Selasa, 25 April 2017

Kajian Invoke: PAS akan kalah, Umno menang jika tiga penjuru

Kajian Invoke Malaysia menunjukkan Umno akan menang pada pilihan raya umum ke-14 akan datang jika berlakunya pertandingan tiga penjuru dengan mendapat 32.2 peratus undi.
Naib Presiden PKR, Rafizi berkata, kaji selidik itu juga mendapati Parti Amanah Negara (AMANAH) akan mengatasi PAS.
"Sekiranya pertandingan tiga penjuru melibatkan antara Umno, PAS, AMANAH menunjukkan AMANAH berjaya mengatasi PAS dengan kelebihan 3.6 peratus.
"Namun kelebihan tetap kepada Umno iaitu mendahului PAS dan AMANAH iaitu Umno mendapat 32.2 peratus, AMANAH 16.1 peratus sementara PAS hanya mendapat 12.5 peratus," katanya dalam sidang medianya di Invoke di Kuala Lumpur, hari ini.
Rafizi berkata, perkara itu berlaku kerana undi bukan Melayu tidak memihak kepada PAS sekaligus memberi kelebihan kepada AMANAH.

KAJISELIDIK KEBOLEHPINDAHAN UNDI oleh INVOKE MALAYSIA




























 Latar Belakang
Walaupun parti-parti pembangkang bertanding di bawah satu gabungan (misalnya Pakatan Harapan atau Gagasan Sejahtera), undi kepada setiap parti komponen adalah berbeza-beza dan tidak sekata.
Dalam pertandingan 3 penjuru, perbezaan undi sebanyak 2% - 5% di antara 2 parti komponen dalam satu gabungan yang sama boleh menyebabkan gabungan tersebut kalah kepada Umno/Barisan Nasional.
Perkara ini kerap berlaku dalam pilihanraya umum yang lepas: pengundi PAS di Machang mengundi PAS di kerusi-kerusi DUN tetapi mengundi Umno di kerusi Parlimen menyebabkan kekalahan calon PKR.
Kajiselidik kebolehpindahan undi adalah penting untuk menentukan perkara-perkara berikut:
i)    Tahap sokongan mengikut kaum mengikut parti pembangkang (bukan mengikut gabungan)
ii)    Sama ada pengundi satu parti pembangkang akan tetap mengundi parti komponen lain di dalam gabungan apabila partinya tidak bertanding
iii)    Parti pembangkang yang paling sesuai untuk bertanding di setiap kerusi parlimen bagi meningkatkan peluang menewaskan Umno/Barisan Nasional dalam pertandingan 3 penjuru
Kaedah dan Sampel
10,523 orang pengundi berdaftar di seluruh negara ditemuramah di dalam bahasa ibunda masing-masing atau bahasa Melayu: Pengundi Melayu – Bahasa Melayu, Pengundi Cina – Bahasa Mandarin, Pengundi India – Bahasa Tamil, Pengundi Bumiputra Sabah/Sarawak – Bahasa Melayu
Kajiselidik melibatkan temuramah melalui telefon di antara analis kajiselidik (penemuramah) dan pengundi (ditemuramah) menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
Kajiselidik dijalankan selama dua bulan dari 6 Februari 2017 ke 6 April 2017.
Pengundi dipilih dan didail secara rawak oleh sistem kajiselidik berkomputer  INVOKE.
Seramai 1.67 juta orang pengundi berdaftar didail secara rawak. Dari jumlah itu, 116,922 orang pengundi mengangkat telefon dan 10,523 orang pengundi menjawab kesemua 40 soalan yang ditanya.
Keputusan hasil dari kajiselidik melibatkan 10,523 orang pengundi berdaftar ini kemudiannya diterjemahkan kepada keputusan nasional mengikut agregat seperti berikut:
i)    Keputusan 10,523 orang pengundi diagregatkan mengikut umur, jantina dan kaum supaya melambangkan taburan demografi pengundi di seluruh negara
ii)    Keputusan 10,523 orang pengundi diagregatkan mengikut taburan pengundi di setiap negeri supaya melambangkan kedudukan kerusi parlimen di seluruh negara
Pengundi ditanya kecenderongan mereka mengundi di dalam pertandingan 3 penjuru dan 2 penjuru mengikut parti-parti yang bertanding, contohnya:
i)    Jika berlaku pertandingan 3 penjuru di antara Umno, PKR dan PAS, parti mana yang akan anda undi?
ii)    Jika pertandingan itu menjadi 2 penjuru di antara Umno dan PKR sahaja, parti mana yang akan anda undi?
iii)    Jika pertandingan itu menjadi 2 penjuru di antara Umno dan PAS sahaja, parti mana yang akan anda undi?
iv)    Ulang bagi setiap kombinasi parti yang bertanding

Kesimpulan
Jika pertandingan 3-penjuru berlaku dalam PRU14, sentimen pengundi semakin beralih ke arah pertembungan di antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.
Tahap sokongan kepada PAS merudum lebih cepat berbanding parti-parti lain dan PAS sekarang berada di tempat tercorot sekiranya berlaku pertandingan 3-penjuru.
Dengan 35% responden memilih untuk tidak memberitahu parti yang mereka akan undi, kelebihan % sokongan Umno/Barisan Nasional adalah rendah memandangkan responden yang memilih tidak menjawab berkemungkinan penyokong Pakatan Harapan atau PAS.

