinah mesti "mencari keberanian" untuk berbuat demikian, selepas akhirnya berdepan dengan media semalam - 62 hari selepas pelantikannya.
"Namun saya dan orang ramai kecewa apabila beliau enggan menjawab sebarang pertanyaan oleh pihak media mengenai status Laporan Ketua Audit Negara berkenaan 1MDB. Keengganan beliau untuk memberikan respon ini bukanlah suatu yang positif," kata Fahmi dalam satu kenyataan.
Madinah, katanya, perlu berani menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya deklasifikasi dan dedahkan Laporan Ketua Audit berkenaan 1MDB.
"Saya harap orang ramai akan dapat membaca laporan tersebut sebelum hari ke-100 Tan Sri Dr Madinah memegang jawatan Ketua Audit Negara," tegas Fahmi.

Amanah atasi Pas dengan kelebihan 3.6 peratus


PAS -Amanah
Analisis Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI) mendapati daripada segi sokongan rakyat, Amanah sudah mengatasi Pas dengan berada pada 16.1 peratus berbanding 12.5 peratus bagi Pas.
Rafizi Ramli Rafizi Ramli Kelebihan 3.6 peratus itu kata Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berdasarkan kaji selidik sepanjang Februari sehingga April tahun ini.
Mengumumkan dapatan Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI), beliau berkata, Amanah berbeza dengan Pas kerana parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu hanya tertumpu di Kelantan dan Terengganu.
"Kalau Pas bertanding 8 kerusi Parlimen di Terengganu dan 14 kerusi di Kelantan. Jadi, kalau menang sapu bersih 22 kerusi Parlimen pun itu hanya 10 peratus.
"Di tempat lain oleh sebab 80 peratus ke bawah Melayu dan Pas tidak dapat sokongan bukan Melayu berbanding Amanah," ujarnya.
Rafizi berkata, Amanah sama seperti Bersatu sebagai parti baharu yang belum pernah lagi diukur kekuatannya melainkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar tahun lalu.
"Kedua-dua PRK itu berlaku dalam keadan Pakatan Harapan kalah besar pada Pilihan Raya Negeri Sarawak dan masalah-masalah lain," jelasnya.
Sementara itu, suasana Kedah, tambahnya, berbeza susulan kemunculan Bersatu dengan Tun Mahathir dan anaknya Datuk Seri Mukhriz sebagai pemimpin parti berlogokan bunga raya itu.

PAS: Adam Rosly keluar parti selepas tewas jawatan ketua pemuda

Iskandar berkata demikian bagi menjawab dakwaan Rafizi di mana Adam pernah menyertai PAS sebelum masuk PKR pada 2010
Adam-Rosly_4PAS Selangor mengesahkan Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly yang terpalit dengan kes rasuah membabitkan banglo mewah, bertindak keluar parti selepas tewas dalam pemilihan jawatan ketua Pemuda Kawasan Ampang.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Adam keluar daripada PAS dan menyertai PKR selepas itu.
“Dulu Adam ahli PAS Ampang, tapi dia tewas dalam pemilihan ketua Pemuda, dia terus keluar PAS dan masuk PKR,” katanya kepada FMT hari ini.
Iskandar berkata demikian mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang Adam menyertai PAS sebelum melompat ke PKR pada 2010.
Rafizi dilaporkan berkata, PKR tidak boleh memandang mudah dakwaan ke atas Adam kerana ia akan memberi kesan buruk kepada parti itu dan boleh dijadikan modal politik oleh Umno dan PAS.
“Kalau tidak ditangani dengan baik, ia memberi kesan kepada parti. Nanti orang akan kata kesalahan orang lain kami bising, tapi bila kena pada parti sendiri kami diam.
“Jadi kami perlu bertindak, jika tidak musuh politik Pakatan Harapan, baik Umno mahu pun PAS akan ambil kesempatan,” kata ahli Parlimen Pandan itu.
Rafizi turut mendesak Adam mengisytiharkan harta dan bercuti sehingga perbicaraan kesnya selesai.
Jumaat lalu, Adam didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 6 pertuduhan berkaitan keterangan palsu di bawah Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).
Dia dituduh memberi keterangan dan dokumen palsu ketika siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Februari lepas.
Antara lain, Adam dituduh berbohong ketika menyenaraikan pecahan sumber dana pembelian banglo yang menurutnya berharga RM1.2 juta.
Pemuda berusia 29 tahun itu berkata, lebih setengah juta ringgit dibayar menerusi pinjaman daripada 2 ah long.