RAFIZI RAMLI
bagi pihak INVOKE

Rafizi Ramli: Kaji Selidik "VOTE TRANSFER" & Kecenderungan Pengundi Terkini

Penantian PAS jadi PM bakal berakhir

Walaupun suara rasmi Umno, Utusan Malaysia, cuba menggambarkan kerjasama PAS - UMNO untuk menghadapi pilihan raya parlimen ke-14, tetapi itu hanyalah indah kabar daripada rupa.
Kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang meminta izin kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) supaya membenarkan parti itu bertanding di 80 kerusi parlimen sudah cukup menggambarkan keadaan sebenar.
Hubungan PAS dan Umno hanyalah antara presiden dengan presiden (Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang), tetapi tidak di akar umbi yang sedar bahawa kedudukan Najib berada di hujung tanduk.
Kini telah tiba masa yang ditunggu oleh PAS sejak sebelum merdeka untuk mengakhiri kuasa Umno.
Penantian PAS untuk menjadi perdana menteri akan berakhir pada pilihan raya umum ke 14.
Berasaskan kepada kajiannya, PAS sedar bahawa ia berada pada kedudukan yang lebih kuat berbanding Umno di seluruh negara, dan pergantungan parti-parti lain kepadanya untuk menggulingkan kerajaan BN.
Suasana jauh berbeza
Maka itu Tuan Ibrahim dengan lantang dan tegas meminta parti-parti pembangkang lain tidak melawan PAS di 80 kawasan parlimen.
Bererti PAS mahu hanya parti itu diberi peluang untuk mencabar BN secara satu lawan satu.
HARAPAN bolehlah bertanding di kawasan yang berbaki dan menubuhkan kerajaan bersama PAS.
Tuan Ibrahim memberi amaran jika PAS dicabar di 80 kawasan itu, maka ia akan melawan sekalipun PKR atau AMANAH, apatahlagi DAP.
Tetapi bagaimana dicabar Umno?
Walaupun ada yang berpendapat cabaran ini bersifat takbur, kerana dulu pun PAS tidak boleh menang di 80 kawasan, tetapi harus diingatkan, suasana politik sekarang sudah jauh berbeza.
Kehilangan keyakinan rakyat kepada kepimpinan Najib semakin parah.
PAS sedar bahawa apa juga serangan kerajaan Najib kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, ia menguntungkan PAS dan memburukan lagi kedudukan Umno terutama di kalangan rakyat di luar bandar yang mengalami kesulitan hidup sekarang dan tidak dirasakan pada zaman Dr Mahathir.
Maka itu walaupun Dr Mahathir telah membuat kenyataan keras dalam soal hubungan dengan PAS, tetapi Tuan Ibrahim masih membuka pintu rudingan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang dipengerusikan bekas perdana menteri itu.
Malah dalam kenyataannya beliau berkata, "kami menunggu kestabilan parti BERSATU dan pintu rundingan masih terbuka".

Pas tidak perlu buang masa isu parti lain

KOTA BHARU - Pemimpin Pas tidak sepatutnya membazir masa mencadangkan sesuatu yang hampir pasti tidak akan berlaku seperti menggesa Amanah dan Bersatu tidak meletakkan calon mereka di kerusi yang akan Pas tandingi dalam PRU14.
Pas Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia, UUM, Dr Kamarul Zaman Yusoff, berkata, gesaan itu juga tidak selari dengan keputusan parti mahupun kenyataan pimpinan tertinggi parti yang menekankan betapa Pas tidak akan menjalinkan kerjasama dengan DAP dan Amanah serta pihak bersikap keras terhadap Islam.
“Saya agak terkejut dengan kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, yang menyarankan supaya Amanah dan Bersatu tidak mengganggu kerusi Pas,” katanya kepada Sinar Harian.
Jelasnya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, telah menegaskan hal tersebut dalam beberapa kenyataan media, yang mana pada 19 Disember 2016 beliau menyebut betapa Pas akan tetap terus berpegang dengan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Syura Ulama Pas tersebut.
“Turut ditegaskan adalah betapa Pas sedang mengkaji dengan mendalam setiap satu per satu kerusi yang ada di negara kita, betapa keputusan Pas tidak akan tertakluk kepada mana-mana pihak dan betapa Pas akan hanya membuat keputusan apabila tiba masanya yang sesuai,” katanya.
Menurutnya, begitu juga pada 25 Mac 2017, Abdul Hadi menyebut betapa Pas tidak bersama Pakatan Harapan kerana di dalamnya ada parti dan pemimpin yang terus-menerus menentang Islam dan tidak menyertai Barisan Nasional yang dibelenggu masalah dan penyakit.
Dalam kenyataan itu juga, Presiden Pas telah memberikan satu ibarat yang sangat menarik iaitu bahawa 'menyertai BN laksana memikul biawak hidup' manakala 'menyertai Pakatan Harapan biawaknya lebih besar dan penyakitnya lebih parah'.
Berdasarkan kenyataan Presiden Pas itu katanya, tidak wajar mana-mana pemimpin Pas melontarkan apa-apa cadangan yang boleh membayangkan kesediaannya untuk menjalinkan kerjasama tidak langsung dengan Pakatan Harapan untuk menumbangkan BN.
Apatah lagi menurutnya, bila pemimpin Pas, termasuk Mursyidul Amnya, Hashim Jasin, telah berulang kali menegaskan betapa Pas akan menyertai PRU 14 melalui blok ketiga, Gagasan Sejahtera, yang membuka pintu kepada sesiapa saja yang menerima kepimpinan Islam.

‘Rakyat akan bayar dua kali ganda hutang 1MDB’

1Malaysia Development Bhd dan International Petroleum Investment Company yang berpangkalan di Abu Dhabi akhirnya mengumumkan "penyelesaian" yang dinanti-nantikan kepada timbang tara London. Kes itu difailkan oleh IPIC ke atas 1MDB.
Apa yang paling menarik ialah siapa sebenarnya adalah pemenang dan siapa yang rugi?
Ini jelas dapat disimpulkan daripada kenyataan media masing-masing.
Kenyataan 1MDB adalah ringkas, hanya membekalkan butiran terhad selain daripada fakta bahawa "1MDB akan, antara lain, membuat bayaran tertentu kepada IPIC dan bertanggungjawab untuk semua bayaran faedah masa depan dan pembayaran wang pokok untuk dua bon yang diterbitkan oleh syarikat Kumpulan 1MDB Group yang akan matang menjelang 2022" . Tiada angka lain dinyatakan.
IPIC di sisi lain membuat pengumuman terperinci kepada Bursa Saham London, yang menyatakan dengan jelas bahawa:
(i) IPIC akan menerima AS$1.205 bilion melalui dua pembayaran pada 31 Julai 2017 dan 31 Disember 2017; dan
(ii) 1MDB dan MOF Inc akan mengambil alih semua tanggungjawab membayar faedah masa depan dan bayaran pokok bagi bon bernilai AS$3.5 bilion yang sebelum ini dijamin oleh IPIC.
Implikasi dua kenyataan itu adalah amat mengejutkan.
1MDB cuba untuk memberi gambaran penyelesaian secara ‘cerah’ - pertikaian itu diselesaikan tanpa memberikan butirannya.
Sebaliknya, IPIC jelas menunjukkan bahawa firma itu mendapat apa yang dituntutnya, pemulangan pendahuluan tunai AS$1.205 bilion kepada 1MDB sejak Jun 2015 dan melepaskan tanggungjawap sepenuhnya sebagai penjamin kepada bon 1MDB yang bernilai AS$3.5 bilion.
Bagaimanapun, hakikat lebih penting daripada terma penyelesaian itu adalah bahawa 1MDB kerugian AS$ 3.51 bilion bayaran yang kononnya dibuat kepada IPIC dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS.

Mukhriz Tun Mahathir: Najib Razak Lantik Hishamuddin,Tamatlah Riwayat Politik Zahid Hamidi

Mahfuz Omar: PAS Patut Tunjuk Akhlak Islam Bukan Keras Kepala & Berdendam Pada DAP & AMANAH

Nurul Izzah bawa 'salam' Anwar dari Kementerian Kewangan

"Saya takkan keluar PAS," tegas Mahfuz

"Apa masalah kita dengan DAP," soal Mahfuz

SKANDAL 1MDB: BAYAR GUNA WANG SIAPA?

Sepertimana yang dimaklumkan kepada Bursa Saham London, 1MDB dan IPIC akhirnya telah  berjaya mencapai penyelesaian berhubung pertikaian antara mereka yang melibatkan jumlah wang berbilion dolar.

Yang dipersetujui ialah 1MDB akan membayar AS$1.2 bilion atau RM5,300 juta kepada IPIC dalam dua kali pembayaran iaitu pada Julai dan Disember 2017.

Selain itu, 1MDB dan Kementerian Kewangan turut bersetuju memikul tanggungjawab terhadap dua bon bernilai AS$3.5 bilion atau RM15,000 juta berserta faedah yang akan matang pada tahun 2022.