LAWAN TETAP LAWAN: Najib Nak Gantikan Anwar Di Sungai Buloh

Hanya Yang Bodoh Saja Sertai UMNO

IPOH:Rafizi Ramli - Orang Gila Mana Nak Bagi 5 Bilion Dekat Najib Razak Utk Bayar Hutang 1MDB

IPOH:Dr.Mujahid - Rakyat Kena Terima Kenyataan Yg Negara Akan Musnah Kerana Najib Razak

AUTA DAN CACA-MARBA SKANDAL 1MDB

Jika diperhatikan daripada awal, 1MDB adalah syarikat milik kerajaan yang paling banyak melahirkan pengautaan, caca-marba dan berbeza-beza dalam kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak yang bertanggungjawab terhadapnya.

Syarikat bermodal RM2 pun tidak seperti itu dalam pengendaliannya.

Dalam kes melibatkan bon bernilai AS$3.5 bilion dan pertikaian berhubung bayaran yang tidak diterima daripada 1MDB sehingga IPIC memohon pengadilan ke Tribunal Timbangtara Antarabangsa saja, sudah cukup untuk membuktikan wujud caca-marba dan ketidak-tentuannya.

Pada 25 Mei 2016, Najib Razak berkata, kerajaan tidak terikat dari segi undang-undang untuk mengambil balik bon-bon 1MDB bernilai AS$3.5 bilion itu.
Ini memandangkan tiada jaminan atau surat sokongan kerajaan ke atas bon-bon tersebut, jawabnya di Parlimen.

Tetapi, apa sudah jadi sekarang, mengapa kerajaan mengambil balik bon-bon itu beserta faedahnya sekali?

Jika tiada apa-apa ikatan dan berpegang kepada hakikat bahawa bayaran yang  dibuat sebelum itu adalah sah, untuk apa ia diambil balik serta bersetuju memikul tanggungjawab sambil membuat bayaran berganda?

Pada 2 Ogos 2016, Kementerian Kewangan melahirkan perasaan amat yakin bahawa 1MDB  akan memenangi kes timbangtara yang difailkan oleh IPIC kepada syarikat pelaburan kerajaan itu berhubung pertikaian pembayaran hutang.
Berdasarkan semua dokumen yang diberikan oleh 1MDB kepada saya, saya amat yakin dengan kemenangan 1MDB.

Sebab itu, kita mengambil keputusan untuk tidak membayar faedah berkenaan...kita akan lawan dan menang kes itu, kata Menteri Kewangan Kedua, Johari Abdul Ghani.

Rasanya, tak perlu disebut panjang-panjang lagi apa terjadi akhirnya dan apa bentuk penyelesaian yang dmaklumkan IPIC kepada Bursa Saham London, semalam.

Bak kata pelawak Nabil...lu fikir sendirilah.

Pada 31 Oktober 2016,  kerajaan juga mengatakan hutang 1MDB tiada kaitan dengan kerajaan.

Namun, seperti yang disebut sendiri oleh Johari, penyelesaian hutang dengan IPIC ini  dilakukan oleh sepenuhnya 1MDB dan pegawai-pegawai daripada Pejabat Perdana Menteri.
Untuk ada pegawai daripada pejabat Perdana Menteri terlibat dan siapakah mereka yang terlibat itu jika hutang-hutang 1MDB tidak melibatkan kerajaan?

Diselak lebih mendalam lagi, kita juga akan mendapati Najib sendiri pernah mengatakan bahawa Jho Low tidak terlibat serta tiada kaitan sama sekali dengan 1MDB.

Hakikatnya, bukan saja berdasarkan sebutan di mahkamah Singapura dan saman oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, nama Jho Low terlihat amat aktif dan tidak boleh dipisahkan sama sekali daripada 1MDB.

Bak kata Khairy Jamaluddin, cap jari Jho Low ada di mana-mana saja berkaitan 1MDB.