Selain itu, jumlah faedahyang perlu ditanggung oleh 1MDB pula adalah berjumlah kira-kira RM4,500 juta.

Jumlah keseluruhan kasar ialah hampir RM25,000 juta.

Persetujuan penyelesaian itu ialah berikutan sebelum ini IPIC telah membawa 1MDB ke mahkamah timbangtara untuk menuntut bayaran keseluruhan AS$6.5 bilion atas kegagalan memenuhi obligasi kontrak yang telah dipersetujui.

Jika kita masih ingat, bayaran untuk terbitan bon AS$3.5 bilion yang sepatutnya dibayar oleh 1MDB kepada anak syarikat IPIC, Aabar Investment PJS inilah yang telah dilencongkan kepada sebuah syarikat klon bernama Aabar Investment PJS Ltd atau dikenali juga sebagai Aabar BVI kerana ia didaftarkan di British Virgin Island.

Daripada wang yang dilencongkan itulah wujudnya pelbagai pendakwan berkaitan penipuan dan penggubahan wang haram di Singapura, sedang dalam proses pendakwaan di Switzerland dan saman sivil yang diambil oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat untuk merampas pelbagai harta dan kekayaan melibatkan Jho Low serta anak tiri Najib, Riza Aziz.

Dalam kertas siasatan Jabatan Kehakiman juga disebut bahawa daripada AS$3.5 bilion yang dilencongkan itu turut disalurkan ke dalam akaun peribadi Malaysian Official 1 dengan jumlah keseluruhan AS$731 juta atau lebih RM3,200 juta.

Dengan persetujuan membuat bayaran baru serta memikul tanggungjawab itu, bermakna bayaran  kepada IPIC dibuat sebanyak dua kali.

Bayaran pertama sudah hilang kerana dilencongkan dan kini, bayaran kedua dipersetujui untuk dilaksanakan.

Duit daripada mana untuk membayar semua RM25,000 juta itu?

Kalau bukan duit pembayar cukai atau duit kita semua sebagai rakyat, adakah ia akan dikutip melalui 3.5 juta ahli-ahli UMNO di seluruh negara atau adanya bantuan daripada Negara China misalnya?

Kemudian, apa jadi kepada AS$3.5 bilion atau RM15,000 juta yang dilencongkan sebelum ini?

Lesap begitu saja?

Sudah terbukti bot-bot nelayan Vietnam ceroboh, apa tindakan kerajaan?


 Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Kerajaan digesa memberikan tumpuan terhadap permasalahan dan keselamatan bot-bot nelayan tempatan kerana pencerobohan oleh bot-bot nelayan Vietnam di perairan negara kini sudah terbukti setelah menjadi viral di media sosial.
Pecerobohan bot-bot nelayan Vietnam ini menjejaskan pendapatan nelayan tempatan dan sekaligus ia dilihat tidak memberikan kesan kepada cadangan kerajaan untuk menaikkan pendapatan nelayan kepada RM5,000 sebulan menjelang tahun 2020.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, cadangan pembangkang di Parlimen agar kerajaan menggunakan 'drone' untuk mengawal bot-bot haram nelayan Vietnam tidak diendahkan kerajaan.
Baru-baru ini ujarnya telah dirakamkan  situasi di mana bot-bot haram nelayan Vietnam  berada di persisir pantai negara untuk menangkap ikan oleh seorang pengguna laman facebook.
"Cadangan kami untuk mengunakan 'drone' iaitu sebuah kapal terbang kecil pemantau, tidak diterima dan diperlekehkan menteri (Datuk Seri Ahmad Sabery Cheek,Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) di Parlimen.
"Sekarang ini nelayan sendiri telah mengambil rakaman video bot haram Vietnam menceroboh yang telah diviralkan.
"Ramai yang telah melayari laman internet ini telah melihat kejadian berlaku.
"Apa lagi bukti menteri nak tuntut dari nelayan hari ini?" soalnya dalam kenyataan hari ini.

Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna bernama Mie Ngail itu  menunjukkan beberapa bot nelayan yang dipercayai bot-bot haram nelayan Vietnam sedang berada di perairan negara menangkap ikan.
Justeru katanya lagi, cadangan Ahmad Shabery belum tentu mencapai matlamatnya sekiranya masalah utama tidak diatasi sewajarnya oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
"Janganlah lari daripada tanggungjawaba utama dan cuba mengalih pandangan kepada projek baru dengan janji kepada nelayan pendapatan RM5,000 sebulan yang tidak munasabah dan realistik.
"Jangan yang dikejar tak dapat yang dikendung keciciran kerana akibatnya akan ditanggung oleh nelayan tempatan yang sudah lama tergolongan diantara golongan termiskin di negara ini.
"Bilakah nasib nelayan tempatan akan terbela dengan kesungguhan politik- political will kerajaan BN?" soalnya lagi.
Sebelum ini di Parlimen, Raja Kamarul Bahrin pernah mencadangkan agar kerajaan meningkatkan rondaan keselamatan ekoran  kekurangan peruntukan minyak untuk bot peronda oleh kerajaan.
"Sudahlah bot rondaan pihak berkuasa usang dan berusia lebih dari 40 tahun berbanding dengan bot nelayan Vietnam yang berkuasa tinggi, peruntukan minyak pun tidak mencukupi. Penyelerasaan di antara pihak-pihak penguatkuasa Marin Laut, Jabatan Perikanan dan Polis Marin amat mendukacitakan dengan masing-masing menyalahkan satu sama lain tanpa penyelesaian sehingga kini.
"Mereka pula meminta nelayan memberi bukti yang lengkap di tengah-tengah laut untuk mereka bertindak dengan gambar dan bukti lain yang cukup untuk mendapatkan perhatian kerajaan," ujarnya walaupun gambar telah dihantar tetapi tiada tindakan sewajarnya pula diambil kerajaan.

TABUNG HAJI PERLU JELASKAN KENAPA SYARIKAT BERSEKUTUNYA MENDAPAT RM140 JUTA DARI DANA SRC INTERNATIONAL SDN BHD

Saya telah menerangkan bagaimana sejumlah RM140 juta wang dari SRC International Sdn Bhd telah dipindahkan melalui beberapa buah syarikat dalam bulan Julai dan Ogos 2014 sebelum sampai kepada sebuah syarikat bernama Putra Perdana Development Sdn Bhd ("PPD").
Putra Perdana Development Sdn Bhd adalah anak syarikat milik penuh Putrajaya Perdana Berhad ("PPB") seperti carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang saya sertakan bersama.
Dalam bulan Disember 2014, Lembaga Urusan Tabung Haji telah membeli 30% pegangan di dalam PPB. Ini disahkan oleh paparan di laman web PPB yang disertakan bersama.
Foto Rafizi Ramli. Walaupun senarai pemegang saham PPB tidak diberikan secara terperinci di dalam dokumen carian SSM yang saya sertakan bersama, perlantikan kepimpinan Tabung Haji ke jawatan-jawatan utama PPB mengesahkan bahawa Tabung Haji adalah pemegang saham utama di dalam PPB. Kepimpinan Tabung Haji yang dilantik ke Lembaga Pengarah PBB adalah:
1) Datuk Seri Azeez Rahim, Pengerusi Tabung Haji telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah PPB yang baru
2) Datuk Rozaida Omar, Ketua Pegawai Kewangan ("CFO") Tabung Haji telah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah PBB yang baru
Sejurus selepas Tabung Haji membeli 30% pegangan di dalam PPB, dalam bulan Disember 2014 PPD memulangkan kembali RM140 juta yang dipindahkan ke akaunnya empat bulan sebelum itu (seperti yang saya terangkan di atas).
Apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir mengesahkan bahawa Tabung Haju telah menyuntik RM193.5 juta ke dalam PPB ekoran pembelian 30% pegangan di dalam PPB (rujuk jawapan menteri di Parlimen yang saya sertakan), ia menimbulkan tanda tanya sama ada dana Tabung Haji diheret sama dalam siri pemindahan wang yang keluar masuk dari akaun SRC International Sdn Bhd.
Sebagai Ahli Parlimen yang paling rapat memantau hal ehwal kewangan Tabung Haji, saya wajar menanyakan soalan-soalan berikut kepada Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim:
1) Apa asas-asas pelaburan yang mendorong Tabung Haji menyuntik sehingga RM193.5 juta dana pendeposit Tabung Haji ke dalam PPB? Kenapa Tabung Haji memilih syarikat ini untuk melabur secara terus sedangkan syarikat ini tidak disenaraikan?
2) Adakah pelaburan sebesar RM193.5 juta oleh Tabung Haji ini telah dibentangkan dan diluluskan oleh Panel Pelaburannya? Apa keputusan Laporan Risiko Pelaburan yang dibentangkan kepada Panel Pelaburan yang menilai risiko pelaburan ini?
3) Firma mana yang dilantik untuk melakukan "due diligence" (penilaian kewangan terperinci) sebelum Tabung Haji membuat keputusan untuk menyuntik dana RM193.5 juta ke dalam PPB?
Soalan (3) adalah sangat penting kerana jika satu "due diligence" telah dibuat oleh Tabung Haji, "due diligence" itu sudah tentu dapat mengesan satu aliran tunai sebanyak RM140 juta ke dalam PPD, iaitu anak syarikat milik penuh PPB.

Dakwaan Bersatu jual jawatan adalah serangan politik - Kamarudin Mohd Noor

Kamarudin Mohd Noor Dakwaan mengenai kewujudan aktiviti jual jawatan tertinggi peringkat bahagian di Johor melibatkan Bersatu merupakan satu serangan politik yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab bagi memburukkan parti itu.
Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Kamaruddin Mohd Noor berkata, dakwaan yang dilemparkan pihak terlibat adalah mengarut memandangkan tiada sebarang aktiviti jual jawatan berlaku di dalam Bersatu.
“Ini semua dakwaan yang tidak munasabah dan saya sendiri rasa loya untuk komen mengenai perkara ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan mengenai dakwaan wujud aktiviti jual jawatan tertinggi peringkat bahagian di Johor.
Sumber mendakwa, seseorang individu itu perlu membayar RM250,000 untuk mendapatkan jawatan ketua bahagian di negeri itu selain syarat sampingan yang perlu dipatuhi ketika jawatan tersebut menjadi miliknya.
Kamaruddin berkata, tiada sebarang kepentingan diperoleh parti tersebut dengan menjalankan aktiviti jual jawatan berkenaan.
“Tak masuk akal bila mereka dakwa kita tuntut wang untuk beri jawatan kepada pihak-pihak berkepentingan dalam parti,” katanya.

PAKATAN HARAPAN JANGAN BUANG MASA MELAYAN, ROYAN PAS HANYA MAHU TARIK PERHATIAN....

Terbaru ini Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Samad pula melibatkan diri dalam cubaan mahu mengugut Pakatan Harapan.

Tuan Ibrahim meletakkan syarat agar parti-parti pembangkang lain jangan ganggu Kelantan serta kerusi tradisi yang biasa ditandingi Pas jika mahu pertandingan tiga penjuru dielakkan dalam pilihanraya akan datang ini.

Jangan ganggu kerusi Pas. Bila ada kerusi Pas diganggu, kita bebas bertanding di mana-mana saja kerusi yang ditandingi Pakatan Harapan, ujar beliau.

Dalam nada yang hampir sama, Iskandar berkata, kerusi pembangkang lain di Selangor bebas untuk ditandingi oleh Pas jika tiada persetujuan dicapai berkaitan pembahagian kerusi dengan mereka.

Sehubungan itu, tambahnya, Pas Selangor sudah sedia untuk bertanding di 45 kerusi DUN dan 15 kerusi Parlimen di negeri itu.
Apakah makna semua ini?

Daripada mahukan parti-parti lain jangan bertanding di 80 kerusi Parlimen yang akan ditandingi parti itu dan kemudian meluahkan keghairahan menguasai beberapa negeri, Pas kini nampaknya sudah mula main ugut-ugut pula.

Sebagaimana yang disebut dalam posting sebelum ini, siapa Pas dalam Pakatan Harapan atau di kalangan parti-parti pembangkang untuk mereka berkelakuan sedemikian?

Tidakkah mereka adalah blok ketiga yang lebih merupakan sekutu UMNO dan BN, berbanding sebagai rakan kepada Pakatan Harapan?

Teruskan sajalah dengan Gagasan Sejahtera yang selama ini kononnya mampu mengubah dunia!

Jadi, kenapa nak main ugut-ugut terhadap Pakatan Harapan?

Adakah Pas sekarang sudah mula terasa akan kalah di Kelantan dan di banyak kerusi yang akan ditandinginya, lalu cuba menggunakan taktik ugut untuk melindungi kelemahan,  sambil dapat juga menjaga ego sendiri yang begitu tinggi?

Siapa peduli jika Pas mahu bertanding di mana dan banyak mana kerusi sekali pun?

Apabila setiap hari makin kuat melatah, lebih-lebih lagi menjelang Muktamar Tahunan pada 28 April ini, itu adalah tanda paling nyata Pas sebenarnya semakin lemah, tetapi masih cuba menarik perhatian seolah-olah mereka masih penting.

Jika tidak lemah, kenapa berkelakuan begitu?

Kenapa Pas masih ingin berunding dengan Pakatan Harapan, bukankah Najib Razak dan UMNO adalah sahabat karib mereka sekarang ini?

PAS MAHU SATU LAWAN SATU DENGAN BN DI 80 KAWASAN


Walapun pun lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia cuba menggambarkan kerjasama Pas UMNO untuk hadapi Pilihanraya Parlimen ke 14 tetapi ini hanyalah indah kabar dari rupa.
Kenyataan Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta izin kepada Pakatan Harapan supaya membenarkan hanya Pas bertanding di 80 kawasan Parlimen sudah cukup menggambarkan keadaan sebenar.
Hubungan Pas dan UMNO hanyalah antara Presiden Najib dan Presiden Hadi tetapi tidak diakar umbi yang sedar bahawa kedudukan Najib berada di hujung tanduk dan telah tiba masa yang ditunggu oleh Pas sejak sebelum merdeka untuk mengakhiri kuasa UMNO. Penantian Pas untuk menjadi Perdana Menteri akan berakhir pada Pilihanraya ke 14.
Berasaskan kepada kajiannya,Pas sedar bahawa ia berada pada kedudukan yang lebih kuat dari UMNO di seluruh negara dan pergantungan parti-parti lain juga kepadanya kearah menggulingkan kerajaan BN.
Maka itu Tuan Ibrahim dengan lantang dan tegas meminta parti-parti pembangkang lainnya tidak melawan Pas di 80 kawasan Parlimen yang berarti Pas mahu hanya ia diberi peluang untuk satu lawan satu dengan BN. Pakatan Harapan bolehlah bertanding di kawasan yang berbaki dan menubuhkan kerajaan bersama PAS.
Tuan Ibrahim memberi amaran jika Pas dicabar di 80 kawasan itu maka ia akan lawan sekalipun PKR atau Amanah apatahlagi DAP. Tetapi bagaimana jika Pas di cabar UMNO(BN)?
Walaupun ada yang berpendapat cabaran ini bersifat takbur kerana dulu pun Pas tidak boleh menang di 80 kawasan tetapi harus diingatkan suasana politik sudah jauh berbeza, kehilangan keyakinan rakyat kepada kepimpinan Najib semakin parah.
Pas sedar bahawa apa juga serangan kerajaan Najib kepada bekas Perdana Menteri Tun Mahathir menguntungkan Pas dan memburukan lagi kedudukan UMNO terutama di kalangan rakyat di luar bandar kerana kesulitan hidup yang mereka hadapi sekarang yang tidak dirasakan di zaman Mahathir.
Maka itu walaupun Mahathir telah membuat kenyataan keras dalam soal hubungan dengan Pas tetapi Tuan Ibrahim masih membuka pintu rudingan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang di pengerusikan oleh Mahathir malah dalam kenyataannya beliau berkata “kami menunggu kestabilan parti Bersatu dan pintu rundingan masih terbuka”.

Tiada maaf bagimu, Watson beritahu program TV3

Watson nyata masih marah dengan kelakuan pengacara rancangan komedi sukan yang mengejek nama bapanya.
watson-3
Bekas pelari pecut negara Watson Nyambek berkata beliau masih belum bersedia menerima permohonan maaf, walaupun selepas bertemu dengan wakil syarikat penerbit program yang menghina nama bapanya.
“Saya susah menerima permohonan maaf tersebut kerana mereka menghina dan menyamakan bapa saya dengan seekor haiwan dan saya berasa amat kecewa dan marah,” katanya dipetik Utusan Borneo.
Semalam, beberapa wakil TV3 dan Primework Studios, yang menerbitkan program Sukan Tak Sentral, mengadakan pertemuan dengan Watson di Miri, Sarawak.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Primework Studios, Datuk Ahmad Izham Omar, pengacara program Azizul Ammar Abu Hassan, dan Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang, yang bertindak sebagai orang tengah.
Sabtu lepas, Ammar ketika menyebut nama Watson Nyambek mengejeknya dengan meniru bunyi kambing mengembek.
Ammar yang sudah meminta maaf kini digantung kerja.
Watson berkata mungkin beliau boleh menerima permohonan maaf itu pada masa akan datang.
Bekas pemegang rekod kebangsaan acara 100 meter itu membuat laporan polis dan berkata beliau masih mempertimbangkan tindakan undang-undang.

Pengurusan tanah di Johor cacamarba

Antara perkara penting yang menjadi fokus rakyat Johor pada masa ini adalah sejauh manakah pengurusan tanah di negeri itu dilaksanakan secara berkesan.
Ini kerana realiti yang dilihat rakyat sangat berbeza. Pengurusannya bukan saja tidak baik, malahan gagal mengikuti syarat-syarat tanah negeri Johor.
Pengurusan tanah yang cacamarba akan menyebabkan pembangunan negeri tidak seimbang. Ia bukan saja memberi kesan kepada hasil kerajaan negeri, bahkan membawa kesan buruk kepada ekonomi dan sosial rakyat Johor pada masa akan datang.
Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan bahawa kerajaan Johor gagal mengutip hasil tanah sebanyak RM2.94 juta dalam tempoh yang ditetapkan.
Ini kerana mengikut Seksyen 124(8) Kanun Tanah Negara (KTN), sewa dan premium pada mana-mana arahan dikeluarkan pihak berkuasa negeri perlu dibayar dalam tempoh enam bulan dari tarikh penyampaian borang 7G (Notis Pembayaran).
Daripada laporan ini menunjukkan kemungkinan berlaku ketirisan. Jika pemohon gagal menjelaskannya dalam tempoh yang ditetapkan, kelulusan akan terbatal.
Semakan audit mendapati 29 permohonan ubah syarat tanah yang diluluskan pada 2013 hingga 2015 membabitkan bayaran RM2.94 juta tidak dijelaskan.
Di samping itu, situasi pelanggaran syarat tanah juga menjadi fenomena yang tidak terurus dengan baik. Semakan audit menunjukkan Johor Bahru dan Segamat merekodkan 144 pemohon mengubah syarat tanah - sama ada untuk pertanian, bangunan atau industri - telah melanggar syarat.
Kelemahan pengurusan ini menyebabkan kerajaan kerugian ratusan ribu ringgit. Mengikut laporan tanah, sesebuah premis gudang bersaiz lebih 3.5 hektar dan dua lot boleh menyumbang hasil sebanyak RM18,279 setiap tahun. Malangnya disebabkan kemungkinan berlakunya ketirisan, maka hasil ini hanya RM175 setahun.

Pemuda PKR usul gantung jawatan Adam Rosly selepas tuduhan bohong

Ia susulan 6 pertuduhan berbohong kepada penyiasat SPRM berhubung sumber kekayaannya.
Nik-Nazmi-Nik-Ahmad--3
 Pemuda PKR yang bermesyuarat baru-baru ini akan membawa usul supaya Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly digantung jawatan, susulan kes membabitkan banglo mewahnya yang mengundang 6 pertuduhan minggu lalu, menurut sumber.
Sumber memberitahu usul itu sudah diluluskan dalam mesyuarat biro politik sayap itu, tetapi belum dibentangkan secara rasmi kepada Jawatankuasa Disiplin PKR.
“Kami akan memberitahu dalam satu dua hari ini,” kata Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang enggan mengesahkan atau menafikan perkara itu, ketika dihubungi FMT.
Pada Jumaat, Adam didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 6 pertuduhan berkait keterangan palsu, di bawah Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).
Beliau dituduh memberi keterangan dan dokumen palsu ketika siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Februari lepas berkenaan banglo mewahnya di Kampung Melayu, Ampang.
Antara lain, Adam dituduh berbohong ketika menyenaraikan pecahan sumber dana untuk pembelian banglo itu, yang menurutnya berharga RM1.2 juta.
Adam berkata lebih setengah juta ringgit dibayar menerusi pinjaman dua orang Ah Long.
Semalam, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengulangi desakannya supaya Adam mengisytiharkan harta dan bercuti sehingga selesai perbicaraan.

Rakyat perlu cemburui kemasukan warga asing, saran Dr Mahathir


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa, agama dan budaya ini sudah boleh menerima hidup secara harmoni selepas tragedi 13 Mei 1969.
Mahathir PPBMKeharmonian yang dipupuk selama 48 tahun itu lebih baik daripada beberapa negara di Timur Tengah- hanya kerana perbezaan perbezaan pendapat mereka berperang sesama sendiri.
"Di Malaysia kita hidup rukun dan damai. Kita tidak berasa takut. Kita boleh menerima hakikat sebuah negara berbilang kaum, agama, bangsa dan budaya selepas 1969.
"Lain pula jika orang asing masuk dalam negara kita- sebab itu kita ada dasar Imigresen sejak merdeka kita tidak membenarkan orang lain masuk ke negara kita walaupun ramai yang berminat.
"Jika mereka datang disini untuk bekerja tetapi tidak tinggal secara kekal di dalam negara kita.
" Kita cemburu keadaan dalam negara kita, sama sahaja dengan negara lain.
"Negara ini milik kita orang Malaysia. Kita cemburu keadaan dalam negara kita, sama sahaja dengan negara lain," ujarnya dalam siri ceramah umum Pakatan Pembangkang di Tasik Gelugor Pulau Pinang pada Ahad lalu.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, keadaan itu juga diamalkan oleh beberapa negara dunia yang mana tidak membenarkan warga asing menetap di negara mereka.
Beliau memberikan contoh beberapa negara dunia yang menghadkan kemasukan warga asing seperti Presiden Donald Trump baru-baru ini menyekat kemasukan warga Mexico ke Amerika Syarikat.
Bagaimana negara Eropah seperti Hungary telah menangkap pelarian Syria yang mencari perlindungan kerana peperangan tetapi Hungary telah menangkap dan memenjarakan pelarian Syria.
Perancis dan Jerman tidak suka kemasukan warga asing.
"Dua tiga hari lalu Perdana Menteri Australia juga memperketatkan penghijrahan negara lain ke Australia.
"Australia besar tetapi penduduk sama dengan Malaysia, tanahnya kaya dengan bijih timah, bijih besi dan sebagainya tetapi orang Australia tidak membenarkan orang asing masuk ke negara mereka.
"Mereka semua mencemburui negara mereka," ujarnya